Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam itu, Eddy pulang ke rumahnya dengan perasaan gembira kerana hubungannya dengan Zara telahpun jernih kembali. Sesampai saja di rumah, dia terus menuju ke bilik Ira untuk berkongsi berita gembira itu.
Ira yang asyik termenung di balcony biliknya tersentak apabila pintu biliknya dibuka dari luar.
" For the second time, lain kali masuk bilik orang ketuk pintu dulu," Ira sudah mula meradang dengan sikap Eddy yang langsung tidak menghormati privasinya.
" Sori,ok. Aku dah terbiasa," jawab Eddy sambil mengangkat tangan tanda meminta maaf.
" Hmm...thanks,"kata Eddy sambil berdiri di sebelah Ira.
" For what?,"
" Sebab kau dah banyak tolong aku. Kalau tak sebab kau mungkin aku takkan berbaik dengan Zara sampai bila-bila,"
" Aku cuma buat apa yang termampu jer,"ujar Ira.
Kemudian masing-masing hanya mendiamkan diri menikmati pemandangan KL di waktu malam dengan dilimpahi cahaya lampu. Sungguh tenang. Sekali–sekala Ira mencuri pandang ke arah Eddy. " Kau memang sepadan dengan Zara," bisik Ira perlahan. Dia sedar Eddy sepatutnya mendapat wanita yang lebih baik darinya. Dia juga tidak mahu menjadi panghalang hubungan antara Eddy dan Zara kerana mereka telah saling mencintai sejak dulu lagi.
" So, apa plan kau lepas ni? I mean, tentang kita," tanya Ira sambil cuba menyembunyikan perasaan sebaknya.
" Kenapa dengan kita?," tanya Eddy
" Come on la........Kau kan dah berbaik dengan dengan Zara. Kita dah tak boleh hidup macam ni. Aku rasa dah tiba masanya kita berpisah," kata Ira
Eddy menepuk kepalanya mendengar kata-kata Ira. Dia langsung tidak terfikir tentang perkara ini. Yang pasti dia tidak bersedia untuk melepaskan Ira. Serta-merta dia agak meradang dengan cadangan Ira.
" Sekarang bukan masa nak cakap pasal cerai," balas Eddy sedikit marah.
" Habis tu, bila masanya yang sesuai? Kau senanglah cakap sebab kau dah jumpa apa yang kau nak. Tapi aku pun nak cari kebahagian aku sendiri. Takkan bila dah tua nanti baru kau nak lepaskan aku. Waktu tu dah takde sape nak kan aku dah," jelas Ira tanpa berselindung.
Bertambah marah Eddy apabila mendengar pengakuan Ira. " Macam dah tak sabar-sabar je nak berpisah," bisik Eddy dalam hati. Wajah Ira ditenungnya lama-lama.
" Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari aku. Aku sendiri yang akan carikan untuk kau,"balas Eddy seraya berlalu keluar dari bilik Ira dangan perasaan marah. Jika tadi dia merasa gembira kerana bertemu dengan Zara tapi sekarang dia seperti terperangkap dengan perasaannya sendiri.
Sesampai sahaja di bilik Eddy terus menghempaskan badannya di bilik. Pening dia memikirkan tentang Ira yang tiba-tiba buat kerenah. ..............................................
Seperti biasa, sebaik sahaja selesai menyiapkan sarapan, Ira terus bergegas bersiap untuk ke pejabat. Kalau boleh dia tidak mahu bertembung dengan Eddy. Namun harapannya sia-sia sahaja kerana Eddy telah pun bersiap dengan pakaian pejabatnya dan terus menuju ke dapur.
" Ira, jom sarapan sama-sama," ajak Eddy lembut seperti tiada apa-apa berlaku semalam.
" Eh...takpela aku dah lambat ni. Kerja semalam pun banyak lagi yang tak siap," dalih Ira.
" Duduk la dulu.lagipun aku ade hal nak bincang dengan kau. Aku pun sibuk jugak tapi takde la sampai tak sempat nak sarapan. Tak bankrup la company tu kalau kau lambat sket,"balas Eddy.
" Kau tu bos senangla cakap. Aku ni makan gaji," jawab Ira namun dia tetap duduk di hadapan Eddy.
" Kau nak bincang pasal hal malam tadi ker?" tanya Ira berdebar. Mungkin Eddy dah buat keputusan untuk melepaskannya.
" Aku tau yang aku memang tak patut pentingkan diri. Betul cakap kau, kau memang barhak cari kebahagian sendiri. So, aku takkan halang," jelas Eddy
" Maknanya kau setujulah kita berpisah," tanya Ira cuba berlagak tenang.
"Ya..aku setuju tapi bukan sekarang. Aku sendiri yang akan carikan lelaki yang sesuai untuk kau. Aku taknak kau salah pilih," balas Eddy
"Kau takde hak nak aturkan dengan siapa aku nak hidup. Lagipun tak semestinya bila kita bercerai nanti aku nak terus kawin lain. Aku cuma taknak jadi penghalang hubungan kau dengan Zara," jelas Ira walaupun sebab yang sebenarnya ialah dia takut jika mereka terus bersama , dia tidak boleh kehilangan lelaki itu kelak.
" Kau dengar sini. Siapa kata aku takde hak keatas kau. Kau tu bawah tanggungjawab aku. Takkan aku nak lepas tangan macam tu je. Nanti kalau kau dapat lelaki yang tak guna , aku jugak yang rasa bersalah seumur hidup," ujar Eddy.
Ira langsung tidak terharu mendengar luahan Eddy." Nak tunjuk baik la tu. Mentang-mentanglah aku ni takde pengalaman bercinta. Berlagak pandai. Macamlah semua perempuan yang keluar dengan dia sebelum ni baik sangat," bebel Ira dalam hati. Serta – merta ingatannya tertumpu pada Mia. Dah lama dia tak dengar Eddy menyabut nama perempuan gedik tu.
" Alang-alang kau dah masuk campur hal masa depan aku nih, aku nak tanye, girlfren kau si Mia tu pun kau nak carikan boyfren baru jugak ke untuk dia?,"
Hampir tersedak Eddy mendengar pertanyaan Ira. Dia langsung terlupa tentang Mia. Baru dia teringat yang Mia akan pulang dari Australia esok. Nampaknya bertambah lagi masalahnya. Eddy meraup wajahnya beberapa kali untuk mengusir semua masalah itu tapi tidak berjaya.
" Agaknya macam nilah keadaan laki yang kawin ramai kan?" sindir Ira lalu bangun untuk mencapai briefcasenya.
Sebelum melangkah keluar dari ruang dapur, sekali lagi Ira bersuara. " Aku rasa baik kau settlekan hal kau dengan Mia dulu baru kita bincang pasal jodoh aku ok. Aku pun dah tak sabar nak nak tengok siapalah lelaki ‘baik’ yang kau nak carikan untuk aku tu. Ingatkan kaulah yang paling ‘baik’." Perli Ira lagi.
"Kurang asam," belum sempat Eddy membalas serangan, bayangan Ira telah pun hilang di sebalik pintu.
Oleh kerana terlalu marah pada Eddy, Ira terlupa terus untuk beritahu Eddy bahawa dia akan ke Pahang untuk menguruskan projek terbarunya di sana.
"Ah! Lantaklah, kalau aku tak balik nanti pandai-pandailah dia telefon,"bisik Ira.
bez sgt.. ak plg suke gaye penulisan n penceritaan dy.. ade gaye penulis yg hebat! ntah2 ko ni mmg penulis novel x?? xde la mcm novel2 laen kat sini yg cam budak2 je bahase nye.. nyampah ak bace! kdg2 tu xabes pn bace.. gud luck!upload cpt2 sket.. kalo gaye penulisan bagus,salah ejaan sket pn org xkesah.. kalo ak bace komen2 kat novel laen tu,byk yg komplen sal ejaan salah.. kat sini xde pn!!ade je salah sket2.. novel terbaek yg ak bace setakat ni!! ak bkn nye ape,ak suke gaye penulisan n penceritaan dy..(ak bukan cekgu bm!!just seorang yg teliti tntang org laen) ha tgk bape kali ak puji!!huhu..gud job!!
speechless!!paling best penah aku bace.good job la weh!best sangat smpai bile aku bace je, dada berdegup kuat wok,dup dap dup dap.sntiasa t'nnti2 kisah strusnya.kire u ni da sukses la, siap ade fan sendiri lagi.i la fan u tu.hehe..teruskan,beb. i sokong u dr belakg.
camne eddy nak pinangkan suami utk ira? ckp camni erk? "nak jadi husband janda aku tak?" huahuahua!!! best giler!! and lagi best kalo dlm marriage guna aku kau..kihkihkih!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
BEST OF DE BEST :-)