Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Angin lain macam, betul la tu.." kata- kata maksu menghentikan langkahku seketika sebelum meneruskan langkah tanpa berpaling.Lagi lama disitu, boleh hilang sabar dibuatnya. Sabar fatin..Siaplah kau hafez! Memang tak sayang mulut betul.
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku lihat hafez berada di balkoni sedang berbual dengan seseorang di telefon. Kelihatan agak serius riak wajahnya namun tidak lama selepas itu dia mematikan panggilan dalam keadaan tegang. Kehadiran aku di situ mungkin tidak disangkanya kerana riaknya yang sedikit kaget. Ah! apa aku peduli, ingat aku takut bila dia buat muka macam tu.
" Memang sengaja kan?"soalku pada hafez. Dia kelihatan mengerutkan dahinya, mungkin kurang faham dengan maksudku.
" Suka lah kalau mama anggap bukan-bukan!" Ujarku dalam nada sedikit tegang.
" Sorry, i’ll explain to her later.." ujar Hafez senada, seperti tidak langsung perasan yang aku sedang marah. Dia kemudian melangkah kearah meja kerja, tangannya mencapai cermin mata di sudut meja dan menghadap laptop yang sedia terbuka. Tingkahnya benar buatkan hati aku bertambah sakit. Aku menghampiri meja yang tidak jauh dari tempat aku berdiri.
" Itu je?" Soalku masih tidak puas hati.
" Boleh tak kalau kita cakap tentang ni lain kali?" Pandangannya masih tertumpu pada kerjanya.
" Urgh..! Sakitnya hati..! kalau nak kenakan orang pun..tak boleh ke cakap pasal benda lain..fikirlah dulu kalau nak cakap tu. Kalau mama seorang sahaja tadi tak apalah jugak, ini..inikan pulak ada abah dengan maksu. ha, kira abah okay lagi la. Mak su! Mak su tu sudahlah.. Urgh...! Geramnya" Lepasku, panas betul rasa hati aku. Dia masih diam di situ sedangkan aku sejak dari tadi mundar- mandir di sebelahnya. Kenapalah mamat ni dari tadi tiada respon. Sudah macam aku bercakap dengan kerusi pula, aku rasa kalau cakap dengan kerusi pun lagi bagus sebab kalau sakit hati, boleh terus buang.
" Macam mana kalau..."
" Enough!" Suara tengking hafez berserta bunyi kerusi membuatkan aku terpana. Kerusi yang diduduknya tadi terbalik ke lantai ketika dia berdiri. Betulkah apa yang terjadi pada aku sekarang ni? seumur hidup aku, inilah kali pertama aku ditengking oleh lelaki. Abah pun tak pwenah tinggi suara pada aku macam ni.Suaranya saja tadi cukup membuatkan jantungku hampir berhenti. Serta merta kolam mataku digenangi air. Baik aku pergi dari sini sebelum aku benar menangis. Poyo betul aku ni, tadi berani sangat..sekali kena tengking terus senyap. Aku cuba melangkah sederas mungkin tapi kenapa kaki aku ni kejang semacam, ah..cepat fatin.
" Fa.."
"Damn it!" cermin mata yang elok terletak di batang hidung dicampak ke lantai sebaik sahaja fatin keluar dari bilik. Hafez meraup wajahnya dengan kedua belah tangan sambil cuba menenangkan perasaan yang begitu marahkan diri sendiri.Rasa menyesal serta-merta menyerbu kerana tindakan tanpa rasionalnya.
‘ Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku nak marah’ detik hatinya.
Terngiang kembali kata- kata marni di telefon sebentar tadi.
" Kenapa you berubah macam ni sekali? Takkan you langsung tidak mencintai I lagi.." suara marni begitu lembut seperti selalu.
" I berubah? Bukan you yang berubah ke? Siapa dulu yang kata kita tak mungkin bersama? Mana dia Armand yang katanya setaraf dengan you tu?" balas hafez sindir dengan soalan bertalu.
" Jadi betullah you masih tak berubah? I tahu you masih cintakan I .." balas marni tanpa menjawab satu pun soalan Hafez.
" Cinta? Sudahlah Mar.. I dah ada hidup I sendiri sekarang dan cukup bahagia" Malas sudah rasanya terus berbicara dengan seseorang yang pernah buatkannya cukup menderita.
" I tahu you tak bahagia.. Macam mana nak bahagia kalau bersama orang yang tak dicintai apatah lagi orang tu mencintai orang lain" sinis kata-kata marni namun tidak dapat ditanggkap Hafez.
" Mar..kebahagiaan I bukan urusan you dan you tak perlu mereka atau meneka cerita" Balas hafez. Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh bila Marni cuba pertikai hubungannya dengan Fatin walaupun dia sedar akan hakikat mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.
" Azfar darling..takkanlah you masih tak tahu yang you kahwin dengan kekasih orang" Marni masih cuba menduga perasaan Hafez.
" Marni. Stop it ,okay. I tak ada banyak masa untuk dengar cerita rekaan you tu. I kenal siapa isteri I" Semakin tidak selesa rasanya berbual dengan Marni.
" Betulkah you kenal dia? Kalau you kenal dia..takkan you tak tahu dia kekasih Azlan, adik you sendiri.." Ujar Marni berserta ketawa sinis membuatkan hati hafez bertambah sakit.
" Mengarut !" Nada Hafez sedikit meninggi sebelum talian diputuskan terus.
Hafez meraup sekali lagi wajahnya bila teringat perbualan itu tadi. Langsung tidak disangka Marni akan kata begitu. Benarkah apa yang dia katakan? Azlan..Fatin. Ah, tak mungkin. ‘Tapi kenapa kenyataan Marni itu benar memberi kesan pada aku sehingga sedikit menggangu perasaan aku. Sehingga aku sanggup meninggikan suara pada Fatin sebentar tadi’. Laptop yang terbuka, ditutup kasar. Hafez kemudian menapak ke pintu kemudian berpatah balik ke meja. Kedua belah tangannya menopang meja, masih tidak cukup berani untuk berdepan dengan Fatin. ‘ Patutkah aku mintak maaf ?’.
Jam di pergelangan tangan dikerlingnya, sudahpun dua pagi.. ‘Kenapa Fatin masih belum masuk? Teruk sangat ke aku ni..’
*********
" Fatin.." terasa bahu digoncang perlahan. Aku mebuka kelopak mataku perlahan. Nyaris terhenti denyut jantung aku bila melihat Hafez duduk di hadapanku dalam gelap sebegini. Aku mengurut dada bagi mengurangkan rasa terkejut. Tahulah dia raja kegelapan pun, tapi janganlah nak takutkan orang macam ni. Aku yang sebentar tadi terlelap di sofa kini sudah bangkit bersandar, mataku ditonyoh beberapa kali.
" Sudah, mari tidur dalam bilik..kalau mama nampak fatin tidur di sini apa pula dikatanya" Hafez menarik tangan aku yang masih separauh sedar. Dalam fikiran aku memang tiada perkara lain selain tidur, terlupa sudah yang aku ditengkingnya sebentar tadi..mengantuk betul.
*********
Bab 18
Ala.. terlewat lagi! Kenapalah aku selalu bangun lambat ni. Eh, bila pula aku tidur dekat sini? Bukan aku tidur dekat sofa ke semalam..ish, musykil aku. Aku memandang sekeliling dan berhenti seketika pada meja kerja. Beg hafez tiada di situ..semestinya dia sudah ke tempat kerja. Kejam betul mamat ni, bukan reti nak tolong kejutkan aku. Jam disisi katil aku renung dengan mata yang masih lagi kabur.
‘ 8.30 ! ’
Aku segera mencapai tuala dan terus ke bilik air. Kelam kabut dibuatnya. Aku memilih hanya jeans dan t-shirt rekaanku, sempat juga aku menarik mafla merah jambu kegemaranku lalu disangkut ke leher. Dalam keadaan tergesa-gesa aku berlari keluar bilik, namun belum sempat aku tiba di pintu depan..aku berundur beberapa tapak.
" Eh, abah nak kemana?" soalku. Mataku memandang kearah abah dan mama bersilih ganti sebelum berhenti pada beg disebelah abah.
" kan semalam abah dah cakap nak balik hari ni.." Ujar Abah, sedang tangannya ligat memakai sarung kaki.
" ada ke? Habis, mana Mak su?" Aku mengaru kepala yang lansung tidak gatal. Jangan kata maksu taknak balik lagi , sudah..
" Aku kat sini.. Kenapa? Kamu takut aku tinggal dekat sini ke?" soal Maksu yang tiba-tiba muncul di belakangku.Aku berpaling kearahnya. Kelihatan dia terkial- kial menarik begnya. Entah apalah yang dibawanya. Aku sekadar tersengih. Macam tahu je apa yang aku fikirkan.
" Tak boleh juga la" Ujar Hafez yang baru masuk ke rumah. Hai, takkan tak pergi kerja lagi mamat ni. Pandanganku beralih pula padanya. Dengan lengan bajunya yang dilipat hingga kesiku, tali lehernya disangkut ke bahu. Kelihatan peluh di dahinya sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kepala aku.
"Kereta ni pun, selama ni tak pernah pula ada masalah.Tapi Abah kena balik juga..mana boleh tinggal syarikat lama sangat" Ujar abah pula. Barulah aku dapat menangkap sedikit butir bicara mereka.
"Kereta abah rosak ke? Kalau abah nak fatin hantar..petang sikit boleh la" sampuk aku.Lagipun aku dah lewat ni.
" Macam ni lah, Abah pakai kereta Hafez dulu..nanti hafez uruskan kereta tu" ujar hafez begitu yakin. Ala, baik sangat la tu. Tapi okay juga, tak payah la aku terkejar nanti.
"Kamu macam mana, hafez?" baru kedengaran suara mama. Ala..sibuk sangat dengan menantu kesayangan dia tu, tapi aku peduli apa? Yang penting bukan kereta aku. Hihi..jahat juga aku ya.
" Hafez boleh tumpang Fatin.." kata-kata itu pantas menghentikan senyuman yang baru terukir dibibirku. Aku menjeling kearahnya. Haa.. hancurlah kebebasan aku kalau macam ni, takkan aku kena jadi driver dia pula. Ala.. leceh la macam ni.
" Ha. Kalau nak tumpang, cepatlah! Orang dah lambat ni." Ujarku sebelum tangan mama, abah dan maksu ku salami. Aku terus sahaja berlalu selepas itu. Sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, mataku terus sahaja menghala ke langit. Sepatutnya sudah pukul sembilan lebih..tapi kenapa gelap lagi ni. Nak hujan la tu agaknya.
Enjin kereta dihidupkan, Hafez yang kini lebih kemas dari tadi baru melangkah masuk ke dalam kereta. Lambat betul mamat ni, dah la suka-suka pergi kerja pukul berapa. Kalau aku lambat kira okay la juga.
" Kenapa tergesa-gesa sangat ni?" soal hafez sebaik sahaja kereta bergerak. Amboi.. dah lambat, boleh buat tanya pula. Aku mengerling kearahnya yang sedang membetulkan tali lehernya. ‘Hensem..’ Eh apa aku fikir ni..bukankah aku sepatutnya marah sebab dia lambat tadi.
" Tanya lagi, kan dah lewat ni. Fatin tak apalah juga. Achik tak takut kena marah ke masuk ofis lambat?" soalku
" Lewat? Kan baru pukul 6.45.." balas hafez. Biar betul mamat ni. Waktu aku bangun tadi pun dah pukul 8.30..takkanlah. Mataku beralih ke arah jam pada board. Mak aih...mati-mati aku ingat dah lewat. Patutlah gelap lagi tadi. Aiyak..buat malu betul aku ni.
" Ala, lewat la juga tu.Kalau tak.. tak adalah kita tersekat dekat sini" Aku masih mahu betul. Pandangan aku alihkan kehadapan. Deretan kereta dihadapan masih belum berganjak dari tadi.
" Sorry, terlupa nak inform yang jam dalam bilik tu dari semalam tak ada bateri " hafez seperti dapat membaca. Aku sedikitpun tidak mengalihkan pandangan kearahnya. Tanganku yang sedari tadi kaku di stereng, pantas saja mencari stesen radio, berpura-pura tidak mendengar kata- katanya. kalau aku bersuara..mesti dia akan ambil peluang gelakkan aku. Sure punya!
Senyap. Tiada sebarang perbualan antara kami sehinggalah tiba di tempat letak kereta. Ish, aku tak pakai tali pinggang keledar rupanya. Aku memadang sekilas kearah hafez yang sedang membuka tali pinggang keledarnya sebelum aku menarik beg tanganku yang berada di tempat duduk belakang. Aku mesti cepat, dah la malu tadi tak habis lagi.
" Err.. Fatin" Ujarnya tiba-tiba mematikan pergerakan aku. Apa pula yang mamat ni nak.
" Sorry pasal semalam.." sambungnya
" Semalam? Kenapa dengan semalam" aku masih kurang faham. Entah- entah dia ada buat apa-apa dekat aku kot..patutlah aku tiba-tiba boleh ada dalam bilik. Oh.. mintak simpang la.
" Hafez mintak maaf..memang tak patut pun hafez tinggikan suara macam tu" ujarnya. Aku memandang kearahnya, kedua keningku hampir bertaut. Ooo.. baru aku ingat, macam manalah aku boleh lupa pula. Dasyat betul la aku ni. Sempat pula fikir yang bukan-bukan.
" Oo.. tak kisahlah" ujarku sambil menggalas beg ke bahu dan bersedia untuk melangkah keluar dari kereta.
" Tak kisah ? Tapi sampai merajuk tidur dekat luar.." Aku menjeling kearahnya sebaik sahaja menangkap kata- katanya.Dia tersenyum seperti selalu.
Bila masa pula aku merajuk? Bukan ada faedah pun kalau aku merajuk dengan dia..Kalau betul aku merajuk pun..dan orang yang nak pujuk tu adalah si raja kegelapan, aku sanggup tidur dekat sofa selama-lamanya. Mamat ni kan, baru je minta maaf.. dah nak sakitkan hati aku balik. Nampak sangat dia tak ikhlas mintak maaf tadi. Buang masa je kalau aku layan orang macam ni. Pantas saja aku melangkah keluar.
" Fatin!" baru beberapa langkah, sekali lagi pergerakan aku mati bila mendengar panggilannya. Apa lagi yang dia nak ni.. aku berpusing kearahnya perlahan. Malas sebenarnya aku nak melayan mamat seorang ni.
" Apa lagi?" soalku. Mataku memandang tepat kearahnya yang berada lebih kurang satu setengah meter dihadapan. Aku bunuh jugak dia ni karang.
" Nice shoes.." ujarnya sambil tersenyum manis.
Mata aku beralih pandang ke bawah. 'Oh my god..!' apa dah jadi dengan aku ni. Terasa darah mula naik ke muka, panas rasanya. Aku kembali memandang kehadapan dan aku lihat hafez sudahpun memulakan langkah. Aku menekup muka ku, ish.. macam mana aku boleh tak perasan. Sekali lagi aku memandang kearah selipar pink berbulu yang elok tersarung dikaki. Macam mana aku boleh tak perasan waktu keluar dari rumah tadi. Ni semua salah ahli sihir tu, kalau tak..takkan la aku kelam kabut sangat pagi tadi.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cter ni best sangat..
cepat sambung...(tp naper cm lmbt smbgnyer huhu)
aapon best!!!
blog?