Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku bungkam. Jambangan bunga yang dikirim aku bawa ke hidung. Wangi. Sudah seminggu berturut-turut jambangan bunga ini sampai ke meja receptionist dan sudah seminggu berturut-turut juga aku mengutip jambangan ini di meja Ayu budak receptionist. Apa mimpi lelaki ini? "Romantiknya suami akak ya? Dah seminggu bagi bunga," Romantik? Itu yang aku musykil tu. Tapi,itu kisah seminggu yang lalu. Kisah yang membuat satu pejabat cukup bingit dengan suara puji dan mengusik. Malu aku dengan bos dan staff bawahanku. Yelah, mana pernah dapat bunga? Tiba-tiba seminggu berturut dapat bunga. Hari ini? Pun sama. Satu kejadian aneh juga yang berlaku. Hari ini aku dapat kad. Dari rumah lagi aku disuakan dengan berkeping-keping kad kecil. [Selamat pagi sayang. I love you] Itu kad pertama yang aku jumpa di atas meja solek saat aku hendak bersiap ke pejabat. Tergamam seketika. Rasa bahagia membuak tiba-tiba. Ingin aku ucapkan terima kasih pada suamiku yang juga sedang bersiap ingin ke pejabat. Tapi, wajahnya nampak cukup selamba. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hmm. Malas pula aku nak bersuara. Sudahnya kad aku simpan di dalam laci. Bagi kad, tapi, tiada perasaan. Menyampah. [Terima kasih untuk sarapan yang enak saban pagi. Terima kasih, sayang] Kad kedua. Di atas meja makan selepas kami menikmati sarapan pagi. Aku ingin senyum dan ingin memeluk suamiku, tapi, bila aku melihat wajah tanpa perasaannya, aku jadi tawar hati lagi. [Papa sayang mama. Sejak dulu, kini, dan selamanya] Kad ketiga. Aku jumpa di dalam beg tanganku ketika aku hendak mengeluarkan telefon bimbit. Peliknya. Kenapa suamiku berubah sampai begini sekali? Sungguh drastik. Memang aku mengharapkan layanan seromantik ini daripadanya. Tapi, bila dia betul-betul menjadi romantik, hatiku menjadi gusar pula. Tujuh tahun berkahwin, usahkan sejambak bunga, sekuntum bunga pun dia tidak pernah hadiahkan padaku. Tujuh tahun berkahwin, mana pernah dia beri aku kad. Kalau ada sambutan hari istimewa pun, dia sekadar mengucapkannya padaku bersama satu ciuman di pipi. Kemudian dia akan tanya apa yang aku mahu? Kalau hari ulang tahun kehiran, apa hadiah hari jadi yang aku nak? Kalau ulangtahun perkahwinan, apa hadiah ulangtahun yang aku nak? Cukup dengan itu sahaja. Tapi, kini?Apa agenda suamiku ini? Dan, yang aku perasan, sejak dua minggu kebelakangan ini, kami sudah jarang bergaduh. Walhal, dulu, itu adalah agenda harian kami. Ada saja perkara yang menjadi pokok pertelingkahan. Rindu pula rasanya. Rindu nak bergaduh. Aku tersenyum. Dalam senyum, hati masih tertanya-tanya. Kenapa suamiku berubah? Entah-entah ini umpan tak? Entah-entah dia ada perempuan lain tak? Buat baik sebab nak minta izin kahwin lagi satu. Tidak!!!!
**** "Papa.. tolong tidurkan adik ni. Mama nak siapkan report ni,"aku memanggil suamiku apabila rasa geram sudah menjentik hati melihat anak bongsuku membuat perangai. Dan, suamiku tanpa banyak bicara, terus mendukukung anak bongsu kami, masuk ke bilik tidur. Itu kejadian tiga hari lepas. Kalau sebelum ini, cukup payah mahu menghulur tangan melayan kerenah anak. Tiba-tiba dia jadi bapa penyanyang pula. "Mama. Berapa kali papa cakap, bunga ni, nak kena siram selalu. Takkan kerja mudah macam ni, tak boleh nak buat," "Lupalah papa. Mama banyak kerja," "Kan dah layu. Tak cantik," "Alah. Biarkanlah. Tak pun, nanti mama beli pokok bunga baru. Ganti bunga papa tu," Suamiku diam. Terus berlalu. Peliknya. Padahal, sebelum ini, kalau bunga-bunga kesayangannya itu layu sedikit, pasti satu petang aku harus tadah telinga mendengar bebelannya. Itu pula peristiwa dua hari lepas. "Mama. Macam mana mama nak buat kerja ni? Bersepah. Kemaslah dulu," Aku pandang barang-barang permainan anak-anak yang memenuhi lantai. "Nantilah. Mama malas nak stop kerja mama ni. Nanti kerja mama siap, mama kemaslah," Suamiku terus mencapai barang mainan anak-anak. Dia yang tolong kemaskan. Peliknya. Kalau tidak, memang aku kena tadah telinga lagi. Kerja suka bertangguhlah. Asyik nanti..nanti.. nanti.. Tapi, kenapa suamiku tidak marah? Sudah lama kami tidak bertengkar ni. kenapa dengan suami aku ni? Pelik sungguh perangainya sejak akhir-akhir ini. Aku ingin bertanya. Tetapi, mulut terasa berat pula.
**** "Hah?! Apa papa?," "Candle light dinner," Aku letak jariku di dahi suamiku. Normal. "Are you okay, papa?," "Of courselah mama. Malam ni, pukul lapan. Anak papa sudah hantar rumah mak," Itu bicaranya siang tadi, sewaktu dia singgah di pejabatku.. Dan, sekarang, kami sama-sama menikmati hidangan makan malam yang romantik. Bisu. Kelu. Kaku. Cuma sudu dan garfu yang sesekali menjeit bila berlaga. Romantik apa kalau senyap sunyi macam ni? Pelik betul suamiku ini. "Papa. Mama tanya sikit, boleh?," "Tanyalah,"suamiku menjawab sambil menyuap mee sizzling ke mulut. Dia ni,memang. Kalau dah makan, tak ingat apa. Candle light dinner terasa seperti tiada makna apa pun. Sama saja dengan makan nasi di rumah. Tak romantik pun. "Papa ni kenapa? Mama tengok lain macam je sejak akhir-akhir ni," "Lain macam apanya? Tak ada apa yang lainnya?," "Yelah.. tak pernah-pernah bagi bunga, tiba-tiba bagi mama bunga. Tak pernah-pernah bagi kad, tiba-tiba bagi mama kad. Selalunya suka marah-marah mama. Arah-arah mama. Tiba-tiba dah tak ada marah mama. Kenapa papa?," "Kenapa? Mama tak suka ke?," "Tak adalah sampai tak suka. Tapi, pelik. Apa yang papa dah buat ni? Papa ada buat salah dengan mama ya?,"tuduhku sambil merenung wajah suamiku. Suamiku membalas renungan itu. "Mana ada? Mama ni, cuba jangan suka menuduh," "Dah tu? Kenapa tiba-tiba berubah ni? Entah-entah papa ada perempuan lain tak?," "MasyaALLah. Mama?! Mulut tu, jangan main tuduh saja tau," "Betullah tu. Saja buat baik dengan mama, sebab papa nak kahwin lain kan?," Suamiku sudah jegilkan mata. Marah. Aku pula sudah mula nak tarik muncung. Makan malam yang memang tidak romantik itu, bertambah tidak romantik jadinya. Eh, kami dah nak gaduhlah. "Bukan ke ini yang mama nak papa buat?," Aku ternganga. "Mama nak? Maksud papa?," "Papa baca luahan hati mama tu," Aku terlopong. Patutlah. "Kertas yang mama dah buang dalam tong sampah tu?," "Yalah. Banyak sangat kekurangan papa di mata mama ya? Sekarang bila papa buat apa yang mama nak, mama bising juga. Nak papa bagi bunga, papa bagi. Nak papa bagi surprise wish, papa bagi. Impikan makan malam romantic, papa bagi. Tapi, mulut tu, tetap juga bising. Serba tak kena. Semuanya salahlah kat mana mama. Papa pun tak tahu apa sebenarnya yang mama nak," Aku diam. Begitu ke? Salahlah tuduhan aku tadi. Aku senyum sedikit. "Yelah. Papa bagi bunga, tapi, tak ada ucapan apa-apa pun. Dari, papa. Tu saja. Dah tu, macam tak ada perasaan saja bagi bunga tu. Bagi ucapan pun sama. Dah bagi kat sana sini, buat muka seposen. Mama nak ucap terima kasih, terus tak jadi. Ni, makan malam ni, pulak.. sama je dengan makan malam kat rumah. Hambar. Papa duk mengadap makanan papa. Mama pula mengadap makanan mama. Cuba tengok orang sekeliling. Sama ke dengan kita. Tak kan?,"aku bersuara sambil memerhati beberapa pasangan yang sedang menikmati makan malam sambil bergurau senda. "Nak bergurau senda macam mana? Kalau belum apa-apa mama dah ajak papa gaduh?," Aku diam lagi. "Papa dah cuba buat apa yang mama tak puas hati dengan papa selama ni. tapi, mama tetap juga tak puas hati," "Kalau buat semata-mata sebab mama nak, tak payahlah papa. Tak ikhlas," Suamiku mengeluh perlahan. Perlahan tangannya mencapai jemariku. "Mama tahu kenapa papa buat semua ni?," Aku menggeleng.
**** Sesungguhnya aku khilaf selama ini. Sesungguhnya aku silap selama ini. Kata-kata suamiku membuat aku bagai terjaga dari mimpi yang panjang. Betapa, selama ini aku tidak tahu mensyukuri apa yang aku ada. "Sebab papa sayang mama. Sebab papa tak mahu mama berasa papa tidak sayang pada mama lagi. Padahal mama tahu kan, macam mana dalamnya sayang papa pada mama. Papa yakin lebih dalam dari rasa sayang mama pada papa. Papa tahu mama terima papa dulu, sebab mama kasihankan papa kan? Semasa papa menitiskan air mata merayu untuk kahwin dengan mama, papa tahu, mama terima sebab kasihan. Papa tak kisah. Sebab papa sayang sangat kat mama," Aku tersentuh. Tidak dapat aku nafikan kebenaran kata-kata itu. Memang aku tidak sampai hati melukakan perasaan suamiku. Sebab itulah kami bersatu juga. Tapi, aku bahagia dengan suamiku. "Mama selalu cakap papa tak caring. Tapi, mama tak tahu papa ingat segalanya tentang kita. Mama ingat baju apa papa pakai semasa pertemuan pertama kita?," Aku geleng. "Papa ingat. Papa ingat mama pakai baju kurung warna merah jambu. Dengan tudung warna kuning cair. Sama dengan warna bunga-bunga kecik kat baju mama," Aku terdiam. Terharu. "Mama ingat tarikh kita jumpa? Tarikh papa ajak mama bertunang? Tarikh papa ajak mama kahwin?," Aku diam. Buntu mencari tarikh itu. "Mama lupa kan? Papa tak lupa. Kita jumpa 4 Jun 1999. Papa ajak mama bertunang genap setahun kita kenal. Pada tarikh yang sama. Empat bulan lepas tu, papa ajak mama kahwin. Bulan Oktober," Aku tiba-tiba jadi malu pada diri sendiri. "Mama ingat kat mana kita jumpa untuk date pertama kita?," Aku cuma pandang wajahnya. "Kat sini kan?,"aku bertanya sambil memandang sekeliling kawasan restoran tempat kami menikmati makan malam itu. "Betul. Tapi, mama ingat tak meja mana?," "Manalah nak ingat. Kan dah lama," "Papa ingat. Tu.. kat sana. Dulu dia letak meja kat situ. Sekarang dah tak ada. Dia buat stall," Aku terus termangu. Betapa aku silap menilai suamiku selama ini. Itu perbualan kami, saat malam malam tadi. Selepas itu, kami pulang dengan kebisuan. Aku betul-betul kelu selepas itu. "Mama.. kenapa ni?," Aku tersentak . suamiku bergerak ke peti sejuk. Mencari air. "AKu menggeleng. "Sudahlah. Dah lewat ni. Jom tidur," "Papa…," Suamiku menoleh. "Teruk sangat ke perangai mama ni, papa?," "Perangai mama memang teruk. Degil. Keras kepala. Keras hati. Pemalas pun ada sikit," Aku tarik muncung. Janganlah berterus terang sangat. Suamiku tersenyum sambil melangkah rapat padaku. Memegang tanganku. "Tapi, papa suka. Papa geram bila mulut ni,suka menjawab bila papa marah. Bila papa tegur. Tapi, papa suka. Papa geram bila papa suruh buat itu ini, mama banyak alasan. Tapi, papa suka. Papa geram bila mama nak menang sendiri saja. Tak reti nak mengalah. Tapi, papa tetap suka. Sebab, bila papa terima cinta mama, bermakna papa terima segala kekurangan dah kelemahan mama," "Tapi, mama tak. Kan? Mama mengharapkan Sesuatu yang papa tak boleh bagi, padahal banyak lagi benda lain yang lebih bermkana yang papa bagi pada mama,"aku bersuara perlahan. "Mama nak papa jadi romantic. Papa dah cuba. Papa dah cuba jadi orang lain, demi mama," "Tak apalah papa. Lepas ni, papa tak payah romantik lagi. Mama suka papa macam ni. Mama tak boleh paksa papa jadi sesuatu yang bukan diri papa. Mama salah. Mama sepatutnya terima papa seperti papa terima mama. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan mencari kekurangannya, kan?," Suamiku senyum. "Mungkin sebab, kebelakangan ni, mama suka baca novel cinta kot. Sebab tu, suka fikir yang pelik-pelik macam tu,"aku bersuara sambil tersenyum kecil. "Mama memang suka fikir benda pelik-pelik," Aku tertawa. "Mama minta maaf ya, papa," Suamiku senyum sambil menarikku ke pelukannya. "Walaupun papa tak pandai nak berkata-kata. Nak buat perkara-perkara yang romantik, tapi, mama percayalah, cinta papa pada mama tak kurang sedikit pun," "Hmmm.. tapi, rasanya macam ni, dah romantik sikit kot,"ujarku berseloroh. Suamiku tergelak. Memandang lama wajahku. Membuat aku sedar, sebenarnya tanpa itu semua pun, aku sudah cukup bahagia dengan hidupku ini. Aku terlalu mencari kekurangan suamiku sehingga aku lupa pada kekuranganku sendiri. "Jom, tidur," Aku senyum.
*** "Mama ," "Apa papa?," "Stoking papa mana?," "Papa carilah. Mama nak bersiap ni. dah lewat ni," "Ini yang papa tak suka ni. Suka sangat alih-alihkan tempat simpan barang. Hari ni, simpan kat sini. Esok simpan kat lain. Mana mama simpan?," "Papa. Carilah dulu. Cari dengan mata dahlah. Tak payahlah cari pakai mulut," "Tengok. Tak ada. Mama cari sekarang," Aku berpaling. Memandang wajah suamiku yang sudah masam. Aku tarik drawer almari. Mengambil bungkusan stoking yang baru dibeli. Memang suamiku suka beli sroking. "Papa ambil yang baru jelah. Bising. Mama nak bersiap pun tak boleh,"rungutku geram. "Inilah dia. asal tak jumpa keluar yang baru. Asal tak jumpa keluar yang baru," "Papa tolong diam boleh tak?," "Mama! Mama! Stoking Along mana? Along dah lambat nak pergi sekolah ni. mama ni memanglah. Suka hilangkan stoking Along,"anak sulongku pula menjerit dari biliknya. "Tengok. Tu anak papalah tu. Papa pergilah tengok kejap. Mama tak boleh bersiaplah macam ni," "Mama yang buat masalah kan? Mama sendiri yang settlekan. Berapa kali nak cakap, benda-benda kecil macam tu, simpan satu tempat. Ini, tak ada lain ni,. mesti bercampur dengan pakaian lain," Alah! Dah mula membebel pagi-pagi buta macam ni. Geram betul. Tapi, inilah yang aku lalui selama ini. Dan inilah juga rencah-rencah kehidupan yang memberi rasa bahagia padaku. Aku pandang wajah suamiku yang masih terus membebel. "Mama bahagia sekarang papa," Kata-kata itu membuat suamiku terdiam. "Apa?," "Mama bahagia hidup dengan papa," Suamiku tersenyum. Melangkah rapat padaku. Memelukku dari belakang sambil mencium pipiku. Bebelannya hilang serta-merta. "Papa juga,"bisiknya di telingaku. "Kalau macam tu, pergilah tolong Along cari stoking kejap. Mama nak bersiap cepat ni. nak hantar adik ke nursery lagi,"aku bersuara sambil tersengih. Suamiku memandang geram. "Psikologi papa ya?," "Please….," "Oklah sayang," Dan aku tersenyum bahagia apabila sebuah lagi ciuman hinggap ke pipiku sebelum suamiku bergerak keluar. "Mama!," Aku terkedu. Kenapa suara anak dan ayah bersatu memanggilku? Aku berlari keluar dari bilik. Suamiku dan anak sulungku bercekak pinggang memandang ke arahku. "Kenapa?," "Stoking Along dengan papa. Semuanya kat dalam washing machine ni. Mama tak jemur ya?,"marah anak sulungku. Aku menepuk dahi. "Mama lupa sayang. Sorry," "Itulah. Buat kerja selalu bertangguh. Sekarang, apa dah jadi,"suamiku pula menambah. Sama saja perangai anak dengan ayah. Aku cuma mampu tersengih.
Beg yang disandang dibahu perlahan-lahan kulurut kebawah…melabuhkan seketika badanku diatas kerusi panjang di perhentian bas…mak disebelah kurenung penuh kasih…kasihan..mana arah hala tuju kami?kl bukannya kecil…aku memejamkan mata seketika..panas diluar membuatkan tekakku kering… "ibu..iman nak beli air kejap..ibu nak?"gelengan dari mak cukup untuk membuatkan aku memahami maksudnya…aku bangun..mahu melintas jalan..menuju kearah gerai kecil yang menjual pelbagai minuman dan makanan ringan..menoleh kekiri dan kanan..tiada kereta atau motor..laju kuayun langkah…. "air sirap dua..dengan goreng pisang tu"penjual tadi mengangguk..laju tangannya mengisi goreng pisang kedalam plastic..sementara isterinya mengisi air kedalam bekas minuman..aku menyambut plastic yang dihulurkan…mengucap terima kasih sambil menghulurkan sejalur senyuman.dibalas oleh mereka.. Baru dua langkah aku meninggalkan gerai tadi pandanganku dirasakan kelam…berpinar-pinar..mungkin kerana terik mentari diatas kepala ataupun kerana letih..seharian berjalan tanpa menjamah apa-apa makanan…aku masih berdiri disitu..statik…cuba mengimbangi badan..kereta yang memandu laju dihadapannya tak dihiraukan…dan saat itu pandanganku kelam..aku rebah terlentang diatas aspal.. Adham yang memandu laju terkejut besar apabiila menyangka dia melanggar seorang gadis..berdecit bunyi tayar apabila ditekan brek kecemasan serta-merta..mama disebelah mengurut dada..tanpa berfikir panjang laju dia keluar dari kereta..mendapatkan gadis yang dilanggarnya tadi… Masih belum kering air mata mak mah melihat iman terbaring kaku diatas aspal..lalu dia mendapatkan anaknya…memangku kepala anaknya yang sedikit luka…berdarah..habis tudung putih yang dipakainya..hatinya kian walang..entah apa nasib malang mereka hari ni…Ya Allah selamatkanlah anakku…doanya..tak putus-putus. Adham melarikan kereta selaju mungkin…lambat dirasanya mahu sampai ke hospital…hatinya sudah gundah –gulana..terukkah kecederaan gadis itu?memerhati melalui cermin pandang belakang…hatinya dihimpit rasa bersalah melihat ibu..ya ibu gadis itu barangkali menangis teresak-esak sambil mengusap wajah anaknya yang pucat lesi...mereka mahu kemana ya?dengan membawa beg-beg lagi… "slow sikit am.risau mama.." "am lagi risau mama.." "mama tahulah…dah nampak signboard hospital tu…" "okeylah"balasnya..menurunkan sedikit halaju apabila membelok masuk ke dalam kawasan hospital..lengang…dia bernasib baik…terus memandu ke bahagian kecemasan..mana tahu gadis itu benar-benar parah.. Tak perlu menunggu attendant hospital datang..adham yang menggendong iman masuk ke bilik kecemasan..darah yang terkena pada bajunya tak dihiraukan yang penting gadis itu!dia mahu gadis itu selamat…dia benar-benar berharap… Sejam menanti penuh debar …adham mundar- mandir dihadapan pintu wad kecemasan…lamanya..pandangannya cuba menerobos masuk melalui cermin jernih dipintu wad itu,..namun tak berhasil..dia kembali berjalan mundar-mandir.. "am..duduk dulu…iman taka pa-apa" "iman?siapa iman?" "gadis yang kamu langgar tadi la…iman namanya.."adham tersenyum kecil..sedar kebodohan diri..satu jam menanti dia masih belum pun menyapa wanita yang hampir sebaya mamanya…risau punya pasal..aduhai..malunya.. "err..mak cik..am minta maaf..tak sengaja tadi..betul-betul tak sengaja"katanya menghulurkan tangan..mahu bersalaman…tangannya disambut.sejuk… "taka pa..dah nak kena.." "mak cik dah makan belum ni?"melihat gelengan wanita itu adham kian dihimpit rasa bersalah..mesti iman pun masih belum makan… "jom..akak..kita pergi kafe,..makan.."mak mah menggeleng..dia tiada hati mahu makan…hilang seleranya…dia hanya mahu menanti iman sedar…mahu melihat semula senyuman manis anaknya… "pergi makan sikit mak cik…biar am tunggu disini..perut mak cik kosong..nanti mak cik pula sakit"adham bersuara lembut.memujuk...dan atas pujukan adham dan mamanya..akhirnya mah mengalah.dia bersama puan khadijah melangkah longlai menuju ke kafe.. "awak ahli keluarga iman aiman yusof?"adham yang terpinga-pinga berfikir…terkejut sebenarnya apabila disoal begitu oleh jururawat..iman? "yang saya gendong masuk tadi ke?"melihat anggukan jururawat tadi adham tahu…iman..gadis tadi..sedapnya nama dia..iman aiman.. "ya..saya..kenapa nurse?dia okey tak?" "kejap lagi awak boleh tengok dia…kami akan pindahlkan dia ke wad kenanga..hujung sana..katil no 18…" "doctor mana?" "masih dekat dalam..tu ha..dah keluar pun.."ujar jururawat tadi seraya menghalakan jari telunjuknya kearah doctor lelaki yang baru berjalan keluar melepasi pintu wad kecemasan..adham bingkas…mahu bertanya lanjut tentang keadaan iman… "bagaimana keadaannya doktor"doctor itu mendongak..dan adham terasa seperti pernah mengenali doctor yang merawat iman itu… "adham?"eh dia tahu nama aku… "lan?razlan?"soalku kembali..ingat-ingat lupa.. "betullah tu…" "ya Allah.apa khabar kau?hantu betul..bila kau start kerja kat sini?"lupa pada tujuan asalnya mahu bertanya tentang iman..seronok bukan kepalang…apabila bertemu kembali teman lamanya…. "aku baru kat sini…jomlah…kita berbual kat kafe…" Baru adham mahu mengiyakan dia ternampak katil disorong keluar dari wad kecemasan.iman! "aku nak tengok budak ni dulu.." "dia dah okey..kau langgar dia ke?" "haah..aku risau ni.." "dia okey..nanti kau tengok dia…aku nak bincang sesuatu dengan kau ni..jom ke bilik aku.."dengan berat hati adham mengikut langkah razlan..walaupun dasarnya dia mahu mengejar iman.. "duduk dulu.." "kenapa dengan dia?"soal adham..tak sabar… "dia okey..aku dah balut lukanya..Cuma aku bimbang kalau-kalau ada darah beku di kepala dia…tadi dia jatuh kuat tak?" "tak rasanya.." "kau check la betul-betul.." "dah…kepala luka..lengan dan kaki pun luka sikit..tapi tak teruk…aku bagi pain killer..dalam 12jam dia akan sedar semula…. "12 jam?maknanya..pukul 1 pagi ni baru dia akan sedar semula?" "yup.." "tak apelah..yang penting dia okey…risau aku dibuatnya…" "yang kau risau sangat ni kenapa?" "aku yang langgar dia..kau tahu tak?!" "aku tahu la…kau dah makan ke belum ni?" "belum..tak ada selera.." "jom..makan..aku pun free sekarang ni…"kata razlan sambil menarik tangan adham..kalau dibiarkan teruk…risau tak bertempat betul! Mereka terserempak dengan mama dan ibu iman yang baru keluar dari kafe…dia mengkhabarkan tentang keadaan iman kepada mamanya…ibu iman juga nampak sudah sedikit tenang dari tadi…. Iman mencelikkan mata..kepalanya yang terasa berdenyut-denyut mematikan langkahnya untuk bangun..sakit!aku kat mana ni?cuba mengingati semula apa yang berlaku.beli air..and then..accident?aku kemalangan ke?ataupun pengsan?eh..kat mana ni?melihat cadar..selimut yang serba putih..iman tahu dia dimana..tapi siapa yang membawanya?ibu mana? Dia menoleh..kelihatan seorang lelaki sedang nyenyak tidur disisinya..lelaki?siapa ni?siap pegang tangan aku lagi..iman menarik tangannya dari genggaman lelaki tadi…sedikit kasar..membuatkan lelaki tai tersedar…wajah iman sudah pucat,…mahu menangis apabila anak mata mereka bertaut..dia takut… "dah sedar…tunggu ya..saya panggilkan doctor"katanya lalu menghilangkan diri dibalik pintu..sebentar sahaja..dia masuk semula bersama lelaki yang berpakaian seperti doctor.. Memeriksaku ala kadar…bertanya entah apa-apa soalan..aku jadi rimas…nak balik!ibu mana?pandangannya jadi kabur… "err..jangan la nangis…awak sakit ke?lan..check la dia..dia sakit tu!" "aku dah check..normal…kepala rasa berdenyut ya?"oleh kerana dihambat rasa malu menangis dihadapan mereka aku mengangguk..memegang kepala..mujur sempat cover kalau tak..malunya..mana la aku nak letak muka… Sebaik sahaja doktor dan lelaki tadi keluar aku kembali memejamkan mata…denyutan dikepalaku sedikit hilang selepas makan ubat yang diberikan..namu perutku yang berbunyi membuatkan mataku kembali terbuka..lapar!dari semalam aku tak menjamah apa-apa makanan…alahai… "makan la…awak mesti lapar.."macam tahu-tahu saja lelaki ni..aku menyambut bekas polisterin yang dihulurnya..saya beli tadi…bimbang kalau awak sedar….dan awak lapar..jelasnya tanpa dipinta… "mak awak kirim salam…esok dia datang…saya suruh dia balik berehat kat rumah.."rumah?aku mengerutkan dahii…bertanya tanpa suara..ibu?dia kenal ibu aku ke? "maksud saya,…rumah saya..saya bawa mak awak tidur kat rumah saya…" Aku hanya mengangguk..sedikit terkial-kial mahu mencedok nasi kedalam sudu..susahnya…tapak tanganku kiri dan kanan yang masih berbalut menyukarkan pergerakanku.takkan nak suruh dia suap kot?kenapa la ibu tak temankan aku kat hospital ni? "saya suapkan ya?"soalnya…dan tanpa menanti jawapanku dia mengambil bekas polisterin ditanganku…menyerbu darah ke mukaku saat sudu disuakan ke mulutku…berpijar rasa kulit muka…panas…menggeleng.. "err..saya suap sendiri la.." "dengan tangan yang berbalut tu?saya suapkan..awak malu ya?"soalnya sambil tersengih seperti kerang busuk…mukaku kembali merona merah..tak sayang mulut betullah mamat ni! Melihat ibu yang duduk disebelahku aku tersenyum..gembira..seolah bertahun lama tak berjumpa ibu..rindunya..laju kupeluk tubuh kurusnya..argh..aku memang kebudak-budakan….mamat yang tak aku ketahui dan seorang lagi wanita yang datang bersama ibu tak kuhiraukan…. "hari ni rasa sihat tak?"soal ibu sebaik sahaja aku meleraikan pelukan "okey dari semalam…rindulah kat ibu"kataku kembali memeluknya…. "kenalkan…adham..dan yang itu puan faridah.."sejalur senyuman kuhulur buat tatapan wanita tadi..api tidak lelaki yang satu itu.ayng sedang tersengih kearahku.argh..aku tak sukalah kat mamat tu…dahlah langgar aku… "panggil mama ja iman.." Mama?biar betul..bila aku kahwin dengan mamat tu?kacau!argh..kenapalah aku boleh terjebak dalam family yang terlebih ‘baik’ ni?adus… 3 hari dua malam di hospital membuatkan aku benar-benar kebosanan…mengadap semua yang serba putih..doktor..jururawat…cat..cadar..selimut..argh.jiwaku kacau!mujur tiada siapa yang menemani aku..bebaslah sikit aku nak merayap entah ke mana-mana… "awak pergi mana?"aku yang baru menarik pintu bilik terkejut disergah begitu…mencerlang anak mataku memandang adham..apa nak marah-marah aku pulak ni?suka hati la…bukannya aku suruh tunggu aku pun… "siap..awak dah boleh keluar …" "ibu saya mana?" "kat rumah.." "saya nak kena balik rumah awak ke?" "nampaknya begitulah.."sudah..tak mahulah aku..tak mahu terhutang budi lagi…namun bagaimana aku hendak membantah?mama sudah berada di rumah mereka..ala…menyampahnya aku… Aku rasakan hubungan ibu dan mama makin rapat.hatiku terusik..sampai bila kami mahu menumpang dirumah mereka?dan adham..selesakah dia?oh tidak..aku perlu keluar dari sini..bersama ibu..pulang ke kampong?benda terakhir yang aku akan lakukan setelah dihalau seperti kucing kurap oleh bapa saudaraku..kejamnya mereka.. "iman.ibu ada hal nak bincang dengan iman"aku tersenyum.mengangguk..menepuk sofa disebelahku supaya ibu duduk disitu.dia akur.. "ada apa ibu?ibu nak ajak iman keluar dari sini ke?iman tak kisah"ibu menggeleng..aku mengerutkan dahi..nampak serba-salah dia mahu berbicara..tentang apa ni?hatiku mula tak keruan.bimbang. "mama faridah bagi ni.dia nak meminang kamu..untuk adham"kata mama lalu menghulurkan bekas baldu berwarna merah kepadaku..aku menelan liur..tak percaya.secepat ini? "err..ibu..betul ke?"ibu mengangguk..aku rasa nak pengsan..baru nak masuk 3bulan aku disini mama dah merisik?biar betul! "iman tak boleh la ibu..kita keluar dari sini ya?" "kita dah banyak terhutang budi dengan mereka iman..tak salah rasanya kalau iman terima"terasa tercekik leherku mendengar katakata ibu.balas budi?dan aku dijadikan gelang gantinya?kejamnya ibu…iman ni anak ibu..bukan barang yang boleh ditukar ganti!rintihku…hangat pipiku dibuatnya..dibasahi mutiara jernih..sedihnya.. "ibu sayang iman..ibu tak tahu ibu akan hidup sampai bila..yang ibu tahu..adham akan membahagiakan iman.belajarlah menerima dia"mudahnya ibu bercakap..kerana dia bukan ditempatku.dan adham mahukah dia menerimaku?beratnya… Kubiarkan pertanyaan ibu tanpa jawapan..menerima?tidak..perjalanan hidupku masih panjang.aku perlu bersemuka dengan adham..ya aku perlu berbicara dengan dia dari hati ke hati.. "saya sukakan awak..mama pun.."katanya sambil tersenyum..aku memegang kepala..berpinar rasanya..benarkah adham yang menuturkan ayat itu? "awak..jangan main-main boleh tak?saya serius ni." "me too..saya tak tahu bila perasaan itu hadir..love at the first sight kot!!!"aku benar-benar nak rebah menyembah bumi ni…gila!aku sikit punya serius dia boleh buat sesi luahan perasaan pulak!putus fius ke apa mamat ni? "saya tak paksa awak terima..tapi saya nak awak tahu..saya sayangkan awak..saya dah anggap ibu awak tu macam mama saya..lagipun saya tak mahu awak rasa tak bebas dirumah ni"bebas? "saya akan keluar" "tapi kemana?" "bumi Allah ni luas adham…" "kenapa awak degil sangat?sampai hati awak tengok ibu awak sedih?mama saya sedih?elok-elok diorang bahagia..berdua..ada teman berbual..menanam pokok sama-sama..tegar awak merampas semua ini?" "dan awak tegar mengahwini saya walaupun tak sekumit pun perasaan cinta itu dihati saya?"potongku..dia tersenyum.. "perasaan cinta..kasih..dan sayang boleh dipupuk iman…tak salah kalau kita mencubakan?!" "awak ingat kahwin ni try and error ke?kalau betul go ahead..kalau salah bercerai?jangan cakap tanpa berfikir panjang..ikut hawa nafsu…"sekali lagi dia terseyum..aku mengeluh..makin tak faham.. "saya dah lama fikir iman..baik buruk semua ini..Cuma awak..tak beri peluang kepada saya langsung!semua orang perlu diberi peluang iman..peluang untuk mencuba.." sekali lagi aku mengeluh..berfikir.. Terkebil-kebil mataku memandang syiling..ada cicak!bahagianya kalau jadi cicak..tak perlu fikir semua ni..just makan..tidur aja!betul ke?mengarut! Setelah ditambah..ditolak..dibahagi dan didarab..sedikit campur tangan ibu..mama dan adham..aku menerima..ya..semua orang layak diberi peluang..peluang untuk mencuba mencari kebahagiaan..aku juga! ---------------------------- 2tahun kemudian.. Larian amsyar aish bin adham hakimi kujejaki..penat!letih..sejak mendapat kaki..anakku yang seorang ini kian aktif..iman tersenyum dalam kemengahan..sudah malas mahu mengejar amsyar yang terkedek-kedek mendapatkan papanya..adham tersenyum..mencempung tubuh montel anaknya lalu mendapatkan isterinya yang sedang duduk.. "iman?"panggilnya lalu mendaratkan lengan dibahu isterinya..iman mendongak.mencari anak mata adham yang leka memerhati pantai chenang.tempat dia dan iman berbulan madu..tempat dia mengajar iman erti kasih sayang.tempat iman memberikan peluang kepadanya. "iman sayang abang..terima kasih"adham menoleh..bertemu pandang dengan isterinya.. "terima kasih juga kerana iman sudi memberi peluang kepada abang"aku tersenyum..menepuk tangan adham yang memeluk kejap bahuku..kami berbalas senyum..dihadiahkan kucupan dipipi isterinya…mengeratka pelukan..lalu berjalan seiringan menyusuri pantai..terima kasih tuhan..terima kasih diatas kurniaan ini..terima kasih diatas kebahagiannya ini..
Please leave your comment here….. This is my first trial..tq.(-_~)
"Handsome siot!.Budak mana ha?" " Gila!Mana aku tau.Budak degree kot!" Dua orang anak dara sedang mengintai aksi si teruna dari tingkat 3 bangunan Pusat Matrikulasi. " Kalau bukan budak degree, mesti kerani pejabat..." Sha membuat andaian liar."Kerani mampu pakai motor besar ke?Cagiva Mito tu... Pakai akal la sikit kawan.." Moon membalas." tapi kan, pendek la..not my taste!""Peh!macam la mamat tu nak kat hang. Perasan kuasa 5 aa ko ni Sha". Tiba-tiba.."sreeeet", sebuah Honda CBR hitam memasuki parkir bersebelahan Cagiva Mito merah. " Yang satu ni nampak macam tinggi sikit. Ko tengok tapak kaki dia. Cecah jalan...tak macam Mr Cagiva tu, jengket! Ko tunggu dia bukak helmet, gerenti muka lagi handsome!" Sha tak sabar menanti detik-detik Mr CBR buka topi keledarnya. Serentak."Kah!Kah!Kah! Mamak....!""Hoi! Korang taknak masuk kelas ke? Dah pukul 8.00 ni..." Jeritan Mek Ha, ketua kelas 2.03 mematikan ketawa Sha dan Moon...."Kaca betul mek klate nih!" Sha merungut sendiri...
*************************** "Assalamualaikum...My name is Mr Ridhwan bin Ismail. 26 years old. Still single but not available. Ha,ha..Whether you like or not, I’ll be your English teacher for this semester." " Astaghfirullahalazim…. Macamana Mr Cagiva ni boleh masuk kelas kita sha? Best giles!" " Hai..Mr katik...nampak gayanya, tinggi la markah English kawan aku ni! Sure tak ponteng kelas lepas nih!Tapi, apsal Mr Cagiva ni ...ops.Mr Ridhwan ni, cam belagak..je? memang not my taste!" "Ko apsal? Mana ada belagak. Cikgu, memang cam tu. Lagipun, sapa suruh ko suka kat dia? Aku ni ha yang dah terjatuh hati kat dia!""Ok! Next!" Mr Ridhwan memandang tepat ke muka Moon. "Ko punya turn la makcik…" " Oh! Sorry..Well,my name is Munirah bt Sulung. 18 years old.Still single and available. He.. I’m very happy to be your student and I really hope that you’ll be my teacher forever." Mr Ridhwan tersenyum cuma." Ko ni angau ke Moon? Merapu..sekali! E…malu la duduk sebelah ko!" " Aku pun malu gak! Apsal aku cakap macam tu ha? Adoi..malunye..! "
Mr Ridhwan, guru sementara di Pusat matrikulasi itu baru sebulan pulang dari UK. Walaupun tidak berminat dengan kerjaya sebagai pendidik, diturut juga kehendak ayahnya yang memang tak boleh tengok dia duduk senang lenang di rumah. Mujur saja Taufik, senior semasa di UK dulu pun dapat mengajar di situ . Ada juga teman sekepala yang boleh diajak merambu. Hari pertama sebagai guru memang merisaukannya. Maklum sajalah, perlu mengajar budak-budak cerdik. Teringat dia sewaktu sesi suaikenal dengan pelajar kelas 2.03 tadi. Pelajar bernama Munirah asyik memerhati. Naik rimas dibuatnya. Rupa tu, boleh tahan comel, Cuma ,berani lain macam...Matilah dia kalau budak tu ada hati padanya.
"Sha! Ko perasan tak Mr Ridhwan tu asyik tanya aku aje dalam kelas. Ish! Susah nak percaya ni! Takkan dia dah mula jatuh hati kat aku?" "Woi!Dah la tu! Serabut a..mana ada cikgu handsome macam dia nak student tak berapa comel macam ko! Tolonglah jangan mimpi petang-petang hari..boleh jadi gila tau tak?""Takpe Sha..kalau esok-esok ko tengok aku bonceng motor dia ko jangan jealous tau!" " Sikit pun tak jealous, Cuma aku tak tau mana dia nak letak ko pasal motor dia tu mana ada tempat untuk pembonceng." " Ye ke? Ada la..." " Mana ada..." "Takpelah! Aku boleh bawak dia naik motor EX5 aku tu!"
"Perhatian semua! Sape yang dah siap kerja yang Mr Ridhwan bagi semalam?"Senyap."Tolongla wey...aku tak siap ni..." Azhar mula merayu. " Aku siap! Ambik la kalau nak. Tapi pandai-pandai la ko tukar ayat. Silap-silap aku pulak yang kena nanti."" Fuyo...mantap la Moon...sejak bila ko jadi budak on time ni? Selalunya ko yang sibuk tiru orang."" Ye ke? Aku rasa, aku selalu siap kerja. Jangan suka-suka nak fitnah orang ye..Aku tak bagi buku ni baru ko tau.."" Ok!Ok!mintak maaf ye Cik Bulan..Aku gurau aje.""Tau tak pe..." Memang ketara perubahan Moon sejak dapat cikgu Bahasa Inggeris yang baru ni. Datang kelas awal sekali. Kerja yang diberi tak pernah tak siap, dan yang paling dasyat, dalam kelas punyalah "control" ayu..Memang kontra dengan sikapnya yang serba selamba sebelum ni.
"Moon! Nak order tak?"Mila mengganggu Moon yang sedang rancak menyembang dengan Sha " Apa dia?" "Ni ha…"request" Persatuan Bahasa Melayu buat…Ada bunga , bunga dan coklat, coklat aje pun boleh….Order la…tolong persatuan." "Ok gak!Aku nak order bunga ros dua kuntum. Meh aku tulis! Tapi ko janji tak bocor rahsia tau! Kalau tak, aku taknak bagi ko pinjam CD lagi…"
Mila cuma tersenyum membaca catatan Moon." Manyak gila ini budak!" Mila sempat memberi komen selamba sewaktu mengambil borang pesanan dari tangan Moon. " Sha! Jom gi kafe! Aku lapar ni..""Orait! Aku siapkan lagi satu soalan ni. Lepas ni kelas Miss Chiu kan?" Siapa tak kenal Miss Chiu. Cikgu Matematik yang boleh tahan garangnya. Lewat 5 minit, denda 50 sen. Macam ceti haram je bila menuntut duit denda. " Sha! Cepatlah! Nanti lambat pulak kita masuk kelas Anita Mui tu! Ko banyak duit ke nak cover aku!" Bergegas menuruni tangga ke cafe tambah pula hari itu dia memakai kasut tumit tinggi hampir-hampir buat Moon tersembam. Mujur saja ada yang sempat menyambut. " Kalau iya pun nak kat aku, takkan la main terkam macam ni...malu la sikit kat kawan-kawan aku tu.." " Sorry! Aku tak sengaja .terima kasih la sudi selamatkan aku. Cuma, lain kali ko takyah la susah payah. Aku lebih rela jatuh tersembam daripada disambut budak hantu macam ko." " Woi! Kurang asam punya pompuan..ingat aku nak sangat ke budak pendek macam ko tu? Aku doakan ko jatuh terguling-guling . Orang dah tolong, buat sombong pulak." Merah padam muka Muiz menahan marah. " Cari pasal betul la ko ni Moon. Aku takut budak Muiz tu cerita kat budak-budak lain. Teruk ko kena kutuk nanti...."" Eleh!Tak luaknya kena kutuk dek Muiz and the gang tu!"
Memang telah dijangka, Sha dengan Moon kena denda lagi. Kali ni seringgit keranalewat 8 minit." Ala Miss Chiu, takkan seringgit." " Bundarkan ke nilai yang paling hampir! Lagipun, selalu lambat!" " Terima kasih..." Miss Chiu hanya tersengih menyambut 2 keping duit seringgit yang dihulur Moon."Aku cover ko hari ni.." Moon rasa bersalah kerana dia terlalu lama di tandas kerana membetulkan tudungnya yang senget- benget akibat terjatuh tadi. " Kerek betul la Miss Chiu ni. Patutla tak kawin-kawin." Moon merungut sendiri.Rakan-rakan sekelas tersengih-sengih melihat mulut Moon yang asyik mengomel sepanjang perjalanan ke tempat duduknya. " Muka aje comel, gaya tu feminin abis...tapi perangai teruk pada aku lagi!" Ammar sempat mengumpat. " Diamla beruk!" Moon melenting." Munirah! Ada masalah apa lagi?" " Takde apa Miss Chiu. Semut api gigit telinga saya." Miss Chiu menggeleng kepala.
Ridhwan termenung sendiri.Hampir 8 kiriman diterimanya setakat ini. Semuanya dari pengirim sama .MS302. Pakai kot rahsia la pulak...sapa la agaknya. Yang pasti dari pelajarnya kerana "request" begini hanya berjalan dikalangan pelajar . "Tak sayang duit betul budak ni. Nak ngorat aku ke? Terus terang ajela. Senang aku tolak. Aku dah ada buah hati la..."
Tersenyum-senyum Moon membaca kata-kata puitis berbahasa Inggeris yang tertera pada kad ucapan yang datang beserta 3 kuntum mawar merah. Sudah 3 kali dia menerima kiriman dari orang yang sama. Mr Cagiva. Bagai ingin melompat setinggi syiling bila tahu cintanya berbalas." Sempoinye Mr Ridhwan ni. Alamak...segannya. Dia tau ke aku ni MS302? Tahu la tu..Mesti classmate bagitau ! Takpe la..Yang penting dia pun suka kat aku."
Moon terdiam seketika mengingatkan e-mail yang baru dibacanya sewaktu kelas komputer tadi.Mr Cagiva ingin bertemu dengannya di Alor Setar hujung minggu ini."Aku patut pergi ke tak?" " Tak payah...bahaya woi! Kantoi dengan member-member nanti. Teruk ko kena kutuk."" Ko teman la aku. Kurang sikit risiko."" Kalau ada 10 member macam ko ni boleh gila aku! Aku boleh ikut ko tapi ko jangan biar aku sorang-sorang bila dah asyik bercakap dengan Mr Cagiva ko tu. Janji?" " Takkan aku nak buang ko pulak...sahabat aku dunia akhirat.."
" Dia janji nak jumpa kat mana?" " KFC ."Gile..ramai orang la!" "Bukan nak buat apa pun..Ko ikut aje la."" Dah pukul 3 ni..mana Mr Cagiva ni?Ko salah hari tak.?"" Sabo la..aku nervous ni." " Assalamualaikum Moon." " Waalaikumussalam.."" Tunggu orang ke?" Muiz dan kawan-kawannya yang tiba-tiba muncul membengangkan Moon. " Tak de kena mengena dengan korang."" Sapa kata? Aku la Mr Cagiva yang Cik Moon sedang tunggu tu..." Kah!Kah! Kah! Muiz ketawa disambut kawan-kawannya." Celaka punya Muiz!Jom blah Sha." Moon menarik tangan Sha menuju entah kemana. "Jom la minum air dulu." Terus Moon menarik tangan Sha masuk ke sebuah restoran."Restoran Cina la Moon. Kembang tekak aku ni!""Argh!!!Apsal serba tak kena ni?" " Relax la Moon. Muiz cuma nak gurau je" " Gurau ape ke jadah? Malu giles..."" Kantoi...aku tak tau...ko yang cari pasal hari tu. Sabo la yek!" Sha cuba menahan ketawa.
Sakit hati Moon belum hilang lagi. Macamana dia harus mengadap muka budak-budak matrik yang tahu cerita malu semalam. Rasa nak pitam bila terbayang macamana budak-budak lelaki "boo" padanya esok. "Ya Allah! Tolongla aku! Aku serik..." lambat sekali Moon bersiap kelas pagi itu. Hatinya terasa berat untuk menghadapi bencana besar yang bakal menimpanya." Aku mesti berani! Ini Moon la...Budak pompuan paling selebet kat matrik. Go, go chaiyok!"
Terpaksa berdiri dalam bas memang biasa. Tapi berdiri hari ini memang betul-betul menguji kesabaran Moon. Dalam situasi getir begini, motornya pula buat hal. Berkejar naik bas, kena berdiri pulak tu. " Motor habis minyak ke?" Suara nakal dari belakang mula berbunyi. " Stesyen minyak kat Alor Setar semua tutup kot!" Ada pula yang menambah " Abang motor merah tak mai ambik ke?" Kah!Kah! Kah! Suara ketawa budak-budak yang mengusik Moon memenuhi ruang bas biru belang putih itu. " Sakit, sakit....memang celaka budak Muiz ni."Moon terasa panas. Perjalanan 15 minit terasa berjam-jam lamanya.
Moon rasa nak lari jauh pada orang bila teringatkan kutukan kawan-kawan Muiz padanya. Lebih teruk lagi ialah bila dia diperli oleh Mr Taufik, kawan baik Mr Ridhwan sewaktu dia tiba-tiba muncul di cafe kolej matrikulasi. Ketika itu Moon dan teman-teman sekelas sedang berbincang tentang projek jualan Hari Terbuka Kolej. Kata-kata sinis Mr Taufik betul-betul menikam jantungnya. Malam itu jugalah dia meleraikan semua perasaan kasihnya pada Mr Ridhwan.
************************* Cerita lucu 8 tahun dulu membuatkan Moon tersenyum sendiri. Terasa dirinya bodoh kerana tidak tahu menilai letak duduk dirinya di mata Mr Ridhwan. Kalau boleh dia kembali ke zaman itu, akan dipadamnya semua kenangan yang cukup lucu tapi amat memalukan itu. Kenangan itu kembali mengetuk memorinya apabila tanpa disangka dia dipertemukan dengan Mr Ridhwan petang tadi.
"Munirah, you kena pergi ke cawangan Puchong untuk hantar barang-barang promosi." Puan Maslia, Pengurus Pemasaran syarikat telekomunikasi tempat Moon bekerja memberi arahan. " baik Puan. Saya pergi pukul 3.30.Bolehlah saya terus balik rumah." Pekerjaan barunya itu menuntut dia selalu keluar menyelaras program promosi produk syarikat. Letih, tapi dia suka kerana dia memang kaki merayap. Selagi bujang!
"Saya Munirah, dari HQ. Boleh saya jumpa pengurus?"" Silakan cik."" Kerani di meja pertanyaan membawa Moon ke bilik Pengurus Operasi." Nama di pintu bilik yang dimaksudkan seperti pernah didengar. Sebaik pintu dibuka, matanya terus megarahkan pandangan pada seorang lelaki handsome berkacamata . " Mr Ridhwan! Keciknya dunia ni.." Hati kecilnya berkata-kata. Perutnya terasa memulas. Jantungnya berdegup kencang. " Assalamualakum, En Ridhwan."" "Waalaikumussalam cik..." " Munirah." Moon terpaksa menjawab walaupun niatnya untuk merahsiakan saja nama sebenarnya. Belumpun sempat dia mencari nama yang sesuai Mr Ridhwan cepat pula bertanya." Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" " Tak pasti pulak. Rasanya macam tak pernah. Lagipun, saya baru aje kerja di syarikat ni." Lega rasa walaupun terpaksa jadi penipu. Tak sanggup dia memalukan dirinya untuk kali kedua.
"Betul Sha...Mr Cagiva tu jadi branch manager kat puchong. Nasib baik dia ingat-ingat lupa kat aku. Kalau tak, mau aku cabut lari jam tu jugak." " handsome lagi ke?" " Muka sama je, cuma boroi sikit dan rambut jarang-jarang menuju botak le tu!" " Anak berapa?" " Alloo...takkan aku tiba-tiba tanya bab anak plak...Aku kan konon-konon tak kenal dia.."" Fuh! Dasat giles...nasib baik selamat.." Dikongsinya cerita bertemu Mr Ridhwan semalam dengan Sha sewaktu pergi window shopping di IOI Mall. Itu saja pun tempat yang dia selalu pergi sejak tinggal menyewa di Puchong Perdana. Dia masih setia dengan Sha. Sha yang menyewa di situ terus memujuknya tinggal sekali walaupun tempat kerjanya jauh di Kuala Lumpur. Kawan punya pasal..." Assalamualaikum..." " Waalaikumussalam...Er..Encik Ridhwan." Terkejut Moon dengan sapaan Mr Ridhwan yang tiba-tiba terpacul di sebelahnya ketika dia sedang membelek-belek t-shirt di kedai pakaian wanita. "Sapa ni papa?" Anak perempuannya bertanya." Kawan papa.." " Comelnya..berapa orang anak En Ridhwan?"Moon cuba mengawal keadaan" Lima..2 lagi ada latihan taekwondo. " Mm..kenalkan, ini kawan saya...Hasnah." Menipu lagi..Mr Ridhwan tersenyum penuh makna." Kami nak makan ni. Jom join sekali." "Tak pe lah, kami pun dah nak balik ni. Jumpa lagi.Assalamualaikum."Segera Moon menarik tangan Sha. Tak sanggup dia lama-lama dengan Mr Ridhwan. " Apasal tolak pelawaan dia? Aku lapar ni!"" Nak mampus? Kalau tiba-tiba bini dia datang, ko nak cakap ape? Anak dah 5 bukan main galak lagi..Hi..mintak dijauhkan jumpa dengan dia lagi."
" Ada kiriman untuk awak.Peminat la tu!" Azmir, teman sepejabat menghulurkan sekotak coklat berbentuk hati.
"Remember me always.." Mr Cagiva Tak terkata Moon bila membaca kata-kata yang tercatat pada kad yang yang ditampal pada kotak coklat itu. Malunya rasa bila teringatkan semua kata-kata dustanya." Harap-harap takde la aku jumpa lagi orang tua tu..Bengong,bengong, bengong!!" Moon menyalahkan dirinya sendiri yang tersilap langkah. " Ah! Lantaklah!Malas nak fikir."
Moon membayangkan hidupnya akan kembali normal malangnya kiriman demi kiriman mengunjungi meja kerjanya saban hari.Nampaknya Mr Ridhwan cuba bermnain api. " Takutla Sha...laki orang tu..macamana kalau bini dia serang aku?": Ko serang dia balik!"’Aku serius ni...Ingat aku kebuloq sangat ke kat dia tu. Ramai lagi orang bujang kat dunia ni. Apa kes kawin ngan laki orang?" " Kalau ramai sangat, apasal tak kawin-kawin cik Moon oi!" " Belum ada jodoh la tu namanya...ko pun tak kawin lagi apasal?" "He, he...aku bukan takde jodoh..terlalu banyak, tak tau nak pilih mana satu! Payah-payah sangat, ko jumpa aje Mr Ridhwan tu berterus terang." " Taknak aku! Nak cakap macamana? Nak cakap jangan kacau aku lagi? Macam tak kena aje. Aku ingat aku nak buat bodo aje sampaila keadaan jadi tersangat genting. Aci tak? Malas la fikir benda-benda tak masuk akal macam ni.."" Suka hati ko la Moon..."
Setelah dua minggu tanpa sebarang berita dari Mr Cagiva, moon menerima sekeping kad dihiasi kata-kata cinta. Siap dengan ayat nak bina mahligai bersama. Yang paling menariknya ialah diakhir bicara, Mr Cagiva ingin bertemu dengannya di Putrajaya. "Wow! Ini kira dasyat ni. Aku bakal menyebabkan seorang lelaki berlaku curang pada isterinya. Nak pergi ke tak? Kena tanya Sha ni!" Seperti dijangka Sha menyarankan agar dia pergi menemui Mr Ridhwan. " Samada ko nak tolak atau ko nak terima dia, baik ko bersua muka aje. Cepat sikit settle. Kali ni, aku taknak teman. Aku taknak kacau detik-detik bersejarah tu. Tak romantik la kalau aku ada sama. Kalau ko kena serang dek bini dia lagi la aku tak patut ada kat situ.." " Romantik pale hotak ko! Kan aku dah bagitau ko prinsip hidup aku! Biar jadi andartu daripada jadi madu. Ini Moon la..Takkan rosakkan rumahtangga orang!"
Moon memandu sendirian menuju ke Putrajaya. Jam di dashboard menunjukkan pukul 6.00 petang. Lagi 30 minit sebelum waktu yang dijanjikan. Berdebar-debar bila dibayangkan pertemuannya nanti. Dia cuba mencari ayat yang terbaik bagi menolak huluran cinta Mr Ridhwan. Kalau 8 tahun dulu cintanya ditolak mentah-mentah oleh Mr Ridhwan, hari ini dia pula akan cuba menyakitkan hati orang tua itu. Yes! Satu sama! Dia sudahpun memasuki perkarangan masjid Putrajaya. 5 minit sebelum pukul 6.30. Diparkir keretanya dan berjalan ke bangku berhampiran. Dia meninjau-ninjau kalau-kalau Mr Ridhwan tiba lebih awal. Tiada. Lantas dia melabuhkan pungungnya di bangku. Telefon bimbitnya berbunyi.Ada mesej."How? Dah sampai ke?" Sha menyibuk. " Blm. Jgn kacau la..." " All d best!". "tq". "Dah pukul 6.40 ni. Mana pulak Mr Ridhwan tak muncul-muncul. Bini dia dah tau ke?" Macam-macam andaian mengganggunya. Bunyi ngauman motosikal mencuri tumpuannya. Sebuah Cagiva merah berhenti betul-betul didepannya. " Tersentak jantungnya tatkala topi keledar dibuka. " Assalamualaikum...?" Tergamam Moon apabila pemuda yang menyapanya bukanlah Mr Ridhwan. Siapa ya? Seperti pernah dikenalinya. "Waalaikumussalam.."" Tak kenal saya ke?" Senyuman nakal itu tidak pernah berubah. Astaghfirullahalazim... " Muiz?" " Ya...Dah lama tunggu saya?" " Er..ada la 25 minit." " Ye ke? Takpe kan? Saya tunggu awak lagi lama. 8 tahun." Tiada kata-kata yang dapat diucapkan. Dia betul-betul terkejut. " Maafkan saya kalau buat awak marah dengan tindakan saya ni." Muiz memulakan bicara selepas Moon mempelawanya duduk. " Sebenarnya saya memang minat kat awak sejak dulu lagi. Tapi takde masa yang sesuai. Lagipun, saya tiada di Malaysia. Sambung Master di US. Baru 6 bulan balik sini. Selama ni saya sentiasa ikuti perkembangan awak melalui ex-classmate awak. Kebetulan tempat kerja saya tak jauh dengan tempat kerja awak sekarang. Dapatlah saya usha awak hari-hari. "Adoi...patut ke aku tumbuk Muiz yang handsome ni?"
Moon meninggalkan Putrajaya selepas solat Maghrib membawa bersama persoalan yang harus dijawabnya dalam masa seminggu." Kalau awak sudi terima saya, saya akan jumpa mak ayah awak minggu depan. Tolonglah pertimbangkan. Saya betul-betul mengharap ni." Moon tersenyum teringatkan pertemuan singkatnya dengan Muiz tadi. Pertemuan yang bakal merubah warna hidupnya. Muiz bukan lagi budak nakal yang dia kenal dulu......"Tak perlu tunggu seminggu, sekarang pun aku boleh beri jawapannya. Makan nasi minyak la aku tahun ni! Yuhoo!!" .
1 Disember 2002 Tahun ini merupakan tahun pertama aku berpuasa setelah bergelar seorang Muslim. Setelah hampir setahun memeluk Islam , aku kini sedia untuk berpuasa. Syukurlah, tempoh untuk aku berpuasa tinggal empat hari sahaja lagi. Petang tadi, seperti biasa, aku ke bazaar Ramadhan bersama-sama Nusaybah, untuk membeli juadah berbuka hari ini. Sebelum ini, kami sempat juga menyediakan beberapa jenis kuih seperti karipap, ketayap dan buah melaka. Tapi sekarang, kerja semakin banyak, masa semakin suntuk. Semasa di sana, Nusaybah sempat mengingatkanku agar berjimat-cermat kerana Ramadhan bertujuan mengajar kita menyelami perit-jerih mereka yang kurang berkemampuan. Seusai berbuka, aku dan Nusaybah bergegas ke Masjid Al-Muslimun untuk beribadah.
2 Disember 2002 Kami bersahur kira-kira 30 minit sebelum azan Subuh berkumandang. Pernah suatu ketika dahulu, ketika aku masih jahil tentang Islam, atmaku dengan tegas mengklasifikasikan alunan azan sebagai suatu pencemaran bunyi. Astarghfirullah. Namun, kini aku seolah-olah menantikan semangatnya si bilal mengajak kita menyembah Yang Maha Esa. Subuh pagi itu aku menangis, terkenangkan apalah agaknya nasib saudara-saudara kandungku yang masih menyembah berhala. Papa dan Mama sememangnya masih tidak dapat menerima penukaran agama anak perempuan sulung mereka ini. Selesai solat, aku dan Nusaybah segera bersiap untuk ke pejabat. Hari itu berlalu seperti biasa, dan mentari tetap terbenam seperti hari sebelumnya. Malam itu, aku kembali ke pembaringan, menanti mentari esok yang belum pasti akan melambai penduduk di bumi Rab ini.
3 Disember 2002 Tengah hari itu, Nusaybah mempelawaku ke kampung seberang untuk memasak bubur lambuk secara berjemaah. Aku bersetuju. Maklumlah, inilah peluang untuk aku mengeratkan hubungan dengan mereka yang seagama denganku. Sungguh, tak dapat aku nafikan, ada yang memandangku dengan seribu macam jenis persoalan dan tak lupa juga, ada pandangan-pandangan serong yang kuterima. Tahu-tahu sajalah, dengan mata yang menyepet, kulit putih kemerah-merahan dan kepala yang masih belum berkelubung menampakkan rambutku yang lurus keperangan paras bahu, tentu saja ada yang ragu-ragu tentang status agamaku. Tapi aku tidak hiraukan semua itu kerana aku tahu, masih ada yang mahu membimbingku, Nusaybah sebagai contoh. Dia tahu, aku masuk Islam, bukan untuk berkahwin dengan syabab Islam di pejabat, tapi kerana aku benar-benar tertarik dengan agama suci ini. Sesekali terasa sebak di dada. Kebiasaannya kehangatan suasana memasak beramai-ramai ini hanya dapat kuraikan ketika upacara memasak dan memakan mi wan tan. Dengan Mama yang menyediakan bahan-bahan, Mei Ling dan Mei Fan membuat mi, Papa merakam gelagat kami sekeluarga. Riuh-rendah; bagai dunia ini kami yang punya. Rindu? Sangat-sangat; tambahan pula hari ini hari jadi si kembar, Thomas dan Nicholas. Mujur ada Nusaybah, yang sentiasa memahamiku. Pelukan hangat dan erat seorang sahabat mengukuhkan persahabatan kami. Apa yang dapat aku rumuskan ketika berada di sana, itulah hebatnya bulan mulia ini, kedatangan Ramadhan telah menghapuskan enau dalam belukar, yang dahulunya melepaskan pucuk masing-masing, kini berganding bahu dan mengeratkan ikatan agar lebih utuh dan kebal. Malam itu, aku tidak melepaskan peluang untuk membuat Qiamullail selepas bertarawih. Penat, memang penat. Disebabkan tidak pernah sekalipun dalam seumur hidupku berjaga malam, beberapa kali jugalah Nusaybah mengejutkanku dari terus terlena. Mimpi? Bukan masanya untuk aku terlena diulit mimpi-mimi indah, tetapi peluang ini harus kugenggam untuk bersujud dan bertasbih kepada-Nya.
4 Disember 2002 Hari ini, hari terakhir umat Islam berpuasa. Aku membelek-belek sepasang baju kurung bertona merah bersulam benang merah jambu yang Nusaybah belikan untukku. Inilah baju kurung pertama yang aku benar-benar tidak sabar untuk memakainya. Jika dahulu, bagiku baju ini seperti namanya, mengurungku dari bebas melakukan aktiviti lasak. Di sebelahnya, aku melihat cheongsam merah baldu bersulam benang hitam dengan corak ornamental. Cheongsam itu telah diubah suai agar menepati tuntutan syara’, tidak ketat dan tidak menampakkan susuk tubuh, tidak jarang, dan berlengan panjang. Belahan tepi masih dikekalkan, kerana aku akan memakai seluar bersama-sama cheongsam ini. Sedih rasanya untuk aku tinggalkan bulan penuh barakah ini. Selama sepurnama yang lalu, adakah ibadatku diterima? Kini aku mengerti, berpuasa yang bagiku dulu adalah suatu tindakan bodoh dan menyeksa diri rupa-rupanya tersorok 1001 hikmah di sebaliknya. Terselit kenikmatan yang Allah janjikan untuk hambanya yang beriman. Aku belajar menghargai kemewahan yang aku miliki tidak lama, dan ada yang lebih memerlukan, aku belajar ukhwah kerana Allah itu indah, dan aku belajar merendahkan diriku di hadapan Dia yang Maha Satu. Hanya Dia yang berhak berlaku riak, hanya Dia yang sempurna, hanya Dia yang istimewa tiada duanya. Tanpa kusedari, mutiara-mutiara jernih jatuh bercucuran. Satu demi satu titisan jatuh ke pipi sebelum sempat titisan sebelumnya kering dihembus bayu. Aku sedar kesilapanku selama ini dan aku bersyukur kerana menjadi antara yang menerima nur pancaran hidayah daripada-Nya. Nusaybah yang melihatku, hanya tersenyum mesra dan memberi kata-kata semangat. Katanya, Allah itu Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Perbualan hati ke hati itu disambut alunan takbir yang bergema di udara.
Alya memandang sepi ke arah sekujur tubuh yang masih lagi terbaring di atas tilam buruk itu.Ibunya kelihatan lemah sekali.Penyakit barah yang dihadapinya memaksanya ibunya menghabiskan sisa-sisa hidupnya di atas tilam itu.Alya tidak berkemampuan membiyai kos rawatan ibunya itu.Ayahnya hilang sejak dia belum lahir lagi, entah ke mana.Dia satu-satunya anak kepada ibunya itunya. "Mak, Alya dah tak sanggup tengok mak macam nie…" esak Alya perlahan tapi masih didengari oleh ibunya itu. "Alya, umur mak dah tak panjang.Bila-bila masa sahaja mak akan pergi..Mak risau sekali tentang kau…" air mata jernih mengalir deras dari mata kuyu milik ibunya itu. Alya tidak dapat lagi menahan sebaknya lagi.Didakap ibunya seeratnya.Dia tahu selepas ini mungkin dia tidak dapat merasai dakapan ini.
Alya hairan melihat rumahnya dikelilingi ramai orang.Dia baru sahaja pulang dari kedai membeli keperluan rumah.Dia segera berlari masuk..Ayat-ayat suci Al-Quran kedengaran. "Alya…." Jerit Mak Som berlari ke arahnya dan segera mendakapnya.Alya kehairanan. "Napa mak long??Apa dah jadi..Mak mana..?" Alya masih lagi tidak mengerti. "Alya..Mak kau dah dijemput oleh Illahi…" jawab Mak Som dalam sedu. Alya terduduk.Air mata jatuh dengan deras sekali.Alunan surah yassin kedengaran kuat sekali di cuping telinganya.Dia meraung.Ibunya telah pergi meninggalkanya sendirian untuk menghadapi liku-liku hidup.Dia memandang semua jiran tetangga yang hadir.Semua dengan riak wajah yang simpati. "Alya, mak long mintak kau bersabar…" Alya didakapnya dengan erat sekali. Majlis pengebumian ibunya berjalan dengan lancar.Alya masih lagi di kubur ibunya yang masih lagi merah. "Mak…Alya rindu pada mak…Alya takut nak hidup tanpa mak…" tangis Alya. "Alya rindu dakapan mak..Alya rindu belaian mak..Alya nak mak dakap Alya lagi sekali.." tangisnya kelihatan semakin deras.Dia seolah-olah tidak dapat menahan sebak lagi. "Alya…" kedengaran satu suara memangggilnya dari belakang.Alya lantas menoleh.Ditatap tubuh yang berdiri megah dibelakangnya. "Alya…Pak cik mintak Alya bersabar..Semua nie dugaan Allah" Alya bingkas bangun dan mengelap air matanya dengan lengan bajunya. "Pak cik siapa…?" tanya Alya kebinggungan.Kenapa lelaki ini memberi semangat kepadanya padahal dia tidak kenal lelaki ini sama sekali. "Alya tak perlu tahu nie semua..Pak cik bersimpati pada Alya..Pak cik nak bawak Alya ke rumah pak cik.Alya boleh tinggal dengan pak cik..Pak cik akan jaga Alya.." lelaki separuh tua itu kelihatan beria-ria mengajaknya. "Tapi…Alya tak kenal pak cik.Macam mana pak cik tahu nama Alya?Pak cik nie sapa?" perasaan ingin tahu semakin membuak-buak. Lelaki itu tunduk.Dia seperti dalam dilemma. "Alya…Pak cik ikhlas..Alya datang tinggal dengan pak cik.Isteri pak cik pun boleh jaga Alya…" Alya binggung.Kenapa lelaki ini mahu mengajaknya tinggal bersamanya.Siapa lelaki ini sebenarnya. "Alya, kau pergilah tinggal dengan dia.Dia kawan pak long.Dah lama dia tak ada anak, jadi dia nak ambik kau jadi anak angkat…" suara Pak Kamal kedengaran. Alya kini mengerti.Dia tunduk.Air mata mengalir sekali lagi. "Pak cik akan jaga Alya dengan baik..Pak cik janji…" "Alya, kau pergilah Alya…" desak Pak Kamal. "Pak Kamal, Alya bukan tak nak pergi, tapi Alya tak nak jauh dari kubur emak…" sebak suara Alya. Pak Kamal dan lelaki itu saling berpandangan.Mereka kini mengerti gelora hati Alya. "Alya, itu kau jangan risau.Pak cik akan pastikan setiap minggu kau akan melawat kubur mak kau…Pak cik janji"
Alya memandang biliknya yang 5 kali besar dari biliknya di kampong.Semua lengkap dengan kelengkapan bilik tidur yang sempurna.Kini dia berada di Kuala Lumpur.Bandar yang maju dengan pesat. "Alya, pak cik harap Alya suka…" tiba-tiba lelaki itu masuk. Alya lantas menoleh dan tersenyum hambar. "Ini dah cukup baik untuk Alya..Terima kasih kerana memberi kehidupan yang sempurna..Oh ya, pak cik belum perkenalkan diri pak cik lagi.." Alya bersuara. Lelaki itu kelihatan berpeluh.Dia seolah-olah berat untuk mengungkap. "Pak cik.." "Oh, Alya panggil pak cik, ayah?" Alya terkedu.Selama ini belum pernah dia memanggil nama ayah.Dia tidak pernah merasai belaian seorang ayah.Dia hidup tanpa kasih sayang seorang ayah selama ini.Tiba-tiba air matanya bercucuran. "Napa Alya.." tanya lelaki itu lagi. "Alya tak pernah merasai belaian ayah selama ini…Alya sebak apabila pak cik menyuruh Alya memanggil pak cik ayah…" jawab Alya jujur.Air matanya segera dikesat dengan lengan baju. "Kalau macam tue, panggil pak cik, pak Din..Tak payah panggil ayah.." jawab Pak Din ramah. "Terima kasih pak cik..Alya bersyukur pada Tuhan dan moga-mogahan pak cik dan keluarga dilimpahi berkat daripada-NYA…" Tiba-tiba perempuan sebaya dengan Pak Din masuk.Dia menghadiahkan Alya seukir senyuman.Alya membalas dengan senyumannya. "Alya, mak cik gembira Alya dapat tinggal di sini.Panggil mak cik, Mak Timah…" "Terima kasih Mak Timah.."
Kini sudah sebulan Alya tinggal bersama dengan Pak Din dan Mak Timah.Hatinya semakin tenang.Semalam sahaja dia dibawa oleh Pak Din ke kubur ibunya.Dia menghadiahkan ibunya dengan surah yassin.Alya menangis di kubur ibunya.Dia amat rindu pada ibunya.Pak Din juga telah menghantarnya ke sekolah yang berdekatan.Alya kini gembira dengan hidupnya yang semakin lengkap dan punya arah tuju. "Alya!!...." namanya dipanggil oleh Pak Din. Alya lantas berlari anak-anak turun turun ke bawah.Dia tercunggap-cunggap tiba di hadapan Pak Din. "Napa Pak Din…" tanyanya dalam cunggap. "Alahai, napa lari turun..Boleh turun perlahan-lahankan…" ujar Pak Din sambil mengusap rambutnya. Alya tersengih.Dia melihat Mak Timah sedang memasak sambil mengerling manja padanya. "Ha, lupa pulak..Napa Pak Din panggil Alya?" tanya Alya sekali lagi. Pak Din tersenyum. "Pak Din nak pergi rumah kawan dengan Mak Timah nanti..Alya nak ikut atau nak duduk kat rumah saja?" tanya Pak Din sambil membetulkan kolar bajunya. "Ermm, minggu depan Alya ada peperiksaan…" Pak Din mengerti.Dia memberi isyarat kepada isterinya untuk bersiap. "Kalau macam tue, Alya jaga rumah dan Mak Timah dah masak.Makan nanti, okey…" Mak Timah bersuara. "Okey…"
Alya memandang kelibat Pak Din dan Mak Timah yang sudah kabur dari pandangannya. Dia lantas mengunci pintu hadapan dan terus menuju ke biliknya.Buku Kimia lantas diambil dan diselak satu persatu.Pening kepalanya melihat isi kandungannya.Dia mengambil satu lembaran kertas dan menulis isi-isi penting dan menghafalnya.Itulah cara pembelajarannya selama ini.Tiba-tiba loceng rumah berbunyi.Terkejut Alya dibuatnya. "Siapa yang datang nie.." hatinya bertanya-tanya. Dia lantas turun dan mengintai melalui tingkap dahulu.Oh, Nadia!!Lantas Alya membuka pintu rumah.Nadia tersengih memandangnya.Di tangannya terdapat beberapa buah buku. "Nadia!Masuklah…" jemput Alya.Nadia adalah teman sekolahnya dan teman yang paling rapat dengannya.Nadia sudah tahu hampir semua tentang dirinya.Tentang dia anak angkat Pak Din dan Mak Timah. "Aku saja je datang.Kita study group?" cadang Nadia. "Bagus jugak.Aku dah naik pening belajar Kimia…Kau kan master dalam Kimia.." seloroh Alya.Nadia masih lagi tersengih. Mereka berdua tekun belajar..Hampir 2 jam lamanya.Selepas itu, Nadia mengeluh. "Alya, dah tak larat aku nak tatap buku nie lama-lama..Kau dah fahamkan Kimia yang aku ajar tadi..?" "Yup..Dah!Kau nak minum apa-apa tak?" tanya Alya tapi pandangannya masih lagi pada buku Kimia. "Tak yah lah..Alya aku dengar kat sekolah diorang cakap yang bukan pasal kau…" "Entahlah Nadia..Aku malas nak ambik pusing nie semua.Aku just nak tumpukan pada pelajaran sahaja.Pak Din dan Mak Timah menaruh harapan yang tinggi pada aku..Aku tak nak hampakan diorang.Biarlah apa diorang nak cakap pun.." ujar Alya panjang.Dia lantas menutup buku Kimia dan memandang Nadia yang sedang mengemas buku-buku yang berselerak. "Aku kasihan tengok kau.Setiap hari ada ajer gossip tentang kau..Mesti kau tak larat nak hadapi kan?" Nadia seolah-olah mengerti penderitaan yang dialami selama ini. "Hurm…" Nadia lantas bangun dan memperbetulkan tudungnya. "Alya, aku balik dulu yea..Dah lama nie, nanti mak aku risau.Entah-entah dia dah buat laporan polis kata aku hilang…" jenaka Nadia Alya tergelak kecil mendengarnya.Dia turun bersama Nadia ke bawah dan mengiringi Nadia sehingga ke pintu utama. "Okey, bye..Assalamualaikum.." "Walaikumsalam.." balas Alya.Dia segera menutup pintu dan menuju ke ruang tamu.Dia mencapai majalah yang berada di meja kecil.Diselak-selak satu persatu.Tiada isi yang menarik.Majalah itu dilemparnya ke tepi.Tiba-tiba loceng pintu menjerit sekali lagi.Alya berlari menuju ke pintu dan membuka. "Oh, Pak Din dan Mak Timah..Dah balik pun.." Alya menyambut ketibaan kedua-dua orang tuanya. "Alya dah makan..?" Mak Timah segera bertanya, Alya tersengih.Sebenarnya dia belum makan lagi.Terlupa!! "Oppss…Belum lagi Mak Timah..Tadi kawan Alya datang, kami buat study group sampai lupa nak makan.." "Ermm, kamu nie Alya.Jangan biar perut kosong, nanti jatuh sakit.Minggu hadapan ka nada peperiksaan.." leter Mak Timah. "Sorry..Okey, okey sekejap lagi Alya makan.." jawab Alya sambil memeluk lengan Mak Timah.Pak Din hanya memandang sambil tersenyum bahagia.Hasratnya untuk membawa Alya ke sini tercapai dan tak lama lagi dia akan memberitahu rahsia yang selama ini terpendam.Alya berhak mengetahuinya!!
Pak Din mengalirkan air mata.Dia menjadi binggung.Wajah Mak Timah ditatapnya. "Abang macam mana kalau Alya keluar dari rumah kalau dia tahu kebenaran..?" "Timah, bang pun binggung.Tapi Alya akan semakin membenci kita kalau semakin lama kita memendam rahsia ini.." "Timah dah tak sanggup nak berpisah dengan Alya.Timah dah anggap dia macam anak yang Timah lahirkan sendiri walaupun Kak Yum yang lahirkan dia…" Pak Din melepas keluhan yang besar.Dia tersepit antara dua insan.Diantara Alya dan isterinya sendiri.Dia takut jikalau Alya tidak terlalu kuat untuk menghadapi kebenaran ini. "Timah…Bang dah buat keputusan!Tak lama lagi bang akan bagi tau kebenaran yang sebenarnya.." Pak Din memberi kata putus. Esakan Mak Timah semakin kuat. "Timah! Nanti si Alya dengar..Kawal diri kamu…"
Alya mengorak langkah ke bilik Pak Din dan Mak Timah.Pak Din memintanya mengambil wang dari laci bilik mereka.Alya lantas membuka laci yang terdapat di sebelah katil.Dia meraba-raba isi dalam laci tersebut sebelum tangannya mencapai satu keping foto.Alya mengamati foto itu.Dia amat kenal dengan wanita yang sedang duduk berdua dengan Pak Din. Mak!!!!!! Air matanya bercucuran melihat wajah ibunya.Dia mula merindui ibunya itu.Tapi dia binggung, kenapa Pak Din duduk bersebelahan dengan ibunya.Siapa Pak Din buat ibunya? Alya membawa foto itu ke bawah.Dia lantas menuju ke arah Pak Din dan Mak Timah yang sedang rancak berbual. "Pak Din.." panggil Alya. Pak Din dan Mak Timah lantas menoleh. "Macam mana Pak Din boleh kenal dengan mak saya.." tanya Alya sambil menunjukan gambar yang ditemuinya. Pak Din terkejut!!Begitu juga dengan Mak Timah.Mereka saling berpandangan. "Alya nak jawapan.." Mak Timah melepaskan satu keluhan.Biar dia sahaja yang menceritakan kebenaran kerana dalam hal ini dia yang bersalah. "Alya, biar Mak Timah yang ceritakan.Mari duduk sini." ujar Mak Timah. "Alya sebenarnya..Pak Din nie adalah…" Mak Timah terhenti.Dia berasa berat untuk mengungkapkan ayat. "Siapa?!" Alya bertanya.Dia tidak suka suspen.Wajah Mak Timah ditatapnya.Wajah bersalah jelas terpancar pada wajahnya. "Ayah kamu…" Pak Din menyambung. Alya terkejut.Dia lantas bangun.Dia memandang tepat ke arah Pak Din.Air matanya jatuh dengan deras sekali.Ayah Alya???Ayah yang selama ini meninggalkan dirinya dan ibu hidup dalam serba kedaifan.Selama ini dia tidak pernah mempunyai seseorang yang bergelar ayah. "Alya, Mak Timah mohon sangat pada Alya, jangan salahkan Pak Din dalam hal ini.Dia tidak bersalah sama sekali..Yang bersalah adalah Mak Timah.." Alya membisu.Dia binggung!!Sekali lagi dugaan datang menimpa padanya. "Alya…" Pak Din memanggil lembut.Dia menuju kea rah Alya. "Maafkan ayah..Ayah tahu ayah bersalah tinggalkan Alya dan ibu.Tapi ayah tak tahu syaitan mana yang merasuk ayah untuk berbuat demekian…" Alya terkesima..Perkataan ayah!!! "Alya tak sangka Pak Din dan Mak Timah sanggup buat begini pada Alya..Alya hidup dalam penipuan selama ini" ujar Alya dalam esakan dan tegas bunyinya. "Alya, kami cuma ingin menebus kesalahan kami pada emak kamu.Mak Timah tahu yang bersalah Mak Timah.Mak Timah tak patut kahwin dengan ayah kamu biarpun tahu dia suami orang..Mak Timah pentingkan diri pada saat itu" jawab Mak Timah. Mak Timah segera berlari dan mendakap Alya seerat-eratnya.Alya terkejut.Dia menjadi sebak yang teramat.Pak Din juga menyusul dan memeluknya. "Maafkan kami!!" jawab Pak Din dan Mak Timah serentak..Alya cuba keluar dari pelukan erat Mak Timah dan Pak Din tapi gagal.Mereka memeluknya dengan erat sekali.Kini dia sedar yang Mak Timah dan Pak Din benar-benar ikhlas terhadap dirinya.Mungkin dulu mereka terlalu mengikut perasaan dan menghancurkan hidup ibunya.Tetapi kini meraka sudah insaf. "Ayah…" tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulutnya. Pak Din lantas meleraikan pelukan dan memandang tepat pada Alya. "Alya..Kamu panggil ayah??" Alya lantas mengangguk kepala.Dia tersenyum dalam esakan. "Alya sedar yang ayah dan Mak Timah benar-benar ikhlas pada Alya.." jawabnya "Jangan panggil Mak Timah lagi..Panggil ibu..Boleh??" "Boleh!!...Ayah dan ibu, Alya sayang kalian…" ujar Alya sambil memeluk mereka pula. Mereka berpelukan antara satu sama lain dalam suasana yang syahdu.
"Nea, cepatlah! Ish, lambat macam nenek kebayanlah kau ni!" Kedengaran suara Annia yang agak kuat melaungku. Terkocoh-kocoh aku cuba mendapatkan Annia yang sedang menungguku diluar kedai.
"Kejap-kejap...ops.....!!!!" Aku segera mengutip jambangan bunga yang jatuh bertaburan dihadapanku.
"Sorry...sorry...tak sengaja...awak okey ke?" Aku segera merenung ke arah empunya suara itu. Terpana seketika. Wajah yang begitu mendamaikan. Tak pernah nampak pun. Bukan orang sini gamaknya! Aku segera bangun. Jejaka itu pantas menyerahkan jambangan bunga kepadaku sebelum dia beredar.
"Oit!!! Berangan! Siapa si handsome tadi ha??? Senyap-senyap je kau ye...takpe-takpe..." Annia memuncungkan wajahnya. Merajuklah tu! Umur tu dah masuk 24 tahun still buat perangai macam budak kecik umur 2 tahun.
"Apa pulak...aku tak kenal dialah! Tiba-tiba dia langgar aku time aku keluar daripada gate. Apalagi bunga-bunga ni bersepahlah, dia tolong kutipkan." Annia masih memandangku dengan senyuman penuh misteri. Aku mencebik. Huh! Tak nak percaya sudah. Banyak lagi kerja lain aku nak fikir.
"Arghh!!! Dahlah, mesti mak su marah kalau bunga-bunga ni lambat hantar. Jomlah cepat." Aku segera menarik lengan baju Annia. Gadis itu mengikut langkahku.
"Wei..! Kau nak kejar apa ni. Slow and steady girl!!! Tengok aku, relaks aje." Aku mencebikkan bibir.
"Banyaklah kau slow and steady. Mak su tu bukannya boleh sabar. Tambah-tambah minggu ni dia nak kahwin. Kalau bunga ni takde depan mata dia sejam lagi, mesti mengamuk! Aku malas nak dengar dia membebel. Kau bukan tak tahu mulut dia tu." Langkahku semakin panjang.
"Taulah! Tapi apsal dia mintak kita yang pergi ha? Macam takde muka lain aje. Penatlah...kejap kena pergi konfemkan pelamin dia, kejap kena pergi konfemkan mak andam dia...Awatnya la dia tak buat pakej aje semua ni. Arghh!!! Tension!!! Nasib baiklah bakal pak su handsome, kalau tidak buang ponat badan den adolah..." Annia membebel dengan sikap mak su kesayangan kami itu. Perangai mak su sejak dua menjak ni memang begitu, ada aje yang tak kena. Nervous agaknya. Herm...entahlah. Malas nak bidas. Selalunya dia cool aje.
"Sudah-sudah...jangan nak membebel. Baik kau tolong aku ambik bunga ni. Aku nak bukak pintu kejap." Annia pantas mengambil jambangan bunga itu. Sekejap sahaja pintu kereta dibuka. Pantas aku memboloskan tubuhku ke dalam perut kereta. Eh? Stop! Mataku terpaku ke arah sesusuk tubuh yang baru sahaja lalu dihadapan keretaku. Dia? No way!!! Takkanlah! Aku pantas keluar daripada kereta. Annia terpinga-pinga melihat tindakanku yang bagai disampuk hantu.
"Nea, are you okay my twin?" Aku masih terpaku memandang ke arah seberang jalan. Dia? Tak mungkin! Tapi memang tak salah lagi, aku takkan pernah lupakan susuk tubuh dia. Terasa lemah urat sarafku.
"Are you okay Nea? Kau nampak apa tadi ha? Macam kena sampuk, risau tau! Dah, dah...jom balik, nanti mak su bising. Aku hanya mengangguk lemah. Dia? Tapi aku sendiri yang tengok kejadian tu. Depan mata aku! Impossible, takkanlah aku boleh lupakan semua ni. Aku sendiri tengok darah banyak sangat mengalir depan mata aku. Aku sendiri yang pergi cam mayat dia di rumah mayat. Aku sendiri tengok dia di kebumikan. Tak mungkin!!! Tiba-tiba terasa denyutan jantungku makin kencang. Sesak tiba-tiba!
"Nea...kau okey ke tidak ni. Aku risaulah! Kau macam kena sampuk hantu lepas kau tengok lelaki yang lalu depan kereta kita tadi. Stop it Neanessa! Tak mungkin itu Syahir! Syahir dah takde. Kau sendiri tengok dia dikebumikan kan? Kita sendiri yang pergi tengokkan? Come on Nea! Tak mungkin itu Syahir!" Aku pantas menekup kedua-dua telingaku dengan tapak tangan. Terasa peluh sejuk membasahi dahiku. Annia yang pantas memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia segera menarikku keluar daripada kereta. Bahuku digoncang beberapa kali.
"Dia bukan Syahir okey! Ingat tu! Nea, lupakan apa yang dah kau nampak okey?" Terhoyong-hayang tubuhku digoncang oleh Annia. Yup! Aku kena lupakan apa yang dah aku nampak tadi. Dia bukan Syahir dan selamanya bukan Syahir. Perlahan-lahan nafasku ditarik dalam-dalam. Neanessa, hari ni kau nyaris buat silap besar! Kami meneruskan perjalanan ke rumah opah. Mak su pasti sedang menanti kami!
"Lambatnya...mak su ingat dah pergi mana tadi." Aku dan Annia tersengih-sengih apabila disapa oleh mak su. See...tengok tu! Belum apa-apa lagi dah kena sound. Sabar jelah! Aku segera meletakkan jambangan bunga di dalam bilik mak su. Langkahku di atur menuju ke rumahku yang terletak di sebelah rumah opah. Pintu bilik tidur dikuak. Serta-merta kenangan semalam meyapa ingatanku. Aku mencapai frame gambar di tepi dressing mirror. Senyuman Syahir tidak lekang-lekang dibibir.
"Senyumlah lebar sikit...Hari ni kan our special day." Syahir berbisik di telingaku. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Senyumanku makin lebar dan pinggangku dirangkul semakin kemas. Terasa seolah-olah jam berhenti berputar dan waktu itu milik kami berdua. Lensa-lensa kamera bertumpu ke arah kami. Saudara-mara yang hadir meminta kami melakukan pelbagai posing yang adakalanya membuatkan aku jadi malu sendiri. Tapi ketika itu malu tolak tepi. Asalkan Syahir ada, macam-macam rintangan pun aku sanggup lalui! Syahir, Nea rindu Syahir!!!
Air mataku mengalir tiba-tiba. Aku pantas menyeka air mata itu. Kedengaran pintu bilikku diketuk beberapa kali. Terpacul wajah Annia disebalik pintu. Tanpa mengeluarkan sepatah kata-kata, dia pantas memelukku. Erat sekali! Tak semena-mena air mata yang ditahan sedari tadi tumpah juga. Pantas Annia mengesat pipiku yang basah.
"Ann tau, Nea rindu sangat pada Syahir kan? Please...jangan seksa diri Nea! Ann sedih sangat-sangat. Bila tengok Nea sedih macam ni, separuh jiwa Ann rasa pedih sangat bila tengok Nea sedih macam ni." Aku masih tidak melepaskan pelukkanku.
"Dah dua tahun Syahir pergi Ann. Dua tahun dah, rasa macam semalam aje peristiwa tu jadi. Baru je rasa semalam dia sarungkan cincin ni di jari Nea. Nea sedih sangat-sangat bila ingat dia. Tambah pulak bila nampak orang yang macam Syahir hari ni. Rasa seksa sangat-sangat bila ingat Syahir pergi lepas enam bulan kami berkahwin. Rasa seksa sangat bila teringat Nea lahirkan Nuqman tanpa kehadiran Syahir!" Annia mengeratkan pelukkannya.
"Nea, tenangkan diri dulu ya? Rehatkan diri dulu. Pasal Nuqman biar Ann uruskan." Pintu bilik segera ditutup rapat, aku menarik selimut sehingga ke paras wajahku. Entah pukul berapa barulah aku terlelap bersama kenangan semalam.
"Mamma...mam..mama..." Kedengaran jelas suara Nuqman di tepi telingaku. Aku segera membuka mataku. Kelihatan anak tunggalku berbaring di sebelahku. Aku segera mengusap kepalanya. Wajahnya saling tak tumpah seperti Syahir, bezanya cuma pada mata dan bibirnya. Tiba-tiba Nuqman rebah di dadaku, minta dimanja. Aku segera memeluk tubuh kecil itu. Aku mencium dahinya beberapa kali.
"Dah bangun? Mama baru ingat nak kejutkan Nea tadi. Cepat solat, dah nak pukul 6 petang ni." Mama segera beredar daripada bilikku. Aku bingkas bangun. Tubuh Nuqman didukung. Aku pantas menuju ke ruang tamu. Kelihatan beberapa orang anak abang-abangku sedang bermain di ruang tamu. Aku segera meletakkan Nuqman dikalangan kanak-kanak tadi. Athirah, anak buahku yang paling tua segera mendukung Nuqman. Aku kemudiannya beredar daripada ruang tamu.
Usai bersolat aku ke rumah nenek untuk membantu mak su menguruskan kelengkapan perkahwinan. Lama mataku memandang ke arah dulang-dulang yang dihias indah ditepi katil mak su. Kenangan semalam kembali menyapa. Perkahwinanku dengan Syahir berlaku di usia yang sangat muda. Aku baru berusia 22 tahun ketika itu. Syahir pulak berumur 23 tahun. Kami masing-masing penuntut di universiti. Kerana cinta yang mendalam, kami usulkan perkahwinan kami berdua kepada mama dan papa. Ternyata mama dan papa tiada halangan. Ketika itu aku rasakan dunia milik kami berdua, indah!
*****
"Nea, tolong mak su, tengokkan siapa kat luar tu." Aku bingkas bangun menuju ke ruang tamu. Kelihatan dua buah van berwarna putih diparking di halaman rumah nenek.
"Ini rumahnya Nadira ke?" Salah seorang daripada pemilik van itu menegurku. Aku segera mengangguk. Kedua-dua orang asing itu tersenyum.
"Kami ni daripada kedai pelamin, datang nak hias pelamin." Senyumanku melebar, pantas aku mempersilakan mereka masuk.
Aku memerhatikan dua orang juruhias yang sedang tekun menghias pelamin. Indahnya. Walaupun belum siap sepenuhnya aku dapat rasakan pelamin ini akan jadi pelamin yang sangat cantik! Anganku terhenti apabila mendengar salam diberi. Aku pantas menoleh ke arah orang yang memberi salam itu.
"Waalaikumussalam. Nak jumpa siapa?" soalku kepada jejaka yang sedang berdiri dihadapanku. Matanya tidak lepas daripada memandang muka aku. Apahal mamat ni?
"Nak jumpa siapa?" soalku sekali lagi, nada suaraku masih sopan. Ish...ikutkan nak je aku sergah mamat ni. Nak ambik kesempatan pulak dia. Dok tenung-tenung muka aku apahal? Jejaka itu tersentak. Dia segera senyum untuk menutup kegugupannya.
"Nadira ada? Saya ni kawan dia, kawan satu ofis." Oh...kawan mak su ke...cakap le awai-awai...!
"Oh...kawan mak su...Ann, pergi panggil mak su..kawan ofis dia datang..." Aku menyuruh Annia memanggil mak su.
"Awak ni...macam pernah tengok la. Oh...haah...awak kan, yang saya terlanggar petang tadi kan? Sorry sebab terlanggar awak." Jejaka itu memulakan bicara denganku. Pantas otak aku memulakan kerjanya mengimbas kembali kejadian petang tadi.
"Saya Syaqirin, awak?" Dia menghulurkan salamannya.
"Neanessa. If you don’t mind..." Aku merenung huluran salaman Syaqirin.
"Oh?...ok...that’s ok..saya faham." Dia mengukir senyuman. Satu perasaan aneh menusuk ke tangkai jantungku. Asing, perasaan asing.
"La...apasal kau datang Syaqirin?" Soal mak su. Dia makin menghampiri kami. Aku segera berundur. Memberi laluan kepada dua sahabat itu untuk berbicara.
"Aku nak pergi outstation esok. So, masa kau kahwin nanti aku takde. Itu yang aku datang awal ni. Nak wish selamat pengantin baru. Nah hadiah. Nanti kata aku tak bagi kau hadiah..."
"Ceh! Aku tahu sangat kau tu...rajin tak bertempat! Kerja-kerja outstation semua kau kebas, tak bagi can pada orang lain nak buat kerja outstation." Mak su segera ketawa selepas menghabiskan kata-katanya.
"Jeles ke? Ala...macam nilah orang bujang ye tak? Bukan senang nak kumpul duit nak kahwin cik adik oiii...lainlah kau, tunggu dipinang je...eh? tak, tunggu nak kahwin je...Oklah, aku nak balik dulu. Bye." Syaqirin mula beredar. Pandangan mata kami bertaup sebelum dia melangkah keluar daripada rumah. Aku hanya mampu tersenyum.
"Berkenan?" Mak su duduk disisiku. Aku segera memandang mak su yang tersenyum penuh makna. Dahi ni mula berkerut. Senyuman penuh agenda tersembunyi. Aku kenal sangat senyuman mak su tu. Ha?!!!!!! Jangan fikir bukan-bukan!
"Ha! Mak su jangan nak ngada ye...Neanessa tak berkenan pun. Mak su ni, pantang Nea pandang lelaki lama sikit, mula le tuduh Nea berkenan pada orang macam tu. Nea tak berkenan...sungguh!" Bersungguh-sungguh aku menafikan apa yang tersirat di kepala mak su sekarang.
"Why not? He’s the most eligible bachelor dalam syarikat kita tahu. Ramai pekerja dalam syarikat kita minat dia tau. Sampai ada yang fanatik gila kat dia! Secretary mak su sendiri berkenan dengan dia." Mak su masih cuba memancingku. Cis...! Ini yang aku tak nak dengar ni.
"Kalau macam tu, lagilah Nea tak berkenan dengan dia mak su...banyak sangat persaingannya. Kalau dah dapat pun, still risau...takut kena kebas pulak...Hey.....! Tak kuasa Nea..." Aku membuat wajah geli-geleman.
"Macam tu lagi best...ada advanture...erm...mak su tengok kan...dia macam interested dengan Nea. Rasanya belum pernah mak su tengok dia nampak interested dengan girl. Cubalah try, manalah tahu tersangkut ke..." Aku mengerutkan dahi. Mak su ni sihat ke tidak ni? No! Syahir nak letak mana?
"Mak su...!" Aku mula geram.
"Ok, ok..mak su takkan ungkit lagi ya. Tapi mak su nampak macam ada chemistry antara kau dengan dia...Jangan seksa diri dengan perkara yang dah lepas. Orang yang dah ‘pergi’ takkan kembali. Patah tumbuh hilang berganti. Ingat tu." Aku terdiam mendengar kata-kata mak su. Masuk akal jugak kata-kata mak su. Tapi hati aku dah tertutup. Pandanganku tertumpu ke arah Nuqman yang sedang bermain bersama sepupu-sepupunya. Sayang mama!
"Mak su, peliklah." Ujarku tiba-tiba setelah lama membatukan diri.
"Pelik apanya?" Soal mak su.
"Pelik, sebab Nea tak pernah nampak dia di syarikat. Even dalam meeting pun tak pernah nampak dia."
"Dia tu...pelik sikit. Dia tak suka pergi meeting. Tapi dia selalu hantar pembantu dia untuk dengar meeting tu. Kenal Vincent? Vincent daripada Deparment Enginnering? Tu pembantu dia. Syaqirin tu anak salah seorang daripada shareholder dalam syarikat kita." Mak su mematikan kata-katanya disitu. Malas pergi meeting? Owh, please! Mentang-mentanglah anak shareholder, bolehlah buat macam tu!
****
"Nea! Flower for you." Aku menyambut jambangan ros merah daripada tangan Shiela. Siapa yang rajin nak bagi bunga ni? Terdapat kad terselit dicelah-celah bunga ros itu. Takde nama pengirim, takde kata-kata! Just an empty card. Siapa yang cuba nak pedajal aku ni? Nak tengok reaksi aku ke? Ingat aku desperado nak bunga? Pleasssssssse...!
"Shiela, apa kata kalau you ambik bunga ni. I tak nak. Buatlah apa yang you nak buat, keep for yourself or you just give to our friends. I think mereka mesti suka sangat kalau dapat..." Shiela terpinga-pinga dengan kata-kataku.
"Are you serious? Bunga-bunga ni untuk you kan...tak baiklah kalau I ambil." Shiela tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat.
"Shiela? Please?" Ada nada mengarah kedengaran. Nada suaraku difahami Shiela. Dia tahu maksud nada suaraku. Dengan hanya beberapa langkah, dia meninggalkan bilikku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Frame gambar disudut meja ditatap lama. If you were here...! Aku memejam mata rapat-rapat. Kedengaran pintu bilik diketuk beberapa kali.
"Masuk." Shiela melangkah masuk.
"Nea, dah sampai waktu rehat ni." Aku segera memandang jam tanganku. Dah pukul 12.30 tengahari, lunch time! Shiela segera beredar. Tidak lama kemudian muncul Ann. Aku segera mencapai beg tangan. Kami beriringan menuju ke kafetaria di aras bawah.
"Ada pulak masa kau hari ni? Tak busy ke studi?" Soalku. Annia menggelengkan kepalanya.
"Tak berapa nak busy, tu sebab aku teman kau pergi makan ni. Tensionlah asyik ngadap buku 24-7...nak jugak sekali-sekala enjoy ye tak?"
"Bakal doktor pun boleh fikir bosan baca buku? Peliklah kau ni."
"Ala...standardlah tu, siapa pun bosan baca buku tau."
"Tulah, ambik course yang kena baca buku 24-7..." Usikku.
"Kau ni...inilah kakak...tak kesian pada adiknya..." Annia mencebik bibirnya.
"Alolo...jangan merajuk...aku belanja hari ni ok?" Meleret senyuman Annia. Bab kena belanja.....! Meleret senyumnya! Aku dan Annia. Kami kembar, tapi minat kami berbeza. Masa di universiti aku memilih course pentadbiran perniagaan. Manakala Annia mengejar cita-cita sejak kecil, menjadi seorang doktor. Apabila aku graduate, aku bekerja dengan atukku, pemilik syarikat tempat aku bekerja sekarang. Annia pula masih studi.
"Nea! Mamat minggu lepas! Ala...yang datang rumah opah minggu lepas tu!" Jari telunjuk Annia dituju ke arah Syaqirin. Jejaka itu tidak menyedari dirinya diperhatikan.
"Cool guy...I like...! Tapi kan...dia lagi sesuai dengan kaulah...serious!" Aku menyiku Annia. Cari pasal dengan akulah tu!
"Ann! Jangan cari pasal ya! Kau tahukan pendirian aku?"
"Yelah, yelah...tak ungkit dah. Jom beli makanan. Aku laparlah. Lagipun aku kena balik before pukul 2 ni, ada kuliah pukul 3 nanti." Geramku hilang.
Aku meletakkan talam berisi sepinggan nasi ayam special dan jus kiwi di atas meja berdekatan tingkap. Annia duduk bertentangan denganku.
"Nea, arah 3 o’clock...he’s coming." Aku mengerutkan dahi. Apa pulak si Annia merepek ni? Tak fahamlah aku! Aku menyedut jus kiwi yang masih berbaki di dalam gelas.
"Hai! Ingat tak? Kita jumpa minggu lepas?" Hampir-hampir bersembur jus kiwi yang disedutku. Bila pulak si Syaqirin ni ada sebelah aku? Arah 3 o’clock...damn! I should known! Rupa-rupanya Annia nak beri tahu arah Syaqirin!
"Oh hai, bila balik daripada outstation?" soalku, cuba menutup kegugupanku.
"Semalam. Tapi baru hari ni datang kerja. Macam mana? Meriah tak majlis kahwin mak su you?" Annia memandangku penuh makna. Syaqirin tidak menyedari pandangan penuh makna Annia. Aku tahu makna pandangan Annia serta senyuman misterinya itu. Kami dah kenal lama, before keluar daripada perut mama lagi! Jagalah kau Ann! Siaplah, berani kau fikir bukan-bukan!
"Aa...oo..ok...meriah jugak. Ramai jugak yang datang. Kalau you datang, mesti dapat tengok muka mak su yang berseri-seri." Ujarku. Entah mengapa kegugupan makin menjadi-jadi. Damn it! Nea...come on girl! Gugup tak bertempat!
"Teringin nak tengok muka Nadira time tu. Boleh menyakat dia! Erm..I nak balik ofis dulu. Thank’s sebab sudi berbual dengan I." Dia segera beredar setelah menghadiahkan senyuman manis.
"Wow......! Bunga-bunga cinta..!" Ada nada gedik dihujung ayat Annia.
"Eii..geramnya! Nothinglah...takde apa-apa! Kitaorang baru kenal hari tu ok? Understand?" Annia masih tersenyum penuh makna!
"Mula-mula memanglah macam ni ye tak? Thank’s Nea, aku dah habis makan. Nanti bila aku ada masa lapang lagi aku teman kau makan ye? Thank’s again for such lovely lunch." Annia mengenyitkan matanya sebelum beredar. Hasam betul punya kembar! Suka hati je dia nak lari ya? Aku bangun dan segera menuju ke lif. Tidak kelihatan seorang pun sedang menanti lif turun. Aku menanti pintu lif terbuka. Tidak lama selepas itu pintu lif terbuka. Aku segera melangkah ke dalam perut lif.
"Eh, kejap-kejap! Stop!" Kedengaran suara tercungap-cungap menyuruhku menekan punat ‘hold’. Aku pantas menekan butang ‘hold’ untuk menahan pintu lif daripada tutup.
"Thanks. Saya dah lambat ni." Aku terpaku. Badanku terasa lemah, aku segera bersandar di dinding lif. Pintu lif terbuka apabila sampai di aras 4. Department Financial? Aku termenung seketika. Lelaki itu melangkah keluar daripada lif. Aku tersedar daripada lamunan, pantasku mengekori lelaki itu, akan tetapi aku telah kehilangan jejak lelaki itu. Jantungku berdengup kencang.
Aku kembali menunggu lif untuk naik ke aras 6. Pintu lif terbuka, aku masuk kembali ke dalam perut lif. Fikiranku masih menerawang entah ke mana. Lelaki tu...lelaki yang aku nampak masa aku nak balik daripada kedai bunga hari tu! Lelaki yang seiras Syahir!
*****
Aku menekan remote control ke arah pintu gate rumahku. Kereta dipandu ke dalam garaj. Aku menutup pintu kereta. Pandanganku bertumpu ke arah mama dan papa yang sedang minum petang di bawah pondok kecil berhampiran kolam mandi. Kedengaran gelak tawa mama apabila diusik papa.
"Mama, papa." Aku segera mencium tangan mereka.
"Awal balik? Macam mana kerja tadi?" Aku melabuhkan punggung disisi papa.
"Macam biasa. Tapi kan papa...tadi Nea nampak ada seorang staff syarikat kita, macam seiras..."
"Syahir?" Aku tersentak. Papa telah menyudahkan ayatku.
"How? Macam mana?"
"Nea...dalam dunia ni ada 7 orang muka seiras...Nea kena ingat tu. Tapi papa nak ingatkan satu perkara aje pada Nea...dia bukan Syahir, selamanya bukan Syahir. Papa dulu pun terkejut masa tengok dia. Tapi lepas tanya dengan beberapa staff syarikat kita, papa dapat tahu dia staff di bahagian Financial. Baru beberapa bulan di transfer daripada cawangan kita di Singapura.
"Seiras sangat pa...." Lirih suaraku.
"Nea, jangan fikir lagi ok. Dia bukan Syahir, jangan konfius. Mama tak nak Nea sedih." Aku hanya mengangguk lemah. Aku bingkas bangun. Mama dan papa hanya memandang tingkah lakuku.
"Nuqman dah mandi?" Soalku kepada pengasuh yang menjaga anak tunggalku.
"Dah Cik Nea. Dia ada dengan Encik Firdaus." Aku mengangguk. Pengasuh anakku segera beredar.
"Nuqman...sayang..." Aku segera memanggil anak lelakiku. Nuqman berlari-lari mendapatkanku.
"Nuqman baik tak hari ni?" Soalku. Soalanku tidak berjawab. Dia asyik memintaku mendukungnya. Aku segera duduk bertentangan dengan alongku.
"Penat?" Soal along. Aku mengangguk malas.
"Along daripada mana?" Aku membunyikan jari jemariku yang terasa lenguh-lenguh.
"Daripada universiti. Baru habis bagi lecture. Malam nanti ada lagi, kelas tutorial pulak. Kak long kamu kirim salam. Dia nak ikut along tadi, tapi kelas dia belum habis tadi."
"Oo...kirim salam balik ye."
"Minggu depan along buat makan-makan sikit. Jangan lupa datang rumah tau. Inform si Ann tu suruh bawak boyfriend dia. Liat sungguh nak bawak boyfriend dia jumpa along. Satu universiti, tapi langsung tak pernah jumpa dia dating dengan balak dia. Pandai betul dia sembunyikan bakal adik ipar along tu." Wajahnya saja dibuat-buat riak tidak puas hati. Annia paling licik menyembunyikan buah hatinya. Aku sendiri belum pernah jumpa balak adik aku tu!
"Bukan along sorang je, Nea sendiri tak pernah jumpa balak dia. Tak ready nak tunjuk pada kita lagi kot. Insya-ALLAH, Nea beritahu Ann. Along, Nea nak solat dulu. Nuqman duduk dengan uncle Firdaus dulu ya. Jangan nakal-nakal." Aku segera beredar daripada ruang tamu.
*****
Seminggu telah berlalu sejak aku terserempak pelanduk dua serupa Syahir. Kata-kata papa memberikan aku semangat supaya menerima hakikat bahawa adanya pelanduk dua serupa allahyarham suamiku. Rutin harianku berjalan seperti biasa, kehadiran lelaki itu bukan lagi gangguan emosi untukku. Dia bukan Syahir, dan itu adalah hakikatnya!
"Nea, ada meeting pukul 10 pagi ni." Shiela mengingatkanku. Aku memandang jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 9.50 pagi. Ada 10 minit lagi. Aku mengambil beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan meeting. Langkahku diatur menuju ke bilik meeting di aras 1.
Pintu bilik meeting dikuak. Kelihatan beberapa orang executive department dan ahli lembaga pengarah telah menanti di dalam bilik itu. Papa dan mak su jugak berada di situ. Aku mengambil tempat disebelah mak su. Tidak lama kemudian, muncul wajah yang tidak disangka-sangka di dalam meeting. Syaqirin! Mak su mengerutkan dahi. Pelik betul, mamat ni attend meeting? Mimpi apa dia malam tadi? Heh! Dia mengambil tempat bertentangan denganku. Kedengaran pintu bilik meeting dikuak sekali lagi, kali ini terpancul wajah atuk, Tan Sri Hafizuddin. Bilik meeting digelapkan. Projektor LCD dihidupkan. Terpampang slide show yang menunjukkan beberapa graf keuntungan HaNis Holding.
Presentation daripada executive department berlangsung. Kelihatan ahli lembaga pengarah memberi tumpuan sepenuhnya. Aku telah menguap beberapa kali. Gejala tidur lewat beberapa hari ini membuatkan diriku mengantuk. Aku terpaksa berjaga kerana perlu menyelesaikan tugas-tugas ofis. Aku menarik nafas dalam-dalam supaya kengantukkanku dapat dihilangkan. Dalam kesamaran cahaya projektor, aku dapat lihat Syaqirin yang telah tersengguk-sengguk beberapa kali. Adeii, boleh pulak dia buat taik mata time meeting! Aku mengambil kertas lalu direnyukkan. Gumpalan kertas itu kemudian dibaling ke arah lelaki itu. Tepat mengenai sasaran. Aku tersenyum bangga. Bakat main netball masih mengalir lagi even dah lama aku tinggalkan game tu.
Syaqirin tersedar daripada lenanya, dia terus memandang kearahku. Aku memberi isyarat supaya dia memberi tumpuan dalam meeting. Dia membalas isyaratku. ‘Takpe, orang tak sedar dia tido’...macam tulah maksud isyarat yang diberi Syaqirin. Ha?!! Ada pulak macam tu? Tiba-tiba gumpalan kertas dibaling ke arahku. Dia buat apa ni? Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada seorang pun yang perasaan perbuatan kami. Masing-masing tekun mendengar presentation. Aku mengambil pen, pantas tanganku menulis diatas gumpalan kertas yang dibaling tadi. Setelah memastikan tiada siapa sedar, aku membaling kertas itu ke arah Syaqirin semula. Kelihatan senyumannya terukir setelah membaca tulisanku di gumpalan kertas itu. Kelakar sangat ke? Dia mencoretkan sesuatu di dada kertas itu. Gumpalan kertas kembali kepadaku.
"Bosanlah meeting ni. Macam mana you boleh tahan pergi attend meeting tiap-tiap minggu?" Aku melemparkan senyuman ke arahnya. Dia membalasnya. Tiba-tiba aku disiku mak su. Dia berbisik ditelingaku.
"Amboi dia...ingat mak su tak nampak?" Bisik mak su. Rasa panas pipi time tu.
"Dia ngantuk, Nea just nak sedarkan dia." Balasku.
"Mak su tak kisah, tapi kalau orang lain nampak, apa pulak kata diorang kan." Aku mengangguk, tanda mengiyakan kata-kata mak su. Lantas aku hanya membiarkan soalan yang ditulis oleh Syaqirin di gumpalan kertas berlalu sepi. Bimbang juga jika ahli lembaga pengarah dan eksekutif jabatan melihat tindak-tanduk kami berdua. Aku perlu menjaga air muka atuk dan papa!
Dua jam berlalu. Meeting berakhir. Leganya meeting dah habis! Macam beban berat dah melayang pergi. Aku segera mengambil dokumen-dokumen milikku dan meninggalkan bilik mesyuarat.
"Wait!" Aku pantas menoleh ke arah suara itu. Syaqirin sedang berdiri tidak jauh daripada tempatku berdiri.
"You tertinggal kertas ni. Ok, bye. See you again." Aku segera menyambut sekeping kertas A4 daripada tangan Syaqirin. Aku terpinga-pinga. Kertas A4 ditatap. 012-5456793??? Phone number? Siapa punya? Dia? Aku segera menyelitkan kertas A4 itu dicelah-celah fail. Interesting! Tapi dia salah orang, aku tak minat. Cukuplah Syahir dihati. Tak perlu pengganti lagi.
*****
"Hey...! Jom pergi makan! Tak payahlah sebuk mengadap kerja kau tu. Perut kau lagi penting ok. Apa-apa hal jom belanja aku makan dulu." Annia muncul out of nowhere, aku terpinga-pinga. Dia pantas menarik tanganku ke lif. Di bahunya tersangkut beg tanganku.
"Siapa kata nak belanja kau makan? Hari ni aku nak makan sorang-sorang, tak nak belanja twin yang suka fikir bukan-bukan pasal aku dengan ‘mamat minggu lepas’ tu!" Aku berpura-pura merajuk. Annia gelabah. Lepas geram aku. Mana taknya, tiap kali aku dapat sms daripada dia, Syaqirin jugak yang disebut. Orang normal pun boleh sewel kalau asyik dikaitkan dengan benda yang takde kaitan dengan diri kita!
"Ala, janganlah macam tu, kalau kau tak belanja, siapa nak belanja aku makan? Aku dah pokai ni...ala...janganlah merajuk. Ok, aku janji takkan fikir bukan-bukan pasal kau dengan ‘mamat minggu lepas’ tu." Dia mengangkat tangan kanannya separas bahu, membuat isyarat yang dia berjanji denganku. Aku berpura-pura tiada reaksi. Rasakan! Akhirnya aku tersenyum.
"Aku tahu kau baik...." Annia tersengih-sengih.
"Eleh, pandailah nak bodek purse aku." Dia masih tersengih mendengar kata-kataku.
"Kita nak ke mana hari ni? Bosanlah asyik makan kat kafetaria je. Sekali-sekala nak jugak makan mahal-mahal..." Annia merungut.
"Eleh, itu kira baik tau aku nak belanja kau." Aku membuat suara ala-ala gedik.
"Berkiranya...." Annia bersuara tidak puas hati. Tiba-tiba aku teringat pesan along yang meminta kami datang ke rumahnya hujung minggu ni.
"Ha...aku tahu mana kau boleh pergi makan mahal-mahal..."
"Mana?" Annia bersuara girang. Tengok tu, pantang sebut pasal makan. Suka betul! Tapi badan tak pernah naik-naik.
"Rumah along. Hujung minggu ni dia buat makan-makan sikit. Dia pesan, bawak balak kau sekali. Dia nak berkenalan. Teruklah kau ni, balak sendiri pun tak nak kenalkan pada famili. Kempunan aku nak tengok tau. Ada aje alasan nak elak daripada bawak si...apa ke namanya...ha! si Imran tu...tapi hujung minggu ni no more excuse ha...kau kena bawak Imran. This is an order ok." Annia mencebik. Bangga dapat menggunakan kuasaku sebagai kakak. Thanks mama sebab lahirkan Nea dulu. Aku tersengih.
"Lor...ingat nak pergi makan kat hotel ke hape ke...rumah along? Bawak Imran sekali? Ala...seganlah Nea. Kitaorang suka low profile je...kalau along dah tahu siapa Imran, tak best la..." ujar Annia.
"Ann..sampai bila nak sorok? Bawaklah dia hujung minggu ni...nak sangat tengok dia." Pujukku. Annia termenung seketika. Akhirnya dia mengangguk. Aku senyum puas! Kami menuju ke restoran makanan jepun yang terletak tidak jauh daripada syarikat.
*****
Aku memandu keretaku ke dalam garaj kereta rumah along. Kelihatan beberapa orang tetamu telah berada di tepi kolam renang. Aku mendukung Nuqman keluar daripada kereta. Ketika aku mengalih tubuhku ke belakang, tiba-tiba aku terlanggar tubuh seseorang. Nyaris terlepas Nuqman daripada dukungan. Mujur peganganku kuat!
"You tak nam......." Aku terkedu. Syaqirin?! Dia pun ada sekali dalam majlis ni?
"Sorry! I tak sengaja...I baru nak tegur you tapi tak sangka you dah pusing belakang, and....as usual, kita berlanggar lagi. Macam ada jodoh aje kan?" Aku terpana. ‘Macam ada jodoh?’ Ayat itu terngiang-ngiang di kotak fikiranku.
"Siapa ni? Comelnya...Hey cuties...mari dapat uncle..." Syaqirin mengambil Nuqman daripada dukunganku. Aku tidak sempat menghalangnya. Senyuman Syaqirin terukir. Nuqman nampak selesa di dalam dukungannya. Aneh tiba-tiba! Perasaan aneh itu muncul lagi! Aku pantas menarik nafas-nafas dalam-dalam.
"Siapa nama?" Syaqirin menyoal anakku dalam nada suara budak kecil. Nak tergelak aku bila tengok kelakuan lelaki yang dianggap oleh semua staff perempuan dalam HaNis Holding sebagai lelaki macho, coolest guy...the most eligible bachelor dan entah apa lagi gelarannya.
"Nuqman. Nama dia Nuqman."Ujarku tanpa disuruh-suruh.
"Nuqman? Sedap nama tu. Adik you ke?" Soal Syaqirin.
"My son." Syaqirin tersentak. Lama dia memandangku. Aku hanya mampu tersenyum. Dah biasa sangat dapat reaksi macam tu.
"Anak you? You dah kahwin? But you’re too young..." Syaqirin enggan percaya. Fikirnya aku bergurau.
"Yup...anak I...muda? Tak boleh ke I ada anak kalau muda?" Aku sedikit berkecil hati dengan kata-kata Syaqirin.
"Jangan salah faham...I cuma shock. Tak sangka you dah married. Ada anak pulak tu." Ada nada kesal di akhir kata-katanya. Kenapa ya?
"Suami you mana? Tak ikut?" Soal Syaqirin lagi. Suasana sekeliling menjadi sepi seketika. Sebak tiba-tiba.
"Dia..." Berat bibir ni nak menuturkan hakikat tu.
"Suami Nea dah meninggal dua tahun lepas." Suara mak su memecah kesunyian. Aku dan Syaqirin pantas menoleh. Syaqirin memandangku. Aku tunduk. Ada air jernih di benteng mataku.
"I nak masuk dalam dulu." Aku segera mengambil Nuqman daripada dukungan Syaqirin. Syaqirin kelihatan kaget dengan kelakuanku. Aku segera menyembunyikan diriku di bilik bacaan along. Tempat biasa aku bersembunyi semasa di awal-awal kehidupanku tanpa Syahir disisi. Aku melarikan diri ke rumah along kerana tak sanggup tengok mama sedih dengan kelakuanku.
"Biarkan dia." Suara mak su kedengaran seolah-olah menghalang Syaqirin daripada menghalangku pergi. Perlahan-lahan aku mengesat air mata. Nuqman hanya memerhati. Apa yang kau faham Nuqman? Tubuh kecil itu dipeluk erat.
"Nea..." Aku pantas menoleh. Syaqirin sedang memandangku.
"Tadi Nadira cerita pasal you...I’m sorry. Sorry sebab ungkit cerita sedih you." Aku menggeleng pantas. Tiba-tiba jari-jemari Syaqirin menyentuh pipiku yang basah dek air mata. Aku terpana. Tak sempat nak mengelak. Air mata dilap dengan ibu jarinya.
"Please..." Aku pantas mengelak jari-jemarinya daripada terus menyentuh wajahku. Syaqirin segera menjarakkan dirinya denganku. Dia sedar dia telah melebihi hadnya.
"Maaf, tapi I cuma nak kesat air mata you je. Kalau I melebihi batas, maafkan I." Aku hanya mendiamkan diri. Kami beredar daripada bilik bacaan. Nuqman berada di dalam dukungan Syaqirin. Ketika kami melangkah ke ruang tamu, kelihatan tetamu semakin ramai, beberapa orang ahli lembaga pengarah juga hadir.
"Hei...Syaqirin ke? Lama tak jumpa you. You apa khabar?" Seorang lelaki menegur Syaqirin. Mereka berdua bersalaman. Aku hanya memerhati.
"Yelah, I...memang lama pun sejak kita graduate kan? I baik. You? Macam mana you boleh sesat ke sini?" Soal Syaqirin.
"I macam nilah. Firdaus kawan I di universiti. I jadi lecturer. Herm...siapa si comel ni? Anak you ye? Wife you? I think her, right? Pandai you pilih wife ye...Sampai hati you tak jemput I time you kahwin ya. Kalau tak jumpa you kat sini, tak tahulah. Maybe sampai bila-bila I tak tahu you dah kahwin." Rakan Syaqirin merenung ke arahku. Aku dan Syaqirin berpandangan. Pipiku mula panas.
"Eh? You dah silap ni, dia kawan I, kami satu syarikat. Firdaus tu abang dia. Nuqman ni pulak anak dia." Kelihatan Syaqirin agak gelabah menerangkan situasi sebenar.
"Oh...Firdaus tu abang you? Nice meeting you. Sorry...I ingat you dengan Syaqirin husband and wife. Erm..anyway, lupa nak kenalkan diri, nama I Azmi." Dia hanya senyum padaku. Aku senyum kembali.
"Neanessa."
"Oklah Syaqirin, I nak pergi keluar, nak jumpa Firdaus. Au revoir." Azmi pantas beredar. Aku menarik nafas lega. Gila! Husband and wife?
"Lega?" Soal Syaqirin. Pandangan mata kami bertaup. Pipiku makin ‘membahang’. Tak sangka dia sedar aku gelisah dengan situasi tadi!
"Eh? Mana ada...takdelah. I just..." Aku gugup. Dia senyum penuh misteri.
"Takpe...tak payah cakap apa-apa pada I." Senyuman nakalnya bermain dibibir. Damn! Aku tak sanggup nak berdepan dengan situasi ni. Aku kaku di situ. Bila aku sedar, Syaqirin dah takde disebelah. Nuqman pun takde jugak. Mana pulak dia bawak anak aku ni?
"Cari apa?" Suara itu kedengaran hampir ditelinga. Aku menoleh perlahan-lahan. Wajahku agak hampir dengan wajah anakku.
"Mama cari saya ke? Saya jalan dengan uncle Syaqirin." Syaqirin berpura-pura bersuara seperti kanak-kanak. Aku tergelak kecil.
"Macam-macamlah you ni. I asyik nak tergelak je dengan perangai you ni." Ujarku. Kami kini berada di kolam ikan ditepi rumah along. Terdapat lampu-lampu kecil di setiap penjuru kolam. Suasana agak tenang ketika itu. Aku memerhatikan Nuqman yang sedang mengejar serangga-serangga kecil yang berterbangan berdekatan lampu-lampu taman.
"Gelak je?" Soalnya.
"Apa dia?" Soalku kembali, berpura-pura tidak memahami kata-katanya.
"Takde apa-apa." Dia kelihatan agak gugup. Aku memandang Nuqman yang sedang bermain-main. Kalau anak-anak along, anak-anak angah dan anak-anak alang ada disini kan bagus. Boleh main dengan Nuqman. Tapi diorang semua ada di rumah mama. Pembantu rumah tolong jagakan diorang. Nuqman meragam nak ikut tadi, kalau tak mesti sekarang tengah main dengan sepupu-sepupunya.
"Fikir apa?" Soal Syaqirin. Dia memandangku. Aku segera mengalihkan pandanganku ke arah lain.
"Takde apa-apa." Jawabku. Suasana kembali senyap.
"Amboi dia.....! Kat sini bersembunyi. Penat Ann cari tau. Tanya mama, mama tak tahu, tanya papa, forget it! Papa sibuk sembang dengan uncle Razi. Along tak tahu, kak long tak tahu, angah gagal ditemui, kak ngah tak tahu, alang tengah manja-manja dengan kak lang...tak kuasa nak kacau...alih-alih jumpa jugak. Tapi dengan...what a surprise!" Excited semacam suara Annia setelah dapat menangkap aku bersama Syaqirin.
"Ann..! Jangan nak buat tuduhan liar ya...sorry sangat-sangat! Ann memang suka buat tuduhan liar." Syaqirin hanya tersengih. Geram betul dengan si Ann ni!
"Ala..aku tak cakap apa-apa pun. Kau kata nak tengok ehem-ehem aku. Aku dah bawak. Jom ikut aku." Tanganku segera ditarik. Nuqman ditinggalkan bersama Syaqirin. Kami berhenti tiba-tiba.
"Tu, nampak tak. Yang tengah sembang dengan along tu. Rancak betul diorang sembang." Aku memandang ke arah along yang sedang rancak bersembang dengan seorang jejaka kacak berspek mata. Boleh tahan!
"Amacam? Pandai tak aku cari? Tapi taklah sekacak ‘mamat minggu lepas’ tu." Annia tersengih.
"Ann....!!! Kami takde apa-apalah!" Marahku.
"Ok..ok...takde apa-apa..." Annia cuba mengendurkan amarahku.
"Rancak betuk along sembang dengan dia. Macam dah lama kenal." Aku menyuarakan rasa pelik.
"Imran tu student along. Dia favourite student along." Aku membeliakkan mata.
"What?! Wow...kagum...tak sangka...student sendiri boleh jadi bakal adik ipar. Lepas ni mesti diorang lagi rapat kan?" Aku rasa kagum tiba-tiba.
"Yup...ha! Cukup-cukup! Dah-dah...balik ke tempat duduk kau. Kesian ‘mamat minggu lepas’ tu ternanti-nanti." Annia pantas menghilangkan diri di celah-celah tetamu setelah menghabiskan ayat terakhirnya. Geram betul! Jagalah kau Ann...!
"Excited betul Ann tu ya?" Soal Syaqirin setelah aku duduk kembali disisinya. Nuqman berada dalam dukungannya.
"Excited tak bertempat." Aku mendengus kasar.
"I rasa Nuqman dah mengantuklah. Dah berapa kali I tengok dia menguap. Elok you pergi tidurkan dia." Usul Syaqirin. Aku memandang ke arah Nuqman. Betullah...dia dah mengantuk.Tubuh kecil itu didukung. Aku membawa Nuqman ke bilik tetamu bersebelahan bilik bacaan along. Syaqirin mengekori tanpa disuruh. Tubuh kecil Nuqman diletakkan di atas katil, Syaqirin hanya memerhatikan kelakuanku daripada muka pintu. Dia tidak masuk ke dalam bilik, mungkin bimbang orang akan salah faham!
"Sweet dream sayang." Aku mencium dahi Nuqman. Setelah itu aku menutup pintu bilik dan beredar daripada situ.
"Mama yang penyayang." Ujarnya tiba-tiba. Nada suaranya agak perlahan tetapi mampu menembusi gegendang telinga ni. Dia masih tersenyum.Terasa sejuk jari jemari kakiku. Pantas aku melarikan diriku daripadanya. Damn it! Kenapa jantung aku berdebar-debar ni? Peliknya perasaan ni. Perasaan yang dah lama aku lupakan.
*****
Sebulan berlalu sejak peristiwa malam itu. Aku sering mengelak setiap kali bertemu Syaqirin. Entah kenapa aku mahu menjauh. Keyboard laptop ditekan. Fikiranku berserabut. Aku melepaskan pandangan ke arah Annia yang sedang membaca majalah ‘Anjung Seri’ diatas sofa.
"I think kau dah jatuh cinta." Tetiba kata-kata Annia memecah kesunyian.
"No, I’m not." Aku segera menutup laptopku. Mataku direnung tepat ke arah Annia. Menanti ayat seterusnya keluar daripada bibir twin aku.
"Simptom-simptom tu semua dah ada. Resah. Susah nak tumpukan perhatian. Tak bersemangat. Aku rasa kau dah jatuh cinta dengan Syaqirin. Tapi kau yang tak sedar. Come on Nea. Mengaku je. Tak salah untuk jatuh cinta sekali lagi. Kau masih muda. Lagipun Syaqirin tu baik. Tak kekok melayan Nuqman. Lelaki macam tulah yang patut kau harapkan. Kau nak apa lagi daripada dia? Dia ada semuanya yang wanita idamkan." Aku tak mampu berkata apa-apa. Kata-kata Annia mematahkan semua kata-kata yang bermain-main di fikiranku sekarang. "Ann...apa yang aku fikir tak sama macam kau fikirkan, ok? Aku nak pergi meeting. Lepas meeting nanti kita pergi makan sama-sama." Aku segera mengambil dokumen-dokumen yang tersusun rapi dihadapanku.
"Sampai bila kau nak mengelak?" Kedengaran suara Annia sebelum aku menutup pintu bilik ofisku. Fikirlah apa yang kau nak fikir Annia. Aku malas nak bidas.
*****
Pintu kereta ditutup. Enjin kereta dihidupkan. Aku memandu kereta keluar daripada tapak parking underground HaNis Holding. Kejadian tengahari tadi ketika makan di restoran di Hotel Hilton menganggu fikiran. Siapa perempuan tu? Mesranya dia dengan Syaqirin! Aku rasa terganggu dengan kemesraan mereka. Tapi kenapa? Takkan aku dah jatuh cinta? No way! It can’t be so easy. Nea kau tak fikir ke dia lelaki yang perfect untuk jadi pengganti Syahir? Nea, jangan buat kerja gila! Setia pada yang satu! Nea, Syaqirin tu baik sangat...tak rugi kau take a chance. Nea, kau tak ingat ke peristiwa tadi? Bodohnya kalau kau berharap pada dia. Nea, fikirkan, Nuqman perlukan ayah, Syaqirin lelaki yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab ni. Nea, kau tak perlukan pengganti Syahir!
"Stop it!" Aku menjerit tiba-tiba. Suara-suara dalam fikiranku semakin menggila. Brek ditekan tiba-tiba menyebabkan kereta berhenti secara mengejut. Aku memandang kiri dan kanan. Dah sampai rumah rupanya. Ya ALLAH, apa yang aku fikir ni?
"Nea, sweat heart...kenapa ni? Mari duduk dekat mama." Ujar mama sebaik sahaja aku melangkah masuk ke ruang tamu.
"Nea penatlah mama...nak rehat dulu ya." Aku segera menghilangkan diri di dalam bilik. Syaqirin? Syahir? Wajah mereka silih berganti. Makin difikir makin sesak rasa fikiran ni. Aku memejamkan mata. Membiarkan fikiran ni bertenang, mencari jawapan pasti.
*****
Berita perletakkan jawatan Syaqirin di HaNis Holding begitu mengejutkan semua staff syarikat dan aku sendiri. Dia nak pergi mana? Setelah kedudukan dia di HaNis Holding begitu kukuh, dia nak lepaskan begitu sahaja? Aku berlari-lari anak menuju ke lif. Mungkin sempat lagi ubah fikiran dia? Siapa tahukan. Aku segera melangkah ke dalam lif. Harap-harap Syaqirin ada di bilik dia. Pintu lif terbuka. Langkahku diatur pantas. Tercungap-cungap aku. Syukur! Syaqirin ada dibilik. Pintu bilik diketuk sebelum aku melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Nea!" Dia agak terkejut dengan kemunculan aku selepas lama aku menjauhkan diri daripadanya.
"Kenapa buat keputusan ni? You betul-betul nak tinggalkan HaNis Holding? Kedudukan you disini dah kukuh...kenapa nak letak jawatan? Fikir baik-baik Syaqirin." Bertubi-tubi soalan dihamburkan.
"Kadang-kadang orang nak ubah angin. I rasa dah tiba masanya I ubah angin. Mencari sesuatu yang baru dalam hidup I. Mungkin you rasa I bodoh sebab lepaskan jawatan I, tapi percayalah, I nak mencari sesuatu yang baru dalam hidup ni." Ada nada tegas dalam kata-katanya. Aku diam. Dia kelihatan nekad. Tak mungkin aku berjaya mengubah keputusannya. Siapalah aku disisinya.
"Memang ini final decision? Tak nak fikir sekali lagi?" Soalku. Dia hanya menggeleng. Kerasnya hati kau Syaqirin.
"Apa lagi yang I boleh cakapkan? Well...good luck." Ujarku dalam senyuman. Dia turut mengukir senyuman. Aku segera beredar. Entah mengapa aku rasa sebak. Yes! I’m in love with him! Akhirnya air mata yang tertahan sejak tadi mengalir keluar. Why sekarang baru nak mengaku? Kenapa tak mengaku yang aku dah jatuh cinta awal-awal dulu? Ego, aku ego sangat! Aku ingat aku mampu menepis cinta daripada mana-mana lelaki, ya memang aku mampu menepis cinta yang datang kepadaku. Tapi hadirnya Syaqirin, aku tak mampu lagi. Ada something yang buat aku tertarik padanya. Membuat aku tak keruan. Melihat wajahnya sahaja membuat aku tak bisa berkata-kata. Maaf Syahir! Nea tak mampu menghalang perasaan ni!
*****
"Nuqman...cepat sayang...dah lambat nak pergi sekolah ni. Mama tak nak hantar kalau Nuqman lambat. Biar Pak Sarip hantar Nuqman." Ugutku. Anakku pantas mendapatkanku. Aku tersenyum melihat keletahnya. Takut sangat kalau aku tak hantar dia pergi sekolah!
"Ala mama...Nuqman lambat sikit je, tu pun nak ugut-ugut. Mama ni tak sporting la." Rungut Nuqman.
"Tiap kali pun cakap macam tu, kalau tak di ugut macam tu, nak ke Nuqman cepat pergi ke sekolah?" Soalku. Dia tersengih-sengih.
"Mama, esok ada perjumpaan dengan parents, mama datanglah. Parents kawan Nuqman semua dah janji dengan kawan-kawan Nuqman nak datang. Mama datanglah. Tahun lepas mama tak datang pun. Asyik-asyik opah temankan Nuqman. Mama tak pernah sekali pun pergi meeting..." Nuqman mula merungut. Aku akui, aku gagal memenuhi permintaannya yang satu ini. Sejak Nuqman masuk sekolah, tak pernah sekali pun aku menghadiri perjumpaan dengan parents. Urusan HaNis Holding begitu banyak sehingga membuat aku tiada masa untuk menghadiri perjumpaan itu. Walaupun aku tahu perjumpaan itu begitu penting bagi Nuqman.
Sejak atuk meninggal dunia, urusan syarikat diambil alih papa. Aku pulak dilantik sebagai pembantu utama papa memandangkan ketiga-tiga abangku tidak berminat untuk melibatkan diri dengan famili business. Masing-masing ada pekerjaan sendiri. Along dengan tugasnya sebagai lecturer. Angah dengan kerjanya sebagai arkitek di salah sebuah syarikat yang terkemuka di New York. Alang pula sibuk dengan kajian geologinya. Annia, sudah pasti dengan kerjaya impiannya, doktor Orthopaedics. Cuma aku yang diharap dapat membantu papa. Mak su juga menjadi pembantu papa seperti aku. Papa dan mak su berlainan ibu, tapi perbezaan itu langsung tidak mengugat hubungan mereka berdua. Walaupun pernah ada krisis ketika atuk mahu mengahwini nenek, ibu mak su. Papa bergaduh dengan atuk, bukan tak suka keputusan atuk berkahwin lagi. Atuk deserve mencari pengganti setelah kematian opah kerana atuk memerlukan seseorang untuk menjaganya tetapi sebab umur nenek yang hampir sebaya dengan papa, cuma nenek tua lima tahun daripada papa. Tapi mujurlah krisis antara atuk dan papa berakhir selepas lahirnya mak su. Dua tahun kemudian lahir aku dan Annia. Hubungan papa dan atuk pulih kembali.
"Mama, mama? Are you listening or not?" Aku segera tersedar daripada lamunan.
"Sorry sayang, ye mama dengar. Insya-ALLAH esok mama cuba datang ya. Jangan marah ya sweetheart." Aku memujuk Nuqman yang telah menunjukkan wajah mencuka. Kereta yang dipandu diberhentikan dihadapan pintu gate sekolah. Nuqman mencium tanganku sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah. Nuqman, tahun ni dia belajar di darjah 3. Tak sangka dah dekat lapan tahun aku tak jumpa dia. Mana dia sekarang?
*****
"Esok I ada masa free tak?" Soalku sebaik sahaja tiba di meja setiausahaku, Lieya. Shiela telah lama letak jawatan kerana mahu fokus kepada suami dan anak-anak. Lieya segera melihat buku catatannya.
"Ada, daripada pukul 9 pagi sampai pukul 11 pagi. Kenapa puan?" Soalku setiausahaku.
"Erm pastikan waktu tu tak diisi dengan urusan pejabat ya. Saya nak hadiri perjumpaan parents di sekolah anak saya." Setiausahaku mengangguk tanda mengerti. Pintu bilikku dikuak. Beg tangan diletak di atas meja. Kerja-kerja yang bertimbun perlu disiapkan segera.
"Puan, bunga untuk puan." Ujar setiausahaku. Aku segera mendongakkan kepala. Bunga lagi? Setiap tahun, dihari yang sama, pasti aku akan terima jambangan bunga ros merah. 99 kuntum semuanya. Siapa yang terlalu baik menghantar bunga untuk aku? Sentiasa memberi kata-kata semangat untuk aku. Aku hanya mengenali pengirim ni dengan initial MSZ. Anehnya, aku tak lakukan perkara yang selalu aku lakukan kepada jambangan-jambangan bunga yang pernah diterima masa-masa dulu. Kalau dulu, Shiela, pasti akan menjadi mangsa tiap kali aku menerima jambangan bunga. Sama ada bunga-bunga itu disimpannya atau diberi kepada kawan-kawan seofis. Tapi jambangan bunga ros ini tidak pernah menerima nasib yang sama, setiap tahun jambangan bunga ros yang dihantar MSZ diterima dengan rela hati, mungkin kerana kata-kata semangat yang diberikan membuatkan aku tidak sampai hati untuk membuang jambangan bunga itu.
‘Biar beralih waktu...’
-MSZ-
Aku mengerutkan dahi. Biar waktu beralih? Aku membelek kad itu depan dan belakang. Apa yang dia nak sampaikan ni? Mana spirit word? Mana kata-kata semangat yang selalu diberi? Aneh sekali ayat yang MSZ tulis kali ini. Biar beralih waktu??? Aku meletakkan jambangan bunga ros itu di dalam pasu. Tiba-tiba aku terpandang ada kad kecil yang terselit di celahan jambangan bunga. Kad itu agak kecil berbanding kad yang kupegang sebentar tadi.
‘Nea, kau tetap kucinta.’
‘Maaf sebab tak berterus-terang selama lapan tahun ni, maaf sebab timbulkan tanda tanya dalam diri Nea. Maaf sebab menghilangkan diri.\'
-Muhammad Syaqirin Zakaria-
Bergegar jantungku disaat itu. Syaqirin?! Lelaki yang selama ini memberi jambangan bunga kepadaku adalah Syaqirin? Lelaki yang kurindui selama ini? Mengapa sekarang baru nak dedahkan identiti? Syaqirin, where are you now? Kenapa sembunyi daripada Nea? Tahu tak Nea rindu sangat-sangat selama lapan tahun ni? Kembalilah!
*****
"Nea, papa nak cakap sikit dengan kau. Tahun ni umur kau dah masuk 32 tahun kan? Tak terfikir nak kahwin lagi?" Soal papa pada suatu petang. Ketika itu hanya aku dan papa sahaja berada di tepi kolam renang.
"Papa cakap apa ni? Cukuplah sekali Nea kahwin papa. Nea tak nak dah..." Nea tak nak dah...? Heh! Cakap sahaja Nea, kau tak nak jika lelaki tu bukan Syaqirin kan? Tak mungkin aku sanggup menerima lelaki lain sedangkan aku tahu Syaqirin juga mempunyai perasaan yang sama denganku.
"Kalau papa minta Nea supaya Nea kahwin sekali lagi? Boleh tak tunaikan untuk papa?" Aku terkesima. Sepuluh tahun Syahir ‘pergi’, tapi inilah kali pertama papa menyuarakan hasratnya untuk melihat aku berkahwin lagi.
"Papa...papa boleh minta Nea buat apa sahaja...tapi kahwin lagi...no! Nea tak nak..." Tegasku. Biar papa lupakan hasratnya.
"Papa dah tua, mama dah tua...papa nak ada orang jaga kau." Papa...jangan cakap lagi! Nea tak sanggup nak cakap sekali lagi, Nea tak nak dan tak sudi nak kahwin sekali lagi! Lainlah kalau Syaqirin yang papa tawarkan untuk menjadi pengganti Syahir. Kalau lelaki lain, maaf! Nea tak nak. Pujuk macam mana pun Nea tak nak pa! Namun suara hatiku itu hanya bergema di dalam hati. Tidak berani diluahkan. Tak punya kekuatan untuk memberitahu papa.
"Pa...Nea ada Nuqman kan? Dia boleh jaga Nea." Aku masih dengan pendirianku.
"Nuqman akan membesar, dan berkahwin. Walaupun dia boleh jaga kau, tapi dia kena jaga famili dia jugak. Nea, please...buat sesuatu yang boleh buat papa gembira." Rayu papa.
"Papa...jangan push Nea lagi. Nea tak nak." Hati aku merintih. Kenapa papa beria-ria nak aku kahwin lagi?
"Ikutkan hati, papa akan kahwinkan kau whether you’re like it or not. Tapi papa dah takde kuasa untuk memaksa kau berkahwin, kau dah pernah berkahwin." Aku merenung papa. Nampak kesungguhan di wajah papa. Nampaknya papa benar-benar nak aku berkahwin tapi dia tidak punya kuasa untuk memaksa aku berkahwin.
"Papa! Nea kecewa dengan papa!" Aku pantas meninggalkan papa sendirian. No way! Selain Syaqirin, lelaki lain tak layak menggantikan tempat Syahir. Tetapi, mana mungkin aku berkahwin dengannya, sedangkan aku tidak mengetahui di mana lelaki itu berada sekarang!
*****
Dua bulan berlalu sejak papa meminta aku berkahwin lagi. Setiap hari papa asyik mengulang permintaan yang sama. Setiap kali juga aku menolak permintaan papa. Jangan paksa Nea! Hari ini aku akan berangkat ke New York. Pakaian dah kemas. Cuma tunggu masa nak pergi ke KLIA. Aku membelek tiket kapal terbang beberapa kali. Mungkin dengan cara ini akan buat papa faham. Aku takkan kahwin sekali lagi. Biarlah aku menyendiri. Selain Syaqirin, aku tak mungkin akan membenarkan lelaki lain menggantikan tempat Syahir!
"Mama, berapa lama mama nak pergi New York?" Nuqman kelihatan sedih.
"Lepas atuk kamu tak paksa mama buat sesuatu yang mama tak nak. Masa tulah mama balik. Jangan sedih sweetheart. Mama akan selalu call Nuqman." Aku mengusap kepala Nuqman beberapa kali. Sebak nak meninggalkan Nuqman. Aku tak pernah meninggalkan Nuqman jika nak ke mana-mana, tapi kali ni aku tak boleh bawak Nuqman, aku nak tenangkan diri.
"Mama..." Dia memegang lenganku ketika aku menyorong beg pakaian keluar daripada bilik.
"Take care sweetheart. Jangan nangis ya. Doakan mama selamat sampai." Aku segera melangkah keluar daripada rumah. Pak Samat, pemanduku telah lama menanti diluar. Dia segera memasukkan beg pakaianku ke dalam boot kereta. Aku ingin mencium tangan papa tapi papa tak kelihatan. Maafkan Nea papa!
"Pak Sarip, kita bertolak sekarang." Arahku. Lelaki itu segera menghidupkan enjin kereta. Aku menatap rumahku buat kali terakhir. Harap papa akan ubah fikiran lepas aku balik daripada New York.
*****
"Puan, ada kereta halang kereta kitalah. Nak buat macam mana ni puan?" Soal Pak Samat. Aku membuka mataku. Kelihatan sebuah Naza Citra berwarna hitam metalik sedang menghalang di tengah jalan. Pintu kereta itu dibuka. Beberapa orang lelaki lengkap bersut hitam menghampiri keretaku. Gimik apa yang mereka buat ni? Sanggup memakai sut hitam tengahari buta ni? Aku hanya memerhati mereka menghampiri keretaku. Pak Sarip menurunkan cermin kereta.
"Ya, encik semua ni siapa? Boleh tolong alihkan kereta encik tak? Puan saya nak cepat sampai ke KLIA. Minta tolong ya encik." Pak Samat bersuara. Penuh hormat kata-katanya. Tiba-tiba pintu kereta di tempat dudukku dibuka secara paksa. Aku kaget. Tubuhku ditarik keluar. Aku menjerit memanggil nama Pak Sarip. Tetapi orang tua itu tidak dapat membantu kerana seorang lelaki yang agak besar tubuhnya memegang Pak Sarip. Aku diheret ke dalam Naza Citra.
"Bos, saya dah dapat dia. Ok, saya bawak ke tempat yang dah dijanjikan." Ujar salah seorang daripada lelaki-lelaki bersut hitam itu. Salah seorang daripada mereka menuangkan sesuatu ke atas sapu tangan.
"Nak buat apa ni?! Don’t you dare! Saya telefon polis nanti! Lepaslah!" Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Sapu tangan yang dibubuh something tadi makin hampir, makin hampir dan akhirnya...aku longlai!
*****
"Kat mana ni?" Aku menepuk kepalaku beberapa kali. Weirdnya bilik ni. Macam sebuah pejabat! Aku memicit dahi yang masih berdenyut. Pintu bilik dikuak. Muncul seorang lelaki yang lengkap berserban dan berjubah ke dalam bilik. Takkan pak haji ni culik aku? Tak logik dek akal! Arghh!!! Kepala makin sakit ni. Tiba-tiba muncul papa. Berderau darahku. Papa dalangnya?!
"Papa buat apa ni? Jangan paksa Nea lagi. Nea nak pergi KLIA ni. Nanti tiket burn!" Boleh pulak aku fikir pasal tiket dalam keadaan genting macam ni? Aku bingkas bangun. Papa menolak tubuhku. Aku terduduk. Aikkkk...main kasar pulak papa aku ni! Kalau papa berdegil, aku dua kali ganda boleh berdegil.
"Nea kena kahwin hari ni. No more excuse lagi." Tenang suara papa, tapi tegas.
"Papa! Papa takde hak!" Jeritku dihadapan pak haji. Aku bingkas bangun daripada dudukku. Pak Haji itu kelihatan terkejut dengan tingkahku. Dia kelihatan menggelengkan kepalanya. Aku tak peduli. Ini masa depan aku. Sesiapapun tak boleh tentukan masa depan aku.
"Jangan degil lagi Nea." Aku memandang ke arah suara itu. Muncul Syaqirin disebalik pintu. Berderau darahku. Syaqirin memandangku. Jantungku berdegup kencang. Lapan tahun. Akhirnya selepas lapan tahun, aku bertemu kembali dengan lelaki yang berjaya membuatkan pintu hatiku kembali terbuka. Rinduku terlerai sudah. Namun aku tak mengerti, apakah kaitan Syaqirin dengan sandiwara papa. Tiba-tiba Syaqirin melutut dihadapanku, dihadapan papa dan pak haji. Ketika dia melutut, muncul Annia, mama, Nuqman, along, angah, alang serta familiku yang lain. Sesak pejabat itu.
"Sudi tak Neanessa bt Mohd Zahin kahwin dengan I, Muhammad Syaqirin b. Mohd. Zakaria? Katakan sudi...I dah lama tunggu you. Please...jangan tolak lamaran I." Ujarnya. Kepala aku makin ligat berpusing. Oksigen makin berkurangan. Aku hampir pitam, suasana sesak, ditambah dengan kejadian tak disangka ni, buatkan aku mudah nak pitam.
"Sudi tak Nea?" Syaqirin masih melutut. Dia sedang memegang sebentuk cincin. Nea! Terimalah, impian kau dah termakbul! Dia lelaki yang kau mahukan! Terima dia Nea. Jangan biar dia menunggu lama. Dia dah lama menunggu kau! Nea! Jangan! Entah-entah ni mimpi dan kau sekarang berada di alam mimpi. Tak mungkin perkara ni berlaku. Jangan berangan Nea! Nea jangan dengar bad side dalam diri kau! Percayalah! Ini bukan mimpi, ini kebenaran, lelaki yang kau cintai sedang melutut melamar kau! Terima dia Nea...jangan seksa diri lagi. Bukankah kau idamkan semua ni? Suara-suara dalam otak aku makin kuat, aku masih memandang cincin dan Syaqirin bersilih ganti. Patutkah aku terima? Somebody...please explain pada aku, aku masih tak faham apa yang sedang berlaku! Papa paksa aku kahwin, aku on the way nak lari ke New York, diculik, and Syaqirin melamar! Serabutnya otak aku time ni. Patutkah aku terima lamaran lelaki yang sedang melutut dihadapanku tanpa memahami jalan cerita?
Perlahan-lahan aku mengangguk tanda setuju. Tak mungkin aku menolak! Dia yang kunanti selama ini. Syaqirin senyum lebar. Matanya seolah berkaca. Menangiskah dia? Terharukah dia dengan persetujuanku? Aku memandang wajah papa. Wajah tua itu kelihatan berseri-seri. Papa! Maafkan kelakuan Nea terhadap papa. Nea kurang mengerti dengan tindakan papa. Tak sangka papa cuba menyatukan Nea dengan lelaki yang Nea cinta! Terima kasih papa! Terima kasih Syaqirin kerana membuatkan mimpi Nea jadi kenyataan. Terima kasih sebab leraikan rindu Nea selama lapan tahun ini! Sesungguhnya Nea dah mengerti maksud jambangan bunga yang diterima setiap tahun itu, pada tarikh yang sama itu. Tarikh itu adalah tarikh saat pertemuan kita kali pertama di rumah mak su. I love you so much!
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei