Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dua tiga kali bahuku dicuit Puteri yang duduk di belakangku. Konsentrasiku dengan apa yang diajar Puan Telagavathy sedikit terganggu. Mataku melirik merata-rata tempat. Mencari-cari siapa gerangannya yang dimaksudkan Puteri.
"Dah dua kali dia tengok kau. Tak kan tak perasan?" sekali lagi Puteri mengganggu privasiku.
"Perlahanlah sikit, kan cikgu tengah ajar tu. Kau ni, tak boleh ke kalau tumpukan perhatian dengan subjek Kimia ni. Nanti tak faham, mulalah nak tanya-tanya aku," balasku selamba.
"Yes my dear, anything both of you want to share?" Puan Telagavathy tiba-tiba muncul di sebelahku. Aku kaget dengan kehadirannya. Puteri la ni!
"Kawan saya ni tak berapa nak faham tentang bab rate of reaction. Macam mana nak kira rate sesuatu eksperimen," tergagap-gagap aku menjawabnya.
"Why don’t you ask me earlier. We almost close our syllabus,"
Aku memandang wajahnya. "Last week, I didn’t come teacher, so, I little bit confuse," Puteri menyambung temberangku.
Puan Telagavathy memandang kami berdua. "Alright then, you can come see me after this," katanya sambil berlalu pergi. Aku menghela nafas lega.
Aku beralih kepada Puteri, geram aku dibuatnya. Kemudian, aku lemparkan pandanganku kepada Amir dan Zhafran. Dari jauh mereka ketawa kecil melihatku. Malunya!!!!
"Apalah kau ni Dania. Kau sendiri cakap yang kau suka dia, tapi bukannya kau nak beritahu dia perasaan kau tu. Bila dia duk usha kau, mulalah nak tarik muka. Lepas tu senyum sorang-sorang. Kan bagus kalau terus-terang je dengan dia, habis cerita," Puteri kembali menghangatkan semula topik yang aku sendiri sudah lupakan sebaik sahaja sesi pembelajaran subjek formula itu berakhir. Kerana itu jugalah, kami hampir tertangkap.
Aku tunduk seketika, dalam diam aku cuba memerhati lelaki berbaju T-shirt coklat yang duduk di sebelah Amir. Setiap kali aku lihat dia, jantungku bagaikan berdebar-debar, wajahnya yang tenang itu selalu membuatkan aku tersenyum sendiri. Sejak aku mula tuisyen di sini, sejak itu jugalah hatiku mula terusik dengan gelagatnya yang amat pendiam.
Tidak pernah aku lihat dia sembang kosong dengan kawan-kawan. Setiap kali menanti kehadiran cikgu, dia pasti akan membuka buku terlebih dahulu. Boleh dikatakan, dia ni ‘mat buku’. Itulah yang menarik hatiku. Dia bukan sahaja pendiam, pandai dan dia juga merupakan pesaing aku yang utama.
Aku sering rasa tergugat dengan dirinya. Cikgu tanya saja, dia jawab. Kalau dia jawab salah, tak apalah. Ini semuanya betul. Aku rasa tercabar. Oleh itu, setiap kali aku pergi tuisyen, aku sentiasa buat persediaan. Aku mahu dia tahu, bukan dia seorang sahaja yang mahu kejar ilmu, aku juga begitu. Sekaligus, dia akan tahu yang aku dalam diam cuba memikatnya.
"Dania!" Puteri menyiku tanganku. Bila saatnya Puteri berada di sebelahku pun aku tidak sedar.
"Puteri, tak kanlah perigi nak cari timba?" kataku lemah.
"Apa salahnya. Perigi yang kau maksudkan tu, adalah perigi yang sudah berabad usianya. Perigi zaman sekarang lain. Di mana ada timba, di situ jugalah perigi akan dibina. Zaman sekarang dah majulah, bukannya macam zaman datuk nenek kita. Nak main mata sekejap pun banyak pantang larangnya,"
Kalau bab menjawab, Puteri lah pakarnya. Aku kehilangan kata-kata. Aku tak nak lah digelar perempuan yang terhegeh-hegeh, dan tergedik-gedik nak kan lelaki.
"Kau tengok dia sedang buat apa? Dan kita pula buat apa?" umpanku.
"Er…buka buku juga, tapi buku masa depan," balasnya. Aku tersenyum mendengar jawapannya.
"Inilah perbezaan antara aku dengan dia. Dia pandai, aku ni tak berapa sangat. Masa dia terisi dengan benda-benda berfaedah, tapi masa aku? Boleh dikatakan aku dengan dia bagaikan langit dengan bumi. Lagipun, kita kan nak SPM dah. Lebih baik kita tumpukan pada SPM, daripada benda-benda yang tak kan bawa kita ke mana. Aku tahu, dia juga fikir macam tu," terangku panjang. Akhirnya segala isi hatiku sudah terungkap.
"Suka hati kaulah Dania. Aku malas dah nak cakap banyak. Selama ni pun memang aku sorang je yang banyak cakap. Kalau itu yang kau rasakan terbaik, buatlah, jangan suatu hari nanti kau nyesal tak luahkannya sudah! Aku rasakan, dia pun syok kat kau la," Puteri kembali memancing diriku.
"Puteri Syafinaz!" kataku tegas.
Puteri tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. Dia menepuk-nepuk bahuku beberapa kali sambil memerhatikan Zhafran. Kemudian dia meninggalkan aku sendirian, kembali ke tempat asalnya.
Aku mengeluh kecil. Betul ke dia ada hati kat aku? Setakat sekali sekala curi pandang aku tak bermakna dia menyimpan perasaan pada aku.
"Biarlah, kalau ada jodoh tak ke mana juga. Usia masih muda," aku mengulang-ulang semula kata-kata Amir kepadaku ketika aku menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan Zhafran. Benar juga kata-katanya…
* * *
"Macam mana paper Bio tadi? Boleh jawab tak?" aku melontarkan pandangan kusam kepada Puteri. Aku harap dia sudah tahu jawapannya hanya dengan melihat raut wajahku.
"Rilek la Dania! Walau macam mana pun, kau dah buat yang terbaik. Kau nak menyesal pun tak guna. SPM kita dah lepas. Sekarang kita dah bebas!" Puteri menjerit-jerit kegembiraan. Dari pagi tadi Puteri lah yang paling gembira. Mungkin hari ini hari terakhir SPM, jadi dia terlalu excited.
"Kita pergi main bowling nak?" sekali lagi Puteri bersuara. Aku mahu sahaja dia diam buat sehari lebih-lebih lagi selepas paper Biologi yang aku gagal untuk jawab dengan baiknya.
"Aku ingat nak rehat kat rumah. Nanti-nanti lah kita main. Boleh?"
Puteri menarik-narik tangan aku. Ku biarkan dia begitu. Hilang mood aku nak bersuka-ria. Aku menyepikan diriku. Aku duduk jauh daripada kawan-kawanku. Memang menyesal tidak study sehabis baik untuk subjek Biologi. Dah lepas…
Aku dapat mendengar kawan-kawanku berbincang semasa mereka. Aku hanya mendengar acuh tidak acuh sahaja. Tetapi sesuatu begitu menarik minatku.
"Tak kan dah lama tak jumpa dia? Aku baru je jumpa dia kat Uda Ocean minggu lepas. Sihat je aku tengok dia," Yohanadhan kelihatan bersemangat sekali.
"Manalah aku tahu, aku kan dah berhenti tuisyen. Dah lama tak jumpa dia. Nak tanya gak macam mana dia jawab exam ni," balas Amir.
Aku tanpa segan silunya, menghampiri mereka berdua. "Kamu cakap tentang siapa ni?" aku mengambil tempat di sebelahYohanadhan.
"Amir ni, dia tanya tentang Zhafran," mataku terbeliak. Aku seakan disuntik agar bersemangat sebaik sahaja namanya disebut. Sudah lama aku tak dengar khabarnya.
"Kenapa kau tanya?" aku beralih kapada Amir.
"Saja. Kan sejak kita berhenti tuisyen kita dah lama tak contact dia. Dekat tujuh bulan la juga, kan? Nak tahu juga macam mana dengan exam ni," terang Amir panjang.
Aku hanya mengangguk. Tujuh bulan tak jumpa dia. Tujuh bulan juga aku tak nampak batang hidungnya yang suka menyelak buku setiap kali cikgu tiada dalam kelas.
Aku mengorak langkah pulang. Bukan sahaja sedih dengan kesilapanku dalam kertas Biologi, tetapi fikiranku mula teringatkan Zhafran yang sudah lama tidak ku ketahuan keadaannya.
"Dania! Tunggulah!" aku pasti siapa yang memanggil. Puteri…
"Kenapa ni? Tetiba je berubah. Sudahlah, yang lepas, biarlah lepas. Kita pergi makan, aku belanja," Puteri beriya-iya memujukku.
"Okeylah," tak sampai hati pula aku nak menolaknya.
* * *
"Dania, minggu depan ada program pendidikan kat Hotel Syuen. Aku nak ajak kau temankan aku. At least, we can find something that valuable about IPTA or IPTS,"
"Aku ada driving lesson lah beberapa hari ni. Bila tu?"
"Hujung minggu ni. Jom lah," Puteri begitu mahu aku menemaninya. Selama aku duduk di rumah menunggu keputusan peperiksaan SPM, Puteri tidak pernah lost contact dengan aku.
"Aku memang nak pergi. Tentang memandu tu, aku akan cuba slow talk dengan instructor aku. Lagipun, hati aku ni beriya-iya nak pergi sejak Khamis lepas," ujarku sambil ketawa kecil.
"Aku yang ajak kau, kau yang lebih-lebih? Apa kes?"
"Entahlah Puteri. Hati aku ni kuat mengatakan Zhafran ada kat sana. Kau kan tahu, kalau benda-benda yang melibatkan pendidikan, dia mesti ada. Macam Skor A kita sebelum SPM, dia ada. So, I think he will be there," ujarku lembut. Macam orang gila pula aku rasa.
"Ewah-ewah! Dah pandai rasa-rasa dah sekarang. Tu lah kau, aku suruh kau cakap, kau tak nak. Sekarang, mulalah nak gila bayang," Puteri memerliku.
"Puteri, kau kan kawan aku. Kau tentu faham perasaan aku,"
"Yalah. Jadi, kau nak pergi sebab hati dan jiwa kau berkata yang dia ada?" aku tahu Puteri sindir aku. Aku dapat dengar dia ketawa kecil di corong telefon.
"Suka hati kau lah. Aku jumpa kau Sabtu ni,"
"Kita pergi Ahad lah,"
"Kau nak aku teman ke tak? Ahad aku ada hal,"
Puteri terdiam dan aku yakin diamnya itu menunjukkan dia bersetuju denganku.
* * *
"Tak nampak pun batang hidung dia,"
"Kan aku cakap, instinct aku je. Yang kau percaya sangat siapa suruh," aku juga turut melilau mencari kelibat Zhafran. Tapi sayangnya, dua tiga kali pusing tidak juga ku temuinya.
Aku bagaikan orang yang gila sahaja. Menyukai dan menyimpan perasaan pada orang yang tidak pernah menegurku. Entah mengapa aku terlalu yakin, aku akan berjumpa dengannya dan aku akan tegurnya juga. Aku yakin, akan sampai masanya nanti, aku akan berdepan dengannya.
"Dania, Hanis cakap hari tu dia ada nampak Zhafran kat tempat memandu. Rasanya tempat tu sama dengan tempat kau belajar. Kau tak tahu ke?" Puteri berjaya menarik perhatianku.
Aku hanya menggeleng. "Dia tak cerita kat kau?"
Aku sekali lagi menggeleng. "Dia tak nak kau kecewa kot. Al-maklumlah, kau ni kan sensitif sangat. Kau selalu cakap kat aku yang kau akan jumpa dia, tapi, kau pernah jumpa dia?"
Aku mendiamkan diri. "Tu lah, setiap kali aku terfikir nak jumpa dia dan yakin aku akan jumpa dia, mesti tak kesampaian. Sebab apa pun tak tahu," aku mula mengeluh. Puteri memegang erat tanganku. Aku hanya mampu tersenyum.
* * *
Seminggu selepas aku menghadiri program pendidikan itu, aku dapat berita daripada Amir yang dia terserempak dengan Zhafran di program tersebut. Aku dah agak. Perkara yang sama aku laluinya sekali lagi.
Benar kata hatiku. Benar kata naluri jiwaku, yang dia ada di sana. Tapi bukan diriku yang dia akan ketemu, tetapi dengan orang lain, sama seperti kes memandu. Aku pelik dengan suratan takdirku. Kami sememangnya ada jodoh untuk bertemu tetapi tidak kesampaian. Kata hatiku selalunya benar tetapi…
Kini, aku mula menyibukkan diriku dengan pembelajaranku. Aku menyambung pelajaranku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Computer Security, semester yang terakhir. Selepas ini, aku akan bergelar graduan.
Selama aku berada di tahap aku sekarang, aku menyibukkan diriku dengan assignment, study group, research, dan banyak lagi. Dengan harapan, bila aku sibuk, aku tidak akan memikirkan hal peribadiku.
Tapi jujurku katakan, aku tidak pernah melupakan Zhafran. Sehingga kini, aku tetap menyukainya. Pernah juga aku disunting dua lelaki sebelum ini, tetapi aku menolaknya. Alasan yang aku berikan, aku sudah berpunya dan mahu menamatkan pelajaranku terlebih dahulu.
Aku memang bertepuk sebelah tangan. Aku sedar semua itu. Tapi, aku masih tidak boleh melupakannya. Biarlah aku membujang hingga ke tua, biarlah aku dengan duniaku sendiri.
"Jadi ke kau nak pergi reunion kita minggu depan?"
"Aku dengan Puteri pergi. Kau tak pergi ke Hanis? Jomlah, bukan selalu kita buat benda ni," aku cukup teruja dengan reunion yang bakal dilaksanakan minggu hadapan.
"Siapa lagi yang pergi?" Puteri, sahabat baikku, mengajukan soalan kapada Hanis, merangkap ahli yang turut terlibat bagi menjayakan reunion tersebut.
"Ramai lah. Batch form five kita. Tapi boleh bawak kengkawan yang rapat dan pernah kita kenal,"
"Maksudnya?" aku kurang faham.
"Contohnya, Amir. Dia kata nak bawa kawan tuisyen dia,"
"Kawan tuisyen? Siapa?" Puteri mengerling kepadaku. Aku cuba menangkap maksudnya.
"Tak silap aku, namanya…Zhafran,"
"Zhafran?!" aku tersedak mendengar nama itu. Nama yang selalu bertakhta di hatiku.
"Kenapa dengan dia?" Hanis pula bersuara apabila melihat Puteri happy semacam.
Aku menggeleng sambil tersenyum.
"Jangan lupa masuk jarum kali ni Dania. Kalau tak menyesal," Puteri kembali menyuntikku.
"Jarum? Menyesal?" Hanis menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Aku kembali tersengih dan mula termenung. Masuk jarum? Perlukah? Kalau dia sudah berpunya macam mana?
* * *
"Baiklah, kita akan mulakan majlis kita dalam beberapa minit lagi," ujar Kamal selaku juruacara.
"Mana Amir ni? Tak nampak pun batang hidung dia? Dia datang ke tak?" Puteri mulai resah.
Geli hatiku melihat Puteri sebegitu. Sepatutnya aku yang gelisah, resah dan gelabah, bukannya dia.
"Yang kau ni tersenyum-senyum. Kau tak risau ke?"
"Buat apa nak risau? Macamlah kau tak kenal si Amir tu. Dia tetap tak berubah walaupun sudah lima tahun berlalu. Aku tak rasa apa pun. Kau pula yang lebih-lebih," aku cuba menyembunyikan kegelisahanku.
Aku juga resah tetapi aku tidak mahu menonjolkannya. Biarlah aku sendiri yang mengetahui perasaanku.
"Baiklah, masa yang ditunggu sudah pun tiba. Kita mulakan majlis kita dengan membaca Umul Kitab Al-Fatihah," suara Kamal kedengaran sekali lagi.
Sesi beramah-mesra bermula. Sudah lima tahun kami terpisah. Masing-masing dengan dunia masing-masing. Ada yang sudah bekerja, ada yang berada di luar negara, ada yang sudah tamat belajar, ada juga yang sudah berumahtangga dan bermacam lagi.
Aku tidak putus-putus memandang pintu masuk dewan. Aku mencari-cari kelibat Amir dan juga Zhafran. Mana mereka ni? Sudah lambat ni. Kenapa tak datang-datang lagi?
Aku mula menyepikan diri. Kalau Zhafran datang, aku akan jumpa dengannya. Dan kalau boleh, aku mahu luahkan isi hatiku kepadanya. Aku mahu memberitahunya akan perasaanku yang aku pendam selama lima tahun. Aku mahu meluahkannya.
Tapi kenapa dia tidak tiba-tiba lagi? Mana dia? Mana? Adakah perkara sama akan berulang?
"Dania! Kenapa duduk kat sini?" Hanis menegurku.
"Marilah. Puteri panggil. Kita main game yang best punya!" Hanis pantas menarik tanganku. Aku hanya menurut. Sempat aku menoleh ke belakang, dengan harapan pintu dewan akan terbuka dan Zhafran akan muncul sambil tersenyum manis. Senyuman yang berjaya menawan hatiku, agar aku juga turut tersenyum sama.
* * *
"Tak sangka aku yang kau sudah berjaya sekarang,"
Aku hanya tersenyum. Mempunyai sebuah cyber café cukup membanggakan diriku. Aku menjalankan perniagaan ini dengan dua orang abangku. Aku menguruskan kafe dan mereka menguruskan proses pembaikan dan penjualan komputer. Kami menjalankan dua bisnes dalam satu masa.
"Kau pun apa kurangnya. Suami kau kaya-raya. Kau goyang kaki je la," aku mula mengusiknya.
"Dah nasib badan," balasnya dengan nada bangga.
"Puteri, tu Amir kan?" aku menunjukkan-nunjuk ke arah lelaki berbaju kemeja biru yang sedang leka memesan makanan.
"Betullah. Amir! Amir Farhan!" Puteri menjerit-jerit.
Amir mencari-cari suara memanggilnya. Aku melambai-lambai tangan kepadanya.
"Apa khabar kamu berdua?" soalan pertama Amir sebaik sahaja dia mengambil tempat di hadapanku.
"Aku okey. Aku sekarang suri rumah sepenuh masa. Dania ni pula dah ada cyber café sendiri. Kau?" Puteri jawab bagi pihakku.
"Aku kerja dengan bapa aku. Aku seminggu je kat sini. Minggu depan aku akan balik semula ke Melaka," jawabnya lantas menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Amir?" Patutkah aku cakap?
Amir memandangku, begitu juga dengan Puteri.
"Kenapa kau tak datang waktu reunion dulu? Kenapa Zhafran tak datang juga?"
Inilah peluang terbaik aku untuk mengetahui apa yang terjadi. Kenapa dia tidak dapat menghadirkan diri?
Lama Amir mendiamkan diri. Diamnya meresahkan diriku. Amir???
* * *
"Aku memang nak datang hari tu. Zhafran pun beriya-iya nak datang. Aku tidak dapat lupa raut wajahnya yang gembira dengan reunion tu. Tapi…"
Air mataku merembes keluar. Aku tidak dapat kawal perasaanku setelah mendengar penjelasan Amir. Aku betul-betul terkejut dengan berita yang aku terima.
Aku melutut di tepi pusara Zhafran. Ku usap batu nisan yang tegak berdiri beberapa kali. Hiba hatiku.
"Aku tunggu dia lama kat rumah. Aku telefon tak dapat. Alih-alih, aku dapat berita mengatakan Zhafran terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia mengalami pendarahan yang serius," terngiang-ngiang suara Amir yang sayu.
Aku menangis semahu-mahunya. Surat yang ku terima daripada Amir meruntunkan jiwaku. Kenapa begini???
"Dia seronok sangat nak jumpa kau. Dia kata dia nak bagitahu kau sesuatu. Dia tak berani nak cakap, dia tulis surat tu. Maafkan aku kerana baca tanpa izin kau. Surat tu menyatakan segala isi hatinya pada kau. Perasaan yang dia simpan hampir tujuh tahun lamanya. Waktu sekolah dulu, dia mahu beritahu kau, tapi dia lebih pentingkan pelajarannya. Selepas tu, dia nak jumpa kau, tapi tak kesampaian. Dia nak berjaya dahulu. Dia kata, dia mahu kau bangga dengannya. Sampai waktunya, barulah dia akan beritahu kau segala-galanya,"
Surat yang berada di genggamanku merobek hatiku. Aku dihimpit pilu. Aku sedih dengan apa yang terjadi. Kenapa aku kena laluinya? Kenapa tak biarkan saja aku bahagia dengannya?
"Zhafran, aku juga amat menyintai dirimu. Aku juga turut menghormati dirimu. Sememangnya kita berpegang pada takdir Ilahi. Kita yakin yang kita akan diketemukan. Kita yakin adanya jodoh di antara kita. Tapi, jodoh kita tidak kesampaian. Akan ku jadikan kau kenanganku. Kau adalah cinta pertamaku walaupun tidak kau lafazkan,"
Aku membenamkan surat terakhir Zhafran di atas pusaranya. Biarlah kisah aku dengan Zhafran menjadi rahsia antara kami berdua. Biarlah warkah itu sentiasa berada di samping tuannya dan hanya isi kandungannya yang akan ku bawa sampai mati. Aku tak perlukan surat itu, cukuplah kata-kata ikhlas yang ditulis menjadi pembakar semangatku.
"Zhafran, aku tidak akan lupakan kau. Meskipun, ada insan lain yang cuba menawan hatiku. Kerana, kau lah insan pertama dan terakhir yang berjaya mengikat kalbuku," bisikku perlahan sambil memandang cincin pertunangan yang tersarung indah di jari manisku.
tanpa nama : di akhir cerpen ada tertulis "cincin pertunangan"..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cdey lor,,