Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kokokan ayam di kala pagi sudah lama berlalu. Jam di dinding menunjukkan angka 10. Aku begitu tekun menyiang ikan keli yang dibeli ayah pagi tadi. Kalau ayah orang lain, rajin juga lah pergi memancing, ayah aku? Mm.. ayah kata, ayah bukannya jenis orang yang sabar. Kang tak pasal-pasal semua ikan dalam sungai tu kena tengking dengan ayah! Mahunya terkejut beruk ikan tu semua. Mati semua ikan… Hihi…
Memang betul kata ayah! Nak memancing ni perlukan kesabaran yang tinggi. Bukannya senang nak menunggu ikan makan umpan kita. Tu sebab ada di kalangan pemancing sanggup berkampung di tepi sungai semata-mata nak dapat ikan yang mereka mahu. Sanggup bermalam di hutan..
Aku?? Ishh.. takkan aku nak pergi memancing pulak. Itu kerja lelaki bukan perempuan macam aku.. Oppss.. Perempuan ke aku ni..? Mm… aku rasa aku dah betul-betul jadi seorang perempuan. Bak tajuk sebuah wayang tu, ‘Perempuan Melayu Terakhir’!
Semua tu gara-gara seorang lelaki yang pernah menjadi bos aku, Fendi. Entahlah, susah aku nak cakap pasal dia sekarang ni. Kalau boleh memang aku tak nak mengumpat pasal dia ni. Buat dosa kering jer..! Biarpun mamat ni selalu sakitkan hati aku tapi aku kira bernasib baik juga lah sebab dia aku dah berubah seratus peratus..
Ibu dan ayah pun senang tengok penampilan aku. Kata mereka, sejuk mata memandang! Habis tu, sebelum tak sejuk lah mata tu ye..? Mesti hangat je kelopak mata tu.. Dan panas sepanas Hot f..m radio kegemaran aku tu. Hihi..
Tiba-tiba aku terdengar suara orang memberi salam. Berkali-kali pula tu. Ingat nak pergi jenguk tapi aku fikir ibu mesti dah pergi tengok siapa pula gerangan orang di luar tu. Seminit…dua minit..tiga minit.. Ish.. mane ibu ni? Segera aku melangkahkan kaki ke ruang tamu. Entah berapa kali orang dah memberi salam.
Aku membetulkan kain batik yang tersarung di pinggang. Janggal juga rasanya pakai kain batik ni. Asyik rasa nak tertanggal aje..Sedar tak sedar tengah aku membetulkan kain batik tu, kaki aku dah tergam depan pintu. Aku tengok ade lah seorang mamat tu dok tersengih-sengih kat depan aku.
Aku perhatikan raut wajah mamat tu. Macam pernah tengok tapi kat mana ye…???
"Hai, saya Ipul, kawan Fendi…!"
Astaga..!! Mamat ni rupanya…baru aku ingat..!! Aku tepuk dahi. Macam mana lah aku boleh lupe mamat yang selalu dok usha aku setiap kali dia ke ofis Fendi ni dulu.. Apa niat dia datang ke sini?? Jauh-jauh pula tu.. Takkan Fendi yang suruh kot…?
"Dah lama saya berdiri di sini, tak nak jemput saya masuk ke?" tanya Syariful apabila melihatku yang tidak berganjak dari tempat aku berdiri tadi.. Macam mana ni? Takkan aku nak pelawa dia masuk? Ibu pula entah ke mana perginya.. Mana boleh aku ajak lelaki masuk dalam rumah.. Sekarang hanya ada kami berdua. Takut berlaku yang bukan-bukan aje.. Macam mana ye nak cakap dengan mamat ni.. Takkan nak halau pula.
"Errr…. Kalau kita borak-borak kat luar, takpekan..?" aku teragak-agak nak bertanya..
"Kenapa? Takde orang kat rumah ke? Saya kan tetamu.. Kot-kot la boleh rasa secawan kopi buatan awak kan…?" Syariful mencuba nasib.
"Awak nak air ke? Saya buatkan ye.. Awak tunggu kat sini…" aku membalas lalu masuk ke dalam rumah semula. Pintu aku tutup rapat. Boleh ke aku buat macam ni.. ? Ah.. lantaklah..
Aku menjenguk isi kabinet dapur. Tercari-cari serbuk kopi tetapi hanya teh yang ada dan gula. Air telah aku panaskan dalam cerek. Serbuk teh aku bancuh di dalam teko. Saat itu, fikiran aku terawang-awang. Kenapa ye Syariful datang ke rumah aku ni? Apalah niat dia agaknya..? Setahu aku, Syariful dan Fendi berkawan baik. Sudah tentu dia membawa perkhabaran dari Fendi, lelaki yang aku benci tu..
"Amboii.. bertuah punye anak! Kenapa biarkan tetamu kita berdiri kat luar tu tadi??" satu suara memekik dari belakang. Sudu yang aku gunakan untuk membancuh teko telah terpelanting ke tepi. Lantas aku mengurut dada kerana terkejut dengan pekikan itu. Aku menoleh ke belakang. Ibu!!
"Ibu ingatkan Shima dah berubah.. tapi masih berperangai macam dulu jugak! Kesian kat Ipul tu datang dari jauh… dibiarkan duduk di luar. Kan panas kat luar tu.." Ibu bersuara tenang. Aku pulak yang terbeliak biji mata.. Mana ibu tahu lelaki tu Ipul?
"Aaa.. Ibu, mane ibu tahu nama dia..?"
"La… itu kan kawan Shima masa kecik dulu.. Shima dah lupe ker??"
"Hah, ibu ingat ker?" Aku jadi panik. Betul ke itu Ipul aku?? Ah… Mengapa hatiku tiba-tiba berdebar kencang ni?? Kenapa aku rasa perasaanku berbunga riang?? Kalau la betul itu Ipul yang aku cari selama ni.. soalan pertama aku nak tanya kat dia, kenapa dia berdiam diri selama dia tegur aku dulu…? Adakah Ipul sengaja buat macam tu…? Kalau memang dia Ipul, salahlah sangkaan aku tadi yang kedatangan dia tu sebab Fendi..
Entah kenapa aku rasa gembira sangat ni.. Makin tak sabar pula rasanya aku nak jumpe Ipul walaupun tadi aku dah jumpe dia.. Ibu pula aku tengok dah hilang entah ke mana.. Macam tahu-tahu aje ibu ni. Sure nak kasi chance kat aku mengimbas kenangan lama dengan Ipul.. Ipul…aku nak datang..!!!!!!
**********
Dulang aku letakkan di bawah meja. Syarifull tersenyum memandang aku lalu tangannya mencapai cawan teh lantas dihirup teh itu.... Tak sempat aku nak halang, air bersembur keluar dari mulut Syariful..
"Tu la… Kan dah kena. Habis la bibir ko lepas ni, sure bengkak.. Tak sempat aku bagitahu ko air tu panas.. Haha…" Aku gelak sepuasnya.. Bukan lah niatku nak mengena.. Syariful pun gelojoh juga aku tengok. Terus dia teguk air teh yang masih panas itu. Syariful mengibas-gibas bibirnya.
Aku rasa aku macam dah kembali ke zaman dulu. Tiada lagi ‘saya’ dan ‘awak’ yang aku gunakan sebelum ni.. Aku rasa bebas nak bersuara dengan Ipul aku ni..
"Mm.. Shima, tembam, masa kecik yer…??" ujar Syariful bertanya padaku. Hah, Syariful tahu nama timanganku masa kecil..! Sah la memang dia Ipul aku..
Senyuman aku makin melebar. Aku anggukkan kepala. Tiba-tiba tanganku berubah drastic. Terus saja tanganku memukul-mukul manja dada Syariful..
"Ipul jahatla.. Kenapa tinggalkan Tembam dulu…?" aku bernada manja. Muka Syariful yang pada mulanya tampak terkejut berubah kemudiannya. Syariful menguntum senyum…
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
alaaaaaaaaaaa
shima ngn ipul ke??
spt3 smbung...hehe