Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Seorang gadis terkedek-kedek berlari sambil mengikat rambutnya yang ditocang satu itu. Ini semua salah TV! Yup, salah media prima gak. Sape suruh diorang tayang cerita yang best-best malam tadi?! Kan aku dah lambat bangun. Pengawas ni pulak, tak sabar-sabar nak tutup pagar! "Woit, tunggulah dulu!!! Aku nak masuk, ni!" aku melaung. Nafasku lega kembali apabila melihat Syiqah berkata sesuatu kepada pengawas kerek tu sebelum pengawas kerek tu pergi. "Thanks, Syiqah! Apa lah nasib aku kalau kau bukan best friend aku!" aku menghadiahkan Syiqah sebuah flying kiss. Hehehe, untung kan ada kawan Penolong Ketua Pengawas? Perhimpunan rasmi pagi ni, langsung tak menarik perhatian aku. Dewan yang temperaturenya ala suam-suam kuku langsung tak menyelesakan untuk badan aku. "Weh, kau lepas lagi ke hari ni?" Avelyn mencuit aku sambil berbisik. "Tau tak pe. Syiqah tolong..." aku tersengih kambing. "Figures!" Avelyn tersenyum mengejek. Yup, masuk kali yang ni, dah tak terkira berapa kali aku datang lambat ke sekolah. Avelyn dan Syiqah, rakan karibku cukup faham dengan perangai aku yang satu itu. Nak buat macam mana, jalan punya masalah lah! Asyik jam, aje! Lagipun, aku dah suruh dah Pak Mat drift aje, tapi Pak Mat tak nak. Aku jugak yang lambat. Isy, aku ni... tak bertanggungjawab betul. Tadi salah kan TV, sekarang salahkan jalan dengan Pak Mat; driver tersayang aku pulak! Syukur, perhimpunan rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama 3 tak lama. Kalau tidak, mahu aku menjerit aje dekat pengetua suruh berhenti. Alah, kenyit aje mata dekat Mak Datin tu, diam lah dia. "Ana, kau dah siap homework?" Syiqah yang lambat masuk ke kelas, menegurku. "Hey, ni Arisya Erina lah. Homework mesti siap punya!" aku mendabik dada bangga. Syiqah mencebik lalu membetulkan tie pinaforeku. Dia memeriksa seluruh badanku. "Okay, Cuma tie aje lain kali pakai betul-betul." Syiqah memang suka buat aku ni macam budak kecik! Setiap hari, dia akan memeriksa uniform aku. Kalau aku memakai baju kurung, dia akan memeriksa sama ada aku memakai stokin berwarna atau tidak. Kalau aku pakai pinafore, tie kebanggaan Mak Datin tu yang dia periksa dulu. "Lain kali tolongggglah! Jangan datang lambat! Aku ni dah rasa berdosa sangat. Setiap minggu, kalau muka kau tak tercegat depan pagar sekolah, memang tak sah!" adoyai, dia dah mula membebel. "Syiqah, aku tak sengaja, okay? Nanti, aku cuba tak buat lagi." Aku memujuk Syiqah. Aku, Syiqah, dan Avelyn berbual tentang perkembangan semasa sehinggalah Jason menyampuk, "Johan kirim sayang dekat kau, weh!" aku tersenyum bangga. Johan? Anak penolong kanan akademik tu, langsung tak menepati citarasa aku. Tapi, kalau dah mendatangkan kebaikan, aku tak nak lah buat dosa menolak rezeki. Hehe, exam aku tak pernah ‘C’ sejak Johan meminati aku. Faham-faham je lah, eh rezeki apa yang aku dapat. "Kau ni, kejap couple dengan Faris. Sekejap, teman tapi mesra dengan Ian. Kadang-kadang tu, aku tengok kau dating dengan Wafiy. Sekarang ni, dengan Johan pulak?!" Avelyn terkebil-kebil memandang aku. "Lyn, prinsip aku satu aje dalam bercinta,ni. Kawan biar beribu, kasih biar ada empat, tapi cinta ada satu, yang lain aku simpan buat spare part! Amacam, hebat tak?" aku mengjongket-jongket kan kening. "Orang hot, cun, comel boleh lah cakap macam tu! Pirrah lah kau!" Syiqah menepuk bahu aku perlahan. "Aku tau... aku tau.... Aku tau aku comel." Aku tersengih kambing lagi. "Weh!!! Duduk dekat tempat masing-masing! Datin Midah datang!" arah Kamal, si ketua tingkatan. Kemudian, masuklah guru bahasa Inggeris kitorang, Datin Midah yang tercinta. Dia ni lagi sorang datin kat sekolah ni. Tapi, at least dia tak over macam pengetua tu! "Okay guys, starting from this day and onwards. I am no longer your english teacher. Mr Daniel will replace me until I get a further notice from our headmistress." Pesan Datin Midah sebelum meninggalkan kelas aku yang tercinta. Cewaahhh! Pada pengamatan aku, Mr Daniel ni AGAK boleh tahan... "Hello, guys! I am Daniel Lim Zuwairy. I am going to replace Datin Hamidah starting from today. I hope, you guys will give a full support" entah apa yang Mr Daniel cakap, aku sikit pun tak ambil perhatian. Sibuk 'mengkaji' muka dia. almaklum, excited sikit sebab jarang sungguh la ada cikgu lelaki muda kat sekolah ni. Sejak itu, aku dah terbiasa dengan kehadirannya dalam kelas tingkatan 5 Anggerik ini. Dia ajar agak syok, tapi mata dia memang tak boleh blah. Hehe, aku perasan yang Mr Daniel memang selalu pandang aku. Ouh, Mr Daniel suka aku tak? Tapi, ada satu benda yang aku tahu dan member sekelas tahu, dan Mr Daniel confirm tak tahu; belakang dia, kitorang panggil dia Apek. "Oyh, hari ni Apek tak datang sekolah. Aku tengok relief chart tadi, dia MC.... Ana, kau tak risau ke apek kau demam?" Kamal mengusik. "Banyak lah kau, pakwe aku! Kalau Apek tu yang mintak couple, kecil tapak tangan hamba sorokkan!" aku berseloroh. Tak nak lah aku dengan Apek tu. Mata sepet, nanti kalau kawen dengan aku, alamatnya anak aku mata sepet gak. Aduhai... kasihanilah bakal anak aku.
"UPIK!!! Turun makan!" aku pantas mencampakkan earphone dan terus turun ke bawah. Aku lihat, nenek, mama, dan daddy dah pun bersedia di meja makan. "Upik, abang kamu mana?" Nenek bertanya. Aku sekadar menjongketkan bahu. Uih, sedapnya lauk hari ni... Gemuk lah aku kalau macam ni! Udang tempura, sayuk campur, mash potato, dan ikan salmon panggang. "Makan, Upik. Jangan nak pandang aja makanan yang ada depan kamu tu." Aku tersengih memandang Mama. Yup, UPIK. Tak salah baca and tak salah taip. Memang Upik. Disebabkan nenek aku yang berasal dari tanah Bandung, Indonesia dan telah berkahwin dengan atukku yang juga anak jati Kampung Tengah, maka terlahirlah panggilan tersebut. Okay, fine. Korang tak faham. Nenek aku dari Bandung, Indonesia. Berdarah kacukan Jawa-Belanda. Atuk aku pulak, teruna tampan dari Kampung Tengah, Tanah Melayu. Mama pula adalah anak Atuk dan Nenek. Daddy pula, anak jati Melayu termasyhur. Ewahh, semangat Melayu je aku! Maka, disebabkan aku adalah anak perempuan tunggal dalam family aku, aku dipanggil ‘Upik’. Iaitu panggilan manja untuk anak perempuan di Indonesia. Aku bukan nak puji diri sendiri lah... Tapi, kalau dah Melayu-Jawa-Belanda tu, korang rasa cantik tak? Sepupu aku belah Daddy cakap, cikgu Geo dia pernah puji yang orang yang ada darah Belanda ni semuanya cantik-cantik. Haisy, aku malas lah pulak nak lebih-lebih. Padahal hati dah berbunga-bunga. Ada jugak mulut-mulut gatal yang mengusik aku kat sekolah. Almaklum, kan ada drama Indon- Upik Abu dan Laura. Diorang kata, aku ni macam Laura, bukannya macam Opie. Aku kisah ape, mana-mana pun aku sikit tak heran.
MAKIN lama aku tenung, Apek ni handsome lah pulak! Isy, tak boleh jadi ni... hati aku dah masuk dah, bunga-bunga cinta Misha Omar. Hehehe, salah ke aku jatuh cinta? "Ana, could you please see me after recess?" aku mengangguk. Kawan-kawan yang lain dah gatal mulut mengusik aku. Apek tu pulak, tayang muka kayu dia. E’eh.. dia patut rasa bertuah tau, dapat digosipkan dengan gadis comel loteh macam aku nih. Ahaks... terlebih lah pulak, puji diri sendiri. "Yes, what can I do for you, Sir?" selepas merapikan diri aku dekat tandas selama lima minit, aku melangkah masuk jugak lah dalam bilik guru. "Oh, tak ada apa-apa. Saya erm... ah... eh.. ermm.." adusy, tergugup-gagap lah pulak Apek ni! "Sir!" terkejut Apek ni, aku sergah dia. Spontan, tangan aku mengsusap-usap belakang Apek. "Eh, sorry Sir! Tak sengaja. Erm, saya gurau aje tadi nak sergah-sergah Sir," aku tersenyum bersalah. Apek diam lantas tunduk dan mengambil inhaler. U’aloh... ada asma rupa-rupanya! Harap muka je macho. "Disebabkan itu, awak kena denda dengan saya!" Apek dah mula tersenyum selepas mengambil nafas yang agak panjang. Aku tayang muka seposen. Denda?! Apek ni tak tau ke yang aku cukup menyampah dengan adegan denda-mendenda ni. Mana lah aku nak letak muka aku yang cute neh? "Dendanya, awak kena teman saya keluar weekend ni?" aku membulatkan mata. "Perh... Sir, ni dah kira ambil kesempatan ni. Nak ajak saya keluar konon nak denda. Isy..isy...isy... Sir telah pun melanggar etika seorang guru!" bajet bijak aje aku berceramah. Padahal, etika guru pun tak pernah aku tahu. "First of all, saya bukannya guru rasmi. Saya ni guru ganti aja. Part-time kata orang. Second of all, bila saya dah keluar dengan awak nanti, tak adalah kita jadi pasangan cikgu-pelajar. Nanti jadi pasangan bercinta lah pulak!" aku ketawa tak henti mendengar jawapan Apek. "Sir nak ngorat saya eh?" aku bergurau dengan Apek. "Tahu tak pe..." aku menjelirkan lidah mendengar jawapan Apek. Apek oh apek, kenapa engkau sepet? Kalau mata engkau tak sepet, dah lama aku ngorat! Dah lama aku ngorat!
AKU berdandan dua jam awal sebelum Apek menelefonku; menandakan yang dia dah sampai di hadapan rumahku. Okay, last check! Rambut paras keti..., tocang kuda. Baju, cantik! Seluar, cun! Make-up, tak pakai! Hehe, kena lah pakai natural beauty kalau nak ngorat Apek tersayang! "Hai, Sir! Dah lama tunggu?" aku menyapa Apek sebaik sahaja masuk ke keretanya. Selepas aku memakai tali pinggang keledar, BMW 3 series itu bergerak laju. Kalau lah Pak Mat bawak macam ni, tiap-tiap pagi... mesti aku tak akan datang lambat. Aku senyum sendiri. "Apa senyum-senyum?!" pertanyaan Apek mengejutkan aku. Alamak, mesti dia ingat aku gila. "Er... tak ada apa-apa lah. Cuma seronok tengok Sir pakai sempoi macam ni." Jujur aku katakan, dia memang handsome gila kuasa lapan! Dengan tshirt putih, jeans hitam, dan sneakers Adidas, dia langsung tak nampak macam 22 tahun. Sebaliknya, nampak sebaya dengan aku. "Habis tu, takkan lah saya nak pakai kemeja dengan tie siap dengan seluar slack pula keluar dengan girlfriend?" e’eh Apek ni... Lebih-lebih lah pulak! Aku tersenyum aja. Lantak kau lah, apek! Aku lagi suka pandang muka kau. Jangan marah, sapa suruh kau handsome?
KAKI tak mahu bergerak sebaik sahaja Apek memberi aku tiket wayang. Dia ni, nak uji aku ke apa? Ada ke patut, ajak aku tengok cerita hantu. The Uninvited? Huhuhu, tak mahu!!! Mama, jemput Upik balik! "Come, let’s go!" Apek selamba menarik tanganku yang sudah seram sejuk. Ni belum tengok, kalau dah tengok insyaallah pengsan aku kat tengah-tengah Mid Valley, nih! Aku tak dapat menahan diri aku untuk tak menjerit bila sampai part-part seram. "Hey, cool okay? Bukannya hantu tu nak keluar and tangkap awak," sungguh aku benci dengan lawak Apek ketika itu. Tiba-tiba, aku rasa macam tangan aku diramas. Oh tak, hantu! Aku toleh ke kanan. Tak guna!!! Ada ke patut, ada sorang mamat ni, dok tersengih macam beruk sambil pegang-pegang tangan aku yang halus dan mulus ni! Ouh, awek kat sebelah tu tak ingat ke? "Erm, Sir... Sir" alamak, ayunya suara aku! "Yup, ada ape?" aku menunjuk ke arah tanganku yang berada dalam genggaman Mat Gatal tu. Apek sudah mengepal penumbuknya. Waaahhh, Apek nak tunjuk macho! "Hoi, saudara! Dah ada awek, buat cara ada awek! Yang kau pergi kacau awek aku apehal?!" Apek sudahpun berdiri di hadapan Mat Gatal itu. Ha, tau pun kau lepaskan tangan aku. Adoy, sakit nya... AH!!! Isy, lepas mulut buaya, masuk mulut harimau lah pulak! Isy Apek ni, suka-suka hati aja nak pegang tangan aku! Dia pikir tangan aku ni apa? Mug holder? Eh, jap! Ada kaitan ke? "Look, I admit. I am, I was, and I will jealous kalau benda macam tadi tu berlaku lagi. Dahla, Ana. Saya tahu awak faham. Just make it easy,okayh? Be my girlfriend?" kata Apek sambil menarik aku laju keluar dari pawagam. Aku berhenti dan merentap tanganku dari pegangannya. "Yes, sir!!!" aku menabik kepada Apek yang sudah tersenyum lebar. Agak-agak aku lah, dah dua inci lebar dah tu...
WALAUPUN kitorang dah ‘ehem-ehem’, hehehe... tapi buat bodoh je waktu kat sekolah. Hanya Syiqah dan Avelyn aja yang tau pasal benda ni. Gila ke, nak heboh-heboh?! Menempah bala, aje! Kang tak pasal-pasal, aku dengan Apek jadi tetamu terhormat dekat bilik Datin Pengetua. Hohoho, macam rumah terbuka. "Eh, dengar kata Apek nak blah? Betul ke?" isy, ni yang buat aku tak sedap hati ni. Jason yang sedang bergosip di sebelah aku pandang. "Betul, ke Jay?" anak Cina Tionghoa tu mengangguk macam burung belatuk. "Dia nak buat MBA. Aku dengar waktu nak hantar buku tadi. Ala, cikgu-cikgu perempuan yang muda-muda tu were gossiping about him, you know. Ala, you should know better,lah kan? Girls kan memang suka bergosip." Jason selamba berkata. Amboi, cakap orang tak tengok cermin. Padahal, dia lah kaki gosip nombor satu di sekolah. Kalau ada berita baru, cari aja Jason nih. Ha, lagi satu. Aku tahu, ramai gak yang minat kat Apek kesayangan aku, tu! Tapi, nak buat macam mana, kan? Apek pilih aku yang umur 17 tahun ni jugak. Haisy, terharu aku! Aku belum dapat can lagi nak tanya Apek. Almaklum, Apek awal-awal lagi dah warning, tak payah nak gatal-gatal contact dia on weekdays. Isy, dia fikir aku nak sangat contact dia?! Perasan betul lah! So, harinya sudah tiba. Satu...dua..tiga... Yeah! Tu, telefon aku bunyi! ‘Apek’ tertera di skrin. Hahaha, kalau dia tahu, aku simpan nama dia macam ni, mahu tak cukup tanah dia kejar aku. "Hi!" aku tergelak mendengar suara ceria Apek. "Hello..." "Semacam je suara? Tak rindu ke?" "Ana kat sini rindu je.. Tak tahu lah orang tu... Ye lah, nak balik Australia.." "Ouh, pasal ni lah ya?" "Entah. Pasal apa ya?" aku masih lagi bermain tarik-tali. "Okayh, Daniel minta maaf. Sumpah, memang tak sempat nak bagitahu." "Bila nak pergi?" "Ana, dengar dulu.... Jangan lah nak merajuk-merajuk..." "Hoi, siapa merajuk?! Im just asking.." "Look, I am going to Australia end of this month. But, I’ll miss you." "Hmm... I’ll miss you too. Ha, nak cakap apa-apa lagi tak?" "Tak perasan ke, bila end of this month tu?" "Perasan... Lusa. Kenapa?" "I want to spend my time with you." "Sorry, SPM lagi dua bulan. Ana nak study." "Ana, kalau Daniel ada buat salah, I’m sorry. If I have a choice, memang Daniel pilih untuk tinggal kat Malaysia." "Dah habis dah? Ana mengantuk!" "Hantar Daniel dekat KLIA nanti, okayh?" "Tengoklah...." "Okayhlah... Bye.."
Uwaaaa!!!!!!! Mama, Upik tak nak Daniel pergi! Semenjak aku dah ada Daniel ni, Aku dah taubat, dah tinggalkan, dan dah berhenti buat kerja ngorat anak teruna orang tak tentu pasal. Nampaknya, spare part beribu pun tak cukup untuk ganti kekosongan kalau Daniel tak ada nanti. Aku bukannya marah dengan Apek tu, tapi hati makwe mana yang tak sedih bila boyfriend (wahh, dah tak malu cakap perkataan tu) nak blah.. Jauh pulak tu... Lama pulak tu. Aku sedih sangat. Apek dah nak pergi tinggalkan aku. Aku memang nak sangat spend masa dengan dia, tapi kalau aku asyik berkepit aje dengan dia, nanti lagi perit untuk aku lepaskan dia pergi. Ah, biarlah... Nanti dekat KLIA aku jumpa dia. Tapi, baik aku diam-diam. Baru lah, suprise! Tunggu Ana, Apekku!!!!!
KLIA, SEPANG; Syiqah dengan baik hatinya, sanggup menemankan aku pergi ke KLIA. Dari tadi, aku rasa tak selesa jugak, tapi tak apa! Demi Apek, ops Daniel! Aku kuatkan hati. Dah banyak kali dah, Daniel cakap yang dia nak sangat tengok aku bertudung. And now, here I am... ayu bertudung. Hehe, itupun Syiqah yang ajarkan last minute. Tak ape, demi Apek a.k.a Daniel si jantung hati, aku rela. "Mana dia ni, Syiqah?" mataku melilau mencari Daniel. "Mana lah aku tahu. Yang kau tak tanya dia, apahal?!" aku tersengih... Tiba-tiba, aku ternampak seorang perempuan yang cantik melaung-laungkan nama Daniel. E’eh... kebetulan nama boyfriend kita sama lah, kak! Hehehe.... Tapi, nampaknya bukan saja kebetulan nama boyfriend kitorang sama! Tapi, boyfriend kitorang memang orang yang sama. Hancur gila ah, hati aku tengok perempuan tu peluk Daniel. Erat gila, macam tak mahu lepas. Aku ni, tak pernah pun pegang-pegang dia. Hehe, kecuali yang waktu kat pawagam dulu ah... Daniel pulak nampak biasa aje. Cis, sungguh aku tak sangka! Di sebalik mata sepet kau, rupa-rupanya kau ni Apek berspesis buaya darat! Argh!!! Aku ditipu!! Ha, baguslah tu Ana! Selama ni, kau selalu meng’sparepart’ kan orang, sekarang kau pulak yang jadi sparepart orang! Sampai hati Daniel mempermain-mainkan perasaan aku! Sungguh aku benci dengan Daniel! Daniel Lim Zuwairy.... aku benci kau!!!! Kau memang Apek tak guna! Aku terus meninggalkan lapangan terbang kebanggaan Malaysia itu. Iyalah, hati aku menggelegak aje tengok aksi ‘panas’ diorang. Apa lah salah aku, sampai sanggup Daniel tipu aku! Sesampainya saja aku di rumah, air mata masih aku tahan. Sabar, empangan mata Arisya Erina tak boleh pecah. Jangan buat malu! Aku takkan menangis sebab Apek tak guna, tu! Jangan menangis Ana!
This time was different Felt like I was just the victim And it cut me like a knife When you walked out of my life Now I’m in this condition And I got all the symptoms Of a girl with a broken heart But no matter what you’ll never see me cry.....
Dan aku kalah. Air mata jatuh tak henti-henti. Terhenjut-henjut aku menangis, tepat pukul 12 tengah malam, hati seorang Arisya Erina hancur! Hancur bersepah berderai....
How did i get here with you, I never know Never meant to get it so personal After all I tried to do to stay away from loving you I am broken hearted, i cant let you know I will never show You will never see me cry...
TUJUH TAHUN SELEPAS ITU; Ya, aku masih lagi seperti Arisya Erina yang dulu. Ceria, happy-go-lucky dan masih digilai oleh ramai jejaka. Tapi dalam hati, Tuhan aje lah yang tahu. Yup, bayangan Daniel still tak boleh lenyap lagi dari otak aku. Mana-mana aje, mesti terbayang muka dia. Mungkin aku gila. Yeah, gila bayang Apek. Numbernya juga gagal di delete dari phonebook. Gambar kami still ada dalam phone aku. Tak boleh nak buang. Dah try, tapi tak sanggup. Dan kerana Daniel lah aku memilih untuk menjadi seorang guru. Perubahan dalam diri aku pun alhamdulillah, kekal. Aku selesa bertudung dan berpakaian menutup aurat. Aku tak lakukannya sebab Daniel. Tapi sebab aku dan sebab Allah. Syiqah lah orang yang paling happy bila mendengar niat aku yang tulus suci murni... Eceh, dah macam iklan minyak. "Ops, sorry Miss." Leka berangan, bahuku dilanggar seseorang. Oh, tidak... Tak mungkin dia. "Miss???" ‘dia’ melambai-lambaikan tangannya dekat mataku. Aku menggeleng dan berlalu pergi. "Miss???" aku berhenti. Takkan lah dia kenal aku kot? "Your handphone...." belum sempat untuk aku berpaling, ringtone aku berbunyi. Oh tak, jangan lahh...... Sape lah yang call tak kena masa, neh?! "Ana????!" ah, dia dah tahu! Kenapalah aku tak buang lagi gambar kami berdua dari wallpaper aku?! Dah tukar handphone pun, gambar still nak yang lama punya. "Ana??! Ana!!! Ana!! Tunggu Daniel!" tunggu?! Wah, tahu pulak dia perkataan ‘tunggu’?! Aku berjalan laju lagi. Dengan harapan, dia berhenti mengejarku. Tapi gagal, dia sempat menangkap pergelanganku. Melihat renungan tajamku, "Ops, sorry..." serentak melepaskan pegangannya. Aku terus berjalan. Tapi dia setia melekat di sebelahku sambil menerangkan sesuatu. Sesuatu yang dah lama aku simpan dalam hati. Baru sekarang nak diterangkan. Lepas hati aku baru nak mula sembuh?! "Look, Daniel cari Ana dua tahun yang lalu? Mana Ana? Daniel cuba contact Ana. Kenapa tak dapat? Ana langsung tak layan Daniel sejak Daniel pergi Australia. Kenapa, dah ada yang baru ke? Tak sangka, Ana ni memang....." aku menampar pipi putih milik Daniel. Kata-katanya yang sinis memang mengundang tamparan ‘ikhlas’ dari aku. Itu lah, cari pasal lagi dengan aku. "Oh.... Ana yang salah?! Ana yang cari lain?! Ana yang jahat kan selama ni?! Daniel sedar tak, Ana separuh mati bila Daniel pergi?! Daniel tahu tak, yang lelaki macam Daniel ni memang tak guna satu sen pun lah kat bumi ni!! Dasar buaya! Memang hati Daniel puas kan, dapat permainkan hati Ana?!!" aku lihat muka Daniel dah pun berubah. "Oh, Ana dah tahu...." Daniel memandang lantai. "Ya, memang Ana tahu! Dah lama Ana tahu! Ana tak sangka Daniel sanggup buat macam tu dekat Ana!" aku cuba menahan air mata. "Tapi, Ana nakkan penjelasan. Kenapa dalam ramai-ramai budak perempuan, Daniel pilih Ana untuk dipermainkan?!" walaupun hakikatnya pedih, tapi aku masih lagi nakkan kebenaran. "Mungkin memang takdir dah tentukan. Seorang buaya bertemu dengan seorang perempuan playgirl!" aku memandang Daniel tajam. "Maksud Daniel?" aku dengar tawa halus Daniel; tawa mengejek. "Tujuh tahun dulu, Ana dengan senang hati mempermainkan dan mempergunakan hati lelaki lain. Ana dengan suka hati gunakan diorang. Ana ingat, Ana cantik Ana boleh control orang sesuka hati?! Mungkin Ana tak kenal dia, tapi biar Daniel ingatkan Ana balik! Ana ingat tak Johan Nawawi anak penolong kanan akademik dekat SMKBU3? Johan yang Ana selalu ambil kesempatan ke atas kelebihan dia? Johan yang Ana selalu cari bila time susah tu? Johan yang Ana dah permainkan sampai dia buta! Sampai tak nampak mana elok dan mana yang salah! Sampai bila dia sedar pasal perangai buruk Ana ni, dia hampir-hampir ambil pisau dan kelar tangan dia! Ana pernah fikir tak?! Selama ni, Ana leka dengan prinsip hidup Ana. Hah, sparepart konon! Buat pengetahuan Ana, Johan Nawawi tu adik sepupu yang paling rapat dengan Daniel! Sekarang, Ana fikirlah elok-elok. Berbanding dengan hati Ana seorang, lagi banyaklah hati lelaki yang Ana dah lukakan!" kata Daniel panjang sebelum meninggalkan aku di situ.
AKU habiskan masa dengan bersendirian di bilik. Tak terasa macam nak keluar. Menghabiskan masa di atas katil, menyesali kesilapan diri. Tak sangka, begitu sayang Johan kepadanya. Mungkin apa yang dia rasakan sewaktu kehilangan Daniel, itulah juga yang dirasakan Johan tujuh tahun lalu. Tapi, tak layakkah aku disayangi? Ya, aku dah buat silap. Tapi aku tak rasa yang itu boleh Daniel jadikan lesen untuk merobek hati aku. "Upik, boleh Nenek dan Mama masuk?" aku mengesat air mataku sebaik sahaja mendengat suara nenek. "Ada apa, Nek?" aku lihat Mama dan Nenek dah tersenyum-senyum memandang aku. "Mama dan Daddy dah ambil keputusan untuk jodohkan Upik dengan anak kawan kami. Mama tahu, Upik anak yang baik. Upik setuju kan?" dengan berat hati, aku mengangguk. Pergilah Daniel, pergi dengan rindu aku. "Kalau macam tu, bagus lah. Ini gambar dengan cincin untuk bertunang." Aku pandang sepi cincin yang diletakkan di atas katil. Bola mataku terhenti di foto itu. Daniel Lim Zuwairy?! Dia masih belum puas, nampaknya?!!! Aku segera mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Daniel. "Assamualaikum! Awak nak apa lagi dari saya?! Tak terhapus lagi ke dosa saya dekat sepupu awak sampai awak nak seksa saya macam ni pulak!!!! Saya benci awak! Benci! Saya nak, awak batalkan! Batalkan semuanya!" aku menghemburkan segala sumpah-seranahku kepada Daniel. "Awak diam sekejap, boleh tak Ana? Dengar apa yang saya nak bagitahu awak. Ya, memang dulu saya benci awak. Terlalu benci sebenarnya. Tapi, bila Johan marah saya sebab buat macam tu dekat awak, saya betul-betul menyesal. Saya tak tahu yang tindakan saya salah. Saya ingat, dengan lukakan awak, hati Johan boleh puas. Johan boleh gembira kembali. Ternyata tak, Johan langsung tak berterima kasih kepada saya. Johan nampaknya, dah lama maafkan awak. Dia pun dah jumpa permata hati yang baru. Jadi, saya rasa bersalah kepada awak. Kalau Johan boleh maafkan awak, kenapa saya yang tak ada apa kena-mengena kena berdendam? Lama-lama, saya akui. Saya dah jatuh hati dekat awak. Sebenarnya, dah lama saya nak cakap, tapi saya tak dapat contact awak, Ana. Tak dapat langsung! Saya memang nak terangkan tadi, tapi saya fikir.... Biar lah awak tahu apa salah awak yang dahaulu. Dulu, saya memang benci dengan awak. Tapi sekarang, tak lagi. Dah enam tahun perasaan benci tu hilang dan pada masa yang sama, saya tak sedar yang perasaan cinta saya kepada awak sudah tujuh tahun wujud. Saya harap awak maafkan diri saya," rayu Daniel. memang, dia tak berpuitis. Tapi, aku tak sangka, konfliknya rumit sampai macam ni. Setelah dipertimbangkan, aku tak rasa yang ada lagi sengketa antara kami. Ada salah aku, ada juga salah dia. Kami dua-dua sama salah. Jadi, bak kata Daniel; sudah ditakdirkan si EX-buaya bertemu dengan di EX-playgirl. Upik Ana & Apek... Moga kami direstuiNYA dan bahagia dengan keredhaan yang Maha Esa.
best tapi ending dia mcm cepat sgt la..wat la diorg have a talk dulu..luahkan perasaan masing2 then baru kawin ka..anyway,it just my opinion..overall best la..
salam, tq kepada yg telah sudi and ikhlas meng'comment'. syukran ya habibi! hehehe. do visit my blog; http://tingkahkata.blogspot.com kat situ, komen2 lah cerpen sy yg laen.. dah hantar dah kt penulisan2u, mgkin lambat sikit nk kluar.. anyway, gansamhamnida!!!!
itulah hakikatnya, kan? ada jugak gadis/perempuan spesis Arisya ni.. hehe.. kekadang tu, mesti ada gak time kte puji diri sendiri, an? kira okay lah kot, Arisya ni puji dalam hati je. dari sesetengah gadis Melayu yg puji diri sendiri trang-tang-tang depan khalayak ramai.. *sebenarnya, nk sampaikan meseg yg semua orang pernah puji diri sendiri; cuma mungkin kita aje yg tak sedar.
salam...sye dpt msg len tau.. ex playgirl ngn ex boye b'temu.. kn Allah da ttp kn jodoh 2 ikot peribadi kte jgak.. x tau la an.. tp cter nih besh..rse dkt jer ngn ak.. ak mmg jenis cm ana/upik nih.. sumer mende x series.. 2 je r komen ak..syabas yer..
ahahaha.. coolla.. mule2 ingt sejibik cam cter upik abu dan laura tu.. ahaha..tu ar kte org don judge book by its cover.. n now.. hahaha//congrates to writer.. keep it up//
hmmm best sangat cite nie.jln cite y x disangka2.god luck for your next time.(^_^)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
waaaa.....
im d 1st...
beh gle2 bngang cte neh......
congrats 2 writer.....!!!
kip it up..!!
ann~