Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sufiah memeluk Sufi kejap. Terasa gigilan dari tubuh kurus itu. Sufiah juga kecut perut. Suara orang bergaduh dan bunyi barang-barang berlemparan menambahkan lagi kecut perutnya. Di bilik yang hanya layak dibuat stor itu, mereka terperuk di satu sudut.
Inilah lumrah hidup mereka. Setiap hari hidup mereka bersulamkan pergaduhan ibu dan ayah, dihiasi kata-kata kesat yang menjadi makanan harian. Rumah yang sepatutnya menjadi syurga pada mereka, sudah menjadi lebih dari neraka. Apalah yang kanak-kanak seumur mereka tahu?
Di umur yang semuda ini, sepatutnya mereka pergi ke sekolah, bermain dan belajar bersama kawan-kawan.
Hari-hari mereka selayaknya dihiasi tawa dan senyum riang, tiada gundah bersarang di hati. Namun reality hidup tidak selalunya indah. Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan. Sekiranya ayah pulang, akan bermulalah hari mereka. Apabila ayah tiada, tidak juga aman dengan sikap ibu yang menganggap mereka tak ubah seperti sampah yang menyusahkan. Jadi mengapakah mereka dilahirkan?
Jika hadirnya mereka tidak diingini, mengapa mereka dijadikan? Kejadian Tuhan sentiasa ada sebabnya.
Sufiah tersentak apabila pintu bilik ditendang kuat dari luar. Tubuh besar dan tinggi itu mendekat. Di tangannya sebotol air syaitan yang menjadi minuman harian lelaki itu. Sufi menggigil kuat. Bertambah kuat dari tadi. Sufiah menatap mata itu. Ayah, apa dosa kami?
'kau, mari sini.' Panggil suara garau itu.
Sufiah tidak berganjak. Dia tahu siapa yang dimaksudkan dan dia tahu apa yang ingin dilakukan lelaki keji itu. Umur mudanya tidak membataskan pengetahuannya. Di mana ibu? Biar ibu juga seperti tidak menghargai kehadiran mereka, namun ibu tidak akan sekali-kali membenarkan ayah berlaku keji dengan mereka. Sekeji binatang yang memakan anaknya.
Air mata mengalir laju membasahi pipi. Ibu, datanglah. Sufiah perlukan ibu.
Lelaki itu menatap Sufiah tajam. Berang apabila Sufiah tidak berganjak dari sudutnya.
'mari sini!' panggilnya lagi, keras dan garang. Sufiah tersentak. Terkejut mendengar suara bak halilintar itu.
Dan tiba-tiba, muncul kelibat seseorang yang amat disayanginya. Di tangan ibu ada sesuatu. Ibu mengangkat tinggi besi di tangannya sebelum dihayun kuat ke kepala ayah. Sufiah terjerit kuat apabila ayah tersungkur di kakinya sambil mengerang kuat. Sufi mencuri-curi lihat. Gementarnya masih belum hilang.
'Sufi, Sufiah. Pergi. Jangan balik lagi. pergi!' arah ibu. Sufiah tergamam. Ibu jangan begini!
Sufiah bangun menolak Sufi yang sudah menangis. Mendekati ibu yang kusut masai. Darah di muka ibu dan di mana-mana. Dia menggapai tangan ibu. Dipeluk dicium.
'ibu, kami takkan tinggalkan ibu! Jangan halau kami ibu! Kami janji kami tak akan susahkan ibu!' rayu Sufiah. Ibu menghela nafas kuat. Dadanya berombak kuat. Besi di tangannya dilepaskan. Berdenting bunyinya. Ayah sudah tidak mengerang. Pengsan barangkali.
Sufiah masih memegang tangan itu. Tangan yang diharapkan akan membelainya dengan penuh kasih sayang.
'pergi aku kata. Pergi!' tangan itu menolaknya kuat. Sufiah tersungkur di atas lantai. Air mata membasahi pipi dan lantai. Sufi mendapatkannya.
'akak. Akak.' Jerit Sufi. Dia tidak mahu kakaknya pergi meninggalkannya. Hanya kakak yang dia ada. Suasana gamat dengan tangisan mereka.
Sufiah bingkas dari jatuhnya perlahan-lahan. Air mata Sufi dikesatnya. Sufi mengesat air matanya pula. Namun tiada tanda kesatan mereka diperlukan. Air mata masih turun laju membasahi pipi mereka.
'ibu, maafkan Sufiah. Sufiah akan pergi dengan adik. Ibu, jaga diri.' Tutur Sufiah matang dalam esakan yang masih bersisa.
Dia menarik Sufi lalu memeluknya.
'jom adik. Kita pergi.' Mereka mengatur langkah bersama keluar dari rumah itu. ibu tidak mengejar.
Air mata Sufiah bertambah laju. Terima kasih, ibu dan ayah. Kerana ibu dan ayah kami ada. Rintih Sufiah. Dia memandang rumah itu buat kali terakhir. Kami tidak akan pulang lagi. Sufiah memasang tekad.
Dan berjalanlah dua beradik itu tanpa arah tujuan. Mengikut sahaja langkah kaki mereka dan kata hati. Hari sudah semakin gelap. Tengah malam sudah memunculkan diri. Sufi memeluk erat kakaknya. Risau dengan kegelapan malam.
Rumah mereka yang memang terletak di kawasan terpencil menyukarkan mereka untuk berjalan keluar dan bertemu jalan besar. Namun digagahkan juga kaki melangkah.
Sufi sudah longlai dalam pelukan Sufiah. Berjalan dalam tidur. Sufiah masih setia menjadi mata adiknya. Dia menggagahkan dirinya menampung tubuh Sufi yang sudah lembik.
Akhirnya, mereka bertemu jalan besar. Sunyi keadaan sekeliling. Sufiah terpandang sesuatu. Dia mengatur langkah ke arah itu. Perhentian bas. Malam ini, di situlah bilik mereka. Esok, di mana pula Sufiah tidak pasti. Dia membaringkan Sufi perlahan.
Dalam keadaan sebegini, Sufi lebih nyenyak tidur dari semasa berada di rumah. Tidur mereka sentiasa terganggu. Tiada satu saat di mana mereka boleh menghela nafas lega.
Tidurlah adik. Di sini lebih aman. Sufiah turut merebahkan diri di sisi Sufi dan sekejap sahaja, kepenatan tubuhnya menjalar ke mata. Dia terus terlelap.
Baru sahaja rasanya matanya direhatkan, tidurnya terganggu oleh satu suara.
'adik, adik.' Sufiah membuka matanya. Terpisat-pisat. Pandangannya singgah pada seraut wajah yang tenang. Sufiah mendudukkan diri. Sufi masih tidak berkutik.
'adik tak ada rumah? Kenapa tidur sini?'tanya Dato' Ibrahim.
Perjalanannya terganggu melihat dua batang tubuh yang tersadai di perhentian bas. Sufiah menelan liur.
'ibu halau kami. Kami tumpang tidur saja pakcik. Nanti kami pergi.' Jelas Sufiah takut-takut. Dato' Ibrahim mengukir senyum. Belas dan simpati melihat wajah comot itu.
Apakah dosa mereka? Sekecil ini dihalau keluar?
'jom ikut pakcik. Pakcik ada bilik kosong di rumah.'tawar Dato' Ibrahim. Sufiah diam. Benarkah ada insan yang mulia di muka bumi ini?
'jangan risau. Pakcik ada isteri. Dia tengah tunggu pakcik di rumah. Mari. Kita balik rumah. Bangunkan adik tu.'
Sufiah masih kaku. Rumah. Dia membangunkan Sufi perlahan. Sufi mendengus kecil. Tidur amannya terganggu.
Dato' Ibrahim tersenyum melihat telatah Sufi. Dia mencempung tubuh kurus itu lalu dibawa ke keretanya. Sufiah mengekor di belakang.
Inikah rupa insan bernama ayah? Jika benar, apakah ini hikmahnya mereka dihalau keluar? Untuk ditemukan dengan malaikat bertopengkan manusia?
Sufi ditidurkan di belakang. Sufiah duduk di sebelah pemandu.
Kereta sudah meluncur laju. Ke destinasi yang sudah pasti Sufiah tidak tahu.
'siapa nama adik?' Tanya Dato' Ibrahim. Lembut supaya kanak-kanak itu tidak takut.
'saya Sufiah. Adik Sufi.' Jawab Sufiah. Suaranya sudah lebih yakin dan tenang berbanding tadi.
'Sufiah dah makan?' tanyanya lagi.
Sufiah diam. Memegang perut yang sudah terbiasa makan selang dua-tiga hari. Mendengar soalan itu, membuatkan dia teringat yang kali terakhir dia mengisi perut itu ialah semalam. Itupun Cuma roti kering.
'belum.' Jawab Sufiah seraya menunduk. Dato' Ibrahim sayu. Dia mendail nombor di telefon bimbitnya.
'helo, yah. Abang dah nak sampai ni. Tolong sediakan makanan. Bukan untuk abang. Sediakan saja. Ok. Bye.' Sufiah mendengar sahaja.
'nanti kita sampai, Sufiah makan dulu ya.'
'Sufi?' Tanya Sufiah laju. Tidak tega dia makan tanpa Sufi.
Dato' Ibrahim tersenyum mendengar soalan itu.
'kalau Sufi nak tidur kesian pulak nak dikejutkan. Sufiah jangan risau. Rumah pakcik banyak makanan.' Sufiah diam kembali.
'Sufiah tinggal di mana?'
'di hujung kebun.' Jawab Sufiah. Itu sahaja yang dia tahu.
Dato' Ibrahim mengerutkan dahinya.
'hujung kebun mana?'
'tak tau. Hujung kebun.' Jawab Sufiah lagi. Dato' Ibrahim diam.
Dia akan mencari maklumat mengenai rumah mereka sendiri kelak.
Sampai di rumah, Sufiah tergamam melihat rumah seindah itu. Besar dan tersergam indah.
Dato' Ibrahim mematikan enjin. Dipandang Sufiah yang tidak berkata-kata.
'Sufiah, ini rumah pakcik. Jom, turun. Makcik dah tunggu.' Sufiah dapat melihat seorang perempuan separuh umur menjengah di pintu dan keluar mendapatkan Dato' Ibrahim. Sufiah keluar dari kereta.
Dia melihat sahaja lelaki yang baik itu berbicara dengan isterinya sehingga isterinya mengangguk-angguk.
Perempuan itu kemudian mendapatkan Sufiah yang berdiri tegak di sisi kereta. Dia mengelus-elus rambut Sufiah.
'Sufiah ya? Jom, makcik dah sediakan makanan. Sufiah lapar kan?' tanyanya prihatin. Sufiah dapat melihat mata wanita itu berkaca-kaca. Dia menangis? Sufiah mengangguk-angguk.
Dato' Ibrahim mencempung tubuh Sufi yang kurus keluar dari kereta lalu dibawa masuk ke dalam. Sufiah dan wanita itu menurut dari belakang. Di dalam, Sufiah bertambah terkedu melihat hiasan rumah itu. luas ruang tamunya sahaja lebih besar dari keluasan rumah yang baru ditinggalkan. Sufiah melangkah lambat-lambat. Adakah ini mimpi?
Dato' Ibrahim dan Sufi sudah menghilang. Datin Sariyah mengiring Sufiah ke ruang makan. Di atas meja makan, sudah terhidang nasi, kari ayam, ikan goreng dan sayur masak lemak. Sufiah menelan liur.
'sebelum makan, basuh tangan dulu.' Ajar Datin Sariyah lalu dibawanya Sufiah ke sinki kecil khas untuk mencuci tangan. Dia menggosokkan tangan Sufiah yang diletakkan sabun. Sufiah terharu dan terkedu. Kasih ibu yang didambakannya selama ini mula dirasai. Air matanya menitis. Teringatkan ibu yang sepatutnya melakukan semua itu.
Sufiah mengesat matanya dengan tangan yang sudah bersih.
Datin Sariyah yang perasan dengan tindakannya mendekat.
'Sufiah, kenapa ni?' tanyanya. Air mata bertambah laju mengalir. Datin Sariyah mengesat air mata itu. Dan air mata keibuannya turut tumpah. Dia menarik tubuh Sufiah ke dalam pelukannya.
Menangislah mereka berdua di situ. Sufiah memeluk tubuh wanita itu kejap. sememangnya dia mendambakan kasih sayang seorang ibu.
Dato' Ibrahim yang sudah kembali ke ruang makan itu turut terharu melihat adegan itu.
'yah, sudah lah tu. Budak tu nak makan.' Tegur Dato' Ibrahim. Datin Sariyah merenggangkan pelukannya.
Dia mengesat air mata Sufiah. Sufiah turut berbuat demikian padanya. Diciumnya kedua-dua pipi Sufiah yang comot. Tidak dia kisah dengan keadaan Sufiah yang jauh berbeza dengan dirinya.
'Sufiah jangan menangis lagi ya.' Sufiah mengangguk laju.
'dah. Sufiah, mari makan.' Panggil Dato' Ibrahim lembut. Sufiah menghampiri meja makan lalu duduk di kerusi yang mungkin lebih mahal dari rumah buruknya.
Datin Sariyah mencedokkan nasi dan lauk. Sufiah makan dengan lahap sekali. Dato' Ibrahim dan Datin Sariyah saling memandang. Simpati melihat keadaan kanak-kanak ini.
Sufiah sudah tidur di dalam bilik tetamu. Datin Sariyah dan Dato' Ibrahim duduk di ruang tamu. Mata mereka jelas tidak mengantuk. Masing-masing memikirkan dalam reality hidup. Jika selama ini mereka hidup dalam kemewahan, ada insan yang semuda Sufi dan Sufiah terpaksa hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan biar mereka punya ibu dan ayah.
Datin Sariyah menghela nafas berat.
'abang, yah nak ambil diorang jadi anak angkat kita.' Datin Sariyah berbicara yakin. Dato' Ibrahim mengangkat muka, menatap wajah isteri yang telah 14 tahun dikahwininya. Diam.
'Hadi macam mana?' Tanya Dato' Ibrahim.
Datin Sariyah membalas renungan suaminya.
'Hadi mesti tak ada halangan. Dia pun pernah cakap teringin nak adik kan? Lagi pun, yah dah jatuh kasih pada diorang bang. Yah tak sanggup nak lepaskan diorang pada orang lain. Ibu bapanya apatah lagi.' luah Datin Sariyah geram.
Dato' Ibrahim diam lagi. dia merenung ikan-ikan yang dibela Hadi dalam akuarium.
'hmm, abang pun rasa baik kita ambil diorang jadi anak angkat kita. Nanti abang akan uruskan.'
Akhirnya Dato' Ibrahim bersetuju. Datin Sariyah melepaskan nafas berat.
'apalah malang nasib diorang kan bang? Kecil lagi tapi dah dihalau keluar rumah. Dua orang pulak tu. Yah sedih tengok diorang.' Luah Datin Sariyah lagi. sebak.
'hmm, dah lah. jangan sedih lagi. nanti Hadi balik dari asrama kita beritahu dia. Dah, jom masuk tidur. Dah lewat ni. Esok abang nak uruskan hal diorang.' Janji Dato' Ibrahim. Dia bingkas mengatur langkah naik ke bilik. Datin Sariyah setia mengikut di belakang.
'akak, akak.' Suara Sufi kedengaran, menganggu mimpi indah Sufiah. Sufiah membuka mata dan mendapati Sufi di sebelah. Wajahnya ketakutan.
'kenapa dik?' Tanya Sufiah seraya mendudukkan dirinya. Sufi ditariknya ke dalam pelukan.
'adik takut. Kita kat mana ni?' Tanya Sufi. Sufiah senyum.
'adik, kita dah selamat. Adik jangan bimbang.' Sufiah menenangkan.
'adik lapar?' Tanya Sufiah. Sufi mengangguk laju. Sufiah turun dari katil empuk. Ditariknya Sufi bersama dan mereka menuruni tangga. Sufiah terdengar suara orang di ruang tamu. Ramai saja bunyinya. Dia melangkah berhati-hati. Sufi menyembunyikan muka di belakang Sufiah.
Sebaik mereka turun di bawah, semua mata tertumpu pada mereka. Datin Sariyah tersenyum melihat mereka. Dia menggamit mereka supaya menghampirinya.
Sufiah mendekat. Sufi takut-takut.
'Sufiah, Sufi, kamu berdua nak jadi anak makcik tak?' Tanya Datin Sariyah lembut. Dia menggenggam tangan Sufiah dan Sufi, lembut dan penuh keibuan. Sufiah tergamam.
'betul ke makcik?' tanyanya tidak percaya. Orang lain yang melihat turut tersenyum.
'betul Sufiah. Kamu nak jadi anak pakcik dan makcik?' Tanya Dato' Ibrahim pula.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Sufiah mengangguk laju. Keceriaan jelas terpancar di wajahnya. Sufi yang masih tidak mengerti apa-apa Cuma memandang kosong.
Dato' Ibrahim dan Datin Sariyah berbalas pandang. Mereka juga tersenyum gembira.
'mulai hari ini, panggil makcik ummi ya.' Ajar puan sariyah. Sufiah mengangguk lagi.
'baik ummi.'
'dan pakcik abah.' Tambah Dato' Ibrahim. Sufiah mengalih pandang kepada Dato' Ibrahim pula.
'baik abah. Terima kasih, abah, ummi.' Ucap Sufiah. Datin Sariyah menarik mereka berdua ke dalam pelukannya. Menangis lagi.
*********
Sufiah melangkah pantas mencari wajah-wajah yang dikenalinya di celahan orang ramai yang berpusu-pusu di KLIA itu. masing-masing punya tujuan. Dan tujuan dia? Mencari wajah tua abah yang amat dirindui!
'Sufiah!' Sufiah menoleh ke arah itu bersama senyum lebar di wajahnya. Senyumannya berbalas mesra. Bukan abah tapi wajah itu juga amat dirinduinya.
Hadi berlari-lari anak mendapatkan Sufiah.
'abang dah lama tunggu?' Tanya Sufiah. Troli begnya bertukar tangan. Tiada jabat tangan.
Mereka sedar status mereka yang bukan adik beradik kandung dan kerana itu mereka tidak pernah bersentuhan dengan sengaja. Di rumah juga Sufiah memakai tudung dan pakaian seperti di luar rumah jika Hadi ada di rumah. Dengan abah juga begitu. Tapi Sufiah tetap bersentuhan dengan abah untuk bersalam. Tidak lebih dari itu. itulah ajaran Dato' Ibrahim dan Datin Sariyah. Ajaran agama yang dipegang kuat.
Hadi tersenyum sahaja.
'demi adik abang yang sorang ni, lama mana pun abang sanggup tunggu.' Jawab Hadi. Sufiah tersenyum malu.
Bicara itu menyentuh tangkai hatinya namun Sufiah cepat menghalang rasa itu dari merebak.
'kenapa abah tak datang?' Tanya Sufiah. Menukar topic. Tidak mahu membuai rasa.
'abah ada kerja. Ummi tak larat. Alah, bukan tak jumpa pun nanti. Susah betul abang nak datang tadi. Abang nak bawak balik anak kesayangan diorang, bukan nak bawak lari tapi sebakul pesanan diorang tadi. Balik terus lah, jangan menyimpang lah. kalau abang bawak lari betul baru diorang tahu.' Ugut Hadi, mengusik. Diangkatnya beg Sufiah masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang.
Dan mereka juga turut masuk. Hadi memandu tenang.
'amacam? Best duduk sana?' Tanya Hadi. Cuba mencari topic perbualan. Sufiah memandang ke luar.
'oklah. Alah abang ni. Tanya macamlah dia tu tak pernah belajar oversea.' Tempelak Sufiah. Hadi ketawa bersahaja.
'yelah, abang pergi lama dulu. Su pergi zaman moden. Lain.' Jawab Hadi. Sufiah mencebik. Tahu Hadi sengaja mahu mengusiknya. Masih seperti dulu.
Sufiah memandang ke luar. 2 tahun dia tidak pulang kerana tuntutan belajar. Bukan abah tidak menawarkan biaya tambang tiket untuk dia pulang namun Sufiah menolak. Kasihnya pada abah dan ummi terlalu dalam bimbang jika dia pulang dia tidak mahu kembali menyambung pelajarannya.
Dan kini dia telah pulang. Tiba-tiba Sufiah teringatkan sesuatu.
'abang, adik mana?' Tanya Sufiah pada Hadi.
Hadi diam tiba-tiba. Mengetuk-ngetuk stereng kereta cuba mencari jawapan yang sesuai.
Sufiah mengerutkan dahi. Sufi kini sedang belajar di university tempatan dalam bidang kejuruteraan. Dia tidak bernasib baik seperti Sufiah dan Hadi namun hal itu tidak pernah menjadi batu pemisah antara mereka ahli keluarga.
'adik…dia….sibuk. siapkan projek.' Jawab Hadi. Alasan yang dia tahu tidak benar sama sekali.
Pandangan mata dilarikan. Sufiah memandang ke hadapan kembali. Mengangguk-angguk.
'dia tau kan Su balik?' Tanya Sufiah lagi. Hadi mengetap bibir.
'err, abang dah beritahu dia. Taulah tu.' Jawab Hadi lagi. seakan-akan tidak pasti dengan jawapannya sendiri.
'tak sabarnya nak jumpa dia. Rindunya…' Ujar Sufiah beriya. Hadi menjeling Sufiah di sisi.
'Su tak rindu abang ke?'
Sufiah terdiam. Dia mula tidak keruan. Jangan diusik perasaanku ini Hadi. Perlukah dijawab soalan itu? Hadi tersenyum melihat muka Sufiah yang sudah memerah malu.
'Su rindu adik je? Tak rindu abang?' tanyanya lagi. soalannya diubah sedikit. Dilihatnya Sufiah melepaskan keluhan nafas lega.
'rindulah, Su rindu semua orang.' Jawab Sufiah, tanpa memandang Hadi. Hadi tergelak kecil.
Kenapa Sufiah cepat melatah sekarang? Mungkinkah kerana kematangan dirinya?
Dia sedar Sufiah yang di sebelahnya kini bukan lagi Sufiah yang dia kenal 17 tahun dulu. Semasa dia pulang dari asrama dengan mendapati Sufiah dan Sufi di ruang tamu, sedang menonton tv.
**********
'kamu siapa?' Tanya Hadi. Beg baju yang dibawanya diletakkan di atas lantai. Sufiah memandangnya, ada perasaan bimbang terpancar di sepasang mata itu.
Sufi berdiri di belakang Sufiah, seperti mana kebiasaannya.
'Hadi,' panggil Dato' Ibrahim yang baru masuk ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggung di sofa. Hadi menghampiri abahnya.
'abah, diorang saudara kita ke? Tak pernah Nampak pun?' Tanya Hadi yang baru berumur 13 tahun. Dato' Ibrahim tersenyum.
'eh Hadi dah sampai?' Tanya Datin Sariyah yang muncul dari dapur. Wanita itu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Biarpun dia memegang gelaran datin, namun dia tidak mengambil orang gaji dan dia menguruskan sendiri hal rumah tangganya.
Dulang air di tangan diletakkan di atas meja.
'ummi, siapa diorang ni?' Tanya Hadi lagi. untuk kali ketiga masih tiada yang menjawab soalannya. Datin Sariyah melabuhkan punggung di sisi Dato' Ibrahim. Dia juga mengukir senyum manis.
'Sufiah, Sufi, mari sini.' Panggil Datin Sariyah. Sufiah mengatur langkah menarik Sufi bersamanya. Mereka mendekati Dato' Ibrahim dan Datin Sariyah. Hadi Cuma melihat sahaja.
Wajahnya jelas menunjukkan dia keliru dengan situasi itu. dia bertambah bingung melihat ummi dan abah tersenyum sahaja dari tadi.
'Hadi,' abah memulakan. Datin Sariyah mengelus-elus rambut Sufiah dan Sufi yang berdiri di sisinya.
'mereka ahli keluarga kita yang baru. Anak angkat abah dan ummi. Hadi dah ada adik.' Terang abah. Hadi diam. Wajahnya berubah.
Dia merenung wajah-wajah di hadapannya lama sebelum dia mengangkat kaki beredar dari ruang tamu.
Dato' Ibrahim dan Datin Sariyah melopong melihat Hadi begitu. Datin Sariyah memandang suaminya.
'abang, dia marah ke?' Tanya Datin Sariyah cemas.
Dato' Ibrahim menggeleng. Dia pun tidak pasti. Hadi tidak pernah begitu. Selama ini dia sangat menghormati mereka sebagai ibu dan bapanya.
'biarkan dulu dia. Dia masih terkejut. Dia perlukan masa.' Ujar Dato' Ibrahim. Pada pandangannya, mungkin itu yang terbaik buat masa ini.
Sufiah Cuma mendengar bicara abah dan umminya. Dia menunduk. Adakah dia dan Sufi akan dihalau keluar sekali lagi kerana kehadiran mereka di sini juga tidak diingini?
Malam itu, Sufiah mengatur langkah perlahan ke bilik Hadi. Dia perlu berbicara dengan abangnya.
Tok! Tok! Dia mengetuk pintu perlahan. Pada hematnya, Hadi belum tidur kerana masih ada biasan lampu yang keluar di bawah celahan pintu.
'masuk.' Arah suara itu dari dalam. Sufiah berdebar-debar. Dia memulas tombol dan menjengulkan mukanya di pintu. Memandang Hadi yang memandang tepat ke wajahnya.
Tiada kata yang dilafazkan. Dia Cuma menanti bicara Hadi seterusnya. Sama ada dia dibenarkan masuk atau tidak.
Hadi mendengus perlahan.
'apa kau nak?' Tanya Hadi kasar namun perlahan. Sufiah menunduk.
'boleh saya cakap dengan abang?' pinta Sufiah sopan. Ummi telah mengajarnya banyak perkara terutama tentang adab sopan selama hampir sebulan dia di sini. Namun baru kini dia berpeluang bertemu Hadi yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh.
Hadi tidak menjawab. Dia menyelak-nyelak buku teksnya. Tidak ada apa pun yang dibaca. Dia memandang ke pintu kembali dan Sufiah masih di situ. Menanti.
'bila pulak aku jadi abang kau?' Tanya Hadi tiba-tiba. Baru dia teringat yang mereka bukan adik-beradik dan dia sememangnya tidak pernah bermimpi tentang hal itu.
Sufiah tunduk lagi. tersayat hati keanakannya.
'boleh saya cakap dengan awak?' pinta Sufiah lagi Cuma bahasa panggilan sudah bertukar. Hadi diam. Rasa geli hati menggeletek perasaannya.
Dan tiba-tiba muncul niat mahu mengenakan Sufiah.
'aku lagi tua dari kau. Panggil aku abang.' Arah Hadi. Masih tidak memandang wajah itu.
Sufiah garu kepala yang tidak gatal. Tadi tak bagi. Tiba-tiba suruh panggil pulak. Ish, pening.
'boleh saya cakap dengan abang?' Sufiah mengulang kembali soalan yang sama dan kali ini Hadi tergelak besar hingga membuatkan Sufiah tersentak.
'kau ni lawaklah. Kau tak reti ke? Aku nak kenakan kau pun kau tak faham?' Tanya Hadi dalam ketawa yang masih bersisa.
Sufiah sengih-sengih di balik pintu. Masih tidak berani melangkah masuk.
Hadi masih ketawa namun sudah berkurang tawanya.
'masuklah.' Panggilnya.
Sufiah mengangguk lalu masuk. Ditutup pintu di belakang lalu diatur langkah menghampiri Hadi yang bergolek malas di atas katil. Buku-buku berselerakan di atas katil itu.
'apa kau nak?' Tanya Hadi lagi. namun kali ini nadanya lebih lembut.
'saya minta maaf kalau abang tak suka saya dan Sufi di sini.' Tutur Sufiah lembut dan perlahan.
Hadi mengangkat muka.
Menatap seraut wajah itu. dia mendudukkan dirinya lalu disandarkan badannya ke kepala katil.
'mana asal kau?' Tanya Hadi.
'rumah saya kat hujung kebun.' Jawab Sufiah. Jawapan yang sama diberikan pada Dato' Ibrahim di dalam kereta hampir sebulan yang lalu. Tegak dia berdiri di sisi katil Hadi.
'hujung kebun? Hujung kebun mana? Kebun Pak Ali, kebun Muthu?' Tanya Hadi tidak berpuas hati.
Sufiah mengjungkit bahu.
'entah. Kebun Muthu kot.' Jawab Sufiah. Hadi gelak kecil, tidak percaya.
'kot? Kau ni betul ke tak?' Tanya Hadi dengan nada mengejek.
'betul kot?' jawab Sufiah pula. Hadi membeliakkan matanya.
'betul kot?' terburai lagi ketawa Hadi. Sufiah sengih-sengih melihat Hadi ketawa besar.
'sah lah. kau ni tak betul.' Hadi membuat kesimpulan dalam tawa yang masih bersisa.
'ye lah kot.' Jawab Sufiah lagi. Hadi ketawa lagi mendengar jawapan itu. Terlalu lurus kanak-kanak di hadapannya ini.
'hei, sudahlah. Aku tak tahan nak ketawa.' Ujar Hadi, cuba menghentikan tawanya. Sufiah masih tersengih, tercegat di sisi katil.
'apa nama kau tadi?' Tanya Hadi, apabila ketawanya sudah berkuarangan.
'Sufiah.'
'adik kau?'
'Sufi.'
'hmm, Sufi, Sufiah. Bagus betul gabungan tu.' Ujar Hadi. Wajahnya sudah rileks kembali. Tidak seperti tadi semasa dikenalkan dengan Sufi dan Sufiah.
'macam mana kau boleh masuk sini?' Tanya Hadi.
Sufiah lantas menceritakan kisah malam itu. segala-galanya seakan diputarkan kembali untuk tayangan semula dan Hadi mendengar penuh khusyuk.
Apabila habis bicara Sufiah, Hadi terdiam. Dia merenung dalam muka mulus itu.
'kesian korang.' Ujarnya perlahan. Tersentuh hatinya. Tidak menyangka selama ini hidup mereka begitu menderita sedang dia hidup bahagia bersama abah dan ummi yang begitu menyayanginya sepenuh hati.
Tiba-tiba pintu dikuak. Sufi mengjengulkan kepalanya.
Sufiah tersenyum melihat Sufi.
'adik, masuklah. Abang tak marah kita.' Ujarnya seraya memanggil Sufi masuk. Hadi tergamam mendengar bicara Sufiah. Dia memandang sahaja Sufiah pergi mendapatkan Sufi dan membawanya ke sisi katil Hadi. Sufi kelihatan takut-takut.
''berapa umur Sufi?' Tanya Hadi.
'6 tahun.' Jawab Sufiah seraya memeluk bahu Sufi.
'kau?' tanyanya pada Sufiah pula.
'8 tahun.'
Hadi melepaskan keluhan berat. Dia tiada sebab untuk tidak menerima mereka. Mereka masih muda namun sudah menempuh banyak dugaan hidup.
Hadi mengesot ke tepi katil dan menurunkan kakinya. Masih duduk di atas katil. Dia menghulurkan tangan pada Sufi.
Sufiah tersenyum sahaja.
'adik, pergilah dekat abang. Abang tak marah.' Arah Sufiah. Sufi memandang Hadi tidak berkelip.
'Sufi, ni abang. Abang Hadi.' Ujar Hadi memperkenalkan diri. Masih lagi menghulurkan tangan. Setia menanti tindak balas Sufi.
Dia sedar dia telah menakutkan Sufi sebentar tadi.
'adik, pergilah. Abang panggil tu.' Arah Sufiah lagi. lembut. Begitu matang bicaranya. Sufi menghulurkan tangan kepada Hadi lalu mendekat.
'Sufi, suka ada abang?' Tanya Hadi seraya menarik Sufi perlahan ke hadapannya. Sufi mengangguk-angguk.
'nak abang jadi abang Sufi?' Tanya Hadi lagi.
Sufi angguk lagi.
'abang pun suka Sufi dan Sufiah jadi adik abang.' Beritahu Hadi.
'abang suka adik jadi adik abang? Kakak pun?' Tanya Sufi lantang tiba-tiba. Hadi tersenyum lebar. Sufiah di sisi turut tersenyum.
'Sufi pun suka ada abang. Terima kasih abang!' ucap Sufi. Hadi terharu dengan ucapan itu lantas dia menarik Sufi kedalam pelukannya.
'mulai hari ni, kita adik beradik. Ok?' Hadi memeterai kata. Dipandangnya Sufiah yang mengangguk laju.
p/s: actually cerpen ni x hbs lg...sy x anggap ni novel thats why sy hntr kt bhgn cerpen...nanti akan ada sambungannya ya...
citer ni mmg ada smbungan...ada 3 chapters lg...sy dh post ke cni but of course akan lmbt..so for those yg nk bc smbgannya,bleh ke blog sy..http://anarifartpieces.blogspot.com...
plz visit my blog for the next n3...kat cni lmbt sgt..huhuhu...http://anarifartpieces.blogspot.com
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story...
keep it up!!