Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sedang Elyana asyik dengan bacaannya, tiba-tiba dia merasa gegaran dari beg tangannya. Segera dia menandakan halaman buku yang dibaca dan menyelok ke dalam beg tangan untuk mencapai telefon bimbit. Ada mesej yang masuk dari nombor yang asing baginya.
Sudahlah Zila... U jgn cuba nak rayu2 I lagi..
Elyana mengerut dahinya. Namun segera dia mengagak mungkin mesej yang tersasar. Pantas jarinya membalas mesej tersebut. Tidak baik kalau dibiarkan mesej yang mungkin penting disampaikan pada orang yang dimaksudkan.
Maaf.. Sila check no yg awk hantar. Saya bukan Zila.
Elyana menyambung bacaannya. Perjalanan dari tempat kerja ke rumahnya yang memakan masa selama dua puluh-lima minit selalu diisikan dengan membaca. Itu lebih berfaedah baginya. Walaupun dia tahu membaca dalam keadaaan kenderaan yang bergerak tidak baik untuk kesihatan mata.
Ada mesej masuk lagi. Elyana membacanya.
Ops! Maaf.. U mungkin shocked tadi. Tapi ur no hampir sama dgn no my friend. Beza 1 no je.
It's ok.
Elyana membalas dan terus menyimpan kembali telefon bimbitnya. Ingin segera sambung membaca. Tetapi belum sempat mencari baris ayat, telefon bimbitnya mengalunkan lagu Kasihnya Laila dari kumpulan Jibara.
Penumpang yang duduk di sebelah Elyana mengesotkan sedikit kedudukannya. Mungkin memberi amaran bunyi itu mengganggu ketenteramannya sedari tadi. Elyana cepat-cepat memicit butang answer. Sempat juga dia melihat nama yang tertera. Adam....
**** JAM berdetik menandakan sudah pukul sepuluh malam. Elyana belum sudah-sudah dengan tugas hariannya. Pulang kerja sahaja dia ke dapur menyiapkan makan malam untuk keluarga. Kemudian menyiapkan apa yang perlu untuk keesokan harinya.
Ketika dia sedang menggosok uniform kerja, telefon bimbitnya berbunyi mesej silent. Siapa pula yang mesej malam-malam. Namun dicapai juga telefon. Elyana perasan ada jelingan dari Adam yang sedang membaca di sudut katil.
Hai.. maaf mengganggu. U dah tidur?
Mesej dari orang yang salah nombor siang tadi. Kenapa dia mesej lagi? Tetapi Elyana membalas juga.
Awk salah no lagi ke?
Dan cepat pula dia terima mesej balasan.
Taklah.. kali ni betul untuk U. Emm.. can I ask U something?
Silakan..
Tetapi mesej itu berakhir begitu sahaja. Lama Elyana menanti namun tiada bunyi mesej lagi. Akhirnya dia melupakannya sahaja.
Hampir sahaja Elyana melupakan kisah pengirim mesej itu, bila tiba-tiba dia menerimanya lagi selang tiga hari kemudian.
I betul2 tgh bingit. I perlukan seseorg utk dgr masaalah I. So I tak stress sgt. Tak kisahlah siapa dan apapun status U. Tunang org ke isteri org ke, I tak nak ambil tahu. I cuma ingin U jadi teman bicara I. Bolehkan?
Berkerut dahi Elyana bila membaca mesej tersebut. Bila part status, Elyana tersenyum. Sememangnya pun...
Pada mulanya Elyana mahu membiarkan sahaja. Tetapi memandangkan dia sendiri pernah merasa bagaimana dahulu dia perlukan seseorang untuk tempat meluahkan rasa, tidak salah rasanya dia membantu orang itu walau sekadar mendengar. Bukankah memang itu yang dilakukan secara sukarela, menasihati mereka yang memerlukan khidmatnya. Di ruang siber khususnya dan di tempat kerja pada amnya.
Musim haji tahun lalu, Elyana mempertemukan dua sahabatnya yang bermasam muka sekian lama hanya kerana sedikit perselisihan faham. Kebetulan salah seorang dari mereka mahu menunaikan haji. Lalu inilah peluang Elyana untuk meleraikan kusut di hati mereka. Biar saling bermaafan agar kosong hati yang pergi dari dendam. Juga lengang hati yang tinggal dari dengki. Alhamdulillah.. Elyana berjaya.
Selanjutnya Elyana belajar mengenali, menyelami dan memahami naluri seorang yang pernah kecewa seperti Sulaimi, kawan barunya itu. Sulaimi menceritakan kisah dirinya yang pernah dua kali kecewa dalam percintaan. Kedua-duanya angkara orang ketiga.
Kalau yg 1st I kenal di tempat kerja.. kenal sendirilah maknanya.. tapi gagal. Yg 2nd mak I yg kenalkan.. pun gagal juga.. kali ni tak tau nak kenal dgn cara bagaimana baru kekal.. hehe..
Begitulah keluhan mesej Sulaimi pada Elyana. Dan antara lain nasihat Elyana ialah..
Kita harus redha apapun yg dah ditetapkan utk kita. Bukan semua cinta itu bersatu. Sekurang2nya Mi masih punya cara utk buat pilihan sendiri. Masih punya kebebasan utk memilih yg Mi cintai. Tau tak.. ada juga yg bersatu tanpa cinta. Langsung tak ada pilihan. Lagi kesian kan?
Itulah nasihat paling berkesan yang dapat Sulaimi jadikan landasan.
Dalam seminggu mereka berSMS, segala-galanya diceritakan pada Elyana seolah-olah Elyana adalah kenalan lamanya. Daripada berSMS sampailah perbualan menerusi telefon. Sulaimi senang bercerita pada teman barunya kerana Elyana lebih banyak mendengar dari menyampuk. Hanya sesekali bila dia minta pendapat, Elyana akan bersuara dan memberi pandangan yang bernas. Sehinggalah Sulaimi merasakan keserasian semenjak mereka berkawan.
Sehinggalah pada akhirnya Elyana sendiri merasakan perubahan pada perhubungan mereka. Setiap kali SMS atau pun perbualan di telefon pasti diselit dengan kata-kata gurauan. Saling usik mengusik. Tidak lagi terjerumus dengan cerita-cerita serius tentang kekecewaan. Elyana gagal menyedarkan dirinya sehinggalah...
**** "Terima kasih kerana menjadi pendengar setia, El. I dah dapat lupakan semuanya. I'm happy now." Kata Sulaimi ketika menghubungi Elyana di satu pagi.
"Hmm.. maknanya tugas El dah selesailah ye?"
"Huh! Apa maksud El?"
Elyana tidak menjawap. Tujuan awalnya sekadar mengusik, tetapi usikan itu malah mengusik hati wanitanya sendiri. Namun Sulaimi tidak bodoh. Dia dapat menangkap maksud sebenar pertanyaan Elyana. Lebih-lebih lagi bila pertanyaannya tiada jawapan.
"Yap.. memang dah selesai. Jadi bila boleh sambung tugas baru?" Duga Sulaimi.
"Tugas apa lagi ni Mi?"
"Macam tak suka je."
"Mana ada.."
"Keluhannya tu menunjukkan rasa."
"Ada ke keluhan berakhir dengan tanda soal?" Elyana cuba menutup kegugupan sendiri. "Tanya je bukan makna El mengeluh." Sambungnya lagi.
"Mi nak kenali diri El sepenuhnya. Selama ni belum sempat Mi tanya apa-apa. Siapa sebenarnya gadis yang jadi teman Mi selama ni? Tak salahkan kalau kita jadi makin akrab?" Jelas Sulaimi perlahan sahaja. Tetapi cukup jelas kedengarannya.
Pengalaman mendewasakan Elyana. Dia cukup faham akan maksud Sulaimi. Satu perkara yang ingin dihindar sedari awal. Tetapi mengapa? Bukankah dia senang berkawan dengan Sulaimi. Minat mereka sealiran. Gaya mereka senada. Lalu apa yang perlu dihindar? Mungkin kerana mereka sefahaman itu yang buat Elyana takut untuk dikenali. Takut jika hilang teman bicara yang seperti Sulaimi.
Semenjak Sulaimi menyatakan hasratnya, Elyana jadi takut untuk teruskan hubungan. Sudah berapa kali Sulaimi cuba menghubunginya sengaja tidak disambut. Mesej-mesej Sulaimi juga hanya sesekali sahaja yang dibalas. Itupun tidak pernah lagi berkesinambungan. Mesejnya berhenti begitu sahaja. Bila ditanya alasannya pasti sibuk.
Jgnlah buat Mi mcm ni, El. Kalau Mi salah.. maafkanlah.. Berterus trglah apa puncanya El berubah. Kan Mi dah kata, Mi tak kisah siapa pun El, Mi tetap nak kenal dgn El.
Elyana membaca berulang kali mesej terkini Sulaimi. Betul kah Sulaimi dapat terima dia sebagai kawan setelah dia memberitahu hal dia yang sebenar? Memang pun Elyana ingin berterus terang sedari awal. Namun tidak pernah diberi kesempatan. Sulaimi tidak pernah mahu mengenalinya lebih dahulu. Kini setelah dia sendiri hampir lalai dengan perhubungan yang kian akrab, mampukah Elyana berterus terang? Soalnya Elyana sudah dapat mencium tujuan Sulaimi selanjutnya dari perkenalan mereka.
"El harap Mi dapat pengganti yang lebih baik dari yang sudah-sudah. Itu doa El."
Berani juga Elyana menghubungi Sulaimi pada satu malam. Itupun setelah keluarganya masuk tidur. Berhari dia memikirkan, berterus terang adalah jalan keluar. Bukan main gembira Sulaimi menyambut panggilan itu.
"Terima kasih untuk doanya. Tapi Mi rasa Mi dah jumpa pun. Sudi tak El.."
Klikk!!
Belum habis bicara Sulaimi, Elyana terdengar bunyi pintu biliknya dibuka.
"Ibu..."
Panggilan itu cukup jelas didengar oleh Sulaimi.
**** Walaupun sudah jauh kawasan Masjid Darul Aman ditinggalkan, namun ceramah dari Ustazah Habsah Senin masih lagi terngiang-ngiang di telinga Elyana.
"Maksiat lidah yang ke enam ialah menyucikan diri. Menyucikan diri ialah mengaku diri baik.. mengaku diri sempurna.. mengaku diri bagus dan bersih.. Allah melarang kepada hambanya membuat pengakuan atas diri sendiri dengan kebaikan kerana dalam perkara baik atau jahatnya si hamba adalah masih sulit untuk ditentukan. Semuanya adalah dalam pengetahuan Allah Subhanahu wa Taala..."
'Subahanallah..' Bisik hati Elyana. Dia terkenang pada beberapa pujian yang dilemparkan oleh teman-teman chatternya. Mereka yang tidak mengenali kehidupan sebenarnya. Mereka semua memuji kelebihan Elyana dalam menghuraikan perihal kawan-kawannya yang bermasaalah.
Walhal tidak seorang pun yang tahu kalau semua kebaikan yang Elyana lakukan itu sekadar menutup kekurangannya. Segala kata-kata nasihat yang lahir dari bibir, selebihnya ditujukan buat diri sendiri. Elyana tidak seperti mereka-mereka yang mencari orang ketiga untuk meluahkan rasa hati, walau hakikatnya dia memang memerlukan. Dia mencari kelegaan dengan cara tersendiri.
Apakah dengan kepuasan itu Elyana tergolong dari orang-orang yang sudah melakukan maksiat lidah? Menerima pujian orang dengan kebaikan-kebaikan yang ditonjolnya. Tetapi mereka yang memuji Elyana baik, sempurna bagus dan bersih hati. Bukan Elyana yang mengaku. Elyana sekadar tersenyum sendiri bila dirinya dipuji. Lalu mengapa dia begitu terkesan dengan khutbah ustazah tadi?
Baru-baru ini dia jadi peneman luahan rasa Sulaimi. Memikirkan Sulaimi.. ahh!! Merajuk benarkah lelaki itu. Belum sempat Elyana berterus terang, Sulaimi sudah membuat tafsiran sendiri. Langsung tidak memberinya peluang membela diri. Elyana juga punya perasaan yang begitu halus. Dan perasaan itulah yang telah terguris dengan kata-kata akhir dari Sulaimi ketika pemuda itu menghubunginya seminggu semenjak kejadian malam itu...
**** "Mi betul tak sangka selama ini Mi berhubungan dengan isteri orang..! Padahal itulah yang ingin Mi hindari! Mi tak suka jadi angkara putusnya silaturahim. Sama.. herk! sama macam orang-orang tu yang memutuskan hubungan Mi.. herk! dengan kedua-dua ex-girl friend Mi...! Mi benci mereka! Dan kini Mi benci diri Mi kalau sampai jadi macam tu pada rumah tangga El..."
Panjang sekali bebelan Sulaimi. Entahkan marah atau apa. Tapi nadanya begitu tegas dan kuat seakan menjerit dengan berlatar belakangkan suasana riuh juga. Di mana Sulaimi saat itu? Elyana hanya mampu jadi pendengar.
"Tapi Mi tak salah.. Jangan salahkan Mi kalau betul itu terjadi. El yang salah..! El yang tak berterus terang.. herk!"
"Mi.., Mi di mana sekarang ni? Kenapa suara Mi lain je?"
"Herk! Jangan tanya tentang Mi lagi.. Hey! Siapa El yang nak ambil tahu!? Herk..! Sebab El lah Mi jadi macam ni.. Sebab El lah Mi cari ketenangan sendiri..! Kenapalah nasib Mi macam ni.. semua yang Mi sayang tak mampu Mi miliki.. herk!"
"Mi mabuk ke?" Elyana sudah mahu menangis. Bukan kerana Sulaimi jadi macam itu. Tetapi kerana Sulaimi kata dialah penyebabnya.
"Ye! Ye.. Mi mabuk.. herk! Eh tak.. bukan mabuk air.. Mi cuma minum sikit je.. herk! Tapi Mi boleh betul-betul mabuk kalau semua perempuan macam El..! Dah ada laki tapi masih layan lelaki lain..! Mi ni tak ubah seperti berhakim kepada beruk!!"
Aduhai.. pedas sungguh kata-kata itu. Jika selalu Elyana mendapat pujian bila berjaya melegakan hati kawannya, kali ini dia seakan mendapat satu hinaan. Bukan sahaja dari kata-kata tetapi juga dari perbuatan. Sulaimi sanggup memilih jalan begitu kerana menyangka Elyana menipunya. Elyana tidak mampu menahan airmatanya yang kian deras mengalir. Sulaimi memang benar-benar sedang mabuk. Apa kudratnya untuk membela diri dalam keadaaan Sulaimi begitu? Bercakap dengan orang yang sedang mabuk adalah seperti mencurah garam ke laut. Sia-sia sahaja.
Elyana menghantar SMS kepada Sulaimi beberapa hari kemudian setelah hatinya sudah tenang. Dia tidak mengharapkan balasan. Asal mesejnya dibaca sudah mencukupi.
Assalamualaikum.. Maafkan El kalau pengenalan kita memporak perandakan lagi kehidupan Mi. El memang silap tak berterus terang dari awal. Tapi El tak dpt terima kalau Mi kata El puncanya. Siapa ye yang muncul dulu? Siapa yg cari siapa? Siapa yg tak pernah kisah apapun status El? Tapi.. yg sudah tu sudah. Dijelaskan mcmmana pun nanti takkan dpt menarik kembali prasangka buruk Mi terhadap El. El redha.. Moga kebahgiaan akan hadir dlm hidup Mi.. Take care..
Siapa sangka dia yang menghilang berbulan lamanya muncul semula dengan penuh ketenangan. Tenang dari nada suaranya. Mungkin setelah dia menyelami isi mesej yang Elyana hantar. Atau setelah hatinya terpujuk. Katanya..
"Lupakan saja apa yang dah berlaku. Usah dicerita lagi. Apa yang Mi nak tahu ialah masa sekarang ini. Jawap dengan jujur. Apakah rumah tangga El bahgia?"
Elyana mencari makna yang terselindung dalam soalan itu. Dia perlu memikir jauh untuk sebuah jawapan. Kerana jawapannya adalah kehidupan masa depannya. Setelah menilai setiap inci perkenalannya bersama Sulaimi, dia tidak menemui keikhlasan dalam diri Sulaimi. Selalu berkata tidak kisah dan nanti itulah yang diungkit kemudiannya. Padahal walau apapun jua bentuk perhubungan mereka, Elyana ingin sekali menjelaskan kedudukannya. Dan yang memeritkan sekali, Elyana belum dapat melupakan hinaan yang Sulaimi lemparkan kepadanya. Biarlah Sulaimi dengan tafsirannya sendiri. Lama berfikir akhirnya Elyana menjawap..
"Ya.. El bahgia sekali.."
Noktah. Sulaimi tidak mengganggu lagi.
**** 'Abang.. walaupun sampai saat ini hati kita tak pernah bersatu seperti mana bersatunya hubungan kita sebagai suami isteri, namun saya bahgia dengan adanya Adam di antara kita. Kehadiran Adam lah yang mengekalkan ikatan kita. Kerana Adam menjadi tanggung jawap saya. Terima kasih kerana meninggalkan Adam dalam kehidupan saya. Terima kasih kerana pernah menerima saya sebagai suri walaupun saya bukan pilihan abang..'
Kenangan menjelma di ingatan.. Seminggu sebelum Aidiladha..
"Ini malam pertama yang tak pernah abang impikan. Biarlah hanya tanggung jawap kita sebagai suami isteri yang menutup mulut mereka. Sebaliknya.. abang adalah abang yang tak akan pernah mencintai wanita lain selain Sofi.. tidak juga Elyana walau kita sepupu rapat sejak kecil. Anggaplah ini pengorbanan kita bersama untuk kebahagiaan keluarga.."
'Pengorbanan..? Saya seorang yang jadi korban.. Bukan kita bersama. Abang memenuhi niat abang setelah nenek yang jadi penentu jodoh kita, meninggal. Abang berkahwin dengan kak Sofi juga akhirnya tanpa menceraikan saya. Abang beri saya madu. Walau saya juga tidak pernah ada perasaan apa-apa pada abang, tapi pahit juga rasanya madu itu. Kerana dengan ikatan perkahwinan, saya tak punya peluang untuk merasakan cinta sebenar. Bersatu tanpa cinta.. itulah kita. Namun siapalah saya untuk memisahkan cinta luhur abang dengan kak Sofi. Apalagi setelah saya tahu abang berpenyakit. Berkorban perasaan lagi saya ketika menanda tangani borang berpoligami.'
"Ibu.. bila kita nak balik? Adam nak makan daging korban yang ibu masak tu."
Suara Adam yang berusia lapan tahun mematikan kenangan Elyana. Dia tersenyum dan membelai rambut Adam.
"Mari kita sama-sama bacakan Fateha lagi untuk ayah. Kemudian baru kita balik." Elyana mengarah.
Ketika Adam memejamkan mata sambil menadah tangan. Elyana menyentuh tanah di kuburan suaminya.
'Walau dah bertahun saya bebas.. namun belum ada cinta yang sesuai untuk disemai. Saya takut kalau tersalah pilih. Amanat abang supaya saya carikan ayah yang baik buat Adam begitu berat untuk saya tanggung. Namun InsyaAllah saya cuba.. mungkin saya perlu berkorban lagi..'
Seketika kemudian Elyana dan Adam melangkah meninggalkan kawasan perkuburan. Seiring dengan alunan takbir yang berkumandang di pondok kubur yang berdekatan.
TAMAT
Peribahasa: Mencurah garam ke laut Makna: Membuat pekerjaan yang sia-sia
Peribahasa: Berhakim kepada beruk Makna: Meminta pendapat dari orang yang tamak, akan merugikan kedua-dua pihak
p/s Salam buat teman pembaca semua. Terima kasih kepada yang membaca semua karya-karya saya. Semoga terhibur dengan cerpen saya yang ke 4. Komen anda adalah semangat saya.
Cerpen yang terdahulu: Dia Rupanya Zulaikah Isteri Yang Bijak Padah Sebuah perbandingan
Bila saja cerpen ini dah disiarkan, saya juga membacanya kembali. Saya sendiri yg karang saya sendiri kurang faham pada awalnya. Macam ada yg kurang. Rupanya dialog berSMS yg saya type tak ada keluar tanda baca '>' dan tanda baca '<' bagi pembukaan dan penutup dialog berSMS. Saya pun tak tahu kenapa tak terkeluar pula di sini padahal memang saya letak tanda2 yg berbeza supaya senang pembaca membezakan yg mana jalan cerita, yg mana dialog berSMS, yg mana dialog di telefon dan yg mana dialog dalam hati.
Bagaimanapun jika pembaca lihat ada perkataan2 yg ejaannya tidak lengkap, itulah dialog berSMS.
Apapun saya terima dgn hati terbuka apa jua keritikan teman pembaca. Komen anda adalah semangat saya.
pat mana yg korang x fhm tu korang tanyalah.. aku yg baca aku fhm... tu pun 2x baca... kalau ada tanda2 yg mcm putri lily ckp tu,mungki aku lebih fhm.. btw teruskan berkarya..
ehh sy sgt faham dgn citer ni.. tp mula2 sy sangka n meneka ADAM tu husband Elyana.. rupenye anak die kirer best la gak cite ni... 3 bintang,.... boleh kan????
::honestly sy sebenarnya tak suka perkenalan drpd blind call or konon2 silap nombo... ouhhhh mimang sgt2 dijauhi!!
saya amat faham.. walaupun dalam bentuk SMS... jalan cerita yang menarik, sesuai dgn tajuk dan ada sedikit kejutan dengan watak adam... ingatkan adam tu husb rupanya anak... congrats!
cita ni tentang blind call... kekadang rs cm el 2 bodoh tp kekadang rs cm ok plak.... pa2 pn sy blh paham cita ni... permulaan yg baik tp kurang klimax...ending mcm tangkap muat... kurang menyengat la...tp masih blh di baiki....ok
Terima kasih pada semua komen2 yg diberi.. semua komen yg positif dan negatif akan jadi pendorong untuk karya saya selanjutnya.
pada Nurmalisha.. saya suka pada sesuatu yg berbeza dari jangkaan pembaca. Kalau endingnya happy je nanti dah sama dgn cita rasa pengkarya lain. Takda keunikannya kan? :)
ish tak sngka plak ada komen ditujukn khas kpd sy..huhu..im so sory kalo putri lily or other reader x puas ati ngan komen sy..juz to tell wat i think bout ur cerpn..actly sy x suka cte yg terlalu meleret n berbunga..kalo bleh make it simple n easy to b understood..i know sum like dat kind of writing but i dun like it..watevr happen, plz dun bother wat i say coz u should take it as a whole,not only from 1 comment..
Tahniah kerana menulis. Setiap cerpen ada kekuatannya. Bagi saya, sebuah karya yang baik biasanya ialah sebuah karya yang dapat mencerna pemikiran kita. Memang selalu saya baca komen pembaca yang tak suka penggunaan bahasa yang baik dalam cerpen yang dipaparkan dalam ruangan ini. Tapi,kalau asyik nak simple n easy aje, bagaimana nak memartabatkan bahasa kita?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm..apsal pening smacam jek bce cte ni..soryla..ur cerpen kalini x bper best..ayat berbunga sgt smpi tak paham..nway nice try..ur previous cerpen better than dis one..sory yer kalo terasa..