Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pandangan Wan Saodah dan suaminya saling bertaut. Tiada sebarang suara yang keluar dari mulut mereka. Agak lama juga keadaan itu berterusan begitu sehingga memaksa Kefri membuka mulut untuk bertanyakan soalan.
"Kenapa ni pakcik.. makcik..?! Ada apa yang tak kena..?!", soalnya. Omar segera memaniskan rupa. Reaksi dirinya dan isterinya sebentar tadi bagai menarik minat anak muda itu untuk mencungkil kembali rahsia yang telah mereka simpan sejak sekian lama. Rahsia yang sepatutnya disembunyikan dari pengetahuan orang lain. Lebih-lebih lagi Kefri.
"Kenapa apa..?!", tanya Omar kembali.
"Tidaklah.. saya dapat rasa yang pakcik dengan makcik ni ada sorok sesuatu dari pengetahuan saya..!! Arwah abah pernah cerita pada saya yang makcik pernah berkawan rapat dengan arwah ibu saya sebelum kejadian tiga puluh tahun dahulu.. Tapi dia tak pernah cakap atau membayangkan rupa arwah ibu saya pada saya..!! Betul ke arwah ibu pernah tikam dirinya sendiri dengan keris..?!", tanya Kefri sambil menyarung kembali bajunya yang terletak di tepi sofa. Wan Saodah diam seribu bahasa. Sukar baginya untuk menceritakan kembali akan sebuah kisah menyayat hati seorang sahabat kepada pemuda itu yang merupakan anak kepada sahabatnya itu.
"Benar..!! Kau tentu sudah tahu banyak tentang cerita lama ini daripada arwah bapa kau bukan..?! Memang ibu kau pernah menikam dirinya sendiri dengan sebilah keris...!! Tapi dia meninggal dunia bukan kerana itu.. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah melahirkan Saidh..!! Doktor sendiri yang mengesahkan terdapat satu implikasi yang kronik pada rahimnya waktu itu sehingga membawa kepada kematiannya", terang Omar. Kefri menganggukkan kepala. Dia sememangnya sudah mengetahui tentang perkara itu dari mulut arwah bapanya sebelum ini.
"Jadi, pakcik dengan makcik memang tak tahu-menahulah pasal perjanjian tu..?!", soal Kefri lagi. Omar tersentak. Wan Saodah turut tergamam.
Mereka tidak menduga yang soalan itu akan terbit dari mulut Kefri. Omar benar-benar merasa serba-salah. Begitu juga dengan isterinya. Menidakkannya bermakna mereka berbohong. Mengiyakannya pula bermakna mereka terpaksa membuka pekung. Jalan yang paling baik adalah membatukan diri sahaja. Membiarkan anak muda itu meneka-neka sendiri.
"Kenapa kau tanya kami macam tu..?!", tanya Wan Saodah setelah hanya menyepikan diri sedari tadi.
Bukan dia tidak mahu bersuara. Dia teringin benar untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Cuma dia tidak mampu untuk berbuat begitu. Seperti ada suatu kekangan yang menghalang dirinya dari bercerita tentang hal itu.
"Sebab keris yang diwasiatkan oleh arwah abah dalam kereta saya tu mungkin ialah keris yang pernah arwah ibu saya gunakan dahulu sebagai perjanjian..!! Saya fikir pakcik dan makcik tahu tentang perjanjian arwah ibu dahulu..!!", balas Kefri. Wan Saodah dan suaminya terlopong tanpa sedar.
"Keris..?! Dalam kereta engkau..?!", Omar bertanya meminta kepastian.
"Ya pakcik..!! Saya sendiri pun tak pasti mengapa arwah abah mewasiatkan keris tu pada saya.. Jadi, saya betul-betul berharap yang pakcik dan makcik dapat jelaskan pada saya..!! Itupun kalau tak keberatan..", ujar Kefri sambil menatap wajah kedua-dua warga separuh umur itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan akan maksudnya.
Omar dan Wan Saodah termangu lagi. Nampaknya Kefri beriya-iya benar untuk mengorek rahsia dari mereka berdua. Kata-kata anak muda itu terlalu sukar untuk ditangkis. Jika mereka terlalu mendiamkan diri, maka Kefri akan segera merasakan telahannya benar belaka. Jika mereka terlalu menolaknya, maka Kefri akan segera yakin yang mereka menyembunyikan sesuatu. Apatah lagi jika mengakuinya.
"Beginilah Kefri.. Boleh kau tunjukkan keris tu pada kami..?! Manalah tahu kalau-kalau kami pernah melihatnya sebelum ini..!!", pinta Wan Saodah. Kefri melepaskan keluhan berat. Tembok keegoan Omar serta Wan Saodah agak sukar ditembusi. Permainan psikologinya agak kurang membuahkan hasil. Namun dia pasti lambat-laun mereka pasti akan kecundang juga. Terlalu sedikit rahsia tentang ibunya mengisi kotak pengetahuannya. Dia bukannya mahu menyerang sesiapa. Dia cuma ingin tahu sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan dia tahu, hanya Omar dan Wan Saodah sahaja yang dapat memberikan jawapannya. "Baiklah.. tunggu sekejap..!!", ujarnya sambil bangun dari sofa dan melangkah keluar.
Kefri berjalan lambat-lambat menuju ke arah kereta miliknya. Hatinya memberontak terlalu inginkan kepastian. Mengikut cerita arwah bapanya dahulu, Wan Saodah ialah sahabat yang paling rapat dengan arwah ibunya, Malah dia bersama suaminya adalah orang yang terakhir dilihat melawat arwah ibunya di hospital sebelum ibunya dijumpai meninggal dunia dalam keadaan yang agak pelik. Doktor yang merawatnya sebelum itu mengatakan yang kematian ibunya agak janggal dan di luar pengetahuannya sebagai seorang doktor yang suda bertugas selama bertahun-tahun. Implikasi pada rahim arwah ibunya adalah yang pertama seumpamanya. Namun doktor itu juga mengesahkan tiada tanda-tanda jenayah pada tubuh arwah ibunya baik di luar mahupun di dalam. Itulah yang membuatkan dia merasa sangat ingin tahu. Apakah perkara sebenar yang terjadi pada arwah ibunya lebih dua puluh tahun dahulu?. Sebaik sahaja menghampiri keretanya, Kefri menekan punat pada alat penggera untuk membuka pintu kereta. Dia terus menjulurkan kepala ke dalam. Matanya meliar mencari-cari keris yang diwariskan oleh arwah bapanya itu. Tiba-tiba Kefri tergamam. Sekilas pandang, dia ternampak kelibat seorang wanita yang berlumuran darah tersenyum ke arahnya di bahagian tempat duduk belakang di mana keris itu berada. Kefri menggosok-gosokkan mata tanda tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Wajah wanita itu benar-benar mirip dengan wajah dalam mimpinya sebelum ini.
"Ini dia kerisnya pakcik..!!", ujar Kefri seraya menyerahkan bungkusan kain kuning yang dipegangnya ke tangan Omar.
Pantas Omar menelitinya lalu membuka lilitan yang terdapat padanya dengan cermat. Setelah semua lilitan dibuka, perlahan-lahan dia membuka keseluruhan kain kuning itu dengan debar yang bergemuruh dalam dada. Wan Saodah terus menekup mulut. Omar pula membeliakkan mata. Reaksi spontan itu membuatkan Kefri tersenyum sendiri. Benarlah seperti dalam jangkaannya. Mereka sememangnya tahu tentang kewujudan keris itu dan rahsia yang tersimpan di sebaliknya.
"Makcik dengan pakcik tak perlulah untuk berselindung dengan saya lagi.. Saya yakin yang makcik dan pakcik mengetahui akan cerita sebenar tentang arwah ibu saya..!! Tolonglah.. saya cuma mahu tahu cerita sebenar..!! ", rayu Kefri. Omar mengeluh sendirian.
"Memang kami tahu tentang perjanjian arwah Zubaidah dengan jin itu..!! Kami terpaksa merahsiakannya dari pengetahuan sesiapa bagi menutup aib keluarga kamu.. Zubaidah dan makcik memang pernah berkawan rapat..!! Kami juga pernah berjanji untuk merahsiakan hal ini dari pengetahuan kamu adik-beradik.. Kami cuma mahu lupakan kisah lama itu Kefri..!! Kami tak nak kau membenci ibu kau kalau kau tahu perkara sebenarnya..!!", terang Wan Saodah yang sudah mula teresak-esak.
"Makcik dan pakcik boleh nampak apa yang sudah terjadi bukan..?! Bangkai gajah walau ditutup macam mana sekalipun akan tetap berbau..!! Aib keluarga kami yang makcik cuba lindungi itu sudahpun tersebar makcik..!! Saya tidak membenci arwah ibu.. Tetapi orang kampung ini..!! Bukan saja pada arwah ibu, malah pada seluruh keluarga saya..!! Saya sudah tidak punya sesiapa lagi.. Arwah abah ada berpesan pada saya, makcik dan pakcik sudah dianggap olehnya seperti saudara sendiri..!! Dia juga mahu saya menganggap keluarga ini seperti keluarga sendiri.. Tolonglah saya..!! Saya sudah tak tahan lagi mendengar orang kampung ni mengata keluarga saya..!!", ujar Kefri yang melutut ke lantai sambil menangis tersedu-sedan.
Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut Wan Saodah serta suaminya. Mereka berdua tergamam melihat Kefri yang terhinggut-hinggut menahan sebak. Rupanya anak muda ini sudah lama memendam rasa. Menyimpan segala kesakitan dalam hatinya yang tercarik di sana-sini. Redup pagi itu menyaksikan suasana kesedihan yang menghurungi setiap penjuru rumah kayu itu. Tanpa mereka sedari, sepasang mata yang turut basah merenung tepat ke arah mereka di sebalik dinding yang memisahkan ruang dapur dengan ruang tamu. Sepasang mata itu akhirnya kembali berpaling menuju ke kamar di dalam biliknya. Menyembam sambil menekup wajahnya ke bantal. Meratapi nasib malang pemuda yang sudah mula dicintai olehnya.
Di suatu sudut yang lain...
"Celaka kau..!! Kau kata dia lalu dekat sini hari-hari..?! Dah berapa lama aku tunggu macam orang sewel kat sini.. Bayang pun tak nampak..!!", marah Shofie pada sahabatnya yang tersengih seperti kerang busuk.
Hati Shofie membara bak relau yang panas. Menunggu di situ sejak dari awal pagi lagi dengan ditemani oleh sang nyamuk yang semakin galak menghisap darah mereka menambahkan lagi perasaan marah di hatinya.
"Mana aku tahu hari ni dia tak lalu dekat sini..!! Yang kau nak marah-marah sangat ni kenapa..?!", tegur Zuha.
"Mana aku tak marah..?! Kau cakap dia lalu dekat sini.. Alih-alih tak ada pulak..!! Kau tengok badan aku ni.. Habis lebam merata-rata kau tau..?!", jerkah Shofie lagi.
Terasa menyesal pula kerana menurut cadangan rakannya itu. Tiba-tiba perbualan mereka terhenti. Dari jauh kedengaran bunyi motosikal menghampiri. Cepat-cepat mereka menyembunyikan diri di sebalik semak-semak berhampiran. Kedua-dua pemuda itu duduk mencangkung tanpa bersuara. Semakin lama semakin bunyi motosikal itu mendekati kawasan itu. Kelihatan seorang lelaki separuh umur menunggang motosikal Yamaha 100 Sports berwarna hijau melintasi mereka dan kemudiannya menghilang di hujung jalan.
Setelah pasti kelibat lelaki itu menjauhi tempat persembunyian mereka, barulah mereka berdua keluar dari semak dan berdiri di bawah sebatang pokok. "Itu Pak Abas..!! Aku nak buat apa..?!", tengking Shofie sambil menampar kepala Zuha yang terpinga-pinga.
Kalau diturutkan rasa hati, mahu saja dia membelasah Zuha di situ juga. Zuha sengih lagi. Shofie mengerling pada jam yang melekat di pergelangan tangan kirinya. Tidak sampai beberapa masa lagi matahari akan naik tinggi segalah. Bermakna mereka tidak akan dapat apa yang mereka hajati sejak dari tadi.
"Kau cakap dengan aku yang dia lalu dekat sini hari-hari kan..?! Maknanya esok dia akan lalu jalan ni juga..!! Tapi kalau esok aku tunggu dia tak muncul, aku terajang kau sampai lembik..!!", ujar Shofie sambil mengepal penumbuknya ke arah Zuha.
"Takkan lari punya budak tu..!! Sekampung.. apa nak risau..?!", pujuk Zuha. Shofie mengetap bibir menahan geram. Dia tidak akan puas hati selagi tidak mendapat apa yang diidamkannya.
"Tak apa.. aku tunggu esok..!! Dulu masa abang dia ada bukan main sombong lagi dia..!! Sekarang ni bila abang dia dah mampus, aku nak kerjakan batang tubuh dia cukup-cukup..!! Baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah..!! Aku mesti dapatkan kau Husna..!!", getusnya di dalam hati. Biar apapun halangannya, dia mesti menjamah tubuh montok gadis itu untuk melunaskan nafsu syaitannya.
Bersambung...
*************************************
Salam buat pembaca.. Maafkan saya kerana cerita ini terlalu lama dibiarkan tanpa disambung.. Kesempatan ini saya gunakan untuk memberitahu yang siri Perjanjian Alam Ghaib ini akan dihentikan sepenuhnya berkuat-kuasa dari sekarang.. Ini kerana siri ini bakal diterbitkan dan akan memasuki pasaran pada tahun 2010 nanti.. Maafkan saya di atas segala kesulitan.. Sekian, Terima kasih atas sokongan para pembaca..
Erkk.. Minta maaf kerana terpaksa membuatkan anda menunggu.. Terima kasih saya ucapkan atas segala komen yang telah diberikan disini.. Saya hargainya 100%
alaaaa... best la cite nie.sbb sy minat cita seram2... huhu...xsabar nk beli....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tahniah yer...saya akamjd org first beli-nurul