BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Disember 29, 2008
Cerpen : Cinta Antara Kita
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

1994

Semilir petang bertiup lembut menampar dedaun ketapang yang lebar. Kicau burung meriuhkan suasana petang. Kelihatan seorang budak lelaki bersama-sama seorang kanak-kanak perempuan sedang seronok bermain ditemani panorama petang yang indah.
"Em, bila dah besar nanti, Lia nak kahwin dengan Khairul, boleh?" pinta seorang budak perempuan yang memakai gaun berwarna merah jambu ketika dia dan kawannya sedang bermain masak-masak di bawah pokok ketapang yang rendang.
Budak lelaki yang berseluar pendek dan berbaju T-shirt gambar watak superhero ‘Spiderman’ hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan kepada pertanyaan gadis kecil itu.
"Janji?"
"Ya, Khairul janji. Lia juga tak boleh tinggalkan Khairul ya," balas budak lelaki itu.
"Janji!" jawab gadis kecil itu sambil mengunjukkan jari kelingkingnya tangan kanannya kepada budak lelaki di hadapannya.
Lalu, jari mereka bertaut bersama-sama janji yang telah dimeterai...

* * * * *

2004

"KHAIRUL tunggu Lia! Janganlah kayuh laju sangat!" jerit seorang gadis yang berpakaian seragam sekolah menghangatkan pagi Isnin itu.
Pelajar lelaki di hadapannya semakin mempercepatkan kayuhan basikalnya, sengaja membiarkan gadis itu mengejar di belakang.
"Kita lumba! Siapa sampai lambat, dia kena belanja waktu rehat nanti!" teriak pelajar lelaki itu.
"Hah? Mana aci! Awak main tipu!!!" bentak pelajar perempuan itu.
Kedengaran gelak besar dari kawannya di hadapan. Nadzlia mempercepatkan kayuhannya. Khairul memang suka mencabar dan Nadzlia sendiri pantang dicabar. Tengoklah, dia pasti menang!
"Eii... lambatnya orang tu, macam kura-kura!" sindir Khairul.
Nadzlia mencebikkan bibir. Kemudian, dia melukis segarit senyum. Pantas, dia membelok basikalnya ke arah kanan, teringat jalan pintas ke sekolah. Kali ni, dia yang akan menang. Khairul semakin laju mengayuh tanpa menyedari kehilangan Nadzlia di belakangnya. Dia yakin, dia akan menang pagi itu. Tersengih-sengih dia. Lima minit mengayuh, dia membelok ke kiri, memasuki lorong menuju ke sekolahnya.
Pintu pagar sekolah mula kelihatan sedikit demi sedikit dan senyuman Khairul semakin lebar. Dia masih tidak berpaling ke belakang kerana dia tidak mahu hilang tumpuan. Sampai di pintu pagar sekolah, dia mengangkat tangan kirinya, menyapa Pak Kassim, pengawal keselamatan di sekolah itu. Sambil bersiul kecil, Khairul
memperlahankan kayuhannya menuju ke tempat letak basikal yang dikhaskan berhampiran dengan tempat meletak motorsikal.
Kayuhannya terhenti tiba-tiba. Alangkah terkejutnya dia melihat Nadzlia sedang menunggunya dengan senyuman sinis, penuh makna.
"Wei, lambatnya orang tu, macam kura-kura!" perli Nadzlia memulangkan paku buah keras.
Khairul menarik nafas panjang kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dia turun dari basikal lau menolaknya ke arah tempat Nadzlia berdiri. Sebuah senyuman diukir di bibirnya.
"Kau main tipu! Mana boleh ikut jalan short-cut!" ujar Khairul dalam nafas yang tercungap-cungap.
"Awak yang main tipu dulu. Lagipun, awak tak cakap pun tak boleh ikut jalan short-cut," balas Nadzlia.
"Ah, kau penipu!"
"Excuse me Encik Khairul Anuar, saya bukan penipu ya. Jangan sedap mulut je nak menuduh. Dah kalah tu, buatlah cara dah kalah, terimalah hakikat..." sindir Nadzlia.
Khairul membulatkan matanya, tersentap dengan kata-kata Nadzlia tadi. Gadis ini memang suka berbalah dengannya.
"Kau..."
"Ah, dah, dah! Jangan lupa rehat nanti, Lia nak nasi goreng dengan air bandung ya," ujar Nadzlia sambil mengenyitkan mata lalu melangkah pergi meninggalkan Khairul terpinga-pinga.
Khairul hanya memerhatikan langkah Nadzlia dengan hati yang berbahang. Siaplah, ada lori ada bas, ada hari nanti kubalas!

* * * * *

BUNYI loceng menandakan waktu persekolahan sudah tamat untuk hari itu. Para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Saujana mula mengemas peralatan sekolah masing-masing.
"Baiklah, jangan lupa cuti sekolah nanti jangan nak berhibur je. Buku jangan lupa. Lepas cuti ni, awak semua tinggal tak lebih sebulan untuk SPM. Ingat tu!" Cikgu Salina memberi peringatan pada para pelajar Tingkatan 5 Sains 1 sebelum menamatkan kelas tengah hari itu.
"Baik cikgu!" hampir serentak semua pelajar menjawab.
"Khairul, saya nak ke bilik guru hantar buku latihan kejap. Tunggu saya ya," pinta Nadzlia.
"Tengoklah, kalau lambat, aku tinggal je," jawab Khairul.
Nadzlia menjeling lelaki yang sedang menggalas beg sekolah berwarna hitam itu. Dia tahu, Khairul tidak bermaksud untuk meninggalkannya. Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, Khairul pasti akan menunggunya, tidak kira semasa hendak pergi atau pulang dari sekolah.
Nadzlia membawa beberapa buah buku latihan para pelajar untuk dihantar ke bilik guru bersama-sama kawannya, Aimy. Pantas dia berjalan, tidak mahu membuat Khairul tertunggu-tunggu.
"Amboi, lajunya. Kau nak pergi mana?" tanya Aimy.
"Saya kena cepat, nanti Khairul tinggalkan saya,"
"Ala, tak ada maknanya. Takkanlah dia nak tinggalkan kau. Bukan kau tak kenal dia," ujar Aimy.
"Sebab terlalu kenallah saya cakap macam tu. Awak bukan tak tahu Khairul tu, kalau dia dah bosan, ditinggalnya saya," balas Nadzlia.
Selesai menghantar buku-buku latihan tersebut di bilik guru, Nadzlia pantas berlari menuruni anak tangga sehingga tanpa sedar melanggar seseorang menyebabkan beg sekolah pelajar itu terjatuh.
"Ah, maafkan saya," ucap Nadzlia.
"It’s okay," balas pelajar lelaki yang memakai cermin mata itu.
Nadzlia kembali menyambung langkahnya. Sampai di tempat letak basikal, dia terpana!
"Apa dah jadi ni?" soal Nadzlia kepada Khairul.
"Mana aku tahu... bila aku sampai tengok dah jadi macam ni,"
Nadzlia melihat tayar basikal kepunyaan Khairul yang kempis tidak berangin.
"Bocor ke?" tanya Nadzlia lagi.
"Tak pasti,"
"Jadi sekarang macam mana?"
"Macam mana apa, kau kena tumpangkan akulah," jawab Khairul.
"Hah? Err..." ujar Nadzlia agak gemuruh.
"Kalau tak nak tumpang tak apalah. Aku boleh jalan kaki," ujar Khairul berjauh hati.
"Saya tak cakap pun tak boleh. Okey, awak bawa, saya duduk kat belakang," balas Nadzlia.
"Hmm.. ni basikal kau, kan? Jadi, kaulah bawa, aku duk kat belakang," ujar Khairul.
"Hah? Awak jangan nak bergurau. Saya tak nak!" bantah Nadzlia.
"Okeylah, kalau macam tu aku balik jalan kaki je,"
Nadzlia bungkam. Ada ke patut perempuan bawa lelaki? Tak gentleman langsung Khairul ni. Nadzlia memandang wajah Khairul yang meminta simpati lagaknya. Hai, kasihan pula melihat. Jauh juga kalau nak jalan kaki. Serba-salah pula. Yalah, kitaorang berjiran, nanti apa pula kata orang.
"Yalah, yalah, cepat naik!" akhirnya Nadzlia mengalah.
Khairul tersenyum-simpul. Nadzlia membuka mangga kunci yang merantai basikalnya. Kemudian, dia menolak basikalnya keluar dari tempat letak basikal di bawah pondok beratapkan genting itu.
"Betul awak nak saya bawa ni?" soal Nadzlia sekali lagi meminta kepastian.
"Yalah atau kau nak aku jalan kaki?" duga Khairul.
"Awak ni!"
Khairul tergelak besar. Nadzlia menaiki basikalnya lalu mula mengayuh. Terasa agak payah mulanya namun dia gagahkan juga.
"Hish, terhegeh-hegeh! Tak makan apa?" usik Khairul.
"Wei, cakap baik sikit ya. Awak tu yang berat. Makan batu agaknya," perli Nadzlia semula.
Khairul menggerakkan badannya ke kanan dan ke kiri menyebabkan Nadzlia kelam-kabut mengawal basikalnya dari jatuh.
"Wei, cuba duduk diam-diam. Kalau jatuh nanti sapa yang susah?"
"Mereka dan keluarga mereka," jawab Khairul, berlawak.
Nadzlia menjeling geram. Lelaki ini, makin dilayan makin menjadi-jadi loyar buruknya. Lantas, dia kembali mengayuh basikal tanpa mempedulikan Khairul yang bersiul riang di tempat duduk belakang. Eii... menyampah!!!

* * * * *

CUTI sekolah penggal kedua tamat semalam. Hari ini merupakan hari yang baru yang bakal ditempuh dengan harapan dan semangat untuk terus berusaha kerana peperiksaan SPM akan berlangsung tidak lama lagi.
"Wah, tengok tu!" ujar Aimy lalu mengunjukkan jari telunjuknya ke arah meja di bahagian kanan belakang sekali semasa dia dan Nadzlia sedang menikmati air batu campur di kantin.
Nadzlia segera mengalihkan pandangannya pada arah yang ditunjukkan oleh Aimy tadi. Bagai petir menusuk ke hati melihat kemesraan antara Khairul dan seorang pelajar perempuan sedang berbual-bual sambil menghirup air limau nipis. Benarkah apa yang sedang disaksikan kala ini? Siapakah budak perempuan di sisi Khairul itu?
"Senyap-senyap je rupanya diaorang ya,"
"Awak kenal ke budak perempuan tu?" soal Nadzlia.
"Apa tak kenal pula. Takkan kau tak tahu, dia tu kan ratu kat sekolah ni,"
"Ratu? Tak fahamlah..."
"Nama dia Nur Maisarah Diaz, pelajar 4 Sains 2. Dia baru pindah seminggu sebelum cuti hari tu. Ayah dia orang Sepanyol tau! Dahlah cantik, pandai pula tu," jelas Aimy.
"Oh..." hanya itu yang dapat Nadzlia lafazkan.
Waktu rehat tamat apabila bunyi loceng kedengaran. Aimy segera menghabiskan suapan terakhir air batu campur di dalam mangkuknya. Kemudian dia melihat pula pada mangkuk Nadzlia yang masih tinggal separuh.
"Tak habis ke?"
"Tak ada selera," jawab Nadzlia ringkas sambil matanya melirik pada Khairul yang masih setia berbual dengan pelajar perempuan itu.

* * * * *

JAM di tangan tepat menunjukkan pukul satu petang. Matahari terik memancar. Waktu persekolahan sudah tamat pada hari itu. Nadzlia berjalan bersama-sama Aimy ke tempat meletak basikal. Khairul sudah keluar awal sejurus loceng berbunyi. Entah apalah yang dikejarnya. Belum sampai ke tempat yang dituju, dia melihat Khairul sedang menunggu seseorang di bawah pokok mempelam yang rendang. Tidak lama kemudian, seorang pelajar perempuan menghampiri Khairul. Dari jauh, Nadzlia dapat melihat jelas kelibat pelajar perempuan itu. Maisarah!
"Hai, nampaknya, mulai hari ni, kau balik dengan aku jelah ya," ujar Aimy membuatkan Nadzlia tersentak.
Sebuah senyuman cuba diukir namun dapat dirasakan senyuman itu kelat. Mereka berdua meneruskan langkah sejurus selepas Khairul menghilang bersama-sama Maisarah yang membonceng di tempat duduk belakang basikal lelaki itu.
"Bagus juga, tak adalah saya bosan menghadap muka Khairul tu hari-hari," sempat Nadzlia bergurau.
"Yelah tu. Bukan aku tak tau yang kau sukakan Khairul betul tak?"
Telahan Aimy membuatkan Nadzlia terkesima. Mustahil kawannya itu dapat membaca isi hatinya selama ini.
"Eii.. mana ada. Pepandai je awak ni. Saya dengan Khairul cuma kawan je," dalih Nadzlia.
"Dahlah, tak payah nak berselindung. Jelas kat muka kau yang kau memang ada hati kat dia," ujar Aimy.
"Hah? Nampak sangat ke?" Nadzlia bertanya.
"Kenapa kau tak nak berterus-terang je pada dia sejak awal lagi?"
Nadzlia membuka rantai kunci basikalnya. Kemudian, dia menolak basikalnya perlahan-lahan diekori oleh Aimy di sebelah. Sungguh, dia tidak punya jawapan untuk soalan Aimy tadi.
"Saya dengan dia rapat sejak kecil lagi. Kami berjiran. Rumah sebelah-menyebelah. Mungkin, dia anggap saya ni tak lebih dari seorang adik. Saya tak mahu dikatakan perasan. Nanti, saya juga yang malu," terang Nadzlia.
"Tapi, memendam rasa tak akan selesaikan masalah. Mana tahu Khairul juga menyimpan perasaan yang sama pada kau?" getus Aimy.
"Tak mungkinlah! Awak sendiri tengok dia dengan orang lain kan?"
"Mungkin sebab dia tengok tiada respon dari kau, sebab tu dia beralih arah," jawab Aimy.
"Ah, tak mungkinlah!" dalih Nadzlia.
"Terpulanglah, aku hanya beri pendapat. Selebihnya, terserah pada kau. Mememdam perasaan ni menyakitkan. Lebih-lebih lagi bila lihat orang yang kita sayang, rapat dengan orang lain sebab dia ingat kita tak sayangkan dia. Lia, sebagai kawan, aku tak mahu lihat kau berduka..." ujar Aimy sayu.
Langkah kaki Nadzlia terhenti tatkala mendengar kata-kata Aimy tadi. Tiba-tiba air matanya gugur mencucuri pipi mulusnya. Aimy memegang bahu sahabat baiknya menghantar sedikit semangat. Sabarlah Lia, aku yakin kau akan dapat lelaki yang lebih baik...

* * * * *
SEMAKIN hari hubungan Nadzlia dan Khairul semakin renggang. Mereka tidak lagi pergi ke sekolah bersama-sama. Balik apatah lagi. Nadzlia dapat merasakan yang lelaki itu semakin menjauhinya. Bayang-bayang lelaki itu tiada lagi di sisinya. Sudah lama tidak mendengar usikan dan gelak-tawa lelaki itu. Cuma sesekali mereka akan berbual. Itupun perbualan yang berunsurkan akademik. Peperiksaan SPM tinggal seminggu saja lagi. Bagi Nadzlia, dia sudah cukup bersedia, tidak kira dari segi mental atau fizikal. Nasihat Aimy telah memberinya kekuatan untuk meneruskan perjuangan.
Kata Aimy, lebih baik menumpukan perhatian pada pelajaran dari memikirkan soal hati buat masa ini. Hidup ini masih panjang dan masih banyak perkara yang akan ditempuh. Pelajaran lebih penting dari menyemakkan fikiran dengan masalah cinta. Mungkin sudah ditakdirkan antara dia dan Khairul hanya kekal sebagai kawan. Dia harus redha. Lagipun, dia sedang cuba mengemaskan perasaannya pada lelaki itu. Lelaki itu hanya kawan. Hanya kawan...
"Nadz, kita balik sama hari ni ya," ujar Khairul sewaktu mereka menunggu kelibat Cikgu Katyal yang mengajar matapelajaran matematik.
"Em, saya ada hal. Awak balik dululah," balas Nadzlia.
"Hal apa?"
"Sejak bila pula awak berminat nak masuk campur dalam urusan saya?"
Khairul berubah wajah, terkejut dengan kata-kata Nadzlia tadi.
"Ah, maaf. Saya ada group discussion dengan Aimy dan kawan-kawan lain," jelas Nadzlia apabila melihat perubahan pada wajah Khairul.
"Okey," balas Khairul lalu berpaling semula ke hadapan.
Nadzlia memerhati belakang badan Khairul yang duduk di hadapannya. Terasa hatikah lelaki itu dengan kata-katanya tadi? Tapi, kenapa dia nak balik bersama hari ni? Maisarah tidak datang ke sekolah ke?
Aimy memandang Nadzlia dengan pandangan sayu. Dia tahu kawannya itu sedang cuba mengelakkan diri dari membiarkan perasaan cintanya terhadap Khairul terus bercambah. Khairul, tidak perasankah kau pada cahaya cinta yang bernyala di wajah Nadzlia untuk kau?

* * * * *

"PUTUS?"
"Ya, aku dengar dia dengan Maisarah dah putus tapi tak tahu betul ke tak. Cubalah kau tanya dia," cadang Aimy.
"Takkanlah, saya tengok mereka berdua okey je,"
"Tapi, kalau kau nak tahu, dua tiga hari kebelakangan ni, Khairul pergi sekolah dan balik sekolah seorang. Takkan kau tak perasan?"
"Entah, saya tak tahu. Dah lama tak berbual dengan dia,"
"Nilah peluang kau Lia! Luahkan perasaan kau,"
"Saya dah tak simpan apa-apa perasaan pada dia lagi. Khairul tu hanya kawan. Tak lebih dari itu,"
Khairul muncul dari celah-celah rak buku di perpustakaan membuatkan Aimy dan Nadzlia tersentak. Khairul memandang Nadzlia sekilas sebelum berlalu pergi. Nadzlia dan Aimy saling berpandangan. Mulut terasa bagai dikunci. Adakah Khairul mendengar apa yang diucapkan oleh mereka berdua tadi?
"Apa yang kita nak buat ni? Aku yakin dia dengar apa yang kita cakap tadi..." ujar Aimy.
"Tak perlu buat apa-apa. Kalau dia dengar, biarlah. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang saya rasa," jawab Nadzlia sambil matanya meliar pada tajuk-tajuk buku cerita di hadapannya.
Dalam hati, jiwanya bergelora, hatinya bergelodak dengan pelbagai rasa. Andai kata-katanya didengari oleh Khairul, ini bermaksud, antara mereka sudah tidak punya apa-apa ikatan istimewa lagi.

* * * * *

PEPERIKSAAN SPM akan tamat beberapa minit saja lagi. Kertas Biologi merupakan kertas terakhir untuk peperiksaan tahun ini. Nadzlia membelek-belek kertasnya kemudian melakukan semakan untuk kali terakhir. Seketika kemudian, terdengar suara ketua pengawas peperiksaan meminta mereka berhenti menulis. Sejurus selepas kertas habis dikutip, mereka dibenarkan keluar. Kedengaran sorakan dan gelak-tawa para pelajar kerana pertarungan mereka sudah selesai. Sekarang adalah masa untuk menikmati hidup sepuasnya sebelum keputusan peperiksaan keluar. Nadzlia mencari kelibat Khairul namun tidak ketemu. Pasti dia bersama-sama kawan lelakinya.
"Eh, Lia, tu..." Aimy mencuit bahu Nadzlia menyebabkan gadis itu berpaling ke kanan.
"Awak ni Nadzlia?"
"Ya, saya. Ada apa yang boleh saya tolong?"
"I’m Maisarah. Just call me Sarah. We need to talk," ujar Maisarah memperkenalkan diri.
Aimy memandang gadis bertudung hitam di hadapannya sebelum mengalihkan pandangan pada wajah Nadzlia yang nyata terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak disangkanya itu.
"Boleh kita berbincang, berdua?" pinta Maisarah.
Aimy menganggukkan kepala lalu melangkah pergi. Sempat dia memegang bahu Nadzlia bagai menghantar kekuatan buat kawannya itu.
"Okey, apa yang awak nak bincangkan? Saya rasa mesti penting sebab awak sanggup datang petang-petang begini. Waktu peperiksaan SPM pula. Tak sabar nak ambil ke?" sempat Nadzlia memerli.
"Tentang Khairul," jawab Maisarah membuatkan Nadzlia sedikit tersentak.
"Kenapa dengan dia?"
"Awak tahu yang saya dan dia bercouple kan?"
"Ya, ada juga saya dengar tapi apa kaitannya dengan saya?" soal Nadzlia tidak faham.
"Dia menolak saya sebab awak" beritahu Maisarah.
"Hah? Takkanlah..."
"Ya, dia kata dia sukakan orang lain. Seorang perempuan yang dikenali sejak kecil lagi. Dan saya yakin perempuan yang dimaksudkan oleh Khairul tu awak,"
"Mana awak tahu itu saya?" Nadzlia menduga.
"Sebab awak saja perempuan yang dikenalinya sejak kecil. Saya tahu dari kawan-kawan dia," jawab Maisarah.
"Jadi, awak nak saya buat apa?"
"Jauhkan diri dari dia. Khairul milik saya!" tegas Maisarah.
Nadzlia diam. Jika benar kata-kata Maisarah tadi, ini bermakna yang Khairul juga... menyimpan perasaan yang sama sepertinya! Oh, apakah yang telah dilakukan pada lelaki itu?
"Maaf, saya tak dapat lakukakannya. Khairul, saya juga cintakan dia," balas Nadzlia sekaaligus membuatkan Maisarah terperanjat.
"Tak, kau tak boleh!" bentak Maisarah.
"Saya boleh, dia milik saya dan saya miliknya. Maaf, lebih baik awak cari orang lain," ujar Nadzlia lalu melangkah pergi.
"Oh ya, sebelum tu, saya ucapkan terima kasih!" sambung Nadzlia.
"Hei, tunggu! Tunggu!" teriak Maisarah namun tidak dipedulikan Nadzlia.

* * * * *

NADZLIA bergegas ke tempat letak basikal. Harap Khairul masih belum pulang lagi. Oh, mujur basikalnya masih ada tapi, di manakah lelaki itu? Nadzlia berlari ke kantin. Tiada. Kemudian, dia ke berlegar-legar di sekeliling bangunan sekolah. Dari satu blok ke satu blok namun kelibat Khairul tetap tiada. Nadzlia melepaskan lelah di anak tangga Blok C. Tercungap-cungap dia menarik nafas dan menghembuskannya. Ke manakah Khairul berada saat ini? Dia harus segera mencari lelaki itu. Tidak sabar untuk meluahkan perasaannya pada Khairul. Lelaki itu harus tahu perasaannya. Rupanya, dia yang pentingkan diri selama ini. Dia tidak dapat mengesan getaran cinta lelaki itu. Dia buta. Khairul, awak kat mana?
"Aku ingat nak main bola petang nanti. Kau ajaklah budak-budak lain," ujar seorang pelajar lelaki ketika melintasi ruang legar Blok C.
Padang! Ya, dia masih belum mencari di situ. Harap lelaki itu berada di situ. Lantas, segara Nadzlia berlari menuju ke padang sekolah. Hatinya berbunga ceria apabila melihat Khairul sedang duduk terlentang di bawah bayang pokok ketapang yang rendang.
Segera Nadzlia berlari ke arahnya. Nadzlia memandang wajah Khairul yang sedang memejamkan mata. Wajah yang amat dirinduinya. Wajah yang menemani lenanya saban malam. Khairul menyedari ada seseorang berdekatan dengannya apabila mendengar adanya desah nafas yang berat.
"Nadz?"
Nadzlia duduk di atas hamparan rumput yang menghijau, menarik nafas sedalamnya lalu melepaskannya perlahan-lahan. ‘Nadz’... Baru Nadzlia sedar, hanya lelaki itu yang memanggilnya dengan nama begitu. Mengapa dia baru perasan saat ini?
"Kau okey? Dari mana ni?"
"Sa... saya ca...cari awak," jawab Nadzlia masih tercungap-cungap.
"Okey, okey, awak berehat dulu, tarik nafas perlahan-lahan, lepas tu baru cakap," ujar Khairul, cuba menenangkan gadis di sebelahnya.
"Ta... tak boleh... sa... saya..." kata-kata Nadzlia mati di situ kerana dia masih termengah-mengah.
"Rilekslah, saya ada kat sini. Tak lari. Awak..."
"Saya cintakan awak!" ucap Nadzlia mematikan kata-kata Khairul yang seterusnya.
"Hah?"
"Saya cintakan awak! Saya cintakan awak Khairul!" ucap Nadzlia sekali lagi.
Kali ini Khairul diam seribu bahasa. Dia benar-benar terkejut dengan lafaz yang diungkapkan oleh Nadzlia tadi.
"Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?"
"Ya, saya dah dengar segalanya dari Maisarah," terang Nadzlia.
Sekali lagi raut wajah Khairul berubah. Seketika kemudian, dia tersenyum.
"Saya juga cintakan awak, sejak dulu lagi," ujar Khairul.
"Tapi, kenapa awak dengan Maisarah..."
"Saja, nak uji awak. Saya tahu tak baik gunakan Maisarah tapi saya tak tahu perasaan awak pada saya, sebab tu saya tak ada pilihan lain. Awak pula, cakap antara kita hanya kawan masa di perpustakaan dulu, jadi, saya anggap awak tak pernah sukakan saya," jelas Khairul.
"Saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut cakap macam tu. Saya minta maaf," ucap Nadzlia.
"Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Cuma, awak harus tahu yang saya tak pernah dan tak akan mungkir janji,"
"Janji?"
"Lupalah tu. Ni..." ujar Khairul sambil mengunjukkan jari kelingkingnya pada Nadzlia.
Seketika, kenangan lalu menjengah minda Nadzlia. Kemudian, dia mengukir segarit senyum.

"Em, bila dah besar nanti, Lia nak kahwin dengan Khairul, boleh?"
"Ya, Khairul janji. Lia juga tak boleh tinggalkan Khairul ya,"
"Janji!"

Perlahan-lahan, jari kelingking mereka bertaut. Masing-masing saling berbalas senyum. Nadzlia tidak menyangka bahawa Khairul masih mengingati janji yang mereka lafazkan sewaktu berumur lapan tahun itu. Fikir Nadzlia, itu kisah budak-budak, tidak tahu apa makna yang diucapkan masa itu.
"Saya takkan lepaskan tangan ni," ucap Khairul.
"Janji?" soal Nadzlia.
"Janji!" ucap Khairul.
Di bawah langit biru yang luas bernaungkan pokok ketapang yang rendang, sama seperti dulu, sekali lagi, janji antara mereka termeterai. Kali ini, dengan hati yang memahami makna kasih sayang dan erti sebuah cinta!

TAMAT
posted by Penulisan2u @ 3:19 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
28 Comments:
  • At 29/12/08 3:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cayalah!!
    memang best cerpen nie!!

    ~Rainbow of the Music~

     

  • At 29/12/08 7:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye ceta niee
    sweet giler

     

  • At 29/12/08 11:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yup...
    mmg sweet...
    tp niew mcm puppy lurve ajew....

    ~EiLyNa BatRiSyA~

     

  • At 30/12/08 1:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so sweet!!
    tingat mse kecik2...
    de smbungn ke??
    cam ne ngn maisarah??

     

  • At 30/12/08 2:14 PTG, Blogger atie md said…

    best...mmg best...teruskan berkarya

     

  • At 30/12/08 5:52 PTG, Blogger atashinci said…

    chaiyok2.....
    tahniah penulis

     

  • At 31/12/08 7:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet la cte ney!!!!

     

  • At 1/1/09 2:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bestnya.Sooooooooooo sweet.Knapa guna tajuk lagu?Ada sambungan tak?I'm waiting.

     

  • At 1/1/09 12:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet, memang sweet... (*^_^*)

     

  • At 1/1/09 4:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ada jalan cerita, bahasa boleh diperbaiki, tambahkan lagi 'soul' dalam penulisan. kesimpulannya, cerita yang menarik. tak sabar menunggu karya yang lain... =)

     

  • At 2/1/09 4:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so sweet la cite nie...
    sy suke sngt..hehehe
    hrp2 ade sambungan ye..
    syabas kpd penulis..

     

  • At 3/1/09 2:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cter ni...
    pengalaman sendiri ke?? =)
    ape2 pun...wish u best of luck

     

  • At 4/1/09 12:36 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    macam kenal je penulis ni... duen smkbs ke? anyway, nice story... ~fiz~

     

  • At 4/1/09 12:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ada karya lain dlam ni? tak ada blog ke?

     

  • At 4/1/09 11:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Jutaan terima kasih diucapkan atas segala komen yang diberi. Saya amat hargainya. Insyaallah, saya akan terus berkarya. Nantikan karya-karya saya yang seterusnya dari semasa ke semasa... =)

    ikhlas,
    ~Ridhwan Zainudin~

     

  • At 4/1/09 11:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    oh, ya. cerita ni mungkin ada sambungannya. saya akan usahakan. tentang blog buat masa ini dalam proses menghasilkannya, insyaallah, akan menemui anda semua tak lama lagi... =)

     

  • At 5/1/09 3:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bila baca cte ni saya boleh rasa apa yang watak rasa. apapun satu cte yang amaaaat menarik. tahniah pada penulis saya ucapkan.

     

  • At 7/1/09 6:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah! this story really means a lot to me! t'ingat kat my best friend masa kecik dulu. huhu...

     

  • At 10/1/09 3:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    keep up the good work! Nice story! =)

     

  • At 10/1/09 10:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestfriend sy masa kecik2 dulu boy gak. but now dia dah nak kawen bln 5 nii... sedey sbb dia kawen dulu dr sy. huhuhuhuh

    -ice lavender-

     

  • At 11/1/09 2:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    takpe ice lavender, jodoh di tangan Tuhan. jangan putus asa mencarinya...
    -kimi-

     

  • At 14/1/09 3:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam penulis..
    tahniah sy ucpkn atas cerpen yg sangat menarik..
    sy dapat menjiwai watak ketika m'baca cerpen ini..
    jalan cerita yg menarik dan romantik..
    teruskan berkarya..
    semoga awk sukses selalu..

    ..amiRaH..(^_^)

     

  • At 26/1/09 12:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Sangat romantis! Membuai perasaan... teruskan menulis begini. U ni mesti romantik orangnya, right? =p

     

  • At 26/1/09 8:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    penulis ni kawan baik aku tau.. memang jiwang orgnyer... he3... -hafiz-

     

  • At 27/1/09 9:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Rasa akulah, inilah satu-satunya cerpen kat dalam penulisan2u yang guna ayat dan tatabahasa melayu dengan betul. Kebanyakan cerpen kat sini suka guna ayat singkat dan tatabahasa yang salah. buat spoil mood je nak baca. cubalah martabatkan sikit bahasa melayu kita tu. apapun, tahniah pada penulis ni! teruskan menggunakan bahasa melayu dengan tepat dan betul.

     

  • At 2/2/09 12:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaaaaa... so cute!! saya suka.. pengolahan cerita membawa saya seolah bersamasama dengan watak.. best!!

     

  • At 12/2/09 7:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    menarik dan penuh romantis! keep it up!

     

  • At 15/2/09 8:47 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ada masa, sila lawati blog saya. terima kasih... =)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group