Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku mengetap bibir menahan rasa geram di hati. Tak menarik ke aku ni pada pendangan matanya? Asyik-asyik perempuan yang perasan cantik itu juga yang didekatinya, yang dilayannya dengan sepenuh hati. Tuah Hazril Benjamin....sesiapa yang melihat wajahnya buat pertama kali pasti akan menoleh to take a second look! Wajah tampan disertakan dengan secebis senyuman menggoda itu bisa menggugat ketenangan mana-mana gadis. Ini belum lagi berbicara tentang bab akademiknya yang turut menonjol! Huh....beruntunglah bagi sesiapa yang menjadi pendampingnya. Dan aku....semestinya hanya mampu menggigit jari memandangkan aku ini hanya tersenarai di dalam waiting listnya sahaja. Itu pun kalau tersenarai!! Aku menarik rein milik Sapphire menuju ke stablenya. Sejak akhir-akhir ini aku lebih kerap mengunjungi Pusat Equin UTM berbanding dua bulan yang lalu. Semuanya gara-gara Tuah Hazril Benjamin. Pertama kali melihatnya mengendalikan kuda membuatkan aku memujanya di dalam diam. Ternyata dia seorang penunggang yang handal. Barangkali sahaja latar belakangnya membolehkan dia mempunyai peluang yang luas untuk mempelajari teknik-teknik yang betul menunggang kuda dan di pusat equin ini, Red sering menjadi kuda favouritenya. Tapi yang paling tak bestnya pula, sejak beberapa hari ini kelihatan Tuah Hazril Benjamin membawa seorang gadis yang cantik dan seksi menemaninya untuk menunggang kuda dan ini bermakna memang tipislah peluang untuk mengintai ruang di hati jejaka kacukan ini!!
****************** "Err...excuse me?" Eh, siapa pula yang datang ke stable awal-awal pagi ni? Setahu aku, di dalam buku rekod rider tak ada pun visitor yang hendak menunggang kuda jam 9 pagi ni. Kalau pukul 10 pagi nanti adalah. Alamak....tapi mamat kat depan aku ni pun boleh tahan jugak orangnya. Ganteng bangat! Agaknya semua orang yang hendak menunggang kuda di stable ini semuanya handsome-handsome belaka dan cantik-cantik kot? Kecuali aku inilah. Huhu.....agak familiar tapi entah mengapa aku tidak dapat hendak recall apa-apa pun pada awal pagi ini. "Min...!!" Kali ini aku dikejutkan dengan kejutan kedua pula. Apa pulak minah kecoh ni buat kat stable ni? Bukankah dia yang paling tak suka nak datang ke mari. Busuk dan kotor katanya. "Eh, kau buat apa kat sini? Mengigau ke apa?" Dengan nada suara yang terkawal aku menyoal Hana. Mana boleh tinggikan suara beb! Saham pun kena jaga juga! Kebetulan pula ada lelaki yang segak dan tampan di sebelah aku tu.... "Aku pun tak nak datang ke sini kalau tak kerana dia ni!" Hah? Aku hanya boleh menjerit di dalam hati. Apa kaitannya dengan lelaki ini? Siapa dia? Siapa? "Kau tahu kan dia ni siapa, Min?" Pertanyaan Hana membuatkan keningku berkerut. Siapakah gerangan lelaki ini? Dan sewaktu dia tersenyum. Aduh....cair aku!! Namun sebuah tekaan yang bermain-main di kepalaku serta merta membuatkan dadaku berdegup kencang. "Come on, Min...takkanlah kau tak kenal dengan orang jauh ni." Aku masih tidak berani hendak mengiyakan mahupun menjawab pertanyaan Hana biarpun telahan yang sudah aku buat ini bakal merupakan sebuah kenyataan. "Sayalah ni, Min....Zamer.....awak dah tak ingat ya?" Aku menghela mafas panjang, kalau ikutkan perangai biasa aku ingin sahaja aku melopongkan mulut namun hari ini, aku sedaya upaya hendak menyembunyikannya! Zameer? Syed Zameer....jejaka yang hanya aku kenali melalui friendster!! Kini dia menzahirkan dirinya betul-betul di hadapan aku! Ternyata...dirinya aku kira lebih tampan berbanding dengan dirinya di dalam friendster! "Maaflah, bukannya saya lupa...saya hanya ingat wajah Zameer dengan janggut dan misai kat dalam friendster. Dan sekarang ni....." "Ummi saya pesan, before kembali ke Malaysia saya kena buang janggut dan misai tu." Ujarnya dengan senyuman dan disertai dengan dengan tawa perlahan. "Tak cakap pun nak datang ke sini, kalau tidak tak adalah kita nak berjumpa kat stable ni." Ujarku dengan nada yang sedikit kesal, bukannya apa.....aku ni dahlah tak cun. Inikan pula ditemui di stable yang keadaannya tak berapa selesa. "Eh, okey apa? Lagipun saya tengok okey dan cool je Min sekarang. Lepas ni bolehlah ajar ajar tunggang kuda pula." Bagaikan bermimpi dia menyatakan yang aku ni cool? Biar betul....dan selepas itu, semuanya berjalan dengan lancar dan best...... ******************** Aku melewati bangunan B11, Fakulti Alam Bina. Aku mengatur langkah dengan perlahan dan berhati-hati. Bimbang kalau-kalau kaki tersasar masuk ke dalam longkang. Masih aku teringat, semasa aku menuntut di dalam tahun dua dan gara-gara sedang asyik bermesej aku tidak menyedari yang kakiku telah tersasar masuk ke dalam longkang. Mujurlah pada masa itu tidak ramai pelajar yang berada di ruang legar fakulti. Namun, teruk juga aku digelakkan oleh Hana. Even sampai ke hari ini pun, apabila aku mengenangkan kembali peristiwa tersebut dan menceritakannya kepada Hana, pasti dia akan ketawa dan seterusnya mengejek aku. "Min....!!" Panjang betul umur minah ni. Baru je teringat kat dia, tiba-tiba sahaja kedengaran suaranya melaungkan nama. Aku pantas menoleh. "Kau ada nak pegi ke mana-mana tak lepas ni?" Pertanyaan Hana membuatkan aku tersenyum, memang semenjak dia datang menemuiku di stable tempoh hari kami berdua kerap bermesej dan bertanya khabar. "Ke kau nak pergi jumpa Zameer ni?" Sikapku yang lambat menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Hana membuatkan aku kembali ke alam realiti. "Eh, mana kau tahu ni?" Giliran aku pula yang menyoal dan menunjukkan rasa tidak puas hatiku. "Alah, tak payahlah kau nak sorok-sorok. Korang berdua nak pergi ke mana pulak ni?" Aku hanya tersenyum, serasa malas pula hendak menjawab pertanyaan Hana. Minah ni memang boleh tahan juga kecohnya. "Adalah.....okey lah. Aku nak pergi dulu!" Ujarku sambil melangkah pergi meninggalkan Hana yan sudah mula mencemikkan bibirnya. ***************
II. "Tertipu betul aku, Hana!" Ujar Zameer sebaik sahaja memasuki Satria Neo nya. Hana pula hanya tersenyum, tahu sebenarnya dengan apa yang sedang bermain-main di fikiran sahabatnya itu. "Pasal Min?" Zameer mengangguk perlahan, agak indah perasaan yang dialaminya setiap kali dia bersama dengan Nadya Jasmin. Satu perasaan halus yang indah meresap ke seluruh urat sarafnya. Dia akui hatinya yang keras terhadap perempuan selama ini mencair dengan sikap Nadya Jasmin. Ternyata gadis itu jauh lebih comel berbanding dengan wajahnya di Friendster. Sikapnya yang manja dan kadangkala confident betul-betul memikat diri Zameer. Namun yang paling menonjol dan menambat hati Zameer, Nadya Jasmin sememangnya pakar di dalam menunggang kuda apatah lagi setelah dia melihat sendiri gelagat Nadya Jasmin semasa menjadi instructor. "Eh, kau berangan ek?" Pertanyaan Hana membuatkan Zameer tersentak. Hana tersengih seolah menyindir. "Aku tak sangka yang Min tu lebih comel berbanding di dalam gambar. Eh, dia dah ada yang special ke?" Hana tidak terus menjawab, sebaliknya dia melontarkan pertanyaan. "Kau suka dia ke?" Zameer terdiam, memang dia menyukai Nadya Jasmin. Entah mengapa, dia sendiripun tidak tahu. Bukannya tidak ada yang mengetuk pintu hatinya sepanjang dia berada di VMSU. Namun semuanya hanya dipandang sepi. Tetapi berlainan pula kali ini, kepulanganya ke tanah air membuka lembaran baru di dalam kamus hidupnya. Semakin kerap dia menghabiskan masa bersama Nadya Jasmin, semakin dia terasa berat hendak meninggalkan bumi Malaysia......... **************** "Ummi, Zameer nak bagitahu sesuatu kat ummi ni." Hajah Zaharah merenung tepat ke wajah anak bongsunya itu. Zameer melepaskan satu nafas yang berat, selama 23 tahun dia bernafas tidak pernah sekalipun dia mengingkari perintah ummi mahupun abahnya. Namun cadangan umminya yang hendak menjodohkannya dengan anak rakan abahnya membuatkan Zameer pening kepala dan serba salah. Mana mungkin dia menerima cadangan umminya lebih-lebih lagi sekarang ini hatinya sudah terpaut kepada seseorang. "Zameer sudah ada pilihan sendiri, ummi." Kelihatan Hajah Zaharah mengerutkan keningnya, dia sedar sememangnya sejak dari mula lagi anak terunanya itu tidak setuju dengan cadangannya. Namun dari satu sudut yang lain pula dia tidak pula mahu kehilangan pilihannya. Naluri keibuannya jelas menunjukkan bahawa gadis itu amat sesuai untuk melengkapkan kehidupan Syed Zameer. "Siapa dia pilihan Zameer?" Tanpa ragu-ragu Zameer memberitahu umminya mengenai Nadya Jasmin. Segala-galanya....dan Zameer menyedari raut wajah umminya tampak sungguh tenang. Hendak dikatakan membantah tidak pula, hendak dikatakan setuju pun tidak juga. "Zameer, ummi nak bagitahu sesuatu ni." "Apa dia, ummi?" Giliran Hajah Zaharah pula yang berbicara dan sesungguhnya realiti yang kedengaran di telinga Zameer betul-betul membuatkan dirinya terkejut bukan kepalang!! ******************* Aku berjalan menyusuri kawasan endurance, suasana petang yang kini sudahpun redup betul-betul mendamaikan perasaan. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu berfikir banyak dengan tesis yang kadangkala membuatkan tidur aku tidak menentu. Mujurlah penyeliaku banyak membantu dan aku kemudiannya tampil bersemangat semula hendak meneruskan dissertasi tersebut. Di satu sudut, kuda kegemaranku itu dibiarkan meragut rumput di padang sasar. Kuda kelabu tersebut telah aku tunggang sebentar tadi. Sememangnya aku merasa kosong sejak dua, tiga hari ini. Kelibat Zameer langsung tidak kelihatan dan aku tidak pula cuba hendak menghubunginya. Alasannya? Malas....tak ada gunanya hendak menaruh hadapan. Aku sedar yang aku tidak akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannya. Bakal doktor itu tampak agak sempurna di matanya. Gayanya, tutur bicaranya, latar belakangnya begitu menyerlah. Amat jauh jika hendak dibandingkan dnegan aku ni...... "Hai...tunggu saya tak?" Hampir tercabut jantungku apabila terdengar suaranya. Biarpun sekadar berbisik namun cukup membuatkan aku terkejut. "Awak buat saya terkejut, mujurlah tak pengsan!" Zameer hanya tersenyum memandangku. "Kalau pengsan pun saya boleh sedarkan awak semula, tau?" Aku tahu dia sekadar bergurau namun entah mengapa gurauannya kedengaran agak lain pada pendengaranku. Dapat aku rasanya yang mukaku merona merah lantaran seluruh darah menggebu ke wajahku. "Nak tunggang kuda ke?" Zameer menggeleng-gelengkan kepalanya, aku membetulkan saddle dan kemudiannya menanggalkan mask pada wajah Angle dan seterusnya menyarungkan rein pada kuda berbulu coklat tersebut. "Bawa Angle ke padang sasar. Kejap lagi ada orang nak tunggang." Tanpa banyak soal Zameer menuruti kehendakku, tapi tidak lama kemudian dia menyerahkan Angle kepada Jacob dan kemudiannyamenyertai aku yang sedang duduk di anjung stable. "Dah lewat ni, Min. Jom saya hantarkan Min balik." Aku hanya menurut kata-kata Zameer, mungkin esok merupakan hari terakhir aku meluangkan masa bersama dengannya, kerana menurutnya dia akan kembali ke Kuala Lumpur untuk urusan Visanya. "Next week saya dah nak balik dah, Min. Lusa pulak saya ada urusan di KL. Tapi sbelum saya balik saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi temankan saya sepanjang percutian saya di sini dan......." Kata-katanya tidak dihabiskan sebaliknya Zameer hanya merenungku dengan pandangan yang sememangnya sukar untuk aku tafsirkan maknanya. "Dan sudi ajar saya tunggang kuda...... thanks a lot, that’s such a wonderful exprerience." Akun hanya tersenyum mendengar kata-kata Zameer. Perlakuan Zameer yang masih memandang tepat ke arahku membuatkan aku tertunduk segan. Mana tidaknya, anak mata Zameer betul-betul jauh menombak ke dalam mata dan terus ke hatiku. "Kalau lah awak rasa apa yang rasa saya, Min......" Kedengaran getaran di hujung ucapannya dan tika itu aku merasakan ada pesta bunga api di dalam diriku!! *********** "Kahwin? Dengan siapa?" Dapat aku lihat betapa terkejutnya Hana apabila aku mengkhabarkan berita tersebut kepadanya. Mungkin seandainya tidak dikawal, mahu tersembur minuman yang sedang dihirupnya sebentar tadi. Dalam keadaan seperti ini aku sesungguhnya berada di dalam dilema. Tidak pernah aku menduga bahawa inilah yang akan berlaku kepadaku. Di kala Zameer telah meluahkan perasaannya kepadaku dan apabila terbukti bahawa aku tidak bertepuk sebelah tangan, tanpa diduga ada satu halangan yang bakal kami berdua hadapi. "Zameer tahu?" Pertanyaan Hana membawaku kembali semula ke alam realiti. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Perbualanku di antara abah dan mama semalam ternoktah dengan keenggananku. Aku sebenarnya tidak dapat memberikan kata putus. Kadang-kadang sebagai anak sulung aku merasakan yang aku selalu menjadi mangsa keadaan. Memandangkan adik beradikku yang lain masih muda, kiniseolah-olah masa depanku pula yang menjadi galang gantinya! Hanya kerana ingin memenuhi keinginan keluarga ku untuk meneruskan talian persahabatan dengan kenalan lamanya abah dan mama bersetuju menerima lamaran tersebut. "Aku tidak kenal siapapun gerangannya lelaki tu, Hana. Sekarang ni abah dan mama dah bersetuju degan lamaran pihak lelaki. Aku pula masih tidak dapat memberikan kata putus. Huh, macam mimpi! Aku tak sangka yang semua ini akan terjadi." Agaknya tidak ada bezanya juga sama ada aku memberikan kata putus atau tidak, kerana pokok pangkalnya keluarga aku pun telah bersetuju menerima lamaran tersebut. Sekarang aku merasa sedikit lega kerana telah meluahkan masalahku kepada Hana. Tanpa sedar air mataku mengalir, tanpa kesal dengan apa yang terjadi. Zameer...bisakah aku melepaskan cinta yang telah dia hulurkan? Argh....!! ************* "Restu keluarga sangat penting Min, turuti saja kehendak keluarga Min. Zameer tak boleh nak halang kalau inilah takdir kita berdua." Aku sedar yang aku akhirnya harus tunduk kepada kemahuan keluarga. Mujurlah cinta yang aku punyai buat lelaki yang bernama Syed Zameer ini belum lagi bercambah. "Maafkan Min, Min harap Zameer faham dengan keadaan Min sekarang." Wajah tenang yang ditunjukkan oleh Zameer betul-betul meruntun perasaan aku. Seolah-olah dia tidak mengendahkan kata-kata yang telah aku ucapkan sebentar tadi. Hatiku menjadi rawan serta merta. "Min, sekiranya betul telah tertulis jodoh kita, pasti akan bersama juga akhirnya...." Aku mengerti dengan kata-kata yang dilafazkan olehnya. Namun...apalah gunanya sekarang? Sudah tidak ada maknanya lagi....... ************** Sesungguhnya kau tidak tahu sama ada betul atau tidak tindakanku ini. Aku sedar yang keluarga mertuaku dari golongan berada. Buktinya? Aku tidak pernah sekalipun mengambil tahu akan hal-hal perkahwinanku. Dari persiapan sehinggalah ke majlis akad nikah yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi. Begitu juga dengan tempahan pakaian pengantin yang sudah sedia melekat di tubuhku ini. Ukurannya hanya aku nyatakan secara lisan kepada mama dan selebihnya diuruskan oleh pihak pengantin lelaki. Tidak terdetik pun di hatiku untuk membeli belah bersama-sama dengan mama. Lagipun menurut mama, semuanya sudah tersedia oleh pihak lelaki. Kiranya aku ini hanya cuci tangan saja. Nampak bertuah!! Namun jauh di sudut hati aku merasakan satu kekosongan yang nyata. "Kau cantik, Min!" Ujar Hana sambil membetul-betulkan selendang organza ungu yang aku pakai.. pujiannya bagaimanapun tidak aku ambil endah, aku merasakan yang ini merupakan pengorbananku yang paling besar. Entah bagaimana secara tiba-tiba pandanganku tertancap pada kad undangan perkahwinan aku yang tidak pernah aku ambil pusing isi kandungannya. Sekilas pandang kad tersebut amat cantik dan nampak elegan. Dan sebenarnya sampai sekarang aku tidak tahu siapakan nama sebenar bakal suamiku! Yang aku tahu mama memanggilnya dengan nama Zam sahaja. "Hana, boleh tak ambikan kad kahwin aku tu?" Tidak pun sampai seminit kad berwarna baby blue itu sudah berada di dalam tanganku. Memang cantik, ukiran yang bermotifkan emas menyerlahkan lagi kecantikannya, apatah lagi gambarku semasa zaman kanak-kanak sedang tersenyum manja dan begitu juga dengan gambar pengantin lelaki. Boleh tahan juga kecomelannya semasa zaman kanak-kanak. Gimik yang aku kira menyerlahkan lagi kecomelan kad tersebut Apatah lagi dengan namaku yang dicetakkan menimbul di sebelah penjuru bawah kanan kad. Namun apabila terpandang nama pengantin lelaki, dadaku tidak semena-mena berdegup dengan kencang......Ya Allah, apakah benar semua ini? "Hana....." Belum sempat aku menyoal Hana, kelihatan wajah mama masuk ke kamar pengantin dan aku diarahkan keluar ke ruang tamu. Aku teramat yakin yang telahanku tidak salah, degupan jantungku bertambah laju dan dengan cepat aku mencari-cari wajahnya. Benarkah semua ini? Zameer yang nampak tampan berbaju melayu ungu tersenyum manis dan tidak lama kemudian dia sudah berada duduk bersila di hadapanku. "Assalammualaikum....boleh hulurkan tangan?" Aku menurut sahaja dan di bawah sedar, satu kucupan hangat singgah di dahiku. ************** Selepas tiga bulan, Switzerland. "Sungguh Min tak tahu bahawa diri abanglah yang dimaksudkan oleh keluarga sebagai bakal suami Min." Zameer memelukku dengan lebih erat, pergunungan Alps menjadi saksi kasih sayang kami berdua. Bulan madu kami berdua sedikit tertangguh. Sehinggalah aku menamatkan pengajian dan kebetulan pula Zameer sedang bercuti sekarang. "Tapi abang dah lama tahu, ummi yang menceritakan semuanya kepada abang. Sebab itulah abang relaks je bila sayang beritahu yang sayang nak kahwin tu." "Abang sengaja seksa perasaan Min." "Min, apa yang Min rasa itu jugalah yang abang rasa......bukankah dulu abang dah cakap kalau ada jodoh kita tak kira apa yang terjadi kita tetap akan bersatu juga....." Aku kembali mengingati saat itu, tidakku duga rupakan kerawanan hatiku yang terpaksa melepaskan dia pergi dan melenyapkan namanya dari ingatanku merupakan pertemuan jodoh kami berdua yang kekal abadi.......Maha suci Allah........
mmm..bnyk ekk org wat cite gini..kwin ats pilihan keluarga..kebetulan gak mmg org yg kite nk..kalo la realiti slalu mcm ni mmgla best..tp realiti x seindah fantasi...pe pun gud luck..chaiyyok!!
ending citer ni dh dpt agk dh. jln citer pon biase jer. kawen plhn family la n then bkl suami tu org yg mmg dye ske.cme ape kne mengene dgn si tuan hazril tu?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah...sweetnyer citer ni..klu dh jodoh mmg takkan ke mana...