Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ibu, tolong Ana bu. Ana takut petir ni," jerit Ana. Sejak dari dulu lagi Ana risau, takut-takut disambar petir. Itulah siapa suruh degil sangat. Pn. Jamilah dah pesan awal-awal lagi supaya balik cepat tak pun bawa payung bersama bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Sedap-sedap je Ana menolak. Alasannya malas. Tengah tension macam tu, muncul pula kereta BMW Sports berwarna merah. Kecut perut si Ana. Kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapannya. Ana bersedia untuk mengambil langkah seribu.
"Adik, buat apa kat sini? Tak takut ke? Bahaya tau duk sorang-sorang macam ni. Rumah kat mana?" tanya pemandu kereta tersebut. Segak dan bergaya orangnya. Ana masih membatukan diri. Betul manusia ke mamat ni? Entah-entah....
"La, nape ni? Adik tak usahlah bimbang. Abang ni bukannya hantu pocong ke apa. Tengok kaki abang pijak bumi," katanya seraya melangkah keluar dari kereta. Macam dapat baca je bisikkan hati Ana ketika itu. Siapa tak takut kan?
"Argg... tak."
"Apa yang tak? Dah sah takut ni. Tak pelah. Mai abang tolong hantarkan," pelawa jejaka tersebut. Baiklah pula. Tapi, entah-entah ada udang di sebalik batu.
"Emmm... Tak pe... a.. abang. Saya...," belum pun sempat Ana meneruskan ayat biasanya, dah pula mamat tersebut menyampuk.
"Kalau tak sudi tak kisahlah. Abang teman adik sampai hujan reda. Tak manis anak gadis bersendirian kat tempat macam ni. Sunyi pula tu." Ana tidak menolak mahupun menerima tawaran lelaki itu. Kenal pun tidak. Tapi pandai-pandai pula bahasakan diri abang dan adik. Binggung! Dan lagi satu... Kalau dia nak teman kat situ, suka hati dialah. Tak ada kena-mengena dengan aku. Itulah yang difikirkan oleh Ana. Hujan ni pun satu, menggada-ngada. Makin lebat jadinya. Menyusahkan betullah. Tak cukup dengan tu berdentum bunyi guruh. Macam nak roboh je dunia ni. Ana tegak berdiri sambil memeluk tubuh, kerana hampir keseluruhan tubuhnya basah di timpa hujan yang semakin mengganas.
"Adik nak pakai kot abang tak?"
"Tak. Terima kasih," jawab Ana dengan suaranya yang tergetar-getar kerana kesejukkan. Ana bukannya nak jual mahal. Cuma tak nak beri muka sangat kat orang yang tidak dikenali.
"Dum!"
"Ya, Allah!" jerit Ana sambil terpeluk lelaki tersebut. Terbeliak mamat tu dengan tindakkan refleks serta-merta Ana akibat bunyi guruh dengan diikuti kilat, seakan-akan mencari mangsa untuk disambar. Lelaki itu menilik wajah murni Ana. Setiap inci ditelitinya. Cantik! Buat seketika, lelaki tersebut lupa akan dosa yang bakal dia tempuhi. Entah kenapa, tiba-tiba tergerak hati lelaki tersebut untuk memperlakukan Ana seperti isterinya. Keadaan Ana memberi peluang kepadanya; kerana Ana tidak sedarkan diri ketika berada di dalam dakapan lelaki itu. Ana pengsan sejurus terpeluk lelaki tersebut. Akhirnya... hilang sudahlah kesucian Ana yang dijaganya selama ini buat insan yang bakal bergelar suaminya nanti. Hancur segala-galanya. Mahkota kewanitaan Ana diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya di dalam keretanya.
"Masya-allah! Apa dah aku lakukan ni? Ya Allah! Mana perginya imanku? Aku... a.. adik... bangun... Ya tuhan! Aku perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Ya, aku akan kahwin dengan dia," rintih lelaki itu. Menyesal dengan sifat kebinatangannya sebentar tadi. Namun apakan daya, walau air mata darah sekali pun dia titiskan, tiada gunanya. Dia telah memusnahkan hidup seorang gadis.
Perlahan-lahan kelopak mata Ana dibuka...
"Ah!" jeritnya sambil tanganya menyilang menutupi sebahagian tubuhnya yang terdedah. Tahulah dia sudah.... dirinya telah dinodai.
"Kau... kau... binatang. Sampai hati kau." Ana mula menangis teresak-esak. Hancur segala harapannya.
"Adik, abang minta maaf. Abang bersalah. Abang... sanggup terima adik. Kita nikah ya."
"Lepas. Lepaskan aku. Aku benci laki macam kau. Tunjuk lagak baik. Syaitan!" Ternyata Ana tidak termakan pujuk rayu lelaki itu. Pantas sahaja Ana menyarungkan kembali baju kurungnya. Dia kecewa dengan apa yang terjadi kepadanya.
"Adik, please." Lelaki itu sekali lagi cuba memujuk Ana yang sedang pantas meninggalkan tempat jahanam itu.
Sekembalinya Ana ke rumah kediamannya, Pn. Jamilah terkejut besar melihat wajah pucat Ana. Perlukah aku ceritakan pada ibu? Berkali-kali persoalan yang sama menghantuinya. Bagaimana mungkin dapat dia terangkan. Tiada gunanya.
"Ana, nape ni? sakit ke?"
"Bu, sebenarnya.... achum!" terbersinlah pula. Ni macam petanda menghalang Ana daripada meneruskan niatnya.
"Hish, budak ni. Tulah suka sangat mandi hujan. Dah sakit diri sendiri jugak yang susah," bebel Pn. Jamilah.
"Susah sebab sakit tak pe, bu. Kalau..." terhenti on the spot kata-kata tersebut. Tak sampai hati nak sedihkan ibunya yang dah banyak menanggung kesengsaraan ditinggalkan oleh seorang insan yang bergelar suami... Kata lainnya ayah kepada Ana.
"Kalau...?"
"Hamm... tak delah bu."
"Dah! Pegi mandi. Pas tu turun makan," arah Pn. Jamilah.
"Ya, bu. Tapi Ana tak lapar. Selamat malam, bu." Pn. Jamilah sedikit pelik melihat perubahan Ana. Dia tidak ceria. Malahan nampak lesu semacam. Sepanjang malam Ana berendamkan air mata.
Manakala di rumah lelaki tersebut.... tiada kurangnya. Mama, papa mahupun isterinya tidak di tegur walau sepatah perkataan pun. Rupanya mamat tersebut dah pun mendirikan mahligai. Cuma tidak seindah mana. Mereka tidak pernah hidup seperti pasangan lain. Isterinya mencintai jejaka lain dan masih lagi setia mencintainya. Lelaki itu tak sudah-sudah menyesali peristiwa tadi. Akan aku mencari semula gadis itu. Dosaku perlu di tebus. Itulah yang difikirkan olehnya. Dia memang menyesal teramat sangat. Begitulah saban hari kelakuan Ana mahupun lelaki itu. Kehidupan mereka lebih dikerumuni kesedihan. Ana disebabkan kehilangan dirinya sendiri manakala lelaki itu disebabkan tindakkan kejinya. Puas juga Pn. Jamilah cuba mengorek rahsia yang membuntui anak tunggalnya itu. Tidak juga dia berjaya. Sehinggalah, pada suatu hari Ana menyatakan hasratnya untuk bekerja di salah sebuah Syarikat Elektronik yang terletak di PutraJaya. Pada mulanya Pn. Jamilah tidak bersetuju. Tetapi, melihat kesungguhan anaknya terpaksa juga dia akur. Lagipun bukannya jauh sangat tempat tu. Hanya 20 minit sahaja perjalanan dari kawasan perumahan mereka.
"Ikut suka Analah. Ibu malas nak halang. Tapi, jaga diri. Janji pada ibu."
"Ya bu. Ana janji. Dont worry." Ana segera kembali semula ke kamarnya. Sedih! Terpaksa memberikan janji yang telah pun terhancur dengan sendirinya beberapa bulan lepas. Syukurlah kerana tidak pula Ana pregnant ekoran daripada peristiwa tempoh hari. Sebenarnya Ana menerima surat tawaran kerja sebagai setiausaha daripada Syarikat Elektronik Adam.
Ini merupakan hari pertama Ana di Syarikat Elektronik Adam. Cemas pun ada perasaannya ketika itu. Maklumlah first time nak bekerja. Sebelum ni dia sekadar ajar tuition buat pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Lumayan juga pendapatan yang diperolehi. Tapi, terpaksa berubah arah. Dia tertekan setiap kali terpandang wajah ibunya. Dia takut terpecah rahsia yang terpaksa di telannya seorang diri itu.
Ana diperkenalkan kepada semua staf yang berada di situ ketika itu. Senyuman terukir di wajah Ana. Tak bolehlah nak buat sombong. Lagipun dia sudah pastinya memerlukan pertolongan daripada mereka nanti. Boss Ana, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40’an, baik orangnya. Tuan Azman.. Itulah nama yang di perkenalkan kepadanya. Kini, dah genap dua minggu Ana di situ. Cukup bahagia dia bersama kawan-kawan baru. Peristiwa hitam itu sedikit sebanyak dapat juga dia lupakan.
"Ana, ko pernah jumpa boss yang sorang lagi tu tak?" Siti bertanya sambil tersenyum kambing. Mesti ada apa-apa.
"Boss yang mane? Kan aku orang baru kat sini."
"Ya tak ya juga. Handsome giler. Ko tau dia baru je cerai ngan isteri dia. Perempuan tu curang. Ngandungkan anak ntah sapa-sapa."
"Hisk, kau ni. Tak baik kata cam tu. Fitnah namanya. Biarlah. Lagipun tu their life. Tak de kena-mengena ngan kita semua. So, let we do our own works." Ana tak suka masuk campur hal peribadi orang lain.
"Taklah bukan nak ngata. Cuma... boss tu baik sangat. Dia tak suka pandang serong mana-mana perempuan. Ntah nape dia dapat yang cam tu. Lagi satu sejak tiga empat bulan lepas, dia nampak cam tak bermaya je. Kami confuse jugak. Tapi, tak kan nak pegi tanya kot." Siapa agaknya boss tu? Kenapa tak diperkenalkan kepadaku? Ana terlalu leka memikirkan hal tersebut sehingga tidak sedar dia dihampiri oleh Tuan Azman.
"Ana, jauh termenung."
"Oh, mak kau. Eh! Emm... Maaf, Tuan Azman. Tersasul. Hamm.. apa yang boleh saya bantu?" Ana terkejut sebenarnya apabila tiba-tiba disergah oleh bossnya yang seorang tu.
"Emm... nothing much. Just nak bagitahu, boss sebenar Ana dah sampai. Dia outstation sebelum ni. Sekarang Ana akan teruskan kerja Ana dibawah penyeliaan Tuan Shazlan. Is it all right for you?"
"Yup. Tak de masalah. As long as boss tu baik macam Tuan Azman."
"Tak. Dia lebih baik dari saya. Sure you will be more confortable working with him. Trust me." Kata-kata dari Tuan Azman sebentar tadi sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada Ana. Tak perlulah dia takut sangat. Ana mengekori Tuan Azman menuju ke tingkat dua. Sedih juga sebab terpaksa berpisah dengan member-membernya. Kalau dulu dia bekerja di tingkat tiga. Kini, kena pula berpindah ke tingkat dua.
"Shaz, let i introduce your new secretary... Cik Adryana... or just call her as Miss Ana. Pekerja paling cun." Sempat juga Tuan Azman bergurau. Boss baru Ana menoleh. Terperanjat kedua-duanya.
"You?" laung Ana.
"Ana, what happen? You know him before?" sibuk je Tuan Azman nak tahu. Tetapi, akhirnya mati hasratnya apabila Shazlan meminta mereka ditinggalkan bersendirian. Dengan wajah sedikit mengerut Tuan Azman meninggalkan mereka berdua.
"Adik..." lembut sahaja Shazlan memanggilnya. Ana cuba menahan sebak. Lelaki yang dibencinya kini berada di depan matanya.
"Aku nak resign." Hanya itu sahaja yang terluah oleh Ana. Dia tak sanggup bekerja dengan lelaki yang merosakkannya.
"Please. Listen to me first." Suaranya masih lagi lembut. Seperti mengharapkan perhatian daripada Ana.
"Nak dengar apa lagi. Ko bersalah sebab... sebab..." tak sempat dia nak habiskan kata-katanya apabila tiba-tiba sahaja Shazlan mencapai dan memegang erat pergelangan tangan Ana. Tindakkan spontannya menambahkan api kemarahan dalam diri Ana.
"Apa ni? Lepas. Kalau tak..."
"Kalau tak... apa???"
"Lepas..."
"Dengar dulu penjelasan abang. Memang salah abang. Sebab tu abang..."
"Cukup. Stop it. Please let me go. We are not husband and wife. You dont have the rights to touch me again," sergah Ana. Tangisannya semakin menjadi. Perlahan-lahan pegangan Shazlan dileraikan. Dia tak sanggup melihat Ana menangis.
"Ok. Tapi adik have to work here until your contract finished. Lama tau. Two years. Kalau nak resign gak, have to pay ganti rugi pada syarikat. A lot you know." Ana tiada pilihan lain. Terpaksa juga akur. Mana dia nak cari duit untuk bayar kat syarikat? Luka lama kembali lagi. Bagaimana Ana nak bersemuka dengan lelaki itu setiap hari?
Kini, dah hampir dua bulan lamanya Ana menapak di bawah penyeliaan Shazlan. Dirinya begitu diambil berat oleh Shazlan walaupun mendapat balasan buruk darinya sendiri. Sedikit pun lelaki itu tidak berputus asa. Kesian juga Shazlan. Ana bukan sengaja nak lakukan begitu. Setiap kali dia cuba menerima Shazlan, peristiwa hitam itu menerajah. Hinggakan menambahkan kebencian pada dirinya. Seperti biasa, Ana pulang ke rumah sejurus kerja di pejabat diselesaikan olehnya tanpa sebarang cacat-celanya.
"Ana, ibu nak cakap sikit. Boleh tak?"
"Nape ni bu? Formal sangat."
"Anak ibu ni dah banyak sangat berubah. Tulah terpaksa minta kebenaran."
"Ibu? Emm... ok. Jom kita berbincang."
"Ana, bu terima risikkan dari keluarga Dato’ Samier. Macam mana? Nak terima ke?"
"Sapa Dato’Samier tu bu?"
"Ntah. Bu pun tak kenal. Tapi, nampak cam baik je."
"Bu, Ana tak nak."
"Nape, Ana? Sekarang umur Ana dah nak masuk 28 tau. Tua dah tu. Nak jadi an dar tu ke?"
"Anak dara tua lah bu...."
"Bu tanya betul-betul ni. Dia gi main-main pula."
"Ana tak leh bu."
"Yalah, nape?"
"Sebab..."
"Sebab Shazlan. Betul tak?"
"Bu?"
"Ibu tau semuanya. Sejak Ana terserempak semula ngan Shazlan kat pejabat. Dia terus je datang jumpa ngan bu. Dia dapatkan alamat dari maklumat staf. Dia dah cite semuanya. Memang dia salah. Tapi, dia nak kahwin ngan Ana. Dia nak langsaikan hutangnya."
"Ana tak sanggup bu. Janganlah paksa Ana." Kata-kata muktamad dari Ana tidak dapat di jawab oleh Pn. Jamilah. Tegas juga si Ana ni. Keras kepala sama macam ayahnya. Bisik hati kecil Pn. Jamilah. Ana tidak lagi bersemangat ke tempat kerja. Dia malas nak berdepanan dengan Shazlan. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui niat sebenar Shazlan untuk memperisterikannya. Bukan mudah buat Ana untuk melupakan peristiwa hitam itu. Walaupun dia dah tak layak untuk menerima sesiapa pun lagi. Dengan susah payahnya, terpaksa juga Ana bangkit menuju ke pejabatnya. Dia sampai seperti biasa. Awal... Lebih awal daripada staf-staf yang lain. Tiada siapa kelihatan disitu. Kecualilah bilik Shazlan yang terang-benderang oleh cahaya lampu.
"Awallah pula dia ni sampai," luah Ana pada dirinya sendiri.
"Cakap pasal abang ke?" Terperanjat Ana. Bila pula dia ni sampai kat belakang aku? Buat malu je. Macam mana nak cover.
"Perasaan betullah Tuan Shazlan ni."
"Adik, nape masih nak jauh dari abang. Nape adik tak leh nak terima abang?"
"Please. Jangan ungkit lagi. Tak sanggup saya nak..."
"Adik..., abang ikhlas. Bukan sebab abang dah sentuh adik. Tapi, abang memang suka kat adik sejak mula- mula tengok adik. Bagilah abang peluang tebus dosa abang," Shazlan sudah bertekad untuk memujuk Ana.
"Saya tak nak kahwin. Bukan dengan Tuan Shazlan tapi dengan sapa-sapa pun."
"Adik, abang orang pertama yang sentuh adik. Dan biarlah jadi orang terakhir yang akan sentuh adik. Percayalah abang ikhlas. Family abang pun dah lama setuju. Adik janganlah musnahkan diri adik. Padahal yang berdosanya abang. Kalau adik tak nak maafkan abang pun tak pe. Yang penting adik jadi isteri abang. Abang janji tak kan sentuh adik tanpa kebenaran adik," panjang lebar Shazlan menerangkan kepada Ana. Niatnya satu sahaja ketika itu. Ana menerimanya.
"Tapi..."
"Abang tau adik tak dapat lupakan perkara itu. Kan abang mengaku kesalahan abang. Bagilah abang peluang," pinta Shazlan sekali lagi. Ana serba-salah. Memang dia patut bersyukur kerana Shazlan sanggup bertanggungjawab. Cuma...
"Emm... baiklah. Tapi ada syaratnya."
"Syukur! Apa syaratnya. Abang sanggup penuhi."
"Abang tak dibenarkan menuntut hubungan kebatinan dari Ana. Ana belum bersedia."
"Abang janji. Abang sanggup tunggu sehingga adik benar-benar menerima kehadiran abang." Tak kisahlah walaupun Ana sekadar menerima Shazlan untuk kebaikkan diri sendiri. Yang penting Ana berubah dan bersetuju menerima pinangan Shazlan. Akan aku buktikan bahawa aku adalah suami yang terbaik buat Ana... Gadis yang tiada kurang hebatnya jika dibandingkan dengan wanita-wanita lain diluar sana. Tetap menjaga kemuliaan diri.
p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Kalau ada yang pelik tu, minta maaflah ya. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekian terima kasih.
kepada para pembaca... terima kasih di atas komen anda... sebenarnya memang ada sambungan tp yg tu dah masuk bab lain... hehehe... nantikanlah ya... maaflah sbb tak sempat nak siapkan sambungannya... kena siapkan kerja syarikat dulu... sorry sgt2...
citer nie sangat best tapi, asal sampai kat situ je.. cerita yang tak ada pengakhiran lah.. walau apa pun usaha lagi ye..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lohhh
sekerat jalan??