Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi ini cuaca agak baik. Seperti biasa kelas 2 Permata riuh rendah macam pasar borong. Tidak kira murid lelaki mahupun perempuan,perangai kami sama sahaja. Setakat bertumbuk,membuli dan memeras ugut,sudah menjadi lumrah kehidupan kami. Siapa berani menegah dan menghukum kami,terimalah hadiah paling menyayat hati dan penuh memori. Bagi kami,segala bentuk hukuman tak ubah seperti air mengalir ke daun keladi. Seminit dua,memang berbirat tangan kami. Masuk kelas,kami jadi kacang hantu semula.
Kami tidak kurang apa-apa. Sihat-sihat belaka. Uniknya kami…,apa yang kelas lain tiada,kami ada. Kami ada juara tomoi peringkat atarabangsa ,kami ada ratu minah rempit,kami ada mulut seakan internet dan paling digeruni,kami ada perisik kejam merangkap kaki pukul yang mampu membuatkan guru-guru Sekolah Menengah Seri Damai merana seumur hidup. Sehebat manapun guru itu,akhirnya terangkat jua kibaran bendera putih. Untungnya kami menikam mereka secara halus. Tidak sedikit pun jejak kami tinggalkan.
Hari ini,kami menerima orang baru. Umat Nabi Adam yang semakin pupus di Bumi Seri Damai. Seandainya boleh dijadikan fosil,sudah
lama kami buat eksperimen agar kaum yang satu ini jadi bahan pameran di Muzium Negara. Orangnya boleh tahan. Tercabar juga aku. Sempatku menjeling ke arah Anita. Ku lihat senyumanya panjang dan berliku-liku. Mei Lan pula sibuk mencalit gincu semerah saga yang sentiasa menyelinap di celah beg sekolahnya. Di sudut kelas,Umma Dewi gadis paling jelita mengemaskan ikatan rambutnya yang panjang mengurai. Aku terpaku menghidu harum rambutnya. Aku tersenyum sendiri. Di mindaku telah berputar-putar segala bentuk muslihat yang ku rumus dan dicipta dengan bahan-bahan terpilih untuk makhluk terpilih ini.
Mangsa kami kali ini bernama Saiful Azmi. Guru Bahasa Malaysia dan Tenologi Maklumat seterusnya merangkap guru kelas kami. Inilah guru kelas kami yang ke sepuluh, biarpun baru lima bulan persekolahan bermula. Sembilan guru terhebat telah tumbang ditangan kami. Ku ingat lagi,mangsa terakhir kami ialah Puan Kamariah Guru Penolong Kanan Satu Seri Damai yang perasan hebat. Hari pertama masuk ke kelas,teruk punggung kami dibelasahnya . Puncanya taklah teruk sangat, bising dalam kelas. Al-Maklumlah….di dahi kami telah dicop dengan silabik unik "bermasalah",buat baik salah,buat tak baik lebih bermasalah. Percaturan Puan Kamariah ibarat mencurah minyak ke dalam api.
(2) Kembang kempis hidung Puan Kamariah menerima pujian Datin Emilia waktu perhimpunan pagi. "Tahniah, untuk Puan Kamariah kerana berjaya mengawal tingkahlaku pelajar 2P". Meluatnya kami saat itu. Ku lihat satu persatu teman sekelas,semuanya mencebik bibir,tanda protes dan yang sadis,semburan ludah masam ke tanah. Alang-alang dah digelar telur setengah masak,apa salahnya terus begini. Warga sekolah kenal kami,pelajar terbodoh dan bermasalah tingkatan 2. Asal ada kes pergaduhan,kononnya kamilah puncanya,asal ada kecurian,kamilah yang mencurinya. Meminjam kata-kata Cikgu Badrul guru disiplin Seri Damai,"Kamu ibarat pemata yang hilang serinya". Tiada seorang guru pun yang memahami perasaan kami. Bak kata perpatah,alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan,alang-alang dah dilabel bermasalah,apa salahnya terus mencetus masalah.
Sudah dua hari Puan Kamariah terlantar di hospital. Kes ringan je………..terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Haryati di depan pintu kelas. Tawa kami pecah melihat Puan Kamariah tergoleh bak buah nangka busuk. Pagi itu,kami dihukum berdiri di padang berjam-jam. Macam nak tertanggal urat saraf. Namun kami tetap happy. Untungnya kami….,hampir 60 % ibu bapa murid 2P tergolong insan berada dan menjadi penyumbang terbesar segala aktiviti sekolah. Itu tikit terbesar yang menghalang kami dari dihukum berat. Datin takut (3) sumber kewangan sekolah terputus.Tapi ada juga guru yang lebih sudu dari kuah,kerana pulut santan binasa,kerana mulut hati merana. Kes Cikgu Aniza belum selesai hingga kini. Tanggunglah sendiri.
Pada pengamatanku,Cikgu Azmi ada ciri-ciri mangsa buli kami. Namun aku tidak pasti,siapa yang akan tewas akhirnya. Bicaranya tersusun kemas serta disulami dengan senyuman. Inilah pertama kali seorang guru menyuakan kami dengan senyuman. Ku lihat air liur Lela mengalir membasahi bajunya. Buat pertama kali dalam dunia 2 Permata,kami mendengar dan menghayati butir bicara seorang guru. Hampir menitis air mata lelaki ku."Adakah dia malaikat yang akan mengubah seluruh perjalanan hidup kami",aku berteka-teki sendiri di alam halayanku.
Perubahan sikap kami tidak bertahan. Sebaik Cikgu Azmi meninggalkan kami,keadaan kami tidak ubah seperti ayam kehilangan ibu. Perangai kami tunggang-langang semula. Kegentaran tidak pernah wujud di sanubari dan yang lebih parah kami tetap berselingah,biarpun kelas kami bertentangan dengan bilik guru dan bersebelahan bilik guru disiplin. Agaknya mereka dah malas merekod kesalahan kami. Rasanya 99.9 % masalah yang direkodkan di dalam buku disiplin adalah milik kami. Ku ingat kata-kata keramat (4)
Cikgu Badrul"Agaknya……..kat sekolah ni,awak aja yang ada,asyik-asyik pelajar 2P. Dah tak ada orang lain ke!!!". Pedih juga,tapi aku buat muka pengemis jalanan. Tepat jam 2 petang, bergema Seri Damai dengan jeritan Cikgu Badrul. Ternyata Swee Lee amat memahami kemahuanku, Hadiah ciptaannya buat Cikgu Badrul separuh gila. Cantik rekaan Swee Lee kali ini……kereta berjenama Dam Haji Mutiara. Petang itu pecah lagi perut kami dan yang pasti kami terlepas lagi.
Setiap detik aku merasakan,kelas 2P telah hilang Identitinya. Semuanya kerana Cikgu Saiful Azmi. Aku tidak pasti ilmu apa yang diamalkan. Wajahnya sentiasa tenang,mendampingi kami dari setiap sudut. Tidak sekali pun dia memarahi kami,biar kami memang terlebih ajar. Pengaruhku semakin terhakis. Barisan tenteraku semakin mengecil. "Jangan kau harap aku akan berubah"bisik hati kecilku. Marahku semakin menggunung bila Cikgu Azmi memandai-mandai memindahkan aku duduk di sebelah mejanya. Aku akui,dia tidak pernah berkasar denganku,melayanku penuh simbai. Katanya,dia mahu aku menjadi yang terbaik. Aku bukan kacang hantu,tapi insan bertuah yang diuji pelbagi ujian Tuhan.
Sebaik waktu persekolahan tamat,aku terus berjalan cepat-cepat. Kata Swee Lee, dia sudah bertaubat. Rasa macam nak terkeluar isi perut (5) mendengar pengakuan Swee Lee . Tanpa membuang masa,ku halakan muncung spray ke seluruh kereta Cikgu Saiful Azmi. Sekelip mata,kereta itu berubah warna. Aku segera berlari ke blok D untuk melihat apa yang akan terjadi. Kedengaran Cikgu Azmi mengucap panjang. Tiada jeritan,tiada sumpah seranah. Tak ku duga,begitu tenang Cikgu Azmi menghadapi situasi tak terduga. Aku semakin kagum dengan personalitinya yang penuh tahir,namun keegoanku membuatkan aku buta hati.
Aku seolah-olah terhukum dengan perbuatanku sendiri. Entah mengapa,saat Cikgu Azmi memandangku,terdetik sekelumit penyesalan yang amat dalam. Sedetik dua sahaja aku terkesima mengenangkan sikapku. Sebenarnya aku keliru dengan diriku. Di rumah,aku anak yang baik,pijak semut pun tak mati. Papa dan Mama begitu percaya,akulah anak yang taat dan mendengar kata. Pembohonganku setakat ini berjaya mengaburi mata Papa dan Mama. Sampai kini,aku tak pasti apa sebenarnya keinginanku..
Sebenarnya kami ibarat lalang ditiup angin dan kekadang tidak ubah seperti layang-layang terputus talinya. Sikap kami sentiasa berubah-ubah. Bila ku renung wajah bekas peguam itu,terlihat secalit kekecewaan dibalik senyumannya. Mungkin dia putus asa. Kekejamankah aku melontarkan dirinya ke lembah keperitan yang menyeksakan. Bukan setakat hatinya,malah harta (6) bendanya,dan seluruh keringatnya hampir habis ku perah. Sudahnya……….. dua,tiga hari kebelakangan ini,ku lihat lelaki itu menggunakan kudrat yang ada untuk ke sekolah, semata-mata mahu mendidik anak bangsa. Dirinya begitu syumul di mataku. Jelas terbayang,dia cukup merana,namun senyuman itu adalah penawar azimat buatnya.
Kemunculan Saiful Azmi telah mengurangkan hampir 70% aktiviti songsang kami . Maklumlah ……..dah ramai yang mengaku insaf biarpun keinsafan itu cuma suam-suam kuku. Kesempatan yang kami rindui datang jua. Sewaktu matapelajaran Pendidikan Seni Visual,Cikgu Mary tergesa-gesa ke luar kelas. Kami pergunakan masa yang ada untuk berpesta . Acara baling-membaling menjadi lebih hebat bila ada yang berani menyembur warna air. Kelas kami tidak ubah tongkang pecah. Segala peralatan dalam kelas tunggang langgang seperti baru sahaja diserang garuda. Suara kami bagai halilintar membelah bumi dan yang pasti kami bagai manusia hilang ingatan.
Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua. Tanpa kami sedari,terpacul sesusuk tubuh yang amat kami kenali, berdiri dengan wajah malaikat maut. Tiada lagi senyuman terukir di wajahnya. Entah (7)
mengapa,kami begitu kurang ajar mentertawakan seraut wajah kesayangan kami yang compang-camping dengan pelbagai jenis warna. Ada yang mengalir dan membasahi bajunya yang putih bersih lalu terciptalah hasil seni yang amat mengagumkan. Pecah perut kami. Namun…di sebalik gelak tawa kami,terperasan aku…. ada hati yang luruh berdarah sedang memerhatikan kami. Penampar- penampar terhebat singgah di pipi kami . Kecut perut kami,wajah kami bagai ditoreh tidak berdarah. Kami terkaku. Seumur hidupku,tiada siapa berani menyentuh pipiku.
"Dah puas hati………!!!.Selama ini saya bersabar,berusaha mengubah sikap kamu. Saya tak mahu kamu dihina,kamu dipersalahkan dalam semua perkara. Sayang…..kamu tak tahu menghargai apa yang saya buat. Madu yang saya beri,tuba yang kamu balas untuk saya. Terbukti sekarang kata-kata orang,kamu memang cacat,……..cacat mental,perasaan dan harga diri.……..!!!". Terkejutnya kami,adakah lelaki ini Cikgu Badrul atau Cikgu Azmi? Malunya kami. Tidak semena-mena timbul keinsafan yang entahkan benar entahkan tidak.
Seperti hilang pedoman,Cikgu Azmi mencampak beg-beg kami dari tingkat tiga ke bawah. Berentum-dentum bunyi beg jatuh menimpa bumbung kereta seumpama ledakan bom di bumi Iraq. Dengan kasar,Cikgu Azmi menarik (8) tanganku. Terasa ada benda dingin dan hancing keluar dari seluarku. Aku mengigil ketakutan. Aku dapat rasakan nyawaku akan melayang ditangan Cikgu Azmi. Sekali lagi pipiku merah menyala menerima penampar maut Cikgu Azmi dan tanpa ku duga wajah Papa sudah terpacul di depan pintu kelas. Baru ku ingat,tadi papa berjanji mahu mengambilku awal kerana ada urusan penting.
Wajah papa sungguh berlainan sekali dan tidak ubah seperti singa jantan yang kelaparan. "Cikgu ingat anak saya barang mainan yang sesuka hati diperkotak-katikan. Jentik pun saya tidak pernah,ni pulak pelempang. Kita jumpa di Mahkamah". "Silakan,saya tak gentar walau sedetik,berani kerana benar,takut kerana salah". Mulutku terlopong besar,begitu juga dengan papa. Tak ku duga Cikgu Azmi yang berhati tahir menyahut cabaran papa. Tengahari itu,papa membawa ku pulang dan seterusnya membuat laporan polis. Namun tanpa papa sedari,jauh disudut hatiku …. terbit selautan keinsafan yang amat sangat hingga menjebakkan Cikgu Azmi berada diambang maut ciptaanku sendiri. Keinsafan mula memaut seluruh urat sarafku. Tapi semuanya sudah terlambat. "Maafkan Izwan cikgu….". Air mataku kian deras. Itulah harga sebuah pengorbanan yang terpaksa Cikgu Azmi gadai untuk melentur buluh yang telah tua.
Sejak kejadian itu,cikgu Azmi berubah siap. Dia menjadi pediam yang amat sangat tapi sayang cuma pada aku. Ku perhatikan kemersaan teman (9) lain dengannya semakin erat. Cemburunya aku. Kecewanya aku,sampai saat ini tidak sepatah kata pun keluar dari mulutnya untuk menegur kesilapanku. Kali ini, rajuknya amat panjang. Dalam gelak tawa teman lain,hatiku meronta dan menangis mengenang keterlanjuan lalu. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata menyesal sepanjang hidup. Bersalahnya aku.
Kes kami sudah selesai. Cikgu Azmi telah berjaya memenangi kes saman papa. Aku lupa,bekas peguam yang satu itu,rupa-rupanya amat tajam taringnya. Kemera CCTV yang dipasang di dalam kelas kami oleh Cikgu Azmi yang bertujuan untuk memantau kelakuan kami,akhirnya menjerat kami sendiri. Terbongkarlah segala kekejaman kami selama ini. Penganayaan terhadap Cikgu Nirmala,memeras ugut Lela dan bermacam lagi kesilapan kami terpampam di mahkamah Ternyata Cikgu Azmi insan terbilang,cermerlang dan bijak.
Sempena hari guru kali ini,telahku tempah khas sebentuk hati kristal buat Cikgu Azmi. Namun aku tidak pasti,adakah dia sudi menerimanya. Masih terngia-ngia bait-bait ayat pertama yang meluncur dari ruang rongga Cikgu Azmi, "Maaf Izwan,saya tidak membenci awak,tapi saya gagal melupakan keperitan lalu sampai kini.Tak sangup rasanya menempuh sekali lagi. Cukuplah sekali maruah dan harga diri saya hancur",dan akhirnya lelaki itu berlalu. Aku (10) benar-benar dihambat rasa bersalah yang amat sangat . Ternyata dia terlalu jujur dan mempunyai harga diri yang hebat.
Harapanku,sudilah kiranya Cikgu Azmi menerima pemberianku. Pagi itu hatiku berbunga riang biar hasil yang ku harapkan belum pasti. Aku amat yakin hati lelaki itu akan lembut jua. Hati kristal ku gengam erat. Tidak semena- mena tubuhku terperosok di depan pintu pagar sekolah. Ku lihat Hati Kristal untuk Cikgu Azmi pecah berderai di jalan raya. Aku gagal mengawal air mata. Hajatku membalut luka kelmarin musnah berderai. Ku sapu air mata dengan lengan baju.
Aku terkaku bila terpandang bajuku berlumuran darah yang masih hangat.Ku usap ubun-ubun, tiada kesan luka. Darah hanyir menyimbah seluruh tubuhku. Bila ku pandang ke tengah jalan,aku segera berlari lalu bersimpuh di hadapan lelaki itu. Aku amat mengenali lelaki itu. Lelaki yang berjaya mencairkan keegoanku. Aku meraung sekuat hati memeluk tubuh Cikgu Saifull Azmi yang terkulai layu. Tak ku duga,begitu besar pegorbanannya buatku,mengadai nyawa demi melihat aku meneruskan kelangsungan hidup yang tak pasti. Aku menangis semahunya…………
(11) 16 Mei datang lagi. Ku perhatikan satu persatu bungkusan hadiah di atas meja. Air mataku mengalir lagi. Ku pandang kelas 2 Permata. Ada secebis kenangan yang menyentap-nyentap tangkai hatiku. Di situlah lahirnya sebutir permata di celah-celah sinarannya yang telah pudar. "Cikgu Azmi,kini aku menyambung tugasmu di Seri Damai. Terima kasih……….akhirnya aku menjadi insan impianmu. Budimu pasti terpahat kukuh di hati kerana setiap nafas yang ku hirup ada denyut nadi dan semangat juangmu. Kaulah lilin yang menerangi seluruh perjalananku,biarpun akhirnya kau terkorban demi aku",dan seperti hari-hari yang berlalu,sempena Hari Guru kali ini,ikhlas dariku………….Al-Fatiha dan Selamat Hari Guru untukmu…………….. Daripada: Abdul Kadir Khanan(kayaizzat)
wei nik.. nampak sangat la yg ko ni buta seni.. kalau ko pandai..ko buat la cerpen.. citer ni memang besh.. hanya org yg tak tau menghargai je yg bodoh..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cter benar ke niyh