Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Disuatu senja dimusim yang lalu Tika itu hujan rintik Terpukau aku menatap wajahmu Di rembang cahaya sinar pelangi Lalu engkau tersenyum Ku menyesali diri Tak tahu apakah erti senyumanmu Dengan mengusap titik air mata Kau bisikkan di telingaku Tersentak aku dalam kehancuran Setelah tahu apa yang terjadi Sekian lamanya engkau Hidup seorang diri Ki ingin membalut luka hatimu Widuri.. Elok bagai rembulan..oh sayang Widuri.. Indah bagai lukisan..oh sayang Widuri... Bukalah pintu hatimu..untukku Widuri...
<@rT@KuS> samekum.. ws <@rT@KuS> ari nie ok ker? Ader prob lagik ngan bapak jin tuh? seperti biaser. Bapak jin tetap bapak jin! <@rT@KuS> ahaks! Citer ler apa yang dia wat kat wid lagik? bapak jin tuh memang poyo betui. Ari nie dier reject paperwork wid.Ader ker patut dier kater idea wid ketinggalan zaman. Tak patut sungguh! Zalim cam Israel la orang tua tuh! <@rT@KuS> alahai.. ciannyer.. takper.. kang kalau langgar cakap dier, nanti dier kata wid student derhaka pula. Silap hari bulan effect kat markah.Kes naya beb! So,sabarlah. tu la.. nat wat camnerkan. Kuasa veto kat tangan dier..
* * *
Huarg!!! Dah dekat 3 jam aku chat dengan mamat nie. Tak sedar pulak ayam dah berkokok. Isyy.. kalau tak kerana aku ada kelas esok, sure sampai pukul 7 pagi pun aku sanggup chat dengan Art. Emm.. Art atau Artakus..sejak aku mula chat dengan mamat nie empat bulan yang lalu, dah macam-macam problem aku luahkan. Nasib baiklah mamat nie tak boring. Sekurang-kurangnya aku dapat kaunselor tak rasmi. Huarg!!!opss! Terbesar pula aku menguap. Kalaulah menguap gini depan opah, pasti kena 'ketam' dengan dia. Tidur la.. da rindu nak peluk bantal Garfield busuk aku tu.
Pocot! Mummy ku sayang! "Oii! Mata letak kat mana? Lutut ke?". Tak pasal-pasal kena bantai dengan aku bila terlanggar dengan seorang budak junior. 'Hangin' betul la. Dah la ngantuk sebab tak cukup tidur malam tadi. Eh! Aku tidur subuh la! "Kau ni E'ein 'Hangin' memanjang. Cool la. Cuba kau maintain macam aku ni. Baru la ramai pakwe nak himpit. Ini tak, brutal sangat." Anis mula membebel sambil membetulkan tocang ala-ala ekor kuda tu. Dah la perasan lawa macam Siti Nurhaliza. Piiraaahh mabuk! Jelita lagi opah aku yang dah 64 tahun tu. Berganda-ganda jelita dia tau! "Kau ni bukan setakat jantan kegersangan je yang himpit kau. Ti si Dino pengkid pun terpikat dengan kau. Carik penyakit betul!" Rungut aku. Meluat dengan perangai control ayu lah tu. "Ala.. sekurang-kurangnya saham aku mendadak naik. Biasalah.. sapa yang tak kenal aku. Ratu kat Kolaj Sri Bestari ni," Peh! Perempuan ni TETAP mempertahankan statement syok sendiri dia tu. Sebelum mak nenek ni perasan lebih, baik aku blah.
Tap..tap..tap..tap...ak e na.. sapa pakai kasut ala kawad polis tu. "Selamat pagi Encik Adzaini," pekik Hisham selaku koordinat kelas dan diikuti semua rakan sekelas aku cuma aku je yang buat bodoh. "Selamat pagi semua. Ok hari ni saya nak collect sketching awak semua," tu dia arahan dari bapak jin, gelaran yang paling SESUAI buat Encik Adzaini. Seorang demi seorang rakan sekelas aku menghantar sketching. Dah la mata aku naik rabun tengok perempuan-perempuan perasan kat kelas aku yang tergedik-gedik bila berhadapan dengan Encik Adzaini terutamanya Julia, perempuan yang paling menggeletis dalam kelas aku. Meluatnya aku.. agaknya dapat kot pikat pensyarah yang kononnya hensem macam aktor Jepun, Yutaka Takeinochi tu, aktor kesukaan aku pula tu. Tak SESUAI!!!! "Izryn, awak punya skecthes mana? Buat-buat lupa nak hantar pada saya. Ataupun tertinggal kat rumah biar kucing awak check ye!," tiba-tiba sahaja bapak jin tu sergah aku bila aku syok lukis gambar dia pakai uniform mascot orang Utan. Gulp! Dengan langkah berat, aku menghadap bapak jin tu untuk menghantar sketches tanpa sepatah kata. "Nanti dulu Izryn. Awak punya kerja ni teruk sangat. Macam hasil kerja budak tadika. Ini ke student multimedia dari kolej yang terkenal? Awak berangan ke masa saya ajar?," Tengking bapak jin tu. Hua!!!! Oh.. mummy.. Tolonglah!!! Macam nak menangis pun ada bila kena tengking depan semua rakan sekelas aku. Hampeh punya bapak jin. "Tapi Encik Adzaini. Saya rasa ini hasil kerja yang terbaik dari saya. Lagipun sebelum hentar pada encik, saya dah rujuk pada Encik Bahar dulu," aku tetap mempertahankan hasil kerja aku. Betul aku dah tunjuk pada kat Encik Bahar, pensyarah yang paling kamceng dengan aku. "Sekarang ni sapa pensyarah awak? Saya atau Encik Bahar? Kalau awak nak sangat tunjuk kerja awak tu kat dia, jangan masuk kelas saya!". Sekali lagi aku kena herdik. Oiii! Mak bapak aku pun tak pernah tengking aku macam gini tau! Ini tak boleh jadi ni! "Kalau encik tak nak saya masuk kelas ni, 1000 kali saya pun tak ingin! Dari tengok muka encik cam serigala jadian tu, baik saya hadap muka pak guard kat bawah!," ops! Betapa celuparnya mulut aku. Kalau mama tau sure aku kena gantung hidup-hidup.
"OK, kalau awak tak nak masuk kelas ni, dipersilakan keluar sekarang. Jangan nak buang masa saya lagi!". Muka pensyarah yang macam tak siap itu aku tatap macam nak telan. Nasib baiklah aku tak ada lesen membunuh. Kalau tak, sure bapak jin ni aku lupuskan dari muka bumi ni. Tanpa lengah masa lagi aku menuju ke bilik Encik Bahar. Tanpa ketuk, terus sahaja aku menyerbu masuk ke bilik tu. "Apa lagi yang tak kena dengan kamu ni, E'ein? Muncung kamu tu boleh buat penyangkut baju! Ni sah kes gaduh dengan Adzaini". Encik Bahar meletakkan surak khabar di atas meja. "Bengang sungguhlah Encik Bahar. Nasib baiklah dia tu pensyarah. Kalau tak dah lama saya terajang!" Ku capai majalah kesayanganku, REMAJA. Wah! Cun gila cover bulan ni."Kamu saja yang cari pasal dengan dia kot?"
"Tak.. dia yang cari pasal dulu. Saya dah buat sketching tu sebaik mungkin. Kan ncik Bahar sendiri dah tengok hasil kerja saya tu dan cakap yang saya ni kreatif. Bapak jin tu je yang tak tahu nak hargai kerja saya. Ada ke patut dia kata kerja saya lebih teruk dari lukisan budak tadika. Kalau tak puas hati sangat, pergilah jadi cikgu tadika. Tak payah jadi pensyarah!," geram sungguh aku dibuatnya. "Hahahaha.. E'ein.. E'ein.. Kamu ni kalau marah nampak cute la.. macam Amy Mastura. Hahahahaha.." Amy Mastura? Tu pujaan aku tu. Tau-tau je Encik Bahar ni. "Macam ni la cik Izryn, sabar sajalah. Sekarang ni saya nak kamu mintak maaf dengan Adzaini. Nanti awak fail, kena extended paper. Nak ke?".
"Mintak maaf? Oh tidak! Tak sanggup saya". Aku lihat Encik Bahar mengelengkan kepalanya. Mungkin dia pun dah faham dengan perangai keras kepala aku ni. "Takpelah E'ein. Nanti saya akan slow talk dengan Adzaini. Sekarang ni baik kamu lepak kat studio, tengok balik apa yang boleh diubah sketching kamu tu. Manalah tahu kalau kamu boleh buat yang lagi bagus". Fuh!!! Lega aku mendengarnya kata-kata Encik Bahar. Lega rasanya.
<@rT@KuS> Widuri.. cantik rembulan.. oh sayang.. salam.. Ececeh.. <@rT@KuS> amacam ari nie? Ok ke? penuh dengan ke'hampehs'an. Boring giler sebab bapak jin halau wid kuar dr kelas <@rT@KuS> hah! Aper dah jadik? Wid gaduh dengan dier ker? A'ha. Ader ke patut die tengking wid depan classmate wid. Dier kata sketching wid cam budak tadika punyer lukisan. Sakitlah ati wid. Aper lagi wid pun terus marah dier balik. Last< kena halau dr kelas! <@rT@KuS> la..yang wid balas balik nak wat aper. Tak ker tak pasal< kena halau lantak pi la.. dier ingat dia bagus sangat ker? <@rT@KuS> wid..wid..keras kepala sangat. Sebagai student,wid patut ikut cakap dier.Tak bermakna biler dier marah wid, dier anti dengan wid. Mungkin dier nak wid improve kerja< jer. ntah la... Tatau.. jangan citer pasai dier. Bengang tak abis lagik nie..
* * *
"Izryn! Tunggu dulu." Siapa pula yang terjerit-jerit nama aku ni. Pantang Hang Jebat bila nama aku dilaung kuat-kuat. "Izryn.." Toing! Bagai nak terkeluar biji mata aku bila orang yang melaungkan namaku adalah Encik Adzaini. Apa pula bapak jin ni nak? Dah la tersengih-sengih macam monyet dapat autograph Siti Nurhaliza. "Kenapa semalam tak masuk kelas saya?," tanya bapak jin tu dengan suara yang..alahai.lembutnyer..sorry beb..gua takkan terpikat! Never!! "Kenapa tak masuk kelas semalam?" Diulanginya soalan tu. Apalah dia ni. Semalam dia yang halau aku, lagi mau tanya. Patut ke aku bantai mamat seorang ni tak? Patut ke?
"Kan Encik yang halau saya kuar dari kelas. Lupa ke? Yelah..kerja saya kan macam budak tadika. Mana layak masuk kelas encik!" dengan selamba je aku jawab. Peh! Merah padam muka bapak jin ni. "Ok..ok..sebenarnya saya tak nak awak fail dalam subjek ni. Saya tak nafikan yang awak ni kreatif. Sekarang ni time saya ajar kelas awak. Jomlah!" dengan selamba je bapak jin tu tarik tangan aku. Oii! Giler ker? Apa dier ingat aku ni awek dia ke? "Apa pegang-pegang ni? Saya boleh jalan sendiri la," ters saja aku rentap tangan aku. "Opss!! Sorry!".
Sejak peristiwa bapak jin tu pujuk aku, dia dah mula berlembut dengan aku. Entah apa angin dia pun aku tak tahu. Mungkin disebabkan Encik Bahar slow talk dengan dia kot? Mungkinlah.. hari ni melangkah masuk je di kelas, aku terkejut kucing. Mana tidaknya, tiba-tiba saja ada bungkusan kecil yang tertera 'Special For Little Princess' dalam laci meja aku. Terus aku buka bungkusan itu untuk melihat isi dalamnya. Wah! Ada kotak muzik yang mendendangkan irama Unchained Melody. Sapa plak yang bermurah hati bagi hadiah kat aku ni. Lagipun birthday aku lambat lagi. Dah lah tak de nama pengirim, cuma tertulis 'SECRET ADMIRE'. Pelik..tak sangka aku ada peminat misteri. Kalaulah Anis tahu, sure bengkek gila! Apa..dia ingat dia je yang ada peminat. Aku pun ada le.. Hah! Mula le nak riak tu, kontrol beb!!!
<@rT@KuS> Cak! Hai sayang.. ceh! Tetiba je bersayang nie. Buang tebiat ker aper! <@rT@KuS> saja.. takkan tak leh kot.Memang Art sayang kat wid. Kan dah lama kita kenal oh yeker! Ececeh..tak sangka ada gak yang sayang kat wid ek! ahaks.. <@rT@KuS> sayang wid.. Art, nak tau tak.. ari nie wid dapat hadiah musical box. Tapi tatau saper yang bagik <@rT@KuS> wah! Hebat.. bertuah! Secret admire ker? tulis kat situ pun secret admire. Tak sangka! <@rT@KuS> iay.. nie yang tak best. Ader orang nak potong line Art plak. Tak boleh jadik nie! Takper..Art boleh jadik pakwe cyber wid..hahaha ha hah.. <@rT@KuS> taknak! Art nak jadik kekasih paling setia wid.REALITI! Suatu ari nanti kita akan berjumpa juga WIDURI peh! Jiwang karat plak memalam nie. Art tak sihat ker? Hahahahaa.. <@rT@KuS> wid tak percayakan Art ker? Art serius nie! Bukan tak percaya.was< jer <@rT@KuS> wid.. suatu ari nanti wid akan tahu jugak sape Art sebenarnya. Kita sebenarnya 'dekat' wid! yelah tuhhh.. dekat.. Jauh di mata dekat di hatikan!! Hahahha..
Sejak aku terima hadiah misteri tu, selang dua hari ada sekeping kad terlekat di meja aku. Pelik..entah siapa punya kerja. Dalam kad tu..amboi, bukan main jiwang kata-kata. Yang kelakarnya si pengirim misteri ni menggelarkan aku Little Princess. Berbunga aku baca.. dalam erti kata lain, bangga gila wa cakap lu!! Penghuni kat Tanjung Rambutan tu pun tak gila cam aku!!
Habis saja kelas Cik Intan yang ajar aku subjek Programming , aku terus ke bilik Encik Bahar. Seperti biasalah time boring macam ni Encik Baharlah yang selalu jadi mangsa aku untuk bab menyakat ni. Aku kan terkenal dengan orang yang suka menyakat. Nasib baiklah dia sporting dan tahan dengan perangai brutal aku ni. Eh! Tak ada pula orang tua ni. Mana Encik Bahar ni pergi? Tak apalah..sat lagi muncullah dia. Best jugak dapat duduk di kerusi ala bos ni. Boleh pusing-pusing sambil tu tangan aku merayap membelek-belek setiap khazanah yang ada di atas meja Encik Bahar. Semak semacam pula tu baik aku tolong kemaskan sementara tengah rajin. Eh, ada Apple I-Book. Bila pula Encik Bahar ada I-Book nie? La..bukan orang tua tu punye.. Encik Adzaini rupanya bila nama bapak jin tu appear kat skrin monitor bila aku membukanya. Apa isi dalam I-Book ni ye? Baik aku check. Manalah tahu kalau ada gambar girlfriend dia.. Peh..siap ada IRC. Meh aku check Log kat Irc dia, dengan sapa dia chat ye. Toing..toing..mataku macam nak terjatuh..bedebak bedebuk jantung aku dibuatnya bila nick yang selalu aku guna tertera kat Long File. WIDURI!!! Arghhh!! @rT@KuS??? O h, t i d a k. . . s e l a m a nie.. Arghhh..
"Bahar, I-Book aku ada kat.." tak abis ayat Encik Adzaini bila dilihatnya aku yang ada kat bilik Encik Bahar. Dah la tu aku tengah pegang I-Book dia pula. Tanpa bercakap sepatah pun, aku terus meletakkan I-Book tu dan keluar dari bilik Encik Bahar. Tak sanggup aku nak menatap muka bapak jin tu.. marah bercampur malu pun ada! "Izryn! Tunggu dulu.." Tak sanggup aku nak tunggu beb! Penat aku berlari tak sangka pula sampai kat atas bangunan kolej aku. Tercungap-cungap dibuatnya. Aku rasa Nik Aziz, pelari pecut Negara sure tabik spring tengok aku lari tadi. Boleh pecah rekod dunia, mana tak nya kolej aku kat tingkat 2, tapi bangunan tu ada 7 tingkat dalam hanya beberapa minit sahaja. Bayangkan macam mana aku boleh lari sampai atas bangunan. Perhhh!! Buang masa je fikir!
"Izryn..Izryn..," terdengar suara orang memanggil aku. Hua.. opah.. terkejut aku bila Encik Adzaini betul-betul berdiri belakang aku. Dia pun tercungap-cungap. Peluh membasahi baju dia. Dengan rambut depan yang sedikit terjuntai sambil matanya menyorotnya padaku, menyerlahkan ke'hensem'an dia. Patutlah ramai betul budak perempuan yang terjatuh cinta. Memang sah muka dia sebiji macam Takenoichi Yutaka! "Izryn .eh. Widuri. emm. Little Princess" Terkejut aku mendengar dia melafazkan nama Widuri. Little Princess? HAH! Memang sah selama ni orang yang aku chat ialah..alamak! Dan yang bermurah hati bagi aku hadiah dan kad..oh tidak! Aku bermimpi..aku cubit pipiku..aww..sakit ler..sah! Aku tak mimpi! "Wid..dengar dulu apa yang Art nak katakan.." Encik Adzaini mula menyentuh bahuku, "Jangan sentuh saya!" Aku tepis tangannya. Terasa fobia semacam disentuh sebegitu. Terdengar keluhan kecil dari mulut Encik Adzaini. "Wid..memang selama ni kita selalu chat setiap malam. Adzaini ialah Art dan Art ialah Adzaini. Art mintak maaf sebab selama ni Art merahsiakannya. Dan Art juga mintak maaf sebab selalu berkasar dengan Wid dalam kelas. Art sengaja nak menduga Wid. Bukan niat Art nak menaikkan kemarahan Wid. Art.."
"Cukup! Saya dah tak sanggup nak dengar!" Aku terus menekupkan telinga, tak sanggup nak mendengar apa yang ingin diperkatakan Encik Adzaini. "Wid, dengar apa yang Art nak cakap ni. Sebenarnya memang dah lama Art perhatikan Wid. Art cumalah tahu nick yang Wid guna bila terbaca sekeping kertas terselit dalam proposal yang Wid hantar pada Art 6 bulan yang lalu. Art dah lama tau Wid aktif dalam Irc bila Art terdengar Wid sibuk berborak dengan rakan sekelas Wid. Dari situ Art dapat tahu channel mana yang Wid masuk. Jadi Art pun cuba cari Wid dalam Irc dan tak sangka akhirnya Art berjaya. Dan hadiah dengan kad yang selalu dalam laci meja Wid di kelas pun Art yang bagi. Wid, Art sebenarnya.. Art..." Aku rasa macam nak pengsan dan dapat mengagak apa yang Encik Adzaini hendak diluahkan. Tak sanggupkah aku mendengarnya? "Saya cintakan awak, Izryn!" Boommmm! ! Bagaikan meletup jantung aku mendengar kalimah yang baru saja dilafazkan Encik Adzaini itu. Bergegar seketika kepala aku. Tanpa disedari air mata aku macam murah saja mengalir laju.
Jangan menangis Izryn! Pujuk hatiku sendiri. Tapi apakan daya, sekarang ni baru aku sedar memang betul tanggapan orang yang perempuan memang murah dengan air mata. "Wid, sejujur-jujurnya Art katakan yang Art benar-benar menyintaimu. Percayalah.. Art takkan mempersiakan Wid," Begitu tenang sekali dia melafazkannya sampai aku pun terpegun mendengarnya. Memang tak dinafikan, aku pernah menyimpan perasaan terhadap Encik Adzaini masa mula-mula mengajar di kelasku. Tapi perasaan itu hilang bila dia selalu mencari kesalahan aku. Dari perasaan suka timbul benci. Tapi bila timbul benci.. arghh!!!
Airmataku tumpah lagi dan tanpa disedari Art mendakap tubuhku. Aku seperti merelakannya dan terasa bahang kasih sayangnya meresapi jiwaku. Inikah dinamakan cinta? Best juga. Kalaulah aku tahu cinta tu satu perasaan yang istimewa, dah lama aku bercinta! Bukan dari dulu tak ada orang yang tangkap cintan denganku, ramai beb! Sapa kata saham aku tak tinggi? Aku je yang jual mahal! Bukannya apa, ingat senang ke nak pilih kekasih. Macam pilih ikan kat pasar? Opss..terlajak pula..lupakan.
Setelah semuanya reda dan aku pasti dapat menerima cintanya, aku menanyakan dua soalan yang cepumas padanya, "Art, boleh Wid tanya sesuatu? Mengapa gunakan nick 'Art' dan apa yang istimewa Wid di mata Art?" Dia tersenyum. Bagiku senyuman itu begitu indah sekali. "Emm..kan nama Art, Adzaini, orang pun panggil Ad. So, jadilah Art dan ARTAKUS tu salah satu watak dalam novel KEMBARA ARTAKUS karya Ahmad Patria Abdullah. Sebab Art sukakan Wid pula, sebab Wid seorang gadis yang lain dari yang lain. Wid happy go lucky , selamba, tegas tapi keras kepala! Hahaha!"
"Amboii..sedapnya mengata orang. Nah rasakan.." Terus sahaja aku mencubit lengan sasanya itu. Dan tika itu aku terasa amat bahagia sekali. Bahagia menerima cinta ARTAKUS, bahagia berbaik dengan bapak jin dan.."Kenapa Wid gelarkan ADZAINI, bapak jin? Boleh ceritakan pada Art. Wid tak pernah cerita bab ni walaupun dah hampir 5 bulan kita dok chat." "Nak tau kenapa Wid gelarkan Encik Adzaini yang kerek tu bapak jin? Nak tau..hahahah.. mana leh kasi tau... Terus saja aku lari meninggalkan dia terkapai-kapai menantikan jawapanku.
"Eh! Wid..tunggu! Ooo... Saja nak mengenakan Art ye!" Adzaini terus mengejarku dari belakang dan terus berlari dengan riangnya...Aku dah bahagia!!!!
mula2 baca tue ok..tapi ending dia dah dapat agak..buatlaa suspense skit. n ini bukan ciplak ker? coz rasanya dah pernah terbaca cerpen mcm nie..cuma maybe nama jerr lain..anyway usaha lg..
awal2 baca lagi da dpt agak yg art tu bapak jin tuh.. sempat la jugak cerpen ni wat ak tersengih srg2.. tp, in luv ngan lecturer.. woww... gila lahh...
cerita ini memang ada disiarkan dalam remaja kira ulang semula jer tuk peminat remaja.. ayu memang suka baca cerpen lam remaja. ayu tak nyatakan yang cerpen ni dikarang oleh ayu..kan ayu ada tuliskan tuk bacaan semua orang... tak de nyatakan nama izza sofea kan? jadi jangan keliru semua..kira ni hanya untuk bacaan bersama-sama... enjoy it kalu nak koleksi remaja yang lain, nanti ayu leh post ataupun layari jer blog ayu kat akuslamber87.blogspot.com.. sudi-sudikanlah...
salam..thanks for ur explanation..saya rasa klu awak nak siarkan cerpen dlm remaja, better give credit for the writer as well as the magazine yg u amik...i think that's more appropriate than juz write it as 'untuk bacaan bersama2'...tol x?sekadar teguran...usahakan karya awak sendiri...siarkan karya org lain xkan improve anything di pihak awak...cuba lagi ye dik...
bapak jin..@ artakus tu, orang muda ke dah tua ekk?? x dapat nak bayg lak aku.. cita ni ok la jugak.. tapi rsa mcm tak berpe best dia brcinta ngn lcture dia..:)
Finally..ni baru cerpen namanya.. pendek, tapi padat..compared dgn cerpen ayu terdahulu walaupun ringkas tp semua plot berkembang dgn baik Bravo..mmg best..walaupun cam dah klise Biasalah cerpen kadang2 kite kena cedok idea org tp develop jd much better..keep up the gud work.
hoby aku bc nvl and ini slh satu cerpen yang aku ska.jln crita yang mnrik la .lawak la,pandai ko ek.kreatif and inovatif.plot cite ko ckp bgs la.gud luck...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahahahha...
best...
sempoi....
luv it...