Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nenek-nenek si bongkok tiga Siang mengantuk malam berjaga Mencari cucu di mana ada Nenek ku kahwin dengan anak raja…
Gelak tawa riang anak-anak jiran bermain bersama-sama mencuit hati Alif. Terkenang kan ketika zaman kanak-kanaknya. Dirinya bersyukur kerana dilimpahi kurnia serta rahmat dari yang maha Esa.
"Boleh aku main sama," Alif mendekati sekumpulan anak-anak kecil yang sebaya dengannya. Tangannya menggentel hujung baju tshirt lusuh yang dipakainya. Terlalu daif rasanya.
"Kau nak main dengan kami. Kau ada guli ke?" soal salah sorang dari kanak-kanak itu denagn wajah yang riak Alif senyum ceria. Diseluk poket seluar sambil mengeluarkan beberapa biji getah yang baru di kutipnya. "Aku ada biji getah. Bulat macam guli. Jadi aku boleh main la kan," Alif menghulurkan biji-biji getah ditangannya. Wajah terpancar cahaya kegembiraan. Ingin sekali ia ikut sama bermain. "Wei kawan-kawan. Budak ni nak main guli dengan kita pakai biji getah…" jerit salah seorang budak sambil ketawa. Disambut bersama kanak-kanak yang lain. Senyumnya mati apabila terdengar gelak tawa kanak-kanak di hadapannya. Terkebil-kebil melihat dirinya di tertawakan.
"Wei Alif, kau ingat nak main congkak ke dengan biji getah. Kalau nak main congkak, baik kau pergi main dengan budak perempuan..hahahhaa," sambung salah seorang budak lagi. Alif tunduk. Melangkah lesu ke hujung jalan menuju ke pondok usang neneknya.
Ya. Pondok yang terlalu usang. Di situlah ia tinggal bersama nenek serta adik kecilnya. Berjalan sambil kakinya menyepak biji getah yang di kutipnya di jadikan seakan bola. Di sepak biji getah itu hingga ke hujung tangga pondok usang neneknya.
Tangisan Alya menyentak hatinya. Mungkin adiknya lapar. Ditanggalkan selipar lalu berlari naik keatas pondok. Alya di dalam buaian dipujuk lembut sehingga tertidur kembali. Alif mencari kelibat neneknya tetapi tiada. Mungkin ke kebun barangkali bisik hatinya.
Alif mengambil senaskah surat khabar lama lalu duduk kembali di sisi buaian Alya. Diselak helaian demi helaian sambil tangannya tidak terlepas dari membuai Alya. Ingin sekali ia bersekolah seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Disebabkan keadaan mereka yang terlalu daif, nenek Alif tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah.
Alif mengenal huruf dan abjad hanya melalui surat khabar lama yang di kutipnya. Untuk menonton tv jauh sekali kerana bekalan elektrik tidak pernah tersambung di pondok usang neneknya. Namun, Alif tidak pernah merungut. Sesekali di bantu neneknya yang tidak sekuat mana untuk berkebun. Dengan hasil tanaman mereka, cukuplah untuk mereka gunakan bagi meneruskan kehidupan. Neneknya selalu memuji kerana mempunyai cucu yang rajin seperti Alif.
Alya menangis lagi. Bacaan Alif terhenti. Alif bangun mencari botol susu kepunyaan Alya. Kosong. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Memikirkan cara-cara untuk membancuh susu. Tangisan Alya semakin kuat. Tanpa berlengah lagi, Alif turun ke dapur yang berlantaikan tanah. Di kocak botol susu Alya menggunakan air yang telah di sediakan neneknya.
"Kejap ye dik. Abang tengah buat susu ni," mulutnya tidak berhenti dari memujuk tangisan sikecil yang masih merengek didalam buaian. "Sayang adik abang. Kejap ye. Abang buatkan," pergerakan tangannya di percepatkan. Di sukat air panas dan air sejuk dengan tepat. Tin susu di angkat. Tetapi ringan. Alif cuba membuka penutup tin tersebut menggunakan hujung sudu. Malang nasibnya kerana susu yang tinggal terlalu sedikit.
Jeritan Alya semakin kuat. Alif tiada pilihan. Dicedok kesemua baki susu yang ada dan di masukkan kedalam botol lalu di goncang. Langkahnya dicepatkan. Sikecil yang dahagakan susu menangis hingga tersedu-sedu.
"Nah sayang abang. Nanti lepas nenek beli susu baru, abang bancuhkan yang lain ye," pujuk Alif sambil menyuapkan puting botol ke mulut Alya. Disapu air mata yang mengalir di kedua pipi adik kesayangannya. Kerana terlalu lapar, Alya tetap menyoyot botol berisi air susu yang cair. Alif menepuk-nepuk lembut kaki Alya supaya ia lena kembali.
Disambung kembali bacaannya lagi. Ia amat tertarik dengan cerita-cerita berkenaan dengan angkasa lepas. Semangat dan azam di tanam untuk menjadi salah seorang angkasawan yang mampu menawan dunia angkawa lepas. Terbayang dirinya yang berpakaian lengkap sut angkasawan.
Angannya terhenti apabila terlihat kelibat neneknya yang baru pulang. Sempat menjeling ke dalam buaian, sebelum bangun menuju ke arah neneknya. "Nek baru balik," Embun terseyum manis. "Adik dari tadi tak bangun lagi ke?" Embun membuka balutan kain di atas kepala. Alif mengambil kain dari tangan neneknya lalu mengelap peluh yang mengalir. "Tadi dah bangun sekejap. Lepas Alif bancuh susu, adik tidur balik," Embun tersenyum lagi. Alif memang berbeza dari kanak-kanak yang lain. Walaupun umurnya baru menjangkau tujuh tahun, namun ia boleh di harap untuk melakukan kerja-kerja orang dewasa. Walaupun tidak cekap, Alif rajin belajar dari kegagalan.
"Tapi nek, susu adik dah habis. Adik tadi minum susu cair nek," baru dirinya teringat. Sememangnya bekalan susu untuk Alya sudah kehabisan. Tubuhnya disandarkan ke dinding. "Tak pe la. Nanti nenek beli," Alif menarik kaki neneknya supaya berlunjur. Dipicit-picit kaki neneknya yang letih bekerja untuk ia dan adiknya. Jika tidak kerana nenek yang mengutip mereka, sudah pasti mereka masih merempat di tepi jalan. Atas keperimanusiaan, Embun membela Alif dan adiknya seperti cucunya sendiri memandangkan dirinya juga sebatang kara.
Sudah tiga tahun perkara itu berlaku. Embun bersyukur, sekurang-kurangnya dirinya dapat membantu Alif dan Alya untuk meneruskan hidup. Lenguh-lenguh di kakinya beransur kurang. Memang pandai Alif mengambil hatinya.
"Alif dah makan?" Alif mendongak. Wajah nenek di renungnya. "Tadi dah makan sikit. Alif tinggalkan untuk nenek. Tak payah nenek nak masak lagi. Kesian tengok nenek kena masak penat-penat," hati Embun menjadi sebak. Perasaannya di runtun pilu. Tidak sangka anak sekecil ini dapat berfikir. Kolam matanya sudah banjir hanya menanti saat untuk mengalir. "Kalau tak makan, nanti Alif sakit pulak. Siapa nak tolong nenek kat kebun nanti," Embun sengaja menduga Alif.
"Bukan tak makan tapi makan sikit je. Alif masih kuat lagi tau nek. Buat macam kita puasa la nek. Nanti duit tu kita boleh beli susu adik banyak-banyak," bersahaja Alif menjawab sambil tangannya tidak berhenti memicit kaki neneknya. Perlahan-lahan air mata Embun mengalir menuruni pipinya yang sudah berkedut sana sini. Sayang benas Alif pada adiknya. Sehingga sanggup berlapar semata-mata untuk adiknya.
Melihat air mata yang mengalir di pipi neneknya, tangan Alif terhenti. Tertanya-tanya akan punca neneknya mengalirkan air mata. "Kenapa nenek nangis. Alif picit kaki nenek kuat sangat ke?" hatinya diburu perasaan bersalah. Pantas tanganya di tarik kembali. Mendengar ayat dari mulut Alif, Embun ketawa lucu sambil mengesat pipinya.
"Tak sayang. Nenek bersyukur dapat cucu macam Alif," Embun mengucup dahi Alif tanda kasihnya yang tidak terhingga. Sudah acap kali Alif mendengar pujian dari neneknya. Tangannya memeluk erat tubuh Embun yang dibasahi peluh.
"Apa yang abang menungkan? Ayik sungguh Alya tengok," Alif tersedar dari lamunan. Kanak-kanak kecil masih lagi bermain riang. Menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan. "Abang teringatkan arwah nenek," wajah Alif masih seperti tadi. "Tiba-tiba abang ingatkan nenek? Kenapa?" Alif tersenyum. "Abang teringatkan masa abang kecil-kecil dulu. Dah banyak nenek berkorban untuk besarkan kita," "Alya tahu bang. Kalau tak kerana usaha gigih abang sendiri pun, benda ni takkan berhasil. Alya adalah manusia paling beruntung walaupun Alya tak pernah nak merasa kasih sayang ibu dan ayah kita. Kasih sayang abang dan nenek yang tak berbelah bagi dah cukup untuk Alya," Alif tersenyum. Walaupun Alya banyak kerenah ketika kecil, kasih sayangnya tidak pernah berubah. Alya menjadi seseorang yang terlalu manja. Alya menyandarkan tubuhnya disisi Alif. Kepalanya dilentokkan dibahu abang kesayangannnya itu.
"Bila lagi cik puteri kita ni nak kahwin?" pantas Alya menegakkan kepalanya kembali. "Tak nak la. Alya nak duduk dengan abang sampai bila-bila," nadanya seakan merajuk. Sudah acap kali Alif memaksanya untuk berkahwin. "Jangan macam tu. Alya kena fikir masa depan," Alya sudah menunjukkan wajahnya yang masam. Alif cuba menyusun ayat-ayat agar Alya terima dengan cadangannya. "Please abang. Alya tak nak. Biar lah Alya macam ni," rayu Alya lagi. "Sampai bila. Sampai abang dah tak de nanti baru Alya nak kahwin," mendung di wajah Alya sudah semakin terserlah.
"Abang buat semua ni untuk kebaikan adik abang juga. Abang sentiasa nak yang terbaik untuk Alya. Abang tak nak nanti hidup Alya terumbang ambing tak berbimbing. Kalau Alya ada suami nanti, sekurang-kurangnya ada orang yang jaga sakit pening adik abang ni," dielus lembut bahu Alya. "Selama ni pun kita dah ok kan," Alif tersenyum. Sukar benar untuk mengubah keputusan Alya. Hatinya terlalu keras. Andai arwah nenek masih ada, sudah pasti diri Alya dibebelnya. Dan setiap kali itu juga Alif menjadi mangsa untuk Alya mencurahkan amarahnya.
"Memang ok. Tapi nanti kalau abang dah kahwin, Alya tak boleh nak duduk macam ni dengan abang lagi," Alya tersentak. Wajah Alif yang masih tersenyum sumbing di renung tajam. Tak sangka dengan khabaran yang baru saja didengar.
"Abang nak kahwin?" matanya di bulatkan. Seakan tidak percaya. "Iye la. Lepas ni abang kena bremanja dengan isteri abang la pula. Masa tu Alya baru Alya nak gigit jari," Alif ketawa. Alya merasa geram kerana Alif mempermainkannya. Dada Alif di pukul lembut. "Abang tipu. Abang tipu Alya kan?" Alif mengeleng. Tangan Alya digengam erat. "Tak sayang. Abang tak tipu. Abang sebenarnya dah pun terima pinangan untuk Alya. Jadi abang harap, Alya tak hampakan harapan abang. Abang ingat majlis tu kita buat sekali," Alya melihat sinar kesungguhan terpancar dari kaca mata Alif. Memang kali ini abangnya bersunguh-sungguh.
"Biar betul. Abang nak kahwinkan Alya dengan siapa? Abang pula kahwin dengan siapa?" terlalu banyak persoalan yang timbul. Alya bingung. "Alya ingat lagi dengan gadis yang abang langgar dulu," Alya cuba mengingat kembali. Memang dahulu abangnya pernah terlibat dalam kemalangan. Itupun di sebabkan atas kecuaian Alya. Kemalangan itu telah menyebabkan kecederaan yang serius.
"Alya ingat. Macam mana akak tu sekarang. Siapa nama dia? Bila abang start bercinta dengan dia?" bertalu-talu soalan meluncur dari bibir Alya. "Satu-satu la sayang. Nama akak tu Nurul Hanum. Abang tak pernah bercinta dengan dia. Tapi abang tak terima dia sebab simpati. Abang bertanggung jawab atas apa yang berlaku pada dia. Di sebabkan kecuaian abang, dia ditinggalkan tunangnya. Dia tak bersalah dalam hal ni. Susah juga la abang nak yakinkan ahli keluarga dia," baru Alya mengerti.
"Ye ke. Abang tak cakap dengan Alya pun. Teruk tau," Alif mencuit dagu Alya. "Sebab abang tak nak susahkan Alya. So..macam mana? Setuju tak?" "Alya ok je. Asal abang bahagia," Alya menunjukkan tanda ok. "Kalau macam tu, bila Alya nak berkenalan dengan bakal suami?' Alya terkedu. Terlupa yang dirinya juga akan berkahwin atas pilihan abangnya.
"La.. Alya pun kena kahwin ke? Alya ingatkan abang main-main," "Mana pula abang main-main. Benda ni tak boleh di buat main sayang," Alya tersengih. "Tak kisah la. Adik abang ni kan adik yang baik. Alya ikut je apa cakap abang," wajah Alya ceria kembali. Apalah sangat dengan pemintaan abang yang tidak seberapa itu. "Betul ni?" Alif seakan tidak percaya. "Betul la," Alya menoleh ke arah Alif. "Kalau macam tu, malam ni Alya pakai lawa. Abang bawa Alya pergi kedai mamak depan rumah tu," wajah Alif serius. Walhal hatinya di geletek lucu menanti riaksi Alya. "Apasal pula dekat kedai mamak. Kenapa tak jumpa dekat rumah je," Alya mengerutkan dahinya. Alif masih lagi menahan ketawanya.
"Sebab… mamak kedai tu yang nak pinang adik," Alif bangun dengan pantas sambil ketawa. Alya tersedar yang dirinya ditipu. "Abang!!!!!!" jerit Alya kuat. Langkahnya dilajukan mengejar Alif yang sudah jauh meninggalkannya. Mulutnya tidak berhenti menjerit memangil Alif. Mereka berlarian di gigi pantai menuju ke pondok usang peninggalan arwah nenek. Pondok usang yang kini telah bertukar wajah. Hanya bentuknya sahaja dikekalkan. Di situlah tempat Alif dan Alya melepaskan rindu pada insan yang telah banyak berkorban untuk mereka.
Embun tersenyum bangga. Pengorbanannya tidak sia-sia.
touching la jalan citer nie...best gk la xde la asyik citer cinta jer...ok la
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erk?
yg last tuh roh die ker?
btw,
best...
takdelah cite cinte je.
huhu..