BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Disember 12, 2008
Cerpen : Kemarau cinta
Nama Pena : missao

Asyura melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu.Alat kawalan jauh televisyen dicapai lalu butang berwarna merah ditekan.Bila televisyen berfungsi,dia menukar siaran.Terus menukar dan akhirnya ditutup kembali televisyen tersebut.
Sekitar ruang tamu itu diperhatikan.Seketika dia mengeluh pendek.Kebosanan tiba-tiba melanda dirinya.Kemudian dia mengerling pada jam di dinding.Sudah jam enam petang.Seketika fikirannya menjengah memikirkan Fahmi,lelaki yang hampir tiga tahun menjadi suaminya.Masih belum pulang dari pejabat.
"Err…Mak Mah!"panggil Asyura sebaik sahaja terlihatkan pembantu rumahnya yang
telah melewati usia separuh abad itu.Wanita itu menoleh dan langkahnya terhenti.Asyura mengukir senyuman.
"Mak Mah…mari sini."
Seketika wanita itu melangkah ke arahnya.
"Mak Mah dari mana tadi?"soal Asyura lalu membetulkan duduknya.
"Dari halaman Cik Puan.Ada apa Cik Puan panggil Mak Mah?"tanya Mak Mah sopan.Asura tersenyum simpul.
"Mak Mah,kalau temankan Ara berbual boleh tak?Ara bosanlah.Mak Mah temankan Ara,boleh kan?"
Asyura mengerdipkan matanya berkali-kali.Memancing simpati pembantu rumah yang telah dianggap seperti ibu kandung sendiri sementelah dirinya sendiri dibesarkan di rumah anak yatim semenjak kecil.
Dengan senang hati,wanita itu melabuhkan punggung di hadapan majikannya.
"Mak Mah,dari mula Ara pijak rumah ni tiga tahun lepas,Mak Mah asyik panggil Ara Cik Puan aje.Panggil Ara dahlah.Lagipun Ara ni bukannya siapa-siapa sebelum kahwin dengan Fahmi.Orang biasa je."
"Err…tapi Cik Puan…"
Asyura tersenyum melihat pekerjanya yang nampak serba-salah dengan permintaannya itu.
"Kenapa?Mak Mah takut Fahmi marah ke?Alah…dia tu.Tak de apelah,Mak Mah tak payahlah takut.Kalau dia tegur,cakap je Ara yang suruh,"balas Asyura selamba.
"Baiklah,Cik…er..Ara.Baiklah Ara…"
Tersengih Mak Mah apabila menyedari dia tersasul memanggil Asyura.Asyura tersenyum lebar.
"Mak Mah,rumah ni tak ada seri,kan?"
Pertanyaan yang ganjil pada pendengaran itu membuatkan Mak Mah mengerutkan dahi kehairanan. Memandang majikannya yang nampak muram.
"Kenapa pulak Ara cakap macam tu?Rumah besar dan cantik ni tak ada seri?"
Asyura mengangguk.Kemudian terdengar dia mengeluh.
"Ara tak tahulah pada siapa nak luah,Mak Mah.Rumah ni…kalau ada suara budak-budak,kan berseri?Seronok,meriah je.Tapi tengoklah macam sekarang,sunyi je,"kata Asyura perlahan.Sayu.Mak Mah yang mendengar tersenyum.
"Kalau macam tu,Ara dengan Tuan Fahmi kenalah dapat anak cepat-cepat.Biar rumah ni ada seri,meriah.Mak Mah pun seronok nanti."
Kata-kata yang ikhlas lahir daripada pembantu rumahnya hanya membuatkan Asyura terluka.Bila mendengar nama suaminya,betambah terluka hatinya.Hampir-hampir sahaja air matanya menitik.
"Itulah yang saya nak.Tapi…Fahmi tak suka.Dia tak mahu."
Mak Mah yang mendengar kehairanan.Wajah sedih Asyura ditatap.
"Kenapa pula,Ara?"
Asyura menarik nafas lalu dilepaskan perlahan-lahan.Bahunya diangkat.
"Tak tahulah,Mak Mah.Ara sendiri tak faham dengan dia.Dulu lagi dia dah ingatkan Ara dia tak mahu zuriat.Katanya menyusahkan.Entahlah…"
Asyura bersuara hiba.Mak Mah yang mendengar terkejut pada mulanya namun sebaik sahaja terpandangkan wajah majikannya yang suram,hati tuanya turut berduka.
"Ara,kan perkahwinan tu untuk menambahkan umta Muhammad atas muka bumi ni,nak?Ara tak cuba pujuk Tuan Fahmi ke?"
Kata-kata Mak Mah itu memang tidak disangkal Asyura.Benar,perkahwinan untuk menambahkan lagi umat Muhammad s.a.w.Setahunya,setiap pasangan yang berkahwin inginkan anak buat penyeri rumahtangga.Lain pula suaminya.
"Puas dah,Mak Mah.Balik-balik,saya yang kena marah nanti.Tak tahulah macam mana nak buatkan dia berubah,"luah Asyura kecewa.Wajahnya mendung.
"Ara sabarlah,nak.Esok lusa,ada juga nanti keinginannya nak tengok zuriat sendiri.Insya-ALLAH."
Tapi perbualan mereka terhenti apabila terdengar enjin kereta yang menjalar masuk ke halaman rumah.Asyura memanjangkan lehernya,menjenguk ke halaman.Ternampak tubuh Fahmi yang sedang melangkah keluar dari BMW X5 yang baru selesai diparkir.
"Fahmi dah balik,Mak Mah.Mak Mah pergi dapur dulu ya,tolong siapkan hidangan."
Mak Mah menurut.Selepas pembantu rumahnya berlalu,Asyura bangun.Dia melangkah ke muka pintu,ingin menyambut kepulangan suaminya.Walaupun tiada hati untuk tersenyum,namun dipaksa juga bibirnya.
"Hai sayang!"sapa Fahmi ceria.Wajahnya keletihan,namun bibirnya tetap tidak lokek mengukir senyuman buat isteri tercinta.Dia segera melangkah mendapatkan Asyura di muka pintu.Mencium hangat dahi isterinya sebelum Asyura membalas dengan mencium tangan kanannya.
Beg bimbit Fahmi beralih tangan.Asyura menanti seketika suaminya membuka kasut sebelum mereka beriringan ke kamar mereka.
Bila di dalam bilik,Asyura hanya menyangkut semula kot hitam yang dihulurkan suaminya.Kemudian meletakkan beg bimbit Fahmi di atas sofa di dalam kamar maha luas itu.Bila suaminya menghilang di balik pintu bilik air,Asyura duduk di birai katil.Menanti Fahmi sehingga lelaki itu selesai mandi.Kemudian menanti lelaki itu selesai menunaikan solat Asar.
"Aik,Ara?Senyap je dari tadi?Tak sihat ke?"tanya Fahmi.Tangannya terus meraba dahi si isteri.Asyura segera menggeleng dan tersenyum tawar.Tangannya menolak tangan Fahmi yang baru menyentuh dahinya.
"Tak adalah,Ara okey je.Penat kot."
"Penat?Ara buat apa hari ni?Kemas rumah ke?"
Asyura mengeluh pendek.Perlahan sahaja.Tersilap alasan.
"Tak.Tak adalah.Semua tu Mak Mah yang buat.Ara tolong sikit-sikit je."
Fahmi menggeleng.Kemudian lelaki itu tersenyum,menyerlahkan ketampanannya.
"Kenapa sayang buat semua tu?Mak Mah tukan Fahmi gajikan untuk buat semua tu.Ara tak payahlah susah-susah.Kalau sakit nanti,siapa susah?"
Asyura hendak tergelak.Mustahil dengan mengemas rumah sahaja boleh jatuh sakit.Fahmi…Fahmi…
"Yelah,yelah.Jom Fahmi,kita turun makan.Fahmi mesti lapar,kan?Ara temankan jom."
Lengan Fahmi ditarik lembut.Mengisyaratkan lelaki itu agar mengikut langkahnya.

Malam yang dingin.Asyura sudah menyelimuti tubuhnya dengan comforter berwarna jingga itu.Penghawa dingin yang terpasang membuatkan dia kesejukan.Kamarnya masih terang-benderang.
"Fahmi…tak mengantuk ke?"tanya Asyura dari atas katil.Fahmi yang sedang menonton televisyen menoleh sekilas.
"Belum.Kejap lagi Fahmi tidurlah,Ara tidurlah dulu.Habis cerita ni,Fahmi masuk tidur,okey?"
Asyura tidak membalas.Cuma berharap agar siaran yang sedang ditonton suaminya itu cepat habis.Dia ingin memujuk lelaki itu agar mengubah pendirian.Dia sudah terlalu sepi.
Lama menanti.Bila Asyura ingin melelapkan mata,barulah terasa lampu kamarnya dipadamkan.Suara daripada peti televisyen juga tidak kedengaran.Kemudian terasa tangan kasar suaminya mengusap lembut ubun-ubunnya.
Asyura berkalih.Cahaya daripada lampu jalan yang menerjah ke dalam bilik mereka sedikit-sebanyak membantu penglihatannya di dalam bilik yang sudah dipadam kesemua lampu itu.
"Fahmi…"panggil Asyura perlahan.
"La?Ara belum tidur lagi ke?"
Asyura diam.Kemudian dia bangkit dari baringan.Duduk menghadap suaminya.
"Fahmi,Ara ada benda nak cakap ni.Tapi Fahmi jangan marah,ya?"
Fahmi yang mendengar berasa hairan.Namun telinganya menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh si isteri.
"Cakaplah,"ujar Fahmi lembut.
Asyura menarik nafas.Dia tahu,mungkin apa yang ingin dia bicarakan sebentar nanti,mengundang marah Fahmi.Namun…dia tidak akan berdiam diri sahaja.
"Fahmi,Ara rasa sunyi sangat sejak kebelakangan ni,"luah Asyura perlahan.
"Kalau macam tu,keluarlah pergi jalan-jalan ke.Pergi bersiar-siar.Hmm?"
"Bukan sunyi tu…tapi hati ni rasa kosong.Rumah kita ni,tak ada seri tahu tak?Sunyi je.Kalau Fahmi tak de,lagilah terasa sunyinya."
Asyura berkata perlahan.Berharap moga simpati suaminya ada.
"Kenapa ni?Ara nak cakap apa ni?Cuba terus-terang…"
Masih lembut bicara Fahmi.
"Fahmi tak rasa ke,kan hilang sunyi rumah kita ni kalau ada budak-budak?"
Perlahan-lahan kata-kata itu diucapkan.Namun Fahmi terus berubah riak.
"Ara,kalau nak cakap pasal anak,sorry!Fahmi tak nak dengar!"kata Fahmi tegas.Asyura mengeluh.Bila suaminya ingin berlalu,cepat-cepat lengan lelaki itu dicapai dan dipegang kemas.
"Fahmi…please.Janganlah macam ni,sampai bila Fahmi?Ara dah 28 tahun depan.Fahmi tak kesian pada Ara ke?"
Fahmi mendengus.
"Ara tak faham ke?Fahmi tak nak,Fahmi tak suka!Budak-budak menyusahkan tahu tak?"
Bagai halilintar yang membelah bumi,suara Fahmi pula menerbangkan semangat Asyura yang tinggal sisa.
"Fahmi…"
Asyura cuba memujuk.
"Cukup!"pintas Fahmi.Asyura terdiam.Lama kemudian,air matanya menitis pula.
"Anak-anak tukan penyeri rumahtangga.Tak lengkap bahagia kita kalau tak ade mereka."
Asyura masih tidak mengalah.
"Tak lengkap apa pulak?Ara…tell me.Tak cukup ke harta yang Fahmi bagi ni?Tak cukup ke?"soal Fahmi keras.Asyura tersentak.Makin galak air matanya mengalir.
"Cu…cukup.Terlebih cukup,"jawab Asyura tersekat-sekat.
"Dahtu?"
"Tapi harta yang banyak pun tak bawak bahagia.Harta kita dunia akhirat,cuma anak-anak,Fahmi."
Mendengar perkataan ‘anak’ yang terluncur di bibir isterinya,Fahmi mengeluh keras.Pegangan Asyura dilepaskan.
"Asyura,dengar sini.Fahmi tak nak dengar lagi pasal ni.Jangan berani lagi cakap pasal benda ni."
Fahmi bingkas.Terus berlalu dari bilik itu.
"Fahmi!"
Namun panggilannya tidak dihiraukan.Lelaki itu terus berlalu.Akhirnya Asyura yang terlena dengan linangan air mata.

Bila Asyura terjaga keesokan harinya,Fahmi sudahpun ke pejabat.Setiap kali mengenangkan peristiwa malam tadi,air matanya menjadi murah sahaja.
"Ara,tak sarapan ke?"tanya Mak Mah.Asyura menoleh.Dia menggeleng perlahan.
"Ara tak ade selera.Kalau lapar nanti,Ara makanlah,"jawab Asyura perlahan.Mak Mah tidak mengulas apa-apa.Cuma memerhatikan sahaja wajah muram majikannya.
"Mak Mah tengok Ara muram je ni?Ara ada masalah ke?"
Asyura menoleh.Memandang wajah pekerjanya yang prihatin.Kemudian dia tersenyum nipis.
"Tak ada apalah.Ara biasa aje."

Jam sepuluh malam.Fahmi masih belum pulang lagi.Asyura keresahan.Bimbang perkara yang dibangkitkan semalam menjadi punca mengapa lelaki itu masih belum pulang sehingga kini.Dalam kecewanya dengan Fahmi,masih terselit prihatinnya buat lelaki itu.
Semua penghuni banglo setinggi dua tingkat itu sudah lama lena.Cuma tinggal dia sahaja yang masih berjaga,menanti kepulangan Fahmi.
Lama menanti.Namun tak muncul-muncul jua.Asyura memandang jam lagi.Sudah lewat angka 12.Telefon bimbit suaminya didail,namun tiada jawapan.
Bila dia hampir terlena,barulah dia mendengar bunyi enjin kereta.Yakin bahawa itu adalah Fahmi,lantas punggungnya diangkat lalu melangkah ke bilik.Ingin tidur kerana dia benar-benar sudah mengantuk.
Bila dia sudah berbaring di atas katil,tidak lama kemudian tombol pintu kamarnya dipulas.Matanya dibuka sedikit.Terlihat wajah Fahmi yang kepenatan.Dadanya berdebar apabila Fahmi duduk di sebelahnya.Aturan nafasnya cuba dikawal.
"Maaf sayang.Pasal malam semalam,harap Ara faham."
Kemudian terasa dahinya dicium perlahan.Hati Asyura membentak.Ingin memprotes namun dipendamkan sahaja.
Balik-balik,Fahmi sahaja yang perlu difahami.Kehendak Fahmi sahaja yang perlu diikuti.Dia?Kehendaknya?Langsung tiada lelaki itu peduli.

Seminggu berlalu.Hubungan Asyura dan Fahmi kembali seperti selalu.Walaupun hakikatnya,pahit itu dipendam hanya Asyura seorang.
Fahmi,lelaki itu romantik dan penyayang.Namun bila tiba soal anak,semuanya menjadi sebaliknya.Asyura sendiri tidak mengerti.Susah hendak menebak apa yang menjadi keinginan lelaki itu.
"Ara."
Asyura menoleh.Berpandangan seketika dengan Fahmi yang tercegat di pintu.
"Kenapa?"tanya Asyura lembut.
"Fahmi kena pergi Kuching esok.Nak ikut tak?"
"Kerja?"
Fahmi angguk.Asyura diam.Kalau mengenai kerja,memang dia tidak berminat.Dia menggeleng.
"Ara tolong siapkan baju untuk seminggu.Ahad minggu depan Fahmi balik.Don’t miss me."
Asyura tersenyum nipis.Dia bangun dan beg pakaian diambil.Sehelai demi sehelai pakaian Fahmi dimasukkan.
Fahmi akan ke Kuching,maknanya dia akan sendirian lagi.Sekadar ditemani dengan pembantu rumah sahaja.Alangkah baiknya kalau dia ada anak sendiri,yang menjadi penemannya.Tanpa sedar,dia mengeluh perlahan.
"Kenapa ni?"tanya Fahmi lalu duduk di sebelah Asyura.
"Kenapa apa?"tanya Asyura hairan.Tidak berapa faham dengan soalan suaminya.
"Tadi Fahmi dengar Ara mengeluh.Kenapa?"
"Emm..tak de apelah,"dalih Asyura.Kalaupun dia memberitahu sebabnya,akan berubahkan pendirian lelaki itu?

Bila Fahmi pergi,Asyura sendirian.Tiada apa yang boleh dibuat dengan rumah besar itu.Hendak berjalan-jalan di luar pun,dia tidak berminat.
Hari-hari dilalui terasa begitu sepi.Hanya Mak Mah yang menjadi teman berbualnya.Kadang-kala Pak Mad,tukang kebun dan juga pemandunya ada juga berbual-bual dengannya.Namun semua itu,belum mampu berjaya mengusir rasa sepinya.
Lusa Fahmi akan pulang.Asyura berbaring di atas katilnya.Hari merangkak tengahari.Terkebil-kebil memandang siling bilik.Seharian dia tidak dapat bergerak.Kepalanya terasa berpusing.Pandangannya juga berpinar.Pening,berdenyut rasa kepalanya.
Entah berapa puluh kali kepalanya dipicit.Bila sudah letih,dia akan tertidur.Ingin memanggil Mak Mah membantu,dia teringat akan larangan Fahmi untuk tidak membenarkan sesiapa melangkah masuk ke dalam kamar mereka berdua.
Tok!Tok!
"Siapa?"tanya Asyura lemah.Sakit kepalanya,bagai hendak pecah.
"Ara,Mak Mah ni.Ara okey ke?Tak turun untuk sarapan?"
Bila mendengar suara Mak Mah,hati Asyura menjadi lega.Terus dia mengarahkan pekerjanya itu masuk,terlupa terus pada larangan Fahmi.
"Mak Mah telefonkan Doktor Zarina,ye?"
"Buatlah apa je Mak Mah.Ara dah tak tahan ni."
Bila Mak Mah membantu memicit kepalanya,Asyura sedikit lega.Mak Mah membantu menyuapkannya bubur ayam yang menjadi sarapan pagi itu.Baru separuh mangkuk,habis diluahkan semula bubur tersebut di atas lantai.Perutnya terasa mual.
Menitis air matanya.Asyura benar-benar rasa tidak berdaya.
"Mak Mah,tolong suruh Pak Mad siapkan kereta.Ara dah tak tahan lagi.Kita pergi klinik teruslah,"ujar Asyura sebaik sahaja Mak Mah selesai membersihkan muntahnya.

Pening di kepala masih berbaki namun itu seakan tidak memberi kesan apa-apa kepada Asyura.Dia tersenyum manis.
"Ara,macam mana?"tanya Mak Mah sebaik sahaja Asyura melangkah masuk ke dalam rumah.Dia segera mendekati Asyura dan majikannya itu dipapah perlahan.Bimbang melihat tubuh yang lemah itu.Bila Asyura ingin duduk di sofa,dia turut membantu.
"Tak ade apa,Mak Mah.Doktor cakap,Ara okey je."
Asyura tersenyum nipis.Mak Mah nampak hairan.
"Doktor cakap Ara okey?Takkanlah…tadi Mak Mah tengok Ara tak berdaya langsung."
"Memanglah.Tapi Ara okey je,tak de penyakit apa-apa pun.Mak Mah,tak lama lagi…rumah ni takkan sunyi lagi.Ara dah hamil Mak Mah,doktor kata masuk 5 minggu."
"Iya?Alhamdulillah…"
Mak Mah tumpang senang melihat wajah Asyura yang bercahaya.
"Kalau macam tu,Mak Mah nak masak yang istimewa untuk makan malam nanti.Ara ada nak makan apa-apa?"
"Malam ni,Mak Mah masakkan nasi Tomato ya?"

Kepulangan Fahmi dinanti.Jam 9 malam.Setengah jam lagi lelaki itu akan sampai ke rumah.Asyura berdebar.Dalam gembira,masih terselit kebimbangan dengan penerimaan suaminya nanti.
"Assalamualaikum."
Asyura tersentak.Lantas menoleh,lalu dia tersenyum.
"Waalaikumsalam.Fahmi…"
Seketika dia memeluk lelaki itu.Melepaskan rindu seminggunya.
"Sayang sihat?"tanya Fahmi.Kedua-dua belah pipi Asyura dipegang.Bila melihat anggukan isterinya,baru dia lega.
"Ara ada benda nak bagitahu Fahmi,tapi lepas kita makan ya.Hari ni lauk special tau…"

"Apa benda yang Ara nak beri tahu tu?"soal Fahmi lalu mendekati Asyura yang sedang bersila di tengah katil.Dia mencapai tangan halus itu.
"Ara nak bagitahu…Fahmi akan jadi ayah tak lama lagi.Doktor kata sekarang dah 5 minggu."
Tersenyum simpul Asyura selesai dia memberitahu perkara gembira itu kepada Fahmi.Namun riak wajah Fahmi terus merubah.Pegangan tangannya juga terlepas.
"What?Ulang balik?"
"Fahmi akan jadi ayah."
Lembut tutur Asyura.
"Gurau ape ni,Ara?"tanya Fahmi kasar.Asyura terpinga,terasa dengan nada suara suaminya.
"Mana pulak gurau.Betullah…"
"No,no,no….Fahmi tak percaya.Ara jangan nak bergurau,ya.Tak suka dengan gurauan ni,tak lawak pun."
Kali ini riak wajah Asyura pula berubah.Senyumannya mati.
"Fahmi,Ara tak berguraulah.Look at me.Serius…dah 5 minggu.Kalau tak percaya,Ara boleh tunjukkan surat doktor..."

Berlinangan air mata Asyura.Dibiarkan sahaja Fahmi mengamuk.Habis bantal dan kusyen sofa
dibaling.Asyura cuma tertunduk menangis.
"Fahmi…tolonglah.Janganlah macam ni…"rayu Asyura perlahan.Tangannya memegang kaki Fahmi,memohon agar lelaki itu bertenang.
"Aku dah kata,aku tak suka!Aku tak nak.Kau degil ya!Kenapa kau tak bagitahu aku waktu subur kau?Kau sengaja,kan?"
Fahmi menolak kasar tubuh Asyura.Langsung tiada simpati buat isterinya yang sedang mengandung.
"Ara minta maaf,Fahmi.Sumpah…Ara tak sengaja."
"Jangan nak pancing simpati aku!Aku nak kau gugurkan dia!"
"Fahmi!Berdosa,kalau kita buat macam tu!Dia tak salah apa-apa!"
"Asyura!Jangan nak melawan.Aku kata gugurkan,gugurkan!"
Tersayat hati Asyura mendengar baris kata yang keluar daripada mulut suaminya.Wajahnya telah lama lencun dengan air mata.
"Fahmi sampai hati nak bunuh anak sendiri?Dah gila ke?Tak…tak,Ara takkan buat!Ara nak tengok dia membesar!"tegas Asyura.Air matanya diseka kasar dengan belakang tangan.Fahmi menyinga.Dia memicit kuat bahu Asyura sehingga gadis itu terjerit kesakitan.
"Kau nak gugurkan atau tak?"
"Tak…"
Meskipun kesakitan,Asyura tetap berkeras.Di hadapannya,bagaikan bukan Fahmi yang dia kenali.
"Kau nak buang dia atau tak?"tanya Fahmi lagi.Merah matanya.Asyura teresak.
"Sakit Fahmi.Lepas…"rintih Asyura lemah.
"Aku tanya kau sekali lagi.Kau nak gugurkan dia atau tak?"
"Ara takkan bunuh anak Ara sendiri!"
Itu tekad Asyura.

Kerana tekadnya itulah,maka sudah lebih 2 bulan Fahmi menghilangkan diri.Setiap hari Asyura berendam air mata memikirkan Fahmi.Memikirkan sikap lelaki itu,keselamatan lelaki itu.
Kalaulah tiada pembantu rumahnya,pasti makan minumnya terabai.Murah sahaja air matanya bila mengenangkan Fahmi.Entah di mana lelaki itu,dia tidak tahu.
"Ara…"tegur Mak Mah suatu hari.Asyura lekas-lekas menyapu air matanya sebelum menoleh.Dia tersenyum tawar.Sekadar melindungi duka di wajahnya.
"Ya Mak Mah?"
"Jom makan nak.Dah nak dekat pukul empat petang,tapi Ara tak makan tengahari lagi."
"Ara tunggu Fahmi,Mak Mah.Mana tahu kalau-kalau dia tergerak nak balik sini.Ara nak tunggu dia,"ujar Asyura perlahan.
"Kalau macam tu,Mak Mah siapkan makanan dan bawa ke sinilah.Ara kena makan nak,kesian dengan anak dalam perut tu."
Asyura diam.Merenung jauh ke luar.Bila Mak Mah ingin berlalu,dia memanggil.Matanya berkaca kembali.
"Mak Mah…salah Ara ke anak ni wujud?Fahmi tak nak balik rumah?Salah Ara ke?"tanyanya perlahan.Mak Mah terdiam.Air matanya yang diempang mula pecah mendengar pertanyaan Asyura itu.
"Jangan cakap macam tu,Ara…"pujuk Mak Mah perlahan.Dia mendekati majikannya.
"Fahmi marah bila Ara tak nak dengar cakap dia.Besar sangat ke salah Ara ni?Ara salah ya bila pilih nak pertahankan anak ni?"tanya Asyura lagi.Tiada tangisan yang lahir,cuma matanya sahaja yang berkaca.
"Ara dekat dunia ni,tak ada siapa-siapa lagi.Dulu ada Fahmi,tapi Fahmi dah pergi.Anak ni,Ara tak tahu macam mana nasib dia.Tapi kalau apa-apa jadi pada Ara nanti Mak Mah,Mak Mah tolong tengok-tengokkan anak Ara ni.Kalau Fahmi tak nak dia,kalau Ara pun tak ada,dia dah tak ada sesiapun lagi.Mak Mah tolong ya…"sayu permintaan itu membuatkan Mak Mah menangis manakala Asyura cuma merenung sayu ke luar halaman.

Fahmi melangkah perlahan.Tombol pintu biliknya dipulas perlahan.Bimbang Asyura terjaga dan menyedari kehadirannya.Bila pintu terkuak,Fahmi lega.Isterinya sedang lena di atas katil.Seketika matanya terpandangkan perut isterinya yang sudah nampak.
Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.Meluat melihat perut yang membusung itu.Menyampah!
Tapi…ah…betapa benci pun dia melihat perut yang membusung itu,hatinya tetap rindu pada Asyura.Tetap rindu untuk menatap wajah isterinya.
Fahmi mendekati Asyura yang lena penuh hati-hati.Kemudian dahi itu dikucup lama sebelum beralih pada kedua-dua belah pipi isterinya pula.Bila puas,dia terus berlalu.Tak mahu Asyura sedar kehadirannya di situ.

Asyura duduk berehat di halaman rumah petang itu.Sesekali dia berasa nyaman apabila bayu petang menyapa wajahnya.Kini dia hanya menghitung hari untuk melahirkan.Menurut jangkaan doktor,dia akan melahirkan dalam masa seminggu lagi.
Teringatkan Fahmi,namun kali ini air matanya tidak lagi mengalir.Dia perlu cekal.Fahmi…entah bila akan berubah,Asyura tidak tahu.Cuma setiap malam,dia berdoa agar Fahmi berubah.
Asyura tersentak ketika terasa perutnya senak.Semakin lama semakin kerap dan ketika dia ingin masuk ke dalam rumah,baju mengandung sebelah bawahnya basah.
"Mak Mah!!"teriak Asyura kuat.Tidak lama kemudian,Mak Mah datang terburu-buru kepadanya.

"Ara dapat anak lelaki."
Asyura tersenyum.Pucat wajahnya.Letih bertarung nyawa.Bila mendengar tangisan si kecil,benar-benar dia lega.Dia memejamkan mata,ingin lena.
Bila Asyura terjaga,dia sudah dikelilingi dengan ahli keluarga mertuanya.Di kanannya,bapa mertuanya,Tan Sri Fuad sedang berdiri.Di sebelah bapa mertuanya,berdiri pula ibu mertuanya.Puan Sri Mazlin.Mata Asyura meliar lagi.Di hujung kakinya,berdiri dua orang adik iparnya yang masih menuntut di universiti,Fazureen dan Fazlin.Di sebelah kirinya,Mak Mah tersenyum hambar memandangnya dan juga adik iparnya yang bongsu,Fahrin.
Asyura hampa bila Fahmi tidak kelihatan.Pasti lelaki itu benci dengan anak ini,dan mungkin pada dirinya juga.
"Mak Mah,mana Fahmi?Dari sampai tadi saya tak nampak dia?"
Soalan Tan Sri Fuad itu membuatkan Asyura tersentak.
"Tuan Fahmi…"
"Ayah,Fahmi ada kerja,yah.Dia dalam perjalanan ke sini,"pintas Asyura pantas.Tan Sri Fuad diam.Asyura juga diam.Terluka benar hatinya.Setitis air matanya jatuh lagi.

Sayu hatinya.Namun tidak terluah.Bila azan dan iqamat selesai diperdengarkan,Asyura cuma diam.Sebentar tadi,dia berasa gembira bila mendengar si kecil itu menangis.Dapat juga dia melihat zuriatnya menjengah dunia.Namun segala perasaan itu mati bila ternampak wajah tidak ikhlas suaminya.
Malah Fahmi juga menolak untuk mengazankan anaknya.Akhirnya,bapa mertuanya yang mengazankan anak itu.
"Kenapa Fahmi datang?"soal Asyura sinis ketika hanya tinggal dia dan Fahmi di dalam wad tersebut.
"Tak boleh datang ke?"
"Datang kalau nak sakitkan hati Ara,tak payahlah.Baik Fahmi tak payah datang kalau tangan pun tak sudi nak pegang anak Ara ni."
Memang sejak sampai,Fahmi langsung tidak menjengah anaknya.Memberikan kucupan juga tidak.
Fahmi diam.Tidak mahu membalas.
"Puas ke hati tu bila tengok Ara macam ni?Terbalas dah sakit hati tu?Kalau sakit hati dengan Ara,jangan balas pada Farish."
"Farish?Ohh…jadi budak tu nama Farish?Hmm…tahu pun.Ara yang nak sangat dia lahir,jadi dia kenalah terima semua ni.Ingat ni,Fahmi takkan sentuh dia sikit pun tau.Esok-esok,kalau dia menyusahkan,ada masalah pasal budak ni,jangan cari Fahmi.Faham?"
Asyura diam.Hakikatnya hatinya hiba.Fahmi…sampai hati tak mahu mengaku anak itu darah daging sendiri?Bila lelaki itu pergi,dia menangis lagi.

Asyura selesai berpantang.Sepanjang berpantang,Mak Mah yang menjaganya.Kadangkala-kala pulang juga Fahmi.Namun sekejap sahaja.Farish,anaknya semakin lincah.Semakin cerdik dan semakin comel.
"Helo sayang…"sapa Asyura ceria kepada Farish di suatu pagi.Farish mengangakan mulutnya.Asyura tersenyum.Lantas botol susu yang sengaja disorokkan daripada pandangan anak kecil itu disuakan pada Farish.
Bila sebotol susu habis diminum,Farish akan disendawakan.Kemudian dia akan membawa Farish bersiar di halaman.Dia suka bila melihat Farish ketawa.
Bila malam,dia akan menemani tidur anaknya.Dia akan menepuk belakang anak kecil itu sehingga lena.Bila dia dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari,Mak Mah sudah menyediakan sebuah bilik khas buat anaknya itu.Di situlah,saban malam dia melelapkan mata.
Hari berganti bulan.Farish semakin membesar.Dari merangkak,anaknya itu kini sudah berjalan walaupun masih perlu dipimpin.Namun hubungan Asyura dengan Fahmi masih belum pulih.Meskipun begitu,akaun banknya tetap terisi.Tetap ada wang nafkahnya setiap bulan.Tidak pernah putus semenjak lelaki itu mendapat tahu kehamilannya.Cuma sejak kebelakangan ini,Fahmi sudah tinggal semula bersamanya.
Lelaki itu lebih banyak memencilkan diri daripadanya.Mungkin masa sehariannya dihabiskan bersama Farish,jadi lelaki itu tidak begitu menampakkan diri.Bila malam tiba,Asyura lebih senang menemani tidur anaknya berbanding tidur suaminya.Bukan dia tidak mahu,tetapi sikap Fahmi itu kadang-kala membuatkan hati kecilnya terasa.

"Hei,ni apa ni?"
Suara lantang Fahmi mengejutkan seisi rumah.Mak Mah terkocoh-kocoh ke ruang rehat sebaik sahaja terdengar suara lantang majikannya itu.Manakala Asyura pula yang baru selesai menukar lampin Farish tergesa-gesa menuruni anak tangga.Ingin tahu apa yang menyebabkan suaminya marah.
Di hujung kaki Fahmi terdampar botol susu Farish.
"Kenapa ni?"tanya Asyura perlahan.
"Kenapa lagi?Ni,apa ni?Bersepah!Mak Mah,kemaskan cepat!Saya tak suka rumah bersepah macam ni!"
Tangannya mengunjuk pada tilam,bantal dan robot Farish yang berada di tengah-tengah ruang itu.
Kelam-kabut Mak Mah mengemaskan kembali ruang itu.Bila tangannya ingin mencapai botol susu di hujung kaki Fahmi,Asyura terlebih dahulu mengutipnya.Dia berpandangan dengan Asyura yang langsung tidak tersenyum.
"Mana pulak bersepah?Selain tilam tu,botol susu,robot Farish dengan bantal dia je.Lain tak ada pun,"ujar Asyura perlahan sebaik sahaja Mak Mah berlalu.Fahmi merengus.
"Jangan nak membantah apa yang Fahmi cakap.Lain kali macam ni lagi,Ara dengan budak tu boleh keluar dari rumah ni!"tegas Fahmi.Asyura tersentap.
Belum sempat dia membalas,lelaki itu telah berlalu.Asyura menggenggam erat tangannya,antara geram dan kecewa!


Fahmi mengatur langkahnya.Penat benar dia hari ini,seharian menghabiskan kerja di pejabat.Bila dia pulang,tiada siapa yang menantinya.Dulu,Asyura akan menantinya di muka pintu.Kepulangannya bersambut namun kini,semenjak kehadiran Farish,dia bagaikan diketepikan oleh isterinya.Dia seolah-olah kalah dalam merebut kasih seorang wanita bernama Asyura dengan seorang bayi kecil!
Bila langkahnya tiba di hadapan pintu bilik Farish,dia terhenti.Dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat,dia nampak wajah ceria isteri dan anaknya.
Gelak tawa mereka silih berganti.Entah apa yang dimainkan berdua,dia kurang pasti.Namun dia nampak jemari Asyura yang sedang menggeletek kaki si kecil.Bibirnya tersenyum.
Dari celahan itu,dia mencuri pandang wajah Farish.
"Comel,"komen Fahmi sekilas.Selama ini,dia tidak pernah hendak memandang wajah anaknya itu.Dia terhenti sebentar,berkira-kira berapa sudah umur anaknya itu.Sudah hampir setahun rasanya…
Fahmi terus melangkahDi sofa di dalam kamarnya,dia merehatkan diri.Menanti juga Asyura muncul,namun sia-sia sahaja.Mungkin seperti malam-malam lalu,lenanya bersendirian lagi.
Jam tiga pagi.Fahmi terjaga dan terus meraba sebelahnya.Kosong.Pasti Asyura di bilik Farish lagi.Lampu tidur dipetik suisnya.Seketika cahaya kelam menerangi sekitar katilnya.
Dia bangkit dari baringan.Termenung seketika.Entah kenapa,malam itu membuak-buak rindunya pada Asyura.Fahmi bangun dan terus melangkah keluar.Matanya telah segar.Langkahnya diatur ke bilik Farish.
Bila pintu dikuak,benar sangkaannya.Asyura lena di sebelah Farish.Pertama kali dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.Fahmi duduk di birai katil.Perlahan-lahan.
"Ara,"panggil Fahmi perlahan.Tapi tiba-tiba dia menjadi teragak-agak pula.Tiba-tiba dia bimbang kalau Asyura terjaga.
Akhirnya dia berlalu sahaja.

Asyura mengemaskan tudungnya.Kemudian dia mengerling pada Farish yang sibuk bermain.
"Jom anak mama.Kita jalan-jalan ya hari ni?"ujar Asyura seraya mengangkat Farish.Pipi gebu anak kecil itu dicium sepuasnya.Tertawa Farish.Asyura mendukung Farish turun.
"Mak Mah,dah siap ke?"
Bila sampai di tingkat bawah,Asyura mencari pekerjanya itu.
"Ara,Mak Mah tak jadi pergilah.Pening pulak rasa kepala ni."
Asyura menoleh.Dia diam,kemudian mengukir senyuman.Cadangnya ingin membawa pekerjanya itu keluar berjalan-jalan hari ini.Lagipun dia ingin membeli sedikit keperluan Farish.
"Tak apelah,Mak Mah.Mak Mah rehat jelah.Tapi Ara nak mintak tolong ni.Farish Ara tak jadi nak bawak sekali,sebab Ara nak pergi bank lagi ni.Lepas tu nak cari susu,pampers,bedak dan serba-serbi la dia punya.Ara tinggalkan dia dengan Mak Mah,tolong tengok-tengokkan ya.Ara lama kot,kalau bank tak ramai orang,cepatlah Ara balik."
"Okey.Nanti Mak Mah tolong."
Farish bertukar tangan.Bila anaknya dicium,barulah Asyura pergi.Mak Mah membawa Farish ke bilik anak itu dan selepas diberikan susu,Farish ditepuk-tepuk lembut sehinggalah anak kecil itu tidur.
Selesai berkemas,Mak Mah ke biliknya.Kepalanya terasa makin berdenyut.Sakit.Bila dia berbaring,tidak lama kemudian dia terlena.

Fahmi memutar anak kunci.Rumahnya sunyi sahaja.Kereta isterinya juga tiada di halaman.Keluar barangkali.Dia melangkah masuk dan sayup-sayup telinganya menangkap tangisan Farish.Dahinya berkerut kehairanan.
"Ara tak bawak sekali ke budak tu?"
Fahmi menaiki anak tangga satu persatu.Kelibat pembantu rumahnya juga tidak kelihatan.Sibuk di dapur agaknya.Semakin langkahnya mendekati kamarnya,semakin kuat tangisan itu kedengaran.Fahmi jadi tidak sampai hati.Akhirnya pintu bilik Farish dikuak perlahan.
Anak kecil itu sudah terduduk di atas katil.Fahmi mendekati meskipun sedikit teragak-agak.Farish menangis dan tangan kecilnya didepangkan.Minta diangkat.
Fahmi tidak sampai hati.Terus sahaja tubuh kecil itu diangkat dan didukung.Dibawa Farish rapat ke dadanya dan belakang anak kecil itu ditepuk lembut.Kemudian dia mundar-mandir sekeliling bilik itu.Lama sedikit,tangisan anak kecil itu mula reda.
"Good boy!Macam tulah anak papa,"bisik Fahmi sambil tersenyum lebar.Sekilas bibirnya mengucup pipi gebu anaknya.Farish nampak ceria kembali.
"Mama mana?Dia tak bawak Farish ya?Farish tinggal sorang-sorang,patutlah dia nangis.Nek Mah pun tak temankan Farish.Cian dia…"
Sekali lagi pipi itu dicium.
"Papa bawak Farish jalan-jalan ya?Kita pergi beli baju baru.Beli mainan baru…okey,sayang?"
Bila melihat Farish yang tertawa,Fahmi jadi senang hati.Entah kenapa,tiba-tiba sahaja dia menjadi sangat sayang kepada anaknya itu.Didukungnya Farish hati-hati.Agak kekok namun selepas lima minit,dia sudah selesa.
Fahmi terus membawa anaknya keluar tanpa memberitahu sesiapa terlebih dahulu.Kepada Asyura juga tidak dimaklumkan.
Selesai membelikan Farish baju-baju baru,dia memilih permainan pula untuk anaknya.Tidak lekang senyuman dari bibirnya.
Bila dia memakan kek yang dibeli di Restoran Secret Recipe,dia turut menyuapkan anaknya.Walaupun terpaksa mendukung Farish sepanjang membeli-belah,dia tidak kisah.Malah dia selesa dan rasa dekat dengan anak yang telah lama diabaikan itu.

Asyura berlari anak menuruni anak tangga.Dia nampak cemas.
"Mak Mah!Mak Mah!"panggilnya kuat.Langkahnya diatur pantas ke ruang dapur pula.
"Mak Mah!Mana Mak Mah ni?"
Asyura hampir menangis.Kelam-kabut sahaja gelagatnya.Mak Mah yang baru sahaja terjaga daripada tidur itu terus mendapatkan majikannya.
"Mak Mah,Farish mana?"soal Asyura lalu memegang lengan pekerjanya itu.Wajahnya begitu mengharap.Mak Mah yang mulanya masih mamai terus segar.
"Mak Mah tidurkan dia dekat bilik dialah.Kenapa?"
Mendengar itu,Asyura terus terduduk di lantai.Air matanya terus menitis.Melihat itu,Mak Mah terus memegang tubuh Asyura yang lembik.
"Farish tak ada,Mak Mah!Ara dah cari satu rumah…tak ada!"

Asyura memegang kepalanya.Buntu!
"Mak Mah minta maaf,Ara.Mak Mah pening kepala sangat,terlelap.Tapi lepas Ara pergi,Mak Mah tidurkan dia dekat atas dulu."
Serba-salah Mak Mah mengungkapkan kata.Asyura memandang perkerjanya dengan linangan air mata.Hendak marah pun,tiada guna kerana marahnya tidak akan mengembalikan Farish…
"Ara,tak cuba telefon Tuan Fahmi ke?"tanya Mak Mah.Asyura terus menggeleng.
"Esok-esok, kalau dia menyusahkan,ada masalah pasal budak ni,jangan cari Fahmi.Faham?"
Teringat kata-kata suaminya ketika melawatnya di hospital sewaktu melahirkan Farish.Asyura menggelengkan kepalanya.
"Fahmi takkan nak tolong Ara,Mak Mah.Dulu lagi dia dah cakap dengan Ara jangan cari dia kalau pasal Farish,"beritahu Asyura hiba.

Fahmi memandu masuk ke halaman rumahnya.Bibirnya tersenyum bila mengerling ke arah tempat duduk belakang.Anaknya sudah lena.
"Dah balik,"bisiknya bila melihat kereta Asyura di halaman.Dia membuka pintu dan ketika dia ingin mendukung Farish keluar,terdengar tangisan isterinya.
Fahmi menoleh.Kehairanan apabila melihat Asyura yang sedang menangis di muka pintu.
"Ara…?"
Tanpa kata,Asyura berlari mendapatkan Fahmi.Tubuh suaminya dipeluk erat.Menangis semahu-mahunya.
"Asyura…kenapa ni?"
"Farish…Farish…"
Fahmi mengerutkan dahi.Dia merungkaikan pelukan lalu kedua-dulah tangannya memegang kedua-dua belah pipi Asyura.Menatap mata bundar yang basah itu.
"Farish hilang,Fahmi.Ara tak tahu kat siapa lagi nak mintak tolong.Ara tak kisah Fahmi nak marah ke apa,tapi tolonglah.Tolonglah dapatkan Farish balik…"rayu Asyura.Fahmi tersenyum nipis.
"Farish okey…dia tak ada apa-apa.Fahmi mintak maaf ye tak bagitahu Ara dulu.Fahmi bawak dia keluar.Tu,dah tertidur dalam kereta tu."
Lega!Terus Asyura mendapatkan anaknya.Dicium berkali-kali sampai Farish terjaga.Namun dia terhenti bila terperasan sesuatu.Fahmi membawa Farish keluar?
Asyura menjengah sedikit apabila Fahmi membuka but kereta.Mengambil beberapa beg plastik.
"Fahmi belikan dia baju baru.Mainan baru.Good boy,tak meragam pun bila keluar dengan Fahmi."
Fahmi tersenyum ceria.Dia mendekati Farish yang berada dalam dukungan Asyura.
"Anak papa ni baik betul.Lepas ni,Farish pakai baju yang papa beli ni,okey?"
Asyura yang mendengar tersentak.Tapi hatinya kembang berbunga.Senang mendengar Fahmi membahasakan diri.Akhirnya,sudi juga Fahmi mengaku Farish anaknya dan menyentuh tubuh kecil itu.Tanpa sedar,dia menangis kegembiraan.
"Ara,kenapa nangis pulak ni?"
"Sebab Ara rasa gembira dan bersyukur sangat."
"Kenapa?"
"Sebab Farish dah dapat ayah dia balik.Ara pun dah dapat suami Ara balik."
Fahmi terdiam namun akhirnya dia terseyum.Kemudian air mata Asyura disapu lembut dengan jarinya.
"Tapi Fahmi lagi gembira sebab dah jumpa kebahagiaan yang selama ni Fahmi buang."
Lalu kedua-duanya dipeluk erat.Penuh rasa bahagia.Mak Mah yang berdiri di muka pintu turut menangis kegembiraan.
Anak anugerah Tuhan.Umpama sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkan.Anak,jika dididik dengan betul dan sempurna,maka itulah aset paling berharga.

p/s:ini cerpen yang ketiga...so,terima kasih banyaklah kepada yang sudi membaca...wslm.
posted by Penulisan2u @ 2:42 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
25 Comments:
  • At 12/12/08 8:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tersangtla best ceta ni
    good job

     

  • At 12/12/08 8:44 PG, Blogger LeaQistina said…

    best.. best.. best..

     

  • At 12/12/08 9:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cerpen ni mcm2 perasaan ada sedih gembira terharu

     

  • At 12/12/08 9:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    WOW.. BEST LA

     

  • At 12/12/08 10:08 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terhanrunyer baca cite ni..huhu..olahan cte yg menarik..btul tu ank anugerah tuhan,pas smbut baby bru aku dpt rasa betapa sucinya seorg bayi yg baru lahir,tiada dosa..ibarat sehelai kain putih..yg dilahirkan oleh seorang ibu dengan penuh kesakitan ibarat nyawa di hujung tanduk..gud job to writer! crita awk tak membosankn...al da best for da next cerpen!

     

  • At 12/12/08 10:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ops silap ibarat telur di hujung tandukla..hehe

     

  • At 12/12/08 10:13 PG, Blogger Unknown said…

    sangat menarik, sedey nyer bila husband buang kita sebab x mau anak... kenapa x sambung lagi... dorang bahagia ker lepas tuh?

     

  • At 12/12/08 11:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Citer ni best......rasa sedih gak...anyway...good job untuk penulisnyer...

     

  • At 12/12/08 11:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cara olahan cerita memang bagus;
    namun macam tergantung rasanya
    kenapa fahmi tak suka anak? biasanya keadaan ini berlaku kerana trauma ie masa kecil didera atau lain2.. namun melihat kepada famili fahmi mereka memang tiada masalah..

    mungkin boleh huraikan lagi...

     

  • At 12/12/08 12:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la cerpen ni !
    rse terharu bile bce :)

     

  • At 12/12/08 12:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aq x paham ooo
    pe sbb si fahmi tuh x ske anak lgsung...............
    dolu2 pown dier penah jd anak ooo

     

  • At 12/12/08 2:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    persoalan yg paling utama, kenapa fahmi tak suka anak? boleh penulis kupas sedikit sebabnya? selain soalan nh,everything's great about this story. tahniah kepada penulis.

     

  • At 12/12/08 3:46 PTG, Blogger atie md said…

    best...mmg best..teruskan berkarya

     

  • At 12/12/08 4:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    btul2...xphm knp fahmi xsuke ank..
    papepun, best r cite nih...sedey n suke bercmpor2....

     

  • At 12/12/08 4:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam

    mmmm...wow..

    asyura...bes nme...

    ati laki yg xnk ank ....susa nk cari... cite ni difrent skit.....

    gud job...kip up

    ~freze~

     

  • At 12/12/08 11:28 PTG, Blogger Unknown said…

    sdeynye cite ni...tp besh sgt2..sdey bledorg berbaik smula..huhuhu..gud work for the writer..hehehe

     

  • At 13/12/08 1:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best..biarpun cita nie mcm penah dengar, tapi pengolahan cita nie bagus..
    good job, keep it up!
    -need2said-

     

  • At 14/12/08 11:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Besh2...
    Sy rase fahmi tak nak anak sebab die tak nak kongsi ara ngan orang lain...
    Agak2 je... Hehehe

     

  • At 15/12/08 2:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tersangat best..terharu..best3

     

  • At 15/12/08 6:16 PTG, Blogger Kak J said…

    besttttttttttt...
    lg best klaw fahmi 2 ade sebab yg lg kukuh yg dia x nk anak..

     

  • At 16/12/08 12:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    slm
    maaf lmbt reply semua komen2 tuh
    ermm..si gahmi x nak
    just becoz dye x nak kongsi ayura dgn org len 1
    n lg satu sebb nnti dye takut isteri dye x cantik
    yelah...
    sorry..kelam-kabut wat cerpen ni coz one day je
    huhuh...berjage mlm taw..
    xpi x pelar..moga terhibur

    -missao-

     

  • At 16/12/08 12:25 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    opss..typing error
    gahmi..bkn gahmi
    n asyura

    -missao-

     

  • At 16/12/08 10:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wahh!! comeyy nyer!! x saba lak nk baby..heheh..kawen pon blom..
    eii...rase nk dkg baby lah plak..
    tp..mne nk dpt..haha!!
    merepek jek ak nih..ngee~ ^_^

     

  • At 24/1/09 11:08 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fahmi...\name bakal suami aku..huhuuu...

     

  • At 16/7/09 12:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sngt best dan bnyk unsur nasihat
    karya mcm niela yg sy tunggu2

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group