Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hazrul adalah seorang suami yang sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak perempuan. Rumah tangganya bahagia. Tetapi sebagai seorang lelaki yang normal dan berkedudukan, Hazrul juga tidak terlepas dari dugaan. Dia mula jatuh cinta lagi.
Satu hari dia telah menyampaikan hasrat pada isterinya, Zulaikah untuk berkahwin seorang lagi. Alasan yang dia beri ialah kerana Zulaikah tidak boleh mengandung lagi untuk memberinya anak lelaki.
Isteri manakah yang tidak terkejut dengan permintaan suami. Zulaikah tahu suaminya sangat inginkan anak lelaki semenjak dahulu lagi. Namun apabila dua kelahiran anak mereka adalah perempuan, tidak pula Zulaikah mendengar keluhan Hazrul. Zulaikah sedar suaminya memang berkemampuan.
Sebagai isteri yang soleha Zulaikah tidak mampu untuk membantah. Tetapi sebagai seorang wanita dia tidak ingin dimadukan. Setelah berfikir sedalam-dalamnya akhirnya pada satu pagi yang tenang, Zulaikah berkata pada suaminya.
"Baiklah.. tapi sebelum saya bersetuju izinkan saya menilai calon madu saya. Saya nak abang bawa calon abang tu tinggal seminggu bersama saya di sini. Supaya saya dapat mengenali hati budinya. Sementara itu abang pergilah bercuti ke tempat peranginan yang selalu abang bawa kita sekeluarga."
Hazrul begitu gembira dan tanpa berfikir panjang lagi dia bersetuju menurut syarat Zulaikah. Yakin benar Hazrul yang Zulaikah akan berkenan kerana buah hatinya itu seorang yang baik juga.
Hazrul memang sudah ada calon. Wanita yang diperkenalkan itu adalah pembantu peribadi Hazrul sendiri. Memang cantik dan... seksi. Dalam keterpaksaan Zulaikah memaniskan wajah menyambut dan melayan wanita itu dengan baik. Wanita itu yang dikenali dengan nama Nora, terkesima dengan layanan dari orang yang bakal menjadi madunya.
Nora tidak tahu apa tujuan sebenar Zulaikah memintanya untuk tinggal bersama, tetapi dia tidak pula membantah. Sementara Hazrul pun bersiaplah untuk pergi bercuti.
Dalam masa tinggal bersama, Zulaikah dapati Nora tidak pernah berpakaian sopan. Pakaian hariannya baik ketika berada di rumah mahu pun ke tempat kerja tetap sama. Seksi dan menjolok mata. Namun tidak pula Zulaikah berani menegur.
Ada beberapa ketika Zulaikah mengajak Nora berjemaah bersamanya dan anak-anak. Nora tanpa segan silu mengaku tidak pandai. Namun tidak pula Zulaikah tergerak mahu mengajar.
Apabila ada waktu Nora tidak ke pejabat dan ada masa terluang, Zulaikah mengajak Nora masak bersama. Nora selalu menolak. Sebaliknya Nora mengajak Zulaikah dan anak-anak makan di luar dengan alasan dia mahu belanja. Namun tidak pula Zulaikah memaksa.
Sehari sebelum tarikh seminggu berakhir Zulaikah bertanya kepada Nora, kenapa dia sanggup berkahwin dengan suami orang? Nora menjawap.
"Kerana dialah satu-satunya lelaki yang sanggup menerima saya seadanya. Saya wanita yang tak mungkin dapat memberi zuriat pada suami saya." Nora menangis bila menceritakan kekurangan dirinya.
Sementara itu di kawasan peranginan, Hazrul yang tinggal di hotel bersendirian merasa sangat kesunyian. Berada di situ, Hazrul terkenang waktu dia bercuti bersama keluarganya. Bersiar-siar menikmati suasana damai sambil bergambar untuk kenangan. Apabila masuk waktu, mereka akan singgah di Masjid yang berdekatan dengan hotel dan berjemaah bersama.
Kini di masjid itulah Hazrul banyak menghabiskan masa seminggunya. Tiba-tiba dia rindukan saat-saat bersama dengan keluarganya dan berharap tarikh seminggu itu akan cepat berlalu supaya dia dapat kembali kepangkuan anak-anak dan isterinya.
Apabila tiba hari Hazrul pulang ke rumah dia mendapati rumahnya berkunci. Hazrul terima mesej dari Zulaikah yang Zulaikah dan anak-anak berada di rumah mentuanya. Hazrul segera ke sana.
Bertemu dengan suaminya, Zulaikah menyalami tangan Hazrul dengan kerinduan yang tidak terhingga. Begitu juga dengan Hazrul. Tetapi entah kenapa, terpandang sahaja wajah Zulaikah, Hazrul tiba-tiba teringat pada Nora.
Hazrul seperti baru tersedar dari mimpinya. Dia lansung bertanya pada Zulaikah tentang Nora dan keputusan Zulaikah.
Zulaikah baru sahaja ingin melepaskan rindunya pada suami tercinta, merasa hiba kerana nampak sangat Hazrul bersungguh-sungguh untuk beristeri lagi. Sehingga tidak sempat untuk berihat dan menunggu esok hari.
Zulaikah menarik nafas sebelum membentangkan keputusannya.
"Abang bertuah memilih Nora kerana dia memang lebih cantik dari saya. Tapi saya kesian kat abang sebab terpaksa berkongsi kecantikannya dengan orang lain. Sedangkan dulu abang kata abang beruntung beristerikan saya kerana kecantikan saya terpelihara hanya untuk abang."
Hazrul terbayang buah hatinya yang sentiasa berpakaian seksi di pejabat. Tetapi bukan itu yang membuat dia terpikat pada Nora. Kemudian Zulaikah menyambung kata.
"Abang bertuah memilih Nora kerana dia memang bijak dan berkelayakan sebagai pembantu peribadi. Tapi saya kesian kat abang sebab abang terpaksa mendidiknya dari yang asas supaya dia boleh jadi seorang yang tahu tanggung jawapnya sebagai umat Islam. Sedangkan dulu abang kata abang beruntung beristerikan saya yang sudah sedia tahu. Jadi kita tinggal sama-sama memberi didikan pada anak-anak."
Hazrul kemudian teringat buah hatinya sering beralasan bila dia bertanya "Dah solat?" Namun kerana kasih dan cintanya, dia tidak mahu memperkecilkan hati Nora. Kemudian Zulaikah menyambung lagi.
"Abang bertuah memilih Nora kerana dia sangat bermurah hati dan tak lokek membelanjakan orang. Tapi saya kesian kat abang kerana terpaksa menurut kemahuannya yang suka makan di luar. Sedangkan dulu abang kata abang beruntung beristerikan saya kerana saya rajin masak. Jadi abang sentiasa kenyang di rumah. Mentelah lagi perut abang memang alah bila makan di luar."
Hazrul termangu mendengar penjelasan isterinya. Zulaikah terus menyambung kata.
"Akhir sekali, bang. Saya redha abang berkahwin dengan wanita yang melebihi segala-galanya dari saya. Tapi abang mencari kekurangan saya sebagai alasan untuk berkahwin lagi. Dulu abang bersyukur dengan kelahiran dua orang anak kita. Sedangkan Nora yang abang pilih lansung tidak mampu. Saya kesian kat abang.."
Hazrul tertunduk mendengar suara sayu isterinya. Rupanya Zulaikah sudah sedia tahu tentang kekurangan Nora. Padahal memang dia ingin beristerikan Nora kerana cinta dan bukan kerana inginkan anak lelaki seperti alasannya dahulu. Zulaikah meletakkan dua kotak kecil dan satu sampul surat di hadapan suaminya.
"Dia amanahkan saya untuk menyampaikan surat itu. Kalau abang rasa abang lebih bahgia bersama saya, abang pilihlah kotak sebelah kanan. Itu kunci rumah kita dan bawalah kami pulang. Jika abang rasa abang akan bahgia bersama Nora, pilihlah kotak yang satu lagi. Itu tiket penerbangan untuk abang pergi berbulan madu bersamanya. Hadiah dari saya sempena pernikahan abang nanti."
Hazrul begitu terpana dan merasa terpukul dengan kata-kata Zulaikah. Dia melepaskan keluhan berat. Kemudian Hazrul memilih untuk membaca dahulu isi surat dari Nora. Rupanya Nora lebih dahulu sudah meninggalkan Hazrul kerana merasa dirinya begitu kerdil di sisi wanita yang berkhemah tinggi dan tidak sanggup melukakan hati sesama wanita semulia Zulaikah.
Seakan diberi kesedaran dalam diri, Hazrul mengucap syukur kerana tidak sampai melukakan hati isterinya. Dia akui Zulaikah bijak mencari alasan sebagai penolakan secara lembut agar dirinya tidak dimadukan.
Baru kini dia dapat merasakan erti cinta sebenar. Jika dia terpaksa melupakan kisah cinta keduanya bersama Nora, kini dia dapat merasakan cinta kali ketiga. Dia jatuh cinta lagi dengan ketulusan isterinya sendiri. Akhirnya dia mencapai kotak berisi kunci sebagai pilihan.
TAMAT
p/s Cerita ini adalah coretan ringkas seorang teman penulis dan pernah tersiar di satu lelaman lain. Tetapi saya ubah suaikan dari segi dialog dan jalan ceritanya supaya menjadi sebuah cerpen yang lengkap. Harap teman pembaca terhibur dan mendapat iktibar dari moral cerita ini. Terima Kasih.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Salam Putri Lily,
hmm.. patutlah Lea macam pernah baca cerita ni.. but apa pun.. Lea stuju sangat.. keikhlasan slalunya pasti dapat mengalahkan kebatilan..
semoga kita semua mendapat sesuatu pengajaran daripada cerita ini..
sekian..