Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini ramai sungguh yang datang untuk interview dekat company aku,letih di buatnya. Tak menang tangan aku,dah lah bos aku ni cerewet lepas tu yang buat aku bertambah penat nak melayan kerenah budak-bdak yang datang interview. Ada ke patut datang interview pakai seluar jeans.nak marah dah besar kalau tak marah aku pulak yang kena marah.
Tiba-tiba ada budak cute datang tegur aku, " kak nak tanya kalau nak minta tempat untuk LI boleh tak? " aku dengan muke serius tapi cute " boleh, adik kena hantar resume dan borang permohonan dari tempat belajar adik" kataku sambil tersenyum. Senyum tu kan sedekah.
"ok kak.terima kasih" dalam hati aku bermonolog comel je budak ni datang nak tanya pasal LI, budak-budak nak datang interview sumua muka macam samseng. Hish!!
" Hilmi! Awak boleh masuk , tapi baju awak tu tolong masukkan dalam, hish!cubalah kemas sikit. Tak paham betul aku tengok korang ni nak mintak kerja, tapi macam minta kerja kontrak je" aku dok membebel. Yang ada kat situ tersengih-sengih macam kerang busuk. --- Seminggu berlalu,seramai 20 orang juruteknik komputer masuk ke pejabat ,dan aku selaku koordinator untuk diorang. Ada ke patut budak-budak ni panggil aku cikgu besar. Di sebabkan aku suka sangat membebel kalah nenek aku kat rumah. Kata dioranglah bila aku tany akenapa panggil aku cikgu besar. Ada yang aku panggil nasi lemak sebab dia jual nasi lemak dekat opis aku.nasib baik nasi lemak dia sedap. Macam-macam ragam diorang ni semua,berbagai kerenah. Tiap-tiap pagi aku ni dah macam orang tak betul,dengan nak sediakan check list barang untuk juruteknik pergi buat job. Ada pulak nanti yang mintak borang itu la ,borang ini la,padahal semua boleh ambil sendir,tapi nak jugak mulut aku ni berleter baru nak bergerak ambil,tapi dengan diorang ni la yang selalu buat aku ketawa melupakan kelukaan yang aku alami. Segala duka yang aku rasai dapat aku lupakan sejenak dengan kerenah diorng ni. Walaupun kena marah,kena tengking dengan aku,tapi mereka semua suka buat lawak yang tahap cipan,sampaikan dengan aku sekali kena masuk bilik meeting kena marah dengan bos,sebab counter receptionist bising macam pasar tani.
Tapikan aku ada terperasan dengan sorang mamat ni,dia selalu senyap dan jadi pemerhati bila aku kena buli dengan budak-budak yang lain,tapi bila belakang aku ada pulak suaranya. Setiap kali aku suruh buat kerja dia ikut dan tak pernah membantah pun. Bagus betul, kalau tengok mukanya bukan main garang lagi,apatah lagi dengan scar dekat matanya tu. Tapi mata itulah yang telah buat aku jatuh hati sekali lagi. Sekaligus mencarik luka dalam hati aku.
Disini lah bermula kisah antara aku dan dia….
" ju boleh advance tak?" " kau nak berapa?aku ni da macam ceti tau tak?Cuma bezanya aku ni pompuan yang cute bukan macha bawak payung hitam pakai kain putih" punya lah panjang mukadimah aku dekat budak tu. Terkelip-kelip mata mamat ni pandang aku. " erm…nak pinjam seposen je…" " aik??" aku dah buat muka konpius " seposen pun nak pinjam ke???" " tak…nak pinjam RM 10 je.." dengan muka malu-malu tapi mahu. Sebenarnya aku saja nak kenakan dia.aku suka tengok muka dia yang selalu tersipu bila aku dapat tangkap dia curi-curi pandang aku. " alahai..aku saja je tu..nah amik ni" tersengih-sengih dia mengambil wang dari aku. Tapi tiba-tiba " kita keluar malam ni?boleh???" Terasa degup jantung ku macam orang kena kejar dengan anjing,punyalah laju. Tapi belum sempat aku jawab dia dah jalan. So,aku la pulak yang terkebil-kebil. Hampesnya mamat ni tak sempat aku nak jawab dia dah blah dulu. " Hello, Hilmi ada?" " Hilmi …dia da pergi kerja" " Dah lama ke? " " Dah lama dah.." " Tak pe lah,nanti kirim salam kat Hilmi ya,cakap kat dia Cikgu Ju kirim salam" kata ku dengan nada geram, sebabnya aku tahu dia masih di rumah dan hari ini mesti dia ponteng kerja. Kerana dia aku asyik kena marah, sebabnya dia dibawah aku dan tugas aku kena pastikan dia buat semua kerja yang aku dah sediakan setiap hari. Dah lah telinga aku ni naik tebal kena dengar ceramah free tiap-tiap pagi dari cikgu-cikgu yang buat laporan kerosakan komputer, campur lagi dengan kena bebel dengan bos aku yang garang kalah singa tu.hish! alangkah tension nya aku…
" Hilmi! Sini kejap! Aku ni sakit hati betul lah dengan kau ni. Kau boleh tak tolong buat kerja betul-betul sikit. Aku ni bukanya banyak sangat masa nak betulkan salah kau ni" jerkahku padanya. Si Hilmi ni pulak buat muka seposen je kena marah,bertambah angin aku satu badan.
" Semua dengar sini,aku nak sebelum engaku orang semua bagi job form ni,engkau orang tolonglah double check. Aku penatlah asyik nak kena betulkan" kataku pada semua juruteknik yang ada depan aku masa itu. Tapi yang buat aku rasa nak jerit je dekat sekor-sekor umat tu semuanya buat muka dunno je. Last-last aku merajuk, boikot bercakap dengan semua orang. Sampaikan kak gee pun terkena tempiasnya.
" Ju kenapa ni.." Tanya kak gee pada ku. Aku pulak buat muka sedih je. Rasa macam nak menangis je. Tapi tak da lah sedih sangat, tapi bila ada orang concern rasa terharu lak.heheh… " Habis tu kak,semua buat tak tahu je bila Ju cakap.sibuk main chess pulak. Nanti Ju jugak yang kena marah dengan En. Firus. Sakit hati je sebenarnya." Ucap ku dengan suara ala-ala nak nangis tapi tak nangis. Kak gee Cuma tersenyum. " tak pe la Ju,biar akak je yang cakap,budak-budak tu takut sikit kalau akak yang cakap" cadang kak gee. " Ala dik,you tu baik sangat dengan budak-budak tu semua,sebab tu la diorang cam tu. Tak takut dengan you" sampuk kak shiela. " Dah tu kalau I garang sangat nanti diorang boikot pulak dengan I,I juga yang susah nak buat kerja nanti kak" sangkal ku membela diri. Padahal memang betul pun apa yang dikatakan kak shiela. Aku terus berlalu ke tempat duduk ku, dan kak shiela mengikuti aku hingga ke depan. " Ala dik biar je la, diorang dengar la tu,tapi saja je buat-buat tak tahu" pujuk kak shiela lagi. Aku sekadar menganggukan kepala ku. Mungkin benar kata kak Sheila. Hilmi yang ada di tempat duduk tetamu hanya memandang pada ku dan dia menghadiahkan senyumnya pada ku. Aku sekadar menunudukkan kepala.
" Ju kau marah ke kat kita orang, ye la..aku dengar kau cakap tadi,janganlah merajuk sunyi bila kau tak berleter hari ini. Jom aku belanja minum. Budak-budak ni semua nak pergi minum dekat mamak " pujuk Boyot. Aku terasa nak ketawa je masa tu,tau pulak nak pujuk aku. Ni yang nak demand ni. " Em, yela tapi kau kena belanja aku minum dengan makan sekali" aku menyegih. " Ok, tak de hal la, small matter. Kau tu bukan makan banyak pun" " Woi !! cikgu besar dah tak merajuk!!!" jeritnya pada semua. Aku buat muka comel je la. Hilmi hanya tersenyum melihat aku yang dah hilang merajuk. Sebenarnya aku geram je, tak pulak minta di pujuk.
Hilmi mendekati " Awak nampak cute bila merajuk tapi lagi cute bila senyum" dan dia terus berlalu sambil mengeyitkan matanya. Aku cuma mampu tersengih. Hai,mata itulah yang buat aku jatuh hati. Kak gee dan Kak shiela hanya menggelengkan kepala melihat telatah ku yang kembali baik dengan budak-budak yang bagai tak cukup umur tu. ---- " Ju , tolong akak boleh tak? Akak ada hal malam ni nak kena balik cepat. Ju tolong tutupkan office ye" pinta kak gee. Aku on je. " Siapa lagi yang belum balik kak?" soal ku. " Bulat dengan Amy " jawab kak gee. Aku rasa berdebar bila nama Hilmi disebut. Selama ini aku belum pernah berbual mesra denganya. Perbulan kami hanya berkisar dengan hal kerja sahaja. Tapi hari ini aku rasa berlainan sekali. " Owh,yeke. Ok Ju tutup office nanti" kak gee menyerahkan kunci dan berlalu. Tinggalah aku seorang dalam office. Aku hanya melayari internet sementara menuggu Bulat dan Hilmi. Sedang aku leka aku terdengar bunyi yang biasa aku dengar. Rupa-rupanya budak berdua tu da sampai.
Bulat menegur " Eh kak gee mana? Kenapa kau yang tunggu?" " Kak gee ada kerja la. Mana Amy?" soal ku pula. Si Bulat hanya menunjukkan kearah kereta. Jantung serasa mahu pecah bila aku memandang kearahnya. " Siapa tu Lat? Awek dia ke? " Tanya ku dalam nada suara yang terkawal. Entah kenapa aku seperti hendak menangis, sedangkan antara aku dan dia tidak pernah ada apa-apa ikatan walaupun sekadar teman. Antara aku dan Amy hanya rakan sekerja,cuma mungkin ada ikatan dalam hati aku sendiri. Apa yang pasti Amy tidak tahu mengenai perkara ini.
Amy hanya jalan berlenggang kearah office dan dia masih tidak perasan akan kehadiran ku di situ, sangkanya pasti kak gee yang menanti seperti selalu. Bila dia mengangkat wajahnya, ada riak terkejut pabila dia melihat aku duduk di tempat ku dan bukan kak gee seperti selalu.
" Hai" sapanya kaku, dan kelihatan seperti ada yang tak kena. Aku sekadar menjawab dengan senyuman. " Mana kak gee? Kenapa awak yang tunggu?" soalnya tapi reaksinya masih seperti tadi. Aku sekadar menjawab " Kak gee ada hal, boleh tolong cepat tak? Aku nak balik ni. Dah lambat lagipun sakit mata" . Hilmi kelihat sedikit terkejut mendengar jawapan serta tone suara ku yang berubah. Mujurlah Bulat tiada disitu. Aku sendiri terkejut dengan tindakan ku. Hilmi hanya menunduk dan meneruskan kerjanya. "Bulat kita pergi minum kat mamak ok. Boleh? Aku belanja." Ajak ku. Bulat tersengih bila mendengar perkataan belanja. Dasar si Bulat kalau orang belanja cepat je. " Amy , kau tak join sekali ke? Tadi kau cakap kau lapar kan. Ala bawalah awek kau sekali.." aku rasa macam nak cekik-cekik je si Bulat ni. Pandai-pandai je dia ajak si Amy, aku kalau boleh nak lari dari dia. Amy hanya memandang, mengangguk pun tidak, mengia pun tidak. Selesai kerja kami terus ke mamak tempat biasa kami semua melepak melepaskan penat. Amy hanya diam, hanya aku dan Bulat saja yang bercerita. Tapi yang buat aku rasa tak sedap hati bila awek Amy tak mahu turun minum dengan kami. Dia hanya duduk didalam kereta dengan muka masam. " Eh kalau kau nak balik, baliklah. Awek kau pun macam dah penat je tu.muka pun masam je" aku menyuruh Hilmi pulang saja,dari dia terus jadi patung cendana depan aku, dan membuat aku bertambah sakit hati. " Ok la aku balik dulu la" sekilas dia memnadang kearah ku " malam ni pukul 9 saya datang rumah awak, awak tunggu" dan dia terus berlalu. Bulat memandang wajahku meminta penjelasan. Aku cuma buat muka cekodok je. " Oooo…kau ada skandal dengan mamat scar tu ek? Tak sangka aku. Sejak bila? Aku heboh kat office nanti…baik kau cakap kat aku sekarang" ugut Bulat. " Kau ni busy body betul la. Mana aku ada skandal" naļf ku. Sebenarnya aku sendiri terpinga-pinga dengan kata-kata Hilmi. " Jom balik , aku punya selera dah mati la" kataku sambil bangun dan berlalu ke kaunter. " aku belum kenyang lagi tau, dah ajak aku balik" bulat mengomel. Aku buat-buat tak dengar. --- Hish! Cakap pukul 9 ni da 9.15 pun tak sampai lagi. Ini yang aku menyampah ni,nak kena tunggu. Pantang betul aku kalau bab-bab menunggu ni. Tiba-tiba…
" Kak cik!!! Ada kawan datang!!!" panggil adik ku yang bungsu si Qalisha. Aik! Macammana aku boleh tak perasan pulak ni. Alamak jantung aku rasa nak pecah dah ni. Sebenarnya aku gabra sangat dari petang tadi lagi. Ya Allah selamatkan lah hambu ini. Eh! Macam lah nak jumpa rimau.
" Sorry lambat sikit" " Tak pe,so ada apa kau nak jumpa aku ni?" soal ku. Cover je tu padahal dalam hati ni macam ada orang tengah palu gong. " Awak saya…saya…" gagap agaknya mamat scar ni. "Saya apa!!" sergah ku. "Saya suka awak!" dia terus tutup mulutnya. Terasa nak ketawa pun ada. Muka ganas tapi hati tisu rupanya. Tak pe, control jangan over. Relax. " So?? Apa kena mengena dengan saya? Eh! Aku? " alamak macam mana lah aku boleh tersasul ni. " Tapi tadi kenapa awak marah?" " Bila masa pulak aku marah kau?? Jangan nak perasanlah" sangkal ku. " Kalau macam tu tak pe la. Saya Cuma nak awak tau saya suka awak" dia berlalu kearah keretanya. Pantas aku menahan " Nanti! Tapi awak dah ada girlfriend." Soal ku semula. Dia tersenyum mendengar soalan ku. Aku bagai tersedar dengan keterlanjuran kata-kataku. Hish! hampes betul mulut aku ni tau.tak pasal-pasal aku rasa muka aku tebal je. " Ya, tapi itu dulu, sekarang dia hanya kawan" akuinya. " Kawan? Kawan tapi layan macam girlfriend je saya tengok" kata ku ragu. Dia tak tahu hati aku dah bernanah petang tadi. Rasa nak je aku tanya masa tu jugak,tapi aku cover la kan. Ada jugak kantoi. Ntah-ntah aku ni perasan sensorang. Tapi sekarang dia dah luahkan perasaan dia. Sukanya aku. Tersengih-sengih aku. " Kenapa awak senyum-senyum ?" " Hah!" mak datuk,terkejut aku kena sergah. Alahai apa la aku ni buat malu betullah.
Kau, aku dan dia….
" Hoi! Perempuan! Kau kenal Hilmi kan? Kau tahu tak dia siapa? "Orang lah. Kenapa kau tengok dia ada rupa kera ke?" boleh pulak aku nak melawak bodoh. " Kau jangan nak loyar buruk pulak..Kau tau tak dia tu boyfriend aku?" " Owh! Yeke? Tapi dia cakap kau Cuma BEKAS girlfriend dia je. So apa masalahnya?" " Kau ni memang perempuan tak tahu malu ek. Dah tak ada lelaki lain ke kat dunia ni?" " Memang banyak lelaki lain, tapi dia tak sama macam lelaki yang aku kenal. Sayangnya kau yang tak pandai nak hargai " perempuan ni sekali aku sepak baru dia tahu tau. Hilmi memang tak pernah menceritakan keburukan bekas kekasihnya, tapi aku dapat tahu semua ini dari kawan baiknya. --- " Mira ada jumpa awak pagi tadi? Dia datang office ke? Awak tak a pa-apa?" cemas suara Hilmi bertanyakan soal Mira. " Aah..dia datang marah-marah. Awak apa kata awak balik je pada kekasih awak. Saya dah tak larat nak sabar lagi. Hari tu dia call marah-marah. Hari ni dia datang office. Esok lusa dia datang rumah saya bawak parang pulak." " saya dah tak boleh terima dia lagi…dia dah nak bertunang dengan orang lain" " Owh! Sebab tu awak kawan dengan saya" sengaja aku menduga keikhlasanya. " Awak..jangan cakap macam tu. Jangan salah paham. Saya kawan dengan awak ikhlas. Bukan sebab dia nak bertunang, kalau dia tak bertunang pun saya tetap nak kawan dengan awak" " Ye la tu…" antara percaya atau tidak dengan kata-katanya. Tapi entah kenapa aku semakin sayang padanya. --- " Hello..Kenapa tak datang kerja hari ini? Bos Tanya awak tadi" geramnya aku dengan Hilmi ni, ikut suka dia je nanti aku jugak yang kena marah. " Awak saya ada hal, nanti saya call awak " secara tergesa-gesa dia meletak telefon tanganya. Ada keraguan dari suaranya. " Kak gee, Ju nak keluar sekejap boleh? Ju nak pergi bank." Izinku pada kak gee. " Ok. Tapi jangan lama sangat nanti bos datang semula lepas lunch" " Ok…thank kak gee..sayang kak gee…" --- " awak saya minta maaf, saya tak boleh kehilangan dia..dia cinta pertama saya..saya tak berniat nak tipu pada awak tapi saya tak tahu macam mana nak berterus terang " ada riak kesal diwajahnya, tapi sikit pun tidak akan merubah apa yang telah berlaku. Kalaulah aku tidak pergi kerumahnya pasti sampai bila pun aku takkan tahu kecurangannya. " Tak apa Hilmi, saya tau saya Cuma sandaran tika awak luka. Terima kasih saya harap dia mampu menghargai awak. Jangan cari saya" ku tahan air mata agar tidak jatuh didepan dia,aku tak mahu nampak lemah walau hakikatnya hati aku terluka dan ia mengingatkan kembali luka lama ku. Ah!biarlah semua lelaki tu sama. Marahku dalam hati. --- " Kak cik nak makan? Ibu masak bubur. Kak cik suka makan buburkan. Makanlah sayang jangan buat ibu susah hati macam ni ya. Ibu tahu kak cik sedih tapi kak cik jangan la macam ni,sakitkan diri sendiri " " Tak pa bu, kak cik tak rasa lapar lagi nanti kak cik lapar kak cik makan eh " terus ku berpaling dari ibu. " Kak cik!! Abang Amy datang!! " jerit si Qalisha. Hatiku tiba-tiba berdegup kencang. Kenapa?? Kenapa dia datang lagi?? Puas aku mengelak diri dari berjumpa dia walaupun di tempat kerja. Segala urusan dia aku serahkan pada kak shiela. Berat kaki ku melangkah keluar. " awak nak apa? Kenapa datang cari saya lagi ? tak cukup lagi ke awak tipu saya selama ini? Apa lagi yang awak nak? Kalau awak nak kata maaf, saya dah maafkan awak. So baik awak balik je. Saya tak nak jumpa awak lagi " ada rasa sayu dalam nada suara ku. Sebenarnya aku rindu pada wajah itu. Ada sendu di mata itu. " awak saya minta maaf buat awak terluka. Saya dah cuba banyak kali nak cakap dengan awak tapi awak mengelak. Semua tugas saya awak bagi pada Shiela, bila petang saya balik awak dah balik rumah dulu. Awak saya dah tinggalkan dia. Saya nak awak..saya tak boleh hilang awak. Saya dah cuba. Bila dia tak ada saya rasa ok, tapi bila awak pergi saya rasa macam orang sasau. Please Ju, maafkan saya. Saya janji saya tak tinggalkan awak lagi" rayu Hilmi. " entahlah Hilmi hati saya masih sakit " aku terus masuk ke rumah, meninggalkan dia keseorangan. --- " Hello.." " Hoi!!kau ni memang tak faham bahasa ek. Jangan ganggu Hilmi lagi. Dia hak aku!!" " Eh! Apa masalah kau ek? Beri salam tak, tiba-tiba terus menjerit. Tak ada adab langsung kau ni ek.Eh Mira,aku tak ada cari dia tapi dia yang cari aku. Kau jagalah dia, kata hak kau" terus aku matikan panggilan. Sakitnya hati aku….rasa nak tampar je muka perempuan tu. Akhirnya sekali lagi aku menangis. Kenapalah ini semua berlaku. Aku mesti jumpa Hilmi petang ni. Masa berlalu, aku menati penuh debar. Aku takut hati aku tidak kuat berdepan dengan Hilmi. Aku masih sayang dia. " Hilmi, saya nak jumpa awak sekejap" panggil ku. Dia menghampiri ku dengan wajah yang tak bermaya. " Ya, ada apa awak nak jumpa saya?" hatiku tersentuh melihat keruh di wajahnya. Aku tahu dia sedih tapi hatiku lebih pedih. " Tadi Mira call saya. Dia minta saya jangan ganggu awak. Sebenarnya saya nak minta maaf sebab hadir dalam hubungan awak berdua. Bulat ada cakap yang awak memang selalu gaduh dan berbaik semula. Tapi sebab adanya saya hubungan awak bertambah keruh. Saya harap awak relakan saya pergi, tolong jauhkan diri dari saya. Hati saya dah tak mampu menerima luka lagi" setitik air mataku akhirnya jatuh di depan dia. Biarlah ia mengalir untuk terakhir kalinya. " Ju saya sayang awak. Saya tak nak kehilangan awak, saya dah tak boleh terima dia. Saya perlukan awak" " Tak Amy, awak tak perlukan saya. Amy awak tahu tak awak jahat sebab awak tak menyayangi Ju sebagaimana Ju sayang pada awak. Saya tahu hubungan kita baru berbanding awak dengan Mira, tapi awak tahu tak lamanya hubungan bukan penentu dalamnya kasih dan sayang. Lupakan saya " aku terus berlalu meninggalkan dia. Amy antara kau dan dia tak perlu ada aku.
Antara Kau dan Dia ada Aku Aku yang selalu buat kau tersenyum tika Dia melukakan Mu Aku yang selalu buat kau ketawa tika Dia menyakiti Mu Aku yang sanggup lakukan semua asal saja kau gembira Aku yang selalu memberi tetapi tidak pernah meminta Sayangnya…. Antara Kau dan Aku ada Dia Dia yang selalu melukakan aku tapi kau relakan Dia yang selalu menyakiti aku tapi kau biarkan Dia yang selalu membuat ku menangis tapi kau endahkan Dia yang selalu meminta tapi kau berikan Akhirnya… Antara kita Akulah yang mengalah Akulah yang berkorban Kerna antara Kau dan Dia tak perlu ada Aku.
Aku capai lastik getah yang elok Tok Da buat. Entah kenapa, tadi sebaik sahaja Tok Da dan Opah sampai, terus aku meluru ke arahnya, sebundut plastik oren penuh dengan getah bodoh aku hulurkan. Suruh buat lastik cicak. Aku tenang dua ekor cicak yang tengah seronok berasmaradana dekat atas syiling. Memekak je kerjanya. Cit..cit..cit..cit..cit..cit.. Bising! Hari ni, rumah aku penuh dengan sanak saudara dari merata negeri seluruh semenanjung. Bangga betul bila cucu pertama keluarga ni dapat melanjutkan pelajaran pergi luar negara. Rasa macam ada kenduri kahwin. Meriah semacam.
Tengah seronok melastik, Dek Wan datang mengendeng. Hishh..sibuk je. Tak boleh tengok orang senang. Lepas Dek Wan, Ijal, Aikal pula menyibuk. Minta getah bodoh. Nak join lastik cicak. Aku malas nak ambil pusing, terus je menghulurkan plastik oren berserta isinya sekali. Tak tunggu lama, aku dan Dek Wan menjalankan misi melastik cicak. Dua tiga ekor berjaya kami tumbangkan dengan sekali lastik sahaja. Jatuh berdebuk-debuk macam nangka busuk. Aikal, adik sepupu yang paling bongsu pula jadi pengikut aja. Mengutip cicak-cicak yang dah selamat tak bernafas tu ke dalam botol Spritzer yang kosong.
Mak dengan makcik-makcik sedara aku sibuk membebel. Dah besar tagun pun perangai macam kanak-kanak. Opah senyum je, kalau zaman Opah dah jadi mak budak dah. Seloroh Opah tu memang betul pun sebab setahu aku Opah kahwin waktu umur dia 13! Aku tersengih. Memang kalau ikutkan aku sorang je wanita dewasa yang main lastik-lastik cicak. Lepas tu tiba-tiba dapat pengikut-pengikut tak bertauliah, adik-adik sepupu aku yang semuanya hero-hero belaka dan masih disekolah rendah.
Waktu Aikal main kejar-kejar dengan Ijal, budak berdua tu tak pandang kiri kanan. Tanpa salam, terus redah punggung empuk lagi pejal milik aku. Yang pasti, lepas tu aku jatuh tertonggeng ke depan. Lastik melayang, cicak entah ke mana. Bila aku ketap gigi, sambil genggam penumbuk, mata terjegil macam pontianak. Budak berdua tu dah mula kecut perut. Baru je nak lepaskan cubitan ketam, mata aku terpandangkan sesuatu dijari manisku. Tinggal esok je.. Aku tak jadi mencubit. Melepaskan keluhan berat dan berlalu meninggalkan mereka.
Roaming Card
Harper Bazaar aku capai. Tak senonoh betul Britney tak berbaju. Dahlah perut bulat macam belon angin.Aku menggelengkan kepala. Lima belas magazine aku angkat sekali. Kerusi plastik aku tarik menggunakan kaki. Perlahan-lahan aku panjat. Harper Bazaar lama aku keluarkan. Yang baru aku sorongkan ke dalam rak. Tiga je aku capai dan campakkan ke atas meja kayu. Ija di bawah terkejut. Sambil mengurut-ngurut dada, makcik yang sorang tu mengomel macam mak nenek. Aku diatas ketawa terkekek-kekek. Belum sempat turun dari kerusi, Kak Non muncul. Dengan muka serius dan garang. Nama aku dipanggil.
Terkebil-kebil aku memandang assistant supervisor yang jarang tersenyum tu. Aku turun dari kerusi. Rasanya minggu ni aku tak ada lagi buat salah. Semenjak kena marah sebab pandai-pandai guna cash register, aku tak berani lagi nak tunjuk pandai. Dekat dengan kaunter pun aku tak berani. Lagi rela menjerit atau berlari berbatu-batu memanggil budak-budak yang lain. Kak Non jalan mendada. Lurus. Macam orang berkawat. Sampai dikaunter, dia merebahkan punggungnya ke atas kerusi manakala aku hanya mengendeng ditepian. Tak berani nak dekat-dekat.
"Kau pandai guna roaming card tak?." Kak Non mencapai beberapa keping kad dari dalam laci. Salah satu disuakannya tepat didepan mata aku. Roaming? Apa benda menatang tu? Aku geleng. Rasa bodoh sangat. Maklumlah, ini pertama kali aku bernafas sendiri lepas habis SPM. Kalau tak sebab kerja ni, mungkin aku masih lagi memerap bawah ketiak mak. Sampai hangit. Sampai masam kot. Kak Non hela nafas. "Ish..benda ni pun tak tahu. Macam kad telefonlah." Bangang! Aku tambah sendiri. Entah. Terasa ada aura setiap kali Kak Non hela nafas. Macam ada makian dalam tiap kata yang dia tuturkan.
Si Selekeh
Elok je lepas dia mengajar aku. Seorang jejaka selekeh menghampiri kami. Berambut panjang. Jambang memenuhi segenap ruang muka. Berkulit cerah dan mata sedikit sembab. Si selekeh ni nampak serabut. Sikit-sikit mengesat hidungnya. Matanya merah macam orang lepas menangis. Dia mengeluarkan wallet dari saku belakang jeansnya yang terlindung dibalik kemeja biru yang renyuk.
"Give me one roaming card please." Ehh..speaking? Wahh..selekeh-selekeh pun speaking. Aku menyatakan rasa kagum dengan melopong dan memandang dia.
Kak Non menyiku bila melihat aku dan dia berpandangan. Dia mungkin memandang hairan. Aku pula memandang kagum. Si selekeh yang speaking.
"Yes..yes sir. We got it." Dengan English yang tak berapa betul aku menghulurkan kad tersebut. Kak Non picit lengan aku. Aduhh..sakitlah! Si selekeh menggaru kepala. Eii..makin serabut pula tengok dia ni.
"Emm..I’m not used with this card.Can you teach me?." Aku mengangguk. Cepat-cepat aku capai kad itu dari tangannya. Kak Non memerhati. Dari tong sampah bawah kaunter, aku capai sekeping resit. Dibelakangnya aku tuliskan instruction yang Kak Non ajarkan. Malas nak berspeaking-speaking. Karang buatnya dia gelakkan aku macam mana. Lagipun dia bukan foreigner. Tengok muka, Melayu tulen! Selesai menulis, plastik yang membaluti kad itu aku koyakkan. Duit satu sen diatas keyboard aku capai, gores mana yang patut. Kemudian aku serahkan padanya. Si selekeh tersenyum tawar.
"Tiba-tiba tak rasa nak guna pula. Can I return it back?." Ahh..sudah. Dia ni gila ke? Aku dah koyakkan plastik. Gores-gores.Tiba-tiba nak pulangkan balik. Aku pandang Kak Non yang berada dibelakang. Kak Non menjegilkan biji mata macam drakula yang kelaparan. Kakinya menolak-nolak belakang aku.Aku keluar dari kaunter. Mendekati si selekeh yang boleh tahan wangi. Ehh..selekeh tapi wangi.
"Tak boleh Bang. Dah gores tak boleh return." Aku tolak balik kad itu pada dia.
"I didn’t feel want to call anyone." Nada suaranya merendah. Perlahan dan sayu.
"Abang malas nak picit-picit butang ek? Meh saya tolong." Tak tunggu lama. Aku terus bergerak keluar meninggalkan Kak Non. Tangan si selekeh yang tak tahu apa namanya aku tarik. Kalau Kak Non marah biarlah tapi tadi dia juga yang macam harimau nak telan orang. Customer buat hal je orang lain yang kena. Aku tekan public phone ikut arahan yang Kak Non kasi sementara si selekeh berdiri disebelah. Macam tugu Negara. Tapi yang ni tunggu Negara versi sayu. Malap. Bila operator minta masukkan nombor telefon, aku pandang dia. Mukanya masih seperti itu. Sedih. Sayu.
Kertas yang hampir renyuk digenggamnya aku capai. Sebaik sahaja selesai mendail. Suara seorang perempuan jelas kedengaran. "Dah.." Pendek sahaja ayat yang aku tuturkan tapi buat si selekeh tersentak. Tiba-tiba aku terdorong ke tepi dan dia cepat-cepat mencapai ganggang telefon. Aku tinggalkan dia begitu sahaja. Si selekeh yang wangi tapi pelik.
Perlanggaran Kenyal
Pagi tu sepatutnya Kim yang kerja. Kenapalah suka hati je minah tu mengabsentkan diri ek? Tapi bagus juga. Boleh aku buat OT lebih-lebih. Aku tersengih. Novel-novel Sophie Kinsella aku susun cantik-cantik. Confession of A Shopaholic aku tatap puas-puas. Dah lama berangan nak beli buku tu, tapi tak mampu-mampu. Cukup bulan ni nak belilah. Dah puas duduk menyusun, aku bangun dan berlari kedepan bila suara Abang Man supervisor rasmi bookworld kedengaran memanggil-manggil namaku. Aku terlopong. Lima buah kotak penuh dengan buku-buku baru elok bersusun didepan. Yeah..yeahh..hari ni tak payah susun buku! Aku menjerit keriangan dalam hati
Biasanya kalau ada buku-buku baru, maka secara automatik aku tak perlu menyusun buku. Dengan kepakaran IT peringkat amatur tapi cekap dan efisyen serta pantas, tugas mengkey-in semua buku-buku baru diserahkan pada aku oleh Abang Man. Tengok! Siapa sangka sebulan je kerja aku dah diberikan tanggungjawab ni. Setakat nak duduk dekat kaunter tu kira celah gigi je.Ewah..sungguh riak Syuhada. Dah pandai berlagak dengan Kak Non. Yang seronoknya, bila tak perlu susun buku dan duduk diofis sepanjang hari, aku rasa lega. Sebab? Tak perlu sakit hati tengok seksyen kanak-kanak yang selang lima minit dah hancur barai kena usik.
Aku tersenyum. Memandangkan Ija dan Hana tak masuk lagi. Maka tugas memikul semua kotak-kotak tu terpaksalah aku galas. Abang Man dah sah-sah dok cover kaunter. Kak Non? Cuti. Aku mencangkung. Angkut dua kotak sekaliguslah! Otak aku yang tak berapa betul memberikan cadangan tanpa melihat relevennya disini. Waktu angkat dua-dua kotak tu, aku rasa melayang-layang. Hilang imbangan! Dan tanpa sedar aku menghentam satu objek didepan yang tak kelihatan dek pandangan.
"Alamak! Maaf encik." Aku buat muka puyu.
"It’s okay." Jejaka itu bangun. Mengibas-ngibas seluar putihnya dan mencapai topinya. Eh, panggil topi ke?
Aku kalih wajah ke kaunter. Tersengih seayu mungkin ke arah abang Man. Jangan marah saya Abang Man, tak sengaja! Abang Man menggeleng-gelengkan kepalanya dan kembali melayan pelanggan.Fuhh..aku tarik nafas lega.
"Saya tak sengaja. Tak nampak. Kotak-kotak tu pula berat semacam. Macam angkat anak badak." Aku mengutip buku-buku yang bertaburan. Dia turut membantu. Tersenyum.
"Pernah angkat ke anak badak?." Jejaka itu tersengih menampakkan sebaris gigi yang putih. Macam iklan Darlie pula.
Aku garu kepala. Macam pernah tengok dia ni..tapi dimana ya??. Dia kemudian berdiri. Memakai kembali topi pilotnya. Sangat kacak! Mata tu…
"By the way, thanks sebab tolong saya hari tu." Dia mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Aku masih memeluk kotak. Termanggu. Tolong? Bila masa aku tolong dia?
Pilot dan Wan
Ingat lagi si selekeh? Rupa-rupanya pilot handsome yang aku terlanggar tu si selekeh. Patutlah waktu dia bangun ada satu bau wangi yang aku cam. Satu hari lepas balik kerja, tengah aku berdiri macam tiang bendera. Seseorang menghampiri. Baru je nak buka langkah silat cekak yang aku belajar waktu sekolah rendah dulu, dia dah surrender dulu. Siap angkat bendera putih. Yakni topi dia tu. Si selekeh ajak makan Mc Donald, dia belanja. Teringat pula cakap mak. Jangan pandai-pandai ikut orang yang tak kenal. Dari sekolah rendah sampai dah besar melangut ni, aku tak pernah tak dengar cakap mak Jadi bila si selekeh mengajak, cepat-cepat aku menggeleng. Macam budak kecil kena paksa makan sayur.Naik pelik orang tu bila aku menolak.
"Come on Syuhada. I nak belanja makan jek." Topi pilotnya ditanggalkan. Zip beg sandang warna hitam yang tertera lambang Mas ditariknya.
"Mana tahu nama saya Syuhada?." Aku pandang dia dengan muka hairan. Dia ni pilot ke ahli nujum?
"Adalah..kalau nak tahu jom pergi Mc D." Topi sudah selamat masuk ke dalam perut beg. Aku geleng lagi.
Dia garu kepala. Tiba-tiba dia tersenyum. "Ajak Kim sekalilah." Aku angkat muka. Kim? Mana dia kenal Kim? Haa..ni mesti Kim yang bagitahu ni.
"Tak yah ajak Wan.Kau tak cakap pun aku dah boleh dengar." Kim ketawa dan menepuk-nepuk bahu si selekeh yang namanya…Wan?
Hakimi Izzatie. Sekali pandang memang macam lelaki. Dua kali pandang baru boleh cam dia tu perempuan. Dahlah nama pun Hakimi..nasib baik ada Izzatie. Kim menarik tangan aku. Menggenggam erat dan dengan paksaan, tanpa rela, aku menapak bersama dua orang makhluk Tuhan yang tak bertamadun. Selamba kodok tarik-tarik orang. Nasib baiklah kau tu kawan aku Kim, kalau tidak….
Stewardess
Petang-petang macam ni, kalau dapat melanguk tepi padang memang best. Lagi-lagi bila dapat cuci mata. Uh..jangan salah tafsir. Aku mencuci mata dengan melihat kanak-kanak tabika,taska dan tadika bermain di playground. Seronok tengok keleteh diorang. Comel! Dah puas cuci mata, kunci motor aku tarik dari poket seluar. Motor kapcai Honda warna biru peninggalan arwah ayah aku hidupkan. Walaupun bunyi semput-semput tapi masih boleh berfungsi. Kira okeylah nak dibawa kemana-mana sebab setakat ni tak pernah lagi meragam.
Elok nak mendaki bukit tinggi dekat De Palma In, aku nampak sorang amoi diseberang jalan tengah sibuk meniup-niup enjin kereta. Tiup buat apa? Bagi sejuk? Aku memberhentikan motor ditepi jalan dan berlari ke arahnya.
"Hai,rosak ke?." Gadis itu tersenyum.Rambut panjang separas siku yang di diwarnakan blonde dan mata berwarna biru hasil penggunaan contact lense aku tatap. Sebenarnya, aku pun tak pandai sangat pasal kereta-kereta ni tapi sebab tengok dia sorang-sorang, rasa tak sampai hati biarkan.
"Aah..I pun tak tahu what’s wrong with my car tapi I dah call dah my bf. He’s on the way." Aku mengangguk laju. Hantamro je aku usik-usik enjin dia tapi usik jela. Tak pulas apa-apa pun. Sementara tunggu boyfriend dia, kitaorang pun duduklah berborak-borak.
"Kerja apa?." Mulut aku ramah-tamah bertanya.
"Stewardess." Wow..I can see that. Patutlah you ni bergaya habis!
"You?." Emily bertanya sambil mengelap peluh yang membasahi muka. Aku tunjuk jari ke arah dada sendiri.Kepalaku menunduk sedikit. Dia mengangguk.
"Kerja biasa je.Kedai buku. Sementara nak masuk U." Aku sengih tapi kemudian sengihanku mati bila Wan muncul dibelakang Emily. Izwan. Si selekeh. Izwan. Pilot handsome.
Part-Time Girlfriend
Kim tolak bahu aku sebaik sahaja kelihatan Izwan dimuka pintu Bookworld. Aku menoleh sebentar, kemudian kembali menyusun. Rasa rela lagi menghadap buku-buku bahasa daripada menghadap muka Izwan. Entahlah, sejak peristiwa terserempak dengan Emily dan dia. Rasa semacam. Kalau dia dah ada makwe, nak buat apa baik dengan aku? Ishh..konpius! Entah-entah dia tak ada apa-apa niat pun, yang kau ni dah kenapa Syuhada? Aku tersenyum sendirian. Lepas tarik nafas dalam-dalam, aku bergerak perlahan, menyeret kaki dilantai dan menghampiri Izwan.
"Apsal kaki tu seret macam siput sedut?." Wajah Wan yang dah dekat dua minggu aku tak nampak aku tatap.
"Saje.." Tangan kananku sibuk mencapai Sudoku diatas rak kecil di bucu dinding.
"Hm..rindu.." Erkk?? Ewah..suka hati je nak rindu-rindu orang. Jauh sikit ye encik pakwe orang!
"Free tak? Lepas kerja jumpa Wan dekat Eden." Aku angguk perlahan. Rasanya sejak kenal Wan, satu KLIA aku dah pusing. Semua fast-food outlet aku dah jenguk. Eden, Coffe Bean, Kfc, Mc Donald, Asian Kitchen, Burger King sebut je..semuanya aku dah pernah jejak. Food garden je mamat tu tak pernah bawak. Tak ada kelas kot. Padahal itulah tempat aku dok tapau lauk hari-hari. Itupun satu lauk je cecah RM5! Aku ketap bibir. Tersenyum semanis mungkin.
"Saya habis kerja pukul 5.30." Giliran Izwan mengangguk. Serentak dengan itu si selekeh tu sarungkan topi dia atas kepala aku. Tersenyum dan mencubit pipi. Mesra. Izwan bersiul kecil dan hilang dalam kerumuman orang ramai. Meninggalkan aku sendirian. Yang masih tak percaya. Mimpi ke? Aku raba pipi. Masih terasa panas. Aku tersengih kemudian masuk ke dalam.
"Jadi gf saya." Izwan pandang mata aku dalam-dalam. Tiba-tiba aku rasa dunia aku berputar tiga ratus enam puluh darjah. Adrenalin bergerak laju. Jantung terus diserang Arrhythmic.
"Haa??Emily tuh??." Izwan sengih. "Ex..she’s my ex. Sebab tu saya suruh awak jadi gf saya. My part-time gf." Cup kertas berisi Ice Lemon Tea ditariknya kesisi. Perlahan-lahan dia menyedut. Khusyuk. Macam sedap sangat jek. Aku cebik lidah sorang-sorang. Kemudian tarik nafas. Part-time gf???
Bakal Menantu
Mama Izwan tersentak. Aku lagilah tersentak. Emily kat sebelah Datin sorang tu tersedu-sedu menahan tangis. Ehh..ni dah lebih dari kontrak ni.. sejak bila aku ada bagi agreement nak jadi bakal menantu Datin Norlia?? Aku mengerutkan muka. Dah tak selesa duduk. Cepat-cepat aku berdiri sebelah Izwan. Kang tak pasal-pasal kena flying kick. Izwan tarik aku ke belakang. Mengenyitkan mata. Aku sepak kaki dia. Dia mengaduh. Dah hilang hormon kewarasan gamaknya. Suka suki je dia cakap dekat mama dia yang dia nak kahwin dengan aku.
"Tell me that’s not true." Emily teresak-esak lagi. Rasa nak habis satu kotak tisu dikerjakannya.
"For God’s sake, cakaplah Wan main-main. Apa ni Wan??." Datin Norlia terduduk. Emily disebelah ditenangkannya.
"Dahlah tu..tak payahlah Mama pujuk Emily tu. I’m over her!." Izwan tarik aku keluar dari rumah. Tiba-tiba terasa ada cop mohor besar melekat kat dahi ‘Si Pengacau Bilau Keadaan’.
Masuk je dalam kereta. Aku diam. Tak berani nak cakap apa-apa. Izwan kelihatan fokus memandu. Aku lontarkan pandangan ke luar jalan. Melihat pokok-pokok renek yang teratur kemas. Ada Lantana ungu kegemaran. Suka Lantana. Bunganya macam lego. Kecil dan comel. Jemu memandang ke luar, aku alihkan muka ke kanan. Kembali melihat si selekeh yang kelihatan mahu menjalani transformasi ke arah si serabut.Aku menguap kecil.
"Mengantuk..nak tidur.Dah sampai kang kejut." Aku memberikan arahan ringkas. Membenamkan kepala dan perlahan-lahan memejamkan mata. Tak tahulah Izwan tu dengar atau tak tapi yang pasti mata ni dah tak larat nak tampung kadar kengantukan yang semakin menggunung ni.
Entah bila aku terlelap..mungkin.. saat Izwan belai perlahan rambut hitamku.
Sejarah Hidup Izwan
Kata Kim, Izwan terlalu sayangkan Emily. Sebab Emily juga dia jadi serabut. Ohh..patutlah pertama kali jumpa dia..sungguh selekeh! Macam orang yang dah berabad tak mandi..eh tak mandi?? Tak..tak..tukar. Macam orang yang dah berabad tak trim rambut. Hishh..baik tak payah sayang kalau dengan sayang orang dia jadi serabut. Kim tepuk tempurung kepala aku.Rasa bodoh sekejap lepas kena hentak. Kim kata Emily tinggalkan Izwan sebab seorang mamat Perancis. Puas dipujuk suruh balik Malaysia, tapi Emily tetap degil. Berbulan-bulan hidup Izwan tak terurus. Asyik terkenangkan Emily je. Emily itu..emily ini.Eh..kejap..apasal Kim terer sangat pasal sejarah hidup Izwan???
"Aku kenal dia pasal kakak aku stewardesslah.."
Oooo..aku membulatkan mulut sambil mengangguk-angguk macam burung belatuk.
"Izwan dengan Emily tu hot couple.Sorang pilot sorang stewardess."
Oooo..aku angguk lagi. Kali ni siap tersengih. Emily memang lawa apa.Tak mustahiller gossip hangat boleh tersebar meluas.
"Dah tu??." Aku pandang Kim. Kim pula toleh ke arah aku. Mulut dia sibuk meniup-niup Nescafe panas dari cup polisterene.
"Dah tu..sekarang ni Izwan dah malas nak layan dia dah. Izwan kata dia tak ada hati dah."
Tak ada hati?? Eleh..kalau tak ada hati pasal apa dia amek aku buat jadi part-time gf?? Bukan sebab nak buat Emily jealous??
Aku garu kepala. Mula atur langkah ke rak magazine. Ada sesuatu yang perlu Izwan jelaskan pada aku.
Food Garden
Pernah datang ke KLIA? Kalau naik lif sampai ke tingkat dua bawah satu aras dari tempat perlepasan, ada satu food court yang namanya Food Garden. Kalau kerja,selalunya aku dengan Kim suka tapau lauk dari sini je. Harga boleh tahan mahallah tapi kalau tunjuk id boleh dapat diskaun. Berapa percent aku sendiri tak sure. Jimat lagi kalau beli nasi lemak kat tepi jalan sebelah bus stop, baru seringgit setengah. Siap ada telur goreng lagi.Kalau tengah-tengah bulan atau rasa nak berdiet, selalunya aku singgah Deraman je, sambar dua bungkus sandwich hi-five dengan satu kotak air green tea yeos. Petang tu, aku bawa Izwan ke situ. Di Food Garden. Privasi lebih sikit sebab aku sure krew-krew kapal terbang yang berkaliber tak layan punya nak singgah situ. Kurang sikit gosip murahan.
Izwan menatang satu dulang penuh. Ada muffin, chicken sandwich, hot chocolate. Kecur liur tengok semuanya. Elok je dia melabuhkan punggung, disuanya dulang tu ke arah aku. Aku capai hot chocolate, selebihnya aku tolak balik ke arah dia.Izwan alihkan muffin dari dulang. Ditolaknya kembali ke arah aku, keningnya diangkat tanda menyuruh aku mengambil. Aku angguk. Perlahan bibir menutur. "Thanks." Macam tau-tau je aku memang terliur tengok chicken sandwich tu. Muffin tak layan. Manis sangat! Kalau selalu makan gerenti kena diabetis mellitus.
Tujuan sebenar aku ajak Wan ke situ bukan nak mencekik. Jadi, sebaik sahaja sedar kembali akan matlamat asal, aku cepat-cepat makan. Lepas tu coklat panas tu aku hirup sepantas mungkin sampai lupa betapa panasnya air tu waktu cecah permukaan lidah aku. Serius..mesti melecur sebab lepas tu aku rasa deria rasa aku hilang. Kebas. Pedihnya lidah. Wan ketawa. Seronok agaknya tengok aku terkinja-kinja macam beruk tertelan cabai burung. Kurang asam. Aku mencebik. Rasanya sejak kenal Wan, habit mencebik semakin menjadi-jadi.
"Kenapalah gelojoh sangat ni??." Wan senyum sambil tangannya ringan je mencapai tisu. Disuanya ke arah aku.
"Haa?? Takdelah." Aku cepat-cepat membuat penafian.
"Tak nak mengaku?." Aku geleng. Banyak kali geleng. Wan ketawa. Degil betul.
"Ni..nak tanya something, tapi Wan kena jawab. Janji jawab okey?." Aku memandang tepat ke arah anak mata Izwan.
"Hm..tanyalah." Izwan tersenyum lagi. Manisnya..rasa nak cubit-cubit. Wahai Encik Izwan, tahukah anda sesungguhnya saat ini saya sedang jatuh cinta dengan senyuman anda?
Aku hulur jari kelingking. Suruh dia berjanji. Janji jawab. Jawab okey?
Izwan hulurkan juga jari kelingking. Macam kanak-kanak rebena berjanji bila jari kelingking kami bertaut.
"Kenapa suruh saya jadi part-time gf?." Aku pandang tak berkedip. Jantung berdegup-degup laju.
"Sebab…"
"Sebab…."
Aishh..mamat ni… Apsal jawab tembel-tembel ni?? Rasa nak..nak…errr..tak ada apa-apa. Lupakan niat itu Syuhada…
"Saje.." Izwan tersengih. Aiii..pantang tok nenek aku orang buat-buat saspen lepas tu jawab macam hampeh. Aaaaa..nak mengamuk! Tolong..high blood pressure..high blood pressure..
Petang tu, teruk Izwan aku kerjakan. Maaf, tak boleh cerita detail. Terlalu sulit untuk diceritakan.Kalau nak tahu, pergi tanya Izwan sendiri.
Terbang Ke Langit
Sesungguhnya dari Kim, aku dah faham tujuan sebenar Izwan suruh aku menyamar jadi girlfriend dia. Rasa menyesal pula pasal..pasal..hempuk dia dengan tray dek kerana terlalu geram.Siapa suruh dia main-main? Penat aku buat muka super serius, dia boleh buat lawak bangang. Nama je dah dua puluh enam,tapi perangai kalah kanak-kanak riang. Ke aku yang kanak-kanak riang? Sepotong ayat dari Kim buat aku ternganga. Tak tahulah betul ke atau tak. Wallahualambissawab.
"Dia suruh sebab nak buat Emily stop ganggu dia.Kalau buat depan Mama dia baru Emily tu percaya sebab Wan tak pernah bawak girl lain selain Emily."
Wan ni baik betul dengan Kim..semuanya cerita suruh bagitahu aku. Bagitahu sendiri tak boleh ek?
"Dia suruh aku bagitahu ni pun sebab dia takut dengan kau. Kau buat apa dengan dia ek?" Erkk..Kim boleh baca otak aku?? Hebat!
Aku tersengih-sengih. Kalau Kim tahu apa aku buat dekat Wan, mesti minah tu amuk.
"Tak ada apa-apa." Bohong sunat!
"Dia ada cakap kat aku, pasal dia terlepas cakap nak kahwin dengan kau tu unexpected, tiba-tiba je mulut dia tercakap."
Tercakap?? Releven ke tercakap?? Dia saja je nak kenakan aku tu. Baik-baik dia bukannya betul sangat. Sengal!
"Tapi dia ada cakap lagi..kalau betul pun apa salahnya."
Ayat terakhir Kim buat aku terbang ke langit ketujuh. Wan nak kahwin dengan aku?? Seminggu aku angau.Tersengih macam kerang busuk.
Terakhir Kali
Esok hari last, hari terakhir aku di Bookworld. Mak redha aku dapat belajar dekat Aussie. Program preparation pun buat dekat sana. Bagus juga, dapat aku merasa pergi negara orang. Jauh berjalan luas pemandangan. Jauh berjalan seronoknya haii. Pasal Izwan, sekejap je mamat tu takut dengan aku. Tak sampai seminggu dia kembali mengendeng di depan pintu. Tersenyum. Sejak Izwan berterus terang dan bawa aku jumpa mama dia balik. Rasa tenang. Datin Norlia pun tak marah dah. Cuma bengang sikit sebab anak dia pandai-pandai buat lawak cimpanzzi. Dato’ Khaizan sporting pula. Suka buat lawak. Rasanya aku dah tahu dari mana turunnya genetik tersenyum dan tersengih selalu tu kalau tak dari ayah dia.
Tengah makan tengah hari, Dato’ Khaizan mencelah.
"Abah tak kisah kalau Wan nak kahwin dengan Syuhada tapi make sure cita-cita tu capai dulu." Erk..tersedak!! Bila masa aku nak kahwin dengan dia??
Izwan dikiri tersengih-sengih. Aku siku bahu dia. Buat lawak bangang apa dia ni?? Takkan dia tak explain yang aku ni masuk universiti pun belum lagi? Lagipun, bila masa aku dengan dia bercinta ni??
"Wan takkan kacau dia punya Abah. Don’t worry." Aku tarik nafas lega. Bila aku hela nafas, aku rasa ada mata memerhati. Aku toleh. Err..Datin Norlia? Apsal khusyuk tengok muka saya? Comel ke?
"Emm..Mama pun rasa okey je tapi macam kata abahlah.. tunggulah Syuhada ni dah besar sikit."
Haa??Besar?? Saya ni tak cukup tumbesaran ke?? Izwan tersenyum. Menggelengkan kepala. Aku cuma tersenyum simpul. Tak faham betul mak bapak dia ni. Dah terangkan yang aku ni girlfriend acah pun still cakap pasal kahwin. Konpiuss arr…
Balik dari rumah dia, aku senyap. Malas nak cakap apa-apa. Banyak lagi benda lain aku nak fikir,passport,visa,barang-barang nak pack, nak beli barang lagi.
Aku bagi isyarat dekat Ija tanda aku keluar sebentar.
"Jumpa after kerja. Dekat gate five." Aku angguk tanpa sempat cakap apa-apa.
Tepat 9.35p.m, aku habis kerja, bila aku melangkah melepasi jalan ke gate 5. Dari seberang jalan, aku lihat Izwan lengkap dengan uniform putihnya, ditangan kanannya sejambak ros putih dipegang kemas. Dia tersenyum manis. Bila aku selesai melintas, dia tarik aku ketepi, betul-betul dekat tiang menghadap terminal bas. Mamat ni dah kenapa?? Tengah-tengah KLIA pulak tu.
"Syuhada..Wan tak tahu nak cakap macam mana..tapi.."
"Tapi? Ni ros untuk siapa?." Jari telunjuk aku tepat aku sua ke arah ros putih yang tersusun tu. Cantik.
"Untuk awaklah." Mata aku bersinar terang. First time dapat bungalah katakan. Terus hati kembang-kembang. Tak tunggu lama. Terus aku sambar bunga dari dakapan Wan. Belek kiri, belek kanan, lepas tu cium. Wanginyaaa..
Tak sedar bila, jari manis aku dicapainya. Sedar-sedar je, Izwan masukkan sebentuk cincin emas putih, kemudian ditolaknya perlahan sampai ke pangkal jari. Elok je muat. Aku terkesima. Mimpi ke? Aku tepuk pipi kiri, lepas tu kanan.
"Awak tak mimpilah cik Syuhada oii.." Jari jemari aku dicapainya.
"Hm..nasib baik fit.Ingatkan tak muat tadi. Maklumlah Syuhada montel orangnya." Dia ketawa. Sengal! Sempat mengutuk lagi.
"Cincin apa ni??." Aku buat-buat bodoh. Memang pun kena buat bodoh. Aku nak pergi Australialah!! Bukan nak pergi kahwin! Even dalam hati suka..
"Cincin kahwin." Izwan sengih. Lepas tu ditariknya pipi aku.
"Bila masa saya nak kahwin dengan awak?." Aku buat muka toya.
"Lima tahun dari sekarang. Simpanlah..Wan tunggu. Kalau Syuhada tak nak terima, nanti dah sampai Aussie pos balik dekat Wan okey."
Izwan berlalu meninggalkan aku, cincin dan ros putih.
Epilog
Benci betul orang datang lambat ni, rasanya waktu ni juga aku nak lari masuk dalam. Lepas tu ambil spray air, sembur muka. Biar cair semua mekap-mekap ni. Biar basah songket putih cream ni tapi dek kerana kesian tengok kakak-kakak sepupu yang beria-ia tolong kipas, ambilkan air, tolong touch up mana yang patut, terus batalkan niat tu. Maka duduklah aku kembali. Menunggu dalam bilik pengantin yang serba putih. Nasib baik mak taruk aircond dua minggu lepas, kata mak senang sikit, tak adalah Adah cair dalam bilik nanti. Dah dekat berpuluh-puluh orang berpusu-pusu masuk. Sikit-sikit nak tengok pengantin.Macamlah aku ni patung display.
Tadi katanya kereta rosak, ish..boleh pula nak rosak waktu ni. Kenapa tak cek awal-awal?? Dahlah aku tak suka berselaput dengan mekap.Rimas! Aku menguap kecil. Kerling jam ditangan kiri. Dah mengantuk ni. Aku pejamkan mata. Entah bila aku tertidur. Sedar-sedar je, ada orang mencuit pipi, aku tepis. Lepas cuit pipi, cuit telinga. Aku tepis lagi. Monyet! Orang nak tidurlahhh…Bengang diganggu, aku buka mata. Suasana lengang. Yang tinggal cuma aku, bilik pengantin serba putih serta desiran kipas. Aku pandang kiri, tak ada orang. Pandang kanan, tak ada orang juga. Eh..mana diorang ni??
Tiba-tiba suasana jadi gelap gelita. Mata aku ditutup kemas. Siapa pula buat april fool ni?? Aku tolak tangan kasar yang elok melekap pada mata tadi. Perlahan-lahan aku dapat lihat sinar cahaya kembali. Wan tersenyum ke arah aku. Ada sekuntum ros putih ditangan. Eh..dah sampai rupanya mamat ni. Aku tersenyum. Mencapai ros yang diberinya. Tanjak diatas kepalanya aku alihkan. Wan jatuhkan kepalanya diriba. Aku elus perlahan rambut hitam pekatnya. Harum..
"Wan sayang Adah." Tutur Izwan perlahan. Air matanya tumpah. Terasa hangat jatuh diriba. Aku angkat kepalanya. Wan menangis?? Air matanya aku seka perlahan.
Aku tersentak dari tidur bila badan aku digoncang hebat. Baju songket putih yang aku peluk bersama ketika tidur renyuk. Di lantai, barang-barang hantaran elok tersusun kemas. Tinggal lima hari lagi sebelum aku diijabkabulkan dengan Izwan.
"Ada call." Mak cemas. "Katanya pasal Izwan."
Sebaik sahaja mendengar nama Izwan, aku berlari keluar. Jantungku berdegup pantas saat cuping telingaku mendengar esakan kecil dari corong telefon. Mama!
"Adah…" Senyap. Hanya esak tangisnya kedengaran.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Wajah Izwan menangis terbayang jelas dimata.
"Izwan dah tak ada! Flight latihan yang di bawa dia terhempas."
Ya ALLAH! Saat itu..aku rasa separuh dari nyawa aku meninggalkan jasad. Kakiku longlai dan aku terjelepuk jatuh ke lantai. Air mata luruh membasahi pipi dan aku teresak-esak. Segala kenangan lima tahun lalu berputar diingatan. Waktu Izwan menghantar aku di airport dan aku berpura-pura memulangkan kembali kotak cincinnya. Sebaik tiba di Aussie, aku segera menelefon Izwan, Izwan dengan nada kecewa menjawab tapi sebaik sahaja dia membuka kotak kosong itu sementara aku di Aussie membelek cincin tersebut, dia menjerit girang.
Lima tahun yang menduga kami..lima tahun..dan kini dalam tempoh lima hari… Izwan pergi menyahut seruan ilahi. Perlahan-lahan aku renung cincin putih yang tak pernah aku tanggalkan dari saat Izwan sarungkan ke jari manis ini…
Kadang-kadang aku rasa hidup ni sebenarnya pentas ujian yang paling mencabar sekali. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu perhubungan, tak lengkap rasanya kalau tak pernah berlaku salah faham dan wujud perselisihan faham dan pergaduhan di dalamnya. Mungkin cuma datang dari salah satu pihak. Tapi kesannya? Dua-dua yang akan rasa. Dan sudah tentunya hati ini yang akan paling merana. Sebabnya? Hati ini terlalu sensitif dan mudah terasa. Mungkin kerana perkara yang tak sebesar mana pun aku mampu menangis. Cuma dengan menangis dapat meredakan apa yang terbuku di hatiku ini…
Kadang-kadang aku rasa aku nak menangis sampailah airmata ini habis. Tapi, selalunya aku sebagai perempuan yang kecewa. Sebab sekerap mana pun aku menangis, aku tahu yang airmata ini takkan pernah habis. Takkan pernah kering. Itulah sebabnya aku akan terus menangis. Mungkin sampai rasa sedih dalam hati aku habis.
Kenapa terlalu mudah hati ini disakiti dan terlalu mudah juga dipujuk kembali. Kenapa mudah benar kemaafan itu aku berikan pada dia setelah terlalu banyak airmata ini tumpah hanya kerana perlakuan dan kata-kata dia?
Entahlah. Kadang-kadang aku rasa kesensitifan ini memudaratkan diri aku sendiri. Bukan aku tak cuba nak mengubah. Tapi, apa pun caranya, aku percaya yang aku takkan mampu mengubahnya 100%. Melainkan ada sokongan yang boleh membuatkan aku berubah secara perlahan-lahan. Waktu itu nanti aku pasti aku akan mampu mengatasi kesensitifan yang ada dalam diri aku.
Aku kira-kira dengan jari, belum terlalu lama usia perhubungan aku dengan dia. Belum pun mencecah 2 tahun. Baru jerk 1 tahun lebih. Tapi, dalam jangka waktu itu, macam-macam perkara yang dah pun berlaku. Mungkin hidup aku selama 1 tahun lebih kebelakangan ni boleh diibaratkan macam laut. Kadang-kadang bergelora, kadang-kadang tenang. Kadang-kadang ada pasangnya, kadang-kadang pula surutnya.
Sebenarnya, tak banyak yang aku harapkan dalam perhubungan ni. Aku cuma harap aku boleh jadi yang terbaik untuk dia. Dan aku juga mengharapkan dia boleh jadi terbaik buat diriku. Aku tak minta pun dia agungkan aku macam sesetengah orang .Cuma apa yang aku nak ialah dia dapat membimbing aku dunia dan akhirat,sayangkan aku sepenuh hatinya dan yang penting sekali dia ikhlas dalam perhubungan ini..
Tapi, kadang-kadang mungkin tindakan aku membuatkan dia marah. Dalam detik waktu yang aku tak sedar, aku mendatangkan kekesalan dalam hati dia. Dalam erti kata lain, dia kecewa dengan sikap dan tindakan aku. Aku tak boleh terima tindakan aku sendiri bila aku tahu yang dia tak setuju dengan tindakan itu. Tapi, tak ada apa yang boleh dilakukan sebab semuanya dah pun berlaku. Masa lalu yang tak dapat nak diundurkan lagi.Salah ke Cuma aku ingin dia berubah???kenapa dia tidak faham maksudku,aku buat semua ne demi kebaikkan dia juga,apa-apa pun aku tetap ingin tengok dia berubah suatu hari nanti,Cuma aku tak tahu bila dan bila dia akan berubah…. Nampak nya harapan dan impian ku selama ini hanya sia-sia saja.
Sedalam mana pun kesakitan yang dia bawa dalam hati aku, aku tahu yang aku tak boleh berpatah balik lagi. Hati ini dah terlalu sayangkan dia. Dia takkan pernah tahu itu semua. Sebab aku tak tahu cara yang bagaimana boleh aku nyatakan dengan perkataan rasa sayang dan hormat aku pada dia.
Aku tahu dia marah. Aku tahu hatinya tersentuh. Aku tahu dia kecewa. Tapi aku tak tahu nak buat macam mana. Sebab bukan aku lakukannya dengan sengaja. Cuma aku nak dia berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dalam segala hal..sampai bila nak terus enjoy.Itu jerk yang aku nak dalam diri dia.mungkin dia tidak suka orang lain mengubah dirinya walaupun aku,family dia dan kawan-kawan dia kecuali diri dia sendiri yang dapat mengubah dirinya .Apa-apa pun aku dah meluahkan apa yang aku nak dari dia..
Sejak itu perhubungan kami macam sudah tiada makna lagi.Sejak dari itu dia lansung tak call or meseg.kalau aku hantar meseg kadang-kadang jerk dia balas.aku terima dengan hati yang terbuka walaupun hati ini sakit.Cuma tuhan jerk yang tahu.
Dalam masa tu aku ambik keputusan supaya ia dapat melepaskan aku…tapi dia tak nak melafaskan sebaliknya ia menyuruh aku pula.sekarang ne aku tak kan melafaskan kata putus dengan dia kecuali dia..masa aku suruh dia melafaskan kata putus kita orang gaduh besar sampai dia maki aku..macam2 dia kata kat aku bodoh la…perempuan tak guna la..pergi mampus la..air mata ne mengalir lagi..
Aku sentiasa percaya yang hidup ini sebenarnya indah. Sentiasa indah.
Buktinya?
Setiap daripada kita akan meneruskan juga kehidupan ini setelah bermacam perkara berlaku, ditempuhi dan mungkin menimpa diri.
Adakah kita tidak pernah serik?
Kita bukan tak serik sebenarnya. Kita cuma diberi peluang untuk menghayati kehidupan ini. Kita tiada pilihan selain menempuh hari depan berbekalkan pengalaman yang kita genggam hari ini. Kita selalu menilik apa yang ada dalam genggaman kita hari ini. Kita belek seolah tak mahu berpaling ke belakang lagi. Tapi tiba-tiba, entah bagaimana genggaman jemari itu dengan sendirinya terlerai atau termati. Lantas, segala apa yang terlekat di genggaman berterbangan dan hilang entah ke mana. Untuk mencapai kembali apa yang kita telah pernah punyai bukan mudah sebenarnya.
Tak banyak bezanya dengan hidup ini.
Semata-mata tak mahu apa yang ada di dalam genggaman itu tadi hilang dirampas atau dicuri, kita lari. Lari semahunya. Hinggakan langkah diri sendiri pun tak termampu dihitung lagi. Kenapa kita sebenarnya? Adakah kita tamak. Tak mahu sama-sama berkongsi bekalan yang kita punya pada jasad-jasad di luar sana? Adakah kita sering iri pada diri yang kita lihat senyum dan tawanya sering sahaja bertukar ganti?
Dulu, seseorang pernah bertanyakan aku sesuatu. Katanya; adakah aku bahagia?
Aku katakan padanya; tiada siapa pun di dunia ini yang layak mengatakan diri mereka bahagia sebenarnya. Buktinya? Orang yang paling bahagia pun tak selalu dapat memiliki hal-hal yang terbaik secara percuma. Mereka sebenarnya hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidup mereka.
Di depan dia, aku takut untuk mengatakan diri aku sedang bahagia. Sebab aku takut tak mampu melampiaskan sama bahagia itu pada dirinya. Apa yang aku buat, aku cuba lari. Lari dari menjawab soalan yang sama andainya satu hari nanti dia bakal mengungkit persoalan yang sama lagi. Tapi, larian itu tak membawa aku ke mana-mana. Aku masih tetap ada di situ juga. Sebab aku tak yakin dengan langkah yang aku aturkan. Sebab stamina yang terkumpul tak membolehkan aku membawa diri ini ke mana-mana. Pada dasarnya aku lari. Hakikatnya jasad aku masih tetap terpacak di sini. Di atas bumi.
Lebih kurang 2 minggu lepas, dia bertanyakan soalan itu. Dan semalam, soalan yang sama lagi menerjah ruang dan suasana malam yang sepi dan sunyi. Tapi, kali ini aku nekad tak mahu berlari lagi. Aku mahu tetap di sini. Mengharungi liku-liku hidup ini selagi ada daya dalam diri.
Sememangnya fitrah manusia dijadikan berpasangan. Diciptakan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi tuntutan hati dan nurani. Diberikan akal fikiran agar dapat menilai setiap satu buruk baiknya perbuatan. Dianugerahkan kasih sayang dalam hati mereka agar dengannya dapat mereka saling berkasih-kasihan dan mewujudkan permuafakatan, seterusnya membentuk hidup yang menjadikan syariat sebagai landasan. Semuanya hanya cara. Cara dan kaedah yang setiap satunya punya banyak pilihan untuk diaplikasi. Yang relevan dan tidak bercanggah dengan hukum dituruti. Yang mendatangkan mudarat dan kerosakan iman dan hati dijauhi. Itu secara teorinya. Praktikaliti, tepuk dada, tanya diri sendiri.
Dan tak salah juga rasanya andai aku berpendapat kasih sayang itu banyak punca dan asal kejadiannya. Bukan aku menolak fitrah. Jauh sekali menyalahkan sang empunya diri, andainya disebabkan usia perkenalan ini, tiba-tiba saja suatu hari dia menyatakan bahawa dia ingin menganggap ikatan persahabatan yang selama ini hanya kawan, mungkin menjadi lebih dari hanya sekadar apa yang telah pun termetri selama ini.
Disebabkan tak mahu bermain kejar-kejar lagi, aku seharusnya berani. Berani menyatakan pendirian diri. Tak keterlaluan rasanya bicara ini. Sebab aku tak mahu menanggung lebih banyak risiko di kemudian hari. Segala yang berlaku tanpa sedar, seharusnya kita sedari titik akhir menyelesaikannya. Bukan membiarkannya melarat begitu saja. Sebab aku tahu masalah umpama bayang-bayang. Jadi pendamping setia diri pada waktu malam hari. Selagi ada cahaya, selagi itulah jasad sebenar tak mampu melarikan diri.
Doa yang sering tak putus dari dalam diri, semoga dirinya mampu menerima hakikat hidup ini dengan rasa lapang hati. Dan seandainya satu hari nanti, segala yang tersirat telah jadi tersurat, harapnya dia akan lebih tabah menghadapi tanpa ada rasa dendam disimpan jauh di dalam hati. Optimislah, kerana setiap yang berlaku pastinya bersebab. Maaf beribu maaf aku pohonkan. Sebabnya hati ini cuma satu. Seandainya ada banyak, pastinya telah aku agih-agihkan, beri kepada semua yang ingin merasa kasih sayang yang ada di dalamnya.
" ...hanya diperlukan waktu SEMINIT untuk menafsir seseorang, SEJAM untuk menyukai seseorang & SEHARI untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu SEUMUR HIDUP untuk melupakan seseorang."
maafkan aku sekali lagi. Doaku semoga abg am akan temui gadis yang lebih baik.
"Alamak! Dia sudah datang!!! Dia sudah sampai!!! Macam mana aku nak buat sekarang ni? Tak pe shira... tak pe.... cool........." Aku berkata sendirian. Aku masih lagi tidak berganjak dari tempat aku berdiri sekarang. Kedua-dua pintu lif masih belum terbuka lagi walaupun sudah ramai yang menanti. Sudah lama aku berdiri di sini. Bangunan tempat aku berkhidmat selama hampir 2 tahun. Kebiasaannya dia akan datang pada pukul 8.45 pagi. Aku pula seperti biasa akan muncul di pejabat pada pukul 8.30 pagi sekiranya tidak mengambil sarapan di rumah. Pejabat kami mula beroperasi pada jam 9.00 pagi. Aku melihat jam di tangan. 8.50 pagi. Ini bermakna hampir dua puluh minit aku berdiri di sini tetapi aku menyembunyikan diri di belakang tiang. Sengaja aku berbuat demikian. Ini semua semata-mata untuk menunggu lelaki pujaan aku datang. Berbunga-bunga rasanya perasaan aku ketika ini. Dia sudah semakin menghampiri. Aku berjalan keluar dari tempat persembunyianku dan berjalan ke arah pintu lif. Terus tercegat di sana. Aku tidak menghiraukan kedatangannya. Buat muka selamba sahaja seakan-akan tidak menyedari kedatangannya yang semakin hampir. Akhirnya dia sudahpun berdiri di belakangku. Kebetulan pintu lif terbuka kedua-duanya. Dengan langkah ayu nan sopan persis perempuan melayu terakhir aku melangkah masuk ke dalam perut lif. Semasa dia berjalan masuk, sempat dia lemparkan senyuman menggodanya pada aku. Alamak! Cair jantung aku. Mujur tidak bertaburan di lantai. Hehhehe….. "Engkau ni kenapa, shira? Aku tengok sopan semacam je. Dah buang tabiat ke? Atau kau demam hari ni? " Alamak! Dia tegur aku la. Hihihihi…. Sukanya!!!!!!!! "La… Kenapa? Ikut suka aku la aku nak sopan ke tak... yang engkau nak sibuk kenapa?" Sengaja aku bersuara sebegitu. Aku menarik muka. Tetapi hanya tarik-tarik manja, tarik-tarik ayu la. Rasa seperti terserlah kegatalanku. Dalam hati aku ketawa seperti hendak pecah perut. Konon marah tapi sebenarnya control ayu. Aku bekerja di tingkat 5 manakala dia pula bekerja di tingkat 7. Walaupun kami berlainan tingkat, tetapi kami masih lagi di bawah satu syarikat yang sama. Si dia merupakan kawan yang telah lama aku kenali dan dia tidak tahu bahawa aku telah lama menyukainya. Dia hanya menganggap aku sebagai kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Aku sahaja yang menganggapnya lebih daripada seorang kawan. Seorang yang aku sayang. Ini semua tidak menjadi masalah bagiku. Biar aku pendam perasaan ini seorang diri. Sudah lama aku menyukainya sejak dari zaman pembelajaran kami di kolej lagi. Tetapi aku tidak kisah semua ini dan aku suka dengan caraku yang sebegini. Kalau rahsiaku bocor dan dia mengetahuinya, aku tidak akan teragak-agak untuk berhenti. Tidak tertanggung rasanya malu bertepuk sebelah tangan. Aku tahu cinta itu tidak boleh dipaksa-paksa. "Woit! Kau tak nak keluar ke shira? Kau nak bertapa dalam lif ni pulak ke? Ish!! Berangan je la kau tu" Hah! Sudah sampai ke? Malunya!!!! Aku berkata sendirian dalam hati. Asyik berangan tidak pilih tempat. Memang padan dengan muka aku ni. "Yang engkau ni turun kat sini kenapa? Office kau kan kat tingkat tujuh. Sini tingkat lima la. Tau tak?" Pandainya aku cover line. Ingat senang ke nak malukan aku. "Aku nak jumpa Miss Prema kejap. Ada hal nak kena settle. Temankan aku minum nanti. Tunggu tau" Sukanya! Dia ajak aku makan. Rasa macam nak terkeluar kupu-kupu yang sedang berterbangan dalam perut aku sekarang ini. "Malas la aku! Aku dah sarapan kat rumah tadi. Yang kau ni kenapa tak makan lagi? Bangun lewat la tu!" Kenapa la aku tolak tuah ni. Dalam hati kata lain. Tapi di mulut keluar lain pulak. Ajak la lagi... ajak la lagi..... Aku berdoa dalam hati. "Alah... Jom la... Belum pun pukul 9 lagi. Rileks la. Tunggu aku sekejap tau. Kejap je pun hal aku ni. 5 minit je. Ok?" Dia masih lagi memujuk. "Banyak la engkau belum pukul 9. Dah pukul 9 tau." Aku masih lagi jual mahal. Aku hendak tengok sejauh mana dia bersungguh-sungguh mengajak aku. "Tak pe. Jangan risau. Aku kan bos. Tak de sesiapa pun berani marah. Lagipun macam la kau tak biasa. Hahahha…." "Ye lah. Ye lah. Cepat sikit. Aku banyak kerja hari ni." Eceh! Serius konon. Padahal bukan main suka lagi dalam hati. Hihiihihhi.... Aku tertawa sendiri dalam hati. "Joe... Aku rasa segan la pulak nak sarapan dengan kau ni. Nanti apa pulak orang cakap. Engkau tu siapa. Aku ni siapa. Macam-macam andaian diorang boleh buat nanti tau." Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku rasa macam malu untuk bersarapan dengan Joseph. Bukan apa. Risau kalau-kalau ada orang yang cakap bukan-bukan pada kami. Walaupun aku sudah lama mengenali Joe tetapi orang-orang di sini masih belum mengetahui yang kami sudah lama kenal. Macam mana aku nak buat? "Hey!!! come on la sis!!!! Apa yang kau nak segankan. Bukannya ada apa-apa pun. Diorang tu lantaklah kat diorang. Kita nak breakfast je. Bukan nak buat benda tak senonoh.... Ha.. kat situ ada meja kosong..cepat nanti orang lain duduk pulak...come!!!!" Aku mengikut sahaja. Turut melangkah ke meja kosong yang ditunjukkan joe. Betul juga. Kami cuma bersarapan sahaja. Bukannya hendak buat perkara yang memalukan. "Shira... Kau nak makan apa? Boleh aku ambik sekali.." "Ermm... Aku... Aku nak makan nasi lemak sajalah. Air kau order air milo tapi kau mintak tambah ais sikit. Boleh?" "Kau biar betul? Kata tak sarapan lagi tapi mintak nasi lemak dengan milo. Air milo?" Joe agak terkejut mendengar pesanan aku. "Eh! Salah. Nasi lemak dengan teh o la. Sorry…." Aku ketawa kecil. Malu. Itulah padahnya kalau bercakap tanpa berfikir. Aku sebenarnya masih belum bersarapan lagi di rumah. Selepas menumis bawang untuk goreng nasi tiba-tiba sahaja gas habis. Itu sebabnya tergendala masakanku. Lapar memanglah lapar. Tapi takkan aku nak buka rahsia ni kan. Faham-faham sahaja lah ye. "Kau tunggu sini. Aku pergi ambil makanan seorang. Nanti kau tau sajalah kalau dua-dua dah bangun..sure servis bertukar tangan..heheheheh" "Ok..ok..hehehehe.. pegi la cepat. Ramai tu.." Joe sudah pun bangun meninggalkanku dan menuju ke gerai nasi lemak. Tujuh minit sudah berlalu tetapi Joe masih belum sampai lagi. Lama juga aku menunggu. Memang ramai pun yang berada di kaunter tu. Aku belek jam di tangan kriku. Sudah pukul 9.10 minit pagi. Cepatlah Joe. "Shira... sorry..ramailah... " Dia terus duduk dan meletakkan dulang berisi sepinggan nasi lemak, sepinggan bihun goreng dan dua teh ‘o’. Joseph hanya memesan bihun goreng. Dalam pinggan dia aku ternampak sebiji telur rebus yang masih belum dikupas kulitnya. "Joe. Apsal kau tak suruh mak cik tu kupaskan kulit telur tu. Kan senang!!!" "Ermm.. Ramailah kat situ. Mana sempat dia nak buatkan semua tu. Kalau kau rajin, apakata kau sajalah yang tolong!!!!" Nak tak nak terpaksalah aku tolong. Lagipun kan tadi dia dah tolong ambilkan aku nasi lemak ni. "Kau ingat tak hari tu kau pernah kasi aku pinjam sebuah buku..." Joe memulakan bicara. "Ha? Bila masanya aku kasi kau pinjam buku. Kalau dah tau pinjam tu, tak reti-reti pulangkan balik ke.." Aku memang tak ingat langung tentang itu. Aku cuba fikir balik tapi masih belum dapat ingat. "Nanti-nanti kalau aku senang, aku pulangkan pada kau.. Hey.. Cepat la. Dah lambat ni. Karang lagi lambat kau masuk office. Aku tak pe la. Hehhe…." Aku pun apa lagi..cepat-cepat habiskan makanan aku. Hoi!!!! Kau tak minat nak peluk Islam ke? Aku tengok semua kawan kau orang melayu. Tak de ramai yang seagama dengan kau pun yang berkawan dengan kau. Aku ni taklah baik sangat tapi kalau setakat nak tolong tu.. InsyaAllah aku boleh tolong.... Kata-kata ini masih terngiang-ngiang di telinga Joseph. Wajah gadis itu juga masih terbayang-bayang di ruang matanya waktu ini. Tidak ada siapa yang menduga betapa tulusnya hati gadis itu sewaktu bercakap dengannya. Dan sungguh tak di sangka dia akan bertemu kembali dengan wajah itu..... Ermm... Macam mana aku nak cakap dengan dia ni? Walaupun aku rapat dengan dia tapi aku dah lama tak berjumpa dengan dia. Sekarang baru beberapa bulan je berjumpa dengan dia. Adakah dia masih sudi tolong aku? Joseph masih bercakap sorang diri. Sebenarnya dia berasa serba salah untuk memberitahu gadis itu tentang hasrat murninya ini. Dari dahulu lagi. Dari mula dia terpandangkan wajah gadis itu, hatinya sudah terpikat. Kenapa? Hanya gadis itu sendiri yang dapat menjawapnya... "Kau ni apehal joe? Termenung je. Jom la naik. Dah pukul sembilan lebih dah ni. karang tak pasal-pasal singa garang tu pelangkung aku." Siapa lagi, Miss Prema la.... "Hah! Hehheheh... Sorry... Jom" Sekali lagi joe berangan. Dia tidak menyangka akan berjumpa semula dengan shira selepas tamat pengajiannya di kolej. Satu pejabat pula tu. Selepas habis kolej, dia menyambung pengajiannya di oversea dan mereka terputus hubungan. Tak sangka pula selepas ditawarkan bekerja di Bumi Bakti Sdn Bhd, dia dapat berjumpa semula dengan shira yang ala ala tomboy dahulu. Tetapi sekarang dia sudah semakin ayu. Cuma satu sahaja yang tidak berubah. Cara bercakap. Masih lagi nak cakap kasar-kasar. Cuba lembut sikit. Baru la aku boleh buat isteri. Hehehehheh.... Di pejabat, Joe masih lagi termenung. segala kerja dia tak dapat nak buat. asyik terngiang2 je kata2 shira satu ketika dulu. memang dia berminat dengan islam. tapi hati dia belum terbuka lagi. lagi satu... dia selesa dengan cara hidup islam. kawan2nya pun semua baik2 belaka. setakat yang dia jumpa ni, semuanya boleh diharap di masa susah dan senang... lebih2 lagi shira. walau dah lama tak jumpa, tapi bila dah jumpa, dia msih seorang kawan yang baik lagi. tak berubah pun...
"hai joe! you termenung ape tu... ingat kat i ye....." "ish! you ni cindy. apsal masuk bilik i tak ketuk dulu..." "ala.... nak heran ape. opis cousin i gak... jom lunch.. lapar la....." "hah! lunch? kul berapa dah ni...." "pukul 12 lebih dah honey... jom la...." "i kenyang lagi la... i had heavy breakfast this morning...... sorry...." "ala.... jom la... slalu you macam ni tau. tak kesian ke kat i.. i datang ni semata2 nk lunch dgn you. jom la....." "macam la you tak boleh jumpa i kat rumah...." "kat rumah lain.... i nak berdua dgn you je... lagipun i kan tak lama kat sini. jom la sayang....." "ok la... ok la....." dan cindy pun tersengih bak kerang busuk.... bkn joseph tak tau. cindy tu dari dulu lagi nak mengayat dia. tapi dia boleh anggap cindy as a cousin je.. not more than that.. tak sesuai nak buat isteri dengan gaya hidup dia tu..... tengah bulan confirm kopak poket dia...... "bila you balik sana cindy?" joseph memulakan perbualan. sebenarnya dia malas nak dengar mulut cindy asyik berceloteh je. sayang sana sayang sini. dia rimas.. "why? you nak halau i ke? x suka i datang sini?" "x de la... nanti mummy you bising lak... ye la.. dah lama you kat sini kan... dah 2 minggu pun.... nanti apa kata dia plak. you x balik2 lagi...." "ala... x de hal nye... mummy tau i datang rumah you. my aunti gak kan.... " "ermm... ye la....." "you ni nape? macam x suka je i ada kat sini? you takut buah hati you nampak ke? you jangan cari pasal...." "eh! you ni apa kes ni? buah hati ape plak ni?" "ala... macam la i tak tau perangai you tu... merata2 perempuan ade... dating sana sini... jangan lupa, you tu hak i....." "cakap betul skit ye.... masa bila lak i ni jadi hak you.... ngarut ape you ni...." "i nak ingatkan aje....." sape plak tu dengan joe ni? ish!!! mak we dia ke? tapi takkan orang baru kot? sebelum ni tak nampak pun...shira mula tak sedap hati.... dari cara diorang tu, nampak sangat yang diorang memang rapat. tapi kenapa aku tak pernah nampak pun... cantiknya dia.. aku pun kalah.. "hoi!! ko ni nape? jom arr ambik makanan.. kang tak sempat plak. kul 2 ni kena meeting lak. tak lalu aku nak dengar ceramah singa betina tu.... cukupla semalam dah kena...." "ko ni kan sarah! tak jerkah x leh ke? nasib aku ni x de sakit jantung tau. kalau tak dah lama aku kojol tau!!" sambil mengurut dada, shira dan sarah melangkah ke buffet yang disediakan. hari ni sengaja diorang datang ke Restoran Rasa Sayang. memang diorang jarang ke situ. makanan tak seberapa, mahal je lebih. yang herannya orang tak pernah surut. apa yang best sangat tak tau la.. kalau tak kerana ada meeting pukul 2 nanti jangan harap la diorang nak datang. semalam disebabkan lewat 5 minit diorang dah kena bambu dengan miss prema tu. "aku bosan la... tiap2 hari ade meeting. nak buat apa tak tau...." sambil berjalan sambil mengomel si sarah ni... "nak buat macam mana... dah kerja kita macam tu.. marketing. so, kenala bagi result untuk semalamnye. macam mana sales tu..." "ko ni leh tahan kan.... dah dua tahun kat situ. aku ni fuh!! baru 3 bulan dah tak lalu tau.." "aku pun macam tu jugak dulu... tapi dah aku minat keja ni. dan yang ni pun yang aku study dulu. bagi aku ak je... satu kepuasan bila kita dapat buat tau. bila orang berminat dengan apa yang kita buat. dan bila ada feedback yang baik tau...." "ye la....ye la..... ape2 la.....jom kita duduk kat situ. ade kosong tu..."sarah dah memuncungkan mulut dia ke satu sudut. alamak! nape dekat dengan joe ni!!! macam mana ni....sa..... x sempat aku nak laung dia. dah jalan dah minah ni.. hai hati.. sabar la kau.... macam kau tak biasa nampak joe dengan perempuan2 lain... sabar la hati.... "eh! sarah! makan kat sini ke? sorang?" "eh en.joe ke? aah.. hari ni makan kat sini. takut tak sempat lak nanti nak meeting.. tadi keja banyak. tu pasal lewat tu..." "sorang ke?" berapa kali mau soal la..... "x la... ngan shira... tu dia..." aku hanya mampu tersenyum bila aku dah menghampiri diorang. aku dengar apa yang joe tanya.. "hai en.joe..." hanya itu yang mampu aku kata... terpaksa aku tahan diri. rasa nak menjerit pun ada ni. bengang je rasa. sape x bengang. kekasih hati kuar dating ngan perempuan lain. kuar makan ngan perempuan lain... geramnya!!!! "hai shira..." "jom sarah... dah abiskan.. dah 1.45 ni. jom balik..." "ko ni x boleh sabar ke. tunggu la aku minum dulu..." "eh! jom la balik dengan kitorang. kitorang pun dah habis ni datang dengan apa tadi?" macam mana ni... takkan nak balik dengan joe ni.. tak sanggup aku nak tengok drama lagi. cukup la hati aku sakit ni.... "ermm.. x pe la en.joe. kitorang boleh jalan kaki. dekat je ni..." "ape you ni joe?" aku dengar apa yang temannya kata. walaupun perlahan tapi telinga aku masih boleh menangkapnya. aku pun taknak kacau daun. aku nampak riak muka temannya yang tak puas hati bila joe mempelawa kami... "x pe la en.joe... kami nak cepat ni... kang kalau naik kereta lambat plak. nanti miss prema bising kalau masuk meeting lambat..." tahnks sarah sebab selamatkan aku. walaupun kau tak tau hal yang sebenarnya. "kami balik dulu ye.. terima kasih..." aku melangkah laju meninggalkan sarah di belakang... "see you in the office...." aku masih dengar apa yang joe kata. senyum je la.. nak buat apa lagi kan... "ko ni nape? tinggal aku sorang plak. ni aku hangin ni..." "ko tu lembab! kang kalau aku pun lembab macam ko tu, alamatnya kena bambu la kita.. ada paham!!!!" "hehehhehe..." "buat la sengih kerang busuk ko tu... jom cepat!" kami mengatur langkah laju menuju ke opis.... tritttt tritttttt....
"woi shira! tepon ko bunyi tu....." sarah melaung dari dapur. kebetulan aku masih dalam bilik air. ambil wuduk.
"ko jawab jap. aku dlm bilik air lg ni.." laungku dari sana
"hello! shira x de la. dia dlm bilik air. ni sape?"
"sarah ke? ni joseph ni...." suara di sana kedengaran.
"oh! en. joe... dia x de la encik. ade pesanan tak?" terkedu sarah dengar suara en. joe. selama ni tak tau pun yang diorg rapat sampai boleh bagi no telefon. padahal bukan satu department pun....
"ok la. nanti dia kluar suruh dia call saya balik ye. urgent!"
"baikla en. joe... "
"ok. terima kasih sarah."
"shira!!"
aku yang kebetulan keluar dari bilik air terkejut dengar laungan sarah. ape kena la minah ni. takkan aku mintak dia jawab fon pun nk hot. ke ade ape2 yg x kena ni. terkocoh2 aku ke depan.
"ko nape? yg terjerit terlolong tu apsal. panggil baik2 tak boleh ke?"
"ko mai sini. aku nak tanya skit." sarah memulakan perang peluru dia...
"ha nape? ko nk tanya ape? sblm tu aku nak tau sape call aku? urgent ke?"
"ha! urgent! nah ko tgk sendiri sapa call. org tu suruh ko call balik. dia kata urgent. lps tu aku nak ko explain kat kau lak..." aku mengambil hanphone aku yang dihulurkan sarah. aku check dekat incoming call. Joe!! alamak! kantoi.... aku tengok muka sarah. dia dah bersedia untuk dengar penjelasan aku. dia siap angkat kening lagi tu.... ehheheheh.
"napenye? ko nak tau ape? x de ape2 la..." aku membela diri.
"ko jgn nk tipu aku. apsal en. joe kata urgent? suruh ko call balik. korang ni ade apa2 ke..." nyata sarah tak puas hati.
"x de ape2 la. tu mesti hal kerja tu.... ko ni....." aku masih nak sorok dari sarah. aku kalau boleh x nk dia tau hubungan aku dengan joe walaupun aku sebenarnya tiada sebarang hubungan dengan joe. aku tak nak org tau yang aku pernah kenal joe sebelum ni. biar la org hanya tau yang joe salah seorang majikan kami. itu aje.
"ha! ye la tu. ko nak sorok dari aku kan? baik ko cakap" ternyata memang sarah masih tak puas hati. berapa kali la di nak soal aku ni...
"ish!! kan aku kata x de apa2. dah la. aku nak solat dulu. maghrib pun dah nak habis dah. layan ko kang lepas lak solat aku.. dah la..." aku melangkah menuju ke bilik tanpa pedulikan sarah lagi. biarlah semua ini menjadi rahsiaku sahaja. siapa pun tak boleh tahu. waima joe skali.....
usai solat, kedengaran semula telefon aku berbunyi. Joe!
"hello.... joe...." aku memulakan perbualan.
"shira! you pegi mana tadi?" ish joe ni apsal. takkan sarah x bagi tau yang aku dlm bilik air.
"dalam bilik air la...."
"awk.... jom kluar. teman sya makan.."
"x nak la joe. penat la..." aku sengaja menolak pelawaan joe. hati aku masih sakit tengok kemesraan joe dengan temannya tengahari tadi. walaupun aku x nampak yang joe layan perempuan tu tapi aku tau hati perempuan. dari gayanya saja aku tau yg dia sukakan joe...
"awak.... jom la.... jom la kita keluar... teman sya ye..."
"ko ni nape joe! kejap you kejap awak. dah buang tabiat ke? selama ni x pernah pun!" pelik aku dengan sikap joe...
"ermm... wei! jom arr teman aku. lapar la. boring dok kt umah sorang2 ni...." mungkin joe dah sedar ketelanjuran dia. cepat2 karekter dia berubah. lelaki....
"itula.. sape suruh ko duduk sendiri. dah ade rumah family pun x nk duduk. tak la bosan...." joe...joe...
"x kan la ku nak berkepit ngan mak bapak aku je. aku dah besar pun. dah boleh kawin pun..." kawin? mesti dengan perempuan tu... sakitnya hati aku..
"wei.. jom arr kluar. teman aku. dah la td aku cari ko x de kat opis. ko gi mana?" sambung joe balik.
"lps keja aku balik terus la. takkan aku nak berkampung kat opis kot. lagi satu, malas arr aku nak kluar. penat tak abis lg ni. dah la. aku nak tido ni..." memang aku tak boleh lagi nak jumpa joe. hati aku masih sakit lagi. aku takut dia perasan plak bila kami berjumpa. aku tak nak dia tau rahsia hati aku. biar aku seorang yang sengsara. biarlah rahsia....
"ko ni kan.... esok kan cuti. nape nak tido awal plak..jom la..." joe masih x puas hati....
apsal la ko tak nak paham ni. aku malas tau x? aku penat!" aku rasa suara aku dah mula meninggi...
"sori joe..." cepat2 aku menuturkan kata maaf. tak sepatutnya aku humbankan rasa marah aku kat dia. padahal di tak tau apa2 pun.
"x pe la shira. aku paham.." seakan merajuk suara dia.
"betul.. aku mintak maaf. aku x de mood nak kluar malam ni....."
"x pe la.. aku paham.... ok la... aku tak nak ganggu ko lagi." perasaan terasa joe masih belum hilang. ni yang buat aku serba salah ni.
"erm... mcm ni la.. esok kita kluar. aku nak cari barang skit. ko teman aku boleh?"
"betul ni? kita kluar esok?" suara joe kembali ceria.
"betul! kita kluar esok. kita jumpa kat bus stop depan taman perumahan aku. boleh ko jemput aku kat sana?"
"la... aku amik ko kat dpn umah la. x payah la kt bus stop" nak mampus! nak kantoi ngan sarah!
"eiii... x payah. aku jumpa ko kat sana.aku tak nak sarah tau aku kluar ngan ko. "
"la.. nape lak. apsal takut dia tau plak." ish! joe ni. banyak soal la plak.
"esok la aku cite. ok la. aku nak tido dah ni. jumpa esok...."
"ok la ok la... esok aku jemput ko kat sana..."
"ok.. bye.. slmt malam..."
"slmt malam... bye..." aku matikan panggilan joe. tapi betul ke ape yag aku dengar? "sweet dream, sayang!?" biar betul....! ish! ni mainan perasaan aku je ni. tak mungkin... ish!! dan aku pun terus tertidor.... malam tu lepas solat isyak aku baring2 atas katil… aku teringat balik kata2 joe masa kitorang kluar tadi. "nape ko nak sorok kat sarah yang kita ni kenal dah lama? Yang kita ni kawan dari kolej lagi. Ape yg ko nak sorokkan. Salah ke kalau kita ni kawan lama?" bertubi-tubi joe soal aku. Tak bagi chance langsung aku nak jawab. Tanya la satu satu. Ni dak. Macam bertih jagung!! " x la… aku x suka je. Bukan ape. Aku takut bila heboh diorg ingat apa lak kat aku. Senang aku nak ambik kesempatan untuk kepentingan diri aku. Aku tak nak macam tu. Ko tau ape…" aku pun jawab bertubi-tubi gak. Nak lawan? "takut orang kata apa? Kita bukan buat apa pun. Bengangnya aku…" joe masih tak puas hati. Aku nak buat macam mana ni…. "macam ni la joe. Ko tu salah seorang bos aku kan. Aku ni kuli je. Staff je. So aku tak nak bila orang tau aku ni baik ngan bos, diorang akan ingat aku akan demand nanti. Tu la pasal aku tak nak orang tau. Ko paham x?" aku masih nak membela diri. "ah! Aku malas nak paham. Dan aku malas nak ambik tau. Aku taknak sorok-sorok. Dan aku tak nak tunjuk-tunjuk. Aku nak biar je. Kalau diorang tau pun aku tak kisah. Sebab kita memang kawan baik. Dari kolej lagi. Dan aku sangat-sangat menghargai persahabatan kita dan aku tak nak apa-apa yang buruk terjadi dalam persahabatan kita. Paham?" nah! Joe dah katakan dah. dia tak nak apa-apa yang terjadi dalam persahabatan kami. Nampaknya aku memang akan memendam perasaan ini selamanya. Aku tak nak dia lari dari hidup aku. Biar kami macam ni sampai bila-bila pun. Biar aku yang tanggung kasih sayang yang sarat dalam hati aku. Asal dia tak tahu. Asal dia tak lari dari aku. "ko jgn la marah joe… tak best la macam ni. Aku ajak ko teman aku ni pun sebab aku nak jalan2 ngan ko gak. Senyum skit. Rindu aku nak tengok lesung pipit ko tu…senyum la…" "ko ni kan… hak hak hak…." Mood joe dah baik. Aku cukup suka tengok dia ketawa. Walau garau tapi rasa tenang je. Aku tak tau la. Susah aku nak jumpa orang macam ni. Walau banyak lelaki yang dating, tapi joe tetap sorang. Tak ada dua joe. Tanpa sedar aku tersenyum… "nape? Ko dah jatuh cinta kat aku ke?" tak semena-mena soalan tu yang terkeluar dari mulut joe. Hampeh tul la… "blah arr aku nak jatuh cinta kat ko. Tak de maknanye….jom arr…." Memang seronok jalan dengan joe. Aku memang suka kalau kluar ngan dia. Very gentlement. Dari dulu perangai dan layanan dia kat aku tak pernah berubah. Macam tu jugak. Itu la pasal hati aku boleh terpaut sejak kali pertama kami bertemu. Kami bertembung. Cara kami berkenalan pun cukup bermakna sampai terpahat kat hati aku. Sampai aku boleh jatuh cinta kat dia. Sampai sekarang. Kenangan paling manis dalam hidup aku dan paling memalukan dalam hidup aku. Hanya aku dan dia saje yang tau rahsia tu. Rahsia besar dalam hidup kami. Rahsia pertemuan dan perkenalan kami. Bermula dari saat itu, persahabatan kami bermula dan rapat sehingga sekarang. Sehingga berputiknya cinta dan kasih aku kat joe walau joe tak tau pun. Kenangan lalu bertandang kembali……
"saudara… tumpang tanya…" aku memulakan bicara. Aku tak nampak pun orang lain kat kawasan ni. Hanya lelaki melayu itu sahaja. Nak tak nak aku terpaksa beranikan diri aku…
"ye.. boleh. Freshie ke?" lembut tutur bicara dia. Tapi pelat skit cakap. Tak macam orang melayu sangat walau dari cara pertuturannya nampak macam fasih cakap melayu.
"ermm….. surau kat mana ye? Waktu zohor nak abis dah ni. Boleh bgtau saya?" aku belek jam di tangan aku. Dah pukul 4 petang dah. ni semua gara-gara Prof Herman ni. Kelas abis pukul 3.30 dilajakkan ke pukul 3.45 petang. Geram betul aku. Aku bergegas keluar dari dewan kuliah. Terus menapak ke perpustakaan. dan di sini la aku jumpa mamat ni sorang-sorang. Mungkin bersedia untuk balik kot.
"surau? Maaf saudari. Saya tak tau la…" sambil mengepit buku-bukunya dengan lebih kemas. Ada sweater yang tersangkut di bahunya.
" tak tau? Awak tak pernah sembahyang ke?" bengang je aku rasa. Tak tau kat mana surau? Tak boleh terima aku. Nampak macam senior.. huh! Peredaran zaman. Sampai lupa asal usul keturunan.
"maaf saudari. Memang sya x pernah sembahyang macam saudari. Saya bukan macam saudari."
"bukan macam sya? Awak orang melayu kan. Sama macam sya jugak. Kenapa lain dengan sya pulak?" alasan yang aku tak boleh terima. Hilang rasa hormat dah. Aku tengok terkulat-kulat muka dia. Tahan malu la tu…
"ermm… sya bukan orang melayu…." Hah!!! Opsss!!!!!!
"bukan melayu? Tapi muka awak…" aduh! Malunya aku. Tu la. Tak nak siasat sapa suruh. Main hentam kromo je. Mak aku dah pesan dah. tapi perangai aku tak berubah-ubah langsung!
"memang ramai yang kompius. X pe.. bukan saudari sorang…." Dia menghulurkan senyuman ikhlas kat aku. Aku hanya mampu membalas dengan rasa malu.
"maaf ye saudara…." Aku menghulurkan kata maaf.
"x pe. Dah biasa… kejap ye. Sya rasa kat tingkat atas kot surau. Sebab sya pernah terpandang. Cuba saudari tengok. Sya tak sure la.."
"ok thanx. Maaf lagi skali." Aku tersenyum lantas berpaling menuju ke surau.
"saudari!!" mamat tadi melaung ke arahku. Aku berpaling dan tengok dia berlari-lari anak menuju ke arahku. Dia merapatkan dirinya dan berbisik sesuatu kat telinga aku. Biadapnya dia! Aku tak sempat nak elak dah!
"hey! Awak ni kenapa?" tengking aku dan menjauhkan diri dari dia.
"maaf. Saya tak bermaksud apa-apa. I just want to tell you that there’s something on your baju kurung.." merah padam muka dia.
"hah!!" terkejut aku bukan kepalang. Aku belek baju aku. Alamak!!! Ya Allah!! Malunya aku…. Aku dah tak tau mana nak sorok muka aku. Dah tak sanggup aku nak angkat muka. Rasa macam nak menangis je. Kenapa aku tak tau hari aku nak period. Kenapa? Ya Allah! Malunya aku….
Dia tersenyum dan menghulurkan sweaternya kat aku..
"x pe.. nah. Ambik sweater ni. Cover. Perkara biasa tu. Tak payah nak malu-malu. Normal for women. Ok? Nah….."
aku tak sanggup nak angkat muka dah. aku ambik huluran sweater dia.
"it’s ok. No big deal. Jgn macam ni ok. It’s normal…" airmata aku dah menitik dah.
"jom sya antar awak balik. By the way, I’m joseph! Just call me joe. Ok? Jom…" aku hanya mengikut saja langkah kakinya. Aku tak tau apa yang aku buat. Walau aku baru berjumpa dia tapi aku dah boleh percayakan dia.
"sya…sya… nurshahira. Panggil shira je…." Baru aku berani mengangkat mukaku.. muka aku ni aku rasa macam tebal berinci-inci dah.
dia hantar aku ke hostel. Sepanjang perjalanan aku hanya membisu. Dia pun tak bercakap dengan aku. Mungkin paham apa yang aku rasa sekarang ni. Sebelum keluar dari keretanya, dia berkata sesuatu kepadaku.
"shira.. x perlu malu dengan sya. Benda tak sengaja berlaku. Kebetulan kamu yang jumpa sya. Jangan risau. Sya akan rahsiakan benda ni kalau itu yang kamu risaukan. Ini akan jadi rahsia kita berdua sampai bila-bila tau… jangan risau dan jangan malu dengan saya." Baiknya hati dia.. aku hanya tersenyum.
"terima kasih joe. Terima kasih kerana tak malukan sya. Terima kasih jugak kerana tolong sya….." air mata aku mengalir lagi. Air mata malu yang tak dapat ditanggung. Bercampur air mata terharu bertemu dengan lelaki sebaik joseph.
"dah… jangan nangis.. mulai hari ni kita kawan ok. Nah! Ambik no tepon sya. Apa2 hal contact sya tau. Ok?" dia tersenyum lagi. Jelas kelihatan lesung pipitnya.
"ok… terima kasih skali lagi. Sweater ni lps sya basuh sya pulangkan balik kat awak ye…"
"ok…. Sya balik dulu ye. Ingat. Apa2 hal contact sya ok?"
"ok…. Terima kasih skali lagi…." Joseph berlalu selepas mengucapkan selamat tinggal.
Itu lah titik pertemuan kami. Pertemuan yang memuatkan rahsia besar dalam hidup aku. Bermula dari situ keakraban kami terus mekar. Tak pernah berpisah. Tak pernah bergaduh. Dan aku rasa dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati perempuanku tanpa dia sendiri ketahui.
Dan bila dia grad, persahabatan kami seakan renggang kerana dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bukan dia tak cari aku, tapi aku yang melarikan diri dari dia. Aku taknak terus mengharap kat dia. Aku tak layak untuk dia. Dan status keagamaan kami yang berlainan. Itu sebabnya aku lari. Tapi dia tak pernah hilang dari hati aku. Dan aku bersyukur bila Tuhan temukan aku balik dengan dia. Temukan kami di syarikat yang sama. Dan dia masih lagi lelaki yang sama yang aku kenal 4 tahun lalu.
Tit tit..tit tit…… sape lak yang bagi mesej kat aku ni. Kacau la aku nak tido. Aku tengok jam dah pukul 1 pagi. Aku tengok skrin hansetku. Joe? Nak buat ape la budak ni. Dia nak apa lagi ni…..
‘woit! Tido ke?’ tulisan sana.
‘ye arr. Ko ingat ape? Kacau la aku nak tido!’ aku balas balik.
‘heheheh.. saje je. Sebenarnya aku syok arr. Dah lama tak kuar jln2 ngan ko. Tu arr payah nk tido ni. Heheh..’ joe balas.
‘ko ni… aku ingat ape la td. Aku pun suka gak. Mmg lama pun kan kita x kuar. Heheh..’ memang aku seronok pun. Memang dah lama pun tak kluar jalan-jalan dengan joe ni. Kali terakhir sebelum dia ke luar negara.
‘ok la. Jumpa esok. Bye slmt mlm.’ Esok? Esok cuti la. Ngarut ape la dia ni.
‘ha! Ye la. Jumpa esok. Blah arr. Esok aku tido. Ahad kan. Heheh….’ Mungkin dia lupa kot
‘ye la. Aku tau la esok cuti. Kita jumpa esok la. Ko tu yg x phm.’ Hah! Nk jumpa lagi. Taknak… kang ape pulak la sarah cakap. Tadi pun bising bila dia tanya aku nak keluar dengan siapa. Tapi aku tak jawab pun.
‘x nk aku. Penat arr. Lgpun esok byk keja aku nak buat. Kemas umah. Mcm2 lg la.’ Aku bg alasan. Malas nak keluar lagi. Takut bertambah parah perasaan aku ni.
‘jom arr. Kita jln2 nak? Td aku teman ko. Ni ko teman aku lak. Baru adil.’
‘dah! aku x nk. Byk keja esok. Jumpa kt opis je.’
‘ala…jom arr. Isnin ni aku x de. Outstation kat Penang. Jom teman aku.’ Pelik aku dengan sikap joe. Apsal nak ajak aku pulak. Mak we dia x de ke nak temankan dia. Saje la dia nak menambahkan keperasaan aku ni….. tapi tetiba perasaan sedih lak timbul. Outstation?
‘brp lama ko pegi sana?’
‘lama wei… seminggu’ lamanye……
‘ala… kejap je seminggu tu. Kang jumpa la blk lps ko blk dr penang.’ Aku cuba buang jauh2 perasaan sedih yang mula bertapak di hati aku ni.
‘shira! Jom kita kuar. Aku tunggu ko kat bus stand. Kul 10 pg. ko x dtg dlm 5 min, aku gi umah ko!’ alamak! Mampus!!!
‘ko ni kan! Aku x nak kuar! Muktamad. Klu ko dtg umah aku jgn harap aku nak jumpa ko. Ko tgk la.’ Aku dah bg keputusan muktamad. Aku tak nak keluar dengan dia esok. Aku nak sabarkan perasaan aku ni. Aku tak nak kantoi pulak dengan dia nanti.
‘x pe la…. Sape la kita. Ok bye!’ merajuk dah dia… aku balas mesej dia tapi dia tak balas. Aku try call tak dapat. Mungkin dia dah tutup hanset. Maaf joe. Aku terpaksa.
Hari ni dah hari ketiga joe pegi Penang. Maksudnya hari ni dah hari Rabu. Sampai sekarang dia masih tak call aku. SMS pun tak pernah. Merajuk sungguh dia kali ni. Tapi kenapa? Apa salah aku. Aku ni bukannya teman wanita je. Aku hanya seorang sahabat kepada dia. Tak lebih dari itu. Tapi kenapa rajuknya berpanjangan sampai hari ni. Hari Ahad hari tu kecut jugak perut aku ni. Mana la nak tau kalau ikut perangai keras kepala dia tu, mau dia dating rumah aku tu. Aku tertoleh-toleh ke aras jam sampaikan sarah pun perasan. Bila dia tanya kenapa aku asyik tengok jam, aku kata tak de apa-apa. Kejap-kejap aku tengok lagi. Sampai pukul 3 petang, baying Joe memang tak ada. Memang sah dia merajuk. Aku ingat habis la hari tu. Rupanya lajak sampai ke hari ni. Dah tiga hari dah. aku berura-ura nak contact dia ke tak nak. Aku nak kerja pun tak de mood.
Mujur la miss prema pun out station. Kali ni dia ke cawangan baru campany kami. Ke johor. Jadi tak la aku kena marah asyik dok berangan je. Call pun aku tak buat hari ni. Semalam gagah la jugak dapat 5 sales. Hari ni langsung tak ada. Nanti la. Balik nanti aku call la dia. Malam-malam nanti ke. Boleh borak panjang skit. Boleh la lepaskan rindu aku kat dia.
Lepas balik kerja sarah ajak aku ke Giant. Katanya nak beli barang sikit. Aku ikut je. Aku sebenarnya tak de mood nak jalan. Yang aku nak buat sekarang adalah telefon joe. Tapi aku kena sabar sampai malam ni. Aku akan borak dengan dia puas-puas.
"shira. Barang dapur dah habis. Jom kita pi kat belakang." Sarah tarik tangan aku. Aku ikut je. Banyak jugak minah ni memborong. Tapi barang dapur memang banyak yang dah habis. Cuma aku tak de mood je nak shopping hari ni. Dalam kepala aku ni hanya ade joe.
"ko ni nape shira. Aku tengok macam x de mood je. Ko kenapa?" sarah mula tak senang hati.
"hah! Tak de apa la… jom la. Banyak lagi ke?" aku tanya soalan bodoh. Padahal aku je yang rajin masak pun kat rumah tu. Nak harapkan sarah jangan harapla. Cuma dia rajin menambahkan stok kat rumah je. Itu mmg aku puji. Selalunya aku tak payah fikir pun barang kat rumah tu sebab selalunya memang dia yang buat. Kerja aku memasak. Dan kerja sarah membeli barang. Kami tak kisah pun…
Sarah hanya mencebik. Mungkin malas nak layan aku kot. Sori la sarah. Aku memang tak de mood. Mintak maaf banyak-banyak. Pukul 9 malam aku antar mesej kat joe. ‘ joe, aku nak call ko blh x?’ 5 minit..10 minit… tiada balasan.
"aku nak pi toilet jap." Joe malas sebenarnya nak layan cindy. Asyik dok bercakap dari tadi. Rimas dia. Kalau bukan terpaksa tak de la dia nak keluar dinner dengan minah tu. Baik dia rehat kat rumah sebab meeting esok pun pagi-pagi dah start. 8.00 pagi. Dia meninggalkan cindy. Biar lama-lama dalam toilet pun tak pe fikir dia.
Di KL pulak…. Apsal joe ni. Dah lama aku tunggu pun tak balas jugak. Nak tepon ke tak nak ni…. Ahh… tepon la… aku mendail nombor joe. Talian bersambung
"hello… joe… joe?" nape joe diam je….
"hello! Joe x de! Dia mandi! Sape ni?" suara perempuan yang kedengaran. Siapa? Teman wanitanya kah?
"hah! Ermm… x pe la. Terima kasih…." Air mataku tak dapat ditanggung lagi. Mandi? Dan ade perempuan dalam bilik dia? Patutla dia diam saje. Rupanya tengah berkepit dengan si dia. Dasar lelaki!!! Aku benci!!! Hati….. tabah la kau…. Joe tetap lelaki dan dia tak ada apa-apa hubungan dengan aku. Jadi dia bebas nak berbuat apa sahaja. Tapi aku tak boleh tanggung rasa sedih ni. Rasa kecewa yang teramat sangat. Aku terlalu sayangkan dia. Aku nak buat macam mana ni… tanpa aku sedari, aku tertidur dengan linangan air mata….
di sebelah sana cindy tengah tersengih-sengih. Padan muka! Kacau sangat joe. Bila ternampak aje nama shira berkelip-kelip di skrin telefon joe dia cepat-cepat jawab. Hati dia masih panas dengan perangai joe yang sering mengelak dari dia. Tambahan nama perempuan yang keluar. Dia tak peduli siapa pun si pemanggil. Yang dia tau dia takkan benarkan siapa-siapa pun yang bergelar wanita merampas joe dari dia. Joe akan menjadi milik dia juga satu hari nanti. Itu janji dia!!
"ko ni kenapa? Dok tersengih-sengih je.." pelik joe tengok cindy. Tadi bukan main masam. Ni tersengih-sengih pulak.
"x de apa-apa… jom! Kita jalan-jalan pulak." Cindy bangun dan menarik tangan joe.
"aku malas la. Aku penat. Esok aku ada meeting pukul 8 pagi. Sori.." joe menolak. Cukup la diorang dinner malam ni. Ni semua aunty dia punya pasal la. Menyesal dia pegi sana. Aunty dia pun sama. Anak beranak sama. Asyik nak suruh dia berkepit dengan anak perempuan dia tu. Huh!!
"ala… you ni kan. Selalu ada alasan. Baru malam ni je kita keluar. Jom la…" cindy masih merayu-rayu lagi. Dan joe dah pun buat keputusan. Dia malas nak layan si cindy tu.
"aku tak nak. Aku nak balik. Kalau ko nak jalan-jalan, ko jalan sorang-sorang. So balik sendiri. Kalau nak balik sekarang aku boleh hantar." Joe melepaskan pegangan tangan cindy. Meluat dia dengan perangai cindy tu.
Dengan muka marah, cindy terpaksa mengikut langkah laju joe yang meninggalkan dia. Sepanjang perjalanan hanya kedengaran suara DJ Hitz.fm yang berceloteh. Dia malas nak melayan cindy yang memuncung dari tadi. Protes la tu. Tau sangat dah dia dengan perangai cindy yang tak pernah berubah dari kecil.
Sesampainya dia di bilik hotel jam menunjukkan pukul 11 malam. Lepas dia hantar cindy ke rumah makciknya, dia meronda sorang-sorang. Melihat keindahan waktu malam kat penang. Sempat lagi lepak sorang-sorang kat padang kota. Sambil memikirkan hal sendiri. Tiba-tiba je wajah shira terbayang depan mata. Apa la yang tengah dilakukannya kat rumah tu.
Memang dia teringin nak telefon shira tapi rajuknya masih tak hilang. Entah la. Dia pun tak paham dengan dirinya sendiri. Apa yang dia tau dia tak boleh kehilangan shira lagi. Cukup la 4 tahun yang memisahkan mereka. Kali ini jumpa dia tak nak hilang lagi. Dia sendiri pelik dengan perasaannya sendiri. Tak pernah dia berkelakuan macam ni dengan mana-mana perempuan. Dengan shira, dia boleh luahkan apa sahaja. Merajuk tanpa sebab yang munasabah. Entahla…
Aku nak call la shira jap. Biarla aku beralah. Tak larat nak tanggung rindu ni. Joe berkata-kata pada dirinya sendiri.
Dicapainya telefon bimbitnya yang diletakkan di hujung katil. Eh! Ada mesej. Dia menekan butang read. Shira! ‘aku nak call ko blh x?’ hah! Pukul berapa dia antar? Dibeleknya lagi. 9.04pm. eh! Time tu aku tgh makan dengan cindy. Tapi… dia masih tak puas hati. Ditekan-tekan punat telefonnya. Dicarinya menu incoming call. Memang sah! Shira ada call dia. Tapi kenapa dia tak tau. Ni tak lain tak bukan kerja si cindy la ni. Tak guna punya perempuan! Bentak hati joe. Tanpa berfikir panjang, didailnya nombor shira.
Talian bersambung tapi tiada jawapan. Mungkin shira dah tidur agaknya. Dicuba sekali lagi. Jam telah pun ke angka 12 malam. Tapi dia tetap berusaha menghubungi shira sampai dapat jawapan.
Dalam keadaan mamai-mamai, shira menjawab telefonnya yang asyik berdering dari tadi. Mengganggu tidurnya. Tanpa melihat nama yang tertera.
"hello….. sape ni…" dia bersuara lemah
"shira….? Aku ni.." tersentak shira dari tidur bila terdengar suara joe. Apa yang dia nak?
"joe? Apasal call malam-malam ni? Aku nak tido arr" malas aku nak layan lelaki macam ni. Buat sakit hati aku je.
"shira… joe mintak maaf… joe tak tau pun shira ade hantar mesej. Shira call joe ke tadi?" lembut suara joe. Dia tau shira marahkan dia.
"x pe la joe. Aku ngantuk dah ni. Aku nak tido!"
"nanti shira.. jgn matikan talian ni. Aku betul-betul mintak maaf. Tadi cindy…" oooo… nama perempuan tu cindy…
"x pe. Aku paham. Aku mintak maaf sebab ganggu korang tadi. Ok la bye!"
"shira! Tunggu! Td aku tak tau ko call aku. Aku pegi bilik air. Masa tu kami tengah makan. Aku tak de apa-apa dengan cindy tu. Ko pun kenal dia. Betul.. aku tak tipu.." panjang lebar joe membela diri. Aku kenal cindy tu? Masa bila?
"aku kenal? Sape?" pelik aku dengan joe ni.
"ha! Ko kenal. Yang hari tu kita jumpa kat restoran tu. Perempuan tu la. Dia cousin aku. Aku malas skit nak layan dia. Dari layan dia baik aku layan ko. Heheh…"
"ye la tu. Tadi aku call dia kata ko mandi. Aku malas la nak kacau korang dah. dah ade dalam bilik tu kompem awek ko."aku masih tak puas hati.
"betul shira. Aku tak tipu… kami keluar makan je. Tu pun makcik aku paksa. Aku taknak keluar dengan dia sebenarnya. Aku lebih suka keluar dengan kau. Lagi best. Hehheh.."
"hah! Yo yo ooo je ko ni….hihihihi…" joe…joe… senang sungguh dia dapat pujuk aku. Kalau betul apa yang dia cakap td buat penat aku nangis je. Hampas kelapa betul la….. kami berborak sakan macam dah bertahun tak jumpa. Semua benda kami ceritakan. Langsung tak menyentuh soal rajuk merajuk.
"eh! Joe. Dah dekat pukul 2 pagi dah ni. Aku ngantuk la. Esok aku nak keja. Ko x de keja ke?" aku tak larat dah nak melayan mamat ni sorang. Memang la aku seronok. Kalau dapat bersembang dengan dia tak tidur pun tak pe. Tapi dia tu. Mesti ade keja tu.
"ala… aku tak puas la nak borak dengan ko. Dah lama tak berborak dengan ko.."joe masih lagi memujuk.
"dah..dah… ngarut dah. esok-esok kita borak la lagi. Aku tau ko banyak keja kat sana." Kalau dilayan si joe ni esok pagi pun tak habis
"ye la… ok la…" lemah je suara dia
"merajuk la tu… x pe.. esok aku janji aku call ko. Ok?"
"betul? Hehehe.. x pe. Ko tunggu aku call ko. Ko tak payah call aku tau. Ko jangan lari lagi shira. Tak larat aku nak kejar ko…."
"masa bila aku lari? Aku tak lari pun…."
"4 tahun dulu ko lari….."
"joe… yang lepas biar la ye… sekarang kan kita dah jumpa. Aku takkan lari walau apa yang terjadi. Ko la kawan aku yang paling aku sayang. yang paling baik dengan aku. Ko jangan risau la… aku tunggu ko kat sini." Itu janji aku. Lepas ni aku takkan melatah dah. biar la aku tak dapat bersama dia tapi aku tak nak kami berpisah. Aku paling sayang dengan persahabatan kami ni.
"ko dah janji shira. Ko tak boleh lari…" bagi joe, shira bukan sekadar kawan. Tapi lebih dari itu. Tapi dia taknak ungkapkan apa-apa. Dia sayangkan persahabatan mereka. Biar diorang macam ni dari berpisah untuk selama-lamanya. Biar dia pendam perasaan dia yang sebenarnya.
"ye… aku janji… dah la. Ko pegi tido. Esok ko ade meeting kan. Ok ye… selamat malam. Bye…."
"ok… bye.. thanx shira… selamat malam. Tunggu aku…." Joe mematikan perbualan mereka.
Shira hanya tersenyum. Sambil memeluk teddy bear pemberian joe yang dihadiahkan semasa diorang keluar buat kali terakhir sebelum joe berangkat ke luar negara. Bear itu la yang menjadi peneman dikala dia rindukan joe. Tak pernah pun berpisah dari dia. tuk..tuk...tuk... "La!!! sapa yang ketuk pintu bilik aku ni....Bisng ar!!!!!!" Sarah menjerit sambil membaling bantal peluk ke arah dinding pintu biliknya. "Hoi!!!! Sarah...aku ar... Aku..aku...." "Awatnya.... pi ar tido. Dah lewat lah. Esok aku nak gi kerje.. kang lewat plak..." "Ish..bukak le... aku ada hal sikit nak cakap ngan ko ni..." Aku menjerit kearah pintu bilik Sarah. "Apa-apalah ko ni. Esok tak boleh ka... aku tengah asyik layan mimpi tau tak..tup-tup ko kacau..." Sarah sambil menenyeh-nenyeh kedua belah kelopak matanya dengan jari. "Ala..tima kacih lah Sarah oi..coz bukak jugak pintu ni.. aku nak masauk ni... ada apa-apa yang kau nak sorok dulu... elok lah ko sorok.. nanti tak pasal-pasal ..." "Hoi... mabuk ke hapa ko ni. Aku nak sorok apa... dah masuk pun.... Ni.. ko apa hal tak boleh tunggu esok ni..." Sarah naik ke atas katilnya semula. Terus baring dan tarik selimut menutupi hingga kepala. Aku pun terus melompat ikut sekali dan menarik selimut tebal Sarah "Hoi..Shira.. baju aku terselak ar.. Apa la ko ni... kalau ada orang nampak..Naya aku tau..." Sarah terus tepuk belakang bahu Shira. "Hoi..sakit ar. Tak reti pelan-pelan ke. Sapa suruh pakai baju pendek... tengok aku... pakai pijama..hehehehe.. tak de lah nak terselak ke hapa ke.." "Shira.. apa hal ni.. aku ngantok sangat ni... Cuba ko tengok jam kat atas meja tu... Ko tengok!!!!!" Sarah dah menengking Shira waktu ini.. "Aku tau lah dah nak dekat pukul 3.40 pagi..tapi ini lagi penting dari tido tau... Ni..macam ni..tadi Joe tepon aku... Ko pecaya tak..Joe tepon aku!!!!!" "La.. dia tepon pun ko nak citer kat aku.. apa kess... buang karan sajalah... dah..dah.. esok je sambung.." "Eh..tak boleh..tak boleh.. la ni aku kena citer kat ko.. "
"Ok.. tapi ko kena pendekkan citer ko... janji..." "Ermm..pendekkan tu .. aku cuba..tapi tak janji tau... aku excited sangat ni..." "Cepatlah...." Sarah menunggu sambil tetap baring ditempat tidurnya. "Joe.... dia nak jumpa aku. Dia suruh aku jangan lari lagi. Dia suruh aku tunggu dia. Aku tak tau nak cakap apa kat dia tadi..tapi aku rasa macam happy sangat. Berbunga rasanya dadaku ini... oh.... " "Hoi... kalau nak citer.. citer sajalah..tak payahlah nak berpusing sana sini... kang aku tido kang..." "Ok.ok... Sarah..ko rasalah kan... Dia tu seriuos tak nak kat aku. Maksud aku dia suka kat aku. Lagipun... rasa aku dia masih terkongkong dengan keluarga mak cik dia tu. Kan sepupu dia tu gila sangat kat dia. Satu lagi... ko rasa kelaurga aku setuju ke kalau-kalau hubungan aku dengan mamat ni berterusan.... " "Entah!!!!" "Ko ni kan..aku tanya ko... ada ka ko jawab cam tu.. tapi tak pa.. biaq aku sambung lagi..... aku terpikir jugak kalau mak bapak aku marah.. tapi tak pa... aku boleh jawab yang aku cuma kawan saja dengan dia.. eh!! tapi takkan nak kawan macam tu sajakan... Ish... macam mana ni Sarah... Ko tolonglah jawab jap...... Sarah!!!! Sarahhhh.. ko dengar dak ni...." Shira mengalihkan kedudukannya.. "La... aku cakap sorang-sorang.. Memang tak patutlah ko ni Sarah...." Jam di meja Sarah sudahpun menunjukkan pukul 5.10 minit pagi. Bermakna Shira hanya ada masa dalam sejam sahaja lagi untuk menyambung tidurnya. Cepat-cepat dia tarik bantal disebelah Sarah.. Dan terus pejamkan matanya... "Shira.... kau free tak petang esok.. kalau boleh aku nak jumpa kau lepas discussion kat library esok...." Joseph tersenyum memandang Shira.. semoga senyuman ini membuatkan Shira bersetuju untuk berjumpa dengannya petang esok. "Joe... petang esok..macam tak boleh. Lagipun discussion tu pun rasanya nak dibatalkan kot.. sebab...." Belum sempat Shira cuba untuk beritahu hal yang sebenar.. Joe sudahpun menyampuk "Batal!!! But why?" Terbeliak biji mata Joe memandang Shira "Ni.. macam ni. Siti cakap tadi En Shah nak tangguhkan discussion pasal projek tu minggu depan. So.. kita masih ada masa lagi untuk dapatkan artikel lebih.... Jadi... aku ingat aku nak balik rumah mak aku pagi esok.. lagipun esokkan cuti.. dah lama aku tak jegok diorang...." Shira berterus terang supaya Joe tidak berfikir yang bukan-bukan. "Ermm.. kalau macam tu... sekarang boleh tak kita bincangkan... Penting jugak bagi aku..." "Ermm..boleh jugak.. tapi sekejap saja tau. Aku nak ke Pudu ni nak beli tiket bas.." "Jom.. kita duduk kat kantin.. sambil tu boleh pesan minuman ke...aku dah dahaga ni..." "Jom.. aku pun macam kau jugak..." Kami jalan beriringan menuju ke kantin hostel. Masa ini tidak terlintas satu apa pun di fikiran aku apa yang hendak Joseph bincangkan. Yang aku tahu aku pun tengah dahaga.. dan aku perlu bergegas selepas itu untuk beli tiket bas nak balik kampung. "Kau nak minum air apa?" Joseph melirikkan anak matanya kepada Shira. "Air sirap sajalah... " Shira senyum semula kepadanya. Alah senyum sebagai seorang kawan... "Macam ni... next 2 week ada majlis tari menari kan??? So aku ingat aku nak ajak kau jadi pasangan aku... Itupun kalau kau sudi... Kalau kau tak sudi..apakan daya aku..."
"What!!!! Kali ini Shira pulak yang terperanjat besar. "Nak aku jadi pasangan tari kau. Ape.. kau dah gila!!!! Tak kan aku nak menari dengan kau Joe oi...." "Minah!!! relek la dulu. Belum habis lagi aku cakap kau dah melalak... Macam ni... kau dengar baik-baik.... Kan ada pertandingan pasangan paling world... sambil menari kita akan di calonkan dalam katogori tu... jadi aku dah pikir masak-masak aku nak kau jugak jadi pasangan aku.. mana tau..ada rezeki.. kita menang.. Hadiah dia pun cantikkkk... RM1500.. boleh kita bagi 2..." "Ermm.. aku ada dengar jugak macam tu. Nantilah aku pikir dulu. Tapi sempat ke nak buat training.. lagipun aku bukannya pandai sangat bab-bab menari ala-ala mak inang ni...." "Aku pun sama macam kau jugak Shira... kau ingat aku pandai sangat ke.. Nanti training aku bagitau kat kau. Lagipun ada 4 orang lagi member-member kita nak join sama...." "Iya... best jugak tu. Macam boleh pulak... Eh.. dah lewat ni.. nanti kita sambung bincang lagi tau.. Aku nak pergi dah ni. Ha!!! tolong bayar kat aku duit air tu.. nanti aku bayar kat kau balik... Assalamualaikum....." "Boleh... nanti balik kampung jangan lupa aku tau.... Hoi... macam mana aku nak jawab salam kau tu.. aku belum convert lagi ar...." Joe menjerit ke arah aku. MAsa ni aku dah pun berada 25 meter ke depan. "Joe... tak perasanlah .. sorry banyak-banyak..." Memang Shira tak perasan masa tu. Lagipun dah seronok sangat nak pergi beli tiket bas untuk balik kampung. Mintak-mintak adalah tiket tu nanti. Tak kisahlah duduk barisan belakang pun...janji dapat balik jumpa family esok pagi...
\'Shira...shira.... kenapalah aku minat sangat dengan kau ni.." Sambil ketawa Joseph memerhatikan Shira berlari mengejar bas diluar kampus... kenangan muncul lagi…. Kalau macam ni aku rasa aku tak boleh tido dah ni…
Aku menjeling sarah yang dah terlena balik dah. teringat aku masa dia menyerang aku dengan soalan yang bertubi-tubi. Apasal aku keluar ngan joe. Apa hubungan aku dengan joe. Macam mana dia kenal aku. Macam mana dia tau rumah kami. Dan macam-macam lagi la.. semua ni gara-gara sarah ternampak joe hantar aku kat depan rumah kitorang. Aku ingatkan dia tak balik lagi. Rupanya dia balik lebih awal dari aku.
Nak tak nak aku ceritakan la kisah aku dengan joe. Kisah persahabatan kami yang dah lama. Yang bermula dari zaman permbelajaran kami lagi. Juga aku sertakan kisah perpisahan kami selama 4 tahun yang semuanya berpunca dari aku. Tapi kisah detik pertemuan kami aku tak ceritakan pun. Bagi aku itu adalah rahsia kami berdua. Rahsia aku dengan joe. Sentimental value orang kata.
Aku tersenyum mengenangkan mimik muka sarah yang bertukar-tukar emosi tu. Aku ceritakan juga yang aku memang menaruh perasaan kat joe tu. Bukan apa. At least aku dapat luahkan perasaan aku yang berkaitan dengan joe kat seseorang yang aku percaya. Mungkin nanti akan ada kisah suka duka di antara aku dengan joe. Jadi lebih baik aku ceritakan kat sarah. Ade jugak teman yang akan melayani aku masa tu. Yang dapat berkongsi kesengsaraan dan kegembiraan dengan aku. Tak sanggup aku nak menanggung seorang. Cukupla 4 tahun aku menanggungnya seorang diri.
Jam loceng berbunyi. Aku menoleh ke arah jam. Pukul 6 dah! aku terus bangun dan menuju ke bilikku. Aku mandi dan bersolat subuh. Aku berdoa semoga tak ada apa-apa yang buruk yang akan berlaku dalam persahabatan aku. Aku juga berdoa agar joe diberikan hidayah oleh-Nya supaya dapat sama-sama berjuang dalam hidup sebagai seorang Muslimin. Insyaallah…. Amin….. Seusai solat aku mengejutkan sarah
"sarah… bangun. 6.40 dah." sengaja aku kejut sarah lewat. Aku tau dia sedang bercuti sekarang. Jadi tak payah nk bangun awal sgt utk solat subuh.
"errmmm.." sarah menjawab tapi matanya tetap pejam. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku tau dia akan bangun jugak. Sebelum bersiap aku ke dapur utk menyiapkan sarapan kami pagi ni. Nasi goring je.
Hari ni bersemangat sungguh aku bekerja. Hilang rasa mengantuk aku ni. Ni semua penangan si joe la ni. Semua orang pelik tengok aku.
"ape mimpi ko malam tadi. Dari tadi aku tengok asyik tersengih je. Macam kerang busuk! Hari tu nak tengok ko senyum skit pun tak boleh. Monyok je… hari ni terlebih senyum la pulak!" ros yang duduk di sebelah aku menegur.
"heheh… x de ape la…. Saje je… macam la ko tak kenal aku ni kan. Hehheehe…"
memang aku dah lama kenal ros. Kami sama-sama masuk kerja. Ros ni admin kat tempat kami ni. Tapi dia dh kawin dah sekarang. Dengan jejaka pilihan hatinya sendiri. Dah setahun diorang kawin. Sekarang ni sedang menunggu kelahiran cahayamata sulung mereka. Alhamdulillah… bila la aku nak jd macam ros ni kan. Seronok aku tengok dia. Tambah-tambah time makan. Berselera sungguh. Bila aku Tanya dia kata makan untuk dua orang. Ros..ros.. gasak ko la. Yang penting ko happy..
Petang ni joe balik. Kami dah janji nak jumpa malam ni. Pada mulanya aku tak nak. Aku tau dia penat. Tapi dia tetap mendesak. Katanya dia ada something untuk aku. Dia ugut aku. Kalau aku tak nak jumpa dia, dia tak nak dah kawan dengan aku. Hmmm… macam budak-budak joe ni. Akhirnya aku setuju nak jumpa dia malam ni. Bukan kerana something yang dia nak bagi kat aku. Tapi kerana rindu yang sarat dalam hati aku ni. Maklum la.. dah seminggu tak jumpa kan. Pukul 8.30 malam dia jemput aku kat rumah.
"nah! Ni untuk ko. Harap ko suka" aku paling suka tengok joe macam ni. Tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipit di kedua-dua pipinya. Yang best lagi setiap kali dia senyum matanya semakin mengecil. Dah la sepet. Bertambah sepet jadinya. Handsome. Patutla ramai yang cair tengok dia. Aku pun tak terkecuali. Hehehe.
"thanx joe. Boleh aku bukak?" aku mengambil kotak yang dihulurkan. Warna pink. Warna kegemaranku.
"boleh. Bukak la. Dah jadi hak ko." Joe masih lagi tersengih. Perlahan-lahan aku membuka balutan kotak tersebut. Sehelai tudung sutera. Aku sentuh. Lembut! Cantik. Juga warna pink. Aku begitu tertarik dengan tudung ni. Coraknya yang abstrak sesuai untuk dipadankan dengan semua jenis pakaian. Aku mengangkat muka. Aku hadiahkan senyuman yang paling manis untuknya.
"thank you joe. Cantik! Aku suka. Warna pink lagi. Ko masih ingat aku suka warna pink ye…"
"aku takkkan lupa shira. Sebab warna pink tu la kita nak gaduh tau. Hheheh.." kenangan lagi. Kami berdua ketawa serentak.
Aku masih ingat betapa kelatnya muka joe. Betapa masamnya muka dia. Mana taknya. Semua orang dok menjeling sakan kat dia sambil berbisik-bisik. Gara-gara jam tangan yang dia pakai. Jam tu aku yang hadiahkan untuknya sempena sambutan hari lahirnya yang ke 23. berkeras dia tak nak pakai. Tapi aku ugut dia. Aku paksa dia. Kalau dia taknak pakai jam perempuan yang berwarna pink tu jangan harap dia dapat jumpa aku dah. jangan harap aku nak tegur dia dah. akhirnya dia pakai jugak walaupun muka dia tetap tak puas hati. Tapi lama-lama dia senyum balik. Itula joe!
Sebenarnya aku saja nak uji dia. Aku nak lihat sejauh mana keikhlasan dia dalam perhubungan kami ni. Dia sanggup tak pakai jam tangan perempuan semata-mata untuk aku. Genap seminggu dia pakai aku mintak balik jam tu kat dia. Dia pelik.
"kenape? Ko nak ambik balik? Buruk siku betul. Tak nak la aku bagi." Joe membantah.
"bak la sini. Bagi balik kat aku. Cepat!" dengan muka memprotes joe hulurkan jugak jam yang dipakainya.
"nah! Ambik la balik. Buruk siku!" masih tak puas hati. Aku ambik jam yang dia bagi tu.
"nah! Ni untuk ko. Hadiah harijadi dari aku." Aku hulurkan kotak hitam kat dia. Tersenyum aku tengok muka dia yang tercengang-cengang.
"aik!" masih pelik dengan tindakan aku.
"ambik la. Ni sebenarnya hadiah ko. Bukak la." Joe ambik jugak hadiah aku. Tersenyum dia melihat isi kandungan kotak tersebut. Sebuah jam tangan lelaki. Tapi rekaannya sama dengan jam pink yang aku ambik tadi. Joe pandang muka aku. Inginkan penjelasan
"sebenarnya aku nak uji ko je joe. Aku nak tengok sanggup tak ko pakai jam pink tu sebab aku. Tak sangka. Ko pakai jugak ye. Heheheh…. Tak sangka ko sayang jugak kat aku ye…hihihihihi…"
"jam ni sebenarnya sepasang. Tu la pasal design dia sama. Satu untuk ko satu untuk aku. Sengaja aku beli sepasang. Suka?" aku jelaskan perkara sebenar kat joe.
"ko ni kan shira… hmmm…"
"heheeheh.." aku masih tersengih.
"shira, ko bagi apa pun kat aku aku terima. Kalau ko bagi batu tu kat aku pun aku ambik tau." Kata joe sambil memuncungkan mulut ke arah batu di tepi jalan berhampiran tempat kami. Serentak kami ketawa.
"hah! Berangan la tu. Depan makanan pun boleh tersengih. Nape? Ade perisa tambahan yang bagi orang tersengih ke?" sergah joe tiba-tiba.
Habis hilang kenangan manis kami dahulu. Aku hanya tersengih je. Kami menyambung makanan kami. Menyambung perbualan kami. Mengimbas semula kenangan kami semasa belajar dulu. Asyik ketawa je. Mesti orang pelik tengok kami yang bising dari tadi.
Terlalu banyak kenangan manis dari yang pahit yang kami lalui berdua. Tak sanggup rasanya aku kalau satu hari nanti aku terpaksa berpisah dengan dia. Mau biul aku nanti. Selepas makan joe hantar aku balik. Malam tu aku tidur dengan senyuman yang tak lekang dari bibir aku. Sambil memeluk teddy bear kesayangan aku tu.
Alhamdulillah... tiket untuk balik kampung sudah berada dalam genggamanku. Yahoo... yabedabeduuuuu.... mak!!! abah!!!! tunggu Ira balik!!!!. Tetiba baru aku teringatkan sesuatu. Eh... Joe cakap tadi nak menari dengan aku. Lupa pulak aku nak tanya kat dia nak menari tarian apa. Takkan Inang kot. Tak pa..tak pa nanti aku call dia.... Dan aku pun pulang ke asrama semula. "Shira... kau tak masuk pertandingan tu ke? Soal Azimah sambil melipatkan pakaiannya ke dalam beg. "La.. pertandingan apa plak. Aku tak tau pun..." "Hai... aku tengok nama kau dah ada kat white board.. takkan tak tau plak..." "Nama? White Board? Apa hal?" Aku memang bengong waktu ni. Memang aku tak tahu menahu pasal ni. Lagipun tak ada seorang pun yang beritahu aku sebelum ini. "Eh!! kau biar betul... memang kau tak tau ke Ira..." Azimah melopong memandang aku. "Betullah... Untuk apa nama aku tu?" Aku tarik lengan dia suruh duduk sebelah aku. "Menari..." Sambil mengerak-gerakkan tangannya, Azimah mengayakan tarian asli... "Menari!!!!! lagi.. ada nama siapa...." Aku terjerit kecil. "Ermm... Anita, Khairul... Joseph.. Mirza.. Fadil dan kau le... itu yang aku ingat buat masa sekarang la kan... tapi kalau kau tak pecaya jugak..esok kau boleh tengok kat white board depan library..." Azimah kemudiannya bangun membiarkan aku terpikir sejenak. "Oh.... dah ingat.. dah ingat... Siap kau Joe!!!" Aku dah rasa macam nak terkam saja budak Joseph tu. Patutlah dia beriya-iya sangat siang tadi ajak aku couple dengan dia. Padahal nama aku dah masuk dalam senarai pun. Memang nahas kau Joe.... Ish... tapi bila aku boleh jumpak dia. Esok pagi-pagi aku dah kena ada di Pudu.. Bas aku bertolak jam 9.00 pagi... Ermmm... Malam tu aku tak dapat nak tidur. Ini semua pasal cerita Azimah lah ni. Tapi.. kalau dia tak bagitau aku tadi.. sampai bilapun aku takkan tahu.. Aku dah menyimpan geram pada Joseph. Tak tau macam mana aku nak contact mamat ni. Tak kan aku nak tanya Azimah kot. Dia pun bukannya kenal sangat budak tu. Setakat tegur hai.. halloo..tu boleh lah... "Mah!!!.. betul-betul ke cerita kau ni. Kau tak main-main?" Sekali lagi aku tanyakan soalan ini kepada Azimah. "La.... betul!!!!! Aku tak tipu. Buat apa aku nak tipu kau.. Eh..dah lah jom ar tidur.. Esok nak bangun awal.. kau pun nak balik kampung kan? Dah!! Dah!!! stopppppp..." Azimah dah tutup muka dia dengan bantal. Aku pun ikut tutup muka aku dengan bantal... sampai satu masa aku rasa aku susah untuk bernafas.. "Tolong...tolong..... udara!!! udara!!!!" Aku menjerit. "Hoi... hang gila ka hapa." Azimahl menarik bantal dari menutupi muka ku. Akhirnya kami gelak terbahak-bahak. pagi tu aku ambik bas ke pudu dari kolej. sengaja aku tak bg tau joe. aku tau dia kompem tido lagi tu. tak sabarnye aku nak balik. dah 2 bulan tak jenguk mak ayah aku tu. hehheh. perjalanan bas ke lumut memakan masa hampir 5 jam. ni semua sebab bas dok berhenti lama sangat kat kawasan rehat. tapi x pe la. nasib baik naik pagi. tak la berebut aku nak naik feri nanti. feri pun setengah jam satu.
feri kat lumut tu last pun pukul 8.30 malam. tu pun Mesra Feri je. kalau Duta Feri dengan Pan Silver takat pukul 8 je. tu pasal aku suka ambik bas pagi. tak berebut-rebut. pukul 1.45 tengahari aku sampai di lumut. aku naik feri pukul 2 petang. mujur dah ambik tiket masa hari tu. kat sini senang skit. kita boleh ambik tiket pergi balik. simpan la berapa lama pun. tetap boleh guna jugak. pukul 2.30 aku sampai kat Jeti Pangkor. sengaja aku tak tepon ayah aku suruh ambik kat jeti. aku naik teksi je. ha! kat sini teksi semuanya van.
sesampainya di rumah aku nampak mak aku tengah menjemur ikan masin. ini la salah satunya sumber pendapatan kami sekeluarga selain ayah yang bekerja sebagai nelayan.
"mak!!!!!" aku memeluk mak dari belakang. aku mencium tangannya dan mengucup kedua-dua pipi tuanya. rindu sungguh aku dengan bau mak aku ni.
"budak bertuah ni! sampai tak bagi tau. tangan mak busuk-busuk ni ko ira cium jugak! ish!!" mak tersenyum melihat gelagat aku.
"ala... x pe. dah biasa pun. ayah mana?" aku mencari kelibat ayah aku.
"ade tu kat atas. tidur. kan petang sat lagi nak pi kelaut pulak. jom naik. makan."
"ok! jom!" aku memeluk bahu mak.
Tidurku lena bertemankan kenangan lama yang tidak jemu menyapa…
huh!! penat sungguh hari ni. banyak betul kerja kat opis tadi. miss prema pulak dah ade. lagi banyak la songeh singa betina tu. nasib baik joe pun dah ade sama. kalau aku tension aku telefon joe. orang ingat aku call customer la... heehehe... kena pandai cover la kan. kalau tak mau kantoi aku ni. mana taknye, aku rasa tiap-tiap hari kami bergayut walaupun satu company. tapi semua tak perasan.
aku peluk lagi bear pink aku tu. mata aku ni tak mengantuk lagi. macam-macam kenangan yang menjelma malam-malam macam ni. kalau dilayan mata ni memang tak tido la aku. bila teringat time balik kampung tu, aku jadi rindu pulak nak balik. sejak kerja kat sini aku rasa dah 3 bulan aku tak balik. dulu lepas study ada jugak aku kerja kat hotel kat sana. setahun jugak la aku kerja sebelum kerja sebagai sales coordinator kat sini. ramai jugak orang yang aku kenal kerja hotel ni. sebelum ni aku bukannya duduk sangat kat kampung ni. dari form 1 aku dah duduk kat asrama.
tiba-tiba aku rasa nak ketawa. bila terkenangkan majlis tari menari hari tu. masa kat kolej dulu. kelakar sungguh rasa. tari menari tu diadakan sempena sambutan MALAM KEBUDAYAAN FAKULTI EKONOMI. ramai la freshie yang ambik bahagian. tapi sebenarnya majlis tu untuk sambutan senior kepada junior-junior kami. time tu aku di tahun kedua. joe pulak di tahun akhir. tarian kebudayaan tu la hadiah kami untuk junior-junior kami. tengah dok menari sakan, samping joe hampir terlucut. apalagi. gelabah semacam mamat tu. aku rasa macam nak pecah perut bila tangan kiri dia dok pegang samping. takut terburai pulak kat atas pentas. lepas je tarian tu. semua terbahak-bahak ketawakan joe. aku pun join jugak. tak lepas peluang
"hampeh betul la ko ni sally. apsal tak ikat kuat-kuat. kalau terburai tadi malu aku tau!" joe tak puas hati. dimarahnya sally, kami punya perunding imej bagi tarian malam tu. kami masih jugak ketawa.
"ko la.. apsal la ko tu menari macam kartun. ha! kan dah tercabut. orang lain aku tengok ok je. ko tu yang over menari. hak hak hak..." sally membela diri. sempat lagi kenakan si joe tu. aku tengok muka joe masam je.
"ala... rilek arr joe. lagipun ko pandai cover. orang x perasan punya la... hehehhe..." aku cuba pujuk si joe tu. tapi aku pun tak tahan jugak nak ketawa.
"elleh... ko pun sama la shira.. tapi aku pun rasa nak ketawa jugak ni. kalau terlucut tadi mau aku lari belakang stage ha. hak hak hak..." akhirnya kami semua ketawa.
Aku tak sedar pun pukul berapa aku terlena. Dok asyik sangat teringat zaman-zaman belajar dulu.. Yang aku sedar tup-tup jam loceng kat kepala katil aku berbunyi. Krinnnnnnggggggg. Bising betul la. Aku bangun mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja. Sarah pun dah bangun aku tengok. Pagi ni aku rasa malas pulak nak masak. Aku ajak sarah sarapan pagi kat kedai aje. Hari ni hari jumaat. Esok cuti dah. kami kat opis ni cuti sabtu ahad. Itu yang aku suka. Sebabnya kami kena ikut time bekerja pihak kerajaan.
Tugas kami para sales coordinator ni adalah untuk mendapatkan tempat-tempat kursus bagi staf-staf kerajaan. Kira agent company la. Kami akan call CC (Chief Clerk) untuk memberitahu hotel-hotel atau kem-kem yang boleh digunakan untuk menjalani kursus. Kadang-kadang tu marah jugak sebab diorang ni tak nak layan. Katanya dah ada tempat tetap la. Ha! Kat sini la kepakaran kami diuji. Kena pandai berkomunikasi, pujuk memujuk sampai berjaya. Sekiranya berjaya, kami akan dapat point.
So, walaupun gaji tetap ada, tapi dari point itula kami akan dapat mata. Untuk mendapatkan intensif. Ramai jugak kawan-kawan aku kat sini merungut. Mungkin tak biasa bercakap kot. Bagi yang baru la. Tapi kalau dah lama memang seronok. Aku dulu pun macam tu la. Tapi bukan kat sini. Tapi masa aku kerja kat hotel dulu. Kat sana aku sebagai sales clerk. Jadi sedikit sebanyak pengalaman tu aku bawak sekarang. Jadi tak la susah untuk aku bekerja.
Mungkin disebabkan pengalaman dan kecekapan aku yang ada, aku berjaya dinaikkan pangkat 3 bulan lepas sebagai Sr. Sales Coordinator. Alhamdulillah. Pendapatan aku pun bertambah jugak. tapi jadi Sr. ni teruk sikit la. Sebab kena kerja keras lagi. Nak kena tunjukkan contoh yang baik bagi staff-staff bawahan. Tapi tak pe. Sales Eksekutif adalah target aku pada masa akan datang. Insyaallah…. Amin…. Mudah-mudahan berjaya jugak.
Hari sabtu tu aku tak buat apa-apa pun kat rumah. Lepas siap mengemas rumah, aku lepak-lepak dengan shira. Sampai la ke petang. Malam ni aku dah janji nak keluar makan dengan joe. Macam bercinta pulak kami ni kan. Hehehhehe…
"shira! Kita tengok wayang hari ni nak? Dah lama tak tengok tau." Tiba-tiba sarah menerpa kat aku.
"tengok wayang? Bila?" aku masih melekatkan mataku kat skrin tv. Pelakon kegemaranku sedang berlakon. Lois Khoo. Handsome mamat ni sebenarnya walaupun dia dikategorikan sebagai berkulit hitam manis. Bukan senang nak jumpa pelakon cina yang berkulit gelap. Mungkin itu la kelebihan dia. Tapi aku tetap suka. Lakonannya cukup berkesan.
"malam ni la. Kita tengok Qaisy dan Laila.. Jehan yang berlakon kan. Dengan Fazura. Kita tengok ye." Bulat mata aku memandang sarah. Jehan! Pakwe kitorang tu. Hehehe… tak sangka kami punya minat yang sama. Makin kami suka kat dia lepas tengok lakonan cemerlangnya bersama Nisdawati dalam drama Cerekarama Miftahul Jamilah. Boleh cair aku tengok tau.
"aah kan. Cerita tu dah keluarkan. Tak sabar rasanya aku nak tengok mata dia tu." Aku pulak yang bersorak gembira. Hilang Lois Khoo.
"Tapi…" aku baru teringat.
"Tapia pa?" belum sempat aku nak habiskan ayat aku, sarah dah mencelah. Dia ni memang macam nit au. Suka sangat mencelah.
"tapi aku dah janji dengan joe malam ni. Karang dia bising pulak." Memang pun aku dah janji dengan dia.
"ala… ko ni kan. Asyik berkepit dengan dia je aku tengok. Macam orang bercinta pulak. Padahal tak pun. Ko tu yang syok sendiri. Hehhhe.." sempat lagi tu kenakan aku. Aku hanya menyeringai tersengih.
"jom la… bukan selalu pun kita tengok wayang. Lagi satu ko korang tiap-tiap hari berjumpa. Tak puas-puas lagi ke? Malam ni korang cuti la berjumpa. Cover la balik esok." Sarah masih tak puas hati.
"eh! Ko pun aku jumpa gak hari-hari. Kat opis jumpa, kat rumah pun jumpa. Kita x boleh cuti jumpa gak ke?" hah! Kena balik ko sarah. Heeheh… "aku lain. Heheeh…."
"x pe la. Aku kasi chance kat ko. Malam ni aku cancel ‘tarikh’ dengan joe tu. Jehan punya pasal aku sanggup. Aku mengambil telefon bimbitku. Nombor joe aku dail. Talian bersambung.
"joe! Aku ni.." aku terus je serbu bila dengar suara joe di hujung sana
"hah! Shira. Nape? Rindu ka aku ke sampai tak sabar nak tunggu malam ni?" ceh!! Memang pun aku ridu kat ko. Ko tu je yang tak paham. Aku mengomel sendiri dalam hati.
"ye la tu.. macam ni. Malam ni kita tak payah keluar la. Kita jumpa esok je. Boleh?" ake menuturkan perkataan satu persatu. Nanti joe marah pulak.
"kenapa? Ko dah janji kan nak teman aku. Jangan la macam ni." Suara joe seakan merajuk.
"macam nie. Sarah ajak aku pegi tengok wayang. Kesian pulak dia. Lagipun dah lama tak tengok wayang dengan dia."
"kat sarah kesian. Kat aku tak kesian? Lagi satu, dengan aku pun ko dah lama tak tengok wayang. X pe pulak." Masih tak puas hati lagi mamat ni.
"ala… kami nak tengok boyfriend kami berlakon la. Kalau dengan ko tak boleh. X pe… aku ganti esok nak. Kita keluar esok. Ok?" aku masih lagi memujuk joe.
"tu mesti Jehan la tu!" sempat lagi dia usik aku.
"heheheh… tau tak pe.." ingat lagi joe ye. Mana tak ingatnya. Tiap-tiap hari aku dok cerita kat dia pasal jehan lepas cerita MIFTAHUL JAMILAH tu. Sampai naik muak dia dengar. Jehan handsome la. Romantik la. Tapi dia tetap layan karenah aku ni. Heheh..
"ye la. Filem baru. Qaisy dan Laila. Ok ye. Kita jumpa esok na."
"kalau macam tu…. Boleh… tapi ada syarat dia."
"ok! Apa dia? Aku tak kisah punya la." Nampaknya aku dah berjaya tu.
"ermmm… aku nak ikut skali."
"hah! Ko biar betul! Sanggup ke ko nak tengok cerita melayu" bukan aku tak tau perangai joe tu. Tu pasal aku malas nak ajak dia tengok wayang.
"ye la. Aku nak tengok jehan tu la. Nak tengok sejauh mana hebatnya dia sampai ko dengan si sarah tu boleh jatuh tergolek dok tengok dia."
"kalau macam tu aku kena tanya sarah dulu la. Jap ye." Aku menekup telefon aku dengan tangan kiri. Ake gamit sarah yang asyik masyuk tengok tv. Tak perasan pulak dia.
"sarah! Joe nak ikut kita ni. Tak pe ke?" sarah tak menjawab pun. Sebaliknya mengangguk je. Kira ok la tu kan.
"ok joe. Ko boleh ikut kami. Kita jumpa kat depan TGV KLCC tau." Aku menetapkan janji dengan joe
"tak payah. Aku jemput korang kat rumah. Movie pukul berapa? Dah tempah tiket?"
"dah tempah dah. pukul 10 malam start. Saje kami ambik lambat. Esokkan cuti. Tu la pasal nak berfoya-foya jap." Hehehheh.. aku hanya ketawa.
"ooo… nak berfoya-foya ye. Tak payah!! Aku jemput korang kat rumah pukul 8 malam. Ok?"
"ok! Thanx. Kami tunggu ko. Bye.!!!" Aku mematikan talian.
"woit! Awalnya ko siap sarah. Baru pukul 6 lebih ha." Aku membelek jam di dinding rumah sewa kami. Baru pukul 6.25 petang. Awal lagi nak tunggu pukul 8.
"ye la… aku malas nak drive lambat-lambat. Aku solat kat masjid kat KLCC je. Bukan ape. Time-time hujung minggu ni ramai orang. Tak lalu nak berdepan dengan jem nenas tu karang." Mimpi apa la pulak si sarah ni. Bukan dia yang nak drive pun.
"ko ni apa hal. Bukan ko yang nak drive. Ko duduk je kat belakang." Sarah ni la kan!
"kalau aku tak drive sapa nak drive? Ko? Kirim salam la.." la… tak paham lagi rupanya minah ni.
"masa bila pulak ko yang drive. Kan joe yang ambik kita sat lagi kat umah. Pukul 8.00 nanti." Semakin pelik aku tengok sarah ni.
"hah! Joe? Apsal pulak dia yang nak ambik kita?" mamai lagi rupanya minah ni.
"Ya Allah! Ko ni kan! Kan aku dah cakap tadi joe nak ikut. Aku tanya ko tadi. Ko ok je. Angguk je kepala. Ni apsal tetiba lupa lak ni. Dah nyanyuk ke?" memang tengah mimpi lagi la sarah ni aku tengok. Masih dok garu-garu kepala dia.
"ye ke? Hehhehe.. aku tak perasan la. Kusyuk sangat tengok pakwe hong kong ko berlakon. Best gak kan dia berlakon. Hehe…"
"aku kompius lagi ni. Korang ni ade apa-apa ke? Yang dia nak ikut tu apsal la… dating la esok-esok. Kacau je la. Mengalahkan orang bercinta!"
"hehehhee… tau tak pe.. biasa la tu….." adoi!!! Ade ke aku dibalingnya dengan bantal kusyen! Nak kena betul dak sarah ni. Bila aku tanya dia kata menyampah tengok muka aku yang dok tersengih-sengih tu. Gatai katanya. Hehehhe… nasib ko la sarah dapat kawan yang kuat berangan macam aku ni.
Pukul 8 malam joe dah tercongok kat depan rumah kami. Piiiiiin…piiiiiiin… aku dan sarah keluar bersama. Kami masuk dalam perut perdana joe.
"hai joe" serentak kami menegur joe. Sarah pun dah panggil dia joe dah. tiada laga en.joe. sebabnya joe kata kat luar dia adalah seorang kawan. Bukan lagi seorang pegawai atasan seperti di pejabat. Lagi pula, dia kata kawan aku kawan dia jugak. so sekarang sarah panggil dia joe je la.
Akhirnya selepas bergelut dengan kesesakan ibu kota, kami sampai juga ke destinasi kami. Kami menaiki lif yang disediakan. Butang tingkat 4 kami tekan. Wah! Ramainya orang yang nak tengok wayang. Maklumla… awal bulan. Kebanyakannya baru dapat gaji. Jadinya berjoli sakan la. Aku belek jam. Baru pukul 9.15. aku berura-ura nak ke tingkat atas. Tiket pun sarah dah ambik. Kaunter tempahan tak ramai orang. Jadi tak payah la beratur lama-lama.
"aku nak pegi kedai buku jap tau. Korang beli la apa-apa yang patut nak mengunyah kat dalam tu sat lagi." Aku pantas meninggalkan sarah dengan joe menuju ke eskelator untuk ke tingkat atas. Kinokuniya aku tujui. Inilah satu-satunya tempat yang paling aku gemari kat sini. Mana-mana shopping complex pun, aku akan pergi ke kedai buku. My favourite place.
"woit! Shira. Tunggu aku. Nak ikut jugak." joe dah berlari anak ke arah ku."
"cepat la. Sibuk je!" kami melangkah seiringan ke kedai tersebut.
"ko nak cari buku apa?" joe berbisik di telingaku. Mungkin takut nak cakap kuat-kuat kot. Kat sini pelik sikit. Orang yang datang semuanya diam. Seakan-akan library pulak. Di merata-rata sudut dan bahagian ada sahaja orang yang melepak sambil membaca buku atau majalah. Ada yang melepak di atas tangga kecil, yang berdiri pun ada. Yang bersila pun ramai. Suasananya memang best. Diam sahaj. Itu la pasal joe tak berani nak cakap kuat-kuat kot.
"ni ha!" aku tunjukkan novel terbaru Norhayati Berahim. Salah satu penulis kegemaranku. ‘NOTA CINTA BUATMU’. Kisah seorang gadis melayu yang ditinggalkan kekasih hati. Dia membawa diri dan akhirnya bertemu dengan seorang pemuda yang tidak percayakan kewujudan Tuhan dan agama. Kekasih lama akhirnya kembali dan ingin menyambung semula perhubungan yang telah terputus. Tegakah dia untuk meninggalkan yang baru dan menerima semula yang lama. Tapi yang pastinya dia ingin menyedarkan kelasih lamanya itu. Siapa pilihan dia ye nanti. Aku berura-ura sendiri.
"eeeiii jiwang! Bak sini. Aku nak baca synopsis dia."
"ooo kata aku jiwang ye… x payah!"
"elleh! Tu pun nak marah. Cepat bagi aku." Joe merampas buku tersebut dari tangan aku. Berkerut muka dia baca jalan cerita buku tersebut. Dia tengok aku.
" ape?" aku pelik tengok sikap dia. Joe menunjukkan kulit belakang buku tersebut. Baru aku paham.
"tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati ye. Tak de maknanye!!!" aku rampas balik buku tu dari tangan joe. Aku menuju ke kaunter pembayaran. Tapi joe rampas balik dari aku. Dan dia yang buat pembayaran. Katanya hadiah dari dia.
"ko rasa dia pilih sape ye?"
"ntah! Aku pun tak tau. Baca nanti baru tau."
"kalau ko, ko pilih sapa?"
"aku? Kalau aku, aku pilih ko kot? Hehehhe… perasan la ko." Sengaja aku bagi klu kat joe. Harap-harap dia faham.
"elleh!!! Yo yo oo la ko tu.." joe mencebik kepadaku. Tengok tu! Dia memang tak de perasaan hanya aku je la yang bertepuk sebelah tangan.
‘memang aku suka shira. Aku suka sangat. Tapi aku tau. Ko mesti tak nak kat aku ni. Aku yang bertepuk sebelah tangan. Banyak yang aku buat tapi kau tetap tak faham. Buat tak tau je.’ Joe menjawab. Tapi hanya hatinya sendiri yang mendengar. Tidak terluah pun di bibir.
"nak kata kat aku jiwang konon. Dia pun sama" aku mencebik muka kepada joe. Dia tersengih sahaja. Kami melangkah keluar dari kinokuniya dan berjalan ke panggung wayang tempat sarah tunggu kami. Kesian dia kena tunggu sorang-sorang.
"hoi! Cepat la! Lembab betul la. Nak masuk dah tau!" sarah jerkah je kat kami. Ish!! Dia ni memang tau. Kalau dulu takut-takut je kat joe. Sekarang berhoi-hoi je dengan joe. Budak bertuah betul! Aku dengan joe cepat-cepat pergi kepada sarah yang sedang menunggu di pintu masuk panggung.
Keluar je dari panggung kami dah kecoh-kecoh dah. macam joe tu tak wujud dah dengan kami. Ini semua penangan Jehan Miskin.
"bestnya aku tengok cerita tu sarah. Handsomenya!!! Romantic pulak tu. Part paling aku suka time dia tutup kepalak fazura kat padang lalang tu. Yang masa angin kuat tu. Yang paling best nampak sangat dia risau bila cari adik dia dengan fazura yang lari masa penyamun serang diorang. Tapi yang paling sedih bila radhi khalid mati la tu. Sedih sungguh aku tengok.
"tu arr shira. Sedihkan. Tapi memang best la. Fazura dengan jehan tu memang padan la dalam cerita tu. Nampak macam serasi je walaupun filem ni tak highlight pun kisah-kisah cinta diorang. Macam faham-faham sendiri kan. Best sungguh boyfriend kita tu kan. Hehehehh…." Sarah pulak menyambung.
"hensemnya!! Tak boleh lena la aku malam ni. Teringat kat dia je. Pandai pulak tu dia cakap Afghanistan!"
"tu la pasal shira. Pandai kan dia." Sarah menyokong kata-kata aku tadi.
"hah! Ye la tu pandai! Mesti la dia belajar. Ingat dia tau terus ke? Korang ni la kan." Joe bersuara jugak. mungkin tension kot dengan kami. Mesti la jehan belajar dulu bahasa tu sebelum berlakon. Kami ni pulak macam tak boleh berfikir je. Apa yang jehan buat semuanya best. Kelakar pun ada.
"hoi! Cik kak! Sudah-sudah la tu. Rimas tau aku dengar!" joe masih tak puas hati bila kami masih lagi dok bercerita pasal jehan. Pasal cerita tadi.
"sape suruh ko ikut. Tahan je la telinga ko tu." Sarah tak mau mengalah.
"ermmm habis la aku macam ni. Nampak gayanya terpaksa la aku tahan telinga aku berminggu-minggu." Joe mengeluh awal-awal. Aku dengan sarah ketawa serentak tengok gelagat joe. Memang pun. Kisah tu memang tak habis malam tu aje. tapi berminggu-minggu topic yang sama kami ceritakan. Topic Jehan Miskin. Hehehehe..
Hujung tahun sudah menjelma. Tapi perhubungan aku dengan joe masih ditakuk lama. Tiada apa-apa perkembangan. Memang kami semakin rapat tetapi hanya sebagai kawan. Apa yang aku impikan, apa yang aku hajati belum tercapai. Dia memang melayan aku dengan baik sekali. Sehinggakan aku terperasan kadang-kadang. Tapi itu cuma layanan sebagai seorang kawan aku fikir. Tiada pertalian perasaan. Entah la. Aku pun tak tau. Hujung bulan disember ni kami ada hari keluarga syarikat kami. Travel Bumi Agensi. Semua staff terlibat. Baik pengarah mahupun pekerja am. Aku memang suka bila time macam ni muncul. Pengalaman aku kat sini selama 3 tahun lepas dan 2 tahun menyambut keraian macam ni, memang akan dinanti-nantikan. Tahun pertama aku di sini kami ke Pulau Langkawi. Tahun kedua kami ke Pulau Perhentian. Kali ni kami akan ke Pulau Pangkor.
"hah! Pangkor? Biar betul zain!" aku dah melonjak kesukaan bila zain selaku pengerusi hari keluarga kami tahun ini memberitahu destinasi hari keluarga kali ni. Masa tu kami adakan mesyuarat kecil bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam di sana.
"ye la. Suka la hang no dapat balik kampung. Boleh balik ghumah hang no… tapi tak boleh. Tak dibenarkan keluar dari kawasan hotel. Heheh…" zain yang berasal dari utara semenanjung Malaysia sempat lagi usik aku. Diorang kat sini memang tau aku ni orang sana. Mana taknya, setiap kali aku balik kampung, ada sahaja pesanan dari diorang ni. Mentang-mentang la mak aku ni tokey ikan masin, nak dapat diskaun la tu. Tapi aku tak kisah pun. Diorang kat sini la keluarga nombor 2 aku.
"mestila best. Heheheh… ada apa-apa aku nak tolong ke? Heheheh.."
"tak payah tuan puteri. Semua dah settle. Tunggu nak pergi je ni. Ok semua. Jadual I dah edarkan. Itu adalah aktiviti yang akan kita lakukan. Sekarang ni kita kena bahagikan kumpulan sahaja. Kita semua termasuk big boss kita ada 23 orang sahaja. Kita bahagikan kepada 3 kumpulan. 1 kumpulan 7 orang. 2 orang lagi big boss kita tak payah masukkan dalam kumpulan. Diorang akan masuk mana-mana kumpulan yang diorang suka. Ok?" zain menjelaskan secara terperinci.
"shira! Sebab hang yang paling semangat, hang buat cabutan undi untuk semua staf. Ok?
"ok zain. Bisa diatur." Aku buat undian time tu jugak. aku dapat satu kumpulan dengan rose, miss prema. Sarah dapat satu kumpulan dengan joe. Fuad tolong cabutkan undi untuk joe sebab dia bercuti hari ni lepas meeting di johor bahru semalam.
"hoi! Berangan la tu." Sarah jerkah aku tiba-tiba. Masa ni kami dah ada di pulau pangkor. Esok kami nak balik dah. aku rasa aku tak jumpa lagi joe sepanjang hari ni. Masa datang hari tu pun joe tak join. Katanya dia akan menyusul kemudian. Banyak kerja. Aku pelik tengok sikap dia dua tiga menjak ni. Macam nak melarikan diri dari aku je.
"sarah! Ko nampak joe tak. Dari tadi lagi aku tak nampak dia. Semalam pun masa makan malam je aku nampak dia. Tapi tak sempat nak tegur sebab dia terus hilangkan diri." Aku bertanya kat sarah kalau-kalau dia ada ternampak kelibat joe.
"ye la shira. Aku pun tak nampak dia. Aku pun tak tau kenapa. Tapi aku dengar-dengar dia dah balik la shira. Tengahari tadi."
"hah! Kenapa dia balik? Kenapa dia tak bagitau aku. Sampainya hati dia sarah." Aku kecewa dengan sikap joe. Masalah apa yang ditanggungnya sekarang. Sampai dengan aku pun dia macam tak mau bercakap. Sejak balik dari johor hari tu lagi. Dan aku rasa dah sebulan dia tak cakap dengan aku. Tak contact aku. Yang ada bila aku yang cari dia. Layanan dia tetap sama. Baik dan akan melayan setiap perbualan aku. Tapi itupun sebab aku yang cari dia. Kalau aku tak cari dia, alamatnya kami takkan bertegur la tu.
"dia ada masalah ke shira?"
"entahla sarah. Aku pun tak tau."
"aku rasa baik ko tanya dia shira."
"aku nak tanya macam mana. Dengan aku pun dia taknak cakap. Nak tunggu dia telefon ke cari aku ke, jangan harap la. "ko ada sakitkan hati dia ke?" sarah masih tak puas hati.
"mana ada! Aku tak cakap apa-apa pun." Memang tak ada pun. Aku rasa kami ok je. Tak ada apa-apa problem pun.
"try ko ingat betul-betul shira. Mana nak taukan. Kot-kot la ko tak sedar."
"entah la sarah. Pening aku fikir pasal ni." Tension betul aku.
"eh jomla. Kata nak balik rumah ko jap. Jom la." Sarah tarik tangan aku. Aku pun dah janji nak balik rumah kejap kat mak aku. Nak jumpa mak dengan ayah aku. Aku mengikut sarah ke parking motor. Motor yang ayah aku hantar kat hotel tempat penginapan kami. Untuk kemudahan aku nak balik rumah katanya.
"hai shira! Ko nak pegi mana ni?" tiba-tiba fuad muncul kat depan kitorang. Menyampah aku.
"nak balik rumah." Aku menjawab ala kadar je.
"nak ikut boleh?" dia masih lagi tersengih-sengih. Eeee… geramnya aku tengok perangai dia. Macam lintah. Kalau nak cakap tu tak boleh duduk jauh ke. Ni sampai nak melekat kat orang ni apahal.
"nak kena ni. Jom sarah! Jangan dilayan budak tak betul ni." Aku tunjuk buku lima kat fuad.
Aku tarik tangan sarah ajak dia pergi dari situ. Aku ni bukan apa. Makin menyampah sebenarnya dengan fuad ni. Aku pun tak tau kenapa. Tapi sejak perangai dia yang semakin menjadi-jadi aku semakin tak suka. Tengok semalam macam mana dia buat kat aku masa makan. Geramnya!!!! Nak berkepit je dengan aku. Terpaksa jugak aku layan dia. Semata-mata nak jaga maruah dia. Tapi memang bengang la. Nak melekat je dengan aku. Macam lintah! Bertambah bengang lagi bila joe macam lari je dari aku.
Dulu aku baik dengan fuad. Aku selalu mintak dia tolong aku. Kami selalu jugak makan sama-sama. Tapi bukan berdua la. Tapi lama kelamaan perangai gatal dia semakin menyerlah. Aku tak tau pun perangai sebenarnya. Pernah dulu joe sound aku sebab rapat dengan fuad. Dia kata fuad tu buaya. Tapi aku buat tak tau je. Bila aku tanya dia jeles ke dia cakap tak. Lagi la aku bengang. Aku buat-buat rapat lagi dengan fuad. Geram aku dengan sifat joe.
Tapi sejak Fuad mula nak pegang-pegang tangan aku, nak peluk-peluk pinggang aku, aku dah tak boleh nak bagi muka dah. nyaris-nyaris aku nak lempang je muka dia. Tapi aku masih ada hati. Masih nak jaga air muka dia. Sejak tu aku dah tak suka dengan fuad. Kalau boleh aku nak jauhkan diri dari dia. Tapi kat mana aku ada kat situ la dia ada. Geram aku.
Joe masih lagi termenung dalam bilik pejabatnya. Banyak sungguh masalah yang dihadapinya sekarang. Kat rumah la. Family la. Ditambah lagi dengan perangai shira tu. Lagi tambah sakit hati dia. Semalam masa makan malam asyik berkepit je dengan fuad. Tersengih-sengih si fuad tu. Geramnya!! Yang shira pun satu, melayan sungguh dengan budak tu. Tapi betul ke apa yang fuad tu kata kat dia hari tu?
"joe! Aku rasa aku nak ngorat si shira tu la. Ok gak aku tengok budak tu." Masa tu joe dengan fuad tengah minum petang kat pantry. Kebetulan shira lalu.
"apsalnya. Kan ko tu dah banyak koleksi. Apsal nak kacau si shira lagi." Joe tak puas hati. Dia tau perangai fuad yang macam buaya tembaga tu. Pantang nampak perempuan berdahi licin sikit.
"la. Ok la tu. Tambah koleksi. Kalau ok aku on terus la dengan dia. Hehehe" fuad masih tak lepas pandang dari shira.
"ko jangan buat pasal. Shira tu kawan aku tau. Ko jangan nk main-main dengan dia."
"elleh. Baru kawan. Bukan awek ko pun. Aku nak heran apa. Ko tengok la nanti apa aku nak buat. Aku akan dapatkan jugak si shira tu. Ko tengok je la."
"ko ni fuad!" fuad dah berlalu. Tak sempat joe nak habiskan ayat dia.
Pernah satu hari dia dapat mesej dari fuad. ‘joe, ko turun sekarang. Kat kafe. Aku dah kata. Shira akan jadi milik aku. Hahaha!!" terkejut joe bila baca mesej tersebut.
Cepat-cepat dia berlari turun. Apa yang dia tengok joe tengah kepit shira. Tangan dia melekat kat pinggang shira. Tak guna kau fuad! Kau sengaja nak kenakan aku! Dengan perasaan sebal dia terus berlalu. Sekarang ditambah pula dengan adegan semasa makan malam di dewan makan hotel penginapan diorang malam tadi. Sebab tu dia sengaja balik pagi esoknya. Shira pun dia tak cari.
Sakit di hati tak hilang lagi. Kenapa shira tak faham perasaan dia. Dalam penat tak habis lagi lepas outstation sanggup jugak dia pergi ke Pangkor. Sebabnya nak lepaskan rindu kat shira. Alih-alih benda ni pulak yang jadi. Sakit sungguh!
"hello joe! Mummy ni" suara ibunya kedengaran selepas dia menjawab panggilan telefon.
"ye mummy. Joe ni. Nape mummy? Baru semalam joe balik rumah. Takkan dah rindu kat joe kot." Sempat lagi dia mengusik ibunya.
"macam ni. Td aunty sofie kamu telefon mummy. Dia ajak kita balik kampung hujung minggu ni."
"ala…. Kenapa pulak dia ajak balik kampung."
Joe sebenarnya malas nak balik ke Penang. Memang kampung dia di Penang. Makcik sofie adalah ibu kepada cindy. Rumah yang mereka duduki sekarang adalah rumah pusaka keluarga joseph. Jadi segala keraian atau berkumpul seluruh ahli keluarga akan dibuat di rumah tersebut. Di Penang.
"dia kata ada hal famili. Dia suruh balik. Joe ok ke?"
"tak boleh la mummy. Joe banyak kerja ni. Hari tu kan outstation. So, kerja dah menimbun. Mummy pegi dengan lisa je la. Boleh?" joe kalau boleh nak elak dari jumpa dengan cindy dan mak dia tu. Dia menyampah dengan perangai kedua-dua anak beranak tu.
"joe, kenapa ni. Tak suka balik ke rumah aunty kamu ye?" ibunya masih memujuk lagi.
"my, tak boleh la. Joe sibuk. Lagipun buat apa jumpa diorang pun. Kalau boleh mummy pun tak payah jumpa diorang tu. Cukup la apa yang diorang buat kat kita dulu. Joe takkan lupa mummy." Masih terbayang kisah lama keluarganya.
"joe… yang lepas tu lepas la. Jangan diungkit sangat. Diorang tu saudara kita." Sedih je suara ibunya.
"entah la mummy. Joe susah nak lupa. Masa kita susah ditendangnya kita macam sampah. Tapi bila dah senang baru nak ditatangnya kita. Geram joe, mummy."
"sudah la tu joe. Lupakan la. Ni mummy nak tanya sikit ni. Jangan marah pulak ye."
"ape mummy?"
"kalau aunty kamu nak jodohkan kamu dengan cindy macam mana?"
"hah! Tak nak joe. Joe rela tak kawin mummy." Memang dia tak sudi pun nak memperisterikan joe.
"kamu ni la…. Hihihihi.." gelihati ibunya mendengar kata-kata joe.
"mummy! Kalau menantu mummy nanti orang melayu macam mana?" joe sengaja nak menduga jawapan ibunya.
"melayu? Mummy tak kisah pun. Asal dia baik dan dapat terima kita. Kamu pun dah besar. Semua keputusan kamu mummy restu. Mummy tak pernah haling anak-anak mummynak buat apa-apa pun kecuali mengaibkan nama keluarga. Dah ada calon ke?"
"terima kasih mummy. Ntah la. Tak comfirm lagi. Joe pun tak tau nak buat macam mana ni."
"bawak la dia jumpa mummy dengan daddy."
"betul ni? Thanx mummy." Joe mematikan talian selepas selesai bercakap dengan ibunya.
Mujur keluarganya jenis open minded. Lagipun kakaknya suzana pun berkahwin dengan lelaki melayu. Sampai sekarang hubungan kakaknya dengan keluarga mereka masih rapat. Malah ibunya juga turut menyediakan bilik sembahyang untuk keluarga kakaknya di rumah ibunya. Hubungan dengan keluarga abang hasan, abang iparnya juga baik dengan keluarga mereka.
Minggu baru di tahun baru. Semoga segala impian akan menjadi kenyataan. Begitulah azam aku tahun ini. Dengan azam dan semangat baru aku melangkah menuju ke pejabat. Pintu lif aku hampiri. Hari ini sengaja aku datang awal. Pukul 7.30 pagi dah sampai. Malas aku nak berdepan dengan jem. Pukul 7.00 pagi lagi dh keluar dari rumah. Alhamdulillah. Aku dah mampu membeli kereta sendiri. Tak perlu naik bas dan tumpang orang lagi. Kelisa kuning hitam. Walaupun kecil tapi comel. Aku suka.
Semasa hendak melangkah memasuki lif, tanpa disedari, tangan aku ditarik seseorang. Ni mesti kerja si fuad ni. Tanpa menoleh aku terus menengking fuad. Aku rentap tangan. Masa inilah baru boleh aku nak lepaskan rasa marah sebabnya masih awal lagi. Jadi tak ada sesiapa lagi di sini.
"fuad! Ko jangan kacau aku boleh tak! Yang gatal nak pegang tangan aku ni kenapa. Nak kena lempang!" alamak! Joe! Bukan fuad! Kantoi aku macam ni.
"shira! Fuad selalu buat macam tu kat kau ke? Dia yang kacau kau? Bukan kau pun suka?" bertubi-tubi soalan joe ajukan. Marah sungguh joe waktu mendengarnya. Betul ke shira tak suka. Kalau suka takkan dia nak tengking macam tu. Keliru joe.
"eh! Joe! Awal kau hari ni?" aku masih lagi menunduk. Malu. Cepat-cepat aku melangkah ke dalam perut lif. Joe pun ikut sekali. Aku hulur tangan untuk menekan butang 5 tapi joe lebih pantas. Butang 17 ditekannya. Tingkat atas sekali. Bumbung.
"kau tak jawab lagi soalan aku shira! Betul ke? bukan kau pun suka kat fuad tu?"
"masa bila aku cakap aku suka kat fuad? Kau ade dengar ke?" aku rasa nak marah je bila dengar joe kata macam tu. Masa bila pulak aku mention kat dia yang aku suka kat fuad. Memang nak kena betul la mamat ni. Aku terus berdiam diri. Malas aku nak layan joe.
"habis tu kenapa aku nampak kau tu asyik melekat je dengan dia. Kat kafe la. Siap pegang-pegang pingggang lagi. Masa kat pangkor pun sama. Berkepit je. Sakit mata aku ni tau" masa tu kami dah sampai kat tingkat 17. aku melangkah keluar dulu. Malas aku nak jawab soalan dia.
"shira! Ko dengar taka pa aku cakap ni?" joe masih tak puas hati. Direntapnya shira menghadap dia.
"apa ni joe! Sakit tau!" geramnya aku. Ingat aku ni anak patung ke?
"sorry shira. Sorry. Tapi aku perlukan penjelasan dari kau. Aku dah penat asyik fikirkan benda ni.
"penjelasan apa?" aku masih lagi marah dengan perangai joe sejak kebelakangan ni.
"apa hubungan kau dengan fuad?" joe masih tak puas hati.
"kalau aku ada apa-apa hubungan dengan dia pun kau peduli apa. Selama ni pun kau tak peduli pun aku nak kawan dengan sape-sape pun kan?" sengaja aku cakap macam tu. Biar dia terasa sikit. Susah sangat nak berterus terang. Kalau tak cemburu apa makna semua ni. Apa makna yang dia sedang buat kat aku ni. Kalau macam ni punya perangai mesti kes cemburu ni.
"apa pulak aku tak peduli. Aku peduli tau. Kau tu je yang tak nak ambik tau. Bila aku larang kau lagi suka. Aku nak buat macam mana lagi. Apa hak aku nak halang kau!" joe masih tak mau kalah. Suara dia pun makin tinggi aku dengar. Aku rasa inilah kali pertama kami bergaduh besar sepanjang usia kami berkawan ni.
"sape kata kau tak de hak! Kau memang ada hak tapi kau yang tak mau guna. Kau biar je aku nak buat apa. Kau tak nak pun larang aku sungguh-sungguh! Tak boleh ke kau kata, ‘aku tak nak kau buat macam tu lagi shira. Aku tak suka!’. Kau tak pernah kata macam tu tau. Abis tu macam mana aku nak ikut" tanpa sedar aku rasa macam ada air hangat yang mengalir kat pipi aku ni. Ni semua gara-gara perasaan marah dalam diri aku ni. Cepat-cepat aku seka air mata aku.
"kalau macam tu aku nak kata sekarang! Boleh!" masih lagi keras.
"sekarang? Huh! Dah terlambat!" aku lantas berpaling nak turun.
"kau jangan nak mengada-ngada pergi. Kita tak settle lagi ni. Kau berhenti shira!" joe menahan aku. Aku terpaksa berhenti jugak.
"apa lagi. Aku malas nak bertengkar dengan kau tau tak. Aku nak turun." Aku bergerak semula. Suara aku pun dah kendur.
"aku cakap tunggu, tunggu la. Apsal degil sangat ni!" joe masih lagi berkeras. Dia berjalan ke arah aku.
"aku nak tau satu benda je. Dan aku harap kau berterus terang dengan aku. Sejujur-jujurnya. Lepas kau jawab tu baru aku akan lepaskan kau. Boleh?" suara lembut joe dah kembali. Aku paling suka dengan intonasi dia ni. Dah lama aku rindukan suara dia yang macam tu. Garau tapi lembut.
Aku mendongak. Mengangkat muka aku mengadap dia. Perasaan sayang aku kat dia dah sarat dalam hati aku ni. Tak tau aku nak sorok. Tak dapat aku nak halang.
"apa soalan kau joe?" aku bersuara lembut. Biarlah aku berterus terang dengan sebarang soalan dia nanti. Aku dah bersedia. Sekiranya aku akan kehilangan dia pun aku redha. Aku dah tak mampu untuk membendung perasaan aku ni kat dia. Biar aku luahkan sepenuhnya.
"betul kau tak ada apa-apa hubungan dengan fuad? Itu je aku nak tau, shira. And please, be honest to me." Suara joe seakan-akan merayu.
Joe memandang tepat ke anak mata aku. Aku membalas pandangan mata dia. Aku angkat tangan aku. Aku usap pipi joe. Inilah kali pertama aku buat macam ni dengan mana-mana lelaki yang bukan muhrim. Ini lah pertama kali. Dan masa inilah juga aku nak berterus terang dengan joe tentang perasaan aku. Biarlah dikatakan aku ni perigi mencari timba asalkan ringan beban hati yang aku tanggung ni.
"joe. Aku tak pernah ada hubungan dengan fuad dan takkan ada. Hati aku dah dimiliki oleh orang lain. Dah lama dah dan aku pun tak sanggup nak tanggung dah joe." Air mata aku mengalir. Joe lap air mata aku yang mengalir. Dia turut usap pipi aku.
"aku tak pernah sebegini bebas dengan mana-mana lelaki joe. Hanya kau saje yang aku buat macam ni. Perasaan aku kat kau pun dah tak tertanggung joe. Biar la aku berterus terang hari ni. Kalau kau nak buang aku lepas ni pun aku redha joe. Asalkan terlepas beban yang aku tanggung bertahun-tahun lamanya joe." Aku menyambung semula kata-kata aku. Joe hanya merenung mataku.
"cakap shira. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Segala penjelasan dari kau. Terus terang shira." Aku lepaskan tangan aku dari pipinya. Dia turut berbuat benda yang sama. Lagi sekali aku menentang matanya.
"joe. Hati aku ni hanya milik kau. Dah lama joe. Dah lama. Aku sayangkan kau. Sayang sangat-sangat sampai aku tak sanggup nak berdepan dengan lelaki lain. Bagi aku hanya kau seorang yang ada kat sini." Sambil aku letakkan tangan aku di dadaku.
"tak ada orang lain joe. Kau seorang je. Tapi kau tak pernah nak ucapkan apa-apa kat aku. Aku tau aku hanya bertepuk sebelah tangan. Kau anggap aku sebagai kawan je. Kawan baik. Tapi aku tak. Aku tak boleh nak anggap macam tu. Sakit dada ni joe. Sakit sebab aku kena tanggung semua ni sorang-sorang. Tak siapa yang tahu. Aku rela lepas ni kalau kau nak buang aku joe. Aku rela. Mesti kau ingat aku perempuan yang tak sedar diri kan. Tak malu meluahkan perasaan kat lelaki yang tak cintakan dia kan. Mesti kau fikir macam tu. Tak pe joe. Aku sanggup terima semua ni andai lepas ni kau dah tak mau berhadapan dengan aku. Aku sanggup asal aku tak payah tanggung beban ni sorang-sorang lagi." Panjang lebar aku berterus terang. Biarlah. Aku dah berfikir semasak-masaknya.
Joe pegang semula pipi aku. Dia angkat muka aku mendongak memandang dia.
"terima kasih, sayang. terima kasih banyak-banyak. Syukur. Penantian aku berbaloi hari ni. Terima kasih banyak-banyak." Lantas dia cuba memeluk aku. Cepat-cepat aku tolak badan dia. Aku tampar bahu dia. Dia hanya ketawa.
"sayang? apa semua ni joe?" aku masih lagi terpinga-pinga. Joe panggil aku sayang? apa makna semua ni.
"shira, kau tak pernah bertepuk sebelah tangan. Tak pernah. Aku sayangkan kau lama dah. aku dah jatuh cinta kat kau dari hari pertama aku kenal kau. Dari hari pertama aku nampak kau kat library. Tapi aku malu nak cakap shira. Aku malu. Aku takut aku akan ditolak mentah-mentah. Aku sedar siapa aku ni shira. Aku bukan macam orang lain yang layak dengan kau. Aku bukan muslim. Aku tanggung perasaan ni dah lama shira. Aku terpaksa pendam sebab aku tak mau kehilangan kau. Biarla aku jadi kawan kau dari aku kehilangan kau. Itu yang aku pegang selama ni." Tangan joe melurut ke pergelangan tangan aku. Digenggamnya erat-erat. Dia menyambung kembali.
"tapi sejak fuad mula kacau kau dan aku nampak kau tak pernah nak marah dia aku jadi tension. Aku tak tau nak luah kat sapa-sapa. Aku tak tau nak fikir apa-apa dah. bila tadi aku dengar nama fuad lagi aku berang. Terpaksa aku culik kau naik atas ni. Heheh.." sempat lagi tu dia buat lawak.
"joe. Betul ke apa yang kau cakap ni? Kau tak main-mainkan aku ke?" aku inginkan kepastian lagi dari joe.
"aku tak main-main shira. Aku serius. Aku pun dah ceritakan kat famili aku. Mak aku nak jumpa kau. Dia suruh aku bawak kau balik rumah. Shira…. Aku sama macam kau. Hanya kau seorang yang ada kt dalam hati aku. Tak pernah ada orang lain. Aku hampir biul bila kau hilangkan diri masa aku sambung study kat oversea. Tak tau aku nak cari kat mana. Tiap-tiap hari aku berdoa agar satu hari nanti kita akan jumpa jugak. dan doa aku dimakbulkan. Aku jumpa kau jugak selepas 4 tahun berpisah. Dan kali ni memang aku takkan lepaskan kau lagi. Aku ingat kau paham. Tapi tak pulak. Lembab la kau ni."
"adoi! Sakit la." aku usap kepala aku. Ade ke dia ketuk kepala aku ni.
"heheh.. sorry sayang…." dia pulak ambik alih usap kepala aku. Apasal la mamat ni romantik sangat ni.
"tapi kan shira. Aku memang tergugat tengok kau berkepit dengan fuad. Aku ingat kau betul-betul nak dekat dia sebab dia pernah cakap kat aku dia akan dapatkan kau walau macam mana cara sekalipun. Aku ingat dia dah berjaya la. Dan aku akan kehilangan kau selama-lamanya. Tu pasal aku terpaksa buat macam ni. Culik kau naik atas ni. Penat tau badan aku ni tidor dalam kereta. Tunggu kau keluar rumah." Joe tumbuk-tumbuk bahu dia sendiri.
"hah! Kau tidor dalam kereta? Kat depan rumah aku?" semacam tak percaya aku dengar joe cakap macam tu.
"betul. Aku tak tipu. Kau ingat aku nak datang awal-awal kalau tak ada hal. Sebab ni la aku kena ambik tindakan. Aku kena jugak soal kau. Aku follow kau dari rumah sampai la kita ada kat atas ni sekarang. Tapi tak pe. Aku sanggup. Asalkan aku dapat kepastian dari kau. Dan syukur, jawapan ini la yang aku tunggu-tunggu selama ni."
"joe. Fuad tu bukan sape-sape pun dalam hidup aku. Setakat kawan satu tempat kerja je tau. Tak lebih dari tu. Tak payah la kau nak risau. Cemburu ye….." sengaja aku usik dia.
"siapa yang tak cemburu, shira. Tengok orang yang kita sayang berkepit dengan orang lain."
"kalau macam tu aku nak rapat lagi la dengan fuad. Boleh tengok kau cemburu lagi. Heheh.."
"ha! Buat la kalau berani. Nak kena buat la." Dicubitnya pipi aku ni. Sakit tau. Aku tampar balik bahu dia.
"dah la. Jom turun. Dah lama kat atas ni. Sarapan pun belum lagi tau. Dah pukul 9 dah. jom cepat. Karang tak pasal-pasal sarah cari aku. Dah la dia tau aku datang awal ni. Jom." Aku baru nak mulakan langkah.
"ala…. Nanti la. Tak puas la. Nanti la turun sayang.."
"hah! Jangan nak mengada-ngada. Nampak ni! Jom." Aku tunjuk buku lima kat dia. Aku tarik lengan baju dia ajak dia turun. Tapi lain pulak jadinya. Tangan aku pulak yang dia pegang. Cepat-cepat aku tarik balik.
"elleh… tadi tu pegang-pegang pipi kita tu tak pe. Ni kita nak pegang tangan dia tak boleh pulak. Mana boleh.." sempat lagi dia usik aku.
"eeee… tak nak dengar. Malu… malu……" aku tutup telinga aku.
Berlari-lari anak menuju ke lif. Aku terdengar joe ketawa besar. Dia pun turut mengejar sambil ketawa. Tangannya diletakkan atas bahu aku. Dicuitnya pipi aku.
"malu konon!!" dia masih lagi ketawa. Dan aku pun turut sama.
Bahagianya aku rasa. Rasa macam kupu-kupu berterbangan dalam perut aku ni. Tersengih memanjang. Tak sia-sia penantian aku. Tak sia-sia aku ambil keputusan untuk berterus terang. Akhirnya aku memang tak bertepuk sebelah tangan.
Kami masing-masing nak menjaga persahabatan. Takut terputus di tengah jalan. Padahal masing-masing memendam perasaan yang mendalam terhadap diri kami berdua. Alhamdulillah. Syukur……
Semasa aku dan joe sampai ke tingkat 7, kami terserempak dengan fuad yang ingin turun. Ke tingkat 5 mungkin. Fuad dan Joe bekerja di aras 7, Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran manakala aku bekerja di Jabatan Pemasaran di tingkat 5.
Apabila sahaja terlihat muka Fuad yang terjengul di hadapan pintu lif, joe dengan serta-merta memegang tangan aku. Tersentak aku seketika. Tetapi apabila sahaja terlihat muka joe yang masih terpaku ke muka fuad, aku baru perasan. Memang di antara joe dengan fuad ada sesuatu yang tidak kena. Aku tau sebab aku pun rasa juga apa yang joe rasa. Rasa marah terhadap fuad.
"joe, shira! Dari mana? Fuad dengan muka selamba menegur kami. Joe tersengih.
"dari mana?" Fuad masih belum berganjak dari soalan tadi.
Matanya tiba-tiba beralih ke arah tangan kami. Berubah muka dia. Aku cuba menarik tanganku tapi semakin erat genggaman tangan joe. Takkan aku nak malukan joe pulak kalau aku tetap tarik tangan aku. Akhirnya aku biarkan saja. Belum sempat aku nak jawab soalan fuad, joe dah mencelah.
"dari atas. Ambik angin kejap sebelum start kerja." Lif terus terbuka di tingkat 5. joe tarik tangan aku keluar dari lif. Fuad ikut sama. Sepatutnya joe dah turun tadi lagi di tingkat 7 tapi disebabkan fuad nak masuk tadi, dia tak jadi turun. Sengaja hantar aku sampai ke tingkat 5. cemburu betul dia.
"okey sayang. masuk dulu. nanti kita lunch sama tau. Bye sayang." sengaja dia tekankan perkataan sayang tu. Kelakar aku rasa.
"ok. Jumpa nanti." Aku membalas senyuman joe. Aku berjalan ke arah mejaku. Ramai yang tak naik lagi sebenarnya. Bila aku duduk aku baru perasan yang fuad ikut aku dari belakang.
"ko nak apa? Aku nak buat keja ni." Aku sengaja halau fuad. Lagipun aku tak suka dengan kehadiran fuad dekat dengan aku. Aku tak pedulikan dia. Terus ambil fail untuk memulakan kerja.
"apsal joe panggil ko sayang. korang ada apa-apa ke?" fuad bertanya dengan muka bengis.
"lah! Biarla kat kitorang. Yang kau sibuk tu kenapa?" geram aku dengan sikap fuad tu. Apa hak dia nak tau pasal hidup aku.
"ko jaga shira. Dan ingat lagi satu. Aku takkan lepaskan kau. Ingat tu" ugut fuad lagi.
"ko ni apahal. Ikut aku la nak buat apa. Yang kau sibuk tu kenapa. Pergilah! Aku nak buat kerja ni. Menyibuk betul la.!"
Takut jugak aku tengking dia ni. Nanti tak pasal-pasal dia serang aku macam mana. Tapi aku tak boleh nak kawal perasaan marah aku ni. Bengang betul la.
"ooo… kau berlagak ye shira. Nanti kau!" fuad terus berlalu tanpa aku sempat membalas apa yang dia katakana tadi. Huh! Biarlah. Dari fikir pasal dia buat sakit otak je. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Ada satu mesej diterima. Aku tekan butang read. Dari joe.
‘jgn layan org gila tu. Joe tak suka!’ aku geleng kepala sambil tersenyum. Aku tekan butang reply.
‘shira x layan dia la. Dah halau dia pun. Tapi takut la.’
‘nape takut pulak?’
‘ye la. Dia ugut shira. Dia kata takkan lepaskan shira.’
‘tak pe. Jgn takut. Joe ada. I’ll protect u. I’ll be with u. don worry honey.’ Suka aku baca ayat-ayat joe ni. Terasa sungguh diri ini disayangi. Macam lagu Ukays tu. BILA DIRI DISAYANGI.
‘thanx joe. I’ll remember that."
Aku menyambung semula kerja-kerja aku yang tertangguh tadi. Hilang rasa marah bila dapat mesej dari joe. Betapa hebatnya penangan joe. Hilang segala masalah.
Tiba-tiba aku rasa nak ketawa. Patutla joe bukan main kuat lagi pegang tangan aku. Rupanya sengaja nak tunjuk depan fuad. Joe..joe… takut sangat. Shira takkan lari dari joe. Shira sayang sangat kat joe. Itu janji aku dari dulu lagi. Dari aku mula kenal apa itu cinta.
Sepanjang hari tu aku happy je. Rasa macam nak tersenyum 24 jam. Sampai ros dengan sarah pelik tengok aku. Bila aku tanya aku kata tak ada apa-apa. Belum masa lagi aku nak cerita kat diorang ni. Tapi sarah aku kena cerita jugak. sebab dia kan serumah dengan aku. Kawan baik aku pulak tu. Karang dia marah aku pulak kalau tau dari mulut orang lain. Lagipun dia je yang tau pasal aku dengan joe. Tapi nanti la. Kat rumah nanti la aku ceritakan kat dia.
Tengahari tadi kami pegi makan kat tempat jauh sikit. Joe nak ajak aku makan kat tempat yg dekat dengan office tapi aku tak nak bagi kawan-kawan sekerja kami nampak. Jadi aku ajak dia pergi kat tempat jauh sikit. Mulanya joe marah jugak. apsal nak sorok-sorok. tapi aku cakap aku belum bersedia nak bagi semua orang tau. Aku segan lagipun. Walaupun joe kawan aku tapi sebab dia pegawai atasan aku, jadi aku terpaksa sorok jugak. aku tak mahu dituduh mengambil kesempatan kat joe pulak. Selepas balik dari lunch aku sambung semula kerja-kerja aku sebelum tiba waktu tamat bekerja.
‘sayang! buat apa tu? Ingat kat joe ye? Miss you!!!" itu la bunyi mesej joe petang tu. Masa tu dah pukul 4.30 dah. sekarang ni kami dah tak ber ‘aku’ ber ‘kau’ dah. dah panggil nama. Joe, shira. Tapi joe suka panggil aku sayang. berbunga-bunga hati aku bila dengar.
‘x buat apa pun. Tgh kemas nk blk ni.’ Aku balas mesej joe.
‘blk skali tau. Joe hantar.’ Joe lupa ke aku drive datang kerja ni.
‘joe, shira kan drive. Lupa ke?’ tergelak aku.
‘ala… joe lupa la sayang. x pe la. Esok jgn drive. Joe ambik tau.’ Itu permintaan joe.
‘la. Abis nk buat apa keta shira tu. X kn nk biar tersadai je kat umah.’ Aku balas
‘x pe. X rugi. Minyak pun save. Mlm ni kita dinner tau.’
‘dinner? X puas ke kita lunch td?’ Sengaja aku usik dia.
‘mana puas. Rindu dh ni.’ Makin gatal joe ni. Ada-ada je.
‘gatalnye!’
‘lantak la. Kita dinner tau’ joe masih pujuk aku.
‘ermm.. ye la. Nanti kita jumpa.’ Aku berikan persetujuan aku.
‘ok. Joe jemput syg pukul 8.30 tau. Bye syg!’
‘ok! Shira tunggu.’ Aku sambung kemas semula meja aku. Aku check semula kerja-kerja aku untuk esok. Banyak juga kerja aku esok. Tak pe la. Pulun esok. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Joe lagi? Tadi dah mesej. Kenapa?
"ye joe. Nape?’ aku rasa tak sedap hati.
"tak de apa. Saja rindu nk dengar suara." Ya Allah! Ada juga orang yang spesis macam joe ni. Memang boleh buat aku ketawa besar ni. Kemaruk betul dah. macam-mana la dia pendam perasaan kat aku selama ni.
"la. Ingat apa td. Joe ni takutkan shira tau."
"hehehe… sayang jugak shira kat joe ye." Sempat lagi tu usik aku
"dah tau tanya lagi. Ok la. Shira nk balik dah ni. Jumpa malam ni ye."
"ok. Jumpa malam ni. Bye sayang. love u!"
"bye! Ermm joe….." aku panggil joe balik sebelum mematikan talian
"ye?"
"shira pun rindu kat joe." Rasa merah muka aku bila berterus terang. Mujur dia tak nampak.
‘ermmm joe tau….. ok la. Drive elok-elok tau. Bye!!!" kami mematikan talian. Aku mula bergerak ke lif dan akhirnya berjalan menuju ke kelisa comelku.
Begitula kehidupan aku sejak bergelar pasangan kekasih kepada joe. Aku rasa sungguh bahagia. Terlalu bahagia. Sehingga aku takut ini semua hanya mimpi dan bila aku sedar semuanya akan hilang. Macam tu saja. Hujung minggu ni aku nak balik kampung. Aku ingat nk ceritakan hal aku dengan joe kat mak ayah aku. Aku nak diorang tau perhubungan aku dengan joe. Perasaan aku kat joe. Walaupun diorng kenal joe, tapi hanya sebagai kawan aku. Bukan sebagai orang yang aku sayang. tapi sebelum tu aku nak bincang dengan joe dulu. Nak tanya pendapat dia dulu.
Petang ni kami janji nak jalan-jalan dulu sebelum balik kerja. Sekarang ni aku dah tak drive lagi. Joe yang datang ambil aku. Dia juga yang hantar aku balik. Itu saja cara katanya untuk kami jumpa dan bersama. Walaupun kami satu office tapi berlainan tempat dan department. Susah nak jumpa. Itu pun juga harapan aku. Untuk bersama-sama dengan joe.
Kami shopping kat kawasan Jalan TAR dan SOGO. Aku beli tudung kat mak aku. Lepas tu ke SOGO cari baju untuk mak dengan ayah aku. Selepas selesai shopping, kami singgah makan di Pertama Kompleks. Aku ajak joe makan kat KFC je. Tak de selera nak makan nasi. Aku rasa macam teringin pulak nak makan zinger burger. Padahal aku tak pernah makan pun. Semasa melangkah masuk aku tengok semua mata memandang kami. Kenapa? Pelik aku. Mungkin sebab seorang wanita muslim dengan seorang lelaki cina keluar berdua-duaan kot. Nampak pulak joe ni romantic dengan aku. Satu je perangai joe yang berubah secara automatik sejak kami berpacaran. Dia semakin manja dengan aku. Bukan dengan cara mengambil kesempatan untuk pegang-pegang aku tapi dengan cara layanannya, percakapannya dan segala sifatnya la. Bukan time kami berdua sahaja tapi masa kami keluar pun sama. Itu la sebabnya kot orang boleh tertoleh tengok kami. Dari cara layanan joe kat aku bukan sebagai kawan. Itu mungkin first impression orang kat kami. Tapi aku tak kisah semua tu. Aku senang dengan cara joe. Dan dia tak mengambil kesempatan terhadap aku. Joe membuat pesanan sementara aku mencari tempat untuk kami duduk. Aku hanya melemparkan senyuman ke arah mereka yang melihat kami.
"joe! Shira nak balik minggu ni. Hari jumaat lps kerja." Aku mula berbicara selepas kami mula menghadap makanan kami. Aku ambil burger joe. Aku letakkan sos dan serahkan kepadanya. Aku angkat minuman dan letak di hadapannya. Satu lagi perangai joe yang berubah. Dia mahu aku sediakan makanan di hadapannya setiap kali kami makan di luar. Katanya walaupun bukan aku yang masak untuk dia, at least ada juga bekas tangan aku yang sediakan makanan untuk dia. Dan aku tak menolak. Aku rasa ini salah satu cara yang tak pernah orang lain fikirkan. Ada sifat romantik di situ.
"balik? Minggu ni?" joe bertanya balik. Inginkan kepastian mungkin.
"ye la. Minggu ni. Lagipun dah lama tak balik. Dah sebulan. Kan tadi shira belikan tudung dengan baju untuk mak dengan ayah. Tak tau ke?" aku terangkan semula.
"tau. Memang la utk diorg. Tapi ingat bukan nak balik minggu ni. Ingat lambat lagi."
"dah lama shira tak balik kampung. Dah rindu dengan bau laut tau."
"ala…. Rindu la joe kat shira…" aku hanya tersenyum. Manja sungguh.
"kejap je la. Selasa shira keja la balik. Shira mintak cuti sampai isnin. Petang tu shira balik." Aku tersenyum melihat muka masam joe.
"macam ni. Hari isnin malam kita jumpa ok?" aku sambung semula kata-kata aku.
"sian la kat shira camtu. Kan shira penat. Drive kan?" aku hanya mengangguk. Aku menunggu joe sambung semula.
"hah. Penat la sayang drive. Tak pe ke?"
"tak pe. Shira tak kisah." Joe masih lagi tak ada apa-apa reaksi.
"joe? Senyum la… shira nak tengok joe senyum. Please…" aku memaniskan muka aku. Aku lemparkan senyuman kepadanya. Tapi dia masih diam. Macam memikirkan sesuatu. Aku memanggil namanya kembali.
"macam ni. Joe hantar shira ye?" dia memberikan cadangan. Terkejut aku. Bukannya dekat pangkor dengan KL ni. Aku tak nak menyusahkan dia.
"tak payah la joe. Shira balik sendiri. Shira drive sendiri. Joe tak payah antar shira ye…" aku pujuk joe. Kesian pulak dia kalau nak hantar aku sampai ke Lumut.
"bukan susah pun. Lama la shira cuti. Joe nak tengok sapa kalau shira tak ada. Tak biasa la shira. Joe tak sanggup pun nak berpisah ngan shira tau." Ya Allah! Sayangnya joe kat aku. Rasa macam nak mengalir airmata aku ni. Tak pernah aku rasa begitu disayangi oleh insan yang bernama lelaki sebegini banyak.
"joe. Tak pe. Shira balik sendiri ye. Joe jangan la macam ni. Sedih shira. Ye? Senyum skit?" akhirnya joe mengangguk. Aku tersenyum tengok dia. Macam budak-budak. Tapi lelaki ini la yang aku tunggu-tunggu selama ini. Harap-harap jodoh kami akan berkekalan. Insyaallah. Kami menghabiskan makanan kami. Selesai makan kami berjalan keluar. Joe masih lagi diam. Dah tak ceria seperti tadi. Macam mana aku nak buat ni. Dah la esok aku nak balik dah. Lepas kerja. Aku dah minta pelepasan awal dari Miss Prema. Sebabnya perjalanan aku memakan masa hampir 4 jam. Feri terakhir ke Pangkor dari Lumut pukul 8.30 malam. Aku tak nak la sampai malam kt rumah. Jadi aku balik lps lunch. Aku ambil half day hari jumaat tu. Kesian aku tengok joe macam ni. Macam mana aku nak pujuk dia. Kami berjalan menuju ke kereta joe. Dia masih membisu. Aku pandang muka dia yang kusyuk memandang jalan raya di hadapan.
"joe… nape ni. Jangan la macam ni. Tak kesian ke kat shira. Cakap la ngan shira." Aku pegang tangan dia. Dia berpaling ke arahku. Tersenyum. Dia turut memegang tangan aku. Langsung tak dilepasnya sampai kami tiba di hadapan rumah aku.
"joe rasa tak biasa je. Sejak kita bersama, kita tak pernah berpisah kan. Tu pasal joe rasa lain macam je." Kami berbicara sebentar di dalam keretanya.
"tak pe la. Nanti-nanti joe tinggalkan shira gak. Kan joe selalu outstation. So shira akan duduk sorang-sorang jugak tunggu joe balik." Aku berusaha memujuknya dan menceriakan dia semula. Dia tersenyum.
" ok la. Shira nak masuk dah ni. Bawak keta elok2 ye. Esok shira drive sendiri tau. Sebab nak balik terus dari tempat keja"
"hah! Kenapa lak. Joe jemput. Jangan nak mengada-ngada. Masa lunch joe hantar. Joe hantar balik rumah." Bila aku mula nak bukak mulut, dia terus sambung balik kata-kata dia,
"jangan nak menolak. Joe kata joe ambik, joe ambik. Dengar sikit cakap orang." Aku dah tak berani nak membantah bila tengok air muka dia serius je. Aku senyum kat dia.
"ye sayang. shira tunggu joe esok tau."
"ha… macam tu la yang buat joe sayang lagi kat shira ni. Joe ambik awal tau. Nak lama-lama sikit dengan sayang." joe mencuit hidung aku. Aku tersenyum. Selepas itu aku masuk ke dalam rumah. Aku tau, selagi aku tak masuk dalam rumah, joe takkan balik. Memang sejak dulu lagi dari kami berkawan dia akan tunggu sehingga aku masuk setiap kali lepas kami keluar. Katanya nak tunggu sampai aku selamat masuk. Kalau ada apa-apa terjadi senang dia nampak. Jadi dia takkan tinggalkan aku seorang. Memang bertuah aku dapat lelaki yg begitu protective. Malam tu aku kemas pakaian aku. Sedang mengemas joe telefon. Katanya rindu. Aku tau sangat perangai dia tu. Takkan dapat tido kalau tak dapat cakap dengan aku. Mungkin bagi orang lain dia terlalu mengongkong. Tapi bagi aku, itu cara kami bercinta dan berkasih sayang. aku tak pernah jemu dengan apa yang dia lakukan. Segalanya mengenai dia memang menarik. Kadang-kadang tak terfikir langsung oleh aku untuk buat apa yang dia buat. Memang unik. Lepas berbual-bual dengan joe, aku sambung semula mengemas dan terus tidur. Mujur aku dalam minggu bulan mengambang. Jadi tak payah aku solat sebelum tido. Aku capai teddy bear aku dan terus terlena sehingga pagi.
Pagi tu pukul 7.30 aku dah tunggu joe kat depan rumah. Sarah tak siap lagi. Baru bangun tido. Alamak! Aku lupa la nak cakap kat joe tujuan aku balik kampung selain nak jumpa mak ayah aku. Tak pe la. Nanti aku bagi tau joe. Bukan apa. Aku kena juga bagitau joe sebab hal ini berkaitan kami berdua. Lima minit lepas tu joe datang. Aku menghulurkan senyuman kepadanya sambil mengucapkan selamat pagi. Dia membalasnya. Kami bersarapan terlebih dahulu sebelum kami ke pejabat. Dalam kereta banyak yang kami bualkan. Macam tak pernah jumpa setahun. Kelakar aku. Aku bagitau kat joe jugak hal yang aku fikir sebelum ni. Hal mengenai kami berdua. Aku nak bagitau kat mak ayah aku perhubungan aku dengan joe yang sebenarnya.
"la… tak bagitau lagi ke? Apsal tak bagitau lagi?" joe tanya aku pulak. Macam dia dah bagitau.
"ala.. joe pun tak bagitau lagi kan. Lagi satu, shira tak boleh la cakap dalam telefon. Shira kena berdepan dengan mak dan ayah shira jugak. tak manis cakap dalam telefon ni." Aku terangkan kat joe.
"joe dah lama bgtau kat famili joe. Dari hari pertama shira terima joe lagi. Dan famili joe pun sebenarnya tak sabar-sabar nak jumpa shira tapi joe hold dulu. Joe tau shira tak bersedia lagi kan."
"itu la pasal joe hold dulu. Lepas shira balik kampung ni, minggu depan joe bawak shira jumpa famili joe tau. Diorg ok. Tambah-tambah mummy tu. Setiap hari tanya kat joe pasal shira. Alamatnya nanti lepas jadi menantu diorang, joe dianaktirikan la… tak de sesiapa pun yang sayang joe lagi…" joe sengaja ubah suara dia macam orang merajuk.
"mengada la tu. Sape ntah nak kawin dengan dia?"
"ada orang cakap nak kawin dengan shira? X de kan? Joe kata jadi menantu je. Bukan kawin ngan joe." Kena aku dengan joe. Malu!
"huh! Teruk! Jahat la joe ni. Oooo tak nak kawin ngan kita. Tak pe. Kita kawin ngan alex nanti. Jangan menyesal.!" Aku kenakan dia balik.
"kawin la. Tak heran. Tengok alex tu nak ke tak nak. Hahhhaa…" kena lagi aku. Akhirnya kami ketawa. Alex tu adik bongsu joe. Baru sekolah menengah. Form 5. walaupun aku tak kenal lagi family joe, tapi joe dah ceritakan kat aku. Mak dia bekas guru. Lepas ayahnya berjaya membuka perniagaan sendiri, dan kukuh syarikatnya, mak joe berhenti. Joe ada 5 orang adik beradik. Di bawah joe ada 3 org lagi. Dua perempuan, lisa dan agnes. Dan yang bongsu alex. Kakak sulung suzana sudahpun berkahwin dengan orang melayu. Hasan namanya. Family dia memang tak ada bantahan. Harap-harap family aku nanti pun tak ada bantahan. Tak tau la. Dah la aku ni anak tunggal mak ayah aku. Takut jugak aku kalau diorg bantah. Tak sanggup aku nak berpisah dengan joe.aku tak tau nak lalui hidup aku macam mana nanti kalau joe tak ada. Akhirnya kami sampai di hadapan bangunan pejabat. Joe masuk di bawah parking lot. masa sebelum keluar, joe pegang tangan aku. Terkejut aku. Aku tengok dia. Tanya padanya. Tapi dia hanya senyum dan geleng. Aku balas senyumannya. Dan kami keluar dari perut kereta menuju ke lif. Tanganku tak dilepaskan. Aku faham sangat perangai dia tu. Masih tak dapat terima yang aku akan berjauhan dengan dia untuk beberapa hari. Kami berpisah setelah lif tiba ke destinasi aras 5. sebelum pergi dia belek muka aku. Mujur masa kami naik tak ada orang lain dalam lif. Aku hanya tersenyum memandang dia. Apa lagi yang boleh aku buat selain tersenyum.
"shira pegi dulu ye. Pukul 12.30 joe turun tau. Hantar shira balik rumah. Ok?" aku mengingatkan dia sebelum melangkah keluar dari lif.
"ok. Nanti joe turun. Tunggu joe ye sayang." tangannya masih lagi di mukaku.
"iye. Shira tunggu. Ok la. Shira nak masuk ni. Karang orang nampak pula."
"ok. Bye.." dan aku melangkah keluar dari perut lif. Aku menunggu sehingga pintu lif tertutup. Kemudian aku berjalan ke arah tempat aku.
"amboi!! Bukan main mesra lagi korang ye? Siap pegang-pegang pipi lagi tu! perempuan gatal!" terkejut aku! Tiba-tiba pulak ada suara yang menegur aku.
"hoi! Kau ni kenapa fuad? Tak kacau aku tak boleh ke?" geram aku dengan sikap fuad. Tak habis-habis perangai jahat dia tu. aku tak pedulikan dia dan terus melangkah menuju ke mejaku. Tapi tiba-tiba tangan aku dipegangnya. Aku rentap tapi tak boleh nak lepas. Kuat sungguh pegangan dia.
"lepas la! Sakit tau tak!" aku cuba lagi sampai terlepas juga.
"oooo… kalau aku pegang tak boleh. Kalau dia pegang tak pe." Fuad masih menahan aku dari pergi.
"ikut aku la. Yang kau sibuk tu apsal. Sudahla. Tepi la.!" Aku berusaha melepaskan diri aku.
"ingat shira. Kau takkan terlepas dari aku. Kau tengok je la apa yang aku akan buat. Kau tunggu la." Dia masih lagi mengugut aku.
"apa kau nak buat ha! Apa?" tapi suara aku berlalu macam tu je. Fuad dan berjalan meninggalkan aku. Aku mula rasa tak sedap hati. Ya Allah! Jangan la apa-apa berlaku pada joe. Selamatkan la dia. Aku bergegas ke tempatku dan aku hubungi joe. Tapi bila mendengar suara dia, tak berani untuk aku bertanya lebih. Untuk beritahu dia hal sebenarnya. Mungkin fuad hanya nak takutkan aku sahaja. Mungkin dia hanya nak main-mainkan aku. Mudah-mudahan joe selamat dari segala perbuatan khianat orang. Aku siapkan kerja aku sebelum balik bercuti. Tapi semua benda tak masuk dalam kepala aku ni. Yang aku fikirkan ialah kata-kata fuad tadi. Puas aku pujuk hati aku. Mungkin ini hanya mainan dia sahaja. Tapi suara ugutan dia masih terngiang-ngiang. Sampai satu kerja pun aku tak boleh buat.
Pukul 12.30 joe dah turun kat tempat aku. Dia setia menanti aku kemaskan meja sebelum balik. Time tu sarah je yang tinggal. Yang lain dah keluar makan sebab kami kat sini lunch hari jumaat start 12.15 tengahari.
"hai sarah!" joe menegur sarah. Sekarang ni sarah semakin rapat dengan joe. Bagusla tu. sebab sarah kan kawan baik aku. Kami selalu juga keluar berempat. Aku dengan joe, sarah dengan tunang dia, ikmal. Dah lama juga sarah bertunang. Kira sebelum aku dengan joe bergelar pasangan kekasih. Dia jemput aku dengan joe tapi hanya aku yang datang. Joe tak datang. Katanya dia akan datang time sarah kawin je.
"hai joe! Nak hantar shira ye?"
"ye la. Nak hantar buah hati aku ni la. Sedih tau nak berpisah dengan dia." Ish! Tak malu betul joe ni. Yang tu pun nak mengadu kat sarah.
"ngada-ngada betul joe ni tau. Itu pun nak bgtau kat sarah. Tak malu." Aku pura-pura marah kat joe. Tapi sebenarnya nak tergelak tengok muka joe yang memuncung tu. tanda tak puas hati kat aku.
"elleh joe, kau jgn risau la. Bukan kau je yang sedih. Shira pun sama. Semalam punya menangis lepas sembang dengan kau kat telefon. Bila aku tanya dia kata sedih nak berpisah dengan kau. Aku tau la. Aku kan kawan dia. Serumah pulak tu." kantoi aku.
"sarah! Ko nak kena ngan aku?" aku sengaja buat suara garang kat sarah.
"hah! Betul ke sarah? Tgk sini shira. Tgk joe!" aku geleng-gelengkan kepala aku. Malunya. Memang nak kena sarah ni.!!!!!!
"x de maknanye." Joe ketawa besar tengok aku. Aku rasa muka aku ni dah tebal berinci-inci dah. sarah pun semakin galak ketawakan aku.
"dah la shira. Aku turun makan dulu. Kem salam kat mak ayah ko tau. Jgn lup bwk apa2 yg patut utk aku tau." Kami bersalam-salaman dan berpelukan sebelum sarah keluar dari pejabat.
"joe nak jugak!" tiba-tiba joe bersuara lepas sarah meninggalkan kami.
"nak apa?" aku tanya joe. Apa yang dia mintak aku tak tau la.
"macam sarah tadi tu" dia dah tersengih-sengih.
"jangan nak menggatal. Nak kena? Dah jom. Shira dah siap ni." Aku tak pedulikan dia. Aku terus berjalan keluar dari pejabat menuju ke lif. Apa yang aku dengar adalah ketawa besar joe sambil mengikut aku dari belakang. Kami berjalan ke kereta joe. Sepanjang perjalanan joe hanya diam je. Berubah balik perangai dia dari happy ke sedih balik.
"sayang…. nape ni? Tadi ok je shira tgk. Ni dah muncung balik. Tak suka la mcm ni. Shira nk tgk joe happy… senyum…. Tak nak la macam ni. Tak kesian kat shira ke?" aku cuba pancing joe. Aku memang tak suka tengok joe masam je. Aku tengok joe semula. Akhirnya dia tersenyum juga.
"tak pe la sayang. kita dah sampai ni. Sayang pegi masuk ambik beg. Joe tunggu kat sini." Aku masuk ke dalam rumah untuk mengambil beg pakaianku. Aku keluarkan kelisaku dari garaj rumah. Joe masih menunggu aku di tepi keretanya. Aku keluar dari kereta dan berjalan kea rah joe. Aku tengok muka joe yang berwajah sedih. Aku turut sama sedih. Tak pernah aku macam ni. Padahal sebelum-sebelum ni kami biasa sahaja berjauhan. Tetapi kali ni lain pulak rasanya. Mungkin perasaan sayang yang terlalu mendalam kot. Entahla. Yang pasti aku tak pernah rasa macam ni. aku pandang muka joe. Aku capai tangannya dan aku tunduk mengucup kedua-dua belah tangannya. Joe terkejut. Belum pernah aku buat macam ni kat dia. Tapi aku buat semua ini sebagai tanda hormat aku kepadanya. Aku tau itu salah tapi naluri wanita aku memaksa aku untuk melakukan seperti itu.
"shira pergi dulu ye joe. Nanti dah sampai rumah shira call tau. Jaga diri ye." Aku masih lagi memegang tangannya.
"shira jugak. nanti sampai rumah bagi tau joe. Joe call shira ok. Jaga diri baik-baik ye sayang."
"ok la. Shira masuk dulu. Karang lambat pulak sampai rumah. Sekarang pun dah pukul 2 dah ni." joe melepaskan pegangan tangannya. Dia membawa aku ke keretaku. Sebelum aku masuk sempat lagi dia berpesan kepadaku.
"take care sweetheart. Love you so much and I’m gonna miss you."
"you too. Take care of yourself. Gonna miss you too. Love you!" aku melambai ke arahnya dan memandu keretaku menuju ke lumut.
Aku sampai di lumut hamper pukul 6 petang. Selepas park kereta aku di kawasan parking yang disediakan, aku melangkah pantas menuju ke feri. Nak kejar feri pukul 6. sempat akhirnya. Mujur tak banyak barang yang aku bawa. Hanya 1 beg pakaian sahaja. Dalam aku melangkah masuk ke dalam feri aku terjumpa seseorang yang aku kenali.
"ida!" aku jerit nama kawan aku masa sekolah rendah dulu. Dia juga satu-satunya kawan baik aku yang masih kekal kat pangkor ni. sekarang dia dah bertunang. Hujung tahun ini, akan dilangsungkan perkahwinan mereka. Tunangnya pun aku kenal. Kawan kami masa sekolah juga. Razif. Tak sangka aku tengok diorang ni. padahal macam anjing dengan kucing masa tu. itula jodoh namanya kan. Aku harap jodoh pertemuan aku dengan joe pun berkekalan ke akhir hayat. Mudah-mudahan. Amin…..
"ira! La…. Hang lain sungguh la ni. aku sampai tak perasan hang tadi. Makin cantik makin ayu." Ida pun bersorak sama. Kami berpelukan sambil bersorak gembira. Tidak pedulikan mata-mata yang memandang kami. Razif hanya tersengih melihat kami. Aku menegur razif yang dari tadi memandang kami.
"pandai la hang. Aku biasa ja. Macam dulu-dulu jugak. mana berubah pun. Hang tu…. amboi!!! Berkepit ja no….." aku mengusik ida dengan razif.
"heeheh… biasa la ira. Ida ni memang pun. Kalau aku balik cuti, tiap-tiap hari ajak aku keluar. Kalau aku tak mau, muncung dia jadi panjang sedepa la…." Hehehe… mengaduh razif lepas kena cubit dengan ida.
"ala zif! Aku tau la perangai dia ni. dari dulu macam tu la. Kena la hang sabaq dengan dia."
"ooooo… hang pun sama no. nak kena dengan aku ni.!" ida membalas. Kami ketawa akhirnya. Dalam feri mulut aku dengan ida tak habis-habis bercakap. Razif sekali sekala saja menyampuk. Dia malas kot nak masuk campur. Sebab dia tau kalau aku dengan ida berjumpa memang gamat la tempat tu. dari dulu lagi. Kejap-kejap kami ketawa. Ida ni kelakar orangnya. Ada saja idea dia nak cakap. Nak kenakan orang. Tapi dia baik hati. Dan dia seorang kawan yang baik. Dalam kami dok bercerita, ida keluarkan cerita yang agak sensitive.
"eh! Ira. Hang ada dengar dak?"
"apa dia?" aku kofius tengok riak muka ida yang serius.
"pasal hisham."
"hisham? Sham? Ha!Kenapa dengan dia?"
"dia dh lama tak balik kampung kita. Frust lepas hang tolak pinangan dia. Aku rasa dah 4 tahun dah kot kan lepas hang tolak pinangan dia. Balik pun sekali sekala ja. Mak ayah dia pun tak boleh nak buat apa. Frust sungguh dia kat hang." Sungguh-sungguh ida bercerita kat aku. Hisham! Dah lama aku tak dengar kabar berita dia. Memang dia pernah hantar rombongan meminang aku tapi aku tak boleh terima. Sebabnya aku anggap dia sebagai kawan aku je. Kawan sekampung. Aku ingat dia faham cara pergaulan aku dengan dia tapi dia salah faham pulak. Aku tak boleh terima dia sebab hati aku masa tu dah jadi kepunyaan joe walaupun aku dengan joe tak pernah berjumpa dah. aku memang tak boleh terima lelaki lain dalam hidup aku. Padahal hal aku dengan joe masa tu memang tak ada baiknya. Peluang yang amat tipis untuk kami berjumpa semula. Mak dengan ayah aku marah sungguh kat aku sebab tolak pinangan sham. Aku hanya boleh bagi alasan aku belum bersedia. Diorang ingat aku baik dengan sham tu maksudnya aku dengan sham tengah bercinta. Bila aku terangkan duduk perkara sebenar, baru ayah aku faham. Tapi mak aku tetap membebel. Katanya memalukan keluarga hisham. Sebabnya famili kami turut baik. Aku tak boleh nak kata apa dah. yang aku tau aku memang tak boleh lupakan sham.
"lama aku tak dengar berita dia. Kat mana dia sekarang ye, ida?" memang dah lama sham menyepikan diri.
"dia dah ada kat sini. Dia mengajar kat sekolah lama kita. Dah jadi cikgu dah pun." Terkejut aku dengar berita dari ida. Sham dah ada kat sini?
"lagi satu. Yang ni hang memang akan terkejut." Ida macam nak memeranjatkan aku lagi dengan berita mengenai sham.
"apa dia?" tak sabar aku nak tau.
"hang jangan terkejut na. aku dengar keluarga dia hantar rombongan lagi sekali kat rumah hang. Aku tak tau apa yang mak hang kata kat depa. Yang aku tau dia kata dia nak tunggu hang balik." Hah! Lagi sekali aku rasa macam nak pengsan. Aku dipinang? Oleh lelaki yang sama 4 tahun dulu? Patut la mak aku beria-ria suruh aku balik. Rupanya hal ini la yang dia nak katakan kat aku. Pertama kalinya aku rasa feri ni lembab semacam. Aku tak sabar nak balik rumah nak tanya mak aku. Harap-harap apa yang aku dengar nanti berlainan dari apa yang aku fikirkan sekarang. Sebab aku kenal dengan perangai mak aku. Aku tau sangat sikapnya.
"ira. Sabar la. Balik sat lagi hang tanya mak hang. Apa cerita sebenarnya. Aku cakap kat hang nipun sebab aku nak hang bersedia awal-awal. Aku tak mau hang terkejut nanti." Masa tu aku dah tak dapat dengar apa yang ida cakapkan. Yang aku fikir sekarang apa yang akan berlaku kat rumah nanti. Aku hubungi ayah aku untuk mengambilku di jeti bila aku sampai nanti. Akhirnya feri kami naik sampai ke jeti pangkor. Selepas bersalaman dengan ida, aku menunggu ayahku di hadapan kaunter tiket dengan hati yang berdebar-debar. Ida hanya suruh aku bersabar sebelum meninggalkan aku.
5 minit kemudian ayah aku sampai dengan motornya. Kat pangkor ni penduduk tempatan lebih suka bawak motor. Aku bersalaman dengan ayah dan bertanyakan khabarnya. Alhamdulillah… ayah sihat. Itu doa aku setiap hari. Aku tengok dia makin berisi. Kami sampai di rumah hampir pukul 6.50 petang. Aku mencari kelibat mak tapi tak ada.
"ayah. Mak mana? Tak dak pun?" aku bertanya pada ayahku yang sedang berehat di anjung rumah.
"ada tadi. Dia pi rumah makcik kiah hang la tu. hantaq ikan masin." Oooooo… patutla takde kat rumah. Perniagaan mak aku makin maju. Ayah aku pula dah ada bot sendiri untuk ke laut. Sekarang dia ambil seorang pekerja yang akan membantunya di laut. Aku bersyukur dengan taraf hidup kami sekeluarga. Makin maju. Dari kejauhan aku dah nampak mak aku. Aku menunggu dia hingga sampai di hadapan rumah. Aku ambil tangannya dan menciumnya. Tubuhnya aku peluk. Rindu betul aku dengan mak aku ni.
"mak sihat ka? Amboi…. Maju sekarang no. ikan masin mak tu la." Aku usik mak aku. Belum masanya aku tanyakan pasal rombongan peminangan hisham. Aku nak tunggu mak aku yang beritahu sendiri.
"pandai la hang tu. ira sihat? Dah makan ka?"
"sihat mak. Sat lagi la makan. Lepas mandi." Lepas berbual-bual dengan mak dan ayah aku di luar rumah, aku masuk dalam bilik. Nak mandi. Melekit rasanya badan ni.
Malam tu kami tengok tv bersama-sama. Bercerita macam-macam. Maklumla dah sebulan tak bercerita dengan diorang ni. macam ni la hidup aku kat rumah bila balik kampung. Ada saja cerita yang aku dengar dan aku ceritakan. Maklum la. Aku kan anak tunggal. Mula-mula tu kesian jugak aku nak tinggalkan mak dengan ayah aku kat sini. Tapi diorang tak kisah. Bila aku ajak diorng duduk dengan aku kat KL tu, diorang tak nak. Dah biasa bergelumang dengan air laut. Mujur sedara-mara dan jiran-jiran aku baik-baik belaka. Diorang la yang tolong tengok-tengokkan mak ayah aku ni. Aku tunggu jugak mak aku mulakan bicara mengenai hisham. Tapi tak cakap apa-apa pun. Tunggu punya tunggu sampai mata aku mengantuk. Sekarang ni mata aku dapat bertahan sampai pukul 11 malam je. Lepas pukul 11 dah tak boleh tahan dah. macam digam-gam mata ni. susah nak bukak. Akhirnya aku bawak diri ke bilik untuk beradu. Mengantuk sangat-sangat dah ni.
Esok petangnya aku berjalan-jalan keliling pangkor. Aku pusing-pusing pangkor dengan motor. Aku ajak ida sama. Sebabnya aku nak tanya dia lagi pasal hisham. Mak aku tak cakap apa-apa pun semalam. Takkan ida tipu aku kot. Kami singgah kat teluk nipah. Kami lepak kat tepi pantai. Tengah-tengah aku borak dengan ida, telefon aku berbunyi. Aku tengok nama yang tertera. Joe! Aku tersenyum. Aku berlalu meninggalkan ida untuk menjawab panggilan joe.
"hai sayang…. sihat?" itu yang aku dengar bila aku menjawab telefonku.
"hai…. Sihat. Joe sihat? Joe buat apa sekarang?" aku rasa sungguh bahagia bila dengar suara joe. Hilang segala masalah yang melanda sekarang.
"joe buat apa? Joe tengah ingatkan shira la. Tengah tunggu hari shira nak balik kl. Rindu sangat-sangat dah ni. nampaknya kita kena kawin cepat-cepat la sayang. sakit tau duduk jauh-jauh ni." aku ketawa dengar joe cakap macam tu. memang dah parah dah dia ni. aku berbual-bual dengan joe sampai aku terlupa yang aku datang sini dengan ida. Mau dia marah aku nanti. Aku kena matikan perbualan aku dengan joe. Joe ni kalau aku tak berenti sampai esok pagi pun tak kan berhenti ni.
"joe. Shira kena stop dah ni. shira kat pantai ni dengan ida. Lama dah shira tnggal dia sorang-sorang. Kita sembang nanti-nanti lagi la ye."
"oooo… ok… sian kat dia. Ok la. Joe pun nak mandi ni. take care sayang. jangan nak menggatal ye."
"insyaallah… tak. Shira setia kat joe je. Hihihihi.. bye…" aku memutuskan talian kami dan bergerak menuju ke arah ida. Tapi langkah kaki aku seakan tak terdaya untuk melangkah. Apa yang aku nampak sekarang dengan ida ialah seorang lelaki yang dah lama aku tak jumpa. Hisham! Apa yang dia buat kat sini? Aku tak sanggup nak berdepan dengan dia kalau betul apa yang ida cakapkan kat aku semalam. Lagi satu, macam mana aku nak tanyakan betul-betul kat ida kalau dia ada dengan kami kat sini. Terasa berat kakiku melangkah kea rah ida dan hisham, tapi aku kuatkan juga hatiku. Sampai juga aku di hadapan mereka.
"hai sham! Apa khabar?" aku cuba meramahkan diri. Cuba lenyapkan perasaan berdebar-debar ini.
"tak la lama sangat. Awal tahun baru ni. shira macam mana sekarang? Ok ke kerja kat sana? Tak nak duduk kampung dah ke?"
"shira ok je kat sana. Stay kat sana je. Sekali-sekala blk kampung baru best."
"tapi lps kawin shira kena la duduk sini. Takkan sorang duduk sini sorang duduk kl. Klu macam tu baik tak payah lawin kan." Masa bila pulak aku nak kawin ni? aku pandang muka ida. Dia hanya mengangkat bahu.
"kawin? Masa bila pulak shira nak kawin. Lambat lagi la. Lagipun kalau dah kawin pun, shira dok luar jugak la. Sebab suami shira nanti mesti dok luar jugak." aku sengaja putar belitkan cerita. Sebabnya aku tak mahu layan perasaan aku yang dah mula nak menggelabah ni.
"buat apa nak kawin dgn org luar. Depan mata ni kan dah ada. shira tak tau lagi ke? Mak shira x bgtau lagi ke? Tak pe. Balik nanti tanya mak tau. "
"nk tanya apa pulak ni. apa sham cakap ni?" aku mula tak puas hati. Aku rasa suara aku pun agak kasar dengan dia.
"tak pe. Balik nanti tanya mak. Ok la. Sham balik dulu. Bye… thanx shira." Aku tercengang tengok hisham meninggalkan aku dengan ida. Terima kasih? Untuk apa?
"ida!! Kenapa sham tu? awat dia cakap terima kasih kat aku. Aku takut la ida. Betoi ka????"
"kan aku dah kata semalam. Pasal dia masuk meminang hang tu. hang tak tanya mak hang ka? Mak hang pun tak cakap apa-apa lagi ka?"
"ida… aku nak balik. Aku dah tak boleh dah ni. tolong aku ida. Bawak aku balik." Aku tak mampu untuk berdiri dah.
"ira. Sabaq ira. Sabaq. Jom balik. Aku bawak moto ni. jom." Ida menarik tanganku ke motosikal yag diparking bertentangan tempat kami lepak tadi.
Sepanjang perjalanan balik tu, aku berfikir. Macam-macam yang aku fikirkan. Aku macam tak percaya pulak mak aku sanggup buat aku macam ni. kenapa dia sembunyikan hal yang besar macam ni. hal yang akan merubah kehidupan aku sepenuhnya. Secara tiba-tiba membuak tangisan aku di atas motor.
"ira… kenapa? Awat hang menangis sampai macam ni skali. Kalau sedih pun mak hang buat macam ni, takkan la hang meraung sampai lagu ni." ida menjerit untuk melawan bunyi bising motosikal.
"ida…. Sebenarnya aku dah ada orang yang aku sayang. dia tengah tunggu aku kat sana. Dia ada kat KL. Aku dah janji dengan dia, ida. Tolong aku ida. Apa yang patut aku buat. Aku tak sanggup lukakan hati dia. Tapi aku jugak tak sanggup nak menderhaka pada mak aku. Tolong aku ida. Tolong aku…." Aku meraung-raung merayu-rayu pada ida. Masa tu kami dah berhenti di tepi pantai pasir bogak. Aku yang suruh ida berhenti. Aku tak boleh balik dalam keadaan macam ni.
"apa hang kata ira? Hang dah ada boyfriend? Sapa dia?" terkejut ida dengar cerita aku. Selama ni aku tak pernah ceritakan kat ida walaupun dia kawan baik aku kat kampung. Aku ceritakan akhirnya mengenai hubungan aku dengan joe. Aku tak dapat nak tahan perasaan aku lagi sekarang. Aku perlukan seseorang yang dapat mendengar luahan hati aku ni. aku memeluk ida. Aku hamburkan airmata kesedihan pada bahunya. Aku tak pedulikan orang ramai yang lalu lalang berhampiran kami.
"sabaq la ira…. Mungkin aku salah dengar kot dari mak aku. Mungkin dia baru masuk merisik kot. Kalau bertunang, takkan tak dak hantaran kan. Cincin pun tak dak lagi. Mak sham baru pi tanya kot. Dah la. Kesian aku tengok hang macam ni. jom kita balik. Jom. Dah. jangan menangis lagi ira. Jom." Ida memimpin tangan aku. Dia menghantarku ke rumah. Kemudian dia balik jalan kaki. Nasib baik rumah kami dekat. Terima kasih ida sebab hang ada dengan aku masa aku susah ni. aku bercakap sendiri dalam hati. Masa aku sampai rumah, mak dan ayah aku tak ada.
Seusai solat isyak, aku kuatkan semangatku dan melangkah ke ruang tamu. Aku perlukan penjelasan dari ibuku. Kebetulan masa tu mak ada tengah menonton tv di situ. Ayahku tiada. Belum balik dari masjid. Mungkin bersembang pula dengan kawan-kawannya. Aku beranikan diri untuk bersuara.
"mak. Ira nak tanya skit boleh?" aku memulakan bicaraku.
"ha! Ira. Mai duduk sini. Mak pun ada hal nak cerita ni kat hang. Berita gembira ni." berita gembira? Kalau berita yang bakal ibuku cerita ini sama dengan apa yang ida ceritakan semalam, bermakna itu bukan berita gembira. Tetapi berita yang paling aku ingin elakkan.
"apa dia mak?" dalam hati aku berdoa moga2 apa yang aku akan dengar nanti meleset dari apa yang aku fikirkan ni.
"macam ni. hari tu mak cik ani kamu, mak si hisham datang merisik kamu. Mak suka betoi. Depa kata nak mai meminang hujung bulan ni. mak dah bagi persetujuan kat depa. Hang pun bukan ada sapa-sapa lagi ni." saat itu aku rasa macam nak pengsan ja.
"hah! Merisik? Mak terima?" terkejut sungguh aku dengan berita yang mak khabarkan kepadaku.
"ya la. Merisik. Mak pun dah setuju. Jadi. Hujung bulan ni hang kena la blk kampung. Sediakan apa2 yang patut nanti bila balik kl nanti. Lagipun mak kesian sungguh kat hisham tu. dulu hang tolak tapi kali ni mak takkan benarkan hang tolak. Mak suka dia jadi menantu mak." Aku tengok mak aku begitu gembira bila bercerita hal ini.
"tapi mak……" belum aku habiskan ayat aku, mak dah memotong percakapan aku.
"awat tapi-tapi lagi ni. hang jangan nak memandai-mandai ira. Mak kata mak akan terima hisham tu, hang ikut ja la. Jangan dok melawan sangat." Terkejut aku. Mak dah mula menengking aku.
"ira tak boleh terima hisham mak. Ira dah ada kawan sekarang ni. tolong la mak. Jangan paksa ira. Mak tak kesian ka kat ira ni mak…" aku merayu kepada ibuku. Tapi dia tidak mahu mendengarnya.
"amboi!!! Sejak bila hang pandai nak bercinta-cinta ni. sudah! Aku tak mau dengar apa-apa lagi. Yang aku tau, aku nak terima pinangan hisham tu untuk hang." Ibuku mula nak bangun tapi aku tahan kakinya. Aku perlu merayu demi kebahagiaan aku.
" mak… jangan la macam ni. tolong la mak. Kesiankan la ira mak. Ira sayang sangat kat joe. Dia pun sayang kat ira. Dah lama kami kawan tapi kami pendam perasaan kami ni mak. Sekarang baru kami luahkan. Kami nak bersama mak. Tolong la…" berjurai-jurai air mata aku ni. kaki mak aku pegang lagi.
"joe? Joe mana pulak ni?" mak kembali menengking.
"joe…joseph…"
"hah! Joseph! Bukan melayu? Hang sengaja nak malukan aku ka ira? Nak malukan muka mak bapak hang ni.? macam tu ka? Aku tak pernah ajaq hang buat macam tu tau." Terperanjat aku bila dengar tengkingan ibuku yang semakin kuat bila aku sebut nama joe.
"tapi mak… dia baik. Dia baik sangat. Dia sayangkan ira. Restuilah kami mak… tolong la….. jgn buat ira macam ni, mak." Aku masih merayu-rayu lagi kepada ibuku.
"baik tara mana pun, aku takkan terima dia. Hang jangan mimpi nak kawin dengan dia. Sampai bila-bila pun aku takkan restu! Sudahlah! Aku tak mau dengar lagi.aku akan terima pinangan si hisham tu nanti. Jangan pandai-pandai nak melawan! Hang ingat tu!" emak terus bangun meninggalkan aku seorang diri di ruang tamu. Air mataku semakin laju. Sedih sungguh aku rasa. Sampai hati mak buat aku macam ni..
"mak…… tolong la mak…. Tolong la……" aku merayu lagi pada mak tapi dia tetap buat-buat tak dengar. Ayah!!!! Tolong ira ayah!!!! Joe!!! Shira perlukan joe…. Tolong shira, joe. Shira tak kuat untuk tanggung sorang-sorang. Joe mana. Shira perlukan joe…. Aku merintih sendirian dalam hati. Saat ini aku perlukan sangat sokongan dari joe. Dia yang boleh kuatkan semangat aku yang makin lama makin hilang. Ya Allah! Aku tak sanggup untuk berpisah dengan joe. Aku tak sanggup nak menderhaka pada ibuku. Apa yang harus aku lakukan, Ya Tuhanku. Tolong la hamba-Mu ini…. joe…. Jangan tinggalkan shira…. Shira perlukan joe sangat-sangat. Aku rasakan tak terdaya untuk aku berdiri. Lemah longlai tubuhku. Tapi, bagaikan menerti perasaanku tika ini, telefonku berbunyi. Nama joe tertera di skrin telefon bimbitku. Cepat-cepat aku menjawab.
"joe….. tolong shira joe…. I need u! badly!" air mataku semakin deras. Tidak terkeluar butir bicara. Yang ada hanya tangisan.
"shira? Shira! Kenapa ni? jangan takutkan joe. Apa yang terjadi ni. sayang?" mungkin joe terkejut bila dengar tangisanku tadi. Tiba-tiba sahaja merayu meminta tolong padanya.
"joe! Shira nak balik. Shira tak nak duduk sini dah!" aku masih lagi tersedu sedan. Menangis.
"sayang… syhhhhh…. Jgn nangis… cerita kat joe apa yang sebenarnya berlaku. Jangan takutkan joe macam ni. syhhh….. cerita pelan-pelan ye…." Joe memujukku.
"mak… dia…. Dia tak restu hubungan kita. Dia minta kita putuskan hubungan. Shira tak boleh. Shira sayangkan joe. Shira tak sanggup. Shira tak kuat. Shira nak pergi dari sini." Aku tak dapat berfikir dengan waras sekarang. Apa yang aku perlukan saat ini adalah joe.
"sayang…. tak baik buat macam tu. sayang sabar ye. Tak pe. Esok joe datang rumah shira. Joe jumpa mak ayah shira. Joe nak minta diorang restui hubungan kita. Kita takkan berpisah sayang…."
"mak takkan dengar joe. Dia takkan terima joe. Shira nak balik esok." Aku masih teguh dengan keputusanku untuk keluar dari rumah.
"jangan! Tunggu joe esok. Kita tak boleh buat macam ni. menambahkan lagi rasa benci mak shira pada joe nanti. Shira jgn risau. Joe akan pujuk mak shira. Mungkin ini dugaan yang kita perlu tempuh. Sabar ye… Shira tunggu joe ye… ye sayang…." joe masih lagi berusaha memujuk aku.
"baiklah joe. Shira tunggu joe esok." Aku kesat air mataku. Tapi tetap mengalir.
"ok. Sekarang ni joe nak shira masuk tido. Jangan fikirkan sangat hal ni. kita akan selesaikan bersama-sama nanti."
"thanx joe, shira memang perlukan joe sekarang. Jangan tinggalkan shira, joe."
"joe takkan tinggalkan shira walau apa pun yang terjadi. Dah la.. pegi tido ye….."
"joe, I love u so much!" aku meluahkan perasaanku lagi kepada joe.
"sayang, I love u too. Jangan risau. Joe sentiasa bersama-sama shira walau apa pun yang terjadi." Aku mematikan talian. Ini lah yang aku perlukan sebenarnya. Kata-kata pujukan dan semangat dari joe. Aku memang tak kuat untuk menanggung seorang diri. Ya! Kita akan hadapi semua dugaan bersama-sama. Ayahku masih belum tahu apa yang terjadi kerana dia masih belum balik lagi. Aku tertidor dengan linangan air mata.
Lain pula halnya di Kuala Lumpur…………..
"joe. Balik rumah sekarang boleh? Ada hal penting ni." baru sebentar tadi joe berbual dengan shira, ibunya pula telefon. Apa yang penting sangat sampai joe rasakan suara ibunya bergetar-getar. Lekas-lekas joe ambil kunci kereta dan bergerak keluar dari rumahnya dan menuju ke rumah keluarganya. Disebabkan malam ini malam minggu, jalan raya amat sesak. Perjalanan yang biasanya mengambil masa kurang dari 45 minit menjadi hampir satu setengah jam. Setibanya dia di hadapan rumah banglo putih yang tersergam indah itu, kelihatan dua buah kereta yang amat dikenalinya. Satu kepunyaan kakaknya, suzana dan satu lagi kepunyaan cindy. Mudah-mudahan tiada perkara buruk yang berlaku. Desis hatinya sendiri.
"hah! Joe. Dah sampai? Masuk. Duduk sini." Ibunya menggamit joe supaya duduk di sebelahnya. Terkejut dia tengok kakaknya yang sedang menangis. Anak saudaranya, haikal sedang dipangku oleh adiknya, lisa. Tapi kelibat abang iparnya tiada.
"kak sue! Ape kena ni? abg hasan mana?"
"kakak kau datang sendiri sini. Bergaduh dengan abg hasan kau tu." ayahnya bersuara. Takkan la pergaduhan suami isteri sampai kakaknya ambil keputusan keluar dari rumah malam-malam macam ni. bawak keluar haikal sekali. Mesti ada sesuatu yang berlaku ni. joe mengesyaki sesuatu.
"apa yang berlaku sebenarnya? Cuba cerita betul-betul. Takkan kak sue menangis sampai macam ni sekali. Ceritakan bagi joe paham. Lepas tu kita bincang sama-sama.
"tak payah bincang lagi. Cerai saja. Dulu lagi aku dah cakap tak payah kawin dengan bangsa melayu ni. tapi dia gatai sangat. Nak jugak. la ni menangis meraung-pulak. Bercerai ja. Senang." Tiba-tiba aunty sofienya bersuara. Terkejut joe! Bercerai?
"apa hal sampai nak bercerai-cerai ni? apa yang berlaku sebenarnya?" joe masih lagi mendesak.
"siang tadi. Saudara abg hasan kamu datang. Ingat nak bermalam kat rumah diorang la. Diorang kan memang tak suka kat kakak kamu ni. nak dijadikan cerita, kakak kamu ni tengah ajar haikal cakap cina. Makan macam orang cina. Benda kecil je joe. Diorang terus tuduh kakak kamu ni macam-macam. Nak merosakkan anak saudara kamu tu. kebetulan abg hasan kamu tak ada di rumah. Bila dia balik diorang serang si hasan tu. hasan pulak jadi panas hati. Ye la. Orang tu balik penat-penat dah diserang dengan macam-macam. Lagi la dia panas." Panjang lebar ibunya bercerita.
"lepas tu kak sue terasa. Dia keluar rumah tanpa pengetahuan abg hasan. Bawak balik haikal kat sini. Itu yang menangis sampai macam ni sekali." Adiknya pula bersuara. Ayahnya hanya diam sahaja. Jadi pemerhati.
"abg hasan tau kakak balik sini?" joe bertanya kepada ibunya.
"tak tau. Dia keluar macam tu je masa abg hasan pergi hantar saudaranya balik." Adiknya pula menjawab. Kepala haikal diusapnya. Kesian anak kecil ini.
"tak payah bagitau! Buat apa nak bagitau! Dulu kau tu bodoh sangat. Nak kawin jugak dengan melayu tu. aku nak kenalkan dengan anak kawan aku hang tak mau. Nak kawin jugak dengan budak yang tak setaraf tu. kalau hang kawin dengan Edward tu, hidup hang tak macam ni tau! Sekarang baru nak menyesal!" terdengar lagi suara ibu saudaranya. Joe hanya menjeling marah. Kalau tak kerana hormatkan aunty sofienya, mau dibalas kata-kata kesat itu. Dia mendapatkan kakaknya.
"akak sayang abg hasan tak?" kakaknya hanya mengangguk.
"kalau sayang, kak sue tak boleh buat macam ni. tak kesian ke kakak tinggalkan dia seorang diri kat rumah. Mesti dia tercari-cari akak dengan haikal. Setahu joe, abang hasan bukan pemarah. Mungkin dia ada masalah di tempat kerjanya. Ditambah pulak dengan masalah kat rumah akak td tu. akak tak sepatutnya tinggalkan dia macam tu aje." Panjang joe menasihati kakaknya. Kakaknya hanya terdiam. Mungkin menyesali perbuatan sendiri. Joe mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor abang iparnya.
"joe dah call abg hasan. Dia risaukan akak dan haikal. Kejap lagi dia datang." Joe memberitahu ahli keluarganya.
"buat apa bagitau dia? Kau pun sama bodoh!" cindy pula bersuara. Kesat sungguh bahasanya.
"jaga mulut kau tu cindy. Kau tak ada hak nak kata macam tu. kau tu siapa?" tanpa sedar, joe menengking cindy. Terangkat bahu cindy dek kerana terkejut. Dia lantas menundukkan kepalanya.
"amboi joe… mentang-mentang la senang sekarang. Dah mula nak menyombong dengan kami ya." Ibu saudaranya pula bersuara.
"saya tak pernah nak menyombong. Saya hanya buat apa yang betul. Lagi satu, kami tak pernah susahkan siapa pun. Masa kami susah dulu pun, kami sanggup hidup susah. Tak pernah susahkan aunty. Keluarga aunty je yang suka susahkan kami. Dari dulu lagi kan?" sengaja joe berkata begitu. Tahap kesabarannya mula luntur.
"ni yang datang sini buat apa? Sengaja nak api-apikan kak suzana? Macam tu?" joe menyambung kembali.
"kami datang ni nak bincangkan hal kamu dengan cindy." Ibu saudaranya mula bercakap lembut. Mula memberitahu tujuan sebenar kedatangan mereka.
"kenapa saya dengan cindy? Apa kena mengena kami ni sampai aunty datang jauh-jauh ni?" joe masih lagi dalam mood yang tidak baik.
" yela… kamu kan dah lama kawan. Dah lama kenal. Jadi elok kalau kamu disatukan sekarang. Dapat merapatkan ikatan persaudaraan kita ni?" tiba-tiba joe ketawa besar.
"disatukan? Saya tak pernah mimpi pun nak kawin dengan cindy!" tajam sekali bahasa joe. Ayahnya menegur perbuatan joe. Joe terdiam semula. Tapi hatinya masih panas lagi.
"maaf aunty. Joe bukan berniat nak kurang ajar dengan aunty. Tapi memang tak pernah ada apa-apa perasaan kat cindy. Joe dah ada pilihan joe sendiri." Nada suara joe semakin kendur.
"siapa?" cepat-cepat cindy bertanya.
"kau tak perlu tahu. Yang penting aku cintakan dia. Dia cintakan aku. Lepas aku peluk agama islam, aku akan kahwin dengan dia." Terbayang di matanya wajah wanita yang amat dia sayangi.
"melayu? Kau pun nak jadi macam kakak kau ni?" cindy bersuara kasar tanda tidak puas hati.
"ikut aku la. Diri aku. Hidup aku! Yang kau sibuk tu kenapa?" joe membalas balik. Cindy hanya mencebik. Ibu saudaranya turut menyokong cindy. Mak dengan anak sama saja. Belum sempat joe nak sambung semula, kedengaran enjin kereta di halaman rumah keluarganya. Abg iparnya terjengul di muka pintu dengan wajah yang muram. Abg iparnya masuk dan menyalami semua yang ada. Dia mendapatkan ibu dan bapa joe. Dia tunduk mencium tangan mereka sambil memohon maaf dia atas perbuatan dia terhadap suzana. Ibu bapanya hanya mengangguk. Hasan mendapatkan suzana dan memegang tangan isterinya.
"maafkan abang sue. Abg salah. Abg tak patut buat sue dengan haikal macam ni. maafkan abg. Abg tau abg salah." Katanya sambil menggamit haikal kepadanya. Haikal mendapatkan papanya dan memeluk papa dan mamanya. Anak kecil itu seaakan faham kerana tangisannya turut kedengaran.
"sue pun mintak maaf kat abg. Sue tau sue salah sebab tinggalkan rumah tanpa izin abang. Sue berdosa. Abg maafkan sue ye." Isterinya tunduk mengucup tangan suaminya.
"mummy, daddy, hassan mintak maaf. Sepatutnya hassan jaga sue tapi hassan buat dia sedih pulak." Hasan memohon maaf daripada kedua-dua mertuanya.
"dah la tu hassan, sue. Jangan ngaduh-gaduh dah. pegi masuk tido. Dah lewat ni. haikal pun dah ngantuk tu." ibunya joe bersuara.
"hah! Tak payah balik. Tido kat sini." Ayahnya pula menyokong. Abang ipar dan kakaknya berlalu menuju ke bilik tidor mereka di rumah itu.
"ok la mummy, daddy. Joe nak balik. Esok joe nak pergi pangkor. ada hal sikit." Joe berjalan menuju ke arah ibu bapanya.
"kenapa nak ke sana? Nak pergi jumpa shira ke?" ibunya menyoal
"ye mummy. Ada masalah skit. Family shira. tapi tak pe. Joe dah bersedia dah. restui joe ye mummy, daddy…" joe menerangkan perkara sebenar.
"hah! Tu la. Nak jugak kat budak melayu tu. aku doakan kau tak dapat bersama dia.!" Cindy tiba-tiba bersuara semula.
"kau diam boleh tak! Aku tak cakap dengan kau pun." Joe menengking cindy.
‘x pe joe…. Aku akan pastikan korang takkan bersama. Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak boleh dapat. Aku bersumpah!’ cindy menanam azam dalam hati. Dia bersumpah.
"joe…!" ayahnya menegur perbuatan joe. Memang dia agak kasar tadi kat cindy tapi dengan perempuan macam tu memang tak boleh cakap baik-baik. Joe berlalu meninggalkan rumah keluarganya selepas bersalam dengan ibu dah ayahnya. Dia tak pedulikan cindy dengan ibu saudaranya. Lantak la! Malas dia nak layan. Nanti ada la yang akan dikatakan oleh ibu saudaranya itu kepada ibu dan bapanya. Dia tidak mahu ambil peduli. Sekarang yang penting masalah dia dengan famili shira perlu diselesaikan dahulu.
Keesokannya joe bertolak awal dari kl. Tujuan utamanya ialah kampung shira. dia perlu selesaikan perkara yang membabitkan masa depan dan kebahagiaan dia dan shira. dia pasti akan memujuk dan merayu ibu dan ayah shira. dia tak sanggup untuk berpisah dengan shira.
Aku menanti ayah dia luar rumah. Aku perlu berterus terang dengan ayah situasi yang berlaku antara aku dengan emak. Aku berdoa agar ayah dapat membantu aku dengan joe. Aku tak sanggup nak berpisah dengan joe. Dia lah lelaki pertama dan terakhir yang dapat mencuri hati aku ni. lagipun dah lama aku serahkan hati aku ni kepada joe. Aku tak mahu kehilangan joe. Emak tiada di rumah., dia keluar mencari sarapan. Ayah pun bersiap sedia untuk keluar. Aku menahan ayah dah menceritakan segala-galanya pada ayah. Pergaduhan aku dengan emak, hubungan aku dengan joe dan kedatangan joe tengahari nanti. Pada mulanya ayah terkejut tapi aku tahu sikap ayah. Dia seorang yang rasional. Dia pasti dapat membantuku.
"tak pe la, ira. Insyaallah… ayah akan tolong. Ayah kenal mak kamu tu. dia nampak ja macam tu. tapi hati dia baik." Ayahku cuba memujukku. Airmata aku ni mengalir semula bila aku ceritakan pada ayah.
"ayah tolong ira ye. Ayah je harapan ira ni. tolong pujuk mak." Aku masih lagi merayu walaupun ayah dah berjanji pada aku.
"ha!. Ayah akan tolong. Kalau joe betul-betul sayangkan hang dan dia bukan nak main-mainkan hang."
"dia betul-betul sayangkan ira ayah. Dan ira pun sayangkan dia. Ira tau dan ira tak tipu" aku meyakinkan ayahku mengenai kasih sayang antara aku dengan joe.
"sebenarnya ada sebab kenapa mak hang tu halang hangpa dua orang. Ada peristiwa hitam yang berlaku kat mak hang tu" berubah muka ayah bila sebutkan peristiwa hitam. Aku pun turut terkejut bila ayah cakap macam tu.
"apa dia ayah" aku tak sabar-sabar nak mengetahuinya.
"tak pa la. Satgi joe mai, ayah cerita kat hangpa dua orang. Biaq joe pun paham keadaan mak hang sekarang. Tapi jangan risau. Ayah kenai mak hang tu. dia akan terima. Cuma hati dia masih lagi sakit. Terluka." Sakit? Terluka? Apa yang sebenarnya terjadi kat mak?
"tak pa ira. Ayah akan cerita jugak nanti. Cuma hang jangan marah kat mak hang tu. dah la. Ayah keluar dulu. Sat lagi ayah balik. Sabaq la tau." Ayah melangkah keluar selepas menyambung kata-katanya tadi. Aku termangu di hadapan rumah. Rasa tak sabar nak tau apa yang sebenarnya terjadi kat mak dulu. Mesti ada peristiwa yang terlalu perit untuk mak tanggung sampai mak tak mau langsung dengar cakap aku semalam. Sampai mak menengking-nengking aku semalam. Padahal mak tak pernah berkelakuan macam tu. mak adalah seorang ibu yang paling penyayang. Susah nak dengar dia cakap kasar. Entah la. Apa yang aku boleh buat sekarang adalah bersabar menanti kedatangan joe dan peristiwa hitam yang ayah nak ceritakan yang telah berlaku pada mak.
Pukul 12.30 tengahari joe dah sampai ke jeti pangkor. Dia mengambil teksi dan terus ke rumahku. Joe masih ingat rupanya rumah aku ni walaupun dah beberapa tahun tak datang ke sini. Aku terkejut juga tengok joe sudah berdiri di hadapan rumahku. Masa tu aku sedang mengemas meja selepas kami anak beranak menghadap hidangan makan tengahari. Emak dan ayah aku ada di hadapan. Tiba-tiba sahaja terdengar laungan orang dari luar. Aku bergegas keluar kerana aku cukup kenal dengan suara garaunye tu. terubat rindu aku padanya. Aku menjemput dia masuk. Mak dan ayah aku tercengang melihat kedatangan joe. Aku takut-takut untuk menjemput joe duduk. Tapi dia lebih cepat bersalam dengan ayah dan ibuku. Pantas ibuku menarik tangannya. Sampai hati mak… rintih aku dalam hati. Aku lihat air muka joe turut berubah tapi dia melembarkan senyuman kepadaku. Lega hatiku kerana joe sedikit pun tak ambil hati.
"mak.. ayah… ni lah joe." Aku memperkenalkan joe kepada orang tuaku. Ayahku hanya mengangguk tapi emak tetap buat tak tahu sahaja. Kesian joe kerana terpaksa menerima layanan sebegini dari emak. Dulu mak tak macam ni pun. Semua kawanku yang datang ke rumah dilayannya sebaik mungkin. Dengan joe pun sama. Tapi itu mungkin dulu. Masa aku dengan joe hanya bersahabat. Bukan sekarang selepas persahabatan kami bertukar menjadi percintaan.
"makcik.. pakcik… maaf kalau kedatangan saya ni mengganggu makcik dan pakcik. Saya tau saya datang ni tak beradat tapi saya perlu berterus terang. Bagi tau sesuatu pasal saya dengan shira." joe memulakan bicara. Percakapannya cukup tenang. Inilah kelebihan yang tidak terdapat dalam mana-mana lelaki yang aku kenali. Dia cukup tenang dalam mengendalikan sesuatu situasi.
"dah tau tak beradat, kenapa datang jugak!" emak tiba-tiba bersuara. Agak kasar. Terkejut aku. Joe pun sama tapi dia masih melemparkan senyuman kepadaku. Tenangnya hatimu, sayang….
"makcik. Lagi sekali sya mintak maaf. Tujuan saya datang ni sebab nak minta restu dari makcik dan pakcik. Saya sayangkan shira. dialah satu-satunya perempuan yang saya sayang. restuilah kami. Saya akan memeluk agama Islam tak lama lagi. Saya betul-betul sayangkan dia." Joe sambung kembali kata-katanya.
"hang jangan nak temberang aku. Aku takkan restu hangpa dua orang. Bangsa hang ni memang penipu! Pembunuh! Aku tak suka. Aku tetap takkan restu sampai bila-bila sampai aku mati!. Hang, ira! Kalau hang nak jugak kawin dengan dia, hang bukan anak aku lagi! Hang boleh berambus dari sini!"
"mak!" aku menjerit bila mak kata macam tu. tapi mak dah pergi tinggalkan kami. Aku menangis semahu-mahunya. Ayah hanya tenang memandang kami. Tapi dia masih tak bersuara. Yang aku nampak matanya dah berair. Ayahpun menangis? Apa yang jadi sebenarnya? Aku pandang muka joe. Muka dia begitu hambar sekali. Dia tertunduk. Seperti punah segala harapan kami untuk hidup bersama. Tiada lagi senyuman dibibirnya. Hanya muka tertejut yang terpancar. Aku kembali menatap ayah.
"ayah. Kenapa mak macam tu. kenapa dia benci sangat kat joe ni?" dalam tersedu-sedan aku menghampiri ayah. Aku bertanya kepada ayah. Ayah juga berjanji nak beritahu aku dan joe mengenai emak. Mungkin inilah masanya.
"joe. Mai sini. Pakcik ada benda nak cakap kat joe. Ira pun kena dengar jugak apa yang ayah nak cakapkan ni."
"joe.. pakcik tak pernah halang ira nak buat apa ka nak kawan dengan sapa ka. Sebab pakcik percaya dekat anak pakcik. Dia takkan malukan keluarga sendiri. Kalau dia buat jahat, maka yang salah adalah pakcik sendiri sebab dia anak pakcik. Segala yang dia buat semua dari hasil didikan pakcik. Tu sebabnya pakcik tak halang dia nak kawan dengan hang. Sebab dia mesti tau yang mana baik yang mana buruk untuk dia. Kalau pilihan dia salah, dia yang akan tanggung sendiri. Dan kalau pilihan dia betul, pakcik akan tumpang gembira sama tengok anak menantu pakcik bahagia." Panjang lebar ayah menuturkan kata-kata.
"pakcik.. percaya lah kat saya. Saya betul-betul sayangkan dia. Saya akan cuba sehabis daya untuk bahagiakan dia. Saya akan cuba untuk sempurnakan diri saya untuk dia. Shira banyak mengajar saya selama ni. mungkin dia tak sedar. Tapi segala apa yang dia lakukan membuatkan saya semakin terpikat dengan islam. Inilah hasil didikan pakcik sebenarnya. Saya bersyukur sebab saya dapat berjumpa dengannya. Pakcik jangan risau. Saya takkan sia-siakan dia." Joe bersungguh-sungguh berjanji di hadapan ayah.
"pakcik tau. Joe jangan risau. Pakcik restu hubungan hangpa dua orang. Pandai-pandaila hangpa jaga diri. Jangan malukan keluarga hangpa." Ayah menyambut baik janji joe. Tapi aku masih tak puas hati lagi. Ada sesuatu yang ayah masih sembunyikan. Ayah masih belum berterus terang. Pasal mak!
"ayah. Apa yang terjadi sebenarnya kat mak? Pagi tadi ayah dah janji nak nak ceritakan hal yang sebenarnya. Bagitau la, ayah." Aku menyuarakan isi hatiku. Joe seakan terkejut. Dia sebenarnya tidak tahu menahu pasal ini.
"hmmmmm…… macam mana ayah nak ceritakan ye…." Kedengaran ayah mengeluh. Aku dan joe begitu tekun melihat ayah. Ayah menghembuskan nafas perlahan-lahan sebelum membuka semula sejarah perit dalam hidup mak.
"macam ni. peristiwa ni berlaku masa mak hang tak kawin lagi dengan ayah. Mak hang ni ada adik kembar. Nama makcik hang jamilah. Dia cantik orangnya. Ramai yang berkenan. Tapi makcik hang hanya sukakan Lim, anak orang kaya kat kampung dia. Lim baik. Tapi keluarga menentang hubungan depa ni sebab keluarga mak hang bermusuh lama dah dengan keluarga Lim ni. tapi lama-kelamaan keluarga depa dapat jadi kawan baik. Ni semua sebab makcik hang dengan lim bersungguh-sungguh memujuk keluarga depa. Bersabaq dengan kerenah depa. Itu la namanya jodoh kan? Akhirnya kedua-dua keluarga bersetuju. Depa bercadang untuk berkahwin selepas lim masuk islam. Mak hang pun suka dengan pilihan adik dia. Dia jugak yang banyak menolong makcik hang tu pujuk mak dengan ayah depa." Aku dengan joe tekun mendengar cerita ayah. Ayah menyambung kembali.
"satu hari, masa makcik hang dengan lim berjalan nak pi pekan sebab nak barang-barang untuk hari kawin depa, depa disekat di tengah-tengah jalan kampung. Depa dibawak ke tempat yang orang tinggal. Rumah buruk. depa ikat tangan dan kaki makcik hang dengan lim tu. ikat secara berasingan…. Depa…depa…" ayah seakan sukar untuk menyambung ceritanya. Aku semakin kurang sabar. Saat ini aku nampak mata ayah kembali berair. Mungkin tak sanggup untuk meneruskan ceritanya.
Depa rogol dia beramai-ramai. Depan lim. Lim menjerit untuk lepaskan diri tapi tak berdaya. Depa ketuk kepala lim bagi pengsan. Bila dia sedar, dia tengok ada pisau kat tangan dia. Bila berpaling, nampak mayat makcik hang dalam keadaan yang mengaibkan. Masa tu kaki dengan tangan lim dah tak diikat. Lim berusaha bergerak ke arah mayat makcik hang, tapi orang ramai datang. Muka-muka penjahat tu pun ada sekali. Lim dituduh membunuh dan merogol makcik jamilah hang. Dia dihukum penjara seumur hidup. Sejak tu keluarga depa bermusuh balik. Sampai sekarang mak hang benci kat keluarga lim dan orang cina." Air mata ayah mengalir.
"ya Allah! Mak!" aku terjerit. Terkejut. Begitu besar dugaan yang mak tempuh! Kalau aku di tempat mak, aku tak kuat untuk menghadapinya. Aku tengok joe. Dia turut terkedu.
"semua orang ingat lim bersalah. Tapi dia tak bersalah sebenarnya. Dia difitnah sebab semua orang nampak dia tengah pegang pisau. Ayah kesian sangat tengok dia. Ayah rasa kalau ayah kat tempat mak hang pun, ayah akan rasa lim yang bersalah. Tapi ayah tau, dia tak bersalah. Dia sayang sangat kat makcik jamilah hang. Sayang sangat-sangat!" ayah menyambung ceritanya dalam keadaan sebak.
"macam mana pakcik tau cerita ni dan lim tak bersalah?" joe akhirnya bersuara juga setelah dari tadi hanya leka mendengar cerita.
"pakcik boleh tau pasal cerita ni joe…. Sebab pakcik berkawan baik dengan lim tu. kami rapat. Dia ceritakan segala-galanya kat ayah masa dia nazak nak meninggal, ira. Ayah kesian sangat tengok dia. Ayah cuba pujuk mak hang tapi dia tak mau percaya. Ayah tak tau la bila dia nak percaya cerita lim tu. tu sebab dia pindah mai pangkor ni. tak sanggup nak duduk kat kampung dia. Kami pindah mai sini lepas sebulan kawin."
"kesiannya kat makcik…." Joe mengeluh.
"tapi pakcik bersyukur. Lim masuk islam masa dia di penjara. Dan dia mati pun dalam islam. Alhamdulillah….." aku yang mendengar cukup terharu dengan cerita ayah. Bertuah sungguh lim. Walaupun dia dituduh bunuh orang yang dia sayang, tapi hati dia tetap pada islam.
"kenapa mak masih tak percaya pada cerita ayah?"
"mungkin hati dia masih sedih kot. Tak pa la. Ayah kenal isteri ayah. Dia baik. Tapi mungkin dia tak mau peristiwa lama berulang kembali."
"pakcik, saya takkan sia-siakan shira. saya akan jaga dia juga diri saya sendiri. Lepas saya masuk islam, saya akan hantar rombongan untuk meminang shira kemudian kami akan kawin. Saya akan jaga dia pakcik. Keluarga saya tak membantah. Diorang terima baik hasrat saya ni. lagipun, kakak saya pun berkahwin dengan orang islam. Hubungan kami dengan keluarga dia baik. Saya janji pakcik!" itu janji joe pada ayah aku.
"pakcik tau joe. Pakcik paham. Pakcik dapat nampak yang hang ni memang sayang kat anak pakcik ni." alhamdulillah… ayah menyokong hasrat kami.
"mak macam mana ayah?" aku bertanya kembali mengenai penerimaan mak terhadap aku dengan joe.
" tak pa. ayah akan cuba pujuk mak hang. Hangpa jangan risau. Pi tengok mak hang. Ayah tau dia tengah bersedih kat dalam bilik tu. pi la. Ayah nak cakap sikit dengan joe." Aku memandang muka ayah dan joe. Aku bangun dan berjalan ke arah bilik mak.
Aku menjenguk ke dalam bilik mak. Aku tengok mak tengah menangis teresak-esak. Dicium-cium kepingan kertas. Mungkin gambar barangkali. Aku tak sanggup nak tengok keadaan mak macam tu. perlahan-lahan aku berjalan mendapatkan mak. Aku pegang bahu dia. Aku peluk mak. Tak sanggup aku nak tengok mak menangis macam tu sekali. Luka itu terlalu dalam untuk mak tanggung seorang diri. Tapi aku tak berdaya untuk berkongsi dengannya. Hanya boleh meluahkan rasa simpatiku kepada emak. aku cuba tarik kepingan kertas yang emak tengah pegang. Memang sah. Gambar lama. Aku tengok gambar emak dengan seorang perempuan yang cukup cantik di sebelahnya. Mukanya ada iras emak. Mungkin…
"ini adik mak ira. Adik mak yang seorang. Dia sajalah kawan mak, ira. Tapi….." mak mengongoi seperti budak kecil. Tak sanggup aku tengok. Air mataku turut mengalir.
"mak. Sabar la. Ira..ira…" aku tak tau nak cakap apa buat masa ni. aku takut hati mak lagi terluka.
"mak tak boleh terima yang dia dah pergi tinggalkan mak sorang-sorang. Dia tak sepatutnya mati dalam keadaan macam tu. terlalu mengaibkan. Mak peluk badannya yang berlumuran darah. Mulutnya tercungap-cungap. Mak tak sanggup nak tengok. Kalau boleh, biar mak yang gantikan tempatnya. Mak tak terdaya tolong dia ira. Dia terlalu baik untuk jadi macam tu. mak sedih ira. Mak sedih." Airmata mak seakan tidak mahu berhenti. Aku peluk mak kuat-kuat.
"mak… sudah la mak. Dah lama terjadi. Banyak-banyak bersabar. Kita doakan yang terbaik untuk rohnya di sana. Ira faham perasaan mak. Walaupun ira bukan kat tempat mak, tapi ira sedih jugak. ira tak sempat nak kenal dia mak." Aku masih memeluk emak.
"dia tak sepatutnya dibunuh. Dirogol pulak tu. apa dosa dia sampai depa buat macam tu sekali. Dia tak pernah susahkan orang lain. Dia berbaik dengan semua orang. Kenapa depa buat macam tu?"
"mak. Syhhhh…. Dh la mak. Makcik dah tak dak mak. Doakan mudah-mudahan dia aman kat sana. Mak…. Ira nak tanya sikit boleh tak?" perit untuk aku telan air liur. Aku takut apa yang akan aku tanyakan nanti akan menyebabkan luka mak semakin bernanah.
"ayah kata…ayah kata orang lain yang bu…bunuh makcik. Bukan…bukan…" takut-takut untuk aku bertanya.
"mak tau. Cuma mak tak dapat terima. Kenapa lim tak dapat pertahankan makcik hang. Dia kata sayang. tapi kenapa dia biaq depa buat macam tu. sepatutnya dia lawan balik. Mak benci kat dia!"
"mak… kan dia jugak mangsa mak… mak tak boleh macam ni. dia pun dah tak dak. Tapi mak. Ayah cerita, dia sayang sangat kat makcik. Lagi satu, dia tetap memeluk islam mak."
"mak tau. Mak tau tu. tapi mak tak dapat nak maafkan dia. Mak tak boleh! Mak takkan terima joe! Itu keputusan muktamad mak." suara mak kedengaran tegas. Rasa luluh perasaan aku waktu ini. aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku tak boleh nak mendesak mak masa ni. ini akan memburukkan lagi keadaan.
"mak…." Aku memeluk mak. Airmata aku mengalir semula. Semoga hati mak akan berubah dan dapat menerima joe. Tolong lah, Ya Tuhanku… aku berdoa dalam hati.
Joe pulang semula ke kuala Lumpur petang itu juga. Aku tak tau apa yang dia bualkan dengan ayah. Masa aku keluar dari bilik mak, aku tengok riak muka ayah dengan joe agak serius. Aku tak berani nak tanya. Tapi aku bersyukur, mak tak lagi marah-marah seperti tadi. Dia terima huluran tangan joe semasa joe nak balik tadi. Alhamdulillah… mungkin ini permulaannya. Aku akan pujuk mak lagi. Sehingga dia terima joe sepenuhnya. Aku tak sanggup untuk buat pilihan di antara emak dan joe. Tak mungkin aku akan membelakangkan emak yang melahirkan aku. kasih ibu tiada gantinya. Tapi aku juga tak sanggup untuk berpisah dengan joe. Aku harap mak akan bertukar fikiran. Aku akan cuba bersabar sehingga hubungan kami diterima. Ayah juga kata, makcik jamilah begitu sabar dengan kerenah keluarga sehingga akhirnya mendapat restu dari kedua-dua keluarga. Aku akan tanamkan semangat makcikku dalam diri ini. semoga aku juga akan berjaya akhirnya.
Aku mulakan tugas seperti biasa setelah balik dari kampung. Hubungan aku dengan joe pun berjalan lancar. Tiada lagi gangguan. Cuma mak yang masih belum dapat terima joe sepenuhnya. Tapi dia tak lagi berkeras. Walaupun masih baru mak terima berita ini, tapi dia semacam berubah sedikit. Alhamdulillah…..
"shira! joe nak ajak shira datang rumah family joe weekend ni." masa tu kami tengah makan tengahari. Aku angkat kepala. Terkejut!
"hah? Buat apa?" macam soalan bodoh je aku rasa.
"mummy dengan daddy nak jumpa bakal menantu diorang yang cantik ni." sempat lagi dia usik aku. aku tersengih je. Joe ni memang. Suka mengusik aku.
"ye lah tu cantik! Kita nak pegi malam ke siang?" aku sebenarnya dah bersedia untuk berjumpa dengan family joe. Cuma aku tak sangka secepat ini. tapi aku tak kisah. Aku percaya pada joe. Dia pasti akan melindungi aku walau apa pun yang terjadi. Aku begitu yakin terhadap dirinya.
"kita pegi siang sampai siang esoknya. Boleh?" joe tersenyum tengok aku.
"biar betul! Ngarut ape ni? sampai nak tido sana lak." Aku tau joe saje cakap macam tu. takkan la aku nak tido sana. Mengarut je.
"betul. Joe tak tipu. Mummy suruh tido sana. Lagipun sabtu tu majlis ulangtahun perkahwinan mummy and daddy joe. So, diorang nak semua anak menantu serta cucu diorang ada sekali. Termasuk saudara mara kitorang."
"hah!" ini memang bagi aku lagi terkejut. Nak jumpa semua orang? Biar betul! Nak jumpa saudara mara lagi tu. tido sana pulak tu. ish! Ngarut…ngarut!!
"tak nak la shira. takut la. Ramai sangat. Tak payah tido sana. Shira pegi jumpa uncle dengan aunty je. Shira tak nak tido sana. Lagipun, mesti tak cukup tempat" Aku menolak pelawaan joe untuk tidur di sana.
"ala… boleh la sayang. sian kat mummy. Dia nk sangat jumpa shira tau. Lagi pun, sedara-sedara joe bukan tido situ. Dioarang balik la. Ade yang tido kat hotel. Jangan risau la. Lagipun ni event untuk family. Kalau shira tak join kira tak lengkap la."
"ape pulak tak lengkap. Shira kan orang luar."
"sape kata orang luar? You are my future wife tau. So, kalau tak de sayang, tak lengkap tau." Joe melemparkan senyuman menggoda kat aku. aku hanya tertunduk malu. Tapi kemudian kami saling melemparkan senyuman. Mata kami bertentangan. Sarat dengan kasih sayang.
"sayang… lupa ke? Kan kat rumah joe ada bilik solat. Ape nak risau. Kan joe dah bagitau, memang disediakan untuk family kak suzana. So, shira jangan la risau pasal tu. lagi 1, bilik banyak la. Shira tido la dengan adik joe. Kalau tak nak, tido je kat bilik joe. Habis cerita."
"habis tu, kalau shira tido kat bilik joe, joe nak tido mana?"
"joe tido dengan shira la." Menyegih dia tengok aku. nak menggatal je dia ni tau.
"amboi! Gatalnya. Nak kena ni." aku cubit lengan joe. Dia mengaduh. Kami ketawa bersama-sama. Terasa dunia pun turut ketawa bersama kami.
Hari yang dinantikan telah tiba. Joe datang menjemputku di rumah. Aku baru selesai makan tengahari dengan sarah. Perjalanan ke rumah joe dari rumah aku memakan masa hampir 1 jam. Maklumla, jalan raya sesak kerana hari cuti hujung minggu. Semua orang keluar untuk merehatkan kepala yang berserabut dengan tugasan di tempat kerja sepanjang minggu. Kami tiba juga akhirnya. Aku terkejut tengok rumah family joe. Bagi aku, macam istana lagaknya. Besar dan tersergam indah. Punyai taman untuk beristirehat. Juga kolam renang yang dihias cantik. Mungkin untuk sambutan majlis malam ini. kagum aku tengok keindahan rumah besar ni. semuanya kemas dan diatur cantik. Joe menarik tanganku masuk ke dalam rumah. Tiada sesiapa pun lagi. Dia menjemputku duduk dan pergi ke sesuatu tempat. Mencari ibu dan bapanya barangkali. Seorang pembantu rumah datang dan menyajikan minuman kepadaku. Selepas menjemputku minum dia beredar ke belakang semula. Mataku melilau melihat keadaan sekeliling dalam rumah ini. begitu kemas sekali. Segala-galanya diatur dengan kemas. Susunan perabot-perabut dalam rumah tersebut begitu menarik. Dengan gaya kontemporari yang begitu menyerlahkan suasana rumah yang ingin didiami oleh semua orang. Tapi yang hairannya tiada sesiapa lagi yang datang ke sini. Aku datang terlalu awalkah? Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki yang kelihatan masih segak bergaya walaupun rambut sudah kelihatan uban-uban tua di kepalanya. Di sampingnya kelihatan wanita yang masih cantik, langsung tidak dimamah usia tua. Aku bingkas bangun. Aku rasa itu adalah ibu dan bapa joe kerana kemesraan yang terjalin begitu terserlah. Aku melemparkan senyuman dan menunggu kehadiran mereka. Untuk berjalan kea rah mereka, aku agak segan. Takut dituduh kurang sopan. Tapi yang pastinya, senyumanku dibalas dan aku lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.
"mummy, daddy... this is my sweetheart, shira." terkejut aku dengan kata-kata joe. Selambanya dia memperkenalkan aku sebagai buah hatinya. Malu aku dibuatnya. Tapi kedua ibu-bapanya hanya ketawa.
"shira… jangan dikisah sangat perangai joe ni. memang tak malu sikit. Shira jangan malu pulak. Mummy dah kenal shira sebelum shira datang ke sini lagi." Aku tertunduk malu. Kemudian aku bersalam pula dengan ayahnya.
"apa khabar aunty, uncle?" aku memulakan bicara selepas bersalaman dengan mereka.
"baik. Sihat. Tak payah panggil aunty ke uncle ke. Panggil mummy dengan daddy je. Lebih mesra." Aku tercengang selepas mendengar kata-kata ibu joe. Aku melihat ayah joe. Dia turut mengangguk.
"ye shira. panggil kami daddy dengan mummy. Kami pun dah lama kenal shira ni. Cuma joe je tak bawak shira datang sini. Dia kata shira tak bersedia lagi." Ayah joe pulak bersuara. Aku memandang joe. Dia tersenyum dan mengangguk ke arah ku. Mesranya keluarga ni. boleh terima aku. aku bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki sebaik joe dan keluarga yang dapat menerimaku seadanya.
"jom duduk" ibu joe menarik tanganku dan membawaku duduk bersebelahannya.
"mummy memang nak jumpa shira lama dah. tapi joe tak nak bawak. Katanye shira tak bersedia lagi."
"ermm… shira minta maaf aunt.. mummy…. Shira tak berani lagi nak jumpa mummy dengan daddy. Takut shira tak diterima nanti." Senangnya aku memanggil mereka mummy dengan daddy. Aku teringat mak di kampung. Kalau dia juga menerima joe sebagaimana ibu bapa joe menerima aku, alangkah gembiranya aku. aku sentiasa mendoakan perkara ini akan berlaku.
"takut kenapa pulak. Kami bukan makan orang." Kami semua ketawa bila ayah joe mengusikku. Aku terasa bahagia berada di samping mereka. kami berjalan ke luar. Berbual-bual panjang di taman di halaman rumah. Aku ketawa bila cerita-cerita kelakar joe masa kecil dibuka oleh ibu dan bapanya. Joe turut ketawa. Dia juga gelihati barangkali bila perangai nakalnya diimbas kembali. Sampai ke petang kami berborak. Kuih dan air yang disediakan bibik pun dah nak habis. aku melihat jam di tanganku. Ya Allah. Dah hampir pukul 5. tak sedar langsung bila berborak. Waktu asar pun dah masuk. Macam mana aku nak meminta diri untuk mengerjakan solat.
"kenapa shira? tengok-tengok jam" joe memerhatikan aku rupanya. Macam mana aku nak cakap ni.
"dah pukul 5 pun joe. Shira nak sembahyang kot. Bawak dia masuk bilik. Biar dia rehat lepas sembahyang. Dia pun letih sebab dari tadi melayan kita. Tak sempat berehat lagi pun." Aku memandang ibu joe. Dia begitu memahami. Terharu aku dibuatnya.
"terima kasih mummy sebab faham shira. lepas shira solat, shira turun bawah balik tau." Aku memegang tangan ibu joe.
"tak pe shira. mummy faham. Lepas sembahyang tak payah turun. Rehat dulu. Majlis pun mula pukul 8. sempat shira nak sembahyang jugak. rehat dulu tau." Dia membalas sambil menggenggam tanganku. Aku memeluk ibu joe.
"kan bagus ibu shira macam mummy jugak." hampir menitis air mataku tatkala meluahkan apa yang terbuku di hatiku.
"sabarla shira. lama-lama dia akan terima juga." Ibu joe membalas pelukanku. Joe membawaku masuk ke dalam rumah. Kami mendaki tangga menuju ke kamar yang disediakan untuk aku.
"bilik joe ke ni?" aku bertanya bila aku nampak gambar joe di atas meja solek di sisi katil. Dan yang paling aku pasti, bau joe yang ada dalam bilik ini. bau yang tak pernah aku lupa sejak bertahun-tahun yang lalu.
"erm… macam mana shira tau?" joe merapati aku. dia tersenyum. Macam nak menggoda aku lagaknya. Aku tidak bergerak bila dia semakin dekat padaku.
"bau ni…." aku memandang sekeliling sambil tersenyum.
"sayang kenal?" dia mula memegang tanganku. Aku sengaja membiarkan perlakuan dia.
"shira takkan lupa buat selama-lamanya. Bau ni dah terpahat dalam fikiran shira. dalam hidup shira." aku masih lagi tersenyum. Joe mula memegang pipiku. Aku sengaja membiarkannya. Aku nak melihat sejauh mana tindakan joe. Joe semakin berani. Dia mengusap pipiku. Tapi aku tetap berdiam diri dan masih lagi tersenyum. Seluruh mukaku diusapnya. aku tetap tidak membantah. Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya aku. tapi lama-kelamaan, tindakan joe terhenti. Tangannya mati di pipiku. Muka dia agak terkejut melihatku.
"shira?" anak matanya menikam anak mataku. Aku faham apa yang sedang berada di fikirannya. Aku tersenyum. Aku mengambil tangannya yang ada di pipiku. Aku genggam.
"joe, shira percaya kat joe. Shira tau joe takkan perkara yang akan merosakkan hubungan kita. Joe akan jaga shira." aku tersenyum meluahkan kata-kataku ini. joe turut tersenyum.
"terima kasih sebab percaya kat joe. Joe takkan lakukan perkara yang akan melukakan hati shira. jangan risau ye sayang."
Tiba-tiba joe memelukku. Terkedu jugak aku dibuatnya. Tapi hanya sekejap dan dia melepaskan rangkulannya. Aku tersenyum bila ungkapan ‘I love you’ keluar dari mulutnya. Macam-macam betul la perangai joe ni. dia meninggalkan aku seorang diri di kamarnya selepas menunjukkan arah kiblat kepadaku. Terkejut aku dibuatnya. Akhirnya dia menerangkan bahawa kakaknya, suzana ada memberitahu kepadanya tentang arah kiblat untuk aku sembahyang. Aku bersyukur dipertemukan dengan mereka semua. Aku bersyukur sangat-sangat.
Aku duduk di birai katil. Aku tersenyum sendirian. Terbayang-bayang wajah joe di mataku. Alangkah bahagia kiranya kami dapat disatukan tanpa halangan dari sesiapa pun. Aku melepaskan keluhan apabila teringatkan emak di kampung. Bila agaknya dia dapat menerima joe sepenuhnya. Tapi keluhan hanya sekejap sahaja apabila aku terkenang kembali kata-kata ibu joe. ‘jangan cepat mengalah. Bersabar. Lama-kelamaan dia akan terima kamu berdua’. Terima kasih mummy di atas kata-kata semangat yang mummy bagi. Memang shira amat memerlukannya. Aku berkata sendiri dalam hati.
Aku bangun dari birai katil dan berjalan menuju ke bilik air. Selepas membersihkan diri, aku menunaikan solat asar. Selepas solat, aku berdoa agar seluruh keluarga ini akan mendapat hidayah daripada-Nya dan terbuka pintu hati mereka untuk menerima Islam. Insyaallah.
Seusai solat, aku merebahkan badan atas katil. Hanya untuk merehatkan badan. Tapi aku tertidur akhirnya. Entah bila aku terlelap, aku pun tak perasan. Bila aku sedar sahaja, aku terdengar bunyi riuh di laman rumah. Ada bunyi enjin kereta yang keluar masuk. Aku bingkas bangun dan berjalan ke arah tingkap. Aku jenguk ke bawah. Aku tengok ramai tetamu yang sudah sampai. Aku melihat jam dinding yang tergantung di atas kepala katil. Alamak! Dah pukul 7.30 malam. Patut la ramai yang sudah datang. Tak tahu macam mana aku boleh terlelap sampai macam ni sekali. Hampir 2 jam juga aku terlena. Macam la aku letih sangat. Padahal bukan ada kerja pun yang aku buat. Aku bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sesusai solat maghrib, aku cepat-cepat bersiap. Bersiap ala kadar. Aku hanya memakai kebaya labuh warna kuning air. Aku selempang selendang di bahuku. Rambutku yang panjang, aku sanggulkan. Bibir dan mataku, kucalitkan lipsticks dan eyeshadow. Tidak terlalu garang. Hanya untuk menambah seri muka sahaja. Aku tidak suka bermake up sebenarnya. Tapi hanya untuk majlis-majlis tertentu sahaja. kalau hari-hari biasa hanya lipsticks yang aku sapu dibibirku.
Aku berjalan ke arah pintu. Sebelum aku memulas tombol, aku seperti terdengar suara orang berbual di luar. Aku beranikan diri untuk keluar. Apa mereka akan kata sekiranya nampak aku keluar dari bilik joe. Selepas tenang, aku memulas tombol dan melangkah keluar. Aku lihat ada dua orang perempuan sedang berjalan ke arah bertentangan dengan aku. langkah mereka terhenti. Aku turut terkedu. Aku rasa macam pernah tengok salah seorang dari mereka sebelum ini. Belum sempat aku membuka mulut untuk menegur mereka, perempuan itu sudahpun berjalan pantas kepadaku.
"siapa kau ni? kenapa kau boleh ada dalam bilik ni?" garang suara perempuan tu bertanya kepadaku. Aku tergagap-gagap untuk menjawab. Terkejut.
"saya…saya…."
"cindy! You buat apa sini?" nasib baik joe datang masa ini. ooo…. Ini lah cindy. Sepupu joe tu.
"who is she, joe? Don’t tell me she…." Muka cindy sudah mula merah menahan marah.
"what? None of your business! Come shira. mummy cari dah. jom.." joe menarik tangan shira dan berjalan menuruni tangga. Cindy yang melihat tidak mampu menahan rasa geram. Ingin sahaja dia mengamuk tapi bila memikirkan ini bukan rumah dia, dia tahankan sahaja.
"siapa tu cindy?" camelia, kawan cindy yang dari tadi jadi pemerhati mula bersuara.
"itu? Itu la perempuan tak guna! Perempuan tak sedar diri!" cindy mula mengeluarkan rasa amarahnya.
"oooo… itu la perempuan gatal yang kau ceritakan tu ye…. Cantik….." camellia bercakap perlahan. Takut didengari oleh cindy.
"what?" cindy terasa macam ada sesuatu yang dia dengar dari mulut camelia.
"ops.. nothing! Just I cakap itu ke perempuan gatal tu…."
"ye la. Sape lagi. Jom la turun. Ada kat sini pun buat sakit hati aku je." Cindy berjalan terus tanpa menunggu camelia lagi. Dia berjalan ke bawah dengan hati yang marah. Bila sampai di kawasan kolam renang, hati dia bertambah sakit hati bila melihat kemesraan shira dengan joe. Tambah-tambah lagi dengan ibu dan bapa joe. Bergelak ketawa bersama-sama. Makin panas bila melihat auntienya memeluk bahu shira dan memperkenalkan shira kepada semua orang. Jaga kau shira. kau tunggulah balasan dari aku. kau takkan selamat! Itu janji cindy.
Aku amat gembira bila bersama-sama mereka. walaupun aku tahu, jelingan tajam cindy tidak pernah lari dari wajahku, tapi rasa gerun sekejap sahaja. ini semua gara-gara layanan ibu dan bapa joe. Sedikit pun aku tidak rasa yang aku dipinggirkan. Yang aku rasa sekarang, diri aku amat diterima oleh keluarga joe. Aku diperkenalkan dengan seluruh ahli keluarga joe. Anak saudara joe, haikal begitu manja denganku walaupun baru berjumpa hari ini. makan pun mahu bersuap. Keletah dia yang comel dan manja membuatkan sesiapa pun boleh jadi sayang pada dia. Kemeriahan mereka semua tak pernah aku rasai kerana aku anak tunggal dalam keluargaku. Itulah sebabnya aku begitu seronok bila berada di samping mereka semua.
Aku meminta diri untuk ke dapur sebentar. untuk membasuh tanganku yang kotor terkena arang. Majlis ini disertakan sekali dengan barbeque. Selepas membersihkan tanganku, aku berjalan semula ke luar. Mataku terpaku sebentar di ruangan bawah tangga berhampiran pintu masuk dapur. Aku melihat bingkai gambar yang aku hadiahkan kepada joe suatu masa dahulu. Terdapat gambar joe semasa berada di Pangkor. Seingat aku, aku yang hadiahkan bingkai dan gambarnya sekali kepada joe. Tak sangka, dia masih simpan lagi. Aku capai bingkai tersebut. Mulutku secara tiba-tiba mengukir senyuman. Aku usap gambarnya.
"gambar yang shira bagi. Ingat?" tak semena-mena, joe sudah berada di belakangku. tanpa berpaling ke arah joe, aku menganggukkan kepalaku. Dia memelukku dari belakang. Kami hanya berdiam diri sambil melihat gambar joe. Tanpa bersuara walau sepatah pun. Selepas seketika berdiam diri, kami berjalan semula ke kawasan kolam untuk bersama-sama semua tetamu.
"memang perempuan sial! Kau memang cari nahas, shira! aku akan buat kau menderita. Kau tengok la nanti!" kebetulan cindy dalam perjalanan ke bilik air. Bila nampak kemesraan di antara joe dengan shira, hatinya semakin sakit dan benci. Ingin sahaja dibunuhnya shira waktu itu.
"bik! Mana anak-anak Bintik?" kemarahan cindy masih belum hilang lagi. Keras suaranya bertanyakan anak-anak kucing yang baru dilahirkan.
"kenapa simpan? Biarla diorang kat luar ni. dalam sangkar kan. Bukan berkeliaran pun. Saya nak tengok. Ambik cepat!"
"maaf cik. Saya ambil sekarang." Terkocoh-kocoh pembantu rumah itu berlarian ke dalam stor. Tempat dia simpankan selepas kasihan melihat shira yang ketakutan bila lihat anak-anak kucing tersebut. Tidak lama selepas itu, dia keluar sambil menjinjit kotak sangkar yang mengurung anak-anak Bintik.
"ha! Macam tu la. Kenapa simpan. Comelnye…." Bibik tergaru-garu kepala. Sejak bila Cindy sukakan kucing dia pun tak tahu. Padahal sebelum ni kucing-kucing tu hanya disepak sahaja. tiada perasaan langsung. Tapi kali ni bukan main suka lagi bila dapat anak-anak kucing tersebut.
"siap kau shira. ini baru langkah pertama. Kau tunggu la nanti. Yang seterusnya akan lebih dasyat lagi. Hahahahah!!!!" cindy ketawa besar bila memikirkan rancangannya untuk mengenakan shira. dia terdengar shira bercakap-cakap dengan bibik pasal fobianya terhadap anak kucing. Tanpa membuang masa, dia terfikirkan cara untuk kenakan shira. melalui anak-anak kucing tersebut. Hatinya begitu gembira sekali.
Cindy membawa seekor anak kucing tersebut ke kawasan kolam. Dia ternampak shira begitu gembira dan leka berbual-bual dengan tetamu-tetamu ibu dan bapa joe. Joe tak pernah renggang dari sisi shira. ini yang menambahkan sakit hatinya. dia cuba untuk menyorokkan anak kucing di belakangnya. Dia menunggu saat joe jauh dari shira. sebab dia tahu joe akan melindungi shira walau macam mana cara sekalipun. Nah! Peluangnya terbuka luas apabila joe mula menjauhi shira untuk ke buffet makanan barangkali. Dia berjalan ke arah shira dan akhirnya melepaskan anak kucing tersebut di atas lantai. Dia bergerak ke belakang sedikit untuk melihat drama yang akan berlaku sebentar lagi. Dia melihat anak kucing tersebut berjalan terhuyung-hayang kerana baru beberapa minggu melihat dunia. Anak kucing yang tiada arah tujuan bergerak ke hadapan tanpa pedulikan apa-apa sekalipun. Suara mengiaunya juga tidak kedengaran dalam kebisingan orang ramai.
Aku rasa tak sedap hati. Aku terasa seperti terdengar suara anak kucing mengiau. Serentak itu aku dah jadi geli geleman. Air mataku mula bertakung. Aku terasa ada anak kucing yang berada berdekatan denganku. Mataku melilau mencari di lantai. Aku amat fobia dengan anak kucing yang baru dilahirkan. Aku pernah demam disebabkan terkejut dengan anak kucing. Aku pernah menangis teresak-esak kerana ketakutan di tempat kerjaku dahulu. Ini semua gara-gara anak kucing. Aku pun tidak tahu kenapa aku begitu takut sekali.
Aku menjenguk lagi di lantai. Saat ini air mataku sudah mengalir. Pandangan mataku melilau mencari kelibat joe. Apabila aku terpandangkan joe, air mataku semakin laju. Semua orang hairan melihatku. Joe turut terkejut. Hilang rasa maluku. Yang aku tahu, aku nak lari dari tempat ini. aku tak sanggup nak berdiri di sini lagi. aku melangkah menuju ke tempat joe. Tapi baru selangkah, aku terasa kakiku disentuh sesuatu. Sesuatu yang amat aku takutkan. Pada masa itu juga aku menjerit ketakutan dan menangis. Gelas air dan makanan yang ada ditanganku turut berterbangan. aku menjerit-jerit tanpa pedulikan orang lain. Yang aku tahu, aku hanya nak larikan diri dari anak kucing tersebut. Tapi dia tetap tidak bergerak dan masih menyondol kakiku.
"joe!!! Tolong shira joe…. Tolong shira…" aku menangis teresak-esak memanggil joe. Aku nampak joe berlari-lari mendapatkan aku. mungkin dia kehairanan melihat keadaanku sekarang.
"kenapa shira?" joe memegang bahuku. Aku menunjukkan ke arah kakiku. Cepat-cepat joe minta bantuan orang untuk menjauhkan anak kucing dari kakiku. Joe memang tahu tentang kelemahan aku yang satu ni. dia tahu tentang ketakutan ku terhadap anak kucing. Aku cuba bangun selepas itu tetapi aku tiada daya untuk bangun. Segala semangatku hilang terus. Aku rasa lemah dan ketakutan yang amat sangat. Joe membimbing ku naik ke bilik. Aku kesian tengok ibu bapa joe yang cemas. Tapi aku tak mampu untuk berbuat apa-apa. Ketakutanku terhadap anak kucing terlalu kuat. Aku tidak pasti kenapa aku macam ni.
dari jauh kelihatan cindy yang tersenyum puas. \'Padan muka kau shira!\'
kepala aku bukan main sakit lagi bila aku bangun tido hari ini. berdenyut-denyut. Aku cuba bangun tapi tidak berdaya. Aku cuba raba sendiri kepala dan leherku. Panas! Seperti yang aku jangkakan. Aku demam disebabkan oleh anak kucing semalam. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku jenguk ke luar, matahari sudah pun meninggi. Mesti dah pukul 10 pagi ni. aku berteka-teki sendiri. "eh! Shira. jangan bangun. Shira tak sihat ni." kebetulan ibu joe masuk ke kamar tempat aku tidur. Tangannya terdapat dulang yang berisi makanan dan air.
"duduk betul-betul. Makan bubur ni dulu. Lepas tu rehat tau." Ibu joe membantu membetulkan dudukku. Dia cuba menyuapku. Aku rasa cukup terharu.
"tak pe mummy. Shira boleh makan sendiri. Dah lewat dah kan mummy. Mesti dah pukul 10 lebih ni. shira tak bangun-bangun lagi kan." Aku rasa malu pulak. Dah la tidur di rumah orang. Bangun lambat pulak tu. tak senonoh betul aku rasa diri aku ni. aku dongakkan kepala untuk melihat jam di kepala katil.
"Ya Allah! Dan pukul 1 lebih rupanya. Macam mana shira boleh tak sedar ni mummy…" aku mula menggelabah. Malu bukan kepalang aku rasa di depan ibu joe ni.
"tadi joe ade datang nak kejutkan shira. sebab dah lewat tapi shira tak bangun-bangun lagi. Risau jugak kami semua. tapi bila dia rasa dahi shira panas, dia tak jadi kejutkan shira. itu pasal dia biarkan shira tidur dulu. Dah la… makan bubur ni dulu. Lepas tu makan ubat. Ha! Lepas tu tidur." Abu joe kembali menyua sudu bubur ke mulutku. Aku tersenyum. Aku ambil dulang tersebut dan makan sendiri. Tekakku rasa pahit je. Tak lalu aku nak makan. Tapi disebabkan kesian dengan ibu joe yang bersusah payah membawanya untuk aku, aku gagahkan juga untuk menelan.
"joe mana mummy?"
"dia keluar kejap. Katanya nak ke rumah shira. tak tau la pulak kenapa." Ibu joe mengusap-usap kepalaku.
kenapa joe pergi ke rumah aku. nak buat ape? Aku tertanya-tanya sendiri.
"mummy. Telefon shira mana ye? Sebab shira nak bagitahu dekat sarah yang shira balik lewat sikit. Nanti dia risau pulak. Sebab sepatutnya shira dah balik ni."
"tak pe. Nanti mummy bagitau kat joe. Shira rehat dulu ye. Dah la. Mummy nak keluar ni. rehat tau." Aku menganggukkan kepala. Ibu joe meninggalkan aku seorang diri. Lepas selesai aku makan, aku bangun untuk membersihkan diri dan sembahyang. Subuh aku hanya qada sahaja. aku tak sedar langsung subuh tadi. Kemudian aku makan ubat dan mataku mula lali semula. Demam aku masih belum kebah. Aku baring di katil. Rasa rindu pulak dekat joe. Aku tak tengok lagi muka joe hari ni. dan akhirnya aku terlena sambil memeluk bantal joe.
Petang itu aku bangun dengan badan yang masih lemah. Kepala sudah kurang berdenyut. Cuma badan sahaja yang sakit-sakit. Aku memang tak suka demam akan mengambil masa selama seminggu untuk sembuh. Itu sebabnya aku jarang demam. Waktu-waktu macam ni aku teringat dekat mak. Rasa macam nak balik kampung pulak. Nak bermanja dengan emak. Aku capai telefon bimbitku. Aku menelefon emak di kampung. Berbual panjang dengannya. Ayah tiada kerana sudah keluar untuk mencari rezeki. Mungkin laut tidak bergelora. Itu pasal ayahku boleh turun ke laut. Sedang aku bercakap dengan emak, joe mengetuk pintu dan masuk. aku sengaja bukakan pintu bilik terlebih awal. Sebab aku pun sudah bersiap-siap untuk turun dan balik ke rumah. Biar aku rehat di rumah sahaja. aku menghulurkan senyuman pada joe sebelum menyambung semula perbualan dengan emak di telefon.
"sayang dah sihat?" joe meletakkan tangan di dahiku. Aku mengangguk walau aku tahu demamku masih belum kebah.
"panas lagi ni. rehat la dulu. Nak pegi mana."
"shira nak balik la joe. Esok nak keja kan. Lagipun kesian kat sarah. Duduk rumah sorang-sorang."
"tak payah kerja esok. Ambik mc. Biar sihat dulu baru kerja. Joe dah pegi rumah shira dah. dah jumpa sarah pun. Joe dah cakap yang shira demam. Tak dapat pegi keja dan dapat balik rumah lagi." Aku terkejut tengok joe. Rasa nak marah pun ada.
"kenapa buat macam ni. shira dah besar la. Shira boleh jaga diri. Yang joe nak pandai-pandai ni kenapa. Bukan shira sakit sampai nak mati pun." Aku tak tahu kenapa aku boleh marah dengan joe. Padahal dia hanya ambil berat dengan keadaan aku. mungkin disebabkan sakit ini menyebabkan otak aku pun dah nak naik biul.
"sayang… kenapa marah ni…" mungkin joe terperanjat dengan perubahan sikap aku ni. tapi dia pandai ambil hati aku. pandai pujuk aku.
"maaf… shira tak patut tengking joe." Joe hanya tersenyum.
"shira segan la… duduk kat sini lama-lama. Shira dah sihat sikit. Biar shira balik ye. Shira rehat kat rumah je. Shira janji. Shira tak keja esok. Shira ambik mc. Boleh?" aku segan sebenarnya untuk berada di sini. Aku dengan joe masih belum ada apa-apa ikatan. Tetapi sudah boleh sewenang-wenangnya duduk di sini. Aku cuba untuk memujuk joe supaya membenarkan aku balik hari ini. aku lihat joe seakan berfikir sesuatu.
"ermmm… macam ni la. Malam ni shira duduk sini. Rehat kat sini. Esok baru shira balik rumah shira. boleh? Joe bukan apa. Joe risau la sayang.. esok sarah taka de. Siapa nak tengokkan sayang? kalau ada apa2 nanti siapa yang susah. Ok? Please….." aku tersenyum melihat gelagat joe. Aku menganggukkan kepalaku tanda setuju. dia juga turut tersenyum. aku mengajak joe turun ke bawah tetapi joe menolak. Dia suruh aku berehat di dalam bilik sahaja. aku pun sebenarnya tiada daya untuk bergerak ke sana-ke mari. Badanku masih lemah rasanya. Tetapi aku bosan untuk berkurung di bilik sahaja. kami hanya berbual-bual sahaja di dalam bilik. tidak lama selepas itu ibu joe turut menyertai kami. Lama kami berborak. Mereka akhirnya tinggalkan aku supaya aku dapat berehat.
Hari rabu aku memulakan tugas seperti biasa setelah sembuh dari demam. Mulanya joe bising juga dengan aku tapi aku tetap berkeras untuk bekerja. Rindu rasanya dengan suasana pejabat dan rakan-rakan. Lagipun banyak kerja aku yang tertangguh. tak tau la macam mana aku nak selesaikan kerja-kerja aku ni. mujur jugak sarah ada untuk membantuku. Kalau tak, tak tau la bila aku boleh siapkan kerja yang bertimbun-timbun di atas meja ku. Ramai customer yang aku tak buat follow up lagi. Dari customer-customer ni la kami sebagai sales coordinator ni boleh dapatkan intensif lebih. Dah la aku ada ambil cuti, mc lagi. Alamatnya bulan ni semata-mata gaji basic saja la aku rasa. Itu pasal aku nak kejar balik kerja-kerja yang aku yang dah tertangguh ni.
Fuad masih lagi buat kacau terhadap perhubungan kami. Aku tak berani bila berada seorang diri di office. Aku cuba elakkan. Kalau sarah balik aku akan ikut. Tapi yang aku risaukan sekarang sarah akan bercuti tak lama lagi. Katanya sudah lama dia tak balik kampung. Alang-alang dia balik, boleh dia uruskan serba sedikit untuk perkahwinannya hujung tahun ini. Joe pulak masa tu kena outstation di ipoh. Aku bila fikir-fikirkan pasal ni boleh buat gelabah biawak kejap. Macam-macam fuad cuba buat kat aku. pernah sekali tu dia cuba pegang tangan aku masa aku seorang diri di pantry. Nasib baik aku tak jerit. Bukan sekali dia buat macam tu. banyak kali. Dekat cabinet file, jalan ke toilet. Banyak lagi. Sampai aku rasa fobia untuk tengok muka dia. Aku tak sanggup nak bagitau kat joe. Takut bergaduh besar diorang. dan yang paling aku risaukan kalau ada apa-apa yang akan berlaku pada joe. Itu yang aku takut sangat. Sebab itu la aku pendamkan sorang-sorang pasal ni.
Aku bekerja seperti biasa bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Aku tengok sarah pun makin berseri-seri. Mungkin seri bakal pengantin baru kot. Ros pun dah ada seorang cahayamata. Comel sangat. Macam mama dan ayahnya juga. Aku pulak tak tau bila nak merasa itu semua. Joe masih lagi belum menukar agama. Aku tak pernah menyoalnya. Bagi aku, itu semua biar lahir dari hati dia sendiri. Tak perlu aku asyik bertanya dan memaksanya. Tapi aku tahu, joe ada belajar mengenai Islam. Pernah aku terjumpa buku agama di biliknya. Aku tersenyum. bersyukur kerana joe bukan ingin belajar agama semata-mata kerana aku tetapi adalah disebabkan dirinya sendiri.
Pagi isnin aku pergi ke tempat kerja seperti biasa. Joe tak ada, sarah pun tak ada. Kecut perut aku bila ternampak kereta fuad di parkir bawah tanah. Cepat-cepat aku berlari menuju ke lif. Takut sekiranya terserempak dengan dia. Sudah la aku keseorangan di tempat letak kereta masa tu. bila sudah masuk dalam bangunan tempat aku bekerja, aku melepaskan nafas lega sebab sudah ramai yang berada di hadapan lif.
"hai ros. Awal kau hari ni. selalunya mesti lewat." Aku menegur ros yang tersenyum bila melihat aku.
"aha. Aku awal hari ni. sham ade banyak keja kat opis dia. Dia nak keluar awal. Tu pasal dia hantar aku pun awal jugak." panjang lebar ros bercerita. Dari jauh aku nampak fuad sudah tersengih macam kerang busuk.
"hai ros. Hai shira. ko sihat ke? Mana pakwe ko tu. tak de ke hari ni." meluatnya aku tengok perangai fuad. Aku buat acuh tak acuh je dengan sapaan dia. Aku pegang tangan ros kuat-kuat. Mulanya ros pelik juga tapi bila aku pandang mata dia, aku rasa dia faham kenapa aku buat macam tu. mesti dia akan tanya bila sampai di pejabat aku. aku sekarang sudah mempunyai pejabat sendiri. Alhamdulillah berkat kerja aku selama ni.
"kenapa dengan fuad tu shira?" aku dah agak dah. ros akan tanya aku pasal fuad. Aku menceritakan segala-galanya pada ros. Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi masalah aku ni.
"kau tak ceritakan dekat joe ke?" sekarang ni semua dah tahu pasal perhubungan aku dengan joe. Diorang pun tumpang gembira melihat kami berdua. Cuma seorang sahaja yang masih belum berpuas hati. Fuad.
"aku takut nak cerita dekat joe. Kau pun tahu kan macam mana perangai joe tu. dia pantang betul kalau ada orang kacau aku. itu pasal aku tak berani nak bagitahu dekat dia."
"sayang sungguh joe dekat kau ye." Sempat lagi si ros ni nak menyakat aku.
"kau ni kan. Aku cakap betul kau main-mainkan aku pulak ye."
"hehheheh… rilek arr. Tapi memang betul pun kan." Aku hanya tersenyum. ros keluar dari bilik aku selepas kami mencapai kata sepakat bahawa dia akan menemani aku ke parking dan akan menyuruh suaminya ambil dia di sana. Aku amat bersyukur sekali. Dia juga turut mencadangkan agar aku pergi kerja bersama-sama dia. Jadi kiranya aku akan ambil dan hantar dia setiap hari sehingga sarah dan joe balik. Bagai pucuk dicita ulam mendatang aku rasa. Aku pun bersetuju dengan cadangan ros. Lagipun memang aku akan lalu di kawasan berhampiran perumahan yang ros diami sekarang.
Hari ini joe balik selepas 4 hari bermesyuarat di ipoh. Sarah pula belum balik lagi. Dia akan menyambung tugas pada isnin minggu depan. Aku bersyukur sepanjang tempoh ketiadaan joe dan sarah, fuad tak berani kacau aku. ini semua kerana ros dan suaminya, sham. Mungkin dia takut bila satu hari sham pernah menggertak dia semasa dia cuba mengganggu aku di hadapan bangunan pejabat. Kebetulan sham lewat untuk mengambil kami. Ada kerja katanya. Aku yang ketakutan hanya menyorok di belakang ros.
"hoi! Tak de keja lain ke ha!" dari jauh sham menjerit.
" kau jaga shira. hari ni kau selamat. Nanti jaga la kau!" fuad berlalu. Mungkin takut sebab saiz sham yang lebih besar berbanding dirinya yang kurus. Fuad sebenarnya boleh dikategorikan dalam golongan lelaki yang kacak. Itu sebab girlfriendnya ada di mana-mana sahaja. tetapi perangai jahatnya itu yang membuatkan aku sakit hati.
Lagu Relaku Pujuk nyanyian Spider berkumandang. Lamunan aku mati di situ sahaja dek kerana bunyi telefonku. Aku capai telefon bimbitku. Gambar joe kelihatan.
"hello my big baby! Miss u so much!. Sayang buat ape?"
"kat opis. Tgh keja la."
"x rindu kat joe ke?"
"mesti la rindu. Bila nk blk?" sekarang aku dah tak malu untuk meluahkan perasaan aku pada joe.
"on d way dh ni. tggu joe ye."
"tggu? Kt mana?"
"kt opis la syg… tak sabar nak jumpa buah hati pengarang jantung joe yg sorang ni."
"ok. Shira tunggu kat sini je. Ok. Drive carefully!"
"ok sayang. bye…" aku mematikan talian. Tersenyum aku dibuatnya. Dan perasaanku sekarang ni tak dapat nak digambarkan. Rasa bahagia dan gembira. Gembira sebab rindu aku akan terubat bila melihat joe nanti.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Tetapi bayang joe masih belum kelihatan. semua orang sudah balik. Hanya ros yang tinggal. Aku yang minta dia temankan aku sehingga joe sampai dan ros tidak keberatan untuk menemaniku kerana dia sedia maklum dengan perangai fuad yang sering mengganggu aku.
Lebih kurang 10 minit kemudian baru aku nampak joe berjalan ke arah pejabat ku. Dari jauh aku nampak wajahnya yang tersenyum kepadaku. Hilang rindu aku padanya. Walaupun wajahnya jelas keletihan tetapi kehensemannya tetap terserlah. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Itu lah joe!
"hai sayang!! eh! Hai ros…." Mujur joe nampak ros yang berada di kerusi tetamu. Aku rasa kalau ros tak ada mau dipeluknya aku ni sebab dari cara joe merempuh masuk dalam bilik aku tadi. Aku terkekek gelihati dengan gelagat joe.
"hai joe! Baru sampai ke?" ros pun aku nampak tengah menahan ketawa melihat gelagat joe sebentar tadi.
"ok la. Aku balik dulu. Shira. jaga-jaga… joe… sabar-sabar sikit ye… kawin dulu. Ok bye!" sempat lagi ros kenakan joe. Aku hanya ketawa gelihati. Joe pulak hanya tersenyum kambing sambil menggaru kepala menahan malu. Ros berlalu meninggalkan kami berdua tidak lama kemudian.
"nape tak cakap ros ada kat sini"
"tak sempat shira nak bagi tahu joe dah meluru masuk. padan muka. Suka sangat buat perangai gelojoh tu. malu la sikit." Aku masih lagi ketawa melihat perangai kebudak-budakan joe.
"hehehhe…. Nak buat macam mana. Dah orang rindu sangat kat dia." Joe masih lagi buat muka simpati. Aku ketawa besar melihat perangai dia.
"cantiknya shira hari ni. you look gorgeous!" joe memuji aku. memang hari ini aku sengaja memakai kebaya yang agak ketat sedikit. Rambutku disanggulkan dan diletakkan cucuk sanggul pemberian joe. Aku agak melaram sedikit hari ini. rasa bangga menapak sedikit di hati apabila dipuji sebegitu oleh joe. Rasa kembang hati aku masa ini.
"thanx. Joe pulak. Kenapa tak balik rumah dulu. Shira tengok joe nampak penat sangat. Sepatutnya balik rehat di rumah dahulu." Memang ketara wajah letihnya itu. Kasihan sungguh aku melihatnya.
"joe rindu kat shira. itu pasal joe datang sini. Kenapa? Shira tak suka?"
"Bukan tak suka. Shira kesian kat joe je… kejap ye. Shira buatkan air." Joe kemudiannya mengangguk. Dia sudah pun melabuhkan punggung di kerusi yang diduduki ros tadi. Aku ke pantry untuk menyediakan minuman untuknya. Aku tahu dia pasti kehausan. Lima minit kemudian aku masuk semula ke pejabat sambil menatang dulang berisi mug. Aku lihat joe memejamkan matanya sambil bersandar di kerusi. Kesiannya dia! Hati aku berbisik sendirian. Tidak sampai hati pula aku untuk mengejutkannya.
Perlahan-lahan aku meletakkan mug berisi teh o ais limau di hadapan joe. Khuatir dia akan terjaga. Tapi sebaik sahaja aku berbuat demikian, mata joe kembali terbuka.
"sori. Shira tak sengaja kejutkan joe. Tapi rasanya shira tak buat bising pun."
"I can smell you honey!" berbunga lagi hati aku tika ini selepas mendengar kata pujian dari joe. Dengan hanya bauku, joe sudah menyedari kehadiranku di sisinya. Sama seperti aku terhadap joe!
Kami meninggalkan bilik pejabatku selepas setengah jam joe berehat. Aku memandu kereta joe pulang ke rumah. Itupun selepas puas aku memaksanya. Aku tahu dia masih penat. Selalunya, joe yang akan memandu. Katanya, itu adalah tanggungjawab dia untuk menjagaku. Itu salah satu cara katanya. Dan aku tidak membantah. Cuma hari ini aku terpaksa berkeras kerana aku mahu dia rehat di sebelah tempat duduk pemandu. Nah! Dalam perjalanan joe tertidur kerana keletihan.
Kami sampai di rumah ibu bapa joe hampir pukul 7 malam. Memang joe akan balik ke rumah ibu bapanya setiap hujung minggu. Kami kemudian berjalan beriringan masuk ke rumah joe. Aku sebenarnya keberatan juga tapi disebabkan aku yang menghantar joe ke sini, apa pula kata ibu bapanya sekiranya aku tidak singgah walaupun sebentar.
Kebetulan ibu dan bapanya sedang beristirehat di laman tepi rumah. Kami menyertai mereka yang kelihatan bergelak ketawa dari jauh lagi.
"amboi! Seronoknya mummy dengan daddy dating ye. Sampai shira dengan joe masuk pun mummy tak perasan." Aku sengaja mengusik mereka berdua.
"la… shira, joe.. bila sampai? Tak sedar langsung mummy." Aku bersalaman dengan ibu dan bapa joe. Joe turut sama.
"mana nak sedar. Dari tadi asyik ketawa je.." giliran joe pula mengusik mereka.
"bukan apa joe.. shira… mummy kamu ni dah berangan nak cucu lagi seorang. Dia kata nak anak joe dengan shira pulak. Mesti cantik macam mak dia juga." Ayah joe pula menyampuk. Aku hanya tersenyum malu.
"tak lama lagi kami akan kawin mummy… daddy…. Joe dah dapat greenlight dah." aku lantas berpaling muka kepada joe. Greenlight? Masa bilanya?
"ngarut la joe ni. greenlight apanye? Pandai je dia." Aku rasa mukaku masih merah lagi.
"kalau betul pun apa salahnya shira.. dah lama pun kamu kenal. Daripada merewang sana sini, baik kawin cepat-cepat. Mummy tak larat nak tengok si joe ni dok berangan je. Sampai orang panggil pun tak dengar. Asyik sangat ingat kat kamu la tu." muka aku bukan setakat merah lagi dah. aku rasa dah bertambah tebal. Tak senonoh betul la si joe ni.
"nak buat macam mana mummy… dah lama tunggu. Tu yang tak sabar ni." joe pula mengusikku.
"ish! Joe ni! tak malu ke?" aku menampar bahu joe. Semua orang ketawakan aku. aku turut ketawa dengan muka yang masih merah.
"malam ni kita keluar makan ye? Joe ada sesuatu nak bagitau kat shira. joe nak mummy dengan daddy ikut sekali. Penting sangat."
"tak ganggu kamu dua orang ke kalau kami ikut sama?"
"tak la daddy. Mummy dengan daddy pun kena ada sekali. Ini pasal joe dan juga pasal shira" Joe menyambung semula.
"pasal ape? Esok-esok tak boleh ke? Kan joe baru balik" aku cuba memancing joe untuk memberitahu.
"tunggu aje la malam ni. tak sabar sungguh! Benda ni tak boleh tunggu. Kena bagitau malam ni jugak." kena lagi aku. mereka semua ketawakan aku semula.
"nak kata orang tak sabar. Dia pun sama. Huh!" ketawa kami berderai semula.
Aku meninggalkan rumah joe lebih kurang pukul 7.30 malam. Aku memandu kereta joe pulang ke rumah dan berjanji akan datang semula selepasa solat isyak. Mulanya joe keberatan tetapi aku tetap memujuknya supaya membenarkan aku memandu pulang. Aku mahu dia rehat secukupnya walaupun sebentar sebelum kami semua keluar malam ini.
"ha! Ape benda yang kamu nak bagi tau kami ni joe? Sampai mummy dengan daddy pun kena heret sama ni." ibu joe memulakan perbualan selepas kami selesai makan malam di restoran yang terdapat di Kg. Baru.
"ini keputusan yang paling besar dalam hidup joe. Itu sebabnya joe nak mummy dengan daddy ada sama" kami semua menumpukan perhatian kepada apa yang jo ingin katakana.
"mummy, daddy, shira. tak lama lagi joe akan masuk Islam. Lepas itu joe nak kawin dengan shira. joe tak nak tunang lama-lama. Upacara pertunangan dengan perkahwinan akan dilakukan pada hari yang sama. Apa pendapat mummy dengan daddy." Terperanjat aku dengar.
"joe! Kenapa tiba-tiba ni? kan mak shira…" aku tidak dapat menghabiskan ayat aku. ibu joe turut mengiakan kata-kata aku.
"sebenarnya joe sudah pun pergi berjumpa ibu bapa shira masa joe ke ipoh hari tu. joe banya bersembang panjang dengan diorang. dan joe amat gembira bila emak shira dapat menerima joe akhirnya. Emak dan ayah shira turut bersetuju dengan cadangan joe. Joe bersyukur sangat. Akhirnya emak terima joe ni, sayang.." joe menggenggam erat tangan aku. ibu dan bapa joe tersenyum lebar. Aku cukup terharu dengan keikhlasan joe. Dia berani untuk pergi berjumpa dengan ibuku yang masih belum terima dia seadanya. Aku bersyukur sangat kerana doaku selama ini termakbul. Amin…. Aku tak dapat nak luahkan dengan kata-kata. Hanya air mata gembira yang bergenang di kelopak mata. Aku membalas genggaman tangan joe.
"bila kamu nak langsung joe?" ayah joe mencelah setelah lama menjadi pendengar.
"seminggu selepas joe convert. Joe harap mummy dengan daddy dapat terima keputusan joe. Boleh?"
"kami tak ada apa-apa halangan joe. Mana yang baik untuk kamu dua orang kami ikut je. Kami ni lagi cepat lagi bagus. Tak sabar nak tengok kamu berdua duduk atas pelamin. Cuma shira ni. dah bersedia ke jadi isteri joe? Dah bersedia jadi menantu kami?"
"ermm…. Macam mana sayang? dah bersedia? Joe mintak maaf kalau apa yang joe rancangkan untuk kita ini joe buat sorang-sorang. Tak bincang dengan sayang pun."
"shira tak kisah joe. Shira dah bersedia untuk jadi isteri joe. Mummy, daddy, harap dapat terima shira seadanya sebagai menantu mummy dengan daddy. Cuma shira heran. Kenapa mak dengan ayah shira tak bagitau apa-apa pun kat shira."
"shira. kami dah lama terima shira." ibu joe mengganggam tanganku. Aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada mereka berdua.
"pasal mak dengan ayah shira, joe yang suruh diorang tak bagitau shira. joe cakap joe akan bagitau shira sendiri dan lepas joe bagitau, shira akan telefon diorang. sorry sayang.."
"ooo…. Patutla.. tak pe la kalau macam tu. nanti shira telefon diorang. tapi tak baik tau joe buat macam ni. sebab shira ni ada mak dengan ayah lagi. Sepatutnya diorang yang kena bagitau dulu. Ni kalau orang lain tau mahu diorang kata shira ni tak beradap. Nak kawin tapi belakangkan ibu bapa." Aku cuba menyusun ayat supaya joe tidak terasa. Memang kenyataannya macam itu. Aku masih ada ibu bapa. Sepatutnya aku perlu dengar dari mulut mereka sendiri. Bukan dari orang lain walau joe sekalipun. Aku takut kalau-kalau orang tahu nanti aku dituduh anak yang tidak sedar diri. Lupakan ibu bapa sebab tidak sabar-sabar untuk berkahwin.
"iye lah joe. Tak patut sebenarnya joe buat macam tu. kita orang Malaysia ni ada adapt yang perlu kita ikut. Shira orang melayu. Penuh dengan adapt dan tradisi. Kita yang orang cina ni pun ada adapt-adat yang perlu kita ikut." Ibu joe menyokong kata-kataku tadi.
"joe mintak maaf. Joe tau joe salah tapi tujuan joe untuk memujuk ibu bapa shira. dan selepas berbincang baru kami bersetuju untuk buat macam ni. kalau tak percaya boleh tanya mak dengan ayah shira. mummy dengan daddy pun boleh telefon diorang jugak joe tak tipu." Joe buat muka kasihan. Takut kena marah la tu! aku hanya tersenyum melihat dia.
"tapi bila kamu nak convert, joe?" giliran ayahnya pula bertanya.
"dalam masa terdekat ni daddy. Sekarang pun joe ada belajar sendiri-sendiri. Bila joe nak pegi PERKIM, joe akan bagitau." "sekarang ni kena buat persediaan juga untuk perkahwinan kamu dua orang." Ibu joe menyampuk.
" ye la. Esok lusa joe nak bawa shira cari tempah baju pengantin. Cari barang hantaran. Banyak juga benda yang hendak dibuat. Mummy tolong sama ye."
"iye. Tapi jangan kelam kabut sangat joe. Buat perlahan-lahan. Jangan risau la. Shira takkan lari." Tersenyum aku dibuatnya.
"memang la tak lari mummy tapi joe ni la. Tak tahan godaan si shira ni."
"ish! Tak senonoh betul la! Masa bila pulak shira goda joe. Dia tu yang over. Orang tak pun." Malu aku dengan perangai joe. Ketawa besar kami semua.
Hujung minggu kami menghabiskan masa dengan mencari barang-barang untuk dibuat hantaran. Baju pengantin turut kami tempah. Aku juga telah memaklumkan kepada ibu dan bapaku bahawa segala urusan barang-barang untuk perkahwinan aku akan uruskan. Cuma aku akan serahkan duit bagi urusan di kampung seperti lauk-lauk kenduri dan persiapan-persiapan yang lain yang perlu di buat di rumah.
Kami memilih songket bunga tabur berwarna merah manggis. Songket jenis orang dulu-dulu telah keluar semula. Bagi aku corak songket ini memang unik. Kami turut menempah kebaya moden dan baju melayu yang akan digunakan untuk majlis akad nikah. Selain itu, kami serahkan kepada juru andam yang kami tempah. Cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi. Banyak juga urusan yang perlu disediakan.
"wah! Nampaknya kau yang kawin dulu ye shira." sarah mengusikku bila aku memberitahu bahawa aku akan kawin dalam masa terdekat ini. aku hanya tersenyum bahagia.
"kau tu lambat sangat. Kawan kita ni pun sebenarnya tak sabar nak hidup bersama buah hati dia. Tu pasal dia nak kawin cepat-cepat. Kau bukan tak tahu perangai joe tu. tak sabar-sabar." Ros pula mengusikku. Aku tersenyum malu.
"korang ni tak ada kerja lain ke ha! Nak kacau aku je. Dah la! Aku nak buat air ni." aku sengaja melarikan diri dari mereka. tak tahan kena usik dengan diorang ni. macam-macam diorang kata dekat aku. tambah-tambah si ros tu. mentang-mentang la dia dah kawin.
Sedang aku berjalan ke pantry, telefonku berbunyi. Aku agak mesti joe. Sebab dia dalam perjalanan ke PERKIM hari ini. dia juga meminjam keretaku kerana keretanya masih tersadai di workshop.
"ewah!! Tak sabar-sabar. Baru aje cakap dah bunyi telefon tu." aku tidak mempedulikan usikan mereka. aku tekan butang read. Yang tertera bukan nama joe tetapi fuad. Serta merta mukaku berubah. "ni kenapa pulak ni. tadi tersengih-sengih. Ni muka marah pula." Sarah pelik melihat perubahan muka aku.
"bukan joe tapi fuad." Aku menjelaskan.
"fuad? Dia kata apa?" ros pula menyampuk. Aku tekan butang read message. Mesej dari fuad aku baca.
‘ ooo… nk kawin ye? Jgn mimpi la…’ itu lah ayat yang fuad tulis. Aku tunjukkan pada sarah dan ros. Perasaan aku berdebar. Mereka berdua mententeramkan hati aku.
"jangan risau la shira. tak ada apa-apa tu. dia saja je tu. nak takutkan kau aje." Sarah mengurut belakang badanku. Cuba memujukku. Aku pantas mendail nombor joe. Tapi tidak dapat dihubungi. Berkali-kali aku cuba. Sampai aku rasa ada air di mata aku ni. sampai aku rasa tiada daya untuk berdiri. Ros dengan sarah masih lagi cuba menyabarkan aku.
"mana joe pegi sarah..ros… kenapa aku tak dapat contact dia? Mana joe ni?" masa itu, air mataku sudah pun mengalir. Sarah dengan ros juga turut mendail nombor joe tetapi masih belum dapat dihubungi. Dalam masa aku tengah sibuk mendail, ada panggilan masuk di telefonku. Joe!! Cepat-cepat aku menjawab dan aku sapu air mata yang mengalir.
"joe!! Pegi mana? Nape shira call tak dapat? Joe ada dekat mana ni? joe buat apa?" dan macam-macam soalan yang aku tanyakan. Bertubi-tubi.
"sayang…. kenapa ni? hahhahah…. Risau ye? Joe ade la…."
"orang tengah risau dia boleh ketawa lagi."
"jangan la marah sayang… joe ok je. Tapi kenapa shira risau semacam je ni? ada apa-apa ke ni?"
"ermmm… tak de apa-apa…" aku sudah pun berjalan ke pantry. Hilang rasa cemasku bila dengar suara joe. Sarah dan ros hanya ketawakan perangai aku yang cepat berubah emosi. Aku bersembang panjang dengan joe. Sekejap-sekejap kami akan ketawa. Hilang segala masalah yang ada. Aku tidak ceritakan mesej yang aku terima dari fuad. Aku tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku pada joe.
"sayang… boleh tak panggil joe abang? Teringin nak dengar shira panggil macam tu." nada suara joe berubah menjadi lebih serius.
"la… kenapa nye… tak nak la. Nanti bila dah kawin shira panggil la abang. Sekarang ni tak biasa lagi la…" aku sebenarnya malu untuk menggunakan perkataan ‘abang’ pada joe. Aku rasa mukaku jadi merah menahan malu. Mujur joe tidak nampak ketika ini.
"nak malu apa.. entah bila la joe nak dengar. Entah-entah tak sempat kita kawin, joe kempunan nak dengar. Boleh la sayang… sekali je. Boleh la.." joe menggunakan suara yang paling romantis untuk memujukku. Aku masih lagi belum bersedia.
"apa pulak tak sempat. Nanti la shira panggil ye. Joe ni ngarut je. Buang tabiat dah ye.." aku ketawa kecil mengenangkan perangai keanak-anakan joe ini.
"tak pe la kalau tak boleh… terima kasih la…." Seakan merajuk suara joe. Tawaku makin kuat.
"apa la joe ni. itu pun nak merajuk… ok la…. Shira…." belum sempat aku habiskan ayat aku, dentuman yang kuat aku dengar di hujung sana.
Segera mug yang berada di tanganku terlepas. Aku menjerit nama joe tapi tiada sahutan. Sarah dan ros bergegas ke tempat ku.
"shira?" serentak mereka memanggilku. Tetapi aku tidak pasti apa yang mereka tanya. Yang aku sedar sekarang ini, joe masih lagi di talian.
"joe… mana joe ni… jangan takutkan shira. ok la shira panggil joe abang ye…"
"joe…. Abang…abang…." Aku mendongak kepalaku ke arah ros dan sarah.
"Kenapa joe diam. Aku tak dengar pun suara dia. Dia pergi mana. Dia merajuk ke? Takkan marah aku sebab aku tak panggil dia abang. Sekarang aku dah panggil dia abang. Mana dia pegi sarah. Mana dia pegi ros? Abang…. Shira dah panggil abang ni… jawabla…." Tiada suara joe yang kedengaran di hujung sana kecuali bunyi bising. Bunyi riuh rendah suara orang seperti di pasar.
Sarah cuba merampas telefon di tanganku. Tetapi aku genggam telefonku sekuat hati.
"aku nak cakap dengan joe! Kenapa korang sibuk ni!"
"shira! behave yourself!" ros menengkingku. Saat itu aku tak perlukan apa-apa lagi. Aku hanya perlu dengar suara joe.
Tidak lama kemudian telefonku berbunyi semula. Segera aku merampasnya dari tangan sarah.
"hello… abang?" secepat kilat aku menjawabnya tetapi bukan joe dihujung sana.
"hello… cik…. Saya sebenarnya bukan… ermm… macam ni la. Sebenarnya tuan punya telefon ni kemalangan. Dia masih belum sedarkan diri. Telefonnya masih ok dan saya perlu hubungi ahli keluarganya. Bila saya tengok…" aku tidak dapat mendengar lagi apa yang masih diperkatakan oleh orang di seberang sana. Aku tidak berdaya untuk berdiri. Sekali lagi tubuhku terasa lumpuh. Sarah mengambil telefon di tanganku. Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dan aku tidak dengar lagi suara sarah dan ros.
"hello? Saya sarah. Kawan kepada tuan punya telefon"
"hello. Cik sarah. Saya sebenarnya berada di tempat kemalangan."
"kemalangan? Siapa?" sarah bersuara kuat. Ros yang berada di situ turut terkejut. Tetapi aku tidak mendengar apa-apa.
"ye cik. Kemalangan. Saya sekarang berada di tempat kejadian. Tuan punya telefon masih belum sedarkan diri dan dia telah dihantar ke hospital. Bila saya hendak hubungi keluarganya, saya dapati nombor ini yang baru dihubungi. Itu sebabnya saya telefon. Mungkin ini adalah nombor isteri encik yang kemalangan."
Selepas bercakap agak lama di talian, sarah mematikan perbualan. Dia memberitahu perkara ini kepada ros.
"mana joe? Aku nak jumpa dia la. Dia janji nak jumpa aku lepas dia balik dari PERKIM." Aku cuba bangun tetapi kakiku seakan diikat dengan batu. Terasa amat berat.
"shira. jom! Kita pergi hospital. Joe accident. Cepat." Ros dan sarah menarik tanganku menyuruh bangun.
"accident? Masa bila pulak dia accident. Aku baru cakap dengan dia tadi. Korang jangan cakap yang bukan-bukan. Jangan buat aku marah." Aku cuba lagi untuk bangun.
"kenapa aku tak boleh bangun ni!!!!" aku kuatkan juga kakiku untuk berdiri tetapi masih belum berjaya. Aku lihat sarah dan ros sedang menangis. Mereka berdua serentak memelukku.
"kenapa korang ni? apsal tetiba menangis ni. aku nak bangun la, aku nak jumpa joe. Tepi la!!" aku mula berkeras.
"shira! kau dengar sini! Joe sekarang di hospital. Dia accident. Kau nak ke tak nak aku dengan ros tetap akan heret kau ke hospital. Jom cepat! Sebelum terlambat!" aku terkejut mendengar berita dari sarah. Suara dia agak kasar. Tetapi otakku masih belum dapat menerimanya.
"kau jangan kelentong la sarah. Sudah! Tepi korang. Aku nak pergi jumpa joe!" aku cuba untuk melepaskan diri dan bangun. Akhirnya aku berjaya. Ros aku tengok masih lagi menangis. Aku cuba berjalan tetapi dihalang oleh sarah. Dan tiba-tiba.. Pangggg!!!! Sarah menampar pipiku.
"sedar la shira! joe accident. Kau jangan la macam ni. jangan la susahkan hati kami." Aku terkejut. Saat itu seakan semua benda bermain-main di fikiranku. Bunyi dentuman. Keriuhan orang ramai. Bunyi ambulans. Semuanya berlegar-legar.
"sarah… joe…. Aku dengar bunyi bising. Mana joe sarah. Dia tak apa-apa ke?" air mataku mengalir deras. Aku tahu joe mengalami musibah. Aku baru tersedar. Aku rasa seakan mahu meraung. Ros yang sedari tadi berdiam terus memelukku. Sarah juga. Aku menghamburkan airmataku ke bahu dua sahabatku. Aku mengongoi seperti anak kecil. Aku bertanya-tanya kepada mereka berdua. Kenapa joe? Kenapa dia? Kenapa tidak orang lain.
"sabar la shira. sabar. Doakan dia selamat. Jom kita ke hospital." Sarah menyapu air mata yang mengalir di pipiku. Tetapi air mata ini seakan tidak mahu berhenti. Seperti empangan pecah.
"jangan la jadi apa-apa kat joe. Aku tak sanggup kehilangan dia. Tolong la aku sarah. Tolong la aku ros. Aku tak tahu macam mana aku nak hidup kalau sesuatu terjadi dekat joe." Aku masih lagi menangis hiba.
"sabar shira. ingat Tuhan. Jangan macam ni. kau kena kuat." Ros cuba mententeramkan aku. dia masih lagi memeluk bahuku.
Akhirnya kami sampai di Subang Jaya Medical Centre. Aku bergegas keluar dari perut kereta dan meluru ke kaunter pertanyaan tanpa menunggu sarah dan ros.
"cik. Ada tak pesakit yang terlibat dengan kemalangan baru sekejap tadi. Namanya Joseph Bernard." Sarah dan ros datang mendapatkan aku.
"sebentar ye saya check. Ermmm…. Dia sekarang masih lagi di bilik pembedahan. Cik boleh ke sana sekarang." Selepas bertanyakan kedudukan bilik pembedahan, kami berlari ke sana pula. Dari jauh sudah kelihatan ibu, bapa dan ahli keluarga joe yang lain. Aku segera berlari ke arah mereka. ibu joe aku peluk. Saat itu air mata kami kembali mengalir laju. Hilang rasa malu walaupun dikelilingi oleh ahli keluarga joe.
"mummy… sabar ye. Kita doakan joe selamat." Hanya itu yang mampu aku katakan kepadanya.
"shira pun sama. Kena kuat ye. Joe perlukan kita semua. Mummy harap tiada apa-apa yang berlaku." Ibu joe turut memujukku.
Selama seminggu aku menjadi pengunjung yang setia. Tetapi joe masih tiada apa-apa perubahan. Dia masih lagi di dalam koma. Yang paling menyedihkan aku, bahagian pinggang dan ke bawah joe sudah mengalami lumpuh sementara. Sekiranya dia masih belum sedarkan diri dalam masa terdekat ini, kemungkinan lumpuh itu akan berterusan. Dan yang paling menyejutkan, sekiranya joe masih juga belum sedar, kemungkinan besar dia akan mati dalam tempoh koma ini. Hampir pengsan aku mendengar berita ini. Aku rasa mahu menangis tetapi aku terpaksa tabahkan hati demi ibu dan bapa joe. Aku tidak mahu mereka turut susah hati apabila melihat aku. di bahu sarah aku menghamburkan segala-galanya.
"shira… dah lewat. Shira balik la dulu. Esok datang balik." Ibu joe menyapaku setelah lama memerhatikan aku yang masih duduk di sebelah katil joe.
"tak pe la mummy. Boleh tak shira jaga joe malam ni." Entah kenapa aku rasa berat hati untuk pulang pada malam ini. semacam ada sesuatu yang akan berlaku.
"shira balik ye sayang.. biar mummy jaga. Kalau ada apa-apa nanti mummy call shira. mummy tahu shira penat sekarang. Pegi la." Ibu joe mengusap belakangku. aku bangun dan menyalami ibu joe. Aku pandang muka joe. Aku usap pipinya.
"shira balik dulu ye. Esok shira datang lagi. Abang tunggu shira tau." Selepas menyalami tangan joe, aku melangkah keluar sambil mata masih menatap wajah joe. Berat rasa kaki ini untuk melangkah.
Selepas habis waktu kerja aku bergegas ke hospital. Meeting yang dikendalikan pada saat akhir berakhir sehingga jam 6 petang. Dengan jalan raya yang sesak kerana waktu-waktu sebegini semua orang berpusu-pusu keluar menyebabkan aku sampai di hospital hampir pukul 8. sarah menemani aku hari ini. katanya untuk melihat keadaan joe hari ini. kami lantas berjalan ke bilik joe. Yang aku nampak hanya katil yang kosong. Jantung aku seakan tercabut. Apa sudah jadi dengan joe! Tanpa mempedulikan sarah, aku berlari ke kaunter pertanyaan di bahagian hadapan.
"nurse. Mana pesakit di bilik B17? Joseph Bernard?" sarah mendapatkan aku ketika itu. Dia menggenggam tangan aku.
"sebentar ye saya check. Ermmm…. Maaf cik. Pesakit sudah dikeluarkan malam tadi. Dia…"
"keluar? Pergi mana? Dia sudah sedar?" belum sempat jururawat tadi menghabiskan ayatnya, aku sudah memotong percakapannya. Saat itu aku hanya fikirkan joe. Tiada apa-apa lagi dalam fikiran aku.
"ahli keluarganya bawa dia balik. Dalam pukul….. 2 pagi. Dia masih belum sedar. Saya minta maaf sebab saya tidak tahu apa yang terjadi. Shif saya baru bermula pukul 3 tadi. Kalau tidak keberatan cik boleh tanya ahli keluarganya." Terkejut aku dengar berita dari jururawat tersebut.
"shira. jom! Pergi rumah joe. Kita tanya mak ayah dia." Seakan berat kaki aku untuk berjalan. Sarah tarik tangan aku. aku pandang muka sarah tanpa berkelip.
"kenapa denganjoe sarah? Kenapa family dia bawak dia balik. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa aku tak tau apa-apa sarah?" hanya itu yang mampu aku kata. Akalku sudah mati untuk berfikir.
"sabar shira.. sabar. Insyaallah.. tak ada apa-apa yang berlaku." Genggaman sarah makin kuat. Dia membawa aku ke kereta dan menuju ke rumah joe.
Sunyi sepi rumah joe. Seakan tiada penghuni. Ke mana semua orang pergi. Kenapa jururawat tersebut kata joe sudah dibawa pulang. Tetapi tiada sesiapa pun yang kelihatan. aku menjerit memanggil orang di dalam. Dari jauh nampak bibik berlari-lari anak mendapatkan aku dan sarah.
"bik. Mana joe? Mana mak dah ayahnya? Mana semua orang? Saya tanya hospital diorang kata joe dah balik. Mana semua orang bik?" bibik tidak bersuara sebaliknya hanya menangis.
"bik! Jangan takutkan saya. Mana joe? Mana semua orang?" aku pegang tangan bibik. Tubir mataku sudah dipenuhi air.
"joe… dia…dia.. sudah meninggal. Pagi tadi. Tuan dan Puan bawa dia balik kampung. Tidak tahu di mana. Sabar cik shira.. sabar… " Terpana aku ketika itu. Hilang kata-kata.
"joe!!" sarah turut terkejut.
"tidak! Mustahil. Tak mungkin…" lerai peganganku pada tangan bibik. Lemah terasa seluruh urat sendiku. Tidak mungkin joe pergi meninggalkan aku seorang diri. Dia berjanji untuk menjagaku tetapi dia meninggalkan aku sekarang. Tidak mungkin semua ini berlaku padaku. Berlaku pada saat kami hampir diijabkabulkan. Berlaku pada saat joe masih belum menjadi seorang muslim. Tidak!! Tidak!!
"sabar shira!! sabar!!!" sarah masih memegangku.
"tak mungkin sarah. Tak mungkin. Joe janji nak kawin dengan aku. dia janji nak masuk Islam. Dia janji nak jaga aku. dia tak boleh buat macam ni." air mataku setitik pun tidak keluar. Mati seluruh perasaanku. Yang ada hanyalah rasa luluh yang tidak tertanggung. Aku menggelengkan kepalaku tanda tidak percaya.
"aku tak boleh berdoa untuk dia sarah. Aku tak boleh lawat dia sarah. Apa nak jadi kat aku nanti sarah. Macam mana dengan aku nanti. Aku tak kuat sarah. Aku tak kuat.." dan akhirnya tubuhku terkulai rebah di pangkuan sarah. Aku sudah tidak ingat apa-apa lagi. Yang kedengaran sayup-sayup suara sarah dan bibik yang akhirnya hilang. Kelam seperti pandangan di waktu malam. Tanpa apa-apa cahaya.
15 jun 2007. hampir setahun joe meninggalkan aku seorang diri. Dalam tempoh tersebut, aku rasakan dunia aku tidak bercahaya langsung. Yang aku tahu kerja, kerja dan kerja. Tiada lagi corak kehidupanku yang lain. Seakan semua perasaanku dibawa bersama-sama tubuh joe yang telah bersemadi di bawah sana. Pada mulanya aku ingatkan ini semua perbuatan fuad tetapi tidak sama sekali. Sungguh mengejutkan apabila tertangkapnya pemandu yang melanggar keretaku. Maka terbongkar segala-galanya. Cindy lah orang yang bertanggungjawab di atas semua ini. perasaan bencinya padaku terlalu tinggi hingga memaksanya untuk membunuhku. Dia hanya berikan nombor plat kereta dan kawasan kerjaku kepada pemandu upahannya. Dan kebetulan joe yang menggunakan keretaku hari itu. Maka musibah tersebut terkena pada joe yang tidak bersalah apa-apa. Patutla dia semacam takut bila berjumpa denganku di hospital sewaktu melawat joe. Rupa-rupanya ada perkara besar yang telah dilakukannya. Aku bersyukur kerana orang yang bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku pada joe mendapat hukuman yang setimpal. Tetapi semua ini tidak dapat menghidupkan semula joe.
"shira. jom keluar. Dah lama kita tak shopping kan. Lagipun next week kita nak pergi Sarawak. Aku nak cari baju baru la. Nak pakai nanti." Sarah menegurku ketika mataku terpaku di kaca tv. Entah apa yang aku tengok aku pun tak tahu. Kenangan bersama joe masih kuat di fikiranku. Bayangannya tetap kukuh. Tidak mungkin hilang untuk selama-lamanya. Air air panas yang mengalir di pipiku.
"shira. kau dengar tak?" sekali lagi sarah memanggilku.
"emm… apa dia? Kau cakap apa?" aku sapu air mata yang mengalir. Tidak mahu sarah lihat kelukaan aku lagi. Sarah menghampiri aku. diusapnya bahuku.
"sudah la shira. jangan difikirkan sangat. Dah takdir kau tiada jodoh dengan dia. Jangan macam ni. jangan sampai hidup kau pun hilang juga. Tak baik shira." ayat yang masih sama digunakan sarah untuk memujukku selama ini.
"aku kesal sarah. Aku tak boleh nak doakan kesejahteraan dia di sana sebab dia belum sempat untuk memeluk Islam. Itu yang aku kesalkan sangat." Air mataku mengalir laju. Sarah memelukku akhirnya dan aku tenggelam dalam tangisan yang entah kali yang ke berapa.
"dah la. Jom kita keluar. Teman aku. aku nak shopping sikit ni." aku menganggukkan kepala. Kesian sarah. Setiap hari cuba menceriakan aku. kadang kala aku terpaksa berlakon menjadi orang yang kuat di hadapan sarah dan ros. Aku tidak mahu susahkan lagi hati mereka. di bilik aku hamburkan segala-galanya. Setiap malam bear pemberian joe menjadi penemanku. Dan padanya aku menceritakan segala-gala yang berlaku setiap hari seolah-olah ia adalah joe.
"penatnya!" sarah menghempaskan badan di katil. Kami baru tiba dari Bandar kuching ini selepas penat berjalan ke sana ke mari. Sudah 3 hari kami bermalam di sini. Di Hotel Hilton. Esok kami semua akan berangakat pulang ke semenanjung. Kali ini pihak syarikat sengaja mengadakan lawatan ke Sarawak pada pertengahan tahun. ini merupakan bonus yang kami dapat kerana perniagaan pada tahun pada tahun ini telah meningkat sebanyak 40% walaupun masih lagi di pertengahan tahun. lagipun tahun lepas kami tidak mengadakan hari keluarga disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja yang semakin banyak.
"itu la kau. Asyik berjalan je. Sampai tak ingat dunia. Memang la penat. Esok nak balik pun tak sempat nak packing lagi tau." Aku sengaja buat-buat marah pada sarah. Sedang kami berbual-bual menceritakan keseronokan berjalan di sini, ketukan di pintu kedengaran. Aku berjalan di hadapan dan tombol pintu aku pulas. Muka ros dan faridah yang aku nampak dan aku menjemput mereka masuk.
"eh! Jom keluar. Kita pegi kat shopping kompleks dekat-dekat sini je. Aku nak shopping buat kali terakhir sebelum balik esok." Faridah bersuara selepas duduk di birai katil.
"shopping? Jom!"
"ewah! Tadi bukan main penat lagi. Ni nak shopping lagi. Larat ke?" sengaja aku mengusik sarah. Dia ni pantang kalau diajak shopping. Badan yang penat pun jadi cergas balik bila dengar perkataan ‘shopping’. Aku menggeleng kepala.
"hehehehehe… macam kau tak kenal aku. tunggu jap aku nak solat dulu. Lepas tu kita keluar." Macam lipas kudung, sarah bingkas dari katil. Kami bertiga ketawa besar melihat perangai sarah.
"jom masuk sini. Aku nak beli something kat family aku." sarah menarik tanganku masuk ke dalam salah satu kedai cenderama yang terdapat di Sarawak Plaza ini.
"nanti la. Aku nak pergi beli air jap. Haus. Korang pergi la dulu. Nanti aku join korang." Selepas itu mereka masuk ke dalam kedai dan aku berjalan menuju ke arah gerai menjual makanan ringan dan minuman.
"ops!! Maaf. Saya tak sengaja." Dalam sibuk berjalan aku terlanggar seseorang di hadapan sebuah kedai pakaian. Aku mendongak kepalaku.
"a…… abang!" waktu terasa terhenti. Di hadapanku ketika ini adalah seorang lelaki yang amat aku rindui. Yang amat aku nantikan. Lantas tanpa memikirkan keadaan sekeling, aku memeluknya dan menghamburkan tangisan di dadanya.
"abang pergi mana? Kenapa tinggalkan shira seorang diri. Bibik kata abang dah mati. Shira tanya mummy dengan daddy selepas itu pun diorang kata abang dah mati. Kenapa abang tipu shira. abang dah tak sayang kat shira lagi ke. Abang dah lupakan shira ke? Abang tak nak kat shira lagi ke? Abang tau tak apa yang abang dah buat kat shira? shira rasa shira nak mati juga. Kenapa abang buat macam ni?" bertalu-talu soalan yang keluar dari mulutku. Tetapi joe hanya mendiamkan diri. Terpaku.
"abang aiman?" terlerai pelukanku apabila mendengar suara perempuan memanggil joe. Aiman? Kenapa aiman? Bukan joe!
Aku melihat perempuan yang manis bertudung yang berada berhampiran kami. Yang paling mengejutkan adalah perut perempuan itu yang sedang mengandungkan anak lelaki yang aku peluk sebentar tadi. Aku memusingkan kepalaku ke arah kedai dihadapan kami. Kedai untuk para ibu mengandung dan persiapan menunggu kelahiran bayi! Aku pandang muka dua manusia yang berada berhampiran aku tika ini.
"maaf. Maafkan saya. Saya salah orang." Dan aku berlari tanpa mempedulikan jeritan kawan-kawanku yang sedang menghampiri. Air mata yang mengalir tidak dapat ditahan lagi.
"shira…….." joe hanya mampu bersuara setelah shira sudah berlalu jauh daripadanya. Kelihatan juga kawan-kawan shira yang berlari mengejar shira.
"abang aiman? Kenapa? Bukankah itu kakak…" zulaikha yang terkejut melihat kejadian tadi bersuara. Dia seperti kenal dengan perempuan yang memeluk aiman tadi.
"joe! Apsal tadi aku nampak macam kecoh je tadi. Siapa perempuan yang lari tadi?" suhaimi, suami zulaikha baru keluar selepas membuat bayaran di kaunter. Sengaja dia suruh zulaikha keluar dahulu untuk menemani joe yang masih bertongkat. Takut kalau-kalau ada apa-apa yang terjadi pada joe. Kaki joe masih belum pulih sepenuhnya. Dan dia baru sahaja belajar berjalan semula setelah bangun dari kerusi roda tiga bulan yang lalu.
"abang. Zue pun terkejut juga tengok abang aiman tadi. Zue rasa macam kenal perempuan tu. zue tak sempat nak cakap apa-apa, tapi dia dah lari."
"siapa perempuan tu joe?" suhaimi masih lagi bertanya. Joe masih lagi berdiam diri.
"shira." ada air yang mengalir di pipinya.
"kak shira? patutla zue rasa macam kenal. Kenapa abang biarkan dia pergi? Kenapa abang tak kejar dia?" bertalu soalan yang ditanya tetapi joe hanya berdiam diri.
"jom la kita balik. Abang rasa tak sedap badan la. Abang nak rehat." Joe sudah berjalan mendahului suhaimi dan zulaikha.
"aku nak balik minggu depan." Hanya itu yang joe cakapkan apabila mereka tiba di rumah. Joe meninggalkan mereka dan masuk ke bilik. bayangan shira sebentar tadi masih kuat di hadapannya. Maafkan joe shira. joe tak sangka kita akan berjumpa semula. Joe tak sengaja nak tinggalkan shira tapi joe tak mahu menyusahkan shira. joe bukan lagi manusia sempurna yang dapat menjaga shira. apabila kita bersama nanti, joe akan menjadi beban pada shira. tak sepatutnya joe buat shira macam tu. baik joe lepaskan shira walau sakit jiwa joe. Maafkan joe sayang. saat itu kenangan lama mengimbau kembali di kotak fikirannya.
"mummy…. Mummy……" ibunya yang tertidur terkejut mendengar panggilan darinya.
"joe! Anak mummy… syukur kau dah sedar. Syukur." Ibunya menangis apabila genggaman tangannya dibalas.
"kita balik mummy. Joe nak keluar dari sini." Dengan berat dia meluahkan kata-kata.
"keluar? Malam ni? tak boleh macam tu. joe baru sedar. Joe tak sihat lagi." Puan Bernard cuba memujuk anaknya itu.
"joe nak balik juga. Tolong la." Joe masih lagi merayu. Serba salah dibuatnya.
"nanti ibu call shira ye. Mesti dia gembira bila dengar joe dah sedar. Lagipun mummy dah janji nak call dia."
"jangan! Call daddy sahaja. jangan bagitau shira. please mummy. Please…" kolam matanya hampir pecah.
"lagi satu mummy, joe Islam sekarang. Nama joe Aiman Johari." Air mata ibunya mengalir semula.
Selepas seketika, ayahnya turut berada bersama mereka. malam itu juga joe dibawa pulang selepas perbincangan dibuat dengan pihak hospital. Segala prosedur diuruskan ketika itu juga. Keesokan paginya dia dibawa ke Sarawak untuk tinggal bersama-sama sepupu di sebelah ayahnya. Pada bibik dikatakan supaya sekiranya shira datang mencari, katakana sahaja dia sudah mati dan dibawa pulang ke kampung. Ibu dan ayahnya melarang dia berbuat begitu tetapi setelah dia berkeras dan merayu, mereka terpaksa menerimanya. Di Sarawak inilah dia berkampung selama hampir setahun. Semua kenangan dia bersama shira dibawa ke sini. Hanya itu sahaja menjadi semangat untuknya meneruskan hidup. Setiap hari dia berdoa untuk melihat keadaan shira sekarang. Akhirnya doanya dimakbulkan hari ini. "shira! kenapa kau?" ros bertanya sebaik mereka sampai di bilik yang dihuni sarah dan aku.
"aku nampak joe. Aku nampak dia. Tapi....." aku tidak dapat menahan empangan mataku. Sekali lagi ianya pecah. Aku menangis semahu-mahunya. Kenangan tadi muncul kembali.
"hah! Joe? Mustahil la. Kan dia dah mati. Sudah la shira. kau hanya terbawa-bawa perasaan kau tu." sarah memujukku. Faridah hanya berdiam diri. Mungkin tidak dapat menangkap siapa yang kami bualkan kerana dia adalah staf yang baru bekerja awal tahun ini. dia belum sempat mengenali joe.
"tapi aku rasa itu bukan joe. Sebab..sebab perempuan yang datang panggill dia abang aiman. Bukan joe. Dan… perempuan tu sedang mengandung."
"hmmmmm! Sudah la. Aku nak mandi. Kemudian nak kemas beg. Esok pagi kita nak check out dah." aku bangun selepas menyeka air mata. Aku kuatkan semangatku untuk berdiri. Aku tak mahu susahkan kawan-kawanku lagi. Cukuplah selama ini aku banyak menyusahkan mereka.
Selama seminggu ini, fikiranku masih belum tenang. Kenangan di Sarawak kerap kali muncul. Masih terbayang-bayang seperti baru berlaku. Aku pasti itu joe. Baunya masih sama. Aku tak mungkin lupakan bau yang terpahat kukuh dalam diriku. Aku pantas mencapai beg tanganku. Aku perlu ke rumah ibu dan bapanya.
‘ros. Aku nak keluar sekejap. Ada hal penting yang aku kena uruskan. Kalau sesiapa cari aku, bagitau aku emergency.’ Aku tinggalkan nota di atas meja ros kerana dia tidak kelihatan di tempatnya. Mungkin ke tandas.
"assalamualaikum. Mummy… shira ni." alhamdulillah, ibu dan bapa joe sudahpun menganut agama Islam tahun lepas.
"shira! kenapa nak datang tak bagitau." Berubah muka ibu joe masa ini. macam ada sesuatu yang disembunyikan.
"shira ada sesuatu nak tanya kat mummy ni."
"eh! Masuk la dulu. Takkan nak bersembang kat pintu ni. jemput duduk." Ibu joe menarik tanganku ke sofa. Walaupun dia terkejut dengan kedatanganku ini tetapi layanannya tetap sama. Aku memerhati keliling. Sudah agak lama aku tidak ke sini. Hanya bertanya khabar melalui telefon sahaja.
"mummy. Minggu lepas shira ke Sarawak dan shira jumpa joe. Tapi dia dengan perempuan lain dan nama dia pun lain. Mulanya shira ingat shira salah orang. Tapi bila difikirkan balik shira rasa shira betul. Mummy. Apa sebenarnya yang terjadi pada joe? Tolong la ceritakan segala-galanya pada shira. shira tak percaya joe dah mati. Tolong la mummy." Air mataku mengalir semula. Setiap kali joe aku ingat, mataku cukup mudah mengalirkan air. Ibunya turut sama menangis.
"shira… sebenarnya…."
"sebenarnya joe masih hidup shira.." pantas aku memalingkan kepala ke arah suara yang cukup aku kenali dan rindui.
"abang!" pantas aku bangun mendapatkan joe. Baru aku perasan yang dia bertongkat. Masa di Sarawak semua itu tidak aku perasan.
"kenapa tipu shira? kenapa abang tinggalkan shira?" aku menangis di hadapan joe. Tidak mampu lagi bersuara. Longlai aku ketika ini. mujur tubuhku sempat dipaut oleh joe. Dia membawaku ke sofa.
"maafkan joe. Bukan niat joe untuk susahkan hidup shira. tapi joe terpaksa buat macam ni. joe tak nak susahkan diri shira. itu sebabnya joe paksa mummy dan daddy kata joe dah mati." Mata joe turut basah.
"kenapa buat macam ni.?" lemah suara yang aku lontarkan.
"joe tak mampu jaga shira. shira tengok kan keadaan joe macam mana? Sepatutnya joe yang jaga shira. bukan shira jaga joe. Joe malu!"
"bukan joe. Tapi abang." Aku pegang tangan joe. Berubah airmuka joe.
"abang?"
"ye. Abang. Walau apa pun yang abang buat selama ni, shira tetap sayangkan abang. Shira takkan benarkan abang tinggalkan shira lagi. Tolong benarkan shira jaga abang." Hilang rasa maluku apabila aku merayu pada joe. Apa yang aku mahu sekarang ini adalah bersama-sama dengan joe semula.
"tapi joe… abang….." mungkin berat untuk joe terima aku dengan keadaan dia macam ni.
"jangan risau bang. Shira sayangkan abang seadanya diri abang, shira tak kisah dengan keadaan diri abang sekarang, dahulu mahupun masa depan. Shira tak kisah. Shira sanggup jadi isteri nombor dua. Cuma shira harap, abang dapat terima shira walaupun abang sudah ada isteri dan bakal menerima cahayamata."
"nombor dua? Isteri? Anak? Hahahahah…." Sudah lama aku tidak dengar ketawa itu. Tapi kenapa joe ketawa? Aku lihat mummy. Dia turut ketawa.
"kenapa?" aku hairan melihat joe dan ibunya masih lagi ketawa.
"abang tak kawin lagi la sayang. sayang abang ni hanya untuk shira sorang. Bukan orang lain." "tapi… perempuan yang kat…." Aku tak dapat habiskan ayat aku.
"itu sepupu abang la. Zulaikha. Suami dia, suhaimi dalam kedai. Masa sayang pergi dia baru keluar dari kedai tu. selama ni abang tinggal dengan diorang di sana." Terasa hilang beban yang aku pikul apabila mendengar kata-kata joe.
"betul ni?" aku cuba dapatkan kepastian dari joe. Dia mengangguk. Aku pandang muka ibu joe. Dia turut mengangguk.
"sayang, kasih sayang abang hanya untuk shira. selama-lamanya. Jangan lupa tu." joe menggenggam tanganku cuba untuk meyakiniku.
Shira percaya kata-kata abang. Sayang shira pun hanya untuk abang seorang. Kasihku selamanya…. Aku turut membalas genggaman tangan joe. Mudah-mudahan tiada apa-apa yang menghalang kami lagi.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei