Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Nisa.. mari tolong mak angkat dulang ke atas!" jerit ibunya di dapur rumah. Keadaan agak sibuk sedikit dengan gelak ketawa orang-orang kampung yang datang membantu mereka memeriahkan majlis perkahwinan Siti Zuhairah, adik keduanya.
"Baik, mak!" sahut Nisa. Dia segera mencapai dulang yang dipegang ibunya lantas dibawa ke ruang tamu. Kemudian dia segera ke bilik tidur untuk melihat keadaan adiknya yang masih disolek oleh mak andam.
"Waahh.. cantik sungguh adik akak, ni!" puji Anisah kepada Siti. Siti tersipu-sipu malu dengan pujian yang diberikan oleh kakak kesayangannya.
"Akak ni.. mana ada. Akak pun cantik juga masa akak kahwin dengan Abang Amsyar dulu.." ujar adiknya. Senyuman Anisah kembali menjadi tawar apabila teringatkan Amsyar. Sudah hampir setahun Amsyar pergi meninggalkannya.
"Akak.. Siti minta maaf.." ragu-ragu dia meluahkan. Anisah hanya tersenyum.
"Takpe, sayang. It's ok. Akak doakan Siti bahagia dengan Aiman. Lepas kahwin ni, banyak dugaan hidup berumah tangga yang perlu Siti lalui. Jadilah isteri yang solehah ye, sayang?" tegur Anisah. Siti hanya mengangguk senyum. Akur dengan nasihat yang diberikan oleh kakaknya. Anisah segera memeluk dan mencium adiknya.
"Akakk.. habis make-up Siti.." rungut Siti lantas mereka ketawa.
Bunyi paluan kompang sudah kedengaran. Siti seraya bangun dari duduk dan mengintai dari tingkap biliknya. Dia gugup.
"Akak, pengantin lelaki dah datang.. Siti gugup la, kak!" kata Siti gelabah.
"Sabar, sayang.. Biasa la adat berkahwin. Dah.. mak andam, dah siap ke semuanya?"
"Dah.. Siti boleh turun sekarang.." ujar mak andam. Anisah membawa Siti turun ke bawah. Dia bahagia melihat adiknya bahagia. Kedua-dua mempelai agak berseri-seri apabila disatukan di bawah satu payung yang sama. Anisah hanya tersenyum sahaja. Andai kata Amsyar ada bersama, tentu dia dapat tumpang rasa kegembiraan ini bersama.
"Kak Nisa.. abang Azrin datang..!" jerit Azizan, adiknya yang ketiga. Anisah terkejut apabila melihat Azrin dan Fatin datang sambil membawa beberapa bungkusan hadiah. Mereka mendekati Anisah.
"Ini semua hadiah dari kawan-kawan UIA. Mereka minta maaf sebab tak dapat datang, so dorang kirimkan aje hadiah ni untuk Siti" kata Azrin. Hadiah bertukar tangan. Anisah hanya tersenyum.
"Terima kasih. Err.. Korang berdua baru sampai, ke?" tanya Anisah.
"A'ah. Tadi kitorang pergi beli buah tangan kejap dekat pasar tani.." jawab Fatin.
"Marilah! Panas ni.. korang makan dulu, ye?" ajak Anisah. Sahabatnya itu hanya akur sahaja.
Selesai sahaja majlis, masing-masing berehat di beranda rumah. Tetamu yang hadir kembali berkurangan. Hanya tinggal beberapa orang anak-anak kampung yang sibuk membantu membersih dan menurunkan khemah di perkarangan rumah mereka.
Anisah menatang dulang berisi air kopi dan beberapa keping biskut kosong untuk dijamukan kepada sahabat baiknya itu.
"Alaa.. takpe, Nisa. Janji dapat basahkan tekak sudah la.." balas Fatin tersengih.
"Mana pengantin baru? Dari tadi tak nampak muka?" tanya Azrin. Matanya melilau mencari kelibat adiknya.
"Tidur agaknya. Penat sangat kot jadi raja sehari.." jawab Anisah.
"Bila Nisa nak balik KL?" tanya Azrin lagi. Makanan dimulut dikunyah perlahan. Fatin mengangguk setuju.
"Tengoklah dalam dua hari ni.." jawab Anisah. Mereka berdua mengangguk.
******************
Anisah menghantar sahabatnya itu ke kereta mereka. Fatin menumpang Azrin kerana dia tidak mempunyai kenderaan. Sedang Azrin sibuk menyusun barang di dalam bonet kereta, Fatin menarik tangan Anisah jauh dari lelaki itu.
"Nisa.. Azrin tu dah lama tunggu kau.." bisik Fatin. Anisah hanya diam. "Kesian la dekat dia.."
"Aku tak tahu, Fatin.."
"Nisa.. arwah dah lama pergi. Sampai bila kau nak hidup membujang?" nasihat Fatin.
"Aku tahu.. tapi berikan aku masa.."
"Kau fikirlah baik-baik. Bukan senang nak dapat lelaki macam Azrin.." ujar Fatin. Anisah hanya mengangguk perlahan.
Sebaik sahaja enjin dihidupkan, kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah mereka. Anisah melambaikan tangan kepada sahabatnya. Sekilas dia mengeluh. Langkahnya perlahan menuju ke tangga rumah. Kenangan bersama arwah Amsyar tak mungkin dapat dilupakan seumur hidupnya. Meskipun lelaki itu sudah tiada lagi di dunia, dia tetap menyayangi Amsyar sepenuh hati.
*****************
Anisah membuka pintu rumah. Beg pakaian ditarik masuk ke dalam dan disandarkan ke tepi dinding. Dia segera duduk di atas sofa untuk menghilangkan penat. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam benar-benar meletihkan.
Mata Anisah tertancap ke arah bingkai gambar perkahwinan dia dengan Amsyar. Sekilas dia tersenyum sendirian. Rindunya dia pada lelaki itu.
"Abang.. Nisa yakin abang masih hidup.." dia bermonolog. Masih teringat di saat kejadian yang menimpa mereka setahun yang lalu. Waktu itu, Anisah tekad untuk pulang ke kampung bagi mengumpul semula semangatnya yang telah kendur. Dia perlukan masa untuk membuat keputusan samada dia ingin meminta cerai ataupun terus hidup bersama Amsyar. Tetapi tidak disangka-sangka esok paginya dia mendapat berita bahawa Amsyar mendapat kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu masuk ke dalam gaung dan meletup. Namun mayatnya tidak dijumpai.
Sehingga kini mereka tidak menemui mayat Amsyar dan peristiwa itu menjadi tanda tanya. Sudah acapkali berita kehilangan Amsyar tersebar luas. Namun masih menemui jalan buntu. Bagi ahli keluarga yang lain terutama mama dan papa Amsyar, Amsyar telah tiada dan mereka redha tapi tidak bagi Anisah. Naluri seorang isteri sepertinya yakin suaminya masih hidup, cuma tidak diketahui di mana suaminya berada.
'Ya Allah, andai kata suamiku masih hidup.. Kau temukanlah aku dengannya. Aku betul-betul merinduinya, Ya Allah' doa Anisah di dalam hati.
Anisah mengeluh lantas segera mengangkat begnya ke atas. Sehingga kini, dia setia menunggu Amsyar.
*******************
"Tekadkah Nisa untuk tidak menerima Rin dalam hidup Nisa?" tanya Azrin sewaktu mereka makan malam bersama. Anisah hanya mengangguk perlahan.
"Tapi kenapa?" tanya dia lagi.
"Kerana cinta dan sayang Nisa untuk suami Nisa.." jawab Anisah. Memang dari dulu dia tekad, dia tidak akan menyayangi sesiapa kecuali Amsyar. Betapa teruknya lelaki itu melayan dia selama ini namun hatinya tetap menunggu Amsyar dan tertutup untuk lelaki lain.
"Tapi Amsyar dah lama meninggal Nisa.. Sampai bila Nisa nak hidup macam ni?"
"Bagi semua orang, dia dah tiada.. tapi bagi Nisa dia tetap hidup dalam hati Nisa.. Maafkan Nisa, Rin. Nisa cuba untuk menyayangi Rin tapi Nisa tak boleh. Nisa hargai segala budi baik Rin pada Nisa selama ini.."
"Rin akan tunggu Nisa.." itu sahaja yang dapat diperkatakan oleh Azrin. Dia terlampau menyayangi Anisah. Sejak di universiti lagi. Kali ini dia tidak boleh melepaskan Anisah begitu sahaja.
"Jangan menyeksa diri, Rin. Rin layak untuk menyayangi orang lain. Jangan tunggu Nisa kerana keputusan Nisa adalah muktamad"
"Rin akan cuba memenangi hati Nisa.. Rin akan cuba membuatkan hati Nisa dapat menerima Rin walaupun hanya sedikit.." janji Azrin membuatkan Anisah betul-betul terkejut. Tidak disangka Azrin betul-betul menyayanginya. Tapi apa yang boleh dibuat, hatinya keras. Hatinya sudah tertutup. Cintanya hanya untuk Amsyar seorang.
*****************
Anisah menatap gambar perkahwinan mereka berdua. Dimanakah Amsyar sekarang? Setahun sudah berlalu namun Amsyar langsung tidak menunjukkan wajahnya. Adakah benar Amsyar sudah meninggal dunia? Tidak! Selagi aku tak jumpa mayatnya, aku yakin Amsyar masih hidup.
Tiba-tiba.. kedengaran bunyi orang menekan loceng rumahnya. Anisah segera bergerak ke sliding door untuk melihat siapakah gerangan yang datang ke rumahnya malam itu.
Anisah membuka pintu. Kelihatan wajah mertuanya tersenyum memandang Anisah. Anisah segera menghulurkan tangan untuk bersalam dengan keluarga arwah suaminya.
"Kenapa mama dan papa nak datang tak beritahu Anis dulu?" tanya Anisah apabila dia menjemput mertuanya duduk. Datin Faridah dan Datuk Azhari hanya ketawa.
"Saja je mama dan papa tak nak telefon Anis. Nak buat surprise!" seloroh Datin Faridah.
"Bila mama dan papa pulang ke Malaysia? Kalau Anis tahu, Anis jemput mama dan papa dekat KLIA tadi.."
"Kami dah sampai semalam, Anis. Tak nak susahkan Anis sebab mesti Anis penat uruskan perkahwinan adik Anis, tu" jawab Datuk Azhari pula.
"Ha.. macam mana majlis adik Anis? Ok? Kami minta maaf la sebab tak sempat nak balik. Last minute papa kamu ni ada hal dekat Toronto sana tu.." jelas Datin Faridah. Anisah hanya tersenyum.
"Takpela, ma.. Semuanya ok. Mama dan papa tidur rumah Anis malam ni macam mana? Rindu sangat dengan mama dan papa. Ada banyak benda Anis nak cerita" usul Anisah. Mereka berdua saling berpandangan.
"Hmm.. boleh jugak! Mama pun ada banyak nak cerita dengan Anis. Mak sihat?"
"Sihat je.."
"Dah lama kita tak jumpa besan kita kan, bang?"
"A'ah. Nanti kalau ada masa kita pergi la jenguk mereka di Perak, ye?" balas Datuk Azhari pula. Anisah hanya ketawa.. Gembira sungguh dia pada hari itu. Setiap kali melihat wajah kedua ibu dan bapa mertuanya pasti dia akan teringatkan arwah. Terutama sekali wajah Datuk Azhari yang sememangnya seiras dengan wajah Amsyar. Agaknya kalau Amsyar dah tua, adakah sebijik macam muka Datuk Azhari sekarang? Hehehehe.. Ah! Rindunya aku pada dia.
********************
Malam itu seusai mereka makan malam, Anisah mengambil angin malam seorang diri di luar. Mama datang menghampirinya apabila melihat dia tiada di dalam.
"Anis buat apa dekat sini?" tanya Datin Faridah lalu duduk di atas kerusi batu di laman.
"Takde apa-apa, mama. Just ambil angin malam" jawab Anisah.
"Masa arwah Amsyar ada, dia selalu juga teman mama ambil angin dekat luar malam-malam macam ni. Masa tu dia masih bujang lagi.." ujar Datin Faridah memulakan cerita. Anisah hanya tersenyum lalu duduk bersebelahan dengan Datin Faridah.
"Masa Amsyar kecil, dia nakal tak mama?"
"Nakal sangat. Sampai tak menang tangan jadinya. Masa tu mama rasa mama bukan ada anak sorang tapi macam ada 4 orang anak. Amsyar aktif dan manja budaknya.."
Anisah mengangguk. Teringat dia sewaktu mereka kecil. Perangai Amsyar memang menyakitkan hati. Selalu sangat membuli orang dan dialah mangsa yang menjadi pilihan Amsyar dan kawan-kawannya ketika itu. Kali terakhir mereka berjumpa ketika tamat SPM. Masa tu rasa bebas sangat. Dia bersyukur. And then, selepas tamat universiti, mak dan abahnya buat keputusan untuk tinggal di kampung dan uruskan kebun yang ditinggalkan arwah neneknya. Tak disangka.. jodoh mereka kuat apabila bertemu kembali 11 tahun kemudian. Memang tidak dijangka.
Sebelum arwah atuk Amsyar meninggal, Anisah baik dengan arwah. Dia bertemu dengan arwah atuk Amsyar sewaktu dia menjalani praktikal di syarikat keluarga Amsyar. Masa tu dia hanya mengetahui nama Amsyar melalui cerita-cerita dari mulut arwah atuknya. Memang tak pernah disangka Amsyar yang sering diceritakan itu adalah musuh ketat dia sewaktu di sekolah. Tetapi waktu itu Amsyar masih belajar di luar negara dalam kursus DBA (Degree in Business Administration). Arwah atuk Amsyar memang peramah orangnya. Tidak pernah dia menunjukkan ada jurang di antara dia dan pekerjanya. Semuanya dilayan dengan baik. Sebab itu dia sayang sangat dengan arwah. Walaupun dia sudah habis praktikal di situ namun mereka tidak putus hubungan.
"Anis masih sayangkan Sya?" pertanyaan Datin Faridah membuatkan Anisah kembali ke alam nyata.
"Sayang, ma. Dialah satu-satunya lelaki yang wujud dalam hati Anis sehingga kini" jawab Anisah.
"Walaupun selama ini arwah tidak pernah melayan Anis dengan baik?" uji Datin Faridah. Anisah ketawa.
"Anis tak pernah ambil hati, ma. Walau sejahat mana Amsyar buat pada Anis.. Anis tetap sayangkan dia."
"Untung Sya dapat isteri macam Anis. Mama sendiri tidak tahu kenapa Sya tidak boleh menerima Anis sehingga ke akhir hayatnya." Datin Faridah menggelengkan kepala. Kedengaran suaranya agak berlainan. Dia sebak. "Andai Sya masih hidup, tentu dia akan terharu" Datin Faridah kembali mengesat air matanya dari mengalir ke pipi. Anisah memeluk ibu mertuanya.
"Sabarlah, ma. Anis yakin arwah masih hidup.." itu sahaja yang mampu Anisah katakan. Walaupun hanya 70% namun dia tetap yakin.
***********************
Anisah leka mencari novel terbaru di kedai buku itu. Sengaja dia menyuruh Azrin menemani Fatin membeli barang keperluan manakala dia melencong ke kedai buku berhampiran. Sudah lama dia tidak membaca novel. Hampir setahun agaknya.
Anisah mencapai satu persatu novel di depan mata. Setelah puas memilih, segera dia membawa buku tersebut ke kaunter bayaran. Secara tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang tergesa-gesa membuat pembayaran.
"Ouch!" jerit Anisah perlahan.
"Oopss.. sorry.." jelas lelaki itu. Mata mereka bertentang. Lelaki itu hanya tersengih. "Awak tak apa-apa?" tanya dia serba-salah.
"Err.. tak." jawab Anisah. Kenapa dia rasa lain?
"Maaf, saya tak sengaja terlanggar awak.."
"It's ok!"
Anisah melihat sahaja lelaki itu berlari ke arah kaunter. Dia seakan-akan mengejar sesuatu sahaja.. Anisah memegang lengan kirinya yang masih terasa sakit. Suara itu.. macam pernah dia dengar..
hihi.... jd owg y first comment.... bagus la nisa tu.... dy tetap syng kat sya kan... walaupon sya da wat macam2 kat dy... mesti lelaki y dy lnggar kat kedai tu sya kan.... hihi.... k sambung cepat k.. cayok3...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sejauh maner kiter pg
jodoh xkan kemane3..
biar rase benci..
tp andai sudah suratan
kiter akan menemuinyer