Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Elina berjalan ke kawasan sekolah dengan rasa hairan. Entah kenapa, hari ini semua oarang dia terserempak, pasti memandangnya tepat. Ada yang tersenyum-senyum dan ada juga yang menjelingnya benci. Apa yang sudah terjadi ni?
"Saya yang berkhayal atau memang semua orang sedang pandang saya?" bisik Elina pada Mira. Mira memandang Elina.
"Awak tak berkhayal ataupun perasan. Mereka semua memang pandang awak sekarang," bisik Mira pula rapat di telinga Elina. Elina tersenyum kelat pada semua yang memandangnya.
"Hai," ucap Elina perlahan. Mereka semua langsung tidak membalas ucapannya malah mereka berbisik-bisik. Ada yang kelihatan sedang menjelingnya tajam sebelum beredar. Elina semakin bingung.
"Elina!" Amni dan Zila datang merapatinya. Mereka berdua kemudian menarik kuat tangannya dan Mira mengikuti langkah mereka yang laju.
"Kenapa ni?" tanya Elina bingung. Wajah Zila dan Amni kelihatan tegang. Mereka lansung tidak menjawab soalan Elina. Beberapa saat kemudian, Amni dan Zila berhenti mengejut. Elina dan Mira langsung tidak bersedia menyebabkan mereka bertembung sesama sendiri.
"Ouch! Kenapa dengan awak berdua ni? Nampak hantu ke?" sindir Mira sambil mengusap dahinya. Elina juga begitu.
"Tengok ni!" Zila dan Amni menuding ke arah papan kenyataan. Elina menghampiri mereka dan meneliti papan kenyataan itu. Apa?
"Mac…macam mana gambar ni boleh ada di sini?" tanya Elina dengan riak terkejut. Dia memandang sekeliling. Ada beberapa pelajar perempuan yang sedang memandangnya dengan senyum sinis. Elina kembali meneliti gambar yang ditampal di papan kenyataan itu. Itu gambarnya dengan Wu! Mungkin diambil sewaktu Wu dan dia pergi ke restoran itu. Malah, ketika itu Wu masih memakai kaca matanya.
"Macam mana bukan soalnya. Sekarang ni, semua orang dah sibuk bercerita pasal ni. sampai cikgu pun tahu. Gambar ni ada beberapa copy lagi dan ditampal di seluruh sekolah tau! Ish, kalaulah saya tahu siapa yang buat, nahas dia!" kata Amni. Elina menepuk dahi. Patutlah semua orang memandangnya semacam je. Tiba-tiba Elina terpandang tulisan di bawah gambar itu. Teman wanita Wu?
"Mengarut. Saya bukan girlfriend Wu!" bentak Elina sedikit kuat.
"Habis, kenapa ada gambar kau dengan dia?" tanya seorang pelajar perempuan yang mungkin setahun lebih tua daripada Elina. Dia dan kumpulannnya memandang Elina dengan pandangan tajam.
"Sebab saya…." kata-kata Elina terhenti di situ. Dia tidak boleh mendedahkan yang dia adalah pembantu kumpulan X-Music. Dia sudah berjanji dengan mereka berlima dan dia tidak mahu mungkir janji.
"Er, saya.." Elina serba-slah. Renungan para pelajar juga semakin tajam. Malah, semakin ramai yang mengelilingi Elina dan rakan-rakannnya.
"Saya rasa lebih baik kalau awak beritahu saja yang awak ni pembantu mereka,’ bisik Zila di telinga Elina. Elina segera menggelengkan kepalanya.
"Tak boleh. Saya dah berjanji," kata Elina. Zila dan Amni menggaru kepala yang tidak gatal.
"Dengar ni. Ini semua hanya salah faham. Saya dengan Wu tak ada apa-apa hubungan istimewa pun," Elina cuba menerangkan tetapi suara bisikan dan bualan semakin menjadi-jadi.
"Memang kau tak layak pun ada hubungan istimewa dengan dia. Jangan nak perasan lah!" kata seorang budak perempuan kasar. Yang mengejutkan, hampir kesemua pelajar di situ menyetujui kata-kata itu. Elina menundukkan wajah.
"Hei, suka hati dialah nak rapat ke tak dengan sesiapa pun. Korang mana ada hak nak halang. Lagipun, ini hanya salah faham," marah Zila. Bunga-bunga pertengkaran mula tercetus apabila budak-budak perempuan itu juga berteriak marah. Elina menarik tangan Zila dan Amni dari terus bertengkar dengan mereka.
"Jangan, nanti mereka anggap awak musuh mereka," kata Elina perlahan. Amni dan Zila mendengus kasar.
"Tapi mereka dah tengok awak macam musuh mereka. Awak nampak tak?" tanya Zila. Elina mengerutkan kening.
"Apa?" tanya Elina.
"Aura jahat. Mereka ada aura jahat yang hitam," kata Mira dengan suara halus mistik sambil tengannya menerawang ke atas udara. Kelihatan sama seperti tukang tilik. Elina menahan gelak.
"Kenapa ketawa? Kau ingat kami ni main-main ke? Kami betul-betul tak suka dengan kau!" tengking budak perempuan lain dengan kasar. Elina menarik nafas panjang. Mereka ini seniornya, dia tidak boleh melawan.
"Hm, lebih baik kita ke kelas sekarang. Kelas dah nak mula ni," kata Elina perlahan lalu beredar dari situ pantas. Mira, Zila dan Amni mengikutinya dari belakang.
"Saya yakin perkara ini tak akan selesai di sini saja. Saya berani sumpah, mereka semua ada banyak agenda untuk menyusahkan awak. Hidup awak tak akan tenang selepas ni," Amni memberi peringatan. Elina mengetap bibir perlahan.
*********************************
Pen yang dipegang di Elina diputar-putar perlahan. Selepas itu dia memandang ke sebelah kanan. Matanya menangkap renungan para pelajar sekelasnya yang sedang memandangnya. Elina kembali memandang ke meja. Selepas itu dia menoleh ke sebelah kiri. Sekali lagi, mereka semua sedang memandangnya tepat. Elina cepat-cepat meraut mukanya.
"Teruk juga keadaan awak ni," bisik Amira disebelahnya. Elina menunduk wajah dan mengurut lehernya perlahan. Tidak disangka, akibat gambar dia berjalan dengan Wu sahaja, dia akan dilayan seolah dia adalah makhluk asing. Setiap kali dia berjalan, pasti perhatian mereka semua akan beralih padanya. Ini tentu disebabkan Wu dan ahli X-Music yang lain jarang bergaul. Jadi, mereka pelik melihat gambarnya yang…hm, mungkin kelihatan mesra dengan Wu?
"Maaf, awak pun terkena tempiasnya," ucap Elina sambil memandang Mira. Gadis itu tersenyum mendengar kata-kata Elina. Dia mencuit hidung mancung Elina.
"Tak apa. saya pun popular sikit," kata Mira sambil tersenyum.
"Ehem! Ehem!" Elina dan Mira segera bemandang ke depan. Cik Ros sedang memandangnya tepat wajahnya. Elina segera menunduk wajah.
"Datang sekolah ni nak belajar ke apa? Jangan nak asyik menggatal," kata Cik Ros lantang. Elina mengetap bibir. Dia tahu, Cik Ros sedang menyindirnya. Lagipun, Amni sudah memberitahu yang gosipnya dengan Wu sudah tersebar hingga ke pengetahuan para guru. Mira menepuk perlahan peha Elina sambil menunjukkan raut wajah simpati. Elina tersenyum hambar
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Lorh, nape ckit sgt?nak tau citer selanjutnye......best2,cpt sambung ye...