Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mana kau nak bawa kita orang ni, Penan?," Dup! Satu hantukan kuat mengenai kepala Lang. Berpinar seketika. Untuk beberapa saat dia tersandar pada dinding kotak lutsinar yang dirasakan seakan bergerak ke atas. "Sakitlah!,"jeritnya setelah kepalanya sedikit stabil. "Kan aku dah cakap. Jangan panggil aku Penan! Ini KL tau. Bukan kat kampung!," Lang menarik muncung. Kuat juga kepala Si Penan ni. Dalam marah, hatinya berbisik sendiri. "Dah tu, nak panggil apa?,"Achong mula membuka mulut. "Panggil aku Pan. Sebutannya macam P.E.N., pen. Ejaannya P.A.N,"Penan mula bersuara dengan wajah sedikit bangga. Namun, bangganya sedikit mengendur apabila kata-katanya disambut dek deraian ketawa tiga sahabat lamanya itu. "Apasal kau gelak?," "Nama macam kuali!,"Achong bersuara. Jawapan yang membuat Toy berguling-guling di lantai. Ketawa bagai kena rasuk. Lang mula menggelupur sambil memukul dinding. Riuh bunyinya. "Diamlah! Nanti orang dengar," "Mana ada orang dalam kotak ni..," "Sini memanglah tak ada. Tapi, nanti pintu ni, terbuka, mana tahu ada orang," Mendengar kata-kata Penan, tawa tiga sahabat itu sedikit mereda. "Sebenarnya kau nak bawa kita orang ke mana? Mana rumah baru kita orang?," "Nantilah. Esok-esok aku tunjuk. Malam ni, kita bermalam saja kat rumah aku," "Rumah kau? Kau duduk dalam kotak ni, ke?," "Bukanlah.." Sebaik sahaja Penan memberi jawapan, tiba-tiba kotak yang mereka duduki, berpintu lagi. Dinding yang tadi rapat, terbuka tiba-tiba. Lang dan Toy memandang dengan perasaan kagum. Di kampung mereka tidak pernah jumpa kotak ajaib sebegini. "Jomlah keluar,"Penan bersuara dari luar kotak tersebut. Melihat Penan sudah pun terapung-apung di luar kotak, cepat-cepat mereka keluar dari situ. "Ajaiblah kotak ni,"Toy bersuara kagum. "Ini lif. Bukan kotak. Kau ni, cakap macam orang tinggal dalam hutan! Tulah, berkurung kat kampung tu. Cubalah sesekali pergi kat town tu. Kat town dekat kampung kita pun, banyak lif, tau! Lain kali kembangkan sikit minda tu. Jangan jadi, katak bawah tempurung," Achong mencebik, Lang membuang pandang dan Toy buat-buat pekak. Penan sudah mahu mulakan ceramah. "Aku cukup tak suka pada orang berfikiran mundur ni. Negara kita dah maju. Tapi, kau orang masih juga di takuk lama. Berubahlah kawan. Kalau bukan kita yang nak ubah diri kita sendiri, siapa lagi? Tengok macam aku ni. Aku berani buat perubahan. Tengok! Sekarang aku dah berjaya. Aku berjaya berada di Crystal Plaza ni," "Berjaya duduk dalam kotak pun, nak bangga..,"Lang merungut perlahan. "Kau tak tahu, macam-macam ada dalam 'kotak' ni," "Apa dia?," Penan memerhati sekeliling. Lenggang. "Jom ikut aku,"
**** "Ini computer," Penan mula bersuara sambil melangkah ke arah satu computer yang terpasang di meja. Lang, Achong dan Toy sekadar mengikut dari belakang. "Aku suka lepak kat sini. Boleh belajar IT," "IT? Apa kebenda tu?,"Achong membuka mulut. "Ikat Tali ke?," teka Lang sambil menggaru kepala. "Ikat tali kepala hotak kau! Information Technology lah!," "Amboiiii...Kuali cakap omputihlah....,"Toy bersuara sambil tergelak. Tetapi, cuma untuk seketika, apabila kali ini, buraian isi perut Penan melibas tubuh kecil Toy. Toy menarik muncung sambil menutup mulut dengan jemari kecilnya. Penan pula, terus bertenggek ke kerusi sambil memandang monitor. "Awek aku adalah," "Awek kau? Mana?,"Achong segera bertanya sambil melompat ke sebelah Penan. Dalam, rabun, semangatnya begitu tinggi untuk melihat wajah kekasih temannya itu. "Tak nampak. Tapi, dia online ni. Alaa..aku kenal pun, kat sini je. Malam-malam bila computer ni on, aku chatlah dengan dia. Ramailah juga awek aku. Setiap satu computer kat sini, ada sorang awek aku. Malam ni, aku chat dengan awek ni, malam esok, aku chat dengan awek lain lak. Seronok...," "Chat tu apa?,"Toy mula membuang rajuknya. Topik yang begitu menarik, membuat dia berasa rugi kalau terus merajuk. Perlahan-lahan dia bergerak ke sebelah Penan. Lang pula, bertenggek ayu di meja sambil matanya melilau memerhati sekeliling. Agak suram dan sunyi. Cuma ada susunan meja yang kosong bersama timbunan kertas-kertas dan computer. Bezanya, computer di meja lain, tertutup. Dia mengeluh perlahan. Matanya beralih ke arah lain. Senyum mekar di bibir. "Ada oranglah," dia bersuara senang sambil matanya terus mengamati ke arah seorang lelaki yang sedang melangkah ke arah mereka. "Mana?,"Toy menyampuk. "Tu...,"Lang menjawab pendek, sambil melambai. Ingin beramah mesra dengan teman serumah Penan. Senyum lebarnya, hilang perlahan-lahan apabila melihat lelaki itu berhenti melangkah. "Hai..,"sapa Toy sambil melompat bersama Achong. Lang mengerutkan kening. Gelagat lelaki itu, seolah-olah tidak menyedari kewujudan mereka. Perlahan lelaki itu berundur sebelum memalingkan badan. "Hey, nak ke mana tu?,"Lang mula bertanya. Dan, sebaik soalan itu keluar dari bibirnya, lelaki itu memecut laju. Lang mengerutkan kening. Berpaling pada Penan yang khusyuk menatap computer sambil sesekali menekan keyboard menggunakan pen yang digigit. "Pan, kenapa dengan kawan kau tu?," "Kawan? Mana aku ada kawan kat sini. Aku tinggal sini sorang-sorang je," "Lelaki tadi tu?," Penan terpempan. "Lelaki? Mana dia sekarang?," "Kita orang tegur, dia buat tak tahu. Aku Tanya dia nak ke mana, dia terus lari," "Hah?! Yang kau tegur buat apa? Itu manusialah! Kenapa tak cakap dengan aku? Kita sembunyi dulu sementara dia masih ada kat sini. Kau orang ni.. lepas ni, mesti kecoh! Di buatnya dia cari bomoh pagarkan tempat ni, aku pula yang merempat, tahu!," "Mana aku tahu. Aku Cuma nak berbaik-baik saja," "Kita mana boleh berbaik dengan manusia?! Agaknya pasal nilah, kau orang separuh rentung ni, ya?," "Buat baik, tak salah, kan?,"Lang bersuara sedikit lantang. "Nak buat baik, tengok tempatlah. Menyampah aku. Dah, jom blah. Nampaknya seminggu dua ni, aku tak boleh baliklah jawabnya. Ini semua kau punya pasal," Lang mencebik. Mengerling ke arah muka Penan yang masam mencuka.
*** "Dua hari MC, kenapa? Demam ke?," Seman menoleh. Seram – sejuk masih terasa. "Aku demam terkejut kot," "Demam terkejut?," Seman mengangguk. Teringatkan apa yang dialaminya beberapa malam lalu, terasa romanya kembali meremang. "Kenapa?,"sekali lagi temannya bertanya. "Kau ingat, aku ada buat OT kan, dua hari lepas?," "Ha ah. Kenapa?," "Aku Nampak..," "Penanggal? Kan dah ramai yang nampak. Buat tak tahu aje," "Masalahnya, bukan penanggal aje. Penanggal duk bertenggek kat kerusi aku sambil mengadap komputer. Pocong tercegat sebelah dia. Langsuir dengan toyol duk lambai kat aku. Aku baru nak blah, ada pula yang tegur. Tanya aku nak ke mana..tak sanggup weiii," "Kau biar betul. Dia bawa geng ke?," Seman Cuma merenung tajam wajah temannya yang tergelak besar. "Kau ingat aku main-main ke?," "Alaa.. dia ajar kawan-kawan dia chat kot..," "Kau cakap sekarang bolehlah. Terkena kat kau sekali, padan muka," Temannya tergelak lagi. Seman menjeling. Malas menyambung cerita. Yang pasti, selepas ini, dia tidak akan bekerja lebih masa sendirian lagi.
**** "Selesa juga rumah baru ni,"Lang bersuara sambil bersandar pada dahan pokok yang merendang. Memandang kegelapan malam. "Selesa apa. Rimaslah. Esok aku rasa aku nak balik rumah aku. Agaknya dah cool sikit kot keadaan rumah aku sekarang ni. Dah lima hari aku kat sini,"Penan menyampuk sambil menyedut cecair merah dari plastic. "Senang betul kau dapat bekalan ya. Tiap-tiap malam aku tengok aku dapat stok. Ramai ke perempuan yang bersalin kat sini," Toy bertanya sambil berayun kaki di sebelah Achong yang mula terlena. Penan tergelak. "Memanglah senang. Eh, ini bukan darahlah. Aku dah lama tak minum darah," "Dah tu?," "Ini jus roselle. Sedap.. kau nak cuba? Berkhasiat ni. Kaya dengan vitamin C. Khasiat dia pun banyak. Untuk anti penuaan, pencegah penyakit cardiovascular. Anti-cancer, elok untuk hilangkan demam ke, selesema ke.. dan, kalau kau susah nak tidur, pun boleh cuba jus ni. Aku ambil kat kedai makan depan tu..," "Ooooo. Mana kau tahu?," "Aku search kat internet laaa," "Kau cubalah. Memang sedap..,"tambah Penan sambil rakus menyambung tegukannya. "Kenapa kau tukar minum jus pula?," "Hidup kat Malaysia ni, kadang-kadang susah nak buat jahat. PDRM kita hebat. Kalau bunuh orang, sekejap je kita dah kena tangkap..," "Apa kena mengena PDRM dengan kita? Apalah kau ni..," Penan tersengih. Toy menggeleng mendengar hujah bodoh Penan. "Penan," "Pan lah, bodoh..," "Yalah..Yalah.. Pan, rumah siapa kat sebelah tu? Gelap je. Tak ada orang duduk ke?," "Mana aku tahu. Aku pun bukan selalu ke sini. Kau cakap nak tempat tinggal, tu yang aku survey tu. Jumpa pulak tempat ni. kau orang kan suka duduk kat pokok besar, so, aku bawa kau orang ke sini," Lang mengangguk perlahan mendengar jawapan temannya. "Tapi, jauh dari rumah orang sikit, kan?,"Lang bersuara lagi. "Jauhlah elok. Tak ada banyak masalah. Kat sini, kau buat hal kau, cukuplah. Janganlah nak ramah sangat. Nanti tak pasal-pasal rentung lagi," "Tahulah aku..," "Ha ah,"Toy menyampuk. Penan diam seketika. Menghabiskan sisa-sisa jus yang dia minum. "Hey, aku nak cari jus lagilah. Kau nak ikut?,"Penan bersuara tiba-tiba. Lang menggeleng. "Tak nak,"sepatah jawapan yang diberi Toy. "Oklah. Kalau macam tu, aku pergi dululah," Lang sekadar mengangguk perlahan sambil memerhati Penan yang sudah terbang meninggalkan mereka. Untuk seketika, mereka saling membisu. "Toy..," "Hmmm..," "Tak best kat sini kan? Sunyi..," "Ha ahlah. Aku baru nak cakap. Tapi, aku nak cakap depan budak Kuali tu, aku takut dia kecil hati pulak. Yalah. Susah-susah dia cari kita rumah," "Betul..betul..betul..,"Achong menyampuk tiba-tiba, membuat Lang dan Toy terkejut besar. "Tak tidur rupanya mangkuk ni!,"marah Lang sambil mengurut dada. Achong tergelak kecil.
****
"Lang," "Apa dia?," "macam ada oranglah, kat rumah tu," "Ya ke?,"laju Lang berdarat di tautan akar pokok sambil memandang ke arah rumah di sebelah rumah mereka. "Ha ahlah,"dia bersuara perlahan. "Jom kita pergi tengok nak? Bosanlah asyik kita bertiga je. Ada kawan pun bagus juga,"Toy mula memberi cadangan. "Aku nak. Tapi, mesti Penan bising nanti..,"Achong mula berbisik. "Alaa.. dia kan tak ada. Dia cari jus roselle kan?," "Nanti dia datang, kita tak ada macam mana?,"soal Lang sedikit was-was. Kenapa kebetulan malam ini pula, Penan datang bertandang ke rumah mereka? "selalunya Penan, kalau keluar cari jus, kan lama. Kita pergi, pun, bukan lama pun..,"Toy cuba memujuk. "Hmm.. oklah. Sekejap tak apa kot,"Lang memberi persetujuan. Dan, serentak dengan itu, mereka bergerak perlahan ke rumah yang mereka fikirkan tidak berpenghuni itu. Masih gelap sebenarnya. Cuma sedikir suram dengan cahaya lilin dan unggun api. "Elektrik diorang kena potong agaknya ya?,"bisik Lang sambil bergerak perlahan. "Agaknyalah..," "Apa mereka buat tu ya? Riuh je.. macam ada pesta pulak,"sampuk Achong juga dengan suara perlahan. "Memang ada pesta kot. Tu, terkinja-kinja menari tu. Duk keliling unggun apa. Tapi, tak Nampak sangatlah rupa mereka. Ramai juga tu..,"Toy bersuara sambil mengintai di balik dinding yang sedikit terkopak. "Kalau tak Nampak kita terus ke pintu depanlah. Ketuk pintu. Nanti mereka ingat kita nak mencuri pulak," "Betul..betul..betul..,"sampuk Achong terangguk-angguk. Penyakit baru, sejak Penan bawa mereka menonton wayang pada hari pertama mereka ke Kuala Lumpur. Suka betul Achong pada filem yang mereka tonton tempoh hari, sehingga terikut-ikut dialog di dalam filem itu. "Siapa nak ketuk pintu ni?,"Toy bertanya sambil menggaru perut buncitnya. "Akulah,"seraya menawarkan diri, Lang terus mengetuk pintu. Mula-mula perlahan, apabila tiada tindak balas, ketukan dikuatkan. Untuk beberapa kali. Kemudian bunyi bising tiba-tiba sepi. Peluang itu diambil untuk mengetuk sekali lagi. Dia tersenyum. Barangkali jiran mereka sudah dengar ketukan itu. Pintu terkuak perlahan-lahan. Lang tersenyum. Toy tersengih. Dan Achong bersama wajah tidak berdosanya. Pintu terbuka lebih lebar. Dan lebar.. Senyum Lang hilang tiba-tiba. Sengih Toy juga tidak tahu ke mana perginya. Sedang Achong sudah mula buat muka terkejut. Buruk sungguh rupa jiran mereka ini. "Hantu!!!,"serentak mereka menjerit dan berterbangan lari. "Hantu!!!!,"jeritan yang sama juga mereka dengar dari dalam rumah itu. tetapi, Mereka tidak mahu berpaling lagi. Mereka perlu lari dari situ. Laju terbang dari situ. "Hoi! Hoi! Kau orang nak ke mana tu?!,"terbangan Lang terhenti serta-merta. Suara Penan. Liar matanya mencari. Dia menarik nafas lega melihat Penan santai menghirup jus roselle dia atas bumbung sebuah lori. "Kita pergi dekat Penan,"dia bersuara. Toy mengagguk sambil tertunduk menahan penat. Achong pula terus melompat mendekati Penan. "Kau dari mana ni?,"Penan bertanya dengan nada hairan. "Kita orang jumpa hantu...," Penan tergelak. "Bodohlah korang ni. hantu tu kan, geng kita juga. Yang kau lari buat apa?," "Ish.. kau tak tengok. Muka mereka. Buruknya... Ada subang kat mulut. Ada subang kat mata.. ada subang kat hidung. Muka pula... Eeiiiii. Aku takutlah," "Kat mana kau jumpa?," Lang bertenggek di sebelah Penan. Toy mula merangkak mencari sedikit ruang untuk tubuh kecilnya. Dia perlu hilangkan penat. Achong pula, sudah terbaring di atas bumbung lori. Sudah lama dia tidak berlari selaju ini. "Kat rumah sebelah rumah kami,"terang Lang sambil menyelak rambutnya yang mengurai. Penat. "Rumah tu, kan kosong..," "Malam ni, ada penghuni. Kami saja nak jenguk..," "Aku nak pindah tempat lainlah,"Toy bersuara perlahan. Suaranya sedikit bergetar. "Nak pindah ke mana lagi?,"Penan bersuara dengan nada tidak bersetuju. Lang diam. Baru penatnya mahu hilang, debarnya datang lagi. Sekumpulan hantu itu ternyata mengejar mereka. "Toy! Achong! Mereka kejar kitalah..,"jeritnya kecut. Penan turut memandang ke arah pandangan Lang. "Nak lari ke tidak ni?,"menggeletar suara Achong bertanya. Untuk teruskan lariannya, memang dia tidak sanggup lagi. "Kejap. Mereka berhentilah,"Lang bersuara apabila melihat sekumpulan penghuni rumah itu berhenti serta – merta di tengah- tengah jalan yang suram. "Hantu!," "Penanggal!," "Langsuir!," "Toyol!," "Pocong!!!!," Jeritan itu, mengiringi larian semula kumpulan itu. Tetapi, bukan ke arah mereka. Kelihatan seperti kumpulan itu lari dari mereka. "Tobat! Lepas ni aku nak duduk rumah je. Aku tak mahu jadi punk lagi..!!!!!!," Lang sedikit binggung mendengar jeritan terakhir yang sedikit sayup sampai ke telinganya. "Kenapa mereka lari pulak?,"Toy bertanya hairan, "Itu manusialah, bodoh..,"Penan bersuara sambil tergelak. "Manusia? Aku tak pernah jumpa manusia macam tu," "itu budak-budak punk. Memang gaya mereka macam tulah..Apa punya hantulah korang ni. buat malu kaum je. Dengan budak punk pun kau orang takut," "Buruk benar rupa mereka. Eeiiiiiiiii..,"Lang memberi komen bersama wajah yang ngeri. "Sudahlah. Aku yakin, lepas ni, mereka tak akan pergi lagi rumah kau. Tak payah risaulah. Tak payahlah nak pindah-pindah. Buar penat badan je," "Kita tengoklah. Tapi, kalau mereka datang lagi, aku rasa, aku tetap nak pindah..,"Lang bersuara separuh membuat keputusan. "Betul..Betul..,"belum sempat menghabiskan perkataan 'betul' yang ketiga, tiga hantukan singgah ke kepala Achong. "Adui..," "Selalu buat orang terkejut tau!,"marah Lang sambil merengus. Toy dan Penan merenung marah. Hampir tergolek mereka dari bumbung lori gara-gara Achong yang suka menyampuk tiba-tiba.
hahahha.. syok giler smbungan citer nie.. idea yg unik..
hantu tkot punk pe..?? ley r aku jd punk hantu takot.. n aku tau ahcong negok citer GENG upin ipin kn.. hakhakahk.. then kt budk atas yg pening bce citer nie coz kamuyh x bce Jiran Baru before diowg lom dtg KL kot.. tu yg pening.. best2..
hahahaha..best2 cite nih..:)):)) lawak sgt2 mula2 baca cite yg first die aku dah tau die duk cite sal hantu.. mmgla mula2 kita ingt jiran baru2 hantu n die2 manusia..baca btoi2 baru tau die org sbnrnya hantu..huhu.. apa2 pun aku suka sgt cite2 hantu ni.. lain dr yg lain..ni asyik cite yg cedih2..xmo la gak.. kurang2 ya nak la cite yg boleh wat kita hilangkan tension. n wat kita gelak lak..dptla hilangkan stress ckkit..
tp cite ni sbnrnya ble d jadikan tauladan gak.. die selitkan unsur2 pengajaran cnth bdk2 punk zmn2 skrg.. kalu ada hantu zaman moden biar die pegi usik bdk2 punk ni.. bg dieorang insaf cikit..hehehehe.. apa2 pun..tahniaahZZZ..buat penuliZZ.. buat sambungan lg ok..:)>-
mmg gler r penan tuh... awek2 dye yg kat internet tu manusia ke..antu cam dye jugak?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahahahaha...
lawaknye nye sambungan kisah hantu2 sekalian ni ek.....
mmg btl2 ktggln zaman, tp si penan 2 advance lak..kehkehkeh...
IT pn tau..dahsyat 2!!!