BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Januari 08, 2009
Cerpen : Panas yang hilang
Nama Pena : kumis nipis


" Ko kalo tak buat hal dengan aku tak bole ke? Apa masalah ko ni?" Hani mengamuk pagi itu. Bilik yang baru dikemaskan sebentar tadi, sudah seperti tongkang pecah. "Ko tak habis-habis dengan panas-baran ko tu. Apa yang ko dapat?" dihamburnya Faizal yang sedang kencang marahnya.

" Hei pompuan! Aku tak nak la orang kata aku dayus lempang ko nanti. Baik ko buat hal ko je. Menyemaklah. Sakit telinga ni tau tak pagi-pagi dah kene bebel?" Faizal malas nak bertekak dengan Hani.

Hanya Hani sahaja yang berani berdepan dengan Faizal setakat ini. Bukan tiada pelajar lelaki yang berani, tetapi semua tidak mahu cari pasal dengan lelaki baran itu. Pernah dulu Adli berbalah dengan Faizal kerana memecahkan tingkap bilik tutor mereka. Sudahnya mereka bergaduh kerana Faizal menumbuk muka Adli yang dianggapnya poyo dan tunjuk bagus.

" Wei mangkuk. Ko jangan ingat aku takut dengan kau la. Setakat ko terbalikkan meja kerusi dalam bilik ni, moyang aku pun kuat lagi la. Ko ingat aku tak berani ke buat?" Hani mencabar Faizal. Dia sudah tak tahan dengan fiil lelaki kerek depan matanya ketika ini.

Faizal yang menahan marah menjeling tajam ke arah Hani. Dia berjalan ke arah Hani dan merapatkan wajahnya ke muka Hani. Nasib baik ketika itu hanya Zahirah yang ada di bilik itu menemani Hani setiap pagi. Zahirah sudah cuak melihat perbuatan Faizal yang dianggapnya keterlaluan. Hani membuat isyarat supaya Zahirah bertenang. Lelaki sengal ini harus diajar. Itulah yang bermain di fikiran Hani ketika ini.

" Ada aku kesah?" Faizal berundur setapak dan memeluk tubuh. Hani tersenyum nipis dan mengambil beg Faizal. Faizal sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi tetapi dia buat selamba. Dia menunggu adakah telahannya tepat. Zahirah harap rakannya itu tidak buang tebiat pagi-pagi hari begini. " Kalau ko keluarkan isi beg aku dan campak merata-rata, memang ko cabar aku perempuan," Faizal berkira-kira mahu merampas semula begnya.

" Aku harap ko tak kesahkan beg ni aku pinjam kejap," Hani berjalan ke luar bilik. Zahirah sudah menggeleng kepala. Fius di kepala Hani sudah terputus. Faizal masih dengan barannya. Tetap berlagak tenang walau jangkaannya meleset. " Apa minah ni nak buat dengan beg aku tu?" Faizal sudah menggenggam tangannya. Sambil mengenyitkan matanya yang bundar itu, Hani mencampakkan beg Faizal ke bawah dan membuat gaya menyapu tangan yang kotor. "Ooops, sori. Terlepas. Tak sengajalah," Hani masuk dan duduk di sebelah Zahirah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

" MAANGKUUK!!!" Faizal berlari turun ke bawah. Bilik tutor yang terletak di tingkat 7 itu merupakan bilik paling hujung dan paling atas di blok itu. Retak pintu bilik dihempas Faizal ketika melempiaskan kemarahan yang dipendamnya itu. Makcik Temah yang sedang lalu di bawah mengambil beg Faizal dan dibawa ke pusat khidmat pelajar. Habis semua orang dirempuh Faizal. Sakit pergelangan kaki yang belum sembuh akibat bergaduh dulu terasa berdenyut. Faizal melompat dari anak tangga ke setiap tingkat.

" Ann, berani gila ko buat camtu. Tak baik la ko susahkan dia. Ko dah melampaulah," Zahirah beristighfar melihat apa yang berlaku tadi. " Aku tahulah. Aku dah tak tahanlah dengan perangai dia tu. Penat-penat aku kemas bilik ni dia suka-suka je nak sepahkan. Aku bukan bini dia lah, hamba abdi ke yang dia nak tunjuk baran dia tu," bebel Hani mempertahankan tindakannya. Ketika itu, sudah ramai rakan mereka yang masuk ke bilik untuk sesi tutor pertama. Pagi itu subjek Biokimia yang bisa menggugurkan rambut itu. Prof.Hasawi yang terkenal dengan ketegasan dan sikap garangnya itu telah menapak masuk sambil melihat ke arah setiap pelajarnya.

" Mana pulaklah beg aku ni? Sengal betullah minah tu. Apa faedah entah campak beg aku ke bawah ni? Aduuh. Sure kena halau kelas biokimia ni. Dah pukul berapa ni?" Faizal berlegar-legar di kaki lima tingkat bawah blok itu. Rasa sakit hati terhadap Hani bertambah parah mengenangkan tindakan perempuan itu menyusahkan dirinya.

" Anak cari apa ni? Makcik tengok anak ni mundar-mandir dari tadi," Makcik Temah yang sedang menyapu sampah menyapa Faizal.

" Maaf makcik. Ada nampak beg warna hitam kuning tak masa makcik sapu kat sini?" lembut Faizal bertanya Makcik Temah. Sifat hormat orang tua tidak pernah luntur dalam dirinya walau apa jua keadaan. Lagi-lagi kaum wanita kerana semuanya dianggap seperti ibunya yang tercinta.

" Oooh. Makcik dah hantar ke pusat khidmat pelajar. Cuba anak cari di sana. Makcik tengok tiada siapa nak ambil. Makcik tolong simpankan kat sana," berbunga hati Makcik Temah melihat Faizal. Masih ada anak muda yang menghormati dirinya walaupun dia cuma tukang sapu sahaja di kolej itu. Setelah mengucapkan terima kasih dan mencium tangan makcik Temah, Faizal segera berlari mendapatkan semula begnya.

" Awak berdiri di luar sampai saya habis mengajar. Saya tolak 2 markah awak kerana tidak tepati masa. Selekeh. Tiada langsung ciri pelajar cemerlang," Prof.Hasawi berceramah apabila Faizal terpacak di depan bilik tutor itu.

" Alamak, kesiannya Faizal. Pasal aku dia kena denda. Aduh. Bersalah aku ni," Hani hilang fokus apabila melihat Faizal berpeluh-peluh di luar bilik tutor. Zahirah mengugutnya bahawa orang yang meyusahkan orang lain akan mendapat dosa dan balasan dari ALLAH. Kelihatan Faizal berpeluh dengan banyak di luar kelas. Dia sedang menahan kesakitan kakinya yang bengkak akibat bergaduh dulu.

" Kaki, nape dengan kau ni? Berdenyut-denyut pulak dah. Janganlah mengada-ngada nak sakit masa ni. Aku dah tak boleh tahan ni. Dah basah kuyup baju aku ni. Berbau nanti teruklah aku. Adooi," geram Faizal terhadap Hani hilang. Walaupun dia tahu semua ini berpunca daripada Hani mencampak begnya ke bawah. Kesakitan kakinya sudah tidak tertanggung. Tiba-tiba dunia Faizal menjadi gelap.

Buukk!!! Faizal terkulai di luar kelas. Bibirnya pecah akibat terjatuh di atas lantai. Prof.Hasawi menangguhkan kelas. Aziz dan Rahman segera memapah Faizal ke bilik rawatan. Hani ingin mengikut tetapi langkahnya seakan terpaku di lantai.

" Nanti apa pulak orang fikir kalau aku tiba-tiba ikut pergi bilik rawatan? Aku bukan ada apa-apa pun dengan dia. Alaaa, macam mana ni?" Hani berperang dengan perasaannya. Masih terbayang lagi suasana tegang antaranya dengan Faizal sebentar tadi. Faizal masih sihat dan bertenaga ketika itu. Kini, insan panas baran itu terbaring seperti orang tidak bernyawa. Wajahnya pucat.

" Tengok apa kau dah buat Ann? Tahu kau rasa bersalah kan? Ish kau ni. Kau tenang je dulu. Nanti orang syak apa pulak tak pasal-pasal kau gelabah tengok Faizal tumbang. Dia tak apa-apa tu. Tenang ok?" Zahirah menenangkan sahabatnya itu. Dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan.

" Aku di mana ni? Apa pulak wayar-wayar ni? Bila masa aku pakai uniform biru ni? Kebasnya kaki aku ni. Aku rasa macam di hospital je ni," Faizal masih lagi bingung. Mulutnya terasa pedih. Luka di bibirnya beransur kering.

" Jal da bangun nak? Alhamdulillah. Risau mak. Nasib baik pihak kolej call mak cepat-cepat. Jal jaga diri baik-baik nak. Nanti mak sorang-sorang kat rumah tu. Tiada siapa nak temankan mak. Jal cepat sembuh ye nak?" Pn.Wani mencium dahi anaknya itu. Itulah sahaja putera hatinya kini.

" Mak jangan risau ye? Jal janji Jal keluar dari sini secepat mungkin. Jal tak nak mak tinggal sorang-sorang dengan ayah. Dia tu kalau Jal takde, macam-macam dia buat pada mak. Jal tak nak dia seksa mak. Mak jangan balik. Mak duduk je dengan Jal kat hospital ni," Faizal memberikan janji kepada ibunya tercinta. Dia tidak mahu ibunya berasa gundah-gelana. Dia sayangkan ibunya. Begitu sayang.

" Tak boleh nak. Adik pompuan kau yang 2 orang tu macam mana? Siapa nak bagi makan? Mak takut ayah kau apa-apakan diorang pulak tengok mak tiada di rumah. Nanti dikatanya mak ni bini tak bertanggungjawab. Kalau dipukulnya adik-adik kau nanti sebab nak lepaskan geram mak tiada di rumah, kesian pulak mereka. Belajar maafkan orang nak,lagi-lagi ayah sendiri," Pn.Wani terpaksa meninggalkan Faizal petang itu. Dia serba-salah. Anaknya di rumah tiada siapa yang menjaga. Mengharapkan suaminya menjaga anak-anaknya, lain pula yang jadinya nanti.

Faizal bosan. Nak berjalan-jalan di hospital dia tak berdaya. Kakinya masih kebas. Mengikut cerita jururawat yang merawatnya, dia tak sedarkan diri selama 1 hari. Pihak kolej telah menghantarnya ke hospital kerana dia kekurangan air dalam badannya di samping kakinya telah terseliuh. Mungkin akibat dia melompat-lompat dari tempat tinggi.

" Assalamualaikum. Maaf kacau. Boleh aku masuk?" Zahirah menjengukkan mukanya di sebalik pintu. Hani berdiri di belakangnya tidak dilihat oleh Faizal.

" Waalaikumussalam. Erm, masuklah. Dah tersembul kepala tu takkan aku nak halau pulak kan?" Faizal membetulkan duduknya di atas katil. Kepalanya masih pening kerana terlalu lama baring. Matanya terbeliak. Baru dia sedar Zahirah tidak keseorangan. Hani berjalan perlahan di belakang Zahirah.

" Kau Hani. Kau nak buat apa pulak skarang ni? Kau nak cabut wayar-wayar aku ni pulak ke? Kau nak bunuh aku pulak? Kau nak aku matikan? Biar tiada siapa susahkan kau lagikan lepas ni?" Faizal naik angin melihat muka perempuan itu. Dendamnya membara semula. Dia mahu berdiri di hadapan Hani. Terlupa akan kakinya yang masih belum sembuh, dia terjatuh dari katil.

" Faizal, kami datang ni nak minta maaf pasal semalam. Bukan nak cari pasal atau gaduh lagi. Kau dah tahu kau sakit sekarang ni, yang kau nak mengamuk lagi kenapa?" Zahirah menerangkan tujuan sebenar. Hani diam sahaja. Dia tak tahu hendak bagaimana mulakan perbualan. Dia memapah Faizal naik semula ke katil. Faizal menepis kasar. Hani terkesima.

" Janganlah. Aku boleh naik sendirilah. Lepaskan aku," suara Faizal keras. Dia tidak mahu kelihatan lemah di depan perempuan. Hani terkejut. Dia segera meleraikan pegangan tangannya. Faizal naik ke atas katil tanpa sokongan. Dia hilang keseimbangan kerana kepalanya masih pening dan kakinya belum kuat untuk berdiri. Dia tumbang dan kepalanya terhantuk di bucu katil.

" Darah? Kepala aku berdarah? Hani, kau ni bawak bala la dalam hidup aku.

Kau benci sangat aku kan? Kau memang nak bunuh aku kan? Kalau kau tak boleh tengok aku dalam hidup kau, tak payah datang lawat aku kat sini. Betul-betul menyusahkan hidup aku," Faizal menekan butang kecemasan memanggil jururawat.

" Faizal. Kau memang lelaki paling bodoh pernah aku kenal. Kalau aku nak bunuh kau, dah lama aku buat. Bukan masa kau lemah macam ni. Aku datang sini ikhlas nak minta maaf. Aku tiada niat nak susahkan hidup kau. Aku bukan bernafas di dunia ni nak bebankan orang lain," terang Hani sambil berdiri di kaki Faizal. Dia memandang Faizal dengan penuh kebencian. Belum pernah dia membenci manusia sebagaimana bencinya terhadap Faizal kini.

" Aku minta maaf. Pasal aku kau kena hadapi semua ini. Sebab aku campak beg kau semalam, kau sakit sampai begini. Aku doakan kau cepat sembuh. Aku harap kau dapat masuk kelas secepat mungkin. Nanti kau tertinggal banyak subjek," Hani mengumpul kekuatan untuk bercakap dengan tenang. Kebencian yang meluap-luap itu ditelan pahit. Segera dia keluar dari bilik itu apabila jururawat masuk.

" Kau dah buat silap besar. Dia datang tadi bukan harapkan kau jadi camni. Dia nak berborak dengan kau. Nak tahu apa masalah kau. Dia je la perempuan yang aku kenal

tak kenal erti benci. Kau dah terbitkan perasaan itu dalam hati Ann. Tahniah Faizal!! Semoga kau sihat cepat," Zahirah kesal dengan sikap Faizal. Biar Faizal tahu apa makna menghargai perasaan orang.

Faizal sedang mengajar adik-adiknya belajar. Farah dan Faizah kembar. Menanti PMR yang akan menjelma tidak lama lagi. Cuti sakit selama 1 minggu yang diperolehinya dimanfaatkan sepenuhnya. Kakinya sudah beransur sembuh. Topang yang menjadi temannya dulu disimpannya kini. Jahitan di kepalanya juga sudah kering.

" Abang nak buat apa dengan geran rumah ni? Rumah ni kan atas nama saya? Mana boleh abang nak pajakkan. Mana saya dengan anak-anak nak tinggal? Abang dah ada kerja tetap, abang gunalah duit abang sendiri," suasana tenang bertukar tegang. En.Faris merampas geran rumah untuk dijadikan modal membuka perniagaan baru.

" Hei Wani! Aku ni laki kau. Apa sahaja milik kau, milik aku jugak. Aku buat ni pun untuk kesenangan kau dan anak-anak kau jugak. Bukan aku seorang. Kau jangan nak buat aku naik darah. Nanti makan penyepak aku kau tahulah," En.Faris sudah mula mendidih darahnya. Sikap tegasnya sebagai pengarah terbawa-bawa sehingga ke rumah dan selalu melampaui had.

" Janganlah abang. Ini sajalah harta saya ada. Dulu abang suruh saya berhenti kerja. Abang kata abang mampu tanggung saya. Sekarang ni apa dah jadi? Nasib baik kos hospital along pihak kolej yang tanggung. Nak harapkan abang entah bila agaknya?" Pn.Wani meluahkan isi hatinya petang itu. Tidak sanggup lagi menanggung beban. Rumah yang dibeli hasil titik peluh kerja keras tidak mungkin diserahkan kepada suaminya. Itulah sajalah bekalan yang ada untuk anak-anaknya kelak.

" Kau dah pandai nak tunjuk belang dengan aku ye? Sejak bila ni? Anak tu kalau tak menyusahkan aku tak sah. Sekarang kau nak bela lah anak kesayangan kau tu. Kau lebih pentingkan anak tu daripada aku ye? Kau ni memang tak kenang budi," bergema rumah itu dengan jerkahan En.Faris. Cukup pantang apabila tindakannya ditentang. Persis pemerintah kuku besi.

" Abah, cukup. Jal dah tak tahanlah camni. Jangan sampai Jal hilang hormat kat abah. Selagi Jal boleh sabar, Jal sabar. Tu mak punya geran. Bukan abah," mak harus dibela. Itu yang dipegang Faizal selama ini.

" Kurang ajar!!!" marah En.Faris menyala. Baginya Faizal sudah biadap. Pantang besar anak sendiri menentang kehendaknya. Tangan besarnya dihayun ke muka Faizal.

Pn.Wani menerpa suaminya. Apalah kudrat seorang wanita apabila berhadapan dengan lelaki yang amarahnya memuncak. Badannya tercampak ke rak televisyen. En.Faris memandang isterinya itu. Faizal menyuruh adik-adiknya masuk ke bilik. Dia memeluk emaknya. Persis perisai yang menahan tujahan peluru.

" Pasal kau, mak kau makan pelempang aku. Kau ni memang anak tak guna. Kasi beban aku je bela anak macam kau ni," ego En.Faris menebal. Tidak akan sesekali dia mengaku salahnya mencederakan isterinya itu. Terus dia meninggalkan rumah itu. Dicampaknya geran itu ke atas lantai. Berderum enjin kereta Waja hitamnya. Hajatnya ingin bermalam di rumahnya malam itu lenyap. Suasana kembali tenang. Itu yang diharapkan Faizal. Ayah tiada di rumah.

Kamil menunggu Hani. Sudah 30 minit lewat dari masa sebenar. Perempuan kalau bersiap memang berjanggut baru siap. Kata-kata itu menjelma di fikiran Kamil sehingga dia tersenyum. Tidak tahu sampai bila hubungannya dengan Hani patut diteruskan.

" Hai, teringat pompuan lain ek? Senyum macam kambing gurun. Kambing senyum lagi comel tau. Awak ni sayang saya lagi ke tak? Maafla Mel. Saya ada masalah tadi. Tu yang lambat sikit. Sori ek?" Hani bermanja-manja dengan kekasihnya itu. Lupa seketika segala masalah yang terjadi. Mereka kerap bertemu pada hujung minggu. Menghabiskan masa bersama.

" Awak tau tak? Ada kawan saya buat hal dengan saya. Bengang je rasa. Benci betullah lelaki panas baran ni. Awak nanti bila kita dah kahwin, jangan garang-garang tau. Nasib baik awak ni caring, sabar je bila saya tengah tak betul. Ni yang buat saya sayang awak lebih," Hani berkongsi cerita dengan Kamil. Segala masalahnya akan dikongsi bersama. Dia ingin Kamil tahu bahawa hanya Kamil dalam hatinya dan begitu penting dalam hidupnya.

Kamil sedang berbalas sms. Tumpuannya pada pesanan ringkas yang baru diterimanya. Dia ketawa sendiri. " Awak cakap apa tadi? Ada kawan yang awak benci sekarang dah sayang? Siapa tu? Lelaki ke pompuan?" Kamil kembali bersama Hani. Dia cuba menangkap kata-kata Hani tadi. Gagal. Dia menunggu smsnya berbalas.

" Awak ni. Saya cakap awak main henfon. Penat je puji awak lebih-lebih. Malaslah cakap dengan awak lagi. Dulu tak macam ni pun. Awak macam dah ada perempuan lain je," sengaja Hani ingin menguji Kamil. Dia tahu dan yakin Kamil akan setia bersamanya. Dia inginkan perhatian daripada Kamil.

" Ala sayang. Saya mintak maaf ok? Kawan bagitahu ada meeting petang esok. Saya tersenyum sebab dia kata nak belanja makan lepas tu. Jomlah, saya hantar awak balik kolej. Dah malam ni," Kamil ingin segera keluar dari situasi itu. Dia merancang ingin pergi ke suatu tempat. Hani terus mengikut Kamil keluar dari shopping kompleks setelah lama berdua-duaan. Kereta Honda milik Kamil meluncur laju membelah kegelapan malam dan menuju ke kolej Hani.

Faizal kembali ke kolej sepeti biasa. Rakan-rakannya memberikan senyuman tanda semangat. Dia membalas senyuman itu. Dahinya berbalut plaster. Kakinya sudah pulih sepenuhnya. Dia mengambil tempat dan bersedia untuk belajar seperti biasa. Hani melangkah masuk. Matanya tertancap pada susuk tubuh itu. Amarahnya menjelma lagi. Dia memejamkan matanya supaya bersabar. Kata-kata ibunya terngiang-ngiang di telinganya…’ belajar maafkan orang’.

" Dah balik mamat tu. Alahai, plaster kat kepala dia tu mesti pasal terhantuk kat katil dulu. Aah, lantak kau la. Malas aku nak cari pasal lagi. Baik aku buat hal aku, kau buat hal kau. Aku tak nak rasa tension. Buat muka cepat tua je nanti. Takut aku Kamil cari perempuan lain. Eee,janganlah jadi macam tu," Hani tergelak memikirkan benda yang dianggapnya karut sahaja. Mustahil baginya Kamil akan menduakan dirinya. Dia yakin Kamil akan setia bersamanya.

Pagi itu subjek Histology. Inilah subjek yang paling dibenci Kamil. Dahlah dengan pensyarah yang suara tenggelam timbul, perkataan pulak pelik-pelik bunyinya. Pernah beberapa kali dia lari ponteng kelas apabila tiba waktu subjek itu. Memandangkan sudah seminggu dia tidak hadir, terpaksalah dia duduk menadah telinga.

"Kepala aku boleh berdarah balik ni belajar histo ni. Dah duduk paling depan pun tak paham-paham gak. Apalah malang sangat aku ni. Tak pernah nak masuk satu habuk pun subjek ni. Aduuuh, bengang betullah," Faizal merungut. Seminggu tidak masuk kuliah memberi kesan yang sangat besar. Seolah-olah dia tidak mempunyai pengetahuan langsung. Seperti tidak pernah belajar sebelum ini.

Kelas histology tamat tepat 10:00am. Semua pelajar bergegas keluar. Zahirah dan Hani beriringan keluar tanpa menghiraukan Faizal. Faizal duduk keseorangan di dalam kelas cuba memahamkan segala tulisan En.Yazan di papan putih. Pening. Serabut. Faizal mahu menjerit kerana gagal menterjemah semua nota subjek itu.

" Hani, tunggu. Aku ada hal sikit. Aku nak pinjam nota histology kau. Aku tak paham langsung. Dah seminggu tak masuk kelas, bengong terus otak ni," Faizal terpaksa meminjam nota Hani. Hani merupakan pelajar terbaik subjek histology. Nota perempuan biasanya senang nak baca, tak macam tulisan doktor sangat.

" Kau jangan koyakkan pulak nota aku ni. Agak-agak kau nak marah je,buatnya buku aku ni ada kat tangan kau, kau pergilah minum milo ais ke. Apa-apa yang sejuklah kasi sejuk sikit hati tu. Aku koyakkan luka kat kepala kau tu kalau buku aku ni rosak. Jumaat ni aku nak balik nota aku. Jangan buat harta pulak. Ingat tu?" Hani mengeluarkan notanya. Zahirah tergelak kecil mendengar kelancangan mulut Hani. Hani terus beransur meninggalkan Faizal yang terpinga-pinga.


" Sengal punya pompuan. Sempat lagi kutuk aku. Takpe kau. Nasib baik kau top student. Kalau tak, baik aku mintak nota budak lain. Apalah nasib aku kenal pompuan keras macam kayu tu," segera Faizal meninggalkan bilik tutor itu dan bergerak ke dewan kuliah. Sesi pembelajaran hari itu tamat pada 4:00pm. Faizal ingin segera sampai ke bilik untuk merebahkan badannya. Ternyata staminanya jatuh mendadak selepas peristiwa dia dimasukkan ke hospital.

Malam itu bulan mengambang. Terdapat anak-anak ayam berkeliaran mencari pelanggan. Beberapa orang bouncher sedang mengawal keadaan. Adat orang kaya. Duit itu kuasa, mampu menakluki segalanya. Sekumpulan lelaki sedang mengarahkan anak-anak ayam berkeliaran ke kawasan lebih jauh.

" Haiyya adik manis. Banyak gebu la you punya kulit. Putih umpama tepung gomak. Wakakaka…," Kamil gelak sakan sambil menghisap rokok dan dihembus ke muka anak ayam itu. Chin dan Linggam turut melayan gelak Kamil sambil minum air kencing syaitan. Mereka bertiga berkuasa di kawasan itu. Sindiket haram itu berleluasa sejak 6 bulan lepas. Tak pernah terkantoi dengan polis setakat ini kerana mereka licik. Rasuah yang disuap kepada beberapa anggota polis membolehkan mereka menjalankan perniagaan pelacuran tanpa gangguan.

" Mil ar, wa dengar you sudah ada ayam baru. Bila mau kasi servis dekat ini kawasan? Chin terus mengorek rahsia. Linggam di sebelah telah ke kawasan belakang untuk memerhatikan keadaan. Kamil tersenyum sambil mengangkat kening. Gaya kening Ziana Zain pun kalah kerana lebih tinggi lagi kening Kamil.

" Lu tunggu saja Chin. Haiyo, lu punya telinga even kecik tapi macam itu piring astro maa. Bole dengar itu cerita. Mana dapat tau ni? Itu wartawan melodi mesti lu punya anak muridkan? Waa, hebat lu sifu Chin. Hahaha…," mereka sama-sama gelak dan terus berjalan-jalan untuk melihat pelanggan yang datang. Satu persatu anak-anak ayam hilang dari pandangan, lesap bersama pelanggan yang bernafsukan syaitan.

Sudah pukul 2:00 pagi. Faizal sedang menelaah nota histology. Selepas tertidur selesai solat Maghrib, dia terjaga dan terus membaca buku. Nota ringkas dan formula yang tertulis dalam nota itu begitu mudah difahaminya. Otak baru lepas bangun tidur. Segar lagi untuk ilmu masuk. Tambah-tambah tiada gangguan kerana ahli bilik yang lain sedang tidur. Ketika sedang asyik menyelak helaian nota itu, sekeping gambar jatuh ke kakinya.

" Laa, dah berbalak rupanya minah sengal tu. Tapi ok gak la minah ni, dalam gambar tak peluk pun. Diri sebelah balak, jauh la ni kot bagi orang bercouple. Aah, peduli apa aku. Muka balak dia ni cam biasa tengok lah.Aduuh, aku memang kenal la mamat tinggi ni," Faizal hilang fokus sebentar. Dia memaksa otaknya mencari maklumat tentang lelaki itu. Dia berdiri di kaki lima sambil melihat bulan dan bintang. Menghirup udara malam yang nyaman. Nyamuk yang berterbangan di telinganya mati ditepuknya. Dia gementar. Tiba-tiba perasaan itu muncul di hatinya. Mamat itu memang sangat dikenalinya.

*********************************************************

Malam itu Faizal kerja over-time. Menunggu jawapan dari universiti atau kolej sungguh membosankan. Dia mencari kerja. Nasibnya agak baik kerana restoran itu memerlukan pekerja. Tiada temuduga, tiada praktikal. Kerjanya mudah. Mencuci pinggan mangkuk cawan. Disebabkan malam itu cuti Deepavali, maka ramailah pekerja yang mengambil cuti. Banyak kerja yang dibuatnya malam itu. Daripada mengambil pesanan hinggalah ke kerja-kerja dapur. Malam itu dia membuktikan dia mampu menebar roti canai. Tersenyum Faizal kerana mempunyai bakat yang dia langsung tak sangka.

" Berapa agaknya boss nak bagi aku malam ni? Ni dah masuk 17 round aku sental pinggan ni. Campur aku gelek-gelek dengan roti canai tadi. Harapnya lepaslah RM100 untuk malam ni.Eh, tu apa hal pulak tu? Macam ada orang gaduh je. Bodohlah orang tu. Siapa suruh buat hal di kawasan mamat mangkuk ni," Faizal mencuci tangan dan pergi meninjau keadaan. Takut-takut berani Faizal ketika itu.

Chin dan Linggam sedang membelasah seorang lelaki kerana cuba melarikan pelacur mereka. Separuh mati lelaki itu dikerjakan dengan kayu besbol dan kayu hoki. Darah yang memancut dari hidung lelaki itu menambahkan lagi nafsu mereka untuk membelasah. Kamil hanya memerhatikan dari jauh sambil bermain dengan rambut ayamnya yang terbaru.

Matanya dan mata Faizal bersatu. Faizal berdiri kaku. Kamil bangkit dan berjalan ke arah Faizal. Kedua-duanya bersemuka. Kamil lebih sasa dan tegap. Pisau di tangan Kamil diletakkan di leher Faizal.

" Aku tahu kau kerja kat restoran tu. Kau memang rajin. Malam cuti Deepavali ni pun kerja lagi. Malang betul nasib kau dapat tengok drama malam ni. Kau buka mulut sampai polis datang, anak tekak kau ni aku letak dalam peti surat rumah kau," Faizal menggigil ketika itu. Peluh jantan membasahi dahinya. Kamil berlalu pergi. Terus dia menerpa ke arah lelaki yang tinggal nyawa-nyawa ikan itu dan dipapah ke klinik berdekatan. Sejak peristiwa malam itu, Kamil sering lalu di belakang restoran Faizal bekerja. Mengugut Faizal yang selalu bertugas di situ.

********************************************************

Pagi Jumaat itu Faizal memulangkan nota kepada Hani. Direnung muka gadis itu. Tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan perkara sebenar. Hani mengambil notanya tetapi dipegang kuat oleh Faizal. Hani kaget. Direntapnya nota itu lebih kuat namun tak berhasil. Dia memandang mata Faizal. Faizal membalas kembali renungan tajam Hani.


" Balak kau tu bukan orang baik. Dia berbahaya. Baik kau jauhkan diri daripada dia. Sebelum benda tak baik berlaku, kau jangan jumpa dia lagi," perlahan suara Faizal tetapi jelas. Dia menajamkan pandangannya dan mengendurkan pegangan tangannya. Hani menyimpan notanya yang agak renyuk akibat genggamannya tadi.

" Kau ni memang tak kenang budi tahu tak? Aku dah bagi nota aku tapi kau cari benda lain. Langsung tak hormat privacy orang langsung. Kau siapa nak suruh aku clash dengan Kamil? Kau tak layak nak suruh aku," Hani geram dengan tindakan Faizal kerana mencampuri urusan peribadinya. Dia terlupa mengeluarkan gambar dalam nota histologynya itu. Setiap notanya ada gambar dirinya dan Kamil.

" Kau tak kenal dia siapa Hani. Kau dengar dan percaya apa aku cakap ni. Dia tu lelaki bahaya. Aku tak nak kau susah nanti. Memang aku tak layak nak nasihat kau tapi pasal Kamil ni, better you trust me," Faizal cuba mengawal kemarahannya. Tak tahu bagaimana ingin berlembut tapi kalau diikutkan juga panas barannya, memang Hani takkan percaya kata-katanya.

Hani segera berlalu meninggalkan Faizal. Tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata Faizal. Dia yakin Kamil bukan seperti yang Faizal katakan. Baginya Faizal sudah melampaui batas. Menuduh buah hatinya sebagai lelaki jahat dan berbahaya. Hani segera pulang ke rumah pada petang Jumaat itu. Menenangkan hatinya yang rawan. Sikap yang dipamerkan Kamil langsung tidak menunjukkan bahawa lelaki itu berbahaya. Dia mengimbas kembali detik manis dia bersama Kamil. Sungguh indah. Dia tertidur dalam senyuman di atas katil empuknya.

" Aku dah kahwin lain. Sekarang kau dah ada madu. Tapi kau jangan risau. Bukan dengan perempuan muda, sebaya dengan kau jugak. Laki dia dah meninggal, tiada siapa nak jaga dia. So, aku kahwin la dengan dia. Kalau aku tak balik malam, maknanya aku di rumah madu ko tu la. Faham?" lancar sahaja tutur kata En.Faris pada petang Ahad itu. Pn.Wani terkejut. Menitis air mata wanitanya. Sudah dijangka perkara ini terjadi kerana kerap benar suaminya tidak pulang bermalam di rumah. Farah dan Faizah memandang ayah mereka tanpa berkedip.

Hati Pn.Wani terguris. Kesabaran yang dipamerkan dibalas dengan racun yang bias membunuh. Madu. Bukan manis rasanya kerana dia berkongsi kasih dengan wanita lain tanpa keizinannya dahulu. Faizal tidak ambil peduli. Otaknya ligat memikir Hani. Bagaimana ingin dijelaskan siapa Kamil yang sebenarnya. Hani dalam bahaya selagi mana dia masih menjalinkan hubungan dengan Kamil. Tidurnya tak lena. Dia cuba menidakkan perasaannya yang mula menyayangi Hani walaupun gadis itu pernah menyebabkan dia sakit suatu ketika dulu.

1 bulan berlalu. Suasana rumah Faizal semakin tenang. Ketiadaan En.Faris yang kadang-kala menghabiskan masa di rumah isteri keduanya sangat diharapkan Faizal. Ibunya sudah mampu menerima takdir Ilahi. Pn.Wani menabahkan hatinya dan berazam menjadi secekal isteri-isteri Nabi Muhammad yang rela bermadu. Faizal kebuntuan duduk di rumah. Faizah dan Farah sudah selesai menduduki PMR. Kedua-dua mereka leka menghabiskan masa di hadapan televisyen. Faizal teringat bekas majikannya.

" Sayang, malam ni awak free tak? Saya ingat nak bawak awak pergi tempat special. Dah lama kita tak hang out sama-sama. Kalau bolehlah. Kalau tak, saya hantar awak balik kolej je sekarang," Kamil memancing Hani. Dia sudah berjanji dengan Mr.Lim yang dia akan membawa pelanggan yang ‘baik punya’. Dia akan terus memujuk jika Hani menolak. Pelanggan pada malam ini penting supaya peniagaannya maju kerana Mr.Lim merupakan orang yang berpengaruh.

" Erm, boleh kot. Lagipun esok saya kelas petang. Pagi esok boleh ganti tidur. Hihi, bestnya awak ajak saya pergi dinner. Dah lama sangat kan? Betullah. Waaa, happynya," Hani begitu teruja apabila Kamil mengajaknya untuk keluar pada malam itu. Dia sedikit pun tidak menaruh syak. Segala amaran Faizal hilang ditiup angin. Apa yang penting, dirinya dan Kamil sentiasa bersama. Kamil tersenyum bangga. Tidak sia-sia lakonannya selama ini


Faizal bersiap-siap ingin ke restoran tempat lama dia bekerja selepas solat Isyak. Dia memaklumkan kepada ibunya dia akan pulang agak lewat malam itu kerana ingin bertemu majikan lamanya. Jarak restoran dan rumahnya tidak jauh. 15 minit berjalan kaki sahaja. Dia berkira-kira ingin membuat kejutan buat bekas majikannya itu yang telah dianggap seperti abang sendiri.


Kamil membelokkan kereta ke simpang jalan belakang bangunan. Kamil memberitahu ingin menggunakan jalan pintas apabila menyedari perubahan wajah Hani. Hani hanya tersenyum. Kamil mematikan enjin keretanya dan berpura-pura membaiki kereta. Hani rasa tidak sedap hati. Suasana belakang bangunan itu meremangkan bulu romanya. Kamil membuat isyarat tangan. Chin dan Linggam keluar dari persembunyian dan menghampiri kereta Kamil. Mereka berlakon seolah-olah sedang membelasah Kamil yang berlindung di sebalik bonet depan kereta.


Hani keluar dari kereta dan berlari. Tidak sampai berapa tapak badannya telah disambar oleh lengan Linggam yang besar dan berbulu itu. Dia melihat Kamil pengsan. Dia menjerit meminta tolong. Mulutnya ditekup Linggam. Tapak tangan bersaiz gergasi itu mampu menutup semua muka Hani. Hani diangkatnya menuju ke sarang pelacuran mereka. Kamil bangun dan memeluk Chin kerana lakonannya berjaya. Dia pasti Hani tidak akan syak kepadanya.

" Assalamualaikum. Ingat saya lagi tak?" sambil membuat gaya gelek Datuk M Daud Kilau, Faizal memandang Bang Man. Lelaki di depan itu tergelak besar melihat aksi Faizal. Dia kenal sungguh gaya itu. Hanya seorang sahaja pekerjanya yang mampu menebar roti canai sambil menggoyangkan pinggang.

" Waalaikumussalam. Haha, kau kan Pejal. Lama tak nampak batang hidung kau. Sejak masuk kolej ni, tak pernah langsung kau datang. Nak kata dah ada bini, badan keping macam ni mana laku," rindu benar Norman pada Faizal. Dia sahajalah pekerja Melayu yang pernah bekerja di restorannya. Kebanyakannya diambil pekerja asing. Rancak mereka berbual malam itu. Pelanggan agak ramai pada malam itu menyebabkan Faizal teringin untuk membantu majikan lamanya.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Luqman membenarkan Faizal membasuh pinggan seperti dulu. Memandangkan pelanggan lebih ramai daripada biasa, Luqman pun mencampak pakaian kerja kepada Faizal. Faizal semangat mencuci pinggan kerana teringat kenangan bekerja dahulu. Dia tersenyum sambil bernyanyi ketika mencuci pinggan mangkuk pada malam itu.

Sebuah BMW masuk ke lorong belakang kedainya. Dilihatnya seorang lelaki Cina memandu sambil bercakap menggunakan henfon. Dia teringat akan pelacuran Kamil. Masih hidupkah perniagaan itu? Hani. Sudah lama dia tidak dengar berita tentang gadis itu. Dia mengabaikan semua perkara yang bermain di kepalanya dan menyambung cucian.

" Lepaskan aku. Kamil! Tolong saya," Hani meronta-ronta. Dia mengharapkan bantuan. Chin melempangnya kerana terjerit-jerit. Hani terdiam dan menangis. Sakitnya tidak tertanggung sehingga kepalanya pening akibat tamparan tadi. Linggam hanya memerhati dari jauh sambil menggentel misainya yang lebat itu.

" Jangan tampar itu pompuan. Nanti harga jatuh maa. Mr.Lim pelanggan kita malam ni. Gua nak dia puas hati sama ini pompuan. Lu jangan sentuh ini pompuan. Luka sikit je gua ketuk kepala lu," Kamil muncul bersama seorang wanita seksi di sebelahnya. Terbeliak mata Hani melihat Kamil berdiri di depannya. Amaran Faizal seakan berbisik kini di telinganya. Wanita seksi itu memeluk Kamil dengan gaya mengghairahkan.

" Haiyo Mel. Lu punya lakonan sudah bagus maa tadi. Apa pasat lu kantoikan diri lu? Penat gua berlakon tadi. Baik gua hentam lu betul-betul tadi. Manyak gila la lu Mel," Chin tidak berpuas hati dengan kemunculan Kamil. Baginya itu akan mendedahkan dirinya kepada bahaya kerana Hani mengenali Kamil dan dirinya ada kaitan dengan Kamil. Kamil mengingatkan Chin bahawa harga Hani adalah sangat tinggi. Jadi, dia tidak mahu sebarang cacat-cela pada tubuh lagi-lagi wajah cantik Hani.

" Halo guys. How are you? Waa, is she my girl for tonight? Mel, well done. You made a good job. This is my night," Mr.Lim muncul dengan memegang sampul surat. Kamil memeluk tubuh sambil tersenyum. Mr.Lim mencampakkan sampul surat itu ke arah Kamil. Bergema bilik kelam itu dengan gelak mereka semua. RM15000. Kamil berpuas hati kerana Mr.Lim menepati janjinya. Linggam mengikat tangan Hani. Dihentaknya tengkuk Hani dan diangkutnya ke dalam kereta BMW milik Mr.Lim.


Mr.Lim segera memandu keretanya keluar dari lorong itu. Kamil membahagikan hasilnya itu bersama Chin dan Linggam. RM3000 masing-masing diagihkan kepada Chin dan Linggam. Mereka semua bergembira malam itu.Hani berpura-pura pengsan di kerusi belakang. Sebaik sahaja kereta BMW itu meluncur keluar, Hani segera membuka pintu dan berlari sekuat hati sambil menjerit meminta tolong. Mr.Lim gelabah. Segera dia menghubungi Kamil untuk mendapatkan semula Hani yang berjaya meloloskan diri.

" Tolong! Tolong! Ada orang nak rogol!" Hani menangis sambil berlari. Tidak tahu mana arah tujunya. Dia ingin segera keluar dari lorong itu. Jeritannya didengari Faizal yang sedang leka menyental pinggan. Faizal segera meninggalkan semua pinggan mangkuk dan mencari dari mana datang suara itu. Seakan biasa suara itu yang mengetuk gegendang telinganya. Suara yang begitu dia rindui, begitu ingin didengari walaupun dia dimarahi oleh suara itu.

Kamil, Lim, dan Chin segera meninggalkan bilik itu dan mengejar Hani. Mr.Lim yang ketakutan hanya menunggu di dalam kereta. Kelibat Hani dapat dilihat oleh dua pihak, Faizal dan geng Kamil. Hani melihat kelibat seorang lelaki sedang berdiri di hujung jalan. Tanpa berfikir panjang, dia terus menuju ke arah lelaki itu. Lelaki itu sahajalah harapannya kini. Hani terdengar Linggam menjerit namanya.

" Faizal? Betul ke dia tu?" Hani terkejut kerana matanya tidak salah melihat. Lelaki yang sedang berdiri di hujung lorong itu adalah Faizal. Faizal segera mendapatkan Hani dan membuka ikatan tangannya. Dia menangis di bahu lelaki itu. Terasa sangat selamat. Amat tenang berada di samping Faizal. Kamil melihat Faizal. Faizal menolak Hani supaya lari menyelamatkan diri. Hani berhenti seakan tidak mahu meninggalkan Faizal keseorangan.

" Aku kata pergi. Pergilah! Lari jauh-jauh," Hani terlalu terkejut ditengking oleh Faizal sedemikian rupa sehingga dia lari begitu laju. Faizal terpaksa memarahi Hani sebegitu agar dia tidak berada dekat dengannya. Sebaik sahaja dia berpaling ke arah Kamil, Chin telah memukul lututnya dengan kayu besbol. Faizal menahan dan menendang kepala Chin. Kamil menyerang namun Faizal sempat mengelak dan satu tumbukan padu tepat ke arah hidung Kamil sehingga berdarah.

Faizal yang leka menyerang Kamil dihanyun oleh Linggam dengan kayu hoki tepat di kepala. Faizal goyah. Chin dan Kamil membalas dendam. Faizal ditibai secukupnya malam itu. Linggam dan Chin bersilih-ganti membelasah Faizal yang sudah tidak berdaya untuk melawan. Kamil segera mengejar Hani. Hani yang sudah hilang dari pandangan menyukarkan usaha Kamil.

" Abang, tolong bang. Kawan saya kena belasah dekat belakang lorong tu bang. Cepat bang. Saya takut dia mati. Bang, tolong," tercungap-cungap Hani apabila tiba di restoran Norman. Norman segera mengerahkan pekerjanya pergi ke lorong belakang. Jari Norman ligat mendail 999 untuk melaporkan kejadian itu. Kamil yang melihat sekumpulan lelaki berlari ke arahnya, terus berpatah-balik ke tempat Faizal dipukul. Mr.Lim yang melihat Hani telah berada di restoran itu segera meninggalkan kawasan itu.

" Chin, Linggam. Lari cepat. Kita dah kena serang ni. Tak guna punya budak. Bawak sial kat aku je. Mampus kau," Kamil sempat menikam Faizal bertubi-tubi menggunakan pisau Rambo sebelum menghilangkan diri bersama Chin dan Linggam. Faizal sudah tidak bermaya. Dia berasa begitu sakit. Seluruh kudratnya hilang. Dia mendengar suara riuh-rendah memanggil namanya. Pandangan matanya gelap. Pekerja-pekerja itu segera mengangkat Faizal balik ke restoran dan memanggil ambulans.


" Ya Allah," Pn.Wani terlanggar gelas kaca di meja makan. Berderai kaca pecah terhempas ke lantai. Farah dan Faizah membantu ibu mereka mengemas meja makan itu. Hati Pn.Wani berdebar. Seakan-akan ada perkara buruk telah berlaku. Namun, cepat-cepat dia beristighfar menghindarkan fikiran yang bukan-bukan. Malam itu En.Faris tiada di rumah kerana giliran untuk madunya.


Faizal dimasukkan ke unit rawatan rapi malam itu. Hani memaklumkan kepada ayahnya bahawa dia tidak akan pulang ke rumah kerana menemani rakannya yang dimasukkan ke hospital. Hani menangis semahunya. Dia menggengam erat tangan Faizal ketika di dalam ambulans tadi. Banyak luka di badan Faizal. Mukanya juga bengkak akibat dipukul dengan kuat. Kini dia mengerti kata-kata Faizal. Musnah segala impiannya bersama Kamil. Lelaki yang dianggapnya putera yang akan memimpin hidupnya kelak rupa-rupanya iblis bertopengkan manusia. Kebenciannya meluap-luap apabila terbayang wajah Kamil.

Pn.Wani berlari meluru ke bilik rawatan rapi. Seorang jururawat segera menahan Pn.Wani dan menenangkannya. Pn.Wani terduduk lemah di kerusi pelawat. Hani melihat Pn.Wani dan memperkenalkan diri. Pn.Wani menangis hiba di pangkuan Hani. Hani rasa bersalah dan meminta maaf kepada Pn.Wani dan menceritakan kejadian sebenar. Hani turut berasa sayu melihat tangisan ibu Faizal itu.

" Anak tak salah apa-apa. Makcik kenal Jal tu. Kalau dia dah sayangkan seseorang, sampai mati pun dia sanggup asalkan orang tu selamat. Dah beberapa kali dia lindungi makcik daripada ayahnya. Mungkin Jal sayangkan kamu nak. Kita doa semoga dia selamat," Pn.Wani tidak menyalahkan Hani dalam hal ini. Hani rasa terpukul dengan kata-kata ibu Faizal. Faizal sayangkan dia? Kenapa dia tak sedar selama ni? Kenapa dia menidakkan kata-kata Faizal dulu? Pn.Wani dan Hani saling berpelukan.

Pintu bilik ICU terbuka. Doktor memberitahu keadaan Faizal sangat tenat. Dia kehilangan terlalu banyak darah. Terdapat 2 kesan tikaman di dadanya yang tepat mengenai jantungnya. Mereka tidak dibenarkan melawat Faizal sehingga dia sedar. Doktor menasihati mereka agar pulang dahulu dan datang semula pagi nanti. Pn.Wani meraung. Hani menenangkan Pn.Wani. Dipimpinnya perempuan tua itu sehingga keluar hospital. Dia menahan teksi untuk Pn.Wani dan dia sendiri pulang ke rumah.

Subuh itu dia berdoa agar ALLAH memanjangkan umur Faizal. Dia ingin menebus semua salahnya terhadap lelaki itu. Perasaan tenang dan selamat berada di samping Faizal terbayang-bayang di matanya. Dia menangis lagi mengenangkan pengorbanan lelaki itu terhadap dirinya.

Tepat jam 9 pagi Hani datang melawat Faizal. Pn.Wani tidak kelihatan. Dia sendirian di bilik itu. Perasaan sayang menular di seluruh urat sarafnya melihat Faizal yang terbaring lemah di atas katil. Sanggup lelaki itu menggadaikan nyawa deminya. Dia menggenggam tangan Faizal. Erat dan kejap. Seperti tidak mahu melepaskannya Faizal lagi selepas ini.

" Faizal, maafkan aku. Aku patut dengar cakap kau dulu. Aku sayang kau Faizal. Jangan buat aku macam ni. Jangan biar aku seorang Faizal. Faizal, bagi aku peluang tebus salah aku, bagi aku ruang buktikan sayang aku kepada kau. Faizal, bangkitlah. Faizal, bangunlah," Hani berbicara dengan Faizal walaupun Faizal memejamkan mata.

‘Tiiiit…101…………. Tiiiiiiiit....92’. Degupan jantung Faizal kian lemah. Hani segera memanggil jururawat dan doktor. Mereka mengarahkan Hani keluar dari bilik itu. Sepasukan jururawat dan doktor memeriksa nadi Faizal. Tiada. Doktor menghidupkan mesin dan menekan dada Faizal.

‘ Buup’, tiada perubahan. ‘ Buup’ masih sama. ‘Buup’ , tiiiiiiiiiiiiiiit..0. Doktor melihat jam di tangan dan mengesahkan masa kematian Faizal. Doktor keluar dari bilik dan menggeleng kepala. Hani lemah. Seakan tidak berdaya untuk berdiri. Terus dia menerpa ke dalam bilik dan berdiri di sisi jasad Faizal.

" Faizal, kenapa kau tak bagi aku peluang? Kau sayangkan aku kan? Kau dah tak benci aku kan? Kenapa kau tinggalkan aku Faizal? Faizaaaaaal," Hani menyembamkan mukanya ke dada Faizal. Dia menangis semahu-mahunya di dada Faizal. Teresak-esak di dada Faizal yang masih berdarah.

‘ Tiiiit…50.. Tiiiiiit..80..’ mesin bacaan nadi menunjukkan Faizal masih bernyawa. " Aduuuh, sakitnya dada aku. Wei, bangun. Apasal kau kesat hingus kau kat dada aku ni? Pengotor betullah kau ni," suara Faizal tersekat-sekat di sebalik alat bantuan pernafasan.

" Haa, Faizal? Kau…… Doktor, nurse. Boyfriend saya dah hidup balik. Doktor, cepat," Hani tidak sedar kata-katanya yang telah dilafazkannya tadi tapi cukup jelas di telinga Faizal. Dia segera menarik doktor kembali masuk ke dalam bilik. Doktor itu terkejut dan segera memeriksa keadaan Faizal. Hani hanya memerhati dari jauh. ‘ Love power’. Itu sahaja yang mampu dilafazkan doktor itu apabila melihat Faizal kembali bernafas. Faizal memandang ke arah Hani sambil tersenyum. Hani merasa panas di mukaya. Mukanya merona merah.

Di dada akhbar, hebah berita mengenai Faizal. Chin, Kamil, dan Linggam telah dijatuhkan hukuman penjara seumur umur kerana menjalankan sindiket pelacuran den menyerang dengan niat membunuh. Semua rakan di kolej gempar dengan berita itu. Mereka semua bercerita tentang Faizal. Pelbagai versi cerita yang kedengaran.

Setelah 5 hari di hospital, Faizal dibenarkan pulang. Segala kos hospital ditanggung oleh Hani kerana ayahnya pemurah katanya. Hani menolak kerusi roda Faizal sambil diekori oleh Pn.Wani. Kini, hubungan Faizal dan Hani bertambah baik. Hani menghantar Faizal dan Pn.Wani pulang menaiki teksi. Dia ikut sama pulang ke rumah Faizal. Dia ingin membantu Pn.Wani hari itu.

Setelah 3 bulan peristiwa itu berlalu, maka tamatlah pengajian mereka di peringkat ijazah di kolej itu. Hani bertugas sebagai doktor pelatih di sebuah hospital swasta dan Faizal membuka perniagaannya sendiri. Masing-masing menjalani kehidupan seperti biasa. En.Faris sudah mula membiasakan diri di rumah isteri pertamanya. Walaupun hubungan dinginnya dengan Faizal masih belum pulih, sekurang-kurangnya mereka sudah tidak bertengkar.

" Hani, saya nak melamar awak sebagai isteri saya. Saya harap awak sudi terima saya sebagai suami awak," Faizal menyatakan hajatnya ketika mereka selesai menikmati makan tengahari bersama. Hani tersenyum. Sudah lama dinantikan saat itu. Faizal melamarnya untuk dijadikan bidadari hidup yang akan sama-sama melayari bahtera kehidupan. Berita baik itu Hani sampaikan kepada ibunya. Ibunya gembira kerana anaknya akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Faizal menyampaikan niat sucinya itu kepada ibunya tercinta. Ibunya merestui perkahwinan yang akan dibinanya bersama Hani. Hati wanitanya terusik dengan kebaikan yang dipamerkan Hani. Dia gembira apabila Faizal sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Farah dan Faizah melompat kegembiraan apabila mengetahui mereka bakal mempunyai seorang kakak ipar. Hanya ayahnya saja tidak disampaikan berita baik itu. Dia memberitahu ibunya agar merahsiakan perkahwinannya dengan Hani.

Segala persiapan untuk majlis pernikahan telah lengkap. Faizal hanya menunggu masa untuk bersalam bakal bapa mertuanya. Hani tidak berkesempatan untuk memperkenalkan ayahnya kerana ayahnya seorang ahli perniagaan yang sibuk. Jarang berada di rumah. Hani pula agak gementar menanti hari dia akan sah menjadi milik Faizal.

Suasana tenang di masjid petang itu. Rombongan pengantin lelaki dan perempuan tiba tepat ketika azan Zohor berkumandang. Faizal dan Hani masing-masing berdebar. Selesai solat Zohor, tok kadi duduk bersila di hadapan Faizal. Faizal bersedia untuk melafazkan akad nikah. Hani duduk bersimpuh di antara ibunya dan Pn. Wani. Hani memberitahu Faizal bahawa ayahnya akan tiba lewat sedikit. Faizal membaca selawat nabi untuk menghilangkan gemuruhnya.

En.Faris melangkah masuk ke dalam masjid dengan penuh bergaya. Matanya tertancap pada tubuh badan yang amat dikenalinya. Faizal. Itu anak lelakinya. Faizal berdiri dan merenung kembali ayahnya itu. Masing-masing senyap. Tok kadi agak terkejut apabila Faizal tiba-tiba bangun dari kusyen yang dikhaskan untuknya.

" Abang!" serentak Pn.Wani dan ibu Hani memanggil lelaki itu. " Abah," Faizal menahan sabarnya. " Ayah dah sampai. Inilah bakal suami Hani,Faizal namanya," Hani menjelaskan kepada ayahnya. Bukan ayah kandung, tetapi ayah tirinya. En.Faris menghampiri Faizal. Masing-masing berbalas pandangan.

Sekelip mata, Faizal berada dalam dakapan ayahnya. Sejuk. Nyaman. Aman. Itu yang dirasakan kini Faizal. Faizal memeluk erat ayahnya itu. Menitis air mata kedua-dua lelaki berdarah panas itu. Kasih sayang yang dipendam dek sifat panas baran, luntur bersama aliran air mata kasih itu.

" Wani, pompuan di sebelah kau tu la madu kau. Aku tak sangka akan jadi begini. Aku menyesal abaikan korang semua. Madu kau yang banyak sedarkan aku tentang tanggungjawab aku. Hani, Faizal ni anak ayah. Dia adik tiri kau. Ayah adalah ayah kandung dia," En. Faris menerangkan perkara sebenar. Semua hadirin yang ada di masjid petang itu berasa sayu melihat perlakuan En.Faris.

Hani seolah-olah terkejut. Tak disangkanya Faizal adalah adik tirinya. Faizal memandang redup wajah Hani. En.Faris menyesal kerana tiba pada masa yang salah. Hani menangis. Faizal kaget. Dia tidak mahu kehilangan Hani. Gadis itulah yang telah menyelamatkan nyawanya dahulu.

" Alhamdulillah, Faizal. Awak dah berbaik semula dengan ayah awak. Tapi…..," Hani menarik nafas kerana terlalu sayu dan hiba atas peristiwa petang itu.

" Saya cintakan awak Hani. Kita masih boleh nikahkan? Memang awak kakak tiri saya tapi lain ayah kan? Hani….," tidak sanggup Faizal menanggung semua ini. Semua mata yang berada di masjid itu tertumpu pada Hani.

" Ada saya kata saya tak nak kahwin dengan awak ke? Saya nak kata, tapikan awak adik saya, awak nanti kena panggil saya kakak, ingat tu? Saya pun takkan lepaskan awak. Saya dah janji nak tebus salah saya dulu. Saya nak buktikan sayang saya kepada awak," Hani tersenyum sambil melihat kepada ibunya, Pn.Adilah dan Pn.Wani. Pn.Adilah memeluk madunya, Pn.Wani.

En.Faris menadah tangan mengucapkan syukur kepada ALLAH atas segala nikmatnya pada petang itu. Sudah lama dia tidak bersujud di rumah ALLAH. Dia menangis kesyukuran atas peritiwa pada petang itu. Baru kini dia sedar mengapa begitu mudah dan rasa terlalu ingin membantu apabila Hani memintanya membiayai kos hospital rakan Hani. Rupa-rupanya itu adalah anaknya, Faizal.

" Saya rasa kita boleh teruskan pernikahan ni," tok kadi bersuara setelah menjadi pemerhati dari tadi. Sekali lafaz sahaja, sahlah Hani menjadi isteri kepada Faizal. Faizal mencium dahi isterinya dan mengucapkan betapa dia mencintai dan menyanyangi Hani kerana telah meruntuhkan tembok kemarahan antara dia dan ayah mereka, En.Faris. Semua hadirin terharu melihat kasih sayang yang terpancar antara semua ahli keluarga En.Faris pada petang itu.

" Atuk, nak kong," Majid menghulurkan tangan kepada datuknya, Tok Faris. Setelah dua tahun berkahwin, Hani selamat melahirkan Majid, cucu sulung buat Tok Faris.Tok Faris mendukung cucu sulungnya sambil diperhatikan dua orang isterinya, Nek Ni dan Nek Lah. Faizal memeluk bahu Hani tanda berkongsi kebahagiaan yang telah lama hilang dahulu. Mereka berdoa agar kebahagiaan yang mereka kecapi ini tidak akan direntap sebaliknya terus disemai sehingga ke akhirnya.

~Sekian~

p/s: cerpen kedua selepas cerpen 0-0. maaf jika membazirkan masa anda membaca hasil tulisan ini.
posted by Penulisan2u @ 2:40 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
21 Comments:
  • At 8/1/09 3:53 PTG, Blogger choc_vanilla said…

    assalamualaikum..
    tahniah kepada cerpen kedua anda wahai penulis kumis nipis
    walaupun panjang...citernye best

     

  • At 8/1/09 4:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best aper ceta nie wlaupun pnjang.. Seronok sngat nak bca.. Gud Job..

    Ina88

     

  • At 8/1/09 4:22 PTG, Blogger mira ;) said…

    gud job..=)

     

  • At 8/1/09 5:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    'tolong! tolong! ada orang nak rogol!' klakar la masa bce tu. sempat lagi ke tambah perkataan 'ada orang nak rogol' tu dlm keadaan cemas? kah3

     

  • At 8/1/09 5:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer best...
    cuma cam kelam kabut sket...
    laju sgt tiba2 da masuk part lain
    tp best
    thumbs up just 4 ya!

     

  • At 8/1/09 8:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hai kumis nipis..
    ni nk tny
    nama toke ykedai tmpt faizal keje tu
    luqman ke norman?
    b more alert k
    jln citer menarik
    juz tol la cam org ats ckp
    ade part yg laju
    lg2 yg ujung2
    juz utk pembaikn d ms dpn ^_^

    -che na-

     

  • At 8/1/09 10:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gak r citer ni...
    tp cam kelam kabut jek?

    :)oRAng nme cARysh

     

  • At 9/1/09 12:05 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    awal2 jalan cte ni cam best jek tp ble kat akhir2 tu cam rush sgt nk abehkn cte..kalo huraikan ckit plot kat bwh tu rse menarik ckit.. spatutnya penulis cte ckit plot yg menunjukkan faizal tu dah btl2 jatuh cnta kat hani.1 lg..pelik r..cmna bdk medic bleh blajar 1 kuliah ngan bdk bisnes?? mustahil la..anway overall cte ni not bad la..3 star

     

  • At 9/1/09 11:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    not bad la...erm..pape pon good job..

    -sweetheart-

     

  • At 9/1/09 1:42 PTG, Blogger SitiTanjungPayung said…

    boleh tahan

     

  • At 9/1/09 6:05 PTG, Blogger Unknown said…

    best sgt r cite ni..congrat yek

     

  • At 9/1/09 6:53 PTG, Blogger salju,, said…

    salam..
    best gak cite ni..
    plik kan kisah cinta yg asalnya dari benci bertukar jd sayang jarang berlaku..
    tp chemistry hubungan ni agak kuat berbanding ske sama ske pd awal2..
    ble faizal ske kt hani?..
    'love power' pn ad magic sekirannya dignekan pd cara yang btul..
    congrat ek..

     

  • At 9/1/09 8:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite bes tapi part kat hospital 2 klaka sket r.mule2 doc dah sahkan faizal mati tapi tetibe d idup balik.hehe agaknye nila yang dikatakan love power..cam industan pun ade gak cite ni apepun tahnia la yerk...

     

  • At 9/1/09 10:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam,
    cerpen yang sarat idea, pengolahan yang baik dan julat bahasa yang agak luas. Ada byk unsur2 suspen y berjaya diolah dgn baik. Tahniah!

    Cuma, rasanya lagi baik kalau watak dikurangkan sebab cerpen biasanya 3-4 watak pun dah agak 'sendat'. So, cerpen ni nampak kurang fokus sebab tema y pelbagai. Juga elakkan ke'mustahilan' drpd berlaku.

    (nampaknya kedua2 cerpennya berkisar tentang benci menjadi sayang..hehe)

    Harap lepas ni boleh boleh karang cerpen yang lebih berat temanya instead of cinta.

    Anyway congrates and keep it up thou

    - Sifah ou Mausouf-

     

  • At 9/1/09 10:53 PTG, Blogger خديجة خليلة said…

    Tahniah kerana berusaha untuk menulis cerpen. Inilah pelajar Bahasa dan Sastera!

    Membaca perenggan pertama, rasa kurang bersemangat kerana telalu banyak pemendekan perkataan yang dibuat. Untuk menghasilkan dialog yang memberi kesan, tidak semestinya memasukkan bahasa pasar dalam penulisan.

    Apapun tahniah kerana berusaha!

     

  • At 10/1/09 1:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    first time bace cerpen or novel org letak nama zahirah..hehe..

     

  • At 10/1/09 2:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..
    satu hasilan cerpen yang menarik..agak keliru dengan tema yang cuba diketengahkan..
    namun begitu,cerpen ini banyak menimbulkan persolan yang saya kira berguna pada masyarakat kini yang boleh diteladani...

    pepon,tahniah atas penghasilan cerpen yang kedua ini.

     

  • At 13/1/09 1:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best dah.idea bgus tp dr tengah smpai part last,kelam kabut sgt.mcm nk abis cepat.hmm..nme2 pn sdikit confuse..slah taip or sndri confuse? sory ek komen cenggini.well...sy bg 4star.hehe

     

  • At 2/3/09 5:14 PTG, Blogger mieza_zains said…

    A'ah..sempat lg jerit"ada orang nak rogol"...wakaka..
    Nyway,nice story..keep it up!!

     

  • At 30/9/11 12:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnyer.....!!!!!!!!!!

     

  • At 19/7/13 12:07 PTG, Anonymous Pak Tam said…

    usaha lagi,content tak strong

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group