Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pada semester ini, semua guru pelatih ambilan Januari 2006 akan berpraktikal selama 4 bulan. "Asalamualaikum cikgu" Azri terdengar suara murid-murid SK Temerloh Jaya di sekelilingnya memberi salam kepadanya. "Arh..kenapa la mereka panggil aku cikgu. Aku bukannya ajar mereka pun. Tak payah la susah-susah nak panggil orang yang tak ajar mereka cikgu." Getus Azri dalam hati. Azri sebenarnya dalam perjalanan ke pejabat Sekolah Kebangasaan Temerloh jaya untuk melapor diri sebagai guru praktikal di sekolah itu. Setelah sampai di pejabat Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya (SKTJ), "Asalamualaikum, boleh saya bantu cikgu?" Tanya Atikah, gadis genit berambut panjang separas bahu. Senyuman dilontarnya mampu membuatkan perasaan geram Azri tadi hilang begitu sahaja. Tambahan lesung pipit di kiri pipi gadis tersebut mampu mencairkan hati Azri yang kepanasan sebelum ini. Atikah telah menjadi kerani di SK Temerloh Jaya. Atikah memanggil Azri dengan gelaran cikgu kerana penampilan dan gaya Azri yang tidak tumpah sebagai seorang guru. Dengan tanda namanya, berkemeja lengan panjangnya, lengkap bertali leher dan membawa sebuah buku besar berwarna biru yang bertulis ‘Buku Rancangan Mengajar’ yang biasanya hanya dibawa oleh seorang guru semasa ke sekolah. "Waalaikumussalam, boleh saya jumpa dengan guru besar?" Tanya Azri ringkas Azri sebenarnya tidak pernah berminat menjadi guru. Namun atas sebab-sebab tertentu, Azri telah mengambil keputusan memasuki Institut Pendidikan Guru 3 tahun lalu. "guru besar dekat perhimpunan cikgu, duduk la dulu atau cikgu boleh ke tapak perhimpunan di…" "hm..takpelah, saya tunggu disini saja." Pantas jawab Azri untuk mengelakan diri ke tapak perhimpunan. Maklumlah, kalau ke perhimpunan, sudah pastinya dia akan menjadi tumpuan kerana dia adalah orang baru di sini. "hm..Biasanya perhimpunan habis pukul brapa ek cik Atikah ?" Tanya Azri lagi. "lebih kurang pukul 8.00 nanti, sebab kelas pertama hari isnin mula pukul 8.05" "jap..jap….macam mana cikgu boleh kenal nama saya?" Sambung Atikah lagi. "Cik Atikah, tuhan dah bagi kita mata. Guna la baik-baik mata tu. kan ada nama Atikah atas meja Cik Atikah tu" balas Azri ambil menunjukan tanda nama Nur Atikah Bt Adnan atas mejanya. Tanpa membuang masa untuk menunggu ketibaan guru besar, Azri mengambil tempat duduk di sofa sambil membaca Buletin Pendidik di meja sofa tersebut.
-------------------------------
"Bangun……Asala..mualai..kum cik...gu" suara ketua kelas memecah kesunyian tatkala murid-murid terlihat guru besar di hadapan kelas mereka tadi. Lantas seluruh kelas 4 Dedikasi turut mengikuti sapaan yang di ucapkan oleh ketua kelas terhadap Azri. "Waalaikumusalam..baiklah, duduk" ringkas balas guru besar, Azri "Terima ka..sih cik…gu" jawap semua murid dari kelas 4 dedikasi dengan jawapan yang meleret-leret. Arh…meleret je jawapan budak-budak ni, membazir masa je. Azri bermonolog sendirian. Azri tidak suka akan keadaan kelas tersebut. Mana taknya, matanya meliar dan terlihat sesetengah murid dalam kelas ni dalam keadaan agak comot, kasut terkoyak, rambut dalam keadaan kusut malah ada yang tidak mempunyai pemadan dan pembaris pun. "Ok class, today we are going to learn about multiplication of four digit numbers with two digit numbers. Have you learnt about multiplication before?" ujar Azri memulakan pengajarannya buat kali pertama. Suasana kelas 4 Dedikasi yang sebelum ini cukup terkenal dengan keadaaan hingar-bingar, menjadi sunyi sepi seperti negara dilanggar garuda. "Ok, look at here, read the number sentence 578 x 22 =" sambung Azri lagi. "Hello…are you listen what I said before?" soal Azri. "Cikgu, kami…kami.. kami tak faham la cikgu" jawab seorang murid dalam kelas 4 D. "Takkan itu pun tak faham? Siapa nama kamu?" tanya Azri tegas sambil memandang penampilan Ashraf. Azri terlihat kasut yang dipakai oleh Ashraf sudah terkoyak. "Ashraf Bin Adnan, cikgu." "Ashraf, saya ke sini ajar matematik bukan bahasa inggeris, awak sepatutnya dah kuasai bahasa inggeris sebelum saya ngajar awak ni" "Tapi cikgu…." "Tak ada tapi-tapi lagi, saya akan tetap terus ajar, faham ke tak faham, awak tetap kena faham" Azri mencelah. "Hm..budak-budak ni, aku ajar benda senang pun tak faham, guna ayat-ayat inggeris yang mudah pun tak faham. Susah la aku macam nie." Ngeluh Azri di dalam hati. Ditambahkan dengan sifat kurang minat menjadi guru dengan pelajar yang kurang menguasai bahasa inggeris, dia semakin tidak berminat untuk menjadi guru.
-------------------------------
Pada suatu pagi yang dingin. Hujan yang bermula sejak subuh tadi sudah mula berhenti. Bunyi burung-burng berkicauan menjadi satu irama yang cukup enak di dengari setiap pagi. Bunyi burung-burung menghiasi perjalanan Azri ke bilik guru SK Temerloh Jaya. Tatkala Azri menjejak kaki masuk kedalam bilik guru, azri terlihat sekeping kertas berwarna biru diatas mejanya. "ait? Pagi-pagi lagi aku dah dapat surat?" getus Azri apabila terlihat sekeping surat diatas mejanya dibilik guru.
Asalamualaikum cikgu yang dihormati, kami berharap cikgu dapat mengajar kami menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kerana kami semua tidak dapat memahami pengajaran cikgu dalam bahasa inggeris. Jika kami tidak dapat faham pengajaran cikgu, maka kami akan menghadapi masalah dalam menjawab soalan peperiksaan nanti. Ilmu yang cikgu beri akan kami gunakan sebaik-baiknya dimasa hadapan. sayang cikgu Azri..
Tersentuh hati kecil Azri kerana tidak menyangka masih ada muridnya yang menyanyanginya walaupun Azri selalunya bersikap tidak mengendahkan kekurangan muridnya. Sejak itu, Azri mula sedar yang tanggungjawab dan tugas seorang guru bukanlah di dalam kelas semata-mata, malah ilmu yang diberikan oleh seorang guru akan digunakan sepanjang murid itu mengharungi kehidupanya sendiri walaupun guru yang telah memberikan ilmu itu tiada dimuka bumi ini. Azri juga sedar bahawa gelaran "cikgu" yang telah dipakainya akan tetap terlekat di hadapan namanya sampai bila-bila dan sudah pastinya dia tidak akan mampu menghilangkan gelaran tersebut dari dirinya. Dikesempatan yang masih ada, ketika itu juga, Azri bermuhasabah diri. Rasa kesal menyelubungi jiwanya kerana terlupa yang tanggungjawabnya guru adalah memberi ilmu. Azri sedar dia sepatutnya mengambil kira faktor kelemahan muridnya dalam bahasa inggeris semasa mengajar. Lantas disebalik kesedaran tugas sebagai pendidik, tanggapan Azri terhadap bidang perguruan mula berubah. Azri akan bersemangat setiap pagi untuk menghadirkan diri ke sekolah. Malahan, jika ada masa terluang atau guru yang tidak hadir, Azri tanpa disuruh meminta untuk menggantikan guru tersebut. Azri berbuat demikian agar dapat lebih rapat dan mengenali murid-muridnya kerana sering dapat bertemu selain dari waktu Matematik sahaja.
---------------------------
"Asalamualaikum Ika. Boleh saya duduk kat sini" Sapa Amir tatkala terlihat Atikah di kantin sekolah. "Waalaikuumsalam, duduk la, dah lama kita tak sembangkan. hm…sihat?" "Sihat alhamdullilah, Ika sihat?" tanya Azri lagi, tujuannya tak lain dan tak bukan ialah nak memanjangkan perbualan dengan Ika sahaja. "Sama la, sihat je. Semalam Ika nampak Azri…." "kat mana? Kenapa tak tegur Azri? Azri tak perasan pun" ujar Azri lagi. "banyak betul soalan, mana satu yang Ika nak jawab ek?" "hm..semalam Ika nampak Azri kat surau, lepas isya. Ala, macam mana la dia nak nampak kita ni, dia asyik dengan anak murid dia je." "Eh, takdelah. Saja je Azri buat kelas tambahan dekat budak-budak kelas 4 Dedikasi. Azri buat je la kat surau. Lagipun, dengan cara itu, budak-budak ni akan rajin la datang ke surau untuk solat berjamaah sebelum kelas tambahan" "Azri buat kelas tambahan itu, budak-budak tu kena bayar berapa ringgit ek sebulan?" Pancing Atikah, sedangkan sebenarnya adiknya sendiri, Ashraf juga turut menyertai kelas tambahan yang dianjurkan oleh Azri sejak 3 bulan yang lalu tanpa sebarang bayaran. "Eh, tak payah bayar apa-apa pun, saja je buat kelas tambahan tu. Lagipun lagi lusa Azri dah kena balik IPTAA, dah tak boleh mengajar dah" "Seronok tak balik IPTAA?" tanya Ain "Secara jujurnya dulu Azri memang rasa 4 bulan ni akan belalu dengan perlahan, tapi..tup..tup..dah habis 4 bulan, lepas ni, Azri kena balik IPTAA dan dah tak dapat jumpa Ika lagi" "Azri, kenapa Azri buat kelas tambahan tak minta bayaran ek?" sambung Atikah sekali lagi. "hm.. macam ini ceritanya. Lebih kurang tiga bulan lepas, Azri dapat surat dari salah sorang dari budak kelas 4 Dedikasi, isi surat itu menyedarkan Azri yang tugas guru ini bukan dalam kelas sahaja, bukan untuk mengajar sahaja, malahan sebenarnya, ilmu yang Azri berikan itu akan mereka guna sampai bila-bila" "Siapa yang tulis surat tu?" soal Atikah lagi. "entah la, tapi Azri tak rasa murid Azri sebabnya gaya penulisan dan ayat dalam surat tu bukan level murid-murid Azri" ujarnya panjang lebar. "sebenarnya, surat tu….." ujar Atikah yang kemudiannya terhenti apabila mendengar bunyi loceng. Kring….. loceng berbunyi memotong perbualan mereka. "ika, Azri nak masuk kelas jap, nanti nak balik, Azri pergi pejabat, kita sembang lagi ek"
-------------------------------
Hari ini adalah hari terakhir Azri menjadi seorang guru praktikal di SK Temerloh Jaya. Suasana pagi ini sungguh hening, tidak seperti selalu. Cepat benar rasanya masa berlalu dan hati Azri sangat terharu untuk ke sekolah pada hari ini. Kini Azri lebih menghargai profesion keguruan yang sebelum ini kurang diminatinya. Azri perlu pulang ke IPTAA, meninggalkan segala kenangan mengajar selama 4 bulan di SKTJ. Pada hari terakhir ini, Azri membawa sepasang kasut sekolah bersaiz 34 untuk Ashraf. Azri ingin menghadiahkan kasut itu kerana surat Ashraf telah mengubah perspepsinya terhadap profesion keguruan. Setibanya di pintu pagar SK Temerloh Jaya, Azri terdengar satu suara memanggil namanya. "Cikgu Azri...Cikgu Azri.."Tatkala dia mencari-cari arah suara itu, Azri terlihat seorang muridnya, Ashraf berlari kearahnya. Pada masa yang sama sebuah kereta kancil merah dengan kelajuan yang agak tinggi melintas dihadapan mata Azri sendiri. Dalam beberapa detik, Azri mendengar satu jeritan dan bunyi dentuman yang agak kuat. Azri kaget dan tergamam. Dengan tidak disangka-sangka kasut sekolah berjenama Bata yang ingin dihadiahkan kepada Ashraf terlepas dari tangannya. Masa berlalu sangat perlahan, belum pun sempat plastik merah yang berisi kasut itu mencecah ke jalan tar yang masih sejuk dipagi hari, Azri terus berlari ke arah suara jeritan yang semakin lama semakin perlahan. Baju sekolah berkedut yang berwarna putih kekuningan yang dipakai oleh Ashraf kelihatan bertukar warna menjadi merah. Suasana pagi yang selalunya bising dengan suara kanak-kanak berkejar-kejaran ke pintu sekolah sudah berubah. Suasana sepi seketika. "cikgu, surat ni saya tulis untuk cikgu, saya tulis sendiri. Saya tak minta Kak Ika tolong pun" Itu adalah ayat terakhir yang didengari oleh Azri sebelum ashraf ‘pergi’ meninggalkannya.
Cikgu, hari inikan hari terakhir cikgu jadi cikgu saya. Saya mohon maaf atas kenakalan dan susah payah cikgu mengajar saya selama ini. Oleh itu, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Terima kasih kerana sudi mengajar saya dan saya harap cikgu dapat jadi abang saya. Ingat kak Atikah, ingatlah saya Ashraf Bin Adnan.
huhu... sedey la bce pg2... sy pun nk jd cikgu gak... btul tu, nak jd cikgu mesti ad minat, jgan jd sebab mudah dpt kerja atau suruhan ibu bapa..... mesti ikhlas dlm mjadi cikgu & yg plig pting adalah minat..... cikgu sbgai pmimpin utk mlhirkan generasi yg cemerlang pd masa depan..... 10q wahai guruku yg telah mendidikku.....
wawawa...cerita simple.tapi bg kesedaran...insyaallah buat semua warga guru, usaha kita akan dihargai...ikhlas dlm melakukan sesuatu perkara...dan redha dengan ketentuannya.... nuyoi_noya
A'ah tol laa.. sedey gak baca citer ni.. teringat zaman jd cikgu dl walau hanya GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) ms lps dapat Diploma dl... rindunya zaman cikgu2 dl...
sedih r cite ni...tp byk pengajaran...insya allah, sye pun akn jd seorg guru sedikit ms nanti...jd seorg guru bkn nya mudah.byk yg perlu d tempuhi...yg plg penting keikhlasan dan kecekalan dalam hati tu perlu ada utk mendidik anak bangsa..
im proud 2 be a teacher...tp coming soon la.huhuhu bengang tol dgn dak KPLI yg x sedar diri... they not born 2 be a teachear...tp juz nk hdop dlm zon slesa....
wah..ramai tul future teacher yg komen ek.. hehehe...sy pn sme..n nk kmen ckit.. tul la sume komen kt ats 2.. nk jdk cikgu neh kne minr gk... moga bkl ank didik xtersasr..hikhik
sy bukan future cikgu coz i aim to b a lecturer..but sy prnh ngajar sebulan, dak sekolah rendah...tension seyh! tp bila teringat hadiah yang budak2 tu bg masa sy dh tamat ngajar, sayu n terharu pulak..ada pulak yg sanggup berlari beli bunga kat kedai sebab tak smpt prepare hadiah...huhu, my students, miss u.. btw, this is a very touching story...love it...
ok juga citer ni.. rase makin semangat nak jd cikgu.. sy pun ada pengalaman mngajar bdk sek rendah, mmng kena sbr sngt tp seronok sebab bnyak kenangan .. x pe, 2012 ni dah jd cikgu.. hehe.. hidup cikgu!
seronok tau jd cgu praktikal...sbb leh dpt byk adiah..wpun adiah tu murah n kecil je..tp itu sgt bermakna.yg penting bdk2 tu ikhlas .yg penting keikhlasan..kite akan rase sgt2 dihargai
not bad.. cume sy rase byk name yg tersalah laa.. atikah, kejap2 jadik ain plak.. azri, kejap2 jadik amir.. sy kene bace 2 3 kali nak paham.. gud luck!
ohooiii….nk komen gak….sye umo 16 n cite2 nk jdik cikgu….ase tak sabar r nk abis spm nk cepat2 jdik cikgu…..hui2 …oneday bile yena jadik cikgu…..yena nk jdik ckgu yg bek n sedikit rock….hoyeh2…maktab perguruan…..tunggu gue dtg gegarkan kamu….hohohoho…amin..!!
eloOop...huhu...best ar cte nie...ding...ding...ding...mMm...cdih gler...smpai nages2 org bce...nak jd ckgu mmg la kne de mnat...tp klo nak smpurnkan hjat ibu kan bgos...berkat...tgk...akhirnya ske gak kan...cte nie bleh jd pgjran kat sme org yg bkal or dah jd ckgu...truskan usha anda...mMm...stu lg...len kali check le nme 2 dlu...jgn bg org pening...hahaha...well...overall...its a very nice story...i really enjoy...hope there'll b another one...huhu...
-wanny- sy pn bakal guru jgk.skrg neh blaja kt inst perguruan, baru first year msk degree..criter ni btl2 bg kesedaran pd sy. coz sy pn x minat jd cikgu, msk pn sbb family....thanx a lot writer.....hope pasni akan ade ag cerpen yg berkaitan ngn guru.... ~sy bangga menjadi guru~
nice story..keep it up!!the roles of a teacher is not only to teach students but guide them to appreciate life.im now doing my final year in one of d ipgm and will be having my practical at d end of this July..Hope can b a noble teacher..congrate to the writer!!
cerita ini sedap juga dibaca. ada juga kesedaran yang dapat dikutip antaranya biarlah kita ikhlas dalam melakukan kerja khasnya dalam bidang perguruan.seronok woi jadi guru. lebih haru kalu pelajar tegur dan cium tangan kita. sayu dan terharu.....sebab saya juga gurulah.
penulis ni orang sungai petani. student di IPRM, amik kos math, sem 5.hm.. thanks for all comment. oh ya, skrg ramai juga y masuk IPGM sebab parent, so we all should change our mind set. remember, normal teacher teach, good teacher guide. excellent teacher inspire.
saya bkl jd guru nnti dlm masa 4 thn dr skrg..hmm.cter mmg beri pengajaran kat saya. .saya msk ipgm pun sbb nk melunaskan hasrat ibu bapa. n sbnrnya mmg x minat ngn profesion ni..tp, lepas baca cter, ianya beri pengjaran pd saya n sy rasa sy dh mula sukakan dunia pendidikan.
i dah ngajar 10 tahun kat salah sebuah sek men kat lembah klang.ngajar dalm BI ni x de kepuasan sb student tak faham sgt apa yang kita jar terutamanya pelajar melayu yang kelas corot. i ajar sains teras.i rasa better PPSMI dibubarkan supaya pelajar kelas corot kembali minat belajar sains. walaupun diorang tak score exam tapi diorang minat sebab sains adalah kehidupan harian mereka. TENSION dan KESIAN sb student merayu i ajar sains dalam bahasa melayu. Tapi SAYA YANG MENURUT PERINTAH .....
teringat aku kutuk2 cikgu aku....but yet cikgu still akan tanya apa aku buat sekarang n still proud of me.....tak pernah lupa aku student dorang...kerja yg mulia..
thanks to writer for publish this piece...bg ksdran..
woi tanpa nama di atas..knp nk bengang dgn KPLI lak?aku pun kpli gak...ko kena tau cmner susahnyer prosedur masuk kpli.bukannyer main ambk je.xkn nk halang minat org nk jd cikgu.bengang btul ar..
betul3 apa mrk ckp.citer ni best tp x puas hati dgn yg bg komen kt ats tu.ingat zon perguruan tu senang ke?kalo ko masuk zon perguruan tu,ko akan rasa betapa sukarnyer pekerjaan sorg guru.hampeh..bg komen tp x tau apa2.
korang yg tanpa nama diatas..rilex..jgn emo2..cite ni best sgt..good job!!byk input yg brguna..cuma kdg2 terkeliru ngan nama2 yg tertukar tu..tp xpe,it juz a small matter..yg penting isi yg nak disampaikan tu..inspire me to be a good teacher..in da future~
overall penceritaan agk krg link mcm trlalu cepat n agk kelam kbut tp ade moral value yg mnyebabkn smngt sy utk mnjar btmbah..GOOD JOB writer!!..keep it up..
owh..relax2..sal dak kpli tue bkn aper..kebykn yg msuk kpli sbb nk msuk zon selesa based on my experience lar..da ade kerja tetap tp sbb especially yg krja engineer dorg ckp xde life la jd utk memudahkn kebyknnya dak kpli mhu jd cikgu..jgn kate Tidak yer......!! bknnye sowg dua tp rmai kwn sy dak kpli yg ckp camtuh ok.. siap krja enggneer kpal gji RM 10 000 tuh sggup jd guru..can not blame others ok..tp dak kpli pon ade hak..mgkin mse dowg apply xminat, tp minat tu akn dtg plhn2..InsyaALLAH..:)
menarik sngat....teruskan usaha ye... smge kite smua akn jd sorg guru y bdedikasi....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu...
sedey la bce pg2...
sy pun nk jd cikgu gak...
btul tu, nak jd cikgu mesti ad minat, jgan jd sebab mudah dpt kerja atau suruhan ibu bapa.....
mesti ikhlas dlm mjadi cikgu & yg plig pting adalah minat.....
cikgu sbgai pmimpin utk mlhirkan generasi yg cemerlang pd masa depan.....
10q wahai guruku yg telah mendidikku.....
~dak smart~