Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kepala Fisha bagaikan mahu pecah mendengar kebisingan yang melampau sejak sejam yang lalu. Sudah disumbat telinganya dengan kapas sepadat mungkin agar bunyi bising itu tidak tembus masuk hingga ke gegendang telinga dan menyentuh tulang osikel yang sangat kecil itu. Namun usahanya itu sia-sia, bunyi bising masih lagi terus beralun dan bergema nyaring. Dia sudah tidak tertahan lagi, panas hatinya sudah memuncak. Kemarahannya sudah mencapai taraf lima bintang. Mahu tak mahu dia terpaksa mencari di mana datangnya bunyi bising itu. Kerana bunyi bising itulah dia tidak dapat tidur sejak akhir-akhir ini. Lenanya diganggu setiap malam kebelakangan ini. Kadangkala seperti bunyi dinding digerudi dan adakalanya juga seperti bunyi batu dipahat. Tapi yang pastinya setiap bunyi yang terhasil dari kerja-kerja itu amat menyakitkan telinganya. Malang sungguh dia membeli rumah yang agak tersorok ini.Dia fikirkan dengan membeli rumah itu, dapat memberikan ketenangan semaksimumnya dan dapatlah dia hidup dengan aman dan jauh dari kebisingan. Bagi Fisha ketenangan adalah yang amat penting lebih-lebih lagi dengan harapan dapat mencetuskan idea yang brilliant untuk setiap karya-karyanya yang mendatang. Lebih-lebih lagi dengan setiap persaingan dan penerbitan hasil tulisan yang bermutu tinggi yang semakin mendesak Fisha menyiapkan karyanya secepat mungkin sebelum pembaca diluar sana semakin melupakannya. Kejayaan Fisha dengan hasil karyanya dua tahun lepas berjaya mencuri tumpuan hampir separuh negara-negara di dunia dan namanya sering disebut-sebut sebagai penulis muda yang amat berbakat dan gifted. 'Siapalah yang bodoh betul ni? Malam-malam pun nak buat kerja. Siang-siang tak nak pula buat. Woi orang bodoh, aku nak tidur la!!' 'Woi senyap la, aku nak tidurrrr!!!' Buat seketika bunyi bising itu berhenti kemudian bersambung lagi. Fisha tidak mampu lagi bersabar dan menunggu di situ. Dia lantas berjalan keluar dan mencari dari arah mana datangnya bunyi itu. Menaiki setangga dari pintu rumahnya, Fisha mendapati bunyi bising itu semakin jelas kedengaran. Pintu rumah bernombor 110 itu diketuk kuat. Setelah berkali-kali pintu diketuk kuat bagai ingin putus urat-urat jarinya barulah bunyi bising itu terhenti dan pintu dibuka. Seorang lelaki bermisai dan berambut panjang mencecah ke bahu berdiri di depannya kini. Dari pakaian lelaki itu seperti tidak terurus dan dengan perkataan yang simple, memang selekeh. 'Ya, nak apa?' Soal lelaki itu. 'Nak apa kau tanya? Aku datang ni nak marah kat kau dan dengan sopannya aku nak kau hentikan kerja-kerja bodoh kau tu sebab aku tak boleh nak tidur! Kau paham!!' Suara Fisha seperti harimau yang mengaum dengan wajahnya yang benar-benar menunjukkan perasaan sebenarnya. 'Pertama sekali nama saya bukan kau dan kedua cara awak memang sopan sangat. Jadi bolehlah awak balik dari mana awak datang tadi, biar saya pertimbangkan cadangan awak yang bodoh tu ye. Terima kasih.' Daun pintu dihempas hingga membuatkan Fisha tergamam dengan sikap kurang ajar lelaki itu. Fisha benar-benar tidak puas hati. Hatinya sudah terbakar dan bagaikan hangus mendengar kata-kata lelaki itu. Seketika kemudian bunyi bising itu kedengaran lagi. Fisha mengetuk-ngetuk pintu rumah lelaki yang disifatkan bodoh itu namun ketukannya tidak mampu mengubah apa-apa. Bunyi bising terus kedengaran. Dengan hati yang panas, Fisha kembali semula ke dalam rumah. Badan dihumbankan ke katil dan muka disembam ke bawah bantal. Entah pukul berapa barulah Fisha hanyut dalam arus mimpi. 'Asal mata kau lebam je ni Fisha? Tak cukup tidur ke?' Soal Ruhi 'Ni yang aku nak cerita kat kau ni Ruhi. Aku bengang betul la dengan lelaki bodoh dekat rumah aku tu. Tiap-tiap malam asyik buat bising, entah apa dia buat pun aku tak pasti tapi serius aku tak leh nak tidur. Pagi tadi pun aku rasa dah nak siang kot baru aku leh lelap.' 'Kau tak gi serang dia ke?' 'Serang la...tapi kau nak tau apa dia jawab? Dia kata akan pertimbangkan lepas tu dia hempas pintu dan buat lagi bising. Panas betul hati aku.' 'Tak patut betul! Kalau aku pun lama dah kena maki mamat tu. Habis apalah kau nak buat sekarang?' 'Aku pun tak tahu la nak buat apa lagi Ruhi. Sejak tak cukup tidur ni kepala aku asyik sakit so kerja aku memang tak gerak langsung la. Aku tension giler ni. Aku rasa macam nak pergi bunuh je lelaki bodoh tu. Baru aman agaknya.' 'Sabar dulu Fisha. Jangan kau buat kerja bodoh. Kalau terdesak sangat kau ajak je berbincang bebaik dengan dia.' 'Aku cakap je dia dah hempas pintu. Itu baru jumpa. Aku tak tahu la lepas ni apa pula.' Ujar Fisha sedikit hampa. 'Aku pun tak tahu nak suggest apa coz aku pun tak pernah jumpa jiran yang phsyco cam tu. Aku rasa meanwhile ni kau stay je dengan aku. Mana tahu lepas kerja bodoh dia dah siap, lepas tu masalah selesai. Tapi terpulang kat kau la macam mana.' 'Aku juz tak nak je rumah aku tu berhantu bila aku tinggalkan lama-lama. Tapi aku ikut je la cadangan kau tu. Mana tahu lepas ni ok.' Seminggu kemudian Fisha kembali semula ke rumahnya. Seminggu berlalu dengan pantas dan tulisannya juga telah beres. Hanya tinggal disemak dan diterbitkan saja. Mujurlah Ruhi banyak membantu. Sahabat baiknya dan juga penerbit. Tapi malangnya bunyi bising itu bergema lagi. Fisha rasa betul-betul bengang dengan lelaki itu. 'Sengaja ke dia nak menyakiti hati aku?' antara persoalan yang muncul difikirannya. Fisha membuat andaian yang lelaki itu memang sengaja membuatnya marah. Dia tak tahan lagi nak mendengar bunyi bising tu. 'Kalau nak serang rumah lelaki tu nanti aku juga yang bertambah sakit hati. Nanti tak pasal-pasal aku yang bertambah malu.' Fisha tidak optimis dalam hal ni. Lantas dia mengambil keputusan untuk menumpang di rumah Ruhi semula. 'Eh, nape ni? Bukan siang tadi kau kata nak tidur kat rumah kau ke malam ni?' 'Aku tengah sakit hati ni. Lelaki gila tu la buat hal lagi. Aku ingat seminggu aku tak duduk situ semua akan ok balik, rupanya dia still lagi buat bising.' 'Kau pergi serang dia lagi ke?' 'Tak la. Aku terus datang sini. Malas aku nak mengadap lelaki selekeh tu.' Terdengar hembusan nafas lega dari Ruhi. 'Aku nak tidur ni, please Ruhi kejutkan aku pagi aku sok. Aku sakit kepala ni, takut tak terbangun plak sok.' 'Ok!' Fisha menerima berita gembira hari ni. Berkat doa dan usahanya selama ni, akhirnya proposal yang satu ni diterima oleh penaja. Fisha bertekad dan ingin membuat comeback yang grand tahun ni. Peluang yang besar ini tak mahu disia-siakan, ini janji Fisha pada diri sendiri dan juga pada Ruhi selaku kawan baik dan rakan perniagaannya. Memang sudah lama Fisha menanti dan akhirnya berakhir jua setelah lima tahun sejak idea ni mula tercetus. 'Aku nak aturkan first meeting kita dengan partner kau, bila ah?' 'Bila-bila aku free, kau kan tahu schedule aku? Tapi bukan hari ni. Aku nak balik rumah, lama dah aku tak tengok rumah aku tu. Ntah apa dah jadi agaknya.' 'Eh, kau tak nak jumpa dengan that guy tu ke? Apa ek nama dia? Dia kata nak datang jenguk kita petang ni. Lagipun dari cakap dia dalam phone dengan aku semalam, macam cerewet je dia. Siap nak tahu besar ke tak bilik yang dia nak spent the whole month dengan kau sampai preparation ni siap. Macam-macam la dia tanya. At last aku ajak je dia jumpa dulu before first meeting dengan sponsor next week.' 'Aku pergi dulu la, lagipun aku nak ambil material aku yang tertinggal kat rumah. Kalau tak cukup material tak jalan plak kerja aku nanti. Ok bye!' 'Aku tak habis cerita lagi ni!' 'Esok-esok la kau sambung, ok. Bye!!' Ketika Fisha sedang menyusun kertas-kertas yang melambak di atas meja, tiba-tiba terdengar pintu diketuk beberapa kali. Terus dia bekejar dan memusingkan tombol pintu. Tiada sesiapa, tetapi apabila Fisha menjatuhkan pandangan ke bawah, sejambak ros merah berdekatan kakinya yang berdiri. Tanpa berfikir, pantas tangannya mengambil jambangan ros itu. Sekeping kad kecil yang tersemat rapi dibaca. Hanya sebaris ayat 'I'm sorry' yang tertulis di atas kad berwarna merah jambu itu. Tiada nama si penerima mahupun si pemberi. Fisha menutup daun pintu dan jambak bunya dibaringkan di atas meja. Kerja yang tertangguh tadi disambung semula. Sekali lagi daun pintu diketuk oleh seseorang. Dengan langkah yang layu dan separuh hati, daun pintu dikuak. Fisha sedikit terperanjat apabila seseorang yang tidak disangka sedang berdiri di hadapannya kini. Lelaki selekeh tu datang nak cari pasal lagi ke? 'Saya ada tercicir sesuatu. Saya rasa awak ada ambil.' 'Apa main tuduh-tuduh ni? Kalau awak ada tercicir pun apa kena mengena dengan saya?' Fisha mahu menutup daun pintu tapi cepat ditahan oleh lelaki itu. 'Maafkan saya. Saya datang bukan nak cari gaduh. Tapi awak ada jumpa tak jambak bunga ros merah?' Soal lelaki tu dengan nada yang lebih perlahan. 'Awak maksudkan bunga ni ke?' Fisha menunjukkan jambangan bunga ros yang sudah di tangannya. 'Awak ambillah!' Ujar Fisha lagi dan jambak bunga dihulurkan kasar. 'Saya minta maaf. Tapi bunga ni memang untuk awak. Saya benar-benar nak minta maaf. Mungkin selama ni awak salah sangka tapi mungkin juga akibat tindakan saya tu.' Jambangan ros merah tu dihulurkan kepada Fisha dan dia sedikit tergamam. 'Saya rasa awak dah keterlaluan. Saya tak boleh nak terima ni daripada awak. Cukuplah apa yang awak dah buat kat saya selama ni. Kalau saya terpaksa untuk berpindah dari diganggu oleh awak, saya memang terfikir untuk berpindah pun tak lama lagi.' 'Bukan itu maksud saya. Awak terimalah bunga ni. Saya yang akan berpindah sebab yang mencetuskan masalah ni pun adalah saya hingga mungkin membawa macam-macam masalah pada awak.' 'Tahu tak pe! K, terima kasih bagi bunga ni. Saya rasa kalau tak ada apa-apa, awak boleh balik.' Daun pintu dihempas perlahan. Jambangan bunga ros merah diletakkan dalam vas kosong di atas meja. Fisha mengganggap ini merupakan kemenangan besar padanya dengan perginya lelaki tu dan dia berharap semuanya akan berakhir dan hidupnya kembali tenang. 'That guy, En. Rizki dah sampai. Dia tengah tunggu kau kat bilik meeting.' Ujar Ruhi. 'Ok, jap lagi aku datang. Give me five minutes.' Fisha lantas mengambil semua material yang siap tersusun di atas meja. 'Saya Rizki Ikram. Cik Fisha right?' Seorang lelaki segak berkemeja warna merah hati berdiri gagah dihadapannya. 'Ya saya. Selamat datang dan selamat bekerjasama.' Senyuman dilemparkan. Senyuman dibalas mesra. Kumis nipis yang tumbuh kemas menambahkan lagi kemanisan senyuman darinya. 'Saya difahamkan Cik Fisha amat berminat dengan seni dan rekabentuk arca. Betul ke?' 'Memang saya berminat tapi bukan bermaksud saya nak jadi macam awak, cuma saya nak hasilkan satu karya penulisan sebab itu adalah kepakaran saya tentang bidang yang awak ceburi sekarang. Penulisan saya itu nanti bakal menjadi bahan bacaan dan rujukan mereka-mereka yang berminat dalam bidang arca ni. Selain itu, tentu awak sudah sedia maklum yang bakal diadakan pameran karya saya dan karya seni awak hasil kerjasama kita ni cuma destinasinya belum ditentukan lagi.' Terang Fisha panjang lebar. 'Sebenarnya saya sudah lama mengenali Cik Fisha dari artikel-artikel yang pernah saya baca hasil penulisan awak. Memang saya pun berminat dan terpanggil untuk job ni sebab belum pernah ada lagi yang mencetuskan kolebrasi macam ni. Interesting dan pujian ikhlas dari saya, awak memang berbakat.' Renungan matanya hinggap ke wajah Fisha. Fisha seperti baru tersedar dari sesuatu. Terdetik dalam fikirannya itu bahawa wajah lelaki itu seperti tidak asing dari pandangannya sebelum ni. Tetapi Fisha sendiri tidak berapa pasti dengan apa yang sedang dia rasakan tatkala ini. 'Jadi kalau semuanya sudah jelas bolehlah kita mula bekerja bersama dan saya sudah tak sabar nak tengok hasil-hasil kerja En Rizki.' 'Saya pun memang tak sabar sebab sudah lama saya nak tunjukkannya pada Cik Fisha.' 'Oh yeke?' 'Erm.' Anggukkan kepalanya disertai satu senyuman penuh bermakna. Sedang berdiri satu arca logam seorang wanita yang sedang mengutip sejambak bunga ros di hadapan muka pintu. Dari wajah wanita itu terpancar sedikit kekeliruan dan tangannya menggenggam jambangan bunga itu erat seperti mengambarkan satu cerita. Fisha kaget seketika melihat arca itu. Wajah Rizki dipandang penuh persoalan. 'Awak mesti confius kan?' 'Awak....' Belum sempat Fisha menghabiskan ayatnya, Rizki sudah memotong. 'Itu awak. Jambangan bunga yang awak kutip tu dari saya. Waktu tu saya hanya memandang awak dari jauh tapi sekarang awak sedang berdiri hampir di hadapan saya.' 'Apa yang awak cakapkan ni? Saya tak faham, saya keliru.' 'Saya lelaki yang selekeh dan yang tentunya awak benci sebelum ni. Saya tak sangka wanita yang mencuri hati saya melalui karya-karyanya selama ini akan tinggal berhampiran rumah saya dan bekerja dengan saya sekarang ni. Bunyi bising yang saya buat tu sebab saya nak siapkan arca-arca untuk awak. Awak tengoklah tu semua.' Fisha bagaikan nak menangis melihat beberapa arca yang gagah berdiri dihadapannya kini. Semuanya menggambarkan dirinya. Seorang lelaki yang pernah menyakiti hatinya sebelum ini membuatkan Fisha nak menitiskan air mata dengan sentuhan seninya dan cinta yang disadurkan melalui arca tu. Senaskah proposal bertajuk KARYA CINTA AKU erat dalam genggaman tangan Fisha.
best best. nak gak la buat cam tu gak dekat org yg kita minat.haha. kene sekeh agaknya buat bsg je.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story..
i like it..