Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
DATO' Adham sedang berehat-rehat sambil membaca akhbar di taman yang terletak di halaman rumah banglo tiga tingkatnya. Lanskap taman itu yang berkonsepkan moden dan kehijauan tumbuhan menambah seri halaman banglo itu sekaligus mewujudkan rasa tenteram tatkala beristirehat di waktu petang seperti ini. Setelah penat bekerja, Dato' Adham memang lebih suka berehat di rumahnya bertemankan isteri tercinta, Datin Hazwani. "Wani, mana anak-anak?" Dato' Adham bersuara sambil melipat surat khabar yang sudah habis dibacanya. Pandangannya tumpah ke wajah Datin Hazwani disebelahnya. "Ira belum lagi balik. Dia cakap nak pergi jumpa kawan tadi. Ifa pula..kan ada di asrama. Takkan abang lupa kot!" Datin Hazwani menggeleng-geleng mengenangkan sikap pelupa suaminya sejak kebelakangan ini. Dia tersenyum akhirnya apabila melihatkan gelagat suaminya yang berkerut-kerut. "Eh, iya ke? Abang ni memang dah jadi pelupa sekarang ni!" sengih Dato' Adham. Dia menghirup sedikit air kopi yang sudah lama terhidang di hadapannya sedari tadi. Seingatnya tadi pembantu rumah mereka, Mak Minahlah yang datang menghidang minuman petang ketika dia sedang sibuk membaca akhbar. "Apa cerita Ifa sekarang ni, Wani?" Dato' Adham menyoal perihal anak sulungnya yang berada di asrama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) itu. Dia maklum bahawa Nazifa sudah berada di tahun terakhirnya. Dia ingin mengetahui perkembangan terperinci anaknya itu dari isterinya yang selalu menghubungi Nazifa. Bukan dia sendiri tidak mahu menghubungi anaknya itu tetapi kesibukan kerja di pejabat tidak mengizinkannya mencuri masa untuk berbual walau seketika. Tambahan pula sekarang ini dia telah mendapat projek usahasama besar-besaran yang bernilai ratusan juta ringgit. Waktu petang sebegini pula selalunya dihabiskan di pejabat, menguruskan pasal projek besar-besaran itu. Cuma hari ini sahaja dia mendapat sedikit kelapangan untuknya beristirehat dirumah. Jadi, melalui isterinya lah dia merisik khabar tentang anak kesayangannya itu. "Ifa cakap sekarang ni dia tengah busy dengan final project dia. Kerja lain pun berlambak, bang! Kesian jugak saya dengar rintihan dia semalam!" ujar Datin Hazwani menerangkan keadaan Nazifa. Dato' Adham yang mendengar hanya terangguk-angguk tanda memahami butir bicara isterinya itu. "Abang taknak call Ifa sendiri tanya ke? Dah banyak kali jugak dia tanya pasal abang. Rindulah tu agaknya!" sayu suara Datin Hazwani tiba-tiba apabila mengenangkan perasaan Nazifa yang terlalu merindui bapanya kerana bapanya itu sudah lama tidak menelefon, jauh sekali berjumpa dengannya. Nazifa juga sudah sebulan tidak balik ke rumah kerana kesibukan ditahun akhirnya. Walaupun jarak antara UNITEN dengan rumah mereka tidaklah jauh mana, Nazifa lebih selesa tinggal di asrama. Bayangkan, jauh manalah sangat UNITEN di kawasan Bangi, Selangor dengan rumah mereka yang terletak di Subang Jaya. Senang sedikit mahu menyiapkan kerja, begitulah kata-kata Nazifa. Sememangnya Nazifa seorang yang bertanggungjawab. Sifatnya yang suka merendah diri tidak seperti anak orang berada itulah yang selalu dibangga-banggakan oleh Datin Hazwani. Dia bangga mempunyai seorang anak yang tahu menjaga diri dan mendengar kata. "Kejap lagi abang call dia, Wani!" ujar Dato' Adham sambil tersenyum manis ke arah isterinya. Lamunan Datin Hazwani terhenti. Hatinya tiba-tiba berbunga riang. Dia memandang penuh kasih wajah suaminya itu. Dia tahu, suaminya tidak akan sesekali melupakan isteri dan anak-anaknya meskipun dia sibuk di pejabat. Lagipun Datin Hazwani yakin yang suaminya itu bekerja keras selama ini pun demi mereka sekeluarga. "Iyalah, bang. Elok la tu abang call Ifa. Wani tau dia rindu sangat dengan abang!" senyuman terukir indah dibibir Datin Hazwani.
"HELLO, assalamualaikum sweetheart. How are you, my baby?" suara Dato' Adham kedengaran garau dicorong telefon itu. Nazifa yang mendengar suara bapanya terus berubah riak wajah girang. "Waalaikumussalam, Papa! Papa I've missed you so much!" teriak Nazifa girang. Dia benar-benar gembira mendengar suara bapanya. Rasa rindu terhadap bapanya yang selalu membungkam terasa terubat sudah. "Ya papa tahu Ifa rindu papa, sebab tu papa call ni," suara Dato' Adham kedengaran lembut. "Papa, bila papa nak datang lawat Ifa? Ifa rindu la nak dating dengan papa!" rengek Nazifa manja. Memang sejak kecil, Nazifa lebih rapat dengan bapanya berbanding ibunya. Yang rapat dengan ibunya pula adalah adiknya, Nazira. Tetapi itu tidak membuatkan hubungan mereka sekeluarga menjadi renggang. Mereka tetap rapat walaupun hakikatnya Nazifa lebih rapat dengan bapanya. Semua itu tidak menjejaskan hubungannya dengan ibunya. Sesungguhnya dia menyayangi kesemua ahli keluarganya. "Ermm..buat masa sekarang ni papa busy sikit. Tapi papa janji nanti papa akan bawa kita sekeluarga bercuti kat Korea. Nanti kita dating puas-puas, ya?" Dato' Adham ketawa kecil mendengar rengusan pendek anak sulungnya itu. Nazifa memuncungkan bibirnya tanda memprotes walaupun dia tahu yang bapanya tidak nampak perlakuannya saat itu. "Ala, pa! Ifa rindu papa ni!" rengek Nazifa lagi. "Papa janji yang tadi tu, nanti kita dating la. Lagipun Ifa pun busy dengan final project Ifa, kan?" Dato' Adham cuba memujuk Nazifa. "Aik? How do you know?" dahi Nazifa terkerut-kerut. Sangkanya bapanya langsung tidak mengetahui perkembangannya disini. "You think I don't know? Papa tahulah, Ifa. Tiap-tiap hari papa tanya pasal Ifa kat mama Ifa, tau?" tawa Dato' Adham pendek. Nazifa teringatkan ibunya yang memang saban hari menelefon bertanyakan khabar dirinya. Rupa-rupanya ibunya telah menceritakan semuanya pada bapanya. Dia tersenyum sendirian. Hatinya sudah terpujuk dengan kata-kata bapanya. "Ala, mama ni memang tak surprise!" giliran Nazifa pula ketawa kecil. Dato' Adham juga kedengaran melepaskan tawa dihujung corong telefon itu. Dia menggeleng-geleng memikirkan kerenah anak sulungnya yang seorang itu. "Pa, Ifa cuti hujung bulan ni lepas habis final exam! Ifa balik nanti, Ifa taknak papa busy sangat. Nanti Ifa nak heret papa jalan-jalan!" seloroh Nazifa. "Insya-Allah, sayang. Papa akan cuba luangkan masa nanti, ok?" Dato' Adham tersenyum mendengar kata-kata anaknya. "Oklah, Ifa. Papa nak mandi ni, mama Ifa dah riuh sekampung tu. Lagipun tak lama lagi dah nak masuk maghrib," Dato' Adham cuba berjenaka menyebut pasal ibu Nazifa yang tengah meleter tidak jauh darinya. Nazifa menjeling jam di tangannya yang sudahpun menunjukkan pukul 7.15 malam. Dia hanya tersengih apabila terdengar riuh suara ibunya yang sayup-sayup dari corong telefon itu. "Ok, Pa. Don't forget me because I am always remember you!" riang suara Nazifa kerana rindunya sudah terubat. Namun dia tetap terasa sayu, entah bila lagi bapanya itu akan menelefon. Dia faham benar rutin bapanya itu yang selalu sibuk di pejabat. Nazifa menjawab salam bapanya lalu meletakkan gagang telefon. Kemudian dia termenung memikirkan kerinduannya yang meluap-luap terhadap keluarganya. ‘Sabarlah hati, hujung bulan dah tak lama lagi!' detik hati Nazifa.
cepat-cepat buat sambungannya,anda punya potensi. saya rasa enjoy dan tersenyum ketika membacanya.Saya dapat merasakan seolah-olah berada dalam cerita ini.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lama tunggu next chapter, baru ada..huhu
tapi chapter ni agak bosan sikit
but still ok! keep it up :)
next chapter plz