Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Diana sedang asyik menonton televisyen. Matanya tidak lepas dari menonton cerita kegemarannya. "Wow, bergayanya....kalau lah aku dapat suami macam tu...huh..bahagienya hidup..."ujarnya berangan sambil tersenyum sendirian. Matanya tidak lepas menatap skrin televisyen. "Diana!!!!!!!" Diana tersentak apabila terdengar suara lantang Adif menjerit namanya. Terpadam segala angan-agannya..Diana menepuk dahinya. "ai, baru je nak berangan dapat suami macam hero yang aku suka ni..lupa plak aku dah kahwin. Huh, malang tol" ujarnya sendirian. Ntah macam mana dia sanggup menjadi pengganti kakaknya. Adif adalah tunang kepada kakaknya, Dania. Tetapi tinggal beberapa hari lagi terikh perkahwinan, Dania telah menghilangkan diri. Hanya meninggalkan sepucuk surat mengatakan dia tidak mahu meneruskan perkahwinan tersebut. Akhirnya Diana terpaksa menggantikan tempat Dania. Itupun setelah dipaksa oleh ayah dan ibunya. Walaupun hatinya berat untuk menerima apatah lagi melihat jelingan tajam Adif, dia terpaksa menerimanya juga kerana tidak mahu keluarganya mendapat malu. "Diana!!!!. Ko pekak ke?sampai aku panggil banyak kali ni" terpancul wajah garang Adif di hadapannya. Di tangannya terdapat ubat gigi. Diana menjeling sekilas. "ha, nape?" tanya Diana acuh tak acuh tanpa memandang ke arah Adif. "Ko gune ubat gigi aku ek?" tanya Adif sambil menunjukkan ubat gigi di tangannya. "ala, aku gune sket je. Aku lupe yang ubat gigi aku dah habis"balas Diana selamba. Pasal ubat gigi pun nak kecoh..bentak hati kecilnya. "Kan aku dah cakap banyak kali. Aku tak suke ko gune barang-barang aku. Kalau ko nak, ko beli sendiri" ujar Adif. Geram benar dia apabila Diana menggunakan barang-barangnya. Ntah kenapa dia tidak suka diana menggunakan barang-barangnya walaupun sedikit. "Huh, pasal tu pun nak kecoh. Aku terpaksa lah...bukan aku saje2 nak guna.." bela Diana. Geram juga dia dengan perangai Adif. "Aku dah ingatkan kau banyak kali kan?.jangan gune barang-barang aku...dan aku pun tak kan gune barang-barang ko. " ujar Adif lalu segera berlalu. "kedekot tahap cipan tol" marah Diana sendirian. Diana masih ingat kali pertama dia menjejakkan kaki ke banglo tersebut, teruk dia dimarahi Adif kerana telah menggunakan serbuk pencuci yang ada di rumah tersebut. Sejak hari itu, Adif telah menetapkan barang-barang yang dia beli, Diana tidak boleh menggunakan begitu juga sebaliknya dimana barang-barang yang Diana beli, Adif tidak boleh menggunakan. Mujurlah banglo dan segala perabot dalam rumah tersebut di hadiahkan oleh ayah Adif sempena perkahwinan mereka. Jadi, mereka boleh berkongsi barang-barang tersebut.
'Wei, Diana. Berseri-seri nampak. Mesti tengah bahagia ni. Yela, orang baru kahwin katakan?" Usik Sofea kepada Diana. Sofea merupakan sahabat baik Diana sejak dia mula mengajar di situ. "Bahagialah sangat..."jawab Diana selamba. "Ai, lain macam je bunyi ko ni? Tak kan dapat suami hensem camtu pun tak bahagia. Dahlah kaya pulak tu. Best pe" ujar Sofea lagi. "bestlah sangat dapat husband penyayang cmtu.huhu..." ujar Diana selamba. Hensem ke Adif tu?. Hensem lagi hero pujaan aku…dah la bergaya..kuat lak tu..hehehe. bisik hati kecil Diana sambil dia tersengih-sengih. "ha, tengok. Sengih lak tu..huh, memang beruntung lah ko ni."duga Sofea. Memang dia mengetahui sejarah perkahwinan Adif. Dia menyangka yang Adif telah pun dapat menerima Diana setelah dikecewakan Dania. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sampai sekarang Adif masih dingin dengan Diana. Adif juga tidak pernah menyentuh Diana sejak mereka berkahwin. "bukan lah.. aku tengah bayangkan kalau aku dapat husband macam hero pujaan aku tu…mesti anak-anak aku yang lahir nanti comel-comel" ujar Diana bergurau. "Jangan nak mimpi di siang hari. Tu Mohd Adif tu dah jadi husband ko. Jangan berangan nak kahwin satu lagi...ko tu pompuan..tak leh kahwin lebih dari satu."bebel sofea. Diana hanya tersenyum. "ala, aku saje je nak berangan sket. Dahla impian aku hancur berkecai. Hurm.." ujar Diana dengan wajah sedih. Sofea berasa serba salah. "Diana...ko jangan lah sedih. Semua tu dah di tentukan. Aku yakin ko akan bahagia dengan Adif nanti. Percayalah.." pujuk Sofea sambil memegang bahu Diana. Diana hanya tersenyum.
Malam itu, Diana tidur agak lewat. Maklum lah..esok cuti sekolah...jadi, secara tidak langsung, dia juga turut bercuti kerana dia merupakan seoarang guru. Diana berasa tekaknya dahaga lalu segera pergi ke peti sejuk untuk mengambil susu yang di belinya petang tadi. Setelah menuangkan segelas susu, ketika hendak berpaling, Diana telah terlanggar Adif yang sedang berdiri di belakangnya. Susu dalam gelas tersebut telah tertumpah di baju Adif. "Woi, habis basah baju aku. Ko buta ke ape?. Aku besar-besar ni pun tak nampak" marah Adif sambil mengesat-ngesat bajunya yang terkena susu. "ha, maaf lah. Aku tak sengaja. Tak perasan ko berdiri kat belakang aku" ujar Diana gugup. "dah. Ko tu ,memang buta. Lain kali kalau tak nampak..pakai cermin mata. Ko ni memang sengaja nak sakitkan hati aku" marah Adif. Ntah kenapa dia terlalu membenci Diana. Sejak mereka berkahwin, dia tidak pernah melemparkan segaris senyuman buat Diana. " wei, ko ingat ko tu bagus sangat ke?. Ko pun sama, selalu menyakitkan hati aku. Perasan bagus sangat lah tu." balas Diana dengan geram. "memang aku bagus pun. Nape? Tak puas hati ke? "ujar Adif bangga. Diana mencebik lalu segera berlalu. Tak kuasa dia hendak melayan Adif yang sombong tahap cipan...ketika hendak menuju di biliknya, dia mendapati bilik Adif terbuka. Tergerak hati Diana untuk mengenakan Adif. Lantas dia masuk ke bilik Adif lalu mencari-cari sesuatu....
"Diana, bukak pintu ni!!!!!!!!!!!!!!!!" pagi itu, Diana di kejutkan dengan suara Adif. Pintu biliknya seperti hendak pecah di ketuk Adif dari luar. Dengan malas Diana segera membuka pintu. " ko pehal memekak pagi-pagi buta ni..ko tak tau ke aku nak tido" ujar Diana sambil menguap malas.. "ko gune ubat gigi aku lagi ek?" tanye Adif yang masih berbaju tidur. Wajahnya nampak tegang. "ape ko merepek ni?. Aku tak gunelah. Aku de ubat gigi aku sendiri. Aku beli yang besar lagi..wat pe nak pakai ubat gigi ko tu?" ujar Diana selamba. "aku tak caye. Tepi, aku nak cek dulu."ujar Adif lalu segera menolak tubuh Diana ke tepi. Lantas dia menuju ke bilik mandi Diana. Diana yang terkejut lantas mendapatkan Adif. "ha, dah puas ati ke?. Kan aku dah cakap tak de. Ubat gigi yang besar tu aku punye. Bukan ko" ujar Diana marah. Adif hanya menjeling Diana sekilas. "er...aku nak cepat ni..aku mintak ubat gigi ko sket" ujar Adif dengan suara perlahan. Hati Diana bagai digeletek melihat muka seposen Adif. "huh, tak boleh. Kan ko dah cakap..barang ko, barang ko...barang aku..barang aku..tak leh gune hatta sket pun"ujar Diana memulangkan paku buah keras. "tapi..aku nak cepat ni..aku nk gi keje ni. Ala...sket je..kan hari tu ko de gune ubat gigi aku gak" pujuk Adif lagi memohon simpati. "aku kate tak boleh, tak boleh la..dah2..aku nak tido...ko gi kuar sekarang" ujar Diana sambil menolak tubuh Adif keluar dari biliknya. Sebaik sahaja Diana mengunci pintu bilik, dia pun mula menutup mulutnya menahan tawa. Menjadi jugak rancangannya untuk mengenakan Adif. Sebenarnya ubat gigi Adif ada di sembunyikannya di dalam almari pakaiannya. "padan muka! . tak gosok gigi lah nampaknya ko pegi keje nanti" bisik hati kecil Diana perlahan..
Adif menghempas fail-fail yang berada di tangannya. Dia masih geram dengan Diana. "ai, nape nampak marah semacam je. Tak kan gaduh kot" duga Haikal. Kawan sepejabatnya. "mana tak marah...ko tau tak?...gara-gara wife aku yang terlalu murah hati sangat tu...tak pasal-pasal aku gosok gigi tak gune ubat gigi"ujar Adif geram. "la...nape plak?" tanya Haikal hairan "yela..pagi tadi..tiba-tiba ubat gigi aku hilang. padahal malam tadi ade je. Lepas tu..bila aku nak mintak ubat gigi die sket..die tak nak bagi..siap halau aku dari bilik die lagi tu" terang Adif. Haikal hanya tergelak mendengar penerangan Adif. Dia sendiri sudah tahu yang Adif dengan Diana memang tak sebulu. Tapi bila dia tengok betul-betul, Adif dengan Diana sebenarnya nampak secocok. "la...pasal tu je ke ko nak mengamuk macam ni...rileks r...bukan perkara besar pun" pujuk Haikal sambil tersenyum. "yela...tapi aku geram coz die leh ulang plak kate-kate yang aku pernah cakap kat die dulu" ujar Adif lagi. "ko kate ape?" tanye Haikal hairan. "er...tak de papelah...eh, hari ni kite dua jumpe klien kan?" Tanya Adif cuba mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Haikal mengetahui kata-kata yang pernah dia lontarkan pada Diana dan dia tidak mahu juga Haikal tahu macam mana layanan dia terhadap Diana. Meskipun Haikal tahu mereka tidak sebulu, namun dia tidak mengetahui yang hubungan mereka sedingin itu. ’a,ah...kol 2 petang nanti. K la..aku de keje sket. Nanti tunggu aku tau" ujar Haikal lalu segera berlalu. Adif hanya menganggukkan kepala. Sebaik sahaja Haikal berlalu, Adif mengambil sekeping foto dari dalam laci mejanya. Kenangan dia bersama Dania. Hatinya merintih sedih apabila Dania telah memutuskan pertunangan mereka di saat-saat akhir. Di sebabkan itu juga, dia terpaksa mengahwini Diana. Dia tahu Diana tidak bersalah. Dia pun terpaksa berkahwin juga kerana tidak mahu memalukan keluarganya namun, di sebabkan marahnya kepada Dania, dia telah melepaskan segala kemarahannya kepada Diana. Dan paling menyakitkan hatinya, Diana berani melawannya. Kadang-kadang sampai menangis gadis itu di marahinya. "Dania, aku dah tunggu ko lame sangat dengan harapan kau aku kembali tapi nampaknya sia-sia. Mulai hari ini aku akan lupekan kau" ujar Adif perlahan lalu mengoyak gambar tersebut lantas dibuangnya ke dalam tong sampah.
Diana merenung jam di dinding. Sudah pukul 9 malam. Hatinya risau mengenangkan Adif masih belum pulang. Tidak pernah dia pulang selewat ini. Paling lewat pun pukul 7 malam. Diana mundar mandir di ruang tamu. Televisyen hanya di biarkan terbuka. Penat berdiri Diana terus duduk di sofa. Lantas dia segera menumpukan perhatian pada kaca televisyen. Hatinya masih risau memikirkan Adif masih belum pulang. "hurm...macam mane kalau die kene bunuh...pastu mayat die kene buang dalam sungai..ha, dah la aku tak sempat nak mintak maaf kat die coz sembunyikan ubat gigi die. Huh, habislah aku..nanti tak pasal hantu die datang terkam aku...argh,,,seramnye...ish, tak baik tol aku ni fikir yang tak baik sal husband sendiri. Even die dingin dengan aku, tapi die tetap suami aku..tak baik tol aku ni" ujar Diana pada dirinya sendiri sambil tangannya mengetuk-ngetuk kepalanya kerana telah memikirkan yang bukan-bukan. Akhirnya Diana terlelap di atas sofa. Adif yang baru sampai di rumah terkejut melihat Diana terlelap di sofa. Tanpa menghiraukan Diana dia segera menuju ke biliknya untuk membersihkan diri. Badannya terasa penat. Kadang-kadang dia cemburu dengan Diana kerana selalu bercuti berbanding dengan dia. Selepas mengenakan baju tidur, Adif segera menuju ke ruang tamu. Diana masih lagi terlelap. Lantas adif segera menutup televisyen yang masih lagi terpasang. Dia menghampiri Diana. "wei, bangun lah. Gi masuk bilik ko" ujarnya sambil menggerakkan bahu Diana. Namun Diana masih lena dengan tidurnya. Adif merenung wajah Diana. Nampak perbezaan Diana dengan Dania. Memang dia akui Dania lebih cantik berbanding Diana. Tetapi Diana mempunyai wajah yang lembut. "huh, tido mati ape..agaknye kalau bom meletup pun die ni pasti tak kan sedar" bisik hati kecil Adif. Terdengar dengkur halus Diana. Nampak sangat dia penat. Duduk rumah je pun penat..padahal tengah cuti..bukan de keje....bisik hati kecil Adif lagi. Lantas Adif mengangkat tubuh Diana. Tidak sampai hati dia hendak menganggu tidur Diana yang nampak agak lena. Mungkin tengah mimpi indah...duga hati Adif. Tetapi belum jauh dia melangkah, Diana menggeliat perlahan lantas membuka matanya. Sebaik sahaja terpandang wajah Adif, Diana lantas menjerit sekuat hatinya..Adif yang terkejut dengan jeritan Diana lantas melepaskan tangannya menyebabkan tubuh Diana terjatuh di atas lantai. Nasib baik ada permaidani di atas lantai tersebut, jadi tidak lah badan Diana sakit sangat. "ko ni nape? Terjerit malam-malam. Buang tabiat pe" marah Adif cuba membuang rasa malunya kepada Diana. "er...aku ingatkan hantu tadi nak terkam aku" ujar Diana gugup. "ko tengok muka aku ni de macam muka hantu ke?" marah adif sambil menayangkan mukanya pada Diana. "he...tak de pun..aku ingatkan ko dah jadi hantu sebab kene bunuh. Pastu mayat ko kene buang dalam sungai. Then balik rumah coz nak cekik aku" ujar Diana sambil tersenyum. Adif membeliakkan matanya mendengar kata-kata Diana. "apa, ko doakan husband ko yang hensem ni kene bunuh?..siap bayangkan jadi hantu plak tu. Teruk tol lah ko ni. Isteri yang baik mendoakan keselamatan suaminya. Tapi ko sebaliknya. Ko masuk bilik nanti, adelah hantu tido dengan ko. Nak sangat hantu datang kan" ujar Adif cuba mengusik Diana. "ko ni..tak baik tau..dah lah rumah ni besar. Menyeramkan plak tu" marah Diana sambil memasamkan mukanya. "betul la. Untuk pengetahuan ko...before papa beli rumah ni dulo, rumah ni adalah rumah tinggal. Dengar cerita tuan rumah ni dulo mati kene bunuh" usik Adif lagi. Gembira betul dia melihat wajah takut Diana. "ko ni..jangan lah bergurau malam-malam ni" ujar Diana. Terasa badanya mula seram sejuk. Memang Diana agak penakut sikit. "terpulang la ko nak caye ke tak...k lah..aku nak tido dulo. Baik ko jangan padamkan lampu time nak tido nanti.." tambah Adif lagi. Dia segera berlalu menuju ke biliknya. Melihat Adif telah pun berlalu, Diana segera menuju ke biliknya. Selepas mengunci pintu dia segera merebahkan tubuhnya di atas katil. Terngiang-ngiang segala yang telah di ceritakan oleh Adif. Lantas Diana membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran. Hatinya kembali tenang. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, tiba-tiba lampu di biliknya terpadam. "Adiffffffffffffffffffffffff. Tolong aku" jarit Diana tanpa bangkit dari tempat tidurnya. Adif yang terdengar jeritan Diana lantas membuka lampu di biliknya. Namun, ternyata lampu tersebut tidak mahu menyala. Tahulah adif yang bekalan elektrik telah pun terputus. Terdengar suara Diana menjerit namanya sekali lagi..dan tangisan Diana mula kedengaran. Adif yang risaukan akan keselamatan Diana lantas mencapai lampu suluh. Dia segera menuju ke bilik Diana. Namun terkunci dari dalam. "Diana, bukak pintu ni cepat!" ujar Adif sambil cuba memusing tombol pintu. Namun, Diana tidak menjawab. Hanya terdengar esak tangis Diana. Adif segera mengambil kunci spare yang di simpannya. Setelah dia dapat membuka pintu tersebut, dia segera menyuluh ke segenap ruang bilik Diana. Mencari kelibat Diana. Dilihatnya Diana terbaring di katilnya sambil menutup mukanya dengan selimut. Lantas Adif menghampiri Diana. "Diana, ko tak pape ke?" tanye Adif sambil menggoncang bahu Diana. Diana yang menyedari kehadiran Adif lantas membuka selimut di mukanya. Kelihatan air mata mengalir di pipinya. "Adif, aku takut.." ujar Diana sambil teresak-esak kecil. Adif berasa simpati kepada Diana lantas menarik Diana ke dalam pelukannya. "dah. Ko jangan takut lagi. Aku ade dengan ko sekarang..jangan takut k" pujuk Adif sambil mengesat air mata di pipi Diana. Diana memeluk pinggang Adif dengan erat. Hati Adif berasa berdebar-debar. Adif mencium dahi Diana. Kini, baru dia tahu bahawa selama ini dia memang menyayangi Diana. Hanya sebab marahnya kepada Dania, dia cuba membenci Diana. Namun, dia tidak mampu membohongi hatinya lagi. Setelah agak lama mengenali Diana, dia pula mengakui akan hakikat bahawa dia menyintai Diana. Kelembutan wajah Diana dan sikap kebudak-budakan Diana telah menambat hatinya. "Adif, jangan tinggalkan aku..aku takut sangat" ujar Diana tersedu sedan. "Diana...abang tak kan tinggalkan Diana..abang terlalu sayangkan Diana. Abang janji sayang" ujar Adif perlahan di telinga Diana. Diana terkejut mendengar kata-kata Adif. "Adif….."ujar Diana terputus apabila Adif segera memotong percakapannya. "bukan Adif sayang tapi abang k. mulai hari ni, abang nak Diana panggil abang, abang k." ujar Adif sambil mengusap rambut Diana. "tapi…." Ujar Diana terhenti. "tak de tapi-tapi lagi. Abang tahu Diana pun sayangkan Abang kan? Kalau tak, tak kan tadi Diana tunggu abang balik sampai tertido di sofa. Jangan tipo perasaan sayang lagi...." ujar Adif sambil menatap wajah Diana yang hanya diterangi cahaya lampu suluh. Diana tersenyum lantas mengangguk perlahan. Hilang segala takutnya. "abang mintak maaf coz selalu marah-marah dengan Diana. Abang janji tak kan wat cmtu lagi" ujar Adif sambil menggengam erat tangan Diana. Lantas Diana teringat ubat gigi Adif yang disembunyikannya. "abang...Diana nak mintak maaf sebab sembunyikan ubat gigi abang..diana janji tak wat lagi" ujar Diana lambat-lambat. Bimbang juga dia kalau-kalau Adif marah. "ow...patutlah....abang memang dah agak dah..nakal ek isteri abang ni..." ujar Adif tersenyum sambil mencubit pipi Diana. "ala...sakitlah..."ujar Diana separuh merajuk. "he...sorry sayang..tak sengaja...jangan merajuk k" ujar Adif lantas memeluk pinggang Diana. Malam itu menjadi saksi cinta mereka..
8 bulan kemudian.......
"sayang...abang dah balik.." ujar Adif lalu menghampiri Diana yang sibuk membancuh teh. Diana lantas mendapatkan Adif lalu mencium tangannya. Adif membalasnya dengan mencium dahi Diana. "Abang gi mandi dulo..Diana nak siapkan minuman petang ni" ujar Diana. Adif mengangguk lalu segera berlalu..Diana tidak menyangka peristiwa bekalan elektrik terputus telah memulihkan hubungan mereka. Diana juga telah mengetahui bahawa kakaknya Dania telah mempunyai calon sendiri dan Adif sendiri telah memberitahu bahawa cintanya hanya untuk Diana dan bayi yang bakal lahir nanti. Adif juga telah memaafkan Dania. Begitu juga dengan Diana. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Setelah siap menghidangkan minuman dan sepiring kuih di atas meja, Adif pun tiba. Dia menghampiri Diana lantas mengusap perut Diana. "semoga baby yang lahir nanti...hensem macam papa die" gurau Adif sambil tersenyum. "ala...tak mo macam abang.."ujar Diana pula. "habis tu nak macam mane?"tanye Adif sambil mengerutkan keningnya hairan. "macam hero pujaan Diana lah" ujar Diana tersenyum. "sayang...tu kan kartun..tak kan nak baby kite macam muke kartun?" bantah Adif. "Ala...tp uchiha sasuke tu hensem. Pastu bergaya and kuat lak tu" ujar Diana lagi tidak mahu mengalah. "sayang...memanglah nampak hensem coz tu kartun..abang tak nak lah muke anak abang macam kertun. Ape?..abang ni tak nampak hensem ke? Tak bergaye ke? and tak kuat ke?" tanya Adif separuh merajuk. Diana tersenyum. "he…Diana gurau je lah sayang..mesti lah nak macam papa die kalau ni baby boy…and kalau baby girl macam mama die" ujar Diana tersenyum. "macam tulah isteri abang.."ujar Adif lantas mencium kedua-dua pipi Diana. Diana rasa bahagia kerana mempunyai suami yang penyayang macam Adif dan dia tidak menyangka suaminya yang garang dulu telah berubah menjadi seorang yang penyayang. Diana rasa sungguh bersyukur dan dia berharap agar hubungannya dengan Adif akan berkekalan sampai bila-bila. "Diana, ingat tau...abang sayang sangat dengan Diana dan abang harap jodoh kite akan berpanjangan sampai akhir hayat kite coz Diana adalah satu-satunya isteri abang sampai bila-bila" ujar Adif sambil terseyum. Diana hanya mengangguk sambil tersenyum..
hurm tbe2 jew hsband die leh b'ubah jd baek ek? i bkn pe just slalu bce mst da reason sum1 2 b'ubah kan? hehe pape pon nice story n klaka r cter nih...hehe
cite nie mmg la ok tp korang x prsan ke..blk2 cite kawin paksa..xsuka..pas2 jd baik...trus prgnant..happy ending.. xde ide len ke..anyway..bleh la..dh aku terbaca...
cter nih bez.. hmm pe kte ps nih wt cter psl seorang dokor wanita yg jatuh hati dgn seorang jurutera lelaki mse jurutera tuh sakit d hospital. kirenye, jurutera tu pesakit dyer lar..
hurmmm... how shud i say dis.... citer ni ok.. cume............ nape adif tbe2 je nk kat diana.. ms blackout 2 trus brubah.. laki mmg cam2 ek?? mksd sy cam xde hint pn b4 2 yg adif suke kat diana.. its just all of sudden..
but its a sweettt story.. ubat gg?? mmg klakar..hik333
thanks 4 d writer... skrang ni esaimen blambak.. tensen.. tp bleh terketawa lak time bc citer ni.. heheheh.. keep it up..
aku x thn part 'adif merenungi wajah diana yg hny diterangi cahaya lampu suluh'hehe..nsb baik baik pnls x bubuh "diterangi lampu minyak tnh" hahaha..adoi..tau la blckout tp apslhnya buh dterangi chy rembulan yg samar2 ka..romantik la skt ni lampu suluh ape adif suluh muka diana ka?? hehe ..jgn mrh just kidding.. tp cita ni mg klaka la aku suka..
cite ni..hahha.. fun and menarik.. ubat gigi pun bkire si adif tu.. tp soalan "takkan nak baby kite macam muke kartun?" wat sy ktawa terbahak2.. tahniah kpd pnulis...
best la cite nie..... terutama skali kat ubat gigi 2 klaka la.... romantik pown ade gak.... pape pown cite nie mmg best.... terbaik dari ladang.... hehehehehe.... :) ~eja~
aku mmang sk bc citer tp x de ke yg lain dr yg . cerpen ke novel ke cer buat yg lain asyik 2 gadoh pastu baik +suka+cinta +hapy ending jln citer yg sm klu yg lain perasan betul tak kehabisa idea kut papa pun usaha utk ubah apa yg ada .i need something new don,t give up
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahah..klaka arh diorg nih.psal ubat gigi pon bleh gado2.papepon nice story..=)