Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mira, Mirah… dah jangan main lagi. Dah maghrib dah ni cepat naik ke rumah," laung Yana kepada pasangan kembar seiras itu. Itulah dia Fatin Amira dan Fatin Amirah permata hatinya merangkap anak bongsu dalam keluarganya. Sebagai anak sulung dalam keluarga Yana mempunyai sifat yang tegas sebagai seorang kakak dalam mengawasi tindak tanduk dan tingkah laku adik-adiknya. Namun hatinya terlalu lembut buat kedua-dua kembar tersebut. Keletah dan kemanjaan yang ditunjukkan oleh kedua-duanya kadang-kala meleburkan kemarahan Yana dengan sikap mereka yang kadang-kala sukar dikawal. Maklumlah kanak-kanak yang masih berumur 4 tahun suka mengikut rasa hati dan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.
Tahun ini Yana akan menghadapi peperiksaan yang amat bermakna baginya kerana peperiksaan inilah yang akan menentukan arah tuju hidupnya di masa hadapan. Kehidupan mereka boleh dikatakan sederhana sahaja ditambah pula dengan ayahnya yang berkahwin dua. Tidak dapat dinafikan hatinya memberontak dengan tindakan ayahnya yang sanggup mengguris luka di hati ibunya yang tersayang namun apa dayanya andai itu yang telah tertulis bagi mereka semua. Ketabahan dan kesabaran ibunya menerima segala yang terjadi telah menjadi pendorong untuknya berdiri di atas kekeceawan yang berlaku. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Hanya Allah yang tahu.
"Mira, Mirah buat apa tu," tegur Yana lembut melihat gelagat pasangan kembar yang tidak boleh duduk diam tu. "Kak Yana tengok kitaorang buat apa ni." Mira yang keletah itu menjawab pertanyaan kakaknya dengan soalan juga sambil mempamerkan barisan giginya yang sedikit rongok itu. Mirah yang mendengar sekadar mengangguk-angguk kepalanya tanda bersetuju dengan kakaknya Mira. Yana yang mendengar hanya tersenyum sambil menghadiahkan cubitan manja buat pasangan kembar itu. "Sakit la Kak Yana. Kak Yana tak sayang kami ye," soal Mira manja sambil mengosok-gosok pipinya seolah-olah kesakitan. "Aaa.... betul tu Kak Yana tak sayang kami ye. Sampai hati tau," bibir mungil Mirah pula menyampuk.
Yana terus mengusik pasangan kembar itu. Kali ini pinggang kedua-duanya pula yang menjadi mangsa jari runcing Yana. Mira dan Mirah sememangnya amat sensitif jika digeletek. Terjerit-jerit kedua-dua kembar tersebut akibat digeletek oleh kakak mereka. Yana masih galak mengusik adik-adiknya. Disebabkan tidak tahan dengan cucukan jari kakak mereka menyebabkan Mira dan Mirah mengguling-ulingkan badan mereka untuk menyelamatkan diri masing-masing. Ibu mereka yang melihat telatah anak-anaknya sekadar menggelingkan kepala sambil tersenyum. Tangannya masih ligat meneruskan kerja melipat pakaian mereka sekeluarga. Malam ini suaminya tidak pulang ke rumah kerana malam ini adalah giliran madunya. Sesungguhnya kelukaan hatinya terubat apabila melihat anak-anak membesar di depan mata.
Sesekali matanya mengalihkan pandangan pada dua orang lagi anaknya yang sedang leka mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah. Amin adalah anak lelaki tunggalnya yang kini sedang belajar di tingkatan satu manakala Rozana baru berumur 10 tahun dan berada di darjah empat. Begitulah kehidupan mereka sekeluarga dalam meniti hari-hari yang mendatang. Pabila malam menjelang keletah dan gelak pasangan kembar itulah yang akan menghiasi dan memenuhi ruang rumah sebelum mata tertutup layu.
Namun itu semua adalah kenangan silam. Apa yang ada di hadapannya kini tak sama dengan dahulu. Jika dulu rumah itu penuh dengan hilaian dan gelak tawa mereka namun kini rumah itu suram dilitupi kesunyian yang mencengkam sanubari. Sungguh apa yang berlaku amat berbekas di hati Yana. Segala yang terjadi terasa baru sahaja berlalu di tubir matanya sekalipun kejadian itu sudah sepuluh tahun berlalu. Tanpa akal yang waras dan hati yang tabah sesiapa sahaja boleh hilang arah hidup. Namun sebagai hamba yang tercipta lemah Yana pasrah atas segalanya.
Masih segar diingatannya ketika itu musim tengkujuh di negeri pantai timur. Berkebetulan pada saat itu, dia sedang berhempas pulas menghadapi peperiksaan SPM yang baru sahaja bermula. Hari itu, seperti biasa seawal 6.30 pagi Yana akan mengatur langkah demi sebuah perjuangan. Sekolah yang terletak jauh dari rumah memerlukannya untuk menaiki bas sekolah yang dibayar secara bulanan. Hujan rintik-rintik menemani langkahnya menuju ke perhentian bas. Entah kenapa hatinya bagai ditarik-tarik untuk menemui pasangan kembar itu yang masih lena dibuai mimpi. Lama dia merenung sebelum bibirnya yang merah dilabuhkan tepat mengenai dahi dan pipi kedua-dua pasangan kembar itu. Seketika hatinya terasa amat sayu pabila memandang wajah mulus kedua-dua permata hatinya itu. Tanpa disedari air jernih membasahi pipi. Cepat-cepat diseka apabila dia tersedar dari keadaan itu. Masa yang suntuk memaksanya melangkah meninggalkan adik-adiknya yang masih dibuai mimpi indah mungkin.
Jam berdeting menunjukkan tepat jam 9 pagi. Sejam sudah berlalu bagi para pelajar menjawab kertas pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Masa yang tinggal lebih kurang 45 minit lagi. Kelihatan semua calon tunduk dan tekun menjawab soalan-soalan yang diberikan. Begitu juga dengan Yana tidak terkecuali kelihatan sedang memberi tumpuan yang sepenuhnya pada kertas soalan tersebut.
Sementara itu, penduduk kampung Pandan dikejutkan dengan kejadian lemas yang berlaku di paya berhampiran sawah padi penduduk kampung. Hujan yang lebat tidak menghalang penduduk kampung untuk terus membanjiri kawasan terbabit untuk melihat dengan lebih dekat lagi keadaan yang sebenar. Kelihatan Mak Mah sedang meraung sambil memeluk dua batang tubuh kecil yang sudah kaku dan pucat itu. Semua yang hadir hanya mampu menitiskan air mata melihat keadaan tersebut. Pilu yang terasa bagaikan dikongsi bersama. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Jika itu yang ia kehendaki maka itulah yang akan terjadi. Kini tiada lagi senyuman dan kenakalan insan bernama Mira dan Mirah kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.
Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan pada hari itu setelah dua kertas berlangsung. Kesyukuran dipanjatkan pabila semua soalan yang diberikan mampu dijawab dengan baik dan sempurna. Namun itu bukanlah kertas terakhir baginya dan kawan-kawan. Dua hari nanti mereka akan menghadapi peperiksaan bagi mata pelajaran pendidikan syariah Islamiah dan seterusnya sehingga selesai. Suasana yang sedikit riuh tidak menganggu Yana yang kelihatan sedang mendamaikan hatinya. Entah kenapa jantungnya berdebar kencang bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun cepat-cepat dibuang perasaan itu dari terus menyesakkan dadanya.
Tepat jam 3.30 petang jenazah pasangan kembar itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. Mereka pergi meninggalkan ibu yang bersusah payah melahirkan mereka, ayah yang memelihara mereka, keluarga yang akan kesunyian tanpa gelak tawa mereka dan yang paling penting mereka pergi meninggalkan seorang kakak yang amat menyayangi mereka namun tidak mempunyai kesempatan untuk mengucup wajah pucat mereka sebelum mereka diangkat meninggalkan rumah yang tercinta. Sungguh dunia ini adalah tempat persinggahan yang sementara sebelum berangkat ke negeri yang kekal abadi.
Jam tepat menunjukkan pukul 6.30 petang. Yana yang baru sahaja sampai terus menapak ke dalam rumahnya yang kelihatan sedikit berselerak dan tidak teratur. Keadaan yang suram beserta hujan yang masih galak menyimbah bumi tidak sedikit pun mengganggu langkah Yana ke dapur. Mencari ibunya yang mungkin berada di dapur. Salam yang diberi dijawab sayu oleh si ibu. Namun senyuman tetap dipamerkan pada anak yang baru pulang ke rumah. Sedaya mungkin pilu yang terasa dipendam jauh di lubuk hati.
"Mak masak apa hari ni," sapa Yana lembut seusai tangan tua itu dikucupnya. "Mak baru je nak masak kakak. Kakak lapar ke," soal si ibu penuh kelembutan. "Tak apa la mak, kakak belum lapar lagi. Kakak naik tukar baju dulu, kejap lagi kakak tolong ibu ye," jawab Yana penuh hemah sambil kakinya menapak ingin berlalu pergi.
Namun langkahnya terhenti dan sepantas kilat badannya berpusing memandang ibunya dalam kehairanan.
"Mak kenapa sejak kakak balik ni kakak macam terbau sesuatu. Mak tak bau ke," soal Yana dengan wajahnya yang dikerutkan sedikit. "Bau apa kakak," soal ibunya tanda tidak mengerti. "Bau kemayan mak," laju sahaja perkataan itu meniti di bibirnya. Saat mendengar kata-kata anaknya itu, wajah Mak Mah terus berubah bagaikan langit berarak mendung. Tiada sepatah kata yang mampu dituturkan melainkan tunduk merenung lantai. Yana yang melihat reaksi ibunya itu berasa kehairanan. Namun tanpa menunggu lama Yana terus bersuara ingin mematikan pertanyaannya sebentar tadi. "Tak apa la mak mungkin perasaan kakak je kot," ujar Yana sambil mula melangkah pergi. Namun sekali lagi langkahnya terhenti dek mendengar ucapan yang lahir dari mulut ibunya.
"Betul kata kakak tu. Memang ada bau kemayan tu nak," tutur ibunya sayu. "Apa maksud mak, kakak tak faham la," soal Yana dalam getar yang mula menyesakkan dadanya. "Kakak, mak harap kakak redha dan sabar ye nak. Adik.... kakak, Mira dan Mirah dah tak ada nak," ucap ibunya lantas memeluk tubuh anak sulungnya menahan sebak di dada. Yana yang mendengar bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. "Mak, kenapa mak cakap macam tu. Adik ada la mak. Adik hidup lagi tau, tadi baru kakak tengok adik mak. Yana bagaikan hilang punca dan dia sudah tidak sedar apa yang lahir dibibirnya. Apa yang penting dia tidak perlu menerima hakikat yang amat menyakitkan itu. "Maafkan mak dan ayah kakak, kami tak dapat nak tunggu kakak balik dari sekolah nak. Biarlah kita uruskan mereka secepat mungkin nak itu yang lebih baik," ucapan yang lahir dari mlut ibunya makin pedih dirasakan.
Sungguh dia tidak menyangka permata hati yang amat disayanginya itu telah tiada dan tidak mungkin akan wujud di hadapannya lagi. Kenyataan yang baru diterima itu memerlukan kesabaran dan kekuatan iman yang teguh andai nafsu menguasai diri pasti dia sudah tersungkur dengan takdir ini. Hanya deraian air mata beserta doa kesejahteraan yang bisa dia hadiahkan buat permata hatinya.
Kini setelah sepuluh tahun berlalu dia masih setia mengunjungi pusara itu. Setiap kali dia hadir tidak pernah dilupakan buah tangan unuk pasangan kembar itu. Buah tangan itu adalah sesuatu yang pasti buat mereka. Setiap kali pulang ke kampung halaman pada musim cuti sekolah setiap kali itulah pusara itu akan dikunjunginya. Dengan langkah yang longlai kelihatan Yana menapak pergi meninggalakn pusaran itu dengan suarh Yassin yang tergenggam kemas di tangannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-rohmu duhai adikku yang tersayang. Amin.....
Sesungguhnya mereka yang berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujian Allah akan dijanjikan kemenangan di sisi Allah. Begitulah yang dapat Yana kecapi di atas kesabaran dan ketabahan dirinya menerima sesuatu yang amat memeritkan di atas pemergian insan yang amat disayanginya di saat dirinya sedang bergelut dengan peperiksaan yang bakal menentukan arah tuju hidupnya. Di atas keredhaannya dalam menerima takdir Illah inilah yang telah menjadi resepi kejayaan dalam hidupnya yang kini menjadi seorang insan bergelar guru.
p/s: Ini karya saya yang pertama. Idea ni klua time dok take five study tok final exam. Kisah ini saya adaptasikan dari sebuah kisah benar yang terjadi pada kawan kakak saya. Namun begitu jalan cerita dan nama-nama watak telah ditukarkan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak yang terlibat. Sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua kembar tersebut dan semua kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia. Andai ada kekurangan mohon dimaafkan. ok
Memang gaya kisah benar nih...Itu lah hakikar kejadian manusia yang sebenar nya kan? Semoga watak2 asal tabah dan terus redha dengan takdir+ ketentuan Ilahi...Ameen!
salam... Tahniah cubaan yang bagus.... teruskan perjuangan... Sesungguhnya setiap ujian yang dberi itu adalah suatu nkmat bg hamba2NYA yang mengetahui... setiap ujian merupakn tarbiyah pada kt...
ukhti afifah...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Memang gaya kisah benar nih...Itu lah hakikar kejadian manusia yang sebenar nya kan? Semoga watak2 asal tabah dan terus redha dengan takdir+ ketentuan Ilahi...Ameen!