Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ma…mak, a..a..pa se…mua i..ni?" Bibir Waliyah terketar-ketar menutur kata. Tangannya menggigil. Kad berwarna ungu telah renyuk dalam genggaman Waliyah. Perlahan-lahan, air matanya mengalir lesu dari tubir mata. Dia terjelepok jatuh ke lantai. Sungguh dia dalam kebingungan. Apa salah dia? Hajah Aisyah hanya mampu memeluk satu-satunya anaknya itu dengan penuh kasih. Semoga dia dapat berkongsi kekuatan yang dia ada dengan Waliyah. Tangannya mengusap perlahan belakang badan Waliyah seperti memujuk anak kecil. Tanpa mampu tertahan-tahan lagi, Waliyah terus menangis dalam pelukkan Hajah Aisyah. "Makk…apa salah Eya mak..?? Apa salah Eya, mak..???" "Sabar Eya…sabar…" Pujuk Hajah Aisyah penuh kasih. 'Ya ALLAH, KAU tetapkanlah iman anakku ini. Berikanlah kekuatan padanya dalam menempuh dugaanMU ini…' *** Dari jauh, kelihatan seorang gadis yang sedang termenung sendirian di tepi pantai. Gadis itu duduk di atas pasir sambil memeluk kedua-dua lututnya. Matanya dihalakan ke arah pantai. 'Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmahnya…walaupun terpaksa dibayar dengan harga maruah keluarga…' Bisik hati gadis itu. Pantai yang terbentang di hadapan matanya dipandang dengan penuh syahdu. Hanya pada pantai dia dapat luahkan segala perasaannya. Perasaan kecewanya pada seorang lelaki yang telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga. Perasaan pilunya tatkala melihat air mata Hajah Aisyah yang sedih mengenangkan nasib anaknya ini. Juga perasaan malunya pada semua jemputan majlis pertunangannya yang terpaksa dibatalkan. Sungguh dia malu! Ya ALLAH! KAU tabahkanlah hatiku dan keluargaku dalam menempuh dugaanMU ini Ya ALLAH. Aku pohon kepadaMU. Aku redha dengan ketentuanMU ini. Semoga KAU memberiku petunjuk ke arah jalanMU. Janganlah KAU pesongkan hatiku ini. Kuatkanlah diriku ini. Hanya kepadaMU lah tempat aku berserah. Semalam, satu kad ungu telah diserahkan kepadanya melalui seorang kanak-kanak. Tanpa sebarang perasaan sangsi, Waliyah menerima kad itu. Setelah membaca isi dalam kad ungu itu, Waliyah tergamam seketika sebelum terus menangis teresak-esak. Hajah Aisyah yang kebetulan berada bersamanya terkejut melihat keadaan Waliyah. Dia pantas mencapai kad ungu yang telah terjatuh ke lantai.
Waliyah,
Batalkan majlis pertunangan kita. Saya tak pernah menyintai Eya seperti mana yang saya katakan. Selama ini saya hanya menipu pada Eya.
Jujur, Amirul Haikal.
Hajah Aisyah terus memeluk Waliyah dan memujuk gadis itu agar bersabar. Perasaan sebaknya ditahan agar tidak kelihatan di hadapan anaknya itu. Setelah hampir sejam menangis, Waliyah akhirnya tertidur di atas riba Hajah Aisyah. Mukanya merah terutama di bahagian hidungnya. Saat itu, air mata Hajah Aisyah terus gugur mengenangkan liku-liku kehidupan Waliyah ini. *** Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi Amirul Haikal. Namun tiada satu pun yang diangkat. Waliyah mengambil keputusan untuk menghubungi nombor rumah Amirul Haikal. Panggilannya dijawab oleh Mak Ngah, pembantu rumah keluarga Amirul Haikal. "Assalamualaikum." Sapa Eya sopan. Sedangkan dalam hatinya bergelagak perasaan marahnya. "Waalaikummussalam. Ya, siapa di sana?" Soal Mak Ngah. "Mak Ngah, Eya nih." "Eya?" Mak Ngah gugup. Sungguh kesian anak ini. Entah apa lah nak jadi dengan Haikal. Perempuan bagaimana lagi yang dia mahukan? Waliyah sudah cukup sempurna pada pandangan Mak Ngah. "Mak Ngah, Haikal ada? Saya dah cuba banyak kali call Haikal, tetapi dia langsung tak nak angkat." Suara Waliyah kedengaran begitu sendu. "Ada Eya. Kejap ya." Kemudian, kedengaran sayup-sayup suara Mak Ngah memanggil Amirul Haikal. "Haikal! Eya call nih!" Jerit Mak Ngah. Waliyah kemudiannya medengar suara orang sedang bercakap tetapi langsung tidak jelas butir bicara mereka. Tidak lama selepas itu, kedengaran pula bunyi gagang telefon diangkat. Dada Waliyah tiba-tiba terasa berdebar kuat. Adakah Amirul Haikal yang angkat kali ini? Soal hatinya penuh mengharap. "Eya…" Waliyah mengeluh kecewa. Suara Mak Ngah. "Ya Mak Ngah. Haikal tak mahu cakap dengan saya ke?" "Maafkan Mak Ngah, Eya. Mak Ngah dah cuba pujuk dia, tapi..." Kata-kata Mak Ngah terhenti apabila Amirul Haikal tiba-tiba menyampuk kuat dari belakang. "Mak Ngah cakap dengan dia, batalkan majlis pertunangan itu! Kal tak nak bertunang dengan dia! Satu lagi, suruh dia berhenti call Kal!! Membosankan dan mengganggu jer!!" Sebal hati Waliyah mendengar cemuhan itu. Dadanya tiba-tiba terasa sesak. Ya ALLAH… "Haikal!" Tegur Mak Ngah. "Tak apa laa Mak Ngah. Kirim salam Eya kat Auntie dan Uncle ye. Assalamualaikum." Butang merah pada telefon bimbitnya ditekan lemah. Air mata yang sedari tadi ditahan dari jatuh terus mengalir lesu membasahi pipi Waliyah. 'Apa salah Eya…' *** Pada petang keesokannya, Waliyah mengumpul seluruh kekuatannya untuk bertemu empat mata dengan Amirul Haikal dan membuat perhitungan dengan lelaki itu. Dia perlu tahu sebabnya. Dia tidak sanggup lagi memendam rasa. Malangnya, apa yang Waliyah dapat daripada pertemuan itu hanyalah maruah yang dipijak dan kelukaan hati yang begitu dalam. Sungguh kejam lelaki itu! Maruahnya dipijak-pijak dengan kata-kata nista. Alasan Amirul Haikal membatalkan majlis pertunangan mereka sungguh tidak logik! Tapi, sekurang-kurangnya Waliyah bersyukur kerana dia tidak perlu menghadapi semua ini setelah bergelar tunang kepada lelaki itu. Amirul Haikal berdendam dengannya semata-mata kerana wajahnya menyerupai wajah bekas kekasihnya yang curang dulu. Melihat wajah Waliyah menyebabkan Amirul Haikal menyimpan rancangan untuk mengenakannya. Rupanya, ada juga manusia seperti ini dalam muka bumi Allah ini. Ahh…sememangnya hidup ini memang tidak dapat diduga! Tidak cukup dengan kenyataan perit itu, Amirul Haikal turut memperlekehkan maruahnya di hadapan rakan-rakan sepejabat lelaki itu. Bodoh! "Ehh Eya! Aku tidak pernah menyintai engkau,tahu tak! Dalam hati aku ini hanya ada kebencian untuk diri kau! Lagi pun, cuba kau cermin dulu diri kau itu siapa. Ada hati nak berkahwin dengan aku. Enggang nak terbang dengan pipit? Mimpilah!" Pedas sekali butir bicara Amirul Haikal. Beberapa orang pekerja Amirul Haikal tersenyum kecil dan segelintir lagi hanya mampu memandang Waliyah dengan penuh simpati. Waliyah terdiam. Dadanya terasa sakit sekali tatkala kata-kata Amirul Haikal itu singgah dalam cuping telinganya dan diproses dalam sistem pendengarannya sebelum sampai ke otaknya dan bergema kuat di situ. "Kau tak payah lah nak menangis di sini Eya. Tak ade orang nak pedulikan kau, tahu! Anak miskin macam kau nih tak akan ade orang yang ingin! Aku apatah lagi!" Herdik lelaki itu lagi. Ahh…tanpa disedarinya, air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya. Waliyah langsung tidak sedar bagaimana matanya boleh memproses air mata itu tanpa sempat Waliyah menahannya dari keluar. Mungkin kerana dia terlalu terkejut. "Sudah sudah lah tuh Haikal! Tak cukup lagi ke kau memalukan keluaga kita dengan tindakan gila kau itu?? Eya, abang rasa baik Eya keluar dulu. Sekarang bukan masa terbaik untuk berbincang dengan mamat kepala batu nih!" Tiba-tiba satu suara menegur Amirul Haikal dengan lantang. Suara itu amat dikenali Waliyah. Suara yang pernah menjadi suara dalam mimpinya dulu sebelum suara Amirul Haikal menggantikannya. Amirul Huzairi, juga abang kepada Amirul Haikal. Dia pun tidak tahu macam mana dia boleh jatuh cinta pada adik-beradik ini. Semuanya salah dia kerana terlalu naïf dalam bercinta. Mungkin saja…. "Along!" Marah Amirul Haikal apabila dia ditengking begitu oleh abangnya. Habis jatuh maruahnya di depan Waliyah. 'Ehh sekejap… Abang? Along bahasakan dirinya abang dengan Eya…?' Bisik hatinya pelik. "Abang?" Waliyah terpempan. Bagaikan tidak percaya melihat Amirul Huzairi berada di depan matanya. Amirul Huzairi hanya mampu menghadiahkan senyuman tawarnya pada gadis itu. Gadis yang sehingga kini masih lagi menghuni dalam hatinya. "Ya, Eya. Abang dah balik." Amirul Haikal terkaku. Abang??? Dia memandang raut wajah terkejut Waliyah sebelum beralih ke raut wajah sendu Amirul Huzairi. Apa hubungan mereka? Tercetus satu soalan dalam benak fikirannya. Dan, tiba-tiba dadanya terasa sakit… *** Amirul Huzairi memandang wajah Waliyah dengan penuh kasih. Sememangnya, dia telah membuat satu kesilapan besar dulu. Satu kesilapan yang menyebabkan hubungannya dengan gadis di hadapannya itu terputus begitu sahaja. Mengapa dia begitu bodoh dulu? Arghhh!!! Kepala Waliyah tunduk memandang lantai restoran. Tidak betah untuk dia memandang wajah lelaki ini. Rasanya membilang jari kaki sendiri lebih syok dari tengok wajah hitam manis Amirul Huzairi. "Eya..?" Tegur Amirul Huzairi. Ehh…Eya nih, pandang muka aku pun tak sudi ke? Sebaik sahaja duduk atas kerusi di depan aku, kepalanya terus tunduk. Tengah tengok apa agaknya dekat bawah meja nih? Lantai yang tak bermozek agaknya yang ditengok dengan penuh minat. Apa wajah aku nih lebih buruk dari lantai kosong itu? Desis hatinya. Geram…geram… Tiada respon dari Waliyah. Amirul Huzairi mengetap bibirnya menahan geram. "Ehm…ehm…" Amirul Huzairi berdehem kuat. Waliyah langsung tidak mengangkat muka. Nak angkat ke tak nak? Nak ke tak nak? Nanti karang, tak pasal-pasal abang bagi arahan mandatori lagi. Kesabaran abang bukannya boleh dibuat main! Insan di sebelah Amirul Huzairi sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi. Jelas kelihatan betapa tegangnya wajah dia. "Woi Eya! Along panggil kau lah! Pekak ke apa hah?!!" Bagaikan halilintar suara Amirul Haikal menerjah telinga Waliyah sekaligus menyebabkan Waliyah terkejut dan mengangkat kepalanya secara tiba-tiba. Hanya dalam masa 0.001 saat! Amirul Huzairi terkejut mendengar kemarahan adiknya itu. Dalam masa yang sama, dia turut berterima kasih pada Amirul Huzairi. Kenapa lah dia tak terpikir cara seperti itu tadi? Tak ada laa dia kena menghadap kepala Waliyah dekat setengah jam jer… Mata Waliyah memandang wajah tegang Amirul Haikal seketika sebelum beralih ke wajah Amirul Huzairi. Gulp! Hampir terlupa pula dia yang Amirul Haikal turut bersama mereka. Amirul Haikal nih kurang sabar sikit dari abangnya. Sikit saja. Perangai dua-dua beradik ini sama saja. Panas baran! "Kal, boleh tak Kal tinggalkan Along dengan Waliyah sekejap? Along nak bincang something dengan Eya." Pinta Amirul Huzairi. Amirul Haikal terkedu. Bagai tidak percaya saja dia sedang dihalau oleh abangnya sendiri. Amirul Haikal keraskan badan. Tidak mahu bergerak. "Kal…." Nada Amirul Huzairi sudah berlainan. Bernada amaran dalam diam. Amirul Huzairi mendengus kuat. "Yelah. Yelah. You owe me, brother. I need your explanation!" Dia bangun dari kerusinya dan terus keluar dari restoran itu. Suasana sepi sebentar. Waliyah yang diam sedari tadi bersuara perlahan, memecahkan kesunyian antara mereka. "Ada apa abang?" Perlahan saja soalan itu keluar dari bibirnya. "Ehm..ehm…" Amirul Huzairi membetulkan suaranya sebelum menyambung bicara yang terhenti. "Abang nak minta maaf atas apa yang Haikal dah buat dekat Eya. Kami sekeluarga tak sangka Haikal akan membatalkan majlis itu tiba-tiba. Dia begitu tekad dengan keputusannya." Waliyah mendengus perlahan. "Tak ada gunanya abang." "Excuse me?" Dahi Amirul Huzairi berkerut tanda tidak memahami kata-kata Waliyah yang singkat tetapi padat itu. "Abang minta maaf pun dah tiada guna. Dah tak ada gunanya abang nak minta maaf dari Eya! Majlis dah batal, maruah Eya dan mak pun dah jatuh. Mana Eya nak letak muka Eya nih? Majlis itu hanya tinggal seminggu saja lagi sebelum kad pink itu memusnahkan segalanya!" Amirul Huzairi diam. Memberi peluang kepada Waliyah untuk meluahkan perasaannya. Melihat mata Waliyah yang bergenang menyebabkan hati Amirul Huzairi berdendang sayu. Terasa ingin sekali memegang tangan Waliyah dan memberinya kekuatan. Namun dia kenal Waliyah. Tindakan itu hanya akan menyebabkan Waliyah marah. Waliyah tidak suka golongan yang berlainan jantina dengannya menyentuhnya sesuka hati. "Malu Eya bila kawan-kawan Eya bertanya tentang majlis itu. Eya tak tahu nak jawab macam mana. Sehingga kini Eya belum beritahu para jemputan tentang pembatalan majlis ini. Eya tak nak beritahu macam mana. Eya malu sangat." Luahnya lagi. "Abang faham, Eya." Pujuk Amirul Huzairi. "Tak! Abang tak faham! Abang sama saja dengan Haikal! Kenapa Eya begitu bodoh mempercayai abang dengan Haikal??" Jerit Waliyah. Hatinya sudah terlampau geram dalam masa yang sama, hatinya sudah terlalu dalam terluka. Para pengunjung restoran yang sedang enak menikmati hidangan terkejut tatkala mendengar jeritan Waliyah itu. Hampir kesemuanya memandang ke arah Waliyah dan Amirul Huzairi dengan kerutan di dahi. Kebanyakan pandangan mempamerkan kata-kata 'Apa nih? Nak gaduh pun pergi tempat lain. Kacau mood orang jer…' . Waliyah mengetap bibirnya. Entah macam mana dia boleh terlepas kata. Aduhh… "Abang, Eya balik dulu. Selamat tinggal." Waliyah bingkas bangun dari kerusi. Dia mencapai tas tangannya dan terus menuju ke pintu keluar. Tak sanggup lagi rasanya berada di situ. "Eya! Tunggu kejap! Eya!!" Amirul Huzairi baru saja ingin membuka langkah untuk mengejar Waliyah sebelum ditahan oleh pelayan restoran. "Nak apa??? Aku nak cepat nih!" Marah Amirul Huzairi pada pelayan itu. "Maaf, Encik. Tapi Encik belum bayar lagi harga minuman itu." Ujar pelayan itu sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah sebiji gelas yang terletak di atas meja. Gelas minuman Amirul Haikal! Budak nih memang menyusahkan orang! Desis hati Amirul Huzairi dengan penuh geram. "Berapa harga minuman itu?"Soalnya. "RM2.90." Dijawab sepatah oleh pelayan itu. Amirul Huzairi terus mengeluarkan dompetnya dari poket seluar. Sekeping duit RM5 dikeluarkan dan diberi kepada pelayan tersebut. "Nah. Simpan duit bakinya." Sejurus itu, dia terus keluar dari restoran tersebut. Matanya terus mencari-cari kelibat Waliyah. Malangnya, Waliyah sudah pergi. *** "Haikal, kenapa dengan kamu nih? Ke hulu ke hilir macam orang gila jer?" Tegur Mak Ngah. Dari tadi lagi dia lihat anak muda itu berkelakuan pelik. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Lepas itu bertanya kepadanya jika Alongnya sudah balik. Kemudian, berjalan tanpa arah tujuan, pusing-pusing satu rumah. Sampai naik gila Mak Ngah tengok. "Hah?" Amirul Haikal tayang muka blurnya. Tanda dia tidak faham kata-kata Mak Ngah. "Mak Ngah tengok dari tadi lagi kamu macam nih. Ke hulu ke hilir macam orang tak betul jer. Kenapa?" Soal Mak Ngah untuk kali kedua. "Erkk…tak ade apa-apa lah Mak Ngah." Amirul Haikal melabuhkan punggung di atas sofa. Remote control televisyen dicapainya. Ahh…mana Along nih…desis hatinya. "Kal tunggu Along ye?" Soal Mak Ngah lagi. "Ehh…? Macam mana Mak Ngah tahu Kal tunggu Along?" Pelik! Mak Ngah ketawa perlahan. Anak muda ini nampaknya belum sedar apa yang dia tengah lakukan. "Macam mana Mak Ngah tak tahu kalau dari tadi lagi kamu duk tanya Mak Ngah, Along sampai dah ke?" Amirul Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Ehh…yeke Mak Ngah? Tak sedar pula Kal. Hee..hee…" Dia tayang giginya pada Mak Ngah. Jelas menunjukkan sengihannya yang lebar. Dari satu channel ke channel lain ditekannya namun belum juga ketemu channel yang diingini. Kejap, channel mana satu yang dia ingin? Mak Ngah menggeleng-geleng kepala. Agaknya peluang Haikal nak masuk Wad 5 lebih dari lima puluh peratus. Tiba-tiba Mak Ngah teringatkan Waliyah. Dia belum faham lagi akan konflik pasangan ini. Macam-macam hal lah anak muda zaman sekarang nih… "Haikal…" Mak Ngah turut duduk di samping Amirul Haikal. "Yup?" "Boleh Mak Ngah tahu?" "Mak Ngah nak tahu apa?" "Kenapa Kal buat Eya macam tuh?" Suasana sepi sebentar. Amirul Haikal mengambil masa untuk menjawabnya. "Kal tidak cintakan dia. Kal rasa dah cukuplah Kal mainkan dia selama ini." Jawabnya perlahan. "Bukan sebab Farsha nak kembali pada Kal?" Duga Mak Ngah. Amirul Haikal terkejut. Macam mana Mak Ngah tahu Farsha dah kembali? "Mak…Mak Ngah ta…tahu…?" Soal Amirul Haikal tidak percaya. "Mak Ngah ternampak kamu berdua. Kal, Mak Ngah bukan nak masuk campur dalam urusan Kal. Tapi, pada Mak Ngah tidak adil apa yang Kal buat pada Waliyah. Kal kejam buat Waliyah macam itu." Amirul Haikal meraup wajahnya dengan kedua tapak tangan. "Entah lah Mak Ngah. Bila Farsha kembali, Kal rasa Kal perlu hentikan semua ini. Kal memang tidak jujur pada Eya. Kal dah tak sanggup lagi menipunya. Hati Kal bukan untuknya." "Betul ke begitu?" Mak Ngah dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Sesuatu yang belum disedari oleh anak muda itu. "Maksud Mak Ngah?" Soal Amirul Haikal kembali. Tidak memahami soalan yang Mak Ngah utarakan. "Betul ke Kal tak cinta Eya?" Amirul Haikal terdiam. Betul ke dia tidak cintakan Waliyah? Mak Ngah bangun dan meninggalkan Amirul Haikal dengan persoalan itu sendirian. Bibirnya mengukir senyuman. Harap-haraplah Haikal akan tersedar kesilapannya sebelum terlambat. Doa Mak Ngah dalam hatinya. *** "Apa hubungan Along dengan Eya?" Belum sempat Amirul Huzairi duduk atas sofa, dia sudah diserang dengan soalan yang entah apa-apa dari adiknya itu. Sudah lah dia letih memikirkan kerja yang bertimbun di pejabat, dan juga Waliyah, sekarang adiknya pula membawa masalah. "Kawan." Pendek jawapan yang diberi. Malas rasanya nak layan kerenah adiknya yang satu ini. Amirul Haikal menjeling tajam ke arah Amirul Huzairi. "Seriuslah Along!" Marahnya apabila soalannya dijawab acuh tak acuh. Mendengar nada amarah Amirul Haikal, Amirul Huzairi tiba-tiba terasa berang. "Walau apa pun hubungan Along dengan Eya, itu semua tak ada kaitan dengan Kal! So, ikut Along lah nak serius ke tak! Faham?" Kata-kata Amirul Huzairi menyebabkan Amirul Haikal terasa tercabar. "Along, she is my girl, okey! So, I should to know!" Balas Amirul Haikal tanpa menyedari apa yang keluar dari mulutnya. Terbuntang mata Amirul Huzairi mendengarnya. "Your girl? You said she is yours? Hei Haikal! Sedar sikit pada yang kau dah buat pada Eya! She is not your girl anymore!" "What the hell…." Kata-kata Amirul Haikal segera dipintas. "Kau dah memutuskan nak mebatalkan majlis itu, so, secara rasminya, hubungan kau orang pun dah putus! Kau belum sedar lagi ke hakikat ini??" Amirul Haikal terduduk di atas sofa. Kata-kata Amirul Huzairi bagaikan terngiang-ngiang dalam kepalanya tanpa henti. Membuatkan dirinya kembali ke alam yang sebenar. Alam yang fana. Sungguh dia sendiri pun tidak faham macam mana ayat itu boleh keluar dari mulutnya. Bagaikan sudah sebati dengan dirinya, tanpa mampu untuk dipisahkan lagi. Sedangkan hakikat yang sebenar sudah jelas di depan mata! Belas melihat Amirul Haikal sebegitu, Amirul Huzairi mengambil tempat di sebelah adiknya. "Dulu Along pernah bersama Eya. Dia budak yang praktikal di tempat kerja abang. Kemudian, Along tinggalkan dia hanya untuk bersama dengan Aliyah di NY. Tapi, rupa-rupanya Along tak pernah cintakan Aliyah, hati Along hanya ada Eya. Sayangnya, Along terlambat sedar akan hakikat ini. Bila Along balik Malaysia, Along dapat tahu Kal ada hubungan istimewa dengan Eya. Along terima takdir ini. Lebih-lebih lagi bila Along tengok betapa bahagianya Eya bila berada bersama Kal. Memang Along kecewa, tetapi Along tetap bahagia melihat Eya dan Kal bahagia. Along ingat, itulah keputusan terbaik yang Along lakukan, membiarkan Eya bersama Kal. Kalau Along tahu akan jadi macam ini, Along tak akan lepaskan Eya pada Kal!" Jelas Amirul Huzairi panjang lebar. Adiknya masih lagi sepi. "Along fikir…" Tiba-tiba, satu idea timbul dalam kepalanya. Satu idea untuk merungkaikan segala rahsia. Satu idea yang dirasakan mampu menyelesaikan kemelut ini. Amirul Huzairi pandang wajah kelam Amirul Haikal. Kata-katanya diteruskan. "Along fikir, Along nak minta mama teruskan pertunangan itu. Biar Along ganti tempat Kal. Lagipun, Eya belum beritahu jemputan dia tentang pembatalan majlis. Tak ada laa Eya perlu tanggung malu." Ujar Amirul Huzairi lagi. Dia segera bangun dan meninggalkan ruang tamu itu. Dalam diam, satu senyuman terlakar dibibirnya. Zupp! Amirul Haikal terasa hatinya ditusuk benda tajam. Pedih! *** "Morning mama." Satu kucupan singgah di pipi Puan Harlina. Puan Harlina senyum pada Amirul Haikal yang sedang menarik kerusi dan terus duduk. "Lambat Kal bangun hari ini?" Tegur Puan Harlina. Tangannya membetulkan cawan dalam dulang. Jag dicapai sebelum perlahan-lahan cawan itu diisi dengan air Nescafe. Cawan itu dihulurkan kepada Amirul Haikal. Amirul Haikal menyambut cawannya. Kemudian dia, merenung jam ditangannya. Sudah pukul 8.30! Lewat sejam dari kebiasaannya. Matanya mengerling pada Amirul Huzairi yang sedang asyik menjamah sarapannya. Sebab Along lah baru dia bangun lewat hari nih! Sepanjang malam dia tidak dapat tidur memikirkan kata-kata Amirul Huzairi semalam. "Along fikir, Along nak minta mama teruskan pertunangan itu. Biar Along ganti tempat Kal. Lagipun, Eya belum beritahu jemputan dia tentang pembatalan majlis. Tak ada laa Eya perlu tanggung malu." Fikirannya kusut dan pening. Tapi dia langsung tidak faham kenapa dia perlu rasa sebegitu. Dia tidak sanggup menyerahkan Waliyah pada Alongnya. Sungguh dia tidak sanggup! Tapi, kenapa??? "Lewat tidur lah tuh ma." Amirul Huzairi tolong menjawab bagi pihak adiknya. Puan Harlina memandang Amirul Huzairi sebelum beralih kepada Amirul Haikal. "Oohh…yeke?" "Along agak jer." Amirul Huzairi tayang senyum kambing. Kemudian, meja makan sunyi sebentar dari suara-suara penghuninya. Yang berbunyi hanyalah cawan berlaga dengan piring dan sudu berlaga dengan pinggan. "Ma." Suara Amirul Huzairi tiba-tiba memecah kesunyian antara mereka. Gulp! Amirul Haikal sudah tertelan air liurnya. Jangan-jangan Along nak tanya hal semalam?? "Hurm? Ada apa, Along?" Soal Puan Harlina kembali. Pelik dia melihat tingkah kedua-dua anak terunanya itu. Seorang macam tak senang duduk. Seorang lagi tersengih-sengih macam orang tak betul. "Ma, Along nak…" Amirul Huzairi sengaja bercakap sepatah-sepatah. Amirul Haikal sudah gelisah di tempat duduknya. Tidak tahan berada di situ. Berpeluh-peluh badannya. Dia bingkas bangun. Sarapannya hanya sempat dijamah suku. "Ma, Kal pergi dulu. Kal dah lewat nih." Tangan Puan Harlina dicapai dan dicium penuh hormat sebelum dia beredar. Puan Harlina hanya mampu memandang. Nak bertanya kenapa, bayang Amirul Haikal sudah pun hilang. Puan Harlina kembali memandang anak sulungnya yang tersengih-sengih panjang. "Kamu nih kenapa Along? Dari tadi lagi tersengih-sengih jer mama tengok?" Ujar Puan Harlina pelik. Amirul Huzairi hanya menggeleng sambil tersenyum pada mamanya. *** 'Ehh? Macam kenal? Bukan itu Along dengan….EYA!' Desis hati Amirul Haikal. Tidak senang duduk jadinya bila mengetahui Alongnya keluar lunch dengan Eya, dalam restoran yang sama dengannya. Tambahan pula, dia juga tengah lunch dengan Farsha! Namun dia tahu, mereka berdua tidak akan nampaknya kerana kedudukan mejanya agak tersorok dari pandangan pengunjung lain. Farsha yang sedang enak merasai hidangan di depan matanya langsung tidak menyedari kelakuan Amirul Haikal yang berubah gelisah. Seketika kemudian dia mengangkat kepalanya apabila menyedari suasana sepi menyelubungi mereka. "Kal? Kenapa?" Soalnya manja. Tangannya siap menjamah tangan Amirul Haikal yang terletak di atas meja. Sejuk. Lelaki itu hanya diam tidak berkutik. Kepalanya ditundukkan. Langsung dia tidak sedari yang tangannya sejuk. Farsha pelik melihat telatah Amirul Haikal kali ini. Seperti ada yang tidak kena. Ada sesuatu dalam fikiran lelaki itu. "Kal?" Panggil Farsha buat kali kedua. Volume suaranya turut dikuatkan. "Hah?" Terkejut mendengar panggilan itu, Amirul Haikal pantas mengangkat kepalanya. Matanya bertembung dengan mata Waliyah yang kebetulan memandang ke arahnya. Kedudukan Waliyah tepat-tepat di belakang Farsha cuma selang empat meja. Pandangan itu hanya sempat bertaut dalam masa lima saat sahaja apabila Waliyah kembali memandang Amirul Huzairi yang rancak bercerita. Patut lah hatinya bagaikan tidak mahu keluar dengan Amirul Huzairi tengah hari itu untuk lunch. Rupa-rupa ada pertemuan yang mampu menorah luka dalam hati. Kalau dia tahu akan bertemu dengan Amirul Haikal dalam pertemuan sebegini, dia akan tolak pelawaan Amirul Huzairi tadi. Ahh…buat-buat tidak tahu saja! Semuanya sudah terlambat… Waliyah turut perasan, wajah gadis di hadapan Haikal hampir sama dengan raut wajahnya. Cuma, yang membezakannya mekap tebal yang dipakai gadis itu. Mungkin inilah gadis yang dikatakan Amirul Haikal kelmarin. Gadis yang menyebabkan Haikal berdendam dengannya. Dendam yang bodoh! "Apa yang Kal tengah fikirkan tuh? Serius sangat ke sampai masa makan pun dengan Sha pun Kal duk fikir lagi?" Tangan Farsha tidak lepas dari memegang tangan Amirul Haikal. Malah, siap dibelai lagi. Entah kenapa, hatinya tidak menyenangi perbuatan Farsha itu. Dulu dia sedikit pun tidak kisah apa yang Farsha hendak lakukan padanya. Semuanya dia layan. Kini, dia benar-benar tidak selesa, atau dengan erti kata lain, dia tidak suka! "Tak ada apa-apalah sayang. Hal pejabat. Sha makanlah. Kal nak makan nih." Sejurus itu, perlahan-lahan tangannya ditarik dari genggaman Farsha. Sudu dan garfu dicapai dan nasi goreng paprik disuakan ke mulut. Mengunyah makanan itu tanpa ada selera makan sedikit pun. Seleranya terus mati tatkala melihat kelibat Waliyah dan Amirul Huzairi. Hatinya terasa serba tidak kena. Farsha terkesima. Seingatnya, Amirul Haikal mana pernah menolak sentuhannya. Wajahnya berubah kelat. "Kal dan berubah. Kal dah lain." Ujarnya dalam nada merajuk. "Peredaran masa memaksa manusia berubah. Sha yang tinggalkan Kal dulu. Sha yang membuatkan Kal berubah." Sengaja kisah lalu diungkit oleh Amirul Haikal. Dia tahu Farsha tidak suka hal itu diungkit. Gadis itu akan terdiam sebelum meminta maaf untuk kali ke berapa pun dia tidak tahu. "I'm sorry, Kal. I didn't mean to leave you. I'm so sorry. Kal, please forget about that, okey honey?" Dalam nada manja dan lembut, Farsha merayu pada Amirul Haikal. Lagi-lagi, hal itu juga yang ditimbulkan. Bagaikan dah tiada cara lain nak ubah topik mereka. Bukannya dia tidak faham perangai lelaki ini. Desis hatinya geram. Amirul Haikal pandang wajah Farsha. Semudah itukah dia harus lupakan segala kelukaan yang gadis itu beri. Malas mengulas hal itu lagi, dia bersuara perlahan. "Yeah. Just forget it…." Farsha tersenyum senang. Saat itu, matanya tiba-tiba ternampak satu pasangan sedang berpelukan di tepi kaunter bahagian kiri restoran. Kecoh sebentar keadaan di restoran apabila kejadian itu berlaku. Si gadis hampir terjatuh sebelum si lelaki pantas menarik gadis itu rapat ke tubuhnya. Akhirnya menjadikan kedudukan mereka bagaikan dalam keadaan berpelukan. Mendengar keadaan yang bising tiba-tiba, Amirul Haikal segera berpaling ke arah bunyi bising itu. Terkejut bukan kepalang dirinya sebaik sahaja matanya terlihat Amirul Huzairi memeluk Waliyah dengan penuh erat. Erat ke? Hish…berbulu rasanya mata dia melihat adegan itu. Adakah adegan itu disengajakan? Atau terjadi secara tidak sengaja? Hatinya terasa panas. Menggelegak perasaan marahnya. Tapi, untuk apa dia marah? Kan Waliyah itu bukan lagi miliknya? Teringat akan kata-kata Alongnya semalam. "Your girl? You said she is yours? Hei Haikal! Sedar sikit pada yang kau dah buat pada Eya! She is not your girl anymore!" Hati Amirul Haikal makin panas. Arrgghhh!!! "Kal, bestnya gadis itu kena peluk." Ujar Farsha teruja. Sudah lama dia tidak bermesra sebegitu dengan Amirul Haikal. Amirul Haikal mendengus. "Macamlah Sha tak pernah kena peluk." Perlinya sekali gus menyebabkan Farsha terdiam. Haikal memang dah berubah! Bisik hatinya penuh yakin. *** Amirul Huzairi pelik melihat tingkah Waliyah yang tiba-tiba senyap. Mungkin masih malu dengan kejadian itu tadi. Atau, gadis itu tengah fikirkan permintaannya yang masih belum diberi jawapan tadi? Sampai sahaja di hadapan bangunan AZ Corporation, Waliyah segera mengucapkan terima kasih kepada Amirul Huzairi dan cepat-cepat membuka pintu kereta. "Eya, abang harap Waliyah setuju dengan permintaan abang tadi." Ujar Amirul Huzairi. Siap mempamerkan muka penuh berharapnya lagi. Kata-kata itu menyebabkan Waliyah gelisah. Tidak tenang. Dia hanya mampu mengangguk. "InsyaALLAH, abang." *** Sudah puas dia berfikir. Sudah puas dia menimbang kebaikan dan keburukan keputusan yang bakal dia ambil ini. Mungkin ini yang terbaik untuk dirinya. Tangannya pantas mengambil telefon bimbitnya dan menekan nombor Amirul Huzairi yang telah dihafal sejak dulu lagi. Nombor itu tidak pernah berubah. Setelah mencuba hampir dua kali, namun panggilan masih belum diangkat. Akhirnya Waliyah memutuskan untuk menelefon Amirul Huzairi melalui nombor rumahnya. Harap-haraplah abang yang angkat dulu. Tanpa perlu menunggu lama, panggilan itu telah dijawab. Kedengaran suara seorang lelaki menyebut 'hello'. Suara Amirul Huzairi! Alhamdullilah…. "As…assalamualaikum aa…a…bang." Sapanya lembut. Tiba-tiba. lidah Waliyah terasa berat untuk menuturkan kata. "Wa..waalaikum…mus…mussalam, Eya." Amirul Huzairi turut terkena tempiasnya. Lidah terasa berat untuk berkata.Takut sekiranya keputusan Waliyah tidak menyebelahinya. Waliyah cuba mengumpulkan semangatnya untuk terus bersuara. "Abang dekat mana nih? Tadi Eya call nombor handset abang tapi tak ada orang angkat." Soalnya. "Ooh…abang turun ke dapur. Nak buat air. Dahaga. Handset abang dalam bilik. Kebetulan masa Eya call nih abang duk dekat telefon." "Patutlah." Selepas itu, masing-masing terdiam. Suasana menjadi sepi kembali. Waliyah tekadkan hati untuk beritahu Amirul Huzairi keputusannya. "Abang, Eya sudah dapat jawapan soalan abang petang tadi. Eya harap abang terima keputusan Eya ini dengan baik." Waliyah menelan air liurnya. Terasa kering lah pula tekaknya. "Ya, Eya. Walau apa pun keputusan Eya, abang terima. Abang cuma mencuba nasib abang jer." "Eya…" Terhenti. Macam ada batu dalam tekak. "Ehm…ehm…" Waliyah berdehem kecil sebelum meneruskan kata. " Maaf abang. Eya rasa tidak perlu abang menggantikan tempat Haikal demi menjaga nama baik keluarga kita. Hati Eya dah cukup terluka dengan keputusan Haikal. Eya dah tak sanggup lagi meneruskan majlis ini tanpa Haikal." Terasa ada air mata yang bergenang. Amirul Huzairi terdiam. Walaupun keputusan Waliyah sudah dapat diteka, dan hatinya juga sudah diberi motivasi supaya bersedia, namun dia dapat rasakan juga kelukaan dalam hati. Ahh…dia hanya mencuba nasibnya. Malah, tujuan utamanya hanya untuk lebih memahami sekeping hati milik Nur Waliyah. Dan kini dia sudah faham. Benar-benar faham. Sudah tiada ruang untuknya dalam hati gadis itu. Kalau ada pun, hanya sebagai kawan. "Abang faham." Waliyah gelisah. Nada Amirul Huzairi berlainan. Nada orang tengah sedih. Apa yang patut dia lakukan? Dia tidak mahu melakukan kesilapan lagi. "Abang, Eya memang sayang abang. Tapi, hanyalah sayang seorang adik kepada abangnya. Eya rasa hati Eya sudah tidak mampu mengubah perasaan itu lagi. Dulu, memang Eya sayangkan abang lebih dari seorang kawan. Abang pun tahu kan. Tapi, bila abang pergi, Eya mula terima hakikat cinta abang bukan untuk Eya lagi. Eya bina balik kehidupan Eya. Kehidupan Eya tanpa abang. Akhirnya, Eya berjaya setelah 3 tahun berusaha. Kemudian, Eya bertemu dengan Haikal. Pada mulanya memang Eya tidak mahu terus berhubung dengan Haikal kerana bila bersama Haikal, Eya teringatkan abang cause raut wajah abang dengan Haikal memang ada iras-iras. Tapi, Haikal terus cari Eya. Dan hati Eya terpaut padanya. Memang Eya pelik kenapa Haikal beria-ia mahu berkenalan dengan Eya, rupa-rupanya ada dendam yang mahu dilunaskan pada Eya. Eya nih bodoh kan abang?" Waliyah sudah teresak-esak kecil. Terasa ringan sedikit bebannya apabila diluahkan apa yang terbuku dalam hati. Amirul Huzairi turut berasa sedih mendengar tangis Waliyah. "Bukan salah Eya semua ini berlaku. Semuanya salah Haikal. Haikal yang tidak tahu menghargai perasaan Eya. Dia akan sedar yang dia sebenarnya cintakan Eya, bukan si Farsha itu!" Jadi, nama gadis itu Farsha lah ye…desis hati Waliyah. Terluka. "Abang tak payahlah nak tenangkan hati Eya dengan cakap macam tuh. Semua itu tak betul. Haikal mana pernah ada hati dengan Eya. Selama ini dia hanya berpura-pura saja. Dia sendiri mengaku yang dia tidak pernah sayangkan Eya, cintakan Eya." Makin laju air matanya mengalir. "Tak Eya. Haikal memang tidak pandai menilai hatinya. Haikal bodoh plus bangang plus bengap dalam bab-bab perasaan. Abang tahu, dalam hati Haikal memang ada Eya. Cuma, dia sendiri yang tidak sedar akan hakikat ini." Waliyah ketawa mendengar perkataan bodoh, bangang, bengap yang diberi Amirul Huzairi kepada Amirul Haikal. "Hish…tak baik abang cakap Haikal macam tuh. Tapi, rasanya perkataan-perkataan itu lebih sesuai untuk Eya kan? Eya terlalu bodoh, bangang dan bengap dalam menilai perasaan Haikal. Haikal tak cintakan Eya dan sama sekali tak akan cintakan Eya." "Eya, Haikal memang sayangkan Eya. Abang tak tipu. Abang kenal adik abang itu. Sampai waktunya, Haikal akan sedar yang dia cintakan Eya sebenarnya. Hanya masa saja yang akan menentukannya." Waliyah tertawa halus. "Abang nih, baru tadi abang lamar Eya. Sekarang ini, abang macam lamar Eya untuk Haikal pula. Sudah lah, Eya malas nak ulas hal ini lagi. Eya dah penat." "Tadi abang cuba nasib saja. Mana tahu dapat peluang bersama Eya kembali. Dah Eya tak mahu abang lagi, abang offer Haikal pula. Tak kan nak offer ayah abang lak. Tak pasal- pasal abang kena bunuh dengan mama abang. Pada abang, tak dapat Eya sebagai isteri pun tak apalah asalkan dapat Eya sebagai adik ipar. Boleh juga bermanja walaupun ada batasannya." Bersama kata-kata itu, Amirul ketawa nakal. Waliyah tahu Amirul Huzairi hanya bergurau. Dia tersenyum mengenang kenakalan Amirul Huzairi yang tidak pernah berubah ini. "Abang, sudah lah tuh. Dah lama Eya call nih. Nanti naik pula bil telefon Eya. Hati Eya lega abang dapat terima keputusan Eya dengan baik. Sekarang hati Eya hanya ada Haikal. Biarpun luka yang begitu dalam dia bagi, Eya tetap tidak mampu membuang namanya dari hati Eya. Eya terlalu sayangkan dia." "Abang faham, Eya. Tapi, kalau abang suruh mama pujuk Eya terima abang macam mana? Tentu Eya tak boleh nak mengelak kan?" Gurau Amirul Huzairi. Sengaja nak duga hati Waliyah. "Abang!" Marah gadis itu. Amirul Huzairi sudah tergelak. "Okeylah sayang, good night. Have a sweet dream. InsyaALLAH abang tak buat macam tuh." "Eya tahu abang tak akan buat." "We will see, sayang. Assalamualaikum." "Waalaikummussalam." Fuhh…terasa beban di bahu hilang sedikit. Mujur abang memahami. Bicara Wilayah dalam hatinya dengan senyuman. Semoga hari esok masih ada sinar untuknya. *** Matanya terkelip-kelip memandang siling. Jam sudah pun menunjukkan pukul tiga pagi tapi matanya masih belum mahu tutup. Fikirannya runsing. Kusut! Dia teringatkan akan perbualan Alongnya dengan Waliyah malam semalam. Waktu itu dia sedang menonton televisyen, atau lebih tepat dikatakan televisyen sedang menonton dia kerana hanya matanya memandang televisyen sedangkan fikirannya sudah terbang ke langit ke tujuh. Apabila telefon itu berbunyi, dia tersedar dari khayalannya. Dia hanya membiarkan jeritan telefon itu kerana dia tahu Mak Ngah atau mana-mana penghuni rumah ini akan mengangkat panggilan itu nanti. Seketika kemudian, dia mendengar orang sedang berbual di dapur. Suara Alongnya. Tiba-tiba, nama Eya disebut Alongnya. Dari gaya percakapan Alongnya itu, Amirul Haikal merumuskan Alongnya sedang bercakap dengan Eya. Hatinya terus naik temperature. Temperature apa entah. Nak kata marah, ya! Tapi bukan setakat marah saja. Lebih dari itu. Dia sendiri tidak pasti apa dia. Gagang telefon di meja kecil diruang tamu diangkat perlahan-lahan dan butang oren yang ada pada telefon ditekan. Dengan itu, bolehlah dia mendengar perbualan Alongnya dengan Waliyah.
Memang Eya pelik kenapa Haikal beria-ia mahu berkenalan dengan Eya, rupa-rupanya ada dendam yang mahu dilunaskan pada Eya. Eya nih bodoh kan abang?
Amirul Huzairi terdiam. Hatinya bagaikan turut merasai pedihnya luka dalam hati Waliyah. 'Tak…Eya tak bodoh…'
Bukan salah Eya semua ini berlaku. Semuanya salah Haikal. Haikal yang tidak tahu menghargai perasaan Eya. Dia akan sedar yang dia sebenarnya cintakan Eya, bukan si Farsha itu!
'Gila! Aku tidak cintakan Eya lah! Aku cintakan…' Kata-kata dalam hati Amirul Huzairi terhenti. Teringat pula kata-kata Mak Ngah dulu. 'Betul ke aku tidak cintakan Waliyah? Dan…betul ke aku cintakan Farsha?' Dia sendiri bingung.
Tak Eya. Haikal memang tidak pandai menilai hatinya. Haikal bodoh plus bangang plus bengap dalam bab-bab perasaan. Abang tahu, dalam hati Haikal memang ada Eya. Cuma, dia sendiri yang tidak sedar akan hakikat ini.
'Eeiii…rasa geramlah pula bila Along kutuk aku macam tuh! Dengan Eya pula tuh! Habis jatuh maruah aku!'
Tapi, rasanya perkataan-perkataan itu lebih sesuai untuk Eya kan? Eya terlalu bodoh, bangang dan bengap dalam menilai perasaan Haikal. Haikal tak cintakan Eya dan sama sekali tak akan cintakan Eya.
Amirul Haikal terdiam lagi. Langsung dia tidak menyedari hatinya turut berbisik perlahan. 'Kal cintakan Eya…'
Pada abang, tak dapat Eya sebagai isteri pun tak apalah asalkan dapat Eya sebagai adik ipar. Boleh juga bermanja walaupun ada batasannya.
'Kalau aku jadi kahwin dengan Eya pun, aku tak akan bagi Along bermanja dengan Eya! Sama sekali tak kan!'
Sekarang hati Eya hanya ada Haikal. Biarpun luka yang begitu dalam dia bagi, Eya tetap tidak mampu membuang namanya dari hati Eya. Eya terlalu sayangkan dia.
Terdiam lagi. Dia turut terdengar esak tangis Waliyah yang meruntun hatinya.
Abang faham, Eya. Tapi, kalau abang suruh mama pujuk Eya terima abang macam mana? Tentu Eya tak boleh nak mengelak kan? 'Ahh!!! Aku tak akan benarkan Along buat macam tuh! Aku perlu buat sesuatu! Tapi…apa??? Janganlah Along cakap dengan mama tentang hajatnya itu. Aku tak sanggup…' Amirul Haikal meraup muka perlahan. Saat ini, dia terasa rindukan wajah seseorang. Wajah yang tenang dan selalu menghadiahkannya senyuman. 'Eya…' *** Suasana petang itu terasa begitu nyaman. Itulah yang dirasai oleh semua penduduk Malaysia apabila tiada hujan yang turun dan tiada panas terik matahari. Yang ada hanyalah mendung yang sederhana. Sekali sekala angin datang menyapa wajah. Di rumah, Waliyah sedang sibuk mengemas segala peralatannya. "Betul ini yang Eya mahu?" Soal Hajah Aisyah meminta kepastian. Matanya tidak lepas dari memandang anak mata Waliyah yang berwarna coklat, hasil gen yang dibawa oleh arwah suaminya, Wassim. Waliyah hanya senyum pada Hajah Aisyah sebelum mengangguk perlahan. "Ya mak. Eya dah nekad." Begitu tegas suara Waliyah mempertahankan keputusannya itu. Raut wajah Hajah Aisyah berubah keruh. Sedih mengenangkan satu-satunya anak yang dia ada akan meninggalkan dirinya. Hajah Aisyah melabuhkan pungguh di atas katil Waliyah. Hiasan pengantin dalam bilik ini masih tidak berubah sekalipun kejadian duka itu sudah pun berlalu hampir sebulan lamanya. Cadar yang berwarna biru laut diramasnya lembut. Pandangannya dialihkan ke arah Waliyah yang sedang mengambil baju dari almari dan diletak atas lantai untuk dilipat. "Nanti mak sorang jer duduk kat rumah ini. Sunyinya hidup mak nanti tanpa Eya. Siapalah yang nak bergurau dengan mak bila Eya tak ade nanti." Luah Hajah Aisyah perlahan. Nada suaranya turut berubah serak. Dia menahan air mata dari keluar. Tangan Waliyah yang sibuk melipat pakaiannya terhenti serta-merta. Waliyah segera menghadap Hajah Aisyah dan tangan ibunya itu dicapai. "Mak, Eya pergi tak lama mak. Sekejap jer." Pujuk Waliyah sambil meramas tangan ibunya. Dia akui dia miskin harta.Tapi, dalam kehidupan diakaya dengan kasih sayang orang disekelilingnya. Kasih sayang Hajah Aisyah terutamanya. Sebenarnya, kalau diikutkan, dia bukannya miskin sangat seperti yang dikatakan Amirul Haikal dulu. Dia masih mampu membeli keretanya sendiri. Dia masih mampu memberi Hajah Aisyah duit tiap-tiap bulan. Dan, tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk merasai harta keluarga Amirul Haikal! Hatinya kembali terluka tatkala saat dia diherdik itu kembali terbayang dalam kepala. "Dua tahun, Eya. Bukan sekejap nak pejam celik pejam celik sebelum Eya balik. Setahun 365 hari, dua tahun…" Hajah Aisyah mengira dalam kepalanya sebentar. 365 hari tambah 365 hari, sama dengan… "730 hari lah mak." Ujar Waliyah sambil tersenyum nakal. Menyedari senyuman anaknya itu, Hajah Aisyah terus mencubit pipi Waliyah perlahan. "Nakal. Sengaja nak kenakan mak ye." "Hehehe…" Waliyah tayang giginya yang teratur kemas. "Alaa mak, kejap jer tuh. Lagi pun, kawan Eya cakap, enam bulan sekali Eya boleh pulang ke Malaysia. Semasa cuti semester." Pujuk Waliyah. "Tapi, lama jugak tuh…" Hajah Aisyah masih lagi tidak puas hati. Kemudian, masing-masing terdiam. Waliyah kembali khusyuk melipat pakaiannya sambil dibantu Puan Aisyah. Dia sudah tekad. Dia perlu tinggalkan tanah ini jika dia ingin mencari ketenangan. Kelmarin dia mendapat surat tawaran belajar ke luar Negara bagi bulan Jan/2009yang sudah lama dipohon. Dia sendiri tidak sangka di saat-saat ini, barulah surat itu sampai kepadanya. Perancangan ALLAH terhadap hambanya memang tidak dapat diduga. Hanya ALLAH yang tahu akan rahsia ciptaanNYA. Subhanallah. "Eya…" "Ya mak. Kenapa?" Kepalanya diangkat untuk memandang wajah Hajah Aisyah. "Eya dah call para jemputan kita tentang pembatalan majlis kita?" "Esok mak. Malam nih Eya nak rehat." "Okey. Tak apalah macam tuh. Kawan-kawan mak dah tanya. Mak pun tak tahu nak jawab macam mana." "Tak apa mak. Biar Eya yang uruskan. Mak jangan risau ye." Waliyah memeluk lengan Hajah Aisyah manja. Pipi Hajah Aisyah turut dicium. 'Eya sayang mak. Maafkan Eya, mak kerana lukakan hati mak.' *** 'Haikal….' Bisik hati Waliyah penuh rindu. Entah kenapa malam ini tiba-tiba dia jadi begitu rindu akan Amirul Haikal. Baru tadi dia termimpikan lelaki itu. Dalam mimpi itu, Amirul Haikal dan dirinya sedang makan di sebuah restoran. Dia masih ingat. Itulah restoran yang dikunjungi sewaktu kali pertama pergi dating. Terasa bagai terbayang-bayang pula kenangan yang indah itu. Rindunya terasa makin membuak-buak. Jam dinding yang terletak di tepi pintu dilihatnya. Baru pukul 9.45. Kalau nak keluar pun boleh lagi. Dia turun dari katilnya dan menuju ke almari untuk menukar pakaian. Blaus biru laut dan seluar jeans dikenakan dengan tudung putih bermanik. Cukup simple tapi kemas. Anak kunci kereta yang berada di atas meja dicapai. Telefon bimbit dan purse dimasukkan dalam poket seluar. Sewaktu melalui ruang tamu, Eya terserempak dengan Hajah Aisyah yang sedang menuju ke dapur. Dia segera berpesan tentang pemergiannya itu. "Mak, Eya nak keluar kejap. Dalam pukul 11.00 Eya balik." "Nak ke mana Eya? Dah malam nih." Riak risau terpamer pada wajah Hajah Aisyah. Waliyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Satu tabiat yang tidak boleh ditinggalkan sejak dari kecil. "Eya nak makan angin. Lama dah tak makan angin." Dia menayang senyuman kambingnya kepada Hajah Aisyah. Terbuntang mata orang tua itu mendengar kata-kata Waliyah. "Eya…" "Tak ada lah mak. Eya nak pergi Restoran Kaw-kaw kejap." "Seorang?" "Yalah. Ke mak nak teman Eya?" "Hish…tak larat dah mak nak keluar malam-malam macam nih. Eya pergi jer laa. Jangan balik lewat sangat. Risau mak." Senyuman sudah terlakar di bibir Waliyah. "Thanks mak. Eya pergi dulu." Tangan Hajah Aisyah dicapai dan diciumnya. *** Saat ini, Amirul Huzairi terasa menyesal pula mencuri dengar perbualan Alongnya dua hari lalu. Sejak dari malam itu, kata-kata Alongnya dengan Waliyah bagaikan bermain-main dalam kepalanya. Sampai menyebabkan dia jadi tidak tentu arah. Malam itu, tidurnya tidak lena. Lepas itu, dua hari dia tidak dapat buat kerjanya dengan baik sehingga ditegur oleh papanya. Segala jenis perasaan dia rasai. Marah! Benci! Geram! Menyampah! Cemburu! 'Wait…cemburu? CEMBURU? C.E.M.B.U.R.U.??? Gila!' Serta merta, dia menekan brek menyebabkan keretanya berhenti secara tiba-tiba. Hon kereta-kereta dibelakang berbunyi lantang. Mujur saja tak ada kemalangan yang berlaku. 'Memang aku dah gila agaknya!' Hon terus berbunyi. Keretanya telah menghalang kereta bergerak dan menyebabkan kemarahan pemandu. Amirul Haikal segera melaraskan gear dan bergerak ke bahu jalan. Dia memberhentikan keretanya di situ. Amirul Haikal sendiri tidak pasti kenapa dia boleh bertindak seperti itu tadi. Agaknya dah penuh buku yang dipegang Malaikat sebelah kanannya sampai boleh bertindak seperti itu. Kalau mati macam mana? Tak dapat lah dia cakap dekat Waliyah yang dia cintakan Waliyah! 'Kejap… Apa kau kata??? Aku cintakan Waliyah??? Gila! Aku tak gila lagi!' 'Memang kau cintakan dia, Haikal! Cuma kau jer yang degil nak mengakuinya! Dasar lelaki ego!' Diri Amirul Haikal turut sama berkata. 'Aku tak cin…' 'Kau memang cintakan dia!' 'Tak!' 'Ya!' 'Tak!!' 'Ya!!' 'Tak!!!' 'Ya!!!' 'TAAAAKKKKK!!!!!!!!' Jerit Haikal kuat sampai terdengar keluar kereta. *** Waliyah memandangkan kereta Amirul Haikal yang tersadai di bahu jalan. Baru tadi dia melihat sebuah kereta secara tiba-tiba berhenti di tengah jalan sebelum kereta itu berhenti di tepi jalan. Hon kenderaan lain turut menambahkan kebisingan di jalan raya. Pada mulanya dia ingatkan orang gila mana yang nak mati. Rupa-rupanya Amirul Haikal! Dia kenal sangat kereta itu dan plat nombornya juga sama. Kelibat Amirul Haikal juga dapat dilihat samar-samar dalam kereta. Hatinya terbolak-balik sama ada mahu pergi menegur lelaki itu atau tidak. Dia mahu menegur tapi dia gusar akan reaksi lelaki itu. 'Bukannya boleh diduga mamat sekor nih!' Desis hatinya. Setelah menimbang baik buruknya, siap dibuat win-win situation lagi dalam kepala otaknya, Waliyah mengambil keputusan untuk menegur lelaki itu. Dia dapat rasakan Amirul Haikal sedang ditimpa masalah. Entah apa masalah lelaki ini agaknya. *** Tok! Tok! Tok! Amirul Haikal terkejut. Hilang semua khayalannya berdebat dengan dirinya sendiri. Amirul Haikal VS Dirinya. Semuanya disebabkan ketukan di tingkapnya. Dia membuka tingkapnya dengan butang di tepi pintu kereta. Sebaik saja tingkap itu dibuka, matanya terus dipenuhi dengan wajah ayu Waliyah. Membuatkan dia terasa berdebar-debar tiba-tiba. "Kal? Are you okey?" Soal Waliyah. Nadanya jelas penuh dengan kerisauan. Lelaki itu diam tidak berkutik. Matanya pula tidak lepas dari memandang Waliyah. Lelaki itu memanggil kembali dirinya. 'Diriku…' 'Ya…' 'Kau benar.' 'Maksud kau?' 'Ya, aku cintakan dia!' Serentak dengan kata-kata itu, Amirul Haikal terus membuka pintu kereta. Tindakannya menyebabkan Waliyah jatuh terduduk di tepi jalan raya. Wajahnya berkerut tanda menahan sakit. "Aduh!" Jerit Waliyah. 'Ya ALLAH, apa aku dah buat nih!' Amirul Haikal pantas menghampiri Waliyah dan menolong Waliyah bangun. "Sorry. Sorry. Kal tak sengaja Eya! Sorry sangat-sangat." Waliyah bersandar pada kereta Amirul Haikal. Tangannya terasa pedih. Lampu jalan yang berdekatan mereka membolehkan Waliyah melihat luka pada tapak tangan kanannya. Patutlah terasa perit. Kulitnya sudah melecek dan darah mengalir. Menyedari luka gadis itu, Amirul Haikal segera membuka pintu keretanya kembali dan mencapai peti kecemasan yang sememangnya disimpan dalam keretanya. Dia membawa Waliyah duduk di tempat sebelah pemandu. Kemudian, luka di tangan Waliyah segera dirawat. Kesungguhan yang dipamerkan Amirul Haikal menyebabkan Waliyah terasa sayu. Mampukah dia hidup tanpa lelaki ini nanti? Dia sudah terlalu jauh mencintai lelaki ini. Mampukah dia? Selesai sahaja sesi rawatan itu, masing-masing mendiamkan diri. Tidak tahu nak cakap apa. Seorang malu, seorang lagi takut. Krutt! Krutt! Bunyi dari perut Amirul Haikal memecah kesepian antara mereka. Amirul Haikal memandang perutnya. Wajah Waliyah pula dipandangnya. Jelas terpapar wajah gadis itu yang terkejut. Amirul Haikal berasa malu dengan Waliyah tapi dalam masa yang sama, dia juga terasa nak ketawa. Gelak sampai mampus. Maruah dia dah jatuh lagi di depan Waliyah. Selalunya Along yang menjatuhkan maruahnya, malam ini dirinya sendiri yang buat perangai. Aduhhh…malunya bukan kepalang. Waliyah hanya tayang senyuman. Dia mahu ketawa tapi dia tahu lelaki itu akan marah. Jadi dia simpan ketawanya dalam hati. Demi menjaga hati lelaki ini. "Kal lapar ye?" Soalnya lembut. Amirul Haikal pandang Waliyah sebelum mengangguk. "Eya temankan Kal makan?" Gadis itu mengangguk. Entah kenapa Amirul Haikal nampak berbeza sangat malam ini. Lembut dan tidak kasar-kasar lagi. Panggilannya pun dah tukar 'Kal', 'Eya'. "Nak makan di mana?" Amirul Haikal pandang sekeliling. Waliyah turut sama memandang sekelilingnya. Banyak kedai makan di situ. Namun, mata mereka hanya memandang pada satu restoran. Mereka saling berpandangan lagi. Seakan mengerti akan perasaan masing-masing, kaki dibawa melangkah ke arah restoran tersebut. Pintu restoran dibuka. Mereka mengambil tempat di satu meja makan yang tersorok. Tempat yang sama. Mereka turut memesan makanan yang sama. Yang sama sewaktu kali pertama mereka datang ke sini sebagai satu pasangan, bukan lagi sekadar kawan. Sekali lagi suasana menjadi sepi. Amirul Haikal pula tengah gelisah. Ada sesuatu yang perlu dia luah. Ada sesuatu yang perlu dia katakan pada Waliyah. Dia pandang Waliyah. Melihat wajah itu bagaikan menghilang segunung rindunya. 'Sungguh aku cintakan dia! Kenapalah aku buta selama ini?' "Eya." Amirul Haikal kuatkan tekadnya. Cinta ini perlu diluahkan! Waliyah pelik. Amirul Haikal lagi pelik! Kenapa dengan lelaki ini agaknya? Dia demam ke? Nak kata demam tak logik. Biasanya kalau lelaki itu demam, hidungnya akan merah sangat. Bila hidung dia merah, sume orang tahu dia demam. Sekarang ini, Waliyah tengok bukan setakat hidung yang merah. Muka merah! Sampai ke telinga! Kenapa ya? "Kenapa Kal?" "Kita teruskan pertunangan kita." Hish. Lain yang nak keluar, lain pula yang keluar. Mesti Waliyah naik angin. Mesti Waliyah fakir dia sengaja nak mempermainkan diri Waliyah. Waliyah tergamam. Bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata Amirul Haikal itu. Perasaan amarah menyelubungi dirinya. "What did you said???" "Kal nak teruskan majlis pertunangan kita." Sekali lagi Amirul Haikal tidak dapat mengawal kata-katanya. 'Woii diriku! Boleh tak kau dengar cakap tuan kau nih walau sekejap? Tak pasal-pasal aku kehilangan Waliyah buat selamanya. Jangan menyibuk!' Mata Waliyah sudah mencerlung kepada Amirul Haikal. "Kal, kalau ya pun Kal dah benci sangat pada Eya, Kal janganlah buat Eya macam nih. Eya masih ada hati dan perasaan, Kal. Belum cukup lagi ke kelukaan yang Kal bagi pada Eya?!" Marah Waliyah. Terasa dirinya diperkotak-katikkan oleh Amirul Haikal. Dia bingkas bangun. Tidak sanggup lagi dia berada di situ. Hatinya benar-benar terluka. Air matanya sudah mengalir. Dia sudah kalah di depan Amirul Haikal. Amirul Haikal pantas memegang lengan Waliyah. "Jangan pergi, Eya. Dengar dulu apa yang Kal nak cakapkan." Pintanya. Langsung tidak dihiraukan pengunjung restoran yang memandang ke arah mereka. Pandangan Waliyah tajam ke mata Amirul Haikal. "Apa yang Kal nak lagi? Hati Eya nih dah cukup dalam lukanya. Sakit sangat!" "Eya! Dengar dulu a…" "Eya tak nak dengar Kal! Eya tak nak dengar lagi apa yang Kal cakapkan! Eya benci Kal! Eya ben…" Kata-kata Waliyah terhenti apabila Haikal tiba-tiba menarik tubuhnya dekat ke tubuh Haikal dan lelaki itu membisikkan sesuatu di telinga Eya. "I love you, Eya." Bisiknya perlahan ditelinga Eya. Eya terkaku. Bagaikan tiada percaya apa yang telah dia dengar. Dia mengangkat kepalanya dan memandang ke mata Amirul Haikal. Dia ingin lelaki itu menyebutnya sekali lagi. Lebih jelas dan lebih lebih lebih jelas. "Okey." Amirul Haikal memahami apa yang dibahasakan Waliyah melalui pandangannya. Dia memandang sekelilingnya. Tidak ramai pengunjung restoran pada waktu ini. Sementelah sudah larut malam. Jam sudah pun menunjukkan pukul 10.45 malam. Mujur juga. Tak adalah dia malu sangat. "Eya, bersaksikan pengunjung-pengunjung sekalian ini, Kal bersumpah yang Kal cintakan Eya. Kal sangat-sangat cintakan Eya. Maafkan Kal kerana lambat menyedari cinta ini sehingga menyebabkan hati Eya terluka. Sekarang Kal dah sedar betapa hati ini mencintai diri Eya. Maafkan Kal, sayang." Tangannya diletakkan di dadanya. Para pengunjung sudah bertepuk tangan melihat drama secara live ini. "Nur Waliyah, Puteriku. Sudikah Eya menerima Kal kembali dalam hidup Eya?" Ujar Amirul Haikal lagi. Dia siap melutut di kaki Waliyah sambil tangannya dihulurkan kepada Waliyah. Waliyah terkedu. Langsung tidak sangka Amirul Haikal akan bertindak seperti ini. Adakah lelaki itu sudah tidak menghiraukan maruahnya yang selama ini dijunjung? Bukannya Waliyah tidak kenal lelaki ini. "Terima!" "Sudi!" "Sudi!" Kedengaran pula suara pengunjung restoran memintanya menerima Amirul Haikal kembali. Apa yang patut dia lakukan? Sungguh dia buntu. Dia pandang wajah Amirul Haikal yang penuh mengharap jawapan yang positif darinya. Wajah ini wajah yang selalu bermain dalam tidurnya, menemani mimpinya. Dia tahu, dia dapat rasakan Amirul Haikal benar-benar ikhlas menuturkan kata-kata cinta itu. Air matanya makin laju mengalir. Dia mengangguk. "Eya sudi Kal." Tangan kanannya yang dihulur pada Haikal. Pap! Pap! Pap! Tepukan terus bergema meraikan pasangan kekasih yang sudah bersatu kembali ini. Amirul Haikal merasakan dunia ini seperti dia yang punya. Aku cintakan kau, Waliyah!!! "Terima kasih sayang." Tangan Waliyah diciumnya lembut. Sejurus itu, tubuh Waliyah terus dipeluk lama. Waliyah terus menangis teresak-esak di bahu Amirul Haikal. Dia hanya inginkan kebahagiaan. Kebahagiaannya tidak akan lengkap tanpa Amirul Haikal. 'Eya sayang Kal!' *** Amirul Haikal menarik Waliyah ke meja mereka kembali setelah gadis itu berjaya dipujuk. Gadis itu diduduknya di atas kerusinya kembali. Air mata yang masih bersisa di pipi Waliyah dikesatnya dengan jari. Kemudian dia tunduk dan berbisik di telinga kanan Waliyah, "I have something special for you." Waliyah pandang wajah Amirul Haikal. "What?" Lelaki itu hanya senyum. "You wait and see. I love you, sayang." Waliyah sudah tertunduk malu. Amirul Haikal menuju ke pentas yang terletak di bahagian kanan restoran. Di situ, terdapatnya peralatan muzik yang canggih. Biasanya pada waktu malam akan ada band yang membuat persembahan di situ. Persembahan daripada pengunjung juga amat dialu-alukan. Tapi, sebelum itu kena kenal diri dulu. Karang, tak pasal-pasal dapat makan kasut percuma gitu. Band yang baru saja menghabiskan lagu 'Tak Bisa Memilihmu' dihampirinya. Amirul Haikal menyatakan niatnya untuk menyanyikan sebuah lagu untuk kekasih hatinya. Semua orang sudah tahu siapa kekasih hatinya itu. Adegan romantik seketika tadi berjaya menarik minat semua orang. Dengan persetujuan mereka, Amirul Haikal berduet dengan penyanyi perempuan band tersebut yang dikenali sebagai Lya. Waliyah yang berada di mejanya hanya mampu ternganga melihat telatah Amirul Haikal. Langsung dia tidak duga sampai begitu sekali Amirul Haikal sanggup lakukan hanya untuk menyatakan betapa lelaki itu cintakannya.
Sungguh ku sesali nyata cintamu kasih tak sempat terbaca hatiku malah terabai olehku
Lelah ku sembunyi tutupi maksud hati yang justeru hidup karenamu dan bisa mati tanpamu
Andai saja aku masih punya kesempatan kedua pasti akan ku hapuskan lukamu menjagamu, memberimu segenap cinta
Ku sadari tak selayaknya selalu penuh kecewa kau lebih pantas bahagia bahagia karena cintaku
Kau bawa bersamamu sebelah hatiku separuh jiwaku yang mampu sempurnakan aku
Nyanyian Kesempatan Kedua oleh gandingan mantap Amirul Haikal dengan Lya menyebabkan suasana dalam restoran itu bertukar sepi. Semua orang menghayati seni kata lirik dalam lagu tersebut. Yang paling menghayatinya tentulah Waliyah dan Amirul Haikal sendiri. Selesai sahaja menyanyi, Amirul Haikal meluahkan ungkapan sayangnya pada Waliyah. "Eya, Kal tak mahu menyesal seumur hidup. Oleh itu, Kal tak mahu lepaskan Eya. Selama ini Kal jahil akan perasaan Kal sendiri. Kal kata Kal tidak cintakan Eya. Tapi, Eya…dalam hati ini hanya ada Eya. Hanya ada nama Eya. Kal sayangkan Eya. Maafkan Kal sebab lambat tersedar akan hakikat ini hingga menyebabkan Eya begitu terluka. Maafkan Kal." Air mata yang hampir kering kembali mengalir ke pipi. Waliyah sudah teresak-esak menangis. Dalam hati, dia tidak henti-henti mengucapkan syukur ke hadrat ILLAHI kerana memberinya peluang untuk merasai cinta Amirul Haikal. Terima kasih Ya ALLAH… 'Mujur para jemputan belum diberitahu tentang pembatalan majlis.' *** Tanpa disedari sesiapa pun, air mata seorang gadis yang berada di hujung restoran tersebut mengalir laju. Patutlah Haikal berubah. Rupa-rupanya sudah tiada cinta di hati lelaki itu untuk dirinya. Farsha redha. Semua ini salahnya. Salahnya kerana curang kepada Amirul Haikal. Kerana harta, doa butakan matanya untuk melihat kasih sayang Amirul Haikal sehingga lelaki itu berubah kasih. 'Semoga kau berbahagia sayangku.' Bisik hatinya. *** Every night I find it so hard to sleep Cause I keep thinking of you And these feelings from deep Oh baby I try to hide all these feelings for you I keep them all out of sight I don\'t know what else to do
Bibir mungil itu begitu asyik menyanyi lagu 'I Cry' oleh Yuri Chika sambil tangannya laju membasuh pinggan mangkuk di dalam sink. Malam ini Amirul Haikal sekeluarga akan datang untuk makan malam. Pada mulanya dia membantah. Hajah Aisyah, Puan Harlina juga membantah. Kata mereka, nanti hilang pula seri pengantin baru. Maklumlah, mereka bakal dinikahkan minggu hadapan. Amirul Haikal pula berdegil untuk merasai masakan Waliyah yang sudah lama tidak dirasainya. Bukannya lama pun, baru dua hari lepas dia minta Waliyah membuat Ikan Patin Asam Pedas yang merupakan makanan kegemaran lelaki itu. Bila difikirkan, perangai Amirul Haikal semakin manja. Bukan. Sudah terlebih manja sepatutnya. Kalau boleh semua benda lelaki itu ingin Waliyah buat untuknya. Alasannya, mahu Waliyah belajar menjadi isterinya. Namun, Waliyah tidak kisah. Asalkan hati lelaki itu benar-benar ikhlas menyayangi dan menyintai dirinya.
So I cry But nobody hears me I cry It\'s my only solution I cry To all this confusion I cry With all of my heart I cry
Akhirnya semua pinggan siap dibasuhnya. Waliyah mengelap tangannya pada kain yang telah disediakan. Wajahnya jelas menggambarkan kegembiraan seorang wanita yang bakal bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai. "Kak Eya, ade orang bagi surat nih untuk Mak Su." Tiba-tiba suara anak jirannya memecah kesunyian di dapur. Waliyah memandang Khairina yang cantik berbaju gaun kuning dan bereben-reben. Agaknya keluarga jirannya ada majlis yang ingin dihadiri. Waliyah mengambil surat itu dari tangan Khairina. "Thanks Khai. Siapa yang bagi kat Khai?" Soalnya ingin tahu. "Abang Haikal." Jawabnya anak gadisyang baru berusia 10 tahun itu. "Kal?" Soal Waliyah kembali seakan tidak percaya. Khairina hanya mengangguk kepala tanda kepastian. Hati Waliyah digerumuni perasaan cuak. Apa yang Amirul Haikal bagi nih? Sepanjang hubungannya dengan Amirul Haikal, mana pernah lelaki itu memberinya surat mahupun kad. Hurm…kecuali saat enam bulan yang lalu. Saat Haikal ingin membatalkan majlis pertunangan mereka. Membatalkan majlis pertunangan? Hati Waliyah terasa makin tidak enak. Ya ALLAH, bantulah hambaMU ini…rintihnya dalam diam. Untuk meleraikan tanda tanya yang semakin berselirat dalam kepala, dia terus membuka surat tersebut. Kehadiran Khairina tidak dihiraukan. Satu kad berwarna ungu dikeluarkan. Waliyah tergamam. Kad berwarna ungu. Hari itu pun kad berwarna ungu juga. Malah, hiasan kad itu juga serupa. 100% serupa! Tangannya sudah terketar-ketar. Dadanya juga berdebar hebat menahan perasaan. Dia jadi begitu takut untuk membuka kad itu dan membaca isinya. Terlalu takut sekiranya kejadian lalu berulang lagi. Dia tidak rasa dia akan jadi kuat lagi untuk menghadapi semuanya sekali lagi. Kad ungu itu hampir renyuk dalam genggamannya. Air matanya tidak mampu lagi ditahan-tahan. Mengalir membasahi pipi gebunya. Slasshh! Tiba-tiba lampu terpadam. Seluruh rumahnya menjadi gelap. Waliyah terkejut. Dia paling tidak suka berada dalam kegelapan. Khairina pula entah ke mana. Mungkin sudah kembali ke rumahnya. Waliyah segera mencari lilin yang sengaja disimpannya di dapur sekiranya berlaku kecemasan seperti ini. Tiada. Resahnya makin mendalam. Dia baru saja simpan lima kotak lilin dalam laci nih. Ke mana pula hilangnya? Tiba-tiba, dia ternampak cahaya dari ruang tamu yang terletak di tepi dapur. Cahaya yang berwarna kuning. Dihujani dengan rasa pelik, Waliyah segera menuju ke ruang tamu. Hatinya terkejut bukan kepalang apabila melihat ramai kanak-kanak perempuan yang memakai gaun berwarna kuning yang bereben-reben di situ. Kesemua mereka memegang lilin di tangan. Mungkin sudah terjawab ke mana hilangnya lilin-lilin dia. Entah siapa punya kerja lah nih… "Eya nangis?" Soal satu suara. Suara yang cukup dikenalinya. Waliyah langsung tidak nampak bayang Amirul Haikal. Di mana lelaki itu bersembunyi? Tak akanlah lelaki itu dah bertukar jadi budak-budak kot… "Kal? Where are you?" "I'm here." Serentak dengan kata-kata itu. Amirul Haikal muncul dengan satu kek di tangannya. Terdapat tujuh lilin atas kek itu. Tujuh, nombor kesukaannya. Waliyah terkesima. Apa sebenarnya yang sedang berlaku ini? "Selamat Hari Jadi, Sayang." Ucapan dari bibir Amirul Haikal membuat Waliyah makin teresak-esak menangis. Apa semua ini? Apa maknanya semua ini? Apa yang Haikal ingin lakukannnya sebenarnya???
Tersadar di dalam sepiku Setelah jauh melangkah Cahaya kasihmu menuntunku Kembali dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya Kau berikan lagi kesempatan itu Tak akan terulang lagi Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu
Tanpamu tiada berarti Tak mampu lagi berdiri Cahaya kasihmu menuntunku Kembali dalam dekapan tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya Kau berikan lagi kesempatan itu Tak akan terulang lagi Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu
Lelaki itu menyanyi lagi. Menyanyi untuk kekasih yang tercinta. Sesungguhnya, suara Amirul Haikal memang sedap. Kalau lelaki itu menghadiri uji bakat, tentu dia akan terpilih antara top ten. "Kal? Eya tak faham. Apa semua ini?" Amirul Haikal melangkah untuk berada lebih dekat dengan Waliyah. "Eya dah baca kad yang Kal bagi?" Kepalanya digelengkan. "Kenapa?" "Bacalah sekarang." Ujar lelaki itu dalam nada suara yang sangat-sangat romantik. Entah apa yang tidak kena dengan lelaki ini. Seakan menurut perintah. Waliyah buka kad yang hampir renyuk itu dan membaca isi di dalamnya.
Sayang,
SELAMAT HARI JADI SAYANG… SEMOGA PANJANG UMUR DAN KEKAL BERSAMA KAL UNTUK SELAMANYA… I LOVE YOU SAYANG…
Ikhlas, Amirul Haikal.
"SELAMAT HARI JADI EYA!!!" Bergegar rumah itu apabila ramai-ramai menyebut 'Selamat Hari Jadi' kepadanya. Waliyah angkat kepalanya dan memandang sekeliling. Semua orang ada. Amirul Huzairi dengan keluarganya. Puan Harlina, Encik Amir, bapa saudara Amirul Haikal, Pak Su Azam dan keluarganya. Hajah Aisyah pun ada sama. Turut sama berkomplot dengan mereka. Aduhh... Waliyah terasa mukanya berbahang. Malu sangat. Muncungnya juga sudah keluar. Nak merajuk dengan kekasih hati. "Kal sengaja kan nak bagi Eya nangis." Amirul Haikal senyum pada kekasih hati. "Erk..tak lah. Bukan nak bagi nangis pun. Kal lama dah tak tengok muncung Eya. Saja nak buat gimik. Mana lah Kal tahu Eya akan nangis. Kal tak sempat nak sedia sapu tangan sekali. Romantik tak Eya? Kal yang cadangkan pada mak. Mak setuju jer." "Sampai habis lilin rumah Eya?" Perli Waliyah. Muncungnya makin panjang. Amirul Haikal hanya mampu menayang giginya. Sengih pada Waliyah yang sudah geram. "I love you sayang."
***TAMAT***
Salam. Maaf sebab terlalu panjang. Idea tak boleh nak halang. Banyak juga kesilapan taipan dalam ini. Harap dimaafkan juga. Ini hanyalah percubaan saya untuk membuat satu cerpen. Tapi sudah terlajak panjang. Harap dapat memberi komen yang membina. Terima kasih sebab baca karya yang tak seberapa ini. \\\\(^o^)// Arigatoo nee…
salam utk penulis... mmg agak panjang,berpinar mata sy nk baca tp citernya dah ok...cuma klu bleh len kali cuba kurangkan citer yg meleret jika penulis menghasilkan karya...nama watak pun de yg tertukar antara amirul haikal n amirul huzairi...citer nie mmg simple n sweet cuma gaya penulisan penulis yg masih bleh diperbaiki...but it's still a nice story...keep up a good work n teruskan usaha anda dlm bidang penulisan nie k...:0)
sy se2ju dgn Tanpa Nama. Writer cuba lg next time but make sure check everything dulu br hantar k. My advice better don't use english word if U not sure ok.
nice!!!!!! gudddd job!!! bez gler wlaupun ctew ney pnjang... likeeeeeeee!!!!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam utk penulis...
mmg agak panjang,berpinar mata sy nk baca tp citernya dah ok...cuma klu bleh len kali cuba kurangkan citer yg meleret jika penulis menghasilkan karya...nama watak pun de yg tertukar antara amirul haikal n amirul huzairi...citer nie mmg simple n sweet cuma gaya penulisan penulis yg masih bleh diperbaiki...but it's still a nice story...keep up a good work n teruskan usaha anda dlm bidang penulisan nie k...:0)