Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hm… Rindunya aku pada Dia…" Ferdi yang baru bangkit dari tidur tiba-tiba sahaja mengungkapkan kata-kata itu. Rupa-rupanya setiap pagi dia begitu. Lepas tu baru baca doa bangun tidur. Dalam keadaan separuh sedar itu, dia menoleh ke arah sekeping gambar berbingkai. Kebiasaannya dia akan bangkit dari katil selepas beberapa ketika menatap gambar itu. Tetapi berbeza pagi itu apabila dia menggapai bingkai gambar dan merapatkan bibirnya ke gambar itu. "Aku tak boleh tunggu lagi… aku kena pergi hari ni juga!!" Tak hairanlah emosinya lebih sedikit kerana hari ini dia akan melawat Noor di asramanya. Selesai mandi dan mempersiapkan diri, Ferdi mengambil kunci kereka dari tangan ayahnya yang sudah menghulurkan kunci itu sejurus Ferdi keluar dari biliknya. Enjin kereta dihidupkan. Dua bungkusan diletakkan di tempat duduk belakang. Dua? Mula-mula Ferdi menuju ke arah rumah Pakcik Fahmi dan Puan Fadhilah kerana ibu bapa Noor yang sebenarnya mencadangkan untuk melawat Noor. Banyak juga buah tangan dari Puan Fadhilah yang akan diberi kepada anak kesayangannya itu. Kira sarat jugalah kereta wira 1.3 kepunyaan bapa ferdi di buatnya. Alah… bukan untuk orang lain… Satu jam empat puluh lima minit kemudian, tibalah mereka di perkarangan Sekolah Menengah Sains Tengku Jalil Shah. Lebih kurang pukul 9.00 pagi waktu tempatan. Kelihatan ramai pelajar asrama yang sedang beriadah pagi Ahad itu. Ada yang sedang bersantai dengan ahli keluarga yang datang melawat mereka di kantin dan di astaka. "Tak nampak pun Noor…" Puan Fadhilah mendongak-dongakkan kepala sambil mengenalpasti setiap satu pelajar asrama yang dilihatnya. Takut-takut Noor sedang menunggu mereka di luar. "Mungkin dia masih di dalam Makcik… Tak pe. Kita parking dulu kereta ni, lepas tu saya cari bilik pengawas untuk mereka buat pengumuman panggil Noor." Kata Ferdi sambil membelokkan keretanya ke satu ruang letak kereta yang kosong. Ferdi berjalan menuju ke bilik pengawas yang dia sendiri tak tahu dimana letaknya bilik tu. Ketika berjalan di bawah beranda yang menuju ke salah satu blok asrama, tiba-tiba Ferdi terlihat seseorang. Muka budak ni memang Ferdi tak boleh lupa. "Budak toilet!" Bisik hatinya. Siapa lagi kalau bukan Rizal yang sedang berjalan menuju ke arah kantin. Rizal sedar yang ferdi sedang memandangnya. Kemudian Rizal mengerutkan dahinya dari jauh, dan menegur Ferdi! "Assalamualaikum…" "Waalaikumsalamwarahmatullah." "Abang ni orang yang saya terserempak kat tandas first day dulu kan?" Rizal bertanya kepada Ferdi yang terpaksa memberhentikan langkahnya. "Em.. Kenapa?" Jawab Ferdi ringkas. Fikiran Ferdi terus berlegar tentang sikap Rizal terhadap Noor. Tetapi tahap kebenciannya sedikit menurun semasa Rizal dengan sopan memberi salam dan menghulur tangan kepadanya. "Kenapa budak ni? Macam dah berubah je. Tak macam dulu mula-mula aku jumpa." Sekali lagi Ferdi berbisik mengenai Rizal. Ferdi tak tahu yang Rizal berubah di sebabkan oleh kekasihnya sendiri, Noor. Dia juga cuba mengagak samada Noor masih benci lagi pada Rizal atau tidak. Ferdi cuba mendapatkan maklumat dari Rizal. "Awak Rizal kan?" Ferdi bersuara pula. Rizal terkejut kerana orang itu tahu namanya. "Hah! Abang tahu dari mana nama saya?" "Kenal Noor?" Tanya Ferdi lagi. Mata Rizal terbeliak mendengar nama Noor. Lalu dia teringat apa yang dilakukan semasa terserempak dengan Ferdi di tandas dulu. "emm..mm..Abang ni siapa ye? Abang kepada Noor ke?" Rizal tersengih semasa mengemukakan soalan. Matilah dia kalau Noor tu adik Ferdi…Boleh melepas niat dia nak memiliki Noor. Rizal adalah musuh cinta bagi Ferdi. Ikutkan hati, Ferdi terus terang saja. Tetapi Ferdi fikir lebih panjang lagi. Dia tak boleh mengaku yang dia kekasih Noor. Takut kecoh satu sekolah. Noor juga yang malu. "Saya Abang dia…" Jawab ferdi ringkas walaupun sebenarnya dia adalah abang saudara Noor. Rizal kelihatan terpinga-pinga bercampur malu ketika itu. Dia meminta maaf atas kejadian di tandas tempoh hari dan dia mengaku yang dia sudah berubah dari seorang yang kurang ajar kepada seseorang yang lebih baik. "Ni nak ambik hati aku la ni." Hati ferdi berdetik. Apa-apa hal pun Rizal tetap tidak boleh memiliki Noor. "Sopannya kau sekarang… baguslah kalau kau dah berubah… Tapi Noor ada cakap kat aku yang kau selalu ganggu dia. Aku rasa mulai sekarang kau tak payah ganggu dia lagi. Dia datang sini nak belajar, bukan nak buat benda lain." Tegas kata-kata Ferdi membuatkan darah Rizal menyirap kerana terkejut. Lidah Rizal kelu… Tak ada apa yang ingin dibalasnya kerana kata-kata datang dari abang kepada gadis yang dia idam-idamkan. Rizal hanya mengangguk perlahan. "Anyway, boleh tunjukkan aku kat mana bilik pengawas?" Tiba-tiba Ferdi bersuara ketika Rizal melayan seketika perasaannya. Tangan Rizal menunujukkan arah ke bilik pengawas sambil Ferdi mengangguk-angguk tanda faham. Ferdi menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Rizal sambil Rizal melangkah longlai ke kantin. Apa yang harus di buatnya? ‘Amaran tsunami’ sudah dikeluarkan oleh Ferdi. Kalau dia teruskan usahanya, Bimbang Noor akan report pada Ferdi. Lepas tu apa lagi kena tsunami lah jawabnya… Rasa lama pulak nak tiba di kantin. Maklumlah…layan perasaan sedih… Dalam perjalanan Rizal yang berbaki dua hari untuk sampai ke kantin tu, terdengar pengumuman,
"Perhatian kepada Noor aziah dari bilik Cempaka, sila ke bilik pengawas sekarang juga. Ada pelawat untuk anda."
Mendengar nama Noor dipanggil, Rizal memandang ke arah speaker yang tergantung di bawah bumbung Asrama blok B. Rizal semakin sayu. Lepas ni mungkin dia terpakasa melupakan hasratnya untuk memiliki Noor. Sementara itu Ferdi yang sedang menunggu di bilik Pengawas memandang ke arah dua orang pengawas yang sedang bertugas. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Sama seperti ketika di tingkatan Lima dulu. Ferdi bertugas bergilir-gilir dengan pengawas lain setiap minggu untuk membuat pengumuman di hujung minggu. Dialah orang yang mengatur jadual setiap minggu bagi tugasan itu kerana dia adalah ketua skuad dalam organisasi pengawas. Apa lagi, dah Ferdi yang membuat jadual… Mislia pasti akan bertugas bersama dengan Ferdi. Kira salah guna kuasa jugalah masa tu. Sedang Ferdi terbang bersama khayalannya ke zaman persekolahannya dulu, dua orang perempuan yang dikenalinya muncul di bingkai pintu bilik pengawas itu. Noor dan Mislia… Dari apa yang diperhatikan, Noor dan Mislia sepertinya sudah menjalinkan hubungan yang rapat. Memang…setelah dua bulan Noor di sekolah itu, hubungannya dengan Cikgu Mislia semakin rapat. Mereka sering kelihatan bersama dimana-mana sekitar sekolah mahupun asrama. Ini yang dibimbangkan oleh Ferdi. Adakah Mislia sudah menceritakan hubungannya dengan Cikgunya itu? Hatinya berdebar-debar ketika kedua-duanya menghampiri. "Hai adik abang yang comel…" Ferdi menegur Noor. Noor tersenyum puas melihat kelibat orang yang disayanginya itu. Dia menghulurkan tangan dan disambut oleh Ferdi sambil Noor mencium tangan Ferdi. Kalau boleh dia ingin memeluk ferdi ketika itu kerana rindu yang terlampau. Oleh kerana Cikgunya ada di situ, lupakan saja lah…. "Hai Mis…Sihat.." Tegur Ferdi pada Mislia. "Alhamdulillah..Sihat." Jawab Mislia Ringkas. "Mmm.. Noor.. Noor rindu kat abang Ferdi je ke? Noor pergilah jumpa mak bapak Noor dulu kat luar sana ye… Cikgu ada hal sikit dengan Abang Noor ni..ok?" Mislia tersenyum. Lalu Noor pun menuju keluar tanpa berkata sepatah pun. Cuma dia melambai sedikit ke arah Ferdi. Ferdi membalas lambaian tangan Noor. Noor sememangnya baik dengan Cikgu Mislia tu. Tapi dalam hal ferdi, dia merasa sedikit menyampah dengan cikgunya itu. Noor keluar mencari ibu bapanya dalam keadaan yang tidak selesa. Mana tak nya… tak sampai seminit pun dia jumpa Ferdi setelah dua bulan dia menahan rindunya. "Tapi takpe… Jumpa mak dengan bapak lagi penting. Rindu kepada kekasih dengan rindu kepada ibubapa adalah sesuatu perasaan yang berbeza. Begitu juga dengan cinta dan benci. Cinta kepada Allah dan Rasul adalah yang paling mulia. Ia tak sama dengan dengan cinta kita kepada manusia. Begitu juga benci kita kepada kepada musuh. Ianya berbeza dengan benci kita dengan sikap kekasih atau adik beradik kita. Walaupun benci tetapi jauh di lubuk hati, masih terpancar rasa kasih dan sayang." Noor mengomel dalam hati walaupun sebenarnya dia masih lagi tidak puas hati. Selesai Rizal berbual dengan rakan-rakannya di kantin sekolah sambil menikmati hidangan yang mereka beli di kantin sekolah, Rizal kembali ke asrama seorang diri. Seperti tadi, langkahnya masih longlai memikirkan kata-kata Ferdi. Bolehkah dia menahan diri dari mengambil perhatian Noor selepas ini setelah selama dua bulan dia melakukannya? Dia menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku di tandas semasa hari pendaftaran. "Kalaulah aku tahu dia tu abang Noor masa kat tandas hari tu, kan bagus." Ferdi menggelengkan kepalanya. Noor yang berada di salah sebuah astaka sedang memerhatikan Rizal dengan langkahnya yang tak bermaya. Rizal mendongak dan berpaling ke arah Noor kerana dia perasan ada seseorang yang sedang memerhatikan dirinya. "Noor rupanya…." Rizal menarik nafas panjang sambil kembali menghadap lantai. Noor mengerutkan dahi. "Biasanya dia akan tersenyum macam kerang busuk atau menuju ke arah aku. Macam ada sesuatu terjadi pada dia." Noor berkata di dalam hatinya. Apa dah jadi pada Rizal?
Kehadapan insan yang aku sentiasa ingati. Mana ko pergi ni? Aku rindu sangat kat ko. Kenapa ko lambat sangat ? disebabkan ko macam nak menjadi penduduk tetap kat tandas tu, aku tinggalkan resit ni buat ko. So tolonglah jelaskan makanan yang aku order tadi. Thanks and luv u very much! Muahh!-Tot
Bengong punya budak. Nanti ko, lepas ni aku makan banyak-banyak and suruh ko bayar plak. Hish.. mana aku ada duit ni. Aku bawak sepuluh ringgit je. Tak cukup ni. Mana nak cekau lagi? Yang minah ni pun satu, perut apa ntah.. makan sampai seratus. Tak pasal aku kena hutang ngan kedai tu. Nasib baik tauke tu kenal aku..
"hai Bon! Sihat hari ni?"
"sihat hotak ko! Bagi balik aku punya seratus! Wat malu aku je semalam. Tak pasai aku kena hutang ngan kedai tu!"
"kira ok la tu. At least ko tak kena cuci pinggan macam aku hari tu. Ko makan lagi banyak tau. Seratus dua ringgit. Lagi banyak dari aku."
"ye arr. Ye arr. Nanti aku bagi balik dua ringgit tu. Dengan kawan pun berkira!"
Aku cuma senyum. Nilah Bon. Kawan kamceng aku. Aku call dia Bon sebab singkatan dari Bontot. Bebudak kelas aku gelarkan dia Bontot sebab bontot dia paling seksi antara bebudak laki dalam kelas kami.
Bon ni anak cikgu add maths kami. Tapi dia la paling bengap mata pelajaran tu. Otak dia ni lembab skit kalu bab kira-kira. Tapi dia memang pandai dan kuat ingatan kalu ada orang hutang dia. Misalnya aku. Aku ni anak pesara tentera. So duit sentiasa kering. Dan duit dia la yang selalu aku pau.
Dan nama aku Tot. Singkatan dari Kontot coz rambut aku kontot macam ekor kucing yang ada kat sekolah tu sebelah belakang. Tapi aku tak kisah dengan apa pun gelaran yang diberi sebab bagi aku gelaran hanya nama timangan dan bukan nama yang mak abah aku bagi. So aku tak amik kisah sangat tentang gelaran tu.
Disebabkan aku ni kira pandai gak dalam add maths ni, aku wat tuisyen ngan Bob. Upahnya tak mahal. Cuma bagi aku lima puluh ringgit setiap dua minggu pun dah cukup. Disebabkan kami tinggal kat asrama dan bebudak laki tak suka kat Bob ni, so dia terpaksa amik tuisyen ngan aku. Mak dia dah tak nak ajar dia dah. Bengap sangat katanya.. ishq2.. cian tol budak ni! Mak dia pun cakap dia bengap..
Muka Bon cantik sangat. Macam muka orang pompuan. Kalah muka aku yang penuh jerawat ni. Kulit dia licin. Dia cakap dia pakai bedak sejuk malam2. aku pernah try pakai, tapi aku tak boleh bernafas keesokkan pagi coz bedak sejuk tu masuk hidung aku. Aku tak tahan dengan debu.
Bon baik. Boleh kata dia yang belanja aku makan kalu kami pergi makan kat kantin. Duit dia tak banyak. Tapi dia tetap belikan aku makanan. Penah sekali tu, dia Cuma ada dua ringgit je. Tapi dia tetap belikan aku dua bungkus roti dan untuk dia dua bungkus roti.
Satu hari tu. Sedang aku ajarkan dia add maths, muka dia nampak sedih sangat. Aku tanya kenapa. Dan jawapan yang paling aku tak jangka keluar dari mulutnya yang merah tu.
"Aku nak berubah la. Nak jadi kasar macam ko. Tak nak lembut macam ni dah. Aku sedih kenapa aku jadi macam ni. Mak aku pun kekadang macam tak nak ngaku aku anak dia. Kalu ko jadi aku kan, bila ko jalan ngan mak ko kat luar, and jumpa kawan dia, bila kawan dia tanya sapa ngko and mak ko jawab anak sedara. Sedih tak? Dah banyak kali mak aku wat macam tu wei.. aku nak nagis tapi aku malu."
Sedih aku tengok dia macam tu. Aku tak pernah sangka yang Cikgu Maziah seorang ibu yang kejam. Seteruk-teruk aku, mak aku still ngaku aku anak dia lagi..
"betul ke ko nak jadi kasar ni? Tak nyesal? Aku takut ko tak mampu je. Bukan senang wei. Aku boleh ajo. Tapi ko kena kuat mental dan fizikal"
"aku sanggup wei. Asalkan mak aku ngaku aku anak dia kat depan kawan-kawan dia yang lain. Apa pun aku sanggup!"
"aku boleh ajo ngko jadi lelaki. Ajo ko cara mempertahankan diri. Tapi satu je aku nak cakap. Suara ko ni... aku tak leh nak ajo. Ko kena praktik sendiri coz suara ko, hanya ko yang boleh control. Ok?"
"ok"
Bermula pada hari tu, aku ajo Bon semua yang aku tahu tentang seni mempertahankan diri. Aku ajo dia cara tunggang moto, cara bertukang dan lain-lain lagi yang aku pelajari dengan arwah abah dulu.
Perubahan pada diri Bon terserlah selepas tu. Aku bangga dengan dia. Daya ketahanan dia kuat walaupun dia nampak lemah. Kekadang tu, aku pulak rasa nak petua dengan dia untuk jadi seorang yang tabah.
Habis SPM aku dah tak jumpa ngan Bon. Dia pindah. Kehidupan aku teruskan. Aku sambung belajar dan jadi seorang engineer. Sebenarnya ni cita-cita Bon. Aku amik kos ni pun dengan harapan dapat jumpa dia balik. Aku nak balas semua yang dia dah buat kat aku.
Tujuh tahun selepas tu aku jumpa Bon. Ikhlas aku cakap kat korang. Nilah pertama kali aku menangis kerana seorang kawan. Hati aku macam nak menjerit bila jumpa Bon waktu tu. Dia dah jadi nyah. Terkejut bukan kepalang aku malam tu.
Aku pergi kat dia. Muka dia pun sama gak terkejut bila nampak aku.
"kenapa ko jadi macam ni Bon? Bukan ke dulu ko kata nak berubah? Kenapa sampai jadi nyah kat lorong ni?"
Muka Bon Cuma senyum waktu tu. Tapi aku tahu, senyuman tu palsu. Aku dapat rasakan yang dia tengah tanggung derita yang amat sangat. Tapi kenapa?
"aku ok wei. Aku bahagia jadi macam sekarang. Aku tahu ko mesti jijik kan dengan aku sekarang ni. Tapi tak pe. Aku dah tak kisah dengan apa yang orang lain pikir. Tapi Tot, aku nak ko tahu, selama ni aku tak penah kisah kalau orang lain nak pikir apa pun. Tapi aku tak nak ko pikir yang bukan-bukan pasal aku. Tot, aku pun tak nak jadi macam ni"
"kalau ko tak nak, kenapa ko buat?"
"aku tak mampu Tot. Aku tak berdaya"
Malam tu aku nangis sepuas-puasnya bila dengar apa yang Bon cerita. Perasaan benci yang sedikit terhadap Cikgu Maziah dulu makin bertambah-tambah bila dengar cerita Bon.
Abang-abang dan ayah dia telah meliwat dia selepas kami SPM dulu. Sedih aku dengar. Bila Bon bagi tahu kat mak dia, mak dia cakap dia tipu. Sampai la satu hari tu, bila mak dia nampak sendiri yang abangnya tengah liwat dia, tapi anehnya dia yang kena marah dan dihalau. Aku akui, Bon memang lemah. Dulu, bila aku tumbuk dia pun, dia akan lebam macam perempuan. Aku percaya benda ni bukan atas kerelaan di sendiri.
Selepas dia keluar dari rumah, Bon ikut sorang nyah. Nyah ni yang bela dia. Makan minum Bon semua dia tanggung. Dia yang ajar Bon cara-cara nak jadi nyah untuk teruskan hidup.
"jom balik ke pangkal jalan Bon. Aku boleh tolong ko. Aku ada kawan yang boleh bimbing ko. aku tak nak ko sesat wei"
"tak payah la Tot. Aku rasa Tuhan pun dah tak nak orang macam aku. Biarlah aku macam ni wei. Tapi aku tetap nak berterima kasih ngan ko. Ko lah satu-satunya sahabat aku yang tak pernah berhenti jadi sahabat aku walau aku macam ni."
Kini aku menjadi pengunjung tetap lorong tu. Aku akan bersembang dengan Bon bila dia tak da pelanggan. Aku tak pernah putus asa untuk ajak dia kembali semula ke jalan yang diredhai Allah. Semoga Allah membuka pintu hatinya satu hari nanti..
Aku berkahwin dua bulan selepas tu. Badrul, menantu pilihan keluargaku. Dia sama seperti aku. Rela dengan perkahwinan ini kerana orang tua.
Bon tak datang di hari perkahwinanku. Puas kutunggu tapi bayangnya tetap tiada. Seminggu selepas tu aku jumpa dia di lorong.
"aku nak bertaubatlah Tot. Boleh ko tolong aku?"
Air mata aku menitis saat tu. Syukur ya Allah.. Engkau telah bukakan hati kawanku ini. Aku hantar Bon ke sebuah kampung yang diberitahu suamiku. Alhamdulillah.. Badrul boleh terima akan kawanku ini..
Aku tinggalkan Bon di rumah Wak Leman. Imam surau kampung tu. Bon akan mulakan hidup baru di kampung ni. Banyak insan yang macam dia yang bertaubat dan duduk kat situ.
Dua hari setelah aku disahkan mengandung aku pergi untuk ketemu Bon. Muka dia bersih. Bercahaya. Ternyata dia pun gembiara sebab akan jadi uncle tak lama lagi. Aku mengalami alah yang teruk sepanjang kandunganku ini. Badanku lemah dan tak berdaya untuk kemana-mana pun. Aku tak mampu lagi melawat Bon.
Habis berpantang, aku pergi bertemu Bon untuk memberinya peluang melihat anakku yang diberi nama Nazran, sama seperti namanya. Mukanya lain sewaktu aku jumpanya. Macam ada tompok-tompok. Aku tanya kenapa.
"tak da apa lah. Benda ni biasa bagi kaum macam kami. Comel anak ko. Didik dia elok-elok. Jangan bagi dia jadi macam aku. Dah la pelajaran tak da, hidup pun menumpang bila dah tua ni.."
Sedih. Kelu. Hiba. Itu yang aku rasa bila Bon cakap macam tu. Semakin hari tompok-tompok tu makin banyak. Kudis-kudis pun ada kat merata tubuh Bon. AIDS. Itu jawapan kepada persoalan aku selama ni. Bon dijangkiti AIDS. Aku tak tahu nak tolong dia macam mana lagi.
Sebagai kawan, aku rasa yang aku gagal kerana tak dapat membantu Bon. Kata-kata Badrul pada satu hari menyedarkanku.
"jangan terus salahkan diri sendiri. Bon tak perlukan kawan yang macam sayang kalau sayang terus macam ni. Semangat! Itu yang penting. Jangan putus asa untuk memberi semangat kat Bon. Abang akan terus sokong sayang. Sayang kena kuat. Bon, abang dan Nazran masih perlukan sayang"
Ya.. semangat! Itu yang aku perlukan. Aku terus menyokong Bon untuk terus berjuang di saat- saat akhirnya.
"Tot.. aku mintak maaf pada ko kalau aku ada wat salah. Tolong mintak maaf kat Badrul sekali ek. Ko jagalah baby ko dengan baik. Jangan biar dia jadi macam aku. Aku tak nak orang yang sama nama macam aku sekali lagi dihina kerana perkara terkutuk tu. Janji dengan aku ok?"
Aku anggukkan kepala.
"dan lagi satu. Kalau ko tak nak buat pun aku tak paksa. Kalau ko jumpa mak, ayah dan abang-abang aku, tolong sampaikan salam rindu aku kat diorang boleh? Cakap aku rindu sangat kat diorang. Kata kat mak dan ayah aku.. terima kasih sebab lahirkan aku kat dunia ni dan bagi aku peluang untuk hidup kat atas muka bumi ini. Cakap kat dioarang.. tolong ampunkan segala dosa aku dan cakap jugak kat diorang.. aku dah ampunkan semua salah silap diorang.. tolong ek? Aku takut tak sempat nak jumpa diorang dah.."
Aku angguk lagi. Air mata aku jatuh saat tu tanpa dapat aku tahan. Betapa mulianya hati ko Bon..
Bon meninggal dunia pada keesokan hari. Jenazahnya dikebumikan di kampung tu. Aku janji Bon, aku akan datang melawat ko setiap tahun.. aku janji!
Keluarga Bon aku temui seminggu lepas tu. Ternyata mereka sudah tidak amik peduli dan tetap tidak terima Bon. Malah Bon masih dicaci ketika aku menyampaikan pesanannya yang terakhir itu.
Sehari selepas itu aku mendapat berita yang keluarga Bon sudah meninggal kerana rumah mereka terbakar. Mungkin ini kuasa Tuhan. Entahlah. Yang terselamat hanya seorang bayi lelaki yang aku ketahui anak luar nikah seorang dari abang Bon.
Aku ambil bayi tu jadi anak angkat. Bayi itu kini menjadi saudara susuan Nazran. Buat Bon dan keluarga.. aku doakan dosa kalian diampunkan dan tenang di sana. Semoga roh kalian bersemadi dengan aman..
Angin laut menampar lembut tubuhku. Terasa nyaman dibuai oleh angin pagi yang segar. Pemandangan laut d hadapanku tidak dicemari oleh arus pembangunan zaman ini. Sejuk mata memandang. Tiba-tiba aku terasa genggaman jari-jemari dari belakang. Aku tahu gerangan orang tersebut. Lalu aku terbayang kisah beberapa tahun dahulu...
2 tahun yang lepas---------------------------------------------
" Hoi, Lia. Cuba sopan sikit makan tu. Jangan pelahap sangat. Kaki tu turun, dah macam jantan aku tengok. Hei,tak tau aku nak cakap kau nie.. dah berbuih-buih mulut aku nie.." tegur mak yang ke-berapa ratus kali pun aku aku tak tahu.
" Mak ni macam tak tau-tau pulak perangai anak mak ni.." kata aku dengan mulut yang penuh. Hampir tersmbur nasi dalam mulut aku..
" Bukannya tak biasa, tapi aku ingat, bila kau balik adalah perubahannya. Nie tak. Makin menjadi-jadi. Cuba abiskan makanan dalam mulut tu dulu, baru cakap.. Patutlah laki tak nak kat kau." tegur mak. Aku hanya buat selamba. Kata-kata mak sebelum ni ibarat mencurah air ke daun keladi, aku tak ambil berat. Semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
" Bukan laki tak nak. Lia yang tak nak." jawab aku.
" Tu kau yang cakap. Orang lain..?? Semua takut nak buat kau ni menantu.. Dulu mak cari, kau tolak.." balas mak yang sedang menyidai pakaian di ampaian luar.
" Lantak lah. Tak kempunan pun dengan anak dia orang tu semua.. Anak mak cik Leha tu,mana pandai mak.. silap ari bulan,Lia yang tanggung dia. Dah lah tu, pemalas. Eeii... Tolonglah... dah tu mak cik Leha tu, mulut tak da insurans, cakap ikut mulut dia aje.. Apa dia ingat anak dia BAGUS sangat?? BOLEH JALANLAH...." kata aku sesedap rasa.. (mulut aku ni pun boleh tahan leser..). Mak hanya menggeleng kepala.
7 tahun yang lepas-----------------------------------------------
" Hoi, Lia.. Kau kenapa? Termenung aje? Teingat orang tu ke??" tanya Mia, rakan sebaya aku yang paling baik di dunia ciptaan Maha Esa ini.. Aku menjeling dia lalu satu cubitan singgah di pinggangnya. Dia mengaduh kesakitan.
"Tak da masa aku.. Banyak lagi yang aku boleh fikirkan dari fikirkan hal dia.." kata aku.
Tiba-tiba Cikgu Fahmi masuk..
" Duduk semua. Buat kerja masing-masing dengan senyap.. Hari ni saya releif cikgu kamu." terang Cikgu Fahmi.
" Cikgu.." panggil Alia degan lenggok manjanya. Cikgu muda itu memandang tepat ke arah Alia.
" Saya tak paham apa yang cikgu ajar semalam. Saya dah cuba buat ikut jalan kira yang cikgu ajar, tapi tak dapat juga. Kenapa ye??" kata Alia yang semakin rapat posisinya dengan Cikgu Fahmi sambil tersenyum sinis ke arah aku.
" Oh, ye? Mari saya tengok jalan kira awak." balas Cikgu muda yang digilai oleh pelajar perempuan.
’ Hish minah ni.. bikin gua panaaas je..’ bisik hati aku.. Aku bangun dan pergi ke depan.
"Cikgu, saya nak ke tandas" jerkah aku dan terus berlalu keluar. Cikgu Fahmi memerhatikan aku hingga kelibat aku hilang, tidak berkelip-kelip matanya..
" Hai." Tegur satu suara ketika aku sedang menunggu Mia di bus stop ketika Mia membeli aiskrim di kedai hadapan sekolah.
‘ Sapa plak yang tak diundang ni?’ bisik hati aku. " Hai. Sombongnya, tak balas sapaan saya pun..," tegurnya sekali lagi. Mungkin cuba pancing aku.
‘ Hish, mamat ne.. hati aku dah lah tengah hot, dia lagi bikin aku panas.. Ni yang aku rasa nak lepaskan lava aku ni..’ guman hati aku. Aku pandang dengan jelingan yang tajam mamat di sebelah aku.. Terlopong mulut aku..
" Cik... Cikgu..Cikgu buat apa kat sini?" tanya aku, gugup. Cikgu Fahmi memandang sekeliling.
" Bus stop. Mestilah tunggu bas.. takkan tunggu bulan di siang hari.." gurau cikgu muda tersebut.
‘ Ye tak ye juga..’ bisik hati aku.
" Saya hantar awak balik.." pelawa Cikgu Fahmi.
’ Nie yang buat jantung aku tekeluar ni, kenapa ye? Bila nampak Cikgu Fahmi, aku pun macam budak-budak lain.. Terpikat ke aku kat dia??’ guman hati aku.
" Lia? Lia?" panggil Cikgu Fahmi.
" Awak berangan ke?" tanya dia. Aku pantas menggeleng apabila tersedar.
" Naik apa cikgu? Motor cikgu? Mana??" tanya aku cuba sembunyikan perasaan gugup. Cikgu Fahmi menggeleng kepala dan tersenyum. Fuh, cair aku bila tengok dia tersenyum.
" Naik baslah. Motor saya dah rosak awak kerjakan.." kata Cikgu Fahmi. Baru aku teringat. Disebabkan rasa cemburu aku kat si Alia keparat tu yang bukan main mesra lagi dengan cikgu, aku pinjam motor cikgu dan pura-pura kemalangan. Last-last, motor cikgu tersadai kat kedai, aku pulak terlantar kat rumah. Nasib baik Cikgu Fahmi jiran aku, dia selalu datang dan mengajar aku. Secara peribadi lagi. Aku tersengih teringat perbuatan bodoh aku tu. Aku perasan, Cikgu Fahmi memandang aku. Aku mula kalut. Bas tiba, aku cepat-cepat naik diikuti cikgu. Cikgu Fahmi duduk di sebelah aku.
" Mia mana?" tanya cikgu setelah hampir separuh perjalanan kami. Aku menepuk dahi.
" Ya Allah. Tertinggal.." kata aku. Cikgu Fahmi tersenyum melihat telatah aku yang mula gabra..
" Tu la.. tak sabar-sabar nak saya hantar pun, janganlah sampai kawan sendiri tertinggal.." katanya dan ketawa tebahak-bahak. Satu cubitan singgah di lengannya.
" Auw.. Sakitlah, masih macam dulu bisanya.." kata Cikgu Fahmi dan menggosok lengan.
" Padan muka. Kacau orang lagi. Meh sini, tengok lebam tak?" kata aku.
" Lia, turun. Jangan panjat pokok tu. Nanti jatuh." jerit abang Rul, satu-satunya abang aku. Perbezaan umur aku dengan abang ialah enam tahun.
" Tak nak. Lia nak buah tu.. Abang ngan abang Fahmi tak nak amikkan, Lia boleh amik sendiri." kata aku yang masih berdegil.
" Lia, turun. Ada ulat kat belakang baju Lia.." jerit Fahmi tiba-tiba, yang sebaya dengan abang Rul.
" Aaahh...." jeritku. Tiba-tiba aku terlepas pegang dahan pokok dan terjatuh.
’ Aduh.. sakitnya belakang aku..’ bisik hati aku.
Tiba-tiba aku dengar Fahmi dan abang Rul ketawa. Baru aku perasan, aku kena tipu dengan dia orang. Belakang aku yang sakit aku tak hiraukan, yang penting dia orang kena balasannya. Habis satu kampung dia orang kena kejar dengan aku semata-mata aku nak balas dendam. Akhirnya kena juga. Cubitan aku yang dipanggil ’ketam berbisa’ singgah pada mereka. Puas hati aku. Sehingga sekarang masih berbekas akibat luka. Begitu tajam cubitan aku.
" Hoi, berangan lagi? Tadi kata nak tengok, tengoklah. Dah lebam lengan abang Fahmi." ujarnya dengan mulut muncung. Aku tersedar.
" Lah, ciannya. Sakit?" tanya aku, bersimpati. Aku meniup luka cubitan tersebut. Mata Cikgu Fahmi semakin galak memerhatikan aku.
---------------------------------------------
Tinggal beberapa hari sahaja peperiksaan SPM akan menjelang. Aku selalu balik lambat untuk study group bersama-sama rakan sekelas. Alia semakin galak mencari kesempatan untuk berjumpa Cikgu Fahmi. Aku seboleh-bolehnya cuba tak hiraukan teletah si Alia keparat tu.. Dalam sibuk-sbuk aku, abang Rul tetap ambil berat tentang aku. Dia selalu telefon kerana perbezaan jarak kami yang terlalu jauh.
Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Aku berjaya mendapat 10 A. Aku berasa bersyukur kerana doaku dimakbulkan Allah. Aku kemudian di tawarkan sambung belajar ke luar negara. Walaupun berat hati nak meninggalkan keluarga dan Cikgu Fahmi, tapi aku pergi jua.
Sebulan sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur, mak menjodohkan aku dengan anak mak cik Leha. Heboh satu kampung. Sejak hari itu, Cikgu Fahmi jarang bertandang di rumah. Apabila kami terserempak dia akan cuba lari. Tapi satu hari, aku aku terjumpa Cikgu Fahmi termenung di pantai.
" Hai." tegurku. Dia diam.
" Sombongnya.." pancing aku.
" Tak baik kita berdua di sini. Nanti apa kata orang? Awak akan bertunang tak lama nanti." katanya dan bangun. Aku ketawa terbahak-bahak. Cikgu Fahmi melihat aku kehairanan.
" Takkan usaha saya selama ni akan berakhir begitu saja. Cita-cita saya akan terbantut kalo saya terima orang yang macam tu.." kata aku merenung laut di hadapan mata.
’ Dan saya takkan benarkan penantian kita berdua berakhir begitu sahaja. Tanpa kesudahan yang baik’ bisik hati aku.
" Apa maksud Lia?" tanya Cikgu Fahmi yang duduk semula di sebelah aku.
" Saya tak akan bertunang.." kata aku selamba. Melopong mulut Cikgu Fahmi.
" Saya akan pegang janji kita bertiga masa kecil. Selagi tak berjaya, jangan mimpi nak bekasih." kata aku tegas. Cikgu Fahmi tersenyum girang.
"Mak cik Leha dah tahu?" tanya Cikgu Fahmi. Aku mengangguk.
" Dia terima ke tak, tu lantak dia lah.." kataku girang.
" Woi.. Aku tak jadi bertunang.. Yeeeiiii... " jeritku. Dan sejak itu, hubungan aku dengan Cikgu Fahmi kembali mesra..
5 tahun sudah berlalu-----------------------------------
" Bila Lia balik?" tanya Cikgu Fahmi pada abang Rul semasa mereka di pantai.
" Bapa kali aku nak bagitau?? Lusa.. tau lusa??" kata abang Rul yang naik meluat dengan sikap Cikgu Fahmi. Macam orang bercinta lagaknya.
" Lusa tu esok punya hari esok.. Ada paham CIKGU MUHAMMAD FAHMI BIN JAAFAR??" terang abang Rul. Cikgu Fahmi tersipi-sipu malu.
" Aku tak caya kau suka adik aku.." kata abang Rul. Cikgu Fahmi mengangkat muka.
" Yelah. Kau tengok adik aku. Perangai tak ubah macam kita brdua. Macam laki. Hati dia keras beb.." terang abang Rul. Cikgu Fahmi tersengih.
" Yap. Tu yang lain tentang. Dia jenis yang tak kisah, tak amikpeduli apa orang kata. Tu yang aku suka sakat dia.." terang Cikgu Fahmi.
" Kau suka sakat ke kau suka-suka kat dia?" tanya abang Rul. Keningnya yang lebat sengaja dinaikkan. Cikgu Fahmi bangun dari dudukya.
" Ntah. Ko rasa?" jawabnya acuh tak acuh.
" Ko patah hati je lah.. aku rasa dia tak akan terpikat kat kau. Hati dia tetap keras. Kalau boleh cair pun, aku rasa bukan dengan kau.." kata abang Rul.
" Kenapa plak?" tanya Cikgu Fahmi yang mula gelisah.
" Yelah. Kau selalu kacau dia. Dia pasti anggap kau abang or best friend. Kalo tak pu, dia dah tersangkut kat mamat sana. Kalo ikutkan, dia dah balik, tapi dia saja balik lambat." terang abang Rul. Pucat muka Cikgu Fahmi apabila dengar penjelasan abang Rul. Tiba-tiba abang Rul tergelak.
" Kenapa?" tanya Cikgu Fahmi.
" Kau suka kat adik aku kan...?? Kalo tak, takkan muka ko makam ayam berak kapo.. hahaha..." kata abang Rul diselangi gelaknya. " Terkena gak ko.." kata abang Rul.
" Ko ni sEngaja je nak kenakan aku.." sebiji penumbuk kena bahu abang Rul.
" Kau juga tanya pendapat aku, aku pun tolong terangkan perasaan kau tu." kata abang Rul. Cikgu Fahmi hanya menggangguk.
---------------------------------------
" Mak..." jeritku apabila turun dari kereta abang Rul. Mak keluar dari rumah. Aku terus menerpa memeluk mak.
" Da besar da.. Mari masuk. Mak ada masak lauk kegemaran kamu. Rul, angkat beg lia tu.." kata mak
" Beg tu letak dalam bilik Lia ye.." pesan aku. Abang Rul tajam memandang aku. Aku tersengih.
Petang tu, sperti biasa,aku akan melepak di pantai. Saja nak melepaskan rindu kat pantai kampung aku. Mia menetap di bandar kerana kejanya di sana. Dia berjanji akan pulang hujung miggu nanti. Cikgu Fahmi, aku velum jumpanya lagi. Mungkin masih di sekolah.segan naktanya kat abang Rul. Abang Rul pula malas nak ikut aku. Orang tngah angau bercinta. Jangan dikacaunya. Nanti tak pasal-pasal kena penumbuk dia.
Aku mengeluh. Mungkin kepala aku berserabut. Banyak berfikir. Tiba-tiba teringat kenangan lalu. Macam-macam kenangan di sini, pantai ini yang menjadi saksi. Aku teringat, di pantai inilah jatuh bangun aku sendiri., di pantai inilah aku dan Cikgu Fahmi berkenalan, di pantai ini kami bermain kejar-kejar sewaktu kecil,di pantai ini tempat aku meluahkan segala masalah pada Cikgu Fahmi dan abang, di pantai inilah aku merajuk dan memujuk Cikgu Fahmi. Dan di pantai inilah menyaksikan bahawa aku menjeit perihal aku tak jadi bertunamg dengan anak mak cik Leha. Aku tersenyum teringatkan semua tu.
" Boleh umpang tanya?" tegur satu suara. Aku memandang bagai nak gugur jantung aku.rang yang aku rindui berada di depan mata.
" Kenapa tersengih macam orang gila tadi? Teringat kat abang Fahmi?" tanya Cikgu Fahmi.
" Boleh jalanlah.." kata aku. Ikutkan mata, nak saja aku renung dia lama-lama, tapi malu plak.
" So... macam mana?" tanya Cikgu Fahmi.
" Macam mana apa?" tanya aku kembali. " Eemmm... Lia.. da.. ada..?" tanya Cikgu Fahmi, tergagap-gagap lagi..
" Hah? Ada apa?" tanya aku yang buat-buat tak paham. Saja je nak dengar suara dia yang macho tu..
" Eemmm.. Dah berpunya?" tanya Cikgu Fahmi. Jantung aku kembali berdegup kencang. Selama aku berada di luar negara, tak pernah jantung berdegup sebegini, tapi bila balik saja ke kampung, pasti macam nak tercabut jantung aku. Aku hanya berdiam diri. Memandang laut yang terbentang luas di depan mata.
" Kalo tak da masalah, saya nak jumpa mak Lia." katanya setelah aku tidak menjawab pertanyaannya.
" Cikgu ni.. Macamlah saya tak kasi cikgu jenguk mak saya. Datang aje, rumah kita kan sebelah-menyebelah je.. Tak jauh pun.." gurau aku yang cuba menutup perasaan gugup.
" Bukan. Saya nak hantar wakil.. Dan jangan panggil saya Cikgu lagi, boleh?" katanya yang memandang tepat muka aku.
" Cikgu jangan nak melawaklah... Cikgu akan tetap cikgu saya, selama-lamanya.." kata aku dan ingin berlalu pergi. Tapi Cikgu Fahmi sempat menahan aku.
" Saya serius Lia. Saya tak berani nak mainkan perasaan diri sendiri dan perasaan orang lain.." katanya jujur.
" Saya balik dulu. Jangan halang saya." kata aku dan berlalu pergi.
Perasaan aku bercampur-baur sepanjang perjalanan ke rumah. Masuk je dalam rumah, abang Rul terus jadi wartawan tak berbayar. Macam-macam dia tanya. Ni mesti dia dah tahu.
" Lia kata apa?" tanya abang Rul yang masih tidak puas hati.
" Lia tak cakap apa-apa. Malaslah Lia nak Layan abang. Lia da penat.." kata aku brlalu ke bilik.
------------------------------------------------
Keesokan harinya, aku dapat surat daripada Cikgu Fahmi. Dia ingin jumpa aku pada petang hari bersama-sama jawapan aku. Aku bersiap-siap untuk ke bandar bersama abang Rul.
Abang Rul memandu keretanya di hadapan sebuah restoran. Aku seperti perasan sepasang pasangan yang duduk di meja restoran tersebut Cikgu Fahmi dan Alia. Mereka kelihatan mesra, seperti di sekolah.
" Abang, berhenti jap.." abang Rul memberhentikan kereta berhampiran rstoran tersebut. Sah, mereaka berdua. Betapa hancurnya hati aku. Semalam Cikgu Fahmi beria-ia kata yang dia tak berani nak mempermainkan perasaan orang lain, dan hari ini nak jumpa aku bersama-sama jkata hatiku. Tapi lain yang dia katakan, lain yang dia lakukan. Tidak semena-mena, air mata aku gugur. Abang Rul yang perasan terus melihat apa yang berlaku. Abang Rul terus memandu keretanya dengan laju. Pecutan kereta Abang Rul menarik perhatian beberapa pelanggan termasuk Cikgu Fahmi. Tapi Cikgu Fahmi yang mengesyaki apa-apa..
" Biar abang ajar dia tu.. Abang ingatkan dia baik. Tapi harakan pagar, pagar makan padi.." marah Abang Rul ketika sampai di rumah. Aku brdiam diri. Tak tahu nak nangis atau gelak.. Aku rasa macam diri aku ni terlampau bodoh. Tiba-tib abang tenampak sampul surat berwaena ungu di atas bantalku, lalu dicapainya. Aku tak sempat nak mengambil, abang sudah baca.
" Dia nak jumpa petang ni. Biar abang yang bersemuka dengan dia." kata abang tanpa memandang aku.
" Apa yang riuh sangat kat dalam bilik tu? Rul? Lia?" tanya mak dari dapur.
" Tak ada apa mak.." jawab aku memintas kata abang Rul. Bukannya boleh pecaya dia tu, takut hal kecil akan menjadi besar. Abang Rul menjeling aku.
" Biar abang yang jumpa dia nanti," pesan abang Rul.
" Abang jangan gaduh plak. Nanti Lia tak apa-apa, abang yang lebih-lebih," pesan aku.
---------------------------------------------
" Lia mana?" tanya Cikgu Fahmi teruja.
" Dia malu ke nak jumpa aku? Sebab tu kau yang datang?" tanya Cikgu Fahmi lagi.
" Kau tahu kan aku tak suka penipu?" tanya abang Rul. Cikgu Fahmi menggangguk.
" Kau ada nak cakap apa-apa. Untuk penjelasan.." Abang Rul masih mampu bersabar.
" Apa yang kau cakap ni? Macam aku ada buat salah je.." kata C ikgu Fahmi.
" Kau tak nak ber penjelasan kat aku hal pagi tadi. Kau dengan sapa kat restoran tu?" tanya abang Rul lagi. Muka Cikgu Fahmi berubah.
" Kau nampak? Lia tahu" tanya Cikgu Fahmi.
" Aku suruh Lia tunggukat rumah. So, apa penjelasan kau?" tanya abang Rul tegas. " Aku...."
-------------------------------------------
" Dia cakap macam tu. Lagi pun macam Lia tak tahu perangai Alia tu.." terang abang Rul membela sahabat baiknya.
" Lia tak reti nak percayakan orang.." kata aku tegas.
" Habis tu, Lia tak nak percaya kebenaran?" tanya abang ketika kami bersantai di pantai malam tersebut. Aku mengangkat bahu.
" Lia fikirlah masak-masak. Fahmi kata, kalau dia tak dapat jawapa dari Lia esok, dia akan cuba lenyapkan diri dia. Untuk kesenangan Lia." Kaa abang Rul. Aku memandang abang Rul.
" Lia fikirlah baik-baik.." pesan abang Rul.
------------------------------------------
" Aku minta maaf Fahmi. Aku da cuba nasihatkan dia. Tapi dia degil," kata abang Rul seakan memujuk sahabat baiknya.
" Tak apa. Aku tahu maksud dia. Dia memang anggap aku cikgu dia. Aku akan cuba tuuti kemahuannya. Aku akan menjadi cikgu dia buat selama-lamanya. Apa-apa pun, aku akan ingat kenangan aku dengan dia. Untuk menjadi dorongan aku di tempat orang. Izinkan aku, rul?" kata Cikgu Fahmi sayu.
" Itu hak kau Fahmi. Itu kenangan kau dengan adik aku. Aku tak ada hak nak suruh kau lupakan kisah kamu berdua." kata abang Rul. Sedih apabila dapat tahu yang Fahmi akn membawa diri. Lagi sedih apabila adiknya, Lia tetap berdegil dan menolak niatsuci rakan baiknya. Tapi siapalah dia? Hanya hamba Allah yang tidak mempunyai kuasa untuk menyuruh adiknya yakn akan perasaan suci Fahmi.
" Aku pergi dulu. Tolong jaga family dan Lia untuk aku. Kirim salam sayang aku pada Lia. Pesan kat dia, aku minta maaf kalo aku, dia kecik hati, benci aku dan macam-macam lagi. Izinkan saya simpan kenangan dan perasaan saya pada Lia. Dan saya aka cuba menjadi cikgu yang baik buat Lia, untuk selama-lamanya." kata Cikgu Fahmi hingga menitis air matanya. Abang Rul menepuk bahu sahabatnya supaya bertenang.
" And I will alway’s love you." Kata terakhirnya dan terus berlalu meninggalkan abang Rul di pantai.
2 tahun berlalu------------------------------------------------
" Hai cikgu. Lama tak jumpa kan..? Rindu pulak.." tegur Mia semasa berjumpa di pantai. Aku kaget.
‘Cikgu Fahmi?’ bisik hatiku. Dia kelihatan lain. Aku hampir tak cam dia.
" Hai. Kamu berdua buat apa kat sini? Amik udara segar juga?" tanyanya bersahaja. Mia menggangguk
" Anak sapa tu? Lia?" tanya Cikgu Fahmi lagi. Perit ati aku.
’ Tak tahukah kau yang aku terseksa selama ini?’ tanya aku di dalam hati.
" Ha-ah. Anak Lia" jawab Mia. Mukanya berubah.
" Saya tak tahu pulak Lia dah kawin. Anyway, tahniah. Saya pergi dulu." katanya yang menbawa hati yang pedih.
" Mana ada Lia kawin cikgu. Kalo dia kawin, mesti dia jemput cikgu.." kata Mia yang serba salah. Asalnya nak menyakat cikgu, tapi Cikgu Fahmi tersentuh pula dengan kata-katanya. Cikgu Fahmi berhenti dan berpaling.
" Ni anak saya. Anak saya, anak Lia juga.." terang Mia.
" Okeylah. Saya balik dulu. Nanti cikgu tolong hantar Lia ke rumah dengan selamat ye.." katanya dan berlalu pergi.
" Mia.. Mia.." panggil aku. Tapi dia tak endahkan. Aku memandag Cikgu Fahmi. Mata kami saling bertentangan.
" Jom jalan-jalan. Dah lama saya tak berjalan di pantai ni.." ajak Cikgu Fahmi. Aku bangun dan mengibas belakangku. Kami berjalan beriringan. Senyap. Tiada topik yang nak di bualkan. Janggal rasanya.
" Lia sihat?" tanya Cikgu Fahmi.
" Sihat, Alhamdullillah. Cikgu?" tanya aku kembali.
" Tak berapa. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab teringatkan Lia." katanya bersahaja.
" Lia, saya akan tunggu awak sampai bila-bila.." katanya lagi.
" Tapi kenapa?" tanya aku memberhentikan langkah. Dia turut berhenti.
" Because I love you. And I alway’s love you." katanya lagi. Aku melarikan pandangan ke arah laut. Mata aku mula berkaca.
" Lia sayang saya?" tanya Cikgu Fahmi tanpa segan-silu. Aku mendiamkan diri.
" Okey. Saya faham. Lia.. saya pergi dulu" Cikgu Fahmi melangkah beberapa tapak.
" Cikgu, I love you too" kataku perlahan. Tapi dapat didengar oleh Cikgu Fahmi. Cikgu Fahmi memandang aku. Aku menggangguk.
" Yap. I LOVE YOU TOO..." jerit aku.
" LIA.. I LOVE YOU.." jerit Cikgu Fahmi juga. Dia menggenggam tanggan aku.
Sekarang-------------------------------------
" Lia termenung apa?" tanya seorang lelaki dari belakang.
Betapa rindunya dia dengan Farizan. Hari ini sudah masuk bulan kedua dia kehilangan Farizan, insan yang akan hidup bersamanya. Farisha menarik nafas panjang. Memang tidak dinafikan hatinya kini hanya milik Farizan. Sampai bila dia sendiri tidak tahu. Farisha tahu tidak mungkin Farizan akan kembali dalam hidupnya. Pemergiaan Farizan meniggalkan satu kesan yang amat mendalam baginya.
i Sejak Farisha putus tunang dua tahun lalu, dia tidak pernah menerima cinta dari mana-mana lelaki. Mungkin perpisahannya dengan Zakuan waktu itu membuatkan hatinya tertutup untuk mempercayai insan yang bergelar lelaki. Masih jelas diingatannya sewaktu Zakuan melafazkan kata perpisahan terhadap dirinya. Bagai nak runtuh dunia ini dia rasakan. Manakan tidak, hanya beberapa bulan sahaja lagi majlis perkahwinannya dengan Zakuan akan berlangsung. Tiba-tiba Zakuan meminta putus dengan alasan hatinya menyintai orang lain. Bayangkan betapa hancur dan luluhnya hati seorang wanita ketika itu. Cinta yang dijaga selama tujuh tahun berakhir macam tu saja. Waktu itu, Farisha terasa hidupnya tidak beerti lagi. Memang waktu itu dia terlalu lemah untuk menerima apa yang terjadi dalam hidupnya.
ii Farisha membawa diri ke luar negara mengikut keluarga angkatnya. Baginya itulah cara terbaik untuk dia melupakan segala yang telah terjadi. Dua tahun dia menimba pengalaman di bumi Australia. Alhamdulliah perasaannya untuk mengingati perkara yang dah terjadi mampu dia lupakan. Kepulangannya ke Malaysia membuka sejarah baru baginya. Farisha mula bangun dengan berdiri diatas kaki sendiri. Dia tidak mahu mengharapkan sesiapa termasuk mama dan papanya. Baginya itulah kepuasan yang dia dapat.
iii Untuk menolak cinta tidak hadir terus dalam dirinya tidak mungkin kekal selamanya. Pertemuan dia dengan Farizan memang tidak pernah diduga. Waktu itu kereta yang di pandunya mengalami kerosakkan. Dan Farizanlah yang dating menolongnya. Mujur juga masa tu Farizan lalu jalan tersebut. Sejak pertemuan itulah hubungannya dengan Farizan semakin rapat. Dia sentiasa berhubung dengan Farizan hanya melalui telefon. Sejak peristiwa itu dia tidak pernah terniat untuk berjumpa dengan farizan kali kedua. Farisha sendiri tidak tahu kenapa. Kadang-kadang ada juga dihatinya ingin berjumpa dengan Farian namun perasaan egonya terlalu tinggi.
Hampir berbulan dia berhubung dengan Farizan melalui telefon. Hinggalah satu hari Farizan meluahkan isi hatinya terhadap Farisha. Waktu itu, memang Farisha juga ada perasaan terhada Farizan. Dia tidak pasti kenapa tapi ada tarikan yang membuatkan hatinya tercuri dengan Farizan. Tanpa Farisha sedar, dia telah membuka hatinya kembali untuk menerima cinta seorang lelaki. Mungkin benar orang kata, cinta kadang-kadang hadir tanpa kita sedar.
Sewaktu pertemuannya dengan Farizan, Farisha terasa terlalu bahagia. Kata-kata Farizan yang akan melamarnya tidak lama lagi sedikit sebanyak mengukir kegembiraan dalam hati Farisha. Namun, tidak lama kebahagiaan yang dia rasa. Sejak pertemuan dengan Farizan tempoh hari, Farizan mula berubah sikap. Dia semakin banyak mendiamkan diri. SMS tidak pernah dibalas. Kalau Call pun susah kalau dia nak angkat. Farisha mula rasa kecewa sekali lelaki. Puas dia memaksa Farizan menjelaskan apa yang terjadi, tapi semuanya sia-sia. Farizan masih bermain dengan teka-teki. Hari-hari hidup Farisha mula dihiasi dengan kekecewaan. Betapa kecewanya hatinya dengan sikap Farizan. Dia terasa dirinya dipermainkan. Sehinggalah satu hari dia mendapat panggilan dari Farizan. Sangkaannya panggilan itu akan membuatkan dia gembira namun sebaliknya. Farizan meminta untuk melupakannya dengan alasan dia tidak yakin dengan perhubungan mereka. Farisha menangis sekali lagi.
iv Sejak itu,Farisha tidak pernah mengingati siapa Farizan yang pernah dia kenal dulu. Baginya setiap kali mengingati lelaki itu, hatinya seperti dihiris sembilu. Sakit… Farisha tetap melalui hidupnya dengan tabah. Hari-hari yang dilaluinya kadang-kadang terasa sukar untuk dia hadapi. Cuma Farisha tidak mampu membohongi dirinya sendiri. Memang benar dia kecewa dengan sikap Farizan tapi jauh disudut hatinya dia masih menyintai Farizan. Dia sendiri tidak tahu kenapa begitu kuat perasaanya terhadap Farizan. Sehinggakan dia sanggup menolak Faizal yang ingin melamarnya. Itu pun dia bagi alasan dia masih belum bersedia. Bukan maksud dia untuk memainkan perasaaan faizal tapi dia tidak mampu nak tolak kenyataan yang dia masih mengharapkan Farizan.Argh terasa bodoh dirinya kerana lelaki macam tu.
" Buat sang puteri….
Abg hrp email ni tdk mdatangkan kmarahan di hati Ish. Abg akui slama ni abg silap sbb buat ish cmtu. Tp percayalah Ish, abg juga tidak senang dengan apa yg tjadi. Abg sangka abg mampu hidup tanpa ish. Tapi smakin abg ingin lupakan Ish semakin itu ingatan pada Ish dtg pd abg. Hampiur 2 bulan abg fahami hati abg sendiri. Dan abg tahu, abg terlalu sygkn Ish. Abg rs menyesal dgn kputusan abg yg lalu. Maaf kn abg Ish. Dan abg minta dari Ish, Ish bgilh abg pluang untuk buktikan kjujuran abg pd Ish.
Syg Kamu"
Sejak Farisha menerima email dari Farizan hatinya kembali ceria. Dia tidak tahu kenapa dia terlalu mudah percaya dengan kata-kata Farizan. Namun hatinya lega kerana Farizan benar-benar berubah. Hampir sebulan hubungannya dengan Farizan berjalan sepeti biasa. Farisha berasa lega dengan perubahan Farizan. Mungkin benar Farizan benar-benar menyintainya. Biarpun kadang-kadang ada juga sikap Farizan yang meragukan hatinya. Bukan dia tidak tahu tentang sikap Farizan yang sebenarnya. Farisha tahu Farizan ramai kenalan perempuan selain dari dirinya. malah perhubungan Farizan dengan mereka semua bukan setakat kawan biasa. Farisha tidak tahu kenapa dia masih terus menyintai Farizan. Dia tetap merasakan Farizan akan berubah. Biarpun sejak-sejak ni dia pernah terlihat Farizan keluar dengan seorang perempuan. Betapa mesranya mereka. Waktu itu Farisha tidak mampu untuk membuta apa-apa. Memang sakit hatinya. Tapi dia tetap berpegang dengan kata-kata Farizan.
Farisha cuba untuk mendapat kepastiaan dari Farizan. Semakin hari hubungannya dengan Farizan seolah-olah hanya diatas angin. Kejujuran Farizan benar-benar mengecewakan Farisha. Dia tidak sangka sejauh itu sikap Farizan yang sebenar. Sudah terlalu ramai perempuan yang bertakhta dihatinya. Malah hubungan mereka lebih dari segala-galanya. Menangis Farisha sewaktu mendengar kejujuran dari Farizan. Bukan dia sedih kerana Farizan membohonginya tetapi dia tidak menyangka Farizan bukan seorang yang dia sangkakan sebelum ni.
Keikhlasan Farisha menerima Farizan membuatkan Farizan semakin berubah sikap. Farian mula sedar bahawa Farisha benar-benar menyanyanginya. farisha hanya mampu memberi Farizan peluang untuk dia berubah. Alhamdullillah, Farizan menunjukkan perubahan yang positif. Sudah tentu Farisha senang dengan perubahan Farizan. Sehingga mereka merancang untuk bertunang. Memang mengembirakan Farisha. Sekurang-kurangnya dia berjaya meyakinkan abang Hisyam yang Farizan benar-benar berubah.
v Jantungnya seperti berhenti berdenyut. Berita yang dia terima membuatkan dia hilang tumpuan di tempat kerja. Farizan kemalangan. Airmatanya laju mengalir. Baru sebentar tadi dia bercakap dengan Farizan. Kalau dia tahu ini semua akan terjadi, biar dia sahaja yang mengambil cincin pertunangan mereka. Tetapi memandangkan dia sekarang bekerja di luar Kuala Lumpur, dia tidak dapat untuk mengambil cincin tersebut. Farisha hairan juga dengan sikap Farizan sejak-sejak ni. Sedangkan baru dua hari lepas dia menempah cincin tersebut. Tapi farizan benar-benar ingin lihat lagi sekali cincin tersebut. Malah sejak-sejak ini juga Farizan kerap menghubunginya. Kalau di ikutkan Farizan sukar untuk menghubunginya memandangkan kerjanya yang terbatas.
" tolonglah Ish… abang nak tengok sangat cincin tu. " lemah suaranya memandangkan keadaan Farizan yang tidak berapa sihat. " Macam mana Ish nak pergi ambil? Ish kat Nilai sekarang. Tunggulah Ish balik esok. Ish ambil terus cincin tu. " Farisha cuba memujuk. " Tapi abang batul-batul nak tengok cincin tu. Kalau tak biar abang pergi ambil sendiri." " abangkan tak sihat. Lagipun hari tu kita baru tengokkan?" Ada keluhan yang dia dengar. " Abang rindukan Ish…"
Masih jelas lagi suara Farizan ditelinganya. Apabila dia dapat tahu farizan dimasukkan ICU, Farisha terus meminta kelepasan untuk melihat Farizan. Mujurlah bosnya seorang yang memahami. Farisha memandu terus ke Shah alam. Sepanjang perjalanan dia tidak berhenti berdoa agar tidak ada sebarang perkara buruk yang akan berlaku terhadap Farizan. Airmatanya peneman setianya sepanjang perjalanan ke Shah Alam. Entah mengapa saat ini jelas terbayang semua kenangannya bersama Farizan sejak mereka kenal. Disaat mereka bergaduh, berpisah, kemudian bertemu kembali. Segalanya jelas di ingatannya.
" Abang, jangan tinggalkan Ish sekali lagi….." Farisha membisikkan kata-katanya sendiri. Memang itu doanya pada saat ini.
Farisha seperti terpaku melihat keadaan Farizan. Betapa sayu hatinya. Hampir sukar untuk dia mengenali wajah Farizan. Dirinya dipenuhi dengan wayar-wayar. Yang dengar hanya bunyi mesin untuk mengawal pernafasan Farizan. Saat ini bermacam-macam perasaanya yang hadir. Dia tidak menyangka Farizan berdegil juga untuk mengambil cincin tersebut. Memang dia tahu Farizan kuat dengan sikap degil dan keras hati. Tidak pernah sabar untuk membuat satu perkara.
" Abang, bangunlah..Ish datang ni. Ish nak abang tengok Ish…. Jangan tinggalkan Ish lagi.." Farisha cuba berbisik ditelinga Farizan biarpun dia tahu Farizan tidak mungkin mendengar suaranya. Airmatanya tidak mampu untuk ditahannya.
" Ish, kuatkan semangat. Apa yang berlaku lepas ni Ish kena sabar dan tabah…" Puan Maznah, ibu Farizan cuba memujuk Farisha. vi Prannnggg…….. Gelas ditangannya terjatuh. Berderai kaca-kaca disisinya. Denyutan jantungnya seperti terhenti. Dia rebah seketika. Pemergiaan Farizan benar-benar mencabut jantungnya sendiri. Farizan telah pergi tinggalkannya buat selama-lamanya. Farisha menangis semahunya. Perkara yang tidak pernah dia impikan akhirnya terjadi juga. Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata. Tidak puas baginya untuk hidup bersama Farizan. Perasaan rindunya membuak-buak hadir didalam hatinya.
Tanah perkuburan ditinggalkan dengan perasaan sayu. Berat untuk dia pergi. Seperti tidak percaya rasanya kini dia mengadiri kubur insan yang dia sayang. Tapi dia tahu, dia tidak boleh terus meratapi pemergiaan Farizan. Sekurang-kurangya, secebis cinta Farizan untuk dirinya mampu menguatkan perjalanan hidupnya selepas ini meskipun dia sedar, mungkin farizan tercipta bukan untuk menjadi miliknya.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei