Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tania dan Riya masuk ke dalam ballroom hotel lima bintang itu. Tania agak janggal menghadiri majlis hari jadi yang dianjurkan oleh rakan Riya di hotel itu. Dia tidak biasa mengenakan dress dan berdandan. Kalau tidak kerana Riya, dia lebih suka duduk di rumah dan melayan tv. Riya menarik tangan Tania dan memperkenalkan rakannya kepada Tania. Tania menghulurkan tangan bersalaman dengan Shereen, rakan Riya yang mengadakan majlis hari jadi di hotel lima bintang ini. Shereen merupakan anak bongsu kepada seorang tokoh korporat di negara ini. Shereen mengenali Riya kerana Riya merupakan doktor yang merawat bapa Shereen ketika bapa gadis itu dimasukka ke hospital kerana serangan sakit jantung. Tania menarik tangan Riya menuju ke tempat hidangan. Bagi Tania, perutnya lebih penting ketika ini. Sejak dia menyatakan persetujuan mengikut Riya ke majlis ini, dia hanya mahu mengisi perutnya dengan makanan yang mahal-mahal. Riya mengeleng kepala melihat perangai buruk rakannya. Walaupun kuat makan, Tania bertuah kerana badannya sukar naik. Namun kemeriahan majlis menjadi kecoh bila sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang dan mesin gan masuk ke ballroom dan mengarahkan semua hadirin tunduk. Shereen pantas ditarik oleh seorang lelaki dan wanita yang bertopeng ke satu sudut. Riya pantas menarik tangan Tania yang sedang enak menjamu selera dan mengikuti segala arahan mereka. Semua hadirin yang menghadiri majlis hari jadi Shereen kini menjadi tebusan kumpulan bertopeng itu. Tania dan Riya duduk bersama tebusan yang lain. Wajah masing-masing pucat. Memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka selepas ini. Namun pandangan mata Tania tidak lepas memandang ke arah seorang lelaki yang sedang sibuk memerhatikan anak-anak buahnya mengikat seorang demi seorang tebusan yang ada di situ. Walaupun lelaki itu memakai topeng, susuk tubuh dan mata lelaki itu mengingatkan dia kepada seseorang. Gelagat Tania disedari ketua kumpulan itu. Tania segera mengalihkan pandangannya bila mata lelaki itu menghala ke arahnya. Lelaki itu menghampiri Tania. Dalam keadaan tangan yang terikat, Riya mendekatkan dirinya dengan Tania. Memberi isyarat, tidak mahu rakan baiknya itu diapa-apakan oleh mereka. Lelaki itu kemudian keluar dari ballroom itu. Tania menarik nafas lega. Namun dalam hati, dia tidak pasti sama ada lelaki itu menyedari tingkah lakunya atau tidak. Riya memandang ke arah Tania. Dia ingin mengatakan sesuatu terhadap Tania, namun dengan keadaan mulutnya yang disumbat dengan kain, menyebabkan segala kata-kata Riya tersekat di kerongkong. Selepas lelaki itu keluar, perempuan yang bersama dengan ketua kumpulan itu tadi menghampiri Tania. Dia memandang tepat ke arah Tania. "Tania? Kau masih hidup lagi?" kata perempuan itu. Dia baru menyedari Tania dan Riya adalah antara yang menjadi tebusan di majlis hari jadi anak orang kenamaan itu. Dahi Tania berkerut. "Perempuan ni kenal aku? Macam mana dia kenal aku? Keluarga aku bukanlah kaya sangat macam bapak Shereen! Tapi apa maksud dia aku masih hidup? Bila masa pula aku ni mati?" namun segala persoalan itu hanya berlegar dalam fikiran Tania. Dia tidak mampu mengajukan soalan itu kepada perempuan itu. Ketua kumpulan penculik itu masuk semula. Dia menghampiri wanita tadi dan berkata sesuatu kepadanya. Wanita itu melenting marah. "Sebab Tania ada, kau nak lepaskan mereka semua?" tanya wanita kepada lelaki itu. Tania memasang telinga bila mendengar namanya menjadi bahan bualan. "Kita dah merancang semua ni, tiba-tiba saja kau nak kita bebaskan semua tebusan? Kenapa dengan kau ni San? Kerana Tania, kau nak batalkan apa yang kita buat hari ni? Tania berkerut dahi. "San?" Dia memandang ke arah Riya. Dia ingin bertanya sesuatu kepada Riya, namun keadaan mulut mereka diikat dengan kain, menyukarkannya. Perempuan itu kemudian menghampiri Tania, namun sempat ditarik oleh ketuanya dan diberi amaran. "Jangan sesekali kau sentuh dia! Aku nak keluar kejap, dan aku nak kau pastikan semua tebusan selamat. Aku tak nak seorang pun cedera terutama sekali dia! Perempuan itu merengus. Pemuda yang dipanggil San keluar dari ballroom itu. Dia menghampiri Tania. "Apa istimewanya kau ni sampai San tak boleh lupakan kau?" Tania berkerut dahi. Tidak memahami maksud kata-kata perempuan itu. "Kau tak kenal aku ke?" Tania menggeleng kepala. "Tak apa. Biar aku ingatkan kau balik," Perempuan itu kemudian menghampiri sistem PA yang ada di situ. Dia memasang kamera video yang digunakan untuk merakamkan keadaan tebusan dan mula memasangnya. Semua yang ada di situ mula memberi perhatian terhadap rakaman yang ditayangkan. Tania dan Riya turut memberi perhatian. Tania berkerut dahi melihat semula rakaman video itu. Pada awal rakaman Riya memberitahu dia akan merakamkan segala saat manis Tania dan San sepanjang percutian mereka di Cherating Pahang. Riya menjadi jurukamera merakamkan saat manis-manis Tania dan San. Riya merakamkan saat San mengukir nama dia dan Tania di atas pasir. San kemudian memadam perkataan Nia dan mengabungkan gabungan namanya dan nama Tania menjadi Santa. Tania ketawa terbahak-bahak melihat San mengabungkan nama mereka. Tayangan video itu dihentikan. Perempuan itu kemudian menghampiri Tania dan membuka topengnya. "Aku Marina, perempuan yang kau lihat berada di bilik tidur dengan San ketika kau nak buat suprise untuk hari jadi dia. Kau berlari ke luar rumah bila melihat aku dan San dalam bilik tidur. Ketika kau berlari keluar rumah tu lah, kau dilanggar kereta yang menyebabkan kau hilang ingatan," "Tapi kenapa aku tak ingat pasal kau, San dengan Nicholas? Kenapa aku hanya ingat Riya sorang kalau betul aku pernah mengenali kamu semua?" "Sebab kau amnesia akibat kemalangan. Tapi aku tak percaya yang kau ni betul-betul amnesia. Sebab doktor yang merawat kau tu Riya, kawan kau sendiri. Dia boleh palsukan segala laporan perubatan pasal kau." "Hoi! Kau jangan nak buat fitnah! Aku tak pernah tipu dalam laporan perubatan pasal Tania. Dia memang amnesia sebab kemalangan tu!" "Tapi aku ingat kau dah mati? Kau terselamat dari kemalangan yang aku rancang tu," "Oh! Jadi kau rosakkan brek kereta Tania?" "Memang aku yang rosakkan brek kereta Tania kerana selagi kau hidup, San tak boleh lupakan kau! Tapi macam mana kau boleh selamat? Sedangkan kereta kau menjunam ke dalam gaung?" "Itu namanya panjang umur. Belum tiba masanya untuk Tania ni mati lagi!" jawab Riya. "Ok, aku nak uji betul ke kau memang amnesia atau memang ada pemalsuan dalam laporan perubatan kau," "Kau nak buat apa ni?" tanya Riya. Marina menghampiri Riya dan mengikat semula mulut Riya. Dia membuka ikatan tangan Tania. "Tania yang aku kenal cekap dan handal bermain pedang serta seorang penembak yang tepat. Semuanya hasil usaha gigih San mengajar dan mendidik kau ilmu mempertahankan diri menggunakan pedang dan pistol. Jadi, sekarang ni aku nak menguji kecekapan kau," Riya membantah hasrat Marina kerana dia tahu Tania akan kalah. Memang benar San pernah mengajar Tania, namun amnesia yang dialami Tania membuatkan Tania melupakan semuanya. Namun kata-kata Riya hanya bergema di kerongkongnya. Marina mencabut pedang dari pinggangnya. Dia memberikan pedang kepunyaan San yang ditinggalkan sebelum San meninggalkan ballroom sebentar tadi kepada Tania. Tania menyambut pedang itu. Melalui senjata yang digunakan mereka, Tania tahu kumpulan itu meniru kumpulan kongsi gelap di Jepun yang dikenali sebagai yakuza menggunakan pedang. Marina memulakan serangan terhadap Tania. Tania terkejut bila Marina memulakan serangan. Pedang yang dipegang terlepas dari pegangan. Ketika Tania mahu mengutip semula pedangnya, Marina menyerang. Namun Tania sempat mengelak. Tania berusaha melarikan diri dari serangan pedang Marina. Tercungap-cungap Tania mengelakkan diri dari serangan Marina. Tania tersandar ke dinding bila Marina menendang kuat tubuhnya. Kepalanya terhantuk ke dinding. Tania menahan kesakitan. Dia berusaha bangun. Marina mengeluarkan pisau dan meluru ke arah Tania. Mata Tania terbeliak. Wajahnya berkerut menahan kesakitan akibat tusukan pisau tepat ke perutnya. Tania menjadi lemah dan rebah di sisi kaki Marina. Riya menjerit melihat keadaan Tania. Airmata mengalir laju di pipinya. Ahli kumpulan penculik yang berada di ballroom itu, tergamam. Tiada seorang pun yang berani mengingatkan Marina mengenai amaran San tadi. Marina mencapai pedangnya dan memandang ke arah Shereen. Shereen terketar-ketar ketakutan. Dia memejamkan mata bila Marina mengangkat tinggi pedangnya dan bersiap sedia mahu memancung kepalanya. Tania meluru ke arah Shereen dan menahan mata pedang itu menggunakan tangannya. Darah memancut keluar dari kedua-dua tapak tangan Tania. Riya menangis gembira melihat Tania masih hidup. Tania kemudian menendang kaki Marina menyebabkan Marina terjatuh. Tania mencapai pedang Marina. Marina mencapai pedang San yang berada tidak jauh darinya. "Nak beradu kekuatan, carilah lawan yang sesuai dengan kau," kata Tania. "Bukankah aku dah tikam kau dengan pisau tadi?" tanya Marina hairan. "Memang betul kau tikam aku tadi, tapi aku sempat menahan pisau tu dengan tangan aku," Tania menunjukkan tapak tangannya yang berdarah. Mata Riya terbeliak. Dia percaya, ingatan Tania sudah pulih akibat hantukan ke dinding tadi. Pertarungan antara Marina dan Tania berlangsung sengit. Kedua-duanya sama hebat dan saling melancarkan serangan. Walaupun sudah lama tidak bermain pedang, Tania ternyata masih ingat dan mampu bermain pedang dengan baik. Dia mampu menyaingi serangan bertubi-tubi dari Marina. Namun kecederaan di bahagian tapak tangan Tania menyukarkan sedikit pergerakan Tania. Banyak kali juga pedang terlepas dari tangannya. Kali ini Tania tidak mampu menahan serangan bertubi-tubi dari Marina. Tania berserah seandainya dia ditakdirkan mati di tangan Marina. Tania tersandar di dinding. Peluh membasahi tubuhnya. Tania memejam mata bila Marina bersiap sedia menamatkan riwayat hidupnya. Tania membuka mata bila mendengar suara Marina menjerit kesakitan. Dia melihat mata pedang San tertusuk di belakang Marina. San telah kembali semula ke situ dan menyelamatkannya. Lelaki yang satu ketika dulu pernah mencuri hatinya dan membahagiakan hidupnya. Namun kini, lelaki yang dicintainya itu merupakan seorang penjenayah. San dan Marina mengetuai sebuah kumpulan kongsi gelap yang mengikut stail kumpulan kongsi gelap yakuza di Jepun. Sasaran mereka, menculik anak-anak orang kenamaan dan meminta wang tebusan dari keluarga tebusan mereka. Dengan wang itu, mereka membiayai operasi kumpulan mereka selain melakukan jenayah lain seperti penyeludupan dan mengedar dadah. Namun takdir telah menemukan San atau nama sebenarnya Santiago jatuh cinta dengan Tania ketika mereka bercuti ke Cherating. Di situlah titik pertemuan San dan Tania. Malah ketika ulangtahun kedua mereka sebagai pasangan kekasih, San dan Tania telah bercuti ke Cherating bersama teman-teman mereka, Riya dan Nicholas. Pada pertemuan itu juga, San telah menghadiahkan seutas rantai yang diukir nama gabungan mereka berdua, iaitu SANTA kepada Tania. Marina rebah di hadapan Tania. Tania memandang tepat wajah Santiago. Serta-merta kenangan manis mereka berdua hilang bila mengenangkan segala perbuatan lelaki itu. Tania mencapai pedang disebelahnya dan menyerang San. San terkejut. Namun dia sempat menepis serangan Tania. Tania tetap hebat walaupun amnesia selama ini. "Kau betul-betul nak bunuh orang yang dah selamatkan kau?" tanya San kepada gadis yang dicintainya. "Kau patut dihapuskan dari muka bumi ni! Orang seperti kau tak patut dibiarkan hidup!" Tania terus melancarkan serangan. Seperti pertarungan antara Marina dan Tania, begitu juga pertarungan antara dua insan yang saling mencintai antara Santiago dan Tania. Masing-masing sama handal dan sama hebat. San menghayunkan pedangnya namun sempat ditahan Tania. Tania kemudian mengunci pergerakan San dan berjaya merampas pedang dari tangan San. Tania menendang kuat tubuh San sehingga San tersandar ke dinding. Mata pedang Tania berhenti betul-betul di leher San. San menatap wajah Tania. "Aku tahu kau tak sampai hati nak bunuh aku sebab kau masih cintakan aku. Mana mungkin kau tergamak nak bunuh orang yang kau sayang," "Kau jangan cabar aku San. Kau jangan ingat cinta ini tak mampu membunuh kau!" "Lakukan Tania. Kalau betul kau maksudkan, lakukannya!" Mata pedang Tania masih berada di leher San. Benar kata San, dia tidak mampu membunuh San kerana cintanya untuk lelaki itu masih ada. Mana mungkin dia tergamak membunuh cinta hatinya sendiri. Tania melepaskan pedangnya. Dia berpaling membelakangkan San. Ketika ini San mengeluarkan pistol yang diselitkan di kakinya dan bersiap sedia menembak Tania. Tania yang menyedari keadaan itu, segera berguling ke arah Marina dan menarik pistol Marina. Dia menarik picu dan melepaskan tembakan ke arah San. Tembakan itu tepat mengenai bahu, dada dan perut San. Pistol Tania kehabisan peluru. Ketika ini, San tertawa melihat Tania kehabisan peluru. Dia masih menghalakan muncung pistolnya ke arah Tania. Tania memejamkan mata, menanti pistol San memuntahkan pelurunya. San tertawa. Dia menunjuk ke arah Tania pistolnya yang tidak diisi dengan peluru. "Kau memang betul-betul nak bunuh aku Tania," kata San sedih. Pistol dari tangan Tania terlepas selepas mengetahui pistol San tidak mengandungi peluru. Dia terduduk dan mengadap San. "Tania, maafkan aku kerana merahsiakan semuanya dari kau. Bukan niat aku untuk melukakan hati kau, Tapi percayalah, antara aku dengan Marina hanyalah sebagai kawan. Apa yang kau nampak sebelum kemalangan tu adalah lakonan semata-mata. Bila aku dah terlanjur menyintai kau, baru aku sedar siapa diri aku. Aku bukan orang suci dan tak layak untuk gadis seperti kau. Kalau pun aku cuci tangan dan kembali menjadi orang biasa, pihak berkuasa tetap akan memburu aku. Aku berpakat dengan Marina supaya kau percaya yang aku mempunyai hubungan intim dengan Marina. Rancangan kami berjaya, tapi kau pula terlibat dalam kemalangan dan mengalami amnesia. Aku sengaja tak isi pistol ni dengan peluru kerana aku tak mahu menggunakannya sebaik saja aku kembali ke sini. Aku juga tak tahu kau antara jemputan yang dijemput dalam majlis hari jadi ni. Mungkin dah takdir, yang kita ditemukan sekali lagi untuk mengucap selamat tinggal antara satu sama lain. Aku juga pernah berjanji, aku lebih rela mati di tangan kau dari mati di tali gantung dan mati di tangan polis. Dan hari ni, permintaan aku dikabulkan. Nafas San tersekat-sekat. Airmata seorang lelaki mengalir dari pipinya. Buat pertama kali dia mengalirkan airmata kerana seorang gadis. Penjenayah sepertinya memang tidak layak untuk menikmati erti cinta. Pintu ballroom terbuka. Sepasukan polis menyerbu masuk. Nicholas yang berpakaian seragam polis menyuruh anggotanya menyelamatkan tebusan yang lain. Nicholas merapati Tania yang masih berlutut di hadapan San. "Kau datang tepat pada masanya Nick," "Kau ke yang telefon polis mengatakan ada satu drama tebusan di hotel ni?" San menganggukkan kepala. "Aku yang telefon kau tadi Nick. Aku fikir, dah tiba masanya aku bersara melakukan jenayah. Pada mulanya memang niat aku nak minta tebusan dari semua yang di sini. Tapi bila aku terpandangkan Tania, aku ubah fikiran," San memandang ke arah Tania semula. "Tania, aku nak kau tahu. Sehingga ke saat ini, aku tak pernah berhenti menyintai kau," Riya mendapatkan Tania sebaik ikatannya dileraikan. "Nick, tak payahlah kau suruh orang-orang kau tahan aku. Masa aku dah nak sampai. Aku cuma nak diberi kesempatan menatap sepuas-puasnya wajah Tania sebelum aku menutup mata. Dan aku ada permintaan terakhir. Aku harap kau dan Riya boleh memujuk Tania untuk menunaikan permintaan terakhir aku ni," Riya dan Nicholas saling berpandangan. "Apa dia San?" tanya Nicholas. "Aku harap Tania sudi menuntut mayat aku. Aku tidak mahu pemergian aku meninggalkan tanda kerana aku tak mahu Tania terus hidup dalam kenangan cinta antara kami. Aku nak mayat aku dibakar dan abu mayat aku dibuang ke tempat pertama pertemuan kita dulu. Boleh tak Nick, Riya, kamu tolong pujuk Tania untuk tunaikan permintaan aku?" "Aku cuba San," "Dan satu lagi, Tania, Nick, boleh tak kamu berdua rapat dengan aku?" Tania merapati San. Anggota bawahan Nicholas bersiap sedia sekiranya San melakukan sesuatu ketika Tania merapatinya namun Nicholas memberi jaminan San tidak akan berbuat apa-apa. Nicholas merapati San. San mencapai tangan Tania dan tangan Nicholas. Dia menyatukan kedua-duanya. "Nick, aku tahu kau cintakan Tania dan aku yakin kau mampu bahagiakan dia. Tania, aku tak nak kau menutup terus pintu hati kau. Berilah peluang pada Nick untuk membahagiakan kau. Terimalah hakikat, aku bukan untukmu," Tania menarik tangannya dari pegangan tangan Nicholas. "Dan satu lagi, izinkan aku memeluk diri kau buat kali terakhir untuk aku ucapkan selamat tinggal buat selamanya. Biarlah aku merasai bahagia itu walaupun hanya seketika," Tania merapatkan dirinya dengan San dan membiarkan lelaki itu memeluk dirinya. Akhirnya San menghembuskan nafas terakhirnya dalam pelukan Tania. Angin laut membelai lembut rambut Tania. Di tangannya bekas mengandungi abu mayat San. Cherating, tempat pertama pertemuan dua insan, Santiago dan Tania. Dan kini, Tania hadir ke tempat penuh kenangan ini untuk menunaikan permintaan terakhir Santiago yang mahu disemadikan di sini. Perlahan-lahan Tania mencurahkan abu mayat San ke laut. Dia membuka rantai SANTA yang selama ini setia menemani dirinya dan menjatuhkan rantai itu ke dalam laut. Biarlah SANTA turut bersemadi bersama-sama San di laut ini. "Kenapa sementara cerahnya cinta kita San? Kenapa mesti kita yang melalui perpisahan ini? Walaupun berat hati ini untuk melepaskan kau pergi, terpaksa aku relakan. Tertutup sudah pintu hati ini yang pernah aku buka untuk kau, San. Aku terpaksa relakan kau pergi, walaupun aku tak mahu. Soal aku dan Nick, biarlah masa yang menentukan. Tak mungkin semudah itu untuk sesiapa mengantikan tempat kau di hati ini,"Riya mengusap bahu Tania. Dia memeluk erat sahabatnya. Berat mata yang memandang, berat lagi hati Tania menanggung semuanya. "Selamat tinggal sayangku. Kau tetap abadi dalam kenangan dan hati ini," Tania dan Riya sama-sama meninggalkan tempat itu. Membiarkan abadinya sebuah cinta bersemadi di situ. Yang pastinya, Tania tetap akan mengingati San sebagai kenangan terindah dalam hidupnya biarpun hidup pemuda itu dipalit dosa atas jenayah yang dilakukannya. Biarlah San tetap abadi di hatinya seperti mana abadinya sebuah cinta di tempat ini.
hmm... ade cam novel Cintaku di Harajuku sket[lau x silap tu tajuk dia..] mase starting awal2 tu, ingatkan mcm novel Makin Aku Cinta.hehe. watever pon, writer did a good job. if cite lg lebih lanjut part lwn2 mst besh! hehe...
ha lg satu, Santiago + Tania = Santan. hehehe jgn mrh ea writer!guwau jeh.
citer ni lain yer..xde elemen2 jiwang spt kisah cinta yg lain. mcm citer ala2 industan pon ade... penulis ni mesti jenis yg suke citer thriller n action..lawan2 pedang lg tuh..huhu
best? gila lah. bercinta dgn penjenayah.tak pernah terlintas pun mcm mana kot. wtv it is.. one great writing.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
i'm speechless
ayat yg x sampai ke hati...
tp bagusla sbb brani mncuba...
gambatte kudasai!