Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Besar ke, Zack? Rambut dia panjang tak? Mata dia merah tak??" Arin bertanya penuh semangat dengan keketaran yang nyata. Nafas mereka semput kerana berlari tadi.
" Kita dekat bilik siapa ni?" Zack bertanya selepas pintu ditutup rapat.
" Ni bilik tetamu. Zack, jawabla rupa dia macam mana? Muka dia hodoh tak??" Arin masih tidak berpuas hati. Dia menggoyang-goyangkan bahu Zack yang sedang duduk di atas sofa melepaskan lelah.
" Hodoh gila yang amat! Kau tak nampak ke tadi? Aku ingat kau nampak??"
" Dia pakai baju putih? Rambut mengerbang?? Apa lagi yang Zack nampak? Beritahu la Arin!"
" Ler, yang kau semangat-semangat tanya aku ni, kenapa? Kau nak tengok sangat kau pergi la tempat tadi, senang cerita! Pergi bukak tingkap tu, aku panas gila ni!" Zack berkata-kata kuat.
" Tak nak, Zack! Arin takut kalau-kalau dia terbang masuk ikut tingkap nanti!"
" Takpe, ni ada Ridsect! Senang je nak bunuh!" Zack mengambil Ridsect yang diletakkan di bawah meja solek di sudut bilik besar itu.
" Zack, mana boleh bunuh "hantu" guna benda ni!" Arin memperlahan suaranya apabila menyebut perkataan hantu. Kemudian, dia menyambar botol Ridsect yang sedang digoncang-goncang oleh Zack.
" Arin. Kau ni demam ke? Bila masa nya pulak aku kata aku nampak hantu? Aku nampak lipas la! Lipas. Mata kau ni kalau dah rabun tu pergi buat spek, tau?"
" Lipas??"
" Yela, lipas! Habis yang kau lari terjerit-jerit dengan aku tadi tu kenapa?"
" La, Arin ingat Zack nampak "benda" tu. Jom, kita pergi balik, kalau tak macam mana nak tidur malam ni?"
" Tak nak aku! Aku trauma dengan lipas kau tau? Dah la muka tak hensem macam lipas, ha dah memang dia lipas pun kan, hitam pulak tu! Aku paling anti dengan lipas yang berbelang-belang tu! Eee, ya Allah! Gelinya aku!"
" Zack, awak ni lelaki ke pondan? Ada ke dengan lipas pun nak takut? Takat lipas tu, patut pijak je dah penyek!"
" Hah, dah kau berani sangat, kau pergi la on semua. Aku tunggu sini."
" Bak sini torchlight tu!" Arin menyambar torchlight di tangan Zack.
" Good luck to you, honey dew! Aku harap kau tak lah jumpa ehem-ehem kat bawah tu nanti!" Zack mengelipkan mata kanannya dan tersenyum. Arin pucat sebentar.
" Ahh! Saya bukan penakut macam awak!" Arin berkata sombong.
" Kalau kau jumpa something, jangan cari aku pulak nanti. Babai."
Arin berjalan keluar. Zack menutup pintu dan ke tepi tingkap untuk membuka tingkap. Lampu di luar agak terang untuk menerangi sehingga ke dalam bilik itu. Zack menyelongkar laci. Eh, ada lilin! Wah! Romantik lah aku malam ni huhu. Dia pun menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan lighter yang diambil tadi.
" Ahh! Zack! Tak nak! Arin takut!" Tak sampai seminit Arin keluar, dia berlari masuk kembali ke bilik tetamu itu. Zack ketawa di dalam hati.
" Kenapa, Arin? Arin nampak apa tadi dekat luar? Ada luka kat mana-mana tak?" Zack membuat kecoh, padahal saja nak memerli Arin huhu.
" Takut! Arin dengar macam bunyi orang berjalan tadi!" Entah-entah bunyi tapak kaki sendiri. Arin sembunyi di dada Zack. Hai, apa-apa kes mesti nak memeluk-meluk aku jugak!
" Dah, ye, sayang. Jom kita tidur. Abang dah nyalakan lilin dah untuk kita. Romantik kan malam pertama kita, sayang?" Zack senyum lebar. Hua hua comelnya muka kau, Arin! Aku paling suka tengok muka pucat kau tu huhu, yang membawa maksud = lakonan aku menjadi!
" Apa ni, Zack??" Arin pantas menolak tubuh Zack.
" Sayang, kau dengarkanlah aku berkata-kata. Wajahmu ibarat sang bulan yang penuh dengan lobang dan kawah yang dalam, hidungmu yang mancung ibarat serombong kapal Titanic yang sudah tenggelam.."
" Stop it, Zack!"
" Apa kau kata? Kau suruh aku diam?? Siapa bos sekarang? Siapa orang gaji sekarang? Beritahu aku??" Zack menyinga, berlakon lagi! Arin kembali ke alam nyata. Teringat adik-adik di kampung, dia terasa bersalah.
" Mintak maaf, tuan!"
" Dah la. Malas aku nak mengusik kau lagi. Aku nak tidur. Kau pergi ambik buku dalam laci tu, kipaskan aku sampai aku tidur! Nak usik sikit pun tak boleh. Tak sporting langsung." Zack membebel seorang diri. Tapi aku kan "lelaki" pada pandangan dia, macam mana dia nak sporting dengan aku kan, huhu. Akhirnya dia pun terlena dengan Arin yang mengipasnya di sisi.
" Uhh, pukul berapa ni? Kacau la nyamuk ni! Hish!" Zack yang terjaga tiba-tiba itu segera bangkit. Arin sudah terlena di sisinya, duduk atas lantai je dia mengipas aku tadi. Huhu kesian dia, tapi dah aku ni memang macam ni, tunggu umur 43 dulu kot baru hilang kenakalan aku yang dah lama bermaharajalela ni huhu.
" Arin, Arin.. Bangun la, tidur kat atas katil. Arin." Zack menggoncang-goncang bahu Arin, namun gadis itu tidur tak ingat angkasa dah! Mungkin penat sangat kot kena buli dengan aku huhu.
Zack mendukung Arin dan dibaringkan di atas katil. Tak sampai hati pulak nak biar dia tidur atas lantai je. Kemudian, dia pun turun ke bawah, ke tempat kabel elektrik semalam dengan Ridsect dan torchlight di tangan. Aku tak takut gelap or hantu, aku cuma tersangatlah "sayang"nya kepada binatang-binatang "kesayangan" aku yang bermacam-macam jenis itu huhu.
" Haa, baru cerah sikit dunia aku ini." Zack kembali ke atas selepas menutup kembali semua lampu yang terbuka sendiri kerana tidak ditutup semalamnya.
Selepas solat Isyak dan Subuh di bilik entah bilik siapa entah, yang pasti ada telekung dekat situ, Zack pun mengejutkan Arin.
" Wei, Rin. Bangun la. Dah nak cerah dah alam kurniaan Tuhan ni. Karang terlepas subuh kau." Zack menepuk-nepuk pipi Arin. Ni sah tidur tak ingat dunia macam aku ni!
" Uhh, kambing mana mengembek pepagi ni? Kacau la orang nak tidur!" Arin bergerak-gerak sebentar dan berpaling ke arah lain. Hampeh punya makhluk! Dia panggil aku kambing? Yang mengembek pulak tu?? Hai, kau ni memang lah Arin. Aku baru ingat tak jadi nak cepuk kau tiap pagi, tapi nampak gayanya, memang jadi lah sebagai hadiah kau panggil aku kambing!
" Aduh! Sakit lah, mangkuk!" Arin bangkit secara automatik selepas kepalanya dicepuk Zack. Kelihatan Zack sedang merenungnya tajam, semacam perogol bersiri yang sedang diselubungi oleh kejahatan yang nyata huhu. Arin segera menekup mulutnya, baru sedar dia tersilap cakap, dia membetul-betulkan rambutnya dan segera bangun untuk melarikan diri.
" Woo, please wait for a minute, honey. Kau tau apa kesalahan kau pagi ni?" Arin menggeleng lembut, dengan muka memintak belas kasihan daripada "perogol" bersiri itu. Tangannya dicengkam erat oleh Zack. Buatlah muka anak itik plastik kau tu, aku tak heran la!
" Saya.. saya.. Min.. mintak maaf. Saya tak sedar yang.."
" Ahh! No explaination! Kau nak aku buat apa untuk aku lepaskan kau ni?"
" Dah lah. Pergi solat. Muka dengan air liur basinya, be faster, aku nak breakfast!"
" Baik, encik!" Arin berlari-lari keluar dari bilik tersebut. Aku tak bagi dia panggil tuan, dia panggil aku encik pulak dah! Hai la..
Tapi okay jugak apa. Huhu. Pertama kali aku dapat maid yang muda, tak macam makcik-makcik yang ada dekat rumah aku dekat Perak tu, aku nak buli pun payah! Memanglah nasib aku yang comel ini huhu. Zack turun ke taman menghirup udara pagi yang segar. Gila best rumah atas bukit! Pepagi mesti berkabus! Wuish, ya Allah! Cantik gila pemandangan! Eh, ada kolam ikan.
" Hai, ikan. Aku Zack, tuan kamu yang baru huhu. Lapar tak? Nah, aku bagi makan." Zack mencapai bekas makanan yang diletak di situ, dan menuang makanan itu banyak-banyak ke dalam kolam.
Dia membelek-belek, jenama apa makanan ikan ni? Matanya membulat. Whiskas?? Muka kucing terang tang-tang terpampang di situ. Habislah mati ikan-ikan ni! Sedap pulak tu ikan-ikan tu semua menyambar-nyambar Whiskas yang dituang.
" Oh, tidak! Ikan koi mama! Ya Allah, kau janganlah matikan si ikan-ikan ni semua! Fuh, fuh, fuh!" Zack menadah tangan berdoa dan menghembus-hembus ke kiri kanannya, macam tok bomoh nak halau hantu pun ada!
" Encik!" Arin tiba-tiba menyergahnya dari belakang, cerianya muka!
" Oh, mak kau! Hish, kau ni. Apesal nya ni? Tepi sikit. Kau tolong bersihkan si kolam ni. Kotor lah aku tengok!" Padahal dia yang pergi tuang bukan main banyak Whiskas ke dalam kolam tu huhu.
" Siapa nak buat breakfast, encik?"
" Eh, kau ni, jangan nak berformaliti dengan aku boleh tak? Panggil jela aku Zack! Budak ini, aku cepuk karang! Aku buat breakfast! Pergi bersihkan cepat!" Kuasa veto di tangan aku sekarang hua hua!
" Yela!" Arin menjelir lidah ke arah Zack. Zack melangkah masuk ke dalam. Aku harap ikan-ikan tu makin buntal, bukan meninggal! Dah la mahal nak beli sekor pun, bukan 2, 3 ringgit, bukan macam ikan gapi yang aku selalu tangkap dalam parit depan rumah aku tu!
Zack mencapai tin sardin dan roti keping yang dibeli semalam. Selepas menyapu marjerin, dia menyapu sardin yang sudah dihancur-hancurkan ke atas rotinya. Em sedapnya sardin ni. SarDIN? Kenapa DIN di belakangnya hehe tetiba boleh pulak aku teringat dekat abang Din huhu. Apa dia buat ye sekarang? Jam di dinding tepat 715 pagi. Mesti dia tengah tidur ni kan? Aku nak pergi melawat dia lah kejap huhu. Sebabnya dia baik gila dengan aku! Gila jarang nak jumpa lelaki yang layan aku baik-baik macam dia, hihi.
" Miss Kitten!" Zack menjerit dari dalam, takde sahutan.
" Arin!"
" Yes, boss?" Tercangak muka Arin dengan rubber gloves yang menyarung tangannya di muka pintu.
" Mana buku resepi yang kau kata tu? Aku nak masak bubur!"
" Ada dalam laci tu, boss!" Ish, budak ni, memang tak faham bahasa betul. Lepas tuan, encik, lepas encik, bos pulak dia panggil aku. Lepas bos, apa lagi, cepukan aku la!
" Kejap, em, saya, nak tanya. Macam mana saya boleh ada atas katil pagi tadi?"
" Entah la, kau agak siapa yang nak angkat kau?" Muka Arin merah, dan dia terus berlalu.
Berdasarkan buku resepi tersebut, Zack mula memasak bubur jagung menggunakan jagung di dalam tin, khas untuk abang Din..? Eh? Apa kes aku nak masak untuk dia pulak? Ini untuk perut aku la. Sibuk apa pulak aku nak pergi masak untuk dia? Tanpa sedar, Zack termenung sebentar mengingati wajah abang Din..
** Cerita ini hanya rekaan semata2. Yang baik boleh dicontohi, yang tak baik tak payah la ikut hehe. Tatabahasa & ejaan BM pun banyak yang silap utk nampakkan macam real life, so jgn ikut memana yang silap tu na. Enjoy reading!
aduhhh...minta2Lah disambung cepat..fuh..fuh..(hehe..mcm cZack la pulak...='p) tsiksa jiwa raga perasaan emosi pikiran n yg sewaktu dgnnya la mnunggu smbgan..
hahhahahha citer ni best betoil....x larat nak gelak...tengok dok senyum lagi ni..hehehhe si zack ni jahat la..nakai betuii......mcm mn la org leh x perasan yang dia ni perempuan...hahhahaha..
sgt best..x menahan say abace..jahat gile dowh dak ZACK tu..but i like
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehehe...cam ni la baru best..
kalau tak asyik jumpa ayat skema jer..