Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kehilangan Hani membuka satu memori luka Zafran.Dia sudah berubah sepenuhnya.Hidupnya serba tidak kena.Keluarganya sudah penat memberi nasihat supaya membuka lembaran baru namun dia degil.Masih lagi mengenangkan saat-saat manis bersama dengan wanita yang dicintainya.Hani pergi dengan menghadiahkan seorang bayi kecil yang comel buat Zafran.Namun itu bukan yang dipintanya, hasratnya Cuma mahu Hani kembali ke pangkuannnya.Namun semua adalah kehendak-NYA. "Zaf..Sampai bila kau nak jadi macam nie?Jangan nak musnahkan hidup Hazirah dengan kesedihan kau!" Puan Syamsiah berkata.Hazirah, anak Zafran dan Hani sudah melangkau 5 tahun, namun masih belum mendapat kasih seorang ayah dengan sempurna.Hidup anak kecil itu hanya dibayangi oleh Puan Syamsiah dan Encik Zarid selaku nenek dan datuknya. "Zaf..Mama tengah cakap dengan kau nie.Sampai bila kau nak jadi macam nie?" Puan Syamsiah masih lagi bertanya biarpun soalan terdahulu belum terjawab.Zafran masih lagi memegang bingkai gambar Hani.Matanya tertutp seolah-olah fikirannya sudah menerawang hingga ke awan. "Zafran..!" panggil Puan Syamsiah lagi.Namun dia terdiam apabila manik-manik putih tiba-tiba jatuh berguguran dari tubir mata anaknya.Lantas tangannya mengesat air jernih tersebut.Zafran lantas bangun dari baringannya. "Mama..Zaf nak bersendirian!" Zafran bersuara buat pertama kalinya.Puan Syamsiah lantas melepaskan keluhan yang berat.Wajah anaknya ditatap dengan penuh rasa simpati.Rambut Zafran yang kusut diusapnya perlahan.Satu kucupan dihadiahkan di dahi anaknya. "Sampai bila Zaf nak bersendirian.Zaf sedar tak Hazirah tue dah besar, tapi tak dapat kasih sayang Zaf..Jangan macam nie, nak" ujar wanita separuh tua itu lagi.Tangannya lantas menyambar tangan anaknya dan diusap manja.Zafran hanya merelakannya mungkin merasa lebih tenang dengan usapan itu. "Mama uruskan Hazirah..Zaf dah tak nak ambik kisah lagi.Dia cma mengingatkan Zaf pada Hani.." kata Zafran sedikit angkuh. "Zaf!Jangan kamu cakap macam tue..Hazirah tue anak kamu..Anak Hani jugak.Tak kan kamu nak biarkan dia macam tue sahaja.Bila mama dan papa tak ada kamu yang kena jaga dia..Jangan lepas tangan nak!" Zafran bangun dan mencapai tuala dan segera masuk ke kamar mandi.Puan Syamsiah mengelengkan kepalanya berkali sebelum mengorak keluar dari kamar anaknya.Sekilas pandang bagai tongkang pecah bilik anak terunya.
Zafran tiba di meja makan dengan nafsu makan yang membuak.Sudah lama dia tidak menikmati sarapan pagi hasil tangan ibunya.Rumah di Puchong sudah 5 tahun ditinggalnya.Sehingga sekarang dia tidak lagi menjejak rumah tersebut kerana takut dibayangi dengan wajah Hani.Kemunculan Hazirah mematikan lamunannya. "Papa…!" anak kecil itu berlari terhegeh-hegeh menuju kea rah ayahnya.Dipeluk ayahnya namun tangan Zafran kasar menempisnya.Tubuh kecil itu jatuh ke lantai dan mula menangis.Encik Zarid berlari mendapatkan cucunya yang sudah mencium bumi. "Zafran!" tengking anak terunanya.Belum sempat berbicara Puan Syamsiah pula muncul. "Apa yang tak kena dengan anak kau nie…Anak sendiri pun ditolaknya!" marah Encik Zarid seraya memeluk tubuh kecil Hazirah.Anak kecil itu masih lagi dengan esakannya.Zafran sedikit pun tidak menunjukan wajah simpati. "Zaf..Kenapa sayang?" Puan Syamsiah masih lagi bertanya lembut.Dada Zafran yang sedang naik turun tidak diendahnya. "Mama..Zafran tak nak anak nie dekat-dekat dengan Zaf!Dia ingatkan Zaf pada Hani.." Zafran terus jatuh terjelupuk.Air mata lelakinya jatuh buat sekian kalinya.Hazirah terkebil-kebil memandang papanya.Puan Syamsiah lantas berlari mendapatkan anaknya. "Sayang..Jangan lemah sebegini.Hani pergi kerana Allah lebih sayangkannya.." Puan Syamsiah berkata lembut.Encik Zarid duduk berteleku bersebelahan dengan anaknya.Rambut anaknya diusap dek rasa sayang. "Kamu lelaki..Kamu harus tonjolkan keberanian kamu.Jangan lemah!Kuatkan semangar, sekurang-kurang buat Hazirah" ujar Encik Zarid.Zafran masih lagi dengan sedu-sedannya.Bahunya terhenjut-henjut.Hazirah yang seolah-olah mengerti papanya sedang menangis segera berlari mendakap papanya. "Papa..Hazirah sayang papa!" satu kucupan dihadiahkan di pipi papanya.Zafran tidak lagi menepis malah memeluk anak gadisnya seerat-eratnya. "Hani..Abang janji, zuriat yang Hani beri ini akan abang jaga sebaik-baiknya!" janjinya di dalam hati.
Langkah tidak lagi longlai malah lebih bersemangat.Beg bimbit yang dipegang diletakan di atas meja.Tali leher dilonggarkan dan meneguk air masak yang sedia ada.Melihat perwatakan Zafran pada pagi itu boleh mengalahkan Shah Rukh Khan.Rambutnya tidak lagu kusut malah rapi. "Encik..Sesi temuduga sudah berjalan dengan lancer.Ini dokumen peminta kerja itu.." ujar Syahorah selaku setiausahanya. "Baiklah.." fail bertukar tangan.Fail pertama dibeleknya dengan tekun namun kurang menarik perhatiannya.Fail kedua dicapainya.Masih belum memuaskan hatinya.Tapi fail ketiga membuatkannya terleka sebentar memandang wajah pada foto bersaiz pasport tersebut.Namun ingatan pada Hani menjahanamkan angan-angan sebentarnya tadi.Punat interkom ditekan dan selang beberapa minit, Syahorah masuk semula. "Bagi pada papa saya.Mintak dia yang pilihkan!" ujar Zafran tegas.Syahorah mengangguk dan terus keluar dari bilik. Ingatan pada Hani tiba-tiba muncul... "Abang..Ha...ha..ni...tak dapat nak hi..du..dup lagi!" Zafran lantas menyambar tangan isteri lalu dikucup berkali-kali.Dahi isterinya dikucup.Hani yang memandang tersenyum hambar.Dia bersyukur kerana Allah mengabuli doanya untuk menghadiahkan zuriat buat suami yang dicintai. "Jangan macam tue sayang..Hani kena kuat.Kita akan sama-sama jaga anak kita" Zafran masih lagi mengharap.Wajah isterinya yang pucat ditatap lagi. "Ha...hani tahu Allah nak..am..ambik nya..nyawa Hani.Allah sayangkan Ha..hani.Abang re..relakan Han..hani ya?" Zafran mengeleng cepat-cepar.Dia tidak mahu kehilangan isterinya.Sudah hampir dua tahun mereka meyemai benih-benih cinta dan kini benih-benih itu seolah-olah hilang satu persatu-satu. "Abang..please!" Zafran menangis.Dia tidak kisah jika orang memandangnya.Itu sahaja alunan yang mampu diungkapkan pada saat-saat begini. "Hani, abang sayang Hani!" satu kucupan sekali lagi dihadiahkan.Pada saat itu juga Hani menghembuskan nafas yang terakhirnya.
"Zaf, papa dah pilih pekerja baru yang akan menggantikan posisi Aliza.Besok dia akan daftar pada kau" ujar Encik Zarid sambil menghirup kopi panas.Zafran mengangguk lemah.Matanya memandang kolam buatan mamanya.Ikan-ikan kelihatan gedik berlari sini sana.Makanan yang ditabur oleh mama direbut oleh si ikan-ikan.Telatah ikan-ikan tersebut mengundang ketawa mama.Zafran yang melihat turut sama ketawa.Puan Syamsiah datang duduk bersama dengan suami dan anaknya. "Zaf..Sampai bila kau nak bersendiri.Hazirah tue perlukan seorang ibu.Tak kan dia tak berhak dapat kasih seorang ibu?" Puan Syamsiah membuka kembali topik lama.Zafran melepaskan satu keluhan berat.Mamanya dari dulu lagi menyuruhkan mencari peganti Hani namun hatinya tidak merelakan posisi Hani diganti. "Mama..Zaf dan bosan denga topik nie..Jangan mama nak cari peganti Hani lagi.Zaf tak akan menikah lagi!" Zafran seolah-olah memberi kata putus.Dia cuba bangun pergi tapi langkahnya dihalang oleh kata-kata Puan Syamsiah. "Zaf..Masa kau menikah dengan Hani mama tak kata apa-apa pun walaupun mama tak suka dengan Hani.Sekarang kau kena ikut cakap mama pulak.Biar seri!" Puan Syamsiah kembali mengungkit peristiwa lama.Memang mamanya kurang menyenangi Hani namun lama-kelamaan mamanya susah boleh menerima Hani saat diberitahu yang Hani mengandung. "Mama jangan nak ungkit kisah lama..Zaf tak suka!" suara Zafran seolah-olah meninggi namun dikawalnya agar tidak mengguris hati si ibu. "Mama tak kisah!Mama nak kamu menikah lagi.Mama sendiri akan cari bakal isteri buat kamu" Puan Syamsiah masih lagi berdegil dengan keputusannya.Encik Zarid hanya mendiamkan diri.Malas mahu ikut campur. "Ya sudah.Cari sahaja gadis yang sesuai kemudian nikahkan dengan papa!" Zafran berkata lalu pergi.Tawa Encik Zarid terletus.Puan Syamsiah memandang dengan rasa marah. "Awak jangan nak menggatal!" satu cubitan hinggap di paha Encik Zarid.Encik Zarid pula menjerit kesakitan.
Ketukan pintu membuatkan Zafran berhenti menaip.Matanya menuju ke arah pintu.Melihat gerangan yang mengetuk pintu.Wajah seorang gadis tersembul masuk. "Assalamualaikum!" Zafran terpaku memandang wajah di hadapannya.Tak silapnya, gadis ini adalah gadis yang dilihat pada fail tempoh hari.Dia benar-benar tidak menyangka yang gadis ini yang bakal dipilih oleh papa. "Encik Zafran!" panggilan itu membuatkannya terkejut sebentar.Lantas digaru kepalanya yang tidak gatal. "Iya silakan masuk!" Zafran mempelawa.Hati berdegup kencang sama seperti kali pertama dia menatap wajah Hani.Tiba-tiba dia merasa sebak mengenangkan Hani.Gadis itu duduk sambil menyuakan fail.Zafran lantas menyambutnya.Setelah membelek, Zafran diam sebentar. "Apa Encik berpuas hati dengan kelayakan saya?" suara lunak milik gadis itu bersuara. "Hurm..Okey!Agak bagus.." Tangan Zafran lantas menekan punat interkom.Syahorah masuk. "Sya..Bawak dia ke tempat Aliza" Syahorah mengangguk dan keluar.Gadis itu juga mengambil langkah yang sama.Zafran tiba-tiba teringatkan sesuatu. "Eh, nama anda?" segera Zafran bertanya. "Nashani..Panggil Hani je..." balas gadi itu seraya dengan satu senyuman manis.Zafran tersentak!Hani?Apa ini kebetulan juga?
25 Oktober 2008.. Genap 3 tahun usia pernikahan Zafran dan arwah Hani.Tiada lagi ucapan tahniah, jambakan bunga mahupun kucupan mesra Hani.Zafran rindu akan ini semua.Pada hari yang harus disambut meriah, Zafran terpaksa melangkah ke pejabat. "Selamat pagi, Encik Zafran.." Hani mengucap seraya dengan satu senyuman.Zafran membalasnya dengan satu senyuman dan melangkah pergi tapi berhenti selepas satu langkah. "Hani boleh buatkan saya kopi?Pening kepala saya!" pohon Zafran.Hani lantas mengangguk dan menuju ke pantery.Zafran meneruskan langkahnya ke pejabat.Setibanya di meja tangannya menyambar bingkai gambar Hani.Dikucup berkali-kali.Air mata lelakinya jatuh sekali lagi. "Sayang..Abang rindu!" Ketukan pintu mengejutkan Zafran.Lantas tangannya mengesat air mata yang masih lagi bersisa.Hani masuk dengan membawa secawan kopi.Baunya cukup harum. "Encik Zafran menangis?" Hani seolah-olah dapat meneka.Zafran lantas menggeleng kepalanya. "Tak..Encik Zafran bohong.Encik Zafran memang menangis!" kata Hani lagi.Zafran tertunduk.Air matanya jatuh lagi sekali.Entah buat kali ke berapa. "Encik..Ada masalah ke?Kongsi dengan saya..Mungkin beban akan berkurangan" ujar Hani seraya menyuakan kopi kepada majikannya.Zafran lantas menyambutnya.Dihirupnya perlahan. "Saya okey!Terima kasih buat kopi" Hani segera meminta diri apabila melihat bosnya kembali tenang.Namun firasatnya masih tertanya-tanya kenapa bosnya sebegini.Namun tiba-tiba bahunya tersentuh dengan bahu seseorang. "Maaf!" terus sahaja kata-kata itu meluncur keluar apabila melihat gerangan orangnya.Encik Zarid! "Encik Zafran ada di bilik?" tanya Encik Zarid. "Ada..Tapi dia baru habis menangis!" kata Hani lagi sambil mengutip kertas yang jatuh bertaburan dek pelanggaran tadi. "Hurm..Teringatkan Hani la tue!" ujar Encik Zarid lalu pergi.Hani kembali binggung.Teringkatkan Hani?Kenapa dia nak teringatkan aku?Apa nie?!
Hani menunggu dengan penuh sabar.Sudah beberapa kali matanya menyorot ke arah jam besar yang megah tergantung.Lagi beberapa minit lagi Encik Zafran akan sampai.Kemusykilannya harus diselesaikan dengan segera kalau tidak pecah kepalanya.Akhirnya orang yang ditunggu kunjung tiba.Segera Hani berlari mendapatkan Zafran. "Encik Zafran saya ada benda nak cakap sikit!" terus sahaja Hani bersuara selepas Zafran muncul di tingkat 2.Zafran agak terkejut kerana disergah sebegitu. "Cakap apa?" tanya Zafran lagi.Matanya masih lagi menatap wajah gadis di hadapannya. "Personal!" Akhirnya restoran Al-Akhiyar menjadi tempat mereka berbual.Masing-masing mendiamkan diri sehingga Zafran bertindak pemecah kesunyian suasana. "Awak cakap ada nak cakap.Apa bendanya?" Zafran bertanya sambil menyedut minumannya. "Err..Tapi Encik Zafran jangan salah sangka dengan saya pulak!" segera Hani mengenakan syarat.Zafran segera tersenyum tanda setuju. "Tak payah nak berencik-encik..Apa bendanya?" "Okey..Hari itu saya terlanggar dengan papa Encik Zafran..Errr, Zafran.Then dia tanya kat saya sama ada Zafran ada dalam bilik atau tidak.Saya kata Zafran baru habis menangis, then dia kata teringatkan kat Hani la tue.." Zafran diam.Kepalanya ditunduk ke bawah. "Errr, Hani mana nie?" Hani segera bertanya.Zafran mendongak kepala.Tangannya memanggil pelayan.Diletak not RM 50. "Keep the change!" ujar Zafran.Hani terpingga-pingga, "Zafran, saya nak jawapan!" sedikit meninggi suara Hani. "She’s my wife!Puas hati?" Zafran segera pergi.Hani mengejarnya. "Wait!" Zafran berhenti.Tubuhnya di pusing ke belakang.Wajah comel milik Hani ditatapnya buat sekian kalinya.Entah kenapa dadanya kembali berdebar-debar.Namun ditahan juga. "I’m sorry about that!" "It’s okey..Lagipun dia dah tak ada.Allah lebih sayangkan dia!" Hani diam.Begitu juga Zafran.Masing-masing melayan perasaan.
"Mama dah cari calon yang sesuai dengan kau!" Puan Syamsiah bersuara pada malam tersebut.Nasi disuap ke mulutnya. "Untuk papa..?" Zafran berjenaka.Encik Zarid sekali lagi ketawa. "Buat kamu!Jangan nak buat lawak Zaf.Mama serius!" "Zaf pun serius mama!Zaf tak nak menikah lagi" Puan Syamsiah meneguk minuman.Nafasnya dilepaskan. "Jangan degil Zaf..Mama nak terbaik buat kau" suara Puan Syamsiah mula melembut. "Mama..Zaf tak nak luka lagi.Hati Zaf dah tak sanggup nak terima!" Puan Syamsiah lantas melepaskan keluhan yang berat mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh anaknya. "Mama tahu..Tapi Hazirah kan kena ada ibu.." Zafran diam.Binggung dibuatnya. "Papa...Hazirah nak mama..!" anak kecil yang sedari tadi diam kembali bersuara.Zafran dan semua yang ada di situ terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut itu. "Tengok!Anak kau sendiri dah kata..Kahwin satu lagi ya Zaf?" sekali lagi Puan Syamsiah memujuk.Encik Zarid menjadi sebak melihat kata-kata cucunya. "Suka hati mama!" Zafran bingkas bangun.Kakinya menuju ke biliknya.Di sana dia menangis sepuas-puasnya. "Sayang!Abang rindu.." kata-kata yang sama diungkan sekali lagi.Hatinya benar-benar menahan rindu yang maha besar.Dalam esakan itu dia terlena.Dibuai mimpi indah...
Hari ini adalah hari pertunangan Zafran.Hatinya seolah-olah tidak dapat menerima situasi ini.Dia merasakan bagai ingin meloncat pergi ke dunia Hani tapi dia akur kehendakNYA. Hazirah berlari sini sana, seolah-olah tidak mengerti akan hari ini.Hari di mana ayahnya akan menjadi milik orang lain.Hari di mana hati ayahnya akan diisi oleh wanita lain.Hari di mana seorang wanita akan datang dalam hidupnya.Zafran meraung sekuat-kuat hatinya! "Zaf, mari sini..Mama nak tunjukkan kamu calon menantu mama!" suara Puan Syamsiah mematikan lamunanya.Segera kakinya diangkat menuju ke arah Puan Syamsiah. "Perkenalkan calon isteri kamu, Nashani!" Nama itu membuatkan Zafran tersentak seketika.Segera kepala yang sedari tadi tertunduk diangkat cepat-cepat.Wajah gadis yang dinyatakan oleh sang ibu segera ditatapnya.Memang sama.Hidung, mulut, mata dan senyuman yang sama.Tak salah lagi.Memang dia! "Awak?" segera Hani berkata.Jantungnya bernyanyi laju.Nafasnya turun naik. "Awak..?" Zafran pula melontarkan soalan yang sama. Puan Syamsiah kelihatan hairan melihat adegan yang sipamerkan.Segera dia mencelah. "Kenal ke..?" Zafran tergelak kecil. "Mana tak kenal mama.Dia pekerja Zafran!" jawab Zafran lagi.Puan Syamsiah pula melontarkan tawanya.Bahu Zafran diusap perlahan-lahan. "Senanglah kalau dah kenal.Tak payah nak ambik masa nak kenalan" jawab Puan Syamsiah sambil berlalu pergi, seolah-olah memberi peluang kepada pasangan ini untuk berbicara. "Kita cakap kat luar..?" pelawa Zafran.Hani mengangguk kepalanya dan mengekori Zafran yang kini sah sebagai tunangnya. "Awak sanggup ke terima saya?" soalan pertama ditanya Zafran. "Kenapa pulak tak sanggup?" Hani pula melontarkan soalan.Zafran tersenyum.Hatinya kini merasa lebih tenang, entah kenapa. "Sayakan duda anak satu!" balas Zafran lagi.Kini Hani pula tersenyum.Dilepas satu keluhan pendek.Rambut yang mengurai ke hadapan dek angin segera ditolak ke tepi.Tangannya menguis-nguis baju kurung pahang yang tersarung ditubuhnya. "Saya ikhlas terima awak jika awak ikhlas pada saya!" Hani menjawab.Zafran terpaku akan jawapan itu.Sama seperti jawapan allahyarham isterinya pada saat dia melamarnya satu ketika dahulu.Apa ini jelmaan Hani miliknya satu ketika dahulu?Apa mungkin keajaiban ini?Ah, apa yang aku fikir nie..?Astagfirullahalazim! "Insyaallah!" balas Zafran pendek.
Hari ini Puan Syamsiah mengajak bakal menantunya makan tengahari di banglo mewah milik mereka.Hani kelihatan ayu sekali dengan berbaju kurung berwarna coklat keemasan.Wajahnya yang comel dicalit pula dengan solekan nipis.Memang ayu! "Hari nie, mak cik masak makanan special..Kesukaan Zafran.Kamu pun kena belajar masak makanan nie.Zafran suka sangat ikan keli masak cili api!" ujar Puan Syamsiah ketika sedang makan tengahari bersama.Hani tertunduk malu. "Awak nie pun, tengok dah malu dia" kata Encik Zarid.Puan Syamsiah hanya ketawa kecil.Celoteh Hazirah membuatkan makan tengahari mereka semakin rancak.
Tanggal 25 Oktober 2009 "Aku terima nikahnya Nashani binti Abdul Gaffour dengan mas kahwin RM 70 tunai!" Zafran berkata lancar.Semua di sana segera meraup muka tanda syukur.Zafran bangun dan menuju ke arah si isteri dan menyarungkan sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian.Seraya itu tangan Zafran dicium oleh Hani.Dahi Hani dikucupnya pula. "Terima kasih, abang..." Hani berkata.Buat kali kedua Zafran terkedu.Ayat yang sama.Arwah Hani turut sama melontarkan kata-kata ini saat mereka menikah.Zafran kembali binggung tapi dia segera beristghfar panjang. Kini hidupnya kini diisi kembali dengan wanita bernama Hani.Tapi bukan lagi Syazhani tapi Nashani.Namun, arwah isterinya masih lagi tersemat kukuh dalam sanubarinya.Buat selamanya. "Sayang..Biar kini abang bergelar suami buat orang lain, cinta abang pada sayang tak akan pernah berubah..I love you forever!" hati kecilnya berkata-kata. "Abang..!" Segera Zafran menoleh.Kelihatan Hani sedang memandangnya dengan satu senyuman.Tangan Hani segera disambar dan dikucup mesra. "Hani tahu abang tak dapat lupakan arwah isteri abang tapi Hani tak kisah!Abang nak abang janji pada Hani yang abang tak akan pernah lupa pada arwah Syazhani..Boleh abang?" Segera Zafran memeluk tubuh kecil Hani.Hani tidak terkejut malah sebak dengan pelukan itu. "Thanks Hani..Abang selalu merasakan hidup abang akan terus suram, tapi Hani dah datangkan kembali cahayanya.Abang bangga menikah dengan Hani.Kini abang sedar bahawa memang sudah tersurat sebuah kebahagian buat abang!" Zafran berkata perlahan di telinga Hani.Hani lantas mengangguk. Dari jauh Hazirah memandang adegan itu.Lantas tangannya mengesat air mata yang mengalir. "Mama..Hazirah rindu mama!" anak kecil itu berkata perlahan.Namun jauh dari sudut hatinya, dia pasti bersyukur dengan kehadiran orang baru dalam hidup papanya.Itu memang sudah satu kepastian!
(Ini merupakan cerpen yang keenam saya selepas cerpen Ayah, Atas Nama Cinta, Bahagia Bukan Milikku, Nur Qistina Raudhah dan Kisah Isteri Kedua Papa..Novel bersiri saya bertajuk Adam vs Qistina juga sudah memasuki bahagian yang ke-6..So, keep comment on my story okey?Thanx!)
sy just nak ckap citer ok.. tapi tergantug..xkn hani baru tu tak bg kasih sayang kat budak tu.. n papa dia tak sayang budak tu lagi ke..banyak persoalan.. tergantung sgt..
aik.. cerita die mcm outline.. bersabar je la.. knp lak bgt byk kebetulan.. n dasyat juga permintaan hani kuasa 2 , jgn pernah lupakan arwah isteri . wow..tabik la.. knp muka boleh sama sgt, nama pon..mcm kembar..ceh ceh ceh..wat kesimpulan sendiri la pulak.
cerpen yang baik dan ok. tp kenapa agak tergantung? kenape x tmbah pasal hazirah tu? mcm mane kehidupan diorang lps kawen.. saye rase penulis nak kata hani tu ade kembar lah...tp susah nak ckp sbb takut trlebih panjang kot!!...?? saya bagi 5/10 utk cerpen ni
nak tny.. hani (1st wife) tu meninggal bkn time lahirkan hazirah ke? 1st kte hazirah tu da 5thun.. tp tetibe je genap 3 thun usia perkahwinan Zafran and arwah hani.. pening la.. anyone..plez xplain..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sy just nak ckap citer ok..
tapi tergantug..xkn hani baru tu tak bg kasih sayang kat budak tu..
n papa dia tak sayang budak tu lagi ke..banyak persoalan..
tergantung sgt..
-hidayah-