Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Kak Ju, kenapa dengan Intan ni? Intan rasa macam Intan dah tak betul. Kiri, kanan, depan, belakang... Asyik nampak muka dia je... Dari celik mata sampai celik mata balik, mana-mana Intan pandang, mesti terbayangkan dia..." Intan menyuarakan apa yang dialaminya kepada Julia. Selama ini, hanya pada Julia sajalah tempat Intan berkongsi kisah suka dan dukanya. Hendak diceritakan kepada mamanya, bimbang akan penerimaan mamanya itu. "Ya Allah budak ni... Ni memang sah dah kes angaulah ni... Tu lah Intan, kak Ju dah pesan dari dulu lagi, jangan asyik kutuk dia... Hah, tengok sekarang ni... Dah terkena pada diri sendiri..."bebel Julia. Rasa simpati mula terbit buat adik sepupunya itu.
* * * * *
"Apa dia,Pa? Betul ke family Auntie Zurin nak ikut sekali kita ke Melbourne?"tanya Intan pada Encik Jauhari, meminta kepastian. Intan terdengar akan perbualan antara papa dengan mamanya sewaktu melintasi ruang tamu rumah banglo milik keluarganya itu setelah penat bekerja. "Ya Intan... Pagi tadi Auntie Zurin call mama... Minggu lepas mama ada perlawa mereka sekeluarga. Alang-alang dapat tahu kita sekeluarga nak bercuti bersama, tu yang Auntie Zurin bagi kata putusnya... Elok sangat lah tu... Meriah juga percutian kita nanti... Tak de lah boring Intan nanti..."jelas Puan Maria. Mendengar akan itu, Intan terus melabuhkan punggung di sisi mamanya. Niatnya yang ingin terus rehat di bilik, diketepikan. " Intan tak kisah,Ma... Tapi,siapa lagi family Auntie Zurin yang ikut sekali nanti,Ma?" tanya Intan, berminat ingin tahu lanjut. "Mereka sekeluarga je... Auntie Zurin, Uncle Roslan dan dua orang anak mereka... Bolehlah Intan berkenalan dengan mereka nanti..."beritahu Puan Maria. "Alang-alang Intan dah tanya, Papa ingat nak minta tolong Intan sikitlah... Flight Papa dan Mama terpaksa diawalkan sebab Papa kena settlekan kerja sikit kat sana... So, I wish that you may accompany Auntie Zurin’s family to Malbourne... Ikut tarikh asal flight kita... Boleh? Family Auntie Zurin dah lama berkawan dengan family kita. Tak elok rasanya tinggalkan mereka macam tu saja sedangkan pada asalnya kita yang perlawa mereka..."terang Encik Jauhari panjang lebar. Intan terdiam sejenak dan akhirnya bersetuju dengan permintaan papanya itu.
* * * * *
Setelah menghantar papa dan mamanya ke lapangan terbang, petang itu Intan menghabiskan cuti hujung minggunya dengan keluar bersama Julia mengambil angin di sekitar Suria KLCC di samping membeli belah belah di sana. Sedang leka meneliti pakaian di gedung ISETAN, Julia terpandangkan seorang jejaka yang baru melintasi pintu masuk gedung itu. "Eh Intan, tu lah anak Auntie Zurin yang baru balik dari Indonesia yang kak Ju ceritakan pada Intan kelmarin..."kata Julia sambil menudingkan jarinya ke arah jejaka yang dimaksudkan kepada Intan. Intan yang tidak mengerti apa-apa terpinga-pinga seketika sambil cuba mencari jejaka yang dimaksudkan oleh Julia. Malangnya, jejaka itu sedang sibuk mengatur langkah ke tingkat atas dan Intan tidak dapat melihat wajah jejaka yang dimaksudkan itu. "Biasa-biasa je muka dia tu kak Ju... Tak de lah handsome mane pun... Orang macam tu, melambak kat KL ni...". Intan bersuara. "Amboi cik akak sorang ni... Cakap besar ya awak... Esok-esok, buatnya terpikat kat dia tu, baru tahu langit tu tinggi ke rendah...". Usik Julia.Usikan itu hanya disambut dengan gelak tawa dari Intan. Bagi Intan, dia malas hendak mengambil pusing akan semua itu, malahan dia masih leka membelek sehelai blaus yang telah mencuri perhatiannya. Blaus itu akhirnya di bawa ke bilik persalinan untuk dicuba.
* * * * *
Intan memandang jam digital pada dashbord teksi yang dinaikinya. Kali ini, sudah masuk tujuh kali jam digital itu dijengahnya. Riak mukanya mula mempamerkan rasa cemas. Telefon bimbitnya pula sudah dua kali berbunyi. Panggilan dari Auntie Zurin yang bertanya akan kedudukannya sekarang. "Iskh, Intan ni... Pening kak Ju dibuatnya... Sudah-sudahlah tengok jam tu... Kejap lagi sampailah kita kat airport tu... Tak lari mana pun airport tu... Ada sejam lebih lagi before kita fly..."bebel Julia. Intan yang duduk bersebelahan dengannya, dipandang. "Intan bukan apa kak Ju, tak sedaplah bila dah berjanji dengan orang tapi kita pula tak sampai-sampai lagi... Lagi pun, kesian kat Auntie Zurin... Dah dua kali dia call tanya kita kat mana..."jelas Intan. Julia kehilangan kata-kata. Dia faham benar akan sikap adik sepupunya itu yang sentiasa menepati janji. Dia lebih suka menunggu daripada ditunggu oleh orang yang dijanjikan. Akhirnya, Julia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
Setelah teksi mula memasuki kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Intan dan Julia sama-sama menarik nafas lega. Setelah menjejakkan kaki di dalam kawasan DEPARTURE, Intan dan Julia menghayunkan langkah sepantas mungkin sambil melilau mencari kelibat Aunti Zurin. "Nasib baiklah papa dan mama dah bawa sikit barang kita,kan kak Ju? Kalau tak, susah juga kita nak bergerak..."suara Intan sambil terus mengatur langkah. Julia hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Intan itu. Akhirnya, orang yang dicari telah ditemui. Intan dan Julia terus mara ke arah Auntie Zurin yang sedang rancak berbual bersama suaminya, Roslan dan juga Luqman Hakim, anak lelaki sulung mereka. Setelah menyedari kehadiran Intan dan juga Julia, Auntie Zurin menghadiakan senyuman buat mereka berdua. "Sorry Auntie, kiteorang terlambat. Jalan jammed tadi... Auntie,Uncle and abang Luqman, apa khabar?"Intan berbahasa. Tangan Auntie Zurin dan Uncle Roslan disalaminya, diikuti juga dengan Julia. "Kami semua alhamdulillah, sihat... Tak pe. Auntie faham... Tapi Auntie risau juga tadi. Tu lah, tadi Auntie perlawa tumpang dengan Auntie sekali, tak nak... Auntie nyaris-nyaris nak suruh Kimi jemput kamu berdua tadi sebelum Ju call dan kata dah nak sampai... "beritahu Auntie Zurin. "Kalau Auntie nak tahu, Intan ni tadi dah macam kucing hilang anak... Ju yang duduk kat sebelah dia pun naik pening dibuatnya. Mana taknya, lebih daripada sepuluh kali menjengah jam kat dashboard teksi tu tadi..."cerita Julia penuh semangat. Cerita itu disambut oleh gelak tawa daripada mereka semua. Gelak tawa mereka mula mengendur apabila seorang lelaki datang memberitahu Auntie Zurin bahawa barang-barang mereka telah didaftar masuk. "Hah Intan, ni lah Kimi. Ingat lagi,tak? Anak Auntie yang bongsu. Sebelum ni, dia jarang ada kat sini... Tu yang kamu jarang jumpa..."perkenal Auntie Zurin. "Hakimi Rizal..."suara lelaki itu sambil meghulurkan tangannya. Julia yang berada di sisi Intan, memberikan isyarat mata kepada Intan supaya memperkenalkan diri. Intan berpura-pura tidak faham akan isyarat dari Julia. Tidak lama kemudian, satu cubitan kecil dari Julia hinggap di pinggang Intan. Intan terjerit kecil daan akhirnya akur. Intan menyambut jabatan tangan lelaki yang bernama Hakimi itu. "Intan... Intan Lidyana..." Auntie Zurin hanya tersenyum memerhati. "Eh, mari lah kita masuk ke dalam... Ni dah second announcement dah ni... Leka bersembang, terlepas pula flight kita nanti..."suara Encik Roslan dan disambut dengan anggukan mereka semua. Mereka beriringan masuk ke balai perlepasan. Sepanjang perjalanan ke Melbourn, Auntie Zurin tidak putus-putus bercerita itu dan ini kepada Intan. Intan menadah telinga menjadi pendengar setia. Julia pula sedang asyik bersembang dengan Luqman Hakim,tunang kesayangannya, manakala Hakimi Rizal pula bersama-sama papanya.
* * * * *
Sebaik sahaja menejejakkan kaki ke bumi Melbourne,kelibat Puan Maria dan Encik Jauhari sudah kelihatan menanti ketibaan anak serta keluarga kawan baik mereka. Kerancakkan berbual membuatkan mereka tidak menyedari hari susah menginjak ke malam. Setelah mendapat kunci bilik, masing-masing membawa hala tuju yang tersendiri. "Hmm... Macam mana Intan? Handsome tak bakal adik ipar kak Ju?"suara Julia sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas katilnya. Intan pula sedang sibuk menggantung pakaiannya di almari. Intan dan Julia akan berkongsi bilik di sepanjang percutian mereka di situ. "Ntah... Biasa je Intan tengok... Tak de lah handsome sangat pun... Kalau nak dibandingkan, abang dia lagi okey kot..."balas Intan. Perhatiannya masih lagi pada kerja-kerja yang sedang dilakukan. Julia terjerit kecil apabila mendengar kata-kata Intan itu. "Hei, yang tu ana yang punya,okey?"kata Julia, namun disambut oleh gelak tawa dari Intan. "Hahaha... Apa lah kak Ju ni, Intan main-main je lah... Ambillah cik abang Luqman kesayangan awak tu... Tak de siapa nak usik lagi dah..."balas Intan sambil tertawa. Akhirnya, Julia sama-sama menghamburkan tawanya. Geli hati mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Intan itu. Bilik itu riuh rendah dipenuhi dengan gelak tawa serta adegan saling usik mengusik.
Pagi-pagi lagi, Intan dan Julia sudah keluar berjoging. Sesudah menunaikan solat subuh, mereka sama-sama turun ke bawah dan memulakan larian kecil di sekitar hotel tempat mereka semua menginap. Masuk pusingan kedua, kelihatan Luqman dan Hakimi melambai ke arah mereka dan memberi isyarat untuk turut serta. Julia menyambut kedatangan tunangnya dengan senyuman yang manis. Akhirnya Intan ditinggalkan terkulat-kulat sendirian bersama Hakimi. "Hai... Have a nice dream?"Hakimi memulakan bicara setelah agak lama mereka menyepikan diri. "Oh, yah... Thanks..."jawab Intan ringkas. Janggal rasanya bila ditinggalkan begini. "So, you buat apa sekarang ni?"tanya Hakimi lagi. "Tengah joging lah... Tak kan tanam sayur pula kot..."perli Intan. Intan sengaja menjawab pertanya Hakimi sebegitu biarpun mengetahui maksud sebenar pertanyaan itu. Tujuannya hanya satu, malas untuk memanjangkan perbualan bersama lelaki itu. Tidak diketahui sebabnya, Intan bagaikan tidak senang dengan Hakimi. Hakimi bagaikan terhina apabila diperlakukan sebegitu. Niatnya baik tapi inikah balasannya dari Intan? "Eleh, macam lah I hairan sangat pasal you tu... I’m not interested... Tak sangka, muka je elok tapi budi bahasa, hancur..."balas Hakimi, bengang. Intan bagaikan terpukul dengan kata-kata Hakimi itu. "Suka hati I lah nak kata macam mana sekali pun..."bidas Intan. "Suka hati you lah...". Hakimi terus berlari pecut, meninggalkan Intan sendirian dibelakang.
Sesampai sahaja di biliknya, Intan menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Berbakul-bakul sumpah seranah yang keluar dari mulutnya. ‘Iskh, kak Ju ni pun satu... Yang dia pergi tinggalkan aku dengan mamat mangkuk tu, ape kes? Iskh...geramnya aku... Perasan bagus sangat lah tu... Ceyhh... Bagi free pun aku tak nak...’omel Intan seorang diri. Akhirnya Intan terlena di sofa dengan persaaan geram yang masih berbuku di hati.
* * * * * *
Sewaktu turun ke ruang makan lobi, semua ahli keluarga dan keluarga Auntie Zurin sedang menunggu kedatangan Intan untuk makan bersama. "Sorry, lambat... Kenapa semua tak makan lagi?"tanya Intan sambil menarik kerusi, bersebelahan dengan Hakimi. Hanya situ sahaja tempat yang kosong. Jikalau ikutkan rasa hatinya, Intan lebih rela duduk di meja yang lain. Tetapi tatkala memikirkan pandangan yang lain, tidak elok rasanya dia berlaku sebegitu. "Tunggu tuan puteri turun... Ma, kalau ada oarang tu lewat turun lagi, tinggalkan je la,Ma... Dia tak fikir agaknya kita yang tunggu kalaparan dekat sejam ni..."sindir Hakimi yang tiba-tiba bersuara. "Kimi..."tegur Auntie Zurin. Intan terpukul dengan kata-kata Hakimi itu. Dia bukannya sengaja turun lewat tetapi dia tertidur keletihan sesudah balik dari berjoging pagi tadi. Sesedarnya dari tidur, Julia sudah bersiap dan berpesan supaya cepat bersiap untuk turun makan bersama-sama. Baru dua sudu makanan memasuki mulut Intan, Encik Jauhari memecahkan kesunyian. "Intan, sekejap lagi papa,mama, Auntie Zurin and Uncle Roslan nak melawat syarikat rakan kongsi papa..."beritahu Encik Roslan. "Ala pa... Boringnya... Abis tu, Intan nak buat apa? Kata nak holiday sama-sama..."rungut Intan,manja. "Intan ikut lah Kimi, Abang Luqman and kak Ju jalan-jalan kat sini, okey sayang? Cara orang muda berseronok berbeza dengan kami yang dah tua ni..."pujuk Auntie Zurin. Dengar sahaja Auntie Zurin bersuara, Intan tidak berani menentang. Intan rela dalam terpaksa.
Sesudah Puan Maria, Encik Jauhari, Uncle Roslan dan Auntie Maria berangkat ke destinasi mereka, Intan, Julia, Hakimi dan Luqman pula mengatur rancangan mereka. Destinasi yang mereka pilih ialah Queen Victoria Gardens. Intan terpesona tatkala melihat keindahan pelbagai jenis bunga yang terdapat di taman itu. Tambah mengagumkan Intan ialah keunikan susunatur bunga-bungaan yang membentuk sebuah jam terbesar di St Kilda Road. Jam terbesar tersebut diperbuat daripada lebih 7,000 kuntum bunga. Setelah puas berjalan di sekitar Queen Victoria Gardens, mereka mengatur langkah ke Southgate Leisure Precinct. Salah satu daripada gedung membeli-belah yang terkenal di Melbourne. Ditambah pula dengan kedudukannya yang membolehkan pengunjung menikmati panorama Sungai Varra. Intan dan Julia cukup teruja apabila menjejakkan kaki ke situ. Hampir tidak terdaya Luqman dan Hakimi melayan kerenah dan mengekori mereka berdua. Perempuan dan shopping adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.
"Aduh... Penatnya... Tapi seronok, kan Intan??"tanya Julia apabila mereka menjejakkan kaki ke bilik, setelah seharian berjalan-jalan di sekitar Melbourne. "Iskh... Seronok apa kalau macam tu... Akak tengok lah tadi, Si Kimi tu saja je nak sakitkan hati Intan. Menyampah betul... Macam lah dia tu bagus sangat..."rungut Intan, tidak puas hati. "La... Ni kenapa pulak ni?" tanya Julia, ingin tahu. "Ala, si Kimi tu lah... Boleh dia menonong jalan berlengang, padahal dah nampak yang tangan Intan ni sarat dengan barang? Dia tak tau ke yang tangan Intan ni macam nak tercabut jinjing barang-barang tu semua... Iskh... Tak gentlemen langsung...". Bagaikan peluru berpandu Intan melepaskan rasa tidak puas hatinya itu. Julia yang mendengar hanya tersenyum geli hati. "Hmmm... Salah Intan juga tu... Lain kali, janganlah memborong sampai tak ingat dunia, ye cik adik??" usik Julia. "Iskh, kak Ju ni asyik nak menangkan si Kimi tu je..."rungut Intan. Akhirnya, selimut dihujung kaki ditarik dan tubuhnya diselubung. Malas hendak mendengar Julia mempertahankan Hakimi. Bertambah sakit hatinya. Julia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat Intan itu. ‘Macam-macam gelagat budak berdua ni...’Julia bermonolog.
Sepanjang empat hari di Melbourne, pelbagai tempat telah mereka lawati. Tidak kurang juga dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, antaranya menaiki belon udara panas dan juga menaiki Giant Sky Wheel. Panorama di sekitar Victoria, Melbourne dapat dinikmati dari pelbagai sudut dan aspek. Walaupun teruja mengikuti aktiti-aktiviti, sering kali itu jugalah mulut Intan bertubi-tubi menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap Hakimi pada Julia. Biarpun tahu bahawa dirinya kurang disenangi oleh Intan, Hakimi tetap galak mengusik Intan. Sengaja mahu menambahkan rasa ketidakpuashatiaan gadis itu. Julia dah Luqman hanya menjadi pemerhati dan sesekali terhibur dengan gelagat mereka berdua.
* * * * *
"Kak Ju... Macam mana ni?? Macam mana Intan nak pay attention on job kalau dah 24 jam Intan macam ni?" luah Intan dengan harapan Julia dapat merungkai masalah yang dihadapinya itu. Julia hanya tertawa mendengar luahan Intan itu. "Iskh... Kak Ju ni, Intan cakap betul-betul... Kak Ju boleh gelak pula..."rungut Intan. Tangannya ligat mengacau minuman yang baru dihantar oleh pelayan restaurant. Sudah sebulan percutian mereka berakhir dan selama sebulan itu jugalah Intan menjeruk rasa. Semua kerja yang dilakukan serba tidak kena. Dia sendiri bagaikan tidak mengerti kenapa dia berperasaan begitu. Setahunya, sepanjang perkenalannya dengan Hakimi, lebih banyak pahit daripada manisnya. Ada sahaja yang tidak disenanginya tentang lelaki itu.
Ada juga sekali dua Intan menjeggukkan diri ke rumah Auntie Zurin tapi tidak pula kelihatan kelibat Hakimi. Ingin bertanya pada mamanya terasa segan. Nanti dikatakan hidung tak mancung, pipi pula tersorong- sorong. Paling ditakutinya, dikatakan pula perigi mencari timba. Ingin disuarakan pada Julia, bimbang ditertawakan lagi. Mahu tidak mahu, Intan hanya memendamkan rasa.
"Intan, kenapa ni?? Mama tengok, Intan muram je kebelakangan ni... Selalu sangat termenung. Just tell me what’s the matters... I’m hearing..."tegur Puan Maria apabila terpandangkan Intan yang sedang mengelamun. Kehadirannya langsung tidak disedari Intan. "Eh, mama... Mana ada?? I’m fine... Cuma penat je kot. Kebelakangan ni banyak sangat kerja kat office tu..."dalih Intan. "Ma, Intan ingat Intan nak pergi holiday lah, Ma... May I??"sambung Intan lagi. "Holiday?? Bukan ke baru dua bulan lepas kita pergi holiday??"Puan Maria bersuara. Intan cuba meraih simpati mamanya. Didekatkan lagi dirinya pada Puan Maria. " Ala Mama, boleh lah Ma... Please!!! Tu dua bulan lepas. Lagi pun, I need my own privacy... Boleh ya, Ma??" Terdetik juga rasa simpati terhadap anak gadis seorangnya itu. Sering kali juga dia terpandang akan wajah muram Intan. Lama Puan Maria membatukan diri dan akhirnya bersuara. "Intan nak ke mana?"
* * * * *
Bumi Melbourne sekali lagi menerima kehadiran Intan Lidyana Jauhari. Kehadirannya kali ini adalah untuk mencari ketenangan, berbeza dengan sebelum ini. Intan mengatur langkah ke tempat-tempat yang telah memalit memori di benaknya biar pun hanya memori duka. Setiap kali berkunjung ke tempat-tempat tersebut, ingatan Intan tidak pernah berhenti daripada mengingati Hakimi. Bagaikan terasa kehadiran Hakimi di sisinya pada ketika itu. Sewaktu melalui kaki lima berhampiran dengan Southgate Leisure Precinct, Intan terpandangkan tempat di mana dia dan Hakimi bertegang urat di situ gara-gara Hakimi yang sering menduga kesabaranya.
Terlayar lagi peristiwa ditubir ingatan Intan. "Kimi, boleh tak tolong bawakan barang I ni?? I dah tak larat lah..."pinta Intan, meraih simpati. Terpaksa juga dia menebalkan muka meminta pertolongan Hakimi memandangkan dirinya benar-benar kehabisan tenaga dek kerana menjinjing beg yang penuh berisi barabg-barang yang dibelinya tadi, ditambah pula dengan penat ke hulu ke hilir meredah kota Victoria itu. Julia dan Luqman pula bagaikan belangkas. Sekejapan sahaja kelibat mereka berdua sudah tidak kelihatan. "I’m sorry... Are you talking to me??"tanya Hakimi. Berpura-pura tidak mendengar. Intan mulai bengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut jejaka yang berada beberapa langkah daripadanya. "Eh, tak de lah... I cakap dengan tiang ni tadi..."balas Intan sambil memuncungkan bibirnya. "Oh, great!! I ingat tadi, ada tuan puteri yag minta I bawakan barang-barang dia... Anyway, kalau ada, please say to her,’It’s not my pleassure...’" sengaja Hakimi mencurahan minyak tanah di atas bara api. Berdesing telinga Intan tatkala mendengar butir-butir kata yang keluar dari mulut Hakimi itu. Ada sahaja perkara yang cuba jejaka lakukan untuk menyakiti hati Intan. ‘Ya Allah, sakitnya hati aku... Mamat ni memang nak kena... Apa, kau ingat kau tu bagus sangat?? Ini tak boleh jadi...’jerit hati kecil Intan. Darjah kemarahannya hampir sampai ke puncak. "Excuse me... You ingat, you tu bagus sangat?? Daripada I minta tolong kat you, lebih balik I minta tolong kat tiang ni... Hati I pun tak sakit... If I really need a help, sekali I petik, bersusun yang datang nak tolong tau!! Setakat muka you ni, simpan je lah..."bidas Intan. Dihamburkan kemarahannya pada lelaki itu. Jangan disangka dirinya senang untuk diperkotak katikkan. "Owh, ye ke?? Tak sangka pula I... Mana semua orang-orang yang nak tolong you tu?? Kalau yang datang semua tua-tua kerepot yang dah nak sampai ajal, macam mana??"Hakimi masih lagi enggan mengalah. Intan bertambah sakit hati. "Iskh.... Weeeaaakkk...."rugut Intan sambil menjelirkan lidah dan menghetakkan kakinya. Lalu, lelaki itu ditinggalkan sendirian di tepi kaki lima itu. Hakimi cuba menahan tawa yang hampir terhambur keluar. ‘Comel’ desis hati lelaki itu. Intan sedar, Hakimi masih lagi mengekori langkahnya dari belakang. Oleh itu, langkahnya cuba diatur sepantas yang mungkin biarpun di dalam kepayahan menjinjing barang-barang. Hatinya tidak henti-henti menyumpah seranah lelaki itu sepanjang perjalanannya pulang ke hotel penginapan mereka.
* * * * *
"Ada yang boleh patik bantu?? Khadam sedia memberi khidmat untuk Tuan Puteri... " Ingatan Intan terus mati di situ. Dia dikejutkan dengan suatu suara yang cukup dikenali. Jelas di pendengarannya. Seseorang yang fasih berbahasa Melayu di bumi asing ini adalah sesuatu yang mustahil. Tambahan pula suara itu! Intan berkira-kira untuk berpaling. Sebaik sahaja terpandang akan empunya suara, tanah yang dipijak bagaikan tidak terasa. Intan bagaikan kehilangan kata. "Kimi... What are you doing here??" Hakimi melemparkan senyuman buat Intan sambil membalas pertanyaan gadis itu. "I’m looking for my princess... Did you see her??" Riak muka Intan serta merta berubah muram tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut jejeka itu. Hanya sepatah perkataan sahaja yang mampu keluar dari bibirnya. "Nop!" "Iskh... Takkan you tak nampak dia. Tapi I rasa you kenal orang tu... That person is.... Intan Lidyana Jauhari..." Intan nyata terkejut. Benarkah apa yang didengarinya?? Dipandangnya muka Hakimi dengan seribu pertanyaan terkandung di fikiran. Hakimi masih lagi melemparkan senyuman. Cukup menawan dan menggoda pada pandangan Intan. Hakimi mula megatur langkah ke hadapan menghampiri Intan dan tubuh itu diraih ke dalam dakapannya. Intan bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Berjuraian air matanya membasahi pipinya. "I hate you..."kata Intan dalam esakan. Tubuh lelaki itu didakapnya erat. "But I do love you... Love you so much.... I missed you, dear..."Bisik Hakimi dengan nada yang cukup romantis. "I love and missed you too..."Bisik Intan pula. Akhirnya Intan akur dengan permainan takdir. Diluahkan juga apa yang terbuku dihati sekian lama. Tanpa disangka, orang yang dibencinya pada suatu ketika dahulu kini menjadi orang yang paling dicintainya.
"Ehem... " Kedengaran suatu suara dari arah belakang mereka. Intan dan Hakimi segera berpaling. Julia ditemani Luqman. Pasangan itu melempar senyuman buat Intan dan Hakimi. "Cukup bulan, kahwin!!"Sambung Julia, cuba meniru dialog yang digunakan dalam kisah Nujum Pak Belalang arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Kini, barulah Intan tahu semua yang berlaku ini adalah rancangan Julia. Rupa-rupanya, segala yang diluahkan selama ini, tidak sia-sia. Intan akhirnya tenggelam dalam dakapan Hakimi. Semoga kisah cinta mereka akan terus diwarnai dengan warna-warna ceria kehidupan.
ok..lah citer ni... best gak.. tp kalu bleh tmbah kan lg skt mase ending tu.. mcm pompuan tu jual mahal ker.. buat2 bodo ker.. atau ulang blk kate2 lelaki mase dulu lah..
ape2 pun usaha lagi..citer ni dah best sgt dah ni...kalu panjang sikit lg mmg tip top lah..
i Like diz story.... at least xdew l0or bayang kn percintaan 2 dlm malaysia ajew.... bilew sekali skalew dpt cerpen yg mcm nie br bukak ckit matew nk bacew kn?? sekurg2 nyew penulis mggunakan pengalaman yg adew utk menulis. g0od work..keep it up... cerita bez s0 kalo pnjang kn cerpen nie pown okeyh gak...
ermm..citer nie ok tp mcm ada yg xcukup. cmana intan dan hakimi leh falling love? yg taw diorang g cuti sm2 n gaduh alwez. 2 bln lpas tu intan dh angau. kureng perencah la. try again but its nice story la....
thanx so much atas komen2 yg anda berikn.. herdikan & pandangan anda akn dpt m'bntu sya m'ghasilkan karya yg lbh baik lg.. teruskan menyokong penulisan2u!!
best jga ar...p pndek je.... pe2 pn keep it up (~_^)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sweet ah.agagag