Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mira,kenapa kau sanggup bersikap biadap terhadap ibu, dia ibu kandung kita kau tau tak? Dia yang melahirkan kau." Teguran kakakku dua hari lepas ketika aku pulang bercuti di kampung benar-benar menikam ke lubuk jantungku. Apatah lagi melihat titisan air mata ibu jatuh kerana sikap dan kata-kata yang telah aku lemparkan kepadanya.
"Eh, Mira, kau tak pergi ke kelas ke ari ni?" Pertanyaan daripada Irma menghentikan lamunanku sebentar tadi namun jiwaku masih tak tenteram. Apa benar ke cerita yang kak Lyn beritahuku semasa hari terakhir aku di kampung? Atau dia sengaja mengada-ngadakan cerita. Tapi untuk apa kak Lyn menipuku jika semua yang dikatakannya itu hanya satu rekaan. Uh!, aku melepaskan satu keluhan yang berat.
"Kau ni kenapa Mira? Sakit? Atau kau ada masalah?" Irma tak berpuas hati apabila pertanyaanya tadi tidakku jawab dan terus mengajukan aku soalan yang sama.
Aku hanya menggelengkan kepala kepadanya. Setelah itu dia hilang dari pandangan mataku. Ligat. Begitulah Irma yang ku kenal. Tak pernah lekat dalam bilik. Sentiasa sibuk. Mengalahkan menteri.
Irma merupakan room mate aku sejak semester pertama lagi. Memang tidak dapat dinafikan Irma seorang kawan yang baik dan sentiasa mengambil berat terhadapku. Dia aktif dalam sukan dan sebab itulah aku sering ditinggalkan bersendirian dalam bilik. Aku kadang-kadang cemburu dengan kehidupan Irma. Walaupun dia tidak mewah dengan wang ringgit tapi kehidupannya dipenuhi dengan bunga-bunga bahagia. Tak seperti aku.
Mengunjungi rumah Irma di Kelantan pada cuti semester lepas benar-benar mengusik hatiku. Ayah dan ibu Irma terlalu baik. Hubungan mereka sangat akrab walaupun kehidupan mereka sangat sederhana. Irma mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua orang tuanya. Tapi aku? Hatiku tidak habis-habis berbisik sendirian.
Deringan telefon menyedarkan aku daripada lamunan. Aku lantas mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja. Melihatkan nama pemanggil di skrin telefon bimbitku membuatkan aku cepat-cepat menjawab panggilan tersebut.
" Hello, Haris, sekejap lagi saya sampai. " Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku telah berjanji dengan Haris untuk pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan bagi menyiapkan assignment kami. Setelah memutuskan talian, aku cepat-cepat bersiap. Solekanku ala kadar kerana aku takut Haris terlalu lama menungguku. Selesai mengenakan tudung aku tersenyum kelat di hadapan cermin. Saat ini muncul lagi wajah ibu. Wajahku saling tak tumpah sepertinya. Cantik dan ayu. Tapi kenapa aku tak boleh menerimanya. Tersedar dari lamunan aku terus mencapai beg sandangku dan terus menaiki bas ke perpustakaan universiti. Setibanya aku di sana ku lihat Haris masih setia menantiku walaupun aku kelewatan 45 minit. Aku terus memohon maaf kepadanya atas kelewatanku itu. " Mira ".. " Mira "..panggilan Haris benar-benar menyentap lamunanku terhadap ibu kandungku. Wajahnya yang lembut seakan-akan menagih memanggil namaku.
"Err, Haris. Kenapa?" dalam keadaan terkejut aku menyahut panggilan Haris.
Seperti Irma, Haris juga menanyakan aku soalan yang sama. " Awak sakit ke Mira? Atau awak ada masalah? Tadi pun awak tak datang ke kelas. Kenapa?" soal Haris.
" Err, saya tak apa-apa. Cuma pagi tadi saya terlewat bangun sebab tu saya tak pegi kelas, " aku menipu Haris kerana aku tidak mahu dia tahu masalah keluargaku.
Eh, kita dah lewat ni mari la kita masuk untuk cari buku yang prof nak tu, " aku sengaja mengalihkan topik. Memandangkan waktu pun sudah banyak berlalu, Haris tanpa banyak tanya mengikutku memasuki ruang perpustakan.
Hari minggu begini sememangnya kolej yang selalunya riuh- rendah akan menjadi sedikit sunyi. Masing-masing ada yang balik kampung , keluar jalan-jalan dan tak kurang juga yang keluar dating. Aku terlalu bosan memerap diri dalam bilik seorang diri. Irma pula hari minggu begini dia pagi-pagi lagi sudah keluar bekerja. Walaupun belajar, namun Irma melakukan kerja sambilan untuk menampung kehidupannya di kampus. Irma sungguh beruntung dan tabah. Bisik hatiku.
" Abah nak Mira balik esok. " Hatiku benar-benar tersentak tatkala mendengar suara kasar abahku. Kenapa abah menyuruhku balik. Selama ini dia lebih mementingkan mama. Mama yang menjadi keutamaanya. Alif, Azam dan Aza yang mendapat kasih-sayangnya. Aku seolah-olah menumpang di rumah abahku sendiri. Tak pernah dia pedulikan aku. Apa aku buat. Yang abah tahu bagi aku wang sedangkan aku amat dahagakan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa. Abah tak pernah memahamiku. Walaupun berbagai persoalan bermain di benak fikiranku namun aku berusaha melelapkan mata. Walaupun payah.
Sepanjang perjalanan ke rumah abah yang tak jauh dari kolej kediamanku pandanganku kosong. Aku masih mencari jawapan kenapa abah menyuruhku pulang ke rumah hari ini. Aku tahu pasti ada sesuatu. Setibanya aku di rumah banglo dua tingkat itu, hatiku benar-benar terusik. Rumah ini walaupun mewah namun aku tak pernah merasai nikmatnya tinggal dan membesar di sini. Jiwaku kosong. Dengan langkah yang berat aku menuju masuk ke dalam halaman rumah tersebut. Sebaik sahaja memberi salam, pintu di buka oleh adik tiriku, Aza. Tanpa senyuman, apatah lagi menegurku yang baru sampai. Begitulah sikap mama dan adik-adik tiriku jika aku berada di rumah. Usahkan nak tegur, berselisih muka pun mereka tak mahu denganku. Abah juga sama. Sibuk memanjang. Tidak ada masa untukku. Aku terasing di rumahku sendiri.
Aku seboleh-bolehnya melindungkan perasaan hatiku tika ini. Persoalan kenapa abah menyuruhku balik lebih mendebarkan hatiku. Tidak sabar rasanya meleraikan persoalan tersebut. Kedengaran tapak kaki menuruni tangga membuatku bertambah resah. Kulihat abah bersama-sama mama menuruni anak tangga. Muka mama yang angkuh singgah ke mukaku. Aku duduk di atas sofa bagaikan seorang pesalah yang menunggu hukuman.
" Lama Mira sampai?" tanya abahku yang mungkin tahu aku yang sudah tak senang duduk. " Err, baru je bah. " Jawabku pendek.
" Mira tahu kenapa abah suruh Mira balik?" soal abah lagi.
Aku hanya menggelengkan kepala.
Mama yang sejak tadi memerhatikan aku terus mencelah " alah,budak tu memang sengaja buat-buat tak tahu la tu bang." Kata-katanya itu menambahkan lagi kebingunganku.
" Betul bah, Mira tak tahu. " balasku
" Betul ke Mira balik kampung jumpa ibu dan kak Lyn minggu lepas?" tersentak hatiku mendengarkan pertanyaan yang meluncur daripada mulut abah.
" Abah nak Mira jawab betul-betul pertanyaan abah tu." Abah tak nak Mira berdalih atau mereka alasan. Abah dah tahu, cuma abah nak dengar daripada mulut Mira sendiri." Tambah abah lagi membuatkan aku tergagap-gagap untuk menjawabnya.
" Ya bah, Mira ada pergi ke kampung dan Mira minta maaf sebab tidak beritahu terlebih dahulu pada abah ataupun mama. Mira tau abah sentiasa sibuk jadi Mira tak nak ambil masa abah." Aku tak tahu macam mana kekuatan itu timbul untuk menyindir abah.
Abah yang sedar aku menyindirnya terus mengalihkan perbicaraan dengan menanyakan bagaimana aku berjumpa kembali dengan ibu dan kakakku yang telah 20 tahun aku dan abah tak menemui mereka.
" Kak Lyn yang menghubungi Mira. Bagi tahu yang Mira masih ada ibu dan kakak. Mulanya Mira menolak untuk berjumpa dengannya tapi setelah dia memujuk Mira supaya Mira menjenguk ibu, Mira ambil keputusan untuk pergi." beritahuku kepada abah.
" Bagaimana kakak kau tu boleh tahu nombor telefon kau tu?" tanya mama dengan agak kasar.
" Kawan Mira yang bagi tahu. Kawan Mira tu adik angkat kak Lyn." balasku.
Benar,melalui Irmalah aku tahu bahawa kak Lyn ialah kakakku. Irma bekerja di kedai kain jadi dia menemui kak Lyn di tempat dia bekerja. Kak Lyn sering menceritakan kisah hidupnya pada Irma membuatkan Irma terlintas bahawa mungkin kami adik-beradik kerana kisahku dan kisah kak Lyn sama. Dari situlah aku berjumpa semula dengan kak Lyn dan ibu.
" Tengok tu, orang tanya dia berkhayal pulak." jerkah mama membuatku tersentak.
" Tengok tu bang, baru jumpa sekali dengan kakak dan ibunya dah dia lupakan abang. Dasar budak tak tahu kenang jasa. Lepas ni mungkin dia akan tinggalkan abang terus dan tinggal dengan ibunya tu." kata-kata mama seperti menghasut abah.
" Eh,Mira, kalau kau suka sangat tinggal dengan perempuan murahan seperti tu pergi la. Abah kau pun tinggalkan dia dulu dan bawa kau tinggal bersama-sama kami sekarang kau pulak yang dahagakan kasih daripada orang seperti tu. Nasib baiklah kau tinggal dengan kami, kalau tak aku rasa kau pun mungkin berada kat kelab malam sekarang ni bukan kat Universiti." celupar sungguh mulut mama.
Telingaku panas serta-merta. Tidak sanggup lagi aku mendengar kata-kata nista dari mulut mama membuatkan aku terus balik ke kolej pada petang itu juga. Namun sebelum aku pulang, abah sempat memberi amaran agar aku tidak lagi pergi ke kampung atau berhubung dengan kak Lyn atau ibu.
Sejak pulang dari rumah abah fikiranku semakin bercelaru. Aku benar-benar tersepit. Perasaan kasih terhadap ibu kandungku tak dapat kubendung walaupun aku tahu keburukan tentangnya. Sejak kecil lagi aku diceritakan tentang keburukan ibu. Ibu perempuan jahat. Curang. Tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan tak ada maruah. Mama dan abah sering memberitahuku semua tu kepadaku membuatkan aku terpengaruh. Tapi dia ibu kandungku. Malahan apa yang diceritakan oleh kak Lyn bercanggah dengan pemikiranku tentang ibu membuatkan aku bingung.
Menurut kak Lyn, ibu tak seperti yang aku fikirkan. Mama yang membuatkan ibu menderita. Mama yang selalu memfitnah ibu supaya abah membenci ibu. Hidup ibu terseksa. Mama ingin merebut kasih sayang abah hanya untuknya seorang. Sebab itulah mama memfitnah ibu agar abah menceraikan ibu. Mama sedikitpun tidak tahu berterima kasih pada ibu yang merelakan dirinya dimadu. Malah mama tamak dan busuk hati menyebabkan keluarga kita porak-peranda.
" Tapi kenapa ibu tak cari Mira kak? Kalau benar ibu sayangkan Mira. Kenapa baru sekarang. Setelah Mira dah besar. Dah berjaya. Mana ibu saat Mira dahagakan kasihnya. Saat Mira merinduinya." soalku dengan nada yang sebak.
" Mira tahu tak hidup ibu dan akak merempat dulu. Kakak tak kisah tak dapat sambung belajar kerana akak tak mahu berjauhan dengan ibu dan akak nak bagi dia kesenanagan. Sebab tu selepas tamat tingkatan 5 akak terus bekerja. Akak juga berjanji kepadanya untuk mencari kau, dik. Ibu terlalu merindui dan menyanyangimu." kata-kata kak Lyn sungguh menghiris tangkai jantungku.
Deringan telefon menhentikan lamunanku.
" Hello, assalamualaikum. Mira ke?" tanya pemanggil tersebut.
" Ya, saya. Siapa ni?" tanyaku kerana aku tidak cam suara pemanggil tersebut.
" Mira, kakak ni. Kak Lyn nak bagi tahu Mira. Ibu sakit. Kalau boleh Mira datang la melawat ibu kat kampung. Dia selalu menyebut nama Mira. Ibu terlalu rindukan Mira." Selepas memberitahuku tentang ibu kak Lyn terus memutuskan talian.
Ibu sakit. Tenat ke? Ah, waktu aku sakit ibu tak datang pun. Aku dibiarkan atas katil sorang-sorang. Cuma kadang-kadang abah akan masuk ke bilik bertanyakan khabarku. Saat aku rindukan ibu, dia tak datang pun.
Seminggu berikutnya kak Lyn menelefonku lagi. Kali ini kudengar suaranya agak cemas dan sedih. Menurut kak Lyn, ibu dalam keadaan tenat. Jika aku tidak pulang menjenguk ibu mungkin aku tidak akan berkesempatan lagi.
" Mira balik ya. Kesian ibu. Dia terlalu rindukan Mira." Itulah kata-kata akhir kak Lyn.Hatiku bertambah luluh membayangkan wajah ibu. Aku mencapai telefon lalu mendail nombor telefon abah.
" Abah, Mira minta maaf. Mira terpaksa melanggar amaran abah. Mira nak balik kampung. Ibu sakit tenat. Mira bukan tak tahu kenang jasa tapi walau apapun ibu tetap ibu kandung Mira. Maafkan Mira." Selepas menamatkan panggilan tersebut aku terus pergi ke stesen bas. Nasib baik aku mendapat tiket ke Johor Bharu malam itu juga. Waktu di dalam bas aku sentiasa mengenangkan wajah ibuku. Kenapa aku terlambat untuk mengakui bahawa aku menyanyangi ibu sepenuh hatiku. Setibanya aku di perkarangan rumah papan milik ibu, kulihat ramai orang memenuhi rumah tersebut.
" Ibu, apa yang terjadi?" Aku berbisik sendiri. Memikirkn ibu, aku terus berlari menerpa ke dalam rumah tersebut lalu mendapatkan ibu di atas sebuah tilam. Aku menangis sepuasnya sambil memeluk erat tubuh ibu yang sudah tidak berdaya lagi. Berkali-kali aku memohon maaf kepadanya.
" Bu, maafkan Mira bu. Mira tau Mira dah banyak melukakan hati ibu. Mira buta menilai kasih ibu. Maafkan Mira bu. Mira nak bersama-sama hidup dan merasai kasih sayang ibu. Ibu jangan tinggalkan Mira. Mira perlukan ibu. " Kataku sambil menangis teresak-esak.
" Mira, ibu sayangkan Mira. Tapi ibu tidak mempunyai kesempatan untuk meluahkannya pada Mira," walaupun kata-kata ibu tersekat-sekat tapi yang jelasnya ia amat meruntun jiwaku.
Kak Lyn yang berada disebelahku juga menangis teresak-esak.
" Mira, walaupun ibu tak dapat bersama Mira lepas ni, ibu nak Mira jaga diri baik-baik, belajar bersungguh-sungguh dan hormat pada orang tua," pesanan ibu dapat ku dengar walaupun suaranya tidak jelas.
" Bu, ibu jangan cakap begitu bu. Ibu jangan tinggalkan Mira dan kakak.
Ibu hanya tersenyum payah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaku. Tubuhnya yang kaku ku peluk erat. Aku rasa seperti mahu meraung saat itu namun aku tabahkan hati tetapi tangisanku semakin kuat kedengaran.
" Sabar, dik. Allah lebih sayangkan ibu. Mira jangan menangis lagi.
" Kak, kenapa ibu pergi terlalu cepat. Tanpa sempat Mira bermanja dengannya. Tanpa sempat Mira merasai kasih sayangnya," luncur sahaja persoalan itu dari mulutku.
" Mira, mungkin ini sudah satu suratan dan kita kena tabah mengahadapinya dik.", kata-kata kak Lyn sedikit-sebanyak menenangkan keadaanku.
Setelah jenazah ibu selesai dikebumikan, kulihat sebuah kereta honda berwarna hitam menuju ke arah rumah kami. Aku amat mengenali kereta tersebut. Apabila pemiliknya keluar dari kereta berkenaan, aku dan kakak menuju ke arah mereka.
" Apa abah dan mama nak? Puas ke hati mama sekarang ni? Mama sanggup fitnah arwah ibu demi kepentingan mama. Mama pisahkan kami. Apa salah ibu pada mama?", soalku dengan nada marah bercampur geram kepada mama dan abah.
" Mama datang sini sebab nak minta maaf. Mama tahu mama banyak berdosa pada ibu dan kamu sekeluarga. Maafkan mama." Baru kali ini aku dengar mama bercakap lembut denganku sambil menangis.
" Ya Mira, Lyn, abah dah banyak mengabaikan tanggungjawab terhadap kamu. Abah sedar abah silap. Abah salah. Kamu menderita kerana abah." Kata-kata abah menampakkan kekesalannya.
" Untuk apa abah dan mama baru sedar. Ibu dah tak ada lagi. Ibu dah tinggalkan kita. Tinggalkan Mira. Abah dan mama punca segalanya. Abah dan mama yang buat ibu menderita. Mira benci abah dan mama." Kataku dengan suara yang agak keras.
" Mira, Mira ingat tak pesan arwah ibu kepada Mira tadi. Bukankah ibu pesan supaya kita hormat pada orang tua. Memaafkan orang lebih baik dik daripada kita bermusuh. Walau apapun dia tetap abah dan mama kita. Kalau kakak boleh terima kenapa tidak Mira yang dibesarkan oleh abah dan mama." Kata-kata kak Lyn menyedarkan aku.
" Mulianya hati kak Lyn." Bisik hati kecilku.
Kami saling berpelukan. Aku dan kak Lyn membawa abah, mama dan adik-adik ke pusara ibu. Kami sedekahkan al-Fatihah untuk ibu dan berdoa semoga roh ibu tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
" Selepas habis kelas nanti, Syamir tolong pungut buku latihan tentang karangan yang saya suruh kamu semua buat di rumah semalam ye." " Baik cikgu.." bersemangat Syamir mendengarkan arahan cikgu Hayati itu.
Kelihatan cikgu Hayati terus menuju ke bilik guru. Cikgu Hayati merupakan guru yang mengajar bahasa Melayu dan bertindak selaku guru kelasku. Dia masih muda jika nak dibandingkan dengan kebanyakan guru-guru lain yang ada di sekolah ini.
" Harlina, mana buku latihan engkau? Kau sorang lagi yang tidak menghantarnya kepadaku." Jerkahan Syamir, ketua kelasku itu membuatkan aku tersedar daripada lamunan. " Er, buku latihan aku tertinggal kat rumah." jawabku cuba berbohong. " Ah, lantak engkaulah. Nanti kau jawablah sendiri dengan cikgu. Kau ni tak habis-habis menimbulkan masalah." kata-kata Syamir itu cukup melumatkan hati dan perasaanku.
Apatah lagi ada segelintir rakan-rakan mula mengejekku.
" Kawan-kawan, kamu semua bernasib baik. Tetapi aku tidak seperti kamu semua." bisik hatiku separuh merintih.
Selesai sesi persekolahan pada hari itu, aku terus pulang ke rumah dan menyiapkan makanan untuk kami sekeluarga. Bagi aku, menyiapkan makanan bukanlah suatu kerja yang memenatkan kerana aku cuma memasak nasi dan menggoreng ikan kering sahaja. Hanya itu yang termampu bagi kami sekeluarga. Selepas itu, aku terus mandi untuk membersihkan diri. Kedengaran batuk ayah semakin kuat sejak seminggu yang lalu. Sayu hatiku bertandang lagi. Lalu aku mengambil makanan tengah hari itu dan terus masuk ke kamar ayah. Kulihat ayahku sudah semakin tenat. Namun apa dayaku, aku hanya mampu berdoa agar ayah tidak menanggung kesakitan yang berat. Naluri seorang anak ini tidak mampu lagi melihat ayah berada dalam kesakitan sejak ayah kemalangan jalan raya kira-kira setahun yang lalu. Kemalangan itu juga telah mengakibatkan ayah lumpuh. Dan ibu tiriku langsung tidak ambil kisah terhadap ayah malah memperlakukan aku seperti orang gaji. Oleh sebab itu jugalah aku terpaksa berkerja demi menanggung perbelanjaan kami sekeluarga.
" Eh, kamu dah balik nak, ayah tak dengarpun kamu balik." ayah cuba bercakap denganku walaupun suaranya tersekat-sekat kerana menahan batuk yang masih bersisa. " Ya, ayah. Lina dah lama balik. Lebih kurang setengah jam yang lalu. Ayah makan dulu ye. Nanti Lina suapkan." lalu kusuakan tangan yang berisi nasi berlaukkan ikan kering itu kepada ayah. " Lina, kamu sungguh baik nak. Maafkan ayah kerana tak dapat memberi kamu kesenangan. Apatah lagi dengan sikap mak cik Leha kamu tu. Ayah tak mampu berbuat apa-apa nak. Ayah dah cuba nasihatkan dia tapi dia buat pekak je malah menengking ayah pula." sayu hatiku mendengar apa yang baru diperkatakan oleh ayah itu. " Ayah, Lina tak kisah ayah. Lina cuma nak ayah sihat. Lina tak nak ayah sakit macam ni."jawabku kepada ayah. " Lina, ingat pesan ayah. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan kamu. Ayah tahu kamu tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran kerana masalah keluarga kita tapi ayah tak mahu kamu hidup merempat bila ayah dah tak ada kat dalam dunia ni lagi. Ayah tak boleh harapkan pada mak cik Leha kamu. Ayah tahu dia benci akan Lina." Demi mendengarkan kata-kata ayah itu, airmataku mengalir laju membasahi kedua-dua belah pipiku. " Ayah, ayah takkan pergi mana-mana. Lina akan tetap jaga ayah." Ucapku dalam sedu-sedan. " Lina, mungkin ayah hidup dah tak lama nak. Kamu pandai-pandailah jaga diri apabila ayah dah tak ada nanti. Ayah tak dapat meninggalkan apa-apa harta buat kamu nak."kata ayah sambil memegang tanganku. " Ayah, janganlah cakap macam tu lagi. Lina keluar dulu ye ayah. Lina nak siapkan kerja sekolah." Aku telah menipu ayah lagi. Bukan niatku untuk menipu ayahku itu tetapi aku tidak mahu dia tahu yang aku telah bekerja mengambil upah membasuh pinggn mangkuk di kedai makan kak Bedah di hujung kampung. Jika ayah tahu tentu sahaja dia akan risau terhadap diriku ini. " Baiklah nak." Namun aku dapat melihat ayahku seolah-olah sukar melepaskan aku keluar dari biliknya itu. Terasa syahdu benar hatiku saat melihat wajah ayah.
Seperti biasa aku ke hujung kampung menuju ke kedai makan kak Bedah. Di pertengahan jalan, aku terserempak dengan mak cik Leha iaitu ibu tiriku dan anaknya Sudin. Mungkin mak cik baru balik daripada mengambil Sudin pulang dari sekolah.
" Hah, kau nak pergi ni, kau dah siapkan makanan tengah hari untuk aku dan Sudin ke?" soalan itu sudah kujangka akan terkeluar untukku. " Dah mak cik." Jawabku pendek.
Dengan jelingan yang tajam mak cik Leha terus berlalu. Aku pula sudah mahu meraung memanggil nama ibuku kerana aku terlalu rindukan belaian dan kasih saying seorang ibu. Jika ibuku masih hidup tentu aku tidak perlu melalui semua penderitaan dan kesengsaraan ini. Masakan ada gadis seusiaku sanggup menggalas tanggungjawab yang terlalu besar ini untuk menyara kehidupan sekeluarga. Mahu sahaja aku berhenti belajar tetapi apabila memikirkan pesanan ayah dan mengenangkan peperiksaan yang akan aku hadapi tidak lama lagi membuatkan aku berfikir dua kali. Gadis-gadis lain seusia denganku sedang girang mengayam mimpi indah, berseronok, dan hanya belajar tetapi aku tidah sebertuah mereka.
Setelah siap menyelesaikan semua kerja di kedai tersebut, aku terus pulang ke rumah. Takut juga aku, kalau-kalau ada pemuda kampung yang nakal menggangguku di tengah jalan jika aku pulang jauh malam. Bukan tidak pernah aku diganggu tetapi nasib baik ketua kampung ternampak dan memberi amaran kepada mereka semua.
Penat bekerja membuatkan aku terus terlena setibanya di rumah. Begitulah rutin harianku. Sebab itulah aku kerap tertidur didalam kelas dan banyak juga kerja rumah yang tidak aku siapkan. " Harlina, semasa rehat kamu masuk ke bilik saya sekejap ye." Cikgu Hayati memberi arahan dalam nada yang bersahaja. Cukup tenang guru ini. Walaupun aku tahu kenapa beliau memanggilku. " Baik cikgu." balasku sambil menganggukkan kepala.
Kakiku melangkah longlai sambil fikiranku berputar memikirkan jawapan yang bakal kuberikan kepada cikgu Hayati nanti. Tanpa aku sedari aku telah terlanggar seorang budak lelaki.
" Er, saya minta maaf. Saya nak cepat ni." Aku terus meminta maaf dan berlalu pergi.
" Assalamualaikum cikgu, kenapa cikgu memanggil saya," tanyaku kepada cikgu Hayati walhal aku sendiri sudah dapat mengagak sebab aku dipanggil. " Harlina, duduk dulu." Cikgu Hayati begitu lembut menyuruhku duduk.
Aku sudah mula duduk di hadapan cikgu Hayati. Sekilas pandangan kulemparkan pandangan kepada wajah cikguku itu. Namun, untuk bertentang mata dengannya aku tak mampu. Mujurlah tidak ramai guru yang ada dalam bilik guru tersebut. Mungkin pada waktu ini guru-guru lain ramai sudah berada di kantin untuk makan tengah hari.
" Harlina, kenapa kamu tak hantar kerja rumah yang cikgu suruh buat tu? Kamu sakit ke? Cikgu nampak kamu macam tak bermaya je. Atau kamu ada masalah apa-apa.? Soalan-soalan yang diajukan oleh cikgu Hayati sedikit- sebanyak mengganggu emosiku. " Cikgu, saya benar-benar minta maaf cikgu. Saya janji saya akan hantar karangan tu esok." Aku cuba berjanji dengan cikgu yang terlalu baik itu. " Harlina, kalau awak ada masalah. Saya sedia menolong awak. Awak seorang pelajar yang pintar Harlina. Sayang rasanya kalau masalah-masalah awak mengganggu pelajaran awak. Saya tahu awak bekerja sambil belajar bukan?" Aku benar-benar tekejut. Bagaimana cikgu Hayati tahu yang aku berkerja. Aku tidak mengeyakan atau menidakkan pertanyaan cikgu Hayati. Diamku seribu bahasa. Saat ini airmataku seakan mahu menitis ke lantai mengenangkan nasib diriku ini.
" Cikgu, saya tak bertuah seperti rakan-rakan yang lain. Namun, saya tak menyesal dengan apa yang Tuhan bagi kat saya cikgu. Ayah saya sakit, jadi sebagai anak sulung saya terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dan membeli ubat-ubat untuk ayah. Walaupun gaji saya dapat tu tak seberapa tapi saya tetap bersyukur cikgu kerana saya masih boleh hidup. Sebab itulah juga saya tak mampu untuk membayar yuran." Aku mula bersuara, walaupun dalam sedu-sedan kerana tak mampu menahan perasaanku sendiri. " Harlina, sabar. Jangan menangis. Cikgu berjanji akan membantu kamu sedaya-upaya cikgu. Kamu jangan bimbang. Balik sekolah nanti cikgu hantar awak ye, cikgu nak melawat ayah awak" Pujuk cikgu Hayati apabila melihat keadaanku yang menangis itu.
Pulang dari sekolah, kulihat ramai orang berkumpul di hadapan rumahku. Hatiku mula berdebar-debar memikirkan keadaan itu. Tak sanggup aku menghadapi ujianMu ini.
" Oh, tidak mungkin, ayah…" aku berlari sekuat hatiku. " Lina, sabar nak." Pujukan Mak Wan, jiran sebelah rumahku tidak langsung dapat menenangkan hatiku ketika melihat sekujur badan sedang ditutupi dengan kain. Hatiku remuk dan berkecai. Namun apa dayaku. Aku hanya mampu mendoakan supaya roh ayah dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Cikgu Hayati tidak putus asa cuba memberi semangat dan keyakinan kepadaku dalam menghadapi saat-saat yang amat menyeksa jiwa ragaku itu. Teringat segala pesanan ayah terhadapku malam tadi. Patutlah ayah beriya-iya hendak berbual denganku. Rupa-rupanya dia ingin mengadap Penciptanya. Kenapa terlalu cepat ayah, tanpa sempat kau melihat kejayaanku dan mengecap hasil titik peluh anakmu ini.
" Eh, yang kau tak sudah-sudah menangis ni kenapa? Bapak engkau tu dah mati. Kalau kau menangis pun, takde gunanya jugak. Pergi memasak. Aku ni lapar kau tau." Jerkahan mak cik Leha menghapuskan wajah ayah daripada mataku. " Lina, kenapa dengan awak ni? Ayah awak kan dah tak ada. Kenapa awak masih berkerja. Mak cik awak boleh tanggung awak." Cikgu Hayati menegurku sewaktu aku terserempak dengannya pada malam aku baru balik dari kerja. " Sebenarnya saya tak nak menyusahkan mak cik saya cikgu. Saya nak berdikari." Jawabku cuba untuk berselindung. " Tapi awak masih dibawah umur, masih dalam tanggungan penjaga awak." Celah cikgu Hayati memulangkan paku buah keras kepadaku. " Harlina, awak jangan cuba berbohong dengan cikgu. Cikgu tahu cara mak cik awak melayan awak. Kalau tak, takkan dia biarkan awak bersusah-payah berkerja sedangkan dia hanya duduk dirumah. Segala kerja rumah awak yang buat kan? Berbuat baik tak salah Harlina, tetapi kalau sudak keterlaluan itu dah kira menganiaya diri sendiri." Kata-kata cikgu Hayati itu cukup untuk menyedarkan aku.
Selama ini aku berbakti untuk ayahku tetapi kini kenapa aku harus menjadi hamba abdi kepada ibu tiri yang tidak pernah mengambil tahu akan diriku ini. Mulai saat itu aku sudah tidak menurut segala kata-kata mak cik Leha sehinggalah aku telah dihalau oleh ibu tiriku itu. Bukan aku mahu bersikap biadap terhadap orang tua namun aku tidak harus lemah dalam mempertahankan diriku ini.
" Eh, buat apa kau belajar lagi. Dulukan kau tak nak belajar. Tapi ayah engkau yang beriya-iya suruh kau belajar. Hah, sekarang dia dah takde tak payah la belajar. Kau kerja je terus." kata-kata mak cik Leha benar-benar meradangkan hatiku. " Mak cik, saya takkan berhenti belajar. Walaupun ayah saya dah meninggal namun impian dan harapannya tetap tersemat dalam hati saya. Mak cik tak ada hak untuk menentukan hala tuju diri saya." Entah daripada mana datangnya kekuatan itu. Mungkin juga semangat yang aku dapat daripada cikgu Hayati membuatkan aku berani menentang penganiayaan terhadap diriku.
" Sejak engkau berbaik dengan cikgu tu, kau dah mula tak hormatkan aku ya.? Engkau ingat dia tu siapa? Dia akan jaga engkau ke hah? Engkau ni betul-betul tak mengenang budi dan tak tahu hormat orang tua. Itu ke yang cikgu betina tu ajar engkau kat sekolah? Bertubi-tubi soalan mak cik Leha menuduh cikgu Hayati yang bukan-buka amat menyakitkan gegendang telingaku ini. " Sudah mak cik. Cukup. Mak cik ibu tiri yang jahat." kataku semakin berani. Mak cik Leha semakin menyinga. Lantas dicapainya penyapu lidi dan dihayunnya kearah tubuhku. Aku meraung kesakitan namun langsung tidak diendahkannya.
" Kak Leha, berhenti." Cikgu Hayati menyelamatkan keadaanku ketika itu. Dipeluknya diriku. Aku menangis sepuas-puasnya di bahu guru itu. " Saya akan laporkan perkara ini pada pihak berkuasa," luah cikgu Hayati kepada mak cik Leha. " Laporlah kalau berani," mak cik Leha seolah-olah mengugut cikgu Hayati. " Cikgu, jangan perbesarkan hal ini. Saya tak apa-apa," aku cuba menenangkan keadaan ketika itu kerana tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku. Kurasakan pelukan cikgu Hayati semakin kuat. " Harlina, saya dah berbincang dengan pengetua tentang masalah awak. Saya ingin mengambil awak sebagai anak angkat saya. Lagipun saya tak ada anak." tersentak aku dengan berita yang disampaikan oleh cikgu Hayati itu. " Betul ke cikgu?" hatiku sudah berbunga riang. Bukan kerana aku mahu menumpang kesenangan cikgu Hayati tetapi aku ingin benar merasai kasih sayang seorang ibu. " Ya Harlina. Suami saya juga sudah bersetuju dengan cadangan saya itu." Kata cikgu yang terlalu mulia itu seraya memelukku.
Sejak aku tinggal bersama-sama dengan cikgu Hayati dan suaminya Nizar, aku terlalu bahagia dan mendapat kasih sayang yang tak berbelah bagi walaupun aku hanya seorang anak angkat. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyebabkan pohon kelapa di depan rumah banglo itu seakan-akan melambai-lambai. Cukup tenang dan indah saat ini.
" Ibu, Lina janji Lina akan belajar sungguh-sungguh sehingga berjaya. Lina akan jaga ibu dan ayah seperti ibu dan ayah menjaga Lina." Hanya itu yang mampu aku ucapkan kepada orang yang benar-benar aku sayang kini sewaktu kami minum petang bersama-sama. Mahligai kasih yang aku impikan benar-benar telah menyinari hidupku. " Lina, kami tak pernah mengharapkan balasan daripada Lina. Kami dah anggap Lina seperti anak kami sendiri. Dan apa yang kami lakukan untuk Lina adalah sebagai tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Ibu yakin walaupun suatu hari nanti kami dah tak ada, Lina mampu menjaga diri. Jadilah seorang yang berguna kepada diri sendiri, masyarakat dan agama." Luah ibu kepadaku.
Pesanan itu merupakan satu azimat kepadaku buat pedoman dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang manusia.
Kring…Kringg, deringan telefon mematikan niatku untuk menyambung membuat kerja rumah. Gagang telefon lantas kucapai. " Hello, nak bercakap dengan siapa?" tanyaku. " Saya ingin memaklumkan bahawa Puan Hayati dan Encik Nizar terlibat dalam kemalangan jalan raya." kudengar sayup-sayup berita yang mengejutkan itu.
Aku terjelopok jatuh. Airmataku tumpah dengan laju. Hatiku bagai kaca terhempas ke batu. Raunganku memecahkan hening malam. Mengapa aku diuji dengan ujian sehebat ini. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini, rintih hati kecilku ini.
Tanah perkuburan yang masih merah itu kujirus dengan air mawar. Doa kupanjatkan buat seorang guru dan juga ibuku yang terlalu mulia. Aku tidak keseorangan di dunia ini kerana ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan membuatku lebih berani dan bersemangat dalam meneruskan hari esok yang mendatang. Suatu hari nanti aku akan mengecapi kejayaan dan menjadi seorang yang berguna walaupun kini aku terpaksa menghadapi pelbagai ujian daripada Yang Maha Esa. Semoga roh orang-orang kesayanganku dicucuri rahmat-Nya.
"Kenapa ni? Diam saja?,"Encik Firdaus bertanya sambil berpaling. Aku yang melangkah longlai agak jauh di belakangnya, terhenti. Encik Firdaus memandang wajahku. Menunggu jawapan. "Penatlah Encik,"jawabku lemah. Memang penat setelah hampir dua jam berjalan ke sana ke sini. Tetapi, bukan itu punca aku berdiam diri. Masih ada rasa jauh hati yang mengganggu perasaan. Merajuk sendiri. Entah kenapa, kemesraan antara Encik Firdaus dengan Mia benar-benar menggangguku saat ini. "Laaa.. Last task dah ni," Aku mengukir senyum yang tidak begitu bersemangat. Muka pun, aku buat-buat tidak bermaya. Biar Encik Firdaus menyangka aku benar-benar penat. "Awak nak quit ke? Give up dan kita balik?," "Tak adalah macam tu. Takkan dah last task nak give up kot. Buang masa jelah kita terkejar sana terkejar sini tadi. Tapi, kalau Encik Firdaus nak berhenti setakat ini, pun, boleh juga. Saya tak kisah langsung," Encik Firdaus ketawa mendengar jawapanku. Kelakar ke? Entahlah. Encik Firdaus menghampiriku. "Lets go. Kita habiskan. Lepas tu, kita rehat puas-puas," Aku tersengih. Yelah. Cakap memang senang. Tak tahu lutut aku rasa macam dah longgar sangat dah ni. Mahu pengsan aku kat sini. "Come,"dia bersuara sambil mencapai jemariku. Gulp! Jantungku berdegup tiba-tiba. Sentuhannya membuat aku berdebar-debar lagi. Debaran yang sama seperti saat aku terlanggar dia dulu. Saat dia menyentuh dahiku dulu. Saat dia mengenggam jemariku dulu. "Come,"ulangnya sekali lagi apabila melihat aku masih kaku di situ. Aku sedikit tersentak. Wajah terasa membahang. Malu apabila dia menyedari aku sedang melayan perasaan. Aku menarik tanganku sambil tersenyum. "Ok. Jom,"ujarku melangkah laju meninggalkan dia di belakang. "Amboi! Lajunya. Tunggu saya dulu," Encik Firdaus bersuara sambil mengejarku. Tersengih apabila sudah berada di sebelahku. Berjalan beriringan mencari petunjuk seterusnya. "What are we looking for, actually ha?,"soal Encik Firdaus selamba. Laa.. Dia tak tahu ke? Aku buka petunjuk terakhir yang ada di tanganku. "Mencari nota untuk sampai ke port terakhir kat information board. So, kita kena cari information boardlah," "Information board ya?," Encik Firdaus melilau mencari-cari information board barangkali. "Encik rasa kita boleh menang ke? Saya rasa macam nak kalah je ni. Dah berjam-jam dah ni. Entah-entah dah ada pasukan lain yang sampai kat garisan penamat," "Menang atau kalah tu, tak penting. Yang penting kita jangan give up. Semangat tu yang paling penting," Wah! Bersemangat betul Encik Firdaus ni. Malu pula aku mendengarnya. "Ok,"jawabku sepatah. "Tu.. I rasa itu yang kita cari," Aku pandang ke arah tempat yang Encik Firdaus tunjuk. Information board. Mungkin juga. Lagipun, dari tadi cuma ini saja yang kami temui. Betullah tu. Aku mengatur langkah, mengekori Encik Firdaus yang berlari kecil ke arah information board yang dimaksudkan. Mencari-cari di sekitar kawasan itu, sesuatu yang mungkin merupakan nota yang diletakkan untuk kami. Dalam kepenatan, aku turut sama meninjau sekeliling. Mencari-cari dengan malas. Kalau lambat jumpa pun tak apa. Boleh aku lepak-lepak kat sini lama sikit. Bolehlah hilangkan penat. Aku tersenyum. Semangat macam ni, memang sah kami akan kalah. "Yes! I got it. Lastly, saya yang jumpa note ni,"cukup girang suara Encik Firdaus sambil menayangkan sampul surat berwarna ungu. Aku tersenyum lucu. Sukanya hati dia. Memang patut pun dia gembira. Sejak dari mula tadi, asyik aku saja yang terjumpa nota dulu. Ini baru kali pertama dia yang jumpa. Aku mendekatinya. Menunggu dia membuka sampul surat yang akan memberitahu destinasi terakhir kami. Dia melayangkan sampul itu di hadapanku sambil tersengih. Hai, tak habis lagi ke gembiranya? Cepat-cepatlah buka Encik Firdaus. Kata nak cepat balik. Hatiku sedikit merungut. "Bukalah, Encik," "Buka apa?,"Encik Firdaus mengajukan soalan bodoh bersama sekuntum senyuman nakal. Senyuman yang membuat aku kembali berasa istimewa di sisi Encik Firdaus. Aku tersengih macam kerang busuk. Loyar buruk pula dia. Perlahan Encuk Firdaus membuka sampul di tangannya. "Alamak," "Kenapa, Encik?,"soalku sedikit hairan melihat riak wajah Encik Firdaus yang sedikit terkejut. Kali ini giliran dia pula yang tersengih macam kerang busuk. "Nothing," "Apa the next instruction?," "Anda dikehendaki berjalan lebih kurang 500 meter dari sini, ke arah utara. Anda akan menemui sebatang pokok akasia. Ada sesuatu untuk anda di atas pokok itu. Dapatkannya,"bacanya dengan pelbagai nada dan pelbagai mimik muka. Aku tergelak kecil. Sukanya melihat gelagat Encik Firdaus. "So, shall we? Kita kena cari pokok akasia ni," "Ok. Saya ikut saja," "Mana satu arah utara ni?,"soalnya sambil memandang wajahku. Aku buat muka blur. Mana aku tahu. Ada ke tanya aku. "Mana saya tahu, Encik. Encik pun tak tahu ke?,"soalku lurus bendul. Ini baru betul. Kalau dah dua-dua tak tahu, perfect partner betul kami ni. Perfect partner paling tidak boleh dipakai. Encik Firdaus mengukir senyum. Dia berdiri sambil mengangkat tangan kanan, kemudian tangan kiri. Berlagak mencari-cari arah. "My instinct said, that way," ujarnya sambil mula mengatur langkah. "Encik biar betul. Ada main instinct pula. Serius lah Encik Firdaus. Kan, tak pasal-pasal penat free kalau salah arah. Lutut saya dah nak berderai dah ni," Encik Firdaus ketawa. "Betullah. That way," Lega. Ingatkan Encik Firdaus betul-betul tidak tahu tadi. Aku mengekori langkah Encik Firdaus. Berjalan dan berjalan sehingga hilang minat untuk bersuara. Penatnya! Jerit hatiku sekuat-kuatnya. "Saya rasa pokok tu kot," Encik Firdaus tiba-tiba berhenti sambil menunjukkan ke arah sepohon pokok. "Bukanlah. Tu pokok palma. Kita cari pokok akasia," bantahku sambil mengesat peluh di dahi. Encik Firdaus ni, pokok pun tak kenal ke? "Bukan ya? Dah tu mana pokok akasia? Dah dekat 500 meter kita jalan ni," "Kejap saya cari,"aku bersuara sambil meninjau kawasan sekeliling. Agak sunyi. Tidak ada orang di sini. Cuma aku dan Encik Firdaus sahaja. "Tu haa,"Aku menunding jari ke arah sebatang pokok akasia yang agak rendang. "Mak oi. Tingginya. Nak kena panjat ke ni?," "Tak payah. Kan ada lift tu…," aku menjawab selamba. Encik Firdaus tergelak malu. Aku berlari kecil ke arah pokok akasia yang dimaksudkan. Meninjau-ninjau cara untuk memanjat. "So, saya kena panjatlah ni, ya?,"Encik Firdaus bersuara dari belakangku. Aku berpaling kemudian mengangguk perlahan. Sambil menggaru-garu kepala, Encik Firdaus menghampiri pokok tersebut. Aku memandang cara Encik Firdaus memanjat. Macam tak pandai saja. "Boleh ke Encik? Encik pandai ke tak ni?," "Boleh. Saya pandailah," Ok. Aku diam dan terus memerhati Encik Firdaus yang terkial-kial memanjat. Memegang dahan demi dahan dengan gaya yang amat susah. Aku tersenyum lucu. "Encik..!,"aku terjerit kecil melihat Encik Firdaus mahu memegang satu dahan yang kelihatan sedikit reput. Belum sempat aku bersuara memberi amaran, tangannya telah mencapai dahan itu. Dan, buk! Alamak! Encik Firdaus jatuh. "Aduh!,"dia menjerit sakit, dan aku berlari ke arahnya yang terbaring di atas tanah. Apa aku nak buat ni? "Encik ok? Kat mana sakit,"soalku cemas. Encik Firdaus cuba bergerak. "Saya rasa ok kot," "Encik sebenarnya pandai memanjat tak?," Encik Firdaus tersenyum. "Sebenarnya saya tak pandai," "Laa.. Kenapa tak cakap?," soalku sambil mengeluh panjang. Nak tunjuk macho depan aku rupa-rupanya tadi. Patutlah muka bukan main terkejut lagi sebaik dia membuka sampul tadi. Tidak pandai memanjat rupanya. "Dah tu, takkan awak pula nak panjat,"dia bersuara sambil cuba bangkit. Dia menyeringai kesakitan. Ah sudah! Kenapa pula ni? "Kenapa, Encik Firdaus?," "My leg," "Terseliuh ya?," Encik Firdaus mengangguk. Aku termangu di hadapan Encik Firdaus. "Sekarang macam mana? Lupakan petunjuk terakhir ni?,"soal Encik Firdaus sambil menatap wajahku. Aku bergerak menjauh dari Encik Firdaus, sambil berfikir-fikir. "Biar saya panjat. Dah alang-alang kat sini, kita cari jelah. Biar berbaloi dengan sakit kaki Encik Firdaus ni," "Awak nak panjat?!,"soal Encik Firdaus terkejut. Aku mengangguk sambil berdiri. "Boleh ke?," "Saya dulu, juara panjat pokok kat kampung, Encik Firdaus. Cuma sekarang ni, kena pencen sebab mak saya tak bagi. Risau tak ada siapa nak masuk meminang saya katanya,"ujarku sambil tergelak. Encik Firdaus turut tergelak. "Tak sangka awak ni, lasak juga ya?," Aku tersengih sambil bergerak ke pokok akasia yang merendang. "Careful,"sempat Encik Firdaus berpesan. Aku tersenyum,sambil mula memanjat. Pokok yang sederhana tinggi dan agak rendang, memudahkan aku memanjat, sambil mata melilau mencari sampul surat terakhir. "Jumpa?," Aku pandang Encik Firdaus yang tersandar sambil menjulurkan kakinya yang sakit. Aku menggeleng sambil mata terus melilau. Dan,mungkin, memang rezeki kami mataku tertangkap satu lagi sampul berwarna ungu diselit di celah dahan. "Saya dah jumpalah,"teriakku sambil menghulurkan tangan untuk mencapai sampul tersebut. "Good," terdengar suara Encik Firdaus dari bawah. Sampul aku capai. Bersandar sambil bersedia untuk membuka sampul di tangan. "Hello. Kot ya pun turunlah dulu. Takkan nak baca kat atas tu," Aku tersengih. Lupa pula. Perlahan aku bergerak. Aku sudah hampir sampai ke bawah apabila tia-tiba tanganku terpegang sesuatu yang lembik. Yang membuat aku geli geleman tiba-tiba. Yang membuat aku menjerit kuat. Terlepas peganganku dan aku selamat mendarat ke atas Encik Firdaus, membuat Encik Firdaus menjerit seiring dengan jeritanku. Mata aku pejamkan sambil terus menjerit. Geli geleman masih terasa. "Cool down. Kenapa ni?,"soal Encik Firdaus dengan nada sedikit risau. "Ulat. Tolong buang. Tolong..Tolong..,"aku menjerit sambil menghulurkan tangan. Ke arah mana aku hulurkan aku pun tak tahu. Sebab mata masih aku pejamkan. Takut untuk melihat kemungkinan yang bakal berada di depanku. Aku memang fobia dengan ulat beluncas. Aku tahu, aku terpegang ulat belucas tadi. Rasanya seperti masih melekat di tanganku. "Mana ada? Open your eyes,"Encik Firdaus bersuara sambil memegang tanganku. Perlahan aku membuka mata. Membiarkan air mata katakutan membasahi pipi. Benda pertama yang aku pandang ialah wajah Encik Firdaus yang kesakitan. Dan aku? Aku berada di atas ribanya. Alamak! "My leg,"Encik Firdaus bersuara tertahan. Aku melompat dari riba Encik Firdaus. Kesihannya. Sudahlah kakinya sakit, aku pula boleh terjatuh di atas kakinya yang sakit itu. "Sorry, Encik Firdaus. Sorry sangat-sangat,"kalut aku meminta maaf sambil mengesat air mata yang membasahi pipi. Encik Firdaus tersenyum sambil memandang wajahku. "Juara panjat pokok pun, takut ulat beluncas ke? Sampai menangis takutnya ya?," Mendengar perkataan ulat beluncas membuat aku terjerit sekali. Menggigil badanku menahan rasa geli pada makhluk tidak bertulang itu. Makhluk yang paling aku benci. Encik Firdaus tergelak. "Hai, dengar nama pun takut?," "Dahlah Encik Firdaus. Tak mahulah cakap pasal benda alah tu. Tak suka,"aku bersuara sambil menggosok punggungku. Baru terasa sakit. "Ok. So sekarang, baca apa yang ada dalam sampul terkhir kita ni," "Ha ah,"aku menjawab dengan nada yang kurang ceria. Rasa terkejut belum betul-betul hilang lagi. Hajat di hati hendak tunjuk hebat pada Encik Firdaus, tetapi, seperti Encik Firdaus, aku pun gagal juga. Ini semua gara-gara ulat beluncas tu! Menyampah betul. Aku bergerak ke sebelah Encik Firdaus. Agak jauh dari pokok akasia yang baru aku panjat. Bimbang kalau-kalau mataku tertangkap pula makhluk yang aku benci tadi. Perlahan aku membuka sampul surat. "Bacalah,"gesa Encik Firdaus. "Tahniah. Anda Berjaya melakukan semua tugasan yang telah diberikan. Mungkin anda adalah ‘Perfect Partner’ yang kami cari. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, bawa semua sampul surat yang anda miliki, ke meja penamat secepat yang mungkin. Kalau anda adalah perserta pertama yang sampai, tahniah. Anda adalah ‘Perfect Partner’ yang dicari-cari," Aku menarik nafas sedalam mungkin, selepas menghabiskan bacaan di dalam satu nafas. Duduk bersila di sebelah Encik Firdaus sambil menongkat dagu. Bagaimana kami hendak pulang ke garisan penamat, dengan keadaan Encik Firdaus macam tu? "Macam mana ni, Encik? Encik boleh berjalan ke tak ni?," Encik Firdaus diam seketika sambil cuba menggerakkan kakinya. "Kalau awak tolong papah, rasanya boleh," Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus. Secara spontan, jari telunjuk aku halakan ke muka sendiri. "Saya?,"soalku tidak percaya. Aku hendak papah Encik Firdaus yang besar tu? Penatlah aku! "Yelah," "Encik Firdaus telefonlah sesiapa. Suruh datang sini. Saya tak laratlah Encik Firdaus," aku bersuara sambil buat muka kasihan. "Hmm.. Telefon orang? Kalau bukan sebab awak jatuh atas saya, saya rasa saya masih boleh jalan tadi. Tapi, awak dah makin kronikkan injury saya ni, bila awak jatuh atas riba saya. So, awak kenalah bertanggungjawab," Macam tu ke? Aku pandang muka Firdaus lama. Buat muka kasihan lagi. Minta-minta lembutlah hati bos aku ni. Mana larat aku nak papah dia sejauh ini. Encik Firdaus tersenyum. "Buat muka kesian ya?," Aku tersengih sambil mengalihkan pandangan dari wajah Encik Firdaus. "Hmm.. Mana ada phone nak call mereka. Awak dah lupa ke? Kan tak boleh bawa handphone," Oh ya! Aku lupa. Syarat pertandingan tidak boleh membawa bersama telefon bimbit. Apa nak buat sekarang ni? Betul-betul buntu ni. "Dah tu, macam mana ni, Encik? Dah petang ni. Takkan nak bermalam kat sini. Tak naklah saya. Nanti datang hantu kan..," "Ada dua pilihan. Duduk sini, tunggu mereka datang. Kalau dah pukul tujuh kita tak sampai lagi, mesti mereka akan cari kita. Pilihan kedua, kita bergerak perlahan-lahan. Tapi, awak kena tolong sayalah," Aku termangu. Tolong papahlah tu. Dahlah badannya besar, mesti berat tu. Malaslah aku nak papah. "Kita tunggu sajalah,"akhirnya aku membuat keputusan yang paling menguntungkan aku. Mana tahu kalau ada kelibat manusia, bolehlah minta tolong daripada mereka. Encik Firdaus menjungkit bahu sambil tersenyum. Buat seketika kami saling membisu. "Nampaknya memang sah kita kalahlah,"Encik Firdaus membuka bicara. Aku tersenyum. "Dah bukan rezeki kita, nak buat macam mana?,"balasku sambil mencapai ranting kayu. Melorek-lorek sesuatu di atas tanah berpasir. "So, tak sedih ke?," "Nak sedih buat apa? Ni kan cuma satu permainan je kan? Lagipun. Saya dah agak, kita memang tak akan menang," aku bersuara sambil tergelak kecil. "Oh.. awak memang mempertikaikan kebolehan saya ya?,"soal Encik Firdaus sambil memandang wajahku. Aku tersengih. Alamak! Tersasul pula. Encik Firdaus pula tersenyum sambil menggeleng perlahan. "Boleh saya tanya sikit?," Encik Firdaus bertanya sambil merenung wajahku dengan muka yang agak serius . Aku terpaku seketika, sebelum mengangguk perlahan. "Apa dia?,"soalku melihat Encik Firdaus masih berdiam diri. Kata nak tanya sesuatu. "Awak dah ada steady guy?,"soalnya lambat-lambat, sambil terus menatap wajahku. Membuat wajahku tiba-tiba terasa pijar. Membahang. Kenapa Encik Firdaus bertanya soalan yang di dalam kategori sulit dan persendirian itu? Aku termangu. "Hmm.. Rasanya baik kita berjalan pelan-pelan la Encik Firdaus. Duduk macam ni, rasa macam buang masa saja,"aku mengubah topik perbualan. Encik Firdaus tersenyum kecil. Aku pula, cepat mengangkat punggung. Menghulurkan tanganku kea rah Encik Firdaus. "Ok. Kalau itu keputusan awak,"Encik Firdaus bersuara sambil mencapai jemariku. Aku menarik tubuh Encik Firdaus yang berat. Mak oi! Macam menyesal pula buat keputusan tadi. Dan, dengan susah payah aku memapah Encik Firdaus. Tidak mengapalah. Asal saja aku tidak perlu melayan soalan-soalan yang bukan-bukan dari Encik Firdaus. "Penat ke?,"soal Encik Firdaus setelah berjam-jam kami berjalan. Sudah hampir sampai pun. Dari jauh kelihatan rombongan dari syarikat kami, memenuhi kawasan yang agak lapang yang djadikan garisan penamat. Memang sah, semua orang sudah sampai agaknya. "Penatlah. Macam nak pengsan ni,"keluhku dalam mengah. Tiba-tiba telingaku menangkap satu bunyi dari poket seluar Encik Firdaus. "Encik Firdaus.. Tukan bunyi..," Aku pandang wajah Encik Firdaus yang tersengih. Sengih orang bersalah. "Ops. Sorry. Lupa. Saya cuma bagi satu je handphone kat Lisa tadi. Lagi satu dalam poket saya," "Haa?! Apa? Jadi, ada handphonelah?," soalku marah. Dalam marah, spontan aku lepaskan peganganku pada Encik Firdaus. Geram betul. "Adiya! Don’t let me..,"Encik Firdaus separuh menjerit. Dan aku mula sedar kesilapanku. Aku tidak sepatutnya melepaskan Encik Firdaus macam tu saja. Encik Firdaus yang gagal mengawal badannya, terus terjatuh ke atasku, dan aku pula turut terjatuh ke dalam lopak bersama-sama Encik Firdaus. Aduh! "..go,"Encik Firdaus sempat menghabiskan ayatnya yang tergantung sambil menatap wajahku. Aku terlentang di dalam lopak. Terkejut. Habis badanku. Mesti sudah seperti anak kerbau berkubang ni. Nasib baik berpasir, kalau tidak, mandi selut aku hari ni. Dan Encik Firdaus pula bergerak ke tepi, turut terduduk di dalam lopak. Aku cuba bangkit, tapi, rasa sakit di kakiku, membuat aku berhenti bergerak. Rasa pedih dan berdenyut. Mata terasa berbinar-binar melihat darah meleleh di betisku. Banyaknya! Rasa macam nak pitam. Sekali lagi air mata meleleh di pipi. Kenapa malang sangat hari ini? "Kenapa pula ni?," "Darah...,"ujarku teresak-esak. Dari jauh aku melihat beberapa orang berlari ke arah kami. "Help me,"ujar Encik Firdaus sambil cuba bangun. Johan bersama beberapa yang lain bergerak ke arah Encik Firdaus dan tinggalkan aku seorang diri di sini. "No. Help her first," Johan bergerak mendekatiku. "Awak ok?," "Takk… Banyak darah..,"aku bersuara separuh merengek. Sudah betul-betul pening melihat darah yang memerah di betis. Johan tunduk, sambil cuba membantu aku berdiri. Lutut terasa betul-betul lemah, dan pandanganku menjadi kabur. "Adiya pengsan..," Cuma itu saja yang sayup-sayup kedengaran di telingaku. Setelah itu, aku tidak sedar apa lagi yang berlaku.
Beredar keluar daripada pejabat, pelajar-pelajar lain beredar ke kelas masing-masing. Yui berjalan lesu, fokusnya entah ke mana. Destinasi dituju diserahkan bulat-bulat pada kaki yang melangkah sendiri, tidak bertujuan. Daniel mengekori gadis itu. Setelah melihat riaksi serius Yui dalam pejabat Pengetua tadi, dia sedikit terkejut. Apa yang buat tomboy Jepun ni ambil berat sangat tentang Luqman? Kenapa? Melihat gadis itu berjalan menonong menuju arah yang salah, Daniel kerisauan.
Fikiran Yui berkerja keras mentafsir semua memori tentang Luqman yang dialaminya selama ini. Segala input yang ada itu diproses semula.
'Abang Luqman kamu berjaya lagi! Dia dapat johan untuk 400m gaya bebas pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia.' Omar memberi khabaran gembira tersebut. Menerima e-mail dan juga potongan berita Utusan Malaysia daripada Ghani, dia mencetak bahan-bahan tersebut. Koleksi buku skrapnya berkenaan Luqman akan bertambah lagi.
Yui teringat kisah dulu. Saat ayahnya masih boleh tersenyum lebar bercerita bangga tentang Luqman. Macam mana kalau Luqman benar-benar berhenti berenang? Aku dah ambil satu-satunya perkara yang paling Papa banggakan dalam diri Luqman… Apa yang Yui dah buat Pa? Akalnya mengandaikan kebarangkalian terburuk yang bakal berlaku.
Terjelepuk ke lantai, Yui terduduk memandang kosong ke depan. Wajah pucat lesinya semakin memucat. Aliran air mata bagai mahu memancut kembali. Perasaannya berbelah bahagi.
"Hey Yui! Kau tak apa-apa ke?" Daniel cemas melihat rakannya itu. Melutut di depan gadis itu, wajah sayu Yui ditenungnya.
"Apa yang aku dah buat Daniel? Aku dah buat Luqman berhenti berenang. Aku dah ambil satu-satunya benda paling berharga dalam diri dia!" Yui mengadu, hatinya meruntun sedih.
"Jom ikut aku!" Daniel memegang tangan gadis itu. Dia tahu apa yang boleh melegakan hati Yui. Terkejut dengan tindakan Daniel itu, Yui terbangun dari duduknya. Tanpa banyak soal diikutkan sahaja langkah Daniel yang membawanya entah kemana.
Memasuki dewan gimnasium yang kosong, Daniel membawa Yui terus pada punching bag.
"Tumbuk beg ni!" Arah Daniel, akhirnya dia melepaskan genggaman tangan Yui.
"Hah?" Mulut Yui terbuka luas. Tidak mengerti maksud kata-kata Daniel.
"Aku kata tumbuk, tendang beg ni! Lepaskan perasaan kau tu!" Daniel mengarah, dia sendiri yang memulakan dulu. Beg pasir itu bergerak ke kiri-kanan dek momentum yang diberi Daniel.
"Emm…" Mengerti maksud Daniel itu, Yui mengangguk, mengesat air matanya. Bak ahli seni mempertahankan diri, dia membuka kuda-kuda. Tumbukan pertama diberikan. Beg itu melantun mengenai perut Daniel. Lelaki itu senak menahan sakit.
"Oooppps! Sorry Daniel aku tak sengaja!" Yui cemas. Segera dia hendak membantu. Sebelum Yui sempat menyentuhnya, Daniel sudah berundur.
"Tak apa. Aku O.K.! Aku O.K.! Teruskan tumbuk dengan tendang puncher bag tu!... Aku kata pergi tumbuk, tumbuk jelah!" Marah Daniel apabila kata-katanya tidak diendahkan Yui. Sibuk gadis itu hendak melihat perutnya. Terdiam dimarah Daniel, Yui tarik muka, merungut sendiri. Dia kembali ke punching bag itu.
"Arghh!!! Baka'!......" Dimulai dengan jeritan kuat dan hamburan kata dalam bahasa Jepun, Yui serius meluahkan perasaan. Air matanya jatuh lagi, mengesali apa yang berlaku. Tapi sekurang-kurangnya itu membuatkan bebannya berkurang, sedikit demi sedikit.
Tersenyum melihatkan aksi Yui, Daniel beredar dari situ. Kau memang lain dari yang lain!
***
10 minit kemudian…
"Yo'!" Sapa Yui. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Daniel yang berteleku di Wakaf yang berada tidak jauh daripada bangunan gimnasium.
"Jauh menung!" Tegurnya lagi, ceria. Sudah kembali pada perangainya semula.
"Tak sejauh menung kau tadi. Dah lega?" Tanya lelaki itu, tersenyum manis pada Yui. Lega melihat perubahan gadis itu.
"Emm! Arigatou Daniel-kun!" Yui mengagguk, bahu Daniel ditepuk.
"Kan aku kata jangan sentuh aku!" Marah Daniel akan tingkah Yui. Bahunya dikesat-kesat.
"Kau heret aku dari bangunan akademik ke ginasium tadi, tak apa pulak?" Soal Yui, musykil dengan sifat rakannya itu.
"Mana ada!" Daniel menafikan bersahaja, bagai benar perkara itu tak berlaku. Entah mengapa tika itu… Aku cuma mengikut naluriku.
Yui sekadar menggeleng. Merenung lelaki yang serius memandang jauh ke depan itu, dia tahu Daniel punya seribu satu persoalan dibenaknya.
"Kenapa kau ambil berat sangat dekat Luqman Hakim, Yui?" Nada serius Daniel menjawab sangkaan Yui. Tersenyum pada lelaki itu, dia tahu hendak menjawab apa.
"Kerana abang aku." Jawab Yui, tidak ragu-ragu.
"Abang kau? Kenapa dengan abang kau? Aku tak faham." Fokus Daniel seluruhnya diberikan pada Yui. Semakin menarik gadis itu pada pandangannya.
"Macam Luqman, abang aku juga jaguh renang." Yui menutur.
"Jadi?" Daniel tidak sabar hendak mendengar keseluruhan cerita Yui.
"Impian dia adalah untuk beradu dengan Luqman suatu hari nanti." Yui serius.
"Hah?! Macam tak logik je. Dah tak ada jaguh renang lain ke kat Jepun tu?" Kisah yang didengarnya semakin manarik. Yui tergelak kecil mendengar respon Daniel.
"Apa yang logik dalam dunia ni Daniel? Kau sendiri tak suka orang pegang kau. Logik ke tu? Kau pasti ada sebab kau sendiri kan! Begitu juga dengan aku dan abang aku! Kami punya sebab sendiri." Jawab Yui lancar.
"Dan sebabnya?" Tanya Daniel lagi.
"Let just say its about blood!" Yui bermain teka-teki.
"Blood! Darah?" Kerut Daniel seribu.
"Emm… Kau jangan lupa aku ni kan separuh Jepun separuh Melayu. Walau aku dibesarkan disana, sebahagian tanah air aku masih di Malaysia. So, ya! Its about blood!" Yui mengangguk, mengiakan apa yang dikatakannya.
Daniel dah pening kepala. Rambutnya diselak ke belakang menampakkan kerut dahi yang tak surut malah semakin bertambah. Melihatkan itu, Yui kelucuan.
"Kau tak akan faham Daniel! Anggap sajalah misi aku disini adalah untuk memastikan Luqman cemerlang semula dalam arena renang." Dan kembalikan semula Luqman ke pangkuan keluarganya. Aku akan bawa abang aku berjumpa Papa di Jepun.
"Suka hati kaulah Yui!" Daniel sudah tak kuasa hendak melawan otak tak betul minah tu.
"Kau tolong aku ya! Kita sorok barang Luqman nak? Biar dia tak dapat blah daripada Mahkota!" Yui bersungguh. Daniel tertawa kecil, geli hati mendengar idea Yui.
"Kau gila nak ceroboh masuk asrama lelaki lagi sekali?" Daniel cuak. Perempuan ni bukan boleh kira. Kalau dia dah kata dia buat sungguh!
"Nak ke tak nak? Kalau tak aku akan buat benda lain! Luqman tak boleh keluar daripada sekolah ni!" Yui mengugut.
"Nantilah aku fikir dulu!" Jawab Daniel acuh tak acuh. Tapi jujurnya dia juga bimbang tentang perkara itu. Naluri aku kuat merasakan Luqman tak akan keluar daripada Mahkota, gara-gara minah ni!
Kring!!! Loceng menandakan waktu rehat bermula. Yui dan Daniel berpandangan.
"Oh god, kelas! Pasal kau aku ponteng kelas! Nak jawab apa lepas ni?" Daniel kaget. Teringatkan En. Hishamuddin, guru bahasa melayunya merangkap guru disiplin yang memasuki kelasnya tadi. Apa aku nak jawab dengan 'cane-man'* tu!
Rungutan Daniel di sebelahnya tidak diendahkan. Ekspresi Yui berubah tiba-tiba. Terkesima, matanya merangkap susuk yang amat dikenalinya.
"Luqman!" Berbisik sendiri, Yui berlari pantas mendapatkan pemuda itu yang berjalan berseorangan menghala ke asrama putera. Daniel mengikut jejak Yui.
"Luqman!" Yui menjerit nama lelaki itu. Langkah Luqman terhenti, dengan berat hati dia berpaling.
"Betul kau nak keluar daripada Mahkota hari ni?" Tanya Daniel termengah-mengah. Laju gila perempuan ni pecut! Dia merenung rakan sebiliknya itu, tidak sabar mendengar respon Luqman. Jarak antara Luqman dan mereka berdua adalah dalam 10 meter.
Luqman menggeleng menjawab soalan itu. Ekspresinya kekal serius. Namun tatkala melihat barisan putih gigi Yui yang teruja mendengar perkhabaran itu hatinya terusik.
"Bukan hari ni! Tapi 3 bulan dari sekarang!" Jawab Luqman, mematikan terus senyuman Yui yang baru sahaja hendak mencecah telinga. Luqman berpaling, langkahnya dikutip semula.
"Kenapa pula 3 bulan dari sekarang?" Daniel garu kepala. Memang kenalah diorang berdua ni. Suka buat aku pening kepala. Complicated betul! Sementara itu Yui sudah berdesup, berlari mendapatkan Luqman. Memintas lelaki itu, dia mendepangkan tangannya.
"Aku tak akan benarkan itu berlaku! Malah kalau kau nak blah hari ni pun, aku dengan Daniel dah pakat nak ikat kau kat katil!" Yui berbicara sesuka hatinya.
"Aku akan pastikan kau tak akan keluar dari Mahkota! Aku akan buat kau berenang seperti dulu. Malah menjadi jagoan renang yang lebih hebat lagi." Yui menyampaikan visinya, memandang tepat kemata Luqman. Depangannya kecut, tangan dipeluk ketubuh dan jari-jemari kanannya bermain dengan janggut yang tak wujud.
"Errr… Walaupun aku tak tahu lagi macam mana caranya… BUT! My point is that, YOU LUQMAN HAKIM! Bersedia untuk jadi wakil renang Malaysia. Wakarimashita?" Dalam cuak pada awalnya, Yui fokus semula pada pemuda itu. Telunjuknya diarah pada wajah Luqman serius.
"Bodoh!" Pendek jawapan Luqman, menusuk jelingan tajam pada Yui. Dia menepis bahu Yui, menyilang beg sekolahnya ke tubuh, Luqman berjalan selamba menuju asrama lelaki. Tersengih sendiri, sebenarnya keletah gadis itu mencuit hatinya. Aku nak tengok macam mana kau nak buat semua itu?
"Aku akan buat kau berenang semula Luqman! Ingat tu!" Yui masih tak puas hati dengan usahanya. Daniel hanya mampu menjadi penonton. Dia kagum dengan azam gadis Jepun itu.
DUA PULUH
Berita buruk STORM, berita baik Yui?
Latihan STORM berlangsung seperti biasa hari itu. Ridhuan, penjaga gol STORM kelihatannya berbincang sesuatu dengan Coach Nazri. Mengambil kesempatan itu, Malik mengusik Yui. Bola ditimbang beberapa kali. Pasti dengan sasaran di depan, bola itu melayang ke…
"Woi Taiko! Apa pasal kau tendang bola kat aku?" Yui menoleh, marahkan Malik yang seronok tersengih. Sedang dia sibuk melihat perlawanan antara kumpulan A dan kumpulan B, Malik yang tidak turut serta menendang bola sepak ke arah Yui. Mengenai belakang gadis itu. Yui kesakitan.
"Saja suka-suka!" Jawab Malik. Dia duduk di sebelah Yui, turut serta memanaskan bangku itu. Yui membuat muka. Sambil mengurut belakangnya yang perit Yui mengomel sendiri. Merungut akan perbuatan kaptennya itu, perlawanan di depannya disaksikan semula.
"Apa pasal Coach tak bagi kau main hah?" Tanya Malik, sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu.
Yui angkat bahu, masih lagi khusyuk. Hakikatnya memang begitu, walau sebagus mana latihan rutin yang dilakukan Yui, Nazri tak pernah memberinya peluang untuk beraksi di padang apabila tiba latihan permainan sebenar. Tidak dimasukkan kemana-mana kumpulan, Yui menjadi penghuni setia bangku penonton itu.
"Sebab kau tu kaki bangku. Tendang bolapun selalu tersasar! Ada hati nak main." Perlekeh Malik lagi. Yui bengang dengan mulut capuih itu. Menjeling tajam pemuda di sebelahnya, hanya itu yang mampu dilakukan Yui. Tidak dinafikan ada kebenaran dalm kata-kata Taiko. Kalau nak dibanding tendangan rakan-rakan yang lain memang sepakan Yui bukan tandingan. Walau bagaimanapun dari segi larian dan stamina dia tak kurang hebatnya. Malah antara yang terbaik. Tangkapan bolanya juga boleh tahan. Mungkin aku boleh jadi penjaga gol! Angan Yui.
Malik menyarungkan vest kuning di atas jersinya mewakili kumpulan A. Dia berdiri meliuk-lintuk di depan Yui, memanaskan badannya dan juga hati Yui.
"Aku nak tengoklah Taiko! Sanalah!" Tegur Yui, terganggu. Malik tak mempedulikan teguran Yui. Berdiri ditepi garisan padang, dia melaung…
"Ramli! Aku masuk!" Jeritnya pada rakan sekumpulannya itu. Kemudian dia menoleh pada Yui.
"Kau tengok aku tendang macam mana!" Perli Taiko, berlagak. Sejurus kemudian tempatnya di sebelah Yui sebentar tadi diganti dengan Ramli Ismail. Pemuda itu mencapai sebotol mineral dan menogoknya pantas, kehausan.
"Cantik tendangan kau tadi?" Yui memuji temannya itu. Kumpulan A mendahului 1-0 gara-gara tendangan padu Ramli. Sememangnya pemain itu bukan calang-calang bakat.
Ramli membisu. Tendangan itu bukan apa-apa bagi dirinya. Pertahanan B terlalu lemah. Tembok gawang pula terlalu mudah ditembusi.
"Apa perasaan kau nak bertemu Gemilang minggu depan? Mesti kau terujakan nak jumpa rakan pasukan kau dulu. Eh! Gemilang kuat tak? Kau rasa STORM boleh menang?" Yui membebel, melemaskan Ramli.
"Kau boleh tolong aku tak?" Ramli tiba-tiba bertanya, memandang Yui selamba.
"Boleh! Tolong apa?" Tanya Yui teruja.
"Tolong diam!" Jawab Ramli ringkas. Air botol ditogok lagi. Yui muncung, dia mengomel sendiri.
Tiupan wisel Nazri menghentikan perlawanan yang sedang berlangsung. Isyarat tangannya membuat pelajar-pelajar mula berkumpul. Yui dan Ramli tidak ketinggalan. Dalam pada itu mereka tergelak kecil mendengar rungutan Malik yang tidak berpeluang untuk beraksi. Baru masuk padang dah kena keluar. Padan muka! Tadi ejek aku sebab tak dapat main. Yui terhibur.
"Latihan kita sampai sini hari ni. Mulai malam ini saya akan ambil masa prep kamu, dari pukul 8 hinga10 malam. Ianya aldah latihan intensif sebagai persediaan perlawanan kita dengan Gemilang minggu depan. Jadi pastikan kamu turun ke padang tepat pada masa. Hari Jumaat minggu depan saya akan umumkan nama ahli pasukan yang akan beraksi bagi perlawanan itu." Nazri mengkhabarkan. Tingkah Yui yang kelihatannya lebih teruja berbanding pelajar lain, menarik perhatiannya.
"Kamu dikecualikan daripada latihan itu Yui. Jadi tak perlulah kamu nak ponteng prep!" Nazri mematikan senyuman Yui. Dia tidak mahu membuang masa melatih pelajar itu disaat-saat genting ini. Bukan kerana pelajar itu tiada bakat. Pemerhatiannya terhadap gadis itu tidak menafikan bahawa Yui memang seorang atlet berpotensi besar. Dari latihan, Nazri dapat melihatkan kesungguhan gadis itu. Namun untuk berdepan dengan ahli Gemilang yang dua kali lebih besar daripadanya, dia tak mahu Yui mati terhimpit di tengah padang. Pelajar-pelajar lain menahan tawa, lucu melihat riaksi satu-satunya bunga sesat dalam kawanan kumbang itu.
"Tapi Coach!" Yui tidak puas hati, namun sapaannya tidak diendahkan Nazri. Dia hampa. Kenapa diorang tak pernah nak bagi aku peluang?
"Lagi satu, saya ada berita buruk untuk kamu semua. Ridhuan tak dapat ikut serta pada hari perlawanan itu nanti. Dia ada temuduga kemasukan ke maktab tentera." Nazri mengumumkan. Pelajar-pelajar lain bising, berita itu memberi impak pada mereka.
"Tapi Coach, Ridhuan saja yang boleh diharap nak jaga gol kita. Nak harap Tahir dengan Weng Chun asyik bolos je!" Malik selaku kapten pasukan menyuarakan kebimbangannya. Tahir dan Weng Chun sekadar menunduk. Mereka selaku junior masih lagi segan-segan nak membangkang kata si Taiko.
"Kalau macam tu, kita panggil balik abang Que tak boleh ke Coach?" Tanya Fazli memberi cadangan.
"Abang Que dah habis STPM, nak panggil dia apanya! Kau nipun satu Ridhuan, sambung jelah STPM, yang kau sibuk sangat nak jadi tentera tu kenapa?" Akmal bengang.
"Sudah! Sudah! Ini bukan masa nak bertekak. Sekarang saya nak cari lagi seorang pemain untuk dilatih bersama Tahir dan Weng Chun. Kita perlukan lebih ramai penjaga gol sebenarnya…" Nazri sendiri pening kepala. Dalam ramai-ramai pemain STORM, tiada seorang pun yang benar-benar layak nak menjaga gawang. Kebanyakkan mereka lebih suka beraksi di tengah padang. Kesemuanya membisu, tiada seorang pun yang menawarkan diri. Tiba-tiba satu tangan dijulang ke atas. Tak lain dan tak bukan, Yui! Tawa pecah.
"Badan kering macam tu ada hai nak sambut bola. Masuk hospital karang!"
"Aku takut dengan dia-dia sekali melayang masuk dalam gol!"
"Kau berdiri tengah-tengah gawang itupun belum tentu orang nampak Yui!"
"Muahahaha!"
Yui dipersendakan ahli-ahli nakal STORM, ketuanya sudah pasti Taiko.
"Boys, please! Kamu yang lain ni apa masalahnya. We can't afford to loose in Gemilang's hands again! Susah sangat biar saya pilih sendiri. Farid, you're in!" Nazri memberi kata putus.
"What? But Coach I'm a midfielder, bukannya penjaga gol!" Bantah Farid.
"That's final! Tahir and Weng Chun, both of you better watch out! Perkemaskan tangkapan bola kamu! Emm… Ramli, saya nak bincang dengan kamu mengenai pemain-pemain Gemilang malam ni. Kita kena rancang strategi. With you here, we have advantage over Gemilang! O.K. boys, kita bersurai. Jumpa malam ni!" Nazri beredar, tegas dengan anak-anak buahnya. Kepalanya pusing memikirkan perlawanan yang bakal menjelang.
Ahli STORM semakin surut meninggalkan tengah padang. Mengambil beg dan melangkah menuju asrama masing-masing. Yang tinggal hanya susuk Ramli dan Yui, tidak berganjak dari tadi.
"Woi Ramli! Kau berdating dengan minah tomboy tu ke?" Usikan Malik dari hujung padang kedengaran. Rakan-rakan yang lain tergelak nakal, tak kurang juga ada yang bersiul.
Tak mengerti akan usikan itu, Ramli menoleh ke belakang. Yui masih lagi ditempat duduknya tadi. Tersengih pada Ramli.
"Yo'!" Sapa Yui, tersenyum pada Ramli. Berpaling pada Taiko, kumpulan itu sudah hilang, mendaki anak tangga dan menuju ke asrama putera. Bising mereka bergurau senda hilang dibawa angin. Ramli sekadar menggeleng, tak dapat menduga apa yang dimahukan gadis itu. Bingkas, dia mengambil bola disisinya.
"Kau tengah risau pasal perlawanan minggu depan ya?" Yui menyoal. Melihat lelaki itu membersihkan pakaiannya yang masih terlekat rumput basah.
Ramli tidak menjawab, bisu seribu bahasa. Namun jelas diwajahnya ada sesuatu yang menggelisahkan jiwa.
"Atau kau risau nak berdepan dengan ahli pasukan kau dulu? Kenapa kau tak mewakili Gemilang musim lepas?" Tanya Yui lagi. Langkah Ramli yang baru bermula terhenti. Berkerut, gadis itu dipandangnya semacam. Now I got your attention! Telah Yui.
Tersenyum sinis dan mendengus, Ramli ingin meninggalkan gadis itu.
"Itu bukan urusan kau!" Jawab Ramli. Yui berlari anak, mengiringi rakannya itu.
"Ceritalah dekat aku, apa yang dah berlaku?" Yui masih ingin mencuba nasib.
"Kau ni memang jenis yang suka menyusahkan hidup orang lain ya? Hari tu kau dok kacau si Luqman dengan Daniel, sekarang aku pula?" Ramli musykil tentang gadis itu.
"Aku bukan mengacaulah! Aku cuma nak berkawan. Kalau kau tak nak ceritapun tak apalah. Emm… Kau rasa aku tak layak ke jadi penjaga gol?" Yui seperti biasa memang suka menghalang jalan orang. Berdiri di depan Ramli, dia menunggu jawapan.
"Boleh, tapi bukan penjaga gol, tiang gol!" Ramli tersengih. Tidak dapat dibayangkan perempuan halus di depannya itu menyambut bola pecut daripada ahli pasukan Gemilang.
"Kaupun padang rendah dekat aku ya. O.K. cuba kau tendang bola tu, aku tangkap!" Yui berlari, berundur jauh mendapatkan jarak yang betul, dia membongkok sedikit. Lagak bagai penjaga gol professional.
Ramli menggeleng, tersenyum. Permintaan gadis itu ditunaikannya. Melambung bola dan mengimbang beberapa kali menggunakan lutut, Ramli berkira-kira akan sasaran didepannya. Sepakan padu dibuat. Memecut ke arah Yui, bola itu tersasar agak jauh ke kanannya. Melompat untuk mendapatkan bola itu, Yui jatuh ke dalam lumpur tanpa bola di tangan.
Tergelak lucu, Ramli menuju ke Yui. Tubuh gadis itu sudah diselaputi sepenuhnya dengan lumpur. Ekspresinya masih dalam keadaan terkejut dan sedikit kecewa. Ramli menghulur tangannya, ingin membantu Yui bangun.
"Kenapa bola kau tersasar? Pasal tu aku tak dapat tangkap?" Yui memulakan bebelannya. Huluran tangan Ramli disambut. Melihatkan tubuh yang lenjun menitik-nitik Lumpur. Wajahnya yang comot dilap menggunakan tangannya, tapi malangnya bertambah comot. Lumpur yang termasuk ke dalam mulut, diludah-ludah keluar. Tawa Ramli semakin menjadi-jadi melihatkan itu.
"Oh! Kau gelakkan aku ya! Nah ambil ni!" Yui mengesat tangannya yang penuh lumpur ke muka Ramli. Mata lelaki itu terbeliak besar, terkejut. Giliran Yui pula ketawa besar.
Puas berlari, Yui berhenti. Tidak jauh di belakang, Ramli sudah berhenti mengejarnya. Sabar menunggu, Yui menanti ketibaan Ramli yang berjalan malas menuju kearahnya. Masam.
"Sorrylah! Merajuklah pulak mamat ni!" Yui memujuk apabila Ramli tiba dan terus berjalan.
"Bila masa pula aku merajuk. Tak kuasa aku nak layan kau." Ramli menjaga air mukanya. Jujurnya, dia terhibur dengan keletah gadis itu.
"Kenapa kau tendang bola tu tersasar?" Yui bertanya soalan yang sama.
"Wei minah! Cuba kau fikir, kalau kaulah yang tendang, kau nak penjaga gol tangkap bola tu atau nak bola tu masuk gol?" Duga Ramli, terhenti langkahnya menyoal tepat kepada Yui.
"Mestilah aku nak bola tu masuk gol!" Yui menjawab yakin. Kemudian dia terfikir sendiri. Melihat pada Ramli, lelaki itu mengangkat keningnya.
"Oh! Pasal tu bola kau tersasar…" Yui baru faham. Fikirannya ligat berpusing. Ye tak ye juga! Tak logik kalou nak tendang bola tepat ke arah penjaga gol. Memang saja nak kalahlah jawabnya!
"Kalau macam tu, macam mana aku nak jadi penjaga gol?" Yui runsing, mereka berjalan semula.
"Berlatihlah! Tak kan itupun tak tahu." Ramli menggeleng lagi. Bendul betullah minah ni!
"Ooo berlatih! Baik, kau jadi Coach aku ye! Aku akan pastikan, aku yang akan jaga gol masa perlawanan dengan Gemilang nanti!" Keyakinan Yui 200%. Ramli memandang Yui semacam.
"Kenapa pandang aku macam tu? Boleh, jadi Coach aku?" Tanya Yui ceria, memujuk.
"Kau ni hidup dalam dunia mana ya?" Ramli bertanya, serius. Baru kini dia menemui seseorang yang begitu berani melawan arus.
"Dalam dunia yang aku cipta sendiri! Kalau sehebat mana orang sekeliling menekan atau sesukar mana cabaran yang hadir. Keputusan di tangan kita Ramli. Bukan dalam tangan orang lain! Aku punya matlamat, dan itu yang aku tuju. Tiada siapa boleh halang aku!" Not even Luqman himself! Yui menepuk-nepuk bahu lelaki itu. Berjalan seiring berdua, Ramli terkesima dengan kata-kata Yui. Berpusing pada selekoh dihujung jalan, mereka terserempak dengan Luqman dan Daniel yang datang daripada daripada stadium renang dan keranjang.
"Yo'!" Kata Yui apabila perjalanan keempat-empat mereka terhenti.
"Apahal korang berdua ni?" Tanya Daniel. Pelik melihat tubuh Yui dan wajah Ramli yang comot berlumpur. Luqman macam biasa, beredar dari situ, tidak mahu mengambil tahu.
"Luqman! Macam mana latihan kau hari ni?" Jerit Yui. Tiada jawapan daripada Luqman, Yui mendengus panjang.
"Kitorang berlatih tadi, Yui jatuh dalam lumpur!" Ramli menjawab soalan Daniel.
"Aah! Kau tahu Daniel, aku akan jadi penjaga gol STORM untuk perlawanan menentang Gemilang nanti." Tanpa ragu-ragu, Yui mengkhabarkan. Dahi Ramli dan Daniel berkerut serentak.
"Kenapa tak percaya? Aku akan berlatih bersungguh-sungguh. Tengok jelah nanti. Emm… malam ni aku akan pergi padang tennis, berlatih." Yui mengomel sendiri, Dia mengambil langkahnya menghala ke asrama puteri.
Melihatkan sahaja gadis itu pergi, Ramli dan Daniel berpandangan.
"Ramli, apa kena mengena berlatih jaga gol dengan tennis?" Daniel garu kepala. Ramli angkat bahu.
"Tak ada kena-mengena! Perempuan tu tak betul!" Jawab Ramli selamba. Daniel ditinggalkannya. Mengikut jejak Luqman, dia menghala ke bangunan asrama.
Daniel tersengih sendiri. Entah mengapa gadis itu seringkali membuat dia termenung sendiri. Yui! Yui! Apa lagilah si Yui tu nak buat? Daniel menggeleng, melihat Yui yang berjalan perlahan ke destinasinya.
Dia memusing-musingkan pen di tangannya sambil membetulkan duduknya. Tiba-tiba terasa cemas dan gundah yang amat. Hisy..kenapa dengn aku ni? Tanya dirinya dalam hati. Entah mengapa hatinya cukup gelisah apabila lelaki itu mengambil tempat duduk satu meja dengannya, apatah lagi bertentangan dengannya. Dia melihat sekeliling ruangan perpustakaan. Hm,,tidaklah terlalu penuh. Memikirkan banyak lagi soalan tutorial yang perlu diselesaikan, dia memilih untuk tidak memikirkan sangat kehadiran pemuda itu. Dia hanya memandang sekilas wajah pemuda di hadapannya yang juga sedang berusaha mendapatkan jawapan bagi soalan Fizik. Tak kenal seh mamat ni. Lantas, kerja yang tertangguh seketika disambung.
"Dah siap!!" dengan tidak disangka-sangka mereka berdua menjerit perlahan dengan serentak.
Dia berasa malu dan cepat-cepat mengemas barang-barangnya yang agak bersepah di atas meja. Pemuda itu terus asyik meneliti buku di hadapannya. Namun, pemuda itu memandang tepat ke arahnya sebelum dia beredar. Dia hanya mampu tersenyum pada pemuda di hadapannya . Langkahnya segera diatur menuju ke kelas. Dia tahu kelas bermula lambat lagi. Namun, dia malas untuk balik ke blok kediaman yang agak perjalanannya agak memenatkan. Lagipun, selalunya dia ke bilik untuk menunaikan solat Zuhur. Hari itu dia uzur. Tidak perlulah bersusah payah melangkah ke bilik di tingkat 4. Sekarang baru pukul 1.30 petang. Dia memilih untuk menghabiskan masa 30 minit itu untuk membuat soalan Matematik. Buku tutor Matematik berwarna ungu itu dikeluarkan dari beg merah jambunya. Dia membelek-belek memilih soalan yang menarik.
"Ok, let's do this, Farisya." Dia bermonolog sendirian.
Farisya menyeluk begnya yang sarat dengan barang-barang penting. Dia kehairanan. Dia cuba menyeluk lagi mencari sesuatu yang amat penting bagi dirinya. Betul ke ni? Dia bertanya kehairanan. Dia cuba mencari lagi pensel di sebalik barang-barang yang terdapat di dalam beg itu. Sah, memang tidak ada. Dia mengeluh. Kehilangan pensel kegemarannya memang menyedihkan. Dan sesuatu yang mengejutkannya ialah di dalam begnya ada dua kalkulator. Terus dia terfikirkan jejaka tadi. Masalah datang menimpa. Entah siapa-siapa entah mamat tadi. Terus dia tiada semangat untuk menyelesaikan soalan Matematik yang agak mencabar tersebut. Telefon bimbitnya dicapai dan mendail kawan karibnya, Syafinas. ----------------------------..
Dia membaca nama yang terukir di hujung pensel kayu itu. Yang pasti bukanlah namanya, Akmal Sulaiman bin Che Daud. 'Farisya binti Mohd. Faizul. TP 31'. Dia membelek-belek lagi pensel itu. Keadaannya yang sudah pendek tetapi tajam berasah menunjukkan yang tuan empunya pensel itu memang biasa menggunakan pensel kayu. Sesuatu yang agak jarang dilakukan oleh pelajar kini. Dia sendiri memakai pensel tekan untuk membuat contengan pelajaran. Hm..ni mesti pensel budak tadi. Gadis yang dengan sesuka hati mengambil kalkulatornya. Dia ingin menegur tadi tetapi tidak sempat. Langkah gadis itu sangat cepat. Menyedari jam sudah menunjukkan pukul 1.40 petang, dia segera ke masjid untuk menunaikan kewajibannya sebagai seorang Muslim. Hari ini tiada kelas sehingga pukul 3.00 petang. Sesuatu yang sangat berharga. Hendak pulang ke blok kediaman, penatnya. Kawasan Kolej Matrikulasi Perak yang luas agak memenatkan pelajar untuk ke bangunan lain. Dia berniat untuk melayari internet di perpustakaan selepas solat Zuhur. Bukan senang dapat melayari internet di kolej ini. Kemudahan hanya disediakan di perpustakaan. Itupun, selalu sahaja penuh.
" Hai, macamana dengan kalkulator ni?" dia merungut sendirian ketika dalam perjalanan menuju ke perpustakaan.
"Man!" Seseorang memanggilnya ketika dalam perjalanan ke perpustakaan.
" Hai! Takde kelas?" tanyanya berbasa-basi. Entah mengapa dia tidak gemar untuk berbual dengan Huda sekarang.
" Yup! Kau pun sama kan. Kau dah makan? Jom teman aku makan," balas Huda sambil menarik lengan Akmal menuju ke kafeteria kolej. Akmal hanya mampu tersenyum paksa.
----------------------------.
"Kau kenapa kalut ni, Fa?" tanya Iman kepada temannya. Sejak kelas tutorial fizik selesai, Farisya kelihatan cemas sahaja. Selalunya dia yang sentiasa ceria dan akan mengajak mereka membeli aiskrim.
"Entah, aku tengok kau tadi jadi orang yang makan gaji buta je kat kelas. Selalu bukan main buat jalan kerja panjang menjela," jawab Izyan mengiakan kata-kata Iman. Dia yakin ada masalah yang menghantui kawannya itu.
"Em..jom kita pergi makan kuih kat kafe. Laparlah. Aku belanja," Farisya membuat keputusan. Dia tahu teman-temannya risau akan dirinya. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan aku teman yang setia di sampingku ketika gembira mahupun sedih.
Izyan dan Iman memandang sesama sendiri. Farisya begitulah. Selalu sangat belanja mereka makan. Walaupun dia hanya tergolong dalam keluarga sederhana, dia pandai berjimat untuk membeli barang-barang kehendak dan menghabiskan duit untuk belanja kawan-kawan.
" Ok. Sekarang dah boleh cakap. Hehe. Nak tau tak hari ni aku buat bende bodoh lagi," jelas Farisya memecahkan suasana.
Izyan kehairanan. Tadi bukan main sedih kawannya itu. Sekarang bercakap dengan tersengih-sengih.
" Apanya yang bodoh ni? Mesti kau terambil barang orang lain lagi ni," teka Iman pantas. Dia tidak sabar menunggu Farisya menceritakan cerita yang agak gempak itu. Dan Farisya memang selalu sangat tersalah ambil barang orang lain.
Farisya ketawa sambil mengangguk. "Haha.Macamana kau boleh tau ni. Tadi aku buat tutor kat library. Then, adalah seorang mamat ni duduk depan aku. Bila aku balik, tergopoh-gapah sangat. Terambil kallkulator dia. Dan tertinggal pensel yang aku sayang tu. Nama kat kalkulator tu Sulaiman. MRSM Balik Pulau. Bukannya nak letak tutor berapa. Just tahu yang dia budak Fizikal. Macamana ek? "
----------------------------..
"Macamana ek? Aku bukannya tulis aku ni tutor berapa. Cuma letak nama sekolah je. Tak tahu pulak bende nak jadi macam ni. Lusa dah kuiz dah. Kau ada tak kawan kat TP31, Huda?" Akmal meluahkan masalahnya kepada Huda Narleesa, rakan karibnya. Walaupun dia tahu melayan Huda hanya akan membuatkan gadis itu meletakkan harapan tentang hati dan perasaan terhadap dirinya, tetapi dia sudah terbiasa merujuk kepada Huda tentang masalahnya. Mereka sudah bersahabat sejak tadika. Mungkin ramai yang tidak percaya tapi itulah kenyataan. Keakrabannya dengan gadis berlesung pipit dan petah bercakap ini menimbulkan pandangan negatif rakan-rakan mereka.
"Em, adalah dua tiga orang sayang. Nanti i cakap kat diorang ye. Siapa nama minah kalkulator tu? Farisya?" jawab Huda sambil menekan telefon bimbitnya menghantar mesej. Nasibnya baik kerana mempunyai ramai kenalan. Keramahan dirinyalah penyebab untuk perkara itu. Jawatannya sebagai setiausaha Pemimbing Rakan Dinamik (PRD) di kolej itu juga manambah bilangan kenalannya.
"Thanks ye Huda. Kaulah kawan aku yang boleh diharap. Nak keluar tengok wayang this week? Release tension aku lepas kuiz. Bila kau kuiz Biologi?" cadang Akmal. Sedarnya, sudah lama juga dia tidak menghabiskan masa senggang bersama Huda. Dia lebih senang keluar dengan rakan-rakan lelaki. Itupun jika perlu sahaja. Kesibukannnya sangat memaksanya untuk tinggal di kolej pada hujung minggu.
"Hm. Okay juga. Aku nak beli hadiah buat Mira. Ingatkan kau dah tak nak keluar dengan aku, Man. Yela. Mesti kau takut orang lain cakap yang bukan-bukan bila kita keluar sama-sama kan? Kuiz Bio lambat lagi. Nasib baik. Aku belum start hafal apa-apa lagi ni. Nanti kita calling-calling tau. I got to go now. Bye." Huda mengakhiri pertemuan mereka yang tidak disengajakan itu.
Hatinya sangat seronok mengingatkan dia dapat berbual lama dengan Akmal Sulaiman petang tadi. Dia tahu dia bertepuk sebelah tangan tetapi apa salahnya mencuba. Walaupun Akmal boleh dikategorikan sebagai buaya darat, dia tahu Akmal hanya mencari pengalaman dan mencari pilihan. Barulah dapat memilih yang terbaik. Dia tidak pernah serius dalam bercinta. Dengan perwatakan dan penampilan yang menarik, dia boleh memikat mana-mana gadis. Dia tahu Akmal bukanlah jahat seperti yang disangka-sangka. Dia hanya suka melayan gadis-gadis yang terpikat dengannya. Dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap perempuan. Cuma dia akui Akmal sedikit nakal.
Keesokannya, Farisya bertolak awal untuk ke kelas. Dia bercadang untuk bersarapan di kafeteria. Sudah terbayang-bayang nasi goreng dan telur mata yang sangat sedap yang memang selalu menjadi santapannya pada waktu pagi. Sedang dia membuat suapan kedua, Farisya dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki duduk di hadapannya sambil membawa air teh tarik dan sepinggan nasi goreng. 'Macam kenal'.
Alangkah gembira hatinya apabila ternampak awek kalkulator ini mengambil makanan tadi. Tidak perlulah dia bersusah-payah mencari lagi . Kebetulan, dia sudah bercadang untuk bersarapan awal hari ini. Selepas kelas Bahasa Inggeris berakhir pada jam 10.00 pagi nanti, dia perlu berjumpa dengan Cikgu Faizah. Dia perlu menerangkan sebab dia tidak hadir kuliah Kimia semalam.
'Hm..cutenye dia buat muka hairan'. Dia suka mata gadis ini yang bulat. "Hai. Assalamualaikum. Nak teman awak makan boleh?" Akmal memulakan bicara.
Farisya terus tersedak apabila jejaka berwajah manis ini menegurnya. Kebetulannya dia belum membeli air tadi. Lantas,air teh tarik yang menarik seleranya sejak tadi diteguknya. Dia tidak perasan dia telah menghabiskan setengah cawan air itu.
Akmal hanya tersenyum. Setiap gerak-geri gadis ini menarik perhatiannya. Dia agak menyesal tidak memandang gadis ini ketika sedang membuat ulangkaji semalam. Dia khusyuk sangat menyelesaikan masalah Fizik ketika itu. Kuiz esok sangat memeningkan kepalanya.
"Sorry. Dah terminum. Saya beli lain." Farisya meminta maaf lalu mencari-cari beg duitnya di dalam beg hitamnya. 'Apalah aku ni. Dah ambil kalkulator, minum air orang ni sesuka hati.'
"Tak apa. Kongsi pun boleh. Kan jimat," balas Akmal sambil menyirup air teh tarik yang tinggal setengah gelas itu.
Farisya hanya tersenyum. 'Air bekas aku pun nak minum.' Dia tidak menyangka akan bertemu dengan encik kalkulator pagi ini. Tapi, dia sendiri telah lupa nama jejaka ini. 'Apa ek namanya?'
"Em..Encik Kalkulator. Sorry again. Em..Saya tak bawa kalkulator hari ni. Hari ni....just kelas Bahasa Inggeris dan Kimia. Tak guna sangat. Em.. So,....kalkulator awak pun tertinggal. Aa,petang ni,saya tak ada kelas..kalau.." jelas Farisya tergagap-gagap. Entah kenapa, dia tidak reti menyusun ayat untuk bercakap dengan lelaki.
Akmal memberhentikan makannya. Dia tersengih apabila awek kalkulator ini memanggilnya begitu. Dengan gaya percakapannya yang takut-takut itu, membuatkan dia lebih tertarik. Dia terus memotong penjelasan Farisya.
"Tak apa. So, Isya free kan hari ni. Kita jumpa kat library boleh petang ni? Isya datangla dalam pukul 2.30 ke. Bawa kalkulator saya. Esok dah nak kuiz, derita hidup kalau tak ada benda tu."
"Okey," balasnya pendek. Hm..lembutnya mamat ni berkata-kata. Panggil aku Isya pula tu. Macamana pula dia tahu nama aku. Jarang-jarang orang memanggilnya dengan nama itu sejak nenek meninggal. Dulu, nenek yang selalu memanggilnya begitu. Dia lebih senang orang memanggilnya Fa. Dengan panggilan Isya, dia akan berasa sedih jika teringatkan nenek. Malu benar dia tadi. 'Kenapa? Kenapa aku tak pandai bercakap dengan lelaki'. Di sekolah menengah dulu, dia memasuki kelas aliran agama, semuanya perempuan. Inilah kali pertama dia sekelas dengan pelajar lelaki.
Mereka menghabiskan sarapan masing-masing tanpa sebarang bicara. Setelah selesai, mereka pun beredar ke kelas masing-masing tanpa sesi perkenalan. Hanya bertukar senyuman.
----------------------------..
"Helo, sayang. Nak tahu tak tentang awek kalkulator tu. Dia tu budak pandai, 4 flat lagi tu. Lembut, pendiam. Memang oppositela dengan aku. Tapi, jangan panggil dia Isya. Nanti dia marah sangat. Nanti I bagi nombor dia ye," cerita Huda ringkas.
"thanks my dear. Jd ye main bowling minggu ni. Aku blnje" Akmal membalas mesej Huda di telefon bimbitnya sambil tersegih-sengih.
"Blalah Mal. Mesej nak sengih-sengih. Kau jumpa awek mana pulak ni? Jangan Mal. Rosak masa depan budak tu," tegur Aswad yang dari tadi memerhati tingkah laku Akmal yang seperti sedang bercinta.
"Cukup-cukupla tu Mal. Dah berapa dah 'ex-wife' kau kumpul. Bukan sekarang kau tengah couple jarak jauh dengan Arina ke. Macamana ek kau pikat 'Ratu KMPH' tu?" sambung Zainal melayan teguran Aswad.
"Syyy!" Akmal menyuruh kedua-duanya senyap lalu ketawa.
"Aku kan mantap. Kacak..Korang kalau nak pikat awek, boleh belajar dengan aku," sambungnya. Mereka semua berhenti berbual apabila Mr. Zulkifli, guru Matematik yang terkenal dengan ketegasannya masuk ke dewan kuliah. Dia memang pantang pelajar berbual-bual tentang benda lain di dalam kuliah. ----------------------------..
"Farisya!Bangun!Ada kelas tak?"Amirah mengejut 'roommate'nya yang dri tadi tidak sedarkan diri. Bunyi alarm Fa sangat membingitkan telingana yang ingin menukis surat cinta.
"Ya Allah. Kalkulator! Cepat!Cepat!" Farisya kelam-kabut sambil menggeledah setiap beg kuliah yang dimilikinya di meja belajar. 'Hai,kenapa aku banyak sangat beg ni. Aku letak kat mana?"Dia mengomel seorang diri.
"Haha. Lawaklah kau ni Fa. Kalau bangun je terkejut macam ni," tegur Amira yang dari tadi menonton gelagat Farisya. Gelak Amira menjadi-jadi.
"Gelaklah lagi. Aku dah lambat ni. Nak solat lagi ni. Tolong, Mira. Carikan kalkulator dalam setiap beg-beg tu. Aku lupa letak kat beg yang mana satu," pinta Farisya sambil keluar ke bilik air untuk mengambil wudhu'.
"Fa, aku nk bljr Fizik ngan kau ptng ni tau" Farisya membaca mesej sambil tergesa-gesa memakai stoking untuk keluar ke perpustakaan petang itu. Alamak! Sorryla Yan.
"Aku de hal sikit ptng ni. Mlmmla ye. Sorry bnyak2." Dia menbalas mesej kawan baiknya cepat-cepat. Dipandang sekilas jam tangan di pergelangan tangannya. Pukul 2.50 petang dah. Aku memang nak kena. Entah bagaimana dia boleh terlewat bangun tadi. Sudah disetkan alarm pun tidak sedar.
"Pergi dulu, Mira. Thanks pasal tadi." Dia meminta diri. Dia berjalan seberapa pantas yang boleh ke perpustakaan yang agak jauh dari blok kediamannya. ----------------------------..
'Ai. Mana pula mamat ni. Dah pukul 3.00 dah. Aku punyalah cuak dia dah tunggu kat sini. Menyampahnya..' getus Farisya dalam hati. Dia terus mengeluarkan nota Fiziknya dan membaca topik yang akan akan disoal dalam kuiz esok. Masa jangan dibiarkan berlalu tanpa aktiviti yang berfaedah. Ibu selalu berpesan begitu.
Selepas setengah jam dia menunggu dan telah menyelesaikan beberapa contoh soalan, satu mesej diterima di telefon bimbitnya dari nombor yang tidak dikenali.
"X sihat. Tngh skit hti skrng. I very hate waiting people. Dr kul 3 dok tnggu.Nape nk kisah sy sakit ke x ke? Sape ni?" Farisya menaip mesej dengan spontan. Baginya, lebih senang berbual melalui sistem pesanan ringkas daripada berbual bertentangan mata.
"Dah lama tunggu?" Tiba-tiba, dia terdengar suara orang yang dinanti-nantikan. Very Important Person.
"Awak, saya memang tak suka jadi garang. Tapi, awak dah sakitkan hati saya. Kata pukul 2.30 tapi datang 3.30. Satu jam saya tunggu. Eee..menyampah!" jawabnya geram.
"Ups. Saya cuma suruh Isya datang sini pukul 2.30 je. Tak cakap pun saya nak datang sini pukul 2.30 petang. Lagipun, saya tahu awak baru sampai pukul 3 kan? Takdela satu jam menunggu. Bagus apa. Awak dapat ulangkaji pelajaran kat sini. Tak ada orang kacau," Akmal Sulaiman menjawab tenang sambil duduk bertentangan dengan Farisya.
"Macamana awak tahu saya sampai sini pukul berapa?Dan lagi satu, saya tak suka awak panggil saya Isya." Dia bertanya sambil mencuba sebaik mungkin untuk menunjukkan muka garang.
Ai..sekarang tak takut-takut macam pagi tadi. "Eh, nak panjangkan cerita pulak minah ni. Tak perlulah. And, your face is not frightening me at all. So, where is my property?" Akmal meneliti meja di hadapannya. Bersepah. Dia pasti Frisya memang suka buat kerja bersepah. Matanya terpandang barang yang seperti miliknya di tangan gadis itu. Dia sangat mengenali kalkulatornya. Di sarungnya ada tertampal stiker Mirai Trunks, watak dalam Dragonball. "Oh, sempat guna kita punya barang. Lepas tu, nak marah-marah kita pula. Kalau marah menjadi takpe, ni tak jadi," sambung Akmal dengan nada mengejek sambil mencapai kalkulator itu.
"Aaa..okla. Saya minta maaf saya marah awak, guna barang awak, segala-galanyalah. Orang guna sekejap pun nak berkira. Dah, malas nak layan orang macam ni. Nak balik." Isya menjawab kasar sambil mengemas barang-barangnya. Akmal tergelak melihat aksi Farisya itu. Dia semakin suka akan gaya percakapan Farisya yang manja. Namun, dia sedar yang Farisya tidak betah untuk bercakap dan duduk lama-lama dengannya. Dia mendapat idea supaya yang membolehkan dia berbual lama dengan gadis itu.
"Saya tak benarkan dan saya belum maafkan awak lagi. Tolong. Saya dengar cerita, awak pandai Fizik. Tolong ajarkan saya untuk kuiz esok. Boleh, Kasih?" Akmal meminta lembut sambil menarik fail dan pencil case Farisya pantas. "Please."
Farisya tergelak dalam hati. Nak panggil kasih-kasih pula. Dia teragak-agak. Bolehkah dia percaya niat pemuda yang tidak dikenalinya ini untuk belajar. Mampukah dia untuk menolongnya? Dia bukanlah terlalu hebat untuk mengajar. Masih banyak kelemahannya.
"Saya tak layak nak ajar awak. Bagi balik benda tu,"kata Farisya tegas. Dia cuba merampas fail dan pencil casenya kembali tetapi dipegang erat oleh Akmal.
"Saya bukan suruh awak ajar saya semua. Sikit-sikit saja. Please, Kasih. Dapat pahala ni." Ayat-ayat yang keluar dari mulut Akmal asyik sekali untuk didengar oleh Farisya. Ternyata, Akmal memang lelaki yang bermulut manis dan pandai memujuk. 'Em..buatjelah. Tak luak pun,' fikir Farisya.
"Em..ok. Tapi tak perlulah panggil saya Kasih. Saya bukan girlfriend awak pun ye. Nak start dari mane?"
"Kata jangan panggil awak Isya. Awak tak cakap pun tak boleh panggil lain. Awak cerita je mana yang awak rasa penting. Ok? Saya akan ikut semua ajaran cikgu." Akmal tersenyum. Dia sudah mula berasa seronok mengusik gadis di hadapannya. Nanti, terpamer wajah takut-takut Farisya. Terus, dia bangun dan mengambil tempat duduk di sebelah Farisya sambil menyerahkan kembali barang milik gadis itu. Farisya berkerut hairan. "Hehe. Lebih dekat dengan cikgu lebih afdhal,"sambung Akmal.
Farisya hanya menjebik. Mahu saja dia meninggalkan Akmal ketika itu. Tidak pernah pelajar lelaki melayannya seperti itu. Akmal tidak habis-habis menunjukkan sikap romeonya. Tetapi, entah kenapa hati kecilnya mengatakan dia senang dilayan begitu. Dia kemudian memberikan Akmal senyuman paksa sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebenarnya, bukan dia tidak biasa memberikan tunjuk ajar kepada teman-temannya. Abah selalu berpesan agar berkongsi ilmu dengan orang lain. Nanti, ilmu kita akan bertambah. Cuma, dia agak kekok mengajar kawan lelaki. Yalah, dia belum sepenuhnya menyesuaikan diri untuk satu kelas dengan pelajar lelaki.
Tepat pukul 5.00 petang, mereka berhenti belajar dan bersedia untuk pulang ke blok kediaman. Perbualan mereka dalam 2 jam sebelum ini hanya berkisarkan pelajaran. Ketika Akmal baru sahaja ingin melangkah pergi meninggalkan kawasan itu, Farisya memanggilnya.
"Awak!"
"Ye, Kasih. Awak ada terambil apa-apa barang saya lagi ke?" Akmal menjawab dengan wajah menggoda sambil berjalan menuju ke arahnya.
Farisya menjebik. Mamat ni kalau tak menyakitkan hati orang tak sah agaknya. Dia ingat orang lain hendak sangat mengambil barangnya.
"Em..bukan. Saya sebenarnya tak ingat pun nama awak. Boleh saya tahu nama saudara?Eh, guna ayat begini macam dalam tv pula ek. Nama awak siapa, Encik Kalkulator?"
Akmal ketawa. "Apa salahnya guna ayat tv. Hm..saya ingat awak dah tahu nama saya. Kan dah lama guna barang saya tadi. Awak ni saya rasa... memang suka guna barang orang sesedap rasa kot walaupun tak tau siapa pemiliknya. Saya Akmal Sulaiman. Saya tak macam awak. Panggil saja apa-apa. Saya tak kisah,"jawabnya memerli Farisya sambil tersenyum sinis.
Farisya sangat geram mendengarnya. Dia tidak faham sikap Akmal Sulaiman yang kadang-kadang menyenangkan, dan kadang-kadang sangat menyakitkan hati.
"Baguslah kalau begitu, Irritating Man." Farisya menjawab dengan wajah geram sambil berlalu pergi. Dia menyangka Akmal akan mengucapkan terima kasih padanya tetapi lain pula yang terjadi.
Akmal ketawa sambil menapak ke blok kediamannya. Tidak pernah mana-mana awek memanggilnya begitu. Entah kenapa, dia tidak dapat menahan dirinya dari mengusik Farisya. Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia menaip mesej di telefon bimbitnya untuk dihantar kepada gadis itu.
"Hai, skrg dh cihat blum?"
"Skrng brtmbh2 sakit ati. U jngn nk tmbh lg.ntah sape2 ntah. Nak smakkn hdup org lak."
Ternyata, Farisya benar-benar marah padanya. Namun, dia bersyukur. Farisya telah menjadi seorang guru yang baik. Dia sudah faham untuk menjawab kuiz esok. Cuma perlu membuat latihan malam ini. Tidaklah susah hati lagi sekarang. Gembiranya dia petang itu. Dia serba sedikit sudah mengenali sifat Farisya yang menarik. Farisya pemalu dan pendiam tetapi tidak sombong. Farisya seorang yang lemah-lembut dan pandai menyembunyikan perasaannya. Benar kata Huda, perwatakan Farisya sangat berlainan dangan perwatakan Huda narleesa. Tapi ada sikit macam awek aku. Fikirnya sambil tersengih. Sampai di bilik, Akmal menunaikan solat Asar dan menghabiskan masanya selepas itu dengan menelefon kekasihnya yang berada di Pahang. Dia senang berkawan dengan Fara. Gadis itu sangat cantik dan penyayang. Mereka mula bercinta ketika di sekolah menengah. Dahulu, Fara memang susah untuk dipikat kerana sedang bercinta dengan orang lain. Sebenarnya memikat Fara hanyalah satu taruhan antara dia dan teman-temannya. Namun, ketika dia berusaha mengenali Fara Mirzana, dia mendapat tahu dari Fatin gadis itu terpaksa bercinta dengan teman lelakinya. Dia bernasib baik kerana Fatin dengan tidak sengaja memberitahunya hal itu. Selepas itu, dia cuba mendekati Fara bukan untuk memenangi taruhan, tetapi berusaha dengan ikhlas untuk menjadi teman lelaki Fara. Walaupun dia belum pasti Fara adalah wanita untuknya, tetapi dia sedikit-sebanyak menyayangi Fara dan gembira bersama dengannya. Mengenangkan pelbagai usaha yang dilakukannya untuk memenangi hati Fara, dia tersenyum sendiri. Berada di kolej yang berlainan membuatkan dia sering merindui wajah Fara. Entah kenapa dia selalu terpikat dengan kawan baik bekas teman wanitanya. Terbayang kisah cintanya di sewaktu belajar di tingkatan 1 bersama Fadilah. Cinta monyet yang bertahan sehingga mereka menduduki Peperiksaan Menengah Rendah(PMR). Selidik punya selidik, rupanya Fadilah merupakan sahabat baik Fatin dan Fara. Dia bercinta dengan Fatin semasa di tingkatan 4 tetapi hanya 6 bulan. Mereka banyak perselisihan faham. Lagipun, semasa itu hatinya telah terpikat dengan Fara, teman baik Fatin. Kalau hendak difikirkan, dia sendiri bingung dengan hubungan cinta yang terjalin antara dia dan mereka. Bagaimana dia boleh bercinta dengan satu kumpulan teman baik. Dia sendiri tidak tahu kenapa hati mereka akan disakiti olehnya. Setiap hubungan dia dan mereka semuanya berakhir dengan cerita sedih. Semua yang tahu hal ini sememangnya akan menyalahkan dirinya dan menggelarnya Buaya Darat. Nak buat macamana, dia merasakan dia belum menjumpai cinta sejatinya. Yang benar-benar istimewa.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei