BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Februari 04, 2009
Cerpen : Abadi Sebuah Cinta
Nama Pena : Cyreen

Tania dan Riya masuk ke dalam ballroom hotel lima bintang itu. Tania agak janggal menghadiri majlis hari jadi yang dianjurkan oleh rakan Riya di hotel itu. Dia tidak biasa mengenakan dress dan berdandan. Kalau tidak kerana Riya, dia lebih suka duduk di rumah dan melayan tv.
Riya menarik tangan Tania dan memperkenalkan rakannya kepada Tania. Tania menghulurkan tangan bersalaman dengan Shereen, rakan Riya yang mengadakan majlis hari jadi di hotel lima bintang ini.
Shereen merupakan anak bongsu kepada seorang tokoh korporat di negara ini. Shereen mengenali Riya kerana Riya merupakan doktor yang merawat bapa Shereen ketika bapa gadis itu dimasukka ke hospital kerana serangan sakit jantung. Tania menarik tangan Riya menuju ke tempat hidangan.
Bagi Tania, perutnya lebih penting ketika ini. Sejak dia menyatakan persetujuan mengikut Riya ke majlis ini, dia hanya mahu mengisi perutnya dengan makanan yang mahal-mahal. Riya mengeleng kepala melihat perangai buruk rakannya. Walaupun kuat makan, Tania bertuah kerana badannya sukar naik.
Namun kemeriahan majlis menjadi kecoh bila sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang dan mesin gan masuk ke ballroom dan mengarahkan semua hadirin tunduk. Shereen pantas ditarik oleh seorang lelaki dan wanita yang bertopeng ke satu sudut.
Riya pantas menarik tangan Tania yang sedang enak menjamu selera dan mengikuti segala arahan mereka. Semua hadirin yang menghadiri majlis hari jadi Shereen kini menjadi tebusan kumpulan bertopeng itu.
Tania dan Riya duduk bersama tebusan yang lain. Wajah masing-masing pucat. Memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka selepas ini. Namun pandangan mata Tania tidak lepas memandang ke arah seorang lelaki yang sedang sibuk memerhatikan anak-anak buahnya mengikat seorang demi seorang tebusan yang ada di situ.
Walaupun lelaki itu memakai topeng, susuk tubuh dan mata lelaki itu mengingatkan dia kepada seseorang. Gelagat Tania disedari ketua kumpulan itu. Tania segera mengalihkan pandangannya bila mata lelaki itu menghala ke arahnya. Lelaki itu menghampiri Tania.
Dalam keadaan tangan yang terikat, Riya mendekatkan dirinya dengan Tania. Memberi isyarat, tidak mahu rakan baiknya itu diapa-apakan oleh mereka. Lelaki itu kemudian keluar dari ballroom itu. Tania menarik nafas lega. Namun dalam hati, dia tidak pasti sama ada lelaki itu menyedari tingkah lakunya atau tidak.
Riya memandang ke arah Tania. Dia ingin mengatakan sesuatu terhadap Tania, namun dengan keadaan mulutnya yang disumbat dengan kain, menyebabkan segala kata-kata Riya tersekat di kerongkong. Selepas lelaki itu keluar, perempuan yang bersama dengan ketua kumpulan itu tadi menghampiri Tania. Dia memandang tepat ke arah Tania.
"Tania? Kau masih hidup lagi?" kata perempuan itu. Dia baru menyedari Tania dan Riya adalah antara yang menjadi tebusan di majlis hari jadi anak orang kenamaan itu.
Dahi Tania berkerut. "Perempuan ni kenal aku? Macam mana dia kenal aku? Keluarga aku bukanlah kaya sangat macam bapak Shereen! Tapi apa maksud dia aku masih hidup? Bila masa pula aku ni mati?" namun segala persoalan itu hanya berlegar dalam fikiran Tania. Dia tidak mampu mengajukan soalan itu kepada perempuan itu.
Ketua kumpulan penculik itu masuk semula. Dia menghampiri wanita tadi dan berkata sesuatu kepadanya. Wanita itu melenting marah.
"Sebab Tania ada, kau nak lepaskan mereka semua?" tanya wanita kepada lelaki itu.
Tania memasang telinga bila mendengar namanya menjadi bahan bualan.
"Kita dah merancang semua ni, tiba-tiba saja kau nak kita bebaskan semua tebusan? Kenapa dengan kau ni San? Kerana Tania, kau nak batalkan apa yang kita buat hari ni?
Tania berkerut dahi. "San?" Dia memandang ke arah Riya. Dia ingin bertanya sesuatu kepada Riya, namun keadaan mulut mereka diikat dengan kain, menyukarkannya.
Perempuan itu kemudian menghampiri Tania, namun sempat ditarik oleh ketuanya dan diberi amaran.
"Jangan sesekali kau sentuh dia! Aku nak keluar kejap, dan aku nak kau pastikan semua tebusan selamat. Aku tak nak seorang pun cedera terutama sekali dia!
Perempuan itu merengus. Pemuda yang dipanggil San keluar dari ballroom itu. Dia menghampiri Tania.
"Apa istimewanya kau ni sampai San tak boleh lupakan kau?"
Tania berkerut dahi. Tidak memahami maksud kata-kata perempuan itu.
"Kau tak kenal aku ke?" Tania menggeleng kepala.
"Tak apa. Biar aku ingatkan kau balik,"
Perempuan itu kemudian menghampiri sistem PA yang ada di situ. Dia memasang kamera video yang digunakan untuk merakamkan keadaan tebusan dan mula memasangnya.
Semua yang ada di situ mula memberi perhatian terhadap rakaman yang ditayangkan. Tania dan Riya turut memberi perhatian. Tania berkerut dahi melihat semula rakaman video itu. Pada awal rakaman Riya memberitahu dia akan merakamkan segala saat manis Tania dan San sepanjang percutian mereka di Cherating Pahang.
Riya menjadi jurukamera merakamkan saat manis-manis Tania dan San. Riya merakamkan saat San mengukir nama dia dan Tania di atas pasir. San kemudian memadam perkataan Nia dan mengabungkan gabungan namanya dan nama Tania menjadi Santa. Tania ketawa terbahak-bahak melihat San mengabungkan nama mereka. Tayangan video itu dihentikan. Perempuan itu kemudian menghampiri Tania dan membuka topengnya.
"Aku Marina, perempuan yang kau lihat berada di bilik tidur dengan San ketika kau nak buat suprise untuk hari jadi dia. Kau berlari ke luar rumah bila melihat aku dan San dalam bilik tidur. Ketika kau berlari keluar rumah tu lah, kau dilanggar kereta yang menyebabkan kau hilang ingatan,"
"Tapi kenapa aku tak ingat pasal kau, San dengan Nicholas? Kenapa aku hanya ingat Riya sorang kalau betul aku pernah mengenali kamu semua?"
"Sebab kau amnesia akibat kemalangan. Tapi aku tak percaya yang kau ni betul-betul amnesia. Sebab doktor yang merawat kau tu Riya, kawan kau sendiri. Dia boleh palsukan segala laporan perubatan pasal kau."
"Hoi! Kau jangan nak buat fitnah! Aku tak pernah tipu dalam laporan perubatan pasal Tania. Dia memang amnesia sebab kemalangan tu!"
"Tapi aku ingat kau dah mati? Kau terselamat dari kemalangan yang aku rancang tu,"
"Oh! Jadi kau rosakkan brek kereta Tania?"
"Memang aku yang rosakkan brek kereta Tania kerana selagi kau hidup, San tak boleh lupakan kau! Tapi macam mana kau boleh selamat? Sedangkan kereta kau menjunam ke dalam gaung?"
"Itu namanya panjang umur. Belum tiba masanya untuk Tania ni mati lagi!" jawab Riya.
"Ok, aku nak uji betul ke kau memang amnesia atau memang ada pemalsuan dalam laporan perubatan kau,"
"Kau nak buat apa ni?" tanya Riya.
Marina menghampiri Riya dan mengikat semula mulut Riya. Dia membuka ikatan tangan Tania.
"Tania yang aku kenal cekap dan handal bermain pedang serta seorang penembak yang tepat. Semuanya hasil usaha gigih San mengajar dan mendidik kau ilmu mempertahankan diri menggunakan pedang dan pistol. Jadi, sekarang ni aku nak menguji kecekapan kau,"
Riya membantah hasrat Marina kerana dia tahu Tania akan kalah. Memang benar San pernah mengajar Tania, namun amnesia yang dialami Tania membuatkan Tania melupakan semuanya. Namun kata-kata Riya hanya bergema di kerongkongnya. Marina mencabut pedang dari pinggangnya. Dia memberikan pedang kepunyaan San yang ditinggalkan sebelum San meninggalkan ballroom sebentar tadi kepada Tania. Tania menyambut pedang itu.
Melalui senjata yang digunakan mereka, Tania tahu kumpulan itu meniru kumpulan kongsi gelap di Jepun yang dikenali sebagai yakuza menggunakan pedang. Marina memulakan serangan terhadap Tania.
Tania terkejut bila Marina memulakan serangan. Pedang yang dipegang terlepas dari pegangan. Ketika Tania mahu mengutip semula pedangnya, Marina menyerang. Namun Tania sempat mengelak. Tania berusaha melarikan diri dari serangan pedang Marina. Tercungap-cungap Tania mengelakkan diri dari serangan Marina. Tania tersandar ke dinding bila Marina menendang kuat tubuhnya. Kepalanya terhantuk ke dinding. Tania menahan kesakitan. Dia berusaha bangun.
Marina mengeluarkan pisau dan meluru ke arah Tania. Mata Tania terbeliak. Wajahnya berkerut menahan kesakitan akibat tusukan pisau tepat ke perutnya. Tania menjadi lemah dan rebah di sisi kaki Marina.
Riya menjerit melihat keadaan Tania. Airmata mengalir laju di pipinya. Ahli kumpulan penculik yang berada di ballroom itu, tergamam. Tiada seorang pun yang berani mengingatkan Marina mengenai amaran San tadi. Marina mencapai pedangnya dan memandang ke arah Shereen. Shereen terketar-ketar ketakutan. Dia memejamkan mata bila Marina mengangkat tinggi pedangnya dan bersiap sedia mahu memancung kepalanya.
Tania meluru ke arah Shereen dan menahan mata pedang itu menggunakan tangannya. Darah memancut keluar dari kedua-dua tapak tangan Tania. Riya menangis gembira melihat Tania masih hidup. Tania kemudian menendang kaki Marina menyebabkan Marina terjatuh. Tania mencapai pedang Marina. Marina mencapai pedang San yang berada tidak jauh darinya.
"Nak beradu kekuatan, carilah lawan yang sesuai dengan kau," kata Tania.
"Bukankah aku dah tikam kau dengan pisau tadi?" tanya Marina hairan.
"Memang betul kau tikam aku tadi, tapi aku sempat menahan pisau tu dengan tangan aku," Tania menunjukkan tapak tangannya yang berdarah.
Mata Riya terbeliak. Dia percaya, ingatan Tania sudah pulih akibat hantukan ke dinding tadi. Pertarungan antara Marina dan Tania berlangsung sengit. Kedua-duanya sama hebat dan saling melancarkan serangan. Walaupun sudah lama tidak bermain pedang, Tania ternyata masih ingat dan mampu bermain pedang dengan baik. Dia mampu menyaingi serangan bertubi-tubi dari Marina.
Namun kecederaan di bahagian tapak tangan Tania menyukarkan sedikit pergerakan Tania. Banyak kali juga pedang terlepas dari tangannya. Kali ini Tania tidak mampu menahan serangan bertubi-tubi dari Marina. Tania berserah seandainya dia ditakdirkan mati di tangan Marina. Tania tersandar di dinding. Peluh membasahi tubuhnya. Tania memejam mata bila Marina bersiap sedia menamatkan riwayat hidupnya.
Tania membuka mata bila mendengar suara Marina menjerit kesakitan. Dia melihat mata pedang San tertusuk di belakang Marina. San telah kembali semula ke situ dan menyelamatkannya. Lelaki yang satu ketika dulu pernah mencuri hatinya dan membahagiakan hidupnya.
Namun kini, lelaki yang dicintainya itu merupakan seorang penjenayah.
San dan Marina mengetuai sebuah kumpulan kongsi gelap yang mengikut stail kumpulan kongsi gelap yakuza di Jepun. Sasaran mereka, menculik anak-anak orang kenamaan dan meminta wang tebusan dari keluarga tebusan mereka. Dengan wang itu, mereka membiayai operasi kumpulan mereka selain melakukan jenayah lain seperti penyeludupan dan mengedar dadah.
Namun takdir telah menemukan San atau nama sebenarnya Santiago jatuh cinta dengan Tania ketika mereka bercuti ke Cherating.
Di situlah titik pertemuan San dan Tania. Malah ketika ulangtahun kedua mereka sebagai pasangan kekasih, San dan Tania telah bercuti ke Cherating bersama teman-teman mereka, Riya dan Nicholas. Pada pertemuan itu juga, San telah menghadiahkan seutas rantai yang diukir nama gabungan mereka berdua, iaitu SANTA kepada Tania.
Marina rebah di hadapan Tania. Tania memandang tepat wajah Santiago. Serta-merta kenangan manis mereka berdua hilang bila mengenangkan segala perbuatan lelaki itu. Tania mencapai pedang disebelahnya dan menyerang San. San terkejut. Namun dia sempat menepis serangan Tania. Tania tetap hebat walaupun amnesia selama ini.
"Kau betul-betul nak bunuh orang yang dah selamatkan kau?" tanya San kepada gadis yang dicintainya.
"Kau patut dihapuskan dari muka bumi ni! Orang seperti kau tak patut dibiarkan hidup!" Tania terus melancarkan serangan.
Seperti pertarungan antara Marina dan Tania, begitu juga pertarungan antara dua insan yang saling mencintai antara Santiago dan Tania. Masing-masing sama handal dan sama hebat. San menghayunkan pedangnya namun sempat ditahan Tania. Tania kemudian mengunci pergerakan San dan berjaya merampas pedang dari tangan San. Tania menendang kuat tubuh San sehingga
San tersandar ke dinding.
Mata pedang Tania berhenti betul-betul di leher San. San menatap wajah Tania.
"Aku tahu kau tak sampai hati nak bunuh aku sebab kau masih cintakan aku. Mana mungkin kau tergamak nak bunuh orang yang kau sayang,"
"Kau jangan cabar aku San. Kau jangan ingat cinta ini tak mampu membunuh kau!"
"Lakukan Tania. Kalau betul kau maksudkan, lakukannya!"
Mata pedang Tania masih berada di leher San. Benar kata San, dia tidak mampu membunuh San kerana cintanya untuk lelaki itu masih ada. Mana mungkin dia tergamak membunuh cinta hatinya sendiri. Tania melepaskan pedangnya. Dia berpaling membelakangkan San.
Ketika ini San mengeluarkan pistol yang diselitkan di kakinya dan bersiap sedia menembak Tania. Tania yang menyedari keadaan itu, segera berguling ke arah Marina dan menarik pistol Marina. Dia menarik picu dan melepaskan tembakan ke arah San. Tembakan itu tepat mengenai bahu, dada dan perut San. Pistol Tania kehabisan peluru. Ketika ini, San tertawa melihat Tania kehabisan peluru.
Dia masih menghalakan muncung pistolnya ke arah Tania.
Tania memejamkan mata, menanti pistol San memuntahkan pelurunya.
San tertawa. Dia menunjuk ke arah Tania pistolnya yang tidak diisi dengan peluru.
"Kau memang betul-betul nak bunuh aku Tania," kata San sedih.
Pistol dari tangan Tania terlepas selepas mengetahui pistol San tidak mengandungi peluru. Dia terduduk dan mengadap San.
"Tania, maafkan aku kerana merahsiakan semuanya dari kau. Bukan niat aku untuk melukakan hati kau, Tapi percayalah, antara aku dengan Marina hanyalah sebagai kawan. Apa yang kau nampak sebelum kemalangan tu adalah lakonan semata-mata. Bila aku dah terlanjur menyintai kau, baru aku sedar siapa diri aku. Aku bukan orang suci dan tak layak untuk gadis seperti kau. Kalau pun aku cuci tangan dan kembali menjadi orang biasa, pihak berkuasa tetap akan memburu aku. Aku berpakat dengan Marina supaya kau percaya yang aku mempunyai hubungan intim dengan Marina. Rancangan kami berjaya, tapi kau pula terlibat dalam kemalangan dan mengalami amnesia. Aku sengaja tak isi pistol ni dengan peluru kerana aku tak mahu menggunakannya sebaik saja aku kembali ke sini.
Aku juga tak tahu kau antara jemputan yang dijemput dalam majlis hari jadi ni. Mungkin dah takdir, yang kita ditemukan sekali lagi untuk mengucap selamat tinggal antara satu sama lain. Aku juga pernah berjanji, aku lebih rela mati di tangan kau dari mati di tali gantung dan mati di tangan polis. Dan hari ni, permintaan aku dikabulkan.
Nafas San tersekat-sekat. Airmata seorang lelaki mengalir dari pipinya. Buat pertama kali dia mengalirkan airmata kerana seorang gadis. Penjenayah sepertinya memang tidak layak untuk menikmati erti cinta.
Pintu ballroom terbuka. Sepasukan polis menyerbu masuk. Nicholas yang berpakaian seragam polis menyuruh anggotanya menyelamatkan tebusan yang lain. Nicholas merapati Tania yang masih berlutut di hadapan San.
"Kau datang tepat pada masanya Nick,"
"Kau ke yang telefon polis mengatakan ada satu drama tebusan di hotel ni?"
San menganggukkan kepala. "Aku yang telefon kau tadi Nick. Aku fikir, dah tiba masanya aku bersara melakukan jenayah. Pada mulanya memang niat aku nak minta tebusan dari semua yang di sini. Tapi bila aku terpandangkan Tania, aku ubah fikiran," San memandang ke arah Tania semula.
"Tania, aku nak kau tahu. Sehingga ke saat ini, aku tak pernah berhenti menyintai kau," Riya mendapatkan Tania sebaik ikatannya dileraikan.
"Nick, tak payahlah kau suruh orang-orang kau tahan aku. Masa aku dah nak sampai. Aku cuma nak diberi kesempatan menatap sepuas-puasnya wajah Tania sebelum aku menutup mata. Dan aku ada permintaan terakhir. Aku harap kau dan Riya boleh memujuk Tania untuk menunaikan permintaan terakhir aku ni,"
Riya dan Nicholas saling berpandangan. "Apa dia San?" tanya Nicholas.
"Aku harap Tania sudi menuntut mayat aku. Aku tidak mahu pemergian aku meninggalkan tanda kerana aku tak mahu Tania terus hidup dalam kenangan cinta antara kami. Aku nak mayat aku dibakar dan abu mayat aku dibuang ke tempat pertama pertemuan kita dulu. Boleh tak Nick, Riya, kamu tolong pujuk Tania untuk tunaikan permintaan aku?"
"Aku cuba San,"
"Dan satu lagi, Tania, Nick, boleh tak kamu berdua rapat dengan aku?"
Tania merapati San. Anggota bawahan Nicholas bersiap sedia sekiranya San melakukan sesuatu ketika Tania merapatinya namun Nicholas memberi jaminan San tidak akan berbuat apa-apa. Nicholas merapati San.
San mencapai tangan Tania dan tangan Nicholas. Dia menyatukan kedua-duanya.
"Nick, aku tahu kau cintakan Tania dan aku yakin kau mampu bahagiakan dia. Tania, aku tak nak kau menutup terus pintu hati kau. Berilah peluang pada Nick untuk membahagiakan kau. Terimalah hakikat, aku bukan untukmu," Tania menarik tangannya dari pegangan tangan Nicholas.
"Dan satu lagi, izinkan aku memeluk diri kau buat kali terakhir untuk aku ucapkan selamat tinggal buat selamanya. Biarlah aku merasai bahagia itu walaupun hanya seketika,"
Tania merapatkan dirinya dengan San dan membiarkan lelaki itu memeluk dirinya. Akhirnya San menghembuskan nafas terakhirnya dalam pelukan Tania.
Angin laut membelai lembut rambut Tania. Di tangannya bekas mengandungi abu mayat San. Cherating, tempat pertama pertemuan dua insan, Santiago dan Tania. Dan kini, Tania hadir ke tempat penuh kenangan ini untuk menunaikan permintaan terakhir Santiago yang mahu disemadikan di sini.
Perlahan-lahan Tania mencurahkan abu mayat San ke laut. Dia membuka rantai SANTA yang selama ini setia menemani dirinya dan menjatuhkan rantai itu ke dalam laut. Biarlah SANTA turut bersemadi bersama-sama San di laut ini.
"Kenapa sementara cerahnya cinta kita San? Kenapa mesti kita yang melalui perpisahan ini? Walaupun berat hati ini untuk melepaskan kau pergi, terpaksa aku relakan. Tertutup sudah pintu hati ini yang pernah aku buka untuk kau, San. Aku terpaksa relakan kau pergi, walaupun aku tak mahu. Soal aku dan Nick, biarlah masa yang menentukan. Tak mungkin semudah itu untuk sesiapa mengantikan tempat kau di hati ini,"Riya mengusap bahu Tania. Dia memeluk erat sahabatnya. Berat mata yang memandang, berat lagi hati Tania menanggung semuanya.
"Selamat tinggal sayangku. Kau tetap abadi dalam kenangan dan hati ini,"
Tania dan Riya sama-sama meninggalkan tempat itu. Membiarkan abadinya sebuah cinta bersemadi di situ. Yang pastinya, Tania tetap akan mengingati San sebagai kenangan terindah dalam hidupnya biarpun hidup pemuda itu dipalit dosa atas jenayah yang dilakukannya. Biarlah San tetap abadi di hatinya seperti mana abadinya sebuah cinta di tempat ini.
posted by Penulisan2u @ 3:03 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
12 Comments:
  • At 4/2/09 3:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i'm speechless
    ayat yg x sampai ke hati...
    tp bagusla sbb brani mncuba...
    gambatte kudasai!

     

  • At 4/2/09 8:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm...
    ade cam novel Cintaku di Harajuku sket[lau x silap tu tajuk dia..]
    mase starting awal2 tu, ingatkan mcm novel Makin Aku Cinta.hehe.
    watever pon, writer did a good job.
    if cite lg lebih lanjut part lwn2 mst besh! hehe...

    ha lg satu,
    Santiago + Tania = Santan.
    hehehe
    jgn mrh ea writer!guwau jeh.

     

  • At 4/2/09 1:37 PTG, Blogger Shima Awang said…

    walaupun i x minat crite camnie.. tp kira oklaa..teruskan usaha..

     

  • At 4/2/09 2:00 PTG, Blogger Anis Mohd said…

    mati la pulak..
    baca cerita lwn pdg ngan tgk lwn2 pdg mmg bg perasaan yg berbeza ye..

    bercinta ngan penjenayah..
    urm...ssh jugak tuh..
    penjenayah pon, ade perasaan gak..

     

  • At 4/2/09 8:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cam pernah baca je citer ni... kat mana ek???

     

  • At 4/2/09 10:28 PTG, Blogger cik diba said…

    not bad.....

     

  • At 5/2/09 8:37 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    santan? hehehheehhehe

    boleh lah cite ni walau nampak mcm janggal. sbb jarang bace kot
    hekhekhek =p

    ~sar~

     

  • At 6/2/09 4:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni lain yer..xde elemen2 jiwang spt kisah cinta yg lain. mcm citer ala2 industan pon ade... penulis ni mesti jenis yg suke citer thriller n action..lawan2 pedang lg tuh..huhu

    ~a.y.h.t.k~

     

  • At 8/2/09 11:23 PG, Blogger Aku adalah aku .. said…

    wah..main pedang..
    nak menculik tapi sempat lagi kluar jalan2..
    lucu²..

     

  • At 8/2/09 11:23 PG, Blogger Aku adalah aku .. said…

    wah..main pedang..
    nak menculik tapi sempat lagi kluar jalan2..
    lucu²..

     

  • At 11/8/10 7:40 PTG, Anonymous aKu bDk siMpLe said…

    eii...bez sesgt
    i like it!!!

     

  • At 20/10/10 10:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best? gila lah. bercinta dgn penjenayah.tak pernah terlintas pun mcm mana kot. wtv it is.. one great writing.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group