Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Lagu "tanpa" nyanyian dari kumpulan 6th sense membuatkan ku termenung jauh tanpa kusedari kini sudah pukul 4 pagi.Hatiku semakin sayu,dadaku kian sebak… lantas satu persatu titisan air mata mengalir dari mataku. Aku mungkin dapat membohongi semua orang tapi tidak dapat aku membohongi diriku sendiri kerana hanya aku dan DIA sahaja tahu apakah sebenarnya yang terjadi.
--------------------------
"Maisarah…… pengotor… busuk…. gelinya…. " lantunan kata-kata yang cukup membuatkan aku sedih dan malu. Mengapa aku diuji sedemikian rupa?? Aku tidak meminta semua ini,aku juga tidak pernah menduga yang aku akan diduga dengan dugaan yang sangat perit seperti ini.
Aku masih ingat,ketika aku memulakan alam persekolahan... Cerita-cerita ibu dan ayah tentang aku sewaktu kecil masih terngiang-giang di telinga ku... "Sarah memang budak baik...mudah mendengar kata,hormat orang tua,guru-guru dan ramai kawan" kata ibuku,"Eh,awak ni,tengokla anak siapa," ayahku mencelah sambil memberi senyuman manja kepada ibu.
KEPERITAN
Sejak dibangku sekolah,aku adalah seorang murid yang cukup dkenali,aktif,cergas dan sememangnya sangat popular dikalangan guru-guruku. Setiap tahun,ada sahaja anugerah yang akan aku terima.Bangga kedua ibu bapaku,terpancar dari raut wajah mereka.
Kini aku sudah berada di tahap dua,darjah enam. Aku perlu serius menumpukan sepenuh fokusku pada pelajaran untuk pastikan aku mendapat keputusan cemerlang. Almaklumlah,aku merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik dalam keluarga. Satu persatu dugaan bermula apabila aku berada di darjah enam. Aku dkelilingi oleh pelajar2 yang boleh diaktakan dari glongan berada. Aku pula hanyalah anak seorang penoreh getah dan emakku mengambil upah membasuh baju atau pinggan di gerai bersebelahan dengan perkampunganku.
"Oi Sarah... kau ni busuk betullah.. kau tak mandi ke?? Atau kau takda air sebab tak bayar bil??" kata AMIRA rakan sekelasku sambil disambut dengan gelak tawa rakan-rakan lain yang menyokong kata-kata AMIRA. Aku berlari sambil menangis kerana terasa begitu malu dan aku tidak faham mengapa mesti aku diperkotak-katikkan seperti ini hanya kerana aku tidak kaya seperti mereka.
PENGALAMAN
Setiap hari,selepas sahaja pulang dari sekolah,ku capai satu buku yang aku namakan sebagai "DIARI HIDUPKU". Melalui luahan perasaanku pada buku ini,membuatkan aku puas dan melupakan segala halangan dan cemuhan yang aku terima setiap hari di sekolah.
9januari2002: Harini AMIRA memalukan di hadapan orang ramai,menegur aku berbau busuk 10 januari2002:Aku diejek oleh rakan-rakan lelaki kerana rambutku tidak berbau syampu 11januari2002: Merupakan hari lahirku... rakan-rakanku mentertawakanku dan ada diantara mereka menghadiahkan aku sabun dan syampu...tetapi membaling di hadapanku..
Oh Tuhan,mestikah aku diduga sebegini rupa? Kalau la mereka tahu.. apakah sebenarnya yang aku lalui dan kalaulah aku berkuasa untuk menyuarakan semua ini.Ya Allah hanya kepadaMu aku berserah...amin YARABBALALAMIN.Itulah doa yang seringkali aku pohon pada yang Maha Esa setiap kali aku sujud padaNya.
KELEMAHAN
Aku masih ingat lagi ketika ayah masih hidup,dialah kekuatan keluarga kami,ibu pula merupakan keceriaan pada kami sekeluarga. Adik-adikku pula adalah harta paling berharga buat ku. "Sarah,ayah dan ibu pergi dulu ye... Ingat pesan kami,jaga adik-adk. Kalau apa-apa terjadi pada kami,Sarah la yang akan menggantikan kami" ibu meninggalkan pesan sebelum mereka berangkat ke Makkah. Entah mengapa aku berasa begitu hiba sekali,aku dapat rasakan umpama kata-kata ini adalah yang terakhir dari ibu. Terdetik dalam hatiku seketika "Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan kedua orang tuakau dan diriku. Selamatkanlah perjalanan pergi dan pulang mereka.. AMIN"aku mengangguk dan ku kucup tangan kedua-dua ayah dan ibu dengan penuh sayu. Ku kucup dahi mereka dan ku peluk mereka seerat-eratnya seperti tidak merelakan kepergian mereka.Tetapi ku sedar urusan denganNya lagi wajib dan perlu aku redhakan segala-galanya.. Alhamdulilah,segala-galanya di sini masih lagi mencukupi dan adik-adikku dapat kujaga dengan baik. Sedang aku khusyuk mentelaah buku matematik,aku tiba-tiba dikejutkan dengan deringan telefon "kRinggg..KrinGgg...kRingg" lantas aku menjawab.
"Assalamaikum,boleh saya bercakap dengan MAISARAH bt HAJI KASSIM?" Aku membalas "Wa’kumsalam,ya,saya..."tidak sempat aku memperkenalkan semula diriku... "saya harap adik bersabar,saya sahabat kedua orang tua yang bersama-sama ke Haji nak beritahu,,,yang..." dapatku rasakan sesuatu berlaku,dan aku seboleh-bolehnya tidak mahu lagi mendengar apa yang ingin disampaikannya. "adik bersabar ye..sebenarnya kedua-dua orang tua adik telah pun meninggal dunia,dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Mekah" "tuTtttt..TuTttt.." aku matikan telefon,seperti tidak percaya denga apa yang aku dengar sebaentar tadi. Aku menjerit seperti orang tidak siuman, "IBU....................!!!!!!!!!!!!!!!!!! aYah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" adik-adikku berlari mendapatkan aku. Mereka turut menangis seperti tahu apa yang telah terjadi
KEHANCURAN
Kini bermulalah kisah baru dalam hidupku.Aku adalah kakak dan ibu bapa kepada adik-adikku.Tetapi kesempitan hidup mulaku rasakan kerana tiada sumber yang tetap.Mujurlah ada jiran-jiran yang menyumbangkan sedikit wang dan makanan. Aku juga bersyukur kerana mendapat wang sumbangan dari zakat yang bernila RM400 sebulan. Tetapi sebenarnya itu tidak cukup,kerana tahun ini aku akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan adik-adikku pula perlu aku siapkan persiapan untuk mereka kerana Isya baru sahaja masuk tahun 1 dan Irna pula tahun 3.Aku tidak mahu duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa dan hanya menunggu belas ihsan darij iran-jiranku.
"Makcik,ada apa-apa yang saya boleh bantu? Cuci pinggan ke,susun kerusi ke,apa-apa saja la,saya boleh tolong" permintaanku kepada Makcik senah,tuan gerai di hujung kampungku.
Aku mendapat gaji RM20 sebulan hasil daripada membasuh pinggan. Setiap petang pulang ke rumah.Aku dan adik-adikku mencari botol-botol kosong,tin-tin kosong untuk dikumpul dan dijual kepada kilang kitar semula.Terpancar kegembiraan pada raut wajah adik-adikku ketika mendapat RM5 hasil jualan kutipan kami. Pada mereka yang masih kecil,mereka sudah menganggap RM5 sangat besar nilainya,"Kaklong,kami nak beli gula-gula ye...dengan aiskrim... " pinta mereka kepadaku sambil tersenyum gembira. Aku menangis terharu,sambil mengangguk tanda setuju dengan mereka.
KEGELISAHAN Sebulan lagi peperiksaan UPSR akan bermula,pada aku inilah titik paling penting dalam hidupku,inilah masanya untuk aku mengubah nasib aku dan adik-adikku. Seperti rakan-rakanku lain,mereka sudah pasti tidak berasa risau kerana selain menghadiri kelas nadi, mereka juga mampu untuk ke kelas tuisyen. Tetapi aku tidak mampu untuk tuisyen,sebaliknya aku hanya menghadiri kelas nadi dan menggunakan buku-buku latihan lama yang aku minta daripada guru-guruku.Mujurlah mereka memahami keadaanku dan bersimpati untuk menghulurkan bantuan."Masarah,tahniah,awak mendapat markah karangan Bahasa Melayu paling tinggi.Saya bangga dengan awak.Murid-murid, saya nak awak semua contohi Maisarah."kata Puan Norina,guru Bahasa Melayu.
Aku hanya tersenyum malu kernaa dipuji di hadapan kelas. Amira hanya mencebikkan bibirnya kepadaku,begitu juga dengan rakan-rakan lain,senyum sinis,seperti tidak berasa apa-apa dengan kejayaanku.Aku tetap bangga dengan diriku.Aku tekad,bukan sahaja Bahasa Melayu,tetapi subjek lain juga aku perlu berusaha terdaya untuk membuktikan pada mereka orang miskin sepertiku juga mampu untuk berjaya.
Esok bermulalah peperiksaan UPSR.Hatiku berdebar,tidak putus-putus aku berdoa kepadaNya agar memudahkan segala urusanku.Setelah bertungks-lumus berusaha, aku cuba meyakinkan diriku,aku berdoa dan akhirnya aku bertawakal kepadaNya.
Pagi-pagi lagi aku bangun,setelah selesai sembahyang subuh,aku menggoreng tepung yang sememangnya menjadi sarapan kami adik-deradik semenjak ketiadaan kedua ibu bapa kami. Tetapi aku tetap bersyukur kerana masih ada rezeki untuk di makan. Aku tuang segelas air suam sambil berselawat memohon kepadaNya agar hilang segala rasa debar dan yakin untuk menjawab peperiksaan. PENANTIAN
Seminggu sudah berlalu,kini hanya keputusan saja yang aku tunggu untuk menentukan nasib hidupku. Sementara 2 bulan cuti, aku bekerja sambilan di sebuah gerai berdekatan rumahku. Aku mengambil upah membasuh pinggan dan pada masa yang sama aku juga menjual nasi lemak yang pernah aku belajar dari arwah ibu. Alhamdulilah,setiap hari jualanku mendapat sambutan. Aku juga gembira kerana kini,rezeki makanan kian murah,Kak Nab selalu mengirimkan makanan dan masakan yang lebih untuk aku dan adik-adikku apabila pulang dari bekerja.
Adik-adikku juga kelihatan semakin berisi,aku gembira melihat kebahagiaan mereka. Sebulan telah berlalu dan hari ini hari yang paling bermakna buat aku untuk mengetahui sama ada aku berjaya untuk mendapat keputusan yang baik atau tidak.
Air mataku mengalir perlahan-lahan,tidak dapat menahan sebak kerana aku tidak menyangka aku boleh berjaya setanding dengan rakan-rakanku yang lain.Aku mendapat 5A dan semua guru-guruku bangga denganku.Aku pulang ke rumah mendapatkan adik-adikku dan mereka turut berkongsi kegembiraan bersamaku. Pada tika ini aku teringat kedua orang tuaku,jika mereka ada,pasti mereka juga bangga denganku. Aku tatap gambar mereka yang ku letak atas meja belajarku sebagai semangatku untuk berjaya. Senyuman ibu dan ketegasan ayah membuatkan aku terasa benar-benar sayu. "Ibu,ayah... Sara berjaya......."aku menangis sambil memeluk gambar mereka.
KEJAYAAN
Sekian lama aku bertungkus-lumus untuk berjaya,kini aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh.Hatiku syukur tidak terkata tetapi sayu bila mengenangkan kedua-dua adikku yang masih memerlukan aku. Tetapi Puan Norina memujukku untuk teruskan cita-citaku kerana akulah yang akan mengubah nasib adik-adikku. Kedua orang adik-adikku ditempatkan di rumah anak-anak yatim Tunku Budriah.Kami menangis sepanjang perjalanan ke sana.Tetapi adik-adikku cuba ukirkan senyuman walaupun aku tahu mereka tidak mahu ke sana. Sebelum pulang,ku peluk adik-adikku seerat-eratnya,aku menangis dan mengucup mereka sepuas-puasnya "Kaklong janji kaklong akan selalu tengok kamu berdua, bila dah berjaya nanti,kaklong ambil kamu semula. Isya dan Irna janji ye belajar rajin-rajin dan masuk asrama macam kaklong"kataku. "ye,kami berjanji"
PENDERITAAN
Sudah sebulan aku berada di asrama,aku belajar bersungguh-sungguh dan pastikan setiap penggal aku mendapat keputusan cemerlang. Ketika sedang asyik mentelaah, tiba-tiba aku terasa sakit di bahagian perutku. Sakitnya bukan kepalang,sehingga aku tidak sedar yang aku jatuh pengsan. Ana sahabat sebilikku menceritakan kepadaku aku pengsan dan rebah di lantai asrama.Aku ditahan di wad hampir seminggu dan doktor mengesahkan aku menghidap kanser usus. Waktu ini hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaanku. Jika ajalku tiba aku redha,tapi bagaimana pula dengan dua orang adik-adikku yang masih memerlukan kasih sayang ku. Puan Norina yang bagaikan ibu angkatku memberi semangat kepadaku. Walaupun begitu semangat dia menemaniku dan memberi dorongan kepadaku,dia tetap tidak dapat menahan air matanya,aku mengerti dia juga bersimpati kepadaku.
PENGAKHIRAN
Hampir setahun aku menderita kesakitan,aku kini di rumahku dan berada di samping adik-adikku. Walaupun aku tidak seperti dulu,aku tetap berasa gembira kerana aku sentiasa bersama-sama adik-adikku dan Puan Norina. Aku tahu mereka sentiasa cuba untuk memberi semangat kepadaku untuk terus bertahan. Setiap malam kami berbual,berkongsi cerita untuk melupakan segala penderitaan. Tiba-tiba Isya,adik bongsuku bersuara, "kaklong esok kita pergi pantai ye,kita berkelah" aku setuju dengan Isya. Aku juga teringin menghirup udara segar di pantai setelah sekian lama aku lemah di rumah. Kini aku hanya mampu bergerak dengan menggunankan kerusi roda. Namun detik-detik untuk bersama adik-adikku tidak pernah aku tangguhkan walau sesaat,kerana aku ingin mereka puas bersama aku sementara nyawaku masih lagi ada. Fajar yang hening,ditemani deruan angin laut,menambahkan lagi hiba dan sayuku apabila melihat adik-adikku gembira dan ketawa sambil berlari-lari di tepi laut melambai kepadaku. Ya Allah,hanya kepada Kau lah aku berserah segala-galanya. Hidup dan matiku hanyalah padaMu. AMIN Ya Rabbalalamin. Ketika ini sayu hatiku,terasa semakin dekat ajal mengahmpiriku...kini aku sedar tiada daya dan usaha melainkan keizinanNya.Segala keperitanku tanggung,hanya aku,DIA dan lagu "tanpa" yang sentiasa menemaniku sahaja yang tahu segala rahsia hidupku.... Kenangan manis bersama ibu dan ayah ketika masih hidup menambahkan lagi kepiluan ku.... Lantas,bayangan kedua ayah dan ibu datang kepadaku semakin hampir,hampir dan hampir..... menjemputku bersama-sama mereka..........
TANPA Resah yang ku ubah dalam kata Melukiskan kesunyian Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski pagi itu indah Tapi akan sunyi tanpamu Menemani aku sepi
Tanpa... Cintamu aku resah Tanpa... Kasihmu aku hampa Tanpa.... Dirimu aku mati (x2)
Kini berat benar kurasakan Dalam relung hatiku tak temu
Aku tak mengerti
Takut aku jauh dari dirimu Dan kau tinggalkan aku sendiri Tanpa menunggu mati
terima kasih sudi membaca kisah ini... sila beri komen yang membina.. cerpen saya sebelum ini ialah KAMI TAK KENA AIDS... jgn lupa baca ye...
salam.suka watak maisarah tu.berfikiran matang,tak macam anak muda sekarang. yang lebih memikirkan benda negative jika menmghadapi kesusahan dalam hidup ini.
salam... cerita okey..tp kene bnyk membaca lg... ad beberapa fakta yg perlu diambil kira... contohnye, selalunya result UPSR diumumkan seblom cuti sek berml....fact is fact...but i's okay...harap penulis bnyk membaca supaya dpt memperbaiki kesalahan...
menyedihkan hope u do better next time nie mcm karangan catatan yg budk drjh 4 buat jer sori k ganbatte
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam.suka watak maisarah tu.berfikiran matang,tak macam anak muda sekarang. yang lebih memikirkan benda negative jika menmghadapi kesusahan dalam hidup ini.