Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dia tersenyum bahagia. Bersandar pada dinding bersama senyum yang seakan tidak mahu putus dari bibir. "Ini berita paling indah yang abang dapat untuk seumur hidup abang sayang. Syukur. Penantian bertahun kita selama ini, akhirnya berakhir dengan berita seindah ini..," Dia senyum lagi. "Apa? Girl? No. No. Abang nak boy. Nanti boleh temankan abang main bola. Hmm..janganlah merajuk. Abang gurau saja. Abang tak kisah sayang. Boy atau girl. Abang tak kisah. Yang penting baby kita nanti cantik macam mamanya tak pun, lawa macam papanya,"dia bersuara sambil tergelak. Namun, gelak itu Cuma seketika. Sekelip mata, senyum manis yang menghiasi bibir hilang begitu sahaja. Segera dia memalingkan muka. Bingkas bangun dari sandarnya. Berjalan mundar mandir di ruang bilik itu sambil tangannya menepuk kepala. Berkali-kali. "Diam! Diam! Aku tak nak dengar! Aku tak nak dengar! Itu bukan anak aku! Bukan!,"bergema bilik itu dengan amarahnya yang tiba-tiba. Matanya meliar memandang sekeliling. Menjerit-jerit marah sambil tangannya memukul dinding yang kaku. "Aku tak nak dengar! Kau tipu! Itu bukan anak aku... Bukan..,"jeritannya kemudian sedikit mengendur. Amarah yang menyapu wajah berganti pula dengan satu renungan sendu pada katil bayi di hujung bilik. Segera dia menghampiri katil yang masih terhias cantik itu. "Anak aku! Mana anak aku? Anak aku dah tak ada. Mana? Mana anak aku?!,"liar matanya memandang sekeliling. Laju pula tangannya menyelongkar timbunan bantal dan lampin yang memenuhi ruang katil kecil itu. Dicampak semua yang dia capai. "Mana? Mana anak aku? Aku nak anak aku! Niza! Jangan buat abang macam ni. kembalikan anak kita Niza! Jangan tinggalkan abang macam ni. pulanglah Niza..Pulanglah pada abang. Abang dah tak marah lagi. Abang tak marah.. abang Cuma nak Niza. Abang nak anak kita...,"dia merintih pilu. Membiarkan air mata merembes laju ke pipi. Tubuhnya longlai. Jatuh perlahan. Terjelepuk di lantai bersama ngongoian sendu. Berteleku sambil menarik lutut rapat ke dada. Esakan yang tidak bertepi, bagai irama pada tarian bahunya yang terhenjut-henjut. Terus merintih memanggil satu nama.. Niza..Niza dan Niza. Sedang di satu sudut, dua pasang mata merenung pilu bersama deraian air mata. Sekelip mata mereka kehilangan seorang anak yang terlalu baik pada mereka satu ketika dulu. Rindunya mereka pada anak lelaki yang bertahun-tahun membuat mereka bangga. Namun, hari ini..segalanya sudah tidak seperti dulu. Dan, mereka tahu, itu semua bukan salah takdir.
*****
Fiman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 216:- "...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.".....
Ketukan pintu yang bertalu tidak diendahkan. Hatinya parah. Jiwanya mati. Dan, ketukan itu sungguh membingitkan. Menambah gelodak geram di hati. "Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku...," "Khai! Sampai bila kau nak macam ni? Bukalah pintu ni. Kita duduk berbincang elok-elok," Khairul merintih sendiri. Perlahan-lahan menjatuhkan dirinya ke lantai. Sungguh dia tiada upaya untuk berdiri lagi. Apa yang hendak dibincangkan lagi? Segala-galanya sudah musnah. Impiannya punah. Harapannya hancur. "Khai!," ketukan bertalu lagi. Segera telapak tangannya menutup telinga. Bisingnya! "Buka pintu ni. sampai bila kamu nak macam ni? Sikap kamu ni, tak membantu langsung. Kau tak boleh lepas tangan macam ni. Kasihan Niza. Kamu jangan jadi selfish macam ni, nak," "Abah, tolonglah. Just leave me alone. Saya nak bersendirian. Jangan ganggu saya!," "Kamu pentingkan diri sendiri Khai. Kamu tak boleh macam ni. Ini semua dah ditetapkan. Kita kena redha," Dada Khairul beralun mendengar bicara itu. Senang sungguh bapanya berhujah. Memang senang! Sebab, bukan bapanya yang alami semua ini. Dia! Dia yang harus menelan pahit kenyataan ini. Tidak tertelan rasanya. Kenapa? Kenapa semua ini harus berlaku padanya? Kenapa takdir ini begitu kejam? Tidak bolehkah memberi sedikit keadilan padanya? Haruskah penantiannya yang begitu lama, berakhir begini? "Khai.. dengar cakap abah. Jangan macam ni, Susah hati mama dengan abah tengok kamu macam ni," "Mama tak faham! Abah pun tak faham! Kenapa semua orang tak faham apa yang saya rasa sekarang? Kenapa semua ni jadi pada saya? Kenapa tak jadi pada orang lain? Saya benci! Saya tak boleh terima semua ni..tak boleh..," "Dah dua hari kamu kurung diri macam ni. Keluarlah. Kita ke hospital sama-sama. Kasihan Niza tu. Kasihan baby," "Tak mahu. Tolonglah. Tinggalkan saya sendirian," Dia mendengar keluhan lemah di pintu biliknya. Dan, selepas itu suasana sepi. Pasti ibu dan ayahnya sudah berlalu. Tinggal dia sendirian di situ. Terus membiarkan fikirannya sendat dengan rasa marah dan tidak puas hati. Pada siapa? Dia sendiri tidak tahu. Dalam marah itu, air matanya mengalir laju. Sungguh hebat dugaan ini untuk dia tempuh. ***
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
"Abang tak datang, mama?," Dia memandang wajah mertuanya yang layu. Senyum cuba diukir. Dia tahu wanita tua itu tidak bersedia memberi jawapan. "Abang marah Niza ya, mama? Abah?," "Berilah Khai sedekit ruang Niza. Beri dia masa," Niza tersenyum lagi. Cuba bergerak. Tetapi, tubuhnya terasa terlalu lemah. Saat ini, yang mahu dia lakukan, cumalah membiarkan matanya terpejam rapat. Namun, sebelum sepasang mata ini tertutup, ingin sekali dia menatap wajah Khairul. Menitipkan pesan buat ayah kepada seorang bayi yang baru keluar dari rahimnya beberapa hari yang lalu. Pesan yang mungkin menjadi pesan terakhir. Wallahu’Alam. "Niza bimbang. Niza bimbang Niza yang tak cukup masa. Niza nak jumpa abang. Sekejap pun jadilah. Kalau abang tak mahu jumpa Niza.. abah tolong ya," "Tolong apa? Apa Niza cakap ni? Niza tak apa-apa kan?,’Hasan utarakan pertanyaan. Kata-kata itu membuat hatinya bergetar halus. Niza senyum lagi. Senyum yang cukup layu dari bibirnya yang putih pucat. "Cakap pada abang. Ampunkan segala dosa Niza pada dia. Halalkan makan minum Niza salama Niza jadi isteri dia. Dan, abah.. mama.. ampunkan segala dosa Niza ya. Halalkan juga makan minum Niza selama Niza menjadi menantu," "Niza. Jangan cakap macam tu. Niza tak pernah buat salah pada kami. niza menantu yang baik," "Aiman. Doktor cakap jantung Aiman ada masalah, abah. Suruhlah abang datang jenguk Aiman. Kasihan Aiman, abah..," Menitik air mata di birai mata tanpa sedar. Perlahan Hasan mengesat matanya yang sudah sedikit basah. Rayuan itu cukup memilukan. Dia menoleh. Memandang isterinya yang tertunduk di kerusi. Dia tahu isterinya juga menangis mendengar rayuan Niza. "Niza takut... Niza takut abang tak sempat..,"rayuan bersambung lagi. "Abah akan cuba pujuk dia lagi. Sekarang, Niza berehatlah. Jangan banyak fikir. Tenangkan fikiran tu," Niza mengangguk dalam resah. Bagaimana mungkin dia boleh tenangkan tasik akalnya yang berkocak hebat? Rasa sedih. Bersalah. Lemah. Putus-asa. Semuanya berhimpun menjadi satu. Dia berusaha untuk membahagiakan suaminya. Berusaha mengotakan segala impian suaminya. Impian indah yang mereka cipta bersama-sama. Namun, ketentuan ALLAH, tiada sempadan. Sebagai hamba yang kerdil, segalanya dia terima sebagai ujian. Ujian yang menunjukkan kasih sayang ALLAH padanya. Dia redha. Tetapi, kenapa tidak Khairul? Kenapa Khairul berubah? Kenapa Khairul degil untuk menerima ketentuan ini? Kenapa? Perlahan dia pejamkan mata. Membiarkan air mata menitis membasahi pipi. "Niza..," Matanya dibuka perlahan. tersenyum lagi. Menatap wajah ibu dan bapa mertuanya yang kelihatan sedikit risau. Wajah-wajah yang tidak pernah jemu jengahkan muka di sisi katilnya. "Mama..abah.. cuba selamatkan Aiman ya. Kalau takdir tidak mahu Aiman mengikut Niza, mama sayangilah dia. Lindungi dia. Tapi, kalau takdir mahu Aiman menemani Niza, maafkan Niza ya, mama..abah. Niza sudah cuba sedaya upaya untuk berikan abang zuriat. Untuk hadiahkan cucu pada mama dan abah. Maafkan Niza kalau Niza gagal," "Niza. Jangan cakap macam tu, nak," Niza tersenyum dan membiarkan matanya terpejam perlahan-lahan. ***
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Apabila disebut tentang qadar maka diamlah... (Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).
"Kau kejam!," Khairul tersentak. Segera dia bangkit. Suara itu kuat melantun di bilik yang sepi itu. "Kau pentingkan diri sendiri," "Tidak!," "Ya! Kau pentingkan diri sendiri," "Siapa kau?," "Aku adalah kau..," Khairul tersentap. Memandang sekeliling. Kosong. Cuma dia di suit. Dan suara itu? Dadanya berombak kencang. Itu Cuma imgaginasi. Imaginasi! "Bukan! Aku bukan imaginasi! Aku wujud. Di sini. Bersama kau..," Suara itu melantun lagi. Membuat Khairul terfana. "Tidak! Ini semua hanya mainan perasaan," Dan, hilai tawa suara tanpa wajah itu memenuhi ruang bilik. "Khairul..Khairul.... Kau memang pengecut. Kau nafikan semua kenyataan di hadapan kau. Kau memang manusia kejam," "Tidak! Aku tak kejam. Mereka yang kejam. Takdir yang kejam! Kenapa takdir aku seburuk ini? Aku tak patut terima ini semua. Aku berhak dapat yang terbaik," "Selama ini memang kau sudah dapat yang terbaik, Khairul. Kenapa kau nafikan? Kau ada ibu dan ayah yang baik. Isteri yang baik. Pengaruh yang baik. Hidup yang baik. Keluarga yang sempurna. Kenapa kau nafikan?," Khairul diam. "Kau tinggalkan isteri kau sendirian selepas dia bertarung nyawa menghadiahkan kau seorang bayi yang memang kau tunggu selama bertahun-tahun. Mana pergi perasaan kau Khairul? Kau tinggalkan bayi kau, sebelum sempat pun kau pandang wajah dari darah daging kau sendiri. Kau memang kejam..," "Itu bukan anak aku!," "Itu memang anak kau!," "Diam! Anak aku tak cacat! Anak aku mesti sempurna! Anak aku tak akan cacat..," "Hah! Itu yang kau sibukkan? Kau tinggalkan anak isteri kau sendirian, semata-mata kerana itu? Walau macam mana keadaan anak itu, itulah anak kau. Kasihan anak itu. Bapanya tidak ingin menatap wajahnya sebaik dia kenal dunia ini. Jauh sekali hendak alunkan azan di telinganya. Alunan dari suara yang memberinya kesempatan untuk kenal dunia ini. Sayang..Sungguh sayang," "Diam!," "Aku boleh diam. Tapi, aku kasihan. Kasihan tengok manusia tidak tahu bersyukur macam kau. Kau ingkar pada ketentuan yang ALLAH tetapkan. Kau manusia bongkak Khairul. Nasiahat aku, pergilah, Khairul. Pergi lihat isteri dan anak kau, sebelum kau terlambat," "Tidak! Aku malu. Aku tak boleh ada anak cacat. Macam mana aku nak berdepan dengan masyarakat? Macam mana aku nak beritahu kawan-kawan aku? Tak mungkin. Ini semua tak adil!," "Kau yang tak adil pada diri kau sendiri Khairul. Kau gagal. Kau kejam. Kau kalah..," "Pergi! Jangan kacau aku!,"Khairul menjerit kuat. Seiring dengan kuat ketukan pada pintu biliknya. Suara itu terus sepi. Yang kedengaran Cuma ketukan yang terus berlagu keras bersama suara bapanya yang kedengaran sedikit sendu. "Khai.. buka pintu ni..," Dengan dada yang masih berombak, dia bergerak ke pintu. Membuka pintu perlahan. merenung wajah bapanya yang jelas membekas air mata di pipi. Mata diaihkan pula ke arah ibu yang tunduk dalam pelukan bapanya. Reaksi itu sedikit berbeza dengan reaksi sebelum ini. Tiada lagi suara marah-marah. Tiada lagi lagu nasihat yang kedengaran sumbang di telinganya. Reaksi yang tiba-tiba mengundang debar di hati. "Kenapa abah?," "Niza. Niza dah tak ada. Aiman pun pergi bersamanya...," Putus nafas Khairul tiba-tiba. Terduduk di lantai tiba-tiba. Kaku tiba-tiba. Dadanya kembali berombak. Laju. Dan semakin laju. Niza tiada? Dia kehilangan isterinya? Gadis yang dia cintai bertahun-tahun lamanya? Dan, bayi kecil itu? Tidak! Dia kehilangan bayi dari benihnya sebelum sempat dia pandang wajah itu. wajah yang dia tunggu selama bertahun-tahun. Dadanya berombak lagi. Tanpa suara, pipinya basah dengan air mata. Perlahan tangannya meraup rambut yang sedikit masai. "Abah bohong kan? abah Cuma nak saya pergi jumpa mereka kan?," "Sabarlah Khai. Mengucap. Istighfar banyak-banyak..," "Abah bohong! Abah tipu. Niza tak akan tinggalkan saya..," "Khai..Tumpah darah Niza, tak berhenti. Dan..," "Tidakkkk!!!," Kata-katanya bapanya tidak dibenarkan bersambung. ****
"..maka jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul..". Surah an-Nisa: 59
Air mata yang terus laju di pipi, dibiarkan sahaja. Longlai langkahnya sambil tangannya kuat mendakap tubuh kecil ke dadanya. Namun, tiada kehangatan pada tubuh kecil itu. Kaku berbalut kain putih. Perlahan dia menoleh. Sayu menatap pada jenazah Niza yang diusung di belakangnya. Sekelip mata dia kehilangan segalanya. Sekelip mata, dia tinggal sendirian di dunia ini. Tanpa sedar, bahunya berenjut lagi. Gagal menahan esakan yang pecah tiba-tiba. "Sabar, Khai..," Pelukan di bahunya ternyata sedikit membantu. Dia menoleh, menatap wajah sugul bapanya. "Khai menyesal. Khai tak sempat..," "Jangan cakap apa-apa. Semua sudah tersurat, Khai,"cepat bapanya menyampuk. Barangkali tidak mahu dia melayan emosi di saat isteri dan anaknya mahu pulang ke sisi yang Esa. Perjalanan terasa tidak member penat di kaki. Perasaannya seakan hilang tatkala dia menghulurkan jenazah kecil di pelukannya untuk disemadikan di sisi wanita kesayangannya itu. Esakannya datang tiba-tiba tatkala memandang ketulan-ketulan tanah yang di kepal lalu di susun di dalam liang. Dan apabila tanah perlahan-lahan ditimbus, dia tahu dia sudah terpisah selamanya dengan dua nyawa yang rapat di hatinya itu. Belati rasa tiba-tiba membidas keras di hati. Besar sungguh dosanya pada Niza. Pada bayi kecil itu. Dia kejam. Dan, dia tidak sempat memohon kemaafan atas kekejamannya itu. dia biarkan Niza sendirian menghadapi saat sukar. Dia biarkan bayinya sendirian melawan kesakitan. Dia kejam. "Niza..jangan tinggalkan abang sendirian...,abang perlukan Niza. Awak akan terima anak kita, Niza. Pulanglah.. "Khairul merintih pilu. Terjelepok di tepi nisan. Memandang sepi, pada pembaca talkin. "Khai... Jangan macam ni," Kahirul menoleh. Siapa lagi? Pastilah itu suara bapanya. Bapanya yang tidak putus-putus memberi semangant padanya. Tapi, ternyata semangatnya sudah pergi bersama Niza dan anaknya. Dia mengangkat muka. Melihat Niza tersenyum padanya. Melihat jemari kecil yang tergawang-gawang. Bayinya dipeluk erat oleh Niza. "Niza!," "Relakan kami pergi, bang...," "Tidak! Abang tidak rela. Jangan pergi! Jangan pergi Niza. Niza! Tunggu abang!, Niza melangkah perlahan. Berpaling dan terus melangkah. "Niza! Tunggu abang! Jangan tinggal abang! Jangan bawa anak kita. Niza!,"dia menjerit kuat. Melangkah laju sehingga hampir melanggar manusia-manusia yang berkerumun du kuburan itu. dia mesti cepat. Dia tidak boleh biarkan Niza terus berlalu dari hidupnya. Laju dia mengejar. Mengejar pada baying yang hilang dibawa kabus yang muncul selepas renyai berhenti. "Niza...,"tangisnya apabila langkahnya mati. Kakinya longlai. Dan matanya layu. Pandangannya gelap.
best bangat... lain dr yg lain... congrats k. hanni... sy suke bace karya akak... slalu tercari2 karya dr akak... smoga akak terus diberi ilham utk berkarya lg...insya ALLAH...
uwaaaa.... sedih giler citer ni... tahniah untuk penulis.. dah bertakung air mata aku ni tunggu nak mengalir jer lagi tapi tpaksa tahan coz nanti bos perasan huhuhuhu.... tahniah sekali lagi untuk penulis...wat cerpen yang best2 lagi ek...gud luck lg 1, ingat kita perlu besyukur dengan setiap pemberian ALLAH walaupun x seperti yang kita idamkan...
rasa sebak sangat2 bila baca..memang menyerntu perasaan...syabas yer..hampir2 jer menangis...bayangkan kalau benda tu terjadi kat diri sendiri...camne agaknya penerimaan??...
hi hanni... juz nak ckp nice stori... i didnt mean 2 hurt u las time.. sy kt mnyampah kat org yg komen kat ats tu (cerpen yg jd isu tu) not u koz i dah jd cam dia plak tegor ngan kerek. in fact sy ckp kan jgn mara kalu bkn awak yg tls d komen... sorry again... hope 2 read ur stori nex time... keep it up...
waa.. cedey nyer cter ni..da menitis pun airmata ni.. nseb baik lyn story ni sowg2..xdela segan sgt..huhuhu..pape pun..da best n gudluck to k.hanni..luv ur karya..
very the sedey story... kalo panjang sket lagi, kompom menitik2 ayor mato nih... seb baek ala2 pendek sket...so bertakung jerk air mata ni. u nyer citer mmg alwayz touching...love u spend with it. keep it up...
hi..penulis ni mmg ada talent..n byk idea dlm penulisan..tapi bila direnung n di nilai karya anda sesuai pada pembacaan remaja,apa kata anda keluar dari kepumpong itu..sy tahu anda boleh buat lebih lg..bykkn lg m'baca karya2 agung..contoh terbaik..hasil penulisan a samad said n hm tuah..intipati sesebuah karya penting utk lahir sebagai penulis.. ikhlas..anak penulis...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
waa! sedihnya cite ni. hampir je sy nangis. kalau kak hanni yg tulis, mmg best lah. ^_^