Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
KERETA WAJA berwarna silver metallic itu memberi isyarat membelok ke kiri. Rosalina menguap tanda mengantuk. Selepas menikmati makan malam dengan Hafiz Hakimi, lelaki itu mengajaknya menonton wayang. Sudahnya, jam menginjak ke pukul 11.30 malam, baru dia memandu pulang ke rumah. Rosalina melihat dalam rumahnya gelap. Pasti Mariam sudah lena dibuai mimpi. Mujur masih ada lampu kalimantang yang dipasang di luar rumah. Tambahan pula, lampu jalan yang terletak tidak jauh dari situ, turut menerangi kawasan perumahan teres dua tingkat itu.
Rosalina keluar dari perut kereta Wajanya tanpa mematikan enjin. Tiba-tiba terasa tangannya ditarik. Hendak sahaja dia menjerit tapi mulutnya sudah ditekupkan. Namun, Rosalina cuba meronta-ronta minta dilepaskan sambil hatinya berdoa agar dia selamat.
"Lina, bertenang. Ini saya, Hasri,"
Rosalina tidak lagi meronta. Hampir terbang semangatnya tadi. Kenapa lelaki ini sanggup bertindak begitu?
"Maaf, saya tak berniat nak takutkan awak," ujar Farhan Hasri.
"Apa yang awak nak jumpa saya malam-malam buta ni? Siang tak boleh jumpa?"
Farhan Hasri memandang Rosalina yang menarik muka masam. Pasti gadis itu terkejut dengan tindakannya tadi. Sudah hampir satu jam dia menunggu kelibat gadis itu. Hatinya meronta-ronta untuk menatap wajah Rosalina, untuk mendengar suara Rosalina kerana ada rindu jauh di dasar hati.
"Cepat betul awak dapat pengganti saya ya?" pertanyaan Rosalina tadi dijawab dengan pertanyaan oleh Farhan Hasri.
Rosalina mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan soalan lelaki di hadapannya. Farhan Hasri tersengih, menampakan barisan giginya yang putih tersusun.
"Siapa lelaki yang bersama awak di restoran tadi?"
Barulah Rosalina mengerti. Dia tidak menyangka Farhan Hasri akan melihatnya bersama-sama Hafiz Hakimi secepat itu.
"Kami akan bertunang," Farhan Hasri mengubah tajuk perbualan tiba-tiba.
"Saya tahu," jawab Rosalina, ringkas.
Farhan Hasri cuba mengesan riak kecewa di wajah Rosalina namun hampa. Gadis itu tampak tenang mendengar kata-kata yang diucapkannya tadi.
"Tahniah! Semoga awak berdua bahagia," sambung Rosalina.
"Awak yakin dengan keputusan awak?" duga Farhan Hasri.
"Maksud Farhan?"
"Awak yakin dengan perpisahan kita?"
Ah, untuk apa diungkit cerita lama duhai lelaki? Hati ini sudah tertutup. Lagipun, kau akan menjadi milik wanita lain tidak lama lagi. Untuk apa aku kesali tamatnya hubungan cinta kita?
"Sudahlah, hari dah lewat. Tak manis kita duduk berdua begini. Pergilah," hanya itu yang mampu Rosalina tuturkan.
"Awak menghalau saya?"
"Terpulanglah bagaimana awak mentafsirkan kata-kata saya tadi. Farhan, terus-terang, berada di sisi awak, sangat meletihkan. Jadi, tolong jangan ganggu saya lagi selepas ini," dalih Rosalina.
"Bohong! Saya yakin awak masih cintakan saya. Dari mata awak, saya masih dapat mengesan kasih sayang yang mendalam untuk saya,"
Rosalina mengukir senyuman tawar. Ya, kata-kata Farhan Hasri memang tepat. Dia tidak tegar melupakan perasaannya pada lelaki itu. Hanya lelaki itu yang dicintai setulus hati.
"Sudahlah awak. Dah lewat ni, baliklah..."
Farhan Hasri berlalu pergi tanpa sepatah kata. Rosalina berasa kakinya lemah lalu segera bersandar di pintu keretanya. Air jernih berladung di kolam mata. Sampai bila keadaan harus begini? Sampai bila dia perlu bergelumang dengan perasaan yang menyesakkan dada ini? Sampai bila?
* * * * *
SIANG tiba jua menyebabkan malam terpaksa mengundur diri sementara. Hasliza menanti ketibaan Farhan Hasri yang akan menghantarnya ke pejabat pagi itu. Sejak beberapa minggu yang lepas, lelaki itu yang menghantar dan menjemputnya pulang. Bukannya Hasliza tidak boleh memandu, malah dia juga punya kereta tapi memandangkan kesungguhan Farhan Hasri untuk membantu, dia merelakan. Lagipun, dia gembira begitu. Terasa keprihatinan lelaki itu, menambahkan lagi rasa cintanya. Lima minit menunggu, kelibat Farhan Hasri masih belum tiba. Hasliza mengambil telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Nombor telefon Farhan Hasri yang memang sudah berada dalam kepalanya didail. Seketika, tiada jawapan. Kenapa tidak dijawab panggilannya? Hasliza memutuskan panggilan lalu mendail nombor telefon rumah lelaki itu. Farhan Hasri tinggal bersama-sama keluarganya. Pasti ibunya tahu ke mana lelaki itu.
"Assalammualaikum," ucap Hasliza.
"Waalaikummussalam. Liza ke tu?"
"Ya, makcik. Liza ni. Farhan ada makcik?"
"Sejak semalam dia tak balik. Katanya banyak kerja di pejabat. Kamu tak telefon handphone dia?" soal ibu Farhan Hasri.
"Dah makcik tapi tak diangkat. Tidur lagilah tu," jawab Hasliza, cuba menenangkan hatinya.
"Agaknyalah. Dia tidur di pejabat rasanya,"
"Mungkin kot. Tak apalah makcik. Terima kasih. Assalammualaikum," ujar Hasliza lalu menamatkan panggilan.
Hatinya mula membahang. Kenapa Farhan Hasri tidak menghubunginya? Kalau nak tinggal di pejabat pun, beritahulah. Nampaknya, dia harus memandu hari ini. Hasliza menaip mesej untuk dihantar kepada bakal tunangnya itu. Memberitahu yang dia sudah ke pejabat, memandu sendiri.
"Banyak sangat kerjakah di pejabat?" desis hati Hasliza lalu masuk semula ke dalam rumah, mencapai kunci kereta Kelisanya lalu keluar semula ke halaman.
Enjin kereta dihidupkan. Beg bimbitnya diletakkan di tempat duduk belakang. Dia dikejutkan dengan bunyi hon. Pasti Farhan Hasri namun ternyata jangkaannya meleset. Bukan lelaki itu, tapi sepupunya Hafiz Hakimi. Apa tujuannya datang pagi-pagi begini?
* * * * *
"CIK, wakil dari Syarikat MHY akan tiba dalam lima belas minit lagi. Cik nak guna bilik mesyuarat ke?"
"Oh, tak apa. Saya akan berbincang di sini sahaja. Thanks ya Amy," ujar Rosalina.
Sementara menanti ketibaan wakil dari Syarikat MHY itu, Rosalina mengambil peluang untuk menyemak planner bagi mengetahui jadualnya hari ini. Sedang asyik membelek setiap muka surat planner itu, ada sesuatu yang tercampak keluar. Roslina membongkok sedikit tubuhnya, mencapai helaian yang jatuh tadi. Sekeping gambar. Serta-merta hatinya diterpa hiba. Gambar ketika dia asyik dilanda gelora cinta dengan Farhan Hasri. Gambar mereka berdua yang ditangkap ketika bersiar-siar di pantai. Kenangan lalu, mula menjengah...
"Kenapa awak pilih saya?" tanya Rosalina.
"Sebab hati saya berdebar ketika bersama-sama awak,"
"Hanya itu?"
"Selebihnya, awak menghadirkan satu rasa yang mana menjadikan saya bersemangat untuk terus melangkah," jawab Farhan Hasri.
"Ah, ada-ada sahaja awak ni," Rosalina sudah tersipu malu.
"Kenapa pula awak pilih saya?" giliran Farhan Hasri bertanya soalan yang sama.
"Sebab dah tak ada orang lain," usik Rosalina.
"Hah?"
"Hehehe... tak adalah, gurau je,"
"Oh, nak kenakan saya ya," ujar Farhan Hasri lalu menjentik perlahan hidung Rosalina membuatkan gadis itu mengaduh kecil.
"Sakitlah... jahat awak ni,"
"Sapa suruh awak usik saya. Sekarang cakap, kenapa awak pilih saya?"
"Hmm... kalau awak belikan saya aiskrim coklat dalam masa dua minit, saya akan cakap,"
"Okey, tunggu! Beri saya seminit je," ujar Farhan Hasri lalu segera mencari penjual aiskrim.
Rosalina memerhati telatah Farhan Hasri yang tidak keruan mencari penjual aiskrim. Rosalina tahu, petang-petang begini memang sukar untuk mencari penjual aiskrim. Sengaja Rosalina mengusik lelaki itu. Kita tengok, dia jumpa tak aiskrim coklat tu.
Remang senja sudah mula kelihatan di kaki langit. Mentari sudah mula perlahan-lahan terbenam di balik lautan sebelah sana. Kicauan beburung, mula menggamatkan petang Khamis itu. Rosalina melihat jam di tangan. Masih ada satu minit lagi. Nampaknya Farhan Hasri tak mungkin berjaya.
"Kak!"
Rosalina berpaling ke kiri. Seorang kanak-kanak lelaki bersama-sama sebatang aiskrim di tangan sedang merenung ke arahnya.
"Ada abang bagi,"
Rosalina mengambil aiskrim tersebut dari tangan kanak-kanak lelaki itu sambil mengucapkan terima kasih. Pelik, ke mana Farhan Hasri menghilang? Mata Rosalina mula meliar mencari kelibat teman lelakinya itu tapi tidak ketemu. Apakah lelaki itu telah meninggalkannya? Ah, tak mungkinlah!
"Hah!"
"Oh, mak kau masak kari!" Rosalina melatah.
Gelak-tawa yang kuat kedengaran di telinga Rosalina sekaligus membuatkan gadis itu menarik muka masam.
"Mak saya tak masak kari hari ni," ujar Farhan Hasri masih dalam ketawa.
"Awak! Eii... geramnya!"
"Tak sangka awak ni melatah juga ya. Alala... janganlah marah, saya gurau je,"
Rosalina tergelak kecil. Lelaki ini pandai mengambil hati. Sikapnya yang satu inilah yang menyebabkan Rosalina berasa gembira berada di sampingnya.
"Okey, sekarang cakap kenapa awak pilih saya?"
"Sebab saya rasa hangat berada di sisi awak. Rasa selamat dan dilindungi," jawab Rosalina lalu mengambil aiskrim tadi dari tangan Farhan Hasri.
"Iya? Terharunya saya..."
"Perasanlah tu,"
* * * * *
BUNYI ketukan pintu menyentakkan Rosalina dari lamunan, membiarkan lamunannya tergantung tanpa tali. Ah, lama juga dia dihambat kenangan lalu. Kenangan yang tidak akan padam sampai bila-bila.
"Encik Farhan dah sampai Cik Ros," ujar Amy, setiausahanya.
"Baiklah, panggil dia masuk," arah Rosalina.
"Hasri!" ucap Rosalina, terkejut.
"Selamat pagi. Apa khabar Cik Rosalina?"
"Er... se... selamat pagi. Khabar baik. Jemput duduk," ujar Rosalina, agak kaget menerima kedatangan tetamu yang tidak disangka itu.
"Boleh kita mulakan?" tanya Farhan Hasri.
"Hah?"
"Are you okay?"
"Ah, I’m okay. Sure, teruskan," balas Rosalina, masih dalam kejutan.
"Syarikat kami meminta cik untuk uruskan soal promosi pasaraya yang akan dibina berhampiran dengan Pantai Teluk 2. Memandangkan ia adalah projek usahasama antara syarikat saya dan syarikat cik, jadi, saya diminta untuk berbincang dengan cik tentangnya," ujar Farhan Hasri memulakan perbincangan.
Fikiran Rosalina sudah melayang entah ke mana. Dia tidak biasa berbual secara formal dengan lelaki di hadapannya ini. Rosalina tidak mengerti. Dia sendiri tidak menyangka Farhan Hasri akan bekerjasama dengannya untuk projek kali ini. Memanglah dia tahu dia akan bekerja dengan lelaki bernama Farhan, tapi dia tidak menyangka yang lelaki itu adalah lelaki yang telah dilukakan hatinya.
"Cik? Cik Rosalina?" tegur Farhan Hasri.
"Maaf, maafkan saya. Boleh kita tundakan perbincangan ni? Saya rasa kurang sihat,"
"Baiklah kalau begitu. Saya minta diri dulu. Bye," ujar Farhan Hasri lalu melangkah pergi.
Rosalina terpana. Farhan Hasri pergi tanpa bertanya adakah dia sihat atau tidak. Ke mana perginya sikap prihatin lelaki itu? Rosalina terkilan. Mungkin, lelaki itu sudah melenyapkan perasaan yang tercipta antara mereka.
hahaha... padan muka rosalina! jahat dia tu! tp cian pula kat dia...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
1st lagi!! Encik Ridhwan, citer kamu memang best! padan muka rosalina. org tak layan, baru nak terasa. ish, emo ni...