Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah seminggu berlalu, kini Fina tinggal dirumah banglo milik Alfi. Kaya juga lelaki ni. Tak tahu pulak dia ni seorang Penolong Pengarah Urusan di syarikat milik ayahnya sendiri. Syarikat apa tak tau la. Malas dia nak ambil tahu. Buat apa pun? Bukan penting pun bagi dia. Yang penting sekarang ni, dia seakan didera tinggal dalam banglo yang ibarat seperti neraka baginya itu. Dahlah dia diletakkan didalam bilik yang sempit sebagai kamar tidurnya. Bilik tidur dia dulu lagi besar dan selesa dari bilik tidurnya sekarang. Huhuhu... Lepas tu pulak, segala kerja di dalam rumah tu, dia yang kena uruskan. Ingat dia ni orang gaji ke? Kerja kilang pun lagi bagus dari membuat kerja dalam rumah lelaki ni. Huh! Tak apa. Empat bulan je kan? Kejap je tu... Tapi, kenapa dia rasa yang empat bulan tu macam empat tahun pulak? Aargh... sakitnya hati aku...! "Oi, perempuan! Mengumpat ke apa?" terkejut Fina dibuatnya. Dia segera berpaling ke arah Alfi yang baru saja masuk ke ruang rumah itu. Kenapa dia boleh tak sedar pulak ni? Kenapa dia tak dengar bunyi pintu terbuka pun tadi? Laki ni masuk ikut mana? Ah, lantaklah! "Apa? Ingat orang tak ada nama ke? Panggil elok-elok sikit boleh, tak?" lenting Fina, marah. Dia segera bangun meninggalkan ruang tamu itu. Niatnya nak mengelap meja kopi yang berhabuk diruang depan itu terbantut serta-merta. "Fina! Buatkan aku air!" arah Alfi, selamber sambil menghempaskan dirinya yang keletihan ke atas sofa. Dia mengeluh lega. Tie dilehernya dilonggarkan. Fina pula terhenti melangkah dan berpaling ke arah Alfi. Wajahnya berkerut marah. Wah, sedapnya mengarah orang! Siaplah kau!
*******************************************
"Nah!" Fina meletakkan segelas air kosong diatas meja kopi dihadapan Alfi dengan kasar. Alfi yang tadinya terpejam, terkejut dengan tindakan mendadak wanita itu. "Hoi, tak boleh letak elok-elok ke?! Pecah nanti sape nak ganti?" lenting Alfi, tidak puas hati. "Dalam kontrak tak da tertulis pun yang aku kena buat semua ni? Kau memang sengaja,kan?" tanya Fina sambil bercekak pinggang. Alfi mula bengang lantas dia berdiri berhadapan dengan perempuan itu. Panas dibuatnya. "Dah seminggu kau kat sini, baru sekarang nak komplen? Baik, jangan buat kerja-kerja ni. Tapi ingat! RM10 ribu tu... masih belum langsai lagi," ugut Alfi lantas dia melangkah meninggalkan ruang itu menuju ke tingkat atas. Tekak yang terasa haus tadi dibiarkan saja. Fina memandang langkah lelaki itu dengan perasaan geram. Ish, susah tullah dengan orang tua ni! Benciiiiiii.....!
**********************************************
'Tak baik kamu melawan cakap suami kamu tu. Walau apa pun.... dia sudah menjadi suami kamu sekarang. Kamu seharusnya menghormati dia. Syurga kamu bukan dibawah tapak kaki ibu dah tau? Syurga kamu dibawah tapak kaki suami. Jangan menderhaka pada dia, nak...." ujar mamanya pada suatu hari. Ketika itu, dia datang mengadu tentang nasibnya terseksa sejak hidup bersama Alfi. Fina terdiam. Benar kata-kata mamanya itu. Dia juga pernah belajar tentang kewajipan itu. Kewajipan sebagai seorang isteri. Tapi...dia tidak pernah minta untuk menjadi isterinya. Berdosakah dia? Huhuhu... Fina menekup mukanya dengan bantal. Baru kini dia sedar akan kesilapannya. Walau sebenci mana pun dia pada lelaki itu, dia sudah pun menjadi isterinya yang sah. Ah, bukan salah aku! Ini semua salah dia! Kenapa dia buat cadangan bodoh ini sebagai cara untuk aku bayar hutang tu? Tak ada cara lain lagi ker? Huh! Fina duduk di atas katil. Dia terus berfikir. Dah lewat malam. Rasanya tadi, Alfi tak turun makan pun. Tak lapar ke dia? Ni mesti kes tak nak tengok muka aku la ni. Merajuk la tu! Dah tua-tua macam ni pun tau merajuk ker? Fina merenung ke atas seolah-olah dia merenung ke arah Alfi. Entah apa yang lelaki itu buat sampai tak keluar-keluar dari petang tadi. Kena siasat ni. Hehehehe....
Aduh.... sakit pulak perut ni! Menyusahkan betullah! Ini semua perempuan tu punya pasal. Kalau tak kerana dia, tak payah aku susah-susah tahan lapar macam ni. Tapi... kenapa aku mesti tahan lapar? Kalau dia tak masak, aku boleh makan kat luar. Bodohlah aku ni...huhuhuhu... Masalahnya, aku tak suka makan kat luar. Aku biasa makan kat rumah jer. Mama.. tolonglah anakmu yang kelaparan ni... "Lepas ni... mama takkan masak apa-apa untuk Alfi lagi. Tugas tu... Fina yang akan ambil alih, okey?" "Tapi... kalau dia tak tahu masak, macam mana, mama? Alfi tak kira. Alfi nak jugak makan makanan yang mama buat. Alfi tak biasalah mama.." rengek Alfi, persis kebudak-budakkan. "Tak boleh sayang.... Alfi dah jadi suami orang tau? Tak boleh nak manja-manja dengan mama lagi. Alfi kena jadi seorang pemimpin yang baik untuk isteri Alfi, ya sayang?" "Alah, dah kawin pun apa salahnya kalau Alfi nak manja-manja. Mama tetap mama Alfi, kan?" ujar Alfi manja. Datin Rafidah hanya mampu tersenyum sambil membelai rambut anak bongsunya itu. Hai... teringat pulak saat belaian kasih sayang ibunya itu. Mama... Alfi rindukan mama..huhuhu.. "Oit, Mr. Rubbish!" sergah Fina dimuka pintu. Alfi yang sedang menahan perutnya yang lapar terkejut dengan tindakan tiba-tiba isterinya. Dia segera terduduk diatas katil dan menyembunyikan rasa laparnya itu. Kena kontrol macho la beb! "Apa oit, oit? Ingat orang tak da nama ker? Ni apasal masuk bilik orang ni? Tak malu ke? Baik kau keluar sekarang," Alfi menghalau. Fina mencebik. Nak halau orang konon. Fina tidak mengikut arahan. Malah, dia selamber masuk ke dalam bilik itu. Matanya meliar ke seluruh ruang bilik yang ala-ala bilik VIP. Cantik. Kagum rasanya. Tak macam bilik orang bujang. Kemas saja. Inilah kali pertama dia masuk ke dalam bilik ini. Selama ini, dia tak teringin pun nak masuk ke dalam bilik lelaki tersebut. Malas! Malas nak gaduh. Nanti kata masuk bilik orang tanpa izin pulak. "Oit, kau tau tak kau dah masuk bilik sape?" "Bilik kaulah! Kenapa? Tak boleh?" "Kau ni kenapa? Dah kena rasuk pulak? Jangan kata kau ni gila seks," Alfi terus mengambil selimut dan menutup badannya. Fina memandang jelek. "Yerk... tolonglah! Kenapa kau tak turun makan?" "Suka hati akulah!" "Wah, jual mahal nampak! Tak lapar ke? Aku masak sedap tau hari ni," Fina ketawa kecil. Sengaja nak menarik minat Alfi. Entah kenapa dia perlu buat semua tu. Nak tebus kesalahan kot. Huhuhuhu.... "Sedap ke masakan kau tu? Apa rasa pun tak da. Buat aku sakit perut ada la," Alfi jual mahal lagi. Padahal. Perutnya dah betul-betul meminta untuk diisi. Tiba-tiba, perutnya mengeluarkan bunyi yang kuat. Masing-masing terdiam. Alamak! Fina tiba-tiba mencetuskan tawanya di dalam bilik itu. Alfi tertunduk malu. Jatuh saham aku! "Dah. Tak payah nak tunjuk muka tak hensem kau tu macam tu. Meluat aku tengok. Jom turun makan! Lapar katakan lapar. Tak payah nak kontrol2 macho dengan aku," perli Fina lalu wanita itu keluar dari bilik tersebut untuk turun ke bawah. Alfi mengurut muka menahan malu yang teramat sangat. Perut ni pun satu, tak boleh nak cover line langsung!
*********************************************
Lima minit selepas Fina menghidangkan makanan, Alfi turun dengan langkah yang lemah. Fina hanya tersenyum. Turun pun. Dah lapar sangat la tu. Hehehehe... Nasib baiklah mood aku malam ni baik nak panas dan hidangkan makanan tuk kau. Kalau tidak... mati kelaparanlah kau dalam bilik tu. Alfi menghampiri meja makan dan memandang kearah makanan yang disediakan oleh Fina. Sambal tumis telur, lauk ikan keli goreng, sayur salad dan sambal belacan. Wah, macam sedap je! Betul ke dia masak semua ni? Macam tak percaya pulak aku. Alfi menjeling ke arah Fina seketika dan kemudian memandang hidangan di atas meja tu semula. "Ha, kenapa? Tak percaya aku yang masak la tu? Apa lagi, duduklah makan," jemput Fina dengan nada yang agak kasar. Alfi hanya menurut saja memandangkan perutnya itu sudah terlalu lapar. Dia menarik kerusi sebelum duduk diatasnya. Fina terus menyuakan sepinggan penuh nasi untuk lelaki itu sebelum dia juga duduk berhadapan dengan Alfi. Alfi tidak banyak bicara lagi selain terus menjamu makanan yang tersedia dihadapan mata. Fina hanya melihat tingkah laku suaminya itu. Kadang-kadang membuatkan dia tersenyum sendiri. "Sedap jugak kau masak ek?" puji Alfi. "Erm... aku 'masak' kat kedai. Mestilah sedap," balas Fina selamber. Alfi terhenti dari terus menyuap nasi kemulutnya dan memandang wanita dihadapannya itu. "Aku memang dah agak dah. Nasib baik aku percaya 1% jer yang kau masak semua ni. Kau ni betullah," marah Alfi. Fina hanya ketawa kecil. Dia memang tahu yang Alfi tak suka makan makanan diluar. Tapi, nak buat macam mana? Dah dia tak tahu masak. Terima sajalah. Last-last, habis jugak kau makan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haha..
ske2..
besh2..
xder blog ker??
smbung cpt2..