Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
LoneRanger says: hi zatun.. pekabo? CikZatun says: hi syam! I baik jek. U ni tengah ngulor eh… LoneRanger says: elehh… nak kata orang, yang awak tu, tak ada kelas ke ni? Ke ponteng kelas ni? CikZatun says: ewah ewah… tak mainlah ponteng-ponteng kelas ni tau. See the leg la ehh..
Lancar Zatun menaip papan kekunci komputernya sambil tersenyum. Kelas Management yang dihadiri tadi baru saja selesai. Sebaik tiba di rumah sewa dua tingkat itu, Zatun terus online Skype demi melihat kalau-kalau buah hati tak rasminya, Zalfisyam, online sama.
LoneRanger says: haha.. mana kaki u tu? Gi snap gambar kaki u jap, then send to me. Cepat2.. I nak check ni! Macam manalah rupanya.. kakaka.. CikZatun says: eee.. kaki I hensem tau, mana boleh kasi u tengok, nanti depreciate pulak value dia nanti hehehe .. U ni free sangat ke ni? LoneRanger says: Pagi tadi jek busy sikit, sekarang dah free, kerja2 lain tu I suruh abg Man handle. Mummy pun ok jek kalau dia yang handle. Better than me tau.
Zalfisyam bersyukur ada Abang Man, satu-satunya pekerja yang paling rapat dengannya dan sudah pun dianggap sebagai keluarga sendiri. Abang Man adalah orang yang paling bertanggungjawab bagi mendidik Zalfisyam yang baru merangkak-rangkak menguruskan syarikat ayahnya selepas Haji Luqman meninggal dunia setahun yang lepas.
CikZatun says: emm… nasib ada abg Man tu, kalau nak harapkan u ni, ngadap computer jek, konon-konon buat kerja, rupanya.. mak aiihh.. ber chatting 24 jam kakaka.. LoneRanger says: ala.. tu semua u punya pasallah. CikZatun says: apa I pulakk..? LoneRanger says: Ye lah.. sehari tak skype u, I rasa macam 459 tahun tak jumpa u tau.. serius ni!
Tergelak Zatun membaca ayat yang disampaikan oleh Zalfisyam.
CikZatun says: mak aihh.. dasyat tu.. U perasan tak? I baru jek hidup 21 tahun tau.. study pun tak abis lagi. LoneRanger says: hahaha just kidding honey..
Meleret senyum Zatun melihat perkataan honey dari Zalfisyam.
Hampir 2 bulan mengenali Zalfisyam melalui internet, Zatun merasa senang. Senang dengan kata-kata Zalfisyam walaupun tidak dilafazkan, hanya melalui penaipan. Terkadang Zatun terasa tak masuk dek akal, hanya mengenali Zalfisyam di internet, ber chatting di Skype, berbalas email, tidak pernah bercakap walau melalui telefon mahupun Skype, tidak pernah berjumpa, semua ini tidak dapat dijadikan alasan bagi Zatun menolak rasa senang dengan kehadiran Zalfisyam. Senyuman bahagia acap kali terukir bila teringatkan Zalfisyam.
"Cik Atun oii.. udah-udahlah tersengih macam kerang busuk. Jom pi makan" sergah Rena sambil mencuit bahu Zatun. "alaa kau ni.. kacau daun lak. Tapi aku lapar gak ni. Jap. Jap.. aku say goodbye to this mamat first eh.. hehe.. kau gi la buang air dulu ke.. bedak-bedak dulu ke ehh.." "cehh.. ok.. aku nak gi buangkan jap. Kau jangan tak ready pulak nanti lepas aku siap buang. Tak pasal-pasal dengan kau sekali aku buangkan hahaha" seloroh Rena, teman sebilik yang sememangnya rapat dengan Zatun.
CikZatun says: syam, I nak off jap. Si Rena ni ajak makan. I taknak, tapi sian dia lapar.. sian kat I gak, coz I pun lapar gak kekekek.. LoneRanger says: haha ada-ada jek u ni honey. Ok ok.. U go first, I pun nak off ni, nak join meeting with staffs. See u later k..
******
"kau ni Atun.. kau mana kenal mamat tu, apa kata kau jumpa dulu ke, baru nak tangkap cintan mintan ni. Kalau setakat chatting camni, apa-apa boleh jadi tau." Rena bersuara sambil menghabiskan dua tiga helai mi goreng yang terakhir. "Aku tak tau la Ren, banyak-banyak lelaki aku kenal, baik yang nak usha aku mahupun yang aku nak usha diorang, aku takde rasa camni beb!" terang Zatun. "haha.. banyaklah kau" ketawa Rena. "Betul Ren.. angau ke apa aku ni. Ni nama dia angau tak kena lorong.. haha.. padahal kan, dia tak adalah cakap jiwang-jiwang ngan aku. Cuma bila dia panggil aku honey kat hujung-hujung tu.. walaooo wehh.. melayang aku hahaha.. macam kapalterbang kertas gamaknya wakakaka.." gelak sakan dua gadis ayu yang kemudiannya jadi tak berapa nak ayu dek kerana cara ketawa sebegitu.
"Tu lah kau.. mamat tu mintak phone number pun kau taknak bagi. Kalau orang lain, aku rasa laju jek hulur number." "Uit.. mana boleh bagi nombor tepon senang-senang kat orang yang kita tak kenalkan" Rena mengangguk setuju. "Lagipun, dengan cara macam ni, baru aku dapat tengok kesabaran abang Syam ku ahh.. kekeke" sambung Zatun sambil berlawak.
"Amboii.. ngenyam kau ehh.. tapikan, aku rasakan beb, kau ni dah macam terjatuh cintan la. Maybe baru intro cintan kot kakaka.. first love, perhaps, right?" Zatun mengangkat kening gaya Ziana Zain tanda setuju. "tapi tak apa, anything aku tetap kat sebelah kau, support kau. Cuma, kau jangan tercintan gila selagi kau tak jumpa mamat ni. Control your feelings ok? Sebab memacam boleh jadi kat internet ni. Am I right?" bebel Rena panjang lebar. "emm.. betul betul betul.. sayang aku kat kau ni.. muahh" "perghh.. nak cium aku agak-agaklah.. nasib boyfriend aku takde kat sini.. kau sabar eh.. nanti kat rumah sambung cium aku whahaha.." tersembur lagi gelak ketawa dua gadis Jurusan Pengurusan Perniagaan itu.
******
LoneRanger says: Zatun.. CikZatun says: Iya saya.. LoneRanger says: Zatun.. CikZatun says: U ni dah kenapa? Ngengada lah tu kan.. hehe.. LoneRanger says: Hehe.. I nak mintak sesuatu dari u, boleh tak agaknya? CikZatun says: Uit.. mintak apa? LoneRanger says: Nak nombor tepon laa… lama I tunggu ni.. I nak dengar suara u. Chatting jek, mana boleh tahan kan.. bolehlah la ye? CikZatun says: Laa.. ingat nak apa tadi.. emm patut ke I bagi eh? Jap I pikir eh.. LoneRanger says: Haa.. nak cari alasan lagi la tu. Susahnya nak dapat nombor u ni. Dah lama tau kita chatting, takkan u tak teringin nak cakap ngan I? I teringin sangat tau. Sincere ni honey.. Boleh ya? CikZatun says: Hehe.. ye lah, this time I give it to u ok.. 0122443111 LoneRanger says: Yeehaaa… thanks honey. I call u now!
Suara Jason Mraz kedengaran mendendangkan lagu favorite terkini Zatun. Hati Zatun berdegup kencang. "Ni mesti syam.. ayayaya.. nape aku takut nak angkat ni gegege.." ngomel Zatun sendirian. "jawab ke tak.. jawab ke tak.. arghhh.."
Jason Mraz terdiam. Mata Zatun kembali ke Skype.
LoneRanger says: Laa.. nape tak pick up phone honey? CikZatun says: Tak sempat angkat laa.. lagi pun I takut hehe LoneRanger says: U ni, macam tak kenal I. I tak makan u Zatun, don’t worry k?
Belum pun sempat menaip apa-apa, Jason Mraz menyanyi lagi. Dengan lafaz bismillah, Zatun menekan butang hijau.
"Err hello, assalamualaikum.." "Wa’alaikum salam honey.. haa.. angkat pun tepon. Nape ni? Berdebar-debar ke ni? Hehe.." usik Zalfisyam. "Eleh.. mana ada hehe.." "Ye ke. Takde takpe la, tapi kalau ada pun, takpe gak kan. Emm.. sedap pun suara you. Kalau dari dulu kasi I phone number kan dah lama I dapat dengar suara sedap you ni kan kan.. " puji Zalfisyam ikhlas. "Ye la tu.. baru makan gula-gula ke? Manis jek ayat hehe.." "Haha.. ala mulut I ni, takde gula pun memang manis la.. Kalau you tak caya, boleh rasa tau haha" Ah Zalfisyam Luqman ni memang suka menyakat, bisik hati kecil Zatun.
******
Zatun memegang telinga yang dirasakan panas. Mana tidaknya, baru saja habis berbual dengan Zalfisyam selama lebih kurang 1 jam. Perkenalan mereka dirasakan semakin rapat, namun tidak pernah lagi bersua muka. Bukan Zalfisyam tidak mencadangkan, bahkan sudah beberapa kali memujuk untuk berjumpa, tetapi alasan Zatun masih belum bersedia. Al-maklumlah.. selama ini Zatun tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki berdua-duaan.
‘Kat tepon pun jantung macam nak jatuh, kalau jumpa camna la aku nak nyorokkan muka kalau termerah’ ini yang selalu difikirkan oleh Zatun. Apapun, Zalfisyam tetap tidak memaksa. "You punya pasal, lebih 117 tahun pun I sanggup tunggu tau" teringat lagi kata-kata Zalfisyam.
Mereka berkongsi banyak perkara. Zalfisyam Luqman seorang anak tunggal, sekarang tinggal bersama ibunya sahaja. Zatun Syazleen Kamaruddin pula anak pemilik restoran, merupakan seorang penuntut IPTA di ibu negara. Kebetulan, selepas kematian ayahnya, Zalfisyam terus berpindah dan menetap di daerah yang sama dengan tempat tinggal keluarga Zatun.
******
"Assalamualaikum Syam" "Wa’alaikumusalam honey" Kedengaran batuk kecil dari Zalfisyam. "You kenapa Syam? Tak sihat ke? Patutlah dah lama tak contact I" "Emm.. badan I tak sedap. Dah dekat seminggu. Nak bangun pun tak larat. Sakit kepala. Selsema. Nasib ada you, so bila ingat you, I jadi ok sikit honey" "Ah.. ada-ada je you ni. You dah gi klinik ke ni?" "Dah, kalau tak baik, esok lusa I gi check up kat hospital, insyaAllah" "Emm.. ok, you jangan tak pergi pulak. Camna boleh kena demam ni? Nape tak bagi tau I? I ingat you sibuk dengan kerja. Sakit rupanya." Sedikit kesal Zatun kerana tidak menghubungi Zalfisyam dari awal. "Alhamdulillah.. sayang juga you pada I… jap lagi sure I baik honey.." gurau Zalfisyam.
******
Zatun menekan perutnya. Bagai nak pitam rasanya setelah melepaskan apa yang patut di tandas sebentar tadi. Sejak malam tadi, sewaktu baru tiba di rumah keluarganya, dia rasa tak sedap perut dan mual ditekak. Waktu subuh diisi dengan transit ulang alik ke tandas, ke bilik air, ke sinki dan ke katil untuk melepas lelah. Cukup pakej sekali dengan muntah. Hinggakan tiada apa lagi yang hendak dikeluarkan.
Zatun keseorangan, abahnya sudah ke restoran bersama ibu. Walaupun sudah diberi ubat oleh ibu, sakitnya tak reda.
"Adoi.. tu la.. yang aku makan kerang petang semalam buat apa. Aku ni kena keracunan makanan ni. Nasib baik dah sampai rumah. Kalau kat sana lagi, mahu pening Ren nak layan aku." ngomel Zatun sendirian.
Handphone berbunyi menandakan ada SMS. ‘A’kum honey.. skarg kat rmh kan? Dah bgn dah?’ SMS dari Zalfisyam. Dengan lemah Zatun menekan key pad satu persatu. ‘W’slm. Kt rmh ni.tp tak larat nk bgn. Skit perut + mntah2. Smlm mkn kerang yg dah nak busuk skit. Huarghh.. tolon~~ tolon~~..’
‘ish u ni, yg g mkn kerang bsuk buat apa. Dah mkn ubt?’ ‘abis kecur tgk smbl kicap rena, mana taknya… dah, penadol jek. I nak tido jap’ ‘ok jap, u relax, jap lg I call u’
"Assalamualaikum" Kedengaran suara lelaki memberi salam 2-3 kali. ‘Ish.. baru nak terlelap.. sapa pulak yang datang ni? Tak agak-agak nak datang time aku sakit perut ni’ bisik Zatun. Zatun yang lemah, perlahan2 bangun menuju ke pintu yang memang tidak ditutup dari tadi. Terlupa kerana terlalu melayan perut yang sakit.
"Wa’alaikumsalam. Encik cari sapa? Abah takde." Tanya Zatun melihat lelaki yang hampir sebaya dengan abahnya. "Saya tak cari abah kamu. Kamu ni Zatun ya?" Zatun mengangguk. "Nah.. ni ada ubat sakit perut dengan ubat tahan muntah. Makan ikut arahan yang dia tulis kat situ eh. Ok, saya nak cepat ni, saya gerak dulu. Rehat2 la ya. Assalamualaikum.." Belum sempat bertanya apa2, lelaki itu sudah beredar pergi. Confuse dibuatnya. Pelik bin ajaib ni namanya, fikir Zatun. ‘Takkan abah siap anto orang ke sini bagi ubat? Agaknya la kot…’
Sedang berkira-kira mengenai lelaki tadi, handphone berbunyi
"Hi Syam" "Hi honey. You dah makan dua-dua ubat tu tak?" berkerut dahi Zatun dengan soalan yang baru didengarnya. "Hey Syam, do you mean ubat yang orang hantar just now?" soalnya. "Ye la, ubat mana lagi. Lepas ni gi makan dua-dua ubat tu terus. Tapi kena isi perut dulu, you makan la sikit roti ke biskut ke ya? Lepas makan ubat, you rest. Tido. But before that honey, don’t forget to close your door. Dangerous you know. You are alone at home. Nape tak tutup pintu tadi? Risau I, buatnya ada penyangak ke.. naya je kan.." "Syam, mana you tau rumah I? Lelaki tadi tu kawan you ke?" berkerut-kerut dahi Zatun tanda confuse dan juga akibat menahan sakit perut dan rasa mual.
"Ya Allah honey, itu la Abang Man. Now, I’m in JB. That’s why I ask Abang Man to check on you. I risau, Abang Man kata you pucat sangat. Kalau I ada sana, forsure, bukan Abang Man yang datang tau. Jap lagi I suruh abang Man belikan you food eh?" terang Zalfisyam. Ternyata dia sangat risaukan Zatun.
"Ya Allah Syam.. you tau kat mana rumah I? Jangan, tak yah beli food, ibu kata nak balik jap lagi tengok I. By the way, macam mana you tau rumah I ni? Tak pernah cite pun?" semakin hairan Zatun dengan apa yang Zalfisyam tahu tentangnya.
"Alaa honey, small matter. Abang Man kenal ramai orang kat sana. I pun pernah pergi restoran abah you. Cuma abah you tak kenal I. I kenal abah, ibu, your sisters, and also you honey." Terjojol mata Zatun. Ternganga mulutnya sekali. Tak percaya apa yang didengarnya.
"Means you dah pernah nampak I?" "Honey, stop thinking of it, we’ll talk about it later ok? I know everything about you, because you know what.. because I love you. I know who you are, but at the same time, I have to be patient, I can’t meet you until you give me green light honey." Zatun tidak menyangka Zalfisyam betul-betul sayangkan dia walaupun tidak pernah berjumpa. Rupa-rupanya Zalfisyam mengenali dirinya. Susah nak percaya!.
"Syam, I’m sorry.. I tak sangka you betul-betul sayang I. I macam mimpi ni. Tak sangka you tau kat mana rumah I, restoran abah, I tak bagi you complete address pun. Pelik camna you boleh tau. Ke I memang tengah mimpi ni.. tapi I cubit pipi I memang sakit.. Syammmm…"
"hehehe.. you ni ada-ada jek la. Takyah cubit pipi yang dah tembam tu, nanti makin tembam jadinya. Ok honey, jangan lupa buat apa yang I suruh. I got to go. Jangan fikir lama-lama. Tido jek. Dah sihat nanti baru fikir ok? Kawan I dah panggil ni. I’ll catch you later. Take care honey. Love you. Bye.." Zalfisyam mematikan talian meninggalkan Zatun yang masih ternganga.
‘Ya Allah.. dia tau pipi aku ni chubby? Biar betul? Malunya akuuuuu huargghh.. padan muka kau Zatun!’ bisik Zatun sambil menekup muka dengan bantal sambil menggenggam ubat dari Abang Man.
******
"Habis kau tak sempatlah jumpa dia?" soal Rena. "Mana nak sempatnya Ren.. Cuti kita seminggu, yang seminggu tu lah dia ada seminar kat JB. Tension aku." Jawab Zatun. "Wahh tension la konon. Dulu time orang tu ajak jumpa, puluh kali kau tolak kann.." tempelak Rena. "hehehe.. ni dah alang-alang dia kenal aku, apa salahnya.. cehwah! Dulu aku takut nak jumpa, manalah tau dia reject aku lepas jumpa nanti sebab aku ni tak handsome kau tau tak haa.." Zatun bercakap dengan gaya Nasir Bilal Khan. "Kira ni dah confirm dia boleh terima muka tak handsome kau ni lah eh?" Tanya Rena. "Yeszaa.. sikit lebih kurang lah" terkekeh-kekeh kedua mereka ketawa. "So bila kau nak jumpa dia?" soal Rena. "Cuti semester nanti. Lepas final exam kita sem ni. Nak balik sekarang tak boleh, banyak assignment nak siapkan, presentation pun banyak, pastu nak prepare for final exam lagi.." terang Zatun panjang lebar. "emm.. betul tu. Apa-apa pun kena focus on study first right?" "Absolutely!" jawab Zatun.
******
So, I won\'t hesitate no more, no more, it cannot wait I\'m sure .. there\'s no need to complicate our time is short .. this is our fate, I\'m yours…
"Hello Syam.." "Hello honey, you sihat?" Tanya Zalfisyam dengan suara berbisik. "I sihat.. dah dekat seminggu I call you, tapi you off handphone, nape?" "I’m sorry honey, mummy simpan handphone I" jawab Zalfisyam perlahan. Sedikit gusar menjengah dihati Zatun. "Syam.. are you ok? Nape cakap macam berbisik? You kat mana ni?" "hehe.. I kat toilet" "haaa? Tak senonoh you ni. Nape call I time you kat toilet?" "ala.. terpaksa la.. ni pun I paksa Abang Man mintakkan handphone I dari Mummy. Kalau ikut Mummy tu, langsung dia taknak bagi tau. Tapi I miss you, that’s why I asked Abang Man to help me.." sayu suara kedengaran dihujung sana. "Syam, ada something happen ke? I tak faham, nape you kena call I secretly? Mummy you marah you call I ke?"
"Eh, tak lah.. actually Mummy risaukan I jek. Dia tak kasi I guna handphone, sebab I sekarang dekat hospital. Nurse pun tak kasi I guna phone honey. But I miss you. Tu pasal I curi-curi call you ni.." terang Zalfisyam. "Syam, you kat hospital? But why? You sakit teruk ke? Nape tak bagi tau I? I nak visit you" "takde apa-apa la.. Cuma buat medical check up je, don’t worry.. so far so good" "takde apa-apa you kata? Ni suara pun sengau semacam jek.. you sakit apa ni Syam? Tell me please.." rayu Zatun.
"Honey, I’m really happy that you are so caring. Betul, I takde apa-apa. Esok lusa lepas habis check up, I keluar wad lah. It’s normal procedure, don’t worry ya?" terang Zalfisyam. "Emm ok..kalau you dah cakap macam tu.. I doakan you sihat sentiasa, forever and ever and ever tau.. I nak visit you. Tapi tak pernah nampak muka you, silap orang tak nanti?" "hehe.. you lupa ke?" "Lupa apa?" Tanya Zatun hairan. "Ya Allah.. you kan tak habis exam lagi kan?" soal Zalfisyam. "Astaghfirullah.. ye la Syam.. I betul-betul lupa tau.I ada lagi 2 final paper next week. Camtu, habis exam baru I boleh balik sana jenguk you hehe.."kata Zatun sambil menepuk dahinya. "Tu laa.. kalau you nak jenguk I sekarang pun mana bleh, bukannya dekat. Takpe, I’m ok. Nanti kita jumpa masa nak dating jek kan kan kan.."
"eee bila pulak I kata nak dating?" "hahaha.. bagus juga I buat check up ni, ada hikmahnya.. terbuka juga hati you nak jumpa I kan honey? Alhamdulillah sangat-sangat" Zalfisyam mengucap syukur. Zatun hanya tersenyum. Dalam diam dia memasang nekad, usai peperiksaan akhir bagi semester itu, dia akan terus pulang ke kampung dan bertemu dengan Zalfisyam.
******
Pelik rasanya. Takkan buat medical check up sampai kena maksud wad. Takkan tak boleh guna handphone langsung. Sekarang even call many times pun, tak aktif. Macam ada yang tak kena ni. Exam Finance baru habis pagi tadi, tinggal lagi satu paper. Tapi ada gap 4 ari. Takkan aku nak balik jenguk syam sekejap pastu balik sini semula sambung exam. Namungkin.. namungkin.. cehwah cakap Hindustan pulak. Lagipun aku tak habis cover semua topic lagi. So memang aku tak boleh balik. Ayayaya.. how eh…nak tak nak, aku hanya boleh balik bila start cuti semester ni. Last exam pagi, tengah hari tu terus balik. Ok set! Aku cuma harap Syam dapat online ke, call aku ke, atau paling tak, hantar SMS ke.. at least aku boleh tahu condition dia. Mungkin dia dah baik, tapi sibuk ngan kerja agaknya. Betullah tu! Dia kan boleh tahan gila ngan kerja sekarang ni. InsyaAllah, takde apa-apa.. Amin..
******
Zatun berada di dalam kereta abahnya sewaktu handphone berbunyi. Dia dalam perjalanan pulang ke kampung selesai peperiksaan kertas terakhir pagi tadi. Panggilan tersebut dari Zalfisyam.
"hel..lo honey.." kedengaran suara yang amat perlahan menerobos gegendang telinga Zatun. Lebih perlahan dari berbisik. "Syam.. are you ok dear? Nape suara you takde ni? I call you many times, nape off handphone?" Tanya Zatun risau. "Ho..ney.. I’m fine.. I.. miss.. you.. so much.." suara Zalfisyam tersekat-sekat dihujung talian. Zatun sempat melihat signal bar di handphone. Full coverage! "Syam.. I’m worried about you. Nape suara you perlahan sangat?" Tanya Zatun seakan mahu menangis. "Tak.. ada apa.. ho..ney.. lis..ten.. to me.. I love you so.. much.. for..ever.. ho..ney… you know.. that.. right…." Zalfisyam bersuara lemah. "Syam? Hello.. Syam? You kat mana sekarang?" "Zatun, Syam kat hospital ni. Ni Abang Man cakap. Kamu on the way balik kan?" suara lain yang kedengaran. Zatun mengangguk tanpa menyedari yang Abang Man tidak dapat melihat anggukannya. "Abang Man, kenapa dengan Syam? Bagi tau Zatun!" pinta Zatun. "Syam ada sakit kat hidung dia. Doktor tengah exam dia. Kamu jangan risau. Dah sampai rumah, call nombor Syam, nanti abang suruh orang ambil Zatun, ok?" terang Abang Man. "Teruk ke keadaan Syam, abang Man?" "Don’t worry, insyaAllah.. everything will be fine. Ok Zatun, nanti kamu call abang. Bye for now."
Risau dihati Zatun, tuhan saja yang tahu. Lagi 2 jam baru dia akan sampai di kampung. Begitu lambat masa berlalu. Dia hanya dapat memanjatkan doa kehadrat ilahi. Semoga tiada apa-apa yang buruk akan berlaku. ‘Ya Allah.. berikan aku kesempatan bertemu dengan Syam dalam keadan yang baik’ pintanya. Hati Zatun tidak enak. Suara sayu lelaki yang bernama Abang Man itu membuatkan hati Zatun berdetap kuat. Apatah lagi suara Zalfisyam yang didengarnya. Seakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Namun dikikis perasaan itu secepatnya.
******
Jam menunjukkan tepat 1 pagi. Zatun sudah mendail berkali-kali. Sebaik tiba di rumah petang tadi, Zatun menghubungi telefon Zalfisyam. Tetapi tiada siapa yang menjawabnya. Terasa kesal tidak meminta nombor abang Man. Jika siang tadi tiada siapa menjawab panggilannya, malah sekarang nombor Zalfisyam tidak aktif. Barangkali handphonenya dimatikan.
Zatun menjadi tidak keruan sehinggakan tidak boleh lelap mata. Malam tadi dia sudah ke hospital bersama abah dan ibunya. Tetapi tiada rekod Zalfisyam dimasukkan ke wad. Bertambah bingung Zatun dibuatnya. Entah pukul berapa Zatun terlelap, dia pun tidak sedar.
Ringtone yang menjerit membangkitkan Zatun lena. Dijelingnya jam di dinding sekilas lalu. ‘Ya Allah.. dah pukul 11 pagi! Kenapa aku tak terjaga? Lepas subuh aku!" rasa kesal menyelubungi hati Zatun. Rumah sunyi. Abah dan ibunya sudah pasti di restoran. Biasanya awal pagi mereka sudah keluar rumah.
Handphone berbunyi untuk kali kedua. Dengan sedikit mamai, Zatun menjawab panggilan.
"Hello, siapa ni?" soalnya. "Hello Zatun. Ni abang Man, dik." Dengan serta merta hati Zatun berdegup kencang. Kenapa suara abang Man begitu sayu? "Ya abang Man? Kenapa off handphone Syam? Dari petang semalam Zatun call tak dapat tau." Tanya Zatun. "Dik, apa yang abang nak bagi tau ni, adik sabar banyak-banyak ya?" "Abang Man..Jangan takutkan Zatun.. abang kat mana ni? Semalam Zatun cari Syam kat hospital, tapi takde rekod dia dimasukkan ke wad. Sebenarnya dia masuk hospital mana Abang Man?" hati Zatun yang berdegup laju semakin hilang rentaknya. Terasa sakit seakan mencucuk didada. ‘kenapa jantung aku ni?’ bisik hatinya.
"Berat abang nak cakap. Sebenarnya dik, Syam dah kembali ke rahmahtullah dik.." terang abang Man perlahan. Zatun terdiam. "Zatun, are you still there?" "Ya Allah Abang Man.. nape boleh jadi macam ni? Zatun belum sempat jumpa dia Abang Man! Bila abang Man? Bila?" "Petang semalam, jam 4.50 petang. Abang sibuk uruskan jenazah, kami bawa balik ke KL sebab nak kebumikan sebelah pusara ayah Syam. Baru selesai kebumi pukul 10 tadi. Handphone Syam, mummy dia pegang. Handphone abang takde nombor Zatun. Bila malam abang nak call Zatun, handphone Syam pulak habis bateri. Charger ke mana pun abang tak tau. Dik, abang minta maaf, abang tak dapat tunaikan permintaan terakhir Syam. Dia nak sangat jumpa Zatun. Tapi tumor dirongga hidungnya pecah dan menyebabkan kematiannya petang semalam, dik. Abang betul-betul mintak maaf dik.." sungguh sayu suara abang Man.
Airmata sudah membasahi pipi Zatun. Deras mengalir. Pelbagai rasa timbul. Sayu, sesal, sedih, terkilan, sayang, geram, dan macam-macam lagi. "Dik, sama-samalah kita sedekahkan doa untuk arwah ya. InsyaAllah.. yang terbaik untuk dia. Sabar banyak-banyak.. Doa selalu. Kalau adik nak melawat pusara, bila-bila boleh call abang ok?" sambung abang Man.
Zatun merenung kosong gambar-gambar dirinya satu per satu. Abang Man menghantar satu kotak kecil milik Zalfisyam, berisikan gambar-gambar Zatun, beberapa keping kad dan juga sebuah buku catatan. Menurut abang Man, Zalfisyam akan mengambil gambar setiap kali melihat Zatun dari jauh. Buku yang ditajukkan ‘Zatun Syazleen = Zalfisyam’s honey’ diselak untuk kesekian kalinya, menerbitkan mutiara jernih dibibir mata. Jelas kelihatan gambar seorang pemuda kacukan melayu-cina, berkaca mata, dilekatkan bersebelahan gambar dirinya sendiri.
Honey sayang..
Maafkan Syam kerna menyembunyikan cancer yang menghinggap diri ini. Menurut doktor, Syam tak lama honey… tak lama.. dan Syam sendiri sedar, ada rasa tentang itu. Doktor hospital pakar, mummy, abang Man, mahu Syam membuat pembedahan untuk membuang tumor itu, peluangnya amat tipis honey. Terlalu tipis..
Syam tak sanggup. Syam tak mahu kekurangan waktu untuk mengintai honey. Syam mahu melihat honey dengan lebih kerap. Berbual dengan honey selalu. Tapi honey, sejak terlantar di hospital, mereka tak benarkan Syam menggunakan telefon. Syam tahu Mummy terlalu sayangkan Syam, tidak mahu Syam bertambah parah. Namun hakikatnya, memang Syam kritikal. Syukurlah abang Man cukup memahami.
Honey adalah orang yang paling penting dalam hidup Syam. Gadis pertama mengetuk pintu hati Syam. Tapi jodoh kita tak panjang. Belum sempat bertemu pun, Syam disahkan mengidap sinus cancer. Tidak Syam sangka selsema, sakit kepala yang berpanjangan adalah disebabkan oleh cancer itu. Apapun, semua ini ketentuan Ilahi, honey… Syam redha.. dan amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah memberi kesempatan pada Syam untuk mengenali honey, biar pun dari jauh.
Honey sayang.. jangan sedih. Walau Syam tiada dimatamu.. Syam tetap ada dihatimu.. Usah dikenang pemergian Syam, kenanglah saat manis hubungan kita walau sekelumit cuma.. kerana itulah kenangan terindah cinta pertama Syam bersamamu..
Selamat tinggal honey.. I love you, forever..
Zalfisyam
Betapa sayu membaca catatan dari arwah Zalfisyam biarpun sudah membacanya berulang kali. Bagi Zatun, dia sama seperti arwah. Arwah Zalfisyam merupa lelaki pertama yang singgah dihatinya. Namun, Zatun yakin, setiap ketentuan Allah, ada hikmah disebaliknya. Biarpun sedih, doa tetap dipanjatkan untuk lelaki pertama yang telah pergi buat selamanya… TAMAT.
p/s: this is my first entry here, harap dalam komen dari anda untuk saya jadikan panduan dalam memperbaiki penulisan akan datang. Thanks.
Assalamualaikum..pemilihan tajuk anda agak menarik. Gaya penceritaan anda agak bagus, ada juga kelemahan daripada segi struktur ayat terutama dalam bahasa Inggeris. Anda harus lebih berhati-hati. Daripada gaya penceritaan, anda perlu lebih banyak membaca. Walau bagaimana pun saya agak tertarik dengan sesetengah ayat yang anda gunakan. Selepas ini mungkin anda boleh fikirkan jalan cerita yang tidak boleh pembaca ramalkan dan menimbulkan unsur ingin tahu. Apa pun anda pasti boleh menulis lebih baik jika anda...terus menulis! Semoga berjaya...
best... tpi ending cte nie sedih lah.. bnyknya sad ending kat blog nie ari nie.. sedih lah...waaaaaa next n3 bt lbih baik dri nie tau.. writer de blog x???
jap...... nak lap air mata sat.... sedihlah cerita ni........ x dak lsg i tinggal walau satu perenggan pun.... ceritanya menarik dan lain dari yang lain... btul ape orang kata, cinta x semestinya indah.... sedihnya...... congrats to writer...
salammm......hiii... gud job.. sedih...mmg cinte xsemstinya berakhir ngan hepiii but sad alsooo... keep up ur work...chaiyok2x.. gud luck alsooo... -putri-
uwaaaa....sedih ending die...mmg best cite ni... tapikan... kite tanye2 jugak... mcm maner syam blh knal zatun? die slalu tgok zatun kat kedai bapak zatun ek?anyway,tahniah kpd writer...good job... tak semestinyer sume kisah happy ending kan...mengigatkan kite sume yg mati tu akan blaku bile2 mase je.. jadi topup le amal kite byk2...lipat gandakan pahala kite... sedekah jariah... sbg bekalan di akhirat kelak...utk mengigatkan diri sendri dan kalian...renung2kn dan slamat beramal...
terjadi ke atas diri sy juga..hehhheee,,,masih hjau lg hubungans y ngansi dia,,,,, tgok leggok yatnya ,,ingat bila la mk jumpa si dia ni,,,,aduhai
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mule2 baca lawak gak..upernye sad ending...uwawawa...
~AYHTK~