Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jumaat itu, aku mengajak abah dan ibu menziarah kubur arwah Along. Terasa rindu pula dengan Along. Dah lama kami tak ke sini. Sebulan sekali mungkin. Perasaan aku menjadi sayu apabila terlihatkan batu nisan yang tertulis nama Along. Muhammad Nur Hafiz bin Ithnain.
Aku mengusap-usap batu nisan di kubur Along. Masih terasa-rasa kehadiran dia di sisi ku. Selesai membacakan Surah Yaasiin untuk rohnya, aku masih berteleku di sisi kubur Along. Abah dengan ibu dah berjalan dahulu ke kereta. Tinggal aku seorang je kat sini.
"Along," panggilku perlahan. "Along macam mana kat sana? Ika harap Along ok." Diam. "Along tak perlulah nak risaukan Ika lagi. Ika dah pandai jaga diri."
Terasa air mata mengalir ke pipi. Semasa Along masih hidup, dia sering menjagaku. Boleh dikatakan apa sahaja yang berlaku dalam hidupku akan ku ceritakan kepadanya. Dan kalau aku sakit, dialah yang jaga aku sehingga aku sembuh.
Dengan Angah pun aku tak rapat seperti aku rapat dengan Along. Angah lebih manja dengan ibu dan abah. Cuma apabila Along pergi barulah aku mula rapat sedikit dengan Angah. Itupun tak semua rahsia aku yang dia tahu.
"Along," panggilku lagi. Alangkah seronoknya kalau aku boleh berbual dengan Along seperti dahulu. "Ada seorang budak kat sekolah Ika jadi abang angkat Ika." Kata-kataku terhenti. Kalau Along masih hidup, dia cemburu tak? "Nama dia pun Hafiz, Long." Tanganku beralih ke rumput yang tumbuh meliar lalu ku cabut. "Tapi dia tetap tak boleh ganti Along." Aku tersenyum pahit. Betapa pahitnya bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita. "Tapikan, Long. Cara Hafiz tu jaga Ika, sama macam Along jaga Ika." Ceritaku lagi. "Iba dengan abah tak tahu. Angah je yang tahu. Tapi Angah tak tahu nama dia." "Along ingat lagi tak, kalau Along usik Ika dengan siapa Ika nak kahwin maa Ika kecik dulu, Ika jawab Ika nak kahwin dengan Along?" Aku disapa kenangan lalu. "Along ketawa je dengar jawapan Ika." Diam lagi. "Masa tu Ika tak tahu pun yang adik beradik tak boleh kahwin, Long. But I really mean it. Kalaulah Along bukan abang kandung Ika, mesti Ika suka kat Along." "Along, Hafiz macam Along..." aku dah tak mampu meneruskan kata. Aku pun tak tahu kenapa aku mesti bercerita tentang Hafiz tadi. "Kalaulah Along masih ada, mesti seronokkan, Long? Along, Ika pergi dulu. Lain kali Ika datang lagi, ok? Ika rindu Along. Sayang Along." Aku bangun dan melangkah ke kereta.
Suasana di dalam kereta diam sahaja. Aku sendiri tak tahu hendak berbual apa dengan ibu dan abah. Bila mereka bertanya baru aku menjawab. Cuma, apabila soalan mereka tu ala-ala nak makan diri aku, pandailah aku melencong jawapan.
Sampai sahaja di rumah, aku masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Kemudian aku duduk di meja belajar menyelak helaian latih tubi yang bersepah di atas meja. Tak lama kemudian, telefon bimbitku berdering. Aku tercari-cari di mana letaknya telefonku. Kemudian suasana kembali sunyi tanpa sempat aku menemui talefonku. Helaian di atas meja aku susun.
Belum pun sampai seminit, telefonku kembali berdering. Aku mengalihkan kertas di atas meja. Telefon di bawah helaian tadi aku capai. Angah. Aku tersenyum seorang diri.
"Assalamualaikum," sapaku sebaik sahaja talian bersambung. "Wa’alaikumussalam. Kenapa tak angkat tadi?" soal Angah. Aku tersenyum nipis. "Telefon menyoroklah. Kau tak balik ke?" soalku. Selalunya, pantang hujung minggu, dialah orang yang paling sibuk nak balik. Tahulah UTM-Pontian tak sampai sejam. Huhu. "Aku baliklah. Ni nak bagi tahu yang aku dah sampai kawasan kilang. Nanti soh abah ambik, OK?" arahnya. Ceh, patutlah pun pagi-pagi dah telefon aku. Aku menggeleng-gelengkan kepala. "Yalah. Aku cakap kat abah nanti.
Tak lama kemudian, talian di matikan. Aku bergegas turun ke ruang tamu untuk bertemu abah. Setelah menyampaikan pesanan Angah, aku kembali ke bilikku. Menyambung kerja-kerja yang terbengkalai tadi.
"Oit, budak rajin!" sergah satu suara. Tak payah nak toleh aku dah tahu yang itu suara Angah. "Oit," balasku tanpa menoleh ke arahnya. Angah hanya ketawa melihatku. "Ni hah ada Mc D untuk kau. Double cheeses." Aku terhenti daripada meneruskan kerjaku. Kata-kata Angah membuatkan aku terpaku sekejap. Tadi dia sebut Mc D kan? Iaitu Mac Donald kan? Maknanya burger yang bestkan? Hea... Ven...!!! Aku terus bangun dan melangkah mendapatkan Angah. Bibir dah tersungging dengan senyuman. Bungkusan di tangannya ku capai. "Thank you, ye. Tahu je kau yang aku ngidam nak makan burger," kataku. Adoi! Angah dah meluku kepalaku. "Banyaklah kau punya ngidam." Katanya sebelum melangkah ke biliknya.
Sebenarnya aku berkongsi bilik dengan Angah sebelum Along pergi. Bila Along dah tak ada, aku yang ambil alih barang-barang dia. Daripada katil, meja belajar, set hi-fi sampailah koleksi cd-cd dan buku-buku kesayangan dia.
Aku ke dapur untuk makan burger yang Angah beri tadi. Makan dalam bilik memang pantang aku. Angahlah yang selalu kena jerit dengan aku kalau dia makan dalam bilik. Walaupun dia hanya bawa cawan berisi air suam. No! Tak boleh!
"Kamu makan apa tu?" suara ibu mengejutkan aku. Terbatuk sekejaplah akibatnya. "Makan, bu." Pelawaku. Tak payah tunggu ibu jawab... "Makanlah. Ibu mana reti makan makanan macam tu." ... aku dah tahu jawapannya. Orang tua. Seleranya mana nak sama dengan orang muda. Aku tersengih. "Abah mana?" "Keluar. Beli lauk untuk makan tengah hari. Ibu tak larat nak masak," kata ibu. "Eh, Ika tak tolong ibu masak ke?" soal Angah sebaik sahaja masuk ke dapur. Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda ‘tak’. "Ibu tak panggil pun tadi." "Ah, kau! Lain kali tolonglah mak. Mak bukannya muda lagi. Bila lagi kau nak belajar masak? Nanti dah nak kahwin baru terkapai-kapai nak belajar." Angah dah memulakan syarahannya. Ibu senyum je melihat telatah Angah. Angah, kalah mak nenek kalau dia dapat buka mulut! "Tak pe. Cari lelaki yang pandai masak," balasku dengan sengih mengusik. Angah membulatkan mata mendengarkan kata-kataku. Aku dah tergelak melihat matanya yang membulat. Erm, Hafiz pandai masak tak agak-agaknya? Kalau ya, untungnya hidup!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
apasal pendek sangat???????????????