Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Apa ertinya wanita… jika kehormatan lenyap entah ke mana?" terdengar begitu semangat sekali luahan hati yang tercetus segera dari lubuk hati Cik Natisa. Matanya menyala-nyala dibakar nafsu yang akan memanggang semangatnya lebih berkobar-kobar.
"Tapi nak menyalahkan mereka pun tak boleh, Cik Natisa sebab kerana mereka kaum kita ni muncul di muka bumi. Cik dah lupa ke sejarah tu?" penafian bernas yang dilontar tepat oleh Fira, yang dari tadi menahan kuping telinganya dari dimamah bahang kobaran semangat tiada motif Cik Natisa.
"Betul tu, saya sokong Fira," kedengaran sahutan setuju dari Marni yang dari tadi memperhatikan kedua-dua sahabatnya itu berdebat.
"Eh, kau ni sokong aku ke tak, Marni?" soal Cik Natisa, tidak berpuas hati terhadap Marni, insan berjiwa lalang, tatkala dihembus bayu optimis, dia menurut, namun apabila berhembus tiupan hawa pesimis, dia turut menurut. Marni sekadar mengangkat bahu kerdilnya sambil mengunyah lagi kerepek kentang yang sempat dibelinya tadi. Marni batu api? Teka hati Cik Natisa.
"Setiap makhluk ciptaan Dia mesti ada baik dan buruknya, cik Natisa," tambah Fira sambil sempat mengambil kerepek daripada Marni lalu mengunyahnya bersama-sama.
"Itu betul. Tapi, yang tak betul kita mesti betulkan," balas Cik Natisa, ingin menyuamkan keadaan yang hangat dengan bahangnya yang tiada motif. Kuping Cik Natisa panas seketika.
"Bagaimana caranya?" soal Marni dan Fira, serentak dan ingin tahu.
"Begini. Dari apa yang saya kaji selama ini, saya mendapat satu teori yang bagus untuk situasi tu," terang Cik Natisa, bangga.
"Teori? Takkanlah luar kelas macam ni pun kena belajar pasal teori-meori ni," rungut Marni yang sememangnya tidak menyukai subjek psikologi Cik Natisa. Marni mula mengerutkan mukanya. Air mukanya mulai masam bak cuka. Fira yang perasaan dengan perubahan pada air muka Marni lalu mula menenangkan kawannya yang seorang itu.
"Cik Natisa cipta satu teori baru ke?" soal Fira ingin tahu. Mendengar pertanyaan dari Fira yang nampaknya berminat, Marni menepuk dahinya, kesal. Mula mengutuk Fira dalam hati kecilnya. Menyesal pula kenal dengan dia ni. Marni murung kembali.
"Ya, dan teori ni namanya agak pelik sikit jadi jangan cakap apa-apa dulu sebelum saya terangkan," balas Cik Natisa sambil membetulkan kedudukan cermin matanya yang sudah beralih ke bawah kelopak matanya.
"Apa nama teori tu?" Fira semakin berminat. Marni semakin meluat.
"Saya beri nama teori tu, dengan nama PANTATISME," jawab Cik Natisa dengan sepenuh keyakinan di dalam dirinya. Berasa agal lega dapat memberitahu walaupun tidak ramai tetapi kepada dua orang muridnya tentang teori baru ciptaannya. Keadaan sunyi seketika. Fira dan Marni tergamam mendengar nama teori terbaru ciptaan Cik Natisa. Pantatisme? Kenapa mesti dengan nama itu? Apa kaitannya dengan teori Cik Natisa? Segala macam persoalan mula berlari riang di dalam benak fikiran Fira.
"Saya mesti dapat teka yang kamu mesti tanya dalam hati kenapa saya gunakan nama itu untuk teori saya, bukan?" soal Cik Natisa, yang mahukan respon daripada kedua-dua pelajarnya.
"Kenapa mesti guna perkaaan pantat?" hairan Fira sambil memandang Marni yang masih lagi mengunyah kerepek kentangnya. "Betul juga tu. Kenapa cik Natisa pilih perkaaan tu? Bila sebut rasa lain macam pula," respon Marni yang akhirnya tertarik apabila mendengar nama teori baru ciptaan Cik Natisa.
"Teori ni saya namakan pantatisme kerana ada beberapa sebab, saya akan terangkan. Seperti yang kita semua tahu kalau sebut perkataan pantat mesti satu perkataan yang tidak sedap didengar bukan. Tapi sebenarnya ia bukanlah seperti itu. pantat sering juga dirujuk sebagai bahagian sulit milik kaum kita dan bahagian paling bawah," terang Cik Natisa panjang lebar tetapi Fira sempat mencelah sebentar.
"Bahagian paling bawah? Tak fahamlah," kata Fira sambil menggaru kulit kepalanya yang tidak pernah dipenuhi sebarang kelemumur.
"Bahagian paling bawah ya," Cik Natisa menyambung kembali penenarangannya. "Antara contohnya bahagian paling bawah ni ialah seperti orang dulu sebut bawah pasu, pantat pasu, iaitu tapak atau dasar pada sebuah pasu. Kiranya bila sebut perkaaan pantat semuanya bahagian yang belakang, yang sulit, yang bawah."
"Apa kaitannya dengan teori cik Natsia?" Fira mula ingin tahu lebih dalam tentang teori baru ciptaan Cik Natisa yang nampak agak menarik juga. Respon yang bagus.
"Ok, macam ni. Kalau awak nak tahu, pantat juga melambangkan maruah seseorang. Malah, ia juga melambangkan kewanitaan tapi ia berbeza dengan feminisme. Ini kerana pantatisme tiada menyentuh aspek mahukan kesamaan taraf dengan kaum Adam sebaliknya menyentuh banyak aspek tentang kaum kita saja. Kalau dah sebut tentang perkara yang paling belakang, yang sulit dan yang paling bawah semestinya tentang maruah kita betul tak," Cik Natsia membalas dengan penerangan yang bernas padanya namun tidak tahu lagi pada fikiran Fira yang belum mencerna segala input yang didengarnya dari Cik Natisa tadi.
"Betul juga. Tapi takkanlah pantatisme lebih kepada maruah kaum kita saja, cik Natisa, mungkin ia lebih kepada pendirian seorang bergelar perempuan," tambah Fira yang mana otaknya sentiasa berjalan, lancar menerima segala input walaupun sering menikmati makanan ringan yang mampu melumpuhkan pergerakan minda.
"Ah, itu pun ada juga dalam teori saya ni. Jadi saya fikir lebih baik teori ini digunapakai mulai hari ini. Apa kata kamu berdua?" cadang Cik Natisa kepada mereka berdua yang kelihatan tercengang. Teori yang dihasilkannya ingin digunapakai segera. Teori yang dicipta atas dasar apa pun tidak diketahui. Namun apa yang pasti parlimen hati Cik Natisa kini telah membuat satu dasar perlembagaan baru bagi sistem pemerintahan dalam dirinya.
Mulai hari ini dengan secara rasminya teori pantatisme diterima pakai menjadi perlembagaan. Kelihatan satu kepuasan pada air muka Cik Natisa. Mungkin teori yang baru dicipta ini dibuat atas dasar kepentingan dirinya sendiri, atau mungkin juga atas dasar kepentingan kaum sejenisnya, mereka yang bergelar perempuan. Mungkin hari itu menjadi hari baru buat diri Cik Natisa kerana penggubalan satu perlembagaan baru telah pun diguna pakai pada hari itu, menggantikan perlembagaan ortodoks dalam sistem pemerintahan dirinya. Apakah perlembagaan ortodoks itu? Iaitu percaya bahawa cinta akan bakal mengatasi segala-galanya. Cinta? Mungkin dia ingin melupakan Jasman atau Encik Jasman panggilan pelajar-pelajar kepada jejaka impiannya itu.
Namun apakan daya, pada suatu ketika Cik Natisa mendapat satu khabar angin yang tersebar dari mulut ke mulut bahawa Encik Jasman telah pun bertunang dan dalam sedikit masa lagi akan mendirikan sebuah mihrab cinta mereka berdua, Encik Jasman dan tunangnya. Kecewa ketika itu. Hancur luluh segala impian yang menggunung. Hari itu hari payung hitam buat Cik Natisa. Berkabung seketika apabila impiannya yang hidup ceria dirempuh kekecewaan yang sama ada sengaja atau tidak. Mungkin kesan daripada kejadian malang tanpa bau, Cik Natisa mula belajar mengenal diri. Lalu hasil daripada itu, lahirnya sebuah teori dari rahim benak fikirannya tetapi tidak cukup bula kerana ia lahir sebelum cukup sembilan bulan sepuluh hari. Mungkin ia sentiasa diasak keluar oleh tekanan yang sentiasa menghimpit jiwa dan benak fikiran Cik Natisa.
Pada Cik Natisa, sebelum dia mengisytiharkan rang undang-undang barunya itu dia mesti medengar respon orang di sekelilingnya, seperti ingin melintas jalan yang sesak, perlu menunggu lampu hijaunya sebelum melintas. Fira membatukan dirinya seketika, manakala Marni hanya menunggu apa saja jawapan yang bakal dikeluarkan dari mulut Fira. Itulah resmi hidup insan berjiwa lalang, tiada pendirian yang teguh dan tetap. Sentiasa menanti bayu berhembus untuk menentukan arah dalam membuat sesuatu keputusan. Putih kata Fira, putihlah pada Marni. Hitam kata Fira, hitam jugalah pada Marni. Benak fikiran Fira sedang ligat bergerak, mencerna setiap input yang didengar dari Cik Natisa, memilih input yang masuk dengan fikiran logik akal.
"Bagaimana?" soal Cik Natisa, tidak sabar-sabar mahu mendengar respon dari Fira dan Marni. Harapnya ia satu respon yang membina dan positif.
"Sebelum tu cik Natisa, saya musykil sesuatu. Boleh saya tumpang tanya?" akhirnya setelah beberapa minit membatu, Fira bersuara juga tetapi mengandungi kata-kata yang penuh kemusykilan. Mungkin benak fikirannya tidak mampu menghadam input dari Cik Natisa dengan sempurna.
"Boleh saja, silakan," tanpa melengahkan masa, Cik Natisa mahu Fira meneruskan persoalannya. Mungkin dia mampu menjawab soalan Fira. Marni masih tekun, mendengar dengan teliti perbualan Cik Natisa dan Fira. Fira meneruskan pertanyaannya.
"Teori ni lebih tumpu kepada hak waniat untuk mencapai kejayaan tanpa kehadiran lelaki di sisi mereka, bukan," Fira mula memberi pembayang kepada soalannya nanti. "Ya," balas Cik Natisa ringkas. Fira menyambung lagi pertanyaannya.
"Bukankah setiap wanita perlukan lelaki jika untuk terus berjaya malah teori tu agak mengongkong peribadi wanita terutamanya dari hak untuk mencari pasangan, jadi macam mana pula kesan penggunaan teori ni pada cik Natisa?" Fira mula mengembangkan senyuman di bibirnya.
"Macam mana dengan Encik Jasman?" tiba-tiba kedengaran suara Marni, seolah-olah mengukuhkan lagi pernyataan Fira. Cik Natisa tersentak seketika apabila mendengar nama yang disebut oleh Marni. Jasman. Nama itu amat alah pada gegendang telinganya. Setelah apa yang berlaku padanya dan Jasman.
"Saya rasa ia tak begitu mengongkong kaum kita. Kita tetap boleh berjaya tapi tanpa lelaki juga kita tetap dapat meneruskan cita-cita kita kan?" balas Cik Natisa dan tidak menghiraukan Marni.
"Macam mana pula dengan rumah tangga?" sengaja soalan sensitif ini dikeluarkan oleh Fira bukan bertujuan untuk memerangkap Cik Natisa tetapi bagi membuat Cik Natisa berfikir semula apa tujuannya mencipta teori yang dilahirkan tanpa sebarang motif, tiada sebarang manfaat.
"Aaa… Hmmm…" Cik Natisa tersangkut dengan soalan cepu emas dari Fira. Segala-galanya tersangkut dan terbantut sekarang. Semangatnya yang menyala-nyala dari tadi kini beransur reda secara perlahan-lahan, dari suhu maksimum ke suhu minimum. Benak fikiran Cik Natisa mula menghadam segala kata-kata Fira tadi. Ada juga betulnya soalan itu dikemukakan.
"Encik Jasman…" Marni menyebut nama yang sama lagi. Input yang baru lalu menyusup masuk ke gegendang telinga Cik Natisa dan menghantar input ke dalam otak. Kalau pun Encik Jasman itu tiada jodoh dengannya mungkin dia akan dapat jodoh yang lebih baik daripadanya. Lebih baik dari Encik Jasman. Hati Cik Natisa mula berkecamuk serentak dengan fikirannya. Betapa bodohnya kerana kecewa seorang lelaki sanggup menghasilkan satu teori yang bakal menghuru-harakan keadaan sedia ada tanpa sebarang motif. Imbauan silam terpapar sejenak di layar fikiran Cik Natisa. Semasa dia cuba menegur Encik Jasman di kafe, dia tidak yakin lalu beransur pergi. Apabila sahabat-sahabatnya telah mengaturkan satu temujanji dengan Encik Jasman dia memberi alasan yang wajib, perlu pulang segera bimbang lipan elektronik akan lewat sampai dan dia akan tiba lambat di kawasan rumahnya di daerah sate, ketupat dan kuah kacang.
Apabila diberi nasihat agar berani berdepan dengan Encik Jasman, seribu satu alasan bakal dianyam siap-siap di dalam benak fikiran, cuma mahu dipamer keluar dari mulutnya. Kata-katanya yang mesti dituruti tetapi usul dan nasihat mereka yang lain diendah sebelah mata. Tetapi bab menyakat mereka yang cuba-cuba keluar bersama bakal pasangan, dia gurunya dan entah siapa anak muridnya, mungkin dirinya sendiri juga. Pernah sekali dia menyakat habis-habisan rakannya Malek. Baru mendengar cerita bahawa Malek menyukai seseorang di dalam ruang pejabat kampus, dia yang paling riuh bak ayam muda baru pertama kali bertelur. Kadang-kadang gurauan tidak bermotifnya itu melampaui garis horizon perasaan Malek. Malek mendapat tahu bahawa gadis yang diminatinya itu sudah tahu yang Malek merupakan peminat rahsia dirinya. Tertekan juga Malek setiap hari disakatnya hingga pernah memberitahu kawan-kawannya yang dia semakin segan dengan dirinya sendiri tetapi setelah diberi kata-kata semangat dari rakan-rakan, gurauan tidak berasasnya sudah lali di telinga Malek. Benar juga pertanyaan Fira. Memang kaum sepertinya mampu berjaya mencapai cita-cita walaupun tanpa kaum Adam di sisi mereka namun dalam hal berumah tangga mereka tidak dapat mengelak lagi. Bagaimana ya sekarang ini? Situasi Cik Natisa kini diluah mati mak, ditelan mati bapa.
"Encik Jasman…" kedengaran lagi suara Marni. Menyebut nama yang sama. Apa kena dengannya? Cik Natisa lalu menoleh ke belakangnya dan melihat kelibat Encik Jasman sedang melintas melalui bilik kuliah di mana dia bersama Fira dan Marni berbincang. Encik Jasman terus berlalu pergi.
"Saya ada hal. Apa-apa nanti jumpa di kelas esok, ok," kata Cik Natisa lalu bangun dari tempat duduk di dalam bilik kuliah itu lalu berjalan keluar. Pasti mahu mengekori Encik Jasman lagi. Fira dan Marni hanya berpandangan antara satu sama lain sambil mengankat bahu masing-masing. Mereka juga mula beredar dari bilik kuliah itu. beberapa cebisan kerepek kentang jatuh bertaburan di lantai dari seluar Marni.
Dengan segala hormatnya, teori pantatisme dibubar buat selama-lamanya!
cam formal dan berilmiah gler care kawan2 tu sembang... tataw la penerangan sal perkataan asal pantatisme tu betul ke tak tp kalo betul itu satu pengetahuan baru bg aku yang tak tahu... moshan la...
sy simpulkan dia adalah seorg perempuan y disifatkan sebagai "risk averse" or kata mudah, takut nak amik risiko. bila da peluang terlepas, dia tak dapat menerima kenyataan. dia cuba pertahankan ego n rasa rendah diri terhadap diri sendiri dengan cipta teori ape2 ntah tu, padahal hati dia mengatakan y sebaliknya. kalau tak nape still nak follow en jasman tuh.
to penulis, pd pndangan sy, cerpen awak nih susah org nk phm lau die tak guna critikal thinking. otherwise, boleh la lau sy katakan memuaskan. biasalah kan,benda2 ala2 ilmiah nih memg not so attractable.
emm..tertinggal lak. bukan not so attractable for me, but for most readers which try to find their solace by reading. they prefered to read somethig easy n simple to be understandable.
urmm...cerpen ni tak berat mana pun. biasa sahaja? takkan nak isu cintan cintun sahaja? cik natisa tu, seorang yang tidak berani berhadapan dengan sesuatu lalu mencipta sesuatu untuk menyatakan dia benar dan tutup segala kelemahan dia... bagus cara olahan cerita ni. tahniah!
new knomledge..ok what?dari asyik cerita kawen paksa je at least upgraded sket ilmu..serius aku pon ingat pantat ni tak senonoh ... but thanks to the writer for giving something..
pasal penggunaan ayat pun ok sbnrnya..readers dont expect semua writer akan guna bahasa pasar bila nak menulis...
let them spread the piece correctly.. some of writer love to use bahasa pasar ,but some of them feel comfortable to use the real nahu of bahasa melayu...
makanya janganlah nak pertikaikan penggunaan bahasa dia...suppose writer mcm ni yg kena sokong...sy pon suka jugak baca cerita yg slumber bhsanya...sebab niat cuma satu nak hbrkan ati,rite..
jgn terlalu meringankan minda dengan melihat satu2 cerita pada satu sisi...lihat secara 3d...ada pengajaran di sebalik setiap tindakan cik natisa...
frankly,takkan korang suka cerita kawen paksa je...kan,kan,kan?
read with joy and open mind...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cam formal dan berilmiah gler care kawan2 tu sembang...
tataw la penerangan sal perkataan asal pantatisme tu betul ke tak tp kalo betul itu satu pengetahuan baru bg aku yang tak tahu...
moshan la...