BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Mac 01, 2008
Valentine Kali Ini
nujruneida
junaharis87@yahoo.com.my

Ah, hari yang menakutkan bagi aku dah pun tiba lagi tahun ini: valentine. Valentine Day tidak pernah membawa apa-apa makna pun dalam hidup aku. Kalau difikirkan buat serabutkan otak aku sahaja. Valentine kali ini mungkin akan membawa makna yang sama seperti tahun-tahun yang sudah.......

Seperti selalu aku akan membeli bunga dan coklat untuk diri aku sendiri! Susah nak percayakan? Perempuan macam aku ni pun tiada teman istimewa. tapi nak buat macam mana? Kriteria lelaki idaman aku dah hampir pupus! Jumpa yang handsome, tidak kaya lah pulak. dah kenal yang kaya, muka pulak macam pecah longkang. Selepas itu, bila jumpa yang handsome dan kaya, mesti dah jadi suami orang.

Ah!... aku fikir baik aku tumpukan perhatian kepada kerja lagi bagus. Setiap hari aku menyibukan diriku dengan segala macam tugasan. Dengan ini membuatkan aku leka dengan benda-benda ini semua. Sehinggakan......

Suatu hari aku menerima sekeping puzzle yang akan berada di atas meja ku setiap kali aku datang bekerja. Aku tertanya-tanya siapakah gerangannya yang meninggalkan puzzle di atas mejaku ini. Ia bagaikan satu teka-teki untuk aku menyudahkan segala yang tersurat.

Bermula dari hari itu aku mengumpulnya sampai aku membuat koleksi dalam satu balang di atas mejaku. Sebagai perhiasan lah nak dikatakan. Sehingga ke hari ini yang jatuhnya pada hari valentine aku masih mengumpulnya. Tapi yang peliknya apabila aku sampai di pejabat hari inni aku tidak menerima pun kepingan puzzle itu lagi........ Kenapa????? Aku tertanya-tanya.... Aku tetap mengutipnya dan meletakkan didalam balang walaupun aku malas menyusunnya... Aku nie dikira pengumpul puzzle lah nak katakan.

Leka bekerja aku terasa haus dan aku bangkit. Lalu aku berjalan ke ruang rehat yang disediakan. Masing-masing telah lama keluar meninggalkan aku ke cafeteria. Meninggalkan aku yang tidak berteman ini kesorangan. Tak apa lah... takkan lah dia orang semua nak ajak aku. Nanti mereka akan tahulah aku nie tidak ada teman istimewa. Kerana tiada seorang pun yang menjemputku untuk pergi lunch. Semasa di ruang rehat aku terserempak dengan seorang lelaki yang handsome sangat tapi dengan perangainya yang tidak memenuhi kriteria yang aku ingini. Aku tertanya-tanya dia daripada jabatan mana? Kenapalah dia nie bengap sangat duduk merokok dekat sini?? Takkan dia tak tahu peraturan kat tempat ini.

Aku yang tidak selesa dengan keadaan ini terus menegurnya supaya jangan merokok. Seterusnya menanya dia. Adakah dia tidak tahu peraturan disini. Merokok adalah dilarang. Kamu nak tahu dia beritahu apa??? Dia bilang relax ar, walau baru dua bulan dia kerja situ, dia tahu peraturan kat situ. Bengap betullah mamat nie. Tak faham bahasa. Dah tahu masih tak mahu ikut. Dia ingat nie pejabat bapak dia punya. Ikut suka dia je nak buat apa-apa. Amboi-amboiiiii.

Puas aku membebel dia boleh buat selamber je. Sambil tu dia mencari sesuatu dalam poketnya dan menghulurkan bungkusan kecil kat aku. Aku teragak-agak ingin mengambilnya. Tapi aku rasa tidak percaya boleh dapat hadiah valentine kat dalam ruang rehat ini. Handsome pulak tu pemberinya. Tak kisahlah dia office boy ke, peon ke. Yang pentingnya, orang dah bagi. Kita apa lagi ambil ajalah. Sebaik aku memgambilnya. Dia berasa lega kerana aku mengambilnya. Dia menjangkakan aku tidak akan menerimanya. Selepas itu dia mengajak aku pergi ke lounge belakang pejabat ini. Katanya saja-saja sembang kat sana nanti. Aku terasa seperti tidak menyangkakan semua ini. Tapi aku menolaknya....

Dia memberitahuku jangan menolaknya terlalu awal. Dia menyuruhku berfikir dahulu sebelum menolaknya mentah-mmentah. Dia bilang lagi... Tak kisah lah aku datang ke tak. Dia akan tetap menunggu aku disana malam nanti. Dia bagitahu jat aku yang dia tidak ada teman pada valentine kali ini. begitu juga dengan aku. Ujarnya pasti benar. Aku berfikir sejenak........ Aku rasa macampernah bertemu dengannya.... Tapi dimanakah??????

Nampak gayanya terpaksalah aku stay back malam ini. Kalau balik awal, nanti kantoi pulak dengan roomate aku karang. Nanti dia tahu lah aku ni tidak ada boyfriends lagi walaupun umur dah nak masuk 28........ Aku berfikir lagi... Dah terlambat ke aku?? Waktu-waktu macam ini rasa menyesal pulak sebab asyik pentingkan kerjaya daripada pasangan hidup. Cuba kalau masa belajar dulu aku bercinta sekali, mungkin tak ada lah aku macam ni sekarang. Tapi sekurang-kurangnya aku dah berjaya dalam hidup aku. Cuma pasangan hidup tu lah masalah sikit. Boringlah...! Baik aku layan puzzle nie. Boringnya! Sorang-sorang kat pejabat main puzzle macam orang bodoh je......

Eh! inikan gambar aku 10 tahun yang lepas waktu sekolah menengah... Sapa pulak punya kerja nie agaknya?.. Hantar sehari sekeping puzzle setiap pagi kat atas meja aku..... Bila di ingatkan balik nie gambar aku masa di form 5 dalam persatuan seni..... Tapi kenapa tak cukup sekeping lagi... Mane perginya gambar nie.... Puas aku mencarinya tapi tetap tak jumpa. Aku ingin tahu siapakah yang berdiri di sebelahku. Dengan tidak diketahui keratan wajahnya sudah kemana????? Tiba-tiba aku terpandang bungkusan hadiah yang aku terima daripada mamat handsome itu tadi. Dan ia membuatkan aku teringat peristiwa lalu dimana terdapat seorang budak lelaki telah memberikan aku satu balang origami burung Kasawari. Tetapi aku telah memulangkannya kembali kerana aku tidak dapat menerimanya. Pemberiannya kerana dia sukakan aku.

Budak itu tidak marah apabila aku memulangkannya kembali. Dia memberitahu aku. Tidak megapalah jika aku tidak mengemari origami yang dia buatkan itu. Itu bukanlah masalah besar baginya sebab dia akan berikannya kepada orang lain yang menyukai origami tersebut. Dan dia bilang lagi yang dia akan tetap sukakan saya dan tidak akan putus asa. Bukan cuma hari ini, bukan setakat hari esok tapi untuk selama-lamanya........ Waktu itu barulah aku tahu dia..................

Mungkin telah terlupa, apa itu cinta: bagaimana rasanya cinta atau mungkin kamu mempunyai perkara yang lebih penting dari cinta sehingga kadang-kadang kamu tak perasan akan manusia-manusia di sekeliling kamu. Mungkin ada seseorang sedang mencintai kamu dalam diam???? Aku menemui pasangan istimewa untuk merayakan valentine bersama pada saat-saat terakhir! Cuma tinggal sejam lagi saja dari sekarang, adakah kamu mempunyai pasangan untuk meraikan kasih sayang di Hari Valentine kali ini????????

Sekian,....
posted by Tanpa Nama @ 12:32 PTG   14 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Hadirmu cuma seketika 4
mamazie
rozie_mustafa@yahoo.com

BAB 7
~~~Sha maafkan makcik. Yuz memang sayangkan Sha. Sekalipun dia tidak pernah menceritakan hal tunangnya pada makcik, apatah lagi hal perkahwinan mereka. Yuz memang akan berkahwin tak lama lagi. Tapi Sha, setiap kali makcik menghubungi Yuz di Australia, dia cuma katakan dia tak akan berkahwin. Sehingga la makcik sendiri ke Australia dengan tunangnya. Setiba saja di sana, Yuz langsung tidak menunjukkan yang dia menyukai tunangnya. Sha, makcik memang kejam!..\" menitis-nitis airmata ibu Yuz, apatah lagi di Sha sendiri.

\'Tapi makcik, lima (5) bulan lepas, Yuz semacam benar-benar menceritakan statusnya pada Sha. Mana mungkin Yuz berbohong pada Sha makcik. Mengapa sekian lama Yuz tak menghubungi Sha untuk menceritakan perkara yang sebenarnya. Sha tak mahu Yuz menduakan tunangnya makcik. Sha faham perasaan seseorang wanita bila cintanya di rampas oleh insan lain. Tak mungkin perkara ini terjadi lagi dalam hidup Sha makcik.

\'Seandainya makcik datang sini untuk meminta supaya saya (Sha) terima Yuz kembali...Sha minta maaf. Sha tak mampu lagi makcik untuk bersama dengannya. Kalau benar, mengapa dia tidak datang bersama makcik untuk berterus-terang?.\'.~~terdiam~~.. sekali lagi mata Sha berkaca. Umpama ingin melepaskan perasaan yang dia simpan. Dihatinya berkata-kata \"Yuz, Sha terlalu rindu pada Yuz\".. Apalah daya Sha. Untuk mencintai seseorang yang benar-benar dia sayang, bukanla senang. Hanya kesabaran dan keyakinan diri yang tersemat di setiap sudut ruangan hati Sha. Hanya doa yang mampu Sha utuskan buat insan yang dia sayang. Tapi, sudahpun dimiliki. Sha telah cuba melupakan diri Yuz seadanya, tapi bila Sha bersendirian, hatinya mula memikirkan hal Yuz. Yang mampu hanya tawakal pada Allah, agar dia dapat melupakan terus Yuz. Sha tidak mahu, melukakan hati sesiapa. Ketabahan Sha di rasai oleh Yuz. Itu la sebabnya Sha sukar melupakannya.

\'Sha, dengar sini, bukan lah maksud makcik kesini untuk mengeruhkan keadaan. Atau ingin memohon simpati pada Sha untuk menerima Yuz kembali. Sha, Yuz satu-satunya harapan makcik dan keluarga. Yuz seorang lelaki yang bertanggungjawab. Yuz adalah anak yang sentiasa mendengar nasihat dan kata-kata makcik. Yang selama ini, makcik tidak menyedari yang dia sudahpun meningkat dewasa, dan mampu membuat keputusannya sendiri. Makcik tak sepatutnya menghalang dia untuk membuat sesuatu keputusan, apatah lagi masa depannya untuk membina mahligainya sendiri dengan orang yang benar-benar dia cinta. Sha, maafkan makcik. Makcik tahu ini silap makcik. Makcik menyesal Sha.\' Sha segera ke sebelah ibu Yuz. Perlahan-lahan tangan Sha yang putih dan lembut itu, menyapa tangan ibu Yuz. Dengan nada yang penuh dengan ketabahan, Sha berkata, \'Makcik, janganlah makcik menyalahkan diri makcik sendiri. Ini adalah ketentuan dari Allah.\'Ibu Yuz hanya mampu tunduk dan sambil memerhatikan wajah Sha, seorang perempuan yang memang penuh dengan ketabahan. Sabar menghadapi segala dugaan hidup.


BAB 8

\'Makcik, jemputlah minum dulu.\' perlahan-lahan Sha menghulurkan segelas air pada ibu Yuz. Di dalam hati ibu Yuz,\"bagaimana harus aku perjelaskan pada Sha, apa sebenarnya yang terjadi\"..dengan sedikit senyuman pada raut wajah Sha, membuatkan hati ibu Yuz, benar-benar insaf dengan sikapnya dahulu, yang sentiasa mahu didengar, tanpa memikirkan perasaan sesiapa. Terasa sungguh, bila Sha cuba mengilap airmata ibu Yuz. Di sebalik senyuman Sha tadi, membuatkan Ibunya terasa ingin menyayanginya sebagai seorang anak.

\'Sha, mana anak-anak Sha?. ermm..mereka ke rumah ibu Sha. Sebab ibu Sha ada membuat parti harijadi adik Sha yang bongsu. Oh ye ke..\' di fikiran ibu Yuz, bertanyakan mengapa Sha tidak langsung ingin menanyakan hal Yuz?. \'Sha, sebenarnya, makcik datang kerumah Sha, ingin menyampaikan hasrat dari seseorang Sha.\' Sha hanya mampu terdiam. Tunduk mendengar satu persatu yang akan dijelaskan oleh ibu Yuz. Apa yang terlintas difikiran Sha, adalah hasrat ini mungkin dari Yuz sendiri.

BAB 9

\'Makcik, cuba berterus-terang pada Sha. Apa sebenarnya.\'dengan hati dan kata-kata yang telah bersedia mendengar setiap penjelasan dari ibu Yuz. Yang tanpa ibu Yuz menyedari, sebenarnya jiwa dan perasaan Sha, dari mula perbualannya tadi, hati Sha begitu tidak selesai. Semacam ada sesuatu yang tak kena. Cuma Sha malas untuk mengikutkan sangat perasaan itu. Yang mampu Sha hanya berdoa pada Allah agar Yuz sejahtera saja.

Ibu yuz memulakan cerita. Sha hanya terdiam mendengar penjelasan yang bakal Sha dengar dari mulut ibu Yuz sendiri. \'Sha, adakah Sha benar-benar sendiri sekarang?\' itulah soalan yang pertama ibu Yuz utarakan pada Sha. Sha hanya mampu anggukkan kepala saja. \'Sha, sebenarnya ada sepucuk surat lagi yang Sha belum baca lagi.\' sambil bercerita, ibu Yuz menyerahkan surat bersampul merah jambu. Secara tiba-tiba mata Sha berkaca, dan mengingatkan sewaktu bersembang dengan Yuz, tentang warna kesukaan masing-masing. Yuz lebih menyukai warna merah jambu. Tak sangka, Sha pun menyukainya.. masing-masing ketawa sama sendiri.~~

~~~~~~~~~~~~~~

Perlahan-lahan Sha mengambil surat yang bersampul berwarna merah jambu itu yang dihulurkan oleh ibu Yuz tadi. \'Sha, bacalah dulu coretan tu. Ini adalah hasrat Yuz pada Sha untuk kali yang terakhir.\' Sambil tunduk memerhatikan surat bersampul merah jambu itu, terdongok Sha dengan situsi yang agak terkejut mendengar penjelasan dari ibu Yuz yang berkata\"buat kali terakhir\". Melulu Sha ke pangkuan Ibu Yuz. Sambil berkata dengan nada yang mendesak, \"Kenapa makcik?, apa yang terjadi pada Yuz?\". Ibu Sha tak mampu berkata-kata, hanya airmata yang bercucuran jatuh tanpa hentinya, apatah lagi bila melihat keadaan Sha yang mendesak begitu.

\'Sha, bacalah dulu warkah itu, dan akan makcik terangkan nanti.\' Surat ini makcik jumpa sewaktu.....ibu Yuz terus diam.\"Mengapa makcik, tolong la bagi tahu pada Sha makcik.\" Sha, sabar sayang..\" perlahan-lahan suara ibu Yuz kedengaran. Rasanya tak mampu untuk perhatikan keadaan Sha masa tu. Dengan dipujuk oleh Ibu Yuz, perlahan-lahan Sha membuka warkah itu. Pertama yang Sha jumpa dalam sampul surat itu adalah cincin berbatukan merah jambu. Dengan linangan airmata, Sha membaca warkah itu.

~~/Assalamualaikum Sha,
Semoga Sha berada didalam limpahan Allah s.w.t hendaknya. Yuz di sini sihat sejahtera.
Sha, sudah hampir 5 bulan kita tak berkirim khabar. Yuz terlalu merindu dirimu sayang.
Setiap kali Yuz ingin melelapkan mata, fikiran Yuz terus teringatkan Sha. Tentang hari
yang Yuz beritahu pada Sha berkenaan dengan status Yuz.

Sha, Yuz benar-benar bersalah. Tidak sepatutnya Yuz melukakan hati Sha, apatah lagi
menyakitkan hati Sha. Yuz tahu, hati Sha benar-benar terguris. Untuk pengetahuan Sha,
bukan kerna Yuz dah lama tak mengutuskan berita untuk Sha, bermakna Yuz ingin melupakan
Sha ataupun ingin menyikirkan Sha dalam ingatan Yuz. Ini kerna Yuz sibuk dalam beberapa
bulan. Terkadang, bila tengah tidur pun Yuz terpaksa bangun, bila bos ada buat perjumpaan
tergempar mengenai permasalahan syarikat kami.

Sha, sebenarnya bukan itu yang ingin Yuz perkatakan. Cuma Yuz mahu Sha tahu, yang diri Yuz serta
keadaan Yuz di Australia beberapa bulan ini. Sha, mohon keampunan dari hujung rambut
sehingga kehujung kaki, bila Yuz tidak menghantarkan berita.....

Sha, tentang penerangan yang Yuz beritahu pada Sha berbulan yang lepas, adalah dusta belaka.
Memang Yuz telah dimiliki, tapi bukan sebagai seorang yang bergelar suami. Yuz telah pun
bertunang. Tunang Yuz itu adalah kenalan dari ibu Yuz. Yuz cuba untuk menghubungi Sha
pada masa tu. Tapi Yuz tak dapat hubungi, bila nada operator menyatakan yang nombor Sha
tidak di guna lagi. Yuz jadi hilang haluan. Nasib baik Yuz ada menyimpan gambar dan
alamat Sha. Maafkan Yuz buat kali yang terakhir. Yuz tahu, masa tu bukan niat Yuz ingin
menyakitkan hati Sha, sekadar ingin memperlihatkan kejujuran reaksi Sha. Ternyata, Sha
memang jujur dengan Yuz. Sha terima kudrat dari Allah. Sha tabah!. Sha langsung tak
memarahi Yuz masa tu, cuma Sha menyerah seadanya. Sha cuba korbankan kasih dan
sayang Sha untuk orang lain. Tapi kenapa Sha.

Sha, selama ini Yuz tak pandai berkata-kata, ibu Yuz saja yang sering memerhatikan
tingkah laku Yuz. Tapi bila Yuz mengenali Sha, Yuz rasa selesa sangat. Sha, andainya
Sha tidak mahu memaafkan Yuz di atas kesilapan Yuz, sampaikan Sha sanggup menukar
no. telepon Sha sendiri hanya untuk melupakan Yuz. Tapi, Yuz yakin ada peluang kan
sayang?..hehehehe.. (ops..maaf).

Sha, cukuplah setakat ini saja warkah dari Yuz buat Sha yang teramat Yuz sayang dan
cinta. Andai Tuhan tu merestui hubungan ini, kita akan berjumpa lagi walaupun
di pintu syurga. Oh ye, Sha, Yuz akan pulang dalam masa sesingkat ini untuk berjumpa
dengan keluarga Yuz. Yuz akan balik ke Malaysia.
Yuz akan balik untuk beraya dengan Sha ok sayang.

Jaga dirimu baik-baik. Jangan lupa selalu doakan untuk Yuz di Australia ok. Tunggu Yuz
balik ok. Andai ikatan ini tak kesampaian, akan Yuz nantikan Sha di pintu Syurga. Kerna
Bagi Yuz, Sha adalah Impian Yuz. Yuz bahagia dengan Sha walaupun hanya sekali
kita berjumpa. Tapi firasat Yuz menyatakan Sha lah pilihan Yuz dunia dan Akhirat.

Salam buat Sha yang disayang.

Wassalamualaikum..bye
Wenesday:05.04am:

Dari insan yang mencintaimu,
Yuzri>Australia.

BAB 10.

Selesai membaca, Sha kelihatan tidak tentu hala. Perlahan-lahan Sha bangun menuju kepenjuru pintu. Tangisan yang teresak-esak, sambil memegang warkah tersebut. Ibu Yuz turut merasakan apa yang dirasakan oleh Sha itu. Apa yang mampu hanya pujukan yang diberikan untuk Sha.

\'Sha, sabar nak....\' Sepantas Sha memeluk ibu Sha. tanpa sebarang kata-kata, yang kedengaran hanyalah tangisan kedua-dua insan ini. Perlahan-lahan ibu Sha memeluk bahu Sha, dan mengiringi ke ruang tamu semula. Dengan airmata dilapkan oleh ibu Yuz. \'Makcik, mana Yuz?\'. Tak mampu ibu Yuz untuk berkata-kata bila melihat keadaan Sha itu, apatah lagi berita yang akan disampaikan nanti lebih membuatkan hati dan perasaan Sha menderita. Tapi Ibu Yuz yakin sangat, Sha akan mendengarnya dengan hati yang tabah.

Sha, sebebarnya surat ini makcik dapat dari kawan Yuz di Hospital Elezeberth di Australia.Dia mengirimkan pada makcik dari sana beralamatkan rumah makcik, tapi bila makcik buka sampul surat itu, ternyata hanya surat Sha saja didalam.\"Mengapa makcik, apa dah jadi pada Yuz makcik\".. melihat keadaan Sha masa tu, membuatkan ibu Sha tak terdaya nak meneruskan kata-kata. \'Sha, dengar sini apa yang bakal Sha dengar nanti makcik harap Sha tabah menghadapi semua takdir ini nak..ini dari Allah..\"insya\'allah\". sebutan itu saja yang mampu Sha ungkapkan, umpama dia telah bersedia menerima segalanya. Sewaktu Yuz lagi tiga hari nak balik ke Malaysia, dia dan kawannya pergi ke pos office di Australia. Dia menyatakan pada kawannya, ingin mengirimkan surat pada insan yang tersayang. Setiba di tepi bangunan di pejabat pos berkenaan, satu kereta yang laju telah melanggar Yuz yang sewaktu tu, tengah melintas. Tak sempat kawan Yuz menyelamatkannya. Perkara berlaku begitu pantas. Dan sekelip mata.\' Airmata Sha jatuh tanpa henti-henti mendengar cerita dari ibu Yuz tadi.\'Habis, macamana keadaanya sekarang makcik?\'. Sha, Yuz....Yuz..dah kembali kerahmatullah. Dua hari lepas jenazahnya di hantar ke Malaysia menaiki pesawat khas. Yuz tak dapat diselamatkan kerna pendarahan dalam kepala, akibat hentakkan kuat oleh kereta tersebut.

Tak mampu ibu Yuz melihat keadaan Sha sewaktu itu. Ibu Yuz hanya mampu perlihatkan keadaan Sha yang umpama tak mampu menerima hakikat yang baginya mengejut, tanpa memaafkannya dengan kata-kata. Sha dibiarkan sendiri oleh ibu Yuz. Ibu Yuz tak mampu untuk berkata-kata lagi. Dia pun turut tersentuh dengan apa yang dilihatnya. Terasa bersalah dalam dirinya mula terasa. Tidak sepatutnya dia tak menuruti kehendak anaknya itu. Hati seorang ibu siapa yang tahu...

~~~~~ terdiam ~~~~~~~

\"Yuz, aku doakan agar kau bersama dengan orang-orang yang beriman.\" Walaupun kita tidak dapat bersama, tapi aku akan tetap mengingatkan kau walau dimana saja aku berada. Kita akan berjumpa di taman Syurga, kiranya Allah mengizinkan kita bersama.\" itulah kata hati Sha yang terakhir dilafazkan dalam hati. Hanya Sha dan Allah saja yang tahu seadanya. Perlahan-lahan ibu Sha berjalan kearah Sha, dipegangnya tangan Sha, sambil berkata \"tabahkan hatimu\", diambilnya cicin yang digenggam oleh Sha tadi, di pakaikan nya di jari manis Sha. Kemudian mereka berpelukkan....

\'Sha, sentisalah berdoa untuk nya(Yuz). Insya\'allah makcik..\' kemudian, ibu Yuz pun berlalu meninggalkan pengkarangan rumah Sha. Ibu Yuz melambaikan tangan menandakan selamat tinggal buat Sha dikejauhan.

TAMAT.....

Di perkarangan Kubur (raya ke-2)

\"MENGAPA HADIRMU CUMA SEKETIKA?\". KU DOAKAN AGAR ROH KAU DICUCURI RAHMAT BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DISISI ALLAH DAN NABI MUHAMMAD S.A.W.\" amin..

~~~~~semoga mendapat manfaat dan iktibar dari novel ini~~~~~~~~ jumpa lagi di tajuk yang lain.

salam semua.
posted by Tanpa Nama @ 12:30 PTG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cinta Maya
nujruneida
junaharis87@yahoo.com.my

Kenapa? Kenapa perasan cinta tak dapat diteruskan selamanya? Kenapa hati mesti berubah mengikut masa? Aku dah tak tahan lagi duduk lama-lama dalam bilik ini! Keadaan bilik ini buat aku sedih, bosan dan sepi. Walaupun cuaca dingin tapi tak sedikit pun buat aku rasa selesa... Pada aku, cinta tu macam teh depan aku ni: Wangi, sedap dan buat aku selesa kalau diminum panas-panas. Tapi kalau dibiarkan sejuk, ia ibarat segelas air yang tak berbau dan pahit... Aku sedar dengan perasaan aku sekarang ini. Aku juga terlupa apa yang berlaku sampai buat aku jadi macam ni. Apa yang aku tahu sekarang, aku hanya nak menangis tanpa menitiskan air mata pun... Memori-memori aku dan dia di rumah ini sentiasa bermain dalam minda aku. Rumah ini lah dunia kami berdua.. Setiap sudut bilik ini mangingatkan aku tentang kenangan manis aku dan dia...

\"Hmm... bagus cuaca hari ini. Elok untuk berjalan-jalan.\" Ujar Melissa kepada Leo.
\"Hmm...\"
\"Wah, nyamannya!\"
\"Kalau awak nak, tiap-tiap petang saya boleh temankan awak jalan-jalan kat sini. Ye la, untuk kesihatan awak juga...\" Bagitau Leo.
\"Dah lama saya nak tahu, awak suka awek rambut panjang ke pendek?\" Tanya Melissa.
\"Awak, jangan la tanya soalan tu lagi. Saya suka awak sorang je. Hanya awak!. Tak kira la awak rambut panjang atau pendek. Saya sayang awak dan suka segala-gala tentang awak...Kalau tiada penghujungnya, saya nak bersama awak selamanya...\" Kata Leo meyakinkan Melissa.

\"Awak tak menyesal ke tinggalkan cita-cita semata-mata kerana saya?\" Tanya Melissa kepada Leo.
\"tak, saya dah buat keputusan. Masa bersama awak jauh lebih pentig dari segalanya..\" Bilang Leo.
\"Saya gembira dengar awak cakap camtu. Tapi lelaki yang kehilangan cita-cita masih bermakna ke kehidupannya?\" Tanya Melissa.
\"Jangan cakap apa-apa lagi, saya akan sentiasa bersama awak sampai bila-bila..\" Ujar Leo bersungguh-sungguh.
\"Betul...? Jangan tipu saya tau....\" Kata Melissa.

Setiap perkara yang berlaku, setiap perkataan yang dia sebut cuma menambah kesedihan pada aku.... Semuanya dah berakhir. Yang tinggal cuma rumah kosong ini. Tapi... kenapa ia mesti berakhir? Kenapa dia benci aku? Kenapa dia tinggalkan tempat ini? Aku sendiri tak tahu apa sebabnya.... tidak! Aku kena tanya!

Dari jauh Melissa melihat Leo mengemas segala barang yang terdapat di dalan rumah tersebut. Itu yang membuatkan aku tertenya-tanya kemanakah dia mahu pergi?...
\"Eh! Kan diatak hisap rokok sebelum ni...?\" Melissa tertanya-tanya sendiri.

Bagitau saya sayang, apa salah saya sampai camni sekali awak layan saya? Apa yang saya dah buat sampai awak sanggup lupakan janji-janji awak pada saya dulu. Tolong la, tolong bagitau saya. Pandangan dia tu, bagaikan pisau yang melukakan hati aku. Dah seminggu... dah seminggu dia tak cakap sepatah perkataan pun dengan aku.... Mungkin camni cara dia putuskan hubungan kami. Aku tak dapat buat apa-apa. Yang aku mampu, cuma tunggu masa berlalu..... Melissa menangis sendirian...

Tiba-tiba... satu suara kedengaran...
\"Dah siap berkemas? Nampaknya awak dah boleh pindah esok pagi...\" Melissa dapat menangkap suatu suara perempuan di dalam rumah itu.
\"Rasanya dah. Betul ke awak dah ada tempat untuk saya tinggal? \" Ujar Leo dengan seseorang.

Suara perempuan! Siapa dia? Macam pernah dengar la suara dia..... Pikir Melissa hairan. Siapa? Siapa? Dia! Apa dia buat kat sini? Melissa terkejut selepas melihat gerangan perempuen itu. Aku kan kekasih dia?! Kenapa.... kenapa dia orang...?? Melissa bermonolog.

\"Hari-hari sedih dah pun berlalu. Dah sampai masanya kita berdua bersama. Saya takut sebenarnya, mana la tahu...., orang akan cakap saya rampas boyfriend kawan. Berada di antara awak dan kawan saya memang susah...\" Bagitau Lina kepada Leo.

Melissa melihat Leo memeluk Lina dihadapannya. Bertapa terperanjatnya dia. Apa?! Apa ni?!

\"Maaf, awak sanggup tunggu saya. Kalau tak disebabkan penyakit dia yang makin serius, saya dah lama clash dengan dia... Bila saya dapat tahu dia tak dapat hidup lama, saya hanya mampu memaksa diri untuk tunggu...\" Terang Leo kepada Lina. Sayu bunyinya suara Leo.
\"Kan dia dah takde sekarang?! Orang yang awak peluk ni saya... Tak kira apa pun yang berlaku dan berapa lama pun saya kena tunggu, akhirnya kita bersama juga! \" Kata Lina yang leka dalam dakapan Leo.
\"I love you...\" Ucap Leo.
\"Saya pun sama...\" Lina mengiakannya juga.

Tidak! Tidak! Melissa tidak dapat terima keadaan yang sedang terjadi ini. Sesuatu terjatuh ketika Melissa cuba lari dari keadaan yang sebenarnya. Baru dia tahu keadaan yang terjadi sekarang. Kenapa keadaan sekarang tidak sama seperti dulu....
Dengan air mata yang berlinangan dia berpikir. Aku dah mati. Penyakit aku.... tak sangka begitu cepat. Tapi kenapa aku masih ada dalam rumah ini? Kenapa dia orang tipu aku?!
Ah.... Tidak! Jerit Melissa lantang.

PRANG...! Leo dan Lina terkejut dengan bunyi yang hampir dengan mereka.

\"Tu....\" kata lina terkejut.
\"Tu hadiah yang saya bagi kat dia... Saya selalu rasa macam dia... masih ada dalam rumah ini. Sekarang ni pun....\" Bagitau Leo pasti.

Tak disangka, aku tahu juga perkara yang sebenarnya. Tapi pada masa yang tak sesuai. Dan yang paling sedih, aku ditipu oleh teman lelaki dan kawan baik aku selama ini.....sampai la saat aku mati. Apa la gunanya aku tahu sekarang? Dah takde apa yang dapat aku buat... kecuali meninggalkan dunia ini...... selama-lamanya....

Sekian,.....
posted by Tanpa Nama @ 12:22 PTG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Hanya kau dihati
nujruneida
junaharis87@yahoo.com.my

Impian adalah sesuatu yang terlalu indah yang difikirkan untuk dicapai. Harapan pula adalah keinginan untuk kebahagian selama-lamanya. Jika impian dan harapan menjadi kenyataan, ia adalah satu anugerah yang tidak terhingga hebatnya. Namun, bukan semua impian dan harapan akan tercapai. Adakalanya segala impian dan harapan menbawa pada kedukaan yang berpanjangan.
‘Mama.’ Lamunanku terus melayang pergi dengan satu panggilan itu
‘Mama..mama tak dengar ke Fitri panggil. Banyak kali Fitri panggil’
‘Sorrry, sayang. Mama tengah dengar lagu tadi. Mama minta maaf ek’
Munir Fitri, anakku yang berusia 6 tahun semakin petah bercakap. Mungkin disebabakan persekitaran di Taska. Satu-satunya permata dalam hidupku. Dia adalah impian dan harapan dalam hidupku kini.
‘Bye-bye’.
Fitri melambaikan tangan pada seorang budak leleaki yang sebaya dengannya. Mungkin itulah kawan baiknya, Azlan kerana dia selalu bercerita padaku tentangnya.
‘Macam mana sekolah sayang?.’ Anakku hanya membisu sambil memandang keluar tingkap kereta.
‘Fitri…’ Panggilku tanpa memandangnya kerana tumpuanku sepenuhnya terarah kehadapan untuk mencari arah keluar dari Taska Nuri itu.
‘Tengok apa sampai mama tanya tak jawap.’ Soalku sambil memandangnya.
‘Tu….’ Jawapnya sambil menundingkan jainya. Aku melihat ke arah yang ditunjukkan. Kelihatan kawannya sedang menaiki kereta dangan ayahnya.
‘Kenapa sayang? Azlan nak balik juga macam Fitri.’ Jawapku sambil mula menggerakkan keretaku.
‘Papa dia ambillah mama.’ Jawapnya sambil tunduk ke bawah.
‘Mama pun ambil Fitri kan…Kenapa lain je peranagi anak mama hari ini.’ Aku menjadi hairan.
‘Mama…Papa Fitri mana? Akhirnya apa yang aku takutkan selama ini telah berlaku.
‘Kita pergi KFC hari ini nak tak? Aku cuba untuk mengalih soalannya
‘Mama ni, Fitri tanya lainlah.’ Protesnya.
‘Mama nak makan Zinger burger lah. Fitri makan ayam je ek?. Aku masih berusaha untuk mengelak
‘Tak nak. Fitri nak Zinger burger juga. Fitri nak yang baru tu. Besar.’ Jawapnya
‘Boleh ke anak mama ni habiskan? Fitri kan kecil lagi.’ Akhirnya umpanku berjaya.
‘Boleh lah mama. Cikgu cakap budak kecil kena makan banyak untuk tambah tenaga tau. Nanti bila Fitri main bola petang ni mesti Fitri kuat lari. Fitri nak golkan bola.’ Ujarnya sambil tersenyum manis.
‘Petang ni tak boleh main bola.’ Ujarku
‘Kenapa mama? Fitri nak main bola lah.’ Soalnya sambil merenungku dengan tajam.
‘Sebab mama nak pergi rumah nenek. Kalau Fitri main bola tak bolehlah ikut mama. Fitri kena….’
‘Tak nak, tak nak… Fitri nak ikut gak.’ Ujarnya sambil memotong cakapku
‘Tahu pun takut kena tinggal.’ Gelakku
‘Mama, Fitri nak bawa baju dengan kasut bola tau. Fitri nak ikut usu Aem main bola.’ Ujarnya.
‘Mana Fitri tahu Usu Aem main bola hari ni.? Soalku sambil meninjau untuk mencari parking.
‘Fitri tahu sebab Usu Aem selalu keluar main bola. Boleh Fitri ikut Usu Aem tak,mama?
‘Nanti Fitri cakap dengan Usu Aem ek. Kalau dia bagi ikut, Fitri pergilah.’ Jawapku sambil memberhentikan kereta
‘Thank you, mama. Sayang mama.’ Ujarnya sambil mencium pipiku.
‘Jom turun. Kita makan Zinger burger.’
‘Yahoo…’ Jeritnya.


‘Mama…Papa Fitri mana.?’. Soalan yang satu ni terlalu berat untuk dijawap. Malah ia mampu menggugat ketenangan dalam fikiran dan hatiku. Soalan yang amat aku takuti. Mungkin hari ini aku mampu mengelaknya tapi sampai bila? Apa yang perlu aku lakukan seandainya anakku bertanya kembali? Apa alasan yang terbaik boleh aku bagikan? Ahhh… Terlalu berat rasanya fikiranku sekarang ini. Aku buntu.
‘Kenapa ni, Izah? Mak tengok dari tadi kau diam je. Macam ade masalah je mak tengok. Banyak sangat ke kerja? Susah-susah sangat kerja je dengan Along kau tu. Tak lah dia sorang-sorang uruskan syarikat tu.? Tanya ibuku sambil berceloteh panjang.
‘Takde apa-apa lah, mak. Kerja memang banyak, mak. Tak pernah nak habis.’ Jawapku
‘Habis tu mak tengok kau muram je. Mesti ada apa-apa ni. Mak ni yang lahirkan kau tau. Gerak hati mak pada anak-anak selalunya betul. Mak tahu kau ada masalah ni.’ Ujar ibuku.
Kini ibuku berada sebekahku. Ibuku masih ingin mengorek masalahku. Sememangnya aku tidak pernah menyimpan apa-apa rahsia dari ibuku. Mungkin kerana aku ini satu-atunya anak perempuan dalam keluarga, jadi segala kebajikanku selalu dibagi perhatian dan dijaga. Aku menjadi anak kesayangan dalam keluargaku.
‘Fitri, mak.’ Balasku ringkas
‘Kenapa dengan dia? Mak tengok ok je. Semakin bijak dan ligat je. Tengok tadi, beria-ia sangat nak ikut Aem main bola.’
‘Dia tu memang minat sangat main bola. Kat rumah tiap-tiap petang pergi main bola kat padang dengan anak jiran-jiran. Padahal budak-budak tu semua dah sekolah rendah. Tak padan dengan kecil, sibuk juga nak main. Kadang-kadang tu budak-budak ni yang panggil dia ajak main. Nasib baik padang tu depan rumah je, nampak dari beranda.’ Terangku tentang perangai anakku itu.
‘Kan sama dengan Mukhriz gak kan. Kenapa dengan dia? Tadi ko cakap anak kau ada masalah.? Soal ibuku
‘Dia tanya papa dia.’ Ujarku perlahan.
‘Macam mana dia boleh tanya? Kau jawap apa?
‘Izah tak cakap apa-apa pun. Dia nampak kawan taska dia balik dengan ayahnya.
‘Kenapa kau tak bagitahu dia? Sampai bila kau nak diamkan? Dia masih ada papa.’ Ujar ibuku.
‘Tapi mak….
‘Tapi apa Izah? Mukhriz tak tahu? Salah siapa sebenarnya? Dari dulu mak cakap bagitahu Mukhriz. Walaupun kau dah bercerai masa tu tapi Fitri tetap anak dia. Kau tak boleh sembunyikan Fitri dari dia. Fitri perlukan kasih sayang.’ Potong ibuku.
‘Kan Izah dah bagi sepenuh kasih sayang pada Fitri, mak.’ Protesku
‘Kasih sayang seorang papa, Izah. Memang sekarang Izah lah mama dan papa tp kau hanya bagi kasih sayang mama. Dia masih kekurangan kasih sayang papa. Dia perlukan seseorang untuk dipanggil papa, Izah.’
‘Mak rasa ada baiknya kau kahwin lagi Izah. Sampai bila nak macam ni. Ramai orang masuk meminang tapi kau tak nak. Kau nak tunggu apa?’ cadang ibuku
‘Izah dah ada semuanya, mak. Family Izah, kerja dan Fitri. Izah tak perlukan apa-apa lagi.
‘Tapi Fitri perlukan papa, Izah’.
‘Dia ada Izah…. Mak, Izah masuk bilik ek. Kepala Izah rasa peninglah, mak.’ Ujarku meminta alasan untuk tidak menjawap pertanyaan ibuku lagi
‘Pergilah, Izah. Kau dah makan ke?’ Soal ibuku
‘Kejap lagilah, mak. Tunggu abah balik dulu. Boleh makan sama-sama.’


‘Abah tak kira. Kali ni siapa pun yang pinang kau, abah akan terima.’ Tegas ayahku
‘Tapi abah…
‘Takde tapi-tapi. Abah cakap hitam, hitam lah jawapnya. Abah bukan nak musnahkan kau tapi abah nak kau bahagia, Izah. Kaulah satu-satunya anak perempuan abah.’ Ayahku dah start membebel.
‘Macan mana Izah nak kahwin kalau tak suka atau kenal, abah.’ Protesku
‘Kau ni kalau bab nak cari alasan memang pandai. Ok, kau bawa pakwe kau jumpa abah. Abah bagi tempoh 6 bulan. Kalau tak, kahwin dengan pilihan abah.’ Tegasnya. Mati lah aku!
‘Abah ni, Izah mana ada pakwe lah. Mengarut je abah ni. Mak, cakaplah dengan abah tak payah buat macam ni.’ Aku cuba untuk meminta bantuan ibu.
‘Mak setuju sangat dengan cadangan abah kau tu. Kau pun dah nak masuk 33 tahun, Izah.
‘Tapi..
‘Izah, abah cakap apa?
‘Oklah, oklah…Izah ikut cakap mak dan abah. Tapi kalau jodoh tak panjang dengan pilihan abah nanti, Izah tak nak kahwin lagi lepas tu ek
‘Ish…Budak ni.


‘Terengganu? Kenapa jauh sangat En. Shariff? Lepas tu nak pindah cepat lak. Seminggu. Tak cukup masa saya nak cari rumah sewa, sekolah anak saya lagi.’ Terperanjat aku mendengar arahannya
‘Pasal rumah, awak jangan risau. Saya dah suruh pembantu awak kat sana carikan rumah. Sekolah pun saya dah suruh tengokkan. Lagipun pembantu awak tu pun ada anak. Jangan risaulah.’ Pujuknya
‘Saya tak tahu pun ada pertukaran jawatan?’ Soalku.
‘Semalam ade meeting BOD. Kita baru buka cawangan kat sana. Ada jawatan yang saya rasa sesuai untuk awak. Ketua Jabatan Financial. Saya yang rekomenkan awak. Jangan malukan saya pula.’
‘Tapi En.Shariff….
‘Awak ni disuruh naik pangkat pun tak nak. Ini arahan saya, awak mesti ikut.’ Kalau bosku dah berkata begitu maknanya aku kena ikut lah.
‘Orait. You are the boss
‘Tau tak apa…haha.
posted by Tanpa Nama @ 12:16 PTG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Kenangan lalu 8
hayati
hay86_animax@yahoo.com

23
Razis terasa berat untuk bangun pagi itu bagaikan dirinya dihempap batu yang besar. Badannya terasa lemah, Razis bertekad untuk memohon cuti. Razis mencapai handphonenya yang berada di tepinya,lalu mendail nombor Zafriel.
“Hello, Zaf. Maafkan aku, hari ini aku tak boleh pergi kerjalah, aku nak mohon cuti, ada hal sikit”. Razis tidak berterus terang yang dia sakit. Namun Zafriel dapat mendengari suara Razis yang lemah itu.
“Kau kenapa Zif? Sakit?”. Tanya Zafriel
“Aku selsema sikit”.
“Kalau macam tu, aku bagi kau cuti. Tapi jangan lupa pergi klinik jangan nak cuti lama-lama pulak kita banyak kerja lagi nak kena siapkan”.
“Terima kasih”. Razis mengakhiri perbualan mereka dalam telefon. Razis menguatkan dirinya untuk bersiap untuk berjumpa dengan Hafiz. Kedua ibubapanya tidak mengesyaki sebarang perubahan terhadap anaknya itu. Sungguh pandai Razis menutup sakit yang dihadapinya.
“Hah ! Ajis tak kerja ke hari ni?” Tanya ibunya, yang nampak kelibat Razis yang baru keluar dari bilik bujangnya.
“Tak mak, Ajis nak jumpa kawan kat Bandar sekejap, ada hal sikit nak bincang”. Tipu Razis. Baginya inilah satu-satu cara untuk tidak membimbangkan ibunya. Biarlah dia berdosa daripada melihat ibunya sakit apabila mendengar keadaan yang dihadapinya.
“ Kalau macam tu, bawa kereta tu elok-elok sikit”.
“ Baiklah mak, Ajis pergi dulu ”. Pinta Razis sambil tangannya bersalaman dengan ibunya.
Razis berhati-hati menuruni anak tangga dan menahan sakit yang makin terasa di kepalanya. Razis membuka daun pintu keretanya lalu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya. Sampai sahaja di hospital pakar Perdana Kota Bharu, Razis cepat-cepat keluar dari perut kereta menuju ke bilik Dr.Hafiz. Razis mengetuk daun pintu Dr. Hafiz.
“ Masuk ”. Kata Hafiz tanpa mengetahui siapa di luar. Razis menjengukkan kepalanya sebelum masuk. Hafiz sedikit terkejut.
“ Kau rupanya Zis? Aku ingatkan siapa tadi. Kenapa kau terjenguk-jenguk, masuk jelah .” Pelawa Dr. Hafiz.
Razis tanpa membuang masa memberitahu keadaannya kepada Hafiz.
“ Fiz, kau kena tolong aku, aku sakit sangat ”.
“ Kenapa ni Zis? Kau tak makan ke ubat yang aku bagi? ”
“ ubat tu dah habis dua tiga hari yang lepas ”.
“ Ya Allah? ” Hafiz terkejut
“ Kau jangan main-main Zis! Kenapa kau tak datang masa ubat kau dah habis, berapa kali aku dah bagitahu kau, ni bahaya Zis ”. Sambung Hafiz yang bimbang akan keadaan sahabatnya itu.
“ Aku tak sengaja Fiz ”.
“ Macam ni, aku terpaksa buat pemeriksaan X-ray di bahagian kepala kau, kalau terpaksa aku tahan kau untuk beberapa hari ”. Hafiz memberi penerangan kepada Razis.
“ Tapi macam mana aku nak bagi alasan kepada ibu bapa aku? ” Tanya Razis yang bimbang rahsianya akan diketahui oleh ibu bapanya.
“ Kau bagilah apa-apa alasan yang ibu bapa kau tak akan syaki kau ”. Hafiz memberi cadangan.
Setelah tiada sebarang kemusykilan, Dr.Hafiz mengarahkan seorang jururawat untuk menyediakan peralatan untuk X-ray. Pemeriksaan itu dijalankan. Sementara menunggu keputusan X-ray itu siap, Hafiz menahan Razis untuk beberapa hari bagi memeriksa Razis. Razis terpaksa mencari alasan untuk memberitahu ibu bapanya tentang ketidakpulangannya. Razis terus mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor telefon rumahnya. Razis berdebar-debar untuk bercakap dengan ibunya, Razis berharap sangat yang ibunya tidak akan tahu tentang penipuannya.
“Assalamualaikum…”. Razis memberi salam.
“Waailaikummussalam… Razis ke?” Tanya ibunya.
“Ha’ah. Mak macam ni, Ajis tak dapat balik rumah dua tiga hari ni, ada hal sikit”.
“ Hal apa pula Jis?”
“Kawan Jis, dia nak suruh Jis temankan dia, Razis dah suruh dia tinggal di rumah kita, tapi dia tak nak. Dia tak nak susahkan kita”. Razis berharap agar ibunya percaya akan kata-katanya itu.
“ Emmm.. kalau dah begitu katanya, apalah yang kita nak buat. Tapi Jis tu jaga diri elok-elok ”.
“ Baiklah mak, mak pun. Terima kasih mak ”. Razis gembira dan bersyukur kerana ibunya tidak mengsyaki apa-apa perubahan terhadap dirinya. Razis gembira dan bersyukur kerana penipuannya berjaya, dia rela terima dosa daripada melihat ibunya menderita sakit apabila mengetahui keadaannya yang sebenar. Hafiz yang dari tadi menunggu masa yang sesuai untuk mengajak Razis ke bilik untuk memeriksa keadaan Razis yang selanjutnya. Sementara menunggu keputusan X-ray, Razis direhatkan di bilik khas untuk Hafiz membuat pemerhatian yang selanjutnya bagi menjamin keselamatan Razis.
“ Macam mana keadaan aku, Fiz? ”.
“ Insya Allah, kau akan selamat. Kita berdoa aje, lagipun aku tak boleh bagitahu yang selebihnya selagi kita tak terima keputusan X-ray itu ”. Terang Hafiz.
“ Kau rehatlah Zis, nanti kalau ada apa-apa kau panggil aku ”. Sambung Hafiz.
Hafiz meninggalkan Razis untuk memberi peluang kepada Razis merehatkan diri. Sejak kejadian itu, Razis tahu hidupnya tidak lama. Tapi dia tidak akan berserah begitu sahaja, banyak lagi perkara yang perlu dia uruskan.
“ Aku masih lagi berhutang dengan Zafriel, aku mesti selesaikannya dahulu ”. Monolog Razis sambil teringatkan janjinya pada dirinya sendiri yang akan menyatukan Zafreil dengan Ain.


----------------------


24
Keputusan X-ray sudah berada ditangan Dr.Hafiz, hanya menunggu masa yang sesuai untuk ditunjukkan kepada Razis. Dr. Hafiz bertekad walau apa pun yang berlaku dia harus memberitahu keputusan X-ray yang baru diterimanya. Hafiz berjalan perlahan menuju ke bilik Razis. Daun pintu dikuak perlahan, dan didapati Razis masih lagi lena. Hafiz mengundurkan diri untuk seketika tidak mahu mengganggu sahabatnya rehat. Hafiz kesian melihatkan keadaan sahabatnya, dia tidak menyangka penyakit ini akan menimpa sahabatnya yang selalu menolong orang dan selalu menceriakan apapun suasana dan disenangi ramai.
“ Zis, kenapa semua ini berlaku pada kau?” kesal Hafiz. Namun semua yang berlaku ini pasti ada hikmah sebaliknya. Setiap yang ditentukan oleh Dia pasti tersirat sesuatu yang tidak dijangka oleh kita umat yang biasa. Selepas ditinggalkan, beberapa minit kemudian, Razis tersedar. Razis merasakan dirinya kembali sihat dan tidak lagi sakit seperti sebelumnya. Razis bersyukur dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Razis cuba kuatkan diri untuk berjumpa dengan Hafiz. Pintu Hafiz diketuk.
“ Hah! Zis, kau rupanya? Kenapa? ”Tanya Hafiz yang memang dah tahu niat Razis ke biliknya.
“ Aku nak tahu pasal keputusan X-ray. ”
“ Oh, pasal tu. Apa-apa hal pun kau duduklah dulu. ”
“ Em..”. Razis menarik keluar kerusi untuk duduk.
“ Macam ni Zis, keputusan X-ray memang dah keluar, tadi aku nak beritahu kau tapi kau tidur jadi aku tak naklah ganggu kawan aku nyenyak tidurkan? ”
“ Terima kasih, aku tahu kau baik dengan aku, Fiz. Tapi kali ni, aku nak kau berterus terang dengan aku. ”Razis merayu kepada Hafiz.
“ Baiklah Zis ”.
Hafiz berterus terang kepada Razis tentang keadaan sebenar Razis. Razis tabah mendengar sambil dalam hatinya bersyukur dan berdoa supaya dia sempat untuk melakukan apa yang tertinggal selama ini. Setelah mendengar keputusan itu, Razis meminta izin untuk berehat di dalam biliknya. Hafiz yang memahami keadaan sahabatnya itu hanya mengangguk tanda memberi izin.


---------------


25
Peristiwa semalam menyebabkan Linda dan Zafriel masih saling tidak bertegur sapa. Keadaan ini menjadikan Linda serba salah. Dia tidak senang melihat keadaannya bersama Zafriel yang kelihatan seperti orang asing padahal hubungan mereka sudah 2 tahun bertahan. Linda bertekad untuk meminta maaf diatas kesalahannya yang bercakap kasar dengan Ain. Linda berharap sikap mengalahnya itu dapat mengembalikan kejernihan hubungannya dengan Zafriel.Linda berada di rumah sepanjang hari menunggu kepulangan Zafriel dari kerja supaya senang baginya untuk meminta maaf. Linda melihat jam ditangannya yang menunjukkan sudah pukul 6:00 petang. Linda bimbang kenapa Zafriel masih tidak pulang.
“Mana Zafriel ni ? kenapa tak pulang lagi ?”. rungut Linda. Linda tetap menunggu kepulangan Zafriel sehingga tertidur di atas sofa. Tidak berapa lama selepas itu, kelibat Zafriel mula kelihatan di perkarangan rumahnya. Zafriel terkejut apabila melihat sekujur tubuh yang lena dibuai mimpi.
“Linda !” bisik Zafriel.
“Kenapa dia tidur di sini?” Zafriel kebingungan.
Zafriel kasihankan keadaan Linda yang terbaring di atas sofa terus mengejutkan Linda. Linda tersedar.
“Kenapa tidur sini?”
“Lin tunggu Abang tadi”.
“Kenapa?”
“Lin nak minta maaf pasal semalam. Lin tahu Lin berkasar pada abang.”
“Tak apa, abang dah lupakan”. Dahlah pergi mandi dah bau semacam dah”. Gurau Zafriel.
Tercalit sekuntum senyuman yang tak dapat disembunyikan oleh Linda kerana sangat gembira dengan kemaafan yang diberikan oleh Zafriel.Zafriel berasa bingung dengan sikapnya yang memaafkan Linda padahal sebelum ini dia begitu marah pada Linda. Mungkin dengan mengenali Ain dia lebih bersikap pemaaf. Kehadiran Ain telah banyak mengubah cara hidup
Ain termenung,dalam benaknya tiba-tiba muncul wajah naļf milik Zafriel. Ain tersentak. Pelik sekali lagi wajah itu yang muncul. Ain cuba melarikan wajah itu dari benaknya. Namun, makin cuba untuk manghindar semakin dekat ia menghantui.
“ Kenapa??????????” .
“Kenapa dia? Lupakan dia, Ain!!!!!! Dia milik Linda. Kau tu siapa? Tak layak untuk dia.. sedar diri tu sikit.” Satu suara halus melarang Ain mengingati Zafriel. Nurul Ain bangkit dari kerusi terus menuju ke bilik air untuk mencuci muka, supaya sedar dari lamunannya. Tak sanggup dia mengenang bayangan Zafriel yang muncul secara tiba-tiba tu. Baginya bayangan itu akan membuatkan dia sedih dan tak bermaya. Selama ini dia tidak pernah berperasaan begitu. Semua ini adalah baru bagi dirinya. Terasa berat untuk ditanggung. Lebih berat dari masalah yang dia alami selama ini. Ain sedar dia harus kuat untuk menempuhi hari yang seterusnya, hari yang dia akan berhadapan dengan Zafriel. Hari- hari sedihnya. Harap-harap perasaannya itu tidak dapat di kesan oleh sesiapa pun. Biar dia sahaja yang pendam. Siap sahaja membasuh muka Ain menghampar sejadah untuk menunaikan suruhan Allah. Hanya pada Dia Ain mampu mengadu dan mententeramkan hatinya yang gelisah itu. Hanya selepas itu Ain akan berasa tenang.



26
Seperti biasa Ain akan meneruskan kerjanya sebagai pembantu rumah. Sementara Zafriel pula bersiap untuk ke tapak projek. Linda masih lagi lena dibuai mimpi.
“Ain, hari ini awak tak payah masak”. Kata Zafriel kepada Ain. Ain hanya menyahut dengan anggukan. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya seolah-olah dia bisu.
“ Saya pergi dulu”. Sambung Zafriel.
Ain masih lagi diam. Hanya menyesoroti langkah-langkah Zafriel dengan hujung jelingannya.
Ain yang tidak mahu perasaannya menguasai dirinya cepat-cepat melepasi jelingannya dengan mengarahkan pandangannya ke ruang dapur yang setia menanti kehadirannya. Hanya di ruangan itu tempat dia meluahkan segala-gala perihal yang dirasakan selama bekerja dengan Zafriel. Ruangan itulah tempat dia termenung. Tempat dia mencurahkan mutiara jernih,dan tempat dia mengukir senyuman bersama angan-angan yang dia ciptakan sendiri. Ain kembali lagi ke ruangan itu yang menyambut kehadiarannya dengan senyuman. Linda yang masih di buai mimpi tersedar apabila jam loceng berbunyi untuk keberapa kali.linda terkejut apabila melihat jam loceng menunjukkan pukul 10.00 pagi. Dia terlupa untuk menghantar Zafriel ke pejabat.
“ kenapalah dengan aku ni? Asyik lupa je? “ rungut Linda seorangan. Namun, kesalannya hanya seketika sahaja. Apabila menyedari Zafriel sudah pergi kerja Linda sambung tidur semula.

Di pejabat, Zafreil hairan kerana setelah satu jam berada di sana kelibat Razis masih tidak kelihatan.
“ Amy, nampak En. Razis tak?”
“ Tak de, En. Zafriel.”
Zafreil kecewa dengan jawapan dari setiausahanya itu. Zafriel masih menunggu kedatangan Razis untuk sama-sama pergi ke tapak projek. Setelah setengah jam menunggu, kelibat Razis muncul, terpancar senyuman terukir di bibir Zafriel.
“ Aik, macam kerang busuk je?”
“ Ye lah aku ni kerang busuk, kau tu?”
“ Aku biasa je, mamat Handsome”.
“ kenapa ni?” Tanya Razis
“ Tak ada apa-apa, aku tunggu kau je”.
“ Opss.. maaf lah. Aku lupa janji kita”.
“ kenapa dengan kau ni Zis, asyik lupa je kebelakangan ni;”
“ Aku tak ada apa-apa lah. Macam biasa je”;
“ Kau cakap kau macam biasa? Aku rasa tak. Kau dah banyak berubah kebelakangan ini”.
“ Tak adalah”. Razis terus menerus menafikan kata-kata Zafriel.
“ Jom lah kita pergi, nanti lambat pulak sampai kat sana.” Tambah Razis yang takut rahsianya terbongkar. Razis meletakkan briefcasenya, lalu meninggalkan biliknya untuk ke tapak projek bersama-sama Zafriel. Dalam kereta masing-masing membisu. Namun, Razis yang tidak selesa berkeadaan begitu membuka bicara dengan bertanyakan Zafriel tentang dia dengan Nur Ain.
“ Zaf, macam mana kau dengan Nurul Ain?”
Zafreil terkejut mendengarkan pertanyaan yang tiba-tiba keluar dari mulut Razis.
“ Hah ! aku dengan Nurul Ain? Kenapa kau tanya aku macam tu?”
“ Yelah kau kan suka dengan dia, jadi apa perkembangan terbaru kau dengan dia?”
“ Ooo.. aku dengan Ain macam biasa je, macam aku dengan kau”.
Sekarang giliran Razis pula yang terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Zafreil.
“ Apa! Kau dengan Ain …. Macam kau dengan aku! Apa ni Zaf?”
“ Yelah, macam aku dengan kau, kawan”.
“ Kau kata kau nak pikat dia, takkan dah mengalah kot.” Perli Razis.
“ Bukan aku mengalah lah, tapi aku tak tahu nak mula macam mana.”
“ Macam tu ke?”
“ Erm..”
“ Kalau macam tu, aku pun tak boleh nak tolong.” Razis memalingkan mukanya ke arah Zafriel. Sama-sama saling berpandangan. Masing-masing tersenyum. Razis terus memandu kereta milik Zafreil menuju ke tapak projek. Tiba-tiba dalam kesunyian yang mereka cipta itu, Razis mencelah.
“ Hah! Aku ada satu idea”.
“ Apa lah kau ni Zis, terkejut aku’. Kata Zafreil kepada Razis sambil tangannyz mengurut dadanya yang terkejut tadi.
“Sorry lah, aku Cuma nak bagitahu idea aku kepada kau”.
“ Idea apanya?”
“ Idea untuk kau tackle Nurul Ain lah”. Razis berterus terang. Malas dia dengan sikap Zafreil yang banyak bertanya selagi dia tak berpuas hati.
“ Betul ke, kau ada idea ni?” Tanya Zafriel tudak puas hati dengan jawapan Razis. Itulah sifat Zafreil yang tidak disukai Razis.
“ Iye lah. Kau nak dengar atau tak ni?”
“ Mestilah, ni masa depan aku ni”. Zafreil begitu gembira mendengarkan idea dari Razis. Razis hanya tersenyum, hanya itu yang dia mampu tolong Zafreil. Walaupun dia begitu terseksa. Razis seorang yang tabah. Dia akur dengan takdir hidupnya. Mungkin dia takkan menjadi milik sesiapa pun, hanya milik Dia yang abadi. Razis mengeluh perlahan mengenangkan dirinya yang menunggu sisa hidup.
“ Zis, kau kena tabah, aku tahu kau boleh buat. Kau tak boleh biarkan orang yang kau cintai jatuh pada mereka yang kau tak kenal hati budinya. Kau harus selesaikan tanggungjawab kau, balas segala budi Zafreil pada kau selama ini. Satu suara yang menyokong Razis. “Nurul Ain …. Tempatmu di sisi Zafreil.” Bisik Razis.


Lain pula dengan Ain yang masih termenung jauh. “Zafriel… adakah kehadiranmu dalam hidup aku satu kebetulan atau memang dirancang?” monolog Ain. “ jika ini satu kebetulan, ku harap ia hanya sampai di sini.. kerana aku tak sekuat Zulaikha, manakala jika itu memang dirancang, aku benar berharap agar aku dengan kau akan bersatu, biar apa pun halangan akan aku tempuhi demi cinta aku padamu Zafriel Zafwan.” Itulah tekad Ain yang ingin berjuang demi cintanya. “ Tapi.. mampukah aku? Kuatkah aku? Siapa aku untuk memiliki Zafriel? Kenapa harus dia yang aku cintai? Kenapa dia???” Bertubi-tubi persaoalan muncul dibenaknya. Namun, persoalan itu tetap menjadi persoalan. Ain tersentak dari lamunan apabila terhidu bau hangit dari dapur.
“Alamak ! ikan……” .Ain bergegas ke dapur.
Ain terkejut melihatkan ikannya yang hangit.
“ Macam mana ni? Ni lah akibat… berkhayal.. padan muka aku!” Ain memarahi dirinya.

----------------


27
Razis melangkah longlai menuju ke kebun yang tidak jauh dari rumahnya, sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke kebun itu. Dari jauh dia melihat keringat ayahnya yang masih lagi gagah walaupun makin dimamah usia. Berlainan pula dengan dirinya yang kini menghitung hari, membilang setiap jam yang berlalu mengharap satu keajaiban berlaku. Namun, sebagai insan biasa dia hanya mampu berserah setelah apa yang berlaku. Dia tidak kesal dengan apa yang menimpa dirinya, dia tidak kesal dengan penyakit yang dia tanggung sekarang, tapi apa yang dia kesalkan, dia tidak sempat berbakti kepada kedua-dua ibubapanya, dia tidak sempat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, dia juga tidak sempat untuk melihat ayah dan ibunya menunaikan haji. Namun, sebagai hamba dan anak dia tetap gembira dengan kelahirannya di dunia ini. Razis menghampiri ayahnya yang sedang berehat di bawah rimbunan pohon rambutan.
“ Aik, ayah takkan dah penat kot”. Razis berseloroh dengan ayahnya.
“ Ermm.. Jis, ayah nak rehat kejap”. Jawab Pak Mat dengan ikhlas.
“ Ayah bila agaknya rambutan ni nak berbuah?” Tanya Razis sambil matanya memandang ke atas melihat pohon rambutan.
“ Ayah rasa dalam tiga bulan lagi kot, masa tu kan dah musim buah. Nanti boleh lah kita ramai-ramai berkumpul di sini. Ajak sekali keluarga Zafriel.” Jelas Pak Mat panjang lebar.
“ Betul jugak cadangan ayah tu”. Sokong Razis.
Tapi dalam hati kecilnya berbisik. Adakah dia sempat berkumpul bersama-sama menikmati keindahan musim buah atau dia hanya memandang dengan mata hati yang berada jauh dari dunia ini. Razis merenung jauh wajah usang milik ayahnya.
“ Ayah , maafkan Razis kerana tak dapat bahagia dan membalas budi ayah selama Razis hidup hingga berjaya ke hari ini”. Kesal Razis.
Razis mengalihkan pandangannya apabila ayahnya membuka mata.
“ Eh ayah, biar Jis je yang sambung kerja ayah ni, ayah rehat lah dulu”.
“ Kau larat ke”.
Razis terkedu mendengar pertanyaan yang baru keluar dari mulut ayahnya. Tersentak memandang ayahnya.
“ Kenapa pulak?” Tanya Razis.
“ Yelah, kau kan darah muda, mana tahan buat kerja berat macam ni, tambah-tambah lagi kau tu jarang turun berkebun”.
“ Alah ayah, small matter je tu”. Razis meyakinkan ayahnya.
Pak Mat mengangguk, Razis mengambil parang yang di pegang ayahnya sebentar tadi. Razis menyambung kerja ayahnya dalam cuaca yang panas. Razis merasakan dirinya lain, kepalanay sudah mula pening, sakit. Razis gelisah macam mana nanti kalau ayahnya dapat menghidu sesuatu.
“ Ya Allah, tolonglah hambaMu ini, janganlah berlaku di hadapan ayahku.. tolonglah Ya Allah.” Razis hanya mampu berdoa sambil memicit-micit kepalanya. Nasibnya baik, doanya dikabulkan. Sakit kepalanya semakin hilang. Setelah selesai, Razis merapati ayahnya.
“ Jis, dah siap ke?”
“ Aah, ayah. Kan Jis dah kata small matter je”.
“ Yelah, Jis kan anak ayah, mestilah kuat macam ayah”.
Mereka ketawa bersama-sama. Razis merasa sungguh bahagia ketika itu, dia akan menghargai saat-saat ini. Saat-saat ini akan menjadi kenangan baginya. Kenangan terindah.
“ Jom yah, kita balik. Lagipun hari dah gelap.”
Suruh Razis sambil mulutnya rancak menyanyikan lagu ‘ hujan’ pagi yang gelap.
‘ pagi yang gelap, kini dah terang……
Aku adikmu, dikau abangku…’
Mendengarkan suara merdu Razis, Pak Mat cepat-cepat menyuruh Razis berhenti.
“ Dahlah Jis, ayah tahu suara kau tu merdu. Tapi tak payahlah kau nyanyi tak kena pada waktunya,kan dah nak masuk waktu maghrib”. Pak Mat berseloroh.
Razis ketawa mendengarkan kata-kata pujian dari ayahnya. Razis membuntuti ayahnya.
Dalam perjalanan pulang, Razis lebih banyak berdiam diri. Seperti berada dalam fantasi yang indah. Pak Mat hairan dengan perubahan mendadak Razis.
“ Aik Jis, takkan terasa dengan ayah kot?”
“ Ish.. takde lah ayah, Ajis senyap sebab nak menghormati waktu maghrib.” Sorok Razis.
Namun, dari kejuahan kedengaran sayup-sayup alunan azan maghrib. Sekali lagi Razis terselemat dari terbongkar rahsianya. Dari dalam hati, Razis menarik lafaz lega.
“ Syukur padaMu Ya Allah, ku tahu betapa besarnya ujian dariMu, namun aku juga tahu betapa besarnya rahmatMu. Dan semua itu telah kau corakkan kepada setiap umatMu, dan ini jalan untukku yang telah Kau corakkan. Aku tahu aku tak boleh merubahnya, namun aku tahu, aku boleh berusaha, berdoa dan bertawakkal. PadaMu satu-satunya tempat aku mengadu .” Rintih Razis dalam hati kecilnya. Dalam tak sedar, Razis dan Pak Mat sudah berada di perkarangan rumah sambil Mak Lijah menunggu kepulangan dua beranak itu di tangga.
“ Amboi Jis, dari mana?” Tanya Mak Lijah yang tidak perasan kepergian anaknya ke kebun.
“ Jis pergi kebun, tolong ayah. Tu yang balik dengan ayah ni”.
Mak Lijah mengangguk, dan menjemput dua beranak tu naik untuk persiapan solat maghrib berjemaah. Namun untuk sejenak Mak Lijah teringatkan Zafriel yang sudah lama tidak menjengah ke terataknya.
“ Jis dah lama juga si budak Zaf tu tak datang sini kan?” Tanya Mak Lijah.
Razis tidak mengiyakan tetapi sekadar anggukan yang membantu dia menjawab persoalan dari ibunya. Mak Lijah kehairanan melihat perubahan anaknya, yang selama ini cukup murah dengan senyuman dan lawak yang tak berapa nak bodoh.
“ Jis, kenapa ni? Mak tengok kau lain macam je?”
“ Tak ada apa-apa lah mak.” Sorok Razis.
Mak Lijah tidak berpuas hati dengan jawapan Razis, namun untuk memaksa bukanlah dirinya. Mak Lijah merenung jauh ke dalam mata indah milik Razis. Menyedari keadaan itu, Razis cepat-cepat melarikan anak matanya ke arah bertentangan. Sebaliknya, Mak Lijah menghampiri Razis yang makin jelas kegelisahannya.
“ Kenapa dengan aku ni?” Razis menyoal dirinya.
“ cover beb.. cover…” Razis cuba menyedapkan hatinya.
“ Jis, mak tak tahu apa masalah Jis, tapi mak harap Jis jangan sesekali lupa pada kat Atas. Semuanya Dia yang tentukan. Setiap masalah ada penyelesaiannya.” Kata-kata itu menyedarkan Razis.
“ Mak maafkan Jis mak, Ajis bukan nak rahsiakan dari mak.. tapi Ajis risau dan sayang kan mak, Ajis tak sanggup tengok mak sedih.” Kata-kata yang sepatutnya terluah kepada ibunya, tetapi hanya berlegar-legar di ruang paling dalam, hanya hati yang berbisik.
Dalam bilik yang memang disediakan untuk berjemaah, kelihatan wajah-wajah yang makin dimamah usia bersama anak lelakinya yang satu-satunya berada di rumah itu.
“ Hari ni, ayah nak Ajis yang jadi imam, boleh?”
Razis mengangguk. Suara Razis sayup-sayup kedengaran pada pendengaran ayah dan ibunya. Khusyuk sungguh Razis menjadi imam. Doa yang dibaca Razis diiringi linangan airmata seorang lelaki yang jarang dititiskan. Linangan itu makin laju selaju air sungai yang deras membawa arusnya. Linangan yang keluar itu, bukan dipinta Razis bahkan dia tidak tahu kenapa linangan itu berbakti untuknya. Pak Mat dan Mak Lijah tidak perasan bahawa anaknya sedang bergolak dengan airmata. Setelah mengaminkan doa, Razis cepat-cepat mengesat lebihan airmatanya. Hal ini takut diketatui oleh ibu bapanya. Razis bersalam dengan ibu dan ayahnya sambil memeluk erat tubuh uzur milik orang yang dia sayang. Lama sekali Razis memeluk seperti tidak mahu lagi dirungkai. Biarlah dia memeluk tubuh uzur itu untuk selama-lamanya. Jangan ada sesiapa yang cuba memisahkan mereka. Harapan itulah yang membuatkan Razis masih kuat bertahan. Walaupun, tempohnya makin hari makin memanggil. Sudah tidak sabar dia menunggu tubuh muda Razis.

-----------------

** ada juga boleh terus berhubung dan memberi komen kepada penulis novel bersiri "kenangan lalu" melalui email : hay86_animax@yahoo.com
posted by Tanpa Nama @ 12:14 PTG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group