Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Im. Bangun. Dah subuh ni," kejut Mia. Berusaha benar adiknya itu sehinggakan tidur bertilamkan kertas kerjanya.
Im mengulingkan badannya mendedahkan sedikit kertas kerjanya. Terdapat satu gambar gadis yang dilukis rapi di sisi kertas itu. Walaupun kecil, namun mata Mia masih lagi dapat mengecam raut wajah itu.
"Im. Wake up," panggilnya lagi sambil menggerak-gerakkan tubuh Im.
Im menggeliat membetulkan urat-uratnya yang berpintal akibat tidur di atas lantai.
"Akak. Dah pukul berapa ni?" tanya Im sambil duduk menyandar ke sofa yang berada di belakangnya.
"6 setengah dah. Bangun mandi. Puteri dah sediakan tempat tidur elok-elok atas sofa pergi tidur atas lantai buat apa," bebel Mia sambil menggulung kertas yang diguna adiknya.
"Akak tak payah kemas. Kejap lagi Im nak buat kerja lagi. Hari ni kan hari cuti," tegahnya sambil menarik kertas-kertasnya dari tangan Mia denagan malasnya.
Im bangun dengan langkah longlai ke bilik mandi yang berada di dalam biliknya untuk membersihkan sisa mengantuknya.
Kerisauan jelas terpancar di raut wajah Mia setelah mendapati penuh satu kertas kerja Im hanya gambar gadis yang sama dengan posisi yang berbeza.
"Budak ni buat kerja ke apa?" dengus Mia sendirian sambil sibuk menyelak helaian demi helaian yang terbentang luas di hadapannya dan mengamati satu-persatu gambar yang terlukis di atasnya.
Tiada lansung rekaan yang di hasilkannya malahan hanya gambar-gambar.
"Akak tak buat breakfest?" tanya Im setelah melihat hanya Puteri yang berada di dapur.
Mia menyusun kembali kertas kerja adiknya dan bangun untuk ke dapur. Mulutnya berat sungguh untuk berkata-kata.
Hari itu adalah hari cuti. Jadi Mia dan Im hanya duduk di rumah. Walaupun hari cuti, kertas kerja tetap dibawa pulang untuk mengisi harinya. Itulah kelakuan Im. Dia sentiasa serius dengan kerjanya sungguh pun bukan bidang pilihannya.
Mia sibuk menghabiskan waktu di hadapan peti telivision. Ada kalanya ekor matanya memerhati adiknya yang melakukan kerjanya di atas lantai tidak jauh dari sofa tempat dia duduk.
Puteri pula sibuk kesana kemari untuk mengemas. Sekali Puteri lalu, sekali Im mangangkat kepala memandang gadis itu. Disebabkan gelang kaki berloceng yang meliliti pergelangan kaki Puteri, maka, Im tahu bila Puteri lalu. Dan apabila Puteri sibuk menggantung dan mengemas baju Im di bilik pakaian yang berada betul-betul bertentangan dengan tempat Im melakukan kerja, mesti mata Im sudah tidak tertumpu pada kerjanya malahan matanya hanya ditumpukan pada gadis itu.
"Im," panggil Mia sambil melihat gelagat adiknya itu.
Im berpura-pura menumpukan perhatiannya sebelum dia menjawap panggilan kakaknya.
"Im buat apa tu? Akak tengok tak bergerak pun," duga Mia.
"Buat kerjalah," balas Im ringkas. Mukanya lansung tidak diangkatnya sehingga Puteri meletakkan secawan air disisinya.
Matanya mengiringi perjalanan kaki Puteri masuk ke bilik pakaian.
"Im hari ni kita keluar jom. Ajak Alys sekali," duga Mia lagi.
"Akak nak keluar sangat dengan Alys tu pergilah. Im sibuk ni," lakon Im lagi.
"Pergi rumah papa jom. Dah lama Im tak pergi sana jenguk mama," kata Mia.
"Akak nak balik pergilah balik sorang-sorang. Malaslah Im nak balik," balas Im. Dia lansung tidak memandang kakaknya yang berada di belakangnya.
"Oklah. Akak nak balik." Mia bangun dan menuju ke bilik pakaian dimana Puteri sedang sibuk melipat dan menggantung baju Im yang sudah dibasuhnya.
"Puteri jom ikut akak balik rumah mama akak," ajak Mia. Sebenarnya dia sengaja hendak melihat reaksi adiknya.
"Mana boleh tinggalkan Im sorang-sorang," sampuk Im dengan nada yang sedikit meninggi.
"Dah tu. Takkan akak nak tinggalkan Puteri dengan Im?" tanya Mia sambil memandang tepat pada wajah adiknya itu.
Sebelum ini dia percaya jika Puteri tinggal berdua bersama Im. Semenjak pagi tadi, hatinya sudah tidak boleh duduk diam. Dia risau jika sesuatu terjadi kepada Puteri hanya kerana adiknya itu. Memandangkan Im sudah bertunang dan hendak berkahwin tidak lama lagi.Dia perlu bertindak sebelum keadaan semakin parah.
"Im ikut akak balik rumah papa," balas Im lagi sambil mengemas kesemua kertas kerjanya.
Jelas terpancar pada raut wajah Im yang dia tidak mahu lansung berjauhan dengan Puteri. Dia sanggup berhenti melakukan kerjanya semata-mata kerana Puteri akan mengikut kakaknya. Dia sanggup untuk ke rumah yang sudah lebih 7 bulan dia tinggalkan semata-mata kerana Puteri akan dibawa ke sana.
Sepanjang perjalanan ke rumah papanya, Im lansung tidak berkata apa-apa geram dengan tindakan Mia yang melulu. Begitu juga Mia yang malas hendak melayan kerenah adiknya yang semakin hari semakin memenatkan otaknya.
Sesampai di villa papanya, kelihatan kereta Alys berada di perkarangan villa papanya. Mia sengaja menjemput Alys untuk menyertai mereka. Jika adanya Alys, Im tidak akan dapat mendekati Puteri. Lagi pula, kelakuan Im biasanya Mia sendiri tidak dapat hendak menjangka walaupun sudah 30 tahun dia hidup dengan adiknya itu.
"Puteri jom masuk," ajak Mia sambil menarik keluar tubuh kecil itu dari perut kereta supaya mengikutinya.
Mata Puteri tertinjau-tinjau kawasan villa tersebut. Villa milik Dato’ Ilias Muiz itu terbina semuanya atas usaha dan kudratnya berkerja selama berpuluh-puluh tahun.
"Sayang. Masuklah. Mama dah tunggu kat dalam tu. Kan dah lama sayang tak balik sini," ajak Alys sambil memegang erat tangan Im.
Jika ada Im dihadapan matanya, maka, semua orang di kelilingnya lansung tidak dihiraukannya.
"I boleh jalan sendiri. You tak payah nak pimpin I," marah Im.
Im terus berjalan meninggalkan Alys. Entah mengapa sejak kehadiran Puteri dalam hidupnya dia mula rasa janggal bila dibelai-belai oleh tunangnya itu. Sedangkan sebelum itu dia hanya menerima siapa Alys. Apa yang Alys lakukan. Namun, semuanya sudah berubah. Ada sahaja perlakuan Alys yang mengundang marahnya.
"Sayang," rajuk Alys dengan nada manja.
Namun rajukannya itu lansung tidak di endahkan oleh Im. Dia terus melangkah masuk ke dalam villa papanya yang sudah lama dia tidak kunjungi. Semuanya masih lagi sama. Di ruang tamu yang besar itu, tetap tergantung gambar Im yang memakai jubah graduannya. Gambar itu diambil 4 tahun yang lalu semasa di UK.
"Im. Dah lama Im tak jenguk mama. Kenapa Im tak balik sini?" tanya Datin Masrah sambil mengusap-gusap pipi anak lelakinya itu. Terpancar rasa rindu mamanya terhadap dirinya.
"Im sibuk ma," jawab Im ringkas.
"Sibuk sampai dah tak boleh lansung nak jejak kaki kat rumah ni," celah papanya yang baru sahaja turun dari tangga.
Im lansung tidak melihat muka papanya, apatah lagi hendak bersalam.
"Pa. kawan Mia, Puteri." Mia memperkenalkan Puteri kepada papanya.
Puteri tanpa berlengah terus menghulurkan salam khabar untuk Dato’ Ilias Muiz membuatkan Dato’ Ilias Muiz sedikit terkejut dengan kelakuannya. Selama ini, jika anaknya membawa rakan ke rumah dan diperkenalkan kepadanya, tiada pula salaman dihulurkan.
Setelah lama tangan Puteri tergantung, barulah Dato’ Ilias Muiz menyambutnya. Sekali lagi perlakuan Puteri memeranjatkannya kerana anak dan bakal menantunya sendiri tidak pernah mengucup lembut tangan tuanya itu ketika bersalam. Secara spontannya tangannya yang sebelah lagi mengusap kepala Puteri.
Sebenarnya Datin Masrah sudah merasai kejutan itu sebentar tadi ketika Mia memperkenalkan Puteri kepadanya.
Puteri memang pandai membuat semua orang menyenanginya. Itulah yang dapat Mia tafsirkan setelah sebulan tinggal bersamanya.
"Malam ni Mia nak tidur sini. Puteri pun nak tumpang tidur sini. Bolehkan pa," tanya Mia sedikit tidak formal berbanding dengan waktu dia di pejabat.
"Mana boleh," marah Im tiba-tiba setelah lama dia membisu.
"Jangan ambil hati dengan Im. Puteri boleh je tidur sini. Dalam rumah ni banyak bilik tetamu. Kalau nak selesa, guna bilik Im pun boleh. Lagi pun Im tak tidur sini," pelawa Dato’ Ilias Muiz sambil memandang muka Im yang sedang membuak.
Walaupun sudah lama Im tidak pulang ke situ, biliknya masih lagi dikemas dan dibersihkan oleh orang gaji.
"Mana boleh. Malam ni Im nak tidur sini," balas Im dengan nada yang sama seperti tadi. Kadang kala perangainya sedikit keanak-anakkan.
"Kenapa Im ni?" tanya Alys ragu-ragu dengan kelakuan Im.
"Apa yang kenapa? Tak ada Im nak tidur sini malam ni," balas Im lagi. Kali ini nadanya direndahkan sedikit.
"Biarkanlah budak ni. Makin di layan makin menjadi. Mama nak masak apa untuk kitorang?" kata Mia sambil berlalu bersama mamanya dan perlakuannya diikuti Puteri.
"Alys tak ikut diorang?" tanya Dato’ Ilias kepada Alys yang masih lagi menggenggam jari-jemari Im.
Alys hanya tersenyum manja dengan pertanyaan tersebut dan terus berlalu. Tinggallah Im dengan papanya berdua di ruang tamu yang besar itu. Suasana menjadi sunyi sepi. Im pergi ke sofa yang berada di belakangnya untuk merehatkan dirinya.
"Kenapa tiba-tiba hari ni nak tidur sini?" tanya Dato’ Ilias Muiz memulakan perbualan yang sudah lama tidak tercetus antara mereka sebagai keluarga.
Im hanya mendiamkan diri dan mencapai surat khabar the stars yang berada di atas meja kaca yang berada di hadapan matanya.
"Kamu marahkan papa lagi ke?"
"Enough pa. Setiap kali Im balik soalan yang sama papa tanya pada Im. Im bosanlah nak dengar," balas Im sambil menghempas surat khabar di atas sofa dan terus berlalu meninggalkan Dato’ Ilias Muiz sendirian.
"Kak Mia ni pun satu. Tak ada tempat lain ke nak pergi. Nak tidur sini lagi. Apa lagi. Nak balik, sorang-sorang tak boleh ke. Ajak Alys segala. Hish," bebel Im sendiri.
Kakinya terus melangkah menjelajahi ruang-ruang yang sudah lama dia tidak masuk. Mengenang kembali saat-saat dia tinggal di situ. Mengenag kembali bagaimana cara papanya membuatkan hatinya menjadi keras sekeras-kerasnya. Sudah terlewat baginya jika papanya hendak menyatakan rasa kasihnya kepada Im kerana dia tidak akan membuka hatinya lagi. Kebenciannya terus-terus menjadi penghalang kasih papanya.
Kakinya berhenti melangkah apabila berada si hadapan pintu gym yang di sediakan khas untuk dirinya satu ketika dahulu. Gym itu masih lagi kelihatan bersih dan peralatannya masih lagi sama seperti dulu, sebelum dia meninggalkannya. Di situlah tempat papanya membuat keputusan supaya dia dihantar ke UK untuk menyambung pelajarannya dalam bidang yang papanya tetapkan. Ketika itu dia rasa dia hanya berada dalam dunia papanya sahaja bukannya dunianya.
Sehinggalah sekarang dia lansung tidak dapat keluar dari dunia papanya. Setelah tamat belajar di UK, pulang berkidmat untuk syarikat papanya. Walaupun jawatan yang dipegagnya itu tinggi namun semuanya di rasakan tiada kepuasan.
Didalam gym itu jugalah mamanya meminta dia bertunang dengan Alys dengan alasan orang tua Alys adalah kawan lama papa dan mamanya. Jadi untuk mengeratkan lagi tali mereka, Im terpaksa menjadi mangsanya.
Semuanya tiada masalah bagi Alys kerana gadis itu memang menaruh perasaan kepadanya sejak sekolah menengah lagi. Bagi Im, segalanya masalah kerana Alys tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Tiba-tiba disuruh bertunang dan hidup bersama dengan Alys. Memang sukar dia hendak melupakan segala paksaan yang papanya lakukan terhadapnya.
Namun, atas segala pujukan Mia, Im dapat menjalani hari-harinya walaupun sebagai saorang yang tidak berperasaan. Perasaan dan hatinya sudah lama hilang tenggelam dengan peti kebenciannya. Hatinya menjadi semakin keras semenjak pulang dari UK. Itulah sebabnya dia tidak pernah hendak mencintai sesiapa. Itulah sebabnya dia menjadi saorang yang kasar dan panas baran. Itulah sebabnya dia tidak perlukan kasih sayang sesiapa.
"Sayang. Nak minum?" tanya Alys memecahkan segala kenangannya.
Dipandangnya wajah Alys. Mata Alys direnungnya tajam.
"I tak haus. You minumlah sendiri," kata Im dan menyambung langkahnya untuk ke dapur.
Setibanya di pintu dapur, kakinya berhenti lagi. Melihat gelagat Puteri bergitu asyik membantu mamanya memasak. Beberapa orang gajinya sibuk mengemas sesuatu sambil berbual. Perwatakan Puteri betul-betul dapat melembutkan hatinya. Walaupun tidak sampai sejam, mamanya sudah selesa dengan Puteri. Dia tidak pernah tahu yang Alys pandai memasak, kerana Alys datangnya dari keluarga yang berada. Namun Puteri, semuanya dia boleh lakukan. Memasak, mengemas, mencuci.
"Im tengok apa?" tanya Alys sambil meletakkan tangannya di pinggang Im.
"Im kenapa diri dekat situ. Duduklah sini," ajak mamanya sambil menunjuk ke arah meja makan yang terdapat di dapur.
Seharian Alys mengejarnya untuk menarik perhatiannya. Seharian juga Puteri bersama mamanya. Bermacam-macam benda yang mamanya perkatakan kepada Puteri. Mamanya cukup selesa dengan Puteri walaupun Puteri tidak berkata-kata. Begitu juga papanya. Bermacam-macam cerita memuji Im. Bagi keluarga itu, Im adalah anak yang baik. Seketika pun Im tidak dapat melihat wajah Puteri. Hanya wajah Alys di hadapan matanya.
Dia ke kolam, Alys ke kolam. Dia ke gym, Alys membawa air untuknya. Dia berenang, Alys menanti dan membawakan tuala untuknya. Dia ke bilik bacaan, Alys datang membaca di sebelahnya. Rimas dia dibuatnya. Mengenagkan dia di rumah papanya, maka dia tidak boleh menyuruh Alys pulang dan meninggalkannya.
Setelah Alys balik, barulah dia berasa lengang dan boleh berehat kerana letih seharian melayan kerenah Alys. Tilam empuk yang lama tidak digunakannya itu masih lagi dapat menghilangkan rasa letihnya.
Ditatapnya gambar besar yang tergantung di dinding bertentangan dengan katilnya. Gambar itu diambil semasa umurnya genap 20 tahun. Kini sepuluh tahun sudah berlalu. Senyuman dia dahulu tidak lagi sama dengan sekarang.
"Im. Boleh mama masuk," tegur mamanya yang entah bila sudah berada di birai katilnya sambil menyentuh kakinya.
"Mama. Bila mama masuk," balas Im sambil mendudukkan dirinya kerana terperanjat.
"Mama ketuk pintu Im tak jawab. Mama masuklah. Mama ingatkan anak mama dah tidur," jelas Datin Masrah.
"Kenapa termenung je anak mama ni? Ada masalah ke?" tanya Datin Masrah lagi. Tangannya mengusap lembut tangan anaknya.
"Mama dah habis berbual dengan Puteri?" tanya Im cuba menukar topik perbuala mereka.
"Dah masuk tidur dengan Kakak Mia kamu tu. Bagus budak tu," jawab Datin Masrah. Bibirnya mengukur senyuman mengenangkan betapa manisnya dia berkenalan dengan anak gadis sesempurna Puteri.
"Sayang anak mama ni dah ada yang punya. Kalau tidak..." kata-kata Datin Masrah terputus kerana terjahan kata-kata Im.
"Kalau tidak apa ma? Nak jadikan dia menantu mama?" tanya Im sambil tersenyum kecil. Namun senyuman itu dilindungnya supanya mamanya didak mengesyaki apa-apa.
"Anak mama ni. Jangan nak fikir yang bukan-bukan," tambah Datin Masrah sambil menepuk kaki Im yang hanya berseluar pendek separas peha.
"Kalau ada jodoh..." kata Im perlahan antara dengar dengan tidak.
"Jodoh anak mama dengan Alys," kata Datin Masrah lagi sambil membundarkan matanya.
Im hanya tersenyum tawar dengan kata-kata mamanya. Mamanya lansung tidak tahu untuk memikirkan tentang perasaannya.
"Dah tidur. Dekat pukul 1 dah ni," tambah Datin Masrah sambil mendorong kepala Im untuk mendekatinya supaya dapat dikucup dahi anaknya itu.
Sekali lagi bibir Im mengukir senyuman. Namun kali ini ikhlas kerana sudah lama dia tidak mendapat kucupan selamat malam seperti itu.
"Night ma," balas Im sebelum mamanya menutup pintu biliknya.
Dia berbaring dan entah pukul berapa dia terlena dia sendiri tidak sedar.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
x mau im ngan alys......
hehe..mcm la aq yang wat nih.....=)