Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Melisa hanya tersenyum memandang Amsyar. Dulang di tangan diletakkan di meja sisi.
"Mel dah sediakan makanan untuk abang. Abang dah mandi?" tanya dia.
Amsyar mengeluh. "Belum.." jawab Amsyar. "Mel buat apa dekat sini?" tanya dia. Agak terkejut juga apabila melihat Melisa sudah tercegat di depan pintu biliknya pagi-pagi macam ni.
"Semalam Mel telefon abang. Tapi abang tak angkat. So Mel telefon rumah, mama abang kata abang ada dekat rumah hari ni. Hari ni kan hari minggu. Mel ingat nak ajak abang keluar." ujar Melisa beria-ia. Amsyar hanya diam sahaja. Tidak tahu untuk membalas apa. Walaupun Melisa tunangannya tapi..
"Mana mama dan papa?" tanya Amsyar mengubah topik.
"Papa ada dekat bawah. Tonton tv.. Mama pula sibuk tolong orang gaji sediakan makan pagi.." jawab dia.
"Abang perlu mandi. Mel tunggu abang dekat bawah je la?" pinta Amsyar lantas mencapai tuala. Dia bergerak ke bilik mandi.
"Abang nak Mel sediakan baju untuk abang?" Melisa meminta keizinan. Tiada jawapan dari Amsyar. Lelaki itu buat tidak tahu lalu segera menutup pintu bilik air. Melisa mengeluh. Sudah setahun dia cuba mengambil hati Amsyar namun hati lelaki itu keras.
'Aku tahu kau dah tak cintakan aku, Zarif. Tapi aku akan tetap mencuba..' janjinya dalam hati. Melisa segera membuka almari pakaian Amsyar untuk diseterika. Baju yang dirasakan sesuai untuk aktiviti santai dikeluarkan. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah sekeping bingkai gambar di atas katil. Segera dia mencapai bingkai itu. Dia mengetap bibir. Gambar perkahwinan Amsyar dengan Anisah.
'Lelaki ini tetap tidak boleh melupakan isterinya!' rungut dia dalam hati. Kemudian dia melemparkan bingkai gambar itu ke katil semula. Hatinya panas. Baju yang dipegang segera dibawa ke bilik sebelah untuk diseterika.
******************
Setiap butiran air dari shower membasahi wajah dan tubuh Amsyar. Lelaki itu menutup matanya dan menghayati kesejukan air yang mengalir. Sungguh! Dia rindukan Anisah. Sudah hampir setahun mereka berpisah. Bukan.. dua tahun lamanya. Di saat dia hilang ingatan dan sehingga dia pulih semula.
'Kenapa dugaan ini berterusan?'
Dia masih teringat di saat Anisah lari menghilangkan diri. Tidak sempat untuknya menatap wajah isteri yang dirindui. Baru dia sedar, pengorbanan Anisah terlalu berat untuknya. Dia terlalu mementingkan diri. Dia tidak sedar rupa-rupanya dia sudah lama menyayangi gadis itu. Cuma keegoan mengatasi segalanya. Dia tidak boleh terima bahawa dia telah mula menyayangi gadis yang pernah dihinanya dulu.
Amsyar tidak tahu kenapa Anisah meninggalkannya di saat dia memerlukan gadis itu. Surat yang diterima dari Zikri betul-betul membuatkan hatinya sakit. Dia begitu kecewa.
'Abang, syukur alhamdulillah abang sihat akhirnya. Nisa orang yang paling gembira. Nisa tak tahu nak cakap apa untuk meluahkan perasaan ini. Semasa abang baca surat ni, Nisa dah pergi jauh abang. Nisa tahu tiada cinta dan sayang di hati abang untuk Nisa. Nisa tahu abang betul-betul menyayangi Melisa. Nisa janji Nisa takkan ganggu hidup abang lagi. Nisa rela abang berkahwin dengannya. Sayangilah dia sebaik-baiknya. Melisa gadis yang baik.. dia banyak berkorban untuk abang. Dan paling penting, abang dan dia saling menyayangi. Jangan risau akan Nisa. Nisa pandai jaga diri. Doakan semoga Nisa akan bertemu dengan seseorang yang betul-betul menyayangi Nisa. Sebelum Nisa mengakhiri surat ini.. ada perkara yang ingin Nisa beritahu abang.. TERIMA KASIH kerana memberi peluang untuk Nisa menjadi isteri abang. TERIMA KASIH kerana membenarkan Nisa menyayangi abang. NISA SAYANG ABANG.. NISA RINDU ABANG.. RINDU SANGAT.. Maafkan Nisa. Berikan Nisa masa untuk fikirkan tentang penceraian kita. Nisa akan pulang satu hari nanti bila tiba masanya. Selamat pengantin baru, abang.. Doa Nisa semoga abang bahagia selamanya. Anisah.'
'Kenapa Nisa seksa abang, sayang? Adakah sudah terlambat untuk abang ucapkan sayang pada Nisa?' bisik hatinya sedih.
*******************
Melisa masih lagi mengetap bibir. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia mengoyak gambar itu. Kerana dia, Zarif sudah tidak sayang pada aku. Kerana dia, aku terpaksa menagih cinta dengan Zarif semula.
'Sudah ku halau dia dalam hidup Zarif. Tapi kenapa sehingga kini lelaki itu tidak boleh melupakan Anisah? Bagus sangat ke dia?' rungut dia lagi. Geram dan marah bertimpa-timpa.
*******************
Setahun yang lalu..
Anisah gembira mendengar berita dari mulut doktor itu. Dia memeluk Irina kegembiraan. Gadis itu juga mengucapkan syukur. Tidak sabar untuknya menemui Amsyar. Sekilas, dia menaip mesej dan menghantar berita tersebut kepada mama dan papa Amsyar. Mereka perlu tahu bahawa Amsyar masih hidup.
Anisah dan Irina bergerak laju mengekori keluarga Melisa ke wad yang disediakan untuk Amsyar. Sebaik semuanya masuk, Melisa menghalang Anisah dan Irina di hadapan pintu wad. Anisah terpinga-pinga.
"Aku tak nak korang masuk berjumpa Zarif.." pintanya serius.
"Helo, dia tu suami Anisah tahu, tak!?" perli Irina.
"Aku peduli apa dia laki siapa pun. Yang aku tahu, aku tak mahu Zarif diganggu.."
"Awak takde hak untuk halang kami, Melisa.." ujar Anisah tiba-tiba. Mukanya juga serius.
"Aku ada hak sebab aku tunang dia.."
"Dia lebih berhak sebab dia isteri Amsyar!" bentak Irina geram. Perempuan di hadapan mereka lebih kuah dari nasi.
"Dia bukan Amsyar, dia Zarif!" Melisa cuba memutar-belitkan keadaan.
"Kenapa awak tak benarkan kami berjumpa Amsyar?" Anisah tidak puas hati.
"Aku merayu dengan kau, Nisa. Aku betul-betul sayangkan Zarif. Dan Zarif juga sayangkan aku.Aku tak boleh hidup tanpa dia. Berilah kami peluang untuk mengecapi bahagia bersama. Kau anggap sahaja yang suami kau sudah mati setahun yang lalu. Dan lelaki yang di dalam tu bukan suami kau lagi.." rayu Melisa. Matanya berair. Anisah kaku. Dia mengetap bibir. Sungguh! Dia sendiri pun tidak tahu nak buat apa.
"Kami peduli apa!? Benarkan kami masuk!" marah Irina lalu cuba menolak Melisa ke tepi tetapi gadis itu begitu kuat menghalang. Irina mendengus. Berkali-kali dicuba sehinggalah Anisah pula menghalang. Irina terkejut.
"Nisa, you nak biarkan Amsyar begitu sahaja?" Irina tidak puas hati. Begitu lembut hati perempuan ini..
"I pun tak tahu samada Amsyar sayangkan I atau tidak. Betul cakap dia, Amsyar menyayangi dia. Sebelum Amsyar kemalangan, I nampak sinar kegembiraan di wajah Amsyar bila I ingin lepaskan dia." ujar Anisah kepada Irina. Irina menggelengkan kepala.
"Nisa, itu Zarif! But now, lelaki yang terbaring di dalam tu adalah Amsyar!!"
Anisah senyum.
"Tolonglah, Nisa. Kau sendiri tahu yang Zarif menyayangi aku seorang.. Berilah kesempatan kepada kami.." rayu Melisa lagi. Anisah masih tersenyum. Dia angguk akhirnya. Irina ternganga tidak percaya. Gila apa Anisah, ni?
Anisah menarik tangan Irina meninggalkan bilik itu. Irina masih tidak puas hati dengan keputusan yang diberikan oleh Anisah. Mereka semakin jauh. Melisa hanya tersenyum sinis. Dia kembali masuk ke dalam bilik.
Zikri menoleh apabila terdengar pintu ditutup.
"Mana Anisah?" tanya dia.
"Entah? Akak tak tahu.." bohong Melisa.
"Akak ke mana tadi?" Zikri mengerut dahi.
"Akak pergi tandas tadi.." bohong dia lagi. Zikri hanya mengangguk sahaja.
**********************
Malam itu Anisah tekad mengambil keputusan. Petang tadi Irina begitu marah sekali dengannya. Tidak tahu kenapa perlu dia mengalah. Dia lebih berhak dari Melisa tapi..
'Amsyar tak sayang aku.. Aku kahwin dengannya pun sebab wasiat.. kahwin paksa. Sekarang, dia dah jumpa cinta sejatinya. Melisa lebih berhak..'
Dia menulis sesuatu di atas meja tulisnya. Sekilas, dikalih pandangannya ke arah beg pakaian di tepi almari. Tanpa dapat ditahan, air mata mengalir ke pipi. Begitu sukar untuk membuat keputusan namun demi kebahagiaan Amsyar dia perlu menarik diri.
'Maafkan Nisa, abang..', rintihnya dalam hati. Dia sebak. Adakah ini keputusan yang tepat baginya?
********************
Esoknya Anisah pergi ke hospital semula. Belum sempat dia menghampiri bilik Amsyar, kedengaran namanya dipanggil. Dia mengalih.
"Kau buat apa dekat sini?" tanya Melisa mengerut dahi.
"Saya nak jumpa Amsyar. Dia dah sedar?" pinta Anisah lembut.
"Dah! Buat apa kau nak jumpa dia? Kan aku dah cakap jangan ganggu kitorang lagi.." jawab Melisa acuh tak acuh.
"Awak jangan risau. Saya tak akan ganggu cuma.." dia mengambil sesuatu dari dalam beg dompetnya lantas dihulurkan kepada Melisa. "Tolong berikan surat ini pada dia.."
Melisa mengambil surat tersebut dari tangan Anisah.
"Kirimkan salam saya pada dia.." pesan Anisah sebelum dia meninggalkan Melisa yang terpinga-pinga. Setelah gadis itu hilang dari pandangan, Melisa membelek surat di tangan. Dia mendengus lalu menghampiri tong sampah berdekatan. Dibuangnya surat itu tanpa dibaca terlebih dahulu. Kemudian dia segera ke bilik untuk bertemu dengan Amsyar. Mungkin lelaki itu sudah terjaga dari tidur..
Zikri terdengar segalanya. Dia begitu geram dengan perangai kakaknya. Sungguh kejam hati seorang perempuan hanya kerana cinta! Dia menghampiri tong sampah lalu mengambil semula surat yang dibuang oleh Melisa. Dia perlu memberikan surat itu kepada Amsyar. Mesti!!
ARGH!!!!!!... MELISA NIH X TAW MALU TOL... CM PERIGI CARI TIMBA... ORG X SUKA TUH BLAH LA... SIBUK JEW..!!!! GERAM AKU BACE OVEL NIH LA.... TP,,,NK LAGI..HUHUHUUHU... CPT2 UPLOAD EK..
amsyar semakin dingin dengan melisa si betina jahat tuh. bagos2..org yg jahat,kalo die dptkan cinte dgn cara kotor,xkan melekat cinta tu untuk die punye...
salam...ape blog miss_waniey ni??saye pon nak bace sampai habis jugak citer ni...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu...sedihnyer...jahat betol la melisa tu..