Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Karim telah bersiap untuk ke kelas. Masuk bulan ini, telah tiga bulan Karim belajar di kolej dalam jurusan penulisan kreatif. Tanpa tergesa-gesa, dia mengambil & memakai kasutnya. Setelah keluar dari asrama, dia berjalan selamba menuju ke kelas. Dia menyapa beberapa orang rakan yang melintas di hadapannya. Ada antara mereka membalas sapaannya itu. Dia masuk ke dalam kelas dengan tenang saja. Tanpa menyapa sesiapa, dia berjalan ke tempat duduknya. Dia duduk dan menunggu pensyarah untuk masuk. Di sebelahnya adalah rakan baiknya. Zaidi namanya. Sambil menunggu pensyarah datang, mereka mula berbual. "Zaid, macam mana kau ke shopping complex semalam, ada dapat awek tak?". "Mana ada. Awek-awek kat situ semua jual mahallah,". "Tulah kau. Pergi cari awek tak ajak aku. Kalau kau pandai mengurat, tak apa. Entah-entah kalau kau ajak aku sekali, dah boleh dapat seorang dua. Maklumlah, aku kan pandai dalam mengurat ni. Kalau aku ikut sekali semalam boleh aku ajar kau,". "Engkau tu cakap tak serupa bikin. Dengan aku kau cakap kau pandai mengurat tapi bila depan perempuan, cair!". Tidak beberapa lama kemudian, pensyarah yang bernama Encik Hadi masuk. Sepanjang waktu kelas hari itu, Karim hanya termenung. Dia teringatkan seseorang yang diminatinya. Liyana namanya. Kulitnya putih dan rambutnya panjang bersinar ditambah pula dengan sifatnya yang lemah lembut. Masakan lelaki tipikal seperti Karim tidak terpikat padanya. Kerana terlalu asyik memikirkan tentang gadis idamannya itu, Karim mendapat idea untuk menulis sebuah novel. Tamat kelas, Karim berjalan berseorangan. Dia secara tiba-tiba terserempak dengan gadis idamannya, Liyana. Setelah menarik nafas panjang, Karim cuba memberanikan diri menyapanya. "Err…Hai, Liyana,". Liyana memandang ke arah Karim. "Hai," dia membalas ringkas. Karim hanya tersenyum tanda gembira dengan respons yang diterimanya. Tanpa membuang masa, Karim cuba bertanya tentang sesuatu. "Saya nak tanya, hari jadi Liyana bila?". "Kenapa awak nak tahu?". "Saja nak tahu. Mana tahu boleh beri hadiah ke kalau mampu,". "Hari jadi saya lambat lagi. 19hb Oktober. Empat bulan lagi. "Okay, thanks. Bye!". "Bye,". Karim merancang sesuatu untuk memenangi hati Liyana. Dia merancang untuk menulis sebuah novel berdasarkan gadis idamannya itu. Apabila dia masuk ke biliknya, tanpa berlengah-lengah dia membuka komputer ribanya dan terus menulis cerita yang tersimpan di kepalanya. Ceritanya tentang seorang lelaki yang menaruh perasaan pada seorang gadis bernama Liyana. Setelah menaip dalam lebih kurang tujuh hingga lapan muka surat, Karim berhenti dan mematikan komputer ribanya. Setelah menggosok gigi, dia terus menuju ke katilnya dan melelapkan mata. Keesokan harinya, Karim termenung lagi di dalam kelas. Dia sedang memikirkan tentang tajuk karyanya dan juga nama pena yang ingin digunakan. Apa yang cikgu terangkan di depan langsung tidak menarik tumpuannya walau pun sedikit. Dia begitu asyik memikirkan tentang novelnya yang tidak sampai suku isinya. Seperti biasa selepas kelas, Karim akan bergegas keluar dari kelas itu. Niatnya hanya satu, mahu berjumpa dan bertegur sapa dengan Liyana. Itu saja jalan untuk dia mendekati Liyana buat masa ini. Beberapa langkah berjalan, kelibat Liyana mula kelihatan. Karim hanya tersenyum sambil menarik nafas. "Hai, Liyana,". "Hai, Karim,". "Sekarang ni, Liyana senang tak?". "Sorrylah Karim, Liyana tak senanglah sekarang ni,". "Tak apalah. Ingat nak ajak Liyana keluar makan,". "Esok Liyana senang,". "Esok pun esoklah,". "Karim belanja, ya. Hehehe,". "No problem! Hehehe,". Keesokan harinya selepas kelas, Karim bergegas mencari Liyana. Liyana yang terlebih dahulu terlihat Karim mendekatinya. Karim hanya tersenyum seperti selalu sambil melihat Liyana menghampirinya. "Jom!" Karim bersuara. Mereka berjalan ke tempat letak kenderaan. Mereka berdua menaiki motor Karim untuk ke tempat makan yang menjadi pilihan mereka. Sampai sahaja di kedai makan, mereka mencari tempat duduk. Setelah mereka duduk di tempat mereka, seorang pelayan mengambil pesanan. Sebaik sahaja pelayan itu beredar, mereka mula berbual. Karim yang terlebih dahulu mengajukan soalan. Maklumlah sebagai lelaki, dialah yang harus memulakan langkah. Perempuan hanya perlu menunggu sahaja. "Apa yang Liyana suka buat pada waktu lapang?". "Liyana suka membaca, terutamanya novel cinta remaja. Selain itu, Liyana suka mendengar muzik dan menonton drama tempatan di kaca televisyen,". "Oh, ya ke? Saya pun suka membaca tapi tidak terhad kepada novel saja. Komik pun saya baca,". "Itu saja ke hobi dan minat awak?". "Itu sajalah minat saya dari kecil sampai sekarang. Mungkin sebab itu saya ambil kursus dalam penulisan kreatif. Saja ingin menjadi seorang penulis. Itu saja bidang yang saya minat dan mahir,". Beberapa lama kemudian selesai saja makan dan berbual, mereka pulang semula ke kolej. Malam itu, Karim menyambung kerjanya menulis novel yang masih belum bertajuk. Pada malam itu, dia berjaya menyiapkan lapan lagi muka surat. Hari demi hari berlalu, novel yang ditulis Karim semakin hari semakin rancak jalan ceritanya. Tiga minggu kemudian, dia berjaya menyiapkan novelnya itu setelah agak lama bertungkus-lumus. Namun terdapat masalah yang masih belum diselesaikan olehnya. Dia masih belum mempunyai nama pena dan novel cinta remajanya itu masih belum mempunyai tajuk. Beberapa lama berfikir, dia mendapat idea untuk nama penanya. Dia akan menggunakan Karisma sebagai nama penanya kerana nama itu agak dekat dengan nama sebenarnya. Dia juga berjaya mendapat idea untuk tajuk novelnya. "Beri judul novel ni "Liyana"lah,". Pada hari yang sama, dia menghantar manuskrip novelnya kepada syarikat penerbitan yang agak besar. Dia amat gembira kerana mendapat respons dan persetujuan daripada pihak penerbit untuk menerbitkan novelnya itu. Menurut penerbit lagi, novelnya akan mengambil masa hampir tiga bulan untuk diterbitkan. Dia diberi bayaran yang agak lumayan untuk novelnya itu. Karim pulang ke asramanya dengan perasaan gembira. Bukan saja novelnya akan diterbitkan dan mendapat bayaran yang lumayan, malah novel itu mengisi tentang perasaannya terhadap gadis idamannya. Rancangannya adalah sebaik sahaja novel itu dipasarkan, dia akan membeli novel tersebut untuk dihadiahkan kepada Liyana sempena hari jadinya yang akan datang seterusnya meluahkan perasaannya yang telah lama terpendam pada Liyana. Tiga bulan kemudian, hari yang ditunggu-tunggu oleh Karim telah pun tiba. Hari ini ialah hari jadi Liyana. Novel Karim yang menggunakan nama pena Karisma telah seminggu dipasarkan dan mendapat sambutan hangat. Namun tiada seorang pun yang tahu siapa tuan punya nama pena Karisma termasuk Liyana. Karim telah pun membeli bukunya sendiri yang berharga belasan ringgit untuk dihadiahkan kepada Liyana. Beberapa kilometer perjalanan, Karim sampai semula ke bangunan kolejnya. Dia cuba mencari kelibat Liyana. Dia terlihat Liyana dari jauh. Dia mula membuka langkah menuju ke arah Liyana. Beberapa ratus meter jaraknya dengan Liyana, tiba-tiba terdapat lelaki lain yang terlebih dahulu mendapatkan Liyana dan menghadiahinya dengan novel yang bertajuk "Liyana" hasil karya Karim atau nama penanya, Karisma. Karim agak terkejut melihat lelaki tersebut. Lelaki tersebut adalah kawan baiknya dan rakan sekelasnya, Zaidi. Karim menarik nafas dan cuba mendekati mereka berdua. "Hai, Karim. Kau dari mana ni?" sapa Zaidi sebaik sahaja Karim menghampiri mereka berdua. "Aku baru balik dari kedai buku, beli novel ni," Karim menunjukkan novel hasil tulisannya sendiri. "Oh, ceritanya agak menarik," Zaidi membalas. "Kau ada apa hal dengan Liyana ni?" Karim bertanyakan soalan yang telah dipendam sebelum dia menghampiri mereka. "Malulah nak cakap," Zaidi membalas sambil tersenyum tersipu-sipu malu. "Cakaplah ada apa," Karim hampir mendesak Zaidi. "Liyana sekarang dah jadi kekasih aku," Zaidi menjawab perlahan. Karim terkejut mendengar jawapan Zaidi. Hatinya diselubungi dengan perasaan marah dan kecewa. Maklumlah, selama empat bulan dia bertungkus lumus untuk mendekatkan dirinya dengan Liyana, tetapi akhirnya dia gagal hanya kerana dia terlewat beberapa langkah berbanding kawan baiknya sendiri. Namun, dia cuba mengawal perasaannya dan bersuara. "Tahniah," Karim terus berlalu pergi selepas memberikan ucapan yang sangat ringkas. Masuk ke dalam biliknya, Karim menguncikan pintu. Matanya mula berkaca mengenangkan gadis idamannya kini menjadi hak milik orang lain. Hati yang cuba dimenanginya dicuri orang lain. Karim terduduk sambil bersandar pada belakang pintu. Dia mula menitiskan air matanya. Entah apa dosanya sehingga dihukum begini. Itulah yang difikirkannya walau pun pada hakikatnya ini adalah dugaan daripada Allah. Dalam tempoh enam minggu berikutnya, hubungan Zaidi dan Liyana baik saja dan berjalan lancar sementara Karim pula hanya menjadi orang tengah. Jika ada perselisihan faham antara Zaidi dan Liyana tidak kira kecil atau besar, pasti Karim menjadi orang yang bertanggungjawab menyelesaikannya. Dia tidak akan mengambil kesempatan atas perselisihan antara kawan baiknya dan gadis idamannya. Itu merupakan salah satu prinsip dalam hidupnya. Suatu hari, hidup Karim dan Liyana berubah. Zaidi mengalami kemalangan yang serius. Karim amat bimbang dengan situasi tersebut. Liyana pula menangis tidak henti. Sudah satu jam tiga puluh minat Zaidi berada di dalam wad kecemasan. Doktor yang cuba menyelamatkan Zaidi keluar dari wad kecemasan. "Macam mana, doktor?" Karim bertanya pada doktor dengan perasaan cemas. Doktor hanya menggelengkan kepala. Itu membuatkan Liyana menangis dengan lebih kuat lagi. Air mata membanjiri wajahnya. Karim pula menjadi lemah kakinya dan terduduk. Mukanya pucat kerana tidak percaya bahawa kawan baiknya sudah tidak ada lagi dan tidak akan kembali buat selama-lamanya. Beberapa hari kemudiannya, Karim cuba menjalani hidupnya seperti biasa setelah mengalami kemurungan akibat kehilangan satu-satunya kawan baiknya. Begitu juga dengan Liyana. Hubungan mereka berdua masih rapat seperti sebelumnya, cuma agak jarang senyuman terukir pada wajah mereka berdua. "Awak macam mana. Okay?" tanya Karim. "Saya baik saja. Saya baca novel yang dia hadiahkan, saya rasa lebih lega. Saya rasa saya telah jatuh cinta pada penulis novel ni. Mungkin bunyinya agak gila, tapi itulah yang saya rasa sekarang. Saya teringin untuk berjumpa dengan penulis novel ni,". Mendengar apa yang disuarakan oleh Liyana, Karim berasa terpanggil untuk meluahkan perasaannya. "Liyana, saya ada sesuatu nak cakap pada awak,". "Apa?" "Sebenarnya saya dah lama menaruh perasaan pada Liyana. Sebelum awak bersama Zaidi lagi. Sudi tak Liyana beri saya peluang untuk menjadi insan di hati Liyana?". Liyana hanya tersenyum dan mengangguk perlahan. "Terima kasih banyak-banyak, Liyana. Saya berjanji awak takkan menyesal memberi saya peluang seperti ini. Malah, saya boleh berjanji yang Liyana akan lebih gembira kerana memberi saya peluang seperti ini,". "Okay,". "Malam ni ada sidang media dimana Karisma akan mendedahkan rupanya. Untuk temu janji kita yang pertama sebagai teman istimewa, jom kita pergi tengok nak? Nanti awak boleh lihat rupa penulis yang menulis novel tentang gadis yang bernama Liyana ni,". Okay, nanti saya tunggu awak di sana,". Malam itu, Liyana menunggu Karim namun kelibat Karim tidak kelihatan. Tidak beberapa lama selepas itu, pengumuman dibuat dimana Karisma akan tampil di atas pentas dan memberikan ucapan tentang novelnya yang bertajuk Liyana. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat penulis itu mula kelihatan. Liyana terkejut apabila melihat Karim tampil di atas pentas. Karim yang berada di atas pentas memandang dan tersenyum pada Liyana yang berada di dalam kalangan penonton. Kemudian, Liyana tersenyum. Kini tahulah dia tentang maksud Karim yang berjanji bahawa dia akan lebih gembira kerana memberi peluang pada Karim.
who are you? asal mana? umur brpe? skol mana? nama2 dlm novel nie mcm ada satu kebetulan pulak.. i'm liyana and Hadi is my ex a.k.a best friend, karim abg sepupu and zaidi kawan lamer -liyana
klu bleh ayat kena gramatis sket, n gune perkataan yg agak bombastik... ayat citer nih skema, terus direct to the point... can be improve, jalan citer dah menarik... jalan citer biar gune ayat yg buat org len tertanya-tanya
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bosanla...
but nice try..
keep it up..