Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Angin meniup begitu nyaman sekali.Kesejukannya bagai terasa di hati, berkurang juga apa yang telah membebankan diri.Macam ini lah manusia , tak pernah lepas dari berbagai dugaan dan cubaan, sebelum mencapai kebahagiaan sebenar.
Malam itu adik menyampaikan keinginannya untuk berkhawin dengan jejaka pilihannya.
"Ibu, bulan depan Nor akan berkahwin dengan Zul", kata adik pada ibu. "dah buat persiapan ke?, kat mana nak adakan majlis?"
"ha'ah, dah buat, majlis kat rumah jer, ibu bagitaulah kat papa dan tolong bagi kat papa borang ni, suruh dia tandatangan", adik menyerahkan borang pendaftaran pernikahan pada ibu dengan selambanya.Kami adik beradik memang tak pernah berbual dengan papa, kalau ada sesuatu nak disampaikan kat papa, ibu lah yang akan menjadi orang tengah.
Ibu mengambil borang itu dan diletakkan atas almari, "bila papa dah tandatangan, ibu kasi kat Nor yer". Lepas tu Nor minta diri nak balik, Nor memang tak tinggal kat rumah sejak ibu marah kat dia dan zul. Masa itu ibu tegur Nor kerana Zul selalu tidur kat rumah, sebagai orang tua ibu ada hak untuk melarang selagi mereka belun diijabkabulkan. Sebab teguran ibu itulah hadirnya kebencian zul pada keluarga kami, sampaikan dia membawa Nor keluar dari rumah. Bukan setakat itu saja, Zul tergamak pula menyibarkan fitnah kepada orang lain mengenai keluarga kami.
Kami sekeluarga memang tak merestui hubungan Nor dan Zul. Tapi Nor tetap dengan keputusannya, untuk memilih Zul sebagai pasangan hidupnya. Seperti kata pepatah, orang mudah buta akibat cinta, sebusuk mana pun bangkai itu pasti akan terbau wangi. Nor lebih patuh dengan kata zul daripada kata ibu bapa nya sendiri.Aku dan akak pun dah tak bertegur dengan Nor sejak Nor kenal dengan zul.
Seminggu sebelum majlis itu diadakan, barulah Nor balik ke rumah, untuk membuat serba sedikit persediaan, walaupun aku dan akak tak bertegur dengan dia, kami serba sedikit menghulurkan bantuan kewangan untuk kesempurnaan di majlis itu nanti.
Hari yang ditunggu sudah tiba, kami sekeluarga tolong menolong antara satu dengan yang lain. Rasa gembira pun ada, tapi walaupun tanpa diketahui oleh Nor. Kami ikhlas untuk membantunya.
Bila rombongan lelaki datang, majlis akad nikah pun dijalankan, "aku terima nikahnya Norhani bte Hassan dengan mas khawin sebanyak tiga ratus ringgit tunai", Zul menyebut nya di depan tok kadi sembil di perhatikan oleh kaum keluarga. "sah?", tok kadi bertanya pada saksi, "sah", saksi pun menjawab bagi pihak semua.
Dengan itu sahlah sudah Nor menjadi isteri Zul. Mereka duduk bersanding di pelaminan. Sebagai anak yang hormat kepada orang tua mereka patut berziarah dan memohon restu kepada ibu dan papa, tapi mereka tidak berbuat begitu. Ibu dan papa macam orang asing dibuat mereka. Adik beradik yang lain sibuk melayan tetamu dan sanak saudara yang hadir, ibu pula tiba-tiba rasa pening selepas keluar berziarah dengan para tetamu yang hadir.
"Awak bawalah berehat, tak perlu keluar, nanti sakit lagi", nasihat papa kepada ibu "Tapi bang, saya nak tengok Nor bersanding" "Tak apa, mereka faham juga tu, awak tu tak sihat", Ibu tertunduk mendengar kata-kata papa.
Apabila majlis selesai dan para tetamu balik, Nor dan Zul terus saja masuk ke dalam bilik. Zul mengarahkan adik aku Dani untuk mengambil hadiah dan wang pemeberian dari tetamu untuk dibawa masuk ke dalam bilik mereka.
"Dani, kau ambil semua hadiah dan wang yang ada kat ibu kau tu" kata zul "Kau pastikan semua disimpan dalam bilik kami", Zul menambah lagi. Dani seperti kerbau di cucuk hidung terus mengikut kata-kata Zul, tanpa memberitahu pada ibu.
"Ya Allah bang, mana semua wang yang ada di sini tadi?", Ibu sangat terkejut sambil membuka semua almari dibiliknya. "Awak simpan kat mana tadi?, macam mana boleh hilang?", jawab papa pada mama dengan serius.
"Mungkin salah letak ke, atau awak dah bagi kat siapa-siapa ke?" "tak, saya simpan tadi kat sini, saya ingat lagi", ibu berfikir-fikir dan sangat risau.
"kenapa ni ibu? Apa hal bising-bising ni?", Dani tetiba masuk dan bertanya kat ibu. "Wang dan hadiah pemberian tetamu semua dah tak ada, tadi ibu letak kat sini", kata ibu dengan penuh kerisauan. "Dani dah ambil la ibu, tadi Zul yang minta, dia suruh Dani bawa semua hadiah dan wang tu untuk disimpan dalam bilik mereka". Dani menerangkan pada ibu.
"kenapa tak bagitau ibu?, ibu ingat dah hilang" " Tadi Dani nak bagitau tapi ibu tak ada, lagipun Zul nak minta juga" Dani menerangkan pada ibu untuk menghilangkan kerisauan ibu.
Pada waktu pagi, kami semua terkejut bila Nor dan suaminya dah tak ada di dalam bilik mereka, termasuk semua barang-barang dan pakaian mereka.
"mana Nor?, barang-barangnya pun semua tak ada, mana dia pergi?, ibu terkejut bila dia nak panggil Nor untuk sarapan pagi.
"entah la ibu, mungkin mereka keluar kejap kut", kataku untuk mengurangkan kerisauan ibu. "Tapi semua barang-barang mereka pun tak ada, mereka pergi mana?" "Kenapa tak bagitau ibu kalau nak pergi?"
Tiba-tiba bila aku menuruni tangga aku terdengar ibu bercakap sambil menangis, ibu bercakap dengan seseorang melalui talipon. Aku terus masuk kedalam bilik ibu dan aku nampak ibu sedang menangis, aku tunggu saja ibu bercakap dengan orang yang dalam talipon itu.
"sampai hati mereka buat ibu macam ni", ibu meletakkan taliponnya di atas meja. " kenapa ni ibu?, apa dah terjadi? Ibu cakap dengan siapa tadi?" bermacam-macam pertanyaan ku luahkan kat ibu.
"ibu bercakap dengan Nor tadi" "apa hal" secepatnya aku bertanya, tak sabar tunggu ibu meneruskan kata-katanya.
Ibu terus memberi talipon bimbitnya padaku dan suruh aku baca SMS dari suami Nor.secepatnya aku ambil talipon itu dan ku baca isi kandungan SMS yang di kirim.
"kau gila harta, sampai anak kawin pun kau tak peduli, kau hanya fikirkan harta saja, kau macam mahu menjual anak mu. Aku tak izinkan kau ambil sedikit pun hadiah dan duit yang tetamu bagi. Itu semua hak kami", "kau ibu yang tak tahu mendidik anak, sampai anak pun kau tak ajar agama, ibu apa macam kau ni ha?" "dah lah tak pernah mengerjahkan solat dah tu pergi bomoh pulak untuk mengenakan aku", "kau ingat aku akan jatuh ke bila kau bomohkan aku?"
Aku beristigfar banyak-banyak dan melihat ibu, sakit sangat hati aku bila membaca SMS yang dikirim dari Zul. Kasar betul bahasa yang digunakannya kepada ibu.
"kenapa dengan zul ni ibu?, kenapa dia sanggup kata macam ni?" pipiku terasa basah dan tak ku sedari aku menangis. "ibu tak tau, kenapa dia buat macam ni" sambil ibu mengesat air mata. "Sampai hati dia kata ibu begitu, ibu tak pernah pun nak ambil sedikit pun duit mereka"
"Ibu! Ibu! Ibu!" terdengar kakak panggil ibu dari luar.aku dengan cepatnya membuka pintu dan keluar,
"kenapa ni kak?, apa hal terjerit-jerit ni?," "Kau tengok la SMS ni, kurang ajar betul" Aku ambil talipon bimbit akak dan baca SMS nya
"Oi kau ni adaik-beradik macam pelacur, semua lelaki korang layan. Bergaya lebih tapi kereta pun tak ter bayar, mahu saja pakai kereta tapi insuran tak ada" aku baca SMS tu dengan geramnya. SMS tu juga datangnya dari Zul.
"apa hal dia cakap macam ni?, bila masa pulak aku tak bayar kereta?, bila masa kereta aku tak ada insuran ni?. Suka sangat dia nak burukkan orang. Dia ni sakit otak ka apa?, dasar kurang ajar" kakak meluahkan marahnya pada ku.
"Dah lah biarkan saja zul nak kata apa kat keluarga kita, satu hari nanti dia akan dapat balasannya" kata ibu dengan lembutnya.
Hal ini sampai kepengetahuan papa, dia sangat marah dengan kelakuan Nor dan Zul."aku tak kan pernah mengaku mereka anak aku, aku tak ada anak macam tu, mulai sekarang awak jangan berhubung dengan mereka lagi, mereka tak ada pertalian dengan kita" "walaupun mereka mati sekali pun, saya tak akan menziarahi mereka" kata papa pada ibu.
"sabar sajala lah bang, pasti Allah akan membalasnya" kata ibu pada papa sambil mengalirkan air mata.
"tak mengenang jasa betul. Anak seperti apa mereka ni?, sanggup buat macam ni kat ibu bapa?" tambah papa lagi.
Kebencian kakak kat Nor dan Zul semakin tebal. Dia tak nak ambil tahu mengenai mereka berdua lagi.
Setelah setahun berlalu Nor dan Zul pun di kurniakan anak tapi zul tak pernah membenarkan kami sekeluarga untuk melawat Nor dan anak mereka.
"kau cakap kat keluarga kau, tak payah lah ada hati nak tengok anak kami dan juga Nor, kerana Nor sekarang dah bahagia sangat berbanding dulu", pesan Zul kepada Dani.
Kami sekeluarga terpaksa akur dengan keputusan yang Zul buat. Walaupun hati kecil kami membrontak dengan keputusan yang Zul buat namun kami terpaksa akur. Semua ini ujian yang dugaan yang datang dari Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan kesedaran kepada mereka.
kisah benar ke??bencinyer dkt Zul 2,org macam 2 tak patut ada dkt muka bumi ni,sesdp j mengata kat org ingat dia perfect sangat. To writer cite leh tahan berjaya wat darah mendidih..Keep it Up.
ade sesuatu yg tak faham dgn citer..maybe sebb terlalu ringkas kot..knp zul benci sgt kat kuage nor tu?apa salah mereka..?nor pulak mcm patung aje..ikut saje kata zul tu..
Ha'ah citer benar yang terjadi...Terima kasih sebab bagi sokongan....walaupun ni yang pertama....Apa yang keluarga kami mampu buat...redha atas apa pun terjadi...
Jawapan bagi pertanyaan bidadari tu....kitorang pun tak tau kenapa...KONONNYER dia kata keluarga kitorang gila harta n nak ambik hartanya yang tak seberapa tu...Huh mcm la kaya sangat.....
mmgla...pmpuan ni kalu dah bodoh sbb cinta sush.. sbb lelaki die sanggup buang family.. sdgkan familylah yg plg atas skali kta kna utamakan.. sbb restu family tu lah yg membw kebahagian.. apa yg ibu die larang2 mmg betoi.. kalu jenis laki2 cam zul xpyh duk buang menantulah.. buang hantu ja..asa2nya gan hantu baik elok hantu lg.. sbb kalu manusia ni die ble fikir sdiri.. tuhan bg die otak..so leh fikir la.. mmg kuar ajar betoi laki camni.. kalu lah adik ipar aku camtu gak.. mmg dah lama aku sound..huhuhu.. mencii sgt.. apa2 pun harap bersabarla.. biar suatu hari nnt tuhan akn blas smua2..
cite benar ekk??uish..kasar tul zul 2..pas2 nor 2 bhgaia lak hdp dgn org g2..x igt mak ayh ke..ish2..pelik aku ade org gini kat dlm dunia ni..tp xpelik pun sbnrnye..wahai ank2 smua sedar2la..geram aku bc..zul 2..ase nk cincang2 je mulut die..kuang ajo terleboh..overdose..habius..huh..aku lak yg berapi ni..
ada smbungan x?????? klau adew bst gak,, nk taw wat eppen to nor n zul,,,,????
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
whoa...
kisah benar ke???