Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dear diary, Hari ini..something yang interesting telah berlaku. Hehe. Dia tegur saya. Seronoknya.. Macam tak percaya lak. Dia yang pendiam, jarang bercakap dengan perempuan, tiba-tiba tegur saya. Erm.. Satu perkembangan yang baik. Tapi, perasaan suka tu tetap tak berubah menjadi cinta. Itu pasti! Tak sabar nak cerita kat Aina, mesti berkerut 6 juta dahi dia tu. Walaupun dia just tanya sihat tak, macam mana kelas, tapi.. sebab benda ni first time dari dia. Jadi perasaan tu, entahlah.. seronok pun ada. Pelik pun ada. Tapi seronok tengok muka dia, merah-merah sebab malu kot. Macam dia lark perempuan. Nampak sangat dia control giler. Akmal..Akmal.. Mama, anak mama ni macam dah start kawan dengan lelaki. Mama marah tak? Agak-agaknya mama marah tak? Tak kot. Kawan biasa tu, ramai je. Cuma takdelah sampai balik rumah jalan bersama macam tadi. Eh, rumah Akmal tu kat mana ea? Kenapa dia macam hantar saya je tadi? Ke rumah dia dekat je dengan rumah saya? Jalan yang sama. Tak mungkin. Ikhwah nyer rumah mana boleh dekat-dekat dengan rumah akhawat. Biar je lah. Sambung balik. Mama, tak sabar la nak balik. Tahun lepas pun balik kejap je. Tahun ni lagi kejap kot. Mama. Mama. Mama. Rindu bangat sama kamu sih. Adoi, ngomong indon la pulak. Apa surprise mama tu ea? Mama. Mama. Eh, papa. Papa. Gomen papa. Terlupa pulak kat papa. Sayang papa! Teruja dengan Akmal! Mama..Papa??
============================
Ina kelihatan tidak sabar menunggu jam 2 pagi. Hatinya begitu teruja untuk membuka laptop dan melayari internet. Yahoo! Messenger akan dibuka. Tumpuannya kini bukan lagi pada buku yang terbuka di hadapannya. Fikirannya melayang pada peristiwa petang tadi. Hatinya menyanyi riang. "ish, apa aku ni. Akmal tu hanya kawan biasa je. Kenapalah aku seronok sangat." Tapi Ina masih tersenyum. Bahagia yang entah apa-apa.
"Wei!! Apa kau senyum sorang-sorang ni! Takut aku. Kena sampuk ke apa?" Shahira mengetuk meja belajar Ina. Ina terkejut. "Ish, apa kau ni Sha. Nasib baik aku ni comel tau. Kalau tak dah lama aku pengsan. Hehe." "Eleh. Apa kaitan comel dengan pengsan. Kau ni kan, sempat lagi nak mengarut. Apa yang kau duk senyum sorang-sorang macam orang sakit je aku tengok. Ada prince charming ajak kawin ke apa?" Shahira menarik kerusi berhampiran Ina, lalu duduk. Menanti jawapan.
"Takde apa-apalah. Aku saja nak menakutkan kau. Haha. Kau tahu tak Hakimah nak gi mana malam ni?" Ina cuba menukar topi perbualan. Tidak mahu kegembiraannya mengenai Akmal disalah tafsir. "Entahlah. Yang kau duk sibukkan hal orang lain tu kenapa? Mana kau tahu dia nak keluar?" Shahira mula menyoal siasat. "Petang tadi, on the way nak balik rumah, aku ada jumpa dia. Aku ada ajak dia tidur sini malam ni, boleh ajar aku pasal lecture tadi. Tapi dia kata nak keluar. Entah kemana. Pelik kan?" "Kau tahu tak, aku dengar cerita, Hakimah tu dah bercouple sekarang. Tapi tak dapat dipastikan pulak dengan siapa dia couple. Kau tak tanya dia ke?" Shahira mula bercerita. "Kau biar betul? Mana kau tahu semua ni?" Ina sangsi. "tu la kau. Duk lagi bawah tempurung. Haha. Aku dengar dari budak-budak lelaki group aku. Bila aku tanya, diorang tak nak bagitahu siapa. Saja nak kenakan aku. Budak-budak ni memang suka menyakitkan hati aku." Shahira menunjukkan muka geram. Tapi tak tahulah marah betul-betul atau tidak. "Haha. Sabar je la. Kau ni, entah-entah diorang saja bergurau kot. Mana mungkin Hakimah tu nak couple. Bukan ke dia dulu yang marah bila dapat tahu kau couple? Yang kau ni pun satu, nak couple kenapa kau pilih dia?" ina menimbulkan kembali soal Shahrul.
"Ina, kan aku dah kata. Kau tak payah la risaukan aku. Shahrul tu baik okay. Dia jaga aku dengan baik. Selalu tanya khabar aku. Memanglah. Dia agak control aku. Tapi dia kata.." "Dia kata dia ambil berat pasal kau? Kan?" Ina pantas menyambung ayat Shahira. Ina sudah penat mendengar alasan yang sama. Ina mengeluh. Shahira hanya diam membisu. Tiada kata-kata untuk melawan ayat Ina. "Sha, aku dengan Aina sayangkan kau. Pilihlah siapa pun kau nak, tapi bukan Shahrul. Dia bukan yang terbaik untuk kau, selagi dia tak berubah. Kau tahu tak, aku pernah nampak dengan batang hidung aku sendiri tau, dia jalan dengan Amira, keluar makan bersama. Mengalahkan pasangan bercinta. Kau kata tu kawan biasa? Jangan berlagak butalah Sha. Kau ni kenapa sebenarnya? Apa yang kau sembunyikan dari kami?" Aina masuk ke bilik Ina, setelah mendengar suara Ina yang agak keras. Seperti yang dijangkanya, Ina sedang berbicara bersama Shahira. Mengenai Shahrul.
"Ina, apa ni. Relax ar. Biar Sha bagitahu kita. Apa sebabnya. Kau tak payah la nak tinggikan suara. Tak perlulah kot. Sha, kau okay ke tak ni?" Aina memegang bahu Shahira yang mula terhinjut-hinjut. Shahira memang mudah menitiskan air mata. "Sha, I’m sorry okay. Aku bukan nak sakitkan hati kau. Cuma aku bingung. Banyak benda buruk yang dia buat kat kau sebelum ni. Dia pernah marah kau depan ahli group kau kan? Dia pernah tolak kau bila dapat tahu kau bercakap dengan lelaki lain kan? Kenapa Sha? Sayang sangat ke kau kat dia? Apa yang dia buat, sampai kau tak sanggup nak tiggalkan dia?" Suara Ina mula mengendur. Semakin lembut. "Ina, Aina, maafkan aku. Aku belum bersedia untuk berkongsi apa-apa dengan korang. Tunggulah. Aku rasa suatu hari nanti, korang akan tahu jugak. Aku nak tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum." Shahira bersuara, lantas bangun dan meninggalkan Ina dan Aina.
"Kau ni Ina. Biarlah dia dengan Shahrul tu. Aku rasa, ada banyak benda yang dia tahu, tapi kita tak tahu. Dan kau ni kan.." "Aina, aku jumpa dia." Ina lantas memotong kata-kata rakannya. Malas mencari pedebatan kedua. "Aku jumpa Akmal. On the way nak balik rumah petang tadi. Dia temankan aku sampai bawah tadi. Kau percaya tak?" "Akmal? Akmal satu kuliah dengan kita tu? Nonsense! Tak payah nak tipu lah Ina. Dia tu kan.." "Betul Aina. Aku tak tipu. Pernah ke aku tipu kau sebelum ni? Tak kan? Semalam aku ada ym dengan dia. Pastu kitaorang sembang, tapi tak lama pun. Tup-tup petang tadi dia tegur aku. Nak meletup aku tadi tau." Ina mula bercerita. "Kau biar betul? Wow. Syok giler. Akmal? Cam tak caye plak. Macam mana kau boleh ym dengan dia malam tadi?" Aina kelihatan teruja, bukan cemburu seperti yang Ina harapkan.
"Malam tadi aku tak boleh nak tidur. Aku online lah. Tapi tak perasan la pulak yang dia pun online. Tup-tup dia buzz aku. Pastu kita orang sembanglah pasal perkara-perkara biasa. Kenapa tak tidur lagi? Pastu dia bagitahu aku yang dia segan nak bercakap dengan perempuan. Tapi boleh je dia tegur aku tadi. Macam aku ni bukan perempuan pulak." Ina rancak bercerita. Aina pula kelihatan begitu teruja mendengar setiap cerita Ina. "Kau tak jeles ke? Aku punya la harap kau jeles. Apa lah kau ni. Buat letih je aku cerita kat kau." Ina bersuara setelah senyap seketika.
"Haha. Apa kejadah aku nak jeles. Setakat budak Akmal tu. Haha. Aku memang suka gaya dia, stail dia, diam dia, senyum dia. Cuba kau bayangkan, seseorang tu jarang senyum, pendiam, kacak, tetiba bercakap, senyum kat kau. Mestilah kau suka kan? Aku pernah dapat satu group assignment dengan dia. Bila dia nak bincang apa-apa, dia punya gaya percakapan tu, fuh, cair."
"Aku pun takdelah suka kat dia. Cuma aku pelik, ribut tak, hujan tak, tetiba je dia tegur aku. Macam nak kawan dengan aku. Pelik kan? Dalam ramai-ramai, kenapa dia pilih aku?" Ina mengutarakan keanehan yang dirasakannya. "Aku rasa kau ni perasan lebih ni. Entah-entah dia tengah cuba nak bergaul dengan semua orang. Dah dua tahun kat sini. Takkan nak jadi kera sumbang lagi dengan perempuan kan? Bukan ke kau nak pertahankan prinsip kau, tak nak couple?" Aina bermain kata dengan Ina.
"Apa kau ni. Bila pulak aku sebut pasal couple. Jauh giler dari topic yang kita sedang cakap ni tau?" Ina sedikit terkejut dengan kata-kata Aina. Mana mungkin dia akan jatuh hati pada Akmal. Tidak mungkin. "Memanglah. Tu kau yang cakap. Dia? Kau tu lawa. Cantik. Bijak pulak tu. Siapa yang tak nak? Kalau aku lelaki pun aku nak tau. Hehe." Aina mula berlawak. Cuba membetulkan suasana yang semakin tegang. "Kau jangan Aina. Aku normal lagi ni. Kau jangan. Aku tak nak kau. Hahahahaha. Kau ni kan, memang suka buat lawak. Kalau aku kutuk kau pun, kau bukannya nak ambil hati. Jauh giler beza kau dengan Sha. Tiba-tiba aku rindukan Sha yang dulu. Sha before dia couple." Luahan Ina sedikit sebanyak menyentuh perasaan Aina. Aina akui, dia juga rindukan Shahira yang segirang dulu. Dalam asyik mereka melayan perasaan, tiba-tiba telefon bimbit Ina berbunyi.
"Ina, tolong aku. Tolong aku Ina. Isk..isk." "Ya Allah, Hakimah! Kau kenapa? Kau ada kat mana sekarang?"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
-yash-
cepat la sambungan dia.. teruja nak baca..
best la... lol