Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"ROHAYU!" Pemilik nama tersebut yang membuatnya seakan gila bayang. Nama itu yang berkali-kali hadir dalam kotak fikirannya. Baginya gadis itu terlalu istimewa, berbudi bahasa,cantik dan yang membuatnya semakin gila-gila ialah senyumannya. Bila tersenyum, lesung pipi jelas kelihatan dan Rohayu memang tak pernah lokek dengan anugerah dari Tuhan itu. Jamil terus mengayuh basikal tuanya. Ketika melewati rumah Pak Samad, Jamil terus meninjau kalau-kalau anak gadisnya itu ada. Hati Jamil berbunga-bunga, ternyata Rohayu sedang menyidai pakaian di samping rumah. "AYU!!" Jamil memanggil Rohayu sambil melambaikan tangan, tiba-tiba Jamil terjatuh dan terus kelongkang, bukan saja dia malah basikal tuanya pun ikut terjun sama. "Adoi!!" teriak Jamil dalam kesakitan. Rohayu berlari mendapatkan Jamil, takut juga kalau-kalau tak bernyawa lagi pemuda itu. "YA ALLAH! bang Jamil tak apa-apa?" Rohayu cemas, lucu pula dia lalu ketawa diikuti dengan deraian tawa Jamil.
Sejak perisriwa itu Jamil seakan-akan tersampuk hantu, minum senyum, makan senyum dan asyik melamun entah apa yang lucu. Senyumannya tak pernah lekang dari bibirnya itu. "Engkau ni kenapa Jamil? mak tengok dua tiga hari ni, asyik senyum memanjang, dah tersampuk hantu ke?" mak Kiah kehairanan. "Jamil ingat, Jamil dah jatuh cinta lah mak." dia tersengih. "Apa? dengan siapa jamil?." berkerut dahi tuanya. Direnung anak terunanya itu dalam-dalam. Tak sangka pula dia dengan apa yang baru saja didengarnya itu. "Ayu." Jamil membuang pandagannya jauh ke sawah padi yang menghijau. Malu pula dia dengan ibunya sendiri. "Ayu, dia suka tak?" soal ibunya kembali. Dibiarkan soalan itu berlalu, dicapai basikalnya dan pergi.
"Ayu, abang nak tanya sikit, boleh?" Jamil memulakan bicara. "tanya banyak pun boleh bang..."Rohayu berseloroh. "kalau abang naik meminang, Ayu terima tak?" Jamil cuba menduga hati gadis manis di sampingnya itu. Ayu tersenyum memperlihatkan lesung pipinya. "Abang tak berguraukan?" Ayu merenung Jamil. "Tak, abang betul-betul nak pinang Ayu ni." kata Jamil bersungguh-sungguh "emmmm...entahlah bang,kena tanya mak bapak dulu, kalau abang bersungguh-sungguh jumpalah mereka." Ayu memberi harapan buat Jamil.
Risau hati mak kiah hanya tuhan yang tahu. Anak terunanya itu betul-betul dah gila bayang dengan budak Ayu anak pak Samad. "mak tolong pinangkan Ayu untuk saya mak." masih tergiang kata-kata Jamil di cuping telinganya. Dia bimbang kalau keluarga Ayu tak suka, lebih-lebih lagi pak Samad. "Mil.. kita orang susah nak, tak padan dengan mereka." suara mak kiah terketar. Kesian pula dia dengan anak bujangnyan ini. Hanya pada anak bujangnya inilah tempat dia meletakkan harapan, dialah ke sawah dan dengan tulang empat keratnya itulah dia mencari rezeki buat mereka dua beranak. Oleh kerana itu dia amat bersyukur kerana Jamil seorang anak yang taat dan rajin bekerja. Cuma mereka bukan dalam golongan orang berada, manakala pak Samad pula terkenal dengan kekayaannya, tanah berekar-ekar, kebun pisang dan tanah yang di kerjakan oleh orang kampung adalah kepunyaan pak Samad. Dan mereka bernasib baik kerana arwah suaminya ada meninggalkan tanah seluas tiga ekar, dan dengan tanah itulah mereka mencari sesuap nasi....
*****
"Maafkan saya pak Samad, niat saya ialah untuk...." suara mak Kiah tersekat, malu dan takut bercampur aduk dan bersarang dalam dadanya. "Jangan malu mak Kiah, cakaplah kalau boleh tolong saya tolong" Pak Samad merenung mak kiah. "sebenarnya saya....nak.. merisik Ayu untuk anak saya, Jamil" Maka Kiah menundukkan mukanya, tak berani dia menatap wajah Pak Samad dan isterinya. "Oh....kalau pasal itu, saya kena bincang dulu dengan Ayu, saya tak ada halangan, lagipun budak Jamil tu baik dan bertanggungjawab." Pak Samad memberikan jawapan. "Ya Allah, betulkah Pak Samad?" Mak Kiah seolah-olah tak percaya. Ternyata dia tersilap. "Kami pun sebenarnya berkenan dengan Jamil, cuma kami kena tanya dulu anak kami tu, setuju ke atau tidak." Isteri Pak Samad mencelah. "kalau ada jodoh tak kemana, Mak Kiah jangan risau, harta kekayaan tu tolak tepi yang penting anak kami bahagia." Pak Samad mengukir senyuman yang bermakna. "Jemput minum Mak Kiah" Pak Samad meneguk kopi sambil berborak mesra dengan Mak Kiah.
Jamil tersenyum gembira tatkala mendengar berita gembita dari ibunya. Hatinya berbunga-bunga tak sabar rasanya dia untuk menyunting Rohayu menjadi permaisuri hatinya. Dia berazam akan bekerja lebih kuat lagi, asalkan Rohayu bahagia hidup dengannya. kuih apam yang di hidang oleh ibunya di nikmatinya dengan berselera sekali. kemanisan kuih itu, begitu terasa, baginya "SEMANIS SENYUMAN ROHAYU".
P/S: Pertama kali menulis, segala komen akan saya jadikan pendorong. Terima kasih.
assalamualaikum....cerita yang bagus....kalau boleh panjangkan sikit lagi...bahasa memang bagus....jangan pedulikkan kata orang lain...baru first time menulis memang macam tu...be your self...two thumbs up..
bahasa dah sedap cuma plot tak berkembang. Untuk lebih menarik,cuba cari klimaks sesebuah cerita dan maksudkan unsur saspen sikit supaya orang terus tertarik. =)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Assalamualaikum....cerita ni mungkin boleh diolah lebih menarik. Kalau boleh panjangkan lagi. Tapi awak amat menjaga aspek bahasa. Terus menulis....