Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Mama, Wawa nak yang tue! Cantikkan mama?? Mesti pak long suke! " ucap anak kecil tersebut sambil jari jemarinya yang kecil menunjuk ke arah seorang lelaki muda yang sedang asyik membelek tali leher. Zulaika menarik nafas lega kerana akhirnya anak kecil tersebut menemui tali leher seperti yang diinginkannya. Puas sudah sejak 45 minit yang lalu mereka keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai bagi mencari tali leher pilihan Fatin Nadjwa. Pantas Zulaika memusingkan rak tali leher tersebut sekali dua mencari-cari tali leher seperti yang ditunjukkan anak kecil tersebut. Namun tali leher tersebut tidak terdapat di situ. Zulaika mendapatkan jurujual untuk bertanyakan hal tersebut, tetapi hampa kerana tali leher tersebut telah kehabisan stok dan hanya tinggal satu.
" Wawa, kita beli yang warna merah nie yea?? Pak long mesti suke.. Boleh yea Wawa?? " pujuk Zulaika. " Tak nak! Wawa nak yang tue jugak " bentak Fatin Nadjwa kuat. Jarinya masih lagi menunjuk ke arah pemuda tersebut dan sudah mula menghentakkan kakinya ke lantai. Oh, tuhan! Zulaika buntu. Lelaki tersebut memandang ke arah mereka sekali sekala. Zulaika semakin panik apabila Fatin Nadjwa sudah mula menjerit-jerit. " Wawa, pilih yang lain yea sayang. Yang tue tak boleh sebab uncle dah amik dulu. Pilih yang lain yea?? " pujuk Zulaika sekali lagi. " Tak nak! Wawa kata nak yang tue, nak tue jugak! Wawa tak nak yang lain! " suara Fatin Nadjwa semakin deras.
Rupa-rupanya setiap tingkah laku dan percakapan mereka didengari jelas oleh lelaki tersebut. Lelaki tersebut memandang tali leher di tangannya dan kemudian berpindah ke anak kecil tersebut. Seterusnya pandangannya berpusat ke arah wanita tersebut. Pada zahirnya, dia melihat wanita berkulit kuning langsat tersebut agak mengelabah dengan kerenah anaknya. Kemudian dia mula menilik wanita tersebut dari atas ke bawah. Melalui pakaian dan gaya wanita tersebut, disertai dengan perawakan yang sopan memang ada gaya isteri orang berada! Pandangannya beralih kembali ke arah anak kecil tersebut yang sedang menyentap-yentap skirt labuh yang dipakai wanita tersebut. Lelaki itu akhirnya berjalan ke arah wanita dan anak kecil tersebut.
" Nah, ambil la. " hulur lelaki tersebut kepada Zulaika. Zulaika sedikit terkejut dengan pelakuan lelaki tersebut. " Tak ape la. Kan encik dah pilih dulu. Nanti saya bawak Wawa cari yang lain, kan Wawa?? " balas Zulaika. " Tak Nak! Wawa tak nak! " Fatin Nadjwa kembali menghentak-hentakkan kakinya. Zulaika semakin cemas dengan pelakuan Fatin Nadjwa. Lelaki itu akhirnya menghulurkan tali leher tersebut kepada Fatin Nadjwa. Fatin Nadjwa lantas mengambil tali leher tersebut dan berlari ke arah kaunter. " Eh, tak cakap terima kasih pun dekat uncle " jerit Zulaika. Langkah Fatin Nadjwa terhenti sebentar lalu melemparkan senyuman kepada lelaki tersebut sambil mengucapkan terima kasih.
" Erm, terima kasih. Saya dah menyusahkan encik plak. Maaf sangat-sangat.. " tutur Zulaika kesal. " It’s ok. Budak-budak memang macam tue. Lagipun dia suka sangat nampaknya " jawab lelaki tersebut selamba. Zulaika tersenyum dan sempat memerhatikan wajah lelaki tersebut. Lelaki berkulit sawo matang tersebut nampak segak dengan baju batik lukis yang dikenakan padanya. Kemungkinan lelaki tersebut memiliki jawatan yang tinggi di dalam sesebuah organisasi. Zulaika mula menilai melalui pandangan pertama. " Saya rasa elok puan pergi tengok Wawa. Nanti hilang tah ke mana plak. " lelaki tersebut menyedarkan Zulaika daripada terus melihat dirinya. " Owh, maaf.. Saya berkhayal plak. Anyway, thanks a lot! " kata Zulaika sebelum berlalu mendapatkan Fatin Nadjwa.
Tidak diduga pertemuannya dengan gadis tadi.. Ahh! Bukan.. Ibu semanis tadi telah membuat jiwanya bergetar. Manis wanita tersebut. Beruntung suaminya mempunyai isteri seperti wanita tersebut ditambah dengan anak perempuan yang comel dan keletah serta pintar. Aku juga yang terus menerus rugi. Walaupun sudah mencecah usia 32 tahun, tetapi masih belum berkeluarga. Asyik dengan dunia kerja. Mengejar harta benda dan wang yang akhirnya entah apa akan dilakukan terhadap segala yang telah dimiliki. Dia akhirnya keluar daripada shopping complex tersebut dengan tangan yang kosong.
Fatin Nadjwa yang menjinjit beg kecil segera masuk ke dalam perut kereta setelah pintunya dibuka Zulaika. Seketika kemudian dia menjerit " Mama! Uncle tadi! " ucapnya girang sambil melambai-lambaikan tangan ke arah lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersenyum sambil membalas lambaian Fatin Nadjwa. Zulaika memandang sebentar lelaki tersebut yang berdiri bersebelahan kereta BMW milik lelaki tersebut, sebelum memasukkan gear dan mengundur pelahan dan beredar ke kaunter pembayaran. Lelaki tersebut memandang kereta yang dinaiki mereka sehingga hilang dari pandangan matanya.
Sebaik sahaja tombol pintu dibuka, Fatin Nadjwa terus meloloskan diri untuk masuk dan kemudian menerpa ke arah Azman. Azman pula terus mendukung dan mencium pipi gebu Fatin Nadjwa. Zulaika pula lantas berlalu ke dapur mencari kakak iparnya setelah bersalaman dengan abang longnya. " Mana Syafiq dengan Aqilah kak? " soal Zulaika. " Dorang biasa la petang-petang ke taman mainan la tue.. Nak ke mana lagi.. Karang dekat maghrib baru nampak batang hidungnya. " balas Hani. Zulaika turut membantu Hani apa yang patut untuk menyediakan makanan bagi jamuan hari lahir abangnya. Abangnya hanya menjemput adik beradiknya sahaja untuk berkumpul dan berborak panjang setelah lama tidak meluangkan masa bersama.
" Wawa amik hadiah nie bagi kat pak long sayang. " ujar Zulaika lembut. Fatin Nadjwa kemudian pergi mendapatkan hadiah pada Zulaika dan memberikan hadiah tersebut kepada Azman. Azman kemudian memangku Fatin Nadjwa. " Pak long bukak la hadiah yang Wawa beli nie. Wawa pilih sendiri tau. " ucap Fatin Nadjwa petah. Zulaika hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata " Ko tak tau long time kiteorang beli hadiah tue.. Wawa pergi berebut plak dengan sorang laki. Malu aku dibuatnya. " Azman mengangkat keningnya sambil memandang Fatin Nadjwa yang berada dipangkuannya. Fatin Nadjwa tersenyum.
" A’ah.. Tadi Wawa berebut dengan uncle tue. Tapikan pak long, uncle tue hensem tau! " tutur Fatin Nadjwa lagi. " Iye ke Wawa?? " celah Hani. " Ye mak long. Tak caya mak long tanya la mama. " jawab Fatin Nadjwa. Zulaika hanya tergelak kecil dengan percakapan si kecil. " Haa jue! Ko sampai bila lagi nak membujang?? Wawa pun dah besar dah. Dah 4 tahun pun. Tak salah pun aku rasa kalo ko kawen. " kata Azman. " Ala, blum ade jodoh nak kawen agaknya " jawab Zulaika acuh tak acuh. " Jue kot yang pilih sangat. Nanti dah masuk tempat kerja baru tue, cari la sorang. Tak kan nak membujang sampai ke tua. " ucap Hani pula. Zulaika hanya tersenyum tawar. Baginya belum sampai lagi masanya untuk dia hidup berdua. Fatin Nadjwa masih memerlukan perhatiannya. Biarlah Fatin Nadjwa membesar lagi sehingga dia betul-betul boleh memahami segala-galanya.
*********************************
" Selamat pagi. Boleh saya berjumpa dengan Encik Haris??” tutur Zulaika sopan. " Selamat pagi. Cik nie Cik Zulaika yea?? " ujar penyambut tetamu pula. " Ye.. saya.. " balas Zulaika ringkas. Zulaika kemudian dibawa menuju ke bilik Haris. Haris menyambut kedatangan Zulaika dengan mesra. Hilang segala gugupnya kerana menyangka akan mendapat seorang ketua yang garang seperti yang difikirkannya sebelum ini. Mereka kemudian keluar daripada bilik Haris untuk memperkenalkan Zulaika kepada semua staff. " Minta perhatian semua! Mulai hari ini, Cik Zulaika akan berkhidmat di syarikat kita. Beliau telah menggantikan tempat Encik Nizam sebagai eksekutif di sini. Jadi, saya harap you’ll dapat beri tunjuk ajar dan kerjasama dengan beliau. " ucap Encik Haris. Zulaika pula hanya tersenyum disebelah Haris.
Mereka kemudiannya masuk semula ke dalam bilik Haris. Sebelum masuk ke bilik Haris, Zulaikha sempat membaca nama di pintu bersebelahan bilik Haris. Irfan bin Haji Ghazali, Pengarah Pemasaran. Haris kemudian meminta Zulaika meminda sedikit pelan yang telah dikomen oleh klien. Zulaika difahamkan projek tersebut adalah projek Nik Aida. Tetapi memandangkan Nik Aida outstation seminggu ke Australia, Haris meminta Zulaika meminda pelan tersebut mengikut kehendak klien mereka. " Kalau boleh, I nak you siapkan before balik coz I nak tunjuk pelan tue kat klien malam nie. " Haris memberikan perintah. Zulaika hanya menganggukkan kepala tanda faham.
Jam menunjukkan bakal menghampiri angka 6. Kerjanya masih tinggal sedikit untuk dibereskan. Dia berkira untuk menghantar pelan tersebut kepada Haris sesudah sahaja siap. Masih memerlukan perincian pada sudut pelan tersebut. Tepat pukul 6.30pm, Zulaika keluar dari biliknya dan menghala ke bilik Haris. Ketukannya disahut oleh Haris dan menyuruhnya masuk. Dia kemudiannya mendapati Haris bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Mungkin klien syarikat mereka. " Irfan, meet Zulaika our new exercutive. " tutur Haris ringkas. Irfan memandang sekilas ke arah Zulaika. Zulaika kemudiannya melemparkan senyuman dan lekas meletakkan pelan tersebut diatas meja sebelum beredar ke biliknya kembali. Irfan pula memandang Zulaika sehingga hilang daripada pandangannya.
Setelah 3 bulan berkerja di firma terbabit, Zulaika sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Cuma, Zulaika kurang selesa dengan Irfan dan Nik Aida. Zulaika sudah sedia maklum bahawa Nik Aida sudah lama menyimpan perasaan terhadap Irfan. Irfan pula cukup gemar memerhatikan gelagatnya. Pelik benar hatinya kerana diperlakukan begitu. Pernah juga dia menyuarakannya kepada Sofea, setiausaha syarikatnya tetapi balasan yang diterima adalah Irfan berkemungkinan sudah jatuh cinta dengannya. Katanya Irfan seorang yang amat teliti dan mungkin kerana itu sehingga sekarang dia masih lagi membujang. Kalau dia masih belum bertunang, sudah lama dia mencuba nasib untuk menambat hati jejaka tersebut. Zulaika pula hanya tersenyum mendengar celoteh Sofea yang telah menjadi sahabat karibnya semenjak kerja di situ.
Seusai sahaja menikmati makanan tengahari, Zulaika segera masuk ke biliknya untuk menyambung kerjanya. Tetapi dia sedikit terkejut apabila mendapati Irfan berada di dalam biliknya sedang menunggunya. " Sorry kalau I buat you terkejut. I cuma nak bagi you satu projek rumah kondo di Cyberjaya. So, you boleh handle or tak?? " soal Irfan. " Erm, ok.. Cuma I nak tau konsep dan bajet klien berapa takut plak terlebih nanti. " jawab Zulaika. " Err.. Err.. Dia tak kisah, janji cantik! " ucap Irfan sebelum berlalu pergi. Zulaika kebingungan memikirkan projek tersebut. Kaya benar pemilik kondo tersebut sehingga tidak mengambilkira soal kewangan untuk rumahnya. Walaubagaimanapun, dia akan tetap mencuba yang terbaik untuk menyiapkan projek tersebut dan berharap klien akan berpuas hati dengan kerjanya.
" Aku nie dah gila ape.. Sedarlah Irfan! Dia isteri orang. Bukan setakat isteri orang tapi ibu kepada seorang anak perempuan yang comel! " gerutu Irfan dalam hati. Tetapi apakan dayanya hatinya tetap memujai wanita tersebut. Tak salah jika dia hanya mengagumi wanita tersebut bukan berniat untuk merampasnya daripada suaminya. Ahh.. mungkin dia sendiri tidak sehebat suaminya yang telah berjaya menambat hatinya. Irfan mula membuat perbandingan antara Nik Aida yang daripada dahulu menaruh hati kepadanya dengan Zulaika. Secara fizikalnya Nik Aida jauh lebih cantik daripada Zulaika. Nik Aida dikurniakan susuk tubuh persis seorang model catwalk tetapi hatinya terpaut dengan perwatakan Zulaika yang lembut dan penuh dengan sifat keibuan. Wajahnya tenang dan juga klasik. Malangnya dia tidak mungkin akan dapat mencapai angan-angannya untuk mendampingi wanita tersebut.
" Sofea, you ade nampak Irfan tak? " soal Nik Aida suatu pagi. " I tak nampak la. Maybe belum masuk kot. " balas Sofea. Nik Aida berkira untuk masuk ke biliknya tetapi perbualan telefon Sofea telah membuatkan dia menunggu di situ. " Encik Irfan dalam bilik Jue. Dia suruh I call Martin & Co. " ujar Sofea. Air muka Nik Aida berubah serta merta. Siapa Zulaika untuk bertanding dengannya bagi merebut hati Irfan?? Nik Aida segera bergegas ke arah bilik Zulaika. Tanpa mengetuk pintu Nik Aida masuk ke dalam bilik Zulaika. " Irfan, lama I tunggu you dalam bilik. You all bincang ape nie? " soal Nik Aida sambil menghampiri pelan yang terdapat di atas meja. " Nie bukan ke pelan kondo you dekat Cyberjaya Irfan?? You suruh Jue hias ke?? " Nik Aida seakan tidak berpuas hati. " Yupz.. " jawab Irfan ringkas. Zulaika terkejut kerana tidak mengetahui kondo yang dihiasnya adalah milik ketuanya. " You tak beritahu I pun kondo nie you punya. " soal Zulaika pula. " Saja je nak buat suprise! " jawab Irfan selamba.
Irfan akhirnya keluar daripada bilik Zulaika setelah selesai memberikan sedikit komen mengenai pelan tersebut. Nik Aida juga menuruti langkah Irfan tetapi sebentar kemudian dia memasuki bilik Zulaika kembali. " I nak bagitau you yang I ade date dengan Irfan malam nie.. " ucap Nik Aida. " So??? " soal Zulaika kehairanan. " I nak you ingat, Irfan milik I. You boleh hias kondo tue secantik yang mungkin, tapi jangan berangan nak duduk dalam tue ok!!! " getus Nik Aida dengan mata yang dijegilkan. Geram hati Zulaika mengenangkan perangai Nik Aida yang menjengkelkan. Tidak terlintas difikirannya untuk cuba mengoda atau menambat hati ketuanya. Tetapi keakraban yang ditunjukkan ketua terhadapnya telah menimbulkan masalah kepadanya. Zulaika hanya mampu bersabar dengan kerenah teman sepejabatnya itu.
Hujung minggu yang menggembirakan. Zulaika membawa Fatin Nadjwa bersiar-siar di KLCC sambil menemankannya bermain di kawasan permainan. Sejak bekerja di Persona I. D. Dia jarang dapat menghabiskan masa sebegini bersama Fatin Nadjwa. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dirumah dengan menonton televisyen. Tiba-tiba Zulaika melihat Fatin Nadjwa didukung oleh seorang lelaki. Zulaika segera mendapatkan Fatin Nadjwa bimbang jika lelaki tersebut berniat untuk mengapa-apakan Fatin Nadjwa. " Wawa! " jerit Zulaika kepada Fatin Nadjwa. " Mama! Wawa jumpa uncle hari tue! " katanya riang. Oh tuhan! Bermakna Fatin Nadjwa bersama dengan ketuanya. " Mama, bolehkan Wawa main dengan uncle?? " tanya Fatin Nadjwa dengan ekspresi muka yang penuh pengharapan. " Boleh sayang.. Tapi janji dengan mama jangan susahkan uncle ok?? " balas Zulaika berat. " Ok, mama. Wawa tak kan susahkan uncle! "
Sedang Fatin Nadjwa leka bermain papan gelungsur bersama kanak-kanak lain, Irfan menghampiri Zulaika. " You sorang je ke? Kenapa papa Wawa tak ikut sekali?? " soal Irfan lembut. Zulaika tersentak dengan pertanyaan Irfan. Tetapi dia cuba untuk mengawal emosinya. " Papa Wawa dah takde. Meninggal dalam kemalangan jalan raya pada hari Wawa dilahirkan. " jawab Zulaika lemah. Irfan kaget kerana telah membuat Zulaika membuka semua kisah lama yang memeritkannya. " I betul-betul minta maaf dengan soalan I tadi. I tak sangka plak sampai macam tue. I rasa betul-betul bersalah. " ucap Irfan kesal. Zulaika hanya mengeleng-gelengkan kepalanya dan hanya tersenyum tawar.
Tidak diduga pertemuannya dengan Zulaika dan anaknya telah membuka kisah silam Zulaika yang memeritkan. Irfan betul-betul kesal dengan ketelanjurannya bertanyakan ayah kepada anak kecil tersebut. Dalam masa yang sama Irfan juga kagum dengan semangat Zulaika yang kuat meneruskan kehidupan bersama anaknya walaupun tanpa kehadiran seorang suami menemaninya. Terasa kasihan dengan ibu semuda Zulaika yang bermati-matian membesarkan anak berseorangan. Tetapi bukankah dengan kebenaran tersebut dia boleh cuba mendapatkan wanita tersebut dan seterusnya menemani wanita tersebut sehingga ke akhir hayatnya. Fikirannya kacau memikirkan antara kehendaknya dan wanita tersebut. Akhirnya Irfan terlelap di dalam kelam malam yang semakin dingin.
***************************************
Semakin hari hubungan antara Zulaika dan Irfan semakin rapat ditambah pula kehadiran Irfan sangat disenangi oleh Fatin Nadjwa yang sememangnya memerlukan kasih sayang seorang bapa. Setiap hujung minggu mereka akan menghabiskan masa bersama-sama. Irfan pula semakin lama semakin sayang terhadap anak kecil tersebut. Dia juga berkira-kira untuk menjadikan Zulaika sebagai isterinya yang sah. Tetapi dia tidak mengerti bagaimana untuk menyatakan hasrat hatinya kepada Zulaika kerana Zulaika kelihatan biasa dan seperti tiada perasaan terhadapnya. Mungkin kerana masih terkenangkan arwah suaminya fikir Irfan. Kemesraan mereka semestinya mengundang rasa cemburu di hati Nik Aida yang sudah lama mengidamkan Irfan menjadi miliknya. Nik Aida sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan Irfan. Baginya Irfan adalah segala-galanya dan tiada yang lebih bermakna.
" Zulaika, I nak you siapkan design untuk office Dato’ Tan tue before lunch ok. Then, you pergi dekat Restoran Kirana, Damansara. I tunggu you dekat sana at 1.30pm. " perintah Irfan. Zulaika hanya menganggukkan kepalanya dan mula mereka hiasan dalaman bagi pejabat baru Dato’ Tan. Setelah hampir 4 jam mengadap komputer, kerjanya beres. Zulaika menyimpan design tersebut di dalam komputernya sahaja dan akan memindahkan maklumat tersebut ke dalam tumbdrive sebelum berangkat ke tempat yang telah dijanjikan. Niatnya hendak ke tandas bagi memperbetulkan sedikit solekannya sebelum menemui klien pentingnya. Projek ini telah dimaklumkan amat bernilai dan mencecah hampir jutaan ringgit kepadanya. Cemas juga hatinya jika rekaannya tidak diterima oleh Dato’ Tan. Pasti Irfan juga akan mempersoalkan kemampuannya nanti.
Nik Aida segera keluar setelah kerjanya selesai. Dia tersenyum puas dan bakal menyaksikan kejatuhan pesaingnya sedikit masa sahaja lagi. Hatinya berbunga riang kerana berjaya mengenakan Zulaika. " Baru ko tau langit tinggi atau rendah. Ada hati mahu bersaing dengan aku. Dasar perempuan tak sedar diuntung. " monolog Nik Aida dalam hati. Setelah memasukkan satu fail di dalam komputer Zulaika, Nik Aida yakin fail tersebut kan merosakkan segala sistem-sistem di dalam komputer Zulaika. Bermakna segala hasil kerja Zulaika akan musnah. Sudah pasti dia tidak mempunyai masa untuk mereka semula designnya. Nik Aida akhirnya ketawa bagai orang dirasuk syaitan di dalam biliknya sendirian.
Zulaika cemas melihat komputernya yang telah dimasuki virus. Hatinya risau kerana dia tiada sebarang salinan bagi design yang baru sahaja diselesaikannya tadi. Sudah pasti Irfan akan memarahinya. Jika mahu membuat rekaan baru pun sudah tiada masa lagi. Dia sepatutnya sudah berangkat menuju ke Damansara. Hatinya membungkam, fikirannya tidak keruan. Ya Allah! Kau bantulah hambamu ini Ya Allah. Rayu Zulaika di dalam hatinya. Akhirnya Zulaika hanya berserah sahaja. Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan, Irfan terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Zulaika. Zulaika pula hanya menyediakan lakaran menggunakan tangan untuk disembahkan kepada Dato’ Tan. Dato’ Tan yang sememangnya cerewet tidak dapat menerima lakaran ringkas yang telah disediakan oleh Zulaika. Mereka tidak mendapat tender bagi menghias pejabat orang berpengaruh tersebut.
Irfan melangkah keluar daripada restoran dengan hati yang marah. Marahnya terhadap Zulaika tidak dapat diredakan buat masa sekarang walaupun Zulaika sudah berkali-kali memohon maaf. Sampai sahaja di pejabat, Irfan mengarahkan Zulaika untuk masuk berbincang di dalam biliknya. Zulaika patuh dan masuk meletakkan barang dibiliknya terlebih dahulu. Kemudian dia menuju ke bilik Irfan. Sampai sahaja dibilik Irfan, Zulaika terpaksa mengadap muka Irfan yang masam mencuka dan sedang menahan amarahnya. " Zulaika, you tau kan projek tue penting untuk syarikat kita. Harganya mencecah jutaan ringgit. I kecewa sangat-sangat dengan you! " bentak Irfan geram. " I minta maaf sangat-sangat. I tau I yang bersalah. " ucap Zulaika pula. " I nak you bagi notis 24 jam. Noktah! " Zulaika keluar daripada bilik Irfan dengan wajah yang sungul. Hampir sahaja dia menitiskan air mata tetapi ditahan supaya tidak mengalir.
Puas hati Nik Aida. Rancangannya berjaya dan Zulaika diarahkan untuk meletakkan jawatan. " Baru padan muka dengan ko. Tue la.. Ada hati nak lawan dengan aku. Cermin dulu muka lain kali. " getusnya di dalam hati. Hatinya berbunga riang melihat Zulaika menghantar surat peletakkan jawatannya dan mula mengemas barang-barangnya. Sofea menatap wajah Zulaika dengan hati yang hiba. " Jue, walaupun you dah tak keje kat sini.. tapi jangan lupakan I ok?? " ucap Sofea lemah. Zulaika hanya tersenyum dan seraya mengganggukkan kepalanya. Mereka berpelukkan seketika sebelum Zulaika melangkah pergi meninggalkan Persona I. D. Dia tidak pernah berasa hati jauh berdendam. Dia menerima segalanya dengan penuh redha. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
" Owh, shit! Ape yang aku dah buat nie??? " Irfan berkata sendirian. Baru sebentar tadi Zulaika menberikan surat peletakkan jawatannya seperti yang diinginkannya. Hatinya berat melihat Zulaika yang melangkah keluar daripada pejabat. Mahu sahaja dia menahan Zulaika, tetapi egonya tinggi. Jatuh air mukanya jika dia memanggil kembali Zulaika. Untuk seketika dia terlupa akan kelembutan Zulaika, hilang segala perasaannya terhadap wanita tersebut apabila marah menguasi segalanya. Kini yang tinggal hanyalah pengesalan. Tiada apa yang mampu dilakukan olehnya. Kata orang " Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya ". Sudah tiada apa lagi yang boleh dilakukan olehnya. Tanpa Zulaika, jiwanya kosong!
*******************************************
Sudah 3 minggu Zulaika duduk dirumah. Setelah meletakkan jawatan di Persona I. D. Dia masih lagi tidak mendapat sebarang kerja. Fatin Nadjwa pula sudah mula suka kerana ditemani setiap masa. Sudah pasti apabila dia mendapat kerja nanti akan timbul sedikit masalah kerana Fatin Nadjwa mesti tidak mahu berenggang dengannya. Loceng rumahnya berbunyi menandakan kedatangan tetamu. Zulaika segera mencari tudungnya sementara Fatin Nadjwa berlari ke arah pintu dan mula memusing tombol pintu untuk membukanya. Sejurus kemudian Fatin Nadjwa menjerit riang dan gembira berada di dalam dakapan Irfan. " Mama! Uncle datang lawat kite.. " jerit Fatin Nadjwa. Zulaika terkejut tetapi tetap mempelawa Irfan masuk dan menyediakan air sebagai pembasah tekak. Irfan menatap wajah wanita yang dirinduinya. " Zulaika, macam mana dengan kehidupan you sejak 3 minggu yang lepas? " Irfan memulakan bicaranya. Zulaika hanya tersenyum dan mengatakannya hanya seperti biasa dan tiada apa yang berlaku. Irfan sedikit gugup kerana wanita dihadapannya begitu tenang sekali.
" I datang nie sebab nak minta maaf dekat you atas perbuatan I. " ucap Irfan kesal. " It’s ok. Benda kecil saje. " Zulaika menjawab pelahan. " Minggu lepas semua rahsia terbongkar. Nik yang masukkan virus dalam pc you sebenarnya. Ade sorang staff perasan dia keluar dari bilik you. Dia pun dah mengaku semua angkaranya sebab cemburukan you. " ucap Irfan lagi. Zulaika pula hanya mendiamkan diri sahaja. Tiada sebarang reaksi walaupun telah mengetahui kejadian sebenar. Baginya hal yang lepas biarlah lepas. " Zulaika, I datang sini bukan sebab nak minta maaf aje. I ade hal jugak nak bagi tahu you dan I nak jawapan daripada you. " Zulaika berkira yang Irfan akan memujuknya untuk berkhidmat semula di Persona I. D. " Sudi ke you terima I sebagai peneman hidup you? I betul-betul ikhlas nak jadikan you sebagai wife I. I harap you sudi terima I yang serba kekurangan nie. "
Zulaika terpana dengan apa yang baru didengarinya sebentar tadi. Hatinya tidak keruan. Pertama kali seorang lelaki datang melamarnya untuk dijadikannya isteri. Dia tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan kepada Irfan. " I tau you mesti terkejut. I jugak tau you mesti belum dapat lupakan arwah suami you. Tapi I yakin, I akan dapat bahagiakan you dan Wawa. " Sekali lagi Zulaika terkejut lebih-lebih lagi Irfan mengatakan arwah suami. " Irfan, actually I tak pernah bersuami. " akhirnya Zulaika bersuara. " What do you mean?? " soal Irfan kembali. " I tak pernah kawen dan bersuami. Mungkin you keliru sebab Wawa panggil I mama right?? " Irfan menganggukkan kepalanya dengan hati yang penuh kehairanan. " Wawa sebenarnya anak buah I. Kakak dan abang ipar meninggal akibat kemalangan yang I pernah cakap dekat you dulu. Wawa dapat dilahirkan sebab kakak I time tue dalam keadaan nazak manakala abang ipar I memang meninggal serta merta. " terang Zulaika lemah.
Barulah Irfan mengetahui cerita sebenar yang tersembunyi selama ini. Selepas kematian kakak dan abang iparnya, Zulaika yang memikul tanggungjawab untuk membesarkan Fatin Nadjwa kerana hanya dia satu-satunya adik beradik perempuan yang ada. Jadi dia membesarkan Fatin Nadjwa dari kecil sehingga sekarang seorang diri kerana masih belum berkeluarga. Irfan sekali lagi kagum dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Zulaika demi anak kecil tersebut. Betapa kasihnya seorang wanita terhadap anak tersebut. Fatin Nadjwa telah terlena di atas pangkuan Zulaika. Zulaika meminta izin untuk mengalihkan Fatin Nadjwa telebih dahulu sebelum mereka meneruskan perbualan.
Setelah meletakkan Fatin Nadjwa di dalam biliknya, Zulaika kembali ke tempat dimana Irfan menanti. " Zulaika, macam mana dengan lamaran I? You sudi tak terima I sebagai husband you? " ucap Irfan lembut. Zulaika menarik nafas dalam-dalam. Hatinya memikirkan Fatin Nadjwa kemudian beralih kepada Irfan. Zulaika akhirnya bersetuju kerana Fatin Nadjwa juga sudah rapat benar dengan Irfan. Pasti tiada masalah jika Irfan menjadi suaminya kelak. Irfan menyarankan majlis penikahan mereka dilakukan secepat yang mungkin kerana tidak mahu perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Zulaika juga turut bersetuju dengan cadangan Irfan dan memikirkan perkara yang sama. Pernikahan mereka akan berlansung 3 bulan lagi.
Kini sudah setahun mereka melayari alam rumahtangga bersama. Ternyata Irfan merupakan seorang suami dan bapa yang hebat. Dia dapat membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Zulaika berasa amat beruntung kerana memiliki suami sehebat Irfan. Fatin Nadjwa pula sudah begitu manja dengan Irfan dan lebih banyak menghabiskan masa bersama Irfan memandangkan Zulaika sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa Zulaika mengandung anak kembar. Irfan adalah insan paling gembira mengenai berita tersebut. Tidak sabar rasanya ingin melihat anak kembar tersebut keluar melihat dunia. Jika perempuan, akan diajarnya menjadi selembut dan setabah ibunya. Akan diberikan ajaran agama yang cukup sebagai bekalan di akhirat kelak. Dia juga teringat anak-anak yang soleh dan solehah lah yang akan sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.
Zulaika merasakan perutnya semakin sakit. Sudah tiba masanya untuk melahirkan anak mereka. Irfan bergegas membawa Zulaika ke Medical Centre. Di dalam hatinya berdoa supaya segala-galanya dipermudahkan dan isteri serta anaknya selamat. Sudah 6 jam Irfan menunggu diluar bilik bersalin tetapi masih tiada sebarang tanda Zulaika sudah melahirkan anak mereka. Selang 20 minit kemudian, doktor keluar dan menyatakan Zulaika tidak boleh bersalin secara normal dan perlu dibedah kerana dikhuatiri bayi akan lemas. Irfan segera menurunkan tandatangan di atas dokumen pembedahan. Dia kemudian berdoa supaya tiada perkara buruk akan berlalu kepada isteri dan anaknya. Hatinya juga semakin cemas apabila memikirkan Zulaika yang sedang berjuang demi anak mereka untuk lahir ke muka bumi ini.
Pembedahan selama 3 jam betul-betul membuatkan Irfan risau. Akhirnya doktor keluar daripada dewan bedah dan menyatakan Zulaika dan anak-anaknya selamat. Mereka dikurniakan sepasang cahayamata. Irfan memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana diberikan rezeki yang berlipat kali ganda. Dia segera mengazan dan mengiqamahkan anak-anaknya. Sejurus kemudian dia pergi mendapatkan isterinya. " Sayang, anak-anak kita sihat-sihat belaka. Comel sangat. Nanti dah besar mesti jadi setabah sayang jugak. " ucap Irfan lembut sambil mengucup dahi Zulaika. Zulaika tersenyum gembira dengan kelahiran anak tersebut. Mereka sepakat untuk menamakan anak mereka dengan nama Faris Ridhwan dan Lidya Nafisya. Bayi-bayi tersebut tidak diletakkan bersama Zulaika kerana keadaan Zulaika yang lemah dan perlu menghadkan pergerakkan kerana bersalin secara pembedahan.
Irfan pulang sebentar untuk mengambil Fatin Nadjwa. Hati ibunya meronta-ronta mahu melihat dan mendukung anaknya. Zulaika nekad untuk pergi ke bilik bayi-bayinya ditempatkan. Dia berjalan perlahan-lahan untuk sampai ke bilik tersebut. Walaupun doktor sudah menasihatkannya selepas pembedahan tadi supaya tidak berjalan terlebih dahulu kerana masih lagi baru, tetapi dia tidak menghiraukannya. Ingin benar dia menatap wajah bayi-bayinya yang comel itu. Sampai di bilik bayi, Zulaika segera mendapatkan anaknya. Didukung dan dikucup satu per satu. Dia tersenyum melihat anaknya yang tidur dengan nyenyak. Terasa seperti tidak mahu berganjak daripada situ. Amat pilu rasanya mahu melangkah pergi keluar daripada bilik bayi tersebut. Zulaika mengucup lagi anak-anaknya sebelum melangkah keluar.
Semasa melangkah keluar, dengan tidak semena-mena Zulaika telah tersepak katil bayinya. Lalu dia terjatuh tertiarap di atas lantai. Kesakitan yang dirasainya amat memeritkan. Tangannya mula meraba lukanya dan darah telah keluar daripada luka tersebut. Zulaika cuba mengagahkan diri untuk bangun tetapi gagal. Dia hanya mengharapkan anaknya atau bayi-bayi lain menangis supaya jururawat akan terdengar dan datang ke situ. Tetapi ternyata ke semua bayi nyenyak tidur. " Faris Ridhwan, Lidya Nafisya bangun sayang.. Tolong mama sayang.. " kata Zulaika antara dengar atau tidak. Semakin lama Zulaika semakin tidak bermaya kerana darah tidak henti-henti mengalir keluar daripada lukanya.
Fatin Nadjwa meronta-ronta mahu dilepaskan oleh Hani. " Wawa nak ikut mama. Wawa nak mama! Lepas! Lepas! " jerit Fatin Nadjwa sebaik sahaja jenazah Zulaika diangkat dan di masukkan ke dalam van. " Wawa nak mama! Mama jangan tinggalkan Wawa! " jeritnya lagi. Hadirin yang hadir semula pilu mendengar jeritan anak kecil tersebut. Hani cuba menenangkan Fatin Nadjwa. Akhirnya Fatin Nadjwa tertidur kerana keletihan. Irfan pula seakan hilang semangat di atas pemergian isterinya yang tercinta mengadap Illahi. Hanya doa yang mampu dikirimkan dan berharap dia tenang di alam sana. Irfan menghampiri katil yang menempatkan anak-anaknya yang baru sahaja lahir ke dunia tetapi sudah tidak dapat merasai kasih sayang seorang ibu. Hatinya pilu mengenangkan nasib anak-anaknya. Dia bernekad untuk membesarkan anak-anaknya dan ingin menjadi setabah arwah isterinya. Itu adalah janjinya!
********************************************
" Papa! Ape yang papa menungkan tue?? " sapa Lidya Nafisya manja sambil memeluk Irfan. " Tak ade ape Isya. Teringat peristiwa dulu. " balas Irfan. " Papa ingat mama yea?? Walaupun Isya tak pernah rasa kasih sayang mama, tapi Isya tau mama mesti seorang yang sangat penyayang kan papa?? " kata Lidya Nafisya lagi. Irfan hanya tersenyum seraya menganggukkan kepalanya. Mereka kemudiannya berbual mesra dan sekali sekala ketawa dengan gembira. Lidya Nafisya dan Faris Ridhwan sudah pun berumur 21 tahun. Bermakna sudah 21 tahun Zulaika bersemadi di sana. Ahh, rindu benar hatinya terhadap wanita tersebut. Fatin Nadjwa pula baru sahaja melansungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihannya. Kini hanya dia dan Lidya Nafisya tinggal dirumah tersebut. Faris Ridhwan pula memilih untuk menjadi juruterbang penerbangan dan sedang di dalam proses menghabiskan latihannya.
Sebelum tidur Irfan akan mengimbau kembali memori-memorinya bersama Zulaika. Sekali sekala terdapat titisan airmata kerana teramat merindui arwah isterinya. Walaupun hanya dapat hidup bersama selama lebih kurang setahun tetapi ianya amat bermakna bagi Irfan. "Semoga sayang tenang di alam sana.” cetus hatinya. Irfan berharap akan bertemu Zulaika semula di dalam syurga. Jika itu takdirnya bagi mereka nanti... InsyaAllah..
P/S : MAAF JIKA IANYA MEMBOSANKAN ANDA. KEPADA YANG MEMBACA SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH. SILA KOMEN DAN KRITIK UNTUK MENAMBAHBAIKKAN PADA MASA AKAN DATANG.
huhuhuh w/pun sedih..tp citer nie best...yalah..x semua citer kena happy ending kan ..dalam kehidupan nie mestilah ada yang berakhir dgn sedih...unguviolet teruskan berkarya yer..
tahniah... cerita yg menarik tapi part ending tu macam penah baca dalam novel laaa.... sebijik...sbb jatuh tersepak katil baby... anyway...its still nice story. keep it up!!!
salam..sy sgt kecewa dgn anda coz cerita ini bukan daripada anda sendiri..anda copy betul2 daripada sebuah novel kalau x silap saya jalinan kasih..cerita pasal ID(interior design)...watak wanita dlm novel tu x silap saya namanya junita..tu pasal jadi "ju"sedangkan watak dlm cerita ini zulaika..tapi telah diolah pada pengjung cerita..cuba gunakan idea sendiri..anda sebenarnya ada bakat....
apa..copy dari novel org lain..wat malu jer ko ni...memalukan penulis malaysia..pandai la ko atas ko cedok novel lain ending ko cedok novel lain..cantum jadi novel ko yer....usaha la sendiri..mana tahu ko ada bakat ker...boleh jadi cam aisya sofea.
Salam... Aduh... tangkap syahdu laa... Dah la saya ni kememe... iap tangkap leleh lagi bab Wawa nak ikut mamanya tu... Copy @ tak terpulang la... hanya penuli saja yang tahu.. Idea kadang kala datang dari ilham sendiri tapi tak salah kalau tercetus dari tulisan yang lain... asal jgn keterlaluan sudah... Anyway... tahniah dan trina kasih wat air mata saya kuar... ishk!ishk!
citer yg best even ada yg kata copy..but kdg2 bila menulis msti ada benda2 yg x logik, cth nyata dlm cerpen nih bab bersalin ceaser..mana leh bangun terus lepas ceaser..perit..ngilu n 1001 rase lagi ooo..ikut pengalaman sy lah..lagi2 first baby..but x taulah lak kalo ada yg strong cam watak jue tuh..ekekeke
Salam. Maaf jika pembaca merasa karya ini adalah ciplak. Ini berkemungkinan sebenarnya. Sy menulis karya ini diatas kehendak seorg teman sy. Tetapi sy xpnah membaca novel tersebut. Apa2 pun sy ucapkan terima kasih pada anda smua yg telah mnegur kesalahan sy. Ini mberikan sy ksedaran utk mmikirkan sndri idea untuk berkarya. (^-^) -UnguViolet-
Hi, bg sy cter nie bgus. Kisah pcintaan yg tak kterlaluan. Byk pasl pgorbanan. Anda ada bakat utk mgarang. Teruskan mengarang. Jgn putus asa dgn komen2 diatas. Copy atau tidak sy rs bkn hal besar. Kalau kita lihat kbanyakkan jalan cter adalah lebih kurg sama. Yang penting adalah gaya penyampaian. TAh niah Unguviolet! -sweety-
hi..sy telah membaca karya anda..sememang anda telkah menceduk dari pada novel sewangi kasih hasil katja norzailina nordin..sekiranya andsa kerang pasti sila clik pada nama penulis disebelah..confirm anda mencedok cerita penulis..untuk menjadi penulis yang hendaklah menghasilkan karya sendiri..jati diri seorg penulis tidak ada dalam diri anda...anak penulis...
sori to say but i have read this similar story. know that for anovelist we been insipired by another story. i know the ending only by reading the biginning it like u merged all story into one. but congratulations. keep up the good work. i love your story.
ehhhhhh....... tak aih, tak bosan langsung. tapikan kalau kembangkan lagi cite pasal Alyaa n Irfan mesti best gilerrr... N good job, tuk karya yg seterusnya k. eheheh.. sebelum terlupa kalau ada karya terbaru jgn lupa lak nk hantaq kat penulisan2u k (^_*)!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhuhu..xske la..
npe die mati..